The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aslinaahmad400, 2021-08-05 01:01:48

Bab 7 ASPEK PERUNDANGAN

Bab 7 ASPEK PERUNDANGAN

2.1
Undang-undang Kontrak

Maksud Kontrak

Akta Kontrak 1950 Seksyen 2(h)

Suatu perjanjijan yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-
undang adalah satu kontrak.

Elemen-elemen Kontrak

1. Tawaran
Seksyen 2(a) Akta Kontrak 1950, tawaran ditakrifkan

Satu akujanji oleh suatu pihak terhadap pihak yang lain
bahawa ia akan melakukan sesuatu atau menahan diri
daripada melakukan sesuatu jika pihak lain itu bersedia
menerima segala syarat yang ditetapkan oleh pembuat tawaran

Syarat membuat tawaran (ELEMEN TAWARAN)
1. Tawaran mestilah jelas, lengkap dan muktamad(FAKTA) iaitu

perkara yang berkaitan barang, tujuan, nilai dan tempoh masa.
2. Tawaran mestilah dibuat kepada pihak tertentu (FAKTA) iaitu

kepada individu tertentu atau sekumpulan orang.
3. Tawaran perlu dibezakan dengan pelawaan tawaran
4. Tawaran mestilah dikomunikasikan

Pelawaan Tawaran

Satu penyataan bahawa seseorang ingin
membuat perundingan tetapi tidak mahu
terikat dengan syarat atau terma kontrak
dalam perundingan tersebut.

1. Pameran barang di kedai layan diri

2. Lelongan

3. Edaran dan pengiklanan

4. Jualan melalui katalog

Penamatan Tawaran/Cadangan (Seksyen 6)

Sebab-sebabnya:
1. Pembuat tawaran membatalkan tawaran.
2. Penolakan tawaran oleh penerima tawaran.
3. Luputnya waktu atau tarikh.
4. Kematian atau ketidaksiuman pembuat

tawaran.

2. Penerimaan

Menurut Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950

Penerimaan berlaku apabila orang kepada
sesiapa cadangan itu dibuat menyatakan
persetujuan dengan cadangan itu, maka
bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu
diterima.

)Elemen penerimaan (PENTING

1. Jelas, lengkap dan tidak bersyarat [Seksyen 7(a) ]
- Penerimaan haruslah menepati syarat atau terma oleh pembuat tawaran.

2. Dibuat secara biasa dan munasabah. [Seksyen 7(b)]
- dibuat dengan cara yang munasabah.
- tetapi jika pembuat tawaran telah menyatakan cara penerimaan yang
dikehendaki, maka penerima tawaran berkewajipan menunaikan cara
tersebut.

3. Penerimaan mestilah dikomunikasikan. [Seksyen 4]
- penerima tawaran mestilah memberitahu kepada pembuat tawaran sama
ada menerima atau sebaliknya. (tidak boleh sekadar mendiamkan diri)

4. Penerimaan dibuat dalam jangka masa yang munasabah
-Sesuatu kontrak tidak akan terbuka selama-lamanya, mestilah dibuat dalam
tempoh yang ditetapkan.

5. Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan
menerimanya. [Seksyen 4]

Pengecualian terhadap PENERIMAAN LENGKAP

1. Penerimaan dengan penunaian syarat (Seksyen 8)
- Melibatkan kontrak unilateral iaitu tawaran yang ditujukan
kepada orang ramai.
- Penerimaan lengkap sebaik sahaja penerima tawaran
melaksanakan syarat-syarat tawaran tersebut.

2. Kaedah pos terpakai [Seksyen 4(2)(a)]
- Penerimaan lengkap sebaik sahaja penerima mengepos surat
penerimaan tersebut.

3. Jualan Lelong
- Penerimaan lengkap sebaik sahaja pelelong menjatuhkan
tukul kayu.

3. Balasan

Menurut Seksyen 2(d), Akta Kontrak 1950.

“Menurut kehendak pembuat janji, apabila menerima
janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau
menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat
atau menahan diri dari membuat sesuatu maka
perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah
disebut balasan untuk janji itu.”

Elemen penting BALASAN

1. Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik.
- Kedua-dua pihak berkontrak mesti mempunyai
balasan masing-masing terhadap kontrak yang
dijalankan.

2. Balasan tidak semestinya berpadanan.
- Balasan yang diberikan oleh penerima tawaran
tidak semestinya berharga dan mempunyai nilai
yang berpadanan dengan sesuatu yang diberikan
oleh pembuat tawaran atas dasar persetujuan
bersama.

