The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irfanmahazan24, 2024-06-23 12:13:14

EMBUN

MANUSKRIP EMBUN

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA KAMI DAPAT MENYIAPKAN KARYA PHILO~SOPHIA DALAM TEMPOH MASA YANG TELAH DITETAPKAN. BANYAK MANFAAT TELAH KAMI PEROLEH SEPANJANG KAMI BERTUNGKUS – LUMUS MENYIAPKAN TUGASAN INI DAN MEMBERI BANYAK PENGALAMAN MENARIK YANG TIDAK DAPAT DIUNGKAPKAN. KEJAYAAN YANG KAMI CAPAI INI MERUPAKAN KERJASAMA YANG TIDAK TERHINGGA DARI SETIAP AHLI KUMPULAN. TAMBAHAN LAGI, TANPA PERJUANGAN DAN PENGORBANAN GENERASI TERDAHULU JUGA KAMI TIDAK DAPAT BERKARYA DENGAN PENUH KEJIWAAN. DALAM MEMPERINGATI JASA PAHLAWAN TANAH MELAYU, KAMI INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA MEREKA YANG TELAH BERKORBAN DEMI NEGARA DAN BANGSA. KEPADA MEREKA YANG TELAH BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR, KAMI TITIPKAN PENGHARGAAN YANG SETINGGI-TINGGINYA BUAT MEREKA MENERUSI KARYA INI. SESUNGGUHNYA, KAMI AMAT MENGHARGAI SETIAP USAHA DISEBALIK PELAKSANAAN KARYA INI. BERMULA DARI SETIAP USUL, IDEA, PENAMBAHBAIKAN DAN CETUSAN INSPIRASI YANG DICURAHKAN TANPA MENGENAL PENAT LELAH. SEMUA INI TELAH MEMBENTUK SEMANGAT KEKITAAN YANG ERAT SEBAGAI SEBUAH KUMPULAN WALAUPUN BERLAINAN KURSUS DAN LATAR BELAKANG. TIDAK LUPA KEPADA PENSYARAH KAMI DR. NUR SOFURAH BINTI MOHD FAIZ YANG TELAH MEMBERIKAN TUNJUK AJAR, BIMBINGAN, DAN KEPERCAYAAN KEPADA KAMI UNTUK MENJAYAKAN KARYA INI. SOKONGAN DAN DORONGAN YANG DICURAHKAN AMATLAH BERMAKNA DALAM MEMBINA KEYAKINAN DAN SEMANGAT KAMI. AKHIR KATA, DI SAMPING BERTUNGKUS – LUMUS MENYIAPKAN DAN MENYEMPURNAKAN KARYA INI. KAMI BERHARAP AGAR SETIAP AHLI KUMPULAN TURUT MENGHAYATI DAN MENJIWAI SETIAP MOMEN YANG BERLANGSUNG DEMI MENYEMAI SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DAN YANG PALING UTAMA SEKALI ADALAH CINTA TERHADAP ILMU DAN HIKMAH. PENGHARGAAN


ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN............................................................................................................................................................1 DEMOGRAFI AHLI.........................................................................................................................................................3-6 PROLOG..............................................................................................................................................................................7 PENGENALAN WATAK...............................................................................................................................................8 -10 BAB 1.....................................................................................................................................................................................11-14 BAB 2....................................................................................................................................................................................15-19 BAB 3....................................................................................................................................................................................20-25 BAB 4....................................................................................................................................................................................26-30 BAB 5....................................................................................................................................................................................31-35 BAB 6....................................................................................................................................................................................36-41 BAB 7....................................................................................................................................................................................42-46 BAB 8....................................................................................................................................................................................47-50 BAB 9....................................................................................................................................................................................51-54 BAB 10..................................................................................................................................................................................55-59 BAB 11...................................................................................................................................................................................60-65 BAB 12..................................................................................................................................................................................66-75 BAB 13..................................................................................................................................................................................76-79 BAB 14..................................................................................................................................................................................80-87 EPILOG.................................................................................................................................................................................88 2


