The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhd ikmal, 2024-05-02 21:54:56

report li

report li

i


ii


iii LAPORAN LATIHAN INDUSTRI INSTITUSI KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA, SEPANG MUHAMMAD IKMAL BIN AHMAD HAFIZ 020323-04-0401 HPMT INDUSTRIES SDN BHD JALAN SUNGAI KAYU ARA 32/39, TAMAN PERINDUSTRIAN BERJAYA, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA 8 JANUARI – 29 MARCH 2024


iv PENGESAHAN KETUA JABATAN Saya akui bahawa telah membaca Laporan Latihan Industri (LI) ini dan pada pandangan saya Laporan Latihan Industri ini adalah memenuhi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap (4) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang dalam bidang Teknologi Mekanikal Pemesinan (Pembuatan CAD/CAM). Tandatangan : Nama Ketua Jabatan : EN MOHD RUDIBIN AB MUTALIB Tarikh :


v PENGAKUAN PELAJAR Saya akui ini adalah Laporan Latihan Industri (LI) HPMT INDUSTRIES SDN BHD di mana semuanya adalah hasil kerja saya sendiri. Tandatangan : Nama Pelajar : MUHAMMAD IKMAL BIN AHMAD HAFIZ Tarikh :


vi MAKLUMAT PELATIH INSTITUSI KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG KOD DAN NAMA PROGRAM : NAMA : MUHAMMAD IKMAL BIN AHMAD HAFIZ NO. K.P : 020323-04-0401 TARIKH LAHIR : 23 MARCH 2023 JANTINA : LELAKI WARGANEGARA : MALAYSIA AGAMA : ISLAM BANGSA : MELAYU ALAMAT SURAT MENYURAT : NO34, JALAN U6/2 SUBANG PERMAI, DESA SUBANG PERMAI, 40150, SHAH ALAM, SELANGOR INSTUTUSI : INSTITUSI KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG JABATAN : DIPLOMA MAKANIKAL PEMESINAN CAD/CAM NAMA SYARIKAT : HPMT INDUSTRIES SDN BHD ALAMAT SURAT MENYURAT : 5, JALAN SUNGAI KAYU ARA 32/39, TAMAN BERJAYA, SEKSYEN 32, 40460, SHAH ALAM, SELANGOR NAMA PENYELIA : JAMAL TUKIMAN JAWATAN : ENGINEER NO. TEL : 013-2095098 NO. FAX : 03-58700098 TEMPOH LATIHAN : 8 JANUARI – 30 MARCH 2024 TANDATANGAN : TARIKH :


vii PENDAHULUAN Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menjalani Latihan industri di syarikat HPMT INDUSTRIES. Saya ditugaskan dan dilatih di syarikat ini dan saya memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi sepanjang tempoh kuliah dan banyak menimba ilmu serta pengalaman yang begitu tinggi nilainya dan saya bersyukur dengan ilmu yang saya pelajari. Dengan izin dariNya saya dapat menghasilkan sebuah buku laporan industri mengenainya perjalanan sepanjang penglibatan dalam latihan industry tersebut. Latihan industri merupakan salah satu syarat melengkapkan penganugerahan Diploma Mekanikal Teknologi Pembuatan (CAD/CAM) yang wajib dijalani oleh setiap pelajar selama tiga bulan. Ia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang suasana sebenar alam pekerjaan disamping membolehkan para pelajar mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi dari institut yang dituntuti. Dari latihan yang telah saya jalani, banyak perkara baru yang dapat saya pelajari dan diharap segala ilmu yang diperoleh ini akan memberi manfaat kepada saya untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Dengan terhasilnya buku laporan ini secara tidak langsung ia dapat membiasakan saya untuk mempertingkatkan mutu penyediaan sesuatu laporan atau tugas yang diberikan. Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat di dalam buku laporan ini dapat memberikan sedikit gambaran mengenai latihan industri yang telah saya jalani mengikut tempoh masa yang ditetapkan.


