BLUEPRINT PROGRAM KELESTARIAN PERNIAGAAN 2023
Blueprint Program Kelestarian Perniagaan empowerNCER 2023
Penaung Malaysian Design Development Corporation (DDEC) Northen Corridor Economic Region (NCER) Penasihat Ts. Dr. Norsaidatul Akmar Binti Mazelan Pengurus Projek Norbaizura Binti Ikhazam Farah Wahida Binti Jamaludin Sidang Pengarang Ketua Pengarang Rohaniah Binti Mohd Nor Penolong Pengarang Datin Shuryati Binti Datuk Shuaib Nur Syafirah Binti Mazlan Nor Shafira Binti Mat Azmi Jawatankuasa Grafik dan Penjilidan Sustainable Bussiness Network Association Malaysia Jurulatih Ts. Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan Muzammil Mardzuki Janet Tong Bee Lan Yang Suselawati Zakaria Norazila Abdul Hameer Anja Juliah Abu Bakar Rita Murni Zainal Abidin PENGHARGAAN Think Plus Academy merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada semua yang telah menyumbang ilmu,idea dan kepakaran dalam menjayakan pembangunan Blueprint Pelaporan Program Kelestarian Perniagaan (SustCoach), di mana dengan keringat dan usaha semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan Blueprint ini telah direalisasikan dengan amat cemerlang. Besar harapan agar Blueprint ini akan menjadi rujukan utama dalam membantu dalam melaksanakan pelaporan bagi inisiatif mampan oleh bagi mencapai aspirasi DDEC dan NCER ke arah kemampanan selaras dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Syukur ke hadrat Allah SWT atas Rahmat dan Kurnia-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta semua para sahabat dan para tabii. Think Plus Academy ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak berkepentingan yang telah terlibat dalam Program Kelestarian Perniagaan (SustCoach). Tidak lupa juga kepada usahawan-usahawan terpilih dari negeri Perak, juga kepada jurulatih-jurulatih, pegawai-pegawai lapangan DDEC dan NCER, serta kepada semua pegawai di ibu pejabat DDEC dan NCER, diucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen yang tidak pernah luntur, masa yang diluangkan, dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang program intensif selama 3 bulan ini. Komitmen dan usaha yang gigih dari semua yang terlibat telah menjadi pendorong utama kepada kejayaan program ini. Melalui usaha bersama, maka kefahaman yang mendalam tentang kemampanan dalam dunia perniagaan telah dapat dirangsang dengan cemerlang. Sumbangan semua, sama ada dalam pembelajaran, pengajaran, atau pemudahcaraan, telah menjadi permata yang amat berharga dalam membentuk masa depan amalan perniagaan yang lestari dan mampan. Seiring dengan berakhirnya program ini, Think Plus Academy dengan setulus hati mendoakan agar tindakan dan usaha yang dilakukan telah dapat memberikan timbal balik yang terbaik untuk semua. Semoga benih kelestarian yang ditaburkan terus berkembang dan mekar dalam perniagaan yang diceburi dan komuniti yang meluas. Semoga Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya yang tidak terbatas, memberikan ganjaran dan membalas usaha murni semua dalam mencipta persekitaran perniagaan yang lebih lestari dan mampan. Tanggungjawab yang mulia ini, diyakini ia bukan sahaja dapat memberikan kesan yang positif dan berimpak tinggi terhadap ekonomi dan alam sekitar yang disayangi. Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat kerana menjadi bahagian penting dalam perjalanan transformasi ini. Think Plus Academy berharap perubahan positif dan amalan kelestarian dapat di usahakan dengan lebih gigih lagi. Sekian, Salam Hormat. Think Plus Academy Sdn Bhd PENANDA WACANA
ISI KANDUNGAN TAJUK Glosari Singkatan Perspektif Bab 1 Pendahuluan Bab 2 Latar Belakang Projek Kajian 2.1 Carta Organisasi Kejurulatihan 2.2 Profil Jurulatih 2.3 Usahawan Program Bab 3 Visi Dan Aspirasi 3.1 Kaedah Bab 4 Modul 4.1 Keterangan Modul Bab 5 Struktur Sistem Persijilan Dan Penganugerahan 5.1 Struktur Sistem 5.2 Pensijilan Bab 6 Way forward 6.1 Power of Integration Bab 7 Bidang Tumpuan Blueprint SustCoach 7.1 SDG 7.2 Kelestarian / Kemampanan Dalam Pengurusan Projek (Green Project Management) 7.3 Kelestarian perniagaan Bab 8 Pelaksanaan Projek (Standard P5) 8.1Pengenalan 8.2 Penilaian Gap Analysis 8.3 Impak Pelaksanaan Idea-Idea baru oleh Usahawan 8.4 Skor Penilaian Usahawan Keseluruhan 8.5 Anugerah Kemampanan GPM Malaysia 8.6 Manfaat dari Penganugerahan Kemampanan Bab 9 Laporan Kelestarian Perniagaan untuk Setiap Usahawan Bab 10 Faedah Program SustCoach Bab 11 Rumusan Rujukan Appendix I Appendix II MUKA SURAT v-viii ix x 1-2 3-10 11-13 14-20 21-23 24-27 28-31 32-38 39-40 41-42 43-45 46-47 48-66 67-72
Adaptasi Penyesuaian dengan keadaan atau dengan sesuatu yang baru Aspirasi Keinginan yang kuat untuk mencapai harapan, tujuan, atau cita-cita yang dimiliki oleh individu atau kelompok masyarakat. Advokasi Tindakan atau proses memperjuangkan, mempertahankan, atau mendukung suatu isu, gagasan, atau tujuan tertentu Blueprint Sebuah kerangka panduan pelaporan yang mengandungi perancangan, penyusunan dan pelan tindankan bagi pelaksanaan kegiatan dalam sesuatu organisasi, komuniti atau pengurusan secara bersepadu dan mampan. Ekonomi rendah karbon (LCE) Ekonomi rendah karbon (LCE) atau ekonomi ternyah karbon ialah ekonomi berasaskan sumber tenaga yang menghasilkan tahap pelepasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah) Ekosistem Sistem yang terbentuk daripada hubungan timbal balik dan tidak dapat dipisahkan antara hidupan dan persekitarannya yang saling berinteraksi satu sama lain dalam suatu lingkungan yang tertentu. Efektivitas Ukuran sejauh mana suatu tindakan, program, proses, atau strategi berhasil mencapai tujuannya atau mencapai hasil yang diharapkan empower Ncer Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Gas Rumah Hijau (GHG) Gas yang terdapat di atmosfera yang menyumbang kepada kesan rumah hijau dengan menyerap radiasi infra merah dan memerangkap haba GLOSARI v
Holistik Suatu sistem bersepadu yg menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja Hortikultur Seni penanaman bunga dan sayur sayuran Impak Merujuk kepada kesan, efek, pengaruh, atau hasil yg ketara dari suatu tindakan, peristiwa, atau kejadian terhadap sesuatu atau seseorang Kebutuhan Sesuatu yang diperlukan oleh individu atau kelompok untuk memenuhi kehidupan, kesejahteraan, atau tujuan tertentu Kecekapan Tenaga Penggunaan sumber tenaga dengan lebih berkesan melalui teknologi dan proses Kelestarian Pengekalan sesuatu perkara dalam keadaan asal atau keadaan yang berkaitan dengan usaha mengekalkan serta memelihara keasliannya Kemampanan Kemampuan untuk memelihara dan mempertahankan kondisi atau proses mengekalkan perubahan dalam cara yang seimbang dan harmoni bagi meningkatkan potensi masa kini dan masa depan bagi memenuhi keperluan dan aspirasi manusia Kemahiran Insaniah (Softskills) Kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Kesenjangan Ukuran sejauh mana suatu tindakan, program, proses, atau strategi berhasil mencapai tujuannya atau mencapai hasil yang diharapkan vi