DEMOGRAFI AHLI MUHAMMAD IRFAN BIN MAHAZAN DB230083 KETUA KUMPULAN 22 TAHUN FPTV ( PEMESINAN AM ) “WHATEVER ALLAH TAKES AWAY, HE WILL BRING IT BACK TEN TIMES BETTER” MUHAMMAD MUZZAMMIEL BIN MOHD MUZAKKIR DB230051 KETUA PENULIS MANUSKRIP 22 TAHUN FPTV ( PEMESINAN AM ) “LIFE IS SHORT, SMILE WHILE YOU STILL HAVE TEETH.” DELVIN YEONG SOLOMON DB230103 AHLI 21 TAHUN FPTV ( PEMESINAN AM ) “IA KEKAL DONGENG JIKA ENGKAU TIDAK MULA BERJALAN” 3


MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHAMMED@MOHAMAD NADAR DB230045 PENOLONG TEKNIKAL DAN LOGISTIK 22 TAHUN FPTV ( PEMESINAN AM ) MUHAMMAD HAFIZ BIN AHMAD MURAD DB230068 PENOLONG TEKNIKAL DAN LOGISTIK 21 TAHUN FPTV ( PEMESINAN AM ) “NOTHING LAST FOREVER, WE CAN CHANGE THE FUTURE” NUR SYAUQINA BINTI USRI DB230049 PENGARAH 22 TAHUN FPTV ( KATERING ) “DON’T EVER GIVE UP JUST FOLLOW THE FLOW” 4 “INDEED, WITH EVERY DIFFICULTY, THERE IS RELIEF”


NUR AMIZA BALQIS BIN NASARUDDIN DB230007 PENOLONG PENULIS MANUSKRIP 24 TAHUN FPTV ( KATERING ) “THERE IS A HOPE, EVEN WHEN YOUR BRAIN TELLS YOU THERE ISN'T” AISYAH ATHIQAH BINTI ABDUL RAZAK DB230016 PENOLONG MULTIMEDIA 23 TAHUN FPTV ( KATERING ) “JIKA SESUATU YANG KAU SENANGI TAK TERJADI , MAKA SENANGILAH APA YANG TERJADI” SITI NURFARAHIN BINTI ZAINUDDIN DB230075 KETUA TEKNIKAL DAN LOGISTIK 21 TAHUN FPTV ( KATERING ) “DO SOME THING TODAY THAT YOU FUTURE SELF WILL TAHNK YOU FOR” 5


NURSYAMIRA BALQISH BINTI HASHIM DB230006 PENOLONG MULTIMEDIA 21 TAHUN FPTV ( KATERING) “STAY POSTIVE WHATEVER IT IS” NURUL SYAZWANI BINTI KHAIRUL NIZAM DB230074 KETUA MULTIMEDIA 21 TAHUN FPTV ( KATERING ) “BEHIND EVERY SUCCESSFUL STEP I TAKE IS MY MOTHER CHEERING ME ON” 6


PADA TAHUN 1945, DI SEBUAH KAMPUNG TERPENCIL DI TANAH MELAYU, HIDUPLAH SEORANG GADIS MUDA BERNAMA EMBUN. EMBUN ADALAH SEORANG GADIS YANG CANTIK DAN BERANI, YANG HIDUP DALAM ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN DAN BERJUANG UNTUK KEBEBASAN TANAH AIRNYA. EMBUN BUKANLAH GADIS BIASA. DIA ADALAH SEORANG PEJUANG KEMERDEKAAN, YANG BERANI MENGAMBIL RISIKO UNTUK MELAWAN PENJAJAH. DIA ADALAH SIMBOL HARAPAN DAN KEBERANIAN BAGI RAKYAT KAMPUNGNYA. NAMUN, PERJUANGAN EMBUN TIDAKLAH MUDAH. DIA HARUS MENGHADAPI BANYAK RINTANGAN DAN PENGORBANAN. DIA HARUS BERJUANG MELAWAN PENINDASAN, KETIDAKADILAN, DAN BAHAYA YANG MENGANCAM NYAWANYA. TETAPI, DISEBALIK MENGHADAPI SEGALA LIKU-LIKU HIDUP SEBEGITU, EMBUN TIDAK PERNAH MENYERAH. DIA TERUS BERJUANG, DENGAN HARAPAN BAHWA SUATU HARI, DIA AKAN DAPAT MELIHAT TANAH MELAYU MERDEKA. INILAH KISAH EMBUN, SEORANG GADIS MUDA YANG BERANI DAN KUAT, YANG BERJUANG UNTUK KEBEBASAN DAN KEADILAN. KISAH INI ADALAH TENTANG PERJUANGAN, PENGORBANAN, DAN CINTA KEPADA TANAH AIR. INI ADALAH KISAH TENTANG SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH PADAM, MESKIPUN DIHADAPKAN DENGAN RINTANGAN YANG BEGITU BESAR. PROLOG 7