Elemen BALASAN

3. Balasan semestinya sah di sisi undang-undang.
- Sesuatu balasan mestilah sesuatu yang tidak
bertentangan dengan undang-undang.

4. Balasan tidak semestinya datang daripada penerima
janji.
- Sesiapa sahaja boleh menerima balasan walaupun ia
bukan pihak yang terlibat untuk kontrak tersebut.

5. Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
- Balasan lampau adalah janji yang dibuat untuk membalas
sesuatu perbuatan yang telahpun dilakukan terdahulu.

4. Niat

- Perjanjian antara dua pihak menjadi kontrak yang sah
yang bertujuan untuk mengikat di sisi undang-
undang.

- Perjanjian domestik atau kekeluargaan tidak
mempunyai niat untuk mengikat di sisi undang-
undang.

- Perjanjian komersial atau perdagangan mempunyai
niat yang mengikat di sisi undang-undang.

5. Ketentuan

Merujuk kepada terma atau syarat kontrak untuk
menjadikan kontrak sah di sisi undang-undang.

Terma dan syarat mestilah jelas, nyata, terang dan tentu
kepada sesiapa ianya ditujukan.

Faktor-faktor ketidaktentuan ialah:
1.Bahasa yang kabur dan samar-samar – makna perjanjian

tidak boleh ditentukan
2. Perjanjian gagal mencapai persetujuan terhadap perkara

pokok atau syarat utama perjanjian.

6. Keupayaan

1. Dewasa
Pengecualian seseorang yang berusia bawah 18 tahun boleh memasuki
kontrak berikut:

(i) Kontrak keperluan hidup
- Orang yang membekalkan barangan keperluan kepada kanak-kanak
untuk mendapat bayaran dari harta kanak-kanak tersebut.

(ii) Kontrak biasiswa
- Kanak-kanak berhak menandatangi perjanjian biasiswa walaupun belum
mencapai usia 18 tahun dan perjanjian ini adalah sah serta mengikat di sisi
undang-undang.

(iii) Kontrak insurans
- Seorang kanak-kanak berusia lebih 10tahun hingga 16 tahun berhak
memasuki kontrak insurans dengan syarat mendapat kebenaran bertulis
dari ibu bapanya atau penjaga.

2. Berakal sempurna [Seksyen 11(1), (2), (3)]

 Bermaksud seseorang yang berkontrak hendaklah
berfikiran waras serta dapat memahami terma dan
syarat kontrak dan berkeupayaan memahami kontrak
yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat
pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas
kepentingannya.

3. Tidak hilang kelayakan

 Seseorang mestilah tiada halangan atau tiada mana-
mana undang-undang yang melarangnya atau tiada
tertakluk mana-mana undang-undang ke atasnya
untuk berkontrak.

Tugasan 25/5/2021 (Selasa)
Uji Minda 1 : Jelaskan elemen keupayaan yeng berkaitan

dengan situasi berikut. Nyatakan alasan anda.

1. Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman
penjara ingin memasuki kontrak sewa beli kereta.

2. Encik Richard begitu mabuk hingga ia tidak dapat
memahami syarat-syarat suatu kontrak dan tidak
dapat membuat pertimbangan yang rasional.

3. Seorang kanak-kanak berusia 16 tahun ingim
memasuki kontrak insurans.

4. Faizal sorang pelajar berusia 15 tahun
menandatangani perjanjian biasiswa walaupun
belum mencapai 18 tahun.

Sampel jawapan Uji Minda 1:Elemen Kelayakan

Soalan:
Seorang banduan ingin memasuki kontrak sewa beli rumah, tapi beliau
sedang menjalani hukuman penjara di atas kesalahan yang dilakukan
olehnya.

Jawapan:
1. Tidak hilang kelayakan (Fakta)

- Seseorang yang ingin memasuki kontrak haruslah memastikan
tidak ada mana-mana yang menghalangnya untuk berkontrak. (H)

- Dalam kes di atas, syarat kelayakan untuk berkontrak tidak dapat
dipenuhi kerana banduan tersebut sedang menjalani hukuman
penjara dan hal ini menyebabkan beliau telah hilang kelayakan
untuk memasuki kontrak sewa beli rumah. (C)

Tugasan 25/5/2021 (Selasa)
Uji Minda 1

1. Adrian Jong, Irenie
2. Adrian Kon, Cornilia,
3. Algelbertha, Colin
4. Angey, Chong Yong Haw, Jessie

UJI MINDA 2: Sesuaikan penyataan yang berikut dengan
elemen-elemen penting dalam balasan.

