The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 PRKA3151
Disediakan oleh:
ASMAT HUSNA BINTI AYOB
PISMP A9 IPGKBM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husnaaa, 2023-07-04 04:09:09

e-PORTFOLIO PBS (fasa 1)

TUGASAN 1 PRKA3151
Disediakan oleh:
ASMAT HUSNA BINTI AYOB
PISMP A9 IPGKBM

i MUKA DEPAN PORTFOLIO https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/eportfoliopbshusnaaayob/home


ii KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan (/) 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun Semester 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: Tandatangan : Tarikh: Nama :


iii ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN Kandungan Portfolio PBS Ii Isi Kandungan Portfolio Iii Penghargaan V 1.0 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 1 2 2.0 Biodata Diri 4 3.0 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti 3.1 Pernyataan Profesional PBS 3.1.1 Sebelum PBS 3.1.2 Semasa PBS 3.1.3 Selepas PBS 3.1.4 Penilaian Kendiri Terhadap Pernyataan Profesional 3.1.5 Cadangan Penambahbaikan 3.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokus 5 6 6 9 10 11 11 12 4.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai Semak 4.3 Temu Bual 4.4 Soal Selidik 17 17 18 20 20 5.0 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan Dengan Pengurus Sekolah 5.1.1 Perbincangan Dengan Guru Besar 5.1.2 Perbincangan Dengan PK Pentadbiran 5.2.3 Perbincangan Dengan PK Hal Ehwal Murid 5.2.4 Perbincangan Dengan PK Kokurikulum 5.2.5 Perbincangan Dengan PK Pendidikan Khas 5.2 Perbincangan Dengan Guru-Guru Lain 5.2.1 Perbincangan Dengan Ketua Panitia BM 5.2.3 Perbincangan Dengan Naib Setiausaha PIBG 5.2.4 Perbincangan Dengan Penyelaras Program Susu Malaysia 5.2.5 Perbincangan Dengan Guru Bertugas Mingguan 5.2.6 Perbincangan Dengan Penyelaras Program TS25 5.2.7 Perbincangan Dengan Setiausaha DLP 24 25 26 29 32 34 36 38 39 41 43 45 47 49


iv 5.2.8 Perbincangan Dengan Jurulatih Pasukan Hoki Sekolah 5.3 Perbincangan Dengan Kakitangan Sekolah 5.3.1 Perbincangan Dengan Kaunselor Sekolah 5.3.2 Perbincangan Dengan Kerani Sekolah 5.4 Interaksi Dengan Murid 5.4.1 Interaksi Dengan Ketua Kelas 4 5.4.2 Interaksi Dengan Pengawas Sekolah 5.5 Perbincangan Dengan Komuniti Sekolah 5.5.1 Perbincangan Dengan Pengurus Kantin 5.5.2 Perbincangan Dengan Tukang Sapu 5.5.3 Perbincangan Dengan Pegawai Keselamatan 5.5.4 Perbincangan Dengan Ibu Bapa 52 55 56 58 60 61 63 65 66 68 70 73 6.0 Ilmu / Pengetahuan Baharu 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai Semak 6.3 Temu Bual 76 76 77 78 7.0 Refleksi 7.1 Aktiviti & Perbincangan Interaksi 80 80 8.0 Laporan Akhir 94 9.0 Maklumat Sekolah 9.1 Maklumat Umum Sekolah 9.2 Carta Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 9.3 Pelan Lokasi Sekolah 9.4 Sejarah Sekolah 9.5 Senarai Guru Besar 9.6 Visi, Misi dan Moto Sekolah 9.7 Lagu Sekolah 9.8 Pengurusan Kurikulum 9.9 Pengurusan Hal Ehwal Murid 9.10 Pengurusan Kokurikulum 96 97 98 99 100 100 102 103 104 108 112 Lampiran Lampiran 1: Prasarana Sekolah Lampiran 2: Dokumentasi Taklimat Lapor Diri Hari Pertama PBS Lampiran 3: Dokumentasi Pelancaran Bulan Panitia (MBMMBI) Lampiran 4: Dokumentasi Aktiviti Bahasa dalam Minggu Panitia Bahasa Melayu (MBMMBI) 116 117 127 128 129


v Lampiran 5: Dokumentasi Program Sumber Ilhamku (TS25) Lampiran 6: Dokumentasi Program Susu Sekolah Lampiran 7: Dokumentasi Lawatan ke Kelas PPKI Lampiran 8: Dokumentasi Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTs) Lampiran 9: Dokumentasi Program Ziarah Cakna Lampiran 10: Dokumentasi Latihan Hoki (1M1S) Lampiran 11: Dokumentasi Mesyuarat Pelaksana PIBG Lampiran 12: Dokumentasi MAT PIBG, Penyampaian KWAPM & Bantuan Banjir Lampiran 13: Dokumentasi Senamrobik bersama Murid PPKI Lampiran 14: Dokumentasi Aktiviti Segak Murid PPKI Lampiran 15: Dokumentasi Aktiviti Bacaan Yasin Lampiran 16: Dokumentasi Program Guru Penyayang Lampiran 17: Dokumentasi Proses PdP Subjek Sains (DLP) Lampiran 18: Dokumentasi Proses PdP Subjek Pendidikan Jasmani Lampiran 19: Dokumentasi Proses PdP Subjek Bahasa Melayu Lampiran 20: Pautan untuk Mengakses Dokumentasi Video Sepanjang PBS 130 135 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 Rujukan 154


vi PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ePortfolio PBS ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah pembimbing, Encik Mustafa Kamal bin Mohammed Zahid atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya sehingga dapat membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan bapa saya yang sentiasa menjadi pemudah cara untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampaikan saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.


1 MAKLUMAT PENEMPATAN


2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU Peti Surat 11029 Telefon : 03 2281 4400 Jalan Pantai Baru No. Faks : 03 2281 4444 59990 KUALA LUMPUR Laman Web : http://www.ipbmm.edu.my/ “1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Kami : IPGKBM/UPRAK/13/401/043/Jld. 9 (9) Tarikh : 02 JUN 2023 Guru Besar SK Sultan Ibrahim (2) Jalan Hospital 17000 Pasir Mas Kelantan. Tuan, PENGENALAN DIRI PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dengan ini disahkan bahawa pembawa surat ini ialah pelajar PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2022 lnstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 bermula pada 11/12 hingga 22/23 Jun 2023 (2 minggu). 3. Maklumat pelajar berkenaan adalah seperti berikut: 3.1 Nama : ASMAT HUSNA BINTI AYOB 3.2 No. KP : 030505030780 3.3 Major : BAHASA MELAYU 3.4 Minor : PENDIDIKAN ISLAM Sekian. Terima Kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (HAJAH AH BINTI OSMAN B.C.K) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur


3


4 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR NAMA PELAJAR ASMAT HUSNA BINTI AYOB NO. KAD PENGENALAN 030505-03-0780 ALAMAT TETAP KAMPUNG KUBANG DAPAT, 17000 PASIR MAS, KELANTAN NO. TELEFON 013-8652207 E-MEL [email protected] AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2022 PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (SK) TAHUN DAN SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER III NAMA SEKOLAH PBS SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM (2) KOD SEKOLAH DBB3236 ALAMAT SEKOLAH JALAN HOSPITAL, 17000 PASIR MAS, KELANTAN NO. TELEFON SEKOLAH 09-7909370 TARIKH PBS 11 JUN 2023 – 22 JUN 2023


5 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI


6 3.1 PERNYATAAN PROFESIONAL PBS 3.1.1 SEBELUM PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen yang wajib dilaksanakan oleh setiap guru pelatih khususnya bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di seluruh IPG sama ada di semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak. Program PBS ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para guru pelatih mengenai alam persekolahan daripada perspektif seorang guru dan profesion keguruan yang sebenar. Dalam erti kata lain, PBS Fasa 1 ini adalah bertujuan memberikan guru pelatih pendedahan awal dalam memperoleh pengalaman baharu, memahami cara pengurusan dan pentadbiran organisasi di sekolah, membiasakan diri dengan budaya sekolah, menghayati kerjaya seorang guru dengan lebih dekat dan membina kemahiran insaniah dalam diri guru pelatih. Sebelum PBS dijalankan, satu taklimat khusus kepada semua guru pelatih PISMP ambilan Jun 2021 berkaitan PBS telah dikendalikan oleh Unit Praktikum IPG Kampus Bahasa Melayu yang disampaikan oleh Encik Umar bin Norman. Taklimat pendedahan PBS itu telah diadakan pada 6 Jun 2023. Semasa taklimat berikut dijalankan, serba sedikit proses pelaksanaan PBS telah diberitahu kepada guru pelatih. Taklimat merangkumi objektif, strategi pelaksanaan, penempatan, prosedur, kehadiran, aktiviti-aktiviti berkaitan wajaran markah dan peranan serta tanggungjawab pelajar berkaitan pelaksanaan PBS ini. Manakala taklimat susulan berkaitan tugasan pentaksiran berterusan bagi kursus PRKA3151 ini pula telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu iaitu Dr Zabedah binti Mohammed pada 8 Jun 2023. Dr Zabedah memberitahu berkaitan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru pelatih bagi menjayakan tugasan berterusan yang diberikan. Persoalan-persoalan atau kemusykilan yang timbul telah dijawab dengan jelas dan terperinci oleh pensyarah semasa sesi taklimat diadakan bagi memastikan kami dapat menyediakan perancangan awal dengan tersusun. Fokus utama tugasan pula adalah terarah kepada mengkaji atau mengambil tahu berkaitan cara pengurusan dan pentadbiran sekolah daripada pelbagai aspek serta melihat program-program yang dilaksanakan sama ada mencapai objektif dasar pendidikan masa kini atau tidak. Manakala tujuan utama pelaksanaan tugasan ini pula adalah untuk membolehkan guru pelatih mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS iaitu keseluruhan maklumat yang diperoleh oleh mereka semasa menyiapkan tugasan yang diberi. Guru pelatih juga


7 dapat meningkatkan kemahiran dalam menyusun atau mengorganisasi maklumatmaklumat yang penting dengan teratur menggunakan pelbagai platform digital yang sesuai. Malah, tugasan ini juga melatih guru pelatih untuk berkomunikasi dengan baik. Hal ini kerana, tugasan ini bukan sahaja melalui pemerhatian atau penelitian dokumen-dokumen penting sahaja, malah memerlukan kepada komunikasi dan interaksi yang baik dengan pihak sekolah agar maklumat dan isu perbincangan dapat diperoleh dengan lengkap dan meluas. Selain itu, tugasan ini juga membolehkan guru pelatih mengembangkan lagi pengetahuan berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah dari perspektif profesion keguruan yang sebenar. Melalui pelaksanaan tugasan yang telah diberikan, guru pelatih akan mengetahui selok-belok pengurusan sekolah dan bukan sahaja berfokuskan kepada tugas hakiki seorang guru yang mengajar semata-mata. Guru pelatih akan memperoleh pengetahuan dalam pengurusan perkeranian, kejurulatihan dan pelbagai tugas lain lagi yang terdapat di sekolah. Tugas guru sekarang semakin mencabar seiring dengan perkembangan era pendidikan yang semakin moden dengan pelbagai dasar pendidikan yang telah diwujudkan oleh kerajaan. Oleh itu, tugasan ini memberikan guru pelatih pendedahan awal agar dapat mempersiapkan diri dengan secukupnya apabila ditugaskan untuk berkhidmat di sekolah kelak. Di samping itu, tugasan ini juga bertujuan untuk memberi ruang kepada para guru pelatih dalam membuat refleksi mengenai pengetahuan dan pengalaman baharu. Pelajar dapat mengenal pasti perkara-perkara baharu yang mungkin tidak pernah didedahkan semasa sesi pembelajaran di kampus. Akhir sekali, pelaksanaan tugasan ini juga bertujuan untuk membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan profesional yang mana memfokuskan kepada bagaimana guru pelatih menyusun, mengorganisasi dan mendokumentasikan e-portfolio yang dihasilkan dengan sebaiknya. Seperti yang telah dinyatakan, saya akan melaksanakan PBS di SK Sultan Ibrahim (2), Kelantan selama sepuluh hari. Tempoh jangka masa yang diberikan sangat sesuai dan mencukupi untuk saya menyiapkan tugasan yang diberikan sepanjang melaksanakan PBS ini. Oleh itu, bagi melancarkan proses pengumpulan maklumat, saya telah membuat beberapa rujukan dan menelaah kembali tugasan yang perlu dilaksanakan. carian awal berkenaan tugasan seperti mencari maklumat berkaitan dasar-dasar pendidikan masa kini serta pengurusan dan pentadbiran sekolah telah dibuat bagi melancarkan proses pelaksanaan PBS. Proses pemahaman dan penyediaan awal dilakukan seperti melengkapkan dokumen PBS, senarai semak


