The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 PBS - E-PORTFOLIO (NADHIRAH BINTI MUHAMAD NOR)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 578-9-nadhirah, 2021-12-11 11:11:48

TUGASAN 1 PBS - E-PORTFOLIO (NADHIRAH BINTI MUHAMAD NOR)

TUGASAN 1 PBS - E-PORTFOLIO (NADHIRAH BINTI MUHAMAD NOR)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH
(PDPP BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2021)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

 NAMA PELAJAR : NADHIRAH BINTI MUHAMAD
NOR

 NO. KAD PENGENALAN : 950619025172
 ANGKA GILIRAN : 2021192400019
 ALAMAT TETAP : NO. 45, LORONG BENTARA

19E/KS07, TAMAN SAGA
BARU, 41000 KLANG,
SELANGOR

 NO. TELEFON 012-7247320
 E-MEL [email protected]
 AMBILAN JUN 2021
 PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU
 TAHUN DAN SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER 2
 TARIKH PBS 8 NOVEMBER HINGGA 19 NOVEMBER
 NAMA PENSYARAH CIK SITI SALAMAH BINTI MOHAMAD
YUSOF

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

KANDUNGAN 4

Penghargaan 5
Kandungan Portfolio
1.0 Maklumat Penempatan 6
2.0 Biodata Diri 7
3.0 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti 8
10
3.1 Pernyataan Sebelum, Semasa Dan Selepas 10
3.1.1 Sebelum PBS 11
3.1.2 Semasa PBS 12
3.1.3 Selepas PBS (Refleksi)
13
3.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus
Maklumat Umum Sekolah 17
4.0 Kurikulum
19
4.1 Carta Organisasi 19
4.2 Bidang Tugas Panitia 25
4.3 Takwim Kurikulum 29
4.4 Program 31
5.0 Kokurikulum
5.1 Carta Organisasi 33
5.2 Bidang Tugas 33
5.3 Takwim Kokurikulum 34
5.4 Program 35
6.0 Prasarana Sekolah 38
6.1 Persekitaran Sekolah
7.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan 44
7.1 Pemerhatian 44

2 49
49

7.2 Temu Bual 50

8.0 Kolaboratif 51
8.1 Perbincangan dengan Pengurus Sekolah 52
8.2 Perbincangan dengan Guru-Guru Lain 53
8.3 Perbincangan dengan Warga Sekolah 54
8.4 Perbincangan dengan Wakil Komuniti 55
8.5 Interaksi dengan Murid 56

9.0 Laporan Pemerhatian 57

Refleksi 58

3

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehardat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyempurnakan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Tugasan ini adalah
sebahagian daripada objektif kerja kursus yang perlu saya laksanakan. Rentetan daripada itu,
saya telah melaksanakan PBS ini di sekolah SJKC Khe Beng, Shah Alam selama dua minggu
yang bermula dari 8 November 2021 sehingga 19 November 2021. Saya telah berjaya
menyelesaikan tugasan PBS ini dengan kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya pihak
pentadbiran sekolah dan semua warga sekolah.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Siti Salamah
Binti Mohamad Yusof iaitu pensyarah pembimbing yang telah berkorban dari segi masa dan
tenaga bagi membantu memberikan buah fikiran. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar beliau
sepanjang tempoh untuk menyiapkan tugasan ini dengan berkongsi segala maklumat dan
pengetahuan yang bermanfaat untuk saya gunakan. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan
yang telah banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Sokongan dari segi
mental telah memberikan kekuatan kepada saya dalam mengharungi cabaran sebagai seorang
mahasiswa dan juga salah seorang tenaga pengajar di SJKC Khe Beng, Shah Alam. Walaupun
cabaran dari segi masa dan kekangan kerja banyak mempengaruhi tindakan tetapi orang yang
berada di sekeliling saya dapat memahami saya dengan baik.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada Guru Besar SJKC Khe Beng iaitu Puan
Chia Meow Eng kerana telah banyak memberikan dukungan serta tunjuk ajar kepada saya
sepanjang tempoh saya melaksanakan tugasan PBS ini. Begitu juga dengan warga sekolah yang
telah banyak memberikan kerjasama melalui temu bual dan pengumpulan maklumat mengenai
sekolah ini sehingga saya dapat menyediakan bahan-bahan dan maklumat yang diperlukan untuk
tugasan ini. Ucapan terima kasih saya juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak
memberikan dukungan serta kata-kata semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan PBS
ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam perkongsian bagi menyalurkan maklumat kepada saya sepanjang proses
menyiapkan tugasan PBS ini. Sekian, terima kasih.