WATAK UTAMA 8 IRFAN SEBAGAI LEFTENAN KOISHI AISYAH SEBAGAI EMBUN HAFIZ SEBAGAI BAYU


WATAK SAMPINGAN 9 DELVIN SEBAGAI LEFTENAN AKASHI NASRULLAH SEBAGAI GENERAL KURUGAWA MUZAMEL SEBAGAI PAK HARUN BALQIS SEBAGAI MAK TEMAH


WATAK SAMPINGAN SYAZWANI SEBAGAI MAK MELATI NURSYAMIRA SEBAGAI MELATI FARAHIN SEBAGAI HASSAN SYAUQINA SEBAGAI TENTERA JEPUN 10


BABAK I JANJI KEMERDEKAAN 11


Dalam sebuah bilik mesyuarat wakil-wakil orang melayu dan segelintir tentera Jepun juga turut serta bagi membina perjanjian antara Melayu dengan Jepun. Wakil-wakil orang melayu tegap berdiri di posisi sambil menunggu ketibaan tentera Jepun. Sejurus sampainya General Kurugawa bersama dua orang tenteranya, wakil orang Melayu berkata “Selamat datang, Tuan. Kami menghargai kehadiran anda di sini. Silakan duduk”. Wakil orang melayu mengalihkan kontrak perjanjian yang dihadapannya kini berada di hadapan General Kurugawa. General Kurugawa melangkah ke kerusinya dan berkata “terima kasih” dengan perlahan melabuhkan dirinya untuk duduk “Kami berharap dapat bekerjasama dengan anda untuk masa depan yang lebih cerah untuk Tanah Melayu”. 12


Wakil orang Melayu membalas “Kami juga mengharapkan perkara yang sama. Kami ingin memerdekakan Tanah Melayu dari penjajahan. Kami mahukan sebuah kehidupan yang aman dan ingin membentuk kerajaan kami sendiri”. “Itu juga tujuan kami. Kami percaya dalam prinsip ‘Asia untuk orang Asia’. Kami ingin melihat negara-negara Asia diperintah oleh orang Asia sendiri” balas General Kurugawa. “Itulah yang kami harapkan. Kami ingin memerintah tanah kami sendiri. Di sini kami sertakan kontrak perjanjian untuk ditandatangani” kata wakil orang melayu dengan penuh harapan. “Kami sangat memahami apa yang orang Melayu mahukan. Baiklah, mari kita tandatangani perjanjian ini sebagai langkah pertama menuju kemerdekaan Tanah Melayu” ujar General Kurugawa demi meyakinkan orang Melayu. 13


Beliau lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wakil orang melayu. Tangan General Kurugawa disambut oleh wakil Melayu dengan penuh gembira dan harapan. “Dengan senang hati. Marilah kita semua berdoa dan berharap dengan sepenuh hati bahwa inilah permulaan sebuah era baru, era yang penuh dengan kemajuan dan kesejahteraan bagi seluruh rakyat kita. Semoga ini menjadi detik bermakna dalam sejarah kita, di mana kita semua, sebagai satu bangsa, bergerak maju bersama menuju masa depan yang lebih cerah dan lebih baik” ujar wakil melayu dengan senang hati. Jurukamera bersedia untuk mengambil gambar perjanjian diantara wakil orang Melayu dan General Kurugawa. Dengan tangan mereka berjabat erat, kedua pihak itu melemparkan senyuman penuh makna bagi mencipta satu memori yang baharu. 14


