The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aslinaahmad400, 2021-08-05 01:01:48

Bab 7 ASPEK PERUNDANGAN

Bab 7 ASPEK PERUNDANGAN

Jawapan 5(a)(iv) Cik Munah & En. Razak

(iv) Perjanjian melalui pengaruh tak berpatutan
- Pengaruh tak berpatutan wujud apabila satu pihak
menggunakan kedudukannya untuk memperoleh
kelebihan atau faedah yang tidak adil ke atas pihak lain.
PK: Dalam kes ini, isteri Encik Razak yang merupakan
sepupu Cik Munah telah menggunakan kedudukannya
untuk memperoleh kelebihan yang tidak adil ke atas Encik
Razak.

Oleh itu, perjanjian antara Cik Munah dan Encik Razak
merupakan kontrak boleh batal.

5(a)(v) Encik Amir & Syarikat Irfan Sdn. Bhd.

(v) Encik Amir membuat perjanjian dengan Syarikat
Irfan Sdn. Bhd. Untuk membeli 100 keping
permaidani pada harga RM12,000. Syarikat Irfan Sdn.
Bhd. memberi jaminan bahawa permaidani tersebut
merupakan buatan Iran dan memiliki kualiti Gred A.
Setelah konsainan itu diserahkan, Encik Amir
mendapati permaidani tersebut sebenarnya
merupakan buatan Kazakhtan dan memiliki kualiti
Gred B.

(Kumpulan 5)

Jawapan 5(a)(v) En. Amir & Syarikat Irfan Sdn. Bhd.

(v) Perjanjian melalui frod
- Frod atau tipuan berlaku apabila seseorang melakukan
apa-apa perbuatan dengan niat untuk memperdaya atau
mendorong pihak lain atau ejen mereka untuk memasuki
kontrak.
PK: Dalam kes ini, Syarikat Irfan Sdn. Bhd. telah melakukan
frod atau penipuan kerana bersungguh-sungguh untuk
menyembunyikan fakta sebenar daripada pengetahuan
Encik Amir dengan menjual permaidani gred B dari
Kazakhtan.

Oleh itu, kontrak antara Encik Amir dan Syarikat Irfan
Sdn. Bhd. boleh batal.

KONTRAK JUALAN

 Akta Jualan Barang-barang 1957
 MAKSUD KONTRAK JUALAN

Sesuatu kontrak wujud apabila penjual memindahkan atau
bersetuju memindahkan hak milik terhadap barang kepada

pembeli pada satu harga tertentu.

 KLASIFIKASI BARANG STPM 2018: Bah.A/S6

(Seksyen 6, Akta Jualan Barang-barang 1957)

1) Barang sedia ada – barang yang sudah dimiliki oleh penjual
semasa berkontrak. Cth; barang yang dipamerkan di rak kedai
runcit (barang yang sedia dimiliki)

2) Barang masa hadapan – barang yang diperoleh oleh penjual
selepas kontrak jualan dibuat. Cth, rumah yang ditempah
sebelum pembinaan oleh pemaju, atau kereta yang ditempah

KLON SOALAN STPM 2018

Bah. A/ Soalan 6

(a) Huraikan dua jenis barang mengikut takrifan Akta Jualan Barang-barang 1957

(termasuk pindaan). [4]

(b) Berikan satu contoh bagi setiap jenis barang tersebut.