4

KANDUNGAN PORTFOLIO
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Bil. Tajuk Item Tandakan

1. Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 

2.1 Nama IPGK /
/
2.2 Gambar
/
2.3 Nama Pelajar /

2.4 No. Kad Pengenalan /
/
2. Biodata 2.5 Alamat tetap /
/
2.6 No. Telefon dan E-mel /
/
2.7 Ambilan dan Pengkhususan /
/
2.8 Tahun dan Semester : Tahun Semester /
/
2.9 Tarikh PBS : /
/
Pernyataan Profesional / 3.1 Pernyataan sebelum, semasa dan selepas PBS /
/
3. Kontrak Aktiviti 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus /
(Lampiran 1-1 / /
/
Lampiran1-6) /
/
4.1 Carta Organisasi /

4. Kurikulum 4.2 Bidang Tugas Panitia
4.3 Takwim kurikulum

4.4 Program

5.1 Carta Organisasi

5. Kokurikulum 5.2 Bidang Tugas
5.3 Takwim Kokurikulum

5.4 Program

6. Prasarana Sekolah 6.1 Persekitaran Sekolah

Instrumen Pengumpulan 7.1 Pemerhatian

7. Data Berhubung 7.2 Senarai Semak
Tugasan (pilih yang 7.3 Temu bual

sesuai) 7.4 Soal selidik

8.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah

8. Kolaboratif 8.2 Perbincangan dengan guru-guru lain
(Lampiran 1-4) 8.3 Perbincangan dengan warga sekolah
8.4 Perbincangan dengan wakil komuniti

8.5 Interaksi dengan murid

9. Pemerhatian Laporan Pemerhatian

10. Kajian Kes (Lampiran 1-8)

5

1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN
6

2.0 BIODATA DIRI

INSTITUSI : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR : NADHIRAH BINTI MUHAMAD NOR

NO. KAD PENGENALAN : 950619-02-5172

ALAMAT TETAP : NO. 45, LORONG BENTARA 19E/KS07, TAMAN SAGA
BARU, 41000 KLANG, SELANGOR

NO. TELEFON : 012-7247320

E-MEL : [email protected]

AMBILAN : JUN 2021

PENGKHUSUSAN : BAHASA MELAYU

TAHUN DAN SEMESTER : TAHUN 1 SEMESTER 2

TARIKH PBS : 8 NOVEMBER HINGGA 19 NOVEMBER

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) KHE BENG

KOD SEKOLAH : BBC0046

ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) KHE BENG,
PERSIARAN KEMUNING PRIMA, SEKSYEN 32, 40460
SHAH ALAM, SELANGOR

NO. TELEFON SEKOLAH : 018-2802318

7

3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen yang terdapat
dalam Amalan Profesional bagi pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP).
Pelaksanaan PBS dapat memberikan kefahaman awal atau meningkatkan pengetahuan sedia
ada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi
peluang kepada pelajar untuk memahami peranan sekolah sebagai sebuah institusi
pendidikan serta melihat peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian,
dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti. Melalui PBS, pelajar dapat
memahami sistem organisasi sekolah berdasarkan pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal
ehwal murid, kokurikulum, nilai-nilai kepimpinan serta mengenal pasti dasar-dasar pendidikan
yang dilaksanakan di sekolah secara efektif. Ringkasnya, dengan menjalani program PBS,
pelajar akan lebih memahami cara guru mengajar, cara murid belajar dan cara pengurus
sekolah mentadbir sekolah.

PBS dijalankan adalah bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang
telah diberikan oleh pihak institusi di samping membiasakan guru dengan suasana, budaya
dan persekitaran di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus
yang berkaitan. Oleh itu, melalui pelaksanaan PBS, pelajar dapat memahami dan
menyesuaikan diri dengan budaya di sekolah, menghayati kerjaya sebagai seorang guru,
memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah dan mendapat pendedahan awal
tentang pembelajaran murid. Selain itu, guru juga dapat memahami pengurusan dan strategi
PdP, dapat membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru, komuniti sekolah dan
masyarakat serta dapat mengumpul maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah
yang berkaitan dengan kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan prasarana sekolah, iklim
PdP, budaya sekolah dan masyarakat. Di samping itu, guru juga dapat membina kemahiran
inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal, membina sikap positif
terhadap profesion keguruan dan kepimpinan sekolah, membuat refleksi dan rumusan
mengenai tugas dan tanggungjawab guru serta dapat mendokumentasikan pengalaman yang
dilalui selepas pelaksanaan PBS.