viii PENGHARGAAN Bersukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya telah dapat menjalani Program Latihan Industri sepertimana yang diwajibkan keatas semua penuntutpenuntut Institut Latihan Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang dan seterusnya dapat menyediakan laporan industri ini. Sepertimana yang telah ditawarkan bahawa, Program Latihan Industri adalah diwajibkan keatas semua penuntut IKTBN Sepang yang mana ianya adalah salah satu syarat untuk menerima Diploma. Program Latihan Industri ini mengambil masa selama tiga bulan dan pada umumnya ia bertujuan untuk mendedahkan kepada para penuntut kearah persekitaran alam perkerjaan yang sebenar disamping banyak faedah yang lainkepada penuntut. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya yang tak terhingga kepada pihak syarikat HPMT Industries Sdn Bhd yang telah memberikan peluan dan pekerja-pekerja yang banyak tunjuk ajar selama saya berada dalam Program Latihan Indusri.


ix ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT Kertas Kosong Pengesahan Ketua Bahagian Halaman Pengakuan Maklumat Pelatih Pendahuluan Penghargaan BAHAGIAN SATU BAB 1 BAB 2 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Latihan Industri 1.2 Objektif Latihan Industri 1.3 Objektif laporan 1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar LATAR BELAKAN SYARIKAT 2.1 Latar Belakang Organisasi Syarikat 2.2 Carta organisasi syarikat 2.3 Visi dan Misi Syarikat 2.4 Falsafah Syarikat 2.5 Nilai teras Syarikat 2.6 Sejarah Syarikat 1 - 5 6 -13 BAB 3 AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI 3.1 Pengenalan 3.2 Analisis Aktiviti 3.3 Ringkasan Aktiviti 3.3.1 Bulan Febuari Minggu Pertama 3.3.2 Minggu Kedua 3.3.3 Minggu Ketiga 3.3.4 Minggu Keempat 3.3.5 Bulan Januari Minggu Pertama 3.3.6 Minggu Kedua 3.3.7 Minggu Ketiga 3.3.8 Minggu Keempat 14 - 37


x 3.3.9 Bulan March Minggu Pertama 3.3.10 Minggu Kedua 3.3.11 Minggu Ketiga 3.3.12 Minggu Keempat 3.4 Proses Kerja Semasa Latihan Industri BAB 4 PERMAKAIAN KESELAMATAN, PERALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN 4.1 Langkah-langkah Keselamatan 4.2 Peraturan yang perlu diamalkan 4.3 Peralatan dan mesin yang digunakan 38 - 41 BAB 5 PRINSIP 5S 5.1 Pengenalan 5.2 Seiri / Sisih / Sort 5.3 Seiton / Susun / Set 5.4 Seiso / Sapu / Shine 5.5 Seiketsu / Seragam / Standard 5.6 Shitsuke / Sentiasa amal / Sustain 5.7 Hasil yang telah dijangka setelah mengamalkan 5S 42 - 44 BAB 6 KOMEN / CADANGAN 6.1 Komen 45 BAB 7 KESIMPULAN 7.1 Kesimpulan 46 BAHAGIAN DUA RUJUKAN BAHAGIAN TIGA LAMPIRAN