8 dan garis panduan pelaksanaan amalan profesional. Semua dokumen yang dibekalkan oleh pihak pengurusan praktikum telah dicetak kemudian disusun mengikut keperluan penyediaan rekod dokumen PBS bagi memudahkan urusan sepanjang tempoh PBS nanti. Satu senarai jadual aktiviti harian telah dirangka sebagai panduan sepanjang dua minggu tempoh PBS ini untuk memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur dan berkesan walaupun pelbagai perubahan berkemungkinan bakal berlaku. Namun dengan adanya persediaan awal ini membolehkan saya bersedia dengan lebih sistematik dan cekap. Segala maklumat berkaitan PBS kali ini akan saya catatkan dan lampirkan dalam e-portfolio kali ini. Oleh itu, saya merancang untuk menggunakan beberapa instrumen penilaian bagi menjayakan tugasan PBS ini. Antaranya ialah senarai semak, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Instrumen senarai semak digunakan untuk memberi panduan kepada pelajar dalam menghasilkan e-portfolio yang bertepatan dengan kehendak tugasan. Selain itu, senarai semak digunakan dalam mengenal pasti prasarana dan kemudahan di sekolah dan juga senarai nama pihak yang perlu ditemu bual untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting. Seterusnya instrumen soal selidik dan temu bual pula amat membantu dalam penilaian maklumat yang diperoleh secara lebih teliti dan mendalam lagi. Instrumen yang terakhir ialah pemerhatian terhadap pengurusan sekolah, sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta kemudahan dan prasarana yang terdapat di sekolah. Selain itu, dasar pendidikan yang dijalankan di sekolah juga dapat diteliti menggunakan instrumen pemerhatian ini. Kesimpulannya, saya berharap agar PBS ini dapat memberi rangsangan pengalaman yang berharga kepada diri saya sebagai guru pelatih PISMP sepanjang tempoh pelaksanaannya. Selari dengan itu, sewajarnya saya perlu melengkapkan diri sebagai guru pelatih untuk lebih proaktif, berfikiran matang dan perlu mempunyai sikap inkuiri yang lebih luas sebelum menjalani tugasan ini dan bersiap siaga dalam mendepani apa jua cabaran yang bakal berlaku sepanjang tempoh PBS ini dijalankan. Malahan, saya juga berharap agar kerjasama yang padu dapat dijalinkan bersama pihak pengurusan dan komuniti sekolah dalam usaha mendapatkan pengalaman dan maklumat yang diperlukan berdasarkan tugasan PBS yang telah dipertanggungjawabkan. Bukan itu sahaja, saya juga perlu akur dan memahami prosedur-prosedur pelaksanaan PBS di samping menjaga disiplin dan sahsiah diri sebagai guru pelatih dengan baik supaya tidak mencemarkan nama baik Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai.


9 3.1.2 SEMASA PBS Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah selama dua minggu ini, banyak yang telah saya lakukan. Pada 11 Jun 2023, saya telah melapor diri kepada Guru Besar untuk memaklumkan kehadiran saya sepanjang tempoh 10 hari pelaksanaan PBS ini. Semasa melapor diri kepada guru besar sekolah, saya telah menerangkan kepada beliau berkaitan tugasan saya. Jadi, guru besar telah memberi keizinan kepada saya untuk membuat pemerhatian, soal selidik, temu bual dan sebagainya selagi mana peraturan sekolah tidak dilanggar. Terdapat beberapa maklumat penting yang perlu saya tekankan dalam penghasilan e-portfolio ini, iaitu maklumat berkaitan pengurusan dan pentadbiran kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, komuniti dan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan masa kini. Kajian mengenai cara pengurusan dan pentadbiran sekolah telah saya teliti dan kaji sepanjang tempoh dua minggu tersebut. Semasa tempoh PBS dijalankan, berlaku sedikit perubahan terhadap perancangan aktiviti dan perlu disusun semula. Semasa menjalani PBS, pendokumentasian juga telah dilakukan dengan baik setiap kali terdapat maklumat-maklumat penting yang dilihat atau diterima. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan kurikulum, saya telah menemu bual guru Penolong Kanan Pentadbiran, seterusnya Ketua Panitia Bahasa Melayu dan beberapa guru lain untuk mengetahui pengurusan kurikulum di SK SID dengan lebih mendalam lagi. Berkaitan pengurusan hal ehwal murid pula, saya telah memerhati setiap aktiviti yang melibatkan murid daripada pelbagai aspek atau tingkah laku murid di samping bertanyakan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru bimbingan dan kaunseling serta murid itu sendiri. Maklumat berkaitan pengurusan dan pentadbiran kokurikulum pula telah saya bertanyakan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan seorang jurulatih pasukan hoki sekolah. Pertanyaan info-info berkaitan pengurusan kokurikulum di sekolah dari segi pendaftaran kelab dan persatuan, peruntukan kewangan bagi aktivitiaktiviti di bawah unit kokurikulum dan juga pelaksanaan perjumpaan unit kokurikulum sepanjang waktu PdP telah dilakukan. Begitu juga dengan dasar pendidikan masa kini yang terdapat di bawah unit kokurikulum. Berkaitan dengan komuniti sekolah pula, saya telah menemu bual seorang ibu bagi murid di sekolah itu. Saya juga telah bertanyakan penolong setiausaha PIBG berkaitan keaktifan komuniti di sekolah tersebut.


10 Kesemua maklumat yang diperoleh melalui kolaboratif, interaksi dan perbincangan telah direkodkan dalam rekod kolaboratif yang disediakan. Setelah itu, setiap aktiviti telah dilalukan refleksi bagi tujuan penambahbaikan. Kesimpulannya, semua aktiviti yang dilakukan di sekolah dapat membantu saya menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS yang telah diberikan oleh IPG. 3.1.3 SELEPAS PBS Selepas menjalani PBS, saya telah mengumpul, menyusun dan mengemaskini semua maklumat yang telah diperoleh sepanjang tempoh 10 hari pelaksanaannya. Hasil daripada aktiviti ini, saya turut mendapat pelbagai ilmu dan pengetahuan baharu daripada perkongsian pengalaman bersama beberapa pihak melalui aktiviti kolaboratif. Aktiviti perkongsian pengalaman semasa kolaboratif telah memberi ruang dan peluang untuk saya meneroka dan memahami bidang pendidikan terutamanya dari aspek pengurusan dan pentadbiran sesuatu aktiviti. Seterusnya, aktiviti yang dilakukan telah membuka mata dan minda saya untuk lebih berpandangan jauh dan sentiasa bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran yang bakal dihadapi sebagai seorang guru kelak. Bukan itu sahaja, pelbagai input berguna yang telah diperolehi melalui instrumen pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Malah, saya juga sentiasa mendapat kata-kata semangat dan nasihat khususnya daripada guru pembimbing supaya menanam sikap empati dan perasaan sebagai bakal pendidik untuk mendidik dan membimbing anak didik dalam memacu perkembangan Negara mengikut acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru Besar juga menitipkan pesanan yang sangat memberi kesan kepada saya, iaitu supaya mempunyai pemikiran “bigmind” dalam usaha menjadi seorang pendidik yang berjaya nanti. Tidak ketinggalan, saya juga diperingatkan oleh beliau supaya menerima apa jua tanggungjawab yang diamanahkan sebagai satu cabaran dalam mengembangkan potensi dan proses penambahbaikan kendiri. Selain itu, saya juga telah melakukan analisis bahawasanya persekitaran sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk kemenjadian murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). PBS telah menyedarkan saya bahawa aspek kebolehpasaran dan kemenjadian murid sangat penting bagi seseorang murid selepas keluar daripada alam persekolahan nanti. Kemudahan prasarana yang mencukupi sangatlah perlu bagi memastikan proses PdP berjalan dengan lancar di samping suasana pembelajaran kondusif akan menarik minat murid seterusnya mewujudkan PdP yang berkesan.