Fokus utama tugasan adalah untuk menerangkan segala tindakan yang perlu diambil,
memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti serta membantu dalam penyediaan
penilaian dan laporan akhir. Setelah meneliti tugasan yang diberikan, fokus utama yang telah
dikenal pasti adalah tugasan yang diberikan oleh IPGM iaitu aktiviti refleksi, kolaborasi,
pemerhatian dan laporan yang perlu dilaksanakan dan disediakan selepas PBS iaitu selaras

8

dengan huraian tugasan yang terdapat dalam Garis Panduan Pengalaman Berasaskan
Sekolah. Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk :

a) Memahami tentang budaya dan persekitaran sekolah.
b) Menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah dan di dalam bilik darjah.
c) Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid.
d) Memahami pengurusan berkaitan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran.
e) Membina kemahiran interaksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
f) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal.
g) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

Tujuan pernyataan profesional adalah untuk merumuskan dan menganalisis maklumat
dan pelaksanaan pengurusan serta peraturan dan disiplin sekolah dalam melaksanakan
pelbagai aktiviti yang dilakukan secara terancang dan tersusun bagi mencapai kejayaan yang
telah dirancang. Oleh itu, fokus pelaksanaan aktiviti bagi melancarkan perjalanan program
PBS adalah dengan meletakkan objektif bagi memudahkan tujuan dan proses yang hendak
dijalankan. Kejayaan program PBS adalah dengan adanya sesi temu bual bersama dengan
pelbagai pihak serta mengutarakan pelbagai cadangan tindakan. Oleh itu, terdapat beberapa
objektif PBS iaitu :

1) Mengenal pasti maklumat yang berkaitan dengan pentadbir sekolah.
2) Melakukan pemerhatian secara menyeluruh di persekitaran sekolah.
3) Membina hubungan dan berinteraksi dengan kakitangan pengurusan, guru, murid dan

komuniti.
4) Menghasilkan laporan dan dokumentasi berdasarkan pengalaman dan tinjauan.

9

3.1 PERNYATAAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

3.1.1 SEBELUM PBS

Sebelum menjalankan kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar
telah menerima dan mendengar sedikit taklimat berkaitan dengan pelaksanaan PBS
melalui aplikasi Google Meet. Taklimat PBS ini tidak dapat diadakan secara
bersemuka disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan
pandemik Covid-19. Justeru, ini merupakan kali pertama kepada pelajar PDPP
semester 2 dalam menjalankan PBS. Selain itu, program ini bertujuan untuk
membolehkan pelajar memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya dan
persekitaran sekolah, menghayati kerjaya sebagai seorang guru, memperoleh
pengetahuan tentang pengurusan sekolah, mendapat pendedahan awal berkaitan
dengan pembelajaran murid serta memahami pengurusan dan strategi PdP.
Program ini juga dapat memberikan kefahaman kepada guru pelatih tentang alam
persekolahan dan juga memahami perspektif sebagai seorang guru. Menerusi
program ini, pelajar dapat membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru,
komuniti sekolah dan masyarakat. Pelajar juga dapat membina kemahiran inkuiri
penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal serta membolehkan
pelajar membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

Justeru, sebagai bakal guru, pelajar dapat belajar tentang cara pengurusan dan
pentadbiran sekolah disusun secara sistematik. Jadi, sudah tentu tugasan PBS ini
memerlukan pengumpulan maklumat serta bahan-bahan bukti yang boleh
dilampirkan dalam tugasan ini. Selain itu, PBS ini juga bertujuan untuk memberikan
pendedahan kepada bakal guru akan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Tambahan pula, pelajar akan mempunyai kefahaman tentang budaya
dan persekitaran persekolahan serta dapat menyesuaikan diri di sekolah sekaligus
dapat mewujudkan kemahiran interaksi dan mengeratkan hubungan silaturrahim di
antara pentadbir sekolah, guru-guru, warga sekolah dan juga murid-murid di
sekolah. Hal ini merupakan objektif PBS yang dilaksanakan kepada pelajar.

