OVERVIEW
BAHAGIAN E5
TAHUN 2022
3 JANUARY 2023
BAHAGIAN ANCAMAN EKSTREMIS
EKONOMI (E5)
CAWANGAN KHAS
BUKIT AMAN
KANDUNGAN
01 PRAKATA
02 BARISAN KEPIMPINAN BAHAGIAN ANCAMAN EKSTREMIS
EKONOMI (E5)
03 PENDAHULUAN
04 PERSPEKTIF E5A
05 PERSPEKTIF E5B
06 PERSPEKTIF E5C
07 SOROTAN ISU-ISU EKONOMI YANG MENARIK PERHATIAN E5
TAHUAN 2022
08 UNJURAN PRESTASI EKONOMI NEGARA 2023
09 RUMUSAN
PRAKATA
KETUA PENOLONG PENGARAH E5
MUKADIMAH
MISI Menyorot perkembangan isu kos sara hidup ,lonjakan inflasi, kenaikan berterusan OPR yang telah
dinaikkan sebanyak tiga kali pada tahun ini kepada 2.5 peratus, serta kejatuhan nilai matawang
LEADING ECONOMIC
Ringgit yang telah mencecah tahap terendah sejak KRISIS KEWANGAN ASIA pada tahun 1998 telah
INFORMATION PROVIDER
dijadikan bahan kempen utama dalam PRU-15. Selain itu, isu skandal LITTORAL COMBAT SHIP
(LCS) yang mirip skandal 1MDB sebelum ini turut dimainkan semaksimum mungkin oleh parti
FOR SPECIAL BRANCH pembangkang dan pihak yang berkepentingan.
VISI 2. Ingin juga saya tekankan, kerjasama erat antara Pegawai perlu sentiasa diperlihara dan
dipertingkatkan, dan tidak lupa juga kepada jaringan kerja dengan agensi-agensi berkaitan. Kita semua
PROVIDING THE
sedia maklum,sejak saya menerajui Bahagian E5, saya sangat tekankan Pegawai di semua peringkat
TRANSPARENTS, HIGH
mengadakan aktiviti libat urus atau engagement dengan pihak yang berkepentingan sekerap mungkin,
VALUE,AUTHORITATIVE
ia sangat penting dalam melancarkan penugasan dan operasi yang bakal dilaksanakan.
MARKET INTELLIGENCE
3. Menyentuh tentang operasi kerajaan pada hari ini telah mengisytiharkan perang terhadap ekonomi
AND PROFESSIONAL
bayangan atau shadow economy. Saiz aktiviti ini sekitar 21 peratus daripada saiz Keluaran Dalam
ANALYSIS Negara Kasar (KDNK) atau nilainya mencecah RM300 bilion. Jika jumlah ini dicukaikan paling tidak
sebanyak 3 peratus, negara sudah kehilangan RM9 bilion setahun akibat aktiviti tidak
bertanggungjawab ini. Justeru menjadi tanggungjawab kita semua untuk membantu kerajaan dalam
membasmi ketirisan ini dari terus berlaku.
4. Menurut pakar kriminologi Datuk Seri AKHBAR SATAR, ekonomi bayangan yang digelar underground
economy berkait dengan aktiviti jenayah, di mana kita dalam Bahagian E5 semestinya terfokus kepada
aktiviti penyelewengan yang berkait dengan subsidi dan barangan kawalan, penyeludupan dan pelarian
cukai rokok dan minuman keras, pemalsuan hakcipta, pengurup wang haram dan penyeludupan
hidupan eksotik. Kesemua aktiviti jenayah ini telah berada dalam pemantauan kita sejak sekian lama
melalui operasi yang dilaksanakan seperti OP SUBDI, OP CILIS, OP BASUH, OP CAPE dan OP
KHAZANAH.
5. Ironinya,sejak akhir-akhir ini saya melihat kita semakin ketinggalan dan terkebelakang berbanding
agensi-agensi lain dalam gerakan membasmi aktiviti ini. Oleh yang demikian, saya menyeru agar kita
semua harus bangun dan keluar dari zon selesa untuk memastikan Bahagian E5 ini terus relevan. Warga
Bahagian E5 perlu melipat gandakan usaha dalam manjalankan tugas-tugas risikan, litupan dan
mengenal pasti sasaran selain memperkemaskan kerjasama dengan semua pihak.
6. Antara agensi yang wajar kita semua pertingkatkan tahap kerjasama adalah agensi-agensi luar seperti
BANK NEGARA MALAYSIA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL
PENGGUNA (KPDNHEP), KASTAM DI RAJA MALAYSIA, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH
MALAYSIA dan LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI. Berdasarkan rekod, pelbagai operasi telah berjaya
dijalankan dan jenayah ekonomi telah dapat ditumpaskan dengan adanya kerjasama erat ini.
7. Sehubungan itu, saya amat berharap Pegawai-pegawai E5 sentiasa mencari peluang dan ruang, bagi mewujudkan rantaian kerjasama antara
agensi,memupuk Sumber sedia ada agar lebih aktif menyalurkan maklumat bernilai risikan dan dalam masa yang sama berusaha untuk merekrut sumber
baharu bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan berkualiti. Untuk makluman, pucuk pimpinan CAWANGAN KHAS sangat menitik beratkan
pengendalian sumber hidup oleh Pegawai dan Anggota CAWANGAN KHAS kerana ia senjata utama menangani ancaman keselamatan khususnya
ekstremis ekonomi.Selain itu, saya juga menggesa agar warga E5 sedar betapa pentingnya penugasan sebagai seorang Pegawai Inteligen Ekonomi. Bukan
sahaja memastikan keharmonian dalam aspek ekonomi, malah dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara secara keseluruhannya.
8. Sesungguhnya saya menaruh harapan tinggi kepada warga E5, untuk terus menjalankan pemantauan secara holistik terhadap isu-isu ekonomi seperti
isu kos sara hidup, harga barang, isu buruh, penyelewengan cukai dan sebagainya telah dibincangkan secara terperinci. Saya yakin dan percaya, barisan
keanggotaan E5 mampu mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu semasa melalui penggunaan teknologi semasa, bagi melengkapkan diri sebagai
Pegawai Inteligen Ekonomi yang berpengetahuan luas. Walau bagaimana pun, saya percaya dengan pengalaman dan komitmen semua pihak,segala
cabaran mendatang khususnya dalam aspek ekonomi mampu ditangani. Kita wajar bergerak sebagai satu pasukan, pepatah Inggeris ada menyatakan“if
you want to walk fast,you walk alone. but if we want to walk far, we walk together”.
9. Sebagai penghias bicara akhir, saya ingin mengingatkan bahawa kita perlu sentiasa peka dan tidak begitu selesa dengan keamanan yang ada di negara
kita buat masa ini. Hari ini kita berada dalam era modenisasi dan bentuk penjajahan hari ini tidak sama seperti era kolonial. Bentuk penjajahan moden
yang muncul ketika ini adalah penjajahan baharu dalam bidang ekonomi, teknologi serta budaya dan ia satu penjajahan yang berbahaya dan paling
mudah menjarah minda serta jati diri bangsa sekaligus mampu menghancurkan sesebuah negara.
10. Oleh yang demikian, kita semua perlu sentiasa bersedia tidak kira masa, bukan sahaja bagi menghadapi ancaman ekonomi, tetapi juga ancaman-
ancaman lain dari dalam dan luar negara. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua barisan jawatan kuasa yang telah
merealisasikan laporan tahunan overview Bahagian E5 Tahun 2022 ini.
BARISAN KEPIMPINAN BAHAGIAN ANCAMAN
EKSTREMIS EKONOMI (E5)
SAC DATIN SERI ZALENA BT MOHD ARIFFIN
KETUA PENOLONG PENGARAH E5
SUPT UMI KALSOM BT ABD HALIM
PEMANGKU PENOLONG PENGARAH E5
A/SUPT G/14615 MOHD ROSDI BIN ENCHE HAMID
PEGAWAI TURUS E5A
SUPT DEVANESON AL SUBRAMANIAM
PEGAWAI TURUS E5B
SUPT UMI KALSOM BT ABD HALIM
PEGAWAI TURUS E5C
PENDAHULUAN
Prestasi ekonomi sepanjang tahun 2022 amat memberangsangkan sejak
akhir suku tahun lepas selepas peralihan kerajaan baharu walaupun bakal
berhadapan dengan krisis ekonomi global. Landskap ekonomi negara telah
dibangunkan oleh (3) buah legasi kerajaan bagi memastikan prestasi
ekonomi negara kekal utuh. Bermula dengan era pemerintahan Tan Sri
Dato' (Dr.) Haji MUHYIDDIN bin HAJI MUHAMMAD YASSIN (fasa COVID-19),
Datuk Seri ISMAIL SABRI bin YAAKOB (fasa pasca COVID-19 dan Pemulihan
Ekonomi) dan pemerintahan Datuk Seri ANWAR bin IBRAHIM (Fasa Pemulihan
Ekonomi) pada 22 NOV 2022.