1. Rita bersetuju menjual sebidang tanah kepada Karim dengan harga RM30 000,
walaupun sebenarnya tanah itu mempunyai nilai pasaran RM40 00. Akan
tetapi, kedua-dua belah pihak bersetuju tanah tersebut dijual dengan harga
RM30 000 dan menjadikan balasan itu sah di sisi undang-undang.

2. Harun menawarkan RM5 000 kepada Malik jika Malik menculik seorang
jutawan bernama Datuk Rahmat. Walau bagaimanapun, perbuatan menculik
adalah sesuatu perbuatan yang tidak sah di sisi undang-undang dan
menyebabkan ia melanggar elemen penting balasan.

3. Sebuah hotel membuat perjanjian dengan seorang penyanyi profesional
untuk menyanyi di hotel berkenaan pada harga RM3 000 sebulan. Kedua-
dua pihak bersetuju dan telah menandatangani kontrak secara sah.

4. Bumbung di rumah Wani telah bocor. Yusri telah membantu Wani untuk
membaiki bumbung tersebut. Wani berjanji untuk membayar Yusri sebanyak
RM1 000 atas bantuan tersebut. Enam bulan kemudian, Wani berjumpa
dengan Yusri dan membuat pembayaran seperti yang telah dijanjikan.



UJI MINDA 2: Sesuaikan penyataan yang berikut dengan
elemen-elemen penting dalam balasan. (sambungan)

5. Razali membeli sebuah kereta bernilai RM20,000 daripada Kamil. Razali
membayar RM20,000 kepada Kamil, sementara Kamil menyerahkan kereta
kepada Razali.

6. Tayar kereta Azhar pancit di tengah jalan. Seorang pemuda bernama Ramli
secara kebetulan lalu di sana dan menghulurkan bantuan kepada Azhar untuk
menukarkan tayar yang pancit. Azhar meminta nombor telefon bimbit Ramli
supaya beliau boleh menghubunginya kemudian kerana beliau berjanji untuk
memberi ganjaran sebanyak RM100 kepada Ramli. Bebrapa minggu kemudian,
Azhar telah membayar Ramli seperti yang telah dijanjikan.

7. Adam membuat tawaran menjual kereta kepada Roy secara tunai dengan harga
RM30,000, walaupun nilai pasaran kereta sebenarnya RM50,000.

8. Kereta yang dijual oleh Raja adalah sah di sisi undang-undang kerana beliau
merupakan pemilik yang sah ke atas kereta tersebut, dan bukannya kereta curi.



Sampel jawapan Uji Minda 2:Elemen Balasan

Soalan:
Azman membeli sebuah kereta Mercedes baharu daripada Razak dengan
harga RM150,000, sedangkan nilai pasarannya adalah RM280,000.

Jawapan:
1. Sesuatu balasan itu tidak semestinya berpadanan (Fakta)

- Sesuatu balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak semes-
tinya mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang
dibuat oleh pembuat janji.. (H)
- Dalam kes di atas, kontrak ini adalah sah walaupun balasannya
tidak setimpal kerana harga kereta Mercedes yang dibeli oleh
Azman adalah lebih rendah berbanding dengan nilai pasarannya.
Oleh itu, kontrak ini adalah sah dan mengikat kedua-dua pihak
di sisi undang-undang.(C)

Tugasan 25/5/2021 (Selasa)
Uji Minda 2

1. Arisanto, Erica,
2. Audrey, Farah
3. Dayangku Fatin, Sharon
4. Martina, Marcko
5. Juan, Yong Jing Jing
6. Yong Shi How, Feni
7. Lina, Liahona
8. Phoebe, Vironica, Lai Kah Hui

UJI MINDA 3:
Jelaskan situasi di bawah yang berkaitan dengan kontrak itu sah

walaupun tiada balasan berdasarkan situasi berikut.

1. Seorang jutawan membuat kontrak dengan seorang model jelita
bahawa dia akan menghadiahkan sebuah banglo mewah sekiranya
wanita itu menyatakan persetujuannya untuk berkahwin dengannya.

2. Rosie menghadiahkan RM5 000 kepada Michael kerana telah
menyelamatkannya daripada terperangkap dalam bangunan yang
sedang terbakar pada suatu ketika dahulu.

3. Mahkamah memerintahkan seorang lelaki untuk membayar RM10 000
kepada isterinya sebagai tuntutan harta sepencarian sepanjang
perkahwinan mereka.

