The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1) HAN SHIN NI (A21HP0033)
2) LAI LI YIE (A21HP0049)
3) ONG SHI TING (A21HP0181)
4) TAN SOK JING (A21HP0225)
5) MUHAMMAD SABRI BIN ZAHARI (A21HP0098)
6) MUHAMMAD AFIQ BIN KHAIRUL@KHAIRIL ANUAR (A21HP0072)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sopsjtan, 2022-01-24 22:43:00

ST.JOHN E-BOOK

1) HAN SHIN NI (A21HP0033)
2) LAI LI YIE (A21HP0049)
3) ONG SHI TING (A21HP0181)
4) TAN SOK JING (A21HP0225)
5) MUHAMMAD SABRI BIN ZAHARI (A21HP0098)
6) MUHAMMAD AFIQ BIN KHAIRUL@KHAIRIL ANUAR (A21HP0072)

SEKOLAH PENDIDIKAN
FAKULTI SOSIAL SAINS DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 JOHOR BAHRU, JOHOR, MALAYSIA.

TAJUK LAPORAN EBOOK PROJEK
SUBJEK PENGURUSAN KO-KURIKULUM, SUKAN DAN PERMAINAN
KOD SUBJEK SHPP 2882 - SEC02
NAMA PENSYARAH DR. MUHAMMAD HAFIZ ISMAIL
NAMA PELAJAR DAN
NOMBOR MATRIK 1) HAN SHIN NI (A21HP0033)
2) LAI LI YIE (A21HP0049)
3) ONG SHI TING (A21HP0181)
4) TAN SOK JING (A21HP0225)
5) MUHAMMAD SABRI BIN ZAHARI (A21HP0098)
6) MUHAMMAD AFIQ BIN KHAIRUL@KHAIRIL ANUAR

(A21HP0072)

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT

1.0 Pengenalan 1-2
1.1 Sejarah 2
1.2 Jabatan 2
1.3 Panduan Pelaksanaan Kokurikulum 3
1.4 Peruntukan Masa Kegiatan Kokurikulum 3
2.0 Moto, Logo, Lagu, Ikrar, Perlembagaan Dan Pakaian Seragam St. 4

John Ambulans Malaysia 4
2.1 Moto St. John Ambulans Malaysia 4-5
2.2 Logo St. John Ambulans Malaysia 5-6
2.3 Lagu St. John Ambulans Malaysia 6
2.4 Ikrar St. John Ambulans Malaysia 6
2.5 Perlembagaan Pertubuhan 7-12
2.6 Pakaian Seragam 13
3.0 Syarat Kelayakan Menjadi Ahli Dan Carta Organisasi St. John
13-14
Ambulans Malaysia 14
3.1 Syarat Kelayakan Menjadi Ahli 15
3.2 Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah 16
3.3 Carta Organisasi Ahli St. John Ambulans Malaysia (Pelajar)
4.0 Senarai Tugas 16-18
4.1 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 18-21
4.2 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa St. John Ambulans Malaysia
22
(Pelajar) 22-23
5.0 Apakah First Aid?
5.1 Peranan First Aider Semasa Berhadap Dengan Kecederaan 24
6.0 Asas Pertolongan Cermas (Basic First Aid) 24-27
6.1 Pertolongan Cemas Bagi Tersedak 28-33
6.2 Pertolongan Cemas CPR (Cardiopulmonary Resuscitation)
7.0 Ikatan & Balutan Yang Terdapat Dalam St. John Ambulans 34

Malaysia (Bandaging)

7.1 Ikatan Buku Sila 34
7.2 Pembalut Segi Tiga 34
7.3 Anduh Lengan 34-35
7.4 Anduh Ketinggian 35-36
7.5 Pembalutan Penuh 36
37
8.0 Peralatan 37-40
8.1 Peti Cemas 41-42
8.2 Patung CPR & AED 42
8.3 Patung Tersedak 43
43-44
9.0 Pelaksanaan Aktiviti 45
9.1 Pertolongan Cemas Di Sekolah 45
9.2 Kawad Kaki
45-47
9.2.1 Arahan Kawad Kaki (Badan Beruniform St. John 47-48
Ambulans Malaysia) Kawad Statik 49-50

9.2.2 Pergerakan Ujian Kawad Kaki 51
9.3 Kempen Derma Darah 52

10.0 Kepentingan Menyertai St. John Ambulans Malaysia
11.0 Kesimpulan
12.0 Penutup

1.0 PENGENALAN

St. John Ambulans Malaysia (SJAM) telah ditubuhkan sejak tahun 1908. Persatuan ini
telah ditubuhkan oleh sekumpulan pegawai perubatan yang memberi perkhidmatan
dalam Perkhidmatan Perubatan Tentera British. St. John Ambulans Malaysia
merupakan sebuah badan berkanun bukan keuntungan. Pertubuhan St. John Malaysia
mempunyai matlamat untuk meringankan penderitaan manusia, memberi manfaat
kepada manusia serta memberi sumbangan kepada masyarakat. Segala perkhidmatan
yang disumbangkan oleh St. John Ambulans Malaysia adalah dijalankan dengan
mematuhi undang-undang Malaysia.

Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan
pasukan unit beruniform St. John Ambulans Malaysia dalam sekolah rendah dan
sekolah menengah. Perwujudan badan beruniform ini bukan sahaja dapat meningkatkan
kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang St. John Ambulans Malaysia, malah ia juga
dapat meningkatkan disiplin pelajar, mengembangkan intelektual, sosial dan fizikal
serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli.

Pada hari ini, St. John Ambulans Malaysia telah menawarkan beberapa
perkhidmatan kepada masyarakat. Antaranya ialah:

1. Perkhidmatan Ambulans

Kumpulan ambulans hak milik persendirian yang paling besar di Malaysia adalah
dimiliki oleh SJAM. SJAM mempunyai Perkhidmatan Ambulans Kecemasan 24 Jam
dan Perkhidmatan Ambulans Bukan Kecemasan. Perkhidmatan Ambulans Bukan
Kecemasan adalah bersedia untuk memberikan sokongan pertolongan cemas kepada
orang ramai.

