The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zabidioff2, 2021-09-07 00:56:04

Test

Test2

Pemburuan dan kehilangan habitat pada masa lalu menyebabkan populasi badak
sumatera terus menurun hingga ke paras yang sangat rendah. Populasi badak
sumatera yang sangat kecil menyebabkan ianya terdedah kepada masalah genetik dan
demografi yang menghalang populasinya untuk berkembang atau bertahan dalam
jangka masa yang panjang dan akhirnya berlaku kepupusan.
Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
Penulisan ini memberi maklumat asas mengenai kaedah kajian eksploratori spesis
hidupan liar di dalam habitat semula jadi menggunakan kaedah trekking dan camera
trapping. Penulisan ini boleh dijadikan asas untuk mengisytiharkan kepupusan spesis
badak sumatera di habitat semula jadi di Semenanjung Malaysia yang berdasarkan
hasil kajian. Perkara ini menjadi pengajaran dan dapat digunakan bagi tujuan
meningkatkan konservasi spesis terancam yang lain yang dipelihara sepenuhnya atau
tidak dipelihara sepenuhnya di Semenanjung Malaysia.

47

TEMA 4

PENGURUSAN
KEJURUTERAAN/
SENIBINA

48

SR MASELAWATI PENGALAMAN KERJA
SHAMSUDDIN
Pengarah Perundingan Penyelesaian
Jabatan: Jabatan Kerja Raya Pertikaian
Malaysia (JKR) 2019-2021
[email protected] Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)

BIODATA RINGKAS Deputy Director, Contract and
Commercial Department
Negeri kelahiran: 2017-2018
Selangor Dipinjamkan ke Pasukan Projek Khas -
Independent Consultant Engineer (ICE) bagi
Tarikh lantikan dalam projek MRT Laluan 2 (Sungai Buloh ke
perkhidmatan: 20 Ogos 1984 Putrajaya) di HSSI Engineering Sdn. Bhd.

Penglibatan/ sumbangan PENDIDIKAN
sebagai Pegawai SME:
Perundingan dan khidmat Sarjana Sains Pengurusan Projek
nasihat pentadbiran kontrak Pembinan Bersepadu
kerajaan terutama yang 2003
melibatkan tuntutan daripada Universiti Teknologi Mara, Selangor
pihak kontraktor
Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens
Falsafah hidup: Tugas itu (Eksternal)
adalah amanah. Justeru berikan 2012
perkhidmatan yang terbaik. Universiti Malaysia, WP Kuala Lumpur

Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

1984
Universiti Teknologi Malaysia, WP Kuala
Lumpur

KELAYAKAN PROFESIONAL

Professional Member of The Royal Institution
of Chartered Surveyors (RICS)
Fellow of The Royal Institution of Surveyors
Malaysia (RISM)
Registered as a Consultant Quantity
Surveyor, Board of Quantity Surveyors
Malaysia (BQSM)
Certificate in Legal Practice (CLP), Legal
Profession Qualifying Board, Malaysia.
Certificate in Adjudication, KL Regional
Centre for Arbitration

49

KEPAKARAN SME
Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 4/ Jusa C
Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
Bidang: Strategic Procurement, Cost
Engineering & Dispute Resolution Consultancy
Sub bidang: Dispute Resolution Consultancy

TAJUK ARTIKEL
Applicability of Expert Determination as
Alternative Dispute Resolution in the Malaysian
Construction Industry
Pengulas Pakar Penerbitan CIDB Construction
Law Report 2019 - Edisi 2020 (2 artikel)
Pengulas Pakar Penerbitan CIDB Construction
Law Report 2018 - Edisi 2019 (2 artikel)

50

Applicability of Expert Determination as Alternative
Dispute Resolution in the Malaysian Construction
Industry

Sr Maselawati Shamsuddin, et al.

(Artikel ini pernah dibentangkan di PAQS Congress Kuching, Malaysia, 2019)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Pemakaian kaedah Penentuan oleh Pakar (Expert Determination - ED)
sebagai pendekatan alternatif bagi penyelesaian pertikaian (Alternative Dispute
Resolution - ADR) dalam industri pembinaan Malaysia.

Metodologi: Kajian literatur melibatkan penulisan pengamal dalam industri pembinaan
mengenai kaedah ED sebagai ADR, khususnya dalam aspek ciri nyata, kebaikan dan
keburukan dan pengajaran daripada pemakaiannya. Kajian lapangan juga dilaksanakan
melalui sesi temu bual dalam kalangan institusi pembinaan bagi menentukan tahap
pemakaian dan kebolehlaksanaannya dalam industri pembinaan di Malaysia.

Ringkasan penulisan: Kertas ini bertujuan meneroka potensi pemakaian kaedah ED
sebagai ADR dalam industri pembinaan Malaysia. Kertas ini meneliti kaedah ADR
utama yang diamalkan di Malaysia dengan merujuk kepada statut, peruntukan syarat-
syarat kontrak standard dan institusi yang terlibat dengan penyelesaian pertikaian.
Perbandingan ciri-ciri utama kaedah penyelesaian pertikaian berdasarkan kajian
literatur menunjukkan ADR boleh diperbaiki dari sudut kecepatan masa dan kos bagi
penyelesaian pertikaian pembinaan. Kaedah tradisional seperti melalui timbang tara
dan litigasi dilihat bukan lagi menjadi pilihan utama berdasarkan ciri-ciri yang
dibincangkan. Memperkenalkan ED sebagai kaedah penyelesaian pertikaian baharu
dilihat mampu menyelesaikan pertikaian terutamanya yang bersifat teknikal sebaik
sahaja isu tersebut timbul atau terjadi. Isu teknikal merujuk kepada isu kejuruteraan
atau pembinaan. Para profesional yang terlibat dalam industri pembinaan dilihat
berpotensi sebagai pemberi khidmat utama bagi ED di mana pakar dalam bidang
tertentu boleh menyelesaikan pertikaian dengan kos dan tempoh masa seminimum
mungkin. ED telah digunakan dengan meluas di US, UK dan Eropah. Dalam dekad
terakhir ini, Hong Kong dan Singapura telah menggunakan kaedah ED dalam industri
pembinaan negara tersebut. Hasil kajian menunjukkan beberapa perkara yang perlu
dilaksanakan bagi menjayakan pemakaian kaedah ED di Malaysia adalah dengan
melibatkan penggubalan Peraturan ED (ED Rules), pindaan kepada peruntukan syarat-
syarat kontrak standard/ supplemental kepada kontrak tersebut, penentuan organisasi
yang mempunyai kuasa melantik pakar (dalam hal pihak-pihak tidak mencapai
.

51

persetujuan untuk melantik seorang pakar) dan juga penentuan organisasi yang
berwibawa untuk menyedia dan menguruskan senarai pakar yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran khusus dalam bidang pertikaian tertentu bagi
memudahkan pemilihan pakar oleh pihak yang berminat.
Poin nyata (key knowledge):

1.Kaedah ED berpotensi menjadi ADR di dalam industri pembinaan di Malaysia.
2.Pelaksanaan kaedah ED memerlukan beberapa tindakan yang menyeluruh bagi

menjamin kejayaannya dalam industri pembinaan di Malaysia.
Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
Pemakaian kaedah ED membolehkan industri pembinaan di Malaysia mempunyai lebih
banyak pilihan ADR terutamanya bagi penyelesaian pertikaian yang timbul sepanjang
tempoh pembinaan. ADR seharusnya menawarkan kaedah yang tidak mahal, mudah,
efektif dan pantas. Industri pembinaan akan memperoleh manfaat dalam bentuk
penjimatan kos dan masa apabila kaedah penyelesaian pertikaian yang bersesuaian
dipilih mengikut jenis pertikaian yang terlibat.

52

Pengulas Pakar Penerbitan CIDB
Construction Law Report 2019 - Edisi 2020

Sr Maselawati Shamsuddin

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam CIDB Construction Law Report 2019 – Edisi 2020)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Menyediakan ulasan ke atas kes pembinaan berasaskan perspektif positif
untuk menambah baik industri pembinaan secara holistik dengan menekankan isu
utama pertikaian, pengajaran yang diperoleh dan amalan terbaik yang boleh diterapkan
dalam industri pembinaan.

Metodologi: Mengkaji secara terperinci kes pembinaan yang dikemukakan oleh
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam bentuk ringkasan kes (case
summary) dan penghakiman asal (raw judgment) serta memberi ulasan secara bertulis
mengenai keputusan kes mengikut format yang ditetapkan bagi tujuan penerbitan.

Ringkasan penulisan: Ulasan telah disediakan ke atas dua (2) kes pembinaan seperti
berikut:

Kes 1: Shabiru (1990) Sdn. Bhd. v Goh Aik Chin & Anor
Kes ini mengenai kerja pembaikan ke atas binaan kedai lama (pre-war building) yang
mengakibatkan kerosakan kepada binaan yang berdampingan. Isu yang dibincangkan
adalah tanggungjawab menjaga (duty of care) oleh pihak kontraktor, penyediaan polisi
insurans terhadap kerosakan yang boleh timbul dan pemakaian egg-shell skull rule
memandangkan bangunan terlibat berada dalam keadaan usang.

Poin nyata (key knowledge):
1. Kontraktor mempunyai tanggungjawab menjaga kepada jiran (neighbours) yang
terkesan dari kerja pembinaan yang dijalankannya.
2.Pihak yang terlibat dengan pembinaan perlu memahami undang-undang tort
terutama mengenai kecuaian (negligence), khususnya mengenai pemakaian dan
kesannya.

