The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bil.5 Julai - Dis 2023 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter) (1)-compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bm-0298, 2023-12-13 08:35:26

Bil.5 Julai - Dis 2023 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter) (1)-compressed

Bil.5 Julai - Dis 2023 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter) (1)-compressed

K I T A M E N J A N A N I L A I D A N S K O R KARISMA KMNS KARISMA KMNS JULAI - DISEMBER 2023 | BIL 5 MENARIK DI DALAM... Program Diskusi Malaysia KonPPI -3 Ambang Merdeka 2023 MENARIK DI DALAM... Program Diskusi Malaysia KonPPI -3 Ambang Merdeka 2023 KMNS Juara KAKOM 2023 SIPMA Audit SIRIM Majlis Apresiasi Pensyarah Gotong Royong MADANI KMNS Juara KAKOM 2023 SIPMA Audit SIRIM Majlis Apresiasi Pensyarah Gotong Royong MADANI


SEKAPUR SIREH Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Tuhan Pencipta Alam kerana dengan izin-Nya, Buletin KARISMA KMNS, Bil. 5, Julai - Disember 2023 berjaya diterbitkan secara digital seperti yang dirancang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Editor dan semua warga KMNS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan buletin ini secara berkala. Penerbitan buletin ini dapat memberi publisiti terhadap segala aktiviti yang melibatkan warga KMNS. Ini menyerlahkan lagi idea, pencapaian, kreativiti, dedikasi, dan kerjasama yang sangat baik oleh warga KMNS. Justeru itu, saya menyokong usaha murni ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan lagi imej KMNS dengan slogannya 'Kita Menjana Nilai Dan Skor'. Tahun 2023 pula akan melabuhkan tirai dan bersempena dengan tahun 2024 yang akan menjelang tiba, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga KMNS. Ingatlah bahawa perjuangan kita ke arah 'Moving from Good to Great' masih belum selesai. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan dan setiap pengorbanan memerlukan kesabaran dan keazaman yang jitu untuk merealisasi apa yang diimpikan. Teruskan berusaha dan berbakti buat KMNS yang tercinta. 'Together we achieve greatness' Sekian, terima kasih. TN. HJ. AMRAN BIN MD. SAID Pengarah KMNS J U L A I - D I S EMB E R 2 0 2 3 B IL. 5


DARI MEJA KETUA EDITOR Bertemunya kita dalam Buletin KARISMA KMNS Bil. 5 menandakan kita sudah sampai ke penghujung semester 1 sesi 2023/2024. Justeru itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada timbalan ketua editor, pereka grafik dan semua editor yang telah memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan buletin ini berjaya diterbitkan. Tahniah kepada semua kerana tugas yang diamanahkan telah dilakukan dengan baik. KARISMA KMNS edisi 5 ini merakamkan penglibatan dan kejayaan warga kolej dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh KMNS, BMKPM dan juga institusi lain dalam semester 1 sesi 2023/2024, sama seperti edisi-edisi yang sebelum ini. Pada penghujung semester 1 sesi 2023/2024 yang juga merupakan penghujung tahun 2023, marilah kita buat renungan tentang apa yang telah kita berjaya laksanakan supaya kita boleh bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi di semester 2 sesi 2023/2024 yang akan bermula pada minggu terakhir bulan Disember 2023. Sama-sama kita berdoa agar KMNS akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Kita telah berjaya menjadi juara KAKOM buat julung kalinya dalam sejarah KMNS selama 23 tahun. Kita akan membuka lebaran baru tahun 2024 jadi marilah kita membina azam baru untuk menjadikan KMNS juara dalam bidang akademik juga. Kita juga menaruh harapan agar seluruh warga kolej akan terus memberi komitmen yang tinggi untuk membimbing pelajar kita ke arah kejayaan dan kecemerlangan untuk terus membawa kejayaan kepada kolej dan diri sendiri.. Saya berharap buletin ini akan membawa kenangan manis bila warga kolej membaca aktiviti dan kegiatan yang dimuatkan dalam edisi ini. Saya juga memohon maaf terlebih dahulu sekiranya terdapat aktiviti yang tidak dilaporkan atau sebarang kesilapan dalam edisi ini. Sebagai penutup bicara, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga KMNS. PHOON FOONG HA KETUA EDITOR SIDANG EDITORIAL KETUA EDITOR PHOON FOONG HA PENOLONG KETUA EDITOR SITI MUSALMAH BINTI A HAMID PEREKA GRAFIK SITI ZURAIDA BINTI MOHAMAD NASIR EDITOR AIDA NADYA BINTI TAIB ASHAR ASRUL BIN ROS IZYANI BINTI MISTAR DR MOHD AMIR BIN ZAKARIA NOR SHERLIZA BINTI RAZALI NORUL SAFARINIE BINTI ABDULLAH NUN BINTI MOHD NOH NUR SHAHARINA BINTI MOHD YUSUF ROZANA BINTI AHMAD ZUKRI SUKMIRA BINTI HUSSAIN WAN NOOR MEERAISHA BINTI WAN JAMALUDDIN J U L A I - D I S EMB E R 2 0 2 3 B IL. 5


Selamat Datang ke KMNS buat Pensyarah Baharu FATIN NABILA BINTI ROSLY Mula berkhidmat sebagai Pensyarah Unit Matematik di KMNS pada 3 Julai 2023. Sebelum ini berkhidmat di Kolej Matrikulasi Kelantan. Mula berkhidmat sebagai Pensyarah Unit Matematik di KMNS pada 3 Julai 2023. Sebelum ini berkhidmat di Kolej Matrikulasi Perak. KHAIRUL ANUAR BIN MOKHTAR SITI NOR WAZNA BINTI ABDUL HADI Mula berkhidmat sebagai Pensyarah Unit Matematik di KMNS pada 3 Julai 2023. Sebelum ini berkhidmat di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor. DilaporkanOleh :SitiMusalmahAHamidJULAI - DISEMBER