Kesinambungan Kelanjutan, keterusan atau kekekalan suatu proses, sistem, atau keadaan yang bersinambungan seiring waktu. Mampan Mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik Mengadaptasi Tindakan yang diambil untuk membantu komuniti mengurangkan risiko dan mengurus impak akibat daripada perubahan iklim Mengoptimalkan Menjadikan perancangan paling baik atau paling tinggi dengan kecekapan maksimum. Mitigasi Satu siri usaha untuk mengurangkan risiko bencana, baik melalui pembangunan fizikal dan kesedaran mahupun peningkatan kapasiti untuk menghadapi ancaman bencana. Pemberdayaan Proses pembangunan di mana masyarakat berinisiatif untuk memulai proses kegiatan sosial untuk memperbaiki situasi dan kondisi diri sendiri. Perubahan Iklim Sebarang perubahan iklim bagi tempoh jangka masa panjang sama ada secara langsung atau tidak langsung yang merujuk kepada perubahan dalam purata keadaan iklim, kebarangkalian keadaan melampau, atau mana-mana bahagian dalam iklim. Proaktif Menggambarkan sikap atau perilaku individu atau organisasi yang aktif, berusaha untuk mengidentifikasi dan mengatasi masalah atau situasi sebelum masalah tersebut muncul atau menjadi lebih serius Sosioekonomi Kajian hubungan antara ekonomi dan sosial dan analisis tentang saling hubungan antara faktor sosial dan ekonomi dalam masyarakat vii
SustCoach Sustainability Coaching – Kaedah bimbingan untuk meningkatkan pemakaian elemen kemampanan dalam model perniagaan demi untuk mengurangkan kos operasi dan pembaziran, meningkatkan kualiti impak sosial, mutu produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dan keuntungan, di samping tidak merosakkan alam sekitar dalam menjalankan operasi perniagaan, Teknologi rendah karbon (LZC) (Teknologi karbon rendah dan sifar (LZC) teknologi yang mengeluarkan tahap pelepasan CO2 yang rendah, atau tiada pelepasan CO2 bersih) Way Forward Frasa dalam bahasa Inggeris yang digunakan untuk merujuk kepada rencana atau tindakan yang akan diambil untuk melanjutkan atau memajukan suatu situasi atau projek viii
B40 Golongan masyarakat yang berpendapatan rendah, di mana 40% daripada penduduk Malaysia adalah dalam kategori ini CSR Tanggungjawab Sosial Korporat DDEC Pusat Pembangunan dan Reka bentuk Malaysia atau Malaysia Design Development Centre GPM Green Project Management ISO Organisasi Standard Antarabangsa KIDA Lembaga Kemajuan Industri dan Perdagangan Antarabangsa NCER Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara SDGs Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainability Development Goals SME Perusahaan Kecil Sederhana SWOT Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman SustCoach Sustainability Coaching UN United Nation (Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu) SINGKATAN x
PERSPEKTIF Dalam era globalisasi dan persaingan yang semakin sengit serta serba canggih, kemampanan perniagaan telah menjadi faktor utama dalam kejayaan jangka panjang bagi sesebuah organisasi. Program kemampanan perniagaan bertujuan untuk memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan berkesan, bertahan dan memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang. Dalam menyediakan rangka tindakan program kelestarian perniagaan, kami memberi tumpuan kepada empat aspek utama, iaitu kemampanan ekonomi, kelestarian alam sekitar, kelestarian sosial dan kelestarian budaya. Dengan mengambil kira semua aspek ini, kami ingin mewujudkan satu program yang seimbang dan mampan dalam jangka masa panjang. Untuk mencapai matlamat kemampanan perniagaan, kami telah menyediakan pelan tindakan yang komprehensif dan bersepadu. Kami berharap pelan tindakan ini boleh menjadi panduan berguna dan mendorong organisasi lain untuk menjalankan perniagaan yang mampan. Dalam rangka mencapai tujuan kelestarian perniagaan, kami telah menyiapkan blueprint yang komprehensif dan bersepadu. Kami berharap agar blueprint ini boleh menjadi panduan yang berguna dan memotivasikan organisasi lain untuk menjalankan perniagaan yang berkesinambungan dengan elemen mampan dan kelestarian.
PENDAHULUAN BAB 1 1
Dalam era yang serba pantas ini, adalah penting untuk kita memahami kemampanan perniagaan. Perniagaan yang berjaya bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi peniaga dan negara, malah membantu menyokong kelestarian masyarakat dan alam sekitar. Justeru, sebagai langkah proaktif, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCER) sebagai penaja dan Pusat Pembangunan dan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) sebagai pelaksana di bawah label empowerNCER telah menganjurkan Program Kelestarian Perniagaan Usahawan (SustCoach) yang bertujuan memperkasakan ekonomi dan pengetahuan usahawan terpilih di negeri Perak. Program SustCoach ialah singkatan dari “sustainability coaching” yang mengindikasikan program atau pendekatan yang memfokuskan kepada kejurulatihan dan bimbingan dalam keupayaan untuk mencapai kemampanan dalam berbagai-bagai konteks, seperti perniagaan, persekitaran, mahupun aspek sosial. Program ini telah bermula pada Julai 2023 dan berakhir pada Oktober 2023. Program ini telah dibiayai sepenuhnya oleh NCER. Usahawan program ini terdiri daripada 20 orang usahawan yang telah melalui proses tapisan yang ketat oleh DDEC. Pemilihan kesemua usahawan ini adalah berdasarkan kepada prestasi pencapaian dan juga potensi mereka untuk terus berkembang dan menyokong ekosistem perniagaan di negeri Perak. Program SustCoach ini dibangunkan khususnya adalah untuk memberikan pemahaman yang mendalam tentang strategi pemasaran yang berkesan, pengurusan kewangan yang bijak, pengembangan inovasi produk, dan penggunaan teknologi terkini dalam perniagaan masing-masing. Selain itu, program ini juga menyediakan platform untuk usahawan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka, yang akan membina jaringan dan memperkukuhkan hubungan dalam komuniti perniagaan di negeri Perak. Justeru, untuk memastikan program ini berjalan lancar dan dapat memberikan manfaat yang optimum kepada semua, ThinkPlus Academy telah membawa 7 orang jurulatih yang memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 12 tahun dalam bidang perniagaan. Setiap jurulatih dipilih adalah berdasarkan keilmuan dan kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing, seperti pemasaran, kewangan, pengurusan, inovasi dan teknologi. Justeru, melalui gabungan pengalaman kesemua jurulatih ini, para usahawan telah mendapat fasilitator yang berkualiti dan berkebolehan terutama dalam memperkukuhkan dan memperkembangkan strategi perniagaan mereka. Think Plus Academy Sdn Bhd mengharapkan agar program inovatif dan berimpak tinggi ini dapat mendorong semangat kelestarian dan kemampanan perniagaan di negeri Perak. Melalui program ini usahawan telah dapat menguatkan perniagaan, memperluas pasaran dan mencapai kejayaan yang lebih besar, sekali gus menyumbang kepada kelestarian komuniti dan alam sekitar sepertimana yang dihasratkan kan oleh Negara Malaysia. 2