11 Tuntasnya, PBS ini telah memberi pendedahan kepada saya supaya meningkatkan keupayaan sebagai bakal pendidik khususnya dari segi pengurusan dan pentadbiran sesuatu bidang, pengurusan berkaitan komuniti dan pengetahuan berkaitan dasar-dasar pendidikan masa kini. Fokus kepada visi dan misi serta cara pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah sekolah itu sendiri akan membantu sekolah untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam institusi pendidikan. 3.1.4 PENILAIAN KENDIRI TERHADAP PERNYATAAN PROFESIONAL Melalui tugasan PBS ini, saya merasakan bahawa objektif tugasan secara keseluruhannya telah tercapai dengan baik. Hal ini kerana saya berjaya mengumpul dan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menjayakan tugasan yang diberikan dengan terperinci melalui beberapa kaedah pengumpulan maklumat yang utama seperti pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Namun, tidak dinafikan bahawa proses pencarian dapatan tugasan adalah sangat sukar dan merumitkan pada mulanya. Bagi mendapatkan maklumat yang betul-betul sahih dan terperinci, saya perlu menanyakan individu yang sememangnya mempunyai pengalaman atau pakar dalam sesuatu bidang sama ada dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan dasar pendidikan masa kini. Konklusinya, tugasan ini memberikan banyak faedah kepada saya terutamanya dalam menambah pengetahuan dan juga pengalaman baharu yang secara tidak langsung akan membantu meningkatkan kemahiran profesionalisme sebagai seorang guru yang berjiwa pendidik. Di samping itu juga, saya dapati bahawa sifat ingin tahu dalam menuntut ilmu adalah sangat penting. Jadi, saya berharap agar segala kelemahan dan kekurangan pada tugasan kali ini mampu diperbaiki untuk pelaksanaan PBS fasa 2 nanti. 3.1.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Setiap yang diperhatikan atau dikaji sudah tentu perlukan kepada cadangan penambahbaikan supaya perkara tersebut akan lebih maju lagi di masa akan datang. Jadi, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat disimpulkan sepanjang menjalankan PBS di SK SID ini. Antara perkara yang utama sekali adalah berkaitan bidang teknologi dan maklumat komunikasi (TMK) atau aspek digital dalam pengurusan dan pentadbiran. Sepanjang dua minggu tempoh PBS, didapati bahawa penggunaan TMK di sekolah tersebut adalah kurang. Sebagaimana yang kita tahu bahawa PdP atau apa sahaja bidang pengurusan akan menjadi lebih sistematik dan menarik sekiranya berkonsepkan kepada teknologi masa kini seiring dengan


12 perkembangan dunia yang semakin canggih ini. Kekurangan penggunaan teknologi menjadikan sekolah kelihatan sedikit ketinggalan di belakang. Oleh itu, pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah perlu mencari inisiatif untuk mewujudkan sistem yang berkonsepkan TMK. Selain itu, cara pengajaran sebahagian guru perlu diubah bersesuaian dengan pendidikan abad ke-21 sekarang. Konsep pendidikan “chalk and talk” tidak lagi relevan buat masa sekarang. Murid-murid akan mudah berasa bosan apabila guru mengajar menggunakan kaedah tersebut. Jadi, guru haruslah sentiasa kreatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Seterusnya, berkaitan prasarana sekolah. Bilik-bilik khas yang ada perlu disusun atur balik prasarana yang terdapat di dalamnya. Peralatan-peralatan yang ada perlu dikemaskini dan diteliti tarikh luput dan keberkesanan fungsinya agar murid dapat gunakan dengan baik. Kesimpulannya, pihak sekolah perlulah sentiasa memastikan sekolah sentiasa membekalkan kemudahan yang mencukupi kepada semua pihak agar sistem pengurusan dan pentadbiran dapat dijalankan dengan lancar dalam apa bidang sekalipun. Objektif dasar-dasar pendidikan juga dapat dicapai dengan baik sekiranya pihak pentadbiran sekolah mengambil inisiatif dengan segera akan kekurangan yang ada. 3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Berdasarkan kontrak aktiviti, pelaksanaan PBS perlu dilaksanakan dalam tempoh 10 hari iaitu bermula dari 11 Jun 2023 sehingga 22 Jun 2023. Dalam memastikan pelaksanaan aktiviti berjalan dengan lancar, maka penstrukturan jadual telah dirangka untuk dijadikan panduan sepanjang pelaksanaan PBS di SK SID. Pelaksanaan aktiviti yang difokus sepanjang PBS adalah seperti Jadual 1 di bawah. BIL. TARIKH (HARI) LAPORAN AKTIVITI 1 11 Jun 2023 (Ahad) - Melapor diri kepada Guru Besar SK SID untuk kehadiran PBS. - Sesi taklimat bersama Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran. - Guru Besar memperkenalkan saya dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu iaitu Puan Hajah Norlida selaku guru pembimbing atau mentor sepanjang PBS.


13 - Membuat perbincangan dengan mentor berkaitan sumber atau pihak yang perlu dirujuk bagi setiap aktiviti PBS yang akan dijalankan. - Melihat perjalanan majlis Pelancaran Bulan Bahasa SK SID bagi tahun 2023 di dewan al-Hanafi. - Mendapatkan sedikit maklumat tentang sekolah daripada kerani di pejabat. - Menemu bual penolong setiausaha PIBG. - Menemu bual penyelaras Program Susu Sekolah. 2 12 Jun 2023 (Isnin) - Melihat serta memerhati suasana dan pengurusan ketika murid mendapatkan Rancangan Makanan Tambahan sekolah di kantin. - Mendapatkan maklumat berkaitan PPKI SK SID dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas melalui temu bual. - Meninjau taman botani sekolah seterusnya mengambil gambar. - Meninjau dan mengambil gambar surau sekolah yang dicantikkan melalui gotong-royong bersama ibu bapa murid. - Menemu bual guru bimbingan dan kaunseling atau dikenali juga sebagai kaunselor sekolah. 3 13 Jun 2023 (Selasa) - Melihat suasana bacaan Yasin di dewan sekolah ketika waktu pagi sebelum sesi PdP bermula. - Menemu bual ketua kelas darjah 4 Fathonah. - Menemu bual pengawal keselamatan. - Melihat dan membantu pelaksanaan SEGAK dan senamrobik bagi murid PPKI. - Menemu bual pengawas sekolah. 4 14 Jun 2023 (Rabu) - Mendapatkan maklumat berkaitan program guru penyayang dengan turut serta bersama guru dalam mengalu-alukan kedatangan murid di pintu pagar sekolah pada waktu pagi. - Meninjau dan melihat suasana PdP bagi murid prasekolah. - Melihat perjalanan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid tahun 5. - Mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan sistem SKPMg2 di sekolah melalui interaksi bersama guru data.