Selamat Datang ke KMNS buat Pensyarah Baharu NURENIN BINTI ARBAIN Mula berkhidmat sebagai Pensyarah Unit Pengajian Am di KMNS pada 3 Julai 2023. Sebelum ini berkhidmat di Kolej Matrikulasi Johor. Mula berkhidmat sebagai Pensyarah Unit Kimia di KMNS pada 1 Ogos 2023. Sebelum ini berkhidmat di Kolej Matrikulasi Melaka. SARIAH BINTI ALI ZAENAH BINTI SUHAILI Mula berkhidmat sebagai PP HEP II di KMNS pada 17 Julai 2023. Sebelum ini berkhidmat di Kolej Matrikulasi Labuan. DilaporkanOleh :SitiMusalmahAHamidJULAI - DISEMBER


Selamat Datang ke KMNS buat Staf Baharu MUHAMMAD AMINURRASHID BIN OTHMAN Mula berkhidmat sebagai Ketua Pembantu Tadbir di KMNS pada 10 Julai 2023. Sebelum ini berkhidmat di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban Mula berkhidmat sebagai Pembantu Makmal (Fizik) di KMNS pada 10 Julai 2023. Sebelum ini berkhidmat di SBP Integrasi Selandar, Melaka. KHAIRUNNISAK BINTI JAAFAR RAHHIDAN BIN ABD RAHMAN Mula berkhidmat sebagai Pembantu Makmal (Biologi) di KMNS pada 10 Julai 2023. Sebelum ini berkhidmat di SBP Integrasi Jempol, N.S DilaporkanOleh :SitiMusalmahAHamidJULAI - DISEMBER


Selamat Datang ke KMNS buat Staf Baharu SITI ZUBAIDAH BINTI MAKHTAR Mula berkhidmat sebagai Pembantu Makmal (Biologi) di KMNS pada 23 Ogos 2023. KMNS adalah penempatan pertama beliau. Mula berkhidmat sebagai Pembantu Operasi (Unit Peperiksaan) di KMNS pada 23 Ogos 2023. KMNS adalah penempatan pertama beliau. MOHD HAFIZ BIN MD AYA ZAENAH BINTI SUHAILI UMI NAEMAH BINTI ZAMARI Mula berkhidmat sebagai Pembantu Makmal (Kimia) di KMNS pada 23 Ogos 2023. KMNS adalah penempatan pertama beliau. DilaporkanOleh :SitiMusalmahAHamidJULAI - DISEMBER


Selamat Datang/Kembali ke KMNS buat Pensyarah berikut:- HAMISAH BINTI ABU RASHID Mula berkhidmat sebagai Pensyarah Unit Kimia di KMNS pada 3 Julai 2023. Sebelum ini berkhidmat di Kolej Matrikulasi Perak. AZWAN BIN AZEMI WAN ZANARIAH BINTI MD JAHAYA Tarikh mula cuti belajar (HLP) pada 17 OKT 2021. Menyambung pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Malaya. Melapor diri kembali ke KMNS pada 1 Ogos 2023. (Pensyarah Unit Matematik) Tarikh mula cuti belajar (HLP) pada 17 OKT 2021. Menyambung pelajaran peringkat Sarjana di UTM, JB. Melapor diri kembali ke KMNS pada 1 Ogos 2023. (Pensyarah Unit Matematik) DilaporkanOleh :SitiMusalmahAHamidJULAI - DISEMBER


Selamat MAJU JAYA Jasamu dikenang Selamat BERSARA buat Staf Berpindah SAHLAWATI BINTI ZAZID SUPEYIN Tarikh akhir berkhidmat di KMNS adalah pada 9 Oktober 2023. Berpindah ke SMK Mantin, Seremban Mula berkhidmat sebagai Pensyarah Unit Bahasa Inggeris di KMNS pada bulan Jun 2013. Tarikh akhir perkhidmatan beliau adalah pada 20 Oktober 2023 HAZRINA BINTI ABU HASSAN ZAENAH BINTI SUHAILI DilaporkanOleh :SitiMusalmahAHamidJULAI - DISEMBER


Selamat MAJU JAYA Majlis sanjungan budi Buat Pn Maznon buat Pensyarah Berpindah MAZNON BINTI MOHD MOKHTAR Tarikh akhir berkhidmat di KMNS adalah pada 12 Disember 2023. Beliau akan berpindah ke SMK Dato’ Shahardin, Labu N.S mulai 2 Januari 2024 Tarikh: 11 Disember 2023 Tempat : RICHIAMO CAFE, Laman Gentam K.Pilah Masa: 10:00 pagi - 12:00 tghr Anjuran : Unit Fizik Semoga terus cemerlang di tempat baharu dan terima kasih di atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang 9 tahun berada di KMNS. All the best! DilaporkanOleh :SitiMusalmahAHamidJULAI - DISEMBER


Memberi minuman percuma kepada pelajar khasnya pelajar yang ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Objektif program PROGRAM AIR BALANG PERCUMA HARI JUMAAT Anjuran: Projek Double R (Rak Rezeki KMNS)i Setiap hari Jumaat 12 Tengahari Di Foyer, KMNS Julai - Disember 2023 Dilaporkan oleh: W.N.Meeraisha Bt W.Jamaluddin P O S T E R P O S T E R


DILAPORKAN OLEH: SUKMIRA BINTI HUSSAIN BACAAN YAASIN DAN TAHLIL JULAI - DISEMBER JK SURAU AL MUTTAQIM & RAK REZEKI Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan pada setiap hari Khamis, jam 8:00 malam bermula dari bulan Julai hingga Disember 2023 sepanjang Semester I Sesi 2023/2024. Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil ini bermula selepas solat maghrib berjemaah di Surau Al Muttaqin. Majlis turut diadakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Program ini merupakan anjuran Biro Kerohanian JPP dengan kerjasama JK Surau Al Muttaqim dan Rak Rezeki KMNS. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk budaya rahmah dan taqwa dalam kalangan warga kolej khususnya para pelajar yang menduduki PSPM Semester I pada bulan Disember 2023. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


J U L A I - D I S E M B E R 2 0 2 3 T a r i k h - t a r i k h H K K 2 0 2 3 0 8 . 0 8 . 2 0 2 3 ( S e l a s a ) 1 0 . 1 0 . 2 0 2 3 ( S e l a s a ) 3 1 . 1 0 . 2 0 2 3 ( S e l a s a ) 0 9 . 1 1 . 2 0 2 3 ( K h a m i s ) Dilaporkan oleh: Siti Zuraida (SZMN)


