45 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2023 Masa : 7.45 pagi___________________ Tajuk / Perkara : Pelaksanaan bacaan Yasin setiap pagi_________ ________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Adakah bacaan Yasin ini diadakan setiap pagi? - Ya, selalunya kita akan adakan setiap pagi kecuali hari Ahad, kerana ada perhimpunan mingguan. 2. Pada pukul berapakah aktiviti akan bermula? - Kita akan mulakan bacaan Yasin pada pukul 7.20 pagi. Jadi, pada pukul 7.20 pagi akan ada wakil murid yang mengetuai bacaan. 3. Dari segi kawalan guru bertugas pula, adakah telah ditetapkan atau terpulang kepada guru untuk turun? - Ya, setiap minggu akan ada guru bertugas untuk mengawal suasana bacaan Yasin ini. Selalunya guru bertugas mingguan yang akan mengawal murid. - Membuat jadual penggiliran untuk murid bertugas mengetuai bacaan Yasin. Tandatangan : Nama : Jawatan :
46 PERBINCANGAN BERSAMA GURU BERTUGAS MINGGUAN NAMA : NOOR AFIZA BINTI MOHD ARIFFIN JAWATAN : GURU BAHASA INGGERIS TARIKH : 13 JUN 2023 MASA : 7.45 PAGI TEMPAT : DEWAN AL-HANAFI Gambar 9: Perbincangan bersama Guru Bertugas Mingguan
47 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 12.00 tengah hari____________ Tajuk / Perkara : Pelaksanaan aktiviti TS25 di sekolah__________ _________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah aktiviti yang dilakukan di sekolah ini untuk memenuhi objektif TS25? - Satu program telah diadakan bermula dari tahun 2017 lagi untuk menjayakan dasar TS25 ini. Program TS25 yang dianjurkan di sekolah ini diberi nama program Sumber Ilhamku. Program ini dilaksanakan di bawah panitia masing-masing. Fokus utama program ini adalah menggalakkan murid untuk membaca supaya dapat mencapai objektif TS25 iaitu kemenjadian murid daripada pelbagai aspek. 2. Apakah cabaran utama melaksanakan program ini? - Dana tidak mencukupi dan menyukarkan pihak sekolah untuk mempelbagaikan aktiviti dalam memupuk minat membaca murid. - Pihak sekolah perlu menjalinkan hubungan dengan banyak pihak supaya dana mudah diperoleh. - Aktiviti membaca perlu dimurnikan lagi sama ada dengan melibatkan elemen TMK dalam pelaksanaannya supaya murid lebih tertarik dan berminat menyertainya. Tandatangan : Nama : Jawatan :
48 PERBINCANGAN BERSAMA PENYELARAS PROGRAM TS25 NAMA : PN. ROSZITA BINTI HUSSAIN JAWATAN : PENYELARAS TS25 TARIKH : 15 JUN 2023 MASA : 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : BILIK MESYUARAT Gambar 10: Perbincangan dengan Penyelaras TS25
49 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 11.00 pagi________________ Tajuk / Perkara : Pelaksanaan DLP di sekolah _______________ _________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Berapa kelaskah yang terlibat dengan dual language program (dlp)? - Terdapat 4 kelas yang mengambil dlp, iaitu 1 Fathonah, 2 Fathonah, 5 Fathonah dan 6 Fathonah. 2. Bilakah dlp ini dilaksanakan di sekolah ini? - Bermula tahun 2017 dengan bilangan murid seramai 24 orang. 3. Apakah syarat untuk menjadikan sesebuah kelas itu kelas dlp? - Antara syarat wajib ialah kelas tersebut mestilah mempunyai sekurangkurangnya 15 orang dan tidak melebihi 30 orang. Sebelum murid dimasukkan ke dalam kelas dlp, guru mestilah mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka terlebih dahulu. Seterusnya, dlp mestilah dimulakan dari tahun 1 lagi. - Bagi murid peluang untuk membaca dan memahami PdP dalam bahasa Melayu tetapi mereka harus menjelaskan baik kefahaman mereka semasa kelas dengan berbahasa Inggeris. - Memperbanyak penggunaan teknologi dengan membawa murid dlp ke makmal komputer untuk memperlihatkan mereka eksperimen yang tidak mampu dijalankan dalam bilik sains. Dengan ini, murid akan mendapat pemahaman yang jelas terhadap pembelajaran yang mereka pelajari. Tandatangan : Nama : Jawatan :
50 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 11.00 pagi__________________ Tajuk / Perkara : Pelaksanaan DLP di sekolah _____________ ____________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 4. Adakah terdapat sebarang aktiviti khusus yang dijalankan bagi murid dlp? - Murid dlp diminta untuk menyediakan sebuah buku vocab. Jadi, murid akan menulis istilah sains yang tidak biasa mereka dengar, kemudian mereka akan mencari maksud perkataan tersebut. Dengan itu, murid akan dapat meluaskan lagi perbendaharaan kata mereka. 5. Adakah terdapat sebarang cabaran untuk puan melaksanakan dlp ini? - Ya, sudah tentu. Cabaran utama adalah penggunaan bahasa Melayu lebih dominan daripada bahasa Inggeris. Hal ini kerana terdapat murid yang mengambil tuisyen yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Jadi, murid tidak mengamalkan bahasa Inggeris dengan sebaiknya semasa kelas dlp dijalankan. Tandatangan : Nama : Jawatan :
