6. Kiri Belok/Kiri Belok
7. Berhenti
8. Menghadap ke hadapan
9. Luruskan Barisan
10. Ketua Pasukan melapor kepada Pengadil
11. Keluar Baris tamat
9.3 KEMPEN DERMA DARAH
Objektif:
1. Untuk memberi manfaat kepada orang ramai tentang kepentingan menderma darah.
2. Untuk membantu hospital yang kekurangan darah di hospital untuk diderma.
3. Untuk mengeratkan hubungan antara warga jabatan dengan masyarakat di samping
meningkatkan kesedaran taraf kesihatan negara serta memberi pengetahuan yang
lebih jelas kepada masyarakat tentang kebaikan menderma darah.
Kriteria Penderma Darah:
Setiap individu yang ingin menderma darah perlulah mempunyai kriteria yang tertentu.
Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Bagi yang berumur 17 tahun dan ke bawah, mestilah mempunyai kebenaran bertulis
daripada penjaga.
2. Tubuh badan yang sihat pada hari pendermaan.
3. Tidak mempunyai masalah kesihatan.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Berat badan melebihi 45 kg.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).
7. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh
7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-
ubatan lain.
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
48
Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
Mengambil dadah secara suntikan
Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh
(whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10. Untuk penderma wanita:
Tidak datang haid.
Tidak mengandung.
Tidak menyusukan anak.
Proses Menderma Darah:
Setiap orang yang menderma darah akan melalui proses pendermaan seperti berikut:
1. Mengisi borang yang akan disediakan.
2. Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras
hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah.
3. Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti
sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma.
4. Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah
(phlebotomy).
5. Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan
dan minuman ringan.
49
10.0 KEPENTINGAN MENYERTAI ST. JOHN AMBULANS
MALAYSIA
Setiap badan beruniform akan membawa pelbagai faedah kepada ahli-ahlinya. Oleh itu,
selepas menyertai St. John Ambulans Malaysia, semua ahli dapat memperoleh pelbagai
faedah seperti menjadi berdisiplin dan bertanggungjawab, memupuk semangat
berkerjasama, meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bertenang menghadapi
masalah dan memperoleh pengetahuan asas tentang bantuan kecemasan.
Salah satu kepentingan menyertai St. John Ambulans Malaysia ialah ahli St.
John Ambulans Malaysia akan menjadi berdisiplin dan bertanggungjawab. Hal ini
dikatakan demikian kerana St. John Ambulans Malaysia mempunyai peraturan yang
ditetapkan. Menurut peraturan tersebut, ahli-ahli akan mengawal perbuatan diri dengan
baik supaya tidak melanggar peraturan tersebut. Justeru, para ahli akan menjadi
berdisiplin dan melakukan perbuatan berdasarkan norma masyarakat dan undang-
undang. Selain itu, menyertai St. John Ambulans Malaysia dapat memupuk ahli-ahli
menjadi lebih berdisiplin, misalnya menepati masa dan megikuti arahan ketua. Semasa
menyertai St. John Ambulans Malaysia, setiap ahli akan diberikan kerja masing-masing.
Dengan ini, para ahli St. John Ambulans Malaysia akan mengetahui kepentingan diri
sendiri. Secara tidak langsung, para ahli dapat memupuk semangat bertanggungjawab.
Di samping itu, ahli St. John Ambulans Malaysia dapat memupuk semangat
bekerjasama. St. John Ambulans Malaysia merupakan satu organisasi yang agak besar.
Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan memerlukan kerjasama para ahli supaya
dapat berjaya dijalankan. Sebagai contohnya, apabila mengadakan kempen derma
darah, para ahli akan menghadapi masalah bersama-sama dan saling membantu untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Dengan ini, semangat bekerjasama dapat dipupuk
dalam kalangan ahli. Selain itu, berkawad kaki juga memerlukan kerjasama para ahli
supaya setiap ahli akan mempunyai pergerakan yang serentak dan seragam.
Ahli St. John Ambulans Malaysia juga akan meningkatkan kemahiran
berkomunikasi. Pada era globalisasi ini, teknologi semakin berkembang. Setiap
masyarakat lebih cenderung kepada berkomunikasi secara maya malalui aplikasi
seperti WhatsApp, Facebook, Telegram dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan
kemahiran berkomunikasi masyarakat semakin meruntuh. Ahli-ahli St. John Ambulans
50
Malaysia merangkumi pelbagai lapisan masyarakat, hal ini telah membantu para ahli
dapat saling mengenali dan mempelajari cara berkomunikasi dengan orang lain. Justeru,
menyertai St. John Ambulans Malaysia dapat membantu ahli untuk berkomunikasi
secara realiti dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi.