JULAI 2023 OBJEKTIF KOLOKIUM PRAKTIS AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN STEM KMNS 3 JULAI 2023 PELAKSANAAN Objektif bagi Kolokium Praktis Amalan Terbaik Pendidikan STEM ini adalah untuk memantapkan Pembangunan Profesionalisme pensyarah kolej matrikulasi. Selain itu, ia juga dilihat dapat membudayakan kemahiran pedagogi berimpak tinggi dalam kalangan pensyarah bidang STEM serta meningkatkan kompetensi pensyarah melalui perkongsian amalan terbaik pengajaran danpembelajaran(PdP). Kolokium Praktis Amalan Terbaik Pendidikan STEM Program Matrikulasi KPM merupakan inisiatif Program Pengukuhan Pendidikan STEM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kolokium ini merupakan kesinambungan dari program pengukuhan Pendidikan STEM iaitu BengkelKerjaPenataranModulSTEMIBLdiKolejMatrikulasiFasa3. YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT Pelaksanaan Kolokium Praktis Amalan Terbaik Pendidikan STEM melibatkan pembentangan dari kalangan pensyarah Jabatan Sains dan Matematik. Pensyarah yang terlibat telah membentangkan praktis amalan terbaik bagi mod kuliah, tutorial dan amali mengikut subjek masing-masing. Majlis penutup Kolokium Praktis Amalan Terbaik Pendidikan STEM peringkat KMNS telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah KMNS, Tn.MohammadAriffinBinAbdAziz. Dilaporkan oleh: Rozana Ahmad Zukri


Halatuju kecemerlangan dan majlis penutupan MPPB telah diadakan pada 2.30 petang, 13 Julai 2023 di Dewan Minangkabau. Dilaporkan oleh : NUR SHAHARINA JULAI 2023 YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU SESI 2023/2024 YOUR PAMRIANGGRGAYPH TEXT Minggu pengurusan pelajar baharu sesi 2023/2024 Minggu Pengurusan Pelajar Baharu sesi 2023/2024 telah diadakan selama 4 hari bermula dari 10 hingga 13 Julai 2023. Pendaftaran pelajar baharu telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 10 Julai 2023. Pendaftaran telah berjalan lancar sepanjang hari. Taklimat waris juga telah disampaikan pada hari yang sama oleh Pengarah KMNS. MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU SESI 2023/2024 TELAH DIADAKAN SELAMA 4 HARI BERMULA DARI 10 HINGGA 13 JULAI 2023.PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TELAH DIADAKAN PADA HARI ISNIN BERSAMAAM 10 JULAI 2023. PENDAFTARAN TELAH BERJALAN DENGAN LANCAR SEPANJANG HARI. Sekitar pendaftaran pelajar baharu


JULAI 2023 PENGENALAN AKTIVITI MATLAMAT Dilaporkan Oleh : NUNMOHD NOH ANJURAN SENAMROBIK BERSAMA SAIEFROHA (AEROBIK & CARDIO) TEMPAT TAR PADANG, KMNS IKH/HARI/MASA 14 JULAI 2023 JUMAAT 8.00 PAGI “MOHKITO SIHAT” UNIT KO-KURIKULUM, KMNS Kementerian PendidikanMalaysia mengharapkan agarsetiap pelajar mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktivitiaktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga kolej yang optimum Menghargai dirisendiriserta bertindak untuk mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan Peroleh pengetahuan asas dalam membina daya tahan kardiovaskular & kekuatan daya tahan otot Interaksi yang sihat di dalam kegiatan kecergasan jasmani dalam memupuk semangat kesukanan PROGRAM


YOUR PARAGRAPH TEXT JULAI 2023 PENILAIAN KERTAS KAJIAN DISUNTING OLEH: NORUL SAFARINIE BINTI ABDULLAHBENGKEL KERJA PERASMIAN M A J L I S 16-18/7/2023 T A R I K H KMNS T E M P A T


Petikan Ucapan daripada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek PROGRAM DISKUSI MALAYSIA MEREALISASIKAN HARAPAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2023 “Saya bersyukur dapat bersama para pelajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dalam Program Diskusi Malaysia Madani. Ini kesempatan kedua saya berkunjung ke Kolej Matrikulasi, sebelum ini ke Kolej Matrikulasi Selangor. Selamat datang kepada para pelajar baharu sesi 2023/2024 ke Kolej Matrikulasi di bawah KPM. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pengajian. Ingin saya maklumkan, di bawah Rancangan Malaysia ke-12, telah diumumkan peruntukan RM290 juta untuk empat Kolej Matrikulasi terawal iaitu di Melaka, Negeri Sembilan, Labuan serta Pulau Pinang bagi menaik taraf kemudahan meliputi bangunan asrama, kafetaria, dewan kuliah, bilik tutorial dan pusat sumber. Daripada peruntukan ini, sebanyak RM70 juta adalah untuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang ditambah dengan peruntukan khas RM46 juta bagi urusan penyelenggaraan. Komitmen kita adalah memastikan pembelajaran anak-anak dapat berjalan dengan selesa dan sempurna”. Disunting oleh: Nor Sherliza Binti Razali JULAI 2023 20 JULAI 2023


Disunting oleh: Mohd Amir OGOS 2023


Kursus Imam dan Muazzin (Bilal) ini telah dijalankan pada 4 Ogos 2023 di bawah anjuran JK Tadbir Urus Pengurusan Pusat Islam KMNS. Kursus ini dihadiri oleh seramai 50 orang pelajar. Ia adalah bertujuan bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah, dalam melatih pelajar menjadi imam dan muazzin (bilal). Selain itu, kursus ini diadakan untuk meningkatkan keyakinan diri serta ilmu pengetahuan berkaitan dengan fadhilat solat berjemaah serta ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Atas kesedaran ini wajarlah para imam dan muazzin yang dipilih dalam kalangan pelajar lelaki khususnya di KMNS untuk dilatih dan diberi pengisian serta latihan untuk dijadikan amalan sama ada semasa di kolej mahu pun bila berhadapan dengan masyarakat kelak. KURSUS IMAM 2023 Dilaporkan Oleh : Izyani bintiMistar OGOS 2023 Anjuran : JK PENGURUSAN SURAU AL-MUTTAQIN/ PUSAT ISLAM KMNS


