PENA PAKAR
KOMPILASI PENULISAN ILMIAH
PEGAWAI SME PERKHIDMATAN AWAM
-2016 SEHINGGA 2020-
PENA PAKAR
KOMPILASI PENULISAN ILMIAH
PEGAWAI SME PERKHIDMATAN AWAM
2016 SEHINGGA 2020
Cetakan Pertama 2021
© Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2021
Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk
atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran
terlebih dahulu daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Pena Pakar: Kompilasi Penulisan Ilmiah Pegawai SME Perkhidmatan Awam 2016 sehingga 2020
ISBN 978-967-19905-1-3
Dicetak dan diterbitkan oleh:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
Kompleks Kerajaan C
62250 Putrajaya
www.jpa.gov.my
Tel: 603 8000 8000
Perutusan
Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai pakar
bidang khusus (Subject Matter Expert - SME) di atas penulisan yang terpilih untuk dikongsi
di dalam sebuah buku bertajuk Pena Pakar – Kompilasi Penulisan Ilmiah Pegawai SME
Perkhidmatan Awam 2016 sehingga 2020. Buku ini merupakan kompilasi 34 penulisan ilmiah
karya 14 orang pegawai SME berdasarkan tujuh (7) tema iaitu Hubungan/ Rundingan
Antarabangsa, Pembangunan Tanah dan Wilayah, Pengurusan Alam Sekitar, Pengurusan
Kejuruteraan/ Senibina, Pengurusan Projek, Pengurusan Sains Perubatan dan Pengurusan
Teknologi Maklumat.
Penulisan ilmiah ini merupakan salah satu daripada Penugasan Khas SME (SME Special
Assignment - SSA). Penerbitan buku ini akan dapat mengekalkan pengetahuan
(knowledge retention), mengetengahkan bidang, kepakaran dan sumbangan pegawai SME
serta memperkasakan budaya menulis dalam kalangan penjawat awam.
Sekalung penghargaan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan
buku ini. Penilaian komprehensif telah dilaksanakan dengan mendapatkan pandangan dan
bantuan daripada Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD), Bahagian Khidmat
Pengurusan (BKP) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) serta Razak School of Government (RSOG).
Syabas kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA di atas penghasilan buku ini yang boleh menjadi
rujukan kepada agensi awam, swasta dan masyarakat. Semoga usaha ini dapat diteruskan untuk
membina masa depan perkhidmatan awam dan Malaysia yang lebih gemilang.
Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
i
Pendahuluan
Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2016 mengenai Laluan Kerjaya Pakar
Bidang Khusus (SME) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan merupakan satu
penghargaan dan pengiktirafan kepakaran kepada penjawat awam. Pengiktirafan ini akan
memberikan inspirasi dalam mengekalkan bakat terbaik atau talent retention dalam Perkhidmatan
Awam.
Buku Pena Pakar ini merupakan kompilasi penulisan ilmiah pegawai SME Perkhidmatan Awam
dari tahun 2016 sehingga tahun 2020. Ia merupakan satu kaedah bagi memperkembangkan
pengetahuan (knowledge extension) serta mengekalkan pengetahuan (knowledge retention)
dalam Perkhidmatan Awam. Penulisan ilmiah ini juga merupakan salah satu Penugasan Khas
SME atau SME Special Assignment (SSA) yang diwajibkan ke atas pegawai SME setiap tahun
selain daripada tugasan hakiki yang ditetapkan di dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT).
Buku kompilasi ini memaparkan ringkasan penulisan pegawai-pegawai SME manakala teks
penuh penulisan boleh diakses secara digital dengan mengimbas kod QR yang disertakan bagi
setiap penulisan.
Terima kasih diucapkan kepada 14 orang pegawai SME yang telah menyumbang 34 buah artikel
di dalam buku kompilasi ini. Penghargaan juga dizahirkan kepada penerbit asal penulisan yang
dinyatakan di setiap artikel dan dijadualkan di akhir buku ini sebagai rujukan.
ii
Kandungan 2 10
i ii
PRAKATA PENDAHULUAN KANDUNGAN SIDANG
REDAKSI
Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam
PENGENALAN 11
TEMA 1 21
Hubungan/ Rundingan Antarabangsa
PROFIL PEGAWAI SME 22
Siti Salwahanim binti Mohd Nazir
POTENTIAL COST OF AFRICAN
SWINE FEVER VIRUS (ASFV) 23
TO MALAYSIA
Siti Salwahanim binti Mohd Nazir
TEMA 2 25
Pembangunan Tanah dan Wilayah
PROFIL PEGAWAI SME 26
Anesh a/l Ganason
THE NEED TO STREAMLINE 27
LAND DEVELOPMENT
APPLICATIONS WITHIN THE
NATIONAL LAND CODE 1965
Anesh a/l Ganason
2
A PROPOSAL FOR REBRANDING THE FUNCTIONS OF THE 28
FEDERAL LANDS COMMISSIONER AND THE DEPARTMENT
OF DIRECTOR GENERAL OF LANDS AND MINES
Anesh a/l Ganason
COORDINATING THE FUNCTIONS OF THE FEDERAL LANDS 29
COMMISSIONER IN ADMINISTERING THE LANDS IN THE
FEDERAL TERRITORIES
Anesh a/l Ganason
32 30
PENGGUNAAN TEKNOLOGI LiDAR PROFIL
DALAM PEMETAAN PEGAWAI SME
Sr Hazri bin Hassan Sr Hazri bin Hassan
33 THE HYDRO FLATTEN SOLUTION FOR LiDAR APPLICATION
ON TOPOGRAPHIC MAPPING: THE PERSPECTIVE FROM
MALAYSIA SURVEY AND MAPPING DEPARTMENT
Sr Hazri bin Hassan
UTILISATION OF SYNTHETIC APERTURE RADAR DATA IN
35 BIG DATA ANALYTICS
Sr Hazri bin Hassan
3
36 PROFIL PEGAWAI SME
Sr Looi Kam Seng
37
PEREKAYASAAN KAEDAH UJIAN EDM DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH YANG MENGGABUNGKAN REKA
BENTUK TAPAK UJIAN BERSAMA KAEDAH ANALISIS
KUASA DUA TERKECIL
Sr Looi Kam Seng, et al.
PEREKAYASAAN
SISTEM eKADASTER
KE ARAH UKURAN
KADASTER 38
3-DIMENSI
Sr Looi Kam Seng, et al.
PENGHANTARAN
FAIL UKUR OLEH
JURUUKUR TANAH
BERLESEN DALAM 39
PERSEKITARAN
eKADASTER
Sr Looi Kam Seng
CADASTRAL 40
DATABASE
ACCURACY
ENRICHING
Sr Looi Kam Seng, et al.
4
44 42 41
TAKSIDERMI BADAK PROFIL TEMA 3
SUMATERA PEGAWAI SME
Pengurusan Alam
Mohd Samsudin bin Mohd Suri Mohd Samsudin bin Mohd Suri Sekitar
PROGRAM
MENGESAN BADAK
SUMATERA
46 (DICERORHINUS
SUMATRENSIS)
SEPANJANG
SEPULUH TAHUN
(2010-2020) DI
SEMENANJUNG
MALAYSIA
Mohd Samsudin bin Mohd Suri
48 49 51
TEMA 4 PROFIL APPLICABILITY OF
PEGAWAI SME EXPERT
Pengurusan Kejuruteraan/
Senibina Sr Maselawati DETERMINATION AS
Shamsuddin ALTERNATIVE
DISPUTE
RESOLUTION IN THE
MALAYSIAN
CONSTRUCTION
INDUSTRY
Sr Maselawati Shamsuddin, et al.