4.Vincent nelangsaikan hutang ayahnya yang telah meninggal dunia
sebanyak RM4 000 kepada bekas majikan ayahnya.

UJI MINDA 3: Nyatakan 4 situasi yang mana kontrak itu
sah walaupun tiada balasan berdasarkan situasi berikut.

5. Zamri berjanji memberikan kepada anak lelakinya, Malik sebanyak
RM2,000 dan Zamri telah menyatakan janjinya kepada Malik secara
bertulis da mendaftarkannya menurut undang-undang.

6. Aiman terjumpa dompet Dollah dan mengembalikan kepadanya.
Dollah berjanji untuk memberikan Aiman sebanyak RM50 kepada
Aiman.

7. Kalsom berhutang RM2,00 kepada Umairah, tetapi hutang itu
dihalang oleh had masa. Kalsom menandatangani satu janji bertulis
untuk membayar RM1,000 sebagai bayaran hutang ytersebut.

Sampel jawapan Uji Minda 3:
Kontrak sah walaupun tiada balasan

Soalan:
Seorang ayah menyatakan janji kepada anak perempuannya untuk memberikan
sebanyak RM10,000 dan dibuat secara bertulis serta didaftarkan menurut undang-
undang yang berkuatkuasa pada masa itu.

Jawapan:
1. Perjanjian dibuat atas dasar kasih sayang semula jadi antara pihak mempunyai

hubungan karib. (Fakta)
- Berdasarkan Seksyen 26(a) Akta Kontrak 1950, sesuatu perjanjian dibuat

tanpa balasan adalah batal kecuali ia dinyatakan secara bertulis dan
didaftarkan menurut undang-undang untuk pendataran dokumen, serta dibuat
berdasarkan kasih sayang semula jadi. (H)

- Dalam kes di atas, kontrak ini adalah sah walaupun tiada balasan kerana harga
perjanjian antara seorang ayah dengan anak perempuannya melibatkan
perjanjian atas dasar kasih sayang yang bertulis dan didaftarkan menurut
undang-undang. (C)

Tugasan 25/5/2021 (Selasa)
Uji Minda 3

1. Jwendelson, Yong Hui Jun
2. Martha, Rosbellina,
3. Chee Lee Chin, Monischa
4. Jee Xin Hui, Kenneth
5. Bong Yek Hin, Nur Farahin
6. Preeti, Then Suk Sing, Kenny
7. Egy, Shirly

Jawapan Uji Minda 1

1. Keupayaan – tidak hilang kelayakan
2. Keupayaan – berakal sempurna
3. Keupayaan – Dewasa (Kontrak insurans)
4. Keupayaan – Dewasa (Kontrak biasiswa)

Jawapan UJI MINDA 2

1. Balasan tidak semestinya berpadanan
2. Balasan semestinya sah di sisi undang-undang
3. Balasan mempunyai unsur timbal balik.
4. Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
5. Balasam mestilah mempunyai unsur timbal balik
6. Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
7. Sesuatu balasan tidak semestinya berpadanan
8. Balasan mestilah sesuatu yang sah di sisi undang-

undang

Jawapan UJI MINDA 3

1. Perjanjian atas dasar kasih sayang

- Antara pihak-pihak yang ada kaitan akrab antara
mereka.

PK: Perjanjian antara seorang jutawan dan model
jelita untuk menghadiahkannya sebuah banglo
sekiranya bersetuju berkahwin dengannya.

-sambungan-

2. Perjanjian untuk membayar pampasan secara
sukarela

- Satu janji untuk memampaskan, keseluruhan dan
sebahagiannya, kepada seseorang yang telah rela
melakukan sesuatu kepada si pembuat janji.

PK:

-sambungan-

3. Perjanjian untuk membayar pampasan atas perintah
mahkamah

- Satu janji dibuat dalam tulisan dan ditandatangani
oleh orang yang akan dituntut mengenainya, atau oleh
ejennya untuk membayar pampasan atas perintah
mahkamah.

PK:

- sambungan-

4. Perjanjian untuk membayar hutang lapuk
- Satu janji yang dibuat untuk membayar
keseluruhan atau sebahagiannya, suatu hutang
lapuk kepada si pemiutang.
PK:

5. Perjanjian atas dasar kasih sayang
6. Perjanjian untuk membayar pampasan secara sukarela
7. Perjanjian untuk membayar pampasan atas perintah

mahkamah

Syarat-syarat Kontrak

1. Kontrak Sah

Kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-
undang dan memenuhi elemen utama kontrak iaitu
tawaran atau cadangan, penerimaan, balasan, niat,
ketentuan dan keupayaan untuk berkontrak.

