Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan Leftenan Koishi berdiri di hadapan mereka. Semua askar Jepun tunduk hormat pada Leftenan Koishi. Leftenan Akashi memandang Koishi dari bawah ke atas, matanya tajam menikam. "Selamat pagi semua, saya Leftenan Koishi dari bahagian penerangan dan penguatkuasaan," kata Koishi dengan tenang, namun tegas. "Oh, saya Leftenan Akashi dari bahagian penyelidikan dan ketenteraan. Jadi, kamulah perwira yang selamatkan perempuan Melayu tu?" sindir Akashi. "Saya buat begitu atas dasar kemanusiaan. Perbuatan kamu tu terang-terang salah," jawab Koishi tanpa ragu. "HAHAHA, kamu tak dilatih sebagai tentera Jepun, tapi dilatih sebagai tentera yang menjanjikan kemerdekaan untuk negara yang dijajah. Macam tu? HAHAHA," ketawa Akashi dengan sinis, diikuti oleh askar-askar Jepun yang lain. 49
"Saya dihantar ke sini untuk mengajar Bahasa Melayu kepada tentera kita dan mengajar Bahasa Jepun kepada orang Melayu," sambung Akashi dengan nada mengejek. "Kita di sini untuk berperang, bukan untuk belajar bahasa!!" seorang askar Jepun mengetuk meja dengan marah. "Kamu salah, saya akan buktikan betapa pentingnya belajar Bahasa Melayu dan mereka belajar Bahasa Jepun," tegas Koishi. Leftenan Akashi memandang Koishi dengan riak wajah yang bengis, amarahnya makin membara. 50
BABAK IX DERITA BAYU 51
Bayu sedang diseksa dengan kejam oleh Leftenan Akashi sambil diikat. "Beritahu saya sekarang!! Kenapa KMM masih aktif di Bayan Lepas?" Leftenan Akashi menjerit, wajahnya penuh dengan kemarahan. Bayu tidak menjawab, hanya mengerang kesakitan akibat pukulan yang diterimanya. "Kenapa kamu diam? Jawab sekarang!!" Leftenan Akashi memukul Bayu lagi, kali ini dengan lebih kuat. "Kenapa kamu lawan Nippon?" soalnya lagi, matanya tajam menikam Bayu. "Sebab Jepun mungkir janji!!" jawab Bayu dengan suara yang lemah namun tegas. 52
"Tak guna!! Ini mesti KMM suruh kamu lawan Nippon!!" Leftenan Akashi terus memukul Bayu tanpa belas kasihan. "Tidak!! Kami akan terus melawan sampai Jepun berambus dari Tanah Melayu!!" Bayu berteriak, semangatnya tidak pernah pudar walaupun badannya lemah disiksa. "Oh, kamu nak melawan ya. Kalau kamu nak tahu, saya sudah ratah adik kamu puas-puas. Jangan sampai saya buat benda yang sama dekat kawan dia," ancam Leftenan Akashi dengan senyuman sinis. "Tak guna!!" jerit Bayu, marah dan sakit bercampur baur dalam hatinya. Leftenan Akashi dan dua orang askar Jepun terjah ke rumah Melati untuk menculiknya. Tangkap perempuan tu!!" perintah Leftenan Akashi dengan tegas. Dua orang askar Jepun segera menghala ke arah Melati dan memegangnya dengan kasar. "Lepaskan aku!!" jerit Melati, cuba meronta dari pegangan askar Jepun. Leftenan Akashi menghalakan senapang ke arah ibu dan ayah Melati yang sedang cuba menyelamatkannya. Embun dan Mak Temah baru tiba berdekatan rumah Melati setelah mendengar khabar berita Nippon melakukan huru-hara di sana. 53
“Melati..." Embun berbisik cemas, namun Mak Temah segera menekup mulutnya bagi mengelak dari dikesan Nippon. 54
BABAK X TENTERA NIPON DIHUKUM 55