5
PENGULAS PAKAR PENERBITAN CIDB CONSTRUCTION 53
LAW REPORT 2019 – EDISI 2020 55
(2 artikel)
Sr Maselawati Shamsuddin
PENGULAS PAKAR PENERBITAN CIDB CONSTRUCTION
LAW REPORT 2018 – EDISI 2019
(2 artikel)
Sr Maselawati Shamsuddin
58 57
PROFIL PEGAWAI SME TEMA 5
Sr Rohanis binti Ab Ghani Pengurusan Projek
CONTEXTUALIZATION OF VALUE MANAGEMENT (VM) 60
IMPLEMENTATION IN THE MALAYSIAN PUBLIC
CONSTRUCTION PROJECTS
Sr Rohanis binti Ab Ghani, et al.
ENHANCING VALUE TRANSITION EFFECTIVENESS WITHIN
DESIGN & BUILD (D&B) PROCUREMENT ROUTE OF THE 62
MALAYSIAN PUBLIC CONSTRUCTION PROJECTS
Sr Rohanis binti Ab Ghani, et al.
VALUE ENGINEERING ON REQUEST FOR PROPOSAL (‘VE 64
ON RFP’) – A NON-CONVENTIONAL VALUE ENGINEERING
(VE) STUDY FOR VALUE DELIVERY ENHANCEMENT
WITHIN DESIGN AND BUILD (D&B) PROJECT
Sr Rohanis binti Abd Ghani, et al.
6
67 66
PROFIL PEGAWAI SME TEMA 6
Aminah binti Mekesat Pengurusan Sains Perubatan
CYTOGENETIC ABNORMALITIES AND
68 Y-CHROMOSOME MICRODELETION IN INFERTILE MEN
IN MALAYSIA: HOSPITAL KUALA LUMPUR AND
WOMEN AND CHILDREN HOSPITAL KUALA LUMPUR
EXPERIENCE
Aminah binti Mekesat, et al.
PROFIL PEGAWAI SME 70
Nor Khatijah binti Mohd Aris
EPIDERMAL GROWTH FACTOR 71
RECEPTOR (EGFR) GENE MUTATION
TESTING FOR INTEGRATED CARE
AND TREATMENT OF NON-SMALL
CELL LUNG CANCER (NSCLC)
PATIENT IN MALAYSIA
Nor Khatijah binti Mohd Aris, et al.
FIRST CASE OF KAGAMI-OGATA 73
SYNDROME IN MALAYSIAN PATIENT
Nor Khatijah binti Mohd Aris, et al.
7
77 75
BLUEPRINT PERANCANGAN UNIT TERAPI PROFIL
PERTUTURAN HOSPITAL REHABILITASI PEGAWAI SME
CHERAS Nadwah binti Onwi
Nadwah binti Onwi
PROFIL PEGAWAI SME 79
Norshariza Jamhuri
LOW IODINE DIET COMPLIANCE 80
BEFORE RADIOACTIVE IODINE 81
TREATMENT AND SCANNING
Norshariza Jamhuri, et al.
FOOD WASTAGE IN HOSPITAL AMONG
CANCER INPATIENTS AND ITS
RELATION WITH NUTRITION IMPACT
SYMPTOMS
Norshariza Jamhuri, et al.
82 PROFIL PEGAWAI SME
Wan Suhailah Wan Husain
83 DEVELOPMENT AND PSYCHOMETRIC VALIDATION
OF A NEW TINNITUS QUESTIONNAIRE FOR CLINICAL
USE
Wan Suhailah Wan Husain, et al.
DETERMINING THE INTERNAL AND EXTERNAL
85 RELIABILITY OF DEPRESSION, ANXIETY AND
STRESS SCALES (DASS-21) IN ASSESSING
PSYCHOLOGICAL SYMPTOMS AMONG PATIENTS
WITH TINNITUS
Wan Suhailah Wan Husain, et al.
8
86 MANAGEMENT OF SUBJECTIVE TINNITUS BY CLINICAL
PROFESSIONALS IN MALAYSIA: A CROSS-SECTIONAL
SURVEY STUDY
Wan Suhailah Wan Husain, et al.
88 TEST-RETEST RELIABILITY AND RESPONSIVENESS OF A
MALAY TINNITUS QUESTIONNAIRE
Wan Suhailah Wan Husain, et al.
89 PROFIL PEGAWAI SME
Dr. Rozi Hanisa binti Musa
ELUCIDATION OF WEAK D PHENOTYPE AMONG
90 MALAYSIAN BLOOD DONORS USING MOLECULAR BASIS
Dr. Rozi Hanisa binti Musa, et al.