[2]

Cadangan jawapan

6(a) Jenis barang mengikut takrifan Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan)
ialah;

(i) Barang sedia ada / Barang yang ada [F1] – 1M

- Barang yang sudah dimiliki ATAU disimpan oleh penjual semasa berkontrak.[H1] – 1M

(ii) Barang masa hadapan / depan [F2] = 1M

- Barang yang diperoleh ATAU dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan
diwujudkan. [H2] = 1M

(b) Contoh barang sedia ada ialah barangan keperluan yang dijual di kedai runcit. [1M]

Contoh barang masa hadapan ialah pembelian sebuah rumah yang sedang dalam
pembinaan.[1M]

Elemen yang perlu ada dalam
Kontrak Jualan

1) Wujud dua pihak - Penjual dan pembeli
2) Wujud barang – subjek utama yang dikontrakan
3) Wujud pemindahan hak milik – daripada penjual kepada

pembeli
4) Terdapat balasan dalam bentuk wang (nilai / harga) –

daripdaa satu pihak kepada pihak lain
5) Waranti
6) Keterangan
7) Bebas dari kesulitan
8) Mutu
9) Boleh guna

Terma dalam Kontrak Jualan
(Syarat dan Waranti)

Syarat
[Seksyen 12(2), Akta Jualan Barang-barang 1957]

- Stipulasi utama (perkara pokok / utama) dalam sesuatu kontrak

- Jika berlaku pelanggaran syarat dalam KJBB, pihak yang teraniaya boleh
menolak kontrak berkenaan & menuntut ganti rugi.

Terbahagi kepada dua jenis syarat:

Syarat tersurat Syarat tersirat

Syarat yang dinyatakan & Syarat yang tidak disebut dengan nyata atau tidak ditulis
ditulis secara jelas serta dalam perjanjian
mudah difahami oleh pihak
yang membuat kontrak. Kedua-dua pihak(penjual dan pembeli) sedia maklum bahawa
perkara tersirat tersebut WUJUD dalam perjanjian

Soalan Klon STPM 2018

Bahagian A/ Soalan 5

Huraikan perbezaan antara syarat tersurat dan syarat tersirat dari aspek maksud dan contoh

mengikut Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan). [4]

Perbezaan antara syarat tersurat dan syarat tersirat dari aspek maksud dan contoh mengikut
Akta Jualan Barang-barang 1957 ( termasuk pindaan) ialah:

Aspek Syarat tersurat Syarat tersirat

Maksud Syarat yang dinyatakan & ditulis Syarat yang tidak disebut dengan nyata atau
secara jelas serta mudah difahami tidak ditulis dalam perjanjian tetapi diandaikan
oleh pihak yang membuat kontrak. wujud dan diketahui oleh pihak-pihak yang
[1] berkontrak bahawa perkara tersebut memang
wujud dalam perjanjian. [1]

Contoh Kontrak pembelian kereta Kontrak jualan kereta mengenai syarat tersirat
mengandungi perkara tentang harga, mengenai hak milik, kualiti dan kelayakan. [1]
jenis kereta, dan kaedah
pembayaran. [1]

Syarat tersirat
[Seksyen 12(2) Akta Jualan Barang-barang 1957]

5 jenis syarat tersirat

Bil Syarat tersirat Seksyen Huraian

1 Mengenai hak milik 14(1)(a) Penjual mempunyai hak milik yang sah ke atas barangan yang
hendak dijual atau hendak dipindahkan kepada pembeli.

2 Mengenai jualan 15 Barangan mestilah bersamaan, berpadanan atau secocok –
melalui perihalan, dengan deskripsi / perihalan oleh penjual (Pembeli tidak
keterangan atau 16(1) berpeluang untuk melihat barang sebenar yang dijual & hanya
deskripsi bergantung kepada keterangan penjual)
17(1)
3 Mengenai kualiti 17(2) Barangan mestilah sesuai atau boleh memenuhi maksud yang
dan kelayakan dikehendaki pembeli.
11 Barangan mestilah mempunyai kualiti boleh dagang (tiada
4 Mengenai jualan kecacatan ketara & boleh dijual semula tanpa kemerosotan
melalui contoh atau harga)
sampel
Keseluruhan barang mestilah secocok dengan sampel (Kualiti
5 Masa pembayaran atau mutu mesti SAMA).
Pembeli diberi peluang untk membandigkan barang dengan
sampel sebelum buat penerimaan melalui pemeriksaan
munasabah.

Kedua-dua pihak bebas menentukan masa, sama ada masa itu
penting atau sebaliknya.