General Kurugawa baru sahaja tiba di tapak perhimpunan depot, diikuti oleh Leftenan Akashi dan Leftenan Koishi. Dengan wajah marah tetapi masih kekal tenang, General Kurugawa memulakan ucapannya. “Saya baru dapat tahu ada tentera kita yang serang orang kampung tanpa pengetahuan saya!” katanya dengan suara tegas. Dua orang askar Jepun menghadap di hadapan General Kurugawa sambil melutut, menggigil ketakutan. “Kami minta maaf, tuan. Kami hanya bertindak mengikut arahan,” kata salah seorang askar dengan nada tersekat-sekat. 56
“Kamu semua dah melampau!!” balas General Kurugawa dengan nada semakin tinggi. General Kurugawa berjalan ke belakang mereka dan mengasari mereka dengan keras. Kemudian, tiba-tiba General Kurugawa mengeluarkan pedangnya dan menghalakan ke arah muka mereka. “Ini pengajaran buat semua. Kita tidak diajar untuk serang orang tempatan sesuka hati dan buat sesuatu ikut kehendak kita,” tegasnya lagi. Leftenan Akashi memandang Koishi di sebelahnya sambil menahan marah, manakala Leftenan Koishi memandang Akashi sambil tersenyum kecil. Setibanya di rumah Embun, Leftenan Koishi menghala ke arah Embun yang sedang menyidai pakaian. “Selamat pagi, Cik Embun. Saya ada sesuatu yang ingin disampaikan,” ujar Leftenan Koishi. “Apa dia tu?” tanya Embun sambil memalingkan muka dari Koishi. “Saya sudah pun berjumpa dengan Master Kurugawa dan berbincang mengenai pembebasan Bayu. Tetapi ada beberapa perkara yang digariskan oleh beliau,” jelas Leftenan Koishi. 57
“Haa? Kenapa sampai macam tu sekali, tak boleh ke bebaskan saja terus abang Bayu?” Embun bertanya dengan nada marah. “Maafkan saya, Cik Embun. Saya hanya menjalankan perintah sahaja. Tetapi Cik Embun jangan risau, saya akan turut membantu Cik Embun dalam usaha membebaskan abang Bayu,” janji Leftenan Koishi. Dia menyerahkan sampul yang berisi utusan dari General Kurugawa kepada Embun. “Di dalam surat ni, ada beberapa utusan yang disampaikan oleh Master Kurugawa. Semua ini berkait rapat dengan pembangunan masyarakat Orang Melayu di kampung ini. Sekiranya Cik Embun dapat beri kerjasama, saya yakin Abang Bayu akan dibebaskan seperti yang dijanjikan,” kata Leftenan Koishi dengan penuh keyakinan. Embun mengangguk sebagai tanda setuju, dengan harapan besar dalam hatinya. “Baiklah Embun saya pulang dulu ya? Leftenan Koishi lantas berpaling tubuh dan melangkah pulang tetapi sempat dihalang Embun. ‘Koishi! tunggu” ujar Embun. Leftenan Koishi sempat menghentikan langkahnya dan berpaling ”Ya, Embun?” 58
“S-saya ingin pertolongan dari kamu. Tolong selamatkan kawan saya, Melati. Dia, dia diculik oleh tentera Jepun” ujarnya gelisah. “Melati diculik? Leftenan Koishi sukar percaya. “ Ya, tolong selamatkan Melati” ujar Embun penuh harapan. “Baiklah Embun kamu jangan risau, saya akan selamatkan Melati. Saya pergi dulu ya Embun” pujuk Leftenan Koishi untuk melegakan hati Embun yang gusar. Leftenan Koishi sedang berjalan di koridor depot terlihat Melati sedang menangis melalui tingkap bilik itu. Memanggil nama Melati “Melati! Melati! Melati!” Melati yang dilanda kesedihan sedikit pun tidak membalas sahutan Leftenan Koishi. Leftenan Koishi segera menghampiri Melati. “Mari saya hantarkan kamu pulang,” kata Leftenan Koishi dengan lembut. Melati yang sedar niat Leftenan Koishi yang tulus, tanpa bantahan dia mengikuti langkah Leftenan Koishi. Leftenan Koishi langsung menghantar Melati ke rumahnya seperti yang dijanjikan dan menunaikan hasrat Embun. 59