2. Latihan Pertolongan Cemas dan Pertolongan Cemas

SJAM memberikan Latihan pertolongan cemas yang praktikal dan lengkap kepada
industri, institusi dan individu yang berminat.

1

3. Perkhidmatan Hemodialisis
Sejak 1993, pusat Haemodialysis diuruskan oleh SJAM untuk membantu masyarakat
yang mengalami masalah serius dengan buah pinggang mereka. Sekarang, 17 pusat
Hemodialisis di seluruh negara yang mempunyai lebih 230 mesin dialisi dan lebih 450
pesakit dialisis diletak di bawah jagaan mereka.

4. Khidmat Masyarakat
Ahli SJAM juga selalu menganjurkan aktiviti seperti mengunjungi rumah anak yatim
dan rumah warga emas untuk berteman dengan anak-anak yatim dan warga emas yang
diabaikan. SJAM juga sering menganjurkan kempen derma darah dengan hospital
kerajaan untuk mengelakkan kekurangan darah di bank darah hospital.

1.1 SEJARAH
Sejarah lambang St. John Ambulans boleh dikesan kira-kira pada tahun 1099 di
Jerussalem. Crusader mendapati sekumpulan Benedivtine Monks sedang merawat
askar yang cedera dan sakit semasa mereka menawan Bandar Suci Jerussalem,
Saudagar yang kaya dari Republik Amalfi telah memberi wang dan tanah kepada
mereka. Blessed Peter Grand of Martigues ialah pengasas the Order of St. John of
Jerussalem.Beliau telah mengetuai Benedictine Monk menerima lambang Republik
Amalfi di atas latar hitam dan menubuhkan Order of St. John untuk mengenang seorang
Baptist yang bernama Saint John.

1.2 JABATAN
SJAM tertakluk di naungan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Secara Am,
SJAM telah dibahagikan kepada tiga peringkat ialah peringkat kebangsaan, peringkat
negeri dan peringkat kawasan. Di peringkat kawasan, SJAM mempunyai 3 status
division adalah Division Kadet Rendah (8-11 tahun), Division Kadet (11-17 tahun) dan
Divivion Dewasa (17-70).

2

1.3 PANDUAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh
15 Januari 1986, pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum. Dengan itu, kehadiran
pelajar dalam setiap perjumpaan kokurikulum perlu direkodkan.

1.4 PERUNTUKAN MASA KEGIATAN KOKURIKULUM

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilang 2, 2007, peruntukan masa bagi kegiatan
kokurikulum adalah seperti yang berikut:

Sekolah Peruntukan Masa
Tahun 3 dan Tahun 4 60 minit / minggu
Tahun 5 dan Tahun 6 120 minit / minggu
Jurusan Teknik dan Vokasional 120 minit / minggu
Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama 180 minit / minggu
Penuh dan Sekolah Menengah Agama

3

2.0 MOTO, LOGO, LAGU, IKRAR, PERLEMBAGAAN DAN PAKAIAN
SERAGAM ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA

2.1 MOTO ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA
“Perkhidmatan bagi Manusia”
St. John Ambulans Malaysia mempunyai moto “perkhitmatn bagi manusia”. Moto ini
bermaksud semua ahli St. John Ambulans Malaysia adalah sentiasa sanggup berkorban
diri dalam aktiviti kesukarelawan. Mereka merupakan golongan yang berani dalam
menghadapi dugaan serta sentiasa berganding bahu untuk mengatasi masalah bersama-
sama demi kebaikan manusia.

2.2 LOGO ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA

No. Perkara Maksud
1. 4 cabang  Melambangkan 4 nilai murni iaitu:

 Ketabahan
- tabah dan berani dalam mengatasi segala
masalah dan dugaan.

 Adil
-mengambil tindakan yang adil dan saksama
tanpa berat sebelah.

4

 Kesederhanaan

-tidak berketerlaluan dalam melakukan

semua tugasan.
 Berhemah

-sentiasa berfikir jauh dan berhati-hati dalam

melaksanakan tugasan.

2. Unikorn dan singa  Perhubungan dengan di-Raja England
3. Bintang berpenjuru  Republik Almalfi

lapan

4. Warna hitam  Menanggung penderitaan
5. Warna putih  Kesucian

2.3 LAGU ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA
BERKHIDMAT BAGI MANUSIA
Muzik oleh: Eainuddin Juwahir
Lirik oleh: Francis Tan

Anggota St. John Bersiap Sedia
Untuk Berkhidmat Kepada Manusia

Tanpa Mengira Pelbagai Bangsa
Agama Dan Budaya

Seragam St. John Lambang Kejituan
Dilatih Untuk Bantu Yang Derita

Tanpa Mengharap Kurnia dan Ganjaran
Berbakti Sepanjang Masa

5

(Ulang)
Berkorban Walau Dimana Berada

Dengan Rela Hati Suci
Berpegang Teguh Pada Cogan Kata

Berkhidmat Bagi Manusia

Inilah Sumbangan Dari Kami
Terhadap Mu Oh Ibu Pertiwi
Sumpah Dan Ikrar Kami Tunaikan

Kepada Nusa Dan Bangsa

2.4 IKRAR ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA
Kami, ahli pasukan pertolongan cemas, St. John Ambulans Malaysia, berikrar bahawa,
kami, percaya kepada Tuhan, taat kepada raja, negara dan pegawai-pegawai, kami,
patuh kepada cogan kata, untuk keimanan dan perkhidmatan bagi manusia. Cergas
menjalankan tugas, dan juga dalam, permainan jujur serta adil, dalam serba hal,
sentiasa riang dan pantas, melakukan pertolongan. Berbuat baik kepada segala makhluk
Tuhan.