1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama tiga bulan bersamaan dengan 13 minggu bagi mendedahkan mereka kepada susanan pekerjaan sebenar. Latihan ini boleh membantudan mengalakkan semangat pelajar – pelajar untuk menjadi semakin bekerja keras, dedikasi dan bertanggungjawab untuk memperoleh Keputusan yang cermelang dalam mengejar mendapat penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4. Sebagai mana yang kita sedia tahu, bahawa Latihan Industri ini merupakan penentu sama ada pelajar tersebut layak mendapat penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Oleh itu, para pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) amat menitik berat dalam latihan ini. Selain itu juga, latihan ini bertujuan supaya para pelajar dapat berhadapan dengan cabaran semasa di alam pekerjaan. Setiap orang akan menghadapi alam pekerjaan tidak terkecuali juga pelajar-pelajar IKTBN juga akan merasai sendiri persekitaran alam pekerjaan yang sebenar. Ini dapat memberikan keyakinan terhadap pelajar tentang apa yang mereka pelajari dan apa yang patut dilakukan selepas memasuki alam pekerjaan. Selain itu, pelajar juga dapat memperolehi banyak pengalam dalam tempoh Latihan Industri ini. Ia juga dapat mengekalkan imej serta nama baik Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang. Saya telah memilih HPMT Industries sebagai tempat saya menjalani Latihan Industri untuk memenuhi syarat pembelajaran IKTBN Sepang. Saya telah ditempatkan di organisasi ini selama tiga bulan iaitu bermula dari 8 Januari 2024 sehingga 31 March 2024 di HPMT Industries SDN BHD Shah Alam, Selangor.


2 1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Latihan industry diwajibkan kepada para pelajar atas beberapa tujuan tertentu. Sebagaimana yang kita sedia tahu, antara tujuan utama latihan industri dilaksanakan adlah supaya para pelajar dapat memperolehi pengalaman tentang persekitaran alam pekerjaan yang sebenar. Ini bertujuan agar para graduan IKTBN akan lebih bersedia dan mudah menyesuaikan diri apabila menempuhi alam kerjaya di masa akan datang. Selain itu, para pelajar juga dapat mempraktikkan segala yang telah dipelajari didalam bengkel institut mahupun di dalam bilik kuliah melalui perlaksanaan latihan industri. Sebagaimana yang kita tahu, teori dan praktikal adalah dua perkara yang berbeza Dimana para pelajar akan menjadi lebih mudah memahami sesuatu ilmu yang dipelajari secara teori sekiranya mereka terilabat secara langsung dengan teori tersebut secara praktikal. Di samping itu, para pelajar juga akan memperolehi pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan tambahan yang tidak dapat diperolehi di dalam bilik kuliah mahupun di bengkel. Ini membantu para pelajar menjadi lebih mahir dan matang untuk menguruskan segala hal dan mengatasi segala masalah. Melalui perlaksanaan Latihan Industri juga, para pelajar akan dapat mendidik diri menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Ini kerana, dunia pekerjaan sebenar memerlukan para pelajar bekerja di bawah pihak atasan masing-masing dan mereka perlu mematuhi arahan pihak atasan mereka. Dalam pada itu, setiap organisasi juga biasanya mempunyai peraturan-peraturan dan etika-etika tersendiri yang perlu diikuti oleh setiap warga organisasi. Oleh itu, para pelajar yang sedang menjalani latihan industri di sesebuah organisasi juga turut bertanggungjawab mematuhi segala peraturan dan etika yang di garispandukan oleh setiap organisasi terlibat. Pelbagai sikap positif lain juga dapat ditambah melalui program latihan industri. Antaranya, para pelajar dapat memupuk minat di dalam diri masing-masing dan memotivasikan diri untuk membuat persediaan selengkapnya bagi menceburi alam pekerjaan. Selain itu, melaui penglibatan diri didalam aktiviti-aktiviti organisasi ketika latihan industri, para pelajar akan dapat menambah keyakinan diri dalam mengenalpasti


3 kebolehan diri dengan kerja-kerja dalam Kumpulanini amat membantu mereka dalam menghadapi dunia pekerjaan di masa akan datang. Secara kesimpulannya, objektif latihan utama latihan industri dijalankan adalah untuk membantu para pelajar memperolehi pengalaman dan pengetahuan sebanyak yang untuk kegunaan masa hadapan di samping memperolehi gred yang baik dalam pelajaran. Justeru, para pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan penambahbaikkan secara berterusan dan membuat penilaian komprehensif semasa menjalani latihan industri ini agar mereka dapat mencapai matlamat utama program ini. Laporan yang disiapkan ini boleh menjadi panduan yang berguna untuk di masa akan datang dan yang paling penting, para pelajar hendaklah mengamalkan setiap perkara dan nilai positif yang dipelajari semasa latihan untuk menjamin kehidupan yang cermelang, gemilang dan terbilang.