51 PERBINCANGAN BERSAMA SU DLP NAMA : PN. ZURYANI BINTI AB RAHMAN JAWATAN : SETIAUSAH DLP TARIKH : 15 JUN 2023 MASA : 11.00 PAGI TEMPAT : BILIK PEPERIKSAAN Gambar 11: Perbincangan bersama SU DLP
52 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 Jun 2023 Masa : 12..00 tengah hari____________ Tajuk / Perkara : Kejohanan hoki sebagai dasar 1 Murid 1 Sukan_______________ ___ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Bagaimanakah proses penganjuran kejohanan hoki ini diadakan? - Sekolah ini menganjurkan kejohanan hoki peringkat negeri kerana kita menjemput 13 pasukan hoki yang ada di seluruh Kelantan. Kejohanan hoki ini dinamakan kejohanan hoki jemputan sembilan sebelah. 2. Dari segi pengadilan pula, siapakah yang terlibat? - Kita menjemput pengadil khusus daripada MSSK seramai 6 orang. Namun, jumlah tersebut sebenarnya masih belum mencukupi. Tapi, kejohanan tersebut masih dapat dikawal dengan baik dan berjalan dengan lancar. - Sekolah perlu menyediakan tempat penonton yang lebih fleksibel supaya keselamatan terjaga. Mungkin juga boleh menyediakan teduhan di tempat duduk penonton. - Memperbanyak lagi kejohanan hoki pada masa akan datang. - Mengadakan kejohanan hoki dalam tempoh yang lama supaya beban tugas setiap pegawai perlawanan dapat dikurangkan. Tandatangan : Nama : Jawatan :
53 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 Jun 2023 Masa : 12..00 tengah hari____________ Tajuk / Perkara : Kejohanan hoki sebagai dasar 1 Murid 1 Sukan_______________ ___ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 3. Siapakah penaja kejohanan hoki yang dianjurkan baru-baru ini? - Kejohanan hoki ini ditaja oleh Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP). 4. Penglibatan atau sokongan ibu bapa adakah memberangsangkan? - Ibu bapa sangat bersemangat hadir menyokong anak masingmasing bermain hoki. Malah, terdapat beberapa ibu bapa yang datang membawa juadah makanan atau minuman untuk dihidangkan kepada anak-anak mereka. Kehadiran ibu bapa ke tempat perlawanan sedikit sebanyak memberi galakan moral kepada murid untuk melakukan yang terbaik. - Sekolah perlu menyediakan tempat penonton yang lebih fleksibel supaya keselamatan terjaga. Mungkin juga boleh menyediakan teduhan di tempat duduk penonton. - Memperbanyak lagi kejohanan hoki pada masa akan datang. Tandatangan : Nama : Jawatan :
54 PERBINCANGAN BERSAMA JURULATIH HOKI NAMA : ENCIK MOHD BAKHTIAR JAWATAN : JURULATIH HOKI TARIKH : 21 JUN 2023 MASA : 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : PONDOK BACAAN Gambar 12: Perbincangan bersama Jurulatih Hoki SK SID
55
56 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 Jun 2023 Masa : 10.00 pagi__________________ Tajuk / Perkara : Pengurusan program ziarah cakna_________________________ ___ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Bagaimanakah program ziarah cakna ini dijalankan? - PK HEM dan guru kaunseling akan ke rumah murid yang kerap tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah. Jadi, analisis dibuat terlebih dahulu sebelum ziarah cakna ini dilangsungkan. 2. Apakah tujuan pelaksanaan program ziarah cakna? - Ziarah cakna ini bertujuan untuk memperluas konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dan ibu bapa. Seterusnya, program ziarah cakna juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pihak sekolah dengan masyarakat. - Mengeluarkan surat amaran terlebih dahulu kepada murid yang sering tidak hadir ke sekolah. Tandatangan : Nama : Jawatan :
57 PERBINCANGAN BERSAMA KAUNSELOR SEKOLAH NAMA : PN. NAZLIN IRINA BINTI AB GHANI JAWATAN : GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING TARIKH : 12 JUN 2023 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING Gambar 13: Perbincangan bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling
58 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 Jun 2023 Masa : 12.00 tengah hari____________ Tajuk / Perkara : Pengurusan pentadbiran sekolah______________________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah tugas puan selaku pembantu tadbir di sekolah ini? - Tugas utama pembantu tadbir adalah menyediakan kedatangan dan senarai tugas kakitangan. Kemudian, saya juga menjaga dan mengawal peti tunai sekolah, menyemak dan mengendalikan buku tunai sekolah, menyediakan baucar bayaran kepada para pembekal. Akhir sekali, menyediakan Local Order (LO) untuk pembelian. 2. Pada pendapat puan, apakah cabaran yang sering dihadapi oleh pembantu tadbir sekolah? - Cabarannya adalah perlu 'multi tasking' kerana sesetengah sekolah tidak cukup staf dan bidang tugas yang meluas. - Pembantu tadbir perlu menjalinkan hubungan baik dengan pihak pentadbir dan warga sekolah supaya urusan mereka menjadi mudah. - Pembantu tadbir perlu sentiasa cekap dan teliti terutamanya dalam menguruskan kewangan sekolah. Tandatangan : Nama : Jawatan :