BABAK XI STRATEGI EMBUN DAN PENGORBANAN 60
Malam itu, Embun, Melati, Mak Melati dan beberapa orang kampung duduk di bawah pohon besar, membenamkan diri dalam gelisah yang tidak dapat ditangani. Meskipun Koishi telah membantu membebaskan Melati dari cengkaman musuh, tetapi kepercayaannya pada lelaki itu masih berguncang. Di dalam hatinya yang gusar, dia merasa dirinya terombang-ambing di antara ketakutan dan kecurigaan mereka berkumpul untuk merancang langkah selanjutnya. “Walaupun dia yang bebaskan Melati, Embun tak percaya dengan dia,” kata Embun dengan nada tegas “Sekarang ni, Embun amanahkan dekat Abang Amin cari tempat yang sesuai nak sorokkan Melati. Boleh ya, Abang Amin?” 61
Pak Kadir menyampuk dengan nada sindiran, “Macam la diorang tu tak tahu kat mana nak cari?!” Mak Melati tidak dapat menahan keresahannya. “Habis tu, kita nak biar saja mereka tu ambil Melati kat rumah?” Melati yang mendengar perbualan itu segera menjawab dengan nada geram, “Sekarang ni, takkanlah kita tak mau usaha langsung?!” Pak Kadir menambah, “Lagipun orang mereka juga yang tolong bawa lari Melati!” Embun mulai bengang dengan sikap Pak Kadir. “Naik darah betul lah cakap dengan Pak Kadir ni!” dia berkata sambil memandang ke arah Abang Amin. “Boleh ya, Abang Amin?” Embun bertanya sekali lagi, berharap mendapat jawapan yang diinginkannya. Abang Amin, menoleh apabila namanya diseru oleh Embun. “Boleh, Embun. Abang tahu kat mana, tapi kita kena pergi sekarang ni juga.” \ 62
Pak Kadir menyampuk dengan nada sindiran, “Macam la diorang tu tak tahu kat mana nak cari?!” Mak Melati tidak dapat menahan keresahannya. “Habis tu, kita nak biar saja mereka tu ambil Melati kat rumah?” Melati yang mendengar perbualan itu segera menjawab dengan nada geram, “Sekarang ni, takkanlah kita tak mau usaha langsung?!” Pak Kadir menambah, “Lagipun orang mereka juga yang tolong bawa lari Melati!” Embun mulai bengang dengan sikap Pak Kadir. “Naik darah betul lah cakap dengan Pak Kadir ni!” dia berkata sambil memandang ke arah Abang Amin. “Boleh ya, Abang Amin?” Embun bertanya sekali lagi, berharap mendapat jawapan yang diinginkannya. Abang Amin, menoleh apabila namanya diseru oleh Embun. “Boleh, Embun. Abang tahu kat mana, tapi kita kena pergi sekarang ni juga.” \ 63
“Takpe, sekarang ni pasal apa yang Embun cakap tadi. Rancangan ni kita kena setuju sebab inilah peluang yang paling besar sekali untuk kita selamatkan Abang Bayu,” jelas Embun. Pak Kadir tidak puas hati. “Ala tu bukan berjuang namanya, Embun! Itu pak turut namanya!” dia membalas dengan nada keras. Embun berkerut dahi, tidak menyangka reaksi sedemikian. “Kenapa? Kalau berjuang tu kena ada senjata la? Kalau takda senjata bukan berjuang namanya? Macam tu?” dia membalas dengan nada sindir. Hussin pula menyuarakan kebimbangannya. “Embun, perjuangan ni dah bercanggah dengan cara perjuangan Abang Bayu. Abang takut nanti Abang Bayu…” Kata-kata Hussin terhenti apabila Pak Kadir menyampuk percakapannya. “Esok-esok dah tolong-tolong Jepun, yang nganga kita jugak! Negara kita depa dapat, orang kita kena tipu hidup-hidup! Aku tak percaya dah! Hang dah merepek ni, Embun! 64