Pada 9 Ogos 2023, JK Tadbir Urus Pusat Islam KMNS telah mengadakan program Ceramah Maal Hijrah 2023. Ceramah Maal Hijrah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nizam bin Md Saad, Imam 2 Masjid Al-Firdaus Kariah Melang. Program ini bertujuan mengajak pelajar dan staf menghayati Maal Hijrah dalam kehidupan. Umat Islam akan sentiasa mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah serta peristiwa baginda Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar daripada sambutan Maal Hijrah. Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, umat Islam haruslah mengambil ikhtibar bahawa ukhwah yang kukuh adalah asas kepada perpaduan dan kesatuan ummah yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan umat Islam. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan. CERAMAH MAAL HIJRAH 2023 JK TADBIR URUS PUSAT ISLAM KMNS OGOS 2023 DILAPORKAN OLEH: SUKMIRA HUSSAIN 9 OGOS 2023 RABU 7:30 MALAM SURAU AL MUTTAQIM KMNS OBJEKTIF Menerapkan amalan bersyariat dalam kehidupan seharian sebagai hamba Allah. Mengambil iktibar daripada kisah-kisah dalam peristiwa Maal Hijrah. Membina kekuatan jiwa untuk beramal dengan amalan mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah TENTATIF PROGRAM 7:00 malam - Ketibaan pelajar dan staf 7:15 malam - Ketibaan VIP dan Penceramah 7:30 malam - Solat Maghrib 8:00 malam - Ceramah Maal Hijrah 10:00 malam - Jamuan Kudapan Malam 10:30 malam - Bersurai


OGOS 2023 KMNS telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah temasya mega tahunan anjuran BMKPM iaitu Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan Inovasi pendidikan, KonPPI 3 tahun 2023 yang bertempat di Klana Resort, Seremban. Para finalis yang terpilih ke KonPPI 3 telah memberikan persembahan terbaik dalam memastikan kemenangan berpihak kepada mereka sepanjang proses penjurian berlangsung. Temasya ini berjaya menarik perhatian ramai cendiakawan dan ahli akademik yang mengikutinya sama ada secara fizikal mahupun melalui platform atas talian. TARIKH: 13 - 15 Ogos 2023 TEMPAT: Hotel Klana Resort, Seremban DILAPORKAN OLEH: ASHAR ASRUL BIN ROS KONVENSYEN PENYELIDIKAN, KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) DAN INOVASI PENDIDIKAN, (KonPPI 3, 2023) YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT Malis penutupan telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek. Acara gilang gemilang tersebut yang berlangsung dari 13 Ogos 2023 telah melabuhkan tirainya pada 15 Ogos 2023. Maklumat lanjut mengenai buku program KonPPI-3 ini boleh dilayari di https://anyflip.com/idczc/ dkio


OGOS 2023 KEMPEN DERMA DARAH Praktikum H6P3 bersama Unit Kokurikulum KMNS telah menganjurkan Kempen Derma Darah sempena Bulan Kecergasan yang terbuka kepada semua warga pelajar dan staf KMNS yang berminat. Seawal pagi lagi, pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Kuala Pilah telah hadir membuat persiapan bagi tujuan tersebut. ANJURAN PRAKTIKUM H6P3 BERSAMA UNIT KOKURIKULUM KMNS . Tarikh : 18 OGOS 2023 Hari : JUMAAT Masa : 9.00 pagi sehingga 5.00 petang Lokasi : DEWAN SERI MENANTI Sasaran : 100 orang penderma Sambutan dari warga KMNS adalah sangat menggalakkan walaupun pada awalnya sasaran penderma hanyalah seramai 100 orang. Justeru itu, program seumpama ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang. DILAPORKAN OLEH : AIDA NADYA BINTI TAIB


Anjuran: Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan NAMA PERTANDINGAN : LARIAN KAKOM FUN RUN 2023 TARIKH : 19 OGOS 2023 TEMPAT : KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN BILANGAN PESERTA : 2200 ORANG Menjadikan program ini sebagai satu platform untuk pelajar menguji jati diri dan daya tahan dari segi fizikal dan mental Mengeratkan perhubungan dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dengan kolej matrikulasi yang lain. Menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar untuk memenuhi keperluan mendapatkan markah kemasukan universiti tempatan sebanyak 10%. Peluang kepada pensyarah untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek pengurusan kokurikulum secara menyeluruh. Menjadikan program ini sebagai satu platform untuk pelajar menguji jati diri dan daya tahan dari segi fizikal dan mental Mengeratkan perhubungan dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dengan kolej matrikulasi yang lain. Menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar untuk memenuhi keperluan mendapatkan markah kemasukan universiti tempatan sebanyak 10%. Peluang kepada pensyarah untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek pengurusan kokurikulum secara menyeluruh. Objektif Larian KAKOM KMNS 2023 berlangsung dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Kehadiran pelajar adalah diwajibkan. Pelajar berkumpul mengikut kumpulan blok masing-masing. Blok A berkumpul di parking bersebelahan Dewan Serbaguna, Blok B di jalan raya bersebelahan Cafe B dan Blok C di jalan raya bersebelahan tangga C1. Terdapat 3 kategori pemakaian pelajar iaitu baju KMNS bewarna hijau putih dipakai oleh pelajar semester 1, Baju hitam berjalur pula dipakai oleh pelajar semester III manakala pelajar atlet KAKOM 2023 memakai baju hitam merah. Pelajar juga dibekalkan dengan roti dan air mineral untuk sarapan pagi. Ogos 2023 DILAPORKAN OLEH: W.N.MEERAISHA BT W.JAMALUDDIN