59 PERBINCANGAN BERSAMA PEMBANTU TADBIR NAMA : SHAZILIANA BINTI MOHD SIDEK JAWATAN : PEMBANTU TADBIR N22 (KUP) TARIKH : 19 JUN 2023 MASA : 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : PEJABAT Gambar 14: Perbincangan bersama Pembantu Tadbir
60
61 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2023 Masa : 8.10 pagi __________________ Tajuk / Perkara : Suasana pembelajaran di SK SID__________________________ ___ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Seronok tak awak belajar di sekolah ini? - Ya, saya berasa seronok kerana terdapat ramai kawan. 2. Dari segi PdP guru pula, bagaimanakah cara guru mengajar? - Kebanyakan guru di sekolah ini mengajar menggunakan buku teks sahaja. 3. Apa jawatan awak di dalam kelas? - Saya merupakan seorang ketua kelas. 4. Adakah awak menjadi ketua kelas atas kerelaan sendiri atau dipilih oleh guru? - Saya sendiri yang sukarela untuk menjadi ketua kelas. - Guru perlu meningkatkan penggunaan teknologi atau elemen digital ketika mengajar supaya murid tidak bosan. - Memberi ganjaran atau penghargaan kepada murid yang mempunyai jawatan di dalam kelas. Tandatangan : Nama : Jawatan :
62 PERBINCANGAN BERSAMA MURID DARJAH 4 NAMA : HARITH BIN MOHD NAJMI JAWATAN : KETUA KELAS 4 FATHONAH TARIKH : 13 JUN 2023 MASA : 8.10 PAGI TEMPAT : KELAS 4 FATHONAH Gambar 15: Perbincangan bersama Ketua Kelas 4 Fathonah
63 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2023 Masa : 10.40 pagi__________________ Tajuk / Perkara : Tugas seorang pengawas sekolah_________________________ ___ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah jenis-jenis pengawas yang ada di sekolah ini? - Terdapat 4 jenis pengawas, iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya dan pengawas anti dadah. 2. Dari segi pemilihan pengawas pula, adakah dilantik oleh guru atau murid sendiri perlu memohon? - Kebiasaannya, semua pengawas adalah dilantik oleh pihak guru. 3. Apakah tugas harian seorang pengawas? - Pada waktu pagi, akan bertugas di pagar sekolah untuk mencatat nama murid yang datang lewat. Kemudian, kalau ada perhimpunan, pengawas akan susun murid supaya barisan teratur dan kemas. - Mengadakan lebih banyak kem kepimpinan supaya pengawas menjadi lebih berkaliber dan bersemangat. Tandatangan : Nama : Jawatan :
64 PERBINCANGAN BERSAMA PENGAWAS SEKOLAH NAMA : SITI NUR MUHAYA BINTI ROSLI JAWATAN : PENGAWAS SEKOLAH TARIKH : 13 JUN 2023 MASA : 10.40 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT Gambar 16: Perbincangan bersama Pengawas Sekolah
65
66 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22 Jun 2023 Masa : 10.00 pagi__________________ Tajuk / Perkara : Pengurusan kantin sekolah_______________________________ ___ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Berapa tahunkah sudah berkhidmat sebagai pengurus kantin sekolah ini? - Saya sudah berkhidmat di sini selama 4 tahun. 2. Waktu bertugas pula adakah waktu pejabat atau bagaimana? - Kalau hari persekolahan biasa, kami akan datang seawal pukul 5.30 pagi untuk memasak, kemudian pulang pada jam 2.30 petang. Sekiranya ada kelas fardu ain pada hari tersebut, kami akan pulang pada jam 4.30 petang. 3. Bagaimanakah penetapan menu makanan yang akan dijualkan kepada murid? - Sebelum kami menjual sebarang menu, kami akan memaklumkan atau meminta izin pihak pentadbiran terlebih dahulu. - Mempelbagaikan jenis menu untuk dijual kepada murid supaya mereka tidak bosan makan benda yang sama. Namun, makanan yang dijual mestilah terdiri daripada makanan yang berkhasiat. Tandatangan : Nama : Jawatan :
67 PERBINCANGAN BERSAMA PENGURUS KANTIN NAMA : ENCIK HASYIM JAWATAN : PENGURUS KANTIN TARIKH : 22 JUN 2023 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : KANTIN SEKOLAH Gambar 17: Perbincangan bersama Pengurus Kantin
68 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 11.00 pagi__________________ Tajuk / Perkara : Kawalan kebersihan sekolah_________________________________ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah tugas utama tukang sapu sekolah? - Tugas pekerja kebersihan sekolah adalah untuk memastikan tahap kebersihan di setiap sudut sekolah berada pada tahap yang baik. 2. Bagaimanakah waktu bekerja yang ditetapkan? - Waktu bekerja tidak mengikut waktu persekolahan. Pekerja juga tetap perlu bekerja pada hari cuti sekolah. Tempoh bekerja pula adalah bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang 3. Jika puan tidak keberatan, bolehkah puan beritahu tentang pembayaran gaji. - Pekerja kebersihan adalah pekerja kontrak yang dibayar gaji oleh majikan bukan pihak sekolah. - Setiap pekerja mestilah membahagikan tugas masing-masing supaya beban kerja dapat dikurangkan. - Setiap seorang pekerja mestilah dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk menjaga kebersihan di kawasan yang dijaga. Tandatangan : Nama : Jawatan :