Soalan 8(a)
Setiap kes di bawah berkaitan dengan syarat tersirat dalam
kontrak pembelian barangan. Terangkan syarat yang telah
dilanggar dalam kes tersebut.

(i) Puan Zabibi telah membeli sebuku coklat
buatan Syarikat Nutchoc Sdn. Bhd.
Apabila Puan Zabibi membuka bungkusan
coklat itu, dia ternampak beberapa ekor
ulat di dalamnya.

Jawapan 8(a) (i) Pn. Zabibi & Sy. Nutchoc Sdn. Bhd.

Syarat yang telah dilanggar dalam situasi tersebut ialah;
(i) Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan.

- Seksyen 16 Akta Jualan Barang-barang 1957), barang-
barang yang hendak dijual mestilah mempunyai kualiti boleh
dagang di bawah sesuatu kontrak jualan yang mana pembeli
diberi peluang unttuk memeriksa barangan tersebut dan
sebarang kecacatan didapati semasa pemeriksaan boleh
didedahkan.
- Berdasarkan situasi di atas, coklat buatan Syarikat Nutchoc
Sdn. Bhd, telah melanggar syarat tersirat mengenai kualiti dan
kelayakan kerana tidak mempunyai kualiti boleh dagang.
- Oleh itu, Puan Zabibi berhak untuk membatalkan
kontrak dengan Syarikat Nutchoc Sdn. Bhd. dan
menuntut ganti rugi.

Soalan 8(a)

(ii) Encik Singh telah memesan komputer riba
berjenama Pro Com setelah melihat komputer
tersebut di sebuah pameran komputer. Apabila
komputer tersebut dihantar kepadanya, Encik
Singh mendapati komputer berkenaan berlainan
daripada komputer yang telah dilihatnya dalam
pameran komputer tempoh hari.

Jawapan 8(a)(ii) Encik Singh

Syarat tersirat yang telah dilanggar dalam situasi tersebut ialah,
(ii) Syarat tersirat jualan melalui contoh atau sampel [1]

- Berdasarkan Sksyen 17 (2), Akta Jualan Barang-barang 1957,
barangan mestilah secocok dengan sampel tentang mutu atau
kualiti yang mana pembeli berpeluang membandingkan
keseluruhan barang serta membuat pemeriksaan yang
munasabah ke atas barang tersebut. [1]
- Syarikat menjual komputer berjenama Pro Com telah
melanggar syarat tersirat mengenai jualan melalui contoh atau
sampel kerana komputer yang dihantar kepada Encik Singh tidak
secocok dengan komputer yang telah dilihatnya semasa
pameran.[1]
- Oleh itu, Encik Singh berhak menolak kontrak pembelian
komputer terbut dan perjanjian tersebut boleh dibatalkan dan
boleh menuntut ganti rugi.

Soalan 8(a)

(iii) Puan Nina telah memesan satu set alat penuras air
berharga RM1099 berpandukan katalog yang telah
ditunjukkan kepadanya oleh seorang ejen jualan
langsung. Apabila set alat penuras air tersebut
dihantar kepadanya, Puan Nina mendapati set yang
dibeli tidak secocok dengan set yang dilihatnya dalam
katalog.

Jawapan 8(a)(iii) Puan Nina

Syarat tersirat yang telah dilanggar dalam situasi tersebut ialah,
(iii) Syarat tersirat mengenai jualan melalui perihalan/ keterangan atau

deskripsi [1]
- Melalui Seksyen 15, Akta Jualan Barang-barang 1957 Barang mestilah
sama, berpadanan atau secocok dengan deskripsi yang diberikan oleh penjual,
justeru sekiranya pihak penjual gagal menyediakan barang secara tepat dengan
apa yang diperihalkan kepada pembeli, maka pembeli berhak menolak kontrak
tersebut. [1]

- Syarikat yang menjual set alat penuras air telah melanggar syarat tersirat
mengenai jualan melalui perihalan atau deskripsi yang mana Puan Nina tidak
berpeluang untuk melihat sampel alat tersebut dan hanya bergantung kepada
deskripsi yang terdapat dalam katalog sahaja. [1]

- Oleh itu, Puan Nina berhak menolak kontrak pembelian set alat
penuras air tersebut.