Kes 2: Malaysian Resources Corporation Berhad v HSBC Bank Malaysia Berhad & 3
Ors and anor case
Kes ini mengenai plaintif yang memohon injunksi bagi menyekat defendan melunaskan
bon pelaksanaan (dalam bentuk gerenti bank) atau menyekat pihak bank selaku
penjamin membuat bayaran, disebabkan kegagalan plaintif menyiapkan projek mengikut
kontrak. Isu yang dibincangkan adalah sama ada tindakan defendan adalah tidak
berhati perut (unconscionable). Isu lain adalah sama ada ujian yang berlainan (different
test) perlu digunakan dalam keadaan terdapatnya peruntukan rujukan kepada timbang
tara dalam kontrak.

53

Poin nyata (key knowledge):
1.Pihak mahkamah menetapkan nilai ambang yang tinggi (high threshold) bagi
pembuktian tindakan yang disifatkan tidak berhati perut dan penegasan (assertion)
semata-mata oleh pihak yang menuntut adalah tidak memadai.
2.Pihak yang mengatakan wujudnya tindakan tidak berhati perut perlu menyediakan
bukti yang kuat pada tahap yang mampu mencuit rasa bersalah (prick the
conscience) orang yang munasabah (reasonable man) seperti yang diputuskan
dalam kes Sumatec Engineering.

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
Ulasan ke atas kes dapat mengutarakan pengajaran (lesson learnt) dan amalan terbaik
yang boleh diterapkan dalam industri pembinaan bagi mengelakkan pertikaian serupa
berulang.

54

Pengulas Pakar Penerbitan CIDB
Construction Law Report 2018 - Edisi 2019

Sr Maselawati Shamsuddin

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam CIDB Construction Law Report 2018 – Edisi 2019)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Menyediakan ulasan ke atas kes pembinaan berasaskan perspektif positif
untuk menambah baik industri pembinaan secara holistik dengan menekankan isu
utama pertikaian, pengajaran yang diperoleh dan amalan terbaik yang boleh diterapkan
dalam industri pembinaan.

Metodologi: Mengkaji secara terperinci kes pembinaan yang dikemukakan oleh
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam bentuk ringkasan kes (case
summary) dan penghakiman asal (raw judgment) serta memberi ulasan secara bertulis
mengenai keputusan kes mengikut format yang ditetapkan bagi tujuan penerbitan.

Ringkasan penulisan: Ulasan telah disediakan ke atas dua (2) kes pembinaan seperti
berikut:

Kes 1: Mix Target (M) Sdn. Bhd. v Najcom Sdn. Bhd. & Another case
Kes ini mengenai pemecahan kontrak dan penamatan kontrak. Isu yang dibincangkan
sama ada penamatan sub kontraktor adalah mengikut undang-undang dan sama ada
sub kontraktor layak kepada ganti rugi yang timbul daripada penamatan yang
pramatang dan tidak mengikut undang-undang. Kes ini juga melibatkan isu bayaran
bagi kerja yang telah dilaksanakan sehingga tarikh penamatan sub kontrak. Defendan
telah mengemukakan tuntutan balas (counterclaim) dan isu yang dibincangkan adalah
sama ada berdasarkan imbangan kebarangkalian, defendan telah berjaya membuktikan
kerugian yang ditanggung bagi menyiapkan baki kerja dengan menggunakan kontraktor
penyelamat (rescue contractor).

Poin nyata (key knowledge):
1.Tindakan penamatan kontrak hendaklah ditadbir mengikut peruntukan kontrak
antara kedua pihak bagi mengelakkan pertikaian.
2.Lanjutan daripada penamatan yang menurut undang-undang, majikan mempunyai
hak untuk melantik pihak ketiga untuk menyiapkan baki kerja dan perbezaan kos
penyiapan boleh dituntut daripada kontraktor asal sepertimana yang dibenarkan
dalam peruntukan nyata (expressed provision) dalam kontrak.

55

Kes 2: Pasdec Putra Sdn. Bhd. v Suara Hati Sdn. Bhd.
Kes ini mengenai penamatan kontrak dan isu sama ada bayaran ke atas kerja yang
telah dilaksanakan sehingga penamatan kontrak, perlu berasaskan dan tertakluk
kepada pengukuran muktamad (final measurement). Isu lain adalah mengenai sama
ada beban pembuktian terletak ke atas kontraktor yang menuntut dalam menentukan
nilai kerja yang telah dilaksanakan sehingga tarikh penamatan.
Poin nyata (key knowledge):

1.Beban pembuktian terletak di atas pihak yang membuat tuntutan.
2. Pengukuran secara bersama (joint measurement) di tapak bina bagi menentukan

nilai kerja yang telah dilaksanakan sehingga tarikh penamatan kontrak dan
dipersetujui oleh kedua pihak, dapat mengelakkan pertikaian.
Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
Ulasan ke atas kes dapat mengutarakan pengajaran (lesson learnt) dan amalan terbaik
yang boleh diterapkan dalam industri pembinaan bagi mengelakkan pertikaian serupa
berulang.

56

TEMA 5

PENGURUSAN
PROJEK

57

SR ROHANIS PENGALAMAN KERJA
BINTI AB GHANI Juruukur Bahan Penguasa/ Juruukur
Bahan Kanan
Jabatan: Jabatan Kerja Raya 2009-kini
Malaysia (JKR) Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu
Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
[email protected]
Juruukur Bahan Kanan/ Juruukur Bahan
BIODATA RINGKAS 2014-2015
Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR
Negeri kelahiran: Negeri Kelantan
Kelantan
PENDIDIKAN
Tarikh lantikan dalam
perkhidmatan: Master Science Engineering of
International Construction Management
1999 – Juruukur Bahan and Engineering
(J41) 2009
1992 – Pembantu Juruukur University of Leeds, United Kingdom
Bahan (J29) Distinction Most Outstanding Student Prize

Penglibatan/ sumbangan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
sebagai Pegawai SME: 2008
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Pembangunan inisiatif Kepujian
(baharu) Kajian VM
Strategik (VMS) (2019 - kini) KELAYAKAN PROFESIONAL
Pembangunan prosedur dan
proses kerja Value Review Juruukur Bahan Profesional (PQS), Lembaga
(VR) (2019) Juruukur Bahan Malaysia (LJUBM)
Pembangunan Program Registered Professional Quantity Surveyor,
Pensijilan Pengurus Nilai Royal Institute of Surveyor Malaysia (RISM)
JKR Malaysia (2019-2020) Certified Value Manager (CVM – Expert
Level), Institute of Value Management
Falsafah hidup: Do great things Malaysia (IVMM)
with sincere heart, Allah
acknowledges.

58

KEPAKARAN SME
Tahap/ Gred kepakaran: Tahap 2/ Gred J52
Tahun diiktiraf sebagai SME: 2018
(Disember)
Bidang: Pengurusan Nilai (Value
Management – VM) bagi Sektor Awam

TAJUK ARTIKEL
Contextualization of Value Management (VM)
Implementation in the Malaysian Public
Construction Projects
Enhancing Value Transition Effectiveness
within Design & Build (D&B) Procurement
Route of the Malaysian Public Construction
Projects
Value Engineering on Request for Proposal
('VE on RFP') – a Non-conventional Value
Engineering (VE) Study for Value Delivery
Enhancement within Design and Build (D&B)
Project

59

Contextualization of Value Management (VM)
Implementation in the Malaysian Public Construction

Projects

Sr Rohanis binti Ab Ghani, Safarina Rabiah binti Bolhasan

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam IVMM Newsletter (Institute of Value Management Malaysia, 2019)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Ringkasan terhadap penyesuaian konteks atau ciri bagi pelaksanaan
Pengurusan Nilai atau Value Management (VM) oleh Kerajaan Malaysia, yang telah
dikongsi dengan negara luar melalui pembentangan kertas di persidangan
antarabangsa dan sesi dialog The Hong Kong Institute of Value Management (HKIVM)
International Conference in Promoting and Extending VM Professional Services in Belt
and Road Region. Versi asal penulisan yang sama telah diterbitkan oleh Pertubuhan
Pengurusan Nilai Malaysia (IVMM) sebagai artikel IVMM Newsletter pada Disember
2019 dalam Bahasa Inggeris.

Metodologi: Kajian dan perbincangan secara konsep (conceptual discussion),
berasaskan kepada literatur, pemerhatian dan pengalaman oleh penulis sebagai pakar
yang terlibat dalam pembangunan dan amalan bidang VM dalam sektor awam.

Poin nyata (key knowledge):
1.Pelaksanaan inisiatif VM melalui arahan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE),
Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mencecah tempoh 10 tahun (1 dekad)
pemakaiannya dalam program/ projek kerajaan.
2.Mandat melalui arahan kerajaan untuk mewajibkan pelaksanaan VM (program/
projek yang bernilai RM50 juta dan ke atas) merupakan game changer yang merintis
amalan tersebut dalam sektor awam.
3.Penyesuaian konteks utama dalam pelaksanaan VM di Malaysia adalah ketetapan
tiga (3) intervensi kajian VM di dalam kitar hayat projek iaitu Value Assessment
(VA), Value Engineering (VE) dan Value Review (VR).
4.VM telah dapat diinstitusikan di dalam sistem pelaksanaan projek melalui proses
pengurusan perubahan (change management) contohnya dengan mengintegrasikan
VE dalam Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Jabatan Kerja raya (JKR) dan
sebagainya.
5.Penyesuaian konteks pelaksanaan VM dalam sesuatu organisasi adalah perkara
asas; merangkumi penetapan polisi, kerangka, tadbir urus, dan penyesuaian
prosedur, proses, tools dan teknik, pemantauan serta penambahbaikan yang
berterusan.