Embun menggeleng dengan kecewa. “Ya Allah... merapu apanya? Diorang suruh Embun himpun orang kampung kita himpun la. Agenda pertama nak sebarkan pasal Force 136 tu, kemudian baru hal mereka. Kamu semua kena ingat tau kalau diorang percaya kat Embun, maknanya Embun bebas keluar masuk mana-mana. Kita nak tarik rambut dalam tepung kena pelan-pelan, sampai rambut kita dapat, tepung tak berterabur.” Dengan penuh tekad dan strategi, akhirnya Bayu dibebaskan sepertimana perjanjian yang dibuat antara Embun dan Kurugawa. 65
BABAK XII PENGKHIANATAN DAN PENGORBANAN 66
Bayu dan beberapa penduduk kampung di ruang tamu rumah Mak Temah berkumpul membincangkan rancangan mereka. Wajah mereka serius, memberi suasana tegang dan penuh kesungguhan. Keadaan malam yang sunyi menambahkan lagi keheningan yang mencengkam di dalam rumah tersebut. "Esok, kita akan berjumpa dengan orang Force I36. Kita berkumpul dekat sana waktu Subuh," kata Bayu dengan tegas, nada suaranya tidak dapat disangkal menunjukkan betapa pentingnya pertemuan itu. Orang kampung menjawab serentak, "Baik!" Suara mereka bergema di seluruh ruangan, menunjukkan semangat dan kesediaan untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang menanti. Bayu menoleh ke arah adiknya, Embun. "Embun, ingat. Jangan beritahu pada mak hal ini," katanya dengan penuh ketegasan, memastikan rahsia itu tetap terjaga. 67
Embun mengangguk patuh. "Baik, Abang." Dia faham betapa beratnya tanggungjawab yang sedang mereka pikul. Tanpa mereka sedari, Hassan sedang mencuri dengar perbualan mereka dari luar rumah Mak Temah. Wajahnya penuh dengan niat jahat, hatinya dipenuhi dengan kebencian dan niat pengkhianatan. Hassan melangkah cepat menemui Leftenan Akashi yang sedang menunggu dengan wajah angkuh di pinggir kampung. "Bayu kata, mereka akan bertolak esok pukul 5 pagi. Mereka nak berjumpa dengan Force I36," lapor Hassan dengan nada tergesa-gesa, berusaha mendapatkan kepercayaan Leftenan Akashi. Leftenan Akashi tersenyum sinis, bibirnya melengkung dalam kejahatan. "Ooohh, berani mereka ya? Takpe, aku akan bunuh Bayu malam ni juga! Kau! Bawa aku ke rumahnya!" katanya sambil menuding jarinya ke arah Hassan, memerintah dengan kejam. Hassan mengangguk cepat, rasa takut menyelubungi dirinya. "B-baik!" jawabnya dengan nada gemetar, mengikuti arahan Leftenan Akashi dengan penuh ketakutan. 68
Pada malam yang hening, Leftenan Koishi berjalan mundar-mandir kegelisahan menunggu kedatangan seseorang yang dinantikan di tepi tasik. Cahaya bulan memantul di permukaan air, mencipta suasana yang tenang namun penuh dengan kerisauan di hati Koishi. Leftenan Koishi menghentikan pergerakannya. Berdiri membelakangkan tasik, dia membuka kotak hadiah yang dipegang kemas itu perlahan-lahan. Senyuman terukir di bibirnya pabila melihat cucuk sanggul yang tersimpan rapi, mengenang wajah si pemakai yang diidamkan. Dia menutup kotak itu dengan hati-hati dan memegangnya dengan kemas, menunggu si gerangan yang dinantikan. Embun melangkah mendekati Leftenan Koishi dengan hati-hati, berdehem kecil bagi menandakan kehadirannya. Leftenan Koishi yang menyedari kehadiran Embun menoleh ke arahnya. "Embun. Kamu sihat, Embun?" tanya Koishi, matanya penuh dengan harapan. "Sihat. Ada apa kamu mahu berjumpa dengan saya?" tanya Embun, rasa ingin tahunya jelas terpancar. 69