Program Berbuka Puasa Dalam Talam telah dilaksanakan pada 24 Ogos 2023 di Surau Al Muttaqin. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Al Muttaqin dengan kerjasama Rak Rezeki KMNS. Program yang dijalankan ini adalah hasil sumbangan warga KMNS melalui JK Rak Rezeki. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar KMNS. Diharapkan program seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang. OGOS 2023 PROGRAM BERBUKA PUASA DALAM TALAM PROGRAM BERBUKA PUASA DALAM TALAM DILAPORKAN OLEH : SUKMIRA HUSSAIN JK SURAU AL MUTTAQIN & RAK REZEKI 24 OGOS 2023 KHAMIS SURAU AL-MUTTAQIN KMNS 7. 15 MALAM


INFO TARIKH 25 OGOS 2023 DILAPORKAN OLEH : SITI ZURAIDA NASIR (SZMN) TEMPAT DEWAN MINANGKABAU MASA 3.00 - 4.15 petang Majlis Watikah Pelantikan JPP Sesi 2023/2024 telah disempurnakan oleh TN HJ AMRAN BIN MD SAID, Pengarah KMNS, dengan pelantikan seramai 20 orang pelajar sebagai JPP diketuai oleh Saudara AMSYAR AFIQ BIN AIMAN sebagai Yang Dipertua dan Saudari YASMIN BINTI ZUHAIMIE sebagai Naib Yang Dipertua . Semoga semua yang telah dilantik ini dapat menggalas tanggungjawab mereka dengan baik sebagai wakil para pelajar di KMNS dengan Pihak Pengurusan Kolej. Diharapkan semua JPP yang dilantik dapat membahagikan masa dengan sebaiknya dalam kesibukan melaksanakan tugas di kolej dengan tanggungjawab sebagai pelajar. Selamat Maju Jaya!!!!! PELANTIKAN JPP MAJLIS WATIKAH 0GOS 2023


YOUR PARAGRAPH TEXT Pada 25 Ogos 2023 yang lalu, Program Engkau Masih Ada yang Sayang (E.M.A.S) telah dijalankan dan ianya merupakan program khas untuk 100 orang pelajar SES Semester III Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di bawah anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling. Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah 7 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan bermula dari jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memastikan objektif bengkel ini tercapai. YOUR PARAGRAPH TEXT Program Penetapan hala tuju yang lebih realistik berdasarkan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semester III Penceramah jemputan yang terlibat secara langsung dalam usaha murni ini adalah Pn Zubaidah binti Zakaria dan Pn Norakmar binti Abd Rashid dari Unit Psikologi dan Kaunseling Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Semoga program ini dapat melahirkan pelajar yang mampu:- menetapkan hala tuju yang lebih realistik berdasarkan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semester III. belajar dengan menggunakan gaya belajar yang bersesuaian dengan diri pelajar. (visual, auditori dan kinestetik.) menyusun jadual belajar mereka dengan lebih sistematik. Engkau Masih Ada yang Sayang E.M.A.S YOUR PARAGRAPH TEXT OGOS 2023 D I L A P O R K A N O L E H : R O Z A N A A H M A D Z U K R I


Dilaporkan oleh: Nur Shaharina binti Mohd Yusuf OGOS 2023 MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN NEGARA Majlis Solat Hajat Perdana bersempena ‘Hari Kemerdekaan Negara’ telah diadakan pada 30 Ogos 2023 bersamaan hari Rabu. Solat Hajat ini adalah terbuka kepada semua pelajar dan warga KMNS. Ianya diadakan selepas solat Maghrib yang bertempat di surau Al-Muttaqin. Solat Hajat ini diadakan bagi memohon keselamatan dan keamanan negara


PROGRAM SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KMNS 2023 OGOS 2023 TEMA MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN DILAPORKAN OLEH : NUN MOHD NOH DILAPORKAN OLEH : NUN MOHD NOH TEMPAT DATARAN PERPATIH KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN TARIKH/MASA 30 OGOS 2023 9.00PM - 12.00 AM ANJURAN : SEKRETERIAT RUKUN NEGARA, KMNS Sempena Program Sambutan Ambang Merdeka ini pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah perarakan kemerdekaan, pertandingan persembahan pendek pasukan perarakan, pertandingan pertunjukan reka baju kreatif, persembahan sayembara puisi, pertandingan akhir lagu merdeka, persembahan video TikTok dan persembahan koir kemerdekaan. Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang pertandingan, laungan kemerdekaan oleh Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan diiringi oleh persembahan bunga api yang sangat menarik.


AKTIVITI SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN Pertandingan Swafoto Merdeka Menulis Lirik Puisi Pameran Melodi Jiwa Bangsa Pertandingan Dendangan Lagu Patriotik 6 OGOS 2023 HINGGA 17 SEPTEMBER 2023 P A G E 2 O G O S - S E P T DISUNTING OLEH : NOR SHERLIZA BINTI RAZALI Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankani


DISUNTING OLEH : MOHD AMIR pada 2/9/2023 SEPT 2023


SIPMA 2023 SEPT 2023 SUKAN INSTITUSI Pendidikan Malaysia 6-16 September 2023 Pasukan Kontinjen Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM) telah menyertai acara Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton Berpasukan dan beberapa lagi acara yang lain selama 10 hari pada Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia(SIPMA). Latihan pusat kontinjen telah diadakan pada 6 hingga 10 September 2023 di Kolej Matrikulasi Selangor, manakala acara kejohanan pula telah diadakan pada 10 hingga 16 September 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Seramai tiga orang pensyarah Unit Kokurikulm KMNS yang terlibat iaitu En. Ahmad Fauzi bin Md Jaafar selaku Urusetia BMKPKM, En Mohd Shahril bin Mohamed Yusuf selaku Ketua Jurulatih Badminton dan En. Zulkefly bin Nordin selaku Jurulatih Boling berserta 7 orang lagi merupakan atlet di kalangan pelajar KMNS. Dilaporkan Oleh: Izyani binti Mistar


SEPTEMBER 2023 Program KESBA Bowling Tournament Kelab Sukan Dan Rekreasi KESBA Kelab Staf Bukan Akademik ataupun singkatannya KESBA telah menganjurkan Program KESBA Bowling Tournament pada 15 September 2023 yang bertempat di Ole Super Bowl Mydin S2. Program tahunan tersebut telah disertai oleh ahliahli KESBA yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah KMNS Tn.Hj.Amran bin Md Said. “Program Bowling Tournament ini merupakan wadah bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli KESBA”, menurut kenyataan Encik Mohd Radzi Bin Ab Samad selaku Pengerusi KESBA KMNS. Beliau turut berpendapat bahawa aktiviti sedemikian akan meningkatkan semangat kerja berpasukan seterusnya boleh memberi impak kepada budaya kerja cemerlang. DILAPORKAN OLEH: ASHAR ASRUL BIN ROS