LATAR BELAKANG PROJEK KAJIAN BAB 2
Program SustCoach merupakan program yang mencantumkan dua (2) kaedah pembelajaran untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap kepada usahawan dalam menjalankan perniagaan yang mempunyai ciri-ciri kelestarian dan kemampanan iaitu: Dua kaedah serentak ini memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran pengurusan projek dan juga pengurusan kewangan yang mempunyai ciri-ciri kemampanan yang boleh diukur dan di tingkatkan kemajuannya mengikut prestasi usahawan. Objektif Program SustCoach - Kemahiran & Keusahawanan memberikan usahawan pengetahuan dan keupayaan yang diperlukan untuk meningkatkan pendapatan atau menjadi pemilik perniagaan yang berprestasi tinggi. Matlamat 1.Meningkatkan Kesedaran Kemampanan dalam Perniagaan Meningkatkan kesedaran peniaga dan individu yang terlibat berkaitan isu-isu kemampanan dan impak terhadap alam sekitar, sosial, dan ekonomi dalam aktiviti perniagaan mereka 2. Mengurangkan Impak Alam Sekitar Membantu usahawan mengenal pasti dan mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar, seperti pembuangan sisa, penggunaan tenaga yang tidak efisien, dan amalan perniagaan yang kurang mesra alam. 3.Meningkatkan Penglibatan Sosial dan Tanggungjawab Membantu usahawan menjadi lebih peka dalam hal sosial dan bertanggungjawab untuk menyokong komuniti setempat, melebarkan kumpulan pelanggan, dan melaksanakan amalan pengambilan pekerja dengan baik. 4. Mengenal Pasti Peluang Perniagaan Baru Membantu usahawan dalam mengenal pasti peluang perniagaan baru berkaitan dengan nilai tambah perniagaan, seperti membangunkan produk atau perkhidmatan yang lebih berkualiti dan yang boleh menjana pendapatan tambahan. 5. Meningkatkan Reputasi dan Jenama Membantu meningkatkan reputasi perniagaan dengan menjalankan operasi yang cekap, amanah dan beretika sebagai matlamat utama. Matlamat ini penting kerana usahawan dilihat sebagai pemimpin perniagaan dekat dengan persekitaran alam di samping membina jenama yang kukuh. Kaedah Bimbingan Latihan 4
2.1 Pelaksanaan Program Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh NCER dan dilaksanakan oleh DDEC. Think Plus Academy Sdn Bhd sebagai penyedia latihan telah dilantik untuk menjalankan program Kelestarian Perniagaan (SustCoach) kepada 20 orang usahawan terpilih daripada seluruh negeri Perak. 2.1.1 Jurulatih Untuk menjayakan kursus ini, Think Plus telah membawakan 7 orang jurulatih dan seorang ketua jurulatih untuk menjalankan bimbingan dan latihan di sepanjang tempoh program ini. 5
Profil Jurulatih 6
7
8
9
Berikut ialah jumlah usahawan yang menyertai program mengikut daerah dan jenis perniagaannya. 10
VISI DAN ASPIRASI BAB 3
Visi dan aspirasi program latihan dan bimbingan kelestarian perniagaan adalah untuk mewujudkan ekosistem yang mendukung perkembangan dan kelestarian perniagaan melalui Pembangunan keterampilan dan pengetahuan para usahawan. Tujuan utamanya memberikan dukungan penuh dalam memastikan perniagaan dapat bertahan dalam persaingan yang semakin kuat dan berubah dengan pantas. 1. Meningkatkan kemampuan dan kualiti usahawan Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan keterampilan para usahawan, baik dalam pengurusan, pemasaran, kewangan, hingga penggunaan teknologi dan inovasi terbaru. Dengan demikian, mereka akan mampu menghadapi cabaran yang dihadapi oleh perniagaan saat ini dan yang mendatang. 2. Mendorong kerjasama dan pertukaran pengetahuan Selain memberikan Latihan dan bimbingan, program ini juga akan menjadi platform untuk kolaborasi dan pertukaran pengetahuan antara para usahawan. Mereka akan memiliki kesempatan untuk saling belajar dan bertukar pengalaman yang dapat membantu dalam pengembangan perniagaan mereka. 3. Memudah cara akses ke sumber dan jaringan Program ini akan membantu usahawan dalam mengakses sumber daya yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka, seperti pembiayaan, konsultasi ahli, dan peluang jaringan perniagaan. Dengan adanya akses yang lebih mudah, mereka akan lebih mampu mengoptimalkan potensi perniagaan dan mengatasi cabaran yang ada. 3.1 KAEDAH 3.1.1 Kejurulatihan atau jurulatih Kejurulatihan Kejurulatihan merujuk kepada proses atau program latihan yang diberikan kepada individu atau kumpulan individu dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan keupayaan mereka dalam sesuatu bidang tertentu. Ia boleh merangkumi pelbagai aspek, termasuk pendidikan formal, latihan teknikal, pembangunan kemahiran, atau pembelajaran berterusan. Kejurulatihan boleh berlaku dalam pelbagai konteks, seperti dalam pendidikan, perniagaan, sukan, kesihatan, dan banyak lagi. Jurulatih Jurulatih merujuk kepada individu yang bertanggungjawab untuk memberikan latihan atau pembimbingan kepada individu atau kumpulan individu dalam sesuatu bidang tertentu. Jurulatih ialah individu yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman dalam bidang tertentu dan menggunakan pengetahuan ini untuk membantu people lain belajar dan meningkatkan kemahiran mereka. Jurulatih boleh bekerja dalam pelbagai kapasiti, seperti dalam perniagaan, sukan, pendidikan, pembangunan peribadi, atau bidang lain yang memerlukan latihan dan pembimbingan. Secara ringkas, kejurulatihan merujuk kepada proses atau program latihan, manakala jurulatih ialah individu yang memberikan latihan atau pembimbingan dalam konteks tersebut. Jurulatih adalah orang yang menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada individu yang sedang menjalani proses kejurulatihan. 12
3.1.2 Peranan Jurulatih Jurulatih memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan dan memaksimakan potensi semua usahawan yang terlibat dalam program ini. Sebagai jurulatih, interaksi aktif dengan para usahawan menjadi sebuah kunci kejayaan dalam mencapai tujuan program yang meliputi 12 modul yang disediakan. 13
MODUL BAB 4