Suasana di sekeliling mereka begitu tegang. Leftenan Koishi, dengan hati yang berdebar-debar, mengambil keberanian untuk mengungkapkan perasaannya kepada Embun. Matanya yang penuh keraguan memandang gadis itu, sementara bibirnya berusaha untuk membentuk senyuman yang yakin. "Sebenarnya, Embun... saya sudah lama menyimpan perasaan pada kamu," bisiknya dengan suara yang hampir terputus-putus. Embun terkejut, tidak menyangka akan pengakuan yang begitu tiba-tiba. Namun, dalam kegelapan malam, dia dapat merasakan denyut jantungnya yang berdegup kencang. Leftenan Koishi tersenyum, meski hatinya berdebar. "Jadi terimalah hadiah daripada saya.” Leftenan Koishi menghulurkan kotak hadiah kepada Embun dengan tersenyum simpul. Embun terkejut dan mengambil kotak itu. "Apa ini?" tanyanya sambil membuka kotak hadiah. “Bukalah,” ujar Leftenan Koishi ringkas. Di dalamnya terdapat cucuk sanggul yang indah. Embun tersenyum, "Cantik, terima kasih." Leftenan Koishi mengangguk. "Kalau tiada apa-apa saya minta diri dulu ya," kata Embun sambil berpaling untuk pergi. 70
"Kamu mahu pulang, Embun?" ujar Leftenan Koishi. "Ya," balas Embun ringkas. "Kalau begitu izinkan saya menghantar kamu pulang," ujar Leftenan Koishi. “Baiklah,” ujar Embun. “Mari,” ujar Leftenan Koishi. Mereka beransur pulang dengan berjalan kaki sambil menikmati keindahan langit pada malam itu. “Embun..” panggil Leftenan Koishi kepada Embun. “Ya?” ujar Embun manja. “Cantikkan langit pada malam ini?” ujar Leftenan Koishi memecahkan hening malam itu. “Cantik,” balas Embun yang turut bersetuju dengan pendapat Leftenan Koishi. “Embun,” panggil Leftenan Koishi lagi. “Ya?” jawab Embun. “Bagaimanakah keadaan Mak Temah?” tanya Leftenan Koishi. “Mak sihat,” ujar Embun. Mereka berhenti di hadapan tasik dan menikmati keindahan alam pada malam itu. Sesekali mereka memandang wajah masing-masing, merasakan momen yang penuh dengan keindahan dan harapan. 71
Hassan kemudian membawa Leftenan Akashi ke rumah Mak Temah. Sesampainya di sana, Leftenan Akashi bersembunyi di balik pintu rumah Bayu agar kehadirannya tidak diketahui penghuni rumah, sambil memegang sepucuk pistol dengan kemas. "Assalamualaikum! Bayuuu!" tempik Hassan, memecahkan keheningan malam. Mak Temah yang sedang melipat kain di ruang tamu kebingungan mendengar tempikan dari Hassan. "Waalaikumsalam! Ada apa ni, Hassan? Bayu tiada, Embun pun tidak tahu mana pergi budak tu." Leftenan Akashi yang tadinya berselindung, terus menunjukkan dirinya di hadapan Mak Temah. "Tipu! Bagitau saya sekarang! Mana Bayu?!" bentaknya sambil mengacukan pistol ke arah Mak Temah. Mak Temah terkejut dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Ya Allah! Kenapa ni, Hassan?! Apa dah jadi ni?!" tanyanya dengan suara bergetar. Hassan mendekati Mak Temah dengan wajah tegang. "Mak Temah, bagitau je mana Bayu!" Mak Temah menggelengkan kepala, matanya berlinang air mata. "Demi Allah, Hassan! Aku tak tahu!" 72