2. Tahun 2022 merupakan tahun 3. Negara ekonomi utama seperti
AMERIKA SYARIKAT, negara-negara
yang agak rumit untuk ekonomi dalam KESATUAN EROPAH masing-
masing mencatatkan kadar inflasi
negara berhadapan dengan tertinggi dalam sejarah seperti
AMERIKA SYRIKAT yang mencatatkan
pelabagi cabaran dalaman dan kadar inflasi bulan MEI 2022 pada
tahap 9.1 peratus tertinggi sejak
luaran yang penuh rencam dan tahun 1981 manakala EU, khususnya
UNITED KINGDOM (UK) kadar inflasi
ketidaktentuan. Bermula bulan SEP 2022 pada tahap 10.1
peratus tertinggi sejak 40 tahun.
dengan krisis geopolitik Situasi ini telah melanda seluruh
dunia dan tidak terkecuali
antara RUSIA dan UKRAINE yang MALAYSIA apabila mencatatkan
kadar inflasi tertinggi untuk
meledak pada 24 FEB 2022 tahun ini pada tahap 4.7 peratus
pada bulan OGOS, namun kembali
apabila RUSIA melancarkan mereda beberapa bulan selepas itu
sehinggalah yang terkini pada
serangan ketenteraan berskala bulan NOV 2022 pada tahap 4
peratus.
besar ke atas UKRAINE
menyebabkan harga komoditi
dunia seperti minyak mentah
dunia, gas dan bijirin
melonjak secara drastik dalam
tempoh tiga bulan selepas
serangan bermula. Rentetan
daripada tindakan tersebut
menyebabkan kos pengeluaran
meningkat dan sekaligus ia
memberi kesan kenaikan kepada
kadar inflasi global.
4. Walau bagaimanapun, dalam berhadapan dengan pelabagai situasi di atas,
ekonomi global dilihat masih dalam proses pemulihan dan kembali positif
pada tahun 2022. Namun prospek ini tertakluk kepada ketidaktentuan yang
ketara dan akan kekal tidak sekata dalam semua ekonomi. Di sebalik
evolusi pandemik yang berterusan, ketidaktentuan geopolitik, interaksi
antara gangguan rantaian bekalan, tekanan inflasi dan normalisasi dasar
dalam ekonomi utama akan mempunyai pengaruh besar terhadap ketahanan
pemulihan global.
5. Ekonomi MALAYSIA semakin memulih apabila mencatatkan pertumbuhan yang
signifikan sepanjang tahun 2022. Namun dalam proses menuju pemulihan
terdapat beberapa faktor yang telah menggangu perkembangan ekonomi
negara. BANK DUNIA memberi amaran mengenai jangkaan kemelesetan global
pada tahun 2023 berikutan bank-bank pusat di rata-rata negara secara
serentak meningkatkan kadar faedah pada tahun 2022 bertujuan bertindak
balas terhadap inflasi. Justeru, kerajaan terus memberi tumpuan kepada
pengukuhan ekonomi domestik dan meningkatkan prospek pelaburan dan
perdagangan negara bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil. Laporan
ini tahunan kajian E5 merangkumi bidang kajian mengikut perspektif E5A (
Ancaman ekonomi dan kajian analisis ), E5B (Sabotaj Ekonomi ) dan E5C
(Koordinasi dan Penyelidikan) serta isu-isu yang menarik perhatian umum.
PERSPEKTIF E5A
(ANCAMAN EKONOMI DAN
KAJIAN ANALISIS)
LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5(M) 2022 PAGE 01
A. Prestasi Ekonomi Dan Polisi
Kerajaan
Pada suku keempat 2021 (Q4, 2021), ekonomi MALAYSIA
tumbuh 3.6 peratus diikuti 5.0 peratus pada suku
pertama 2022 (Q1, 2022) 8.9 peratus pada suku kedua
2022 (Q2, 2022) dan 14.2 peratus pada suku ketiga 2022
(Q3, 2022) sekaligus merekodkan 9.3 peratus pada
sembilan bulan pertama 2022 berbanding 2.9 peratus
tempoh sama tahun 2021. Dirumuskan prestasi ekonomi
MALAYSIA secara keseluruhan bagi tahun 2022 adalah
sekitar 8.0 peratus, tinggi berbanding unjuran rasmi 6.5
peratus hingga 7.0 peratus.
B. Bursa Malaysia (BURSA)
Pada 30 DIS 2022 indeks BURSA MALAYSIA ditutup pada kedudukan
1,495.49 mata berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021 pada
kedudukan 1,567.53 mata, jatuh sebanyak 72.04 mata (-4.6%).
Sepanjang tahun 2022, pasaran saham tempatan berdepan turun
naik tidak menentu dan boleh ditaksirkan tidak memberangsangkan.
Prestasi negatif ini ditentukan oleh pelbagai faktor dalaman dan
luaran.
LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5(M) 2022 PAGE 01
Faktor Penentu
Antara faktor yang mempengaruhi
pasaran ialah kadar inflasi yang tinggi,
kenaikan kadar faedah secara agresif oleh
AMERIKA SYARIKAT (AS), kebimbangan
kemelesetan dan ketegangan geopolitik
antarabangsa. Manakala faktor dalaman
ialah ketidakstabilan politik dan kenaikan
kadar faedah oleh pihak BANK NEGARA
MALAYSIA (BNM). Situasi ini sekaligus
menyebabkan semua pasaran serantau
dan tidak terkecuali BURSA MALAYSIA
didagangkan hampir sepanjang tahun ini
di bawah paras 1,500 mata.
Kenaikan Kadar Faedah
Langkah agresif Bank Pusat AS melalui pihak RIZAB PERSEKUTUAN
(FED) menaikkan kadar faedahnya sehingga ke paras 4.5 peratus
yang merupakan tertinggi dalam tempoh 15 tahun. Indeks penanda
aras BURSA MALAYSIA merosot sehingga ke paras 1,373.4 mata pada
bulan OKT 2022, iaitu paras terendah dalam tempoh dua tahun.
Pelaksanaan Cukai Makmur pada 2022 juga turut mempengaruhi
pendapatan korporat tempatan ditambah dengan ketidaktentuan
politik domestik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Berikut
adalah kedudukan indeks penutup pada setiap bulan sepanjang
tahun 2022 :-
Jadual 1 : Kedudukan Indeks Penutup Pada Setiap Bulan Sepanjang Tahun 2022
Graf 1 : Kedudukan Indeks Penutup Pada Setiap Bulan Sepanjang Tahun 2022
LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN E5(M) 2022 PAGE 02
DASAR SIFAR
COVID-19
Di bawah dasar sifar COVID-19 ini, penduduk CHINA hanya menikmati tempoh
keterbukaan dan kebebasan relatif yang panjang dalam lingkungan ekonomi
domestik, tetapi kekal tertutup dari seluruh dunia. Bagaimanapun, kes-kes
penularan terbaru virus tersebut menyebabkan kerajaan telah menutup
sebahagian besar sektor pembuatan, sekaligus menambah kejutan terhadap
bekalan global. Pada masa sama, CHINA turut menggandakan sekatan untuk
mengehadkan pergerakan orang keluar masuk ke negara itu, walaupun
kebanyakan negara sudah memulakan fasa hidup bersama COVID-19.
Seterusnya pada bulan SEP 2022, sekali lagi pasaran dunia menerima kejutan
apabila FED US menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 75 mata asas secara
drastik untuk mengekang lonjakan inflasi menyebabkan indeks pada penutup
bulan SEP jatuh sebanyak 117.42 mata.
Selain itu, turun naik pasaran ekuiti tempatan turut memberi cabaran kepada
pengurus dana tempatan dalam memberikan dividen yang tinggi. Namun,
kepelbagaian portfolio pelaburan membolehkan pengurus dana tempatan seperti
PERMODALAN NASIONAL BHD (PNB) memberi dividen yang kekal berdaya saing
kepada pemegang dana amanahnya. Terkini, AMANAH SAHAM NASIONAL BHD
(ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen
seunit, berjumlah 4.60 sen seunit kepada pemegang unit AMANAH SAHAM
BUMIPUTERA (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 DIS 2022. Anak syarikat
milik penuh PNB itu juga mengumumkan bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi
30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB..
TRANSAKSI
PELABUR
TAHUN 2022
Pelabur asing pada minggu terakhir dagangan tahun 2022 mencatatkan jualan
bersih sebanyak RM204.6 juta, berbanding belian bersih pada minggu
sebelumnya sebanyak RM51.2 juta. Pada minggu terakhir tahun 2022, tiga
ector teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih ialah penjagaan
kesihatan sebanyak RM16.5 juta, teknologi RM12.3 juta dan pengangkutan dan
ector c RM7.2 juta. Sementara itu, tiga ector teratas yang menyaksikan aliran
keluar bersih asing ialah ector perladangan pada RM64.7 juta, produk dan
perkhidmatan perindustrian RM57.1 juta, dan perkhidmatan kewangan RM46.0
juta. Sementara itu, pelabur institusi tempatan dilihat mencatatkan belian
bersih sebanyak RM290.4 juta. Situasi ini menjadikan pelabur institusi
mencatatkan belian bersih selama tiga minggu berturut-turut. Manakala
pelabur runcit tempatan mencatatkan jualan bersih sebanyak RM85.8 juta yang
mana sebelum ini turut mencatatkan belian bersih selama tiga minggu
berturut-turut.
BELIAN BERSIH
Secara kumulatif sejak 03 JAN 2022 sehingga 30 DIS 2022, pelabur asing
mencatatkan belian bersih sebanyak RM4.38 bilion selepas empat tahun
berturut-turut sebelum ini mencatatkan jualan bersih di mana jualan bersih
terbesar ialah RM24.5 bilion pada tahun 2020. Pelabur institusi mencatatkan
jualan bersih RM6.42 bilion manakala pelabur runcit mencatatkan belian
bersih sebanyak RM2.04 bilion. Butiran aliran keluar dana asing sejak tahun
2010 adalah seperti berikut :-
Jadual 2 : Data Aliran Keluar Dana Asing Sejak Tahun 2010 Hingga 2022
Rata-rata para penganalisis memperkatakan bahawa tahun 2022 merupakan
tahun yang agak suram untuk pasaran ekuiti global dan tempatan
memandangkan semua negara khususnya AS terpaksa menaikkan kadar
faedah masing-masing untuk menangkis tekanan inflasi. Dalam situasi
COVID-19 yang masih belum reda sepenuhnya, dunia terpaksa berhadapan
dengan krisis geopolitik apabila RUSIA secara terbuka melancarkan perang ke
atas UKRAINE. Rentetan daripada itu, harga minyak dan gas global naik
secara mendadak dan tidak terkecuali juga harga bijirin seperti jagung,
kacang soya dan gandum. Kenaikan komoditi ini menyebabkan kos barangan
tersebut meningkat dan akhirnya menjadi penyebab utama kadar inflasi
melonjak. Oleh yang demikian untuk meredakan situasi ini, semua negara
yang terimpak dengan inflasi telah menaikkan kadar bunga tak terkecuali
negara MALAYSIA yang telah menaikkan sebanyak 100 mata asas (bps)
daripada 1.75 peratus kepada 2.75 peratus.