2.5 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
SJAM telah ditubuhkan bawah Akta (Perbadanan) St. John Malaysia Ambulans 1972
(AKTA 74). Pada 6 Disember 1973, Akta 74 telah dikeluarkan dalam Warta Kerajaan
Jil, 17 NO.25 Tambahan No. 63 PERUNDANGAN(A). Akta ini berkaitan dengan
kaedah-kaedah St. John Ambulans Malaysia 1973. Lencana dan uniform SJAM serta
perlantikan dan kelakuan SJAM juga dikawal bawah AKTA ini.

6

2.6 PAKAIAN SERAGAM
PAKAIAN UPACARA RASMI

PAKAIAN BERTUGAS DAN KAWAD KAKI
PAKAIAN RASMI

7

SELUAR SLACK HITAM
FORAGE CAP LELAKI

NURSING CAP PEREMPUAN
TOPI PEREMPUAN

8

BERET
LENCANA BERET DEWASA
LENCANA NURSING CAP PEREMPUAN
TALI PENYANDANG/LANYARD

9

TALI PINGGANG
LENCANA KOLAR
LENCANA POKET
BUTANG BESAR DAN KECIL WARNA HITAM UNTUK BAJU

10

TAG NAMA
BUTANG WARNA PERAK UNTUK BAJU
LENCANA LENGAN
STOKING HITAM

11

KASUT HITAM
12

3.0 SYARAT KELAYAKAN MENJADI AHLI DAN CARTA
ORGANISASI ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA

3.1 SYARAT KELAYAKAN MENJADI AHLI

Keahlian St. John Ambulans Malaysia dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu St. John
Muda, Keahlian Kadet dan Keahlian Dewasa.

1. St. John Muda
 Kanak-kanak lelaki dan perempuan mesti berumur antara 8 tahun hingga 11
tahun.
 Kanak-kanak lelaki dan perempuan mesti mempunyai surat kebenaran ibu
bapa atau penjaga.
 St. John Muda merupakan satu pertubuhan untuk melatih kanak-kanak yang
berumur 8 tahun hingga 11 tahun supaya mereka akan menjadi Kadet.
 Sekiranya ahli yang berumur 10 tahun enam bulan hingga 11 tahun
meluluskan peperiksaaan pertolongan cemas asas, ahli tersebut dapat
menjadi Kadet.

2. Keahlian Kadet
 Ahli mesti berumur 10 tahun hingga 18 tahun.
 Ahli mesti mempunyai surat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
 Ahli diterima oleh Pemerintah Negeri dalam semua aspek.
 Ahli mesti meluluskan peperiksaan pertolongan cemas asas dan mendapat
Sijil Pertolongan Cemas Asas.
 Tarikh menjadi ahli ialah tarikh menandatangani borang BF1/BFCRS dan
istiadat pelantikan mesti diadakan dalam enam bulan selepas kadet mendapat
Sijil Pertolongan Cemas Asas.
 Lelaki yang berumur 11-18 tahun akan didaftarkan sebagai Kadet Ambulans
manakala perempuan akan didaftarkan sebagai Kadet Kejururawatan.

3. Keahlian Dewasa
 Ahli mesti berumur 17 tahun hingga 65 tahun.
13

 Ahli mesti mempunyai keperibadian yang baik.
 Ahli mesti mempunyai tubuh badan yang sihat.
 Ahli diterima oleh Pemerintah Negeri dalam semua aspek.
 Ahli mesti meluluskan peperiksaan pertolongan cemas asas dan mendapat

Sijil Pertolongan Cemas Asas.
 Tarikh menjadi ahli ialah tarikh menandatangani borang BF1/BFCRS.
 Ahli mesti meluluskan Kursus Induksi.

3.2 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM
SEKOLAH

Pengetua (sekolah menengah)/
Guru Besar (sekolah rendah)

Guru Penolong Kanan
Kokurikulum

Setiausaha Kokurikulum

Guru Penyelaras Pasukan
Unit Beruniform

Guru Penasihat St. John
Ambulans Malaysia

Pengerusi Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans Malaysia (murid-murid)

14

3.3 CARTA ORGANISASI AHLI ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA
(PELAJAR)

Pengerusi
Naib Pengerusi

Setiausaha
Naib Setiausaha

Bendahari
Naib Bendahari
Pengendali Bertugas

Komander
Naib Komander

Penjaga Stok

Pensyarah 1 Pensyarah 2 Pensyarah 3

Ahli Jawatankuasa Sesi Pagi Ahli Jawatankuasa Sesi Petang

Ahli Biasa
15

4.0 SENARAI TUGAS

4.1 SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN
KOKURIKULUM

Tanggungjawab Guru Penolong Kanan Kokurikulum

1. Melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan oleh pengetua dari semasa ke
semasa.

2. Meluluskan atau membatalkan sesebuah program yang ingin diadakan oleh unit
beruniform St. John Ambulans Malaysia.

3. Memastikan semua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar.
4. Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan mencapai objektif.
5. Menyelesaikan cabaran-cabaran dalam setiap aktiviti.
6. Mengurus pembelanjaan kewangan dalam setiap program yang dijalankan.
7. Menerima laporan tahunan daripada unit beruniform St. John Ambulans Malaysia

pada setiap akhir tahun.
8. Menerima setiap laporan aktiviti yang telah dijalankan oleh unit beruniform St.

John Ambulans Malaysia.

Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum

1. Melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan oleh pengetua dan guru penolong
kanan kokurikulum dari semasa ke semasa.

2. Menulis laporan mesyuarat dan laporan aktiviti.
3. Membaca minit mesyuarat yang lepas setiap kali mesyuarat untuk meminta

pengesahan.
4. Mengumumkan tarikh mesyuarat melalui siaran, papan notis dan pesanan.
5. Membantu pengetua dan guru penolong kanan kokurikulum untuk mengagihkan

tugasan kepada guru penyelaras.
6. Mengurus Buku Laporan Kokurikulum tahunan.
7. Mengumpul dan melaporkan setiap aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun.