4 1.3 OBJEKTIF LAPORAN Laporan ini telah disediakan sebagai sebahagian tugasan atau kerja yang diwajib kan kepada pelajar untuk memenuhi kreteria yang telah dibuat oleh dasar Pendidikan Kerajaan. Laporan telah disediakan berdasarkan pengalaman-pengalaman dan juga pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar-pelajar semasa menjalani latihan industry mereka. Laporan mestilah mengandungi latar belakang syarikat dan peranannya. Ia meliputi aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan ini. Pelajar juga perlu memahami objektif sebenar yang diwajibkan dalam penyediaan laporan apabila tamat menjalani latihan industri nanti. Antara focus utama penyediaan laporan latihan industri ataupun laporan esekutif ini adalah: i. Memastikan pelajar dapat menyediakan laporan dan tugasan yang diarahkan oleh IKTBN pada masa yang ditetapkan. ii. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan. iii. Melihat cara pelajar mengolah kerja yang dilakukan diatas kertas kerja. iv. Melihat keupayaan pelajar dalam menghasilkan sesuatu tugasan. v. Memastikan pelajar dapat mengaitkan teori dan amali pembelajaran di IKTBN dengan aspek-aspek praktikal di sesebuah firma diatas kertas kerja.


5 1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR Latihan industri ini amat diperlukan. la bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar merasai sendiri kehidupan di alam pekerjaan. Tidak semua Institut Pengajian Tinggi Awam dapat peluang menjalani latihan industri seperti yang dijalankan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia kepada pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara iaitu selama 3 bulan atau 13 minggu. Sebagai pelajar Institut Kemahiran Tinggi perlu berasa bertuah dengan task - task dan modul - modul yang disediakan kerana IPTA lain hanya mementingkan secara teori manakala IKTBN 40% teori manakala selebihnya 60% amali. Dalam pekerjaan kita lebih memerlukan amali berbanding teori. Walaupun jangka masa yang diberi hanya singkat untuk pelajari, kebanyakan firma lebih banyak memberi peluang pekerjaan kepada pelajar IKTBN kerana mereka telah sedia ada ilmu dalam mengendalikan sesuatu masalah dan mudah menyesuaikan diri. Selain itu, latihan industri ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran pekerjaan yang lebih mencabar. Dalam tempoh menjalani latihan industri ini, pelajar sentiasa diarahkan untuk melakukan tugas. Oleh sebab itu, pelajar harus mempunyai keekapan dalam menerima dan melaksanakan arahan. Dengan keekapan pelajar melakukan tugas ini dapat menentukan kualiti kerja pelajar itu. Semasa menjalani latihan industri, pelajar dapat mempelajari sikap bertanggungjawab, hormat menghormati, tolong - menolong dan sikap berdikari semasa bekerja serta cara bergaul dengan rakan sepejabat. Kesimpulannya, latihan industri ini dapat memberi manfaat kepada pelajar kerana ia dapat menguji diri pelajar dalam menghadapi cabaran dan dugaan di alam dunia pekerjaan yang sebenar. la juga dapat mendisplinkan diri pelajar dan membantu pelajar untuk bersikap sabar dan berfikiran terbuka.