TEMA 7 92
Pengurusan Teknologi Maklumat
PROFIL PEGAWAI SME 93
Datin Ts. Dr. Siti Hanom binti Marjuni
PERKHIDMATAN MYDFLAB 94
MAMPU (TAHUN 2018)
Datin Ts. Dr. Siti Hanom binti Marjuni
GOVERNMENT PUBLIC KEY 95
INFRASTRUCTURE (GPKI) (2018)
Datin Ts. Dr. Siti Hanom binti Marjuni
INDEKS 96
9
Penasihat SIDANG
REDAKSI
: Abkari bin Abdullah
Ketua Editor : Azrul Izham bin Hamzah
Editor : Anis Syairah binti Subki
Yuslina binti Kamarudin
Ahmad Zabidi bin Abdul Wahid
Aireen Umimaisarah binti Hamdan
Ahmad Hamdan bin Ramli
Andi Nurul Ilmi binti Andek Ahmad
Cetakan dan edaran : Unit Komuniksi Korporat dan Sektor Dokumentasi
Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam
Jawatankuasa Buku : Institut Tadbiran Awam Negara, Bukit Kiara
10
PENGENALAN
SME
Mengiktiraf, mengekal & mengoptimumkan kepakaran pegawai
1
Menambahbaik kemajuan kerjaya
2
3
Membangunkan kepakaran dalaman
Mengurangkan 4 Pemindahan kepakaran
kebergantungan secara tersusun dan efektif
kepakaran luar
5
Meningkatkan
motivasi pegawai 6
11
DASAR SME
diiktiraf menjadi
memiliki keupayaan intelektual sumber
dan kepakaran yang tinggi rujukan
di dalam dan luar organisasinya
berpengalaman
luas dalam bidang kepakaran
melepasi tapisan
kepakaran yang ditetapkan serta diiktiraf oleh
Search Committee
& Lembaga Kenaikan Pangkat
12
PRINSIP SME
MOVING UP
WITHOUT
*MOVING OUT
Pengiktirafan kepada pegawai di mana
pegawai boleh diberi pemangkuan dan
dikekalkan di jawatan yang sama*
*tertakluk kepada keperluan Jabatan dan
arahan Ketua Perkhidmatan
NO COMMAND
AND CONTROL
Kenaikan gred pegawai tidak dikaitkan
dengan pertambahan kuasa perintah
dan kawalan (command and control)
atau tugas penyeliaan kepada pegawai
SME = Tugas Hakiki + SME Special Assignment (SSA)
13
STATUS
PELAKSANAAN SME
SEHINGGA 30 JUN 2021
89 95
Bidang kepakaran Jumlah pegawai diiktiraf
diperaku LKP sebagai SME
22 147
Skim perkhidmatan Sub bidang di bawah
Bidang Kepakaran
diperaku LKP
81 17
Pegawai SME masih Jabatan Persekutuan
dalam Perkhidmatan
14
KRITERIA
PENILAIAN KEPAKARAN
1 SYARAT ASAS (WAJIB)
Pegawai Gred 44,48, 52 atau 54
Berkhidmat secara tetap sekurang-kurangnya
8 tahun dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional
Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun (teknikal) atau 7 tahun
(bukan teknikal) dalam bidang kepakaran
Mencapai markah LNPT sekurang-kurangnya 85% bagi tempoh
3 tahun terkini
Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM)
Telah isytihar harta
Bebas hukuman tatatertib
Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan
Tegar daripada institusi peminjam pendidikan
2SYARAT UMUM (WAJIB)Pencapaian Akademik* 30%
Sumbangan*
Anugerah/ Pengiktirafan*Perlu mendapat kelulusan
Tapisan 360°* Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP)
*Berkaitan bidang kepakararan
berdasarkan bidang kepakaran
3 SYARAT KHUSUS 70%
(MINIMUM 3)
Kelayakan Profesional
Penulisan dan Pembentangan Ilmiah atau Laporan Teknikal
Penyelidikan dan Pembangunan
Konsultasi / Khidmat Rundingan
Coaching & Mentoring
Lain-lain kriteria yang ditetapkan
15
SIMULASI KHAS C
PENINGKATAN
GRED SME
UNJURAN
UMUR
42 AP 4
TAH
TAH JOB 3 TAHUN
TAH
TAH5439 ENRICHMENT
AP 3
36 JOB 3 TAHUN
ENRICHMENT
52AP 2
33 AP 1 48 JOB 3 TAHUN
ENRICHMENT
GRED 44 EMERGING 4 TAHUN
KEMASUKAN EXPERT
SME
41 8 TAHUN
25
TEMPOH PERGERAKAN IDEAL KERJAYA
PEGAWAI PAKAR TERTAKLUK KEPADA
PENILAIAN KEPAKARAN
16
SYARAT
KENAIKAN PANGKAT
Lulus syarat asas Lulus Tapisan Keutuhan
kenaikan pangkat SPRM
Telah isytihar harta
Bebas hukuman
tatatertib
Bebas daripada
disenaraikan sebagai
Peminjam Pendidikan
Tegar daripada institusi
peminjam pendidikan
Melepasi markah 85% bagi
SSA tahun pertama
Melepasi markah 85% bagi
LNPT tahun terkini
Melepasi markah keseluruhan
85% (LNPT & SSA)
17
SYARAT
PEMANGKUAN KE
GRED SETERUSNYA
Syarat asas
Lulus Tapisan Keutuhan SPRM
Telah mengisytiharkan harta
Bebas daripada hukuman tatatertib
Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam
Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan
melepasi markah 90% bagi markah keseluruhan (SSA
dan LNPT) dengan syarat tidak kurang daripada markah
minimum 85% bagi LNPT dan 85% bagi SSA untuk
tempoh tiga (3) tahun penilaian terkini
18
TADBIR URUS
PEGAWAI SME
Pegawai SME hendaklah kekal
dalam bidang kepakaran yang
sama sepanjang berada di laluan
SME.
Pegawai SME yang ditukarkan
daripada laluan SME atas
keperluan perkhidmatan boleh
dipertimbangkan kemasukan semula
ke laluan SME tertakluk melepasi
syarat-syarat kemasukan yang
ditetapkan. (Keperluan perkhidmatan
bermaksud apa–apa perkara yang
ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan
yang mewajarkan seseorang
pegawai bertukar laluan SME).
LKP boleh memutuskan pegawai
SME terkeluar daripada laluan SME
dan kembali ke laluan hakiki serta
tidak layak menerima apa-apa
faedah dan gelaran yang berkaitan
SME dalam salah satu keadaan
seperti berikut:-
menunjukkan masalah kesihatan pegawai memohon apa-apa sebab
prestasi yang tidak yang menjejaskan keluar dari laluan yang munasabah
fungsi kepakaran
memuaskan SME berdasarkan
peraturan yang
sedang berkuat
kuasa
19
TADBIR URUS
PEGAWAI SME
Pegawai yang terkeluar dari laluan SME hanya boleh dipertimbangkan semula
ke laluan SME tidak kurang daripada 3 tahun.
Pegawai SME gred Khas C boleh dicalonkan untuk mengisi jawatan strategik atau
pemangkuan ke gred jawatan yang lebih tinggi dengan syarat pegawai
mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang berada dalam laluan SME
tertakluk diluluskan oleh LKP.
Pegawai SME layak menerima apa-apa elaun dan kemudahan berdasarkan
kepada gred yang disandang oleh pegawai di laluan SME.
20
TEMA 1
HUBUNGAN/
RUNDINGAN
ANTARABANGSA
21
SITI PENGALAMAN KERJA
SALWAHANIM Ketua Penolong Setiausaha Kanan
2016-kini
BINTI MOHD Unit WTO dan Perdagangan Antarabangsa
NAZIR Bahagian Antarabangsa Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan
Jabatan: Unit WTO dan
Perdagangan Antarabangsa Kaunselor Pertanian
Bahagian Antarabangsa 2014-2016
Kementerian Pertanian dan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok,
Industri Makanan Thailand
[email protected] PENDIDIKAN
BIODATA RINGKAS MBA (Hons) Specialization in
International Business and Marketing
Negeri kelahiran: 2011
Pahang Oklahoma City University, Amerika Syarikat
Tarikh lantikan dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes
perkhidmatan: 2003 (Pemasaran)
2002
Penglibatan/ sumbangan Universiti Tenaga Nasional (Selangor)
sebagai Pegawai SME:
Merundingkan Bab Sanitari dan KEPAKARAN SME
Fitosanitari Perjanjian
Perdagangan Bebas Malaysia Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 3/ M54
dan EFTA, 2020 Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
SME Rundingan Strategik
Falsafah hidup: “Do not fear
failure but rather fear not TAJUK ARTIKEL
trying.”
― Roy T. Bennett, The Light in Potential Cost of African Swine Fever Virus
the Heart (ASFV) to Malaysia
22
Potential Cost of African Swine Fever Virus (ASFV)
to Malaysia
Siti Salwahanim binti Mohd Nazir
(Artikel ini pernah diterbitkan dalam INTAN Administrator's Digest, Vol. 2, Issue 1, 2020)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian, metodologi dan sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan
awam dan masyarakat: This study investigated the origin of the African Swine Fever
Virus (ASFV), the spread of the disease from its origin, the characteristics of the
disease and the potential impact of the spread of the disease to the pig-farming industry
in Malaysia. Further, it discussed Malaysia’s pre-emptive measures to stop the spread
of the disease into Malaysia, and the subsequent objections from trading partners which
may translate into another potential cost to Malaysia.