16

8. Melaporkan pencapaian pelajar dalam aktiviti yang telah dijalankan sepanjang
tahun.

Tanggungjawab Guru Penyelaras Pasukan Unit Beruniform

1. Melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan oleh pengetua, guru penolong
kanan kokurikulum dan setiausaha kokurikulum.

2. Membantu dalam pengagihan tugasan kepada guru penasihat pasukan unit
beruniform St. John Ambulans Malaysia.

3. Menyediakan jadual waktu perjumpaan dengan mengikut peruntukkan masa yang
telah ditetapkan.

4. Menyedia dan menyerahkan Buku Laporan Kokurikulum kepada guru penasihat.
5. Memastikan setiap perjumpaan dapat dijalankan dengan lancar.
6. Mengumpulkan laporan aktiviti dan Buku Laporan Kokurikulum daripada guru

penasihat pada akhir tahun dan menghantarkannya kepada pengetua.
7. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi setiap aktiviti di luar sekolah.
8. Membuat laporan tahunan mengenai aktiviti yang telah dijalankan dalam pasukan

unit beruniform.

Tanggungjawab Guru Penasihat Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia

1. Menjalankan tugasan yang telah diamanahkan oleh pengetua, guru penolong kanan
kokurikulum, setiausaha kokurikulum dan guru penyelaras pasukan unit beruniform.

2. Mendaftarkan Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans Malaysia.
3. Memberitahu ahli pasukan unit beruniform St. John Ambulans Malaysia mengenai

tarikh-tarikh perjumpaan.
4. Memastikan mesyuarat Agung tahunan dijalankan dengan lancar bagi melantik

Ahli Jawatankuasa dari kalangan pelajar.
5. Merancang aktiviti yang ingin dijalankan pada setiap perjumpaan.
6. Melaporkan rancangan aktiviti kepada guru penyelaras kokurikulum.
7. Mengagihkan borang kebenaran ibu bapa kepada pelajar yang menyertai aktiviti di

luar sekolah.
17

8. Merekodkan nama pelajar yang hadir pada setiap perjumpaan.
9. Memberi bimbingan yang sepenuhnya kepada semua ahli St. John Ambulans

Malaysia.
10. Memastikan setiap rancangan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.
11. Merekodkan dan melaporkan pencapaian ahli.
12. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan berdasarkan

prestasi mereka sepanjang tahun.

4.2 SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA ST. JOHN AMBULANS
MALAYSIA (PELAJAR)

Tanggungjawab Pengerusi Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia

1. Mengendalikan mesyuarat AJK, meminta kebenaran pendapat dan agenda dari guru
penasihat.

2. Mengadakan mesyuarat dengan ahli.
3. Menerima maklum balas daripada ahli jawatankuasa lain berkenaan dengan

masalah-masalah yang dihadapi.
4. Memberi teguran kepada ahli yang bermasalah.
5. Menyemak dan mengemaskini Buku Rekod Perjumpaan Kokurikulum.
6. Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh guru penasihat.
7. Sentiasa membantu guru untuk mengawal ahli.
8. Memberi cadangan bagi rancangan aktiviti.

Tanggungjawab Naib Pengerusi Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia

1. Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh guru.
2. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugasan.
3. Mengendalikan mesyuarat sekiranya pengerusi tidak hadir.
4. Memeriksa kedatangan ahli dalam setiap perjumpaan.

18

Tanggungjawab Setiausaha Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia
1. Menjalankan tugasan yang telah diamanahkan oleh guru dan pengerusi.
2. Mencatatkan senarai ahli jawatankuasa dalam Buku Rekod Kokurikulum.
3. Menulis laporan mesyuarat dan laporan aktiviti.
4. Mengumumkan tarikh mesyuarat dan perjumpaan.
5. Menyediakan kertas kerja bagi rancangan aktiviti.
6. Merekodkan nama ahli yang hadir dalam setiap perjumpaan dan mesyuarat.

Tanggungjawab Naib Setiausaha Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia
1. Membantu setiausaha untuk menjalankan tugasan.
2. Menjalankan tugasan apabila setiausaha tidak hadir.

Tanggungjawab Bendahari Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia
1. Memastikan sebarang perbelanjaan yang dilakukan dibuktikan dengan resit

pembelian.
2. Memungut yuran ahli unit beruniform St. John Ambulans Malaysia dengan

kebenaran pentadbir.
3. Memungut duit untuk tujuan aktiviti dengan kebenaran pentadbir.

Tanggungjawab Naib Bendahari Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia
1. Membantu bendahari dalam menjalankan tugasan.

19

Tanggungjawab Pengendali Bertugas Pasukan Unit Beruniform St. John
Ambulans Malaysia
1. Membahagikan dan mengaturkan tugasan kepada ahli.
2. Mengumumkan tarikh bertugas ahli.
3. Menjalankan tugasan yang telah diamanahkan oleh guru penasihat dan pengerusi.

Tanggungjawab Komander Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia
1. Memberikan perintah semasa kawad kaki.
2. Mengawal tingkah laku ahli semasa kawad kaki.
3. Memberi tunjuk ajar kawad kaki kepada ahli.
4. Memberi teguran kepada ahli yang tidak mematuhi peraturan semasa kawad kaki.

Tanggungjawab Naib Komander Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia
1. Membantu Komander dalam menjalankan tugasan.
2. Memberi perintah kawad kaki apabila komander tidak hadir.

Tanggungjawab Penjaga Stok Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia
1. Menyemak stok.
2. Menyemak keadaan dan bilangan peralatan dan peti kecemasan.
3. Melaporkan kepada guru jika terdapat kerosakkan atau kekurangan peralatan dan

peti kecemasan.