60

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Penulisan ini dapat memberi kefahaman ilmiah terhadap keperluan penyesuaian
konteks pelaksanaan bagi sesuatu organisasi dalam menginstitusikan VM sebagai
metodologi pengurusan projek.
2.Ianya turut memberi perkongsian ilmu dengan komuniti pengamal VM dan pemain
industri lain yang terlibat dengan pelaksanaan VM mengenai konteks yang perlu
disesuaikan; yang merujuk kepada penyesuaian konteks oleh JKR dalam
menginstitusikan kajian Value Engineering (VE) dalam organisasi berkenaan.
3.Penulisan dan pembentangan topik ini (di persidangan antarabangsa sebelum ini)
dapat menaikkan imej Kerajaan Malaysia dari aspek penanda aras amalan VM
dalam program/ projek sektor awam.

61

Enhancing Value Transition Effectiveness within
Design & Build (D&B) Procurement Route of the

Malaysian Public Construction Projects

Sr Rohanis binti Ab Ghani, Dr. Norhanim Zakaria, Sr Dr. Kho Mei Ye

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam QSLINK – Board Quantity Surveyors Malaysia Bulletin, Issue 2, 2016)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Skop kajian awalan bagi penulisan ini adalah hasil pengenalpastian
pemboleh ubah (variables) bagi nilai projek dari perspektif strategi perolehan projek
pembinaan di Malaysia, yang merupakan sebahagian dari penyelidikan yang lebih luas
(hasil kajian ijazah tinggi oleh penulis pertama). Skop kajian lanjutan adalah mengenai
kajian Value Engineering on Request for Proposal (VE on RFP) yang merupakan
kaedah peningkatan dalam pemindahan nilai projek yang berkesan daripada pihak
kerajaan kepada pihak pembida atau kontraktor bagi projek yang ditender secara
sistem perolehan Reka dan Bina (Design and Build – D&B). Hasil kajian yang sama
turut dikongsi di peringkat antarabangsa dan diterbitkan sebagai kertas persidangan
Society of Japanese Value Engineers (SJVE) di Tokyo, Jepun pada Oktober 2017
dalam Bahasa Inggeris.

Metodologi: Metodologi yang digunakan bagi bahagian awalan kajian ini adalah secara
kualitatif iaitu kaedah temu bual dengan 10 orang pakar VM terhadap teori yang diambil
dari literatur iaitu pemboleh ubah (variables) bagi nilai projek dari perspektif strategi
perolehan projek. Bahagian lanjutan kajian ini adalah berasaskan hasil pemerhatian
penulis sebagai pakar VM terhadap faedah pelaksanaan kajian VE on RFP. Lanjutan
daripada itu, kaedah soal selidik dilaksanakan dengan wakil klien sebagai responden
terhadap pengesahan faedah pelaksanaan VE berkenaan dalam projek D&B.

Poin nyata (key knowledge):
1.Strategi perolehan projek merupakan salah satu medium untuk meningkatkan nilai
projek pembinaan dengan mengoptimumkan pemboleh ubah (variables) bagi nilai
daripada perspektif berkenaan.
2.Kepentingan mengenai rantaian nilai dalam kitar hayat projek pembinaan
(construction project value chain) dan titik pemindahan nilai projek serta hubung kait
dengan strategi perolehan projek.
3. Konteks integrasi Pengurusan Nilai (Value Management - VM) dalam projek
pembinaan Kerajaan Malaysia telah disesuaikan bagi perolehan secara D&B, iaitu
melalui intervensi VM dalam kitar hayat.

62

4.Kajian VE on RFP adalah efektif dalam meningkatkan pemindahan nilai projek
daripada pihak kerajaan kepada pihak pembida atau kontraktor projek secara D&B
dengan pelbagai faedah yang telah dikenal pasti.

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Penulisan ini dapat memberi kefahaman ilmiah terhadap pemboleh ubah (variables)

bagi nilai projek pembinaan dari perspektif strategi perolehan dan rantaian nilai
(value chain) dalam kitar hayat projek serta medium kajian VE on RFP dalam
pemindahan nilai projek.
2.Perkara ini juga mengesahkan pelbagai faedah yang dikenal pasti dari amalan
kajian VE on RFP dalam projek D&B untuk dikongsi kepada komuniti pengamal VM
dan pemain industri lain yang terlibat dengan pelaksanaan VM.
3.Penulisan dan pembentangan topik ini di persidangan antarabangsa sebelum ini
dapat menaikkan imej Kerajaan Malaysia dari aspek amalan VM (VE on RFP) dalam
projek secara perolehan D&B.

63

Value Engineering on Request for Proposal (‘VE on
RFP’) – a Non-conventional Value Engineering (VE)
Study for Value Delivery Enhancement within Design

and Build (D&B) Project

Sr Rohanis Ab Ghani, et al.

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam IVMM Newsletter (Institute of Value Management Malaysia), Edisi 1,
2017)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Skop kajian bagi penulisan secara konsep (conceptual) ini adalah
pengenalan terhadap kajian Value Engineering on Request for Proposal (VE on RFP)
yang merupakan satu intervensi Pengurusan Nilai atau Value Management (VM) secara
bukan konvensional dalam kitar hayat projek pembinaan. Ianya menerangkan intervensi
VM bagi projek yang dilaksana secara alternatif (kepada Sistem Perolehan Tradisional)
iaitu secara Sistem Perolehan Reka dan Bina (Design and Build – D&B), yang memberi
deskripsi dan mengenal pasti pelbagai faedah kajian VE tersebut. Pelaksanaan VE on
RFP adalah kajian VM di peringkat pra tender yang menetapkan asas tender kepada
pembida atau kontraktor projek D&B. Versi asal penulisan ini telah diterbitkan oleh
Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia (IVMM) melalui artikel IVMM Bulletin Edisi
1/2017 dalam Bahasa Inggeris.

Metodologi: Metodologi bagi penulisan ini adalah kajian dan perbincangan secara
konsep (conceptual discussion) berasaskan kepada literatur berkaitan amalan terbaik
VM dalam projek D&B dan melalui pemerhatian serta pengalaman luas oleh penulis
sebagai pakar yang terlibat dalam pembangunan dan amalan bidang VM dalam sektor
awam.

Poin nyata (key knowledge):
1.Projek yang dilaksanakan secara alternatif Sistem Perolehan D&B tidak terlepas
daripada keperluan untuk dilaksana kajian VM bagi memastikan penyampaian nilai
projek pembinaan, iaitu melalui kajian VE on RFP.
2.Tujuan utama pelaksanaan kajian VE on RFP di peringkat pra tender adalah untuk
menterjemah kehendak strategik klien kepada terma teknikal yang menjadi sumber
rujukan dan asas tender kepada pembida atau kontraktor projek D&B.
3.Amalan terbaik VM dalam projek D&B di peringkat antarabangsa telah dirujuk bagi
menetapkan intervensi dalam proses pelaksanaan projek kerajaan, terutama dalam
kitar hayat projek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

64

4. Pelbagai faedah daripada pelaksanaan VE on RFP telah dikenal pasti berdasarkan
amalan sebenar dalam projek kerajaan secara D&B.

5. Kajian VE on RFP adalah efektif dalam meningkatkan penyampaian nilai projek
daripada pihak kerajaan kepada pihak pembida atau kontraktor projek yang
dilaksanakan secara D&B.

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Penulisan ini dapat memberi kefahaman ilmiah terhadap kajian VE on RFP kepada
komuniti pengamal VM dan pemain industri lain yang terlibat dengan pelaksanaan
VM untuk amalan dalam projek D&B (kajian VM secara bukan konvensional).
2.Pelbagai faedah yang dikenal pasti dari pelaksanaan VE on RFP dalam projek D&B
telah menyokong teori amalan terbaik VM iaitu ianya menyumbang kepada
penyampaian nilai projek D&B.
3.Penerbitan asal oleh IVMM bagi penulisan ini dapat menanda aras amalan di dalam
sektor awam untuk diaplikasikan di peringkat nasional dari aspek amalan VM (VE on
RFP) dalam projek D&B.

65

TEMA 6

PENGURUSAN
SAINS
PERUBATAN

66

AMINAH BINTI PENGALAMAN KERJA
MEKESAT Pegawai Sains Genetik
2018-2021
Jabatan: Makmal Genetik, Makmal Genetik, Jabatan Patologi, Hospital
Jabatan Patologi, Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur
Tunku Azizah, Kuala Lumpur
Pegawai Sains Genetik
[email protected] 1998-2017
Makmal Genetik, Jabatan Genetik, Hospital
BIODATA RINGKAS Kuala Lumpur

Negeri kelahiran: PENDIDIKAN
Melaka Ijazah Sarjana Muda Sains dengan
Kepujian dalam Program Biologi Sel dan
Tarikh lantikan dalam Molekul (Genetik)
perkhidmatan: 9 Februari 1998 1997
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Penglibatan/ sumbangan
sebagai Pegawai SME: KEPAKARAN SME
Pewujudan perkhidmatan Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 2/ C52
sitogenetik di Jabatan Patologi, Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
Hospital Kuala Lumpur Bidang: Sitogenetik (Kajian Kromosom)
Sitogenetik Darah Periferi
Falsafah hidup: Setiap apa Sitogenetik Sumsum Tulang
yang dilakukan pastikan Fluorescence In-Situ Hybridisation
mendapat keredaan Allah
kerana matlamat hidup adalah TAJUK ARTIKEL
dikurniakan Syurga Firdaus dari
Ilahi. Cytogenetic Abnormalities and Y-Chromosome
Microdeletion in Infertile Men in Malaysia:
Hospital Kuala Lumpur and Women and
Children Hospital Kuala Lumpur Experience

67

Cytogenetic Abnormalities and Y-Chromosome
Microdeletion in Infertile Men in Malaysia:

Hospital Kuala Lumpur and Women and Children
Hospital Kuala Lumpur Experience

Aminah Mekesat, Ahmad Akmal Azman, Dr. Chin Loi Khim, dan
Dr. Roziana Ariffin

(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Kajian ini dijalankan secara retrospektif, berdasarkan data laporan
keputusan ujian sitogenetik dan Y-microdeletion yang dibuat di Makmal Genetik,
Hospital Kuala Lumpur dan Makmal Genetik, Jabatan Patologi, Hospital Wanita dan
Kanak-Kanak Kuala Lumpur dari tahun 2015 hingga 2018. Kajian ini hanya melibatkan
pesakit lelaki yang didiagnos sebagai tidak subur dan ujian hanya dilakukan di atas
permintaan doktor yang merawat dari pelbagai hospital awam di Malaysia.

