The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku panduan ini adalah bertujuan sebagai rujukan secara umum kaedah pelaksanaan WBL di UTM.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UGS UTM, 2024-06-04 23:31:58

Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) UTM

Buku panduan ini adalah bertujuan sebagai rujukan secara umum kaedah pelaksanaan WBL di UTM.

Keywords: UTM,WBL

1- Pengenalan ISI KANDUNGAN 1.1 Latar Belakang Pembelajaran Berasaskan Kerja 1.2 Definisi, Ciri dan Model WBL 1.3 Tujuan dan Hasil Pembelajaran WBL 1.4 Penglibatan Pihak Berkepentingan dan Rakan Strategik 1.4.1 Pihak Berkepentingan 1.4.2 Rakan Strategik 1.5 Kepentingan WBL 1.5.1 Pelajar 1.5.2 Industri atau Majikan 1.5.3 Pensyarah 1.5.4 Universiti 2- Reka Bentuk Kurikulum WBL 2.1 Pengenalan Reka Bentuk Kurikulum WBL 2.2 Definisi Kursus dan Program WBL di UTM 2.3 Struktur Kurikulum WBL di UTM 2.3.1 Kesedaran (Awareness) 2.3.2 Lepasan Harian (Day Release) 2.3.3 Lepasan Blok (Block Release) 2.4 Jenis Kursus WBL 2.5 Jam Pembelajaran Elektif (ELT) 3 6 1 7 7 9 12 12 12 12 12 14 14 15 16 17 20 24 26


3- Penyampaian dan Pentaksiran Sebelum Pelaksanaan Semasa Pelaksanaan Selepas Pelaksanaan Pentaksiran Pensyarah Universiti Pentaksiran Penyelia Industri 4- Proses Pelaksanaan dan Pengurusan WBL di UTM Pemakluman kepada Pelajar Persediaan Pelajar Sebelum ke Industri Persediaan Pentaksiran di Industri Pemantauan dan Pentaksiran Kajian Semula Pelaksanaan Proses Kerja Pelaksanaan WBL di UTM Proses Kerja Kategori Kesedaran Proses Kerja Kategori Lepasan Harian & Lepasan Blok ISI KANDUNGAN 3.1 Kaedah Pelaksanaan WBL 3.2 Kaedah Pentaksiran WBL 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.3 3.4 4.1 Proses Pelaksanaan WBL 4.1.1 Perjanjian Persefahaman Penggubalan Kurikulum dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 4.1.6 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Industri 4.1.7 4.1.8 4.2 4.2.1 4.2.2 28 29 29 30 30 31 32 33 34 34 34 34 35 35 35 35 36 36 37


ISI KANDUNGAN 4- Proses Pelaksanaan dan Pengurusan WBL di UTM 4.3 Pengurusan Pelaksanaan WBL di UTM 4.3.1 Peranan Jawatankuasa WBL 4.3.2 Peranan Universiti dan Industri 4.3.3 Peranan Pelajar Kesimpulan Rujukan Indeks • • • 42 42 45 45 47 47 48


SENARAI NAMA PENYUMBANG 1.ABD.KHAMIM BIN ISMAIL 2.AMINUDDIN BIN SAAT 3.AMIRA HUDA BINTI AMRAN 4.AZLAN BIN ABDUL LATIB 5.BASYARAH BINTI HAMAT 6.CHE ROZID BIN MAMAT 7.FATIN ALIAH PHANG BINTI ABDULLAH 8.HARTINI BINTI DARSONO 9.IRMAWATI BINTI NORAZMAN 10.MUHAMMAD NOORUL ANAM BIN MOHD NORDDIN 11.NORHAYATI BINTI MOHMAD ZAKWAN 12.ROLIANA BINTI IBRAHIM 13.SAPURA BINTI MOHAMAD 14.SUHAIMI BIN ABU BAKAR


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, buku panduan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) Universiti Teknologi Malaysia telah pun berjaya dihasilkan. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menggembleng tenaga, idea dan pandangan untuk merealisasikan buku panduan ini. Pembelajaran berasaskan kerja (WBL) bukanlah suatu kurikulum yang baharu diperkenalkan dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT), UTM komited untuk menyokong Visi dan Aspirasi PPPM (PT) iaitu untuk menjadi penyedia utama pendidikan tinggi yang berupaya memupuk bakat berkemahiran bagi memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat dan kian berubah, serta menggalakkan pembangunan kerjaya individu seseorang pelajar. Oleh yang demikian, buku panduan WBL UTM yang telah dihasilkan diharap dapat menjadi panduan bagi langkah permulaan kurikulum WBL di UTM. Buku ini menerangkan mengenai pengenalan dan matlamat ringkas WBL, reka bentuk dan penyampaian kurikulum WBL, kategori WBL di UTM, proses kerja pelaksanaan WBL dan kaedah pentaksiran WBL serta peranan dan tanggungjawab pihak yang berkaitan dalam pelaksanaan WBL di UTM. Akhir kata, saya berharap agar penerbitan buku ini dapat memberi panduan kepada setiap fakulti dan sekolah untuk mengambil inisiatif lanjut bagi penerapan kurikulum WBL dalam setiap kursus program pengajian di UTM. Inisiatif ini diharapkan dalam merealisasikan hasrat WBL di mana Pusat Pengajian Tinggi (PPT) dan industri bekerjasama untuk memenuhi keperluan kemahiran tahap yang lebih tinggi dalam kalangan graduan yang seterusnya dapat menyumbang dalam produktiviti dan kesejahteraan negara. PRAKATA Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Teknologi Malaysia


MQA Malaysia Qualification Agency Agensi Kelayakan Malaysia MoU Memorandum of Understanding Memorandum Persefahaman MoA Memorandum of Agreement Memorandum Perjanjian LoC Letter of Collaboration Surat Perjanjian Kolaborasi Kementerian Pendidikan Tinggi Effective Learning Time Masa Pembelajaran Efektif GGP Guidelines of Good Practices Garis Panduan Amalan Baik KPT ELT EAC Engineering Accreditation Council Majlis Akreditasi Kejuruteraan CCIN Center for Community Industry Network Pusat Jaringan Komuniti dan Industri B40 Bottom 40% Terendah 40% 2U2i Dua tahun di universiti dan dua tahun di industri Envision 2025 Pelan Strategik Envision UTM 2025 SINGKATAN PERKATAAN BUKU PANDUAN SIP Structured Internship Porgram Program Latihan Industri Berstruktur PTJ Pusat Tanggungjawab PSM Projek Sarjana Muda PBL Problem Based Learning Pembelajaran Berasaskan Masalah PdP Pengajaran dan Pembelajaran JK WBL Jawatankuasa Pembelajaran Berasaskan Kerja


WBL Work-based Learning Pembelajaran Berasaskan Kerja UTMCC UTM Career Centre Pusat Kerjaya UTM UGS School of Undergraduate Studies Sekolah Pengajian Prasiswazah TDA Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Student Learning Time Masa Pembelajaran Pelajar Center for Student Innovation and Entrepreneurship Pusat Inovasi Mahasiswa & Keusahawanan UTM SLT UTMXCITE UTM Universiti Teknologi Malaysia PoBL Project-based Learning Pembelajaran Berasaskan Projek MQF Malaysia Qualifications Framework Kerangka Kelayakan Malaysia NGO Non-Government Organisation Badan Bukan Kerajaan SINGKATAN PERKATAAN BUKU PANDUAN


1 WBL@UTM 1.1 • PENGENALAN Pembelajaran Berasaskan Kerja atau Work-based Learning (WBL) bukan suatu program yang asing di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). WBL pada dasarnya telah diserap dalam program-program di UTM seperti program dua tahun di universiti dan dua tahun di industri (2u2i), latihan industri dan lain-lain. Ianya selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC) yang menggalakkan program-program baru yang dapat meningkatkan kemahiran bekerja dan pembelajaran sepanjang hayat pelajar. Konsep WBL menekankan pembelajaran terarah kendiri yang mana pelajar perlu berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan pengetahuan serta kemahiran di samping membina nilai dan sikap yang bersesuaian dengan keperluan industri.


2 WBL@UTM 1.1 • PENGENALAN Melalui pendekatan ini, pelajar akan memahami sesuatu pengetahuan dengan lebih mendalam kerana pelajar akan mendapat pendedahan realiti alam pekerjaan di samping mempraktikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dalam program akademik berdasarkan keperluan semasa industri. Pihak industri berperanan memberi pendedahan pengalaman industri kepada pelajar dan membentuk modal insan yang diperlukan oleh industri. Pendekatan WBL disasarkan mampu menjana kepercayaan industri terhadap keupayaan graduan UTM dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam alam pekerjaan. Secara umumnya, persaingan dalam alam pekerjaan amat sengit di mana graduan kini bukan sahaja dinilai berdasarkan pengetahuan tetapi juga kemahiran mengaplikasi ilmu di samping kemahiran insaniah yang cemerlang. Oleh itu, pelaksanaan WBL mampu membina modal insan yang memenuhi sasaran industri sejajar dengan keperluan semasa. Sehubungan dengan itu, garis panduan pelaksanaan WBL dihasilkan sebagai rujukan bagi memastikan pelaksanaan WBL dalam program akademik di UTM adalah secara teratur dan sistematik.


3 FOKUS Terdapat dua kata kunci untuk menjelaskan WBL iaitu pembelajaran dan tempat kerja (Boud & Solomon, 2001 dan Sodiechowska & Maisch, 2006) dengan kerjasama di antara universiti, industri dan pelajar. Rajah 1.1 memberi gambaran definisi umum WBL yang menunjukkan kepentingan persefahaman dan kerjasama di antara ketiga-tiga pihak dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan WBL seperti yang dirancang. Ciri-ciri WBL berdasarkan hubungan di antara universiti, industri dan pelajar dapat ditunjukkan secara jelas seperti dalam Jadual 1.1. 1.2 • DEFINISI, CIRI DAN MODEL WBL Rajah 1.1: Definisi umum WBL WBL Universiti (Kurikulum fleksibel) Industri (Memberi pengalaman) Pelajar (Aktif dan Berdaftar)


Universiti dan Industri Universiti dan Pelajar Pelajar dan Industri Kurikulum WBL memenuhi keperluan universiti dan tempat kerja. Inovasi pembelajaran dan pengajaran dengan bantuan industri. Mampu meningkatkan hubungan kerjasama dengan pihak industri. Mempunyai hasil pembelajaran yang terancang. Bersifat kontekstual dan reflektif berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran program akademik. Fleksibel dari segi akses, penyampaian, kurikulum, maklum balas dan pentaksiran pembelajaran. Pelajar layak mendapat kredit kursus. Pelajar adalah berstatus aktif dan berdaftar sepenuh masa dengan institut pengajian tinggi yang membenarkan dan menjalankan WBL. Pembelajaran berlaku di tempat kerja. Pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pengalaman di tempat kerja meningkatkan kemahiran dan pengetahuan selari dengan keperluan program akademik yang diikuti. Industri boleh menentukan sama ada pelajar layak menerima elaun atau sebaliknya. Pelajar juga boleh menjalani WBL dalam pelbagai bentuk termasuk pekerjaan konvensional, sambilan atau bekerja sendiri, terlibat dengan aktiviti keusahawanan atau sukarela di industri. Jadual 1.1: Ciri-ciri WBL berdasarkan hubungan di antara universiti, industri dan pelajar 4 CIRI-CIRI WBL


Model Atribut In-work training / education Kursus pendek berdasarkan standard industri / badan profesional. Keusahawanan / start-up Pelajar sepenuh masa membangunkan perniagaan dan kemudian membuka syarikat sendiri semasa pengajian. Tugasan kursus bersifat reflektif dan tesis berasaskan projek kerja Isi kandungan tugasan kursus dan kajian adalah berasaskan pemasalahan sebenar di industri. Pembelajaran servis di industri Pelajar memberikan khidmat secara sukarela di industri dengan mengaitkan hasil pembelajaran dengan aktiviti di industri. Internship / latihan industri Pelajar ditempatkan di industri untuk satu tempoh tertentu untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendedahan pengalaman bekerja di industri. Sandwich Year Isi kandungan program direka bentuk bersama industri dan pelajar berada di industri dalam satu tempoh tertentu semasa pengajian (sama ada sekali atau beberapa kali). Change management partnership Isi kandungan program dibincang dan dipersetujui dengan industri. Work-based study degree Isi kandungan program dibincang dan dipersetujui dengan industri. Sebahagian daripada tahun pengajian di universiti dan selebihnya di industri (contoh: 2u2i) Pihak industri yang bersetuju menerima dan memberikan pengalaman pendidikan yang dipersetujui di industri. Perantisan (Apprenticeship) Menggabungkan kerja praktikal dan pembelajaran teori di tempat kerja sepanjang pengajian. 5 Terdapat pelbagai model pelaksanaan WBL berdasarkan penglibatan industri dengan pendekatan dan aktiviti pembelajaran WBL. MODEL DAN ATRIBUT WBL Jadual 1.2: Model dan atribut WBL


6 Tujuan WBL adalah untuk pelajar membangunkan kemahiran dan pengetahuan khusus industri melalui persekitaran tempat kerja yang akan membantu mereka memenuhi hasil pembelajaran program. Dalam konteks WBL, matlamatnya adalah untuk pelajar belajar dalam persekitaran pekerjaan. Pelajar seharusnya dapat mengembang dan meningkatkan kemahiran yang khusus sebagaimana yang diharapkan oleh industri menerusi program WBL. Bakat yang berkualiti dapat dihasilkan seiring dengan kehendak semasa dan mampu menyumbang kepada produktiviti industri secara holistik. Secara tidak langsung pelajar turut terdedah kepada pelbagai peluang pekerjaan dan pembangunan kerjaya. Impak pembelajaran WBL harus seiring dengan hasil pembelajaran kursus yang terlibat serta menyokong hasil pembelajaran program. Keberkesanan pembelajaran bagi setiap kursus WBL, mestilah dikenalpasti sama ada hanya sebagai sebahagian atau keseluruhan hasil pembelajaran kursus tersebut. Ini bergantung kepada jenis pelaksanaan WBL seperti yang akan diterangkan dalam Bab 2. Selain itu, WBL perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan mencapai kualiti yang dihasratkan. Rajah 1.2 menunjukkan lima (5) kluster domain yang mengandungi sebelas (11) hasil pembelajaran sebagaimana yang telah digariskan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia 2.0 (MQF 2.0). Ianya turut menjadi asas kepada pernyataan hasil pembelajaran WBL. 1.3 TUJUAN DAN HASIL PEMBELAJARAN WBL Rajah 1.2: Lima (5) kluster domain hasil pembelajaran (MQF 2.0) Pengetahuan dan kefahaman Kemahiran kognitif Kemahiran fungsi kerja Kemahiran peribadi dan keusahawanan Etika dan profesionalisme


7 Pelan Strategik Envision UTM 2025 (Envision 2025) yang telah digariskan sehingga menetapkan sasaran untuk menghasilkan graduan holistik dengan kebolehpasaran premium. Petunjuk pencapaian sasaran bagi tahun 2025 adalah sebanyak 35 peratus graduan UTM berupaya untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan premium melebihi RM 4,000 selepas enam (6) bulan bergraduan. Jumlah pendapatan minimum ini mengambil kira nilai pendapatan isi rumah bagi golongan terendah 40% (B40) pada tahun semasa. Pelbagai usaha dilakukan dan ditambah baik daripada inisiatif pemurnian kurikulum program akademik sehinggalah kepada program meningkatkan kemahiran (upskilling) yang memberi nilai tambah kepada graduan. Semua inisiatif ini diadakan dengan kerjasama dan sumbangan berterusan pihak berkepentingan dan rakan strategik. Rajah 1.3 menunjukkan pihak berkepentingan dan rakan strategik yang terlibat. Hasil pembelajaran WBL yang berasaskan MQF 2.0 berupaya membentuk pelajar yang mempunyai: Bidang ilmu atau kaedah literasi maklumat untuk tujuan perkembangan bidang ilmu; 1. 2.Kemahiran yang memenuhi keperluan kebolehpasaran; 3.Kecekapan khusus yang memenuhi keperluan badan Kemahiran khusus yang diperlukan oleh majikan berkaitan dengan jenis pekerjaan; 4. 5.Tingkah laku yang profesional, beretika dan bertanggungjawab; 6.Keupayaan untuk mencapai sasaran kerja sebagai bukti kecekapan; dan Aspirasi kerjaya dan pembangunan yang boleh dikenal pasti melalui prosedur semakan dalaman. 7. Pelaksanaan WBL mampu melahirkan pelajar yang berketerampilan dan mempunyai keperibadian yang tinggi dalam menghasilkan graduan yang tersedia masa hadapan. 1.4 PENGLIBATAN PIHAK BERKEPENTINGAN DAN RAKAN STRATEGIK Rajah 1.3: Pihak berkepentingan dan rakan strategik dalam pelaksanaan WBL Pihak Berkepentingan Pihak Strategik WORK-BASED LEARNING Universiti Pelajar Graduan Ibu Bapa Majikan Industri Alumni Kementerian & Agensi Kerajaan Komuniti & NGO UTM Sinergi


8 1.4.1 Pihak Berkepentingan Universiti Entiti yang bertanggungjawab menggubal, menyemak, dan memurnikan kurikulum program akademik berdasarkan kajian pasaran, kelestarian, kemahiran abad ke-21 dan sesuai dengan perkembangan teknologi serta revolusi industri semasa. Program akademik yang ditawarkan juga haruslah kekal relevan dan memenuhi permintaan industri Pelajar Sasaran pelaksanaan WBL ini ialah kepada golongan pelajar semasa di universiti yang terdiri daripada pelajar semester awal sehingga semester akhir. Mereka melalui pengalaman pembelajaran secara teori dan amali untuk membentuk kepakaran, kemahiran, etika dan profesionalisme, tingkah laku serta sahsiah terpuji sebelum bergelar graduan universiti. Graduan Kelompok berkepentingan yang terdiri daripada mereka yang menerima manfaat melalui program akademik bersepadu WBL di universiti dan akan membantu mereka dalam mendapatkan kerjaya pilihan dengan pendapatan premium. Kelayakan akademik, pembangunan kepakaran dan kemahiran warganegara global akan berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga graduan. Ibu Bapa Golongan yang paling rapat dengan pelajar dan graduan yang mampu mempengaruhi pilihan laluan kerjaya mereka pada masa hadapan. Ibu bapa juga membantu pelajar dan graduan dengan khidmat nasihat dan sokongan emosi serta bantuan kewangan sepanjang pelajar berada di universiti. Mereka ini akan menerima manfaat secara tidak langsung apabila graduan bekerja dan membantu meningkatkan taraf kehidupan keluarga. Majikan Entiti yang menerima dan menggaji graduan universiti bersesuaian dengan kepakaran, kemahiran dan pengalaman untuk melaksanakan pekerjaan di tempat kerja. Majikan mendapat manfaat sepenuhnya daripada graduan yang terlatih dan mampu memberikan pulangan keuntungan kepada majikan dalam jangka masa pendek dan panjang. Pelaksanaan WBL berupaya menghasilkan graduan dengan kualiti yang menepati kehendak majikan.


9 Pihak industri memainkan peranan utama dalam pelaksanaan WBL di universiti dengan terlibat secara langsung dalam mereka bentuk kurikulum, menawarkan pengalaman pekerjaan, menilai pencapaian kepakaran/ kemahiran dan seterusnya menawarkan pekerjaan kepada graduan. Sebagai contoh, program akademik dengan mod pengajian 2u2i digubal bersama-sama pihak industri, dengan kesanggupan industri untuk menerima pelajar secara lepasan harian dan lepasan blok dalam jumlah yang ramai dan tempoh yang lama. Program ini menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan pekerjaan yang menggabungkan pembelajaran dalam kampus dan penempatan di industri. Elaun kepada pelajar boleh ditawarkan oleh pihak industri selain pemindahan pengetahuan kepada pelajar dan perkhidmatan sokongan yang lain. Industri Contoh lain ialah penglibatan industri dengan kerjasama di antara Talent Corp Sdn. Bhd., Kementerian Sumber Manusia dalam memperkenalkan Structured Internship Program (SIP) dan portal bersepadu MyNext 2.0. Melalui program ini, pelajar seawal semester pertama di universiti perlu menjalani profiling kerjaya dalam portal tersebut. Pihak industri dan Talent Corp Sdn. Bhd. bekerjasama untuk memilih pelajar mengikut kriteria tertentu dalam portal setelah permohonan dilakukan oleh pelajar. Program SIP memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan industri tanpa kredit semasa cuti semester. Menerusi program ini, pihak industri juga dapat memilih dan melatih pelajar yang berpotensi untuk digilap lebih awal sebagai pekerja mereka. Industri mempunyai peranan utama sebagai rakan strategik dengan terlibat dan bekerjasama dengan universiti dan fakulti secara khususnya dalam penawaran latihan industri berkredit. Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar prasiswazah di antara tempoh sepuluh (10) sehingga dua belas (12) minggu atau satu semester penuh bergantung kepada keperluan program akademik tersebut. Peranan industri adalah menyediakan latihan secara berstruktur dalam tempoh yang telah ditetapkan. Prestasi pencapaian pelajar akan dinilai secara berkala oleh penyelia di industri dan pensyarah kursus WBL. 1.4.2 Rakan Strategik


10 Program bersifat sangkutan industri setelah pelajar bergraduan atau dikenali sebagai program apprenticeship turut dilaksanakan atas permintaan industri. Terdapat industri yang menggunakan program ini sebagai tahap kemasukan (entry level) kepada bakal pekerja di organisasi mereka. Tempoh program kebiasaannya di antara enam (6) sehingga dua belas (12) bulan dan prestasi graduan dinilai dari semasa ke semasa. Graduan turut menerima elaun yang bersesuaian dan khidmat sokongan lain daripada industri. Mereka akan diserapkan sebagai pekerja tetap setelah selesai program bergantung kepada prestasi dan pemahaman bersama antara graduan dan industri. Universiti perlu bersikap proaktif dan sentiasa terbuka dengan perubahan yang terjadi dalam pasaran kerjaya semasa serta mengambil inisiatif yang berupaya mendekatkan hubungan kerjasama akademia dengan industri. Keseimbangan masukan dan keluaran daripada kedua-dua pihak ini dapat menentukan keupayaan graduan untuk mengisi kekosongan yang ada dalam pasaran kerjaya, sekaligus membantu pemulihan ekonomi negara dan taraf sosioekonomi keluarga. Alumni memainkan peranan yang besar dalam perkembangan dan pelaksanaan WBL melalui perkongsian pengalaman dan memberi maklum balas untuk penambahbaikan kurikulum serta membantu memudahkan pengurusan akademik di antara universiti dan industri. Alumni di industri juga merupakan salah satu saluran yang membolehkan kelestarian pelaksanaan WBL. Alumni Universiti tertakluk kepada polisi dan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) termasuk tatacara pengurusan dan pelaksanaan WBL yang telah diterbitkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Penyediaan polisi ini selari dan mencakupi ruang lingkup tujuan pelaksanaan WBL dan kepentingannya kepada pembangunan pelajar, pemantapan kurikulum dan kebolehpasaran graduan. Selain KPT, terdapat juga kementerian lain yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan WBL seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kementerian & Agensi Kerajaan


11 Penglibatan Agensi / NGO dalam perancangan dan pelaksanaan WBL bergantung kepada kesesuaian program akademik. Mereka berperanan sebagai penyedia platform bagi melaksanakan WBL selaras hasil pembelajaran kursus yang telah dirancang dalam program akademik. Agensi / Badan Bukan Kerajaan (NGO) Envision 2025 telah menjadikan sinergi sebagai satu (1) teras dalam pelaksanaan kerja berpasukan antara pelbagai pusat tanggungjawab (PTJ) dalam universiti. Pusat Kerjaya UTM (UTMCC), Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Pusat Inovasi Mahasiswa & Keusahawanan Teknologi (UTMXCITE) merupakan PTJ yang boleh membantu dalam mendapatkan penempatan pelajar bagi pelaksanaan WBL. UTM Sinergi ENVISION 2025 Bagi menjayakan Envision 2025, kerjasama dan penglibatan rakan strategik dalam pelaksanaan WBL di UTM menjadi satu keperluan penting. Strategi pelaksanaan WBL haruslah mengambil kira teras quadruple helix yang memberi peranan yang sesuai kepada semua pihak yang terlibat.


12 1.5 • KEPENTINGAN WBL a) Memupuk autonomi pembelajaran, pembangunan diri, pentaksiran kendiri, dan mengaplikasi pengetahuan dalam konteks pekerjaan sebenar. b) Menambah pengetahuan dan kemahiran dengan menggunakan tempat kerja sebagai medium untuk memperolehi pembelajaran berasaskan kerja. c) Mendapatkan pemahaman tentang peluang pekerjaan dan tanggungjawab melalui pengalaman langsung semasa bekerja. d) Memupuk sikap positif terhadap kerja dan rakan sekerja serta meningkatkan kemahiran interpersonal. e) Memupuk sikap, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya yang dipilih. f) Membentuk rasa tanggungjawab dan amalan kerja yang baik yang boleh meningkatkan kematangan seseorang individu sehingga mampu bekerja dengan cekap. g) Membangunkan kemahiran bekerja yang seimbang tanpa menjejaskan kualiti kehidupan. h) Meluaskan jaringan industri dan meningkatkan peluang untuk memperoleh pekerjaan. i) Meningkatkan pemahaman beretika dan menggalakkan kesedaran amalan beretika di peringkat individu dan korporat. Pelajar berpeluang untuk : 1.5.1 Pelajar 1.5.2 Industri dan Majikan a) Memperolehi prospek pekerja yang berpotensi bagi mengisi kekosongan jawatan di industri. b) Mengurangkan pengambilan/latihan/kos masa hadapan untuk pekerja baharu. c) Menyumbang kepada pembangunan program akademik yang selari dengan keperluan industri semasa di universiti. Industri atau majikan mempunyai peluang untuk: 1.5.3 Pensyarah a) Mengekalkan hubungan dan meluaskan jaringan dengan industri. b) Memperoleh pendedahan berkaitan perkembangan semasa di industri. c) Berkolaborasi dalam pembangunan akademik dan penyelidikan. Pensyarah berpeluang untuk:


13 1.5.4 Universiti a) Mereka bentuk kurikulum program akademik akademik sesuai dengan keperluan semasa industri. b) Menawarkan mod pembelajaran yang lebih fleksibel kepada pelajar. c) Memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar dalam persekitaran sebenar pekerjaan. d) Memberi pendedahan kepada staf akademik berkenaan prosedur dan amalan industri semasa. e) Mengekalkan hubungan dan meluaskan jaringan dengan industri. f) Mencapai sasaran kebolehpasaran graduan di industri yang terkemuka. Universiti berpeluang untuk:


14 Pembangunan reka bentuk kurikulum WBL memerlukan penelitian untuk memastikan tujuan, matlamat dan hasil pembelajaran program serta kursus WBL tercapai. Struktur kurikulum WBL boleh dibentuk menerusi penglibatan dan persetujuan bersama di antara pihak UTM dan industri. Penyampaian kurikulum WBL adalah fleksibel mengikut keperluan semasa industri, namun masih mengekalkan hasil pembelajaran program akademik. Penyampaian kurikulum WBL mesti dilaksanakan di tempat kerja dan diselia oleh penyelia industri yang berkelayakan melalui lantikan UTM dan industri. Bilangan kredit WBL tertakluk kepada reka bentuk dan kaedah penyampaian yang dipersetujui oleh UTM dan industri. 2.1 • PENGENALAN REKA BENTUK KURIKULUM WBL Sesuatu kursus akademik ditakrifkan sebagai Kursus WBL sekiranya kursus tersebut mengandungi 30% atau lebih elemen WBL yang merangkumi Jam Pembelajaran Pelajar (SLT), kandungan kursus dan pentaksiran. Sesuatu program akademik ditakrifkan sebagai Program WBL sekiranya 20% daripada jumlah kredit program tersebut mengandungi kursus WBL. 2.2 • DEFINISI KURSUS & PROGRAM WBL DI UTM


No. Struktur Kurikulum WBL Definisi 1 Kesedaran (Awareness) 5% elemen WBL daripada jumlah kandungan kursus dan pentaksiran 2 Lepasan Harian (Day Release) 30% atau lebih elemen WBL daripada jumlah kandungan kursus dan pentaksiran 3 Lepasan Blok (Block Release) Melibatkan minimum satu (1) semester di industri, di mana keseluruhan kursus berkredit adalah kursus WBL Mengikut “Guidelines to Good Practices Work-based Learning” dari MQA, terdapat dua (2) bentuk struktur kurikulum WBL iaitu Lepasan Harian (Day Release) dan Lepasan Blok (Block Release). Namun begitu, struktur kurikulum WBL di UTM terbahagi kepada tiga (3) seperti di Jadual 2.1. Jadual 2.1: Struktur kurikulum WBL dan definisi 15 2.3 • STRUKTUR KURIKULUM WBL DI UTM Tahap pelaksanaan WBL dalam sesebuah program akademik digariskan seperti berikut: Tahap 1 Menerapkan kategori kesedaran dalam kursus/program akademik Tahap 2 Menerapkan kategori kesedaran dan lepasan harian dalam program/kursus akademik Tahap 3 Menerapkan kategori kesedaran, lepasan harian dan lepasan blok dalam program/kursus akademik Setiap program akademik di UTM disarankan untuk memenuhi pelaksanaan kursus WBL pada Tahap 2 iaitu setiap program akademik di UTM perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) kursus dalam kategori kesedaran dan sekurang-kurangnya satu (1) kursus dalam kategori lepasan harian WBL.


16 Kurikulum WBL bagi kategori kesedaran bertujuan sebagai pendedahan awal kepada pelajar konsep WBL secara menyeluruh dalam program akademik. Pelaksanaan WBL di bawah kategori ini diwajibkan untuk sekurang-kurangnya satu kursus bagi setiap program akademik dan dicadangkan ketika pelajar berada di tahun satu. Sekurangkurangnya 5% daripada jumlah kandungan kursus dan pentaksiran diperuntukkan bagi struktur kurikulum WBL yang melibatkan kategori kesedaran. Penyampaian kurikulum WBL kategori kesedaran boleh dilaksanakan melalui aktivitiaktiviti seperti lawatan lapangan, menghadiri kursus pendek, pelaksanaan tugasan projek dan pembelajaran servis di industri. Manakala, selari dengan hasil pembelajaran kursus yang telah ditetapkan, pentaksiran terhadap aktiviti-aktiviti tersebut perlu dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan WBL yang telah diterapkan dalam kandungan kursus. Kaedah pentaksiran bagi kategori kesedaran boleh dilakukan melalui penulisan laporan, tugasan atau kuiz secara individu atau kumpulan (mengikut kesesuaian). Jadual 2.2 menunjukkan contoh-contoh pelaksanaan WBL kategori kesedaran yang boleh dilaksanakan. 2.3.1 Kesedaran (Awareness) Kursus Contoh Pelaksanaan WBL SKPP 1313 Fundamentals of Petroleum Engineering Kursus ini dilaksanakan bagi pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia di tahun satu (1). Kursus ini mendedahkan semua bahagian penting dalam kejuruteraan petroleum seperti carigali, penggerudian, pengeluaran dan pengangkutan minyak dan gas. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan dan menjalankan lawatan ke sektor yang berbeza. Seorang pelajar dibenarkan mengikuti satu lawatan sahaja. Pentaksiran bagi pendekatan WBL ini boleh dilakukan melalui pembentangan dalam kumpulan mengikut sektor yang telah dilawat oleh pelajar. SKAB 2112 Bahan Kejuruteraan Awam Kursus ini dilaksanakan bagi pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam di tahun dua (2). Kandungan kursus ini merangkumi pengenalan terhadap pembuatan konkrit. Pelajar diajar tentang proses pembuatan konkrit, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat konkrit iaitu simen, batu, pasir dan air. Pendekatan WBL dalam kategori kesedaran boleh dijalankan menerusi lawatan ke tapak pembinaan (industri). Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan sebenar tentang proses pembuatan konkrit dan penggunaannya. Pentaksiran bagi pendekatan WBL ini boleh dilakukan melalui tugasan laporan ringkas oleh pelajar. SMJP 2143 Electronics Kursus ini dilaksanakan bagi pelajar di Malaysia-Japan Institute of Technology di tahun dua (2). Kandungan kursus ini merangkumi pengenalan dan fungsi komponen-komponen elektronik yang diguna pakai oleh peralatan elektronik. Pendekatan WBL dalam kategori kesedaran boleh dijalankan melalui lawatan ke kilang pembuatan komponen elektronik. Lawatan tersebut bertujuan membantu pelajar melihat proses pembuatan komponen elektronik di samping lebih memahami konsep kerja komponen-komponen tersebut. Pentaksiran bagi pendekatan WBL ini boleh dilakukan melalui kuiz secara individu. Jadual 2.2: Pelaksanaan WBL kategori kesedaran


17 Lepasan harian adalah pelaksanaan kursus WBL yang menggabungkan pembelajaran di universiti dan industri. Bahagian teori dilaksanakan di universiti oleh pensyarah kursus manakala bahagian praktikal dikendalikan oleh penyelia industri di tempat kerja. Penyampaian kurikulum dan pentaksiran dijalankan bersama oleh kedua-dua pihak pensyarah kursus dan penyelia industri. Cadangan pentaksiran WBL yang boleh dijalankan adalah melalui pentaksiran pensyarah, pentaksiran penyelia industri, laporan dan pembentangan. Kurikulum WBL kategori lepasan harian perlu memperuntukkan sekurangkurangnya 30% elemen WBL daripada keseluruhan kursus. Pelan pengajian perlu mengambil kira keperluan SLT kursus lain dalam semester yang sama bagi mengelakkan bebanan kepada pelajar. Bagi program akademik di UTM, WBL secara lepasan harian boleh dilaksanakan pada hari selasa iaitu hari ko-kurikulum atau pada hujung minggu bergantung kepada persetujuan pelajar dan penyelia industri mengikut kesesuaian dan ketetapan fakulti masing-masing. Kursus WBL secara lepasan harian boleh ditawarkan di antara semester 3 hingga semester 6 dalam program pengajian. Kriteria pemilihan industri perlu selaras dengan hasil pembelajaran kursus atau program. Selain itu, pemilihan industri juga perlu mengambil kira jarak lokasi industri dari kampus dan nisbah pelajar kepada industri agar proses pelaksanaan komponen WBL dalam kursus berjalan lancar. Lokasi industri bagi penempatan pelajar dicadangkan tidak lebih 35 kilometer dari kampus dan sesebuah industri boleh menerima tidak lebih dari lima (5) orang pelajar dalam satu semester. Cadangan berikut diusulkan agar pendekatan WBL ini tidak mendatangkan beban kepada pelajar dan pihak industri. Pelaksanaan WBL kategori lepasan harian boleh dilaksanakan mengikut modelmodel kurikulum yang telah dikenalpasti seperti dalam Jadual 2.3 bagi kursus 3 jam kredit (SLT 120 jam bersamaan 150). Terdapat dua model yang disarankan iaitu Model 1 di mana pelaksanaan 30% diperuntukkan untuk elemen WBL yang merangkumi jam SLT, peratusan pentaksiran dan hasil pembelajaran kursus di industri, manakala peratusan selebihnya (70%) di universiti. Bagi Model 2 kursus WBL lepasan harian atau separa WBL, 50% elemen WBL diperuntukkan merangkumi jam SLT, peratusan pentaksiran dan hasil pembelajaran kursus di industri dan selebihnya di universiti. 2.3.2 Lepasan Harian (Day Release)


18 Model WBL Lepasan Harian Model 1 Model 2 70% Universiti, 30% Industri 50% Universiti, 50% Industri Universiti Industri Universiti Industri Jam SLT (ELT) 84 36 (45) 60 60 (75) Pecahan peratus bagi pentaksiran 70% 30% 50% 50% Pecahan peratus bagi hasil pembelajaran 70% 30% 50% 50% Cadangan jadual mingguan Minggu 1-9 Teori (Active Learning) Minggu 10-13 *6 hari (8 jam sehari) atau *12 hari (4 jam sehari) Minggu 1-6 Teori (Active Learning) Minggu 7-13 *10 hari (8 jam sehari) atau *20 hari ( 4 jam sehari) Minggu 14 Pembentangan Minggu 14 Pembentangan * Boleh dilaksanakan secara kumulatif Jadual 2.3: Model WBL kategori lepasan harian


19 Jadual 2.4. merupakan contoh pelaksanaan Model 1 WBL lepasan harian bagi kursus SRTI 2033 Computer Aided Industrial Design. Walau bagaimanapun, perancangan jadual boleh dijalankan secara fleksibel mengikut persetujuan bersama industri dan pensyarah kursus. Minggu Topik Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Pentaksiran Ulasan 1 Introduction Solidworks interface Kuliah Pentaksiran adalah berdasarkan kepada pentaksiran berterusan (tugasan dan kuiz) Fasa Pertama: Teori 2 Orthographic Drawing Kuliah dan tutorial 3 3D Modelling Kuliah dan tutorial 4 Component Drawing Kuliah dan tutorial 5 Lighting Kuliah dan tutorial 6 Rendering Kuliah dan tutorial 7 Animation Kuliah dan tutorial 8 Perbincangan dan pengenalan projek Active learning 9 Perbincangan dan pengenalan projek Active learning 10-13 WBL – Aplikasi topik bergantung kepada keperluan industri. Pentaksiran Industri (10%) Pentaksiran Pensyarah (10%) Laporan (5%) Pembentangan (5%) Fasa Kedua: WBL 14 Pembentangan - Jadual 2.4: Contoh Model 1 (kursus SRTI 2033 Computer Aided Industrial Design)


20 Kurikulum WBL kategori lepasan blok merupakan pelaksanaan WBL secara penuh di mana pelajar akan menjalani keseluruhan semester di industri. Penyampaian kurikulum bagi struktur lepasan secara blok dijalankan sepenuhnya di industri oleh penyelia industri dan pensyarah kursus hanya menyediakan bahan pembelajaran secara teori. Walau bagaimanapun, pemantauan dan pentaksiran bagi kurikulum WBL lepasan blok perlu melibatkan penyelia industri dan pensyarah kursus. Tugasan atau projek yang diberi oleh pihak industri perlu selaras dengan hasil pembelajaran kursus yang telah digariskan oleh pihak universiti. Bagi kursus-kursus yang terlibat dalam kurikulum lepasan blok, pemilik program perlu memastikan kesesuaian gabungan kursus-kursus dengan cara meneliti hasil pembelajaran program kursus-kursus tersebut. Pelaksanaan kurikulum WBL lepasan blok boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu pelaksanaan di peringkat kursus dan juga di peringkat program. Beberapa model bagi kurikulum lepasan blok telah dikenalpasti dan boleh dirujuk di Jadual 2.5. 2.3.3 Lepasan Blok (Block Release) Model WBL lepasan blok Model 1 Model 2 Model 3 Pecahan peratus kredit program < 20% > 20% > 20% Peringkat pelaksanaan Kursus Program Program Cadangan pelaksanaan 1 semester lazim – 8- 18 kredit ATAU 1 semester pendek 3-8 kredit ATAU 2 semester pendek 6-16 kredit 1 semester lazim 16- 18 kredit DAN 1 semester pendek 8 kredit 2 semester lazim 16-18 kredit per semester Jumlah kredit Rujuk cadangan pelaksanaan 24-26 kredit 32-36 kredit Jadual 2.5: Model WBL kategori lepasan blok


21 Program akademik boleh ditakrifkan sebagai program akademik WBL hanya apabila lebih daripada 20% jumlah kredit dari keseluruhan kredit program melibatkan pendekatan WBL. Struktur kurikulum WBL yang melibatkan kategori lepasan blok di UTM melalui beberapa pendekatan seperti dalam Jadual 2.6. Program Akademik WBL Contoh Pelaksanaan Program Program WBL A Program melibatkan kursus WBL lepasan harian sahaja Program terdiri daripada sekurang-kurangnya 20% kursus WBL lepasan harian daripada keseluruhan jumlah kursus dalam program akademik Contoh: Bagi program akademik yang tertakluk kepada jumlah mata kredit sebanyak 135, pemilik program perlu mengenal pasti sekurangkurangnya 9 kursus WBL yang memenuhi 3 jam kredit bagi setiap kursus WBL. Setiap kursus WBL lepasan harian harus memenuhi sekurang-kurangnya 30% komponen WBL daripada keseluruhan kandungan kursus, hasil pembelajaran dan jam pembelajaran pelajar (SLT) Contoh: Pelajar berada di industri selama 6 hari (8 jam sehari) atau 12 hari (4 jam sehari) bagi setiap kursus WBL. Cadangan penyampaian komponen WBL dalam kursus adalah melalui pembelajaran servis, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek dan lawatan lapangan. Program WBL B Program melibatkan pendekatan WBL lepasan blok dan lepasan harian. Program terdiri daripada sekurang-kurangnya 20% kursus WBL lepasan harian daripada keseluruhan jumlah kursus dalam program akademik dan 1 semester lepasan blok. Contoh: Setiap kursus WBL lepasan harian harus memenuhi sekurang-kurangnya 30% komponen WBL daripada keseluruhan kandungan kursus, hasil pembelajaran dan jam pembelajaran pelajar (SLT). Program WBL C Program melibatkan pendekatan WBL lepasan blok sepenuhnya iaitu sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah kredit program. Rujuk Model 2 dan 3 bagi pendekatan WBL secara lepasan blok. Jadual 2.6: Pelaksanaan program akademik WBL di UTM a. 1 semester lazim lepasan blok melibatkan 18 jam kredit dan beberapa kursus WBL lepasan harian melibatkan 9 jam kredit (3 kursus WBL) pada semester yang berbeza b. 2 semester pendek lepasan blok melibatkan 16 jam kredit dan beberapa kursus WBL lepasan harian melibatkan 12 jam kredit (4 kursus WBL)


22 Penentuan jenis kursus dan bilangan kursus bagi pelaksanaan WBL di peringkat program harus ditetapkan selari dengan hasil pembelajaran program yang telah digariskan oleh fakulti. Kriteria kursus WBL bagi lepasan harian dan lepasan blok harus mengikut takrifan yang telah diberikan sebelum ini. Contoh bagi struktur kurikulum program WBL secara lepasan harian dan lepasan blok adalah seperti dalam Jadual 2.7. Secara amnya, pelaksanaan WBL di peringkat program memerlukan perancangan dan persetujuan yang mapan di antara pelajar, industri yang terlibat dan universiti. Oleh sebab aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di tempat kerja, industri harus memastikan sokongan dari segi persekitaran tempat kerja, kemudahan fasiliti WBL, dan penyelia yang berkelayakan bagi memastikan program WBL dapat beroperasi secara efisien. Pemilik program dan pensyarah kursus juga perlu memberi sokongan terhadap kelangsungan program WBL dari segi perancangan susun atur kursus-kursus yang terlibat, penyampaian pengajaran yang mendorong dan menginspirasi pelajar agar hasil pembelajaran yang telah digariskan dapat dicapai.


23 Tahun Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Semester 1 2 3 4 5 6 7 8 Kursus Probability & Statistical Data Analysis Discrete Structure Programming Technique 1 Programming Technique 2 Human Computer Interaction Digital Logic Technology & Information System Computer Organization and Architecture Data Mining Database System Analysis & Design Data Structure & Algorithm Network Communication Object-Oriented Programming Systems Development Technology Data Analytics Programming Artificial Intelligence High Performance Data Business Intelligence Enterprise Systems Modelling & Design Application Development Software Engineering Database Programming Database Administration Special Topic in Data Engineering Data Analytics Programming Artificial Intelligence High Performance Data Business Intelligence Enterprise Systems Modelling & Design Application Development Software Engineering Database Programming Database Administration Special Topic in Data Engineering Pelaksanaan WBL Lepasan harian Lawatan industri dan kuliah di industri Lepasan harian Pengajaran berasaskan projek dari industri Lepasan harian Seminar, lawatan industri, kuliah di industr dan pembelajaran berasaskan projek dari industri. Lepasan blok Pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya di industri Kursus WBL Technology & Information System (3 kredit) Database (3 kredit) System Analysis & Design (3 kredit) Systems Development Technology (3 kredit) Application Development (6 kredit) Software Engineering (5 kredit) Special Topic in Data Engineering (3 kredit) Semua kursus terlibat (26 kredit) Kredit WBL 3 9 14 26 Jumlah kredit 36 35 34 26 Jadual 2.7: Contoh struktur program WBL lepasan harian dan lepasan blok di UTM


24 2.4 • JENIS KURSUS WBL Kursus WBL boleh terdiri daripada kursus teras atau elektif mengikut kesesuaian yang ditentukan oleh pemilik program akademik. Kursus WBL ditawarkan oleh pemilik program akademik dan dilaksanakan di industri dengan persetujuan bersama. Pelaksanaan WBL tersebut perlu selaras dengan kandungan kursus yang telah ditetapkan. Kursus WBL perlu ditentukan semasa proses mereka bentuk / semakan kurikulum program akademik bagi memastikan hasil pembelajaran kursus dan keseluruhan program tercapai sejajar dengan penyampaian kandungan kursus dan pentaksiran pencapaian pelajar. Kursus WBL boleh dilaksanakan secara separa atau penuh untuk kedua-dua jenis WBL. Pelaksanaan WBL secara separa adalah dengan menggabungkan kursus WBL dan kursus bukan WBL dalam semester yang sama. Kursus WBL itu mengandungi elemen pembelajaran di universiti dan industri dengan nisbah 30:70, 50:50 atau 70:30. Penyampaian teori dijalankan di universiti manakala bahagian praktikal dijalankan di industri. Kursus separa WBL perlu dilaksanakan secara lepasan harian memandangkan pelajar masih perlu berada di universiti. Kursus separa WBL boleh ditawarkan di mana-mana semester pengajian dengan syarat pelan pengajian perlu mengambil kira keperluan jam pembelajaran kursus lain dalam semester yang sama bagi mengelakkan beban kepada pelajar. i Pelaksanaan WBL secara separa ii Pelaksanaan WBL secara penuh Pelaksanaan WBL secara penuh adalah apabila kursus WBL itu mengandungi elemen pembelajaran sepenuhnya di industri (100% WBL). Bagi Kursus WBL tersebut, pensyarah kursus di universiti hanya perlu menyediakan bahan pengajaran dalam talian untuk pembelajaran kendiri oleh pelajar. WBL secara penuh boleh dilaksanakan secara lepasan harian atau lepasan blok. Pelaksanaan WBL secara penuh lepasan harian boleh menggabungkan kursus WBL dan kursus bukan WBL dalam semester yang sama. Bagi kursus WBL itu, keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak industri, manakala kursus bukan WBL dilaksanakan sepenuhnya di universiti. Kursus penuh WBL lepasan harian perlu mengambil kira keperluan jam pembelajaran kursus lain dalam semester yang sama bagi mengelakkan bebanan kepada pelajar. Bagi lepasan blok, pelajar mengambil satu atau lebih kursus WBL penuh pada semester tersebut di mana kursus-kursus ini boleh dijalankan sama ada secara serentak atau modular. Contoh pelaksanaan WBL separa atau penuh dan struktur kurikulum WBL secara lepasan harian atau lepasan blok adalah seperti dalam Jadual 2.8.


25 Pelaksanaan Kursus WBL Lepasan Harian Lepasan Blok WBL secara Separa 3 kredit (kursus WBL) + 12 kredit (lain-lain kursus). Kursus WBL dilaksanakan selama 7 minggu di industri dan 7 minggu di universiti. _ WBL secara Penuh 3 kredit (kursus WBL) + 12 kredit (lain-lain kursus) Kursus WBL dilaksanakan di industri sepenuhnya (14 minggu). Keseluruhan kredit semester pengajian melibatkan kursuskursus WBL dan dilaksanakan sepenuhnya di industri. Jadual 2.8: Contoh pelaksanaan WBL di UTM Merujuk kepada Jadual 2.8, pelaksanaan separa WBL melibatkan sekurang-kurangnya 3 kredit kursus WBL dan kredit selebihnya mengikut penetapan program akademik. Jumlah bilangan jam yang diperuntukkan di industri adalah sekurang-kurangnya adalah 45 jam di industri bersamaan dengan 36 jam SLT. Selain itu, bagi kursus penuh WBL yang melibatkan lepasan khas sahaja, jumlah bilangan jam yang diperuntukkan di industri adalah sekurang-kurangnya 150 jam di industri bersamaan dengan 120 jam SLT. Jumlah bilangan jam yang diperuntukkan di industri adalah tertakluk sepenuhnya kepada jumlah kredit pelajar bagi keseluruhan semester mengikut penetapan program akademik. Ringkasan agihan jam kredit, SLT dan ELT bagi pelaksanaan WBL di UTM boleh dirujuk dalam Jadual 2.9. Secara ringkasnya, contoh jam SLT dan ELT bagi kursus WBL mengikut struktur kurikulum WBL yang berbeza adalah seperti di Jadual 2.9. Jenis Kursus WBL Kredit SLT ELT Lepasan harian (WBL 30%) 3 36 jam 45 jam Lepasan harian (WBL 100%) 3 120 jam 150 jam Lepasan blok (WBL 100%) 12 480 jam 600 jam Jadual 2.9: Agihan Jam Kredit, SLT dan ELT bagi pelaksanaan WBL di UTM


26 2.5 • JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (SLT) & JAM PEMBELAJARAN EFEKTIF (ELT) Jam Pembelajaran Pelajar atau Student Learning Time (SLT) adalah masa pembelajaran berkesan pelajar bagi melaksanakan keseluruhan aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. SLT diguna pakai bagi pelaksanaan sesebuah kursus konvensional merangkumi jam pembelajaran bersemuka, jam pembelajaran tidak bersemuka, pentaksiran, pembelajaran kendiri, persediaan pentaksiran dan persiapan tugasan dan projek. Bilangan kredit diberikan bagi melengkapkan sesebuah kursus berdasarkan penetapan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) iaitu 1 jam kredit kursus bersamaan dengan 40 jam SLT. Contohnya, jumlah SLT bagi kursus yang mempunyai jumlah 3 jam kredit ialah: SLT = 40 x jumlah jam kredit kursus SLT = 40 x 3 = 120 jam SLT Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time) ELT Jam Pembelajaran Efektif (Effective Learning Time) Jam pembelajaran efektif atau Effective Learning Time (ELT) adalah masa pembelajaran yang merangkumi kesemua elemen iaitu teori, bimbingan industri dan pentaksiran. Pengiraan jam pembelajaran pelajar bagi kursus WBL adalah berbeza daripada kursus konvensional. Bagi kursus WBL, jam pembelajaran pelajar harus mengambil kira pembelajaran efektif di mana hanya sebanyak 80% daripada pelaksanaan jam pembelajaran pelajar sebenar. ELT bagi kursus WBL boleh dikira menggunakan formula seperti berikut: SLT = ELT x 80% Secara ringkasnya, SLT bagi 1 jam kredit adalah 40 jam manakala, ELT bagi 1 jam kredit adalah 50 jam. Seterusnya, jumlah kredit bagi kursus WBL boleh dikira menggunakan formula berikut: Jumlah kredit kursus = (ELT x 80%) / 40 jam


27 Manakala, pengiraan ELT bagi kursus WBL (30%) secara lepasan harian adalah seperti berikut: Jam Pembelajaran Pelajar (SLT) bagi kursus 3 jam kredit 120 jam 5% kandungan kursus teras yang mempunyai 3 jam kredit 5% x 120 jam 6 jam Jam Pembelajaran Efektif (ELT) 6 jam / 80% 7.5 jam Pengiraan ELT dan jumlah kredit kursus adalah tertakluk kepada struktur kurikulum WBL yang ingin diterapkan dalam sesebuah program. Berikut merupakan contoh pengiraan bagi kursus WBL dalam kategori kesedaran dan secara lepasan harian. Bagi pelaksanaan kursus WBL kategori kesedaran yang melibatkan 3 jam kredit, pengiraan ELT dalam kursus adalah seperti berikut: Jam Pembelajaran Pelajar (SLT) bagi kursus 3 jam kredit 120 jam 30% kandungan kursus teras yang mempunyai 3 jam kredit 30% x 120 jam 36 jam Jam Pembelajaran Efektif (ELT) 36 jam / 80% 45 jam


28 Pembelajaran Terpandu (Guided Learning) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku secara formal. Pembelajaran terpandu boleh dilaksanakan secara bersemuka, tidak bersemuka atau teradun. Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi memastikan pembelajaran aktif berlaku. Pembelajaran Kendiri (Self-directed Learning) Pembelajaran berlaku tanpa kehadiran pensyarah atau penyelia industri. Pelajar akan diberikan tugasan melalui taklimat ringkas dan pemantauan yang minimum. Pelajar boleh menyelesaikan tugasan menggunakan pelbagai sumber yang diperoleh secara kendiri seperti perbincangan, sumbang saran, soal jawab dan dapatan maklumat dalam talian. Bimbingan Industri (Industrial Guidance) Penyelia industri berperanan sebagai pembimbing pelajar untuk memahami sesuatu tugasan yang diberikan. Pelajar berpeluang mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari semasa di universiti melalui pengalaman sebenar pembelajaran di persekitaran industri. Kursus WBL haruslah memenuhi hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut kaedah pelaksanaan yang tertentu. Kaedah pelaksanaan WBL haruslah bersesuaian dengan kandungan kursus dan boleh dijalankan secara bersemuka, tidak bersemuka atau secara teradun. Kaedah pelaksanaan secara konvensional berasaskan kandungan kursus yang telah ditetapkan di universiti. Manakala, pelaksanaan kursus WBL di industri adalah secara fleksibel mengikut keperluan kursus. Penyampaian bersemuka melibatkan pelajar dan pensyarah di universiti serta penyelia di industri. Kaedah ini boleh dijalankan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBL), pembelajaran berasaskan projek (PoBL), kajian kes, pembentangan, dan kaedah lain yang bersesuaian dengan kursus. Kaedah ini boleh dijalankan secara fizikal atau dalam talian. Penyampaian tidak bersemuka adalah kaedah pembelajaran yang dijalankan secara kendiri (Self-directed learning). Kaedah ini boleh dijalankan secara dalam talian semasa pelajar berada di industri. Akses kepada bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah melalui sistem e-learning yang disediakan oleh pensyarah di universiti. Kaedah ini adalah lebih fleksibel dari kaedah bersemuka kerana capaian kepada bahan pembelajaran adalah melalui pelbagai medium. Selain itu, WBL juga boleh dilaksanakan melalui kaedah penyampaian secara teradun. Kaedah ini adalah gabungan antara kaedah penyampaian secara bersemuka dan tidak bersemuka. Aktiviti PdP bagi kaedah ini merangkumi perbincangan dalam talian, forum, pembentangan hasil dapatan dan sebagainya. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) WBL dibahagikan kepada tiga kaedah seperti dalam Rajah 3.1. 3.1 • KAEDAH PELAKSANAAN WBL Rajah 3.1. Kaedah Pengajaran dan pembelajaran (PdP) WBL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) WBL


29 Sebelum pelaksanaan, pensyarah perlu memastikan bahawa kaedah dan instrumen pentaksiran yang diukur adalah sejajar dengan hasil pembelajaran program dan kursus yang telah ditetapkan. 1. Kaedah dan instrumen pentaksiran yang ditetapkan perlu dibincangkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu pensyarah dan penyelia industri. 2. Kaedah dan instrumen pentaksiran yang dipilih mestilah realistik dan relevan dengan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan WBL iaitu kaedah yang berupaya menguji kemampuan pelajar dan juga sesuai dengan konteks kerja di industri dan keperluan program. 3. Instrumen pentaksiran adalah seperti rubrik pentaksiran, borang pentaksiran, skema pemarkahan dan sebagainya. Instrumen ini merupakan alat ukur yang digunakan bagi mendapatkan data sebagai eviden bagi mengukur kompetensi pelajar. Kompetensi pelajar melibatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah yang digariskan oleh MQF 2.0. 4. Sebelum pelaksanaan, pensyarah mestilah memberikan instrumen pentaksiran kepada penyelia di industri dan pelajar supaya mereka jelas dengan tanggungjawab dan peranan masing-masing, proses pentaksiran dan kaedah pentaksiran yang dijalankan. Fakulti digalakkan membuat taklimat berkaitan dengan pelaksanaan pentaksiran ini kepada pensyarah, penyelia industri dan pelajar yang terlibat. 5. Pelajar tertakluk kepada peraturan akademik dalam menyelesaikan sebarang tugasan yang diberikan. 6. 3.2.1 3.2 • KAEDAH PENTAKSIRAN WBL Kaedah pentaksiran WBL adalah untuk memastikan kelancaran, kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang dilakukan oleh pensyarah universiti dan juga penyelia industri terhadap tugasan yang dilakukan oleh pelajar. Pentaksiran ini dibentuk merangkumi tiga peringkat iaitu sebelum pelajar melaksanakan WBL, semasa pelajar melaksanakan WBL dan selepas pelajar melaksanakan WBL. Pentaksiran yang dilakukan bagi tujuan WBL ini adalah bersifat formatif iaitu pelajar diberikan peluang untuk memperbaiki prestasi dari semasa ke semasa. Pentaksiran yang dijalankan adalah sebagai proses untuk pelajar belajar dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran (assessment for learning). Sebelum Pelaksanaan


30 Pensyarah dan penyelia industri perlu melakukan pentaksiran tidak kurang daripada tiga (3) kali. 1. Pentaksiran yang dijalankan hendaklah menggunakan instrumen yang diberikan. Setiap kali pentaksiran berlaku, pensyarah dan penyelia industri perlu berbincang dengan pelajar berkaitan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang boleh diperbaiki dan ditambahbaik. Perbincangan perlu dilakukan setiap kali selepas pentaksiran dan tidak melebihi daripada tiga hari selepas pentaksiran berlaku. 2. Pentaksiran adalah berdasarkan proses dan kompetensi pelajar dan bukan terhadap output atau produk yang dihasilkan. 3. Pensyarah dan penyelia juga perlu membuat laporan prestasi pelajar sebagai salah satu eviden terhadap proses dan kompetensi tersebut. 4. Pensyarah dan penyelia industri bebas memilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur. Ini termasuklah melalui kaedah pemerhatian, analisis buku log kerja, pembentangan, tugasan, projek dan lain-lain. Sila rujuk Dokumen Garis Panduan Amalan Baik : Pembelajaran berasaskan kerja (GGP : WBL) yang dikeluarkan MQA pada 25 Februari 2016 bagi mendapatkan contoh-contoh kaedah pentaksiran yang boleh dijalankan. 5. Tugasan secara berkumpulan perlulah disertakan dengan laporan minit mesyuarat dan peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan. Pelajar boleh mengemukakan bukti proses kerja berkumpulan bagi mengelakkan sebarang salah laku akademik. 6. Sekiranya berlaku salah laku akademik, ahli kumpulan dinasihatkan melapor awal kepada pensyarah atau penyelia industri supaya amaran pertama dan amaran kedua boleh diberikan sebelum pensyarah atau penyelia mengambil tindakan. Sekiranya kesalahan dapat dibuktikan dan disahkan oleh pensyarah atau penyelia, tindakan ke atas pelajar tersebut akan diambil berdasarkan peraturan akademik semasa. 7. Pentaksiran sumatif boleh dilakukan tetapi tidak melebihi daripada 20% daripada jumlah markah. Pentaksiran sumatif adalah pentaksiran yang dilakukan sekali sahaja dan pelajar tidak diberi peluang melakukan penambahbaikan ke atasnya. Contoh pentaksiran sumatif ini adalah peperiksaan akhir dan ujian lisan seperti pembentangan akhir projek. 8. Laporan yang akan dihantar oleh pelajar sama ada pentaksiran formatif atau sumatif hendaklah melalui proses semakan plagiarisme contohnya menggunakan aplikasi Turnitin. Laporan plagiarisme hendaklah tidak melebihi 20% dan pensyarah boleh menggagalkan pelajar bagi tugasan tersebut atau keseluruhan kursus sekiranya berlaku salah laku berdasarkan peraturan akademik semasa. 9. 3.2.2 Semasa Pelaksanaan


31 Pensyarah dan penyelia industri perlu memoderasi pemarkahan akhir berdasarkan kepada eviden yang diperolehi daripada pentaksiran formatif. 1. Pemarkahan bukan berdasarkan kepada purata pencapaian, tetapi berdasarkan kepada kebolehan terkini yang dapat ditunjukkan oleh pelajar. 2. Sekiranya terdapat jurang besar di antara pentaksiran pensyarah dan penyelia industri, pihak UTM boleh menghantar pensyarah lain untuk membuat pentaksiran berdasarkan laporan prestasi semasa proses pentaksiran. 3. Pemarkahan akhir perlu diserahkan kepada fakulti sebelum atau pada hari terakhir pelajar menjalani WBL. 4. 3.2.3 Selepas Pelaksanaan


32 Pelajar merekod aktiviti yang dilakukan sepanjang mereka berada di industri dengan merekod aktiviti yang telah dijalankan setiap hari termasuk aktiviti tambahan diluar kandungan silibus. Rekod tersebut perlu di sahkan oleh penyelia industri. Pelajar menyediakan laporan akhir berdasarkan tugasan yang diberi oleh penyelia industri. Pentaksiran akan dibuat melalui semakan laporan oleh pensyarah. Pelajar melaporkan pengalaman dan rumusan yang diperolehi semasa mengikuti kursus WBL di industri. Pelajar membentangkan pengalaman pembelajaran, pengetahuan dan kemahiran berdasarkan tugasan yang telah diberikan semasa di industri. 3.3 • PENTAKSIRAN PENSYARAH UNIVERSITI i Buku Log Harian ii Laporan Akhir WBL iii Refleksi Pelajar iv Pembentangan / Demonstrasi Pelajar dinilai berdasarkan prestasi dan keterampilan pelajar melalui pemerhatian oleh pensyarah semasa lawatan ke industri dan maklum balas daripada penyelia industri. v Laporan Pentaksiran Pelajar dinilai berdasarkan kebolehan mengaplikasi teori dalam situasi kerja sebenar dan keupayaan menyelesaikan tugasan yang diberikan di industri. vi Tugasan Industri / Kajian Kes / Projek Projek ini memfokuskan kepada disiplin ilmu atau permasalahan di industri. Pentaksiran adalah mengikut ketetapan program akademik masing-masing. vii Projek Sarjana Muda (PSM) dan Latihan Industri Kaedah pentaksiran kursus WBL yang boleh dilaksanakan oleh pensyarah adalah seperti berikut:


33 Pelajar dinilai berdasarkan kebolehan mengaplikasi teori dalam situasi kerja sebenar dan keupayaan menyelesaikan tugasan yang diberikan di industri. 3.4 • PENTAKSIRAN PENYELIA INDUSTRI i Laporan Tugasan Pelajar menyediakan dokumen yang mengandungi bukti-bukti dan kompilasi pembelajaran yang dilalui oleh pelajar semasa di industri. ii Portfolio Pelajar dinilai melalui dapatan projek dan aktiviti lain yang berasaskan kerja yang membantu pelajar mengaplikasikan teori atau menghasilkan kaedah penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh industri. Pentaksiran oleh penyelia industri dilakukan menggunakan rubrik projek dan bergantung kepada hasil pembelajaran kursus yang telah ditetapkan. iii Projek Pelajar membentangkan pengalaman pembelajaran, pengetahuan dan kemahiran berdasarkan tugasan yang telah diberikan semasa di industri. iv Pembentangan


34 Perjanjian Persefahaman Penggubalan Kurikulum dan Kaedah PdP Pemakluman kepada Pelajar Persediaan Pelajar Sebelum ke Industri Persediaan Pentaksiran di Industri Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Industri Pemantauan dan Pentaksiran Kajian Semula Pelaksanaan Rajah 4.1: Proses pelaksanaan WBL di UTM 4.1 • PROSES PELAKSANAAN WBL Pelaksanaan WBL di UTM secara ringkasnya bermula dengan perjanjian persefahaman di antara universiti dan industri dalam mereka bentuk kurikulum serta kaedah pengajaran dan pembelajaran sebelum ianya dilaksanakan. Semasa WBL dilaksanakan, proses pemantauan dan pentaksiran akan dilakukan untuk memastikan sebarang penambahbaikan kepada proses pelaksanaan bagi program akademik boleh dilakukan melalui kajian semula pelaksanaan WBL secara berkala. Proses pelaksanaan WBL yang lebih terperinci boleh dirujuk dalam Rajah 4.1. Proses Pelaksanaan WBL


35 Struktur kurikulum termasuk kaedah PdP akan dibangunkan oleh universiti bersama dengan industri dalam memastikan matlamat utama pelaksanaan WBL oleh kedua-dua pihak dapat dicapai. Input daripada industri akan membantu universiti dalam memastikan struktur kurikulum yang dibangunkan adalah selari dengan keperluan industri serta menghasilkan graduan yang berpengetahuan serta mempunyai kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak industri semasa. 4.1.2 Penggubalan Kurikulum dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Taklimat ringkas berkaitan pelaksanaan WBL secara umum perlu dijalankan oleh penyelaras WBL setiap fakulti kepada semua pelajar yang terlibat semasa sesi orientasi iaitu minggu pertama mereka mendaftar sebagai pelajar. Ianya bertujuan memberi pemakluman awal kepada pelajar untuk memastikan pelajar memahami keperluan menjalani PdP di industri dalam tempoh pengajian, bergantung kepada struktur kurikulum program WBL yang telah dibangunkan. 4.1.3 Pemakluman kepada Pelajar Pelajar perlu memastikan penempatan WBL telah diperolehi dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi tujuan tersebut pelajar perlu bersedia dengan resume yang bersesuaian untuk memohon penempatan WBL di industri serta melakukan persediaan untuk ditemuduga. 4.1.4 Persediaan Pelajar Sebelum ke Industri Bagi menjayakan dan melestarikan pelaksanaan WBL dalam program akademik, komitmen yang sangat tinggi diperlukan daripada tiga pihak yang utama iaitu universiti, industri dan pelajar. Demi menjamin kelancaran pelaksanaan WBL, komitmen semua pihak perlu dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian. Bentuk-bentuk perjanjian yang dicadangkan boleh terdiri daripada memorandum persefahaman (MoU), memorandum perjanjian (MoA) dan surat perjanjian kolaborasi (LoC). 4.1.1 Perjanjian Persefahaman


36 Pemantauan dan pentaksiran secara berkala membolehkan maklumat berkaitan pencapaian pelaksanaan WBL selari dengan semua aspek yang telah dirancang semasa struktur kurikulum WBL dibangunkan. Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan WBL berupaya mencapai hasil pembelajaran kursus dan program serta memenuhi matlamat pelaksanaan WBL yang telah ditetapkan. Pemantauan program akademik yang melibatkan WBL dilihat secara menyeluruh termasuk struktur kurikulum yang telah dibangunkan, kursus yang berkaitan, PdP, kaedah pentaksiran, persekitaran pembelajaran atau industri yang dipilih, sumber pendidikan dan fizikal (termasuk sumber pendidikan digital) dan input daripada staf, pelajar serta panel penasihat industri. Sebarang risiko perlu dikenalpasti dan diuruskan untuk tujuan penambahbaikan program secara berterusan bagi semua bidang. 4.1.7 Pemantauan dan Pentaksiran Kajian semula pelaksanaan program WBL adalah penting bagi menyemak sama ada matlamat pelaksanaan WBL yang ditetapkan telah dicapai. Ianya bertujuan untuk memastikan graduan bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga menguasai kemahiran yang diperlukan oleh industri seiring dengan keperluan semasa. 4.1.8 Kajian Semula Pelaksanaan Universiti dan industri perlu bekerjasama dalam mengenal pasti kaedah pentaksiran yang bersesuaian dengan kandungan kursus yang akan disampaikan di industri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelia industri bertanggungjawab sepenuhnya memberi pentaksiran kepada pelajar dan akan dipantau oleh pensyarah universiti dalam memastikan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam kursus dan program dicapai. 4.1.5 Persediaan Pentaksiran di Industri Proses PdP boleh berlaku sama ada secara separa atau sepenuhnya di industri bergantung kepada kategori WBL yang dibangunkan dalam struktur kurikulum program. Industri perlu menyediakan penyelia industri yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menyelia pelajar. Penyelia industri bertanggungjawab dalam proses pengajaran dan pentaksiran pelajar serta membimbing pelajar untuk mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. 4.1.6 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Industri


37 Struktur kurikulum WBL di UTM terbahagi kepada tiga kategori iaitu kesedaran (awareness), lepasan harian (day release) dan lepasan blok (block release). Proses kerja bagi pelaksanaan setiap struktur kurikulum WBL di UTM digariskan bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh kursus atau program dan menjamin kelestarian pelaksanaan WBL secara terurus. 4.2 • PROSES KERJA PELAKSANAAN WBL DI UTM Proses kerja bagi pelaksanaan WBL kategori kesedaran boleh dirujuk melalui carta alir dalam Rajah 4.2. Di peringkat perancangan WBL kategori kesedaran, pemilik program perlu mengenal pasti kursus yang bersesuaian, kaedah penyampaian, kaedah pentaksiran dan prospek industri yang mampu membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran kursus. Pensyarah kursus perlu mengenal pasti industri yang sesuai dan mendapatkan maklum balas serta persetujuan pihak industri bagi pelaksanaan aktiviti WBL di industri. Setelah proses pemilihan dan persetujuan pihak industri dicapai, permohonan pelaksanaan dan bajet bagi aktiviti di industri perlu dilakukan sehingga mendapat kelulusan. Sebelum pelajar menjalankan aktiviti di industri, taklimat berkenaan perancangan aktiviti, hasil pembelajaran kursus WBL dan kaedah pentaksiran yang ditetapkan harus disampaikan kepada pelajar. Aktiviti WBL berlaku di industri dan melibatkan keseluruhan pelajar dalam kursus tersebut. Penyelia industri mengendalikan aktiviti WBL sepenuhnya di industri manakala pensyarah kursus bertanggungjawab mengendalikan aktiviti pentaksiran setelah aktiviti WBL selesai. Selain daripada aktiviti pentaksiran, pensyarah kursus perlu mendapatkan maklum balas daripada pelajar dan pihak industri bagi penambahbaikan pelaksanaan WBL kategori kesedaran pada masa hadapan. Surat atau sijil penghargaan boleh diberikan kepada pelajar dan industri setelah aktiviti WBL selesai dijalankan. 4.2.1 Proses Kerja Kategori Kesedaran


38 4.2.2 Mula Kenalpasti kursus, kaedah penyampaian dan kaedah pentaksiran Maklum balas industri Rajah 4.2: Carta alir proses kerja WBL kategori kesedaran Proses kerja bagi kategori lepasan harian dan blok melibatkan tiga (3) fasa iaitu perancangan kursus WBL, penempatan pelajar di industri dan pelaksanaan serta pentaksiran WBL. Proses Kerja Kategori Lepasan Harian dan Lepasan Blok Kenalpasti industri Permohonan pelaksanaan aktiviti di industri Permohonan bajet bagi aktiviti di industri Pembentangan bajet Pelaksanaan aktiviti Pentaksiran Surat/ sijil penghargaan kepada penyelia industri & Pelajar Selesai Penambahbaikan pelaksanaan WBL Setuju Tidak Setuju Tidak Lulus Lulus


Click to View FlipBook Version