69 PERBINCANGAN BERSAMA TUKANG SAPU NAMA : PN. THAHARAH BIN CHE YA JAWATAN : TUKANG SAPU TARIKH : 15 JUN 2023 MASA : 11.00 PAGI TEMPAT : HADAPAN PEJABAT Gambar 18: Perbincangan bersama Tukang Sapu
70 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2023 Masa : 9.30 pagi___________________ Tajuk / Perkara : Keselamatan sekolah____________________________________ ___ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Berapa lamakah tempoh encik berkhidmat selaku pengawal keselamatan di sekolah ini? - Saya telah bertugas selama 10 tahun di sekolah ini. 2. Bagaimanakah pembahagian waktu pengawal keselamatan bertugas? - Di sekolah ini, terdapat 4 orang pengawal keselamatan. Jadi, kami akan dibahagikan kepada dua waktu bertugas, iaitu pagi dan malam. 2 orang yang bertugas pagi akan bermula pada jam 8.00 a.m. sehingga 8.00 p.m. Manakala, untuk yang bertugas waktu malam pula, bermula jam 8.00 p.m. sehingga 8.00 a.m. Setiap seorang akan menjaga dua pagar utama iaitu pagar A dan pagar C. Setiap dua jam sekali akan ada rondaan yang dilakukan bagi memastikan keselamatan sekolah terjamin. - Berbincang secara baik dengan ibu bapa atau pelawat menunjukkan tanda hormat dan beradab. - Mungkin pihak sekolah boleh meminta untuk ditambahkan lagi bilangan pengawal keselamatan supaya beban tugas mereka dapat dikurangkan. Tandatangan : Nama : Jawatan :
71 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2023 Masa : 9.30 pagi___________________ Tajuk / Perkara : Keselamatan sekolah____________________________________ ___ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 3. Apakah tugas yang encik lakukan sebagai pengawal keselamatan di sekolah ini? - Antaranya ialah memastikan warga keselamatan sekolah terjamin. Oleh itu, rondaan akan dilakukan setiap dua jam sekali. Selain itu, untuk menjaminkan keselamatan murid memasuki sekolah waktu pagi, pengawal keselamatan yang bertugas shif malam akan mengawal di depan lampu isyarat untuk memastikan murid melintas jalan dengan selamat 4. Apakah cabaran yang dihadapi sepanjang menjadi pengawal keselamatan? - Cabaran yang selalu diterima selalunya apabila berurusan dengan ibu bapa. Sebahagian ibu bapa mengabaikan arahan supaya menunggu kad pelawat sekiranya mereka mempunyai urusan dengan pihak pentadbiran atau manamana warga sekolah. Tandatangan : Nama : Jawatan :
72 PERBINCANGAN BERSAMA PENGAWAL KESELAMATAN NAMA : MOHD FARIS BIN KAMARUDIN JAWATAN : PENGAWAL KESELAMATAN TARIKH : 13 JUN 2023 MASA : 9.30 PAGI TEMPAT : PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN Gambar 19: Perbincangan bersama Pengawal Keselamatan
73 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 Jun 2023 Masa : 11.45 pagi__________________ Tajuk / Perkara : Perkembangan anak setelah masuk prasekolah PPKI__________ ___ Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Berapakah umur anak puan? - Anak saya berusia 7 tahun dan sekarang belajar di prasekolah PPKI sekolah ini. 2. Apakah kekurangan atau masalah yang dihadapi oleh anak puan? - Dia mengalami masalah autisme spectrum disorder (ASD). 3. Apakah perkembangan yang puan dapat lihat dalam diri anak puan? - Paling ketara sekali adalah anak saya lebih pandai berkomunikasi sekarang. Dia semakin selesa ketika berjumpa dengan orang tidak dikenali bukan seperti sebelum ini. Seterusnya, dia sudah mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Sebelum ini dia menggunakan bahasa Inggeris dan ianya menyukarkan untuk saya berkomunikasi dengannya kerana saya tidak berapa faham Inggeris. - Ibu bapa patut belajar bahasa yang dikuasai dan difahami oleh anak mereka supaya anak dapat mengembangkan lagi kemahiran bahasa. - Ibu bapa perlu bawa anak mereka yang mempunyai keistimewaan ini ke dunia luar supaya mereka mendapat pendedahan tentang dunia sebenar. Sebagai contoh, boleh bawa anak mereka ke pusat membeli-belah atau taman permainan kanak-kanak. Tandatangan : Nama : Jawatan :
74 PERBINCANGAN BERSAMA IBU MURID PRASEKOLAH PPKI NAMA : PN. NOORMAIZATUL AKMA BINTI YAHYA JAWATAN : IBU MURID PRASEKOLAH PPKI TARIKH : 21 JUN 2023 MASA : 11.45 PAGI TEMPAT : KANTIN SEKOLAH Gambar 20: Perbincangan bersama Ibu Murid Prasekolah PPKI
75 6.0 ILMU / PENGETAHUAN BAHARU