Metodologi: Seramai 138 orang lelaki yang didiagnos sebagai tidak subur di Malaysia
diperiksa untuk mengetahui adanya ketidaknormalan kromosom dan kehilangan mikro
pada kromosom Y. Daripada 138 kes yang dijalankan:

1.47 kes hanya menjalani ujian sitogenetik untuk mengesan ketidaknormalan
kromosom.

2.31 kes menjalani ujian molekular genetik Y-microdeletion melalui teknik Multiplex
Ligation-Probe Amplification (MLPA) yang menggunakan bahan uji MLPA probmix
(P360) untuk mengesan kehilangan mikro pada kromosom Y.

3.60 kes menjalani kedua-dua ujian.

Poin nyata (key knowledge):
1.Salah satu faktor yang menyebabkan kemandulan dalam kalangan lelaki di Malaysia
adalah ketidaknormalan kromosom dan kehilangan mikro pada kromosom Y.
2.Ujian sitogenetik dan Y-microdeletion merupakan satu ujian yang penting dalam
mendiagnos kemandulan golongan lelaki dan perlu dijadikan sebagai pemeriksaan
rutin bagi lelaki yang tidak subur bersama-sama dengan kaunseling genetik sebelum
rawatan pembiakan diberikan.

68

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Data statistik yang diperolehi dapat dijadikan satu maklumat yang penting kepada
umum untuk mengetahui status masalah kesuburan di mana masalah kemandulan
bukan sahaja terletak pada wanita malah terdapat juga pada lelaki yang berpunca
daripada penyakit genetik.
2.Dapat membantu pakar-pakar klinikal dalam mengendalikan urusan rawatan pesakit
yang menghadapi masalah ketidaksuburan sekaligus memberi maklumat yang
penting kepada pesakit berkaitan penyakit genetik yang dihadapi dan memberi
pilihan kepada mereka untuk rawatan selanjutnya.

Nota: Penulisan adalah dalam format poster.

69

NOR KHATIJAH PENGALAMAN KERJA
BINTI MOHD Pegawai Sains Genetik
ARIS 2019-2021
Makmal Molekular Genetik, Jabatan Patologi,
Jabatan: Makmal Genetik, Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur
Jabatan Patologi, Hospital
Tunku Azizah, Kuala Lumpur Pegawai Sains Genetik
[email protected] 2016-2019
[email protected] Makmal Molekular Genetik, Jabatan Genetik,
Hospital Kuala Lumpur
BIODATA RINGKAS
PENDIDIKAN
Negeri kelahiran:
Pahang Ijazah Sarjana Sains Perubatan Molekul
2011
Tarikh lantikan dalam Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
perkhidmatan: 20 Julai 2009
Ijazah Sarjana Muda Sains dengan
Penglibatan/ sumbangan Kepujian dalam Program Genetik
sebagai Pegawai SME: 2006
Pewujudan perkhidmatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
molecular genetic untuk pesakit
syndrome genetic dan cancer KEPAKARAN SME
genetic di Makmal Genetik,
HKL. Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 1/ C48
Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
Falsafah hidup: Faktor kepada Molekular Genetik: Kepakaran dalam bentuk
kegagalan adalah bertangguh kajian DNA manusia iaitu pesakit di hospital
dan juga alasan. untuk penentuan diagnosis penyakit berkaitan
sindrom genetik serta keabnormalan sejak
lahir dan juga kanser seperti kanser paru-
paru, kolon, otak dan payudara

TAJUK ARTIKEL

Epidermal Growth Factor Receptor (EGFR)
Gene Mutation Testing for Integrated Care and
Treatment of Non-Small Cell Lung Cancer
(NSCLC) Patient in Malaysia
First Case of Kagami-Ogata Syndrome in
Malaysian Patient

70

Epidermal Growth Factor Receptor (EGFR) Gene
Mutation Testing for Integrated Care and Treatment

of Non-Small Cell Lung Cancer (NSCLC)
Patient in Malaysia

Nor Khatijah Mohd Aris, Noor Shida Saila Md Safar, Nor Shafiqa Mohd
Madehi, Emy Nursheila Anuar, Dr. Chin Loi Khim,
Dr. Roziana Ariffin

(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian dan metodologi: Kajian retrospektif ini adalah berdasarkan data laporan
keputusan ujian di kalangan pesakit kanser non-small cell lung (NSCL) paru-paru yang
dijalankan di Makmal Genetik, Hospital Tunku Azizah dari tahun 2014 sehingga 2020.
Keputusan ujian mutasi gen epidermal growth factor receptor (EFGR) ini amat penting
untuk menentukan terapi gen yang bersesuaian untuk pesakit kanser paru-paru. Kajian
ini hanya melibatkan pesakit kanser paru-paru yang dirujuk ke hospital kerajaan.

Kesemua sampel blok atau slaid dari tumor pesakit yang diterima akan diekstrak secara
manual menggunakan kit DNA sample preparation (Cobas, Roche). Seterusnya, real-
time polymerase chain reaction (real-time PCR) akan dilakukan terhadap sampel
berkenaan. Analisis ujian telah dilakukan terhadap 42 jenis mutasi di dalam gen EGFR
yang dapat dikesan melalui real-time PCR. Setelah itu, sebuah pangkalan data bagi
jenis-jenis mutasi yang dikesan dalam kalangan 3,399 orang pesakit kanser paru-paru
diwujudkan.

Kanser paru-paru adalah kanser yang ketiga tertinggi di Malaysia dan kes kematian
yang paling tinggi dalam kalangan pesakit kanser adalah disebabkan oleh kanser paru-
paru. Gen sasaran bagi terapi kanser yang paling utama dalam kalangan pesakit kanser
paru-paru adalah pada gen EGFR. Pesakit yang mempunyai mutasi dalam gen ini akan
diberikan rawatan terapi gen tyrosine kinase inhibitor (TKI) selain daripada kemoterapi.

Kajian terdahulu menunjukkan prevalens mutasi EGFR adalah 37%-50% dan lebih
banyak dijumpai dalam kalangan wanita Asia, dan yang tidak pernah serta pernah
merokok secara sederhana.

First-line test bagi pesakit kanser paru-paru yang disarankan oleh panduan pengurusan
pesakit kanser NSCLC di seluruh dunia adalah dengan melakukan single-gene test
untuk mengesan mutasi dalam gen EFGR, seterusnya ujian terhadap gen sasaran
.

71

terapi bagi gen anaplastic lymphoma kinase (ALK) dan gen ROS proto-oncogene 1
(ROS1).
Berdasarkan ujian ini, ia dapat membantu pakar klinikal dan onkologi dalam memberi
perawatan gen terapi kepada pesakit kanser paru-paru di Malaysia, memberikan
peluang untuk mendapatkan rawatan gen terapi untuk pesakit kanser paru-paru,
menambah baik kualiti kehidupan mereka dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan
terhadap ujian genetik yang dilakukan di makmal di fasiliti kerajaan berbanding di
makmal ujian swasta.
Nota: Penulisan adalah dalam format poster.

72

First Case of Kagami-Ogata Syndrome in Malaysian
Patient

Fatimah Azman, Teh Keng Hwang, Nor Khatijah Mohd Aris, Siti Zaharah
Farah Dura, Noor Shahizan Ajmi, Roziana Ariffin

(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian dan metodologi: Kajian kes (case report) ini adalah berdasarkan laporan
keputusan ujian microarray yang dijalankan di Makmal Genetik, Hospital Tunku Azizah
bagi seorang pesakit berbangsa Melayu berusia 2 tahun. Kes ini dirujuk dari Hospital
Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada tahun 2017. Kanak-kanak ini mempunyai
ciri-ciri seperti frontal brossing, small chest (isolated thoracic dysplasia),
laryngomalacia, shortened right femorus, dan hadPFO/PDA. Keputusan microarray
telah mengesahkan bahawa terdapat keabnormalan pada genetik pesakit yang
menyebabkan sindrom Kagami-Ogata. Ujian microarray amat penting untuk menentukan
kaedah perawatan yang bersesuaian untuk pesakit ini. Kajian ini hanya melaporkan
kajian kes seorang pesakit dalam kalangan kes rujukan ke Makmal Genetik, Hospital
Tunku Azizah.

Sampel darah pesakit yang diterima diproses mengikut prosedur konvensional
sitogenetik untuk darah periferal. Berdasarkan keputusan sitogenetik yang diperolehi,
sampel pesakit disaran untuk diuji dengan kaedah microarray bagi melihat
keabnormalan genetik pada skala yang lebih tinggi.

Di kebanyakan hospital, pesakit yang mempunyai ciri-ciri dismorfik, keabnormalan
kongenital dan masalah pertumbuhan sejak lahir yang berkaitan dengan sindrom
genetik akan dirujuk kepada pakar klinikal genetik untuk melakukan ujian genetik yang
bersesuaian.

Ujian saringan bagi kes sindrom genetik adalah melakukan ujian konvensional
sitogenetik. Seterusnya ujian molekular sitogenetik iaitu microarray dijalankan
sekiranya diperlukan.

Teknik microarray merupakan teknik ujian sitogenetik molekular untuk pengenalpastian
perubahan nombor salinan pada sesuatu kromosom di keseluruhan genom pada skala
resolusi yang tinggi.