14 - Melihat pengurusan perjumpaan aktiviti kokurikulum iaitu sukan dan permainan. 5 15 Jun 2023 (Khamis) - Mendapatkan maklumat mengenai pengurusan kurikulum sekolah melalui Penolong Kanan Pentadbiran. - Mendapatkan maklumat mengenai pengurusan kokurikulum sekolah melalui Penolong Kanan Kokurikulum. - Mendapatkan maklumat berkaitan program TS25 yang dijalankan di sekolah dengan menemu bual penyelaras program TS25. - Mengemaskini maklumat dan menyusun atur pelaksanaan aktiviti seterusnya. 6 18 Jun 2023 (Ahad) - Melihat perjalanan perhimpunan mingguan di dewan. - Mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan panitia bahasa Melayu melalui temu bual bersama ketua panitia bahasa Melayu. - Mengemaskini laporan. 7 19 Jun 2023 (Isnin) - Menjalankan soal selidik terhadap murid-murid darjah 5 dan darjah 6 berkenaan suasana PdP dan prasarana sekolah. - Menemu bual Penolong Kanan Kokurikulum untuk kali kedua untuk melengkapkan soalan berkaitan pengurusan kokurikulum. - Menemu bual Penolong Kanan Pentadbiran untuk kali kedua untuk melengkapkan soalan berkaitan pengurusan kurikulum. - Menemu bual pembantu tadbir. - Melihat perjalanan mesyuarat pengagihan tugas bagi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK SID. 8 20 Jun 2023 (Selasa) - Melihat perjalanan Minggu Bahasa Melayu bagi program Bulan Panitia SK SID 2023. - Melihat perjalanan sesi PdP bagi subjek Pendidikan Islam tahun 2. - Mengadakan soal selidik berkaitan suasana pembelajaran dan prasarana sekolah terhadap murid tahun 5 dan tahun 6. - Mengemaskini laporan. 9 21 Jun 2023 (Rabu) - Melihat dan mendokumentasi perjalanan program susu sekolah. - Kolaboratif bersama ibu murid PPKI.


15 - Kolaboratif bersama jurulatih pasukan hoki sekolah. - Melihat perjalanan suasana PdP murid dual language program (dlp). - Membuat tangkapan gambar sekitar sekolah kemudian mengisi senarai semak yang telah disediakan. - Melihat perjalanan sesi latihan pasukan hoki sekolah. 10 22 Jun 2023 (Khamis) - Kolaboratif bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid - Kolaboratif bersama Guru Besar - Membuat refleksi aktiviti dan merekodkan catatan kolaboratif. - Menyerahkan borang kehadiran dan rekod perkembangan pelajar kepada Guru Besar Jadual 1: Laporan Pelaksanaan Aktiviti


16 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN


17 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA Dalam melaksanakan tugasan PBS ini, beberapa instrumen pengumpulan data telah digunakan sebagai medium untuk mengumpul dan mencatat maklumat yang diperlukan mengikut senarai garis panduan tugasan. Hal ini kerana instrumen pengumpulan data merupakan kaedah yang sistematik untuk membantu dalam mendapatkan sumber maklumat secara fleksibel dan teratur terhadap aktiviti PBS di SK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas Kelantan. Antara instrumen yang digunakan adalah seperti pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. 4.1 PEMERHATIAN Instrumen pemerhatian telah digunakan sebagai salah satu kaedah pengumpulan maklumat sepanjang tempoh sepuluh hari pelaksanaan PBS berikut. Setiap aspek pengurusan dan pentadbiran telah direkod hasil daripada pemerhatian yang dilakukan. Maklumat berkaitan pelaksanaan program-program di bawah dasar pendidikan masa kini juga telah diambil dan dicatat serta direkod semasa pemerhatian dijalankan. Setiap program yang dijalankan seperti rancangan makanan tambahan, program susu sekolah, pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan dan banyak lagi telah saya lakukan pemerhatian terhadap cara pelaksanaan dan pengurusannya. Selain itu, saya juga memerhati dan membuat tinjauan di sekitar kawasan sekolah untuk melihat prasarana, kemudahan, susun atur dan struktur bangunan dan ruangan bilik-bilik yang terdapat di SK SID. Landskap sekolah boleh dikategorikan sebagai ceria. Terdapat beberapa tempat menarik yang didapati sewaktu saya melakukan pemerhatian tersebut. Antaranya taman botani, taman burung, kolam ikan dan pondok al-Biruni yang mengandungi maklumat berkaitan tokoh Islam tersebut. Namun, masih terdapat beberapa kawasan yang hanya memuaskan mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama. Jadi, pihak pentadbiran sedaya upaya ingin mewujudkan suasana sekolah yang lebih ceria supaya murid akan rasa seronok datang ke sekolah. Seterusnya, pondok-pondok juga disediakan sebagai tempat untuk murid-murid berehat sewaktu rehat. Sepanjang proses pemerhatian dijalankan, beberapa gambar dan video prasarana dan kemudahan sekolah telah diambil sebagai dokumentasi dalam dokumen PBS ini. (Rujuk Lampiran 1) Di samping itu, saya juga memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru ini mengajar dengan pelbagai teknik termasuklah PdP bagi murid PPKI. Di samping mengajar akademik, dapat saya perhatikan juga terdapat guru yang melatih murid untuk beberapa acara seperti tarian, sajak, syair dan banyak lagi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu pengajaran