The study focuses on case studies, literature reviews and existing data with regards to
ASFV, as well as Malaysia’s experience of a similar incident of pig-related diseases, the
Nipah virus in 1999. However, the information on the actual cost or estimated cost of
the process to eradicate the disease, or the legal costs of engaging the dispute
settlement mechanism on this issue are unavailable, and thus formed the limitations of
this study.
Malaysia, as a member of the World Trade Organization (WTO), has the commitment to
adhere to the Agreement on the Application of Sanitary and Phytosanitary (SPS
Agreement). Implementing the SPS Agreement, however, must consider the internal
and external factors of the country, to simultaneously balance the SPS implementation
principles in protecting human, animal or plant life or health and at the same time
liberalising international trade.
The SPS Agreement provides flexibility for members to implement measures necessary
to protect human, animal or plant life or health. However, the measures must not be
arbitrary and are in compliance with the SPS Agreement principles. It is also necessary
to examine the impact of the SPS measures to other members, and the potential
repercussions.
Government officers must be well versed with the commitments under the SPS
Agreement and implementation of SPS measures to ensure compliance with agreement
and avoid unwanted legal proceedings under the WTO dispute settlement system, or
retaliations by other members through similar measures which would be costly to
Malaysia.
23
ASFV was first identified in East Africa in the early 1900s as a disease causing high
mortality in domestic pigs (Sus scrofa domesticus). The disease only affects pigs, and
can be spread quickly and fatal. Malaysia, a country with domestic pig-farming
industries, has taken measures to tighten importation of pigs and pork products from
affected countries, in fear of the spread of the disease. Infection in the domestic pig-
farming industry will require the government to undertake massive eradication
measures, such as culling activities, quarantine and closure of pig-farms which will
result in heavy losses for the industry as well as affect food security. In retrospect,
some of the emergency measures undertaken by the government to curb the disease,
such as implementing import restrictions may be challenged by the affected exporting
countries, being argued as not being WTO consistent. The challenge could be carried
out through the dispute settlement mechanism in the World Trade Organization.
Defending the actions by the government and the potential ramifications of the
retributive actions are also potential costs of ASFV to Malaysia.
24
TEMA 2
PEMBANGUNAN
TANAH DAN
WILAYAH
25
ANESH A/L PENGALAMAN KERJA
GANASON Ketua Penolong Pengarah
2019-kini
Jabatan: Jabatan Ketua Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan
Persekutuan
[email protected] Ketua Penolong Setiausaha Kanan
2016-2019
BIODATA RINGKAS Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang
Negeri kelahiran:
Perak Ketua Penolong Pengarah
2005-2016
Tarikh lantikan dalam Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
perkhidmatan: 28 Ogos 2005 Persekutuan
Penglibatan/ sumbangan PENDIDIKAN
sebagai Pegawai SME:
Cadangan pindaan Kanun Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Alam
Tanah Negara (Akta 828) 2014
Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
Falsafah hidup: The end
justifies the means. Ijazah Sarjana Muda Sains Sekitaran
dengan Kepujian
2004
Universiti Malaysia Sabah
KEPAKARAN SME
Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 3/ M54
Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
Pentadbiran Tanah
TAJUK ARTIKEL
The Need to Streamline Land Development
Applications within the National Land Code
1965
A Proposal for Rebranding the Functions of the
Federal Lands Commissioner and the
Department of Director General of Lands and
Mines
Coordinating the Functions of the Federal
Lands Commissioner in Administering the
Lands in the Federal Territories
26
The Need to Streamline Land Development
Applications within the National Land Code 1965
Anesh a/l Ganason
(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Jurnal Land, Edisi 4, Bil. 1, 2020)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian: Meneliti prosedur permohonan pembangunan tanah yang sedia ada
selaras dengan Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan apakah penambahbaikan yang
boleh dilaksanakan.
Metodologi: Melaksanakan sorotan literatur dengan menganalisis peruntukan sedia ada,
Kaedah-kaedah Tanah Negeri, dan Akta Perancangan Tempatan. Setelah itu, satu (1)
soal selidik kepada semua Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia dilaksanakan untuk mendapatkan respons kepada kedudukan
semasa perundangan dan cadangan untuk menggabungkan beberapa permohonan
pembangunan tanah.
Poin nyata (key knowledge): Hasil kajian mendapati aspek utama yang perlu dilihat
adalah kuasa-kuasa melulus permohonan pembangunan tanah. Dalam peruntukan
sedia ada, wujud pengasingan kuasa antara Pihak Berkuasa Negeri dan Pentadbir
Tanah mengikut permohonan. Cadangan penggabungan beberapa permohonan dan
memusatkan kuasa melulus didapati akan melambatkan proses.
Hasil kajian juga mendapati bahawa dengan hanya menggunakan kaedah serah balik
dan mohon semula bagi semua permohonan pembangunan tanah akan mengakibatkan
tuan tanah perlu mengeluarkan kos yang banyak dengan penyediaan pelan dan
keperluan perunding perancangan bagi mendapatkan kelulusan daripada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT).
Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Kajian
ini akan membuka ruang kepada kajian-kajian masa hadapan bagi menyokong atau
menolak keperluan satu (1) perundangan yang amat rigid bagi mengawal permohonan
pembangunan tanah atau ia perlu diacu dengan perundangan yang menyokong self-
regulation.
27
A Proposal for Rebranding the Functions of the
Federal Lands Commissioner and the Department of
Director General of Lands and Mines
Anesh a/l Ganason
(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Jurnal Land, Edisi 3, Bil. 1, 2019)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian: Mengkaji kedudukan peruntukan, struktur institusi jawatan Pesuruhjaya
Tanah Persekutuan dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan serta
bagaimana pengasingan jawatan tersebut akan membantu dalam pengurusan
pentadbiran tanah Kerajaan Persekutuan yang lebih efisien.
Metodologi: Melaksanakan sorotan literatur dengan menganalisis peruntukan
perundangan sedia ada iaitu Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 (Akta 349) dan
Kanun Tanah Negara (Akta 828), serta peraturan dan pekeliling yang membantu dalam
kaedah-kaedah pengurusan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan. Kemudian, maklumat
dikolaborasi dengan sesi temu ramah bersama beberapa pegawai kanan dalam jabatan
yang menguruskan hal ehwal tanah-tanah Persekutuan.
Poin nyata (key knowledge): Hasil kajian mendapati bahawa wujud limitasi perundangan
terhadap tindakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) untuk mengatasi
Kementerian Jabatan Pengguna dalam menentukan perancangan tanah-tanah Kerajaan
Persekutuan. Kedudukan peruntukan perolehan tanah di setiap agensi Kerajaan
Persekutuan menyebabkan banyak perancangan perolehan tanah tidak dapat
dilaksanakan secara menyeluruh.
Hasil kajian turut mendapati wujud keperluan pengasingan jawatan PTP dan jawatan
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) bagi membolehkan organisasi
memfokuskan pengurusan tanah Kerajaan Persekutuan dan menambah baik
penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah negara secara keseluruhan.
Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Kajian
ini akan membuka ruang kepada kajian-kajian masa hadapan bagi melihat keperluan
penstrukturan semula institusi yang menguruskan tanah-tanah bagi Kerajaan
Persekutuan supaya penggunaan tanah Kerajaan Persekutuan dapat dioptimumkan
serta mengelakkan tanah-tanah yang diperoleh dengan menggunakan dana awam
dibiarkan kosong tanpa sebarang pembangunan yang dapat menjana hasil atau
pulangan semula kepada rakyat.
28
Coordinating the Functions of the Federal Lands
Commissioner in Administering the Lands in the
Federal Territories
Anesh a/l Ganason
(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Jurnal Land, Edisi 3, Bil. 1, 2019)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian: Mengkaji kedudukan Perkara 85(5) Perlembagaan Persekutuan dan
amalan-amalan pengurusan tanah Persekutuan di Wilayah Persekutuan.
Metodologi: Melaksanakan sorotan literatur dengan menganalisis peruntukan
perundangan sedia ada iaitu Perkara 85(5) Perlembagaan Persekutuan, Modifikasi
Perlembagaan Persekutuan semasa kewujudan Wilayah Persekutuan, Akta Pesuruhjaya
Tanah Persekutuan 1957 (Akta 349) dan Kanun Tanah Negara (Akta 828), serta
peraturan dan pekeliling yang membantu dalam kaedah-kaedah pengurusan tanah-
tanah Kerajaan Persekutuan.
Poin nyata (key knowledge): Hasil kajian mendapati bahawa kedudukan Wilayah
Persekutuan dan negeri-negeri lain adalah berbeza dalam konteks pengurusan Tanah
Persekutuan. Di Wilayah Persekutuan, pihak berkuasa adalah Kerajaan Persekutuan
dan tiada entiti Pihak Berkuasa Negeri seperti di negeri-negeri lain dalam Persekutuan
Malaysia.
Hasil kajian mendapati bahawa dengan kedudukan istimewa Wilayah Persekutuan ini,
amalan permohonan tanah, dan perizaban tanah bagi Kerajaan Persekutuan yang
diamalkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di negeri-negeri lain dipraktikkan juga
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya di mana dari segi
perundangan adalah suatu perkara yang boleh dielakkan.
Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Kajian
ini akan membantu Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memahami kedudukan
perundangan yang sedia ada dalam pengurusan tanah kerajaan serta dapat
mengurangkan elemen birokrasi yang diatasi oleh perundangan yang sedia ada bagi
melancarkan penyampaian perkhidmatan.
29
SR HAZRI BIN PENGALAMAN KERJA
HASSAN Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Dasar
dan Penyelarasan Pemetaan)
Jabatan: Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM) 2019-kini
[email protected] Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM)
BIODATA RINGKAS
Pengarah Ukur Seksyen (Kawalan Kualiti)
Negeri kelahiran: 2014-2019
Kelantan Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara,
JUPEM
Tarikh lantikan dalam
perkhidmatan: 15 Januari 1996 PENDIDIKAN
Penglibatan/ sumbangan Sarjana Fotogrametri dan Geoinformatik
sebagai Pegawai SME: 2004
Membantu agensi kerajaan Stuttgart Technology University of Applied
dalam pelaksanaan projek Sciences, German
berkaitan Light Detection and
Ranging (LiDAR) Jabatan Diploma Lanjutan Ukur Tanah
Pengairan dan Saliran (JPS) 1994
dan Jabatan Mineral dan Universiti Teknologi Mara, Selangor
Geosains Malaysia (JMG).
KELAYAKAN PROFESIONAL
Falsafah hidup: Buat yang
terbaik untuk keluarga, jabatan Juruukur Berdaftar Lembaga Juruukur Tanah
dan negara. Semenanjung Malaysia
Didaftarkan sebagai seorang Juruukur Tanah
mengikut Akta 458: Akta Juruukur Tanah
Berlesen 1958 (Disemak -1991)
KEPAKARAN SME
Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 4/ Gred
Khas C
Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
Bidang: Pemetaan
Sub bidang: Light Detection and Ranging
(LiDAR)/ Synthetic Aperture Radar (SAR)
30
TAJUK ARTIKEL
Penggunaan Teknologi LiDAR Dalam
Pemetaan
The Hydro Flatten Solution for LiDAR
Application on Topographic Mapping: The
Perspective from Malaysia Survey and
Mapping Department
Utilisation of Synthetic Aperture Radar Data in
Big Data Analytics
31
Penggunaan Teknologi LiDAR dalam Pemetaan
Sr Hazri bin Hassan
(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian:
1.Memahami industri pemetaan dalam penggunaan teknologi terkini seperti teknologi
Light Detection and Ranging (LiDAR).
2.Memahami konsep pengukuran LiDAR dan produk akhir yang akan dihasilkan.
3.Melihat aktiviti pembangunan dan penggunaan teknologi LiDAR diperingkat
antarabangsa.
4.Melihat senario perkembangan teknologi ini di Malaysia khususnya pengalaman di
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Metodologi:
1.Melihat dan memahami tiga (3) peringkat proses dimana proses pertama melibatkan
pemasangan dan kalibrasi sistem LiDAR di pesawat udara, proses kedua ukuran
kawalan di lapangan melibatkan Titik Kawal Bumi dan proses ketiga pemprosesan
output akhir produk LiDAR.
2.Pengujian keberkesanan produk LiDAR dalam pembentukan produk tambah nilai
bagi penggunaan di Sistem Maklumat Geografi (GIS).
Poin nyata (key knowledge):
1.Industri pemetaan ke arah ukuran berketepatan tinggi bagi tujuan pemetaan
berskala besar.
2.Menghapuskan kekeliruan dari segi terminologi produk geospatial ketinggian
melibatkan produk Digital Surface Model (DSM), Digital Elevation Model (DEM) dan
Digital Terrain Model (DTM).
3.Memahami fungsi kegunaan DSM, DEM dan DTM dalam kegunaan analisis serta
analitik.
Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Memanfaatkan komuniti geospatial dalam penawanan data menerusi teknologi
LiDAR.
2.Menjadi rujukan asas bagi pemetaan LiDAR yang melibatkan prosedur kerja
penawanan di lapangan sehingga pembangunan produk akhir di pejabat.
3.Berkongsi pengalaman JUPEM dalam pelaksanaan pemetaan LiDAR serta
penggunaan produk akhir LiDAR.
32
The Hydro Flatten Solution for LiDAR Application on
Topographic Mapping: The Perspective from
Malaysia Survey and Mapping Department
Sr Hazri bin Hassan
(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian:
1.Memahami secara umum teknologi Light Detection and Ranging (LiDAR) bermula
daripada sistem sehinggalah kepada pembangunan output akhir.
2.Mengenal pasti cabaran dan cadangan penyelesaian dalam penghasilan data
ketinggian yang berkualiti.
3.Prosedur menghasilkan produk akhir berdasarkan spesifikasi Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM).
4.Pengujian kesesuaian penggunaan produk akhir LiDAR sama ada bagi kegunaan
analisis dan visualisasi.
