The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bil.5 Julai - Dis 2023 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter) (1)-compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bm-0298, 2023-12-13 08:35:26

Bil.5 Julai - Dis 2023 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter) (1)-compressed

Bil.5 Julai - Dis 2023 BULETIN KARISMA KMNS (Newsletter) (1)-compressed

Program Gotong Royong Madani ini dilaksanakan susalan daripada pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan program gotong-royong di sekolah KPM seluruh Malaysia. Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini adalah seperti pembuangan pokok-pokok di tepi pagar, pembersihan longkang-longkang, pembersihan tempat pembiakan nyamok, membersih dan mngecat pakir asrama, tiang ampaian dan memersih dan mengemas bilik khas di asrama. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang. November 2023 4 November 2023 (Sabtu) 7:30 pagi - 2:00 petang Kolej Kediaman & Surau Al-Muttaqin KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN Program Gotong-Royong MADANI yang dilaksanakan seperti disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi impak positif kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Selain dari itu program ini jelasnya telah meningkatkan tahap kebersihan, kesihatan, keselamatan kolej di samping memperingatkan keprihatinan dan rasa kepunyaan kepada kolej. Disunting oleh: Rozana binti Ahmad Zukri


Majlis ini telah disempurnakan oleh YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz NOVEMBER 2023 KMNS telah mengelolakan Majlis Penutupan Gemersik Cakna pada 4 November 2023 bersamaan hari Sabtu pada pukul 3.15 petang yang bertempat di Dewan Minangkabau, KMNS . Majlis ini adalah anjuran JK Tadbir Urus Kesenian dan Kebudayaan. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian solo serta tarian Tradisional Melayu, Cina dan India dan diakhiri dengan persembahan wushu. Majlis berakhir pada pukul 5.45 petang dengan keberangkatan pulang YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tunku Muhriz. TARIKH: 4 NOVEMBER 2023 TEMPAT: DEWAN MINANGKABAU, KMNS DILAPORKAN OLEH: NUR SHAHARINA YOUR PARAGRAPH TEXT YOUR PARAGRAPH TEXT MAJLIS PENUTUPAN GEMERSIK CAKNA 2023


PROGRAM MASTER EKONOMI PROGRAM MASTER EKONOMI Unit Ekonomi telah melaksanakan persediaan menghadapi PSPM Semester 1 Sesi 2023/2024 dengan menganjurkan satu program kecemerlangan iaitu Program “Master Economy ” AE 015 bagi Kursus Ekonomi 1 (Mikroekonomi). Program ini dianjurkan supaya pelajar dapat didedahkan dengan segala ilmu pengetahuan, teknik dan kemahiran menjawab serta memupuk sifat keyakinan diri yang tinggi sebelum menempuh peperiksaan semester akhir. Seterusnya dapat melonjakkan kecemerlangan pencapaian pelajar. November 2023 Disunting oleh: Nor Sherliza Binti Razali


Pertandingan ini diadakan pada 25 November 2023. Terdapat sebanyak 32 kumpulan peserta yang terdiri daripada 23 kumpulan pelajar SDS dan 9 kumpulan pelajar SES. Pertandingan ini berkonsepkan explorace dimana peserta akan membuat tugasan di setiap booth menggunakan projek inovasi yang telah dijalankan oleh pensyarah kimia. Booth yang ada PERTANDINGAN CHEM BOOSTER CHALLENGE ANJURAN : UNIT KIMIA Aktiviti Sesi warm-up NOVEMBER 2023 DILAPORKAN OLEH: NORUL SAFARINIE BINTI ABDULLAH


Disunting oleh Mohd Amir


PROGRAM PHYSICS OUTREACH SEMESTER 1 SESI 2023/2024 NOVEMBER 2023 FASILITATOR PENGENALAN Motivasi merupakan daya dorongan kepada seseorang secara psikologi untuk melakukan sesuatu dengan cara yang lebih baik. Pelajar yang bermotivasi akan lebih fokus terhadap pembelajaran yang diikuti. Mereka akan lebih yakin dan berketerampilan untuk cenderung lebih produktif dan efektif dalam proses pembelajaran mahupun kehidupan. OBJEKTIF PROGRAM Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran dan kehidupan. Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam aktiviti secara berkumpulan. Mencetuskan idea-idea yang kreatif dalam menyelesaikan masalah. Meningkatkan prestasi pelajar di dalam subjek Fizik PENGENALAN PERINCIAN Seramai 188 orang pelajar sains Sistem Dua Semester (SDS) dan 240 orang pelajar Sistem Empat Semester (SES) Modul Hayat dan Fizikal yang mendapat gred F iaitu gagal berdasarkan Ujian Selaras 1 Physics SP015 dan DP014. Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada 10 orang pelajar bagi satu kumpulan. Jumlah peserta seramai 428 orang pelajar. TARIKH : 26 NOVEMBER 2023 TEMPAT : DK2 & DK6 ANJURAN : UNIT FIZIK, KMNS PROGRAM OUTREACH PHYSICS UNIT FIZIK KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN Dilaporkan Oleh : NUNMOHD NOH


DISUNTING OLEH: ASHAR ASRUL BIN ROS NOVEMBER 2023


MAJLIS RESTU ILMU Anjuran : Jabatan Pengurusan Pelajar KMNS Majlis ini berlangsung pada 1 Disember 2023 di mana pelajar dan pensyarah berhimpun di Surau AlMuttaqqin KMNS untuk menunaikan solat taubat dan hajat bersama-sama dengan harapan agar segala urusan dan kecemerlangan PSPM dapat dikecapi oleh warga KMNS. Ianya bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9 pagi. Setelah selesai solat taubat dan hajat di surau, pelajar dan pensyarah yang berkelapangan berkumpul di Dataran Perpatih KMNS bagi meraikan Majlis Restu Ilmu yang bermula pada 9.15 pagi. Sejurus selepas ucapan Timbalan Pengarah KMNS, pelajar berpeluang untuk bersalaman dengan pensyarah bagi memohon kemaafan dan keberkatan ilmu yang telah dipelajari. Moga semua pelajar KMNS memperolehi kecemerlangan dalam PSPM yang akan berlangsung pada 4 -12 Dis 2023 ini. MAJLIS SOLAT TAUBAT DAN SOLAT HAJAT Anjuran : JPP dan Pengurusan Surau KMNS Pengharapan dan Keberkatan demi PSPM yang Bakal Menjelma Dilaporkan oleh : SITI MUSALMAH A HAMIDDISEMBER 2023


MAJLIS MAKAN MALAM KELAB WARGA MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KAWAN) DISEMBER 2023 DISUNTING OLEH : AIDA NADYA BINTI TAIB


SIDANG EDITORIAL PHOON FOONG HA KETUA EDITOR SITIZURAIDA MOHAMAD NASIR PEREKA GRAFIK SESI2023/2024 SITI MUSALMAH A.HAMID PEN. KETUA EDITOR IZYANI MISTAR EDITOR SUKMIRA HUSSAIN EDITOR NUR SHERLIZA RAZALI EDITOR NORUL SAFARINIE ABDULLAH EDITOR NUN MOHD NOH EDITOR AIDA NADYA TAIB EDITOR NUR SHAHARINA MOHD YUSUF EDITOR ROZANA AHMAD ZUKRI EDITOR W.NOOR MEERAISHA EDITOR ASRAR ASRUL ROS EDITOR DR MOHD AMIR ZAKARIA EDITOR


Selamat TAHUN BARU Daripada kami: Sidang Editorial Buletin KMNS 2023


Click to View FlipBook Version