Sindrom Kagami-Ogata adalah sindrom yang jarang berlaku disebabkan oleh perubahan
genetik pada kawasan 14q32. Terdapat lebih kurang 60 kes yang telah dilaporkan
berdasarkan kajian terdahulu.

73

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
Berdasarkan ujian ini, ia dapat membantu pakar klinikal genetik dalam memberi
perawatan bersesuaian kepada pesakit sindrom genetik di Malaysia, memberikan
peluang untuk pesakit sindrom genetik menambah baik kualiti kehidupan mereka dan
menjimatkan perbelanjaan kerajaan terhadap ujian genetik yang dilakukan di makmal di
fasiliti kerajaan berbanding di makmal ujian swasta.
Nota: Penulisan adalah dalam format poster.

74

NADWAH PENGALAMAN KERJA
BINTI ONWI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)
2014-2021
Jabatan: Jabatan Perubatan Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur
Rehabilitasi, Hospital
Rehabilitasi Cheras Pegawai Pemulihan Perubatan
(Pertuturan)
[email protected] 2007-2012
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah
BIODATA RINGKAS
Pegawai Pemulihan Perubatan
Negeri kelahiran: (Pertuturan)
Kedah 2006-2007
Hospital Melaka, Melaka
Tarikh lantikan dalam
perkhidmatan: 11 Disember PENDIDIKAN
2006
Ijazah Sarjana Sains Rehabilitasi dan
Penglibatan/ sumbangan Teknologi, dengan Pengkhususan
sebagai Pegawai SME: Teknologi Rehabilitasi
Memperkenalkan pendekatan 2013
Telerehabilitasi bagi Sesi Terapi Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat
Pertuturan untuk pesakit strok Persijilan khas dalam Assistive Technology
dan kecederaan otak semasa
pandemik COVID-19 di Hospital Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan
Rehabilitasi Cheras (Kepujian)
2006
Falsafah hidup: Pantang Universiti Kebangsaan Malaysia, WP Kuala
Berundur Selagi Masih Lumpur
Bernafas.
KELAYAKAN PROFESIONAL

Terapis Pertuturan dan Bahasa (Speech-
Language Therapist)
Ahli Seumur Hidup Persatuan Patologis
Pertuturan-Bahasa, Malaysia (SPEAK) –
SLT0014

75

KEPAKARAN SME
Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 1/ Gred U48
Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
Rehabilitasi: Meningkatkan kualiti
perkhidmatan terapi pertuturan dan bahasa,
penelanan dan komunikasi bagi kes-kes strok,
kecederaan otak dan kanak-kanak

TAJUK ARTIKEL
Blueprint Perancangan Unit Terapi Pertuturan,
Hospital Rehabilitasi Cheras

76

Blueprint Perancangan Unit Terapi Pertuturan,
Hospital Rehabilitasi Cheras

Nadwah binti Onwi

(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian dan metodologi: Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bertapak di kota Kuala
Lumpur dibina khas untuk perkhidmatan rehabilitasi intensif yang pertama di Asia
Tenggara. Blueprint Perancangan Unit Terapi Pertuturan di Hospital Rehabilitasi
Cheras 2020 – 2025 adalah satu dokumen rasmi yang telah dibangunkan oleh Pakar
Bidang Khusus Terapi Pertuturan untuk dijadikan panduan asas perkembangan
perkhidmatan daripada idea asas oleh mantan Pengarah HRC iaitu Dr. Roslan Johari
bin Dato’ Mohd Ghazali. Unit ini terdiri daripada 11 orang kakitangan termasuk enam (6)
orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Gred U48 – U41, dua (2) orang
Jururawat Terlatih (JT), seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan dua (2) orang
Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Unit ini telah merancang secara strategik
langkah-langkah penambahbaikan bagi mengikuti peredaran zaman siber dan
perkembangan teknologi maklumat serta sistem komunikasi. Misi Unit Terapi Pertuturan
di HRC adalah untuk menyampaikan perkhidmatan rehabilitasi pertuturan dan bahasa,
penelanan dan komunikasi pesakit yang menjalani terapi intensif mengikut penanda
aras di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Perkhidmatan yang diberikan juga
perlu dipastikan selamat dan diberi dalam keadaan yang kondusif menggunakan
pendekatan intervensi dan teknik pemulihan mengikut amalan berasaskan bukti.
Kakitangan unit adalah kompeten dengan kemahiran terkini dalam bidang terapi
pertuturan dan bahasa. Objektif unit ini ialah meningkatkan kualiti kehidupan seseorang
dengan diagnosis masalah pertuturan dan bahasa, penelanan dan komunikasi melalui
proses pemulihan yang dikhususkan mengikut kemampuan mereka. Secara khususnya
objektif ini mensasarkan: (1) keperluan untuk memenuhi standard bagi Indeks Prestasi
Utama (Key Performance Index) yang telah ditetapkan oleh Profesion Pegawai
Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Kementerian Kesihatan Malaysia; (2) tahap
kepuasan oleh pelanggan melebihi 90% semasa mendapatkan rawatan terapi
pertuturan, bahasa dan komunikasi; dan (3) kakitangan terlatih perlu terlibat dalam
projek peningkatan kualiti, Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) serta inovasi termasuk
penglibatan dalam konvensyen dengan projek masing-masing. Terdapat tiga (3) teras
strategik yang diperkenalkan di dalam blueprint ini. Teras strategik pertama ialah
mengukuhkan perkhidmatan klinikal bagi sub pengkhususan rehabilitasi bertujuan
meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pesakit
yang mempunyai kecelaruan bahasa dan pertuturan, penelanan dan komunikasi yang
kompleks. Teras strategik kedua ialah membudayakan kajian, Quality Assurance
Program (QAP) dan inovasi dalam kalangan kakitangan unit serta menggunakan amalan
berasaskan bukti dalam perkhidmatan klinikal kepada pesakit. Manakala teras strategik
.

77

ketiga adalah untuk meningkatkan tahap kepuasan anggota di tempat kerja dengan
menggalakkan bekerja sebagai satu pasukan dan pemberian penghargaan untuk
meningkatkan motivasi di tempat kerja. Perancangan strategik di Unit Terapi Pertuturan
bermula pada bulan Oktober 2019 untuk dijadikan rujukan bagi RMK12 bermula tahun
2020 – 2025. Proses ini bermula daripada peringkat percambahan fikiran tentang isu-
isu penting dalam perkhidmatan (brainstorming issues), memilih solusi terbaik untuk
semua isu, membina piagam untuk semua inisiatif yang akan diambil serta
menghasilkan 3-Feet Plan yang komprehensif bagi mencapai piagam tersebut. Piagam
pertama yang telah dipersetujui adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan klinikal
mengikut 5 tahap pencapaian standard iaitu kesegeraan (prompt), tepat (accurate),
cekap (efficient), meluas (extensive) dan mengagumkan (impressive). Piagam kedua
adalah membudayakan projek peningkatan kualiti (quality assurance project), kajian
dan pembangunan (research and development) dan inovasi dalam kalangan anggota
serta menggunakan amalan berasaskan bukti dalam penyampaian perkhidmatan
kepada pesakit.
Pegawai awam perlu mahir menguruskan organisasi secara terurus bagi memastikan
penyampaian perkhidmatan sentiasa selaras dengan punca kuasa yang diberikan oleh
kerajaan.

78

NORSHARIZA PENGALAMAN KERJA
JAMHURI Pegawai Dietetik
2013-kini
Jabatan: Jabatan Dietetik dan Institut Kanser Negara, Putrajaya
Sajian, Institut Kanser Negara
Pegawai Dietetik
[email protected] 2008-2013
Hospital Umum Sarawak, Sarawak
BIODATA RINGKAS
PENDIDIKAN
Negeri kelahiran:
Johor Sarjana Sains dalam bidang Pemakanan
Klinikal
Tarikh lantikan dalam 2021
perkhidmatan: 2 Julai 2001 Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Penglibatan/ sumbangan Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan
sebagai Pegawai SME: Kepujian
Bergiat aktif dalam aktiviti 2000
kualiti dan penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Meneraju projek inovasi aplikasi Selangor
telefon bagi menyampaikan
perkhidmatan dietetik klinikal KEPAKARAN SME
yang lebih efisien. Aktif Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 2/ Gred U52
menyalurkan informasi Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
berkaitan diet dan kanser Dietetik Onkologi telah diiktiraf sebagai satu
melalui media sosial. bidang Subject Matter Expert agar masyarakat
mempunyai sumber rujukan yang sahih dan
Falsafah hidup: Tiada apa yang arif berkaitan dengan segala aspek penjagaan
mustahil dan ingat usaha itu kesihatan pesakit kanser. Ia juga menjadi
tangga kejayaan. pemacu di dalam kemajuan dan peningkatan
kemahiran serta ilmu pengetahuan yang
diperlukan bagi mengoptimalkan
perkhidmatan penjagaan kesihatan pesakit
kanser terutama dari sudut diet.

TAJUK ARTIKEL

Low Iodine Diet Compliance Before
Radioactive Iodine Treatment and Scanning
Food Wastage in Hospital among Cancer
Inpatients and Its Relation with Nutrition
Impact Symptoms

79

Low Iodine Diet Compliance Before Radioactive
Iodine Treatment and Scanning

Norshariza Jamhuri, Aini Masitah Mohamed, Siti Nuraini Ahmad Samwil,
Aeininhayatey Abdullah, Zuwariah Abd. Rahman,
Ho Chiou Yi

(Artikel ini diterbitkan melalui Asian Journal of Dietetics Vol.1 No.4, 2019 (Diet and Radioactive Iodine
Treatment))

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Terapi iodin radioaktif (RAI) merupakan rawatan yang sering digunakan
untuk pesakit kanser tiroid bagi memusnahkan residu tisu kanser dan mengelakkan kes
berulang. Diet rendah iodin dipreskripsi kepada golongan pesakit ini bagi memastikan
rawatan RAI berkesan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap pematuhan
pesakit dan keberkesanan praktis terkini dalam menyampaikan maklumat berkaitan.