20

Tanggungjawab Pensyarah Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia
1. Memberi ajaran dalam pertolongan cemas asas kepada ahli pada setiap perjumpaan.
Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Pasukan Unit Beruniform St. John
Ambulans Malaysia
1. Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh guru penasihat atau pengerusi.
Tanggungjawab Ahli Biasa Pasukan Unit Beruniform St. John Ambulans
Malaysia
1. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan dengan aktif.
2. Memberi sokongan dalam aktiviti yang dianjurkan.
3. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

21

5.0 APAKAH FIRST AID?
“First aid” merupakan rawatan awal dan pertama yang diberikan kepada mangsa
sebelum ketibaan ambulans atau bantuan paramedic supaya tahap kecederaan mangsa
dapat dikawal dan tidak menjadi semakin serius.

5.1 PERANAN FIRST AIDER SEMASA BERHADAP DENGAN
KECEDERAAN

1. Menilai keadaan dengan cepat dan tenang

Bertenang supaya situasi tidak menjadi panik dan dipercayai oleh orang lain, seseorang
first aider perlu mengawal emosi dan reaksi diri.

Keselamatan  Semak sama ada diri dan mangsa berada dalam
Tempat kejadian sebarang bahaya.
Situasi
 Adakah selamat untuk mendekati mereka?
(Adakah anda memakai peralatan perlindungan?)

 Memahami sebab kemalangan berlaku
 Mengetahui lokasi tempat kejadian (Di mana dan

nama tempat kejadian)
 Mengetahui apa yang telah berlaku
 Maklumat asas (Jantina dan Umur), keadaan dan

tahap kecenderaan mangsa
 Beberapa orang mangsa dan orang yang

terkorban

22

2. Lindungi diri dan orang lain daripada sebarang bahaya
 Jangan sesekali meletakkan diri dalam sebarang risiko dan sentiasa
melindungi diri.
 Hanya menggerakkan mangsa jika tempat kejadian adalah membahayakan
 Jika tidak dapat memastikan kawasan tersebut adalah selamat, perlu
menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan.

3. Mencegahkan jangkitan antara diri dengan mangsa
 Basuh tangan dengan sabun dan air atau gosokkan tangan anda dengan gel
alkohol sebelum mengendali kecenderaan.
 Pakai sarung tangan perubatan. Jangan sentuh luka terbuka tanpa sarung
tangan. Jika anda tidak mempunyai sebarang sarung tangan, boleh
menggunakan beg plastik bersih atau meminta mangsa untuk membalut luka
jika mereka mampu. Jangan batuk atau bersin di atas luka atau mangsa.

4. Menenangkan dan menyakinkan mangsa
 Tenang apabla mengendali kecendaraan.
 Memperkenalkan diri terlebih dahulu dan bercakap dengan nada yang lembut
supaya mendapat kepercayaan mangsa dan sudi menerima bantuan anda.
 Terangkan situasi, tahap kecederaan dan apakah bantuan yang akan diberikan
kepada mangsa.
 Memberikan rawatan dan bantuan secara hormat.

5. Menilai keadaan mangsa dan memberikan rawatan pertolongan cemas
 Jika mempunyai lebih daripada seorang mangsa, perlu membantu mangsa
yang menpunyai kecenderaan yang lebih parah dan serius.
 Gunakan tinjauan asas untuk menangani sebarang keadaan yang mengancam
nyawa. Teruskan tinjauan sekunder selepas tinjauan asas.

6. Mendapatkan bantuan
 Hubungi 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan dan ambulans jika
mandapati situasi adalah serius.

23

6.0 ASAS PERTOLONGAN CERMAS (BASIC FIRST AID)

6.1 PERTOLONGAN CEMAS BAGI TERSEDAK
Tersedak berlaku apabila tenggorok disumbat dengan makanan, minuman dan benda.
Tanda Tersedak:
1. Sukar untuk bercakap dan bernafas
2. Batuk
3. Muka sembab merah
4. Mangsa mungkin menunjuk ke tekak mereka atau memegang leher mereka
Apa Yang Perlu Dilakukan?
Sasaran:

 Kanak-kanak
 Orang Dewasa
1. Galakkan mangsa untuk batuk untuk mengeluarkan halangan

2. Tampar keluar
Jika mangsa tidak boleh bernafas, batuk atau membuat sebarang bunyi, perlu
membantu mereka bersandar ke hadapan, menyokong bahagian atas badan mangsa
dengan satu tangan. Seterusnya, memberikan lima pukulan belakang yang tajam.

24

3. Picit keluar
Jika pukulan belakang gagal untuk menggeluarkan halangan, berikan lima tujahan
abdomen. Berdiri di belakang mangsa dan letak tangan anda di pinggang mangsa.
Letakkan satu tangan dalam penumbuk yang digenggam antara pusat dan bahagian
bawah dada mereka. Tangan sebelah genggam penumbuk anda dan tarik ke dalam
dan atas sehingga lima kali.

4. Hubungi 999
Ulangkan langkah 2 dan 3 beberapa kali. Jika halangan tidak dapat dikeluarkan,
hubungi 999 untuk ambulans dan bantuan pertolongan cemas.

25

Langkah Berjaga-jaga
1. Jangan lakukan sapuan jari semasa memeriksa mulut.
2. Jika mangsa hilang kesedaran, buka saluran pernafasan dan periksa pernafasan.

Melakukan CPR jika mangsa kehilangan pernafasan dan nadi.
Sasaran: Bayi
1. Tampar keluar

Jika bayi tidak boleh bernafas, menangis, atau batuk, mereka mungkin tercekik dan
perlu memberi lima pukulan ke belakang. Baringkan bayi menghadap ke bawah di
sepanjang lengan dan paha anda, pastikan anda menyokong kepala dan lehernya.
Beri lima pukulan belakang di antara bilah bahu dengan tumit tangan anda.

2. Balikan bayi
Balikkan mereka pada paha anda dan periksa mulut mereka. Keluarkan sebarang
halangan yang jelas yang anda boleh lihat dengan hujung jari anda.