Oleh itu, program PBS telah dilaksanakan selama 2 minggu iaitu bermula dari
8 November 2021 sehingga 19 November 2021. Justeru, pelajar telah
melaksanakan tugasan PBS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khe Beng,

10

Shah Alam. Pengumpulan maklumat telah diperolehi oleh pelajar melalui
penggunaan instrumen pengumpulan data seperti pemerhatian, temu bual, senarai
semak dan soal selidik. Pelajar juga berharap agar dapat menyelesaikan tugasan
ini dengan baik dan dapat memahami pengurusan pentadbiran sekolah terutamanya
di waktu pandemik ini serta mengharapkan kerjasama dan bantuan daripada
pelbagai pihak di sekolah agar memudahkan pelajar untuk mengumpul maklumat
yang berkaitan dengan tugasan PBS ini.

3.1.2 SEMASA PBS

Semasa menjalankan kursus PBS, pelajar telah melaksanakan beberapa temu
bual dan perbincangan dengan beberapa orang pentadbir sekolah. Antaranya ialah
Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Petang untuk mendapatkan
bahan-bahan dan maklumat mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Pelajar juga telah menemu bual sebahagian daripada warga sekolah iaitu beberapa
orang guru dan juga murid untuk membuat laporan pemerhatian dan kajian kes.
Seterusnya, pelajar telah mencari dan mengumpulkan maklumat berkaitan dengan
sekolah di perpustakaan sekolah iaitu melalui buku pentadbiran sekolah dan
majalah sekolah. Oleh itu, pelajar telah memperoleh banyak maklumat berkaitan
dengan sejarah sekolah, carta organisasi sekolah serta visi dan misi sekolah. Antara
kesukaran dan keterbatasan semasa melaksanakan tugasan PBS ini adalah seperti
tugas dan kerja di sekolah yang banyak dan jadual waktu pengajaran guru yang
sangat padat serta masa yang terhad di sekolah.

Pelaksanaan tugasan PBS ini memerlukan susunan strategi yang teratur bagi
mendapatkan hasil yang maksimum. Justeru, pelajar telah mengambil masa selama
4 jam untuk meninjau kawasan sekolah bagi melihat persekitaran dan bangunan
sekolah. Pelajar juga telah mengambil peluang untuk menangkap gambar-gambar
seperti kemudahan atau prasarana sekolah, budaya sekolah, susun atur bilik darjah
dan perkara-perkara yang berkaitan dengan objektif PBS yang hendak dicapai.
Pelajar juga telah menemu bual beberapa orang kakitangan sekolah untuk
menanyakan tentang isu infrastruktur atau bangunan sekolah yang dilihat
mempunyai pelbagai masalah walaupun bangunan sekolah tersebut merupakan

11

bangunan baharu. Antara isu atau masalah tersebut adalah seperti kebocoran
bumbung di tingkat paling atas bangunan sekolah, sistem pengairan atau paip yang
tersumbat di tandas guru dan murid. Tambahan lagi, pelajar telah memfokuskan
mengenai beberapa maklumat yang penting dalam penelitian maklumat yang
berkaitan dengan sekolah iaitu dengan mengambil tahu jumlah murid dan guru di
SJKC Khe Beng serta memerhatikan cara pelaksanaan aktiviti kurikulum dan
kokurikulum di sekolah tersebut.

Bukan itu sahaja, pelajar juga telah meneruskan perjuangan untuk mencari
maklumat dengan cara berkolaborasi dengan guru-guru yang lain dan menemu bual
seramai mungkin guru-guru di sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat
mengenai sekolah dan dapatan-dapatan lain mengenai objektif tugasan yang perlu
disiapkan semasa menjalani kursus PBS. Seterusnya, pada hari-hari terakhir kursus
PBS, pelajar telah menyusun dan menyemak semula kesemua bahan serta
maklumat penting yang telah dikumpul bagi memastikan bahawa bahan dan
maklumat tersebut tidak tercicir dalam tugasan PBS ini. Oleh itu, pelajar telah
merujuk senarai semak yang telah diberikan oleh pihak IPGKBM untuk dijadikan
panduan dalam penyusunan maklumat yang telah dikumpul.