Metodologi: Kajian prospektif dalam kalangan pesakit kanser tiroid melibatkan siasatan
ke atas tahap pengetahuan berkaitan diet rendah iodin, tahap pematuhan terhadap diet
tersebut dan dari mana sumber berkaitan diet rendah iodin diperolehi menggunakan
borang kaji selidik khas.

Poin nyata (key knowledge): 93.6% pesakit kanser tiroid patuh kepada preskripsi diet
rendah iodin, 48.4% mempunyai tahap pengetahuan berkenaan diet rendah iodin yang
sederhana dan 32.3% menyatakan mereka mengalami masalah untuk patuh kepada diet
yang disarankan. Tahap pematuhan yang tinggi mungkin disebabkan oleh secara
umumnya tahap pengambilan iodin di kalangan rakyat Malaysia sememangnya rendah
daripada paras yang disarankan.

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Rujukan ilmiah dalam menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan mutu
perkhidmatan serta praktis dietetik klinikal berdasarkan evidence based.
2.Menjadi asas fakta dalam sesuatu pelaksanaan polisi bagi memperbaiki
penyampaian perkhidmatan kesihatan terutama aspek dietetik kepada pesakit
kanser.

80

Food Wastage in Hospital Among Cancer Inpatients
and Its Relation with Nutrition Impact Symptoms

Norshariza Jamhuri, Ho Chiou Yi, Betti Sharina Mohd Haniff Lai, Siti
Nuraini Ahmad Samwil, Aeininhayatey Abdullah, Zuliehaiza Kahairudin,

Ng Wai Han, Neoh May Kay, Zuwariah Abdul Rahman

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Asian Journal of Dietetics 2019 (Resting Energy Expenditure of
Cancer Patients))

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kadar pembaziran makanan
dan kaitannya dengan Nutrition Impact Symptoms (NIS) yang timbul akibat kanser dan
kesan sampingan rawatan.

Metodologi: Kajian keratan rentas yang dijalankan dari Mei hingga Jun 2015.
Pembaziran makanan dilakukan berdasarkan kepada dua (2) kaedah iaitu kaedah
penimbangan sisa dan secara pemerhatian.

Poin nyata (key knowledge): 59.3% pembaziran makanan dapat dilihat melalui kaedah
pemerhatian dan 41.9% pembaziran makanan terhasil menggunakan kaedah
penimbangan yang secara relatifnya bersamaan dengan RM25,259.44 dan
RM17,847.73. Kumpulan sayur-sayuran dan protein merupakan dua (2) kumpulan
makanan utama yang banyak dibazirkan berdasarkan kedua-dua kaedah. Kadar
pembaziran adalah berkait secara signifikan dengan loya, muntah, hilang selera makan
dan kesukaran menelan.

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Rujukan ilmiah dalam menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan mutu
perkhidmatan serta praktis dietetik klinikal berdasarkan evidence based.
2.Menjadi asas fakta dalam sesuatu pelaksanaan polisi bagi memperbaiki
penyampaian perkhidmatan kesihatan terutama aspek dietetik kepada pesakit
kanser.

81

WAN SUHAILAH PENGALAMAN KERJA
WAN HUSAIN Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi)
2016-kini
Jabatan: Jabatan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
Otorinolaringologi (ORL), Terengganu
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Terengganu Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi)
wansuhailahwanhusain@ 2009-2011
yahoo.com Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

BIODATA RINGKAS PENDIDIKAN
Sarjana Sains Kesihatan (Audiologi)
Negeri kelahiran:
Terengganu 2016
Universiti Sains Malaysia (Kampus Kelantan)
Tarikh lantikan dalam
perkhidmatan: 16 Julai 2001 Ijazah Sarjana Muda Audiologi (Kepujian)
2000
Penglibatan/ sumbangan Universiti Kebangsaan Malaysia, WP Kuala
sebagai Pegawai SME: Lumpur
Merancang dan melaksanakan
bengkel pengurusan tinnitus KELAYAKAN PROFESIONAL
untuk Pegawai Audiologi. Credentialed dalam melaksanakan pengurusan
tinnitus dalam KKM
Falsafah hidup: Life is a gift.
Never take it for granted. KEPAKARAN SME
Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 2/ Gred U52
Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
Rehabilitasi Audiologi (Pengurusan Tinnitus)

TAJUK ARTIKEL

Development and Psychometric Validation of a
New Tinnitus Questionnaire for Clinical Use
Determining the Internal and External
Reliability of Depression, Anxiety and Stress
Scales (DASS-21) in Assessing Psychological
Symptoms among Patients with Tinnitus
Management of Subjective Tinnitus by Clinical
Professionals in Malaysia: A Cross-Sectional
Survey Study
Test-Retest Reliability and Responsiveness of
a Malay Tinnitus Questionnaire

82

Development and Psychometric Validation of a New
Tinnitus Questionnaire for Clinical Use

Mohd Normani Zakaria, Lau Yue Jun, Wan Suhailah Wan Husain, Aw Cheu
Lih, Nik Adilah Nik Othman, Rosdan Salim, Baharudin Abdullah, Zuraida

Zainun, Wan Najibah Wan Mohamad

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Auditory and Vestibular Research Journal, 2017)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Untuk membangunkan dan mengesahkan soal selidik baru dalam Bahasa
Malaysia bagi menilai kesan tinnitus terhadap individu. Soal selidik ini dikenali sebagai
Borang Evaluasi Soal Selidik Tinnitus (BEST).

Metodologi: Kajian ini terdiri daripada dua (2) fasa;

Fasa pertama adalah pembinaan soalan untuk BEST. Pada asalnya ia dibina dalam
Bahasa Inggeris kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia melalui proses
terjemahan secara forward dan backword. Satu soal selidik yang mengandungi 25
soalan terhasil. Ia terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Mind, Main dan Mental.

Fasa kedua, kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik BEST ditentukan. Kesahan
BEST ditentukan berdasarkan content validity dan construct validity manakala internal
reliability kandungan BEST ditentukan berdasarkan item-total correlations, Cronbach’s
alpha, split-half reliability dan hubungan bagi setiap domain. Bagi tujuan itu, soal selidik
BEST diberikan kepada tujuh (7) orang pakar klinikal daripada pelbagai bidang dan 65
orang pesakit dengan tinnitus. Pesakit dikenal pasti secara rawak dalam senarai pesakit
yang hadir di Klinik Otorinolaringologi dan Audiologi, Hospital Universiti Sains Malaysia
(HUSM).

Soal selidik BEST merupakan borang soal selidik yang dibina dan telah menjalani
validasi untuk menilai tahap keterukan gangguan tinnitus dialami oleh individu yang
mempunyai masalah tinnitus. Ia terdiri daripada 25 soalan yang terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu Mind, Main dan Mental. Kajian ini mendapati BEST menunjukkan
kebolehpercayaan ujian berulang (test-retest reliability) yang tinggi. Ia dapat
menunjukkan perubahan skor yang ketara antara pre dan post intervensi bagi ketiga-
tiga domain (mind, main dan mental).

83

Poin nyata (key knowledge):
1.Soal selidik BEST terbukti mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
sederhana tinggi untuk digunakan ke atas pesakit dengan tinnitus.
2.Ia merupakan salah satu alatan penilaian pesakit tinnitus yang dibuat dalam Bahasa
Malaysia.
3.Tahap keterukan tinnitus dalam kalangan pesakit dengan tinnitus di Malaysia dapat
dinilai dengan lebih tepat.

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Ia menjadi rujukan utama dalam perkembangan perkhidmatan tinnitus di Malaysia.
2.BEST dapat membantu Pegawai Audiologi mengenal pasti dengan tepat masalah
utama yang dialami oleh pesakit gangguan tinnitus. Dengan itu, pelan intervensi
yang lebih fokus dan berkesan dapat diberikan kepada pesakit.

84

Determining the Internal and External Reliability of
Depression, Anxiety and Stress Scales (DASS-21) in

Assessing Psychological Symptoms among
Patients with Tinnitus

Wan Suhailah Wan Husain, Azizah Othman, Nik Adilah Nik Othman, Wan
Najibah Wan Mohamad, Mohd Normani Zakaria

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam NeuroQuantology, Volume 16, Issue 12, 2018)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Validasi soal selidik Depression, Anxiety and Stress Scales (DASS-21) ke
atas pesakit yang mempunyai masalah tinnitus.

Metodologi: 28 orang pesakit yang mempunyai masalah tinnitus yang berumur antara
23 hingga 74 tahun dilibatkan dalam kajian ini. Mereka adalah pesakit di Klinik
Otorinolaringologi dari tiga (3) buah hospital iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah,
Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia. Masalah
utama pesakit adalah tinnitus dengan masalah pendengaran sensorineural tidak lebih
daripada 60 dBHL pada satu telinga (purata tahap pendengaran pada 500, 1000, 2000
dan 4000 Hz). Pesakit diminta untuk mengisi borang soal selidik DASS-21 versi
Bahasa Malaysia sebanyak dua (2) kali dengan sela masa antara dua (2) pengukuran
adalah dua (2) minggu. Tiada rawatan diberikan antara pengukuran pertama dan
pengukuran kedua. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis maklumat
demografik pesakit dan analisis Pearson Correlation digunakan untuk menentukan
perkaitan bagi setiap sub skala dalam DASS-21.