76 6.0 ILMU / PENGETAHUAN BAHARU Program PBS ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS, pelatih dapat memahami pengurusan dan pentadbiran sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Selain itu juga, pelajar dapat pengetahuan berkaitan komuniti luar yang dekat dengan sekolah kelak. Ringkasnya dengan menjalani program PBS, pelajar akan lebih memahami bagaimana seorang guru itu mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah dalam mentadbir sesebuah sekolah tersebut. 6.1 PEMERHATIAN Melalui kaedah pemerhatian, terdapat banyak ilmu dan pengetahuan baharu yang telah diperoleh sepanjang tempoh sepuluh hari pelaksanaan PBS yang dijalankan di SK Sultan Ibrahim Dua. Antaranya ialah saya dapat mendalami dan memahami cara atau kaedah pengurusan dan pentadbiran bagi setiap bidang yang ada di sekolah iaitu bidang kurikulum, hal ehwal murid dan juga kokurikulum. Pengurusan berkaitan program yang dijalankan di bawah dasardasar pendidikan juga dapat saya teladani dengan baik. Melihat kepada aspek pengurusan dan pentadbiran sesuatu bidang atau program, jelas kelihatan bahawa sesuatu kejayaan itu dapat dicapai sekiranya pihak pentadbiran mengatur tugas yang jelas kepada guru-guru lain. Jelaslah bahawa arahan dan misi yang jelas akan membantu sesebuah sekolah dalam mencapai sesuatu kecemerlangan. Seterusnya, pemerhatian juga mendapati budaya pengurusan sekolah sangat teratur dan terancang. Hal ini kerana kawalan guru bertugas telah ditetapkan setiap hari sebagai pantauan pergerakan murid-murid. Misalnya, empat orang guru telah ditetapkan untuk mengurus dan mengawal murid-murid yang mendapat RMT di kantin sekolah. Kemudian, empat orang bertugas untuk melaksanakan program guru penyayang iaitu dengan menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah. Manakala, empat orang guru lagi ditugaskan di dewan untuk mengurus dan mengawal murid untuk aktiviti bacaan Yasin setiap pagi. Jadi, dapat saya simpulkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna akan membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar bagi sesebuah sekolah tersebut.
77 Tambahan pula, kaedah pemerhatian ini juga memberikan saya pengalaman baru untuk membentuk suasana dan prasarana sekolah yang lebih ideal dan baik. Ini jelas kelihatan apabila struktur pembangunan sekolah dijaga dengan baik dan pengurusan pembersihan diselia dengan rapi. Konsep ini memberi pendedahan khusus kepada saya untuk lebih memahami penstrukturan organisasi sekolah dalam menggerakkan pelaksanaan dengan lebih sistematik. Bahkan, penstrukturan sekolah juga memainkan peranan tersendiri dalam mewujudkan sekolah yang lebih kondusif bercorakkan pembelajaran abad ke-21. Walaupun terdapat kekurangan prasarana terutamanya dalam aspek kokurikulum, namun pembudayaan dan pengurusan tanggungjawab guru atau jurulatih yang telah diamanahkan tidak menjadikan kekurangan tersebut sebagai penghalang dalam membentuk dan mengembangkan potensi murid dalam sukan. Malahan juga keseimbangan akademik turut ditekankan dalam usaha membentuk budaya, kemenjadian dan kebolehpasaran murid yang lebih baik. Dari segi suasana pembelajaran pula, semasa tinjauan ke beberapa buah kelas dilakukan, didapati bahawa PdP yang mempunyai bahan bantu mengajar maujud adalah lebih berkesan hasilnya. Selama ini, saya hanya belajar bahawa pentingnya bahan bantu mengajar. Namun, apabila berada di sekolah, jelaslah dapat dilihat bahawa murid-murid lebih seronok dan tertarik untuk aktifkan diri ketika guru menggunakan bahan bantu mengajar maujud. Tambahan lagi, kebanyakan guru menggunakan atau menggalakkan murid dengan memberikan pujian, dorongan dan ganjaran positif. Dengan ini, seseorang murid itu lebih bersemangat untuk terus belajar. 6.2 SENARAI SEMAK Berdasarkan senarai semak, terdapat ilmu dan pengetahuan baharu yang digarap sepanjang proses pelaksanaan PBS ini. Antaranya adalah mengetahui kemudahan-kemudahan dan prasarana asas yang perlu wujud di sekitar sekolah bagi memudahkan melahirkan murid yang berkredibiliti dalam setiap aspek JERIS. Di samping itu, penstrukturan dari segi kekemasan dan keceriaan sekolah perlu diambil tindakan sewajarnya supaya keadaan suasana sekolah lebih bersifat kondusif dan lebih ideal sebagai sebuah institusi pendidikan. Murid-murid berasa seronok untuk datang ke sekolah kerana suasana sekolah dan kelas yang ceria. Tambahan pula, melalui senarai semak juga saya telah mempelajari bagaimana kemudahan dan kelengkapan bilik
78 darjah serta ruangan pembelajaran disusun atur dengan baik. Konteks ini merupakan perkaitan penting dalam membentuk suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan memberangsangkan. Perhiasan kelas juga menjadi agenda penting dalam menarik perhatian murid seterusnya menjadikan struktur pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. 