3.1.3 SELEPAS PBS (REFLEKSI)

Setelah melaksanakan PBS, pelajar telah mengumpulkan semua bahan-bahan
yang telah diperoleh melalui pelaksanaan PBS tersebut. Kesimpulannya, pelajar
telah belajar sesuatu yang baharu yang tidak pernah diketahui oleh pelajar langsung
selama ini. Pelajar juga mengetahui tentang cara atau prosedur yang perlu dilakukan
untuk memperoleh maklumat daripada pihak atasan serta dapat belajar berinteraksi
dengan guru-guru senior yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam
urusan pentadbiran sekolah. Selain itu, pelajar dapat belajar tentang cara yang betul
dan sesuai dalam mengemukakan soalan kepada pihak-pihak yang tertentu untuk
mendapatkan sebarang maklumat. Justeru, secara tidak langsung, pelajar dapat
belajar tentang teknik ataupun kaedah mengajar yang sesuai dan perlu digunakan
ketika menjalankan proses PdP di bilik darjah.

Di samping itu, pelajar dapat mendengar banyak nasihat dan kata-kata
semangat daripada guru-guru senior di sekolah tersebut berkaitan dengan cara

12

untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pelajar juga
dapat mengetahui beberapa kekuatan dan kelemahan pembelajaran secara
bersemuka. Hal ini demikian untuk mengetahui dan memastikan bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tercapai ataupun tidak. Oleh itu,
berdasarkan tugasan ini, sedikit sebanyak pelajar dapat mengetahui dan dapat
belajar mengenai susasana dan persekitaran sekolah yang sebenar malah dapat
memahami budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada
dalam mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
bermakna

3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Semasa menjalankan kursus PBS selama lebih kurang tempoh dua minggu, pelajar
telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan
kepada senarai semak tugasan yang telah disediakan. Melalui PBS ini, pelajar dapat
belajar dan dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pengurusan dan
persekitaran sekolah serta dapat membiasakan diri dengan keadaan dan persekitaran
komuniti di sekolah. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan
berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang tempoh PBS ini berlangsung. Oleh itu,
berikut merupakan tindakan yang telah dilakukan dan dilaksanakan oleh pelajar sepanjang
tempoh PBS di SJKC Khe Beng, Shah Alam.

BIL. TARIKH HARI AKTIVITI
1. 8 November 2021 Isnin  Bertemu dengan guru besar sekolah iaitu

Puan Chia Meow Eng untuk
memaklumkan tentang program PBS.
 Berbincang dan mengumpul maklumat
yang diperoleh daripada Buku Panduan
Pentadbiran Sekolah 2021 dan meninjau
kawasan sekolah bagi mendapatkan

13

2. 9 November 2021 Selasa maklumat yang ditugaskan dalam
pelaksanaan PBS.
3. 10 November 2021 Rabu  Perjumpaan bersama Penolong Kanan
4. 11 November 2021 Khamis Hal Ehwal Murid bagi membincangkan
5. 12 November 2021 Jumaat mengenai isu sekolah dan murid.
6. 15 November 2021 Isnin  Mengumpul maklumat-maklumat umum
mengenai sekolah :
1) Sejarah
2) Matlamat, Visi dan Misi Sekolah
3) Carta Organisasi
4) Bidang Tugas
5) Takwim Kurikulum dan Kokurikulum
6) Program
7) Kemudahan
 Menemu bual Penolong Kanan Kurikulum
iaitu Encik Tee Tiong Keat.
 Berbincang mengenai pengurusan
kurikulum dan isu yang berkaitan dengan
PDPR dan PdP secara bersemuka dalam
situasi pandemik Covid-19.
 Menemu bual Penolong Kanan
Kokurikulum iaitu Puan Ong Lay Hong.
 Berbincang mengenai pengurusan
kokurikulum dan isu yang berkaitan
dengan hala tuju kokurikulum dalam
situasi pandemik Covid-19.
 Membincangkan mengenai permasalahan
penggunaan Bahasa Melayu dalam
kalangan murid.
 Melawat persekitaran sekolah untuk
mengambil gambar.
 Sesi beramah mesra bersama salah
seorang wakil PIBG yang juga