Pelbagai pertandingan turut diadakan pada malam tersebut seperti Pertandingan Mereka Cipta Tanglung, Seni Kolam, Seni Khat, Karikatur, Gubahan Hantaran dan pertandingan kaligrafi Cina yang melibatkan beberapa lokasi seperti DSG, DK 7 dan bilik tutoran. Sambutan yang meriah diberikan oleh warga pelajar KMNS pada malam tersebut. PESTA TANGLUNG 2023 ANJURAN : JAWATANKUASA TADBIR URUS KESENIAN DAN KEBUDAYAAN Pada 22 September 2023 yang lalu, JK Tadbir Urus Kesenian dan Kebudayaan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah menganjurkan Pesta Tanglung 2023. Pesta Tanglung adalah pesta masyarakat Cina yang diraikan pada hari ke-15 dalam bulan pertama kalendar Cina. PESTA TANGLUNG 2023 September 2023 Dilaporkan Oleh : AIDA NADYA BINTI TAIB


SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KE-40 KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KE-40 KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN Anjuran: JK Tadbir Urus Antidadah, KMNS 22 September 2023 Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan diadakan pada setiap 19 Februari setiap tahun. Sambutan ini turut dijalankan di peringkat kolej yang merupakan program sokongan bukan akademik di mana pelajar diberikan pendedahan dan didikan tentang bahaya penyalahgunaan dadah bagi menghindari permasalahan sosial termasuk penyalahgunaan dadah sekaligus membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik. Fokus peringatan Hari Antidadah Kebangsaan ke-40 Tahun 2023 ini dengan slogan “Lebih Baik Cegah” dipilih bagi mendorong semua pihak mengambil tanggungjawab dan tindakan awal dalam menangani permasalahan dadah. Sehubungan itu JK Tadbir Urus telah mengadakan Sambutan Hari Antidadah ke–40 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Tahun 2023 bagi menerapkan pendidikan pencegahan dadah dalam diri pelajar bagi melindungi diri dan yang lain. Sebanyak 4 kategori yang dipertandingkan iaitu e-Poster Antidadah, Doodle Antidadah, Rekacipta Montaj Antidadah dan Sketsa dan Lagu Antidadah. Secara keseluruhannya pertandingan Sempena Sambutan Hari Antidadah ke-40 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah dilaksanakan dengan lancar mengikut perancangan. Kesimpulannya, pelaksanaan sambutan Hari Antidadah Kebangsaan ke-40 Tahun 2023 ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang nikmatnya hidup tanpa dadah. Seterusnya setiap warga kolej mensyukurinya dengan berusaha bersungguh-sungguh, berdaya saing dan sanggup menghadapi cabaran bagi mencapai cita-cita sebagai pelajar cemerlang di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Semoga usaha murni yang dijalankan ini dapat membantu negara ke arah pembentukan masyarakat madani. DILAPORKAN OLEH: W.N.MEERAISHA BT W.JAMALUDDIN


KURSUS KEPEMIMPINAN PEMBIMBING PEER ASSISTED LEARNING PAL SESI 2023/2024 SEPTEMBER 2023 Dilaporkan Oleh : SUKMIRA HUSSAIN Kursus Kepemimpinan Pembimbing Peer Assisted Learning PAL Sesi 2023/2024 telah diadakan pada 23 September 2023, bertempat di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Kursus ini melibatkan seramai 150 Peserta PAL Leaders. Kursus Kepemimpinan Pembimbing Peer Assisted Learning (PAL) Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2023/2024 yang dianjurkan oleh JK Tadbir Urus PAL Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada PAL Leader tentang konsep, matlamat dan kaedah pelaksanaan Program PAL. Selain itu, tujuan kursus ini diadakan ialah untuk melahirkan PAL Leaders yang mempunyai semangat bekerja dalam berpasukan yang tinggi disamping membentuk satu pasukan yang saling bekerjasama tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. Kursus ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 23 SEPTEMBER 2023 SABTU 8.00 PAGI-5.00 PETANG JK TADBIR URUS PAL KMNS


Perpustakaan Pendeta Za’ba KMNS telah mengadakan Pertandingan Resensi Buku y K a egemaran Saya bermula 20/9/2023 sehingga 06/10/2023 dan telah mendapat sambutan ng menggalakkan dari pelajar KMNS. Mempergiatkan aktiviti galakan membaca terutamanya dalam kalangan warga KMNS. Melahirkan dan mewujudkan pelajar khususnya yang bermaklumat melalui penerapan budaya membaca dan cintakan ilmu. Menjadikan perpustakaan sebagai sebuah organisasi pembelajaran melalui pelbagai aktiviti galakan membaca yang dijalankan Pengenalan Objektif Tahniah kepada Pemenang Muhammad Zafran 1. 2. Mohammad Wazif Waqiudin T3. Choi Feng Qi SEPTEMBER 2023 Dilaporkan Oleh : SITI ZURAIDA NASIR (SZMN) PERTANDINGANRESENSIBUKUKEGEMARAN SAYA