6.3 TEMU BUAL Temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat yang sering digunakan sepanjang menjalani PBS ini. Jadi, banyak pengetahuan baharu yang telah diperoleh sepanjang melakukan beberapa temu bual dengan individu-individu tertentu di sekolah. Pengetahuan baharu berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah telah dipelajari ketika temu bual bersama pengurus sekolah diadakan. Fokus utama dari segi visi dan misi sekolah perlu dirancang dengan rapi supaya lebih bermakna dalam menjadikan sesebuah sekolah dapat mencapai kecemerlangan tersendiri. Perkongsian pengurus sekolah memberikan saya pendedahan yang pelbagai bukan sahaja dari segi pengurusan semata-mata, namun juga pelbagai pendekatan yang perlu digunakan oleh seseorang guru dalam memastikan setiap murid mempunyai kemenjadian diri yang positif. Selain itu, cara-cara pengurusan komuniti sekolah telah dipelajari ketika saya menemu bual beberapa individu yang tergolong sebagai pihak komuniti sekolah. Bentuk penstrukturan organisasi juga telah didedahkan kepada saya dalam membentuk budaya dan komuniti sekolah yang lebih terancang di samping membentuk kualiti guru-guru yang lebih profesional seterusnya melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segenap aspek. Temu bual ini juga membolehkan saya mengetahui pelbagai tindakan dan perancangan yang perlu diteliti dalam mengurus kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum serta berkaitan komuniti sekolah dan program-program yang berkaitan dengan dasar pendidikan masa kini. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui serba sedikit berkaitan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di sekolah seperti dual language program, transformasi sekolah 2025 dan banyak lagi semasa menemu bual penyelaras bagi program-program tersebut. Melalui program ini, banyak ilmu baharu yang telah saya peroleh. Antaranya, pentingnya persediaan yang rapi dari pihak guru itu sendiri. Sumber dana yang mencukupi juga merupakan aspek terpenting dalam menjayakan sesuatu program atau aktiviti. Saya juga
79 dapati bahawa pentingnya kebersamaan guru bersama dengan murid ketika ingin melaksanakan sesuatu aktiviti. Kehadiran guru di sisi akan menjadikan murid lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara. Kesimpulannya, melalui semua temu bual yang saya lakukan, aktiviti tersebut banyak membantu saya untuk mendapatkan ilmu baharu khususnya berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kepentingan melaksanakan dasar-dasar pendidikan ini. Melalui proses ini menggambarkan kepada saya bahawasanya pengurusan sekolah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, namun dengan perkongsian ini lebih memberikan saya gambaran luas dalam melaksanakan profesion keguruan dengan lebih matang pada masa hadapan.
80 7.0 REFLEKSI
81 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Pelancaran Bulan Panitia SK SID 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Program ini dirasmikan oleh Penolong PPD Pasir Mas. Dengan ini, program ini Dapat mengeratkan lagi hubungan baik pihak sekolah dengan pihak PPD. 2. Program ini juga dapat memupuk semangat murid dalam semua bidang akademik sebagaimana falsafah atau hasrat pendidikan negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari seluruh aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 3. Persembahan murid pula dapat mencungkil bakat pelajar dari segi nyanyian, lakonan dan sebagainya. KELEMAHAN: 1. Masa yang diambil terlalu lama sehingga menyebabkan murid berasa bosan dan telah menimbulkan kebisingan dan suasana yang tidak terkawal. 3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Mengatur sesuatu aktiviti atau program dengan peruntukan masa yang singkat namun pengisiannya padat.
82 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Bacaan Yaasin Setiap Pagi 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Dapat memberikan pengisian rohani kepada murid dan guru. 2. Konsistensi bacaan pada setiap pagi menjadikan murid mudah ingat surah Yasin tanpa menghafal. 3. Dapat melazimkan murid dengan amalan akhirat. KELEMAHAN: 1. Terdapat segelintir murid yang tidak menumpukan pembacaan seterusnya menganggu murid lain disebabkan oleh kurangnya kawalan daripada guru. 3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Menambah bilangan guru yang bertugas untuk mengawal keadaan murid ketika bacaan Yasin berlangsung. 2. Mengenakan denda kepada murid yang tidak mendengar teguran seperti meletakkan murid yang tidak memberi kerjasama di bahagian hadapan.
83 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Program Susu Sekolah 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Dapat melahirkan murid yang sihat dengan pembekalan makanan yang berkhasiat supaya murid tersebut dapat memberi perhatian yang sepenuhnya ketika sesi PdP berlangsung. KELEMAHAN: 1. Murid tidak berminat dengan perisa susu yang dibekalkan, iaitu perisa original. 2. Penyedut minuman yang dibekalkan asing dengan kotak susu menyukarkan murid untuk minum kerana kadang-kadang murid lupa mengambil penyedut minuman yang dibekalkan di tempat lain. 3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Pihak sekolah boleh mengutarakan kepada pihak atasan supaya mereka dapat menyalurkan kepada pembekal untuk mempelbagaikan variasi perisa susu untuk menarik minat murid. 2. Dari segi pemasaran bungkusan pula, pihak pembekal sepatutnya melekatkan pek penyedut minuman pada kotak susu masing-masing.