14

7. 16 November 2021 Selasa merupakan guru di sekolah tersebut iaitu
8. 17 November 2021 Rabu Puan Teh Lay Kim.
9. 18 November 2021 Khamis  Mengemaskini laporan dan maklumat
10. 19 November 2021 Jumaat yang telah diperoleh bagi memudahkan
urusan untuk menyiapkan laporan
tugasan PBS.
 Menemu bual seorang guru Bahasa
Melayu iaitu Puan Tan Lay Yen mengenai
masalah pembelajaran murid dan tahap
penguasaan kemahiran dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan
murid di sekolah tersebut.
 Menemu bual salah seorang staf sekolah
yang merupakan Pembantu Tadbir N26
iaitu Puan Surayati Binti Mohd Sidek bagi
menanyakan pendapat dan pandangan
beliau mengenai perkara yang berkaitan
dengan pengurusan sekolah.
 Mengumpul maklumat mengenai hala tuju
dalam meningkatkan perubahan terhadap
proses PdP dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
 Mengemaskini laporan dan
melengkapkan setiap maklumat yang
diperlukan dalam tugasan PBS.
 Beramah mesra dengan beberapa orang
murid berkaitan dengan proses PdP yang
dilaksanakan secara bersemuka dan
tidak bersemuka (pembelajaran secara
dalam talian).
 Melengkapkan maklumat dan data-data
berkaitan dengan PBS.

15

 Mendapatkan tandatangan untuk
pengesahan kehadiran sepanjang PBS.

 Mengucapkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam membantu dan memberikan
kerjasama yang baik kepada pelajar
dalam melaksanakan tugasan PBS
sepanjang tempoh 2 minggu tersebut.

16

MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

1. ARAHAN : Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut :

Bil. Perkara Catatan / Data

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) KHE BENG,

1. Nama dan Alamat Sekolah PERSIARAN KEMUNING PRIMA, SEKSYEN 32, 40460

SHAH ALAM, SELANGOR

2. No. Telefon Sekolah 018-2802318

3. Alamat e-mel / Web [email protected]/sjkckhebeng.edu.my
Sekolah

4. Lokasi (Bandar / Luar BANDAR
Bandar)

5. Nama Pengurus Sekolah PUAN CHIA MEOW ENG

6. Nama PK Pentadbiran ENCIK TEE TIONG KEAT

7. Nama PK HEM ENCIK NG HUI CHEN

8. Nama PK Kokurikulum PUAN ONG LAY HONG

9. Nama Penyelia Petang PUAN LIEW MEE CHOON

10. Nama YDP PIBG ENCIK YEOH SIANG CHUAN

11. Gred/Tahap Sekolah GRED A

12. Bilangan Guru Lelaki : 7

Perempuan : 66

13. Bilangan Guru Mengikut Siswazah : 61
Kelayakan Akademik
Bukan Siswazah : 12
14. Bilangan Kelas 45

15. Purata Saiz Kelas 40 orang Melayu Cina India Lain-
16. Jumlah Murid lain
Lelaki
1 759 Perempuan 49 773 53 25

48 752 41 18

17. Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini
Terdapat penggunaan papan putih digital di setiap kelas dan sekolah sentiasa mendapat
sokongan kewangan daripada PIBG.

17

18

4.0 KURIKULUM
4.1 CARTA ORGANISASI

19

20

21

22

23

24

4.2 BIDANG TUGAS PANITIA
25

26

27

28

4.3 TAKWIM KURIKULUM
29

30

4.4 PROGRAM
31

32

5.0 KOKURIKULUM
5.1 CARTA ORGANISASI

33

5.2 BIDANG TUGAS
34

5.3 TAKWIM KOKURIKULUM
35

36

37

5.4 PROGRAM
38

39

40

41

42

43

6.0 PRASARANA SEKOLAH
6.1 PERSEKITARAN SEKOLAH

PINTU PAGAR HADAPAN SEKOLAH

BANGUNAN HADAPAN SEKOLAH
44

BANGUNAN KELAS

PEJABAT SEKOLAH
45

TAPAK PERHIMPUNAN / ASTAKA SEKOLAH

DEWAN SEKOLAH
46

PADANG SEKOLAH

DIGITAL BOARD DALAM SETIAP KELAS
47

BILIK DARJAH / KELAS
48

7.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

Instrumen pengumpulan data yang telah digunakan oleh pelajar untuk mengumpulkan
maklumat dan data yang berkaitan dengan tugasan PBS sepanjang tempoh kehadiran ke
sekolah tersebut adalah seperti menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual. Kedua-
dua instrumen tersebut telah banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran bagi
mengumpulkan maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan PBS. Berdasarkan
kepada interaksi dan kolaborasi yang telah dilakukan bersama-sama dengan pihak sekolah,
pelajar dapat menggunakan instrumen pengumpulan data tersebut dengan lebih berkesan.