Soalan 8(a)

(iv) Encik Raju telah bersetuju untuk membeli kereta
kepunyaan Encik Ramli. Semasa proses urus niaga
sedang berjalan, Syarikat Kewangan Pertama telah
membantah urus niaga ini dengan alasan Encik Ramli
belum menyelesaikan bayaran ansuran terhadap
kereta tersebut.

Jawapan 8(a)(iv) Encik Raju

Syarat tersirat yang telah dilanggar dalam situasi tersebut ialah;
(iv) Syarat tersirat mengenai hak milik [1]

- Seksyen 14(a), Akta Jualan Barang-barang 1957 penjual mestilah
mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan yang hendak dijual.
[1]
- Encik Ramli telah melanggar syarat tersirat mengenai hak milik yang
mana beliau tidak berhak untuk menjual keretanya kerana tidak
mempunyai hak milik yang sah terhadap kereta tersebut. Hak milik
kereta tersebut masih dipegang oleh Syarikat Kewangan Pertama
kerana Encik Ramli belum menyelesaikan bayaran ansuran kereta
tersebut sepenuhnya. [1]
- Oleh itu, Encik Raju berhak menamatkan kontrak jualan kereta
dan menyerahkan kembali kereta itu kepada pemilik yang sah
iaitu Syarikat Kewangan Pertama dan berhak menuntut bayaran
balik kereta berkenaan daripada Encik Ramli.

Soalan Esei

8(b) Syahirah telah bersetuju untuk membeli sebuah mesin
jahit yang digunakan oleh Fatimah dengan harga RM1700
tanpa menyedari mesin jahit itu sebenarnya menjadi hak
milik ibu Fatimah. Setelah menyedari mesin jahitnya telah
dijual, ibu Fatimah menyatakan bahawa mesin jahit
tersebut bukan untuk dijual dan dia tiada niat untuk
menjualnya. Dia meminta Syahirah memulangkan mesin
jahit tersebut dan meminta anaknya, Fatimah
memulangkan wang yang dibayar oleh Syahirah. Syahirah
enggan berbuat demikian kerana mesin jahit yang
dimaksudkan telah dijual kepada Kencana dengan harga
RM2300.

Nasihatkan pihak-pihak yang terlibat. [10]

Jawapan Esei

8(b) Berdasarkan situasi yang dinyatakan dalam soalan, penyelesaian
terhadap kes tersebut ialah;

(i) Situasi antara Fatimah dan Syahirah
- Fatimah telah melanggar syarat tersirat mengenai hak milik,

berdasarkan Seksyen 14(a), Akta Jualan Barang-barang 1957. [1]
- Penjual mestilah mempunyai hak milik yang sah terhadap barang yang

dijual dan mempunyai hak semasa barang itu diserahkan kepada
pembeli yang menjadi syarat termaklum dalam kontrak jualan barang.
[1]
- Berdasarkan situasi di atas, Fatimah tidak mempunyai hak milik
sepenuhnya atas mesin jahit itu semasa proses jualan berlaku, maka
kontrak jualan antara Fatimah dan Syahirah adalah tidak sah dan
membolehkan Syahirah menamatkan kontrak. [1]
- Oleh itu, Fatimah perlu memulangkan wang kepada Syahirah [1], dan
Syahirah perlu mengembalikan mesin jahit tersebut kepada ibu
Fatimah. [1]

Jawapan Esei (sambungan)