Metodologi:
1.Pemilihan data LiDAR bagi kawasan Dungun, Terengganu, sama ada data planimetri
dan ketinggian.
2.Mengenal pasti spesifikasi produk data ketinggian melibatkan Digital Surface Model
(DSM), Digital Elevation Model (DEM) dan Digital Terrain Model (DTM) secara jelas.
3.Pengujian parameter yang bersesuaian bagi perataan badan air dalam penghasilan
produk DTM.
4.Mengadaptasi prosedur kerja penghasilan DTM berdasarkan standard peringkat
kebangsaan dan antarabangsa dan kesesuaian persekitaran rupa bentuk bumi
Malaysia.
Poin nyata (key knowledge):
1.Melihat perbandingan dari segi spesifikasi produk DTM di antara JUPEM dan United
States Geological Survey (USGS).
2.Memperkenalkan spesifikasi produk JUPEM di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
3.Prosedur dan parameter menghasilkan produk DTM akhir yang berkualiti
berdasarkan spesifikasi JUPEM.
4.Menghapuskan kekeliruan dari segi terminologi produk geospatial ketinggian LiDAR
melibatkan DSM, DEM dan DTM.
33
Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Memanfaatkan komuniti geospatial dalam negara dan luar negara.
2.Rujukan asas bagi pemetaan berasaskan teknologi LiDAR yang melibatkan perataan
kawasan berair bagi memastikan DTM yang berkualiti.
3.Berkongsi pengalaman JUPEM dalam kerja-kerja pemetaan berasaskan teknologi
LiDAR terutama rupa bumi di kawasan hutan hujan tropika.
34
Utilisation of Synthetic Aperture Radar Data in Big
Data Analytics
Sr Hazri bin Hassan
(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian:
1.Memahami secara umum teknologi Synthetic Aperture Radar (SAR) dan produk.
2.Memahami secara umum teknologi Big Data Analytics (BDA) melibatkan
penggunaan data berstruktur (geospatial) dan tidak berstruktur (non-geospatial).
3.Melihat penggunaan data geospatial terutama produk SAR sama ada planimetri dan
ketinggian dalam proses kerja BDA.
Metodologi:
1.Mengenal pasti perbezaan prosedur antara analisis dan analitik data bagi data
geospatial dan non-geospatial.
2.Pemilihan data SAR bagi negeri Johor sama ada data planimetri dan ketinggian.
3. Menggabungkan data SAR (geospatial) bersama data statistik (non-geospatial) dari
pelbagai sumber dari agensi luar.
4.Membuat ramalan analitik bagi kawasan terkesan pencemaran melalui aliran sungai
(data planimetri SAR) dan kelajuan air sungai (data ketinggian SAR).
Poin nyata (key knowledge):
1.Melihat kepentingan data ketinggian dalam analisis dan analitik terutama dalam
meramal dan mengawal penjagaan alam sekitar.
2.Membantu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam penggunaan
teknologi BDA bagi tujuan perancangan pemetaan di Malaysia.
3.Memperkenalkan spesifikasi produk JUPEM melibatkan sumber SAR di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
4.Menghapuskan kekeliruan dari segi terminologi produk geospatial ketinggian SAR
melibatkan Digital Surface Model (DSM), Digital Elevation Model (DEM) dan Digital
Terrain Model (DTM).
Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Memanfaatkan komuniti geospatial dalam negara dan luar negara.
2.Rujukan asas bagi pemetaan berasaskan teknologi SAR bagi kawasan hutan hujan
tropika.
3.Berkongsi pengalaman JUPEM dalam kerja pemetaan berasaskan teknologi SAR.
35
SR LOOI PENGALAMAN KERJA
KAM SENG Pengarah Ukur Seksyen
2019-kini
Jabatan: Jabatan Ukur dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Pemetaan Malaysia (JUPEM) (JUPEM)
[email protected] Pengarah Ukur Bahagian
2018-2019
BIODATA RINGKAS Bahagian Pemetaan Topografi Sabah
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Negeri kelahiran: 2017-2018
Pulau Pinang Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah
Tarikh lantikan dalam PENDIDIKAN
perkhidmatan: 2 Mei 1992 Ijazah Sarjana Muda Ukur (Tanah)
2003
Penglibatan/ sumbangan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
sebagai Pegawai SME:
Perekayasaan sistem ukuran KELAYAKAN PROFESIONAL
kadaster. Juruukur berdaftar
Falsafah hidup: Sentiasa KEPAKARAN SME
mencari pembaharuan dan
penambahbaikan. Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 4/ Gred Khas
C
Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
Nasihat teknikal dalam kawalan dan kaedah
semua jenis ukuran kadaster berdasarkan
keperluan teknikal ukuran dan peraturan
kadaster.
Kemahiran dalam kaedah pengukuran dan
pelarasan dalam ukuran kadaster
TAJUK ARTIKEL
Perekayasaan Kaedah Ujian EDM dengan
menggunakan Kaedah yang menggabungkan
Reka Bentuk Tapak Ujian bersama Kaedah
Analisis Kuasa Dua Terkecil
Perekayasaan Sistem eKadaster ke Arah
Ukuran Kadaster 3-Dimensi
Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah
Berlesen dalam Persekitaran eKadaster
Cadastral Database Accuracy Enriching
36
Perekayasaan Kaedah Ujian EDM dengan
menggunakan Kaedah yang menggabungkan Reka
Bentuk Tapak Ujian bersama Kaedah Analisis
Kuasa Dua Terkecil
Sr Looi Kam Seng, Sr Dr. Azlan bin Yahya
(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Buletin GIS & GEOMATIK Bil. 1, 2020)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian, metodologi dan sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan
awam dan masyarakat: Reka bentuk posisi Tapak Ujian EDM sedia ada yang
berpandukan tapak ujian yang direka bentuk pada tahun 1972 hanya bersesuaian
dengan EDM ketika itu yang menggunakan gelombang mikro. EDM model baharu masa
ini menggunakan gelombang inframerah dan gelombang cahaya tampak. Kos
pembinaan dan penyelenggaraan Tapak Ujian EDM yang tinggi serta kaedah ujian EDM
yang berpandukan purata selisih malar dengan cara membandingkan bacaan jarak yang
dicerap oleh alat tersebut dengan jarak piawai tapak ujian adalah tidak telus dan boleh
dimanipulasikan. Laporan ini mengemukakan kaedah ujian EDM yang menggabungkan
reka bentuk tapak ujian bersama analisis kuasa dua terkecil bagi menilai ketepatan
EDM sebagaimana yang dinyatakan dalam manual spesifikasi alat (Ketepatan
Pengilang). Nilai reja dan selisih piawai bagi reja yang diperoleh daripada analisis
kuasa dua terkecil adalah merupakan keputusan penilaian ke atas ketepatan EDM
tersebut. Diharap reka bentuk dan kaedah analisis yang dicadangkan ini akan dapat
menambah baik proses ujian EDM masa ini.
Poin nyata (key knowledge):
1.Kaedah alternatif kepada ujian EDM sedia ada tanpa mengambil kira kedudukan alat
di atas pilir tapak ujian.
