The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayahamni26, 2022-05-27 01:24:35

FLIPBOOK SK HENRY GURNEY

FLIPBOOK SK HENRY GURNEY

PROGRAM JEJAK ILMU



SEKOLAH HENRY GURNEY
TELOK MAS



75990 TELOK MAS
MELAKA

ANJURAN



JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

LATAR BELAKANG PROGRAM

Sebuah program Jejak Ilmu telah dilaksanakan oleh
Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Perempuan Melayu di

bawah kursus EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran bagi
Program PISMP Ambilan Jun 2020 di bawah tajuk Program

Pendidikan Untuk Semua di Malaysia pada hari Selasa
bertarikh 17 Mei 2022. Seramai 25 orang guru pelatih dan
dua orang pensyarah pengiring telah menyertai program

yang dilakukan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas ini
berfokuskan kepada Program Pendidikan Juvana seperti

yang terkandung di dalam RMK.



Jejak Ilmu ini bagi menilai peranan guru sebagai agen
mesra budaya dalam konteks komuniti Malaysia, memberi

pendedahan kepada peserta mengenai kesamarataan
peluang pendidikan dan membolehkan peserta mendalami

konsep kesamarataan peluang pendidikan di Malaysia.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Henry Gurney Telok Mas merupakan sebuah institusi
yang ditubuhkan khas untuk membaiki akhlak penghuni yang
telah terpesong. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Sir Henry
Gurney pada 19 Julai 1950 dan terletak di kawasan tepi pantai
menghadap Selat Melaka dengan keluasan 38 ekar dan dapat

menempatkan seramai 600 hingga 800 penghuni.
Kebanyakan penghuni sekolah ini berada dalam lingkungan

umur antara 14 hingga genap 21 tahun. Sekolah ini
ditubuhkan dibawah seksyen 38, Akta Mahkamah Juvana
1947 yang kemudiannya membawa kepada terbentuknya
Mahkamah Juvana (pindaan seksyen 73 Akta Kanak-kanak
2001). Sekolah Henry Gurney Telok Mas menggunakan sistem
pengurusan juvana yang dikenali sebagai "Sistem Borstal".

Moto sekolah Henry Gurney ialah "RESURGAM" yang
membawa maksud "SAYA ANGKAT BANGKIT KEMBALI".

TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

8.00-9.00 pagi Sarapan/perjalanan pergi

9.00-10.00 pagi Taklimat oleh guru
besar/pengetua sekolah

10.00 pagi-12.00 tengahari Lawatan ilmiah ke sekitar
sekolah

12.00-1.00 tengahari Perjalanan pulang/makan
tengahari

SESI TAKLIMAT BERSAMA
INSPEKTOR HASSAN BIN AZID

Merupakan satu taklimat ringkas mengenai Sekolah
Henry Gurney dari segi sejarah pertubuhan sekolah,
kapasiti sekolah, bilangan terkini pelajar dan juga
kelas-kelas yang ditawarkan kepada para penghuni.
Inspektor juga menerangkan peranan NGO-NGO yang
terlibat secara langsung dengan SHG.
Aktiviti ini juga melibatkan sesi soal jawab para peserta
dengan Inspektor Hassan.

SESI LAWATAN KE BLOK TUN TEJA
(ASRAMA PENGHUNI WANITA)

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang sesi
melawat ke Blok Tun Teja (asrama wanita) di SHG.
Sesi lawatan diketuai oleh Puan Hayati (ketua rumah
Tun Teja) ke kelas-kelas di blok tersebut contohnya
seperti kelas akademik, kelas menjahit, kelas memasak
dan kelas fardhu ain.
Puan Hayati juga menerangkan serba sedikit mengenai
latar belakang penghuni-penghuni wanita yang
terdapat di blok tersebut.
Lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab oleh para
peserta kepada Puan Hayati selaku ketua rumah Tun
Teja.

SESI FOTOGRAFI SEBAGAI KENANG-
KENANGAN

Berikut merupakan gambar kenang-kenangan yang
diambil di mercu tanda SHG.
Sesi fotografi diketuai oleh Inspektor Hassan di
kawasan mercu tanda SHG seperti replika A. Famosa
dan replika jata SHG berupa burung helang disambar
api.
IP Hassan juga menerangkan serba sedikit mengenai
makna dan tujuan mercu tanda tersebut dibina oleh
pihak Jabatan Penjara Malaysia.
Menurut beliau, replika burung helang disambar api
melambangkan moto “RESURGAM- I WILL RISE AGAIN”
yang merupakan moto Sekolah Henry Gurney dengan
maksud “SAYA AKAN BANGKIT KEMBALI".


Click to View FlipBook Version