6 BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT 2.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI HPMT INDUSTRIES SDN BHD


7 NAMA SYARIKAT : HIGH PRECISION MACHINING TOOLS (HPMT INDUSTRIES SDN BHD) TAHUN DIBINA : HERROZ SDN BHD – 1978 (NAMA PERTAMA SYARIKAT) HPMT INDUSTRIES – 2001 (PENGIKTIRAFAN) TAHUN PEMBAHARUAN : HPMT INDUSTRIES SDN BHD – 2000 ALAMAT SYARIKAT : JALAN SUNGAI KAYU ARA 32/39, TAMAN PERINDUSTRIAN BERJAYA, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR. JENIS PERKHIDMATAN : PENGELUAR ALAT PEMOTONG TERKEMUKA YANG MEMPUNYAI BERIBU PEJABAT DI ASIA TENGGARADAN DENGAN CAPAIAN GLOBAL, MELALUI SYARIKAT MILIK PENUH DAN PENGEDAR PIHAK KETIGA. JUMLAH PEKERJA : 350 ORANG NO TEL : 03-5870 0098 EMAIL : [email protected]


8 2.2 CARTA ORGANISASI Managing Director Khoo Seng Giap Technical Director Wong Chew Kong R&D Manufacturing Director Neexon Khoo Produc�on Engineering Warehouse QS HR Sales Product Management Marke�ng Finance Director Tan Kim Chuan Finance IT Purchasing


9 2.3 VISI DAN MISI SYARIKAT HPMT VISI “MELEPASKAN POTENSI MANUSIADAN TEKNOLOGI UNTUK MEMBENTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK UNTUK MANUSIA” MISI “BINA KILANG IMPIAN KAMI BERKEMBANG KEPADA 100 MESIN, BERKEMAHIRAN TINGGI – BERPENDAPATAN TINGGI”


10 2.4 FALSAFAH HPMT INDUSTRIES Berlian adalah unsur paling sukar yang diketahui oleh semua manusia. Dibentuk melalui struktur molekul yang sempurna dan ikatan harmoni antara karbon. Logo HPMT yang diletakkan di tengah-tengah berlian mentah melambangkan Ketahanan dan Kemakmuran. Untuk memastikan atribut bermanfaat ini untuk semua sekutu, kami berusaha untuk membina nilai menggunakan falsafah kami dengan kerjasama aktif antara Pengilang, Rantaian Bekalan, Senjata Pengedaran dan Pelanggan.


11 2.5 NILAI TERAS HPMT INDUSTRIES 1. Menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. 2. Integriti harus menjadi teras dalam setiap keputusan perniagaan. 3. Mengamalkan sikap tangkas sebagai tindak balas kepada perubahan dan keperluan perniagaan. 4. Jadikan setiap hari sebagai hari yang produktif. 5. Harungi halangan, boleh dipercayai dan bertanggungjawab. 6. Tiada apa yang boleh dicapai tanpa kakitangan kita dan kerja berpasukan yang sihat. 7. Jangan berhenti belajar dan berinovasi, dengan sikap yang menyeronokkan.


12 2.6 SEJARAH SYARIKAT HPMT INDUSTRIES HPMT was established in 1978, under the name Herroz, as a distributor for Western and Japanese makers of cutting tools and other machining solutions. After years of experience as a tool trader, in 2000 we decided to start designing and manufacturing high quality solid carbide round tools with competitive price. With decades of experience, we are proud to claim we are the leading high performance cutting tools manufacturer in south east Asia. PERJALANAN SYARIKAT HPMT INDUSTRIES 1978 Diperbadankan Herroz sebagai alat pemotong perniagaan perdagangan. 2000 HPMT Industries ditubuhkan untuk menceburi bidang pemotongan pembuatan. 2001 Memperkenalkan baris pertama alat pengilangan yang direka dalaman di bawah jenama HPMT. 2005 Dianugerahkan dengan DIN EN ISO pensijilan 9001:2000 oleh TUV CERT. 2006 HPMT yang diperbadankan Shenzhen untuk berkhidmat dengan lebih baik di pasaran China. 2007 Bahagian R&D dalaman ditubuhkan untuk memandu Pembangunan alat yang berterusan. 2011 HPMT yang diperbadankan Deutschland untuk berkhidmat dengan lebih di pasaran Eropah. 2016 Sediakan PVD dalaman kemudahan salutan untuk dikawal kualiti salutan produk kami.