Syarat-syarat kontrak

2. Kontrak tidak sah (Kontrak Boleh Batal)

Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan undang-
undang dan tidak memenuhi elemen utama kontrak
iaitu tawaran, penerimaan, balasan, niat, ketentuan
dan keupayaan untuk berkontrak.

Beza antara Kontrak Sah, Kontrak Tidak Sah (Boleh batal) dan
Kotrak Batal

Dimensi Kontrak Sah Kontrak Tidak Sah Kontrak Batal
(Kontrak Boleh batal) (Void contract)

Maksud Kontrak boleh Kontrak yang tidak boleh Kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan dikuatkuasakan undang- dikuatkuasakan undang-undang
Elemen undang-undang. undang. serta tidak boleh diwujudkan.
Utama Satu perjanjian atau kontrak yang
Memenuhi elemen Tidak memenuhi elemen batal sejak awal.
Unsur-unsur utama kontrak iaitu utama kotrak iaitu ……….
negatif / tawaran, penerimaan, & terdapat unsur-unsur 1. Dilarang undang-undang
niat, balasan, negatif yang boleh 2. Bersifat mengecewakan
Sebab-sebab ketentuan dan membatalkan kontrak. 3. Frod atau penipuan
keupayaan untuk 4. Perjanjian yang
berkontrak. 1. Paksaan
2. Pengaruh tak mendatangkan bencana pada
Tiada diri dan harta otang lain
berpatutan 5. Perjanjian yang tidak
3. Salahnyataan bermoral dan bertentangan
4. Frod / Tipuan dengan kepentingan awam.
5. Khilaf

UJI MINDA 4:Penyataan berikut merujuk kepada sesuatu kontrak
batal menurut Akta Kontrak 1950. Nyatakan sebab berlakunya
keadaan demikian.

1. Perjanjian melibatkan proses pemindahan buah pinggang di pasaran
gelap, kontrak perjudian atau kontrak pembunuhan. (DILARANG
UNDANG-UNDANG kerana tujuan kontrak yang melanggar dan
bertentangan dengan undang-undang).

2. Kontrak antara seorang akauntan dengan Pengurus Akaun yang
menyarankan untuk memanipulasi rekod kewangan untuk
kepentingan peribadi. (PERJANJIAN MELIBATKAN FROD ATAU
PENIPUAN untuk menipu atau memperdayakan orang lain)

3. Kontrak yang dimasuki oleh Encik Lim dan Razak untuk membakar
rumah musuh perniagaan Encik Lim. (PERJANJIAN
MENDATANGKAN BENCANA PADA DIRI ATAU HARTA ORANG
LAIN)

4. Kontrak menjual anak, dan memperdagangkan wanita untuk tujuan
pelacuran. (PERJANJIAN YANG TIDAK BERMORAL DAN
BERTENTANGAN DENGAN KEPENTINGAN/MUSLIHAT AWAM)

JAWAPAN UJI MINDA 4

1. Perjanjian yang dilarang undang-undang.
2. Perjanjian yang melibatkan frod atau tipuan.
3. Perjanjian yang mendatangkan bencana terhadap

diri atau nyawa/harta orang lain
4. Perjanjian yang tidak bermoral dan bertentangan

dengan kepentingan awam

JAWAPAN UJI MINDA 4

5.
6.
7.
8.

4. Kontrak boleh batal
(Unsur-unsur negatif yang membatalkan kontrak)

1. Paksaan
- Sebarang bentuk kekerasan atau ancaman kepada
sesuatu pihak dalam kontrak, seperti perjanjian yang
dibuat atas dasar ugutan atau ancaman.

2. Pengaruh tak berpatutan
- Wujud apabila perhubungan pihak-pihak dalam
sesuatu kontrak itu tidak berasaskan kesamarataan
iaitu apabila sesuatu pihak menguasai pihak yang
satu lagi.

Kontrak boleh batal

3. Salahnyataan
- Merujuk kepada kenyataan yang tidak benar atau
mengelirukan yang mendorong seseorang untuk
memasuki kontrak.

4. Frod / tipuan
- Kontrak yang dibuat untuk tujuan memperdayakan
pihak lain dengan cara menyembunyikan fakta
penting, menyakinkan seseorang fakta yang tidak
benar.