18 dan pembelajaran (PdP) tersebut akan diganti oleh guru lain sebagai ganti supaya murid tidak dibiarkan begitu sahaja di dalam kelas tanpa kawalan dan pantauan guru. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. 4.2 SENARAI SEMAK Bagi memastikan maklumat dapat dikumpul dan disenaraikan dengan teratur serta terancang, maka instrumen senarai semak telah digunakan. Senarai semak berfungsi untuk memastikan sesuatu catatan maklumat yang diperlukan berdasarkan pemerhatian dapat diperoleh dan dicatat secara semakan seterusnya menjadi rujukan berdasarkan instrumen senarai semak yang disediakan. Antara aspek atau perkara yang disenaraikan dalam senarai semak untuk dijadikan panduan sepanjang proses pelaksanaan pemerhatian adalah berkaitan kemudahan dan prasarana sekolah. Jadual senarai semak prasarana telah dibina dan dibahagi mengikut tiga bahagian iaitu senarai kemudahan umum sekolah, senarai kemudahan bilik darjah dan senarai kemudahan sukan. (Rujuk Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4) 4.2.1 SENARAI SEMAK KEMUDAHAN UMUM SEKOLAH Bil Senarai Prasarana / Kemudahan Ada () / Tiada (X) Catatan 1. Pejabat 2. Bilik Guru 3. Bilik Peperiksaan 4. Bilik Mesyuarat 5. Bilik Darjah 34 bilik 6. Bilik Skim Pinjaman Buku Teks 7. Pusat Sumber 8. Makmal Komputer 2 makmal 9. Dewan 10. Bilik Sains 11. Bilik Kemahiran Hidup 12. Kantin 13. Tandas Guru 14. Tandas Murid


19 15. Bilik Kesihatan 16. Koperasi Sekolah 17. Pondok Pengawal 18. Surau 19. Bilik Bimbingan dan Kaunseling 20. Bilik Disiplin X 21. Bilik J-QAF 22. Bilik KAFA 23. Bilik PAFA 24. Bilik Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 25. Musala 26. Pondok Bacaan 4 buah 27. Stor 28. Tempat Letak Kereta Jadual 2: Senarai Semak Kemudahan Umum Sekolah 4.2.2 SENARAI SEMAK KEMUDAHAN BILIK DARJAH Bil. Senarai Prasarana / Kemudahan Ada () / Tiada (X) Catatan 1. Meja Guru 2. Kerusi Guru 3. Meja Murid 4. Kerusi Murid 5. Papan Putih 6. Pen Marker 7. Pemadam 8. Lampu 9. Kipas 10. Pembaris Panjang 11. Tong Sampah 12. Papan Kenyataan 13. Sudut Bacaan Jadual 3: Senarai Semak Kemudahan Bilik Darjah 4.2.3 SENARAI SEMAK KEMUDAHAN SUKAN


20 Bil. Senarai Prasarana / Kemudahan Ada () / Tiada (X) Catatan 1. Stor Sukan 2. Peralatan 3. Padang X Menggunakan Stadium Hoki berdekatan 4. Gelanggang X Menggunakan Dewan Serbaguna PPD berdekatan Jadual 4: Senarai Semak Kemudahan Sukan 4.3 TEMU BUAL Seterusnya bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta dasar-dasar pendidikan masa kini, kaedah temu bual telah digunakan. Beberapa pandangan dan pendapat pihak pengurusan, pentadbiran, warga sekolah, komuniti mahupun interaksi bersama murid telah diambil. Setiap aktiviti temu bual ini telah direkodkan ke dalam rekod kolaboratif, interaksi dan perbincangan untuk dijadikan sebagai bukti pelaksanaan PBS. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak adalah sangat baik dan memuaskan walaupun terdapat beberapa kekangan. Namun, masalah tersebut berjaya diatasi dengan baik. 4.4 SOAL SELIDIK Selain itu, kaedah soal selidik juga turut digunakan sebagai intrumen pengumpulan maklumat semasa menjalankan PBS ini. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah tersebut berkaitan beberapa perkara. Instrumen ini telah dirangka secara manual kemudian diedarkan dalam bentuk cetakan dan telah dianalisis secara dalam talian melalui Google Form. Contoh soalan soal selidik boleh dirujuk pada Jadual 5 dan Jadual 6. Hal ini adalah untuk memastikan responden dapat menjawab maklumat secara mudah dan mendapatkan respon dengan secepat mungkin. Seramai 20 orang responden terdiri daripada 10 orang murid darjah 5 dan 10 orang murid darjah 6 telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik ini. Hal ini bertujuan melihat persepsi murid-murid berkaitan SK Sultan Ibrahim (2).


21 4.4.1 BORANG SOAL SELIDIK MURID DARJAH 5 Sila Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan BIL. PERNYATAAN SETUJU TIDAK SETUJU 1. Saya suka dengan persekitaran di sekolah. 2. Saya selalu meminjam buku di perpustakaan. 3. Saya menggunakan komputer riba yang disediakan di makmal komputer apabila berpeluang menggunakannya. 4. Adakah guru menggunakan peralatan ICT semasa mengajar? 5. Tong sampah yang disediakan di sekolah mencukupi. 6. Saya menjalankan eksperimen Sains di Makmal Sains bagi menggunakan peralatan Sains yang disediakan, 7. Saya belajar subjek yang memerlukan amali seperti Sains, RBT dan Muzik di bilik-bilik berkenaan. 8. Saya akan berehat dan mendapatkan rawatan ringan di bilik kesihatan apabila berasa tidak sihat, 9. Saya berpuas hati dengan makanan di kantin sekolah. 10. Tandas di sekolah ini bersih dan selesa untuk digunakan. Jadual 5: Borang Soal Selidik Murid Darjah 5 4.4.2 BORANG SOAL SELIDIK MURID DARJAH 6 BIL. PERNYATAAN SETUJU TIDAK SETUJU 1. Saya berasa bosan ketika guru mengajar. 2. Guru hanya menggunakan buku teks sahaja semasa mengajar.


22 3. Saya belajar dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti komputer, tayangan video, lagu dan lain-lain. 4. Selain buku teks, saya mencari maklumat tambahan dengan melayari internet. 5. Guru menggunakan bahan maujud ketika mengajar. 6. Saya lebih suka melakukan aktiviti dalam kumpulan berbanding aktiviti individu. 7. Saya mudah faham subjek yang diajar oleh guru. 8. Saya tidak berminat untuk belajar disebabkan tiada peperiksaan UPSR. 9. Kerja sekolah yang diberikan guru membebankan saya. 10. Saya pernah menyertai pertandingan yang dijalankan di sekolah ini. Jadual 6: Borang Soal Selidik Murid Darjah 6


23 5.0 KOLABORATIF


24 5.0 KOLABORATIF Kolaborasi merupakan salah satu cabang tugasan yang perlu dilaksanakan dalam pelaksanaan PBS. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pengalaman dari segi pengurusan dan pentadbiran sekolah, pengurusan program berpandukan dasar-dasar pendidikan masa kini serta keterlibatan komuniti terhadap aktiviti sekolah. Aktiviti kolaboratif ini sangat penting dan berpotensi dalam meningkatkan kemahiran insaniah seseorang guru pelatih seperti kemahiran komunikasi bersama orang lain di samping meningkatkan keupayaan diri dan kemahiran interaksi. Fokus utama dalam aktiviti kolaboratif adalah perbincangan bersama beberapa warga sekolah dan komuniti seperti berikut: 5.1 Perbincangan dengan Pengurus Sekolah 5.2 Perbincangan dengan Guru-Guru Lain 5.3 Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah 5.4 Interaksi dengan Murid 5.5 Perbincangan dengan Komuniti Sekolah Kesemua aktiviti kolaboratif dan perbincangan bersama beberapa ini telah direkodkan ke dalam borang rekod kolaboratif (rujuk Lampiran 1-3) dan perlu disahkan dan ditandatangani oleh pihak yang terlibat sebagai bukti perbincangan dilaksanakan. Bukan itu sahaja, gambar perbincangan juga di ambil sebagai rujukan bagi dokumen kolaboratif ini.