13 2019 HPMT Holdings tersenarai di Kuala Lumpur Pertukaran stok.


14 BAB 3 LAPORAN TUGAS / TANGGUNGJAWAB PELAJAR SEMASA LATIHAN INDUSTRI (LI) 3.1 PENGENALAN Semasa menjalani latihan industri, pelbagai kerja dan latihan yang dipertanggungjawabkan untuk dilaksanakan. Secaraamnya, tugasan yang diserahkan sepanjang tiga bulan di HPMT Industries SDN BHD hanya tertumpu di bahagian Production. 3.2 ANALISIS AKTIVITI Aktiviti yang paling kerap dilakukan adalah kerja-kerja yang berkaitan dengan machining beberapa jenis mesin yang digunakan di dalam syarikat. Antara kerja-kerja machining adalah seperti berikut :- i. Material storage and general. ii. Mengendali mesin konvensional EWAG. iii. Mengendali mesin CNC Grinding. iv. Mengendali mesin Surface Grinding. v. Mengendali mesin Polishing. vi. Membuat checking metrial di QC Department.


15 Kerja-kerja machining dilakukan dengan berhati-hati, cermat, kekemasan dan ukuran yang tepat penting untuk memberi komitment kerja yang bagus untuk menghasilkan produk yang baik terhadap proses pembuatan cutting tools yang berkualiti.aktiviti ini kerap dilakukan untuk melancarkan lagi proses pembuatan cutting tools. Alatan-alatan yang digunakan sepanjang mengendali mesin juga bermutu tinggi tinggi agar produk mendapat ketepatan ukuran yang baik. Sebelum melakukan kerja-kerja machining, keselamatan amat diutamakan. Sepanjang mengendalikan mesin, seorang technician akan memerhati tatatertib mengendali mesin dengan betul.di dalam melakukan kerja mengendali mesin juru teknik mengutamakan keselematan sebelum melakukan kerja-kerja yang berkenaan, agar tidak berlaku kemalangan yang diingini di tempat kerja. Selain kerja-kerja mengendali mesin, saya juga mendapat arahan melakukan kerja-kerja lain antaranya lap shank, susun barang coating kedalam pallet untuk ke mesin polishing, membuat checking material di checking area sebelum menghantar material tersebut ke deparment yang dikhaskan untung memulakan proses machining.


16 3.3 RINGKASAN AKTIVITI 3.3.1 BULAN JANUARI MINGGU PERTAMA i. Melawat bangunan dan sema department yang ada. ii. Mendengar mesyuarat yang dilakukan setiap minggu oleh penyelia production department agar proses pengeluaran cutting tools ini berjalan dengan lancar. iii. Mengasingkan material mengikut pitch yang ada.


17 3.3.2 MINGGU KEDUA i. Membuat pemantauan pada job yang mempunyai oil hole. ii. Menggunakan Dino-Lite untuk memeriksa lubang coolant (oil hole) pada cutting tool sama ada tersubat ataupun tidak. iii. Menggunakan mesin air blow agar dapat mengilangkan masalah tersumbat pata cutting tool. iv. Training Orientation Module dan membuat quiz General Module yang disediakan oleh pihak syarikat. v. Training mesin centerless, cara menggunakan mesin berpandukan job sheet yang diberi.


18 3.3.3 MINGGU KETIGA i. Training mesin EWAG Konvensional serta jalan mesin membuat chamfer pada produk berpandukan job sheet yang telah diberi. ii. Check chipping setelah siap membuat proses chamfer dengan menggunakan DinoLite ataupun Digi TV. iii. Membuat angle checking untuk produk yang mempunyai chamfer menggunakan Dino-Lite. iv. Training mesin part off, kemudian jalan produk mengikut ukuran yang telah diberikan di dalam job sheet.