2.Pencerap tidak boleh memanipulasikan hasil bacaan jarak yang dicerap berbanding
jarak piawaian tapak ujian kerana nilai reja dan selisih piawai bagi reja yang
diperoleh daripada analisis kuasa dua terkecil adalah merupakan keputusan
penilaian ke atas ketepatan EDM tersebut.
37
Perekayasaan Sistem eKadaster ke Arah Ukuran
Kadaster 3-Dimensi
Sr Looi Kam Seng, Sr Soeb bin Nordin
(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Buletin GIS & GEOMATIK Bil. 2, 2020)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah memberikan khidmat
dan menghasilkan produk ukur sejak lebih dari 125 tahun yang lalu. Di antara produk
yang dihasilkan bagi pembangunan negara adalah peta asas kadaster atau Cadastral
Basemap yang terdiri daripada maklumat tunggal atau gabungan dari beberapa sumber
maklumat. Sebelum era digital, peta asas kadaster adalah Syit Piawai dan untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, Pelan Akui (PA) perlu digunakan. Pada
masa ini, era digital telah diimplementasi sepenuhnya di JUPEM dan peta asas ini lebih
dikenali dengan nama Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan atau lebih
sinonim dengan nama National Digital Cadastral Database (NDCDB). NDCDB yang
digunakan sekarang merupakan pangkalan data 2-dimensi (X, Y), di mana maklumat
yang disimpan adalah dalam bentuk koordinat planimetrik 2-dimensi. Untuk
menghasilkan maklumat 3-dimensi (X, Y, Z) bagi setiap tanda sempadan, kaedah
kutipan data, hitungan dan pelarasan data-data terabas ukur dalam sistem eKadaster
sedia ada perlu ditambah baik.
Poin nyata (key knowledge): Mewujudkan pangkalan data 3-dimensi dengan
memasukkan nilai ketinggian bagi setiap tanda sempadan tanah.
Metodologi: Kaedah kutipan data, hitungan dan pelarasan bagi modul-modul sedia ada
dalam sistem eKadaster sedia ada perlu ditambah baik bagi menyokong maklumat 3-
dimensi.
38
Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah
Berlesen dalam Persekitaran eKadaster
Sr Looi Kam Seng
(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Hari Inovasi INSTUN 2020)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian: Sistem eKadaster telah mula dilaksanakan semenjak tahun 2010 di 13
buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/
Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi tujuan penghantaran fail ukur yang
telah diukur di lapangan terutamanya oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB), format rekod
cerapan dalam bentuk fail JUPEM ASCII/16 ASCII dan JUPEM GNSS/CRM telah
ditetapkan sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Bilangan 6 Tahun 2009 (KPUP 6/2009) perenggan 4.7 dan perenggan 4.10.
Walau bagaimanapun, ianya tidak menggambarkan secara terperinci struktur dan folder
fail rekod cerapan yang perlu diikuti dan dimuat naik secara atas talian bagi
membolehkan penerimaan oleh aplikasi JUPEM2U dalam sistem eKadaster. Oleh yang
demikian, penulisan ini akan menumpukan struktur dan folder fail asas yang perlu
dipatuhi oleh JTB dalam memuat naik rekod cerapan ke JUPEM2U untuk pemprosesan
ukuran kadaster seterusnya.
Poin nyata (key knowledge) dan sumbangan penulisan kepada bidang ilmu,
perkhidmatan awam dan masyarakat: Pengguna sistem eKadaster seperti JTB dapat
mengemukakan kerja ukuran secara atas talian bermula dari proses fail dibuka
sehinggalah kepada pemprosesan data cerapan dan penjanaan Pelan Akui dan Pelan
Tanah bagi tujuan pendaftaran hak milik tanah selaras dengan hala tuju dan strategi
MyDigital bagi menambah baik sistem penyampaian kerajaan dengan penggunaan alat
digital (digital tool).
39
Cadastral Database Accuracy Enriching
Sr Looi Kam Seng, et al.
(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian, metodologi dan sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan
awam dan masyarakat: Sebelum ini, pangkalan data kadaster adalah dalam bentuk peta
hardcopy, kemudian ianya ditukar menjadi format digital dan seterusnya dikemas kini
dalam pangkalan data projek eKadaster. Dengan pertumbuhan teknologi berasaskan
geospatial seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Global Navigation Satellite
System (GNSS) ketepatan pangkalan data kadaster sedia ada perlulah dipertingkatkan.
Pada dasarnya, pangkalan data sedia ada ini mempunyai ketepatan lokasi yang rendah
disebabkan oleh batasan pengukuran, teknik pelarasan dan juga teknologi yang
digunakan pada ketika itu. Pada masa lalu, keperluan ketepatan mutlak tidak
dititikberatkan dan hanya ketepatan relatif ditekankan. Oleh kerana kaedah ukuran
kadaster sedia ada adalah berdasarkan kepada kedudukan relatif, maka wujud
propagasi selisih dalam pangkalan data kadaster yang signifikan. Pengurusan
pangkalan data kadaster adalah sangat kompleks di mana ia melibatkan pelbagai
kategori ketepatan data disebabkan sumbernya berasal dari ketepatan cerapan yang
berbeza. Objektif penyelidikan ini adalah untuk meningkatkan ketepatan pangkalan data
kadaster sedia ada melalui pembangunan Rangkaian Kawalan Berketepatan Tinggi,
melakukan cerapan berasaskan sudut dalam pelarasan dan seterusnya penambahan
maklumat ke dalam pangkalan data Structured Query Language (SQL). Oleh itu,
metodologi melibatkan rombakan prosedur operasi standard modul aplikasi dan kaedah
pelarasan sistem eKadaster harus diberi keutamaan.
Poin nyata (key knowledge):
1. Ketepatan pangkalan data kadaster sedia ada perlu dipertingkatkan dengan
pembangunan Rangkaian Kawalan Berketepatan Tinggi, melakukan cerapan
berasaskan sudut dalam pelarasan dan seterusnya dikemas kini ke dalam
pangkalan data SQL.
2.Metodologi melibatkan rombakan prosedur operasi standard modul aplikasi dan
kaedah pelarasan sistem eKadaster harus diberi keutamaan.