(i) Situasi antara Syahirah dengan Kencana
- Syahirah telah melanggar syarat tersirat mengenai hak milik,

berdasarkan Seksyen 14(a), Akta Jualan Barang-barang 1957.
- Penjual mestilah mempunyai hak milik yang untuk menjual barang-

barang pada masa milikan itu berpindah kepada pembeli yang menjadi
syarat termaklum dalam kontrak jualan barang. [1]
- Berdasarkan situasi di atas, tindakan Syahirah menjual mesin jahit
tersebut kepada Kencana dalam keadaan Kencana tidak menyedari
bahawa mesin jahit itu bukan hak milik Syahirah yang sah, [1]
menyebabkan kontrak jual beli mesin jahit tersebut juga adalah tidak
sah. [1]
- Oleh itu, Syahirah perlu memulangkan wang sebanyak RM2300 yang
diterima daripada Kencana dan mendapatkan kembali mesin jahit
tersebut[1],
- Seterusya, Syahirah perlu memulangkan mesin jahit tersebut kepada
ibu Fatimah dan berhak mendapatkan semula wang sebanyak RM1700
daripada Fatimah.[1]

WARANTI

Maksud:
Jaminan ke atas sesuatu barangan

Kesan kalau berlaku pelanggaran waranti
Pihak yang tidak bersalah / teraniaya hanya diberi hak untuk
menuntut ganti rugi sahaja terhadap barang-barang, TETAPI

tidak boleh menolak kontrak jualan tersebut.

WARANTI

1) Waranti tersurat
- Dinyatakan secara jelas & bertulis
- Contoh:
- (a) Waranti atau jaminan ke atas barang
- (b) membaiki & menggantikan barang secara percuma

2) Waranti tersirat
(a) Mengenai barang boleh dinimati dengan aman ATAU milikan aman

ATAU bebas dari gangguan (jika berlaku pelanggaran waranti,
pembeli hanya boleh menuntut ganti rugi & tidak boleh menamatkan
kontrak)
(b) Mengenai barang bebas daripada gadaian atau bebanan daripada
pihak ketiga yang tidak diketahui oleh pembeli (jika berlaku
pelanggaran waranti ini, pembeli boleh menuntut ganti rugi)

Selesaikan pemasalahan di bawah sama ada syarat tersirat atau waranti tersirat. [20]

1. Peah telah membeli sebuah motosikal daripada Aida, teman serymahnya dengan
harga RM2000. Memandangkan Aida masih menyimpan kunci pendua motosikal
tersebut, beliau sering menggunakan motosikal trsebut sewaktu Peah tiada di
rumah dan menyebankan berlakunya beberapa kerosakan pada motosikal tersebut.
Perkara ini tidak disenangi oleh Peah dan beliau mendakwa beliau berhak
menggunakan motosikal terbut dengan amannya.

2. Juju menyatakan kepada Ah Seng bahawa beliau ingin membeli sebuah mesih
pengisar ketulan ais bagi menjalankan perniagaan air batu campur (ABC). Ah Seng
mencadangkan beliau untuk membeli sebuah mesin untuk tujuan berkenaan pada
harga RM5000. Namun, Juju mendapati mesin tersebut tidak dapat berfungsi
menghancurkan bahan menjadi lembut.

3. Carol memasuki perjanjian dengan Alia Kosmetik untuk membeli set andaman
pengantin. Carol membuat pembelian berdasarkan katalog yang diberikan oleh
Alia Kosmetik. Harga barangan kosmetik berjumlah RM1000 telah diserahkan
kepada Alia kosmetik. Namun, carol mendapati alat kosmetik tersebut tidak
secocok dengan set yang dilihatnya dalam katalog.

4. Puan Rohaya telah membeli sekeping coklat buatan Syarikat Koka Sdn. Bhd.
Apabila beliau membuka coklat tersebut didapati coklat berkenaan telah
ditumbuhi kulat.

5. Encik Raja bersetju untuk membeli rumah teres milik Encik Yusuf. Semasa urusan
jual beli berjalan, bekas isteri Encik Yusuf membantah urus niaga ini kerana
rumah tersebut dibeli atas kedua-dua nama mereka.

