LAPORAN URUS
TADBIR
SUBSEKSYEN E5C1
TAHUN 2022
Sepanjang tahun 2022, Subseksyen E5C1 telah melaksanakan tugas dengan jayanya dalam
memastikan kelancaran tugas Bahagian E5 berjalan lancar . Selaras dengan itu, pada tahun
2022, Subseksyen E5C1 telah melaksanakan pelbagai tugas yang melibatkan pembangunan
sumber manusia seperti yang telah diarahkan oleh pucuk pimpinan PDRM. Antara
pelaksanaan yang berjaya dilaksanakan adalah seperti berikut :-
(a) Pengoptimuman Perjawatan Bahagian E5
Pada tahun 2022, Bahagian E5 telah menjenamakan bidang tugas mengikut kehendak dan
situasi ancaman ekonomi yang terkini. Tujuan mengoptimumkan bidang perjawatan ini
bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, mengelakkan pembaziran sumber dan
mengoptimumkan perbelanjaan awam dalam usaha untuk mengawal saiz perkhidmatan
awam melalui pendekatan yang bersesuaian termasuk rasionalisasi kementerian dan agensi.
Bagi mengoptimumkan perbelanjaan awam, penggunaan sumber manusia perkhidmatan
awam perlu diurus secara cekap dengan mengamalkan konsep rate for the job serta
mengamalkan prinsip doing more with less for more yang menyemarakkan budaya kreatif
dan inovatif. Pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan dan pengisian sesuatu
perjawatan perlu seorang yang kompeten dan keupayaannya bagi memberi impak
maksimum kepada organisasi. Pelaksanaan dasar pengoptimuman Bahagian E5 telah
menggunakan kaedah penyusunan semula perjawatan (redeployment) tanpa melibatkan
sebarang implikasi kewangan. Selaras dengan Pelan Strategik PDRM (PSPDRM) bagi tempoh
2021 hingga 2025 dibawah Bidang Fokus 6A – Transformasi Dasar Pengurusan dan
Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian E5 berjaya melaksanakan pengoptimuman
perjawatan dan telah melaksanakan bermula 1 SEP 2022.
(b) Model Baharu Pengurusan Prestasi
(MyPerformance) PDRM
Pada tahun 2022 juga, Subseksyen E5C1 telah menjadi Jawatankuasa Pelaksana
Dasar Sumber Manusia dalam melaksanakan Model Baharu Pengurusan Prestasi
(MyPerfomance) PDRM. Subseksyen E5C1 telah dilantik sebagai Pentadbir dan
Pelaksana Sistem MyPerfomance didalam Sistem HRMIS PDRM. Selaras dengan
arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
dan Jabatan Pengurusan PDRM yang mengarahkan semua Kakitangan Kerajaan
diperingkat Profesional dan Pelaksana menggunakan model baharu penilaian
prestasi MyPerfomance yang dikuatkuasakan pada tahun 2023, Subseksyen E5C1
telah berjaya menyediakan submodul Sasaran Kerja Utama (SKU) dan Kamus
Kompetensi Fungsian (KKF) bagi semua Pegawai Bahagian E5 sebelum penghujung
tahun 2022. Pelaksanaan ini berjaya dilakukan mengikut jadual yang telah
dirangka oleh Jabatan Pengurusan dan boleh digunapakai bermula tahun 2023.
Selain daripada itu, Subseksyen E5C1 telah melaksanakan pelbagai penugasan
seperti mengemaskini reten perjawatan setiap bulan, menguruskan perbelanjaan
kewangan Bahagian E5 sepanjang bulan pada tahun 2022, melaksana penugasan
logistik seperti melupus beberapa aset alih pejabat Bahagian E5, merancang
program dan majlis rasmi Bahagian E5, melaksana Latihan Dalam Perkhidmatan
(LDP) Bahagian E5 sebanyak dua (2) kali sepanjang tahun 2022, melaksanakan
perancangan Mesyuarat Federal Planning Committee (FPC) dan lain-lain
penugasan yang melibatkan urusan pentadbiran.