Hassan menjadi semakin marah. "Baik kau cakap sekarang! Mana Bayu?!" katanya sambil menarik Mak Temah keluar dari rumah. Mak Temah meronta-ronta. "Lepaskan aku, Hassan! Tergamak kau buat aku begini, Hassan!" teriaknya dengan penuh kesakitan. Tanpa berfikir panjang, Leftenan Akashi lantas melepaskan sedas tembakan ke arah Mak Temah. Tembakan itu tepat mengenai sasaran, dan Mak Temah terkulai rebah, melepaskan nafasnya yang terakhir. Leftenan Akashi mendekati Hassan yang kini ketakutan. "Kamu kata Bayu bertolak esok pagi?! Sekarang baru pukul 10 malam! Mana dia?!" Hassan menggigil. "Mana aku tahu! Dia kata nak bertolak esok pagi! Dia tukar rancangan kot!" Leftenan Akashi langsung menembak Hassan yang tidak lagi berguna baginya. Hassan jatuh terkapar, nyawanya melayang seketika. Embun yang baru pulang ke rumahnya bersama Leftenan Koishi terkejut melihat sekujur tubuh ibunya, Mak Temah, terbaring kaku di luar rumah. 73
"Ya Allah, mak!! Ampunkan Embun, mak!" Embun menangis teresak-esak di sisi ibunya, merasakan penyesalan yang mendalam. 74
Leftenan Koishi segera memahami situasinya. "Ini mesti kerja Akashi!" katanya dengan marah. Embun mendongak, air mata membasahi wajahnya. "Mari ikut saya, Abang Bayu dalam bahaya." Embun dan Koishi segera bergegas mencari Bayu setelah menyedari bahaya yang mengancamnya. Dalam hati mereka, ada tekad yang tidak akan pernah pudar untuk melindungi orang-orang yang mereka sayangi dan memastikan keadilan ditegakkan. Di tempat persembunyian yang sunyi, Bayu berkumpul bersama beberapa orang kampung yang setia. Hamid, salah seorang dari mereka, bersuara dengan kebingungan. "Apa ni, Bayu? Kau kata berkumpul waktu Subuh nanti? Tapi baru sejam tadi kau dah war-warkan suruh berkumpul kat sini!" kata Hamid. Bayu memandang mereka dengan wajah serius. "Tukar plan. Aku takut bocor, biar aku seorang je tahu," jawabnya, memastikan mereka memahami betapa pentingnya kerahasiaan dalam perjuangan mereka. 75
BABAK XIII PERTEMPURAN DAN PENGORBANAN 76
Leftenan Akashi mengarahkan tenteranya dengan tegas. "Cari mereka sampai dapat! Tutup semua laluan yang ada! Pastikan jangan ada yang keluar!" perintahnya. Tentera Jepun mula mencari Bayu dan orang kampung yang berusaha melarikan diri. Bayu dan orang kampung hampir berjaya keluar dari kawasan tersebut, tetapi dihalang oleh tentera Jepun yang mengejar mereka. Akashi muncul dengan senapang teracung. "Serah diri!" jeritnya. Bayu, dengan tekad yang kuat, menjawab, "Aku lebih rela mati dari serah diri!" sambil menembak kearah tentera Jepun sehingga satu nyawa tentera Jepun melayang. 77
Pertempuran sengit pun berlaku antara tentera Jepun dan orang Melayu. Orang Melayu mulai melarikan diri untuk menyelamatkan diri, namun Bayu tetap berjuang. Akhirnya, dia ditembak oleh tentera Jepun di dada kanannya. 78