Selesaikan pemasalahan di bawah sama ada syarat tersirat atau waranti tersirat. [20]

1. Peah telah membeli sebuah motosikal daripada Aida, teman serymahnya
dengan harga RM2000. Memandangkan Aida masih menyimpan kunci
pendua motosikal tersebut, beliau sering menggunakan motosikal trsebut
sewaktu Peah tiada di rumah dan menyebankan berlakunya beberapa
kerosakan pada motosikal tersebut. Perkara ini tidak disenangi oleh Peah dan
beliau mendakwa beliau berhak menggunakan motosikal terbut dengan
amannya.

Waranti tersirat berkenaan milikan aman atau bebas dari gangguan [1]
 Melalui Seksyen 14(1)(b), pembeli berhak memiliki barang yang dibelinya itu

dan menikmati dengan aman dan terpelihara daripada gangguan oleh pihak
lain yang mana pembeli berhak menggunakan barang secara aman tanpa
gangguan daripada penjual, ejen, wakil atau pihak ketiga. [1]
 Dalam kes ini, apabila selesai proses jual beli motosikal antara Pean dan Aida,
maka Peah berhak menikmati motosikal tersebut dengan aman. [1]
 Oleh itu, Aida telah melanggar waranti tersirat kerana beliau sering
menggunakan motosikal tersebut sehingga menyebabkan kerosakan pada
motosikal yang dijualnya kepada Peah serta membayar ganti rugi ke atas
kerosakan tersebut[1]

Selesaikan pemasalahan di bawah sama ada syarat tersirat atau waranti tersirat. [20]

2. Juju menyatakan kepada Ah Seng bahawa beliau ingin membeli sebuah mesih
pengisar ketulan ais bagi menjalankan perniagaan air batu campur (ABC). Ah
Seng mencadangkan beliau untuk membeli sebuah mesin untuk tujuan
berkenaan pada harga RM5000. Namun, Juju mendapati mesin tersebut tidak
dapat berfungsi menghancurkan bahan menjadi lembut.

Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan [1]
 Melalui seksyen 16(1) , jualan hendaklah sesuai atau boleh memenuhi maksud

yang dikehendaki oleh pembeli yana mana seorang pembeli secara nyata atau
tersirat telah melahirkan maksud tertentu kepada penjual bahawa barang itu
henaklah sesuai atau memenuhi maksud pembeli. [1]
 Dalam kes ini, Juju telah menyatakan secara nyata memberitahu kepada Ah
Seng bahawa dia ingin membeli sebuah mesin pengisar ketulan ais, maka ini
bermakna Juju bergantung kepada kemahiran dan pertimbangan penjual, serta
barang tersebut adalah jenis yang biasa dibekalkan penjual dan secara
munasabahnya layak untuk maksud tersebut. [1]
 Oleh itu, dalam kes ini berlaku pelanggaran syarat tersirat mengenai kualiti
dan kelayakan kerana mesin pengisar ketulan ais tidak mempunyai kualiti
boleh dagang , maka Juju berhak menolak kontrak tersebut dan menuntut
ganti rugi. [1]

Selesaikan pemasalahan di bawah sama ada syarat tersirat atau waranti tersirat. [20]

3. Carol memasuki perjanjian dengan Alia Kosmetik untuk membeli set andaman
pengantin. Carol membuat pembelian berdasarkan katalog yang diberikan oleh
Alia Kosmetik. Harga barangan kosmetik berjumlah RM1000 telah diserahkan
kepada Alia kosmetik. Namun, carol mendapati alat kosmetik tersebut tidak
secocok dengan set yang dilihatnya dalam katalog.