Laporan
Urus Tadbir
Seksyen E5C2 adalah bahagian koordinasi dan
Subseksyen
penyelidikan yang terdiri daripada dua (2) Pegawai
E5C2 Tahun
iaitu 1 ASP dan 1 INSP. Bahagian ini
bertanggungjawab dalam mengkaji isu-isu semasa
2022 yang menarik perhatian dalam skop keselamatan
ekonomi. Selain menyediakan laporan mingguan,
bulanan dan juga tahunan yang mana meliputi isu-
isu yang menarik perhatian daripada semua seksyen
A dan B, seksyen ini juga bertanggungjawab dalam
menyediakan kertas kajian berkenaan topik yang
mampu memberikan kesan yang berimpak tinggi
kepada negara. Dengan kerjasama bahagian lain,
E5C2 juga mengkaji isu-isu yang melibatkan respon
rakyat terhadap keputusan yang dibuat oleh
kerajaan sepanjang tahun, dengan mengambil data
yang telah disediakan oleh bahagian E1 untuk
dijadikan sebuah laporan. Desk E5C2 akan terus
memantau dari semasa ke semasa berkenaan isu-isu
yang menarik perhatian dalam menyediakan
laporan sepanjang tahun 2023. Berikut merupakan
jadual berkenaan deskwork E5C2 sepanjangtahun
2022.
UNJURAN PRESTASI
EKONOMI NEGARA
Read More
TANDA DUNIA MENUJU KEMELESETAN /
KELEMBAPAN
Hampir seluruh pasaran di dunia telah menunjukkan tanda
amaran krisis ekonomi global pada 2023. Tiga tanda ketara
ekonomi global menuju ke arah kemelesetanseperti berikut:-
a) Polisi Monetari Global
Dolar AS dilihat memainkan perananbesar dalam ekonomi global
dan kewangan antarabangsa. Bagi tahun 2022, Bank Pusat AS
telah menaikkan kadar faedah sebanyak tujuh (7) kali
denganterkini4.25 peratus sekaligus memperlihatkan paras
tertinggi sejak kemelesetan ekonomi 2007(15 tahun). Diunjurkan
kadar faedah AS akan terus dinaikkan melebihi 5.0 hingga 5.25
peratus pada 2023 tanpa penurunan sehingga 2024; dan
Implikasinya, Dolar AS semakin mengukuh tetapi Ringgit
semakin melemah. Dana negara sedang membangun seperti
MALAYSIA dilihat akan mengalir ke pasaran AS, kerana selain
daripada menjanjikan pulangan yang tinggi, pasaran AS juga
dilihat selamat untuk pelabur meletakkan wang.
B) inflansi global
Pemacu terbesar ekonomi dunia ialah kepenggunaan
(consumption). Perniagaan kelihatan pulih di seluruh rantaian
industi seperti pasca pandemik COVID-19. Namun kepesatan
inflasi dikhuatiri merencatkan pertumbuhan ekonomi secara
keseluruhan. Peningkatan kadar inflasi global secara berterusan
telah mengakibatkan kenaikan harga dalam segmen komoditi,
makanan dan bahan mentah. Ia diburukkan lagi dengan
tindakan Bank Pusat menaikkan kadar faedah dengan impak
kepada penurunan kuasa beli pengguna pada masa keadaan
pendapatan isi rumah yangkekal sama; dan
Setakat ini,Bank Pusat AS belum menunjukkan sebarang tanda
untuk tidak menaikkan kadar faedah selagi mana inflasi AS
dilihat melebihi kadar sasaran 2.00 peratus dengan inflasi JUL
2022 dicatat 7.1 peratus. Kadar inflasi ASpernah melonjak
mencecah 9.1 peratus, kadar tertinggi sejak tahun 1981 (42
tahun) iaitu pada JUN 2022.
Bagi tahun 2023, diramalkan ekonomi MALAYSIAmenyederhana
antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus,sejajar dengan ramalan
global IMF. Prospek ekonomi dan pasaran modal MALAYSIA
diunjur berada di kedudukan yang kukuh dan stabil pada tahun
2023.
Prospek ekonomi negara diukur daripada pelbagai
perspektifadalah sepertiberikut:-
(a) Keluaran Dalam
B) inflansi
Negeri Kasar (KDNK)
BANK DUNIA memberi jangkaan BNM menjangkakan bahawa kadar
pertumbuhan KDNK MALAYSIA inflasi kekal tinggi berikutan tekanan
berada pada sekitar 4.2 peratus permintaan dan kos dalam negara
pada tahun 2023 dan 6.4 peratus dengan unjuran antara 2.8 peratus
disasarkan pada tahun 2022. dan 3.3 peratus pada tahun 2023.
Walaupun pertumbuhan KDNK Namun, MIDF RESEARCHmemberi
dilihat menurun pada tahun 2023 jangkaan inflasi MALAYSIA hanya
berbanding 2022, tetapi ia telah berada antara 2.3 peratus dan 2.5
diunjurkan pertumbuhan positif di peratus pada 2023 sekiranya
bawah pengaruh kemelesetan kerajaan mengekalkan subsidi
dunia yang dijangka bakal berlaku. bahan api semasa. Bagaimanapun,
Selain itu, pertumbuhan KDNK kadar inflasi dalam negara boleh
tahun 2022 yang cemerlang ini berubah dari masa ke masa dan
adalah disokong oleh pemulihan ianya bergantung pada subsidi yang
ekonomi negara selepas pandemik diberikan oleh kerajaan; dan
dan pertumbuhan eksport negara
yang sejajar dengan kesan
kejatuhan nilai matawang Ringgit;
(c) OPR
Bagi tahun 2022, BNM telah menaikkan Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 100
mata asas atau satu peratus kepada 2.75 peratus hasil empat siri mesyuarat MPC yang
diadakan pada MEI, JUL, OGOS dan NOV 2022. Antara yang menarik perhatian adalah
unjuran ahli ekonomi Goldman Sachs yang menyatakan BNM dijangka menaikkan OPR
sehingga 3.50 peratus pada 2023. Antara justifikasinya ialah kebarangkalian
pelaksanaan subsidi bersasar ke atas petrol akan lebih memberi kesan kepada kenaikan
kadar inflasi.
Namun, majoriti pakar ekonomi menjangkakan kenaikan OPR pada 2023 adalah
sekitar 3.00 hingga 3.25 peratus iaitu kenaikan 0.25 peratus masing-masing bagi bulan
JAN dan MAC 2023.OPR terkini yang ditetapkan oleh BNM adalah pada kadar 2.75
peratus di mana telah meningkat sebanyak empat kali pada tahun ini dari kadar
terendah1.75 peratus. Kenaikan OPR dalam tahun ini adalah bertujuan untuk
memastikan kestabilan harga dengan mengelakkan permintaan dalam negeri yang
berlebihan, yang boleh menambah tekanan inflasi. Selain itu, kenaikan OPR juga
boleh membantu menyokong matawang Ringgit yang semakin lemah berbanding
matawang lain. Walaubagaimanapun, OPR disasar akan meningkat lagi pada tahun
2023 sehingga antara 3.0 peratus atau 3.25 peratus seperti kadar pra-pandemik bagi
memastikan pemulihan ekonomi yang mampan.
(D) Kenaikan Kadar Faedah RIZAB
PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKAT (FED)
Kenaikan kadar faedah bank pusat akan memberi kesan negatif kepada pasaran
modal secara langsung dan juga kesan berantai kepada keseluruhan ekonomi
negara. Sekiranya FED mengubah kadar faedah di AMERIKA SYARIKAT,
kesannya kepada negara apabila kadar matawang, pasaran modal dan
pertumbuhan ekonomi akan terkena tempias. FED telah meningkatkan kadar
faedah secara agresif pada tahun ini bagi menangani masalah inflasi dengan
kenaikan sebanyak enam kali dari 0.25 peratus kepada 4.00 peratus. Walaupun,
kenyataan dari FED menyatakan akan mengambil langkah memperlahankan
dalam kenaikan kadar faedah, namun kadar faedah masih akan ditingkatkan lagi
bagi mengurangkan tekanan inflasi dan kadar kenaikan yang dilaksanakanbakal
memberi kesan kepada ekonomi MALAYSIA;
(E) Krisis Perbankan EROPAH
Salah satu perusahaan perbankan utama dunia, CREDIT SUISSE GROUP
dikhabarkan mengalami permasalahan modal dan likuidasi diikuti dengan
penurunan tajam harga saham. Bank terbesar kedua di SWITZERLAND ini
dikhuatiri mungkin mengakibatkan krisis kewangan sedunia yang bermula
dari EROPAH sekiranya ia tidak berupaya memperbaiki situasi
kerugiannya. Situasi ini telah dibayangkan bahawa wujudnya risiko akan
kembali terjadi kejadian seperti keruntuhanLEHMAN BROTHERS
HOLDINGS INC pada bulan SEP 2008 yang telah mencetus krisis
kewangan dunia; dan
(F) PEPERANGAN RUSIA - UKRAINE
Peperangan RUSIA-UKRAINE mulai 24 FEB 2022 antara punca utama yang
mencetus inflasi makanan dan lonjakan harga komoditi di seluruh dunia.
Tambahan pula, kemelut RUSIA-UKRAINE dijangka berlarutan dan terus
mendatangkan gangguan kepada keselamatan makanan dalam jangka
panjang memandangkan sekatan terhadap RUSIA turut memberikan impak
buruk terhadap pasaran global.Selain itu, bantuan NEGARA BARAT terhadap
UKRAINE termasuk peralatan ketenteraan yang canggih serta sekatan
ekonomi ke atas RUSIA telah mendesak RUSIA mengeluarkan amaran
pengunaan senjata nuklear. Sekiranya RUSIA benar-benar melancarkan
senjata nuklear atau peperangan ini berpanjangan dengan penglibatan
negara lain maka perang berskala lebih besar akan meletus di EROPAH
TIMUR. Walaupun MALAYSIA mengambil sikap berkecuali dalam konflik
antara negara lain, namun negara kita tetap akan terjejas secara langsung
dari segi politik, geopolitik dan ekonomi.
(G) KEMELESETAN EKONOMI DUNIA
BANK DUNIA telah memberi amaran bahawa seluruh dunia akan mengalami
kemelesetan ekonomi global apabila situasi seperti kadar inflasi kekal tinggi,
kadar faedah semakin meningkat dan beban hutang bagi negara-negara
membangun yang semakin tinggi. KDNK global dijangka merosot daripada
3.1 peratus pada tahun 2022 kepada 2.2 peratus pada tahun 2023.
Pertumbuhan global yang rendah dipautkan dengan ekonomi di AMERIKA
SYARIKAT dan EROPAH yang perlahan di mana pertumbuhan hanya
dijangkakan pada 0.5 peratus pada tahun 2023. Meskipun berdepan dengan
cabaran global yang ketara, pelbagai spekulasi tetap menunjukkan prospek
pertumbuhan ekonomi MALAYSIA pada 2023 kekal memberangsangkan;
RUMUSAN Menyorot situasi ekonomi MALAYSIA dilihat kekal pada landasan pemulihan
pada tahun 2022, di tengah-tengah pemulihan permintaan luaran,
pembukaan semula ekonomi domestik dan sokongan dasar domestik yang
berterusan. Bagaimanapun, risiko penurunan pertumbuhan tetap ada,
terutamanya berikutan ketidaktentuan luaran, manakala kadar pemulihan
ekonomi dijangka terus tidak sekata bagi semua sektor, dengan momentum
yang lebih kukuh dijangka dalam sektor berorientasikan eksport. Selain itu,
pertukaran kerajaan pasca Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) sedikit
sebanyak bakal membina kembali keyakinan para pelabur dari dalam dan
luar negara terhadap prospek pelaburan di negara ini. Situasi
ketidakstabilan politik sejak tahun 2018 telah mengheret negara dalam
kancah krisis politik sekaligus kepercayaan para pelabur telah terhakis dan
ekonomi negara semakin ketinggalan berbanding negara-negara ASEAN
lain seperti INDONESIA, SINGAPURA dan VIETNAM.
Perdagangan MALAYSIA adalah terdedah kepada perkembangan ekonomi
global memandangkan MALAYSIA merupakan sebuah ekonomi terbuka.
fenomena ini memberi implikasi tekanan terutamanya peningkatan inflasi
global akibat kenaikan harga yang berterusan dalam komoditi, bekalan
makanan dan bahan mentah. Di samping itu,isu gangguan rantaian bekalan
yang berterusan akibat konflik RUSIA-UKRAINE yang berpanjangan dijangka
meningkatkan lagi kos operasi dan input kepada perniagaan. Ini sedikit
sebanyak mampu memberi kesan kepada kenaikan kos kepada harga
barang import sekiranya nilai matawang MALAYSIA (RM) tidak kukuh.
Selain itu, MALAYSIA perlu menjadi destinasi pelaburan yang mampu
menarik pelabur luar bagi menjamin agihan kemakmuran dapat dirasai oleh
setiap lapisan masyarakat. Lantaran itu, adalah penting untuk memastikan
MALAYSIA sentiasa menawarkan peluang pelaburan yang berdaya saing
berbanding negara serantau. Peranan KEMENTERIAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI) menjadi agenda penting dalam
memastikan MALAYSIA terus meraih momentum terutamanya dalam
industria strategik dan berimpak tinggi.
Tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar bagi rakyat MALAYSIA
kerana berdepan dengan pelbagai situasi getir seperti peningkatan kos
sara hidup, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kejatuhan nilai
matawang Ringgit serta keadaan parlimen tergantung yang ekoran tiada
parti politik memenangi kerusi parlimen dengan majoriti. Namun demikian,
situasi-situasi yang negatif ini dapat dikawal dan tidak mendatangkan
kesan yang serius kepada negara. MALAYSIA baru melepasi PRU-15 dengan
melalui kesukaran proses dalam pembentukan kerajaan baharu yang
disebabkan oleh tidak ada satu parti atau gabungan yang mendapat
majoriti mudah sehingga terpaksa menubuhkan kerajaan perpaduan yang
melibatkan pelbagai parti bagi memastikan MALAYSIA dapat bentuk
Kerajaan Persekutuan yang stabil. Dengan itu, politik negara kita masih
kelihatan mempunyai isu dalaman atau risiko terpendam yang boleh
berbangkit dan mencetuskan kegagalan ekonomi dalam negara
RUMUSAN RAKUTEN TRADE SDN BHD mengunjurkan BURSA MALAYSIA didagangkan
mencecah 1,560 mata menjelang akhir tahun ini dan mampu menguji paras
Disediakan
1,800 mata pada tahun 2023. Ini menunjukkan tahap keyakinan pelabur
oleh :
kembali meningkat selepas pasca Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana
Seksyen E5C pelantikan barisan kabinet baharu yang dilihat mampu menterjemahkan
kestabilan politik serta pelantikan Datuk Seri ANWAR IBRAHIM yang dilihat
Tarikh : 10
mesra pasaran sebagai Perdana Menteri Ke-10 menyemaikan sentimen
JAN 2023 positif, seterusnya mengembalikan tahap keyakinan pelabur untuk kembali
ke pasaran tempatan. Oleh yang demikian, pasaran modal dijangka akan
kukuh pada tahun 2023.
Kestabilan politik merupakan elemen kritikal yang menentukan kekukuhan
ekonomi dalam negarakerana tiada negara yang boleh mencapai
kemakmuran tanpa kestabilan politik denganpolisi kerajaan yang tidak
menentu. Sekiranya negara kita mengulangi sejarah Kerajaan Memerintah
bersilih ganti dalam penggal yang sama, ia bakal menjejaskan keyakinan
pelabur sekaligus akan memudaratkan ekonomi negara. Justeru itu, bagi
tahun 2023 kerajaan perlu menitik berat perkara dalam menghadapi
cabaran ekonomi yang akan datang dengan membuat perancangan yang
lebih sempurna bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Selain itu, pada tahun 2023, ekonomi global dilihat berada dalam situasi
ketidaktentuan di manaakan mencabar daya tahan ekonomi negara.
Namun, arah perkembangan ekonomi global merupakan faktor yang tidak
dapat dikawal dan MALAYSIA tentu akan dipengaruhi oleh perkembangan
global sama ada negatif atau positif. Oleh itu, adalah amat penting agar
fokus diberikanpada pemulihan ekonomi dalam negara dan
memperkukuhkandaya tahan ekonomi negara supaya berupaya
menghadapi cabaran global dengan lebih stabil.
Bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi dalam negara, kestabilan politik
dan ketepatandasar merupakan kriteria utama dalam memastikan
keberkesanan pertumbuhan ekonomi. Bagi memastikan Kerajaan
Persekutuan boleh mentadbir dengan stabil, persetujuan dan
persefahaman antara gabungan politik dalam Kerajaan Persekutuanperlu
diperkasakan. Selain itu, pelaksanaan dasar ekonomi rasional perlu
dilaksanakan bagi mengimbangi antara memenuhi kehendak rakyat
dengan meningkatkan pendapatan negara. Pelaksanaan dasar ini juga
tentu memerlukan karakter kepemimpinan kuat dan bertanggungjawab
serta berkeupayaan menyakinkan semua pihak khususnya pelabur dan
rakyat agar kelestarian ekonomi negara berada di landasan yang betul.