19 3.3.4 BULAN FEBUARI MINGGU PERTAMA i. Mengasingkan tool yang reject selepas proses CNC, supaya senang untuk proses marking nanti. ii. Training mesin CNC Zoller, kemudian buat checking diameter dan roundness tool mengunakan CNC Zoller agar dapat mendapat ukuran yang lebih tepat. iii. Jalan mesin EWAG, membuat grooving, chamfer, part off dan weldon shank. iv. Bersihkan shank yang ada di department polishing dengan cara lap shank tersebut mengunakan alcohol ataupun autosol.


20 3.3.5 MINGGU KEDUA i. Periksa angel tool mengikut spekifikasi yang telah ditetapkan oleh syarikat. ii. Membuat drawing menggunakan software yang digunakan untuk dimasukkan program ke dalam mesin CNC iaitu software P4SMART. iii. Membuat kerja di checking area, check tool length, diameter tool, job number, dan scan in job mengikut department yang telah ditetapkan. iv. Susun tool yang turun daripada warehouse ke dalam pallet untuk jalan proses ‘recess’ munggunakan CNC Grinding yang ade di SSA Department.


21 3.3.6 MINGGU KETIGA i. Belajar tentang jenis-jenis wheel yang ade dan wheel ape yang sesuai digunakan untuk setiap jenis cutting tools. ii. Jalan mesin laser yang ada di polishing department untuk proses marking tools mengikut job number yang ade pada job sheet. iii. Bersihkan shank yang ada di department polishing dengan cara lap shank tersebut mengunakan alcohol ataupun autosol. iv. Check random rod yang mempunyai oil hole (feasibility, accuracy and repeatability test).


22 3.3.7 MINGGU KEEMPAT i. Mngukur roundness dan diameter menggunakan CNC Zoller. ii. Membuat Weldon Shank mengunakan mesin CNC Sruface Grinding sebanyak 200 pcs yang berdiameter 12. iii. Membuat checking material dia checking area serta membuat chamfer menggunakan cylindrical grinding yang kecil.


23 3.3.8 BULAN MARCH MINGGU PERTAMA i. Jalan mesin part off untuk memotong rod mengikut drawing yang ade di dalam job sheet sedia ada. ii. Jalan mesin CNC ROLOMATIC, untuk membuat shank toolmengikut ukuran yang diberikan berserta tolleranceyang betul. iii. Belajar cara membuat balancing wheel yang ada di wheel department dan mengenali jenis-jenis wheel yang ada di dalam department itu. iv. Menyusun tool yang coating dan uncoated ke dalam pallet untuk proses polishing.


24 3.3.9 MINGGU KEDUA i. Memerhati dan mengambil masa CNC prosess, berapa lama proses dan perjalan untuk menghasilkan tool. ii. Belajar tentang cara menggunakan CNC Grinding untuk membuat Cutiing Tools seperti End Mill, Drill dan lain-lain lagi. iii. Membuat ujian yang diberikan oleh penyelia iaitu ujian drawing, melukis End Mill yang diberikan menggunakan software P4SMART. iv. Membuat grooving mengunakan mesin EWAG.


25 3.3.10 MINGGU KETIGA i. Training mesin CNC Polishing, kemudiang jalan mesin polish mengikut saiz diameter tool yang telah ditetapkan pada setiap mesin polish. ii. Hantar tool yang telah di cuci ke deparment pentagon untuk proses deep cleaning menggunakan mesin Perform Clean. iii. Mengunakan mesin CNC MDI untuk check roundness tool, tool length dan back tapperyang ada pada tool. iv. Menggunakan Dino-Lite untuk memeriksa job yang mempunyai oil hole sama ada tersumbat ataupun tidak.