Item Modul Tajuk Modul Masa 1 Modul 1 Penerangan tentang Kerangka P5 (P5 Framework) 6 jam latihan = 3 jam bimbingan 2 Modul 2 Analisis Berdasarkan Lokasi dan Persekitaran Usahawan 6 jam latihan = 3 jam bimbingan 3 Modul 3 Kelestarian Produk, Proses, dan Kewangan 6 jam latihan = 3 jam bimbingan 4 Modul 4 Program Baru Diperlukan untuk Usahawan. Resepi Baharu untuk Kelestarian 6 jam latihan = 3 jam bimbingan 5 Modul 5 Latihan Analisis SWOT 6 jam latihan = 3 jam bimbingan 6 Modul 6 Business on Community Branding 6 jam latihan = 3 jam bimbingan 7 Modul 7 Mengapa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 6 jam latihan = 3 jam bimbingan Modul Kelestarian Perniagaan adalah terdiri daripada 12 modul iaitu: 15
8 Modul 8 Penilaian impak Mampan Kepada Komuniti dan Pelanggan 6 jam latihan = 3 jam bimbingan 9 Modul 9 Cara Membangunkan Pelan Pemasaran Kelestarian 6 jam latihan = 3 jam bimbingan 10 Modul 10 Pembangunan, Pemakaian, dan Aplikasi Digital 6 jam latihan = 3 jam bimbingan 11 Modul 11 Keusahawanan Secara "Social Enterprise" 6 jam latihan = 3 jam bimbingan 12 Modul 12 Kepimpinan Dalam Kelestarian 6 jam latihan = 3 jam bimbingan • 6 jam Latihan bersamaan dengan 3 jam bimbingan 16
4.1 Keterangan Modul 4.1.1 Modul 1 – Penerangan tentang Kerangka P5 (P5 Framework) Modul 1 memberi penjelasan tentang penggunaan Kerangka P5 dalam pembangunan perniagaan lestari, melalui contoh-contoh praktikal yang menjelaskan tentang komponen dan kepentingannya. Usahawan akan dapat menjelaskan tentang konsep dasar Kerangka P5, penerapannya dalam membangun perniagaan lestari, serta mendapatkan pemahaman yang lebih dalam. 4.1.2 Modul 2 - Analisis Berdasarkan Lokasi dan Persekitaran Usahawan Modul 2 menerangkan tentang proses analisis lokasi dan lingkungan perniagaan mereka. Usahawan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran penting tentang menganalisis serta kaedah yang berkesan untuk meningkatkan operasi perniagaan. Dalam modul ini juga, usahawan mempelajari teknik analisis perniagaan dan lokaliti setempat dengan penekanan khusus kepada aspek geografi dan sosioekonomi. Pengetahuan dan kebolehan ini diperlukan agar usahawan mampu mengoptimalkan pilihan lokasi dan lingkungan perniagaan serta membantu mereka membuat keputusan strategik yang baik dan mampan pada masa hadapan. 4.1.3 Modul 3 - Kelestarian Produk, Proses, dan Kewangan Modul 3 berfokus pada strategi peningkatan kelestarian produk dan proses perniagaan bagi usahawan. Usahawan dibekalkan dengan panduan bagi pengurusan kewangan yang efektif dalam konteks kelestarian. Usahawan mendapat bimbingan dalam melakukan penilaian biaya dan manfaat jangka panjang yang berorientasi kelestarian. Modul ini juga turut memberi pengetahuan untuk menerapkan strategi kelestarian dan meningkatkan efisiensi serta mengurangi impak negatif pada persekitaran dan komuniti setempat. Selain itu, modul ini juga menjelaskan tentang kepentingan pengurusan kewangan bijak dalam mencapai kelestarian jangka panjang di samping turut menyediakan pengetahuan dan keterampilan yang diperlukan agar usahawan dapat mengintegrasikan konsep kelestarian ke dalam produk, proses, dan pengurusan kewangan mereka. 4.1.4 Modul 4 - Program Baru Diperlukan untuk Usahawan. Resepi Baharu untuk Kelestarian Modul 4 bertujuan untuk memberikan motivasi kepada usahawan dalam merangka cipta program-program baharu yang memberi keutamaan pada kelestarian. Modul ini memandu usahawan dalam mencari dan melaksanakan resepi yang inovatif bagi mendorong pertumbuhan yang berterusan dalam konteks kelestarian. Melalui modul ini juga, usahawan diberi pengetahuan bagi mengenal pasti peluang inovasi yang berfokus pada aspek kelestarian dalam perniagaan mereka. 17
Seterusnya modul ini turut memberikan panduan berkaitan perancangan programprogram baharu yang dapat mempromosikan kelestarian dalam berbagai-bagai aspek, termasuk penggunaan sumber, pengurangan pembaziran, dan pemulihan alam sekitar. Ini akan dapat memberikan inspirasi dan pengetahuan yang diperlukan kepada usaha dalam membangunkan program-program yang menyokong kelestarian dan memperkuat pertumbuhan perniagaan dalam jangka panjang. 4.1.5 Modul 5 – Latihan Analisis SWOT Modul 5 bertujuan memberikan ilmu dan kemahiran dalam menggunakan pendekatan analisis SWOT. Usahawan akan dapat mengidentifikasikan kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman yang berkaitan dengan perniagaan mereka. Modul ini turut memberikan pemahaman mendalam tentang penggunaan analisis SWOT sebagai alat efektif dalam proses pengambilan keputusan strategik. Langkah-langkah yang sesuai bagi melakukan analisis SWOT yang komprehensif melalui penggalian informasi yang relevan untuk setiap aspek serta panduan dalam menginterpretasikan hasil analisis berdasarkan keputusan yang dihasilkan daripada analisis SWOT. Tujuan utama modul ini adalah untuk menyediakan para usahawan dengan keterampilan praktikal yang diperlukan untuk menerapkan analisis SWOT dalam pembuatan keputusan strategik mereka seterusnya meningkatkan prestasi dan keberhasilan bisnes mereka. 4.1.6 Modul 6 - Business on Community Branding Modul 6 memfokuskan pada penyampaian nilai kemasyarakatan dalam membangun jenama perniagaan mereka. Modul ini memberikan panduan tentang bagaimana mendirikan hubungan jangka panjang dengan komuniti lokal. Usahawan memahami pentingnya penglibatan aktif dengan komuniti dan bagaimana menjalin hubungan yang bermanfaat baik bagi perniagaan mereka mahupun komuniti setempat. Modul ini membahas strategi untuk membangun reputasi positif dan membangun jenama perniagaan mereka melalui keterlibatan dengan komuniti. Usahawan juga diajari bagaimana mengidentifikasi keperluan dan harapan komuniti serta menyesuaikan strategi perniagaan mereka dengan memperhatikan nilai-nilai komuniti. Sasarannya adalah memberikan kepada para usahawan keterampilan dan pengetahuan yang diperlukan untuk membangun hubungan yang kuat dengan komuniti, memperkuat jenama perniagaan, dan mencapai manfaat jangka panjang bagi semua pihak yang terlibat. 4.1.7 Modul 7 - Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Modul 7 memberi penekanan terhadap pentingnya Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam konteks perniagaan moden. Modul ini juga menggambarkan cara usahawan dapat memberikan sumbangan positif kepada masyarakat melalui praktik CSR. 18