25


26 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22 Jun 2023 Masa : 11.45 pagi_________________ Tajuk / Perkara : Penambahbaikan untuk memajukan sekolah ____________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Berapa lamakah tuan telah berkhidmat di sekolah ini? - Saya telah berkhidmat di sekolah ini selama 1 tahun 5 bulan. 2. Pada pendapat tuan, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pentadbiran untuk memajukan sesebuah sekolah? - Sebenarnya dalam konteks ingin mengubah atau memajukan sekolah ini, banyak aspek yang perlu dilihat. Terutamanya, dari segi jalinan hubungan dengan pelbagai pihak seperti agensi, syarikat luar, KPM, PPD, komuniti dan banyak lagi. Dalam memajukan sekolah, tidak boleh berfokuskan kepada satu aspek sahaja. - Memperbanyak jalinan dengan pihak luar supaya senang mendapatkan peruntukan dan dana supaya banyak program atau aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan lagi proses kemenjadian murid. - Mengadakan kursus atau bengkel untuk meningkatkan lagi kualiti dan profesion perguruan dalam diri seseorang guru Tandatangan : Nama : Jawatan :


27 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22 Jun 2023 Masa : 11.45 pagi_________________ Tajuk / Perkara : Penambahbaikan untuk memajukan sekolah ____________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 3. Dari segi kualiti guru pula, apa yang Tuan harapkan daripada pendidik di sekolah ini? - Saya mengharapkan agar semua guru boleh menjadi seorang guru yang mempunyai bigmind, iaitu selalu berfikir untuk melakukan kemajuan. Bukannya guru yang mempunyai middlemind, iaitu guru yang banyak berkata-kata tanpa melakukan. Seterusnya, bukan juga seorang guru yang mempunyai smallmind, iaitu tiada perbezaan sama ada individu tersebut ada atau tiada. Oleh itu, dalam memajukan sekolah, guru yang berfikiran bigmind sangat diperlukan. Tandatangan : Nama : Jawatan :


28 PERBINCANGAN BERSAMA GURU BESAR NAMA : ENCIK HASNIZAM BIN HASSAN JAWATAN : GURU BESAR TARIKH : 22 JUN 2023 MASA : 11.45 PAGI TEMPAT : BILIK GURU BESAR Gambar 1: Perbincangan bersama Guru Besar


29 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 1.00 petang_________________ Tajuk / Perkara : Pengurusan kurikulum di sekolah ____________ _________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Bagaimanakah pembahagian guru di sekolah ini, adakah mengikut opsyen atau tidak? - Kapasiti guru yang dibekalkan di sekolah ini mencukupi dan saya boleh menyusun mereka berdasarkan opsyen kepakaran masing-masing. Bagi saya, keadaan ini merupakan kelebihan bagi sekolah ini. 2. Sekiranya ada guru yang tidak dapat hadir ke sekolah, bagaimana dengan waktu pengajarannya pada hari tersebut? - Setakat ini, tidak ada masalah untuk saya mengaturkannya. Hal ini kerana, saya akan menyediakan jadual untuk guru lain ganti supaya murid tidak dibiarkan tanpa kawalan. - Sentiasa memantau PdP guru supaya tidak ada kelas yang terbiar muridnya tanpa kawalan atau pantauan seseorang guru. Tandatangan : Nama : Jawatan :


30 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 1.00 petang_________________ Tajuk / Perkara : Pengurusan kurikulum di sekolah ____________ _________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 3. Bagaimanakah pemakluman berkaitan kelas ganti itu disebarkan kepada guru? - Selalunya saya akan memberitahu melalui aplikasi Whatsapp selewatlewatnya pukul 7.15 pagi. Oleh itu, guru yang tidak dapat hadir perlu memaklumkan segera kepada saya supaya proses menetapkan guru ganti bagi sesuatu subjek itu senang dilakukan. 4. Dari segi murid pula, bagaimanakah pengasingan dilakukan. - Hanya satu kelas sahaja diasingkan bagi setiap darjah kerana kelas tersebut merupakan kelas dual language program (dlp). Manakala, kelas lain tiada pengasingan dari segi kepandaian murid. Tandatangan : Nama : Jawatan :


31 PERBINCANGAN BERSAMA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN NAMA : PN. NORISAH BINTI HUSAIN JAWATAN : PK PENTADBIRAN TARIKH : 15 JUN 2023 MASA : 1.00 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT Gambar 2: Perbincangan bersama PK Pentadbiran


32 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22 Jun 2023 Masa : 11.00 pagi__________________ Tajuk / Perkara : Disiplin murid SK SID_________ ____________ _________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah masalah yang sering berlaku di sekolah ini? - Disebabkan di sekolah ini terdapat kemudahan penapis air Coway, maka telah terjadi trenda di mana murid akan menyimbah air panas kepada rakannya. 2. Bagi murid yang tidak hadir ke sekolah pula, apakah tindakan yang pihak sekolah akan kenakan? - Sekiranya seseorang murid tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang kukuh dan secara berturut-turut, maka pihak HEM akan membuat ziarah cakna ke rumah murid tersebut. Jika didapati murid tersebut malas, maka guru akan menunggu sehingga murid tersebut bersiap dan akan membawanya ke sekolah. - Menutup suis air panas tersebut supaya murid tidak boleh mengambilnya. - Menyediakan waktu khusus untuk pengambilan air dan membuat jadual guru bertugas untuk memantau semasa murid mengambil air tersebut. Tandatangan : Nama : Jawatan :


33 PERBINCANGAN BERSAMA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID NAMA : WAN NOR AZURA BINTI WAN MOHD ZAIN JAWATAN : PK HAL EHWAL MURID TARIKH : 22 JUN 2023 MASA : 11.00 PAGI TEMPAT : BILIK PK HEM Gambar 3: Perbincangan bersama PK Hal Ehwal Murid