Seterusnya, kepentingan menyertai St. John Ambulans Malaysia ialah para ahli
dapat bertenang untuk meghadapi masalah. Melalui kursus-kursus yang diadakan oleh
St. John Ambulans Malaysia, para ahli akan mempelajari cara untuk menghadapi
kecemasan. Dengan ini, mereka barulah dapat lebih bertenang dan tidak kelam-kabut
semasa menyelamatkan mangsa-mangsa. Selain itu, bertenang menghadapi kecemasan
amat penting kerana apabila seseorang bertenang barulah dia dapat menyesuaikan diri
sendiri dalam keadaan yang sering berubah dan mencari penyelesaian yang sesuai. Pada
masa yang sama, mereka juga dapat menenangkan hati mangsa dan ahli keluarga
mangsa.
Kepentingan menyertai St. John Ambulans Malaysia ialah ahli St. John
Ambulans Malaysia dapat memperoleh pengetahuan asas tentang bantuan kecemasan
seperti membalut luka, menahan darah, resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan lain-lain.
Apabila mempelajari pengetahuan asas tentang bantuan kecemasan, ahli-ahli St. John
Ambulans Malaysia dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa dengan segera. Pada
masa yang sama, kecederaan yang lebih parah atau tidak diingini dapat dielakkan dan
dapat menyelamatkan nyawa orang lain.
Kesimpulannya, penyertaan St. John Ambulans Malaysia amat banyak manfaat.
Justeru, masyarakat yang berminat dalam pertolongan kecemasan amat digalakkan
untuk menyertai St. John Ambulans Malaysia.
51
11.0 KESIMPULAN
St. John Ambulans Malaysia merupakan badan beruniform yang diiktiraf kerajaan dan
telah menyediakan banyak perkhidmatan seperti perkhidmatan ambulans, latihan
pertolongan cemas dan pertolongan cemas, perkhidmatan hemodialisis dan khidmat
masyarakat. St. John Ambulans Malaysia juga telah ditubuhkan untuk menjadi jabatan
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Moto St. John Ambulans Malaysia ialah
„perkhidmatan bagi manusia‟ dan mempunyai logo yang mempunyai 5 asas penting dan
mempunyai maksud yang jelas. St. John Ambulans Malaysia juga mempunyai lagu dan
ikrar tersendiri untuk memastikan ahli mereka sentiasa komited dalam melaksanakan
tugas yang diberikan. St. John Ambulans Malaysia mempunyai 2 uniform iaitu uniform
rasmi dan uniform kawad kaki. Di dalam St. John Ambulans Malaysia, isu keselamatan
dan kesihatan amatlah dititikberatkan sebagai contoh melatih ahli mereka untuk
mempunyai kemahiran dalam pertolongan cemas di dalam semua keadaan seperti
tersedak dan sesak nafas. Terdapat pelbagai balutan dan ikatan yang diajar di dalam
badan beruniform St. John Ambulans Malaysia antaranya ialah ikatan buku sila, balutan
segi tiga, anduh tangan, anduh ketinggian dan balutan penuh.
St. John Ambulans Malaysia juga aktif dalam membantu masyarakat dalam
memberi perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang memerlukan. Antara
pelaksanaan aktiviti yang dianjurkan oleh St. John Ambulans Malaysia ialah
pertolongan cemas di sekolah, kawad kaki dan kempen derma darah. Aktivit
pertolongan cemas di sokolah amat penting kerana dapat memberikan pengetahuan asas
kepada pelajar apabila mereka berada dalam keadaan yang tidak diingini berlaku seperti
sesak nafas, kebakaran, luka mahupun patah anggota badan. Manakala aktivit kawad
kaki mampu melatih pelajar menjadi lebih berdisiplin dan sentiasa patuh kepada arahan
di samping menguatkan lagi jati diri pelajar. Kempen derma darah amatlah penting
untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat untuk menderma darah bagi
membantu insan-insan yang memerlukan bantuan dalam keadaan yang segera.
52
12.0 PENUTUP
Melalui E-Book tentang badan beruniform St. John Ambulans Malaysia ini sedikit
sebanyak membantu para pelajar, ibu bapa mahupun masyarakat mengetahui maklumat
berkaitan dengan St. John Ambulans Malaysia dari segi penubuhan, sejarah, matlamat,
pakaian, logo serta pelaksanaan yang dijalankan di sekolah dan di luar sekolah. Kami
berharap dengan penghasilan E-Book sebegini dapat menarik minat para pelajar untuk
menyertai badan beruniform di sekolah ataupun di mana-mana institut pengajian. Ini
kerana banyak manfaat yang akan diperoleh daripada penglibatan diri di dalam badan
beruniform khususnya St. John Ambulans Malaysia untuk kegunaan dalam kehidupan
seharian.
53