Dalam modul ini, dijelaskan bahwa CSR semakin penting kerana paradigma perniagaan telah berubah. CSR membawa sejumlah manfaat, termasuk peningkatan reputasi dan kepercayaan pengguna, kemampuan untuk menarik dan mempertahankan bakat terbaik, serta mengurangi risiko sosial dan alam sekitar. CSR membawa sejumlah manfaat, termasuk peningkatan reputasi dan kepercayaan pengguna, kemampuan untuk menarik dan mempertahankan bakat terbaik, serta mengurangi risiko sosial dan alam sekitar. Selain itu, perusahaan yang terlibat dalam praktik CSR juga dapat menciptakan impak positif pada masyarakat dan alam sekitar. 4.1.8 Modul 8 - Penilaian Impak Mampan Kepada Komuniti dan Pelanggan Modul 8 memberi tumpuan kepada implementasi penilaian impak mampan terhadap komuniti dan pelanggan, serta memberikan panduan tentang cara mengukur impak positif dalam konteks kemampanan. Modul ini memberikan para usahawan dengan pemahaman mengapa penilaian impak mampan sangat penting dalam konteks kemampanan. Melalui penilaian ini, para usahawan dapat memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana upaya mereka dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, sosial, dan ekonomi. 4.1.9 Modul 9 - Cara Membangunkan Pelan Pemasaran Kelestarian Modul 9 memberi panduan kepada usahawan dalam merancang strategi pemasaran yang berfokus pada kemampanan, sekali gus memanfaatkan penggunaan platform digital untuk menyampaikan mesej kemampanan kepada pelanggan. Modul ini mendidik para usahawan tentang pentingnya mengintegrasikan aspek keberlanjutan dalam pelan pemasaran mereka. Pelan pemasaran kemampanan membantu memastikan bahawa produk dan inisiatif perniagaan tidak hanya menguntungkan perusahaan, tetapi juga berkelanjutan secara sosial dan persekitaran. Modul ini juga menonjolkan potensi keuntungan ekonomi yang dapat diperoleh melalui pemasaran kemampanan melalui platform digital serta menyampaikan mesej kemampanan kepada pelanggan. 4.1.10 Modul 10 - Pembangunan, Pemakaian, dan Aplikasi Digital Modul 10 memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan strategi pengembangan dan memanfaatkan platform digital bagi pertumbuhan perniagaan usahawan, serta memberikan pemahaman mengapa adopsi teknologi digital menjadi hal yang penting dalam operasi perniagaan. Memanfaatkan platform digital memungkinkan perluasan jangkauan dan aksesibiliti perniagaan mereka, menciptakan peluang-peluang baru, dan meningkatkan efisiensi operasi. Selain itu, modul ini juga menyoroti manfaat teknologi dalam peningkatan kesedaran usahawan dan produk melalui upaya pemasaran digital. 19
4.1.11 Modul 11 - Keusahawanan Secara Social Enterprise Modul 11 menekan kepada konsep keusahawanan sosial, yang menggabungkan usaha perniagaan dengan usaha membantu masyarakat untuk mengatasi masalah sosial. Dalam konteks ini, pentingnya mencapai impak sosial positif ditekankan seiring dengan keuntungan kewangan. Modul ini juga menekankan nilai-nilai yang diperlukan dalam keusahawanan sosial, seperti integriti, kegigihan dan kepemimpinan yang berintegriti. Modul ini bertujuan memberikan pemahaman tentang bagaimana keusahawanan sosial dapat memperkaya perniagaan di samping memberikan impak positif pada masyarakat. 4.1.12 Modul 12 - Kepimpinan Dalam Kelestarian Modul 12 menekankan kepada peranan penting kepemimpinan dalam konteks kemampanan iaitu mengenai kualiti kepemimpinan dan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan perniagaan agar dapat berkembang secara mampan dan beretika. Kepimpinan memainkan peranan utama dalam mendorong perubahan dan inovasi yang berterusan untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan, tanpa mengorbankan sumber daya alam dan sosial. Kualiti kepemimpinan yang diperlukan untuk mencapai kemampanan perniagaan termasuk kesedaran terhadap isu alam sekitar, kemampuan dalam pengambilan keputusan berdasarkan data dan menganalisis risiko, kebijakan dalam pengurusan sumber daya, serta pengembangan budaya organisasi yang beretika dan berfokus pada kemampanan Modul 12 bertujuan untuk membantu usahawan memahami pentingnya kepemimpinan yang berorientasi pada kemampanan dan memberikan pengetahuan serta keterampilan yang diperlukan untuk membimbing perniagaan menuju pertumbuhan yang mampan dan beretika. Melalui panduan yang diberikan dalam 12 modul ini, jurulatih mampu memberikan bimbingan yang berharga kepada para usahawan dalam membangun dan mengembangkan perniagaan yang mampan dan memberikan impak positif pada masyarakat dan alam sekitar. 4.1.13 Rumusan Rangka kerja 12 modul yang disediakan amat menitikberatkan interaksi antara jurulatih dan semua usahawan. Pembinaan interaksi positif, memahami keperluan usahawan, meningkatkan keberkesanan pembelajaran, dan menyediakan sokongan yang betul, jurulatih boleh memastikan bahawa semua.Usahawan adalah bermotivasi tinggi, boleh dibantu, dan boleh dapat manfaat maksimum daripada program latihan yang disediakan. 20
STRUKTUR SISTEM BAB 5
5.1 STRUKTUR SISTEM PERSIJILAN DAN PENGANUGERAHAN Program ini melibatkan beberapa langkah utama: 1.Pendaftaran Penyertaan Program bermula dengan usahawan mendaftarkan minat dan butiran peribadi mereka, menunjukkan keinginan untuk menyertai program ini. Langkah ini membentuk asas bagi penyertaan mereka dalam program. 2. Penyaringan Kelayakan Berdasarkan Jenis Perniagaan Kelayakan usahawan dinilai berdasarkan jenis perniagaan mereka. Penyaringan ini memastikan bahawa program sejajar dengan keperluan dan matlamat mereka yang khusus. 3. Rekod Kehadiran Latihan dan Pencapaian Usahawan (Gap Analysis) Sepanjang program, pencapaian latihan dan usahawan dipantau. Gap Analisis dijalankan untuk mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diperbaiki, memberikan usahawan pandangan yang jauh dan berharga mengenai kemajuan mereka. 4. Pembangunan Laporan Perniagaan Lestari Usahawan bekerja untuk mencipta laporan perniagaan lestari, yang berfungsi sebagai refleksi perjalanan dan pencapaian mereka dalam mengintegrasikan amalan lestari ke dalam perniagaan mereka. 5. Kelayakan Untuk Mendapat Sijil Antarabangsa Program ini membolehkan usahawan meraih Sijil Antarabangsa Advanced Certificate in Applied Sustainable Practice. Pensijilan ini mengesahkan komitmen dan kebolehan mereka dalam bidang kelestarian. 6. Anugerah Kelestarian GPM Malaysia Usahawan juga akan dapat Anugerah Kelestarian GPM Malaysia, yang memberi pengiktirafan terhadap usaha usahawan dalam membangunkan elemen kemampanan dan kelestarian dalam perniagaan mereka. 22