Syarat tersirat mengenai jualan melalui perihalan atau deskripsi [1]
 Melalui seksyen 15, pembeli haruslah memastikan barang itu hendaklah

bersamaan atau secocok dengan perihalan atau deskripsi yang disampaikan
oleh penjual kerana pembeli tidak berpeluang melihat barang jualan sebenar
tetapi sekadar bergantung pada perihal yang diberikan oleh penjual. [1]
 Dalam kes ini, set andaman pengantin yang diserahkan kepada Carol mestilah
secocok dengan perihalan yang dinayatakan dalam katalog yang diberikan oleh
Alia Kosmetik[1].
 Oleh sebab itu Alia Kosmetik telah melanggar syarat tersirat mengenai jualan
melalui perihalan atau deskripsi, dan Carol boleh menuntut ganti rugi
daripada Alia Kosmetik. [1]

Selesaikan pemasalahan di bawah sama ada syarat tersirat atau waranti tersirat. [20]

4. Puan Rohaya telah membeli sekeping coklat buatan Syarikat Koka Sdn. Bhd.
Apabila beliau membuka coklat tersebut didapati coklat berkenaan telah
ditumbuhi kulat.

Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan [1]
 Berdasarkan Seksyen 16, Akta Jualan Barang-barang 1957, Jualan hendaklah

dibuat dengan memastikan barang itu hendaklah mempunyai kualiti mutu
dagang yang mana barang itu terpelihara daripada segala kecacatan ketara
melalui pemeriksaan biasa dan munasabah. [1]
 Coklat buatan Syarikat Koka Sdn. Bhd. telah melanggar syarat tersirat
mengenai kualiti dan kelayakan kerana produk coklat yang dikeluarkan oleh
penjual tidak mempunyai kualiti dagangan kerana coklat tersebut ditumbuhi
kulat, maka coklat tersebut sepatutnya tidak sesuai untuk dijual dalam
pasaran.[1]
 Puan Rohaya berhak menamatkan kontrak tersebut dan mengembalikan
coklat serta mendapat ganti rugi daripada Syarikat Koka Sdn. Bhd. [1]

Selesaikan pemasalahan di bawah sama ada syarat tersirat atau waranti tersirat. [20]

5. Encik Raja bersetju untuk membeli rumah teres milik Encik Yusuf. Semasa
urusan jual beli berjalan, bekas isteri Encik Yusuf membantah urus niaga ini
kerana rumah tersebut dibeli atas kedua-dua nama mereka.

Syarat tersirat mengenai hak milik [1]
 Melalui seksyen 14(1)(a), penjual berhak menjual barang yang disenaraikan

dalam kontrak dan penjual akan mempunyai hak milik yang sah pada masa
barang itu dijual dan dipindahkan kepada pembeli. [1]
 Encik Yusuf telah melanggar syarat di atas kerana beliau tidak berhak untuk
menjual rumah tersebut kepada Encik Raja kerana beliau bukan pemilik
tunggal rumah tersebut, dan bekas isteri Encik Yusuf juga adalah pemilik
bersama. [1]
 Oleh itu, kontrak jual beli rumah ini tidak boleh diteruskan kerana Encik
Yusuf belum mendapatkan persetujuan daripada bekas isterinya dan Encik
Raja berhak menamatkan kontrak tersebut. [1]

POP KUIZ

SITUASI 1

Peniaga A mengikat janji untuk membayar
RM50,000 kepada Peniaga B. Namun,
peniaga B tidak memberi apa-apa kepada
Peniaga A.

Bincangkan.

POP KUIZ

SITUASI 2

Sebelum Encik Wong meninggal dunia, dia
telah menyatakan niatnya untuk
menyerahkan sebidang tanah di mukim
Damansara kepada kawan baiknya, Encik
Robert. Isteri Encik Wong, Puan Sally
membuat bantahan di mahkamah.

POP KUIZ

SITUASI 3

Seorang bapa berjanji kepada anaknya untuk
membelikan sebuah telefon pintar jenama
Samsung sekiranya lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan STPM dengan prinsipal 4A. Walau
bagaimanapun, bapanya belum mengotakan
janjinya walaupun anaknya telah berjaya
mendapat keputusan cemerlang.