*Jangan menyapu mulut kerana ini boleh menolak objek lebih jauh ke dalam
kerongkong.

26

3. Picit keluar
Jika pukulan belakang gagal mengatasi halangan, berikan lima tujahan dada dengan
bayi menghadap ke atas, pastikan anda menyokong kepala dan lehernya. Letakkan
dua jari di tengah dada mereka tepat di bawah garis puting dan berikan lima tujahan
dada. Periksa mulut mereka sekali lagi setiap lima tujahan dada.

4. Hubungi 999
Hubungi 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan jika halangan belum
dikeluarkan. Bawa bayi bersama anda untuk membuat panggilan. Teruskan
mengulangi lima pukulan belakang dan lima tujahan dada sehingga bantuan tiba,
periksa mulut mereka setiap kali.

27

6.2 PERTOLONGAN CEMAS CPR (CARDIOPULMONARY
RESUSCITATION)

CPR Dilakukan Semasa:

1. Seseorang tiada penafasan
2. Seseorang tiada nadi

Sebab Kehilangan Pernafasan Dan Nadi:

1. Lemas
2. Asfiksia
3. Kejutan elektrik
4. Alahan yang mengancam nyawa

Apa Yang Perlu Dilakukan?
Sasaran: Orang Dewasa
Sebelum Covid-19
1. Semak situasi sekeliling mangsa

Memastikan sekeliling mangsa adalah selamat seperti tiada benda yang tajam di
sekeliling dan jauhi sebarang bahaya.

2. Memeriksa tahap kesedaran mangsa

Menggoncangkan badan mangsa dan memanggil mangsa dengan suara yang lantang.
Jika mangsa tidak membuat balasan, membuat panggilan 999 untuk bantuan
pertolongan cemas dan ambulans. Seterusnya, memeriksa mangsa sama ada mangsa
masih mempunyai nadi dan penafasan dengan cara ABC.Mulakan CPR jika mangsa
tiada nadi dan penafasan.

28

3. Menggunakan AED (Automated External Defibrillator)
Memastikan mangsa adalah kering dan hidupkan AED. Bukakan baju pesakit dan
melekatkan pad AED mengikuti gambar yang ditunjukkan pada pad (Satu pad di
bawah tulang selangka kanan dan satu pad di sebelah kiri dada). Biarkan AED untuk
menganalisis rentak jantung pesakit. Tekankan butang terkejut pada AED jika
kejutan elektrik dinasihatkan. Jerit “clear” untuk memberitahu orang sekeliling
supaya tidak sentuh pesakit. Jauhkan diri dengan pesakit sebanyak 2m semasa AED
menghantarkan kejutan elektrik kepada mangsa.

*Jika tidak mempunyai AED, abaikan langkah ini.
4. Mulakan CPR

Berlutut di sebelah mangsa dan letakkan tumit tangan anda di tengah dada mereka.
Letakkan tangan anda yang satu lagi di atas yang pertama. Jalinkan jari anda untuk
memastikan ia tidak menyentuh tulang rusuk. Pastikan lengan anda lurus dan
bersandar di atas mangsa.

29

5. Berikan 30 mampatan dada
Tekan ke bawah dengan kuat hingga kedalaman kira-kira 5-6 cm dan membiarkan
dada naik semula. 30 mampatan diberikan dalam kadar 100-120 seminit.

6. Bukakan saluran udara dan berikan 2 nafas penyelamat
Condongkan kepala mangsa dengan sebelah tangan dan angkat dagu dengan dua jari
tangan anda yang satu lagi. Cubit hidung dan biarkan mulutnya terbuka. Hanya
memberikan udara yang cukup untuk melihat dada mengembang. Hanya 2 nafas
penyelamat boleh diberikan walaupun dada tidak mengembang pada salah satu nafas
penyelamat diberikan. Tempoh masa untuk memberikan nafas penyelamat tidak
melibihi 1 minit.

30

7. Meletakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
Jika mangsa menunjukkan tanda-tanda menjadi responsif seperti batuk, membuka
mata, bercakap, dan mula bernafas secara normal, letakkan mereka dalam
kedudukan pemulihan. Pantau tahap tindak balas mereka dan bersedia untuk
memberikan CPR sekali lagi jika perlu.

* Jika AED digunakan, biarkan ia terpasang.

Semasa Covid-19
1. Semak situasi sekeliling mangsa

Memastikan sekeliling mangsa adalah selamat seperti tiada benda yang tajam di
sekeliling dan juahi dari sebarang bahaya.
2. Memeriksa tahap kesedaran mangsa
Menggoncangkan badan mangsa dan memanggil mangsa dengan suara yang lantang.
Jika mangsa tidak membuat balasan, membuat panggilan 999 (ambulans).
Seterusnya, memeriksa mangsa sama ada mangsa masih mempunyai nadi dan
penafasan. Bersedia untuk memulakan CPR jika mangsa tiada nadi dan penafasan.

31

3. Memulakan CPR
Sebelum memulakan CPR, gunakan tuala atau sehelai pakaian dan letakkan di atas
mulut dan hidung mangsa. Berlutut di sebelah mangsa dan letakkan tumit tangan
anda di tengah dada mereka. Letakkan tangan anda yang satu lagi di atas yang
pertama. Jalinkan jari anda untuk memastikan ia tidak menyentuh tulang rusuk.
Pastikan lengan anda lurus dan bersandar di atas mangsa.

4. Berikan 30 mampatan dada
Tekan ke bawah dengan kuat hingga kedalaman kira-kira 5-6cm dan membiarkan
dada naik semula.30 mampatan diberikan dalam kadar 100-120 seminit.
*Tiada nafas penyelamatan diberikan.

5. Meletakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
Jika mangsa menunjukkan tanda-tanda menjadi responsif seperti batuk, membuka
mata, bercakap, dan mula bernafas secara normal, letakkan mereka dalam
kedudukan pemulihan. Pantau tahap tindak balas mereka dan bersedia untuk
memberikan CPR sekali lagi jika perlu.