34 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 10.00 pagi__________________ Tajuk / Perkara : Pelaksanaan sukan tahunan ___ ____________ _________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Bagaimanakah pelaksanaan sukan tahunan dilakukan? - Selalunya akan mengambil masa seminggu untuk menjayakan sukan tahunan. Persiapan dilakukan selama tiga hari dan tempoh kejohanan sebenar selama dua hari. 2. Apakah kelemahan dalam menjayakan sukan tahunan ini? - Kelemahan atau kekurangan yang utama adalah ketiadaan padang atau tempat yang sesuai untuk melakukan sukan. Namun, ianya tidak menjadi masalah kerana pihak sekolah sentiasa mendapat kebenaran untuk menggunakan padang hoki yang terdapat di hadapan sekolah. - Memastikan aspek keselamatan dipantau dengan sebaiknya kerana sukan tahunan yang dilakukan di luar kawasan sekolah agak merbahaya dan berisiko kerana melibatkan murid untuk melintas jalan raya. Tandatangan : Nama : Jawatan :


35 PERBINCANGAN BERSAMA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM NAMA : MOHD SANUSI BIN PA’ADEK JAWATAN : PK KOKURIKULUM TARIKH : 15 JUN 2023 MASA : 10 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT Gambar 4: Perbincangan bersama PK Kokurikulum


36 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 Jun 2023 Masa : 8.00 pagi___________________ Tajuk / Perkara : Pengurusan murid berkeperluan khas_______ ____________ ______ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah jenis atau kategori murid berkeperluan khas yang diterima di sini? - Kategori utama adalah murid yang autisme, lembam dan hiperaktif. 2. Apakah cabaran yang sering dihadapi? - Selalunya akan mencabar sekiranya terdapat murid yang tibatiba tantrum. Hal ini kerana akan menggangu proses PdP rakanrakan yang lain. 3. Bagaimanakah penempatan murid PPKI ditetapkan? - Ujian penempatan akan ditetapkan berdasaarkan tahap IQ seseorang murid. Sekolah rendah akan menerima murid sehingga umur 14 tahun. - Meminta kerjasama ibu bapa supaya tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya emosi anaknya tidak stabil pada awal pagi. Tandatangan : Nama : Jawatan :


37 PERBINCANGAN BERSAMA PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS NAMA : AMINUDDIN BIN AWANG NOH JAWATAN : PK PENDIDIKAN KHAS TARIKH : 12 JUN 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : BILIK PKPK Gambar 5: Perbincangan bersama PK Pendidikan Khas


38


39 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 18 Jun 2023 Masa : 1.00 petang_________________ Tajuk / Perkara : Keterlibatan murid dalam aktiviti di sekolah ____________ _________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Pada pandangan puan, bagaimanakah keterlibatan murid di sekolah ini dalam sesuatu aktiviti yang dianjurkan? - Penglibatan murid sangat memuaskan dan setiap aktiviti yang dianjurkan sering mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun, masih terdapat segelintir murid yang tidak berminat untuk turut serta dalam sebarang aktiviti. 5. Dalam konteks PdP pula, adakah murid memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas? - Setakat yang saya perhatikan, murid sekarang sudah kurang minat untuk belajar setelah UPSR dimansuhkan. Mereka lebih kepada melakukan perkaraperkara lain seperti aktif dalam sukan dan sebagainya. - Guru perlu menyediakan ganjaran yang pelbagai untuk menarik minat murid dalam menyertai sesuatu aktiviti. - Guru perlu kreatif dengan menggunakan kemudahan teknologi masa kini untuk menarik minat murid dalam PdP. Tandatangan : Nama : Jawatan :


40 PERBINCANGAN BERSAMA KETUA PANITIA BAHASA MELAYU NAMA : NORLIDA BINTI ARIFFIN JAWATAN : KETUA PANITIA BM TARIKH : 18 JUN 20233 MASA : 1.00 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT Gambar 6: Perbincangan bersama Ketua Panitia BM


41 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 11 Jun 2023 Masa : 11.00 pagi__________________ Tajuk / Perkara : Keterlibatan PIBG dalam aktiviti sekolah ____________ ____________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah contoh aktiviti yang melibatkan ibu bapa yang dilakukan di sekolah ini? - Kebiasaannya, aktiviti utama yang selalu melibatkan ibu bapa adalah aktiviti gotong-royong. Untuk pengetahuan, surau as-Syafie yang diubah suai dan dicantikkan hasil kerjasama dan gotong-royong murid berserta ibu bapa telah menjadikan surau sekolah ini mendapat johan peringkat negeri Kelantan bagi kategori surau tercantik. 2. Apakah bentuk sumbangan yang sering diberikan oleh ibu bapa? - Kita ada melancarkan satu tabung yang dikenali sebagai tabung budi untuk membantu pihak sekolah dalam menampung perbelanjaan sesuatu aktiviti. - Memperbanyak lagi aktiviti yang melibatkan ibu bapa dan komuniti luar. Tandatangan : Nama : Jawatan :


42 PERBINCANGAN BERSAMA PENOLONG SETIAUSAHA PIBG NAMA : NORAIZA BINTI MOHAMED YUSOFF JAWATAN : PENOLONG S/U PIBG TARIKH : 11 JUN 2023 MASA : 11.00 pagi TEMPAT : BILIK MESYUARAT Gambar 7: Perbincangan bersama Penolong Setiausaha PIBG


43 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 11 Jun 2023 Masa : 11.30 pagi__________________ Tajuk / Perkara : Pengurusan program susu sekolah ____________ ________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Siapakah yang layak untuk mendapat susu ini? - Murid yang layak mendapat susu adalah sama dengan murid yang mendapat rancangan makanan tambahan (rmt), iaitu murid yang berada dalam kelompok garis kemiskinan nasional. 2. Apakah tujuan utama program ini diadakan? - Program ini bertujuan untuk memastikan murid mengamalkan gaya pemakanan sihat. 3. Apakah cabaran puan dalam mengendalikan program ini? - Antara cabaran utama ialah kebanyakan murid tidak berminat dengan perisa susu yang diagihkan iaitu perisa original. - Memberi cadangan kepada pihak atasan supaya mengadakan variasi perisa susu. Tandatangan : Nama : Jawatan :


44 PERBINCANGAN BERSAMA PENYELARAS PROGRAM SUSU SEKOLAH NAMA : WAN UBAIDAH BINTI OMAR JAWATAN : PENYELARAS PROGRAM SUSU SEKOLAH TARIKH : 11 JUN 2023 MASA : 11.30 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT Gambar 8: Perbincangan bersama Penyelaras Program Susu Sekolah


Click to View FlipBook Version