84 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Program Guru Penyayang 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid. 2. Mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa murid seterusnya memudahkan ibu bapa untuk mengetahui pergerakan anak-anak mereka di sekolah seperti prestasi dan masalah murid yang mana guru boleh memberi tahu secara bersemuka kepada ibu bapa masing-masing. 3. Menanam sikap 3S (senyum, sapa, salam) dalam diri murid kerana guru sentiasa menekankan dan mengamalkannya terutama semasa menyambut kedatangan murid ke sekolah pada waktu awal pagi di pintu pagar sekolah. 4. Menambahkan lagi sifat hormat murid kepada guru yang dapat dilihat apabila murid berselisih dengan gurunya dalam kawasan sekolah, murid tersebut akan menundukkan kepala serta memberi salam kepada guru. KELEMAHAN: 1. Terlalu ramai guru bertugas di pintu pagar yang kecil menyebabkan keadaan sesak sedikit untuk murid masuk ke sekolah. 3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Membuat jadual penggiliran untuk memastikan guru yang bertugas di pintu pagar kecil tidak terlalu ramai. 2. Memperbanyakkan lagi aktiviti bagi program guru penyayang ini supaya dapat mewujudkan suasana sekolah yang saling berkasih sayang antara murid dengan guru.
85 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Guru mengajar pendidikan jasmani mengikut sukatan pelajaran yang terdapat dalam DSKP. 2. Peralatan sukan yang disediakan telah digunakan dengan baik oleh guru dalam sesi PdP. 3. Guru mahir dalam bersukan kerana kebanyakan guru pendidikan jasmani adalah terdiri daripada guru yang sememangnya pakar dalam bidang tersebut. KELEMAHAN: 1. Tempat yang digunakan untuk PdP PJ adalah tidak sesuai kerana pelaksanaannya dilakukan di dewan sekolah. Hal ini kerana SK SID tidak mempunyai padang atau tempat yang sesuai untuk bersukan 3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Pihak sekolah sepatutnya mengambil inisiatif dengan memohon atau mengutarakan kepada pihak atasan berkaitan isu ketiadaan padang ini.
86 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Perbincangan bersama Guru Besar SK SID 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Banyak input dan pengetahuan baharu yang diperoleh kerana guru besar menitipkan banyak pesanan dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang guru nanti. 2. Sifat perasaan ingin tahu akan dunia pendidikan semakin berkobar-kobar hasil daripada perkongsian pengalaman guru besar. 3. Dapat mengetahui betapa pentingnya menjalinkan hubungan dengan pihak luar seperti KPM, PPD, NGO, agensi kerajaan dan banyak lagi untuk membangunkan sesebuah sekolah. KELEMAHAN: 1. Penetapan masa pada awalnya untuk bertemu guru besar gagal dipatuhi akibat kekangan masa dan tugas selaku pentadbir sekolah. 2. Beberapa kali temu janji perlu dilakukan. 3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Lebih bersedia dari segi penetapan tarikh temu janji dan merujuk jadual pengurusan supaya tidak berlaku pertindihan aktiviti-aktiviti lain.
87 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dianjurkan. 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Murid dapat menggilap dan mengembangkan bakat masing-masing. 2. Usaha untuk mewujudkan kemenjadian murid akan terhasil. 3. Kecemerlangan murid bukan sahaja dari bidang akademik malah ko-akademik dan sukan. KELEMAHAN: 1. Hanya murid yang sama sahaja melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. 3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Guru mestilah mewajibkan seorang murid untuk menyertai satu aktiviti. 2. Perlu kepada bimbingan dan pantauan yang lebih daripada pihak guru dalam memastikan setiap murid melibatkan diri.
88 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Perjalanan PdP bagi subjek Bahasa Melayu untuk murid tahun 5 Tabligh 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Guru menggunakan set induksi dan BBM kad manila ketika mengajar. Dengan ini, murid berasa lebih seronok untuk belajar pada waktu tersebut. 2. Kawalan murid sangat baik. Tidak ada seorang pun murid yang tidak memberikan perhatian kepada guru yang sedang mengajar. 3. Murid memberikan respon yang aktif kepada guru. KELEMAHAN: 1. Tidak ada penggunaan bahan digital atau TMK dalam PdP. 2. PAK-21 tidak diamalkan, iaitu murid melakukan kerja secara berkumpulan. 3. Guru masih lagi menjadi pengajar bukan pembimbing. Pembelajaran yang berlaku hanya berpusatkan guru, bukannya berpusatkan murid. 3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Guru haruslah menggunakan elemen TMK semasa mengajar. 2. Guru mestilah memperbanyak aktiviti berkumpulan selari dengan PAK-21.