Secara keseluruhannya, prestasi BURSA MALAYSIA untuk
tahun 2022 adalah tidak memberangsangkan disebabkan oleh
faktor luaran ditambah faktor dalaman yang tidak diuruskan
dengan baik oleh kerajaan. Walau bagaimanapun untuk tahun
2023 ini, BURSA MALAYSIA prestasinya djangka akan lebih
baik. Beberapa badan penganalisis mengunjurkan secara
purata, indeks akan naik sekitar 9 peratus kepada 1,630 mata
pada penghujung tahun 2023.
KEDUDUKAN
KADAR OPR
MALAYSIA
Sepanjang tahun 2022, pihak BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) telah
menaikkan sebanyak empat kali sepanjang tahun 2022 daripada
1.75% kepada 2.75%. Ahli ekonomi, secara amnya, mengekalkan
pandangan mereka bahawa BNM akan menaikkan kadar dasar
semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas (bps) lagi kepada 3.25%
dalam tahun 2023, di mana akan dinaikkan 25 bps pada suku
pertama tahun hadapan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir
ahli ekonomi meramalkan OPR akan melepasi tahap pra-pandemik
3%-3.25%. Tindakan ini adalah satu langkah untuk menurunkan
kadar inflasi yang pada ketika ini berada pada tahap 4%. Menurut
data BLOOMBERG, anggaran konsensus untuk CPI MALAYSIA
berada pada tahap 3% pada tahun 2023.
KEDUDUKAN
KEWANGAN
SEMASA NEGARA
1. Berhubung kedudukan kewangan negara, dua institusi memberi penarafan yang positif
iaitu pihak TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF) dan GLOBAL S&P GLOBAL
RATINGS. Kedua-dua pihak menyatakan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan
ekonomi negara dan turut menjangkakan persekitaran penggubalan dasar akan menyokong
dalam memulihkan penetapan fiskal kepada kedudukan yang lebih kukuh. MALAYSIA
adalah sebuah negara yang sentiasa disiplin dalam menyempurnakan tanggungjawab
pembayaran hutang dan tidak pernah gagal membayar faedah serta hutang yang sudah
matang.
2. Sehingga akhir JUN 2022, Hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM1.05
trilion atau 61 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kementerian
Kewangan menerusi Tinjauan Fiskal 2023 melaporkan, sebahagian besar Hutang
Kerajaan Persekutuan adalah dalam denominasi Ringgit manakala baki 2.8 peratus adalah
dalam mata wang asing.
3. Hutang dalam negeri adalah sebanyak RM1.02 bilion merangkumi Sekuriti Kerajaan
Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) yang merupakan sekuriti
jangka sederhana dan matang dengan tempoh matang antara tiga hingga 30 tahun.
Instrumen ini mewakili komposisi terbesar dengan MGS sebanyak 51 peratus dan MGII
sebanyak 43.8 peratus daripada hutang dalam negeri.
4. Tinjauan Fiskal 2023 melaporkan, Bayaran Khidmat Hutang (DSC) pada tahun 2022
dianggar sebanyak RM43.1 bilion atau 15.1 peratus daripada hasil, lebih rendah berbanding
16.3 peratus pada 2021. Nisbah DSC kepada hasil dijangka bertambah baik berikutan
kutipan hasil lebih tinggi terutamanya daripada cukai dan hasil komoditi.
5. Berdasarkan tinjauan Fiskal 2023 mendapati, nisbah hutang daripada KDNK di antara
negara berpenarafan ‘A’ dan ekonomi serantau terpilih, MALAYSIA berada di kedudukan
keenam tertinggi pada 2022 dengan 63.4 peratus selepas JEPUN (242 peratus),
SINGAPURA (145.9 peratus), SEPANYOL (118.4 peratus), LAOS (95.2 peratus) dan
SLOVENIA (74.7 peratus).
6. Berikut adalah jadual kedudukan hutang kerajaan sejak tahun 2017 seingga kini :-
Jadual 3 : jadual kedudukan hutang kerajaan sejak tahun 2017 hingga 2022
Statistik: Jumlah hutang Negara sejak tahun 2017 hingga 2022
1
BAJET 2022 dibentangkan Menteri Kewangan, TENGKU
Datuk Seri ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ di Dewan
Rakyat, mencadangkan peruntukan sebanyak RM332.1
bilion, jumlah tertinggi berbanding belanjawan tahunan
terdahulu dengan matlamat mensejahterakan KELUARGA
MALAYSIA untuk bangkit semula memulihkan negara.
2
BAJET 2022 dihasilkan daripada perbincangan
membabitkan lebih 30 sesi kumpulan. fokus, mengkaji
lebih 1,100 memorandum dan meneliti 50,000 cadangan
awam daripada portal BAJET 2022 turut mengambil kira
pandangan ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang
menerusi 80 sesi sumbang saran.
3
Daripada sumber-sumber tersebut, sebanyak RM233.5 bilion dikhususkan
bagi perbelanjaan mengurus, RM75.6 bilion bagi tujuan pembangunan,
manakala RM23 bilion lagi diletakkan di bawah Kumpulan Wang COVID-
19, dengan RM2 bilion disediakan sebagai simpanan luar jangka. Di sebalik
peruntukan tertinggi dalam sejarah, kerajaan komited untuk
mengurangkan defisit fiskal 2022 kepada enam peratus daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 6.5 peratus bagi 2021, dengan
menyasarkan ekonomi negara berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus
tahun depan.
4
Manakala untuk bajet tahun 2023, selepas pertukaran kerajaan pasca PRU-
15, kerajaan baharu akan membentangkan bajet pada 24 FEB 2023. Namun
untuk memastikan perjalan urus tadbir kerajaan berjalan seperti biasa
kerajaan telah membentangkan BAJET MINI 2023. Pembentangan BAJET
MINI 2023 telah dibentangkan di Parlimen pada 20 DIS 2022. Dewan Rakyat
sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU)
Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang
membenarkan perbelanjaan RM107,718,676,650 dikeluarkan untuk
perkhidmatan kerajaan bagi sebahagian tahun depan.
5
Justeru, pembentangan BAJET MINI 2023 ini bertujuan untuk
membenarkan supaya kerajaan terus berfungsi bagi tempoh
beberapa bulan dengan berbelanja sebahagian daripada
BAJET 2023 sehingga dibentangkan semula dan diluluskan.
Pembentangan tersebut telah berjaya diluluskan dengan
persetujuan sebulat suara para Ahli Parlimen tanpa perlu
dibahaskan.
6
Dalam Bajet Mini 2023, jumlah terbesar diperuntukkan kepada
Perkhidmatan Am Perbendaharaan sebanyak RM28,118,860,750, diikuti
Kementerian Pendidikan (RM24.97 bilion) dan Kementerian Kesihatan
(RM17.05 bilion). Peruntukan lain termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM)
(RM2.16 bilion), Kementerian Dalam Negeri (KDN) (RM6.90 bilion),
Kementerian Pendidikan Tinggi (RM5.85 bilion), Kementerian Pertahanan
(RM5.70 bilion), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(RM2.38 bilion), Perbendaharaan (RM2.01 bilion) dan Kementerian
Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (RM1.59 bilion).
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pula mendapat peruntukan
RM1.80 bilion, Kumpulan Wang Terkanun (RM1.09 bilion), Parlimen
Malaysia (RM83.36 juta), Kementerian Komunikasi dan Digital (RM495.72
juta) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (RM235.75 juta).
7
Secara keseluruhannya, BAJET MINI 2023 ini ditaksirkan
mampu memberi imej yang baik kepada kerajaan pada hari
ini. Sebarang andaian yang cuba dilemparkan oleh
sesetengah pihak bahawa kerajaan akan berjimat cermat
dan akan memotong beberapa bantuan yang diumumkan
dalam bajet yang telah dibentangkan sebelum ini meleset.
8
Namun pananda aras sebenar akan dilihat dalam
pembentangan bajet penuh yang dijangka bakal
dibentangkan pada bulan FEB 2023 kelak. Bajet sulung
kerajaan Perpaduan ini akan menjadi petunjuk jelas apakah
polisi ekonomi yang bakal diterapkan oleh kerajaan hari ini
sama ada polisi jimat cermat dengan mengurangkan
perbelanjaan atau polisi meluaskan perbelanjaan untuk
menjana ekonomi dan menarik para pelabur datang
melabur ke dalam negara.
PRESTASI
RINGGIT
RM telah diniagakan bercampur-campur berbanding Dolar AMERIKA SYARIKAT
(USD) bagi tahun 2022 dengan pelbagai faktor luaran dan dalaman yang telah
mempengaruhi turun naik nilai RM. Bagi tahun 2022, RM telah ditutup pada nilai
RM4.3900berbanding USD iaitu turun 0.225 berbanding tahun 2021 yang telah
ditutup pada nilai RM4.1650.
Prestasi Bulanan
RM telah diniagakan bercampur-campur berbanding Dolar AMERIKA SYARIKAT (USD)
bagi tahun 2022 dengan pelbagai faktor luaran dan dalaman yang telah
mempengaruhi turun naik nilai RM. Bagi tahun 2022, RM telah ditutup pada nilai
RM4.3900berbanding USD iaitu turun 0.225 berbanding tahun 2021 yang telah ditutup
pada nilai RM4.1650.
Prestasi bulanan bagi RM berbanding USD pada tahun 2022 adalah seperti berikut:-
Sepanjang tahun 2022, nilai tertinggi yang pernaah dicapai oleh RM
berbanding USD adalah pada kadar RM4.1725 iaitu pada 3 JAN 2022 manakala
nilai terendah bagi RM adalah pada kadar RM4.7380 iaitu pada 14 OKT 2022.
Manakala bagi minggu pertama 2023 iaitu pada 6 JAN 2023, RM telah ditutup
pada nilai RM4.4020 berbanding USD.
Faktor mempengaruhi nilai rm
Nilai RM terus dipengaruhi oleh pelbagai faktor ekonomi dan politik sepanjang tahun
2022. Berikut adalah antara faktor yang mempengaruhi perubahan nilai RM;-
(a) Keputusan Dasar Monetari AS : Pergerakan RM berkait rapat dengan keputusan
dasar monetari oleh Rizab Persekutuan AS (Fed). Fed cenderung untuk mennaikan
kadar faedahnya bagi mengawal kadar inflasi yang meningkat pada tahun 2022
seterusnya menyebabkan permintaan terhadap USD tinggi sehingga menjejaskan
mata wang negara-negara lain terutamanya negara membangun seperti
MALAYSIA;
(b) Inflasi : Kadar inflasi akan mempengaruhi pergerakan kadar faedah sesebuah
negara. Jika kadar inflasi meningkat, bank pusat negara tersebut akan cenderung
untuk meningkatkan kadar faedah bagi mengawal peningkatan kadar inflasi dan
seterusnya akan mempengaruhi pergerakan mata wang;
(c) Kadar faedah : BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) cenderung untuk menaikkan
kadar faedah atau Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi mengawal kadar inflasi.
Selain daripada bagi mengawal kadar inflasi, kadar OPR negara turut bergantung
kepada pergerakan kadar faedah AS bagi mengelakkan kejatuhan RM;
(d) Keadaan ekonomi global : Polisi zero C OVID-19 di CHINA dan perang RUSIA-
UKRAINE telah merubah landskap ekonomi global seperti pertumbuhan atau
kemerosotan ekonomi seterusnya mempengaruhi permintaan terhadap RM; dan
(e) Situasi politik : Keadaan politik yang kukuh dan stabil boleh meningkatkan
kepercayaan pelabur dan menyebabkan kenaikan nilai RM. Sebaliknya, jika
terdapat ketidakstabilan politik geostrategik, ia boleh mengurangkan
kepercayaan pelabur dan menyebabkan kejatuhan RM.
Walaubagaimanapun, perubahan nilai RM juga boleh dipengaruhi oleh
faktor-faktor yang tidak dijangka seperti kejadian bencana alam, status
kesihatan antarabangsa (penyebaran penyakit berjangkit) dan peperangan.
JANGKAAN
2023
RM dijangka akan mengukuh dan KENANGA RESEARCH pula
diniagakan pada paras RM3.95 berbanding
USD pada tahun 2023 berikutan menjangkakan dalam
ketidaktentuan politik domestik yang beberapa minggu akan
kian reda serta jangkaan kemerosotan
USD datang, RM dijangka akan
Dr ANTHONY DASS, Ketua Ahli Ekonomi terus meraih manfaat
Kumpulan dan Ketua Penyelidik AMBANK
RESEARCH berkata pembentukan kerajaan daripada langkah Fed
dalam tempoh yang singkat meskipun
berdepan situasi Parlimen tergantung yang kurang agresif
susulan tiada parti atau gabungan
politik mendapat keputusan majoriti dalam kenaikan kadar
untuk membentuk kerajaan pada Pilihan
Raya Umum ke-15 (PRU-15) memberi penanda arasnya.
kelegaan kepada pasaran.
Selain itu, kestabilan
Bagi akhir tahun 2023, RM dijangka
diniagakan pada paras RM3.95 hingga politik MALAYSIA dan
RM4.00/USD berbanding sebelum ini RM4.15
hingga RM4.20/USD berikutan keredaan kelemahan bermusim Dolar
kebisingan politik dan indeks Dolar
terus merosot daripada paras tinggi. AS mungkin membantu mata
wang tempatan mengukuh
berbanding dolar. Namun,
pusingan “U” dalam dasar
COVID-19 CHINA mungkin
mengubah naratif
kenaikan Ringgit.
SEKTOR BEKALAN
Kekurangan bekalan ayam, telur ayam dan minyak masak paket yang berlaku di
pasaran merunsingkan. Ia dirasai oleh keseluruhan rakyat dalam negara.
keberadaan bekalan agak terumbang ambing di pasaran, namun rakyat masih
menikmati bekalan makanan tersebut.Industri ternakan ayam dan telur ayam
merupakan industri yang matang, yang mana telah diusahakan sekian lama di
MALAYSIA. Industri ini mampu memenuhi kehendak bekalan negara dengan
mempunyai 105 peratus Self-Sufficient Level (SSL). Sebelum ini, MALAYSIA hanya
mengimport ayam untuk diproses dalam industri hiliran seperti produk sosej,
burger dan sebagainya.
PEPERANGAN RUSIA-
UKRAINE
Peperangan RUSIA - UKRAINE yang berterusan menyebabkan rantaian bekalan
makanan terjejas. Harga jagung meningkat secara mendadak. Isu ini juga
dipengaruhi oleh kelemahan wang Ringgit susulan kebanyakan makanan ternakan
adalah diimport dari luar negara selain masalah wabak penyakit yang
menyebabkan ayam tidak membesar dan mati. Manakala bagi minyak masak
paket pula kekurangan bekalan adalah susulan terdapat penyelewengan terhadap
item bersubsidi ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ketirisan ke
negara jiran dan pembungkusan semula ke dalam kemasan botol bagi meraih
keuntungan berlipat ganda. Sementara itu, ia juga berpunca daripada masalah
permintaan yang tinggi susulan turut digunakan oleh pihak industri dan dinikmati
oleh golongan M40 dan juga T20.
LANGKAH
KERAJAAN
Kerajaan sentiasa prihatin terhadap penternak dengan mengekalkan pemberian subsidi, malah
bertindak menaikkan jumlah pemberian subsidi kepada item ayam dan telur ayam kepada
penternak bagi menampung kos ternakan yang melambung tinggi. Berikut adalah langkah-
langkah yang telah diambil :-
a) Mengekalkan subsidi c) Subsidi
Selain mengekalkan subsidi minyak masak Rakyat sudah terkesan dengan menanggung
paket untuk dinikmati oleh rakyat yang beban dengan inflasi makanan ketika ini. Oleh
berpendapatan rendah. Langkah memberi itu, demi mengimbangi beban semua pihak
subsidi kepada pemain industri adalah kerajaan menampung beban dengan pemberian
langkah yang bersifat sementara. Pihak subsidi serta mengenakan harga kawalan, di
industri mahukan harga yang diapung dan samping mempertimbangkan untuk pemberian
pemain industri merasakan pengapungan subsidi bersasar. Walaupun mendapat
harga adalah jalan yang terbaik buat masa ini tentangan dari sesetengah pihak untuk
berbanding memberi subsidi. Walau mendesak pengapungan harga bagi item - item
bagaimanapun, kerajaan melihat isu sekuriti tersebut, kerajaan masih mempertimbangkan
makanan dalam perspektif yang luas dalam perkara ini supaya situasi menang - menang
menjaga kebajikan pembeli dan kebajikan dapat dilaksanakan.
pemain industri sendiri.
b) Pasukan Khas Jihad d) Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN2.0)
Sebelum ini kerajaan terdahulu bertindak dan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN)
menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani
Inflasi bagi membantu rakyat mendepani Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN2.0) dan
cabaran kenaikan kos sara hidup. Melalui Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) dibuat
penubuhan ini, banyak keputusan dan melibatkan kesemua makanan. industri yang
tindakan melibatkan penambahbaikan untuk paling stabil adalah industri ayam kerana
isu bekalan makanan telah dibuat untuk MALAYSIA mampu untuk mengeksport bekalan
kesejateraan rakyat seperti Program Jualan ke luar negara. Walau bagaimanapun,
Keluarga MALAYSIA (PJKM) dan Program MALAYSIA masih mengimport bekalan seperti
Jualan Murah Keluarga MALAYSIA (PJMKM) daging, sayur – sayuran, buah – buahan, susu
dan keputusan penting lain bersama agensi dan beras bagi memenuhi keperluan harian
terlibat bagi menjamin sekuriti makanan rakyat.
negara.
e) Larangan Eksport f) Industri Penanaman Jagung Bijirin
Dalam pada itu, selain menghentikan ekport ayam KEMENTERIAN PERTANIAN DAN
ke luar negara, kekurangan bekalan ayam yang KETERJAMINAN MAKANAN (MAFS) dan
berlaku juga telah mendorong kerajaan agensi – agensi terlibat sedang berusaha
memansuhkan Approved Import (AP) bertujuan membangunkan industri penanaman jagung
untuk meningkatkan peluang penglibatan bijirin di MALAYSIA dalam membantu
pengimport untuk menyediakan lebih banyak mengeluarkan produk makanan ternakan.
sumber bekalan. bagi telur ayam, kerajaan baharu MAFS sedar bahawa industri ini perlu
baru - baru ni bertindak mengimport bekalan telur dikembangkan supaya negara dapat
dari INDIA bagi menampung kekurangan bekalan mengurangkan kebergantungan terhadap
pasaran tempatan. Bagi minyak masak paket, produk import. Cubaan penanaman jagung
dipercayai pihak KPDN sentiasa memantau item ini bijirin di PERLIS ditaksirkan berjaya dan
supaya tidak berlaku ketirisan dalam pasaran oleh dipercayai akan dikomersialkan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab. Pemantauan syarikat - syarikat besar kelak.
serta tangkapan juga dilakukan oleh CAWANGAN
PERISIKAN DAN SIASATAN KHAS terhadap
aktiviti penyeludupan dan penyelewengan minyak
masak bersubsidi.
KADAR INFLANSI
Peperangan antara UKRAINE dan RUSIA menyebabkan banyak bekalan makanan dunia
mengambil proses yang panjang dan sukar untuk menampung permintaan seluruh dunia. Kadar
inflasi yang tinggi menaikkan kos sara hidup dan mengurangkan kuasa beli pengguna. Kadar
inflasi MALAYSIA pada bulan OGOS 2022 meningkat kepada 4.7 peratus berbanding 4.4
peratus pada JUL 2022. Ini berikutan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api yang
disebabkan gangguan berterusan rantaian bekalan global.
Perkembangan ini, turut diburukkan lagi dengan ketegangan geopolitik yang berlaku di
peringkat global apabila langkah CHINA menutup pintu sempadannya. Tinjauan oleh Dewan
Perniagaan Cina mendedahkan lebih daripada 50 peratus (%) dalam kebanyakan sektor,
terutamanya sektor pembuatan dan pembinaan yang melaporkan kenaikan ketara dalam harga
bahan mentah tempatan dan import, dengan kadar kenaikan lebih daripada 10 peratus.
Kenaikan ini berterusan sehingga Suku Kedua (Q2) Tahun 2022.
PERMASALAHAN
INFLANSI
Peningkatan kadar inflasi telah mencetuskan peningkatan permintaan barangan dan
perkhidmatan dalam pasaran secara mendadak diluar kemampuan bekalan dan
penawaran oleh pembekal, peniaga dan penjual. Situasi ini memaksa golongan peniaga
menaikkan harga barangan dan caj perkhidmatan bagi memenuhi permintaan tinggi
dalam kalangan pelanggan. Berikut adalah permasalahan yang berlaku apabila
berlakunya peningkatan inflasi: -
(a) Kos operasi, pengeluaran, pengedaran meningkat;
(b) Kos tenaga kerja meningkat;
(c) Kos bahan mentah turut meningkat;dan
(d) Kos sara hidup masyarakat meningkat
FAKTOR
KENAIKAN INFLANSI
Antara faktor kenaikan adalah disebabkan harga tenaga dan komoditi susulan
perang RUSIA-UKRAINE, serta kekurangan bekalan global sekaligus
memburukkan lagi situasi ini dan meningkatkan lagi kos perniagaan. Isu ini jika
berlanjutan dikhuatiri akan membantutkan proses pemulihan ekonomi negara.
LANGKAH
PENYELESAIAN
ATASI KOS SARA HIDUP
Cadangan penyelesaian bagi mengatasi impak kos sara hidup adalah
seperti berikut :-
(a) Meningkatkan kadar faedah (b) Mengurangkan ataupun
menghentikan seketika aktiviti
Overnight Policy Rate (OPR) eksport melibatkan barangan
dan makanan bagi menampung
untuk mengelakkan lebih ramai keperluan rakyat MALAYSIA;
menggunakan duit pinjaman
untuk berbelanja bagi
menampung gaya hidup;
(c) Menetapkan harga siling (d) Meningkatkan subsidi
baru untuk makanan keperluan kepada pembekal makanan;
negara bagi membolehkan
pembekal dapat meningkatkan
pengeluaran makanan pada
masa akan datang;
(e) Institusi kewangan (f) Mengurangkan jumlah
mengenakan kadar bunga yang import dan menambahkan
tinggi terhadap pinjaman yang jumlah eksport
diberikan kepada pelabur;dan
KENAIKAN KOS
INPUT
Kenaikan kos input ini telah menggangu pengeluaran hasil ayam dan
telur ayam. Selain itu, pemain industri pertanian juga dilihat tidak
mampu bertahan untuk menyerap kenaikan kos input seperti kenaikan
harga baja, racun dan benih.Sehingga kini, pengeluaran hasil seperti
padi beras masih pada tahap yang sederhana
LANGKAH
PENYELESAIAN
Oleh itu, kerajaan dan pihak yang berkenaan digesa lebih peka dan
prihatin dalam menangani masalah gangguan rantaian bekalan makanan
yang menjadi faktor utama kepada kenaikan harga barang. Perhatian
yang lebih serius dan tindakan yang proaktif perlu difikirkan oleh kerajaan
terhadap kenaikan harga makanan ternakan, kenaikan harga baja, racun
dan benih bagi pertanian demi sekuriti makanan negara. Kerajaan perlu
komited dalam menguruskan isu bekalan makanan untuk memastikan
sekuriti makanan negara terjamin.
SYARIKAT
B E R K A I T A N
KERAJAAAN
(GLC) &GLIC
Antara syarikat-syarikat besar dalam GLC dan GLIC yang
menarik perhatian sepanjang tempoh kajian tahun 2022 adalah :-
a) MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) –
Isu Tuntutan Elaun Dan Integriti
(i) Pada 7 FEB 2022 jam 1030, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
(SPRM) telah membuat serbuan di pejabat MARA, MARA CORPORATION SDN BHD
(MCSD) dan pejabat setiausaha syarikat MCSD bagi mendapatkan maklumat,
mengumpul dokumen dan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MCSD
berkaitan dakwaan isu integriti lima pegawai kanan agensi terbabit yang
dipinjamkan secara 'Cross Fertilisation Program' yang dipercayai menyalahguna
kuasa berkait dengan isu tuntutan elaun;dan
(ii) Tindakan SPRM diambil ekoran surat yang bertarikh 30 JAN 2022 yang
dihantar oleh Dato’ SUHAILI bin ABDUL RAHMAN, Pengerusi Eksekutif MCSD kepada
Datuk Seri Panglima Hajah AZIZAH binti Datuk Seri Panglima Haji MOHD DUN,
Pengerusi MARA berkaitan permohonan untuk melakukan siasatan dalaman
terhadap lima pegawai tinggi MCSD yang dipercayai membuat tuntutan bayaran
acting allowance tanpa pengetahuan Pengarah Eksekutif dan Ahli Lembaga
Pengarah lain. Ia juga termasuk pembayaran secara backdated tanpa kelulusan
Ahli Lembaga Pengarah MCSD dan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan
(Nomination and Remuneration Committee - NRC).
b) PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) –
Laporan Rampasan Aset Oleh Waris Kesultanan Sulu
DiLUXEMBOURG
(i) Pada 12 JUL 2022, FINANCIAL TIMES yang berpangkalan di LONDON telah
melaporkan bahawa dua anak syarikat PETRONAS yang diperbadankan di
LUXEMBOURG iaitu PETRONAS AZERBAIJAN (SHAH DENIZ) dan PETRONAS
SOUTH CAUCASUS telah dirampas oleh Waris Kesultanan SULU melalui bailif di
LUXEMBOURG pada 11 JUL 2022. Dua syarikat tersebut dilaporkan bernilai lebih
daripada USD2 bilion (RM8.87 bilion). Rampasan tersebut adalah tindakan
undang-undang susulan penimbang tara di PERANCIS yang memutuskan bahawa
MALAYSIA dikehendaki membayar Waris Kesultanan SULU sebanyak USD14.92
bilion (RM62.59 bilion);
(ii) Pada 12 JUL 2022, PETRONAS telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan
tiada aset mereka di AZERBAIJAN yang telah dirampas oleh Waris Kesultanan
SULU seperti mana dilapor FINANCIAL TIMES kerana aset tersebut telah dijual
pada 1 OKT 2021. Walau bagaimanapun, kedua-dua bekas anak syarikat itu
menerima notis “Saisie-Arret” (notis pengambil alihan aset bagi mendapatkan
jumlah penghakiman timbang tara) pada 11 JUL 2022, namun tidak berlaku
sebarang pemindahan asset;dan
(iii) PETRONAS menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak
berasas dan tiada sebarang risiko ke atas kedua-dua anak syarikat tersebut
berikutan telah melakukan pelupusan aset sebelum notis tersebut lagi.