32

* Jika AED digunakan, biarkan ia terpasang.

Cara Memberikan 30 Mampatan Dada:
Sasaran: Kanak-kanak

 Berlutut di sisi kanak-kanak dan letakkan sebelah tangan di tengah dada kanak-
kanak.

 Tolak ke bawah sepertiga daripada kedalaman dada.
 Lepaskan tekanan membolehkan dada naik semula.
 Ulangi ini 30 kali pada kadar 100 hingga 120 mampatan seminit.

Sasaran: Bayi Yang Bawah Satu Tahun
 Letakkan dua jari di tengah dada bayi.
 Tolak ke bawah sepertiga daripada kedalaman dada.
 Lepaskan tekanan membolehkan dada naik semula.
 Ulangi ini 30 kali pada kadar 100 hingga 120 pam seminit.

33

7.0 IKATAN & BALUTAN YANG TERDAPAT DALAM ST. JOHN
AMBULANS MALAYSIA (BANDAGING)

7.1 IKATAN BUKU SILA
 Ikatan buku sila atau simpulan buku sila digunakan untuk menyambungkan dua
tali yang mempunyai ukuran saiz yang sama.
 Dilakukan secara menyonsang iaitu tali kiri ke atas talikanan dan tali kanan ke
atas tali kiri.

7.2 PEMBALUT SEGI TIGA
 biasanya dibuat daripada satu meter persegi kapas atau belacu yang dipotong
separuh menyerong.
 Pembalut boleh digunakan dalam pelbagai kaedah sebagai anduh atau untuk
melumpuhkan tulang patah dan kecederaan tisu lembut.
 Antara contoh ialah anduh lengan, anduh ketinggian dan pembalut penuh.

7.3 ANDUH LENGAN
 Anduh ini digunakan untuk menyokong bahagian bawah lengan atau tangan
yang cedera dan untuk patah tulang rusuk atau tulang selangka.

Kaedah Melaksanakan Anduh Lengan:
1. Pesakit digalakkan untuk memegang lengan yang cedera dalam keadaan yang

paling selesa.

34

2. Pegang pembalut dengan tapak sehingga bahagian tengah badan dan titik ke siku
pada bahagian yang cedera. Selipkan perlahan-lahan titik atas di bawah lengan
yang disokong dan balut di belakang leher sehingga terletak pada bahu bahagian
yang cedera.

3. Angkat titik bawah dan bawa sehingga bertemu dengan titik atas di sisi leher pada
bahagian yang cedera.

4. Gunakan simpul terumbu untuk mengikat hujung dan tepat di atas tulang selangka
untuk mengelakkan sebarang tekanan pada bahagian belakang leher.

5. Laraskan anduh supaya hujung jari kelihatan jelas dan kemudian bawa ia ke
hadapan dan ikat pada anduh dengan pin keselamatan.

6. Periksa peredaran di jari dan bandingkan warna dengan hujung jari pada lengan
yang tidak terjejas. Jika terdapat tanda-tanda gangguan peredaran, longgarkan atau
tanggalkan anduh dan sebarang pembalut di bawahnya.

7.4 ANDUH KETINGGIAN
 Anduh ini digunakan untuk kecederaan lengan atau jari di mana pesakit
memerlukan tangan dan lengan untuk dipegang dalam kedudukan tinggi.

Kaedah Menggunakan Anduh Ketinggian:
1. Mangsa perlu memegang lengan yang cedera dengan jari menunjuk ke hujung bahu

yang bertentangan.
2. Pegang pembalut dengan tapak melepasi bahagian tengah badan dan titik ke siku

pada bahagian yang terjejas.
3. Perlahan-lahan letakkan pembalut di atas lengan yang disokong dan bawa hujung

atas di sekeliling bahagian depan leher sehingga ia terletak pada bahu yang tidak
terjejas.

35

4. Balut perlahan bahagian bawah pembalut di sepanjang lengan yang terjejas. Bawa
hujung bebas pembalut dari siku ke belakang ke hujung bahu bertentangan.

5. Pusing perlahan-lahan titik atas di sekeliling jari, tetapi elakkan meletakkan tekanan
pada sebarang kecederaan.

6. Ikat kedua-dua hujung bersama-sama dengan simpulan terumbu dan letakkannya
tepat di atas tulang selangka untuk mengelakkan sebarang tekanan leher.

7. Pada bahagian siku licinkan kain longgar ke hadapan sepanjang lengan di bawah
anduh.

8. Kencangkan anduh pada siku dengan pin atau pita keselamatan.

7.5 PEMBALUTAN PENUH
 Digunakan untuk membalut anggota badan yang mengalami pendarahan seperti
kepala, dada, siku, bahu, tangan, pinggul, lutut dan tapak kaki.

36

8.0 PERALATAN
Yang Digunakan Dalam:

 Peti Cemas
 Patung CPR & AED
 Patung Tersedak

8.1 PETI CEMAS

37

Plaster

Jika terdapat luka kecil yang kurang daripada 2cm, anda boleh gunakan plaster ini.
Selalunya luka jenis ini adalah desebabkan luka Ketika menggunakan pisau, terkena
duri atau melecet.

Bandage

Terdapat 2 jenis bandage iaitu bandage biasa dan bandage

segitiga/triangular bandage/kain anduh. Terdapat beberapa penggunaan untuk alatan

ini iaitu membalut luka, membalut kawasan yang bengkak dan lain-lain.

38

Kain Anduh
Terdapat pelbagai fungsi untuk alat ini dan dalam artikel ini kami akan menceritakan 3
fungsi sahaja iaitu sebagai anduh ketika patah tulang tangan atau patah tulang
selangka(clavicle), membalut luka atau membalut kawasan lebam dan digunakan
sebagai topeng(mask).