Bayu yang cedera dibantu oleh Majid untuk melarikan diri. Beberapa orang Melayu berhasil meloloskan diri dari tentera Jepun. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan Embun dan Koishi. "Ya Allah, Abang Bayu!" Embun terkejut melihat tubuh Bayu yang berlumuran darah. Majid segera mengambil tindakan. "Abang rasa kita kena berpecah. Embun dan Koishi ikut laluan pinggiran air belah Selatan. Abang Majid dan Abang Bayu akan ke laluan utara Selatan," katanya. Mereka berpisah, mengikuti laluan yang telah dirancang demi keselamatan masing-masing. Pertempuran dan pengorbanan malam itu akan terus diingat oleh mereka semua. 79
BABAK XIV PENGORBANAN TERAKHIR 80
Mentari pagi mula menyinari, menandakan permulaan hari baru. Embun dan Koishi masih lagi bersama berusaha melarikan diri dari pandangan mata tentera Jepun. Embun kian merasa lelah. Leftenan Koishi yang gusar melihat keadaan Embun yang termengah-mengah bertanya “Mari Embun, Embun kamu tidak apa-apa?” Embun menganggukkan kepala perlahan, menandakan bahawa dia baik-baik saja. Leftenan Koishi yang tadinya gusar kini merasa agak lega melihat Embun yang membalas dengan reaksi. “Baiklah mari.” 81
Embun dan Leftenan Koishi melilaukan mata, mencari bayang tentera Jepun yang tidak mereka ingini keberadaannya. “Berhenti!” tempik Leftenan Akashi yang muncul entah dari mana. Embun dan Leftenan Koishi merasa tertekan dengan kehadiran tentera Jepun yang tidak diundang. Mereka tahu bahawa penemuan mereka boleh membahayakan usaha pembebasan yang mereka rancang. “Embun, belakang saya Embun!” Leftenan Koishi menghalang Embun dengan sebelah tangannya agar Embun berselindung disebalik tubuhnya. “Ohhh disini rupanya kamu berdua ya? Tangkap mereka!” arah Leftenan Akashi pada tenteranya. Leftenan Koishi dan Embun bergelut untuk melepaskan diri dari cengkaman tentera Jepun “Lepaskan aku!” ronta Embun dan Leftenan Koishi. 82
Tetapi kudrat yang mereka ada tidak dapat melawan pihak musuh. Embun dan Koishi menyerah diri kepada takdir yang tidak dapat dielakkan. Dalam ketakutan dan ketidakpastian, mereka menunggu untuk mengetahui nasib yang menanti mereka, sementara tentera Jepun mendekati dengan senjata teracun di tangan mereka. Embun dan Leftenan Koishi berlutut dikepung oleh tentera Jepun. Leftenan Akashi melangkah ke depan dengan wajah penuh kepuasan. "Hahaha! Kalau awak ingat saya bodoh, awak lagi bodoh! Kalau awak ingat Bayu selamat, semua tempat saya suruh tentera tutup! Hahaha!" kata Leftenan Akashi sambil menolak Embun sehingga jatuh ke tanah. Leftenan Koishi maju ke depan, wajahnya marah. "Hentikan! Dia bukan lawan kamu! Kalau kamu rasa kamu perwira Jepun, lepaskan dia! Mari kita lihat siapa yang kuat!" 83
Leftenan Akashi tertawa terbahak-bahak. "Hahaha! Oh awak cuba nak selamatkan cinta hati awak ke?! Hahaha! Kamu dah mengkhianat negara dan bangsa kamu sendiri!" Leftenan Koishi menahan marah. "Aku bukan pengkhianat! Cara Latihan ketenteraan telah mengubah kamu menjadi binatang!" Leftenan Akashi menjadi semakin marah. "Ah! Tak habis dengan prinsip awak! Sedarlah! Kita dihantar ke sini untuk berjuang dalam peperangan! Bukannya bercinta dengan gadis Melayu!" Leftenan Akashi memandang Embun dengan kebencian. "Selagi abang awak tak datang selagi itu awak akan susah!" katanya sambil menyepak badan Embun. Embun mengerang kesakitan, tubuhnya menggigil. Leftenan Koishi tidak dapat menahan diri lagi. "Berhenti!" teriaknya sambil mencuba untuk meloloskan dirinya dari pegangan tentera Jepun. 84