89 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Pendidikan Islam murid tahun 2 Fathonah 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Murid memberikan tumpuan yang baik kepada guru mengajar. 2. Cara pengajaran guru mudah difahami oleh murid tahap 1. 3. Bilangan murid yang sedikit memudahkan guru untuk mengawal kelas. KELEMAHAN: 1. Tidak ada penggunaan BBM sewaktu PdP berlangsung. 2. Guru hanya menggunakan kaedah chalk and talk sahaja. 3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Guru mestilah menerapkan elemen TMK dalam proses PdP selari dengan kandungan DSKP yang telah ditetapkan oleh KPM.
90 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Latihan Hoki. 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Mudah untuk mengadakan latihan kerana berhampiran dengan padang hoki. 2. Mempunyai tenaga jurulatih yang mahir dan berpengalaman. 3. Ramai murid yang berminat untuk menyertai hoki dan sudah mempunyai satu pasukan hoki yang memenangi banyak kejohanan. KELEMAHAN: 1. Hanya ada seorang sahaja guru yang boleh menjadi jurulatih dan keadaan ini menyukarkan guru untuk fokus terhadap pasukan lelaki dan perempuan serentak. 3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Pihak sekolah boleh mencari atau mengupah jurulatih profesional untuk melatih pasukan hoki sekolah supaya beban tugas guru sekolah dapat dikurangkan.
91 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Rancangan Makanan Tambahan Sekolah. 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Dapat membantu golongan murid miskin tegar. 2. Makanan yang disediakan berkhasiat dan mengikut piawaian makanan seimbang 3. Kuantiti yang disediakan mencukupi. KELEMAHAN: 1. Murid tidak menghabiskan makanan yang disediakan 2. Murid yang menerima RMTS datang lewat ke sekolah 3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Mempelbagaikan menu yang lazat dan disukai murid. 2. Pihak pengurusan perlu membuat soal selidik supaya murid dapat membuat pemilihan makanan yang disukai oleh mereka.
92 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN: - Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG 2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI: KEKUATAN: 1. Ibu bapa hadir mengikut waktu yang ditetapkan. 2. Terdapat segmen cabutan bertuah. 3. Ibu bapa dapat membahaskan usul-usul berkaitan anak masing-masing. KELEMAHAN: 1. Terdapat ibu bapa yang pulang sebelum MAT berakhir. 2. Perbahasan usul tidak sistematik kerana ibu bapa yang memberi usul tidak hadir ke MAT tersebut. 3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Mengadakan mesyuarat dalam tempoh yang singkat dan padat kerana ibu bapa mempunyai banyak urusan lain 2. Mempelbagaikan dan menambahkan lagi bilangan hadiah yang menarik bagi cabutan bertuah untuk tujuan kehadiran yang menggalakkan daripada ibu bapa.
93 8.0 LAPORAN AKHIR
94 8.0 LAPORAN AKHIR Konklusinya, sepanjang pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan, dapat dirumuskan bahawa pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah sistematik namun terdapat kekurangan dari segi penggunaan TMK tidak kira dalam bidang pengurusan mahupun pembelajaran murid. Namun, sekolah ini merupakan antara sekolah yang mempunyai bilangan murid lebih daripada 500 orang di bandar Pasir Mas, Kelantan. Sepanjang tempoh dua minggu berada di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2) ini, banyak perkara baharu yang telah dipelajari berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar dan di sekolah itu sendiri. Seterusnya dari segi sokongan pentadbir pula, dapat dilihat bahawa kelima-lima pentadbir yang ada tahu akan tugas dan peranan masing-masing dalam membangunkan budaya sekolah yang cemerlang dan selaras dengan dasar pendidikan masa kini. Guru-guru di SK SID juga sangat berkaliber dan komited terhadap profesion keguruan masing-masing. Semua guru tidak segan silu untuk berkongsi pengalaman masing-masing dan sentiasa bersedia untuk membantu guru pelatih dalam menjayakan PBS. Dari segi prasarana pula, dapat dirumuskan bahawa terdapat banyak bilik-bilik khas yang disediakan untuk kemudahan para guru dan murid dalam menghasilkan PdP yang berkesan dan bermakna. Manakala suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran pula adalah sangat penting bagi melahirkan murid yang harmonis dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu, untuk mencapai hasrat ini, iklim dan budaya sekolah mestilah sentiasa berada dalam keadaan selesa dan aman damai. Dari segi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan masa kini pula, SK SID tidak ketinggalan dalam melaksanakan semua dasar-dasar yang ada tidak kiralah sama ada dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum mahupun komuniti. Antara dasar pendidikan yang dijalankan di sekolah ini ialah Transformasi Sekolah 2025 (ts25), 1 Murid 1 Sukan, dasar sekolah penyayang dan banyak lagi. Tuntasnya, pelaksanaan dasar-dasar adalah sangat aktif dan tidak ketinggalan dengan kehendak dunia pendidikan kini. Manakala secara individualnya, dapat dirumuskan bahawa semasa melaksanakan PBS ini, didapati banyak perubahan yang telah berlaku dalam diri saya dalam melengkapkan diri untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan penuh tanggungjawab. Melalui PBS juga, saya mendapati diri saya banyak berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan. Kawalan emosi sangat penting, kerana emosi merupakan segala tunjang kepada perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang negatif akan membawa keburukan kepada diri kita.