Kain Kasa Perubatan
Kain kasa atau gauze ini selalunya digunakan untuk menutupi luka yang besar. Ia juga
boleh digunakan untuk membersihkan luka yang kotor.

39

Kapas
Kapas pula selalunya digunakan untuk membersihkan luka.

Povidone Iodine
Ia merupakan larutan yang berwarna kuning. Larutan ini mengandungi unsur iodin yang
berfungsi untuk membunuh kuman (antiseptik) di kawasan luka.

40

Krim Pemanas
Krim pemanas ini selalunya digunakan untuk merawat sakit otot dan juga kekejangan
otot.

Gunting
Gunting penting untuk memotong gauze, bandage dan sebagainya. Oleh itu, jangan
lupa untuk meletakkan ia dalam kotak first aid anda.

41

8.2 PATUNG CPR & AED

Patung CPR

Sellotape
Untuk ditampal di mulut patung CPR. Ditanggalkan apabila seorang pelajar selesai
Latihan CPR dan tampal semula dengan tape lain untuk pelajar yang seterusnya.

Defibrilator Luaran Automatik (AED)
42

Defibrilator Luaran Automatik (AED) telah telah dipasang di pelbagai premis awam
seperti kelab komuniti, pusat membeli-belah dan kemudahan majlis sukan untuk
meningkatkan kadar survival mangsa serangan jantung.
8.3 PATUNG TERSEDAK

Patung Tersedak

43

9.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
 Pertolongan Cemas Di Sekolah
 Kawad Kaki
 Kempen Derma Darah

9.1 PERTOLONGAN CEMAS DI SEKOLAH
Dalam kes-kes seseorang yang memerlukan rawatan untuk tujuan memelihara nyawa
dan mengurangkan kesan kecederaan dan penyakit sehingga bantuan lanjutan daripada
doktor atau jururawat diperoleh.
Rawatan kecederaan ringan yang tidak memerlukan rawatan lanjutan daripada doktor
atau jururawat.

3 Komponen Utama:
 Petugas pertolongan cemas
 Peti pertolongan cemas
 Manual atau kelengkapan pertolongan cemas

Tanggungjawab Petugas:
 Merancang aktiviti dengan teliti dengan mengambil kira ruang dan alatan yang
digunakan selamat.
 Mempunyai pengetahuan tentang prosedur kecemasan.
 Memastikan alat pertolongan cemas cukup.
 Sentiasa memberi peringatan secara lisan dan bertulis.
 Mengadakan pelan kontingensi jika berlaku kecemasan dan kemalangan.

44

Bahaya Di Sekolah:
 Kemalangan di sekolah banyak dilaporkan, terutama yang melibatkan aktiviti
lasak seperti sukan.
 Lokasi sukan dan rekreasi merupakan tempat yang paling kerap berlakunya
kecederaan (Laflamme & Peterson 1997).

Petugas Pertolongan Cemas (First Aider):
 Pihak pengurusan sekolah hendaklah mempamerkan notis berserta nama-nama
petugas pertolongan cemas di lokasi yang mudah dilihat di sekitar sekolah.

Ciri-Ciri Petugas Pertolongan Cemas:
 Matang dan bertanggungajawab
 Bertenang Ketika berlaku kecemasan
 Mempunyai fizikal yang sihat
 Bebas untuk meninggalkan kerja dengan segera untuk membantu dalam
keadaan kecemasan

Kemahiran Latihan Pertolongan Cemas:
 Perkara yang perlu dilakukan semasa berlaku kecemasan
 Resusitasi kardiopulmonari (CPR)
 Pertolongan cemas bagi mangsa yang tidak sedarkan diri
 Pertolongan cemas untuk mangsa yang tercedera atau mengalami perdarahan

Contoh Aktiviti Yang Tidak Diberikan Perlindungan:
 Sukan berbahaya
 Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor
 Keilatan atau kurang upaya yang sedia wajud

45

9.2 KAWAD KAKI

Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. Bertujuan untuk
membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dantaat
perintah.

9.2.1 Arahan Kawad Kaki (Badan beruniform St. John Ambulans Malaysia)
Kawad Statik:

KMD: Skuad … Ke kanan lurus … Pandang depan …
KMD: Skuad senang diri … (satu)
KMD: Rehatkan diri … (satu dua tiga rehat)
KMD: Skuad (satu)
KMD: Skuad sedia (satu dua)
KMD: Bergerak ke kiri bertiga-tiga … ke kiri pusing
KMD: Bergerak ke kanan bertiga-tiga … ke kanan pusing
KMD: Skuad akan menghadap ke hadapan … ke kiri/kanan pusing
KMD: Dari kiri … hentak kaki … / skuad …. Berhenti (check satu dua)

9.2.2 PERGERAKAN UJIAN KAWAD KAKI
(Untuk Kategori Lelaki Dan Perempuan)
46

Tiap-Tiap Pasukan Mengikut Giliran Akan:

1. Mara ke hadapan berhenti di hadapan pentas pengadil
2. Menghadap ke hadapan
3. Luruskan barisan
4. Ketua Pasukan melapor kepada Pengadil

Pergerakan Berikut Dilakukan Semasa Berhenti:

1. Kiri Pusing
2. Belakang Pusing
3. Kiri Pusing
4. Senang Diri
5. Sedia

Pergerakan Berikut Dilakukan Semasa Berjalan:

1. Cepat Jalan
2. Belakang Pusing
3. Kiri Pusing
4. Belakang Pusing
5. Berhenti
6. Menghadap ke hadapan
7. Luruskan Barisan
8. Mara menghadap (15 langkah)
9. Luruskan Barisan

Pasukan Akan Berjalan Lalu Di Hadapan Pengadil:

1. Berpusing ke kanan
2. Cepat jalan
3. Kiri Belok/Kiri Belok
4. Pandang ke kanan
5. Pandang ke hadapan

47


Click to View FlipBook Version