c) SAPURA ENERGY BERHAD (SEB) –
Krisis Kewangan Syarikat
(i) SEB telah mencatat kerugian pada tahun kewangan berakhir 31 JAN 2022
iaitu RM8.9 bilion berbanding kerugian RM160.87 juta yang dicatatkan dalam
tempoh yang sama 2021. Jumlah aset SEB sebanyak RM16.23 bilion dan jumlah
liabiliti sebanyak RM15.98 bilion. Banding 2021, SEB memiliki jumlah aset
sebanyak RM22.66 bilion dan jumlah liabiliti sebanyak RM13.72 bilion;
(ii) Pada 2019, SEB merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di mana PNB
memiliki 40 peratus pegangan kepentingan dan KUMPULAN WANG PERSARAAN
(KWAP) sebanyak 2.89 peratus dimana sebelum ini SEB merupakan syarikat
swasta;
(iii) PNB sebagai pemegang saham utama akan terkesan secara langsung dan
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) juga akan terkesan sebagai pemiutang
yang telah memberi pinjaman tertinggi kepada SEB. Hasil pelaburan tersebut,
jumlah dividen yang diterima oleh PNB dan KWAP ialah sebanyak RM440 juta;
(iv) SEB sedang menjalani pelan penstrukturan semula hutangnya yang
melibatkan bank, vendor dan kontraktor melalui perintah Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR pada 10 MAC 2022 yang memberi pelepasan kepada kumpulan
SEB melalui rundingan penstrukturan kembali pembayaran hutangnya kepada
pemiutang dan vendor. Mahkamah juga mengeluarkan Perintah Penyekatan (RO)
untuk menyekat tindakan undang-undang mana-mana pihak terhadap SEB bagi
memastikan rundingan dengan pihak pemiutang dapat berjalan lancar. Kesemua
bank peminjam bersetuju memberikan standstill atau moratorium sepanjang
perintah RO dan membolehkan SEB melaksanakan proses penstrukturan semula
hutangnya dengan lancar;
(v) Oleh itu, pada 30 MEI 2022 anak syarikat milik penuh SEB iaitu SAPURA 3000
PTE LTD memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) untuk penjualan kapalnya
dikenali sebagai Sapura 3000 dengan nilai USD71.50 juta (RM312 juta) kepada
SAFEEN FEEDER COMPANY – SOLE PROPRIETORSHIP LLC. Manakala pada 21 MEI
2022, kementerian kewangan juga akan memberi jaminan bantuan kewangan
kepada SEB dan pakej bantuan tersebut masih diteliti oleh Menteri Kewangan;
(vi) Pada 8 DIS 2021, SEB juga telah mengambil langkah awal untuk pelan
pemulihan syarikat melalui satu pasukan khas diketuai CEO dengan dibantu
penasihat kewangan dari PRICE WATER HOUSE COOPERS (PWC) dan
ROTHSCHILD & CO;
(vii) SEB juga masih mempunyai kontrak tender dalam tangan bernilai RM8.1
bilion dan nilai kontrak RM30 bilion dalam bidaan sekaligus mampu menjana
aliran tunai masuk (cash inflow) yang tinggi dan masih berdaya maju pada
ketika harga minyak & gas dunia mencecah paras tertinggi serta permintaan
dunia bagi perkhidmatan syarikat tersebut juga meningkat. Lebih 60 peratus
daripada pendapatan SEB diperoleh daripada sumber kontrak luar negara;dan
(viii) SEB berusaha mengukuhkan kedudukan kewangan dengan mengurangkan
aliran tunai dan membendung kerugian melalui rundingan semula kontrak yang
dimenangi sebelum COVID-19 dan tidak mengambil kira kos berkaitan
pandemik. Selain itu, SEB juga sedang mencari sumber dana baharu untuk modal
kerja sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion dengan menjual beberapa aset
dan perniagaan syarikat yang dianggap tidak lagi strategik berdasarkan pelan
perniagaan. Seiring objektif syarikat untuk kekal fokus dan cekap bagi
memaksimumkan penggunaan aset strategik, SEB akan menumpukan aktiviti
syarikat kepada projek dan kontrak di ASIA PASIFIK dan ATLANTIK.
d) TENAGA NASIONAL BHD (TNB) –
Import Arang Batu Daripada INDONESIA
(i) Pada 31 MEI 2022, TNB telah memeterai perjanjian import arang batu
daripada INDONESIA membabitkan nilai USD3 bilion bagi tempoh tiga
tahun.Nilai kontrak terbabit telah meningkat daripada USD2.3 bilion bagi tahun
2021 berikutan kenaikan mendadak harga arang batu dunia daripada USD200
per tan kepada USD414 per tan.Pada 1 FEB 2022, kadar surcaj sebanyak 3.70
sen/kwj dilaksanakan kepada penguna elektrik bukan dosmetik yang terdiri
daripada pengguna komersial dan industri;dan
(ii) Manakala bagi pengguna domestik di SEMENANJUNG, kerajaan
mengekalkan tarif mengekalkan rebat dua sen kilowatt per jam (kWj) kepada
semua pengguna domestik bagi tempoh 1 JUL hingga 31 DIS 2022. Kerajaan
menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini bagi
memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi
tekanan inflasi.Akaun syarikat dilihat masih positif dimana jumlah aset syarikat
bernilai RM182.6 bilion melebihi jumlah liabiliti syarikat iaitu sebanyak RM124.21
bilion sekaligus syarikat berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran
kewangan tahun 2022 berdasarkan prestasi memberangsangkan pada
pertengahan tahun 2022.
e) Projek LITTORAL COMBATANT SHIP (LCS)
(i) Kontrak projek LCS diberikan oleh Kerajaan kepada syarikat BOUSTEAD
NAVAL SHIPYARD SDN BHD (BNS) secara rundingan terus pada 14 OKT 2010 untuk
pembinaan enam buah kapal kepada TLDM. Kerajaan telah membayar sejumlah
RM6.083 bilion untuk projek LCS (Nilai Kontrak RM9.1286 Bilion), namun tiada
sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Menurut jadual asal, setakat OGOS 2022
sepatutnya lima (5) buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan;
(ii) Sejak NOV 2019 pembinaan kapal LCS telah ditunda dan didapati terdapat
beberapa syarikat yang terjejas hingga membawa kepada penutupan syarikat
terutama selepas perlaksanaan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) ekoran
COVID-19 justeru segala perjanjian dan kontrak bersama semua pengilang perlu
disemak semula;
(iii) Terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada Kerajaan.
Pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item
dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar. Bayaran sebanyak 63.8%
berbanding kemajuan kerja sebenar sebanyak 42.7%. Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) mengadakan 9 prosiding berhubung LCS bermula 18 NOV
2020 hingga 8 MAC 2022;
(iv) Lembaga Pengarah BNS telah membatalkan surat anugerah kontrak kepada
syarikat CONTRAVES ADVANCE DEVICES (CAD) dan CONTRAVES
ELECTRODYNAMICS (CED) bernilai RM3.4 bilion pada JUN 2022. Pada 16 OGOS
2022, Panglima Bersara Tan SRI AHMAD RAMLI MOHD NOR, bekas pengarah
urusan BNS berdepan tiga tuduhan pecah amanah oleh SPRM membabitkan kes
perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) berjumlah RM21.08 juta tanpa mendapat
persetujuan Ahli Lembaga Pengarah BNS. Pelan mobilisasi syarikat bermula bulan
JUN 2022 hingga DIS 2022; dan
(v) Syarikat perlu menunjukkan perkembangan setiap kapal dan sekiranya gagal
tindakan dan pembatalan kontrak akan dilaksanakan.BNS telah mencatat
kerugian pada tahun kewangan berakhir 2021 iaitu RM52.7 juta. Kedudukan
kewangan yang lemah dimana liabiliti syarikat sebanyak RM2.2 bilion dan aset
hanya RM1.5 bilion dikhuatiri akan menjejaskan tempoh pembinaan kapal LCS.
LANTIKAN POLITIK
DIGUGURKAN
SERTA-MERTA
Pada 15 DIS 2022, Tan Sri Dato' Seri MOHD ZUKI ALI, Ketua Setiausaha Negara
mengumumkan kontrak semua pengerusi dan ahli lembaga yang dibuat melalui
pelantikan politik dalam firma dan badan berkaitan kerajaan akan ditamatkan
berkuat kuasa serta-merta. Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat jemaah
menteri kabinet. Mereka yang kontraknya ditamatkan termasuk lantikan politik
dengan badan berkanun persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat
Kementerian Kewangan (Diperbadankan), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan
(GLIC) dan institusi utama.
Datuk Seri ANWAR bin IBRAHIM, YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa
beberapa pelantikan politik akan dibuat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC),
sekali gus menolak cadangan bahawa beliau secara terang-terangan menentang
idea tersebut. Hal ini kerana ada kekeliruan yang timbul tentang pendirian beliau
berhubung perkara tersebut dan menjelaskan bahawa pelantikan sebaliknya akan
dibuat berdasarkan kelayakan individu dalam bidang berkaitan. Justeru
menurutnya sebarang pelantikan orang politik bagi jawatan dalam syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) mestilah berdasarkan kelayakan selain mematuhi syarat-
syarat tertentu.
SEKTOR PERDAGANGAN
Sepanjang tempoh kajian dari JAN hingga NOV 2022, prestasi perdagangan
MALAYSIA merekodkan perkembangan memberangsangkan dan mengekalkan
trajektori peningkatan sebanyak 29.9 peratus kepada RM2.613 trilion berbanding
tempoh sama tahun 2021. Trajektori meningkat prestasi perdagangan khususnya
disumbangkan oleh peningkatan dalam eksport sebanyak 27.2 peratus (RM1.42 trilion)
dan import meningkat sebanyak 33.3% (RM1.193 trilion) sekaligus merekodkan lebihan
dagangan sebanyak 2.6 % (RM227.89 bilion). Antara sumbangan utama dalam
pertumbuhan eksport adalah barangan elektrik dan elektronik (E&E), gas asli cecair
(LNG), keluaran petroleum serta petroleum mentah. Eksport ke rakan dagang utama
adalah negara-negara ASEAN, AMERIKA SYARIKAT (AS), KESATUAN EROPAH (EU) dan
JEPUN.
Jadual 3 : Data Jumlah Dagangan Negara JAN hingga NOV 2022
Graf : Data Jumlah Dagangan Negara JAN hingga NOV 2022
prestasi pelaburan
Bagi tempoh suku ketiga tahun 2022 iaitu Daripada jumlah pelaburan
bulan JAN hingga SEP, MALAYSIA
mencatatkan pelaburan yang diluluskan diluluskan tersebut, CHINA
bernilai RM193.7 bilion dalam sektor
perkhidmatan dan perkilangan yang mendominasi pelaburan asing
membabitkan 2,786 projek serta bakal
menjana 98,414 peluang pekerjaan baru sebanyak RM49.2 bilion dan
sekaligus membuktikan kedudukan MALAYSIA
sebagai destinasi pelaburan utama di seterusnya AMERIKA SYARIKAT
ASIA.LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN
MALAYSIA (MIDA) menjelaskan bahawa (RM16.9 bilion), BELANDA (RM16.5
Pelaburan Langsung Asing (FDI) kekal sebagai
penyumbang utama sebanyak 67.5 peratus bilion), JERMAN (RM9.2 bilion) dan
atau RM130.7 bilion manakala Pelaburan
Langsung Domestik (DDI) menyumbang 32.5 SINGAPURA (RM8.7 bilion). Bagi
peratus atau RM63 bilion.
peringkat negeri, JOHOR mendahului
senarai dengan pelaburan diluluskan
sebanyak RM63.9 bilion, diikuti oleh
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR (RM26.1 bilion), SELANGOR
(RM25.7 bilion), SARAWAK (RM17.6
bilion) dan KEDAH (RM12.1 bilion).
Jadual 4 : Jumlah Pelaburan Diluluskan Mengikut Negara Bulan JAN hingga SEP 2022
Jadual 5 : Jumlah Pelaburan Diluluskan Mengikut Negeri Bulan JAN hingga SEP 2022
SEKTOR PENGAKUTAN
a) Industri Penerbangan
Industri penerbangan MALAYSIA mencatatkan kemajuan yang baik pada tahun
2022 berikutan pemulihan pasca-pandemik. Pembukaan semula sempadan
antarabangsa sepenuhnya pada APRIL 2022 selepas ditutup selama dua tahun
menjadi batu loncatan kepada momentum pertumbuhan yang lebih baik. Kadar
vaksinasi yang tinggi dan penurunan jumlah kes COVID-19 baharu menjadi
pendorong utama dan disokong oleh keperluan perjalanan yang dilonggarkan,
terutamanya dengan memansuhkan ujian wajib COVID-19 dan penggunaan
pelitup muka walaupun langkah tersebut masih dilaksanakan oleh sebahagian
negara.
Di MALAYSIA, industri penerbangan dijangka menyumbangkan kira-kira USD 1.97
billion secara langsung kepAda negara dan memberi hasil sebanyak USD 6.3
billionkepada industri pelancongan. Industri penerbangan menyumbang kira-kira
3.3 peratus kepada KDNK dengan mencipta lebih 460,000 peluang pekerjaan.
Menurut MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BHD (MAHB), setakat 15 SEP 2022, 62
peratus daripada syarikat penerbangan asing telah menyambung semula
operasi di semua lima lapangan terbang antarabangsa di MALAYSIA. Langkah
tersebut menyumbang kepada pergerakan penumpang yang menggalakkan,
seterusnya mencatatkan peningkatan lebih enam kali ganda kepada 20.25 juta
orang penumpang pada separuh pertama 2022 berbanding tempoh sama pada
2021.
Pada JUN 2022, jumlah pergerakan trafik penumpang MALAYSIA berjumlah 4.54
juta orang penumpang yang membentuk 63 peratus daripada jumlah
pergerakan yang mencecah 7.21 juta. Secara keseluruhannya, MALAYSIA
merekodkan 1.29 juta orang penumpang trafik antarabangsa, manakala trafik
domestik ialah 3.24 juta orang penumpang dalam separuh pertama 2022.
Industri penerbangan tempatan turut menerima kehadiran dua syarikat
penerbangan baharu, MYAIRLINE SDN BHD dan SKS AIRWAYS SDN BHD selepas
pandemik. MAVCOM memberikan lesen perkhidmatan udara permulaan kepada
MYAIRLINE sekali gus membolehkan syarikat penerbangan tambang rendah itu
untuk beroperasi sebagai syarikat penerbangan penuh di negara ini selama 12
bulan sehingga 14 NOV 2023.Sepanjang separuh pertama 2022, sebanyak 1,251
aduan telah dilaporkan kepada MAVCOM dengan 99.1 peratus (1,240)
daripadanya adalah berkaitan syarikat penerbangan dan 0.9 peratus (11) pula
membabitkan lapangan terbang.
SEKTOR
Isu kekurangan pekerja masih menjadi
antara isu utama yang dihadapi pemain
PEKERJAAN
industri khususnya dalam sektor
pembuatan dan pembinaan serta sektor
pertanian. Setakat 24 JUN 2022, kira-kira
DAN PASARAN
20,000 orang pekerja asing telah tiba di
MALAYSIA dimana hanya sekitar 6.5%
BURUH daripada jumlah kuota (310,000) telah
diluluskan.
Menurut JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA, Daripada jumlah 418,528 permohonan
kadar pengangguran di MALAYSIA terus pekerja asing, hanya 114,121 pas pekerja
mencatatkan trend penurunan. Kadar telah diluluskan dalam Program Rekalibrasi
pengangguran bagi bulan OKT 2022 adalah Tenaga Kerja. Oleh itu, banyak perniagaan
3.6% (602,000) iaitu pada kadar yang sama telah menurunkan skala pengeluaran.
berbanding pada bulan SEP 2022, namun Sekiranya, isu kelewatan dalam kelulusan
jumlah penganggur telah mengalami pekerja asing berpanjangan dikhuatiri
penurunan sebanyak 3,000 orang kepada mampu melembapkan produktiviti dan
602,000 orang. keluaran industri dalam negara.
Pemberhentian Pekerja
Berdasarkan kepada laporan “STATISTIK PEMBERHENTIAN PEKERJA 2022, (RETRENCHMENT
STATISTICS), TARIKH: 1 JAN – 31 NOV 2022” yang diterbitkan oleh JABATAN TENAGA KERJA
SEMENANJUNG MALAYSIA (JTKSM), seramai 27,173 pekerja telah diberhentikan oleh 1,326
majikan. Statistik pecahan pekerja yang terlibat adalah seperti berikut:-
Carta Pie 1: Statistik Pemberhentian Pekerja 2022
Pemberhentian pekerja bagi tempoh bulan JAN hingga bulan NOV 2022
menunjukkan penurunan sebanyak 52.48 peratus berbanding tempoh sama 2021
(57,179 pekerja) ekoran kedudukan ekonomi yang semakin pulih yang dipacu
oleh aktiviti ekonomi yang menggalakkan lantas mendorong lebih banyak
permintaan buruh dalam pasaran bagi memenuhi keperluan operasi perniagaan.
Pemberhentian pekerja mengikut negeri masih lagi tertumpu di negeri-negeri
yang mempunyai kawasan perindustrian utama seperti di SELANGOR, PULAU
PINANG dan KUALA LUMPUR.
Pasaran Pekerjaan - Myfuturejobs
Berdasarkan kepada laporan “MYFutureJobs” yang diterbitkan oleh PERKESO,
jumlah jawatan kosong aktif pada JAN hingga DIS 2022 adalah sebanyak
265,793 manakala jumlah pencari kerja adalah seramai 511,992 orang. Berlaku
kekurangan sebanyak 246,199 atau 48.01% kekosongan jawatan berbanding
jumlah pencari kerja.
kehilangan pekerjaan
Berdasarkan data PERKESO kehilangan pekerjaan mengikut sektor bagi tahun
2022 Bagi tempoh JAN hingga DIS 2022, terdapat lima (5) sektor utama dikesan
mempunyai jumlah pemberhentian tertinggi iaitu:-
Carta Pie 2: Statistik Kehilangan Pekerjaan Mengikut Sektor
penempatan pekerja
Bagi tempoh JAN – DIS 2022, seramai 32,819 orang telah diberhentikan kerja
dan seramai 14,089 orang telah mendapat semula pekerjaan mengikut pecahan
sektor seperti berikut:-
Carta Pie 3: Statistik Penempatan Pekerja Mengikut Sektor
tindakan
kerajaan
Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan kestabilan
pasaran pekerjaan dan membantu pekerja yang diberhentikan melalui Program
Subsidi Upah (PSU), Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Sistem Insurans Pekerjaan
(SIP) Plus 600, Employment Retention Program (ERP), JaminKerja Keluarga
MALAYSIA dan MYFutureJobs. Selain itu, berdasarkan data pelaburan asing bagi
tempoh pertengahan tahun 2022, sebanyak 1,714 projek telah diluluskan dengan
nilai RM123.3 bilion sekaligus membuka peluang pekerjaan sebanyak 57,771
pekerjaan baru.
Sehingga 8 JUL 2022, sebanyak RM20.92 bilion telah disalurkan melalui Program
Subsidi Upah (PSU) meliputi 6.93 juta pekerja daripada 737,048 majikan bagi
menyokong operasi perniagaan dan mengekalkan pekerja. Melalui Program
Insentif Pengambilan Pekerja Jaminkerja dengan kerjasama PERKESO telah
berjaya menempatkan seramai 4,459 belia di bawah Skim Perantisan Nasional
(SPN).
Selain itu, seramai 3,618 graduan telah berjaya ditempatkan melalui Program
Peningkatan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP). Di bawah
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Professional
Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) yang merupakan
inisiatif untuk melaksanakan program peningkatan kebolehpasaran dan
memupuk kemahiran keusahawanan di kalangan graduan, seramai 4,316 graduan
telah berjaya ditempatkan.
Di bawah program Pembiayaan Pelancongan PENJANA, sebanyak 780
permohonan direkodkan dan sebanyak 409 permohonan pembiayaan telah
diluluskan berjumlah RM84 juta. Manakala Pembiayaan Bantuan Bumiputera (BRF)
telah membantu sebanyak 749 PKS dengan pembiayaan sejumlah RM226.8 juta.