Program ini melayakkan usahawan untuk mendapatkan Sijil Advanced Certificate in Applied Sustainability Practice yang dikeluarkan oleh GPM Global (USA). Sijil ini merupakan pengiktirafan antarabangsa yang mengesahkan status usahawan bahawa mereka telah menjalani program latihan dan bimbingan yang berkaitan dengan kerangka Kemampanan dan Kelestarian 5P. Program ini memberikan kelebihan kepada usahawan dengan kefahaman yang mendalam dengan aplikasi secara praktikal mengenai pemilihan elemen kelestarian. Melalui latihan yang terperinci dan bimbingan yang efektif, usahawan menerima pendedahan yang komprehensif kepada konsep dan nilai integrasi yang terkandung dalam kerangka P5. Dengan mendapatkan Sijil Advanced Certificate in Applied Sustainability Practice dari GPM Global (USA), usahawan dapat pengiktirafan mengenai pengetahuan dan keterampilan mereka dalam menerapkan prinsip kelestarian dalam perniagaan. Usahawan yang memperoleh sijil ini telah mendapat manfaat yang signifikan dalam kelayakan kerjaya perniagaan mereka, terutama bagi mereka yang ingin memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan dan menerapkan amalan kelestarian di perniagaan dan organisasi mereka. 5.2 Pensijilan 23
WAY FORWARD BAB 6
Setelah 3 bulan menjalani latihan dan bimbingan dalam Kelestarian Perniagaan, 20 usahawan dalam SustCoach perlu melaksanakan beberapa langkah penting seperti berikut: 1. Pelaksanaan Usahawan perlu memulakan pelaksanaan pengetahuan dan strategi yang diperoleh semasa sesi pembimbingan dalam perniagaan masing-masing. Ini termasuk mengintegrasikan amalan kelestarian, inisiatif alam sekitar, dan langkah tanggungjawab sosial. 2. Pemantauan dan Penilaian Adalah penting bagi usahawan untuk berterusan memantau dan menilai kesan inisiatif kelestarian. Mereka perlu menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk mengesan kemajuan dan mengukur keberkesanan usaha kelestarian mereka. 3. Penyesuaian dan Peningkatan Berdasarkan hasil pemantauan dan penilaian, usahawan perlu bersedia untuk menyesuaikan strategi kelestarian perniagaan mereka yang diperlukan. Ini mungkin melibatkan perubahan dalam proses perniagaan atau matlamat kelestarian mereka. 4. Penjaringan dan Kerjasama Galakkan usahawan untuk menjalinkan kerjasama dan berjaringan dengan perniagaan dan organisasi lain yang berkongsi matlamat kelestarian mereka. Rakan kongsi dan kerjasama boleh memperbesar kesan usaha kelestarian. 5. Pensijilan dan Pengiktirafan Jika program menawarkan pensijilan atau pengiktirafan bagi pencapaian usahawan dalam bidang kelestarian, mereka perlu bekerja menuju memenuhi kriteria dan memperoleh penghargaan ini. Ini boleh meningkatkan kredibiliti dan reputasi mereka. 6. Pengembangan Kelestarian Sesetengah usahawan mungkin mempertimbangkan untuk memperluaskan inisiatif kelestarian mereka atau membesarkannya untuk mencapai khalayak yang lebih luas. Ini mungkin melibatkan pengembangan operasi, pengenalan produk atau perkhidmatan lestari, atau pelancaran kempen kelestarian. 7. Pendidikan dan Latihan Kelestarian adalah bidang yang sentiasa berkembang. Galakkan usahawan untuk terus mengikuti perkembangan terkini dan amalan terbaik dalam bidang kelestarian melalui pendidikan dan latihan lanjutan. 8. Berkongsi Kisah Kejayaan Usahawan perlu berkongsi kisah kejayaan kelestarian mereka dengan pekerja, pelanggan, dan komuniti yang lebih luas. Ini boleh memberi inspirasi kepada people lain dan mencipta reputasi positif bagi perniagaan mereka. 9. Advokasi dan Penglibatan Masyarakat Usahawan boleh menjadi penasihat bagi kelestarian, sama ada dalam industri mereka sendiri atau di peringkat dasar. Mereka boleh terlibat dalam usaha advokasi untuk mempromosikan amalan dan dasar kelestarian. 25
x. Perancangan Kelestarian Jangka Panjang Usahawan perlu membuat perancangan kelestarian jangka panjang yang meluas melebihi tempoh pembimbingan awal. Kelestarian sepatutnya menjadi komitmen berterusan yang terintegrasi dalam nilainilai asas perniagaan mereka. Langkah seterusnya bagi 20 orang usahawan ini dengan memberi tumpuan kepada integrasi jangka panjang kelestarian dalam perniagaan mereka, memastikan ia menjadi sebahagian yang mampan dan berterusan dalam operasi mereka. 6.1 Kuasa Integrasi (Power of Integration) Kerangka P5 ialah pendekatan holistik yang mempertimbangkan beberapa elemen mampan seperti ekonomi, sosial dan persekitaran yang mempengaruhi kelestarian perniagaan. Mengintegrasikan elemen mampan melalui kerangka P5 (Produk, Proses, People, Planet, Prosperity), boleh memberi keunikan, penjimatan dan pengurangan risiko dalam menjalankan operasi perniagaan. Kuasa mengintegrasikan elemen mampan ialah hak milik intelektual usahawan. P5 adalah seperti keterangan seperti di bawah: Produk Elemen produk dalam kerangka P5, adalah jenis keluaran yang dihasilkan oleh usahawan, termasuk pengeluaran barang atau perkhidmatan. 26
Proses Untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan, usahawan perlulah meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dan risiko, di samping menggunakan kaedah- kaedah yang boleh menambahkan mutu dan kualiti produk atau perkhidmatan. People "People" bermaksud melibatkan pekerja dalam amalan kelestarian, meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kelestarian, dan mencipta budaya organisasi yang berfokus pada tanggungjawab sosial dan alam sekitar. Elemen Ini juga adalah untuk meningkatkan kemajuan kerjaya pekerja dan produktiviti serta beretika tinggi Planet "Planet" merupakan impak alam sekitar seperti penggunaan bahan-bahan bakar yang mengeluarkan karbon yang tinggi, pembaziran barang buangan, penggunaan bahan yang berisiko tinggi kepada alam dan penggunaan amalan kitar semula. Prosperity “Prosperity” bermaksud kelebihan yang boleh diperoleh dalam mengurus kewangan dengan bijak dan merancang pertumbuhan perniagaan yang mampan Bersama dengan komuniti dan rakan perniagaan. Elemen ini juga memberi peluang kepada perkembangan perniagaan dengan mengenal pasti permintaan baru yang berkaitan dengan ekonomi hijau. Dengan mengintegrasikan semua elemen mampan ke dalam kerangka P5, usahawan boleh mengambil pendekatan yang lebih komprehensif dan bersepadu terhadap kemampanan. Ini membolehkan mereka menjalankan operasi yang lebih berkesan, memenuhi tuntutan pelanggan yang semakin meningkat mengenai kemampanan, mengurangkan risiko, dan meningkatkan reputasi mereka sebagai usahawan yang bertanggungjawab. Keseluruhannya, kuasa integrasi melalui kerangka P5 ialah kunci dalam mencapai dan kemakmuran kelestarian dalam perniagaan. 27
BIDANG TUMPUAN BLUEPRINT SUSTCOACH BAB 7
7.1 Sustainable Development Goals Sustainable Development Goals (SDGs) merangkumi pendekatan universal terhadap agenda pembangunan lestari. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) dengan jelasnya menyeru semua negara untuk menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengatasi cabaran perubahan iklim yang telah merosakkan aset-aset asli dunia dengan sikap pencerobohan yang berleluasa untuk meraih keuntungan tanpa mengira impak sosial dan impak persekitaran. Kerangka P5 ialah satu kaedah yang boleh membantu semua impak sosial, persekitaran dan ekonomi digabungkan dalam projek ataupun perniagaan di mana elemen- elemen mampan dalam kerangka tersebut boleh dikenal pasti dan disemak atau dipantau untuk menyahut seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam mencapai 17 matlamat SDGs. 7.2 Kelestarian/ Kemampanan Dalam Pengurusan Projek (Green Project Management) Pengenalan Kelestarian/ Kemampanan Dalam Pengurusan Projek ialah satu ilmu kompetensi yang seharusnya dipelajari oleh pengurus projek atau pengurus perniagaan. Ia merupakan ilmu yang boleh membawa kepada kebijaksanaan dalam memilih elemen-elemen mampan yang penting untuk dijadikan hasil-hasil produk ataupun perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelanggan, di mana pengeluaran kualiti produk/ perkhidmatan, pemprosesan, impak sosial, impak persekitaran serta pengiraan pulangan hasilan boleh diamalkan dengan baik untuk mengeluarkan perniagaan yang mempunyai jangka hayat yang panjang. 29
Pengurus projek atau pengurus perniagaan/ usahawan sudah boleh mengubah sikap untuk tidak lagi menggunakan prinsip 3P (Product, Process, Profit) dalam menjalankan perniagaan, akan tetapi berubah kepada aliran baru 5P(Product, Process, People, Planet, Prosperity) untuk menjadi usahawan yang mempunyai kepakaran kemampanan dalam perniagaan yang kini dipanggil kelestarian perniagaan. 7.3 Kelestarian perniagaan Pengenalan Kelestarian perniagaan atau dengan lebih tepat sekali digelar sebagai kemampanan perniagaan merujuk kepada usaha untuk menjalankan perniagaan dengan mengendalikan operasi dan amalan-amalan mampan dengan mempertimbangkan kesan sosial, alam sekitar, dan ekonomi. Pengenalan kepada kemampanan perniagaan melibatkan pemahaman dan amalan-asas berikut: 1. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perniagaan yang memahami amalan kemampanan sering terlibat dengan aktiviti CSR. Ia termasuk usaha untuk menyumbang kepada masyarakat melalui projek sosial, menyokong pendidikan, mempromosikan kesetaraan, dan amalan-amalan yang menjaga alam sekitar. 2. Kelestarian Alam Sekitar Perniagaan yang komited dengan amalan kemampanan mempertimbangkan impak operasi mereka ke atas alam sekitar dengan mengurangkan pengeluaran karbon dan sisa kelebihan serta mengamalkan penggunaan sumber tenaga yang lebih efisien. 3. Kualiti dan Keselamatan Produk Kemampanan perniagaan juga melibatkan penghasilan produk yang berkualiti dan selamat. Ini termasuk memastikan produk tidak membahayakan pengguna atau alam sekitar. 4. Pengurusan Kewangan dan Ekonomi Hijau Perniagaan yang berkelangsungan juga memerhatikan pengurusan kewangan yang bijaksana, termasuk pelaburan dalam projek dan inisiatif yang memberikan pulangan jangka panjang. Mereka juga mungkin mencari peluang dalam ekonomi hijau, seperti pembangunan produk atau perkhidmatan yang berkelanjutan. 5. Kerjasama dengan Pemegang Kepentingan Perniagaan yang berorientasikan kemampanan bekerjasama dengan pelbagai 30
pemegang kepentingan (stakeholder) termasuk pelanggan, kakitangan, pembekal, komuniti tempatan, dan pelabur. Ini membantu mencapai keseimbangan antara pelbagai kepentingan yang terlibat dalam perniagaan. 6. Pengurusan Risiko dan Kepatuhan Kemampanan juga melibatkan pengurusan risiko yang berkaitan dengan isu-isu kelestarian. Perniagaan perlu mematuhi peraturan, mengenal pasti dan mengurus risiko yang berkaitan dengan persekitaran dan sosial, serta mengambil tindakan proaktif untuk mengurangkan risiko-risiko ini. Pengenalan kepada kemampanan perniagaan ialah langkah lazim (practitioner) dalam usaha untuk menjalankan perniagaan dengan berkesan dalam jangka panjang, sambil memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar. Ia merupakan komitmen untuk mencapai keseimbangan antara keuntungan ekonomi, tanggungjawab sosial, dan pemeliharaan alam sekitar untuk generasi masa depan. 31
PELAKSANAAN PROJEK (STANDARD P5) BAB 8
8.2 Penilaian Gap Analysis Dalam proses ini, usahawan akan mengetahui tentang elemenelemen mampan yang sepatutnya ada dalam perniagaan mereka, tetapi mungkin memerlukan bimbingan dengan lebih lanjut setelah menilai skor gap analysis mereka. Jurulatih akan menyemak penilaian (sebelum dan selepas menilai elemen mampan) melalui laporan kelestarian perniagaan usahawan (Sustainability Business Report). Jurulatih akan memberikan panduan dan idea mengenai langkah-langkah yang mungkin diperlukan untuk meningkatkan atau mengatasi masalah yang dikenal pasti. Sebagai contoh, jika usahawan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja, jurulatih mungkin mencadangkan kerjasama dengan politeknik untuk melibatkan pelajar intern. Jurulatih akan mengesyorkan idea- idea baru untuk diambil oleh usahawan. Jika usahawan telah melaksanakan idea-idea tersebut, ini mencerminkan sikap positif yang diambil oleh usahawan dalam melakukan perubahan atau menjalankan transformasi dalam perniagaan. Aktiviti gap analysis ini memberi peluang kepada usahawan untuk mengukur perkembangan baru mereka dan mendorong untuk menaikkan semangat keusahawanan. Ini ialah pendekatan yang berimpak tinggi dan memastikan bahawa usaha-usaha untuk perubahan dan pemulihan perniagaan benar-benar dilaksanakan. 33
8.3 Impak Pelaksanaan Idea-Idea baru oleh Usahawan 8.3.1 Penambahbaikan dalam sistem pembayaran dan pelaporan Usahawan telah mengambil langkah penambahbaikan dalam sistem pembayaran dan pelaporan. Sebagai contoh, seorang usahawan bernama Atiqah sebelum ini tidak mempunyai sistem pembayaran dalam perniagaannya dan hanya menjalankan perniagaan secara dalam talian. Dengan perubahan baharu, beliau telah melaksanakan penambahbaikan termasuk pemasangan gateway pembayaran, penambahan sistem invois, dan pelaporan yang membolehkannya menguruskan perniagaannya dengan lebih cekap. 8.3.2 Hasil Jualan berganda Hasil daripada penganalisaan gap analysis, usahawan telah dapat meningkatkan hasil jualan. Mereka merasa puas hati kerana telah melihat perubahan dalam peningkatan jualan secara berterusan. 8.3.4 Penilaian Impak Perniagaan Penilaian gap analysis tentang pengurusan projek atau perniagaan boleh dijalankan dengan cara pengiraan skor bagi setiap elemen mampan oleh jurulatih dan pemantauan SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat) analysis hasil daripada skor tersebut. Penilaian ini boleh dijalankan pada setiap fasa dalam perniagaan termasuk fasa pra-projek, fasa penemuan, dan fasa reka bentuk. Di bawah ini adalah penerangan untuk setiap fasa tersebut dalam konteks projek: 1. Fasa Pra-Projek Fasa pra-projek ialah permulaan kepada mana-mana projek. Ia ialah peringkat awal di mana semua persediaan awal dan perancangan awal dilakukan sebelum projek sebenar bermula. Fasa ini melibatkan aktiviti seperti mengenal pasti matlamat projek, menetapkan skop, dan menentukan matlamat serta objektif projek. Ia juga termasuk penyediaan perbelanjaan awal, jadual projek, dan rancangan permulaan. Dalam pengurusan nilai, fasa pra-projek melibatkan penilaian keperluan serta penentuan potensi nilai yang boleh ditambah atau diperbaiki dalam projek sebelum perancangan lanjut dan pelaksanaan dimulakan. Ini membantu memastikan bahawa projek memenuhi matlamatnya dengan sebaik-baiknya. 2. Fasa Penemuan Baru Fasa penemuan baru ialah penyiasatan dan kajian untuk memahami dengan lebih mendalam keperluan projek. Dalam penemuan nilai, fasa ini membawa kepada pengenalpastian kawasankawasan di mana penambahbaikan nilai boleh dilakukan. 34