Poin nyata (key knowledge):
1. DASS-21 versi Bahasa Malaysia mempunyai kebolehpercayaan (reliability) yang
tinggi dan ia sangat sesuai digunakan untuk mengukur simptom psikologikal yang
dialami oleh pesakit dengan tinnitus.
2.Berdasarkan penilaian ini, Pegawai Audiologi dapat memahami masalah
psikologikal yang dialami pesakit di samping masalah tinnitus.

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.DASS-21 versi Bahasa Malaysia dapat digunakan di klinik-klinik tinnitus di fasiliti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau swasta.
2.Artikel ini menjadi sumber rujukan utama untuk penyelidik lain yang ingin
menjalankan kajian berkaitan masalah psikologikal dan masalah tinnitus.

85

Management of Subjective Tinnitus by Clinical
Professionals in Malaysia: A Cross-Sectional

Survey Study

Wan Suhailah Wan Husain, Mohd Normani Zakaria, Nik Adilah Nik Othman,
Azizah Othman, Aw Cheu Lih, Wan Najibah Wan Mohamad

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam International Journal on Disability and Human Development
18(2):189-202, 2019)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Untuk mengetahui status pengurusan pesakit tinnitus yang sedang
dijalankan oleh profesional kesihatan di fasiliti kesihatan.

Metodologi: Kajian ini dijalankan dalam 2 fasa. Fasa 1 adalah fasa pembinaan soalan
yang sahih untuk soal selidik kajian. Fasa 2 adalah fasa pengedaran soal selidik ke 16
hospital yang menjalankan pengurusan pesakit dengan tinnitus.

Fasa 1: Soalan untuk soal selidik dibina berdasarkan garis panduan pembinaan dan
pelaksanaan kajian tinjauan. Ia dibina bersama beberapa orang pakar yang berkaitan
dan telah menjalani proses validasi dengan pakar lain yang berkaitan. 28 soalan
terbentuk dengan lima (5) domain: (1) Laluan rujukan; (2) Penilaian rutin; (3) Penilaian
rawatan dan keberkesanan rawatan; (4) Kepuasan terhadap perkhidmatan yang
diberikan; dan (5) Pendapat dari sudut klinikal.

Fasa 2: 220 borang soal selidik telah dihantar melalui pos ke Jabatan Otorinolaringologi
di 16 buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Subjek terdiri daripada
Pakar Otorinolaringologi (ORL), Pegawai Perubatan ORL dan Pegawai Audiologi.
Sebanyak 110 borang diterima semula dari 15 buah hospital. Satu borang soal selidik
terpaksa dikeluarkan kerana maklumat yang diberikan tidak lengkap.

Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis maklumat demografik setiap
responden. Analisis dibuat berdasarkan kategori responden. Bagi soalan terbuka,
analisis dibuat berdasarkan analisis tematik sepertimana yang dicadangkan oleh Braun
dan Clarke (2006).

86

Poin nyata (key knowledge):
1.Pegawai Perubatan dari klinik swasta, klinik kesihatan dan klinik pakar merupakan
profesional yang paling ramai merujuk pesakit dengan tinnitus ke Jabatan ORL.
2.Tiada panduan standard yang digunakan oleh setiap profesional dalam
menguruskan pesakit yang mempunyai tinnitus.
3.Tiada latihan atau kursus berkaitan pengurusan pesakit dengan tinnitus yang
diadakan untuk Pegawai Perubatan dan Pegawai Audiologi.
4.Lebih separuh daripada responden tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan
pengurusan pesakit dengan tinnitus pada ketika itu.
5.Pendekatan secara multidisciplinary sangat penting bagi memastikan pengurusan
terbaik dapat diberikan kepada pesakit dengan tinnitus.

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Memberi kesedaran kepada setiap profesional bahawa pesakit dengan tinnitus perlu
ditangani dengan lebih sistematik.
2.Keperluan menyediakan satu garis panduan pengurusan pesakit dengan tinnitus
untuk rujukan setiap profesional.
3.Keperluan mengadakan latihan atau kursus yang berkala untuk setiap profesional.
Hal ini demikian kerana pengurusan tinnitus adalah satu bidang baharu dan sentiasa
terdapat perkembangan baharu dalam pengurusannya.

87

Test-Retest Reliability and Responsiveness of a Malay
Tinnitus Questionnaire

Mohd Normani Zakaria, Wan Suhailah Wan Husain,
Nik Adilah Nik Othman

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam The Medical Journal of Malaysia, 2018)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Untuk menentukan kebolehpercayaan ujian berulang (test-retest reliability)
dan responsif soal selidik Borang Evaluasi Soal Selidik Tinnitus (BEST), iaitu kebolehan
BEST untuk mengesan perubahan tahap keterukan tinnitus selepas rawatan diberikan.

Metodologi: 46 orang pesakit yang berumur antara 23 hingga 74 tahun dengan masalah
tinnitus dikenal pasti dan dipilih sebagai subjek kajian. Mereka dibahagikan kepada dua
(2) kumpulan. Kumpulan kawalan terdiri daripada 21 orang pesakit dan diberi borang
soal selidik untuk diisi. Selepas dua (2) minggu, mereka diminta untuk mengisi semula
soal selidik tersebut. Manakala kumpulan intervensi terdiri daripada 25 orang pesakit.
Mereka diminta untuk mengisi borang soal selidik dan menjalani intervensi selama 3
bulan. Kemudian mereka diminta untuk mengisi semula borang tersebut. Maklum balas
sebelum dan selepas intervensi dibandingkan dan dianalisis.

Poin nyata (key knowledge): Soal selidik BEST merupakan borang soal selidik yang
dibina dan telah menjalani validasi untuk menilai tahap keterukan gangguan tinnitus
yang dialami oleh individu yang mempunyai masalah tinnitus. Soal selidik ini terdiri
daripada 25 soalan yang terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Mind, Main dan
Mental.

Kajian ini mendapati BEST menunjukkan kebolehpercayaan ujian berulang (test-retest
reliability) yang tinggi serta dapat menunjukkan perubahan skor yang ketara antara pre
dan post intervensi bagi ketiga-tiga domain (mind, main dan mental).

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
1.Ia merupakan salah satu alatan penilaian pesakit tinnitus yang dibuat dalam Bahasa
Malaysia.
2.Tahap keterukan tinnitus dalam kalangan pesakit dengan tinnitus di Malaysia dapat
dinilai dengan lebih tepat.
3.Hasil dapatan kajian ini dapat menunjukkan soal selidik BEST sesuai digunakan
untuk menilai keberkesanan intervensi tinnitus yang telah diberikan kepada pesakit.

88

DR. ROZI HANISA PENGALAMAN KERJA
BINTI MUSA
Pegawai Sains (Kimia Hayat)
Jabatan: Pusat Darah Negara 2001-kini
Pusat Darah Negara, WP Kuala Lumpur
[email protected]
Pembantu Penyelidik
BIODATA RINGKAS 1999-2001
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,
Negeri kelahiran: WP Kuala Lumpur
Pahang
PENDIDIKAN
Tarikh lantikan dalam
perkhidmatan: 16 Ogos 2001 Doctor of Philosophy (PhD) (Blood
Transfusion)
Penglibatan/ sumbangan 2014
sebagai Pegawai SME: Universiti Sains Malaysia (Pulau Pinang)
Membangunkan makmal
molekular untuk pengesahan Master of Science (Transfusion Science)
kes-kes rujukan rare blood 2007
group dan kes-kes komplikasi Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
bagi pesakit yang memerlukan
transfusi darah KEPAKARAN SME

Falsafah hidup: Don’t give up Tahap/ Gred Kepakaran: Tahap 2/ C52
on any matters. Tahun diiktiraf sebagai SME: 2019
Bidang: Perkhidmatan Transfusi
Sub bidang: Immunohematologi
Immunohematologi merupakan kepakaran
yang penting dalam memastikan keselamatan
dan keserasian darah yang perlu dibekalkan
kepada pesakit. Seperti pepatah Inggeris
menyatakan, ‘Immunohematology is bread
and butter in transfusion services’. Bidang ini
juga merupakan pusat rujukan kebangsaan
yang cemerlang bagi kes-kes yang berkaitan
dengan antigen dan antibodi sel darah merah
dan platelet. Bidang Immunohematologi
menjalankan ujian-ujian yang ditawarkan
adalah di tahap antarabangsa (international
standard) dan berimpak tinggi dengan
memberikan keputusan yang lebih jitu.

TAJUK ARTIKEL

Elucidation of Weak D Phenotype among
Malaysian Blood Donors Using Molecular Basis

89

Elucidation of Weak D Phenotype among Malaysian
Blood Donors Using Molecular Basis

Evana Kamarudin, Mohd Khairul Amran Mohammad, Tressa Gadung Saptu,
Rozi Hanisa Musa

(Artikel ini pernah diterbitkan dalam Journal of Engineering and Applied Sciences 14 (Edisi Khas 6), 2019)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Sistem kumpulan darah Rh merupakan sistem kumpulan darah manusia berasaskan
protein yang sangat kompleks, polimorfik dan imunogenik. Sebahagian individu
menghasilkan ekspresi antigen D yang lemah (weak D) di atas permukaan sel darah
merah dan boleh mengakibatkan mutasi pada asid amino RHD yang membawa kepada
fenotip yang berbeza dan imun terhadap antibodi D. Objektif kajian ini adalah untuk
menjelaskan tentang asas genetik molekul bagi ekspresi antigen D yang lemah dalam
kalangan penderma darah di Malaysia yang merangkumi populasi kumpulan kaum/ etnik
yang berlainan.

Sebanyak 183 sampel penderma darah Rh negatif dilakukan ujian fenotip untuk antigen
D, C, c, E dan e. Semua sampel weak D yang dikenal pasti daripada ujian Indirect
Antiglobulin Test (IAT) disahkan betul dengan melakukan ujian Polymerase Chain
Reaction-Sequence Specific Primers (PCR-SSP). Kajian ini melibatkan sejumlah 183
sampel penderma darah Rh negatif daripada pelbagai kumpulan kaum/ etnik dan
dikenal pasti seramai 88 (48.1%) India, 56 (30.6%) Melayu, 23 (12.6%) Cina dan 16
(8.7%) lain-lain kumpulan kaum/ etnik minoriti. Kajian ini telah mengenal pasti empat (4)
sampel yang mempunyai fenotip weak D dengan menggunakan kaedah IAT. Daripada
empat (4) sampel tersebut, dua (2) sampel adalah jenis weak D type 15. Kedua-dua
sampel adalah daripada penderma darah berbangsa Cina dengan genotip DweakCcee
dan DweakccEe.

Kajian ini telah mewujudkan satu sistem pangkalan data yang pertama tentang asas
molekul genetik bagi antigen weak D dalam kalangan penderma-penderma darah di
Malaysia. Seterusnya, kajian ini turut meningkatkan pemahaman tentang mekanisma
molekul terhadap ekspresi antigen D dalam kalangan populasi di Malaysia. Kajian juga
mendapati keselamatan transfusi darah dapat ditingkatkan lagi disebabkan oleh
percampuran kaum yang tinggi dalam populasi di Malaysia.

90

Poin nyata (key knowledge):
1.Pewujudan pangkalan data yang pertama tentang molekul genetik bagi antigen weak
D dalam kalangan penderma-penderma darah.
2.Memberikan maklumat tentang kepentingan menjalankan ujian genotip antigen D
secara rutin.
3.Dengan menjalankan ujian genotip weak D secara rutin, lebih banyak jenis varian
weak D boleh diketahui selain dapat mengurangkan penggunaan darah Rh negatif
dan pemberian anti D prophylaxis kepada pesakit.
4.Dapat meningkatkan lagi keselamatan transfusi darah.

91

TEMA 7

PENGURUSAN
TEKNOLOGI
MAKLUMAT

92

DATIN TS. DR. PENGALAMAN KERJA
SITI HANOM BINTI Penyelaras Program Kanan
2014-kini
MARJUNI Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan
Jabatan: Unit Pemodenan Perdana Menteri
Tadbiran Dan Perancangan
Pengurusan Malaysia Ketua Penolong Pengarah Kanan
(MAMPU) 2012-2014
[email protected] Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI)
BIODATA RINGKAS
Penyelaras Program Kanan
Negeri kelahiran: 2009-2012
Johor INTAN Management Technology Center
(IMATEC), INTAN Bukit Kiara
Tarikh lantikan dalam
perkhidmatan: 2 Mei 1989 PENDIDIKAN
Doktor Falsafah (Security in Computing)
Penglibatan/ sumbangan 2012
sebagai Pegawai SME: Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
Bidang keselamatan ICT bagi
semua perkhidmatan guna Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat
sama (shared services) sektor 2002
awam. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor

KELAYAKAN PROFESIONAL
Professional Technologist (Ts.)

KEPAKARAN SME
Tahap/ Gred kepakaran: Tahap 4/
Gred Khas C
Tahun diiktiraf sebagai SME: 2020
Pengurusan Keselamatan Maklumat
(Pengurusan Insiden dan Forensik ICT)

TAJUK ARTIKEL

Perkhidmatan MyDFLab MAMPU (Tahun 2018)
Government Public Key Infrastructure (GPKI)
(2018)

93

Perkhidmatan MyDFLab MAMPU (Tahun 2018)

Datin Ts. Dr. Siti Hanom binti Marjuni

(Artikel ini pernah diterbitkan di Buletin Kerajaan Digital, 2018)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian: Artikel ini menerangkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Makmal
Digital Forensik (MyDFLab) kepada sektor awam. Sejarah penubuhan MyDFLab
tercetus hasil daripada Memorandum of Understanding (MOU) antara MAMPU dan
Cybersecurity Malaysia (CSM) melalui Projek Pembangunan Keselamatan Siber Sektor
Awam atau Cyber Security Development Project (CSDeP). Salah satu sub projek di
bawah CSDeP adalah pembangunan Makmal Forensik Digital yang dikenali sebagai
MyDFLab.

Metodologi: Kaedah forensik ini penting terutamanya apabila keterangan tersebut
diperolehi daripada eksibit yang bersifat tersembunyi dan tidak dapat dikenal pasti
melalui keadaan fizikal. Keterangan data digital juga berada dalam kategori eksibit yang
bersifat tersembunyi dan sekiranya dipadam dari sesebuah peralatan elektronik, ia
hanya boleh diperolehi semula menggunakan teknik saintifik dan peralatan yang khusus
serta boleh digunakan dalam pembuktian kes pendakwaan di mahkamah.

Poin nyata (key knowledge): MyDFLab memberikan empat (4) perkhidmatan kepada
sektor awam iaitu pemulihan data, sanitasi data, forensik komputer, dan forensik peranti
mudah alih. Setiap empat (4) perkhidmatan tersebut mempunyai perkakasan dan
perisian khusus yang diperuntukkan bagi kegunaan makmal digital forensik. Walau
bagaimanapun cabaran sentiasa mendatang seiring dengan situasi dan teknologi
canggih serta terkini yang berada di pasaran.

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
Perkhidmatan makmal ini diberikan secara percuma kepada semua agensi sektor awam
yang memberikan sumbangan penjimatan kos kepada kerajaan. Makmal ini juga
menyumbang kepada pengembangan dan peningkatan kompetensi Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan pegawai dan kakitangan yang berminat dalam
pengkhususan pengurusan insiden dan forensik. Makmal dibuka pada setiap hari
berdasarkan jadual yang disusun mengikut kesesuaian agensi.

94

Government Public Key Infrastructure (GPKI) (2018)

Datin Ts. Dr. Siti Hanom binti Marjuni

(Artikel ini pernah diterbitkan di CITRA MAMPU, 2018)

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

Skop kajian dan poin nyata (key knowledge): Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam
Kerajaan (Government Public Key Infrastructure – GPKI) telah bermula pada tahun
2002. Sejak tahun 2011, perkhidmatan ini telah disediakan secara berpusat dan secara
dalam talian di MAMPU di bawah peruntukan RMK10 kepada agensi sektor awam bagi
meningkatkan tahap keselamatan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
kerajaan. Perkara ini dilindungi dan selaras dengan Akta Tandatangan Digital 1997
(DSA 1997) serta Peraturan-peraturan Tandatangan Digital 1998 (DSR 1998).

Fungsi utama perkhidmatan GPKI adalah berasaskan teknologi PKI:
1. Pengesahan Identiti (Authentication) - Menjamin kesahihan pengguna
2.Penyulitan Maklumat (Encryption) - Menjamin keselamatan dan integriti data serta
maklumat dalam transaksi
3.Tandatangan Digital - Menjamin data adalah sah dan tidak boleh disangkal serta
menjamin integriti data dan maklumat

Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat:
Melalui projek ini, MAMPU berperanan sebagai agensi pusat yang membekalkan
Perkhidmatan MyGPKI dengan membiayai kos perkhidmatan yang disediakan untuk
Agensi-agensi Pelaksana Sistem ICT Kerajaan dengan membekalkan Sijil Digital
Individu dan Sijil Digital Pelayan. Sebanyak tiga (3) Certification Authority (CA) yang
diiktiraf oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membekalkan
tiga (3) medium Sijil Digital Individu iaitu token, roaming cert dan softcert. Manakala
Sijil Digital Pelayan membekalkan Secure Socket Layer (SSL) yang berasaskan https
mengikut tahap risiko dan keperluan SSL agensi yang memohon.

Perkhidmatan GPKI telah berintegrasi dengan 18 sistem ICT kerajaan dan sehingga
Februari 2018 seramai 115,127 orang pengguna telah menggunakannya serta
mendapat manfaat daripada sistem keselamatan ini. Pengguna yang berperanan
sebagai pelulus dan penyokong sistem ICT dapat mempercepatkan proses secara
dalam talian. Proses ini memberikan perkhidmatan yang cekap dan cepat kepada
kakitangan kerajaan dalam fungsi sistem ICT agensi masing-masing. Perkhidmatan
GPKI menambah inovasi dengan menyediakan perkhidmatan tambahan Digital Time
Stamping (DTS) kepada sistem ICT kerajaan pada tahun 2020.

95

Indeks

Bil. Nama Penulis Tajuk Terbitan Tahun
Terbitan
Tema 1: Hubungan/ Rundingan Antarabangsa INTAN
Administrator's 2020
1 Siti Salwahanim binti Potential Cost of African Digest, Vol. 2
Issue 1, 2020
Mohd Nazir Swine Fever Virus (ASFV)

to Malaysia

Tema 2: Pembangunan Tanah dan Wilayah

2 Anesh a/l Ganason The Need to Streamline Jurnal Land, Edisi 2021
Land Development 4, Bil. 1, 2020 2020
Applications
2020
within the National Land
Code 1965

A Proposal for Rebranding Jurnal Land, Edisi
the Functions of the 3, Bil. 1, 2019
Federal Lands

Commissioner and the
Department of Director
General of Lands and

Mines

Coordinating the Functions Jurnal Land, Edisi 3
of the Federal Lands Bil. 1, 2019
Commissioner in

Administering the Lands in
the Federal Territories

3 Sr Hazri bin Hassan Penggunaan Teknologi Belum diterbitkan -
LiDAR dalam Pemetaan

The Hydro Flatten Solution Belum diterbitkan -
for LiDAR Application on
Topographic Mapping: The
Perspective from Malaysia

Survey and Mapping
Department

96


Click to View FlipBook Version