Tahniah kepada Tuan Pengarah, Barisan Pengurusan khususnya KJPP, Ketua Unit Kokurikulum dan semua pensyarah kokurikulum, serta semua rakan-rakan pensyarah dan AKP yg terlibat secara langsung melatih, membimbing dan mengurus semua atlet-atlet KMNS 2023. Tahniah juga kepada semua atlet KMNS 2023 yang telah berjaya dengan cemerlang. TAHNIAH SEMUA ! KAKOM TAHNIAH OKTOBER J 2023 uara Tahun 2023 : KMNS telah melakar sejarah baharu dengan membawa pulang Piala ‘Johan Keseluruhan KAKOM 2023'.. Karnival Kokurikulum Matrikulasi ini telah berlangsung pada 28 September sehingga 2 Oktober 2023 di Kolej Matrikulasi Johor. Karnival Kokurikulum ini merupakan satu platform untuk pelajar matrikulasi menguji jati diri dan daya tahan dari segi fizikal dan mental serta dapat mengeratkan perhubungan dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dengan kolej matrikulasi yang lain. KMNS telah mewakili 129 orang atlet sebagai pencabar kolej matrikulasi lain dalam semua acara yang dipertandingkan. Dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi di bawah bimbingan jurulatih dan pengurus yang bersemangat waja ini akhirnya barisan ini tidak pulang dengan tangan yang kosong. Satu pencapaian yang amat dibanggakan dan menjadi SEJARAH KMNS. Kita Menang Nombor KMNS 1 28 SEPTEMBER HINGGA 2 OKTOBER 2023 YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT 20 Karnival Kokurikulum Matrikulasi 23 Disunting Oleh : Rozana binti Ahmad ZukriSemua


Program World Clean Up Day 2023 ANJURAN SWM ENVIRONMENT di PANTAI SAUJANA PD. -KELAB 5R KMNS- KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN SEPT 2023 MAC 2023 Dilaporkan Oleh : NUR SHAHARINA Kelab 5R KMNS merupakan satu platform pendedahan bagi generasi muda untuk menghargai alam sekitar untuk dinikmati oleh generasi yang lebih baharu kelak di samping memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar selaras dengan kehendak dalam fasalfah pendidikan kebangsaan. Kelab 5R memberi pendedahan kepada pelajar dan staf KMNS mengenai kepentingan dan cara mengitar semula; menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar dan staf KMNS melalui aktiviti 5R: ‘Refuse, Reduce, Recycle, Reuse and Recovery’; dan meningkatkan kesedaran kepada pelajar dan staf KMNS tentang pentingnya menjaga alam sekitar.


OKTOBER 2023 DILAPORKAN OLEH : NUN MOHD NOHPERARAKAN PIALA JUARA KESELURUHAN KAKOM 2023 Majlis Perarakan Kontinjen KAKOMbersama Pengarah dan warga KMNS adalah sempena meraikan Kejuaraan Keseluruhan KAKOM2023 dengan membawa bersama Piala Kejuaraan Keseluruhan KAKOM2023. Majlis Perarakan bermula dari foyer kesurau KMNS melaluisusur keluar hingga ke dataran perhimpunan.Warga kolej menunggu disekitarlaluan perarakan. Piala kejuaraan dibawa ke DewanMinangkabau untuk majlisseterusnya. MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA PENGARAH SEMPENA KEJUARAAN KAKOM2023 TARIKH : 3 OKTOBER 2023 HARI : SELASA MASA : 4.00 - 5.00 PETANG TEMPAT : DEWAN MINANGKABAU ANJURAN: JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR,KOLEJMATRIKULASI NEGERI SEMBILAN


OKTOBER 2023 Program ini telah dijalankan pada 6 Oktober 2023. Ia dianjurkan oleh KMNS di mana sasaran pesertanya adalah pensyarah kolej dengan gred jawatan DG52 - 54. Seramai 81 orang peserta telah mengikuti program ini yang dijalankan di Dewan Banquet KMNS. PROGRAM THE EXPERTS: EDUCATIONAL LEADERSHIP KOLEJ MATRIKULASI DILAPORKAN OLEH: NORUL SAFARINIE BINTI ABDULLAH


Program Kursus Kepemimpinan Pembimbing Rakan Dinamik Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023 telah dijalankan selama 3 hari bermula dari 6 - 8 Oktober 2023 bertempat di Kolej Matrikulasi Selangor. Program ini adalah anjuran Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Seramai 20 orang peserta terlibat di dalam kursus ini. KEY EVENTS Memberi peluang kepada pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan, asas kemahiran kaunseling supaya mereka dapat berfungsi sebagai pembimbing yang baik kepada rakan sebaya di kolej. OBJEKTIF KURSUS: Melatih pelajar membantu dan membimbing rakan-rakan sebaya dalam menangani pelbagai cabaran sebagai pelajar di Program Matrikulasi.


MUET CLINIC 2023 KMNS Sesi 2023/2024 Oktober 2023 kepada semua pelajar KMNS Sesi 2023/2024 ‘GOOD LUCK’ Program MUET CLINIC telah dijalankan pada 7 Oktober 2023 di bawah anjuran Unit Bahasa Inggeris, KMNS. Program ini berlangsung secara hibrid; bersemuka dan juga atas talian dengan menggunakan platform ZOOM. Semua pensyarah BI terlibat dalam program ini sebagai pemudahcara manakala penceramah jemputan terdiri daripada 2 orang penulis Buku MUET LeftClick iaitu Puan Illani dari SMK Sungai Kapar Klang, dan En. Rameshan dari Kolej Matrikulasi Selangor. Program ini dijalankan selama 1 hari dan telah melibatkan seramai 500 orang pelajar yang telah berjaya terpilih untuk hadir ke program secara bersemuka, dan pelajar yang selebihnya seramai 1053 pula mengikuti program ini secara atas talian. Program ini telah berjaya menarik minat para pelajar untuk mengikutinya sehingga ke waktu penamat. Dilaporkan oleh: Izyani bintiMistar


OKTOBER 2023 KURSUS KESIHATAN JANTUNG Disunting : Nor Sherliza Binti Razali Objektif Meningkatkan kesedaran tentang pencegahan risiko penyakit NCD terutamanya penyakit jantung dalam kalangan staf KMNS Memberi pemahaman dalam pemilihan pemakanan dan amalan cara hidup yang betul dalam menjaga kesihatan jantung Meningkatkan mutu kesihatan pekerja lantas meningkatkan produktiviti dan cekap dalam pekerjaan Pada 13 Oktober 2023 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja KMNS telah mengadakan kursus Kesihatan Jantung di Dewan Banquet. Penceramah yang sudi memberi perkongsian ilmu adalah Doktor Nur Adilah Binti Muhammad Noor


Disunting oleh: M o h d A m i r OKTOBER 2023


Disunting oleh :Izyani bintiMistar OKTOBER 2023 Anjuran Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) Pesta Sukan Staf Matrikulasi atau lebih dikenali dengan singkatan PesMAM bagi tahun 2023 telah berlangsung pada 14 Oktober 2023 bagi acara pertandingan Badminton (L/P) dan juga pada 21 Oktober 2023 bagi acara Futsal (L), Bola Jaring (P) dan Bola Tampar (L). Pesta sukan ini terbuka kepada warfa pendidik dan juga staf KPM bertempat di Kolej Matrikulasi Melaka. Kedua-dua pertandingan yang diadakan itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan warga KPM. PESTA SUKAN STAF MATRIKULASI 2023


AUDIT NOVEMBER 2023 Audit Surveillance Sirim MS ISO 9001:2015 Audit Sirim telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Oktober 2023. Bermula dengan mesyuarat pembukaan dan seterusnya proses pengauditan telah berjalan lancar sepanjang dua hari tersebut. Pada kali ini tiada dokumen yang diberikan NCR mahupun teguran lisan. DILAPORKAN OLEH: ASHAR ASRUL BIN ROS


Alhamdulillah Karnival Pendidikan Kerjaya 2023 KMNS pada 20 dan 21 Oktober 2023 telah melabuhkan tirainya. Terima kasih kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, KJPP, semua Ketua Jabatan, Kaunselor Pendidikan, JK Induk dan JK Pelaksana Karnival, JK Promosi dan Perhubungan Luar, Unit HEP, felo, pensyarah, PEK, PA, CC, JA, team ICT, ‘pilot KMNS’, AKRAB, PRD, pelajar KMNS dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sebelum, semasa dan selepas khususnya sepanjang kelancaran perjalanan karnival ini pada 20 & 21 Oktober 2023. Terdapat banyak komen yang positif dan membina atas penganjuran Karnival Pendidikan Kerjaya kali ini. Diharapkan agar melalui pameran dan taklimat yang dijalankan mendapat manfaat untuk kita lebih berusaha ke arah ‘MOVING FROM GOOD TO GREAT’ & sama-sama ‘KITA MENJANA NILAI DAN SKOR’. OKTOBER 2023 DISUNTING OLEH: AIDA NADYA BINTI TAIB SEDIKIT ‘TRIVIA’ BERKENAAN KARNIVAL:- ▶️29 AGENSI TERMASUK BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA -UPU ▶️17 UNIVERSITI AWAM ▶️10 UNIVERSITI SWASTA BERTARAF GLU DAN IPTS ▶️46 BUAH SEKOLAH MENENGAH SELURUH NEGERI SEMBILAN ▶️4 SLOT TAKLIMAT PROMOSI PROGRAM MATRIKULASI KEPADA 758 ORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN ▶️2 SLOT TAKLIMAT UPU DIHADIRI1153 ORANG PELAJAR KMNS ▶️17 SLOT TAKLIMAT UNIVERSITI AWAM DIHADIRI 2097 PELAJAR KMNS ▶️TURUT DIHADIRI EN MOHAMAD FAIZAL SAAD KETUA PENOLONG PENGARAH PSIKOLOGI DAN KAUNSELING SEKTOR PEMBANGUNAN PELAJAR BMKPM


PROGRAM KESEJAHTERAAN MENTAL PROGRAM KESEJAHTERAAN MENTAL TELAH DIRANCANG OLEH UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KMNS BAGI MEMPERKASA PELAJAR MENANGANI STRES, KERESAHAN DAN KEMURUNGAN SERTA CABARAN KEHIDUPAN SEHARIAN MELALUI GAYA TINDAK YANG BERKESAN. SELARAS DENGAN TAGLINE KMNS “MOVING FROM GOOD TO GREAT”. ANTARA AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM INI ADALAH SARINGAN UJIAN DASS21 (DEPRESSION ANXIETY STRESS SCALES) DAN GAYA TINDAK YANG DIJALANKAN SECARA ATAS TALIAN, CERAMAH KOMUNIKASI BERPROFIL TINGGI OLEH PEGAWAI DARI MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY (MSU) DAN BEBERAPA PERTANDINGAN INTERVENSI GAYA TINDAK SECARA DALAM TALIAN. CERAMAH KOMUNIKASI BERPROFIL TINGGI BERLANGSUNG SELAMA DUA JAM DAN MENSASARKAN SERAMAI 300 ORANG PELAJAR. PEMILIHAN PESERTA DIBUAT BERDASARKAN DATA SARINGAN DASS21 YANG TELAH DIJALANKAN. KESELURUHAN PROGRAM BERJALAN DENGAN LANCAR. 25 Oktober 2023 8.00 hingga 10.00 malam Dewan Kuliah 7/8 300 Orang pelajar 1. Pelajar dapat mengenalpasti tahap stres, keresahan dan kemurungan melalui saringan “Depression Anxiety Stress Scales, DASS”. 2. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran menangani stres, keresahan dan kemurungan melalui kemahiran daya tindak atau “coping skills”. 3. Pelajar dapat mengawal tahap stress, keresahan dan kemurungan Pelajar dapat mengetahui cara mendapatkan bantuan dan salurannya. Objektif OKTOBER 2023 DILAPORKAN OLEH: W.N.MEERAISHA BT W.JAMALUDDIN


MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN AKADEMIK KMNS SEMESTER II & IV SESI 2022/2023 Pada 3 Nov 2023, jam 2:30 petang, telah berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik KMNS Semester II & IV Sesi 2022/2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Amran bin Md. Said, Pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah dan semua ketua jabatan KMNS. Majlis Apresiasi Pensyarah yang dianjurkan oleh Jabatan Sains, diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa pensyarah dalam memastikan pencapaian akademik yang cemerlang semasa PSPM II & IV, Semester II Sesi 2022/2023. Majlis berlangsung dalam suasana yang sangat meriah dan harmoni. Di samping mewujudkan persefahaman dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan pensyarah, secara tidak langsung majlis ini dapat membina serta memupuk semangat kerjasama, berketrampilan dan muhibah dalam kalangan kakitangan KMNS. DILAPORKAN OLEH: SUKMIRA HUSSAIN NOVEMBER 2023 TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH KEPADA KEPADA SEMUA WARGA KMNS


Click to View FlipBook Version