POP KUIZ

SITUASI 4

Encik Dominic telah membeli sebuah televisyen 40
inci daripada Syarikat Peralatan Elektrik Jimat secara
sewa beli. Perjanjian sewa beli ini telah ditandatngani
oleh kedua-dua pihak. Jika Encik Dominic gagal
membayar ansuran selama 2 bulan berturut-turut,
Syarikat Peralatan Elektrik Jimat berhak menarik
balik televisyen tersebut.

Bincangkan.

POP KUIZ

SITUASI 5

Amran bersetuju untuk mebeli kereta Proton Waja
kepunyaan Budiman pada harga RM55,000.
Amran menyatakan bahawa dia bersetuju untuk
membeli kereta tersebut dengan harga yang telah
dipersetuju.

Bincangkan.

POP KUIZ

SITUASI 6

Sebuah ladang buah-buahan telah memasuki
kontrak dengan sebuah pasar raya untuk
membekalkan 200 bakul buah-buahan kepada
pasar raya tersebut. Kontrak tersebut tidak
menyatakan buah-buahan yang akan dibekalkan
dengan jelas.

Bincangkan.

POP KUIZ

SITUASI 7

Puan Rani dan Encik Adam telah bersetuju untuk
menjual sebidang tanah kepada Encik Adam pada
harga RM30,000 walaupun sebenarnya tanah itu
mempunyai nilai pasaran RM40,000. Dalam kes ini,
harga RM30, 000 itu tidak sama nilai dengan nilai
sebenar tanah itu. Namun, kedua-dua pihak telah
bersetuju dan kontrak telag dimeterai.

Bincangkan.

POP KUIZ

SITUASI 8

Encik X menawarkan RM5000 kepada Encik Y
untuk meracuni kolam ikan kepunyaan Pak
Karim. Encik Y menyatakan persetujuannya secara
bertulis kepada Encik X.

Bincangkan.

POP KUIZ

SITUASI 9

Tangki air di rumah Y telah bocor. X membantu Y
untuk membaiki tangki air tersbut. Y berjanji akan
membayar RM100 kepada X atas bantuan yang
telah dihulurkan.

Bincangkan.

POP KUIZ

SITUASI 10

Keluarga Chan yang membuat perjanjian
dengan keluarga Lim untuk menghalang
keluarga Tan dengan menjalankan
perniagaan mengimport ubat-ubatan
tradisional Cina.

POP KUIZ

SITUASI 11

Sebuah kilang minuman air mineral menyatakan
pada label botol air minumannya bahawa sumber
air yang digunakan ialah air suling. Sebenarnya,
sumber air yang digunakan ialah air pili biasa
sahaja.

POP KUIZ

SITUASI 12

A memasuki kontrak dengan B, seorang kontraktor
untuk membina sebuah rumah banglo dalam tempoh
6 bulan dengan bayaran RM410,000. B melaksanakan
semua kerjanya mengikut syarat-syarat dalam kontrak
tersebut. A pula membuat bayaran sebanyak
RM410,000 kepada B atas kerja yang dilaksanakan.

POP KUIZ

SITUASI 13

Kontraktor A memasuki satu kontrak dengan
kontraktor B untuk membekalkan 7 lori tanah kepada
kontraktor A. Kontraktor B pula akan diberikan 10 000
keping batu bata pembinaan oleh kontraktor A.
Kontraktor A telah menghantar batu bata tersebut
kepada kontraktor B tetapi kontraktor B belum
menghantar 7 lori tanah tersebut.

Bincangkan.

POP KUIZ

SITUASI 12

Taylor menandatangani satu kontrak dengan Caldwell,
seorang penganjur untuk membuat pertunjukan di
sebuah panggung hiburan. Sehari sebelum
pertunjukan, panggung hiburan telah musnah akibat
dijilat api. Caldwell membatalkan pertunjukan itu.

Bincangkan.


Click to View FlipBook Version