BANTUAN KERAJAAN DAN
PEKERJA
Program Subsidi Upah (PSU) - Sehingga 10 JUN 2022, sebanyak RM20.69
bilion telah disalurkan melalui Program Subsidi Upah (PSU) 1.0 meliputi 6.91
juta pekerja daripada 736,456 majikan bagi menyokong operasi
perniagaan dan mengekalkan pekerja. JaminKerja Keluarga MALAYSIA -
JaminKerja Keluarga MALAYSIA di bawah PERKESO, seramai 75,932
pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan sehingga 13 MEI 2022 dan
akan mewujudkan sebanyak 300,000 peluang pekerjaan baru.
a) MyFutureJobs - sejumlah 92,832 orang d) Syarikat Peringkat Pertengahan Teknikal
telah berjaya mendapatkan pekerjaan dan dan Digital (MTC) - Sejumlah RM92.3 juta
sebanyak 484,563 jawatan kosong aktif telah telah disalurkan kepada 13,892 perniagaan
ditawarkan di portal pekerjaan tersebut untuk mendigitalkan operasi dan saluran
sehingga 30 JUN 2022; perdagangan mereka dalam bentuk geran
dan pinjaman untuk langganan
perkhidmatan digitalisasi;
b) MALAYSIAN Short-term Employment e) Skim Jaminan Danajamin Prihatin (DPGS) -
Programme (MySTEP) - Seramai 2,709 Sejumlah RM2.07 bilion daripada jumlah
peserta telah berjaya ditempatkan di sektor jaminan telah diluluskan kepada 60 syarikat
awam dan GLC setakat 25 MAC 2022; berbanding 92 syarikat yang memohon
jaminan, sehingga 25 MAC 2022;dan
c) Dana Pinjaman Mudah PKS oleh BNM - f) Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita
Sebanyak 26,379 PKS telah mendapat (DanaNITA) - Seramai 84 usahawan wanita
manfaat dengan nilai sebanyak RM12.59 telah dibantu yang melibatkan nilai
bilion setakat 25 MAC 2022; pembiayaan berjumlah RM3.35 juta sehingga
28 FEB 2022.
PRESTASI EKONOMI GLOBAL
2023 DAN IMPLIKASI KEPADA
EKONOMI MALAYSIA
AMERIKA SYARIKAT, KESATUAN EROPAH (EU) dan CHINA merupakan enjin utama
pertumbuhan ekonomi global. Diramalkan prestasi ekonomi ketiga-tiga negara
tersebutadalah perlahan pada tahun 2023. INTERNATIONAL MONETARY FUND
(IMF) dan WORLD BANK telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global
2023 masing-masing kepada 2.7 peratus dan 1.9 peratus.Ekonomi global berdepan
kemelesetan pada 2023 adalah akibat daripada tindakan Bank Pusat seluruh dunia
menaikkan kadar faedah atas objektif untuk mengekang inflasi yang dicetuskan oleh
konflik RUSIA – UKRAINE sejak FEB 2022.
PRESTASI EKONOMI MENGIKUT ZON
Secara keseluruhan, ekonomi negara maju diunjurkan berkembang sekitar 1.1 peratus, lebih
perlahan berbanding 2.4 peratus pada 2022. Bagi pasaran negara membangun ASIA,
dijangkakan prestasi ekonominya tumbuh 4.9 peratus, meningkat daripada 4.4 peratus pada
2022. Kemelesetan ekonomi ditaksirkan kemerosotan atau penurunan ketara dalam aktiviti
ekonomi. IMF tidak menolak kemungkinan kemelesetan ekonomi global akan berlaku pada
2023 berikutan wujud risiko yang tinggi. Perkara ini disedari IMF sejak APR 2022 sehingga
mendorong mereka menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2022 kepada 3.6
peratus berbanding 6.1 peratus pada 2021.
Menurut kajian Makro Global Oxford Economics, keadaan ekonomi global berkemungkinan
bertambah buruk pada peringkat awal 2023. Kajian itu disandarkan kesan daripada gabungan
polisi kewangan yang ketat, kenaikan inflasi dan krisis tenaga.Apabila berlakunya krisis
ekonomi di sesebuah negara, kebiasaanya ia akan merebak secara cepat ke negara
berdekatan kerana didorong oleh faktor spekulasi dan ketakutan para pelabur. Oleh itu,
MALAYSIA tidak boleh terlepas daripada tempias krisis ekonomi dunia.Namun, kajian sama
turut merumuskan sekiranya tiada sebarang kejutan dalam ekonomi negara maju,
kebarangkalian jangkaan kemelesetan adalah singkat dan sederhana.
Isu kos sara hidup menjadi masalah utama hampir keseluruhan masyarakat dunia.
Antara impak terbesar dalam berdepan krisis ekonomi dunia ialah kegagalan kenaikan
gaji seiring dengan lonjakan harga barang pada 2022 dan 2023 seperti mana yang
dinyatakan sebahagian penganalisis ekonomi. Dengan kuasa beli isi rumah yang
semakin melemah, turut diramalkan tahap kemiskinan di negara berpendapatan
rendah berpotensi meningkat berbanding 60 peratus dicatat di negara
berpendapatan tinggi.
Prospek ekonomi MALAYSIA bergantung kepada perkembangan ekonomi global
memandangkan MALAYSIA sebuah ekonomi terbuka. Tekanan ekonomi, terutamanya
peningkatan inflasi global akibat kenaikan harga yang berterusan dalam komoditi,
makanan dan bahan mentah, di samping isu gangguan rantaian bekalan yang
berterusan akibat ketegangan RUSIA dan UKRAINE dijangka meningkatkan lagi kos
operasi.
Tambahan pula, kewangan global yang lebih ketat dan peningkatan kos sara hidup
dilihat antara cabaran kerajaandalam usaha memulihkan ekonomi negara. Ekonomi
MALAYSIA kini dipercayai mula merasai kesan pertumbuhan ekonomi global yang
perlahan terutama dari negara-negara maju.
PERSPEKTIF E5B
(ANCAMAN SABOTAJ
EKONOMI )
KETIRISAN BARANG
KAWALAN
BERSUBSIDI DI
SEMPADAN
Menguatkuasakan undang-undang
Isu penyelewengan barang kawalan
bersubsidi di sempadan untuk membanteras
antarabangsa MALAYSIA yang penyelewengan dan ketirisan
terdiri dari negara THAILAND, barang kawalan adalah menjadi
INDONESIA, BRUNEI dan due deligence Bahagian E5 dalam
SINGAPURA merupakan salah satu membantu pasukan sahabat
perkara utama yang menjadi dengan menyalurkan maklumat
perhatian kepada Bahagian E5, risikan yang berkesan dan operasi
Cawangan Khas.Umum mengetahui bersepadu. Walaupun isu
bahawa harga jualan barang penyelewengan barang kawalan di
kawalan di Malaysia yang lebih sempadan bukanlah suatu isu
rendah serta bekalan yang mudah yang mudah ditangani, namun
diperolehi merupakan faktor utama Bahagian E5 tetap meneruskan
yang mempengaruhi peningkatan tindakan pro-aktif dan tegas dalam
permintaan dari penduduk di membendung isu penyelewengan
negara-negara sempadan tersebut. barang kawalan ke negara
Malah, kedudukan geografi seperti sempadan di bawah OP SUBDI.
jarak persempadanan yang pendek
antara dua negara serta wujudnya
banyak lorong tikus telah
menyebabkan aktiviti
penyeludupan barang kawalan
bersubsidi lebih mudah dilakukan.
Selain itu, faktor demografi
penduduk dan pertalian
persaudaraan antara rakyat
Malaysia dan rakyat negara jiran
juga turut menyukarkan isu
penyelewengan ini ditangani secara
holistik.
OP SUBDI –
OPERASI BAHAGIAN
E5 TAHUN 2022
Sepanjang tahun 2022, sebanyak (6) operasi
telah berjaya dijalankan melibatkan pihak
Cawangan Khas secara langsung hasil
penyaluran maklumat risikan berkaitan OP
SUBDI di seluruh kontinjen. Anggaran
jumlah keseluruhan rampasan di bawah
Akta Kawalan Bekalan 1961 adalah bernilai
leb ih kurang RM626,234.00 dengan
melibatkan jumlah tangkapan seramai
enam (6) orang warga tempatan.
Jadual Ringkasan OP SUBDI seperti di
lampiran ‘A’
Senarai Kejayaan Operasi E5 Tahun 2022
seperti di lampiran ‘B’
PERSPEKTIF E5C
(KOORDINASI DAN
PENYELIDIKAN )
PERPEKTIF
E5C
Seksyen E5C terbahagi kepada dua (2) Subsekyen iaitu E5C1 (Koordinasi)
dan E5C2 (Penyelidikan). Subseksyen E5C1 (Koordinasi)
bertanggungjawab untuk melaksanakan urus tadbir hal pengurusan dan
sumber manusia Bahagian E5. Keperluan Subsekyen ini sangat penting
untuk memastikan kelancaran penugasan semua pegawai berjalan lancar
dan cekap. Skop tugas yang akan dilaksanakan adalah memastikan rekod
perkhidmatan sumber manusia, perjawatan, pembangunan
kerjaya/latihan, pembangunan logistik, pengurusan aset dan kewangan
Bahagian E5 dalam prestasi yang baik dan teratur. Selain itu, Subseksyen
ini juga bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan dan pengurusan
integriti semua pegawai Bahagian E5 terjaga agar tiada pelanggaran
salahlaku tatatertib yang boleh mengganggu dalam pelaksanaan tugasan
harian masing-masing. Subseksyen ini juga akan mengkoordinasi
mesyuarat yang akan berlangsung secara dalaman atau dengan agensi
dan jabatan luar, di samping menjadi koordinasi kepada Bilik Gerakan
Bahagian E5 dalam apa jua operasi atau pilihanraya yang akan
berlangsung.
Manakala bagi Subsekyen E5C2 (Penyelidikan) akan melaksanakan tugas
analisis dan penyelidikan isu-isu ekonomi. Subsekyen ini juga
bertanggungjawab dalam memastikan laporan mingguan (WISUM),
laporan bulanan (MISUM), analisis laporan Kontinjen, analisis laporan
ekonomi semasa dan laporan berkala seperti maklum balas kepada
Bahagian E9 atau jabatan dalam PDRM yang lain. Selain itu, Subseksyen
ini juga bertanggungjawab dalam membuat litupan kepada isu-isu khusus
yang menarik perhatian dan diperlukan oleh pucuk pimpinan Cawangan
Khas PDRM. Subseksyen ini juga berperanan dalam penyediaan taklimat
Ketua Penolong Pengarah Bahagian E5 untuk semua isu-isu ekonomi yang
menarik perhatian untuk dibentangkan kepada pucuk pimpinan
Cawangan Khas PDRM.