8.0 KOLABORATIF
Kolaboratif telah dijalankan oleh pelajar iaitu melalui perbincangan bagi mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan tugasan PBS. Pelajar berpendapat bahawa kolaboratif
adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh seseorang di samping
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan
keyakinan diri ketika berinteraksi. Kolaboratif juga dilihat dapat mewujudkan interaksi yang
positif di antara dua orang atau lebih. Oleh itu, bagi tujuan kolaboratif, pelajar telah
mencatatkan rekod kolaboratif yang mengandungi semua maklumat dan hasil perbincangan
ke dalam borang kolaboratif yang telah disediakan beserta dengan tandatangan pengesahan
sepanjang tempoh pemerolehan maklumat di SJKC Khe Beng. Antara lampiran hasil
perbincangan tersebut adalah seperti berikut :
8.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah
8.2 Perbincangan dengan guru-guru lain
8.3 Perbincangan dengan warga sekolah
8.4 Perbincangan dengan wakil komuniti
8.5 Interaksi dengan murid
51
8.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUS SEKOLAH
PENOLONG KANAN KURIKULUM
52
8.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN
GURU BIDANG BAHASA MELAYU
53
8.3 PERBINCANGAN DENGAN WARGA SEKOLAH
PEMBANTU TADBIR N26
54
8.4 PERBINCANGAN DENGAN WAKIL KOMUNITI
WAKIL PIBG
55
8.5 INTERAKSI DENGAN MURID
56
9.0 LAPORAN PEMERHATIAN
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang
suasana dan juga budaya di sekolah tersebut. Saya juga telah mendapati bahawa setiap
sekolah telah ditekankan dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) dan ia telah mendorong pihak sekolah supaya dapat menjalankan tugas dengan
lebih komited dan efisien. Pada masa yang sama juga, saya dapat membandingkan
bahawa pengurusan yang lebih sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih
besar berbanding pengurusan yang lemah atau pasif.
Secara keseluruhannya, dari segi disiplin pula saya berasa amat berpuas hati
dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SJKC Khe Beng yang telah
dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu. Murid-murid di sekolah tersebut telah
menunjukkan kerjasama dan sikap yang hormat yang tinggi kepada guru-guru. Hal ini
demikian kerana perkara tersebut amat ditekankan oleh pihak sekolah.
Sebagai contoh, murid bukan sahaja mengucapkan selamat kepada guru ketika
melintas di hadapan guru, malah mereka dilihat telah meletakkan tangan di dada. Hal ini
adalah disebabkan oleh langkah berjaga-jaga dan penjarakan sosial yang telah
diwajibkan kepada semua murid dan warga sekolah akibat daripada pandemic Covid-19.
Malah, terdapat sesetengah murid yang menukar cara menyantuni guru dengan
meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat mereka kepada guru.
57
REFLEKSI
Refleksi sepanjang tempoh menjalani kursus PBS di SJKC Khe Beng adalah
membolehkan pelajar-pelajar dibimbing untuk menaakul dan memilih strategi pelaksanaan
tugasan serta seterusnya dapat membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi juga membolehkan
pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan mereka secara lebih efektif.
Justeru, melalui refleksi, saya dapat mengesan tahap keberkesanan pelaksanaan bagi setiap
tugasan yang telah saya laksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan refleksi ini sebagai
asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan saya secara berterusan. Di
samping itu, saya juga mampu memperkembangkan keupayaan saya untuk melahirkan dan
meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugasan yang saya jalankan. Oleh itu, secara
tidak langsung, refleksi juga dapat meningkatkan kualiti seorang guru yang mempunyai ilmu
profesional keguruan yang tinggi.
58