7.1 PEMERHATIAN

Sepanjang pelaksanaan tugasan PBS, pelajar telah menggunakan kaedah
pemerhatian bagi mengumpul dan mendapatkan beberapa maklumat mengenai sekolah
tersebut. Justeru, berdasarkan kepada hasil tinjauan, pelajar telah mengambil gambar-
gambar di kawasan sekolah seperti pintu pagar hadapan sekolah, bangunan hadapan
sekolah, bangunan kelas, pejabat, tapak perhimpunan atau astaka sekolah, dewan
sekolah, padang sekolah, digital board dalam setiap kelas, bilik darjah ataupun kelas dan
kawasan di sekitar sekolah yang berkaitan dengan instrumen bagi melengkapkan tugasan
PBS. Selain itu, terdapat juga keterbatasan oleh pelajar dalam membuat pemerhatian
secara menyeluruh di kawasan sekolah. Hal ini demikian kerana ia disebabkan oleh jadual
pengajaran pelajar yang sangat padat dan masa yang agak terhad di sekolah.

Bukan itu sahaja, dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah
tersebut, pelajar telah melihat bahawa guru-guru di sekolah tersebut telah melaksanakan
proses PdP dengan sangat baik dan sangat berdedikasi serta mematuhi semua SOP yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah berikutan daripada pandemik Covid-19. Justeru, saya
telah melihat dengan sendiri di mana guru-guru di sekolah tersebut telah bertungkus-
lumus untuk membuat dan membina Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan juga Modul PdP
bagi setiap mata pelajaran yang diajar untuk diberikan kepada murid-murid sebagai
tugasan dan latihan pengukuhan mereka di rumah. Dari aspek penglibatan murid dalam
proses PdP pula, dapat dilihat bahawa murid-murid sangat aktif dan memberikan
kerjasama yang baik kepada proses pengajaran yang telah disampaikan oleh guru-guru
di dalam bilik darjah dan ia berada pada tahap yang sangat baik. Walaupun terdapat
beberapa halangan dan kekangan berikutan daripada pandemik Covid-19, namun dapat

49

dilihat bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik di
sekolah tersebut. Oleh itu, berdasarkan kepada hasil tinjauan dan pemerhatian, pelajar
mendapati bahawa SJKC Khe Beng mampu memenuhi keperluan pembelajaran murid
dan seterusnya dapat menyokong perkembangan murid secara menyeluruh.

7.2 TEMU BUAL
Pelajar juga telah menggunakan kaedah temu bual bagi mengumpul dan

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan sekolah, kurikulum dan
kokurikulum untuk memenuhi kehendak tugasan PBS. Justeru, berdasarkan temu bual
yang telah dijalankan oleh pelajar dengan beberapa orang responden seperti pentadbir
sekolah, guru bidang bahasa, kakitangan sekolah dan murid, pelajar telah
mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan isu-isu yang telah dihadapi oleh
pihak sekolah pada masa sekarang, hala tuju dan juga cabaran kepada pihak sekolah
dalam menghadapi situasi yang mencabar. Antara isu ataupun perkara yang telah
dibualkan adalah berkaitan dengan sesi persekolahan dalam situasi pandemik Covid-19.
Oleh itu, kerjasama yang telah diberikan oleh responden adalah sangat baik dan mereka
telah memberikan jawapan yang sangat memuaskan.

Justeru, sebelum pelajar memulakan sesi teu bual dan interaksi bersama-sama
dengan warga sekolah, pelajar telah menyediakan soalan-soalan seperti di bawah :

1) Nama
2) Pengalaman
3) Tahun mula berkhidmat
4) Usaha yang ingin dilakukan bagi memajukan sekolah dari pelbagai bidang
5) Cabaran untuk berhadapan dengan pelbagai gelagat dan kerenah murid
6) Pandangan tentang situasi sekolah pada masa sekarang
7) Cabaran pembelajaran semasa PdPR

50


Click to View FlipBook Version