BABAK II MESYUARAT ORANG MELAYU 15


Walaupun sudah 2 bulan berlalu, namun perjanjian yang dibuat masih belum membuahkan hasil. Orang Melayu kini berang dengan apa yang terjadi. Bayu, seorang pemuda yang mempunyai semangat juang yang tinggi kini melontarkan hasratnya. Beliau mengadakan satu mesyuarat dikalangan orang Melayu yang bertempat di sebuah bilik untuk berbincang mengenai cara untuk menjatuhkan pemerintahan Jepun. “Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Apa yang aku nampak, orang Jepun ni sebenarnya sedang mempermainkan kita. Takkan kita nak terima apa yang mereka dah buat ni!” wajah Bayu merona merah menahan rasa tidak puas hati yang membuak-buak di dalam dadanya. 16


“Betul lah apa yang kau katakan Bayu, daripada kita sokong parti-parti mereka, baik kita bertindak cepat sebelum keadaan jadi lagi teruk. Apa kata kalau kita buat rusuhan?” tekad Samad semakin kuat di dalam hatinya, mengingatkan bahawa perjuangan mereka masih jauh dari selesai. “Buat rusuhan ? Macam mana kalau mereka bertindak dan serang kita?” suara Badrul mula bergetar, mencerminkan kekhuatirannya. “Kenapa, kau kecut perut ke?” Samad mencabar, matanya menyorot tajam ke arah Badrul. “Ini bukan masalah kecut perut ke apa. Apa jadi kalau jepun serang balik kita, buat huru hara kat kampung kita? tak ke jadi malapetaka tu?” suara Badrul tegas, matanya mencerlung penuh kebimbangan. Bayu menyuarakan dengan penuh semangat, " Dah setahun lebih Jepun bertapak di sini. Aku pun tak tahu lah orang melayu sedar atau tidak. Sekarang ni, kita perlu bersatu dan menggunakan kudrat kita untuk melawan Jepun." 17


Dalam benaknya, Bayu tahu, dia harus berbuat sesuatu. Sesuatu yang lebih dari sekadar menunggu janji yang tak kunjung terpenuhi. Samad mengangguk perlahan, wajahnya mengeras menahan kemarahan yang membara di dalam hatinya. Ya betul, macam-macam perkara Jepun janjikan pada kita, tapi semuanya hangat-hangat tahi ayam!” gumamnya dengan nada bengang. Ishh kau ni, cakap tu beragak sikit. Katanya dengan nada cemas, matanya melirik sekeliling. “Mana tau ada mata-mata memerhati” kata Manaf. Embun yang baru saja tiba di bilik dan tanpa disedari, dia mencuri mendengar perbualan antara abangnya dan Orang Melayu. Embun, dengan nada sindir yang mencerminkan kekecewaan dan kegeraman, berkata, "Orang Melayu ni kuat sangat bermesyuarat, buatnya tidak!" 18


Bayu memanggil Embun dengan nada marah manja, "Embun!!" Embun terkejut mendengar suara Bayu, abangnya, dan tanpa ragu lagi, dia berlari pulang ke rumah dengan cepat. 19


BABAK III BAYU DIBERKAS JEPUN 20


Suasana pekan yang biasanya sunyi mula bertukar riuh dengan derap langkah sekumpulan orang-orang Melayu. Mereka bergerak serentak, penuh semangat dan dendam yang membara. Mereka membawa bersama senjata seadanya, kayu, batu, dan parang, siap untuk menghadapi tentera Jepun yang telah lama menindas mereka. Di hadapan kumpulan itu, Bayu, seorang pemuda berwajah tegas dengan sorotan mata penuh tekad, mengetuai mereka. Bayu mengangkat tangan kanannya tinggi-tinggi, lalu berteriak dengan penuh semangat, "Allahu Akbar! Hidup Melayu!! Hidup Melayu!!" Seruannya disambut dengan sorakan gemuruh dari orang-orang Melayu yang bersamanya, menambah semangat perjuangan mereka. 21