40
TEMA 3
PENGURUSAN
ALAM SEKITAR
41
MOHD PENGALAMAN KERJA
SAMSUDIN BIN
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian
MOHD SURI Konservasi Hidupan Liar, Jabatan
PERHILITAN
Jabatan: Jabatan 2016-2020
Perlindungan Hidupan Liar Pelaksanaan Program Pemuliharaan Hidupan
dan Taman Negara Liar untuk Spesis Terancam di Semenanjung
Semenanjung Malaysia Malaysia (Badak Sumatera dan Tapir)
(PERHILITAN)
[email protected] Penguasa, Taman Negara Pahang
2014-2015
BIODATA RINGKAS Merancang, mengurus dan memantau
Pemuliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar
Negeri kelahiran: di Taman Negara
Johor
Pengurus (Hidupan Liar), Sarawak Hydro
Tarikh lantikan dalam Sdn Bhd
perkhidmatan: 1985 2008-2010
Merancang, mengurus dan memantau
Penglibatan/ sumbangan Program Penyelamatan Hidupan Liar di
sebagai Pegawai SME: Empangan Hidro-Elektrik Bakun, Bintulu,
Mengetuai dan menyelaras Sarawak
program penghasilan kurasi
tulang (skeleton) spesis PENDIDIKAN
badak sumatera yang telah
pupus menggunakan spesimen Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
badak sumatera bernama Biologi
‘Rima’ yang mati pada tahun 2003
2002 di Pusat Konservasi Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor
Selangor untuk tatapan umum
Diploma Pertanian
Falsafah hidup: Kerja itu 1985
ibadah. Universiti Putra Malaysia, Serdang,
Selangor
KELAYAKAN PROFESIONAL
Nama kelayakan profesional: Diploma of
Environmental Management Dresden University
of Technology, Republic of Germany, 1994
Huraian: Pemeliharaan dan Pengurusan
Hidupan Liar (ekologi, habitat, teknik
pengurusan dan pemantauan, dinamik
penduduk), Penilaian Persekitaran
42
KEPAKARAN SME
Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 3/ G54
Tahun diiktiraf sebagai SME: 2016
Bidang: Perisodactyla
Sub-bidang: Badak Sumatera dan Tapir
Malaya
TAJUK ARTIKEL
Taksidermi Badak Sumatera
Program Mengesan Badak Sumatera
(Dicerorhinus Sumatrensis) Sepanjang Sepuluh
Tahun (2010-2020) di Semenanjung Malaysia
43
Taksidermi Badak Sumatera
Mohd Samsudin bin Mohd Suri
(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian: Menghasilkan satu (1) replika badak sumatera betina bernama ‘Puntung’
yang telah dimatikan secara suntikan (eutanasia) kerana menderita penyakit kanser
carcinoma dengan menjalankan proses taksidermi ke atas kulitnya di Pusat Konservasi
Badak Sumatera, Tabin, Sabah.
Metodologi:
Spesimen: Kulit badak sumatera Puntung yang disimpan di Pusat Pembiakan Badak
Sumatera, Tabin, Sabah.
Peralatan dan bahan: (iv) Peralatan pertukangan
(i) Peralatan melapah (skinning) (v) Peralatan kimpalan
(ii) Bahan penyamakan (tanning) (vi) Peralatan jahitan
(iii) Bahan untuk moulding badan,
kepala, sumbu dan mata tiruan
Langkah-langkah taksidermi yang terlibat:
(i) Persediaan (preparing) (v) Membuat badan tiruan (moulding)
(ii) Pengukuran (measuring) (vi) Pemasangan (mounting)
(iii) Melapah (skinning) (vii) Penyimpanan (displaying)
(iv) Penyamakan (tanning) (viii) Pengekalan (preserving)
Poin nyata (key knowledge):
1.Taksidermi adalah tugas mereka bentuk semula spesis secara 3-dimensi sebagai
gabungan sains dan seni yang seolah hidup untuk dipamerkan bagi memberi
peluang masyarakat menikmati keunikan dan nilai estatikanya.
2.Campuran garam, alum (tawas), asid sulfurik dan air dapat membuang lebihan
daging, lemak dan tisu pada kulit badak sumatera dalam proses penyamakan
(tanning) dengan kaedah rendaman.
3.Mereka bentuk badan palsu memerlukan data ukuran badak sumatera yang sebenar
supaya pemakaian dan penjahitan kulit ke atasnya kelak tidak menimbulkan
masalah.
44
4. Persediaan taksidermi yang diperlukan dari segi kakitangan adalah yang
mempunyai minat, kesabaran, daya seni, kemahiran dan semangat kerjasama untuk
mendapatkan hasil yang memuaskan.
5. Taksidermi spesis badak sumatera jarang dapat dilakukan kerana kesukaran
mendapatkan spesimennya. Pelaksanaan taksidermi Puntung mungkin menjadi
satu-satunya peluang terakhir yang diberikan memandangkan spesis ini telah pun
pupus.
Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
Penulisan ini boleh menjadi asas bagi mengembangkan bidang taksidermi ke atas
hidupan liar lain dalam kumpulan mamalia besar. Selain itu, penulisan ini dapat
memberi inspirasi kepada kakitangan awam yang menunjukkan minat, ketekunan,
kemahiran dan daya kesenian disamping mempunyai semangat kerjasama berpasukan
yang diperlukan untuk penghasilan taksidermi. Hal ini juga membuktikan kakitangan
jabatan sendiri boleh melakukan taksidermi tanpa memerlukan bantuan pihak luar yang
pasti memerlukan kos yang tinggi. Taksidermi ke atas badak sumatera memberi
peluang kepada masyarakat untuk menikmati keunikan spesis yang telah pupus di bumi
Malaysia dan dalam masa yang sama memberi kesedaran betapa pentingnya rakyat
perlu bersama-sama menjaga dan mengekalkan khazanah hidupan liar.
45
Program Mengesan Badak Sumatera (Dicerorhinus
Sumatrensis) Sepanjang Sepuluh Tahun (2010-2020)
di Semenanjung Malaysia
Mohd Samsudin bin Mohd Suri
(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian: Spesis badak sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) dikatakan telah pupus
di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengumpul maklumat sepanjang
sepuluh tahun (2010-2020) bagi mengetahui status spesis ini di dalam dan di luar
kawasan sejarah taburannya. Keputusan program ini dapat membantu mengesahkan
kepupusan spesis ini atau sebaliknya.
Metodologi: Kaedah mengesan dan mengumpul data dijalankan melalui:
1. Trekking
Ini merupakan kaedah konvensional dengan cara berjalan kaki di kawasan habitat
badak sumatera. Laluan trekking sebagai transect line menuju plot persampelan dalam
habitat badak sumatera. Pasukan mengesan membuat cerapan melalui pemerhatian
secara langsung dan tidak langsung mencari kesan-kesan kehadiran badak sumatera
sepanjang transect line dan plot persampelan jika dijumpai.
2. Camera trapping
Melibatkan pemasangan dan penarikan perangkap kamera di lokasi plot persampelan
dalam habitat badak sumatera. Imej hidupan liar yang dicerap oleh kamera akan
menentukan sama ada badak sumatera berada di kawasan habitatnya atau tidak.
Poin nyata (key knowledge): Tiada sebarang kesan kehadiran spesis badak sumatera
yang dapat dijumpai atau dicerap sepanjang transect line termasuk di dalam plot
persampelan berbanding spesis mamalia besar yang lain berdasarkan kaedah trekking
selama sepuluh tahun (2010-2020) program mengesan ini dijalankan.
Tiada sebarang imej badak sumatera yang diperoleh oleh mana-mana perangkap
kamera yang telah dipasang. Tiada sebarang kesan badak sumatera yang dapat
dicerap melalui kedua-dua kaedah trekking dan camera trapping sepanjang sepuluh
tahun (2010-2020) telah mengesahkan mengenai kepupusan spesis ini di habitat
semula jadi di Semenanjung Malaysia. Kepupusan spesis badak sumatera di
Semenanjung Malaysia telah dijangkakan setelah kali terakhir kesan spesis ini ditemui
melebihi sepuluh tahun yang lalu iaitu pada 2009 dan diketahui spesis ini menghadapi
tekanan ancaman pemburuan dan kehilangan habitat yang berterusan.
46