41 Polishing Machine Part Off Machine Micrometer Micrometer Vernier Caliper
42 BAB 5 PRINSIP 5S 5.1 Pengenalan Falsafah 5S merupakan satu cara berfikir, memberi tumpuan kepada organisasi tempat kerja yang berkesan, kerja dipermudahkan persekitaran, berusaha pengurangan sisa kotoran bagi meningkatkan kualiti dan keselamatan. Tiada peluang untuk peningkatan kecekapan atau kualiti dalam tempat kerja kotor dan membuang masa. 5S lima bermaksud lima huruf pertama perkataan jepun Seiri bermaksud Sisih, Seiton bermaksud susun, Seiso bermaksud Sapu, Seiketsu bermaksud Seragam, Shitsuke bermaksud sentiasa amal. Memangil prinsip-prinsip ‘5S’ adalah cara yang baik untuk ingat maksud dan kandungan mereka. Di samping itu HPMT Industries Sdn Bhd mengutamakan 5S juga pegangan utama setiap pekerja disana serta budaya pertama pekerja. Penggunaan perkataan 5S di HPMT Industries Sdn Bhd menggunakan bahasa inggeris iaitu sort, set, set, standard dan sustain.
43 5.2 Seiri / sisih / sort Mengasingkan barang-barang yang tidak perlu di tempat kerja dan membuangkannya. Sebelum membuang diharuskan menyish barang-barang tersebut kepada 2 bahagian iaitu bahan yang tidak diperlukan dan bahan yang diperlukan. 5.3 Seiton / susun / set Menyusun barang-barang yand diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil untuk digunakan ‘tempat untuk semua’ dan ‘semua di tempatnya’fokus kepada perlunya tempat kerja yang teratur. Peralatan dan bahan mestilah disusun secara sistemetik untuk capaian mudah dan cekap. Perlu ada tempat untuk setiap benda, dan setiap benda mestilah berada di tempatnya. 5.4 Seiso / sapu / shine Membersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tida berhabuk di lantai, meja mesin dan perkakas. Menunjukkan kepada perlunya tempat kerja yang bersih selain kemas. Di akhir setiap syif, tempat kerja dibersihkan dan setiap benda diletakkan pada tempatnya. 5.5 Seiketsu / seragam / standard Memelihara taraf penjagaankebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi di setiap masa. Membolehkan pengawalan dan ketekalan. Piawai pengemasan asa digunakan setiap tempat. Setiap orang tahu tanggungjawab sendiri. Kerja pengemasan adalah sebahagian dari rutin kerja. 5.6 Shitsuke / sentiasa amal / sustain Melatih para pekerja mematuhi peraturan-peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari.
44 5.7 Hasil yang dijangka setelah mengamalkan 5S Pengurangan kos • Mengurangkan inventori • Menghalang salah letak peralatan dan perkakas • Menghalang kebocoran minyak, tenaga, bahan mentah dan lain-lain lagi. Kecekapan • Mengurangkan pengunaan kawasan / tempat • Penghapusan pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah • Mempermudahkan segala kawalan Penyelengaraan • Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin, peralatan dan kemudahankemudahan yang ada. • Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan barangan. Keselamatan • Menghapuskan keadaan yang merbahaya. • Memperbaiki kedadaan tempat kerja. • Menghapuskan tempat kecederaan dan kemalangan. • Mengurangkan kesilapan dan kecuaian. • Mematuhi segala peraturan. Motivasi • Perhubungan yang baik antara kakitangan. • Membentuk disiplin yang baik serta semangat kerjasama.
45 BAB 6 6.1 KOMEN / CADANGAN PENAMBAHBAIIKAN KEPADA SYARIKAT Pada pendapat saya, HPMT Industries Sdn Bhd menyediakan pogram latihan yang sangat baik kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka tentang latihan 45ndustry dan memberikan pengalaman dan latihan yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, saya ingin memberi beberapa Cadangan untuk memperbaiki masa depan program latihan Perindustrian. 1. HPMT Industries Sdn Bhd harus memberi peluang kepada pelajar yang menjalani latihan 45ndustry merasai kerja lebih masa dan mengikut shif. 2. Harus memberi peluang kepada pelajar bekerja dan belar di semua bahagian mengikuti jadual atau hari yang sesuai. 3. Harus melebihkan masa untuk sesi pembelajaran di bahagian mesin CNC Speacial supaya boleh peroleh banyak ilmu.
46 BAB 7 7.1 KESIMPULAN Setelah menjalani kursus latihan industri selama 3 bulan bermula 8 Januari 2024 sehingga 30 March 2024 di HPMT Industries Sdn Bhd , saya dapat rasai bagaimana suasana kerja dan cara bekerja dengan betul. Melalui latihan industri ini, saya telah didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan dapat mempraktikkan segala yang telah saya mempelajari semasa mengikuti pembelajaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Ternyatalah alam pekerjaan dan pembelajaran adalah perkara yang berbeza. Selain itu juga, saya dapat mendisiplinkan diri kerana di alam pekerjaan ini, saya perlu menepati masa untuk bekerja serta melakukan kerja dengan sempurna dan lancar. Sepanjang menjalani latihan industri selama tiga bulan di HPMT Industries Sdn Bhd, saya tidak mengalami sebarang kesulitan sama ada dalam urusan pekerjaaan mahupun sesame pekerja. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang berada di sana. Mengkin setiap ilmu yang diperolehi sama ada dari segi ilmu pengetahuan mahupun kenangan Bersama rakan-rakan tidak akan dapat dilupakan. Segala pengalaman yang diperolehi akan dijadikan ikhtibar dan panduan buat saya di masa akan datang. Saya juga dapat belajar cara-cara menerima arahan daripada orang lain seperti arahan daripada ketua, rakan sekerja dan bos. Selain itu juga, saya dapat mempelajari bekerja secara berpasukan atau berkumpulan bersama kakitangan lain serta pelatih-pelatih latihan industri yang lain. Sepanjang latihan industri ini, saya juga dapat mempelajari teknik atau cara dengan betul untuk mendapatkan hasil kerja yang memuaskan dengan membuat perancangan lebih awal perancangan yang teliti akan menghasilkan mutu kerja yang baikdan berjalan lancar tanpamenghadapi sebarang masalah. Dalam dunia pekerjaan ini, saya perlu perbanyakkan pertanyaan untuk memperolehi maklumat dengan lengkap. Oleh itu, apa yang dapat disimpulakan sepanjang saya menjalani latihan industri ini, saya mempelajari cara untuk mengendali tugas-tugas dengan lebih teratur. Setiap perlaksanaan tugas memerlukan satu perancangan yang rapi supaya hasil yang akan diperolehi akan lebih positif. Ini merupakan salah satu factor yang amat penting untuk memastikan perlaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan teratur.
47 Saya juga memohon maaf kerana tidak dapat memberi maklumat yang terperinci mengenai latar belakang HPMT Industries kerana undang-undang syarikat terlalu ketat demi menjaga status dan asset syarikat bermentaliti global. Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga HPMT Industries Sdn Bhd yang telah meberikan tunjuk ajar, kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada saya sepanjang menjalani latihan industri di sini. Secara keseluruhannya latihan industri yang saya jalani ini banyak memberi pengetahuan, pengajaran dan manfaat yang sangat berguna serta membentuk disiplin yang tinggi. Ianya merupakan satu bidang yang amat mencabar dan merupakan pengalaman yang amat berharga bagi saya.
48 RUJUKAN
49 LAMPIRAN