3. Fasa Reka Bentuk Fasa reka bentuk merupakan peringkat di mana reka bentuk terperinci projek dihasilkan berdasarkan apa yang dipelajari dalam fasa-fasa sebelumnya. Ia merangkumi penyusunan pelan dan spesifikasi terperinci, pemilihan bahan, serta reka bentuk teknikal. Dalam pengurusan nilai, fasa reka bentuk melibatkan pelaksanaan cadangan penambahbaikan yang dikenal pasti sepanjang fasa penemuan. Ia memastikan bahawa penambahbaikan nilai yang telah dirancang dan disahkan dapat dilaksanakan dalam fasa reka bentuk projek dengan cara yang paling efisien. 4. Fasa Implementasi Fasa implementasi ialah peringkat pelaksanaan projek itu sendiri. Ini termasuk pembinaan, pengurusan, dan pelaksanaan aktiviti projek mengikut jadual yang ditetapkan. Pada fasa ini, semua kerja sebenar dijalankan, termasuk pemantauan prestasi projek dan menguruskan perubahan yang mungkin timbul semasa pelaksanaan. Pengurusan nilai dapat membantu memastikan penambahbaikan nilai dikekalkan semasa penghantaran projek. v. Fasa Penutup Fasa penutup merupakan langkah terakhir dalam projek. Ia melibatkan penutupan projek, penilaian prestasi, dan penyerahan hasil kepada pemilik projek. Di sini, semua aspek projek diuji, penyelesaian direkodkan, dan penutupan secara rasmi diumumkan. Dalam pengurusan nilai, fasa penutup melibatkan penilaian akhir mengenai penambahbaikan nilai yang telah dicapai dalam projek serta pelajaran yang boleh diambil untuk projek masa depan. Pengurusan nilai dalam fasa ini ialah pendekatan yang mengambil kira penambahbaikan berterusan dan mengurangkan pembaziran dalam sesuatu projek, bermula daripada fasa pra-projek hingga kepada fasa reka bentuk. Ia membantu memastikan bahawa nilai yang maksimum diberikan kepada projek dengan mengurangkan kos serta meningkatkan prestasi dan hasil. 8.3.5 CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) Pengenalan CSR ISO 26000 ialah satu standard antarabangsa yang berkaitan dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Ia dikeluarkan oleh Pertubuhan Standard Antarabangsa (ISO) dan bertujuan memberikan panduan kepada organisasi, termasuk perniagaan dan bukan perniagaan, mengenai prinsip-prinsip dan amalan terbaik dalam CSR. CSR merujuk kepada komitmen organisasi untuk bertindak secara etika dan memberikan sumbangan positif kepada masyarakat dan alam sekitar. Ini melibatkan perlaksanaan amalan-amalan yang mengambil kira kesan sosial, alam sekitar, dan ekonomi daripada aktiviti organisasi. 35
Pengenalan Setiap usahawan akan mendapat laporan gap analysis mengenai perniagaan masingmasing dengan menggunakan skor (Likert Scale 1-5) terhadap elemen-elemen mampan di dalam kerangka 5P. Contoh Pemilihan Elemen Mampan Dalam Kerangka P5 8.3.6 Kad Penskoran 36
8.4 Skor Penilaian Usahawan Keseluruhan 37
8.5 Anugerah Kemampanan GPM Malaysia Hasil daripada laporan gap analysis dan juga sikap positif yang diambil oleh usahawan dalam penerimaan idea- idea baru telah membolehkan mereka untuk menyertai dan menerima sijil Anugerah GPM Sustainability Award. Anugerah GPM Sustainability Award Malaysia ialah program anugerah berprestij yang mengiktiraf dan meraikan usaha cemerlang individu dan organisasi dalam memajukan projek kemampanan di Malaysia. Program penganugerahan adalah berdasarkan daripada rangka kerja komprehensif untuk mengurus projek secara mampan dan bertanggungjawab. Rangka Kerja P5, yang bermaksud Produk, Proses, Manusia, Planet dan Prosperity, ialah komponen utama dalam penilaian anugerah Malaysia GPM Sustainability Award. Usahawan yang telah menunjukkan Rangka Kerja P5 dalam perniagaan mereka boleh mendapat manfaat daripada menyertai Anugerah Kelestarian GPM Malaysia. 8.6 Manfaat dari Penganugerahan Kemampanan Penerima Sijil Anugerah boleh mendapat berbagai-bagai jenis manfaat termasuk peluang rangkaian yang meluas, peluang pembelajaran dan pembangunan diri seperti berikut: 1. Pengiktirafan dan Visibility Anugerah ini telah diberikan sebagai pengiktirafan yang berprestij terhadap komitmen usahawan terhadap kemampanan. Ini bukan sahaja telah meningkatkan profil perniagaan mereka, tetapi juga telah menarik perhatian pelanggan dan pelabur baharu yang berminat dengan perniagaan yang berorientasikan kemampanan. 8.6.2 Peluang Rangkaian Majlis Penganugerahan merupakan peluang yang berharga untuk usahawan menjalin rangkaian dengan pemimpin kemampanan lain di Malaysia. Ini telah membuka pintu kepada perkongsian pengetahuan, peluang perniagaan, dan kerjasama baharu yang telah dapat memperkayakan perniagaan mereka. 8.6.3 Peluang Pembelajaran dan Pembangunan Program Penganugerahan ini juga telah menyediakan pelbagai peluang pembelajaran dan pembangunan, termasuk bengkel dan seminar mengenai kemampanan. Ini telah memberikan akses kepada usahawan untuk terus mengikuti perkembangan terkini tentang trend dan amalan terbaik dalam bidang kemampanan, yang telah membantu mereka mengoptimumkan operasi perniagaan mereka. Sebagai tambahan kepada faedah ini, menerima Anugerah Malaysia GPM Sustainability Malaysia boleh membantu usahawan untuk: 1. Peningkatan jualan dan keuntungan Keberadaan anugerah tersebut telah menyumbang kepada peningkatan jualan dan keuntungan perniagaan. Perniagaan yang memenangi anugerah kemampanan telah dilihat sebagai lebih berdaya saing dan telah menarik minat pelanggan, yang pada gilirannya telah membawa kepada peningkatan jualan dan keuntungan. 2. Penarikan dan Pemeliharaan Bakat Terbaik Dalam zaman yang semakin menekankan nilai kemampanan, anugerah kemampanan telah menjadi faktor penarik kepada bakat terbaik. Memenangi anugerah tersebut telah membolehkan bakat terbaik ditarik dan diterima dalam pasukan perniagaan, telah memperkuatkan potensi pertumbuhan dan kejayaan perniagaan. 38
TEMPLAT LAPORAN BAB 9