26 3.3.11 MINGGU KEEMPAT i. Jalan mesin CNC, NP3 ShapeSmart untuk membuat shank untuk job special iaitu jenis tool custom. ii. Jalan mesin Polish, membuat polishing cutting tools.


27 3.4 PROSES KERJA SEMASA LATIHAN INDUSTRI GAMBARAN KESELURUHAN PERJALANAN PRODUK 1. Customer Inquiry • Standard order • Special order • Regrinding 2. Research & Development (R&D) • Analyse • Research • Reverse engineering 3. Engineering • Reproduction specs • Machining cycle time • Cost of production 4. Sales • Finalize the order • Sales coordination 5. Production • Production produces the tool following, Engineering’s machining cycle time spec. 6. Quality assurance (QA) • Tools produced are passed on to quality assurance, with errors going back into production. 7. Coating • If tools pass QA, they proceed to coating, wich cleans and cost the tool. At this stage, cleaning and polishing happens as well if required.


28 8. Quality Assurance (QA) • A final round of QA after coating then tools get sent to warehousing. 9. Warehousing • After arriving in the warehousing, tools are indexed and stored. 10. Packaging & Labelling 11. Shipping 12. After-sales support


29 OVERVIEW OF PRODUCTION PROCESS FLOW


30 DRAWING & PROGRAMMING Job Flow Reject Approve Job Scope • Customer Drawing • Manufacturing Drawing • In process Quality Assurance • CNC Report Form • QC Report Form • Arrange Raw Material to Sizing • Prepare Job Flow Sales deparment received quotation from customer. Draftsmen create customer drawing. Return drawing to customer. Production planning control. Draftsmen create manufactured drawing.


31 PRODUCTION PROCESS SIZING To process the rod following specification from technical drawing or customer. m7bvr Underground rod Part off Roughing Finishing Point Chamfer NP4 Grounded rod Inspection • Roundness • Diameter rod • Length • Point • Chamfer NP4


32 PRODUCTION PROCESS CNC Job scope of CNC process • Fluting • OD • Heel Chamfer • First, second clearence • Gash Radius • Control Gash Land • K Land (OD & Point) • Flute Polishes • Standard point • Honing • Control Diameter of ball nose, ball cutter, endmill, corner radius IPQA Setting Rod Rod reject Ø and Pallet No.


33 PRODUCTION PROCESS POLISHING CLEANING DRYING POLISHING AIR BLOW MARKING


34 Production Process Coating Unpack incoming item Machine cleaning Waiting rack for coating Load to carousel Carousel to machine Coating process Blow carousel Item to rose plastic


35 PRODUCTION PROCESS QUALITY CONTROL (QC) No Yes Cleaning & Polishing Inspection (Quality Control) Defect or Damage Tool register for next Tool reject or repair section


36 Production Process (QC – Checking equipment) Micrometer Dino – Lite Microscope Starret Expends Horizontal Travel ViTiny Digital Microscopes and Borescope


37 Zoller Vernier Caliper


38 BAB 4 PERMAKAIAN KESELAMATAN, PERALATAN DAN BBAHAN YANG DIGUNAKAN 4.1 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Langkah-langkah keselamatan dan peralatan yang perlu dipakai ketika berada di dalam Kawasan kerja. Safety shoes Glove Pelindung mata


39 4.2 PERATURAN YANG PERLU DIAMALKAN Pekerja di HPMT Industries Sdn Bhd perlulah mempraktikkan dan mengunakan peralatan keselamatan (PPE) dengan betul dan sentiasa mengamalkan dan sentiasa menggunakan peralatan tersebut yang telah disediakan. Pihak HPMT Industries Sdn Bhd sentiasa melakukan taklimat mengenai keselamatan pekerja di tempat kerja bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini ketika melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan mesin yang ada di industri tersebut.


40 4.3 PERALATAN DAN MESIN YANG DIGUNAKAN CNC Centerless Grinders CNC Universal Grinders EWAG Machines


Click to View FlipBook Version