Leftenan Akashi berhenti menyepak Embun dan memandang Koishi dengan dingin. "Lihatlah betapa kejamnya ketua kamu! Macam mana kamu boleh melanggar Konvensyen Vienna dengan sewenangwenangnya? Inikah semangat Bushido? Sebenarnya kamu pengecut dan berselindung di sebalik semangat Bushido itu!" kata Leftenan Koishi dengan penuh kebencian. Leftenan Akashi hanya tertawa. "Hahaha! Perempuan bodoh!" katanya sambil menyambung menyepak tubuh Embun tanpa belas kasihan. Mata Leftenan Akashi tertumpu pada kotak hadiah yang berada di tanah. Lantas beliau mencapai dan membuka nya “Apa ini? HAHAHA” gelaknya sinis, suaranya bergema di tengah keheningan. Tanpa belas kasihan, dia mencampak kotak hadiah itu kembali ke tanah. Kotak itu melayang dan jatuh berhampiran dengan Embun, yang hanya memerhati dari jauh. Kesabaran Leftenan Koishi telah sampai ke batasnya. Dengan wajah yang merah padam dan nafas yang berat, dia tidak mampu lagi menahan amarahnya. Tindak-tanduk Leftenan Akashi yang semakin menjauh dari tujuan asal pasukan Jepun telah memarakkan api kemarahannya. Dengan sekuat hati, dia menolak dua orang tentera di sampingnya dan terus berlari ke arah Leftenan Akashi. 85
PANGG!! Suara tembakan bergema. Leftenan Akashi melepaskan sedas tembakan tepat ke dada kiri Leftenan Koishi. Koishi rebah di tanah, darah mengalir dari luka tembakannya. Leftenan Akashi tertawa puas. "Hahaha!" katanya sambil memandang tubuh Koishi yang terbaring kaku. Embun terkedu melihat Leftenan Koishi yang terbaring di depan matanya. Dengan penuh amarah, dia perlahan-lahan mencapai cucuk sanggul yang diberikan oleh Leftenan Koishi yang terjatuh di tanah. Embun bangun dengan amarah yang mencengkam menghampiri Akashi. Leftenan Akashi yang mencuba melepaskan tembakan pada Embun terhalang apabila peluru pistolnya ketandusan. Leftenan Akashi mengarahkan tenteranya untuk menembak Embun dan mula mengira. "Satu! Dua! Tiga!" Berdas-das tembakan dilepaskan ke tubuh Embun, namun dengan keberanian dan kekuatan yang luar biasa, Embun sempat menghayunkan cucuk sanggulnya dan mengelar leher Leftenan Akashi sebelum rebah ke tanah. 86
Darah memancut keluar dari leher Leftenan Akashi, menyebabkan dia juga rebah mati ke tanah. Embun dan Leftenan Koishi telah mengorbankan diri mereka, tetapi keberanian dan cinta mereka akan selalu dikenang. 87
EPILOG SETELAH PERISTIWA TRAGIS YANG BERLAKU PADA TAHUN 1945 ITU, KEHIDUPAN DI KAMPUNG ITU TIDAK PERNAH SAMA LAGI. EMBUN, WALAUPUN TELAH PERGI, MENINGGALKAN KESAN YANG MENDALAM DALAM HATI SEMUA WARGA KAMPUNG. KAMPUNG ITU MASIH MENGEKALKAN KEINDAHANNYA, TETAPI TERDAPAT SEDIKIT KESEDIHAN YANG TERSELUBUNG DI SEBALIK PEMANDANGAN YANG INDAH. ORANG-ORANG KAMPUNG MASIH MERINDUI EMBUN, GADIS CANTIK DAN BAIK HATI YANG SENTIASA TERSENYUM. TAHUN-TAHUN BERLALU, TETAPI KENANGAN BERKENAAN EMBUN MASIH SEGAR DALAM INGATAN MEREKA. MEREKA SERING BERKUMPUL DI WARUNG KOPI, BERBICARA TENTANG MASA LALU DAN BERBAGI CERITA TENTANG EMBUN. MEREKA TERSENYUM, MEREKA MENANGIS, TETAPI YANG PALING PENTING, MEREKA MASIH MENGINGATI. EMBUN MUNGKIN TELAH PERGI, TETAPI SEMANGATNYA MASIH HIDUP DALAM JIWA SETIAP ORANG YANG MENGENALNYA. EMBUN TELAH MