The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku panduan ini adalah bertujuan sebagai rujukan secara umum kaedah pelaksanaan WBL di UTM.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UGS UTM, 2024-06-04 23:31:58

Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) UTM

Buku panduan ini adalah bertujuan sebagai rujukan secara umum kaedah pelaksanaan WBL di UTM.

Keywords: UTM,WBL

39 4.2.2.1 Rajah 4.3 menunjukkan fasa perancangan kursus WBL yang bermula dengan penetapan kategori WBL yang akan dilaksanakan sama ada lepasan harian atau lepasan blok. Kursus-kursus WBL yang bersesuaian perlu dikenalpasti agar menepati hasil pembelajaran program yang telah ditetapkan. Seterusnya, kaedah pentaksiran dan prospek industri yang sesuai perlu ditetapkan oleh penyelaras kursus WBL. Penyelaras kursus harus memastikan rakan industri adalah relevan dan berintegriti agar pendekatan WBL yang dirancang mampu dilaksanakan dengan baik. Di samping itu, bagi menjamin kelancaran pelaksanaan kursus-kursus WBL, penyelaras WBL perlu memastikan terdapat perjanjian antara rakan industri yang telah dikenalpasti bersama pihak UTM. Fasa Perancangan Kursus WBL Rajah 4.3: Carta alir proses kerja perancangan kursus WBL Mula Penetapan kategori WBL (lepasan harian Atau lepasan blok) Sesuai Kenalpasti kursus-kursus WBL Selesai Penetapan industri Penetapan pentaksiran Ya Tidak Perjanjian di antara universiti dan industri Pelaksanaan kursus WBL Kajian semula pelaksanaan WBL


40 4.2.2.2 Rajah 4.4 menunjukkan proses penempatan pelajar di industri yang melibatkan tindakan pelajar, rakan industri dan penyelaras kursus WBL sebelum kursus dijalankan. Taklimat penempatan pelajar wajib diadakan oleh penyelaras WBL kepada semua pelajar yang akan menjalani kursus WBL seawal satu semester sebelum kursus WBL dilaksanakan. Fasa Penempatan Pelajar di Industri Rajah 4.4: Carta alir proses penempatan pelajar di industri Ya Mula Taklimat penempatan pelajar Keputusan industri Permohonan industri Tidak Penerimaan tawaran Persediaan dokumen penempatanindustri Lantikan penyelia industri Selesai Tidak Terima Terima


41 4.2.2.3 Proses kerja bagi fasa pelaksanaan dan pentaksiran WBL adalah berdasarkan carta alir dalam Rajah 4.5. Setelah proses penempatan pelajar di industri selesai, satu taklimat persediaan kursus WBL wajib diadakan sebelum pelajar melaporkan diri di industri oleh penyelaras kursus WBL. Pelajar harus melapor diri dan menjalani pembelajaran di industri mengikut ketetapan kursus WBL di bawah seliaan penyelia industri. Bagi kursus WBL lepasan harian, pelajar akan meneruskan pembelajaran di industri setelah selesai penyampaian teori di universiti. Semasa berada di industri, pelajar bertanggungjawab untuk mengisi buku log mengikut ketetapan yang telah dipersetujui oleh penyelia industri bagi tujuan pemantauan hasil kerja yang akan dinilai oleh pensyarah kursus WBL. Selain itu, pelajar juga dikehendaki membuat pembentangan hasil dapatan dan pengalaman daripada industri menerusi sesi perbincangan bersama penyelia industri dan pensyarah kursus WBL. Fasa Pelaksanaan dan Pentaksiran WBL Pelajar membuat permohonan penempatan kepada rakan industri yang mempunyai perjanjian persefahaman dengan UTM dan yang telah dikenalpasti oleh penyelaras WBL. Keputusan penempatan pelajar di industri adalah tertakluk kepada keputusan pihak industri. Pihak industri berhak untuk menerima atau menolak permohonan penempatan pelajar di syarikat melalui justifikasi yang adil. Sekiranya pelajar ditolak oleh industri, pelajar perlu berbincang dengan penyelaras kursus WBL dan memohon penempatan di industri lain yang dicadangkan oleh penyelaras WBL. Bagi pelajar yang telah menerima tawaran penempatan, pelajar perlu menyediakan dokumen bagi urusan lapor diri untuk diserahkan kepada industri sebagai tanda penerimaan pelajar memilih organisasi tersebut. Pihak industri perlu melantik penyelia industri bagi memberi bimbingan kepada pelajar di industri. Pelantikan secara rasmi kepada penyelia industri akan dikeluarkan oleh pihak UTM bersama skop tugas dan peranan.


42 Setelah pelajar tamat pembelajaran di industri, pelajar perlu menghantar laporan beserta borang maklum balas kepada pensyarah kursus WBL. Penyelia industri dan pensyarah kursus WBL akan melakukan pentaksiran kepada prestasi kemajuan pelajar di industri dengan mengisi borang pentaksiran. Pensyarah kursus WBL akan memasukkan gred dalam sistem markah UTM dan melaporkan maklumat analisa keputusan akhir kursus kepada Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (TDA) di peringkat fakulti. Menerusi analisa keputusan akhir kursus dan maklum balas daripada pelajar serta industri, cadangan penambahbaikan pelaksanaan WBL akan dilaporkan oleh penyelaras WBL kepada fakulti. Penglibatan pelajar dan penyelia industri dalam melaksanakan WBL boleh diberikan surat atau sijil penghargaan setelah aktiviti WBL selesai. Rajah 4.5: Carta Alir Pelaksanaan dan Pentaksiran WBL Mula Proses penempatan pelajar di industri* Surat lantikan penyelia industri* Selesai Taklimat & persediaan pentaksiran kepada penyelia industri Taklimat & persediaan pentaksiran kepada pelajar Pemantauan & pentaksiran berkala Penggredan & penyelarasan markah Surat / sijil penghargaan kepada industri & pelajar *Berlaku sebelum semester bermula Penambahbaikan pelaksanaan WBL


43 Penglibatan universiti dan industri dalam pengurusan WBL adalah amat penting bagi menjayakan pelaksanaannya. Jawatankuasa Pembelajaran Berasaskan Kerja (JK WBL) Universiti berperanan sebagai penyelaras pelaksanaan WBL bagi semua program akademik yang ditawarkan di UTM. Jawatankuasa WBL Universiti dianggotai oleh Sekolah Pengajian Prasiswazah (School of Undergraduate Studies, UGS), Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (TDA) dan penyelaras WBL fakulti. Fakulti turut digalakkan untuk melantik JK WBL di peringkat fakulti bagi mengurus dan memantau pelaksanaan WBL mengikut program. 4.3 • PENGURUSAN PELAKSANAAN WBL DI UTM 4.3.1 Jawatankuasa WBL Universiti yang diterajui oleh UGS berperanan dalam memastikan pelaksanaan WBL di peringkat fakulti dirangka dan dilaksanakan berdasarkan struktur kurikulum WBL yang telah dibangunkan. Skop tugas dan tanggungjawab jawatankuasa adalah merujuk kepada Garis Panduan Amalan Baik: Pembelajaran Berasaskan Kerja (MQA, 2016) seperti berikut: Menyelaras, memantau dan membuat penjajaran pelaksanaan kurikulum WBL supaya mengikut garis panduan, mencapai kualiti dan menepati piawaian MQA. 1. Menyelaras perjanjian (Mou/ MoA/ LoC) dan menjalinkan kerjasama dengan industri yang dipilih atau dicadangkan oleh pihak fakulti supaya industri boleh terlibat secara merentas fakulti. 2. Mengadakan promosi, insentif dan penerangan (roadshow) secara berpusat kepada pihak industri bagi menarik minat industri multinasional yang berpotensi dan berimpak tinggi seperti Petronas, Intel, Google, Nestle dan sebagainya untuk terlibat sama. 3. Menjalankan kajian dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk memastikan keberkesanan WBL melalui maklum balas berkaitan dan mengenalpasti masalah dan kekangan yang timbul semasa proses pelaksanaan WBL. 4. Menyalurkan dan menyelaras peruntukan kewangan yang sesuai kepada pihak fakulti mengikut tahap dan kategori WBL yang dilaksanakan di peringkat fakulti. 5. Memberikan sokongan dari segi aspek kebajikan pelajar semasa menjalani WBL, menggalakkan industri memberikan elaun kepada pelajar dan lainlain yang difikirkan bersesuaian. 6. Peranan Jawatankuasa WBL Universiti


44 Rajah 4.6: Carta Organisasi Jawatankuasa WBL Universiti Struktur jawatankuasa WBL UTM adalah terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, pelaksana di peringkat fakulti iaitu Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, TDA) dan Penyelaras WBL Fakulti seperti dalam Rajah 4.6. Pengerusi WBL Universiti Timbalan Pengerusi WBL Universiti Pelaksana WBL Universiti Timbalan Dekan (Akademik dan Hal EHwal Pelajar) Penyelaras WBL Fakulti } } UTM Fakulti


45 Jawatan Terma Rujukan Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat JK WBL Universiti. Merancang dan memantau pelaksanaan pelan tindakan WBL secara menyeluruh di peringkat UTM. Memastikan proses pemantauan dan penambahbaikan WBL secara menyeluruh dilakukan secara berterusan oleh semua fakulti. Timbalan Pengerusi Membantu mempengerusikan mesyuarat JK WBL Universiti sekiranya diperlukan. Membantu dalam pelaksanaan pelan tindakan WBL secara menyeluruh di peringkat UTM. Membantu memastikan proses pemantauan dan penambahbaikan WBL secara menyeluruh dilakukan secara berterusan oleh semua pihak fakulti. Mengenal pasti penyelesaian berkaitan isu-isu dalam pelaksanaan WBL merentas fakulti. Timbalan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (TDA) Merancang pembangunan program WBL di fakulti. Merangka perjanjian persefahaman di antara UTM dan industri. Menyeragam dan melancarkan proses pelaksanaan WBL berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Memastikan pelaksanaan WBL agar berkualiti dan sesuai dengan keperluan program secara berterusan. Mengenal pasti masalah dan kekangan dalam melaksanakan WBL. Menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi berdasarkan perbincangan bersama dengan jawatankuasa WBL Universiti. Memastikan kelestarian pelaksanaan WBL di fakulti. Bekerjasama dengan industri dalam pembangunan kurikulum, pelaksanaan dan pentaksiran kursus WBL secara berterusan. Terma rujukan bagi setiap ahli jawatankuasa WBL Universiti adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4.1.


46 Jawatan Terma Rujukan Penyelaras WBL Fakulti Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan serta pentaksiran WBL mengikut ketetapan program. Memohon bajet perbelanjaan pelaksanaan semua kursus WBL di fakulti. Menganalisis dan membentangkan pencapaian hasil pembelajaran semua kursus WBL di fakulti setiap semester Mendapatkan maklum balas daripada semua pemegang taruh berkaitan pelaksanaan WBL untuk penambahbaikan berterusan dan melaporkan kepada fakulti. 4.3.2 Peranan Universiti dalam pengurusan WBL adalah untuk memastikan program yang ingin melaksanakan WBL perlu mempunyai rakan industri yang akan bekerjasama dalam program. Industri yang ingin bekerjasama wajib menandatangani MoU bagi menunjukkan komitmen industri dalam pelaksanaan kurikulum WBL. Selain itu, universiti turut berperanan untuk menyediakan proses dan prosedur yang sesuai pelaksanaan WBL seperti dalam maklumat kursus (course information) yang menggunakan format ELT. Peranan Universiti dan Industri 4.3.3 Pensyarah kursus WBL berperanan untuk merancang pelaksanaan dan pentaksiran kursus WBL mengikut struktur kurikulum program bersama dengan penyelia industri. Selain itu, pensyarah kursus turut bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan bajet perbelanjaan agar pelaksanaan kursus WBL dapat berjalan dengan lancar. Di akhir semester, pensyarah perlu merekodkan markah keseluruhan pelajar termasuk input daripada penyelia industri dan menganalisis pencapaian hasil pembelajaran kursus WBL. Bagi memastikan kelestarian pelaksanaan kursus WBL, maklumbalas daripada pelajar dan penyelia industri perlu dilaporkan untuk tujuan penambahbaikan berterusan. Peranan Pensyarah Kursus WBL Jadual 4.1 : Terma Rujukan JK WBL Universiti


47 4.3.4 Kerjasama penyelia industri adalah faktor utama dalam kelestarian pelaksanaan kursus WBL. Penyelia industri berperanan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti WBL di industri bersama dengan pensyarah kursus WBL. Kaedah dan pendekatan terbaik perlu dirancang agar pengalaman industri yang dilaksanakan dapat membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran kursus yang telah ditetapkan. Selain itu, penyelia industri turut bertanggungjawab dalam pemantauan dan pentaksiran prestasi pelajar di industri bersama pesyarah kursus WBL. Peranan Penyelia Industri Pelajar perlu memahami kaedah pelaksanaan WBL dalam kursus yang terlibat sama ada teras atau elektif dalam setiap program yang diikuti. Pelajar perlu merujuk maklumat berkaitan WBL seperti spesifikasi program dan maklumat kursus (course information) sebelum mereka mengikuti kursus WBL pada semester yang ditawarkan. Bergantung kepada struktur kurikulum WBL yang dirangka dan yang ditawarkan oleh setiap program yang diikuti, pelajar perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan seperti berikut: Peranan Pelajar Memberikan komitmen yang sebaiknya untuk semua aktiviti bagi kursus WBL yang diambil pada semester tersebut sehingga selesai sepenuhnya dan berjaya mendapat gred yang ditetapkan seperti kursus bukan WBL. 1. Melaksanakan aktiviti PdP dan tugasan WBL yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak industri dan fakulti masing-masing sama ada secara individu atau berkumpulan. 2. Melengkapkan dan menghantar dokumen pentaksiran kepada pensyarah kursus WBL untuk pentaksiran. 3. Mematuhi dan menyelesaikan jam pembelajaran mengikut format ELT yang telah ditetapkan dan direkodkan di dalam buku log atau menggunakan lainlain kaedah yang ditetapkan oleh pihak industri dan universiti. 4. Mematuhi peraturan dan etika bekerja di industri, peraturan kerahsiaan, peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kod amalan serta memahami hak sebagai pekerja. 5. Memberikan kerjasama kepada kedua-dua belah pihak iaitu pensyarah kursus dan penyelia industri. 6. Kekal dengan syarikat yang telah ditetapkan sepanjang pelaksanaan WBL dan tidak berpindah atau bertukar ke industri lain tanpa alasan kukuh yang diluluskan oleh pihak fakulti. 7. 4.3.5


48 Buku panduan ini adalah bertujuan sebagai rujukan secara umum kaedah pelaksanaan WBL di UTM. Terdapat pelbagai kaedah WBL yang boleh dilaksanakan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam buku panduan ini bergantung kepada kesesuaian kursus atau program yang telah dikenalpasti dan kekuatan kerjasama di antara universiti dan industri. Pelbagai reka bentuk kurikulum, penyampaian dan pentaksiran telah dijelaskan termasuk contohcontoh yang bersesuaian untuk dijadikan panduan. Kejayaan pelaksanaan WBL sama ada di peringkat kursus atau program terletak sepenuhnya melalui gabungan dan kerjasama erat di antara universiti, industri dan pelajar. Peranan ketiga-tiga pihak ini telah diperincikan secara jelas bagi memastikan kelestarian pelaksanaan WBL di UTM. Walaupun terdapat kepelbagaian kaedah dan fleksibiliti dalam melaksanakan WBL, semua kursus atau program WBL masih tetap tertakluk kepada piawaian dan polisi kebangsaan, universiti dan institusi termasuk badan profesional dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran memenuhi hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Buku panduan ini diharapkan dapat menjadi rujukan dalam merangka hala tuju, pembangunan dan pelaksanaan WBL di UTM. KESIMPULAN RUJUKAN 1. MQA (2016). Garis Panduan Amalan Baik: Pembelajaran Berasaskan Kerja. 2. Dokumen dan Polisi daripada KPT. 3. UTM Envision 2025 Sodiechowska, P. and Maisch, M. (2006). Educational Action Research, 14, 267-286. 4. Boud, D. and Solomon, N. (2001). 'Work-Based Learning: A New Higher Education?', 5. 6. Taylor & Francis Inc.


Click to View FlipBook Version