Perbuatan yang disifatkan sebagai frod ialah;

1. Satu saranan mengenai suatu fakta yang tidak benar oleh
seseorang yang tidak mempercayai sebagai tidak benar,

2. Menyembunyikan fakta secara aktif sesuatu fakta oleh
seseorang yang mengetahui atau mempercayai
kebenaran fakta.

3. Membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji
tersebut.

4. Mana-mana perbuatan yang sesuai untuk tujuan
memperdaya.

5. Mana-mana perbuatan atau ketinggalan yang secara
khusus dinyatakan undang-undang sebagai tipu.

Kontrak boleh batal

5. Khilaf

(i) Khilaf mengenai fakta (apabila berlaku kesilapan
fakta dalam kontrak).Dengan ini, kontrak boleh
dibatalkan.

(ii) Khilaf mengenai undang-undang (tidak boleh
digunakan sebagai alasan untuk membatakan
kontrak.)

Perbincangan Kumpulan (6.4.18)
Soalan 5 (a) Jelaskan sebab kontrak tidak dapat
diwujudkan dalam setiap kes di bawah secara

berasingan.

(i) Encik Adam bermusuh dengan Encik

Joseph. Encik Adam telah membuat satu

perjanjian dengan anak-anak

perempuannya bagi melarang mereka

berkahwin dengan mana-mana anak lelaki

Encik Joseph.

(Kumpulan 1)

Jawapan 5(a)(i) En. Adam & En. Joseph

(i) Perjanjian menghalang perkahwinan
- Seksyen 27 Akta Kontrak 1950 menyatakan,
berdasarkan kepada prinsip am bahawa setiap orang
berkebebasab memilih untuk berkahwin.
PK: Encik Adam tidak boleh melarang anak-anak
perempuannya daripada berkahwin dengan mana-mana
anak lelaki Encik Joseph.

Oleh itu, perjanjian melarang anak-anak perempuannya
berkahwin dengan mana-mana anak lelaki Encik Joseph
adalah batal,

5(a) (ii) Ibu tiri Chong Meng

(ii) Ibu tiri Chong Meng telah memaksanya
untuk menandatangani satu perjanjian
bahawa dia bersetuju untuk tidak membuat
tuntutanterhadap harta peninggalan
mendiang ayahnya. Jika dia enggan berbuat
demikian, dia akan dihalau oleh ibu tirinya.

(Kumpulan 2)

Jawapan 5(a)(ii) Ibu tiri Chong Meng

(ii) Perjanjian melalui paksaan
- Paksaan merujuk kepada sebarang bentuk kekerasan atau
perbuatan lain yang dilarang terhadap diri satu pihak,
keluarga atau hartanya.
PK: Dalam kes ini, ibu tiri Chong Meng telah memaksanya
untuk melepaskan haknya terhadap harta peninggalan
mendiang ayahnya, dan sekiranya beliau enggan akur,
Chong Meng akan dihalau dari rumahnya.

Oleh itu, perjanjian yang dibuat oleh ibu tiri Chong Meng
boleh batal.

5(a)(iii) En.Yong & Syarikat Emas Sdn. Bhd.

(iii) Encik Yong memasuki satu kontrak
untuk menjual jentolaknya yang berada di
kawasan pembalakan di Sandakan kepada
Syarikat Emas Sdn. Bhd. Kedua-dua pihak
tidak mengetahui jentolak itu telah dicuri.

(Kumpulan 3)

Jawapan 5(a)(iii) En. Yong & Syarikat Emas Sdn. Bhd.

(iii) Khilaf mengenai fakta
- Kedua-dua pihak yang membuat perjanjian khilaf (silap)
tentang fakta penting / perkara pokok mengenai perjanjian
tersebut. Namun, jika kesilapan fakta berlaku di sebelah
pihak sahaja, maka kontrak tidak dianggap batal.
PK: Dalam kes ini, Encik Yong telah membuat perjanjian
dengan Syarikat Emas Sdn. Bhd. untuk menjual jentolak di
kawasan pembalakan di Sandakan tanpa mengetahui
bahawa jentolak itu telah dicuri.

Oleh itu, perjanjian antara Encik Yong dan Syarikat Emas
Sdn. Bhd. menjadi kontrak boleh batal.

5(a)(iv) Cik Munah & Encik Razak

(iv) Cik Munah membuat perjanjian dengan

Encik Razak untuk membeli

kondominiumnya pada harga RM350,000

atas desakan isteri Encik Razak yang

merupakan sepupu Cik Munah.

(Kumpulan 4)


Click to View FlipBook Version