Di kejauhan, kelihatan Embun berlari menuju ke arah perarakan bersama Melati. Orang-orang Melayu berhenti berarak kini menghentikan langkah. Bayu, dengan mata yang bersinar penuh semangat "Ingat!!" teriaknya dengan suara yang menggema, "Kita berkumpul hari ini untuk menuntut hak kita sebagai orang Melayu, untuk menebus maruah kita sebagai bangsa Melayu!! Allahu Akbar!!" Sorakan bergema, lebih kuat dari sebelumnya. "Allahu Akbar!!" teriak mereka serentak, siap menghadapi apa sahaja yang menanti di hadapan mereka. Saat itu juga, terdengar derap langkah tentera Jepun yang mendekat. Barisan tentera dengan seragam mereka yang rapi tiba di lokasi perarakan, mata mereka tajam mengawasi setiap gerakgeri orang-orang Melayu. Ketegangan memenuhi udara. Bayu mengangkat tangan sebagai tanda untuk menghentikan protes. "Semua tunduk hormat!!" perintahnya dengan suara tegas. Serentak, orang-orang Melayu tunduk dengan hormat. "Ohayo!! Ohayo!!" teriak mereka ramairamai, menyapa tentera Jepun dengan ungkapan yang telah mereka pelajari. 22


Tentera Jepun, dengan wajah dingin, terus memandang ke arah mereka. Bayu tahu, langkah ini adalah untuk menunjukkan mereka bukan sekadar pemberontak tanpa hormat, tetapi bangsa yang memperjuangkan hak mereka dengan harga diri. Tentera Jepun, dengan wajah dingin, terus memandang ke arah mereka. Bayu tahu, langkah ini adalah untuk menunjukkan mereka bukan sekadar pemberontak tanpa hormat, tetapi bangsa yang memperjuangkan hak mereka dengan harga diri. Akashi, seorang leftenan Jepun, berjalan menghampiri Bayu dengan langkah tegas. "Saya Akashi, leftenan Akashi. Atas nama tentera Nippon," katanya dengan suara yang penuh berwibawa. Bayu mengangkat wajahnya, menatap Akashi tanpa gentar. "Nama aku Bayu, aku tiada pangkat," jawabnya dengan nada tegas, menyebabkan orang Melayu di sekitarnya bergelak tawa. 23


"Aku cuma bekas ketua KMM cawangan Bayan Lepas yang Nippon dah bubarkan. Kami buat tunjuk perasaan hari ini untuk minta perubahan dari pemerintahan Nippon. Jangan sekat makanan kami, jangan sekat ubat-ubatan kami, jangan sekat pelajaran untuk anak-anak kami." Wajah Akashi tetap dingin. "Kami tak peduli semua itu, apa yang kamu buat ni salah. Kamu semua telah menentang kami. Kami tak mahu ada masalah dengan orang Melayu." Bayu menggelengkan kepala. "Kami tiada niat untuk mencetuskan masalah ataupun rusuhan. Apa yang kami mahu adalah hak kami sebagai orang Melayu, seperti apa yang dijanjikan dulu." Akashi, yang semakin marah, berkata dengan nada tinggi, "Kamu semua ni dah melampau!" Tiba-tiba, Akashi menerkam Bayu dan mereka bergelut dengan kekerasan. Akhirnya, Bayu tersungkur jatuh ke tanah, terengah-engah. 24


“Tangkap dia!” tempik Leftenan Akashi mengarahkan tenteranya menangkap Bayu. "Abang!!" jerit Embun, berlari ke arah Bayu untuk menyelamatkannya. Embun ditahan Melati oleh tidak mampu berbuat apa-apa selain menatap dengan penuh keputusasaan. 25


BABAK IV PERINTAH BERKURUNG 26


Orang-orang Melayu berkumpul, wajah-wajah mereka dipenuhi kegelisahan. Dalam sebuah rumah yang sederhana, mereka duduk bersila dalam bulatan berbincang tentang cara untuk membebaskan Bayu yang ditangkap oleh tentera Jepun. "Bayu sudah ditangkap, siapa yang akan jadi mangsa seterusnya?" ujar salah seorang dari mereka dengan nada gelisah. "Kita perlu bertindak segera sebelum apa-apa terjadi kepada Bayu." "Kita kena tunjukkan kepada Jepun siapa kita, orang Melayu, kita tidak boleh terus menerima perlakuan kurang ajar mereka," sahut seorang lagi, suaranya penuh dengan kebencian. 27


Namun, Pak Mail, seorang yang lebih berpengalaman dan bijaksana, mencoba menenangkan situasi. "Jangan sampai kita terbawa emosi, kita harus selamatkan Bayu. Kita perlu mencari seseorang yang sanggup berurusan dengan Jepun untuk melepaskan Bayu." Pak Harun, ayah kepada Bayu, tidak dapat menahan kegelisahan di hatinya. "Bayu adalah anak saya. Saya akan uruskan sendiri. Saya perlu teman yang sanggup meneman saya ke Depot Jepun, mungkin yang muda-muda di sini." Matanya penuh dengan keberanian namun juga kekhawatiran. Orang-orang muda saling berbincang sesama mereka, mencari jalan terbaik untuk membantu Pak Harun dan menyelamatkan Bayu. "Bertenang semua," ujar Pak Mail dengan suara yang tenang. "Saya tahu ramai di sini memiliki semangat seperti Bayu. Jadi, siapa yang sanggup pergi?" 28


Namun, semua orang muda kelihatan ragu dan terdiam, menundukkan muka mereka, tidak ada yang berani mengangkat tangan. Tiba-tiba, bunyi kenderaan Jepun terdengar di luar tempat bermesyuarat, mengganggu percakapan mereka. "Apa yang sedang berlaku?" tanya Pak Mail dengan nada curiga. Semua orang Melayu keluar dari rumah untuk melihat notis yang ditampal oleh askar Jepun. "Perintah berkurung," ucap salah seorang dari mereka, suaranya penuh dengan kegentingan. "Bermula dari I malam sehingga 6 pagi. Sesiapa yang melanggar perintah ini akan dihukum bunuh." 29


Orang-orang Melayu terkejut dan tercengang mendengar perintah tersebut beserta hukumannya yang berat. Pak Harun hanya menggelengkan kepalanya sebagai tanda menolak tindakan tersebut, menyadari betapa sulitnya situasi yang mereka hadapi untuk menyelamatkan Bayu. Namun, tekadnya untuk melindungi anaknya tidak pernah padam. 30


BABAK V KEMATIAN PAK HARUN 31


Pak Harun, keluar dari rumah dengan tergesa-gesa, wajah penuh bimbang dan tekad. Mak Temah yang kekhawatiran berkata "Abang, betul ke nak pergi seorang diri ni? Carilah siapasiapa yang boleh teman, Hassan ke Majid ke?" "Biarlah dia anak saya, saya sendiri yang usahakan. Mereka tu bercakap boleh lah, bertindaknya tu memang tidaklah. Bukannya keluarga mereka yang kena. Baiklah, abang gerak dulu ya," kata Pak Harun sambil memandang tajam ke arah jalan. Embun menarik nafas dalam-dalam. "Hati-hati ya, Pak. Embun harap abang Bayu selamat dan bapak pun pulang dengan selamat ya." 32


Pak Harun hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan, lalu dia melangkah pergi. Saat berjalan dengan tenang, tiba-tiba Pak Harun melihat sebuah kehuru-haraan di tepi jalan yang dilakukan oleh askar Jepun. "Astaghfirullahalazim, apa yang sedang berlaku ni," gumam Pak Harun. Tanpa ragu, Pak Harun bergegas ke lokasi tersebut, di mana dia melihat seorang wanita diperlakukan dengan kasar oleh dua orang askar Jepun. "Hoi! kenapa kau buat begitu pada orang perempuan," bentak Pak Harun, suaranya penuh dengan kemarahan. Tanpa berfikir panjang, Pak Harun bergelut dengan askar Jepun tersebut, dan akhirnya askar Jepun itu tersungkur ke tanah. Namun, ketika Pak Harun hendak memukul askar Jepun itu dengan senapang, tiba-tiba ia ditembak dari belakang oleh askar Jepun yang lain. 33


Pak Harun jatuh tersungkur ke tanah, namun tidak lama kemudian, ia mengucapkan dua kalimah syahadah, menunjukkan keimanan dan ketabahan hatinya. 34


Sementara itu, di rumah, Mak Temah yang sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terjaga dengan rasa gelisah yang tak terucapkan, sambil disaksikan oleh Embun yang sedang melipat kain. "Eh, kenapa ni, mak?" tanya Embun, kebingungan. Mak Temah memegang dadanya dengan gemetar. "Allahuakbar, mak rasa macam ada sesuatu terjadi pada bapak kamu." Tidak lama kemudian, terdengar jeritan dari luar, dan Hassan tiba dengan berita buruk. "Assalamualaikum, Embun! Mak Temah!" jerit Hassan, suaranya penuh dengan kegelisahan. 35


Mak Temah dan Embun menoleh ke arah Hassan dengan wajah yang penuh dengan ketakutan. "Ada apa ni?" tanya Mak Temah dengan suara yang gemetar. Hassan menelan ludahnya dengan susah payah sebelum akhirnya mengucapkan kata-kata yang menggetarkan hati mereka, "Pak Harun!! Pak Harun kena tembak dengan Jepun dekat kampung seberang!!" Mak Temah terkejut dan tidak dapat menahan diri, lalu ia pun pengsan seketika sambil dipapah oleh Embun yang panik dan cemas. 35


BABAK VI CUBAAN EMBUN MEMBEBASKAN BAYU 36


Embun mencari Melati yang sedang sibuk bekerja di dusun. Wajahnya dipenuhi dengan kegelisahan. "Alahai, mana lah Melati ni," gumam Embun sambil menatap sekelilingnya. Embun memperlihatkan isyarat dengan tangannya, berusaha memanggil Melati. "Melati.sini..sini..," bisiknya perlahan. Melati, yang sedang bertimbal dengan pekerjaannya, segera memalingkan pandangannya ke arah suara yang didengarnya. "Hah, ada apa ni? Aku tengah sibuk kerja ni,". 37


"Aku nak pergi ke Gelugor nak jumpa Master Kurugawa. Ini saja cara yang aku boleh buat untuk membebaskan Bayu," jelas Embun dengan nada tekad. Melati menggelengkan kepala dengan tidak percaya. "Eh, kau dah gila ke? Kau perempuan, badan pun tak kuat mana. Senang-senang nanti Jepun tu ratah kau sampai lunyai," kata Melati dengan khawatir. "Tidaklah sampai begitu. Sekarang aku nak kau tolong dan janji dengan aku, cakap dengan mak aku. Yang aku kerja dekat sini. Janji ya?" pinta Embun dengan penuh harapan. Melati menarik nafas dalam-dalam. "Ahh banyak kali dah aku kena janji-janji benda macam ni dengan kau," gerutunya. "Bolehlah, Melati. Sekali ni je. Baiklah, aku gerak dulu," ucap Embun sambil bergerak pergi. 38


"Embun bergegas ke Depot untuk berurusan dengan General Kurugawa. Tiba di sana, Embun langsung menuju ke kaunter dan bertanya tentang cara berurusan dengan Master Kurugawa. "Selamat pagi, Encik. Boleh saya tahu bagaimana saya nak berurusan dengan Master Kurugawa?" tanya Embun dengan sopan. Penjaga kaunter menjawab dengan ramah, "Cik boleh naik tingkat dua, bilik nombor 4. Kalau Master Kurugawa tiada, cik boleh berurusan dengan pembantu dia dulu." Embun mengucapkan terima kasih lalu segera menuju tingkat dua. Namun, ketika dia tiba di pejabat General Kurugawa, yang terlihat hanya Leftenan Akashi dan beberapa askar Jepun lainnya. "Maaf bertanya, boleh saya tahu di mana Master Kurugawa?" tanya Embun dengan penuh harap. 39


Akashi, dengan nada sinis, memandang Embun dari atas ke bawah. "Master Kurugawa tiada, saya saja ada. HAHAHAHAH," katanya sambil tertawa. Embun menjelaskan maksud kedatangannya, "Saya nak jumpa Master Kurugawa, nak minta dia tolong bebaskan abang saya, Bayu." "Oh, Bayu. Boleh boleh. Tapi dengan satu syarat. Tolong buatkan teh untuk saya," ucap Akashi dengan sinis. Embun menghela nafas dalam-dalam, lalu berkata dengan nada perlahan, "Tak guna Jepun, sedap-sedap je suruh orang buat air untuk dia." Akashi memandang Embun dengan penuh kemarahan. "Kamu cakap apa ha, tangkap dia letak dalam bilik!!" 40


Dua orang askar Jepun segera mengepung Embun, menangkapnya, dan membawanya ke sebuah bilik. "Jangan dekat dengan aku!" teriak Embun dengan putus asa, namun suaranya terdengar lemah di tengah ketakutan yang melanda hatinya. 41


BABAK VII KOISHI MEMBEBASKAN EMBUN 42


Keesokan paginya, tiga orang askar Jepun sedang berbual di dalam sebuah bilik. "Senang-senang betul kita dapat perempuan Melayu macam tu ya, HAHAHA," kata Askar Jepun sambil ketawa terbahak-bahak. "Betul tu, bagi dia tahu siapa kita sebenarnya," sambung Askar Jepun 2 dengan nada bangga. "Kita kena bagi hukuman macam tu, barulah dia tak berani melawan, HAHAHA," tambah Askar Jepun 3, turut serta dalam ketawa besar mereka. 43


"Mereka bertiga ketawa besar, puas dengan perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka terhadap Embun. Pada masa yang sama, Leftenan Koishi yang baru tiba di depot itu sedang berjalan di hadapan bilik mereka. Dia berhenti seketika dan mencuri dengar perbualan mereka. Dengan langkah tegas, Leftenan Koishi membuka pintu bilik itu secara tiba-tiba. "Selamat pagi semua," katanya dengan suara yang tegas. Tiga orang askar Jepun itu segera berdiri dengan cemas. "Selamat pagi, tuan," mereka menjawab serentak. "Salam perkenalan semua. Saya Leftenan Koishi dari bahagian penerangan dan penguatkuasaan. Saya harap dapat bekerjasama dengan kamu semua selepas ini," Leftenan Koishi memperkenalkan dirinya. 44


""Baik, tuan," jawab mereka serentak, masih dalam keadaan gugup. Sementara itu, Embun sedang menangis di dalam bilik lain, dijaga oleh dua askar Jepun di luar bilik tersebut. Ketika berjalan di luar bilik itu, Leftenan Koishi berhenti seketika kerana mendengar tangisan Embun. "Kenapa ada perempuan menangis di dalam? Kamu telah buat apa pada dia? Buka pintu sekarang!" arahnya dengan tegas. Pintu bilik dibuka, dan Leftenan Koishi masuk ke dalam bilik. Dia mendekati Embun dengan perlahan. "Cik, cik tak apa-apa ke?" tanyanya dengan lembut. Embun, dalam keadaan cemas, berteriak, "Jangan datang dekat dengan aku! Pergi! Pergi!" "Jangan risau, cik. Saya takkan apa-apakan cik. Mari saya hantar cik pulang," kata Leftenan Koishi dengan suara yang menenangkan. 45


"Embun mengikuti Leftenan Koishi dengan langkah yang gementar. Dalam perjalanan pulang, Leftenan Koishi menemani Embun sehingga sampai di rumahnya. "Saya minta maaf atas apa yang telah berlaku pada cik. Boleh saya tahu nama cik?" tanya Leftenan Koishi dengan sopan. "Embun," jawab Embun dengan nada perlahan. "Baiklah, cik Embun. Saya baru dapat tahu yang abang cik dipenjarakan di depot kami. Saya akan cuba sehabis baik untuk bebaskan abang cik," janjinya dengan tulus. Embun mengangguk sebagai tanda setuju. "Saya harap cik Embun tidak bersangka buruk pada saya. Niat saya baik. Baiklah, saya berangkat dulu," kata Leftenan Koishi sebelum beredar. Embun hanya mampu mengangguk, masih dalam keadaan terkejut dan takut. Dia melihat Leftenan Koishi berlalu pergi, berharap akan ada sinar harapan untuk abangnya. 46


BABAK VIII AKASHI BERTEMU KOISHI 47


Leftenan Akashi dan beberapa orang askar Jepun sedang berbincang dalam keadaan marah setelah mengetahui Embun telah dibebaskan oleh Leftenan Koishi di sebuah bilik mesyuarat. "Siapa yang lepaskan perempuan Melayu tu? Cakap sekarang!!" Leftenan Akashi membentak dalam keadaan marah. "Tadi ada seorang pegawai atasan baru tiba di sini yang lepaskan dia, tak silap saya nama dia Leftenan Koishi," jawab seorang askar Jepun dengan suara tergagap-gagap. "Koishi? Siapa dia? Berani betul, dia sudah cabar saya!!" Leftenan Akashi mengepal penumbuknya, wajahnya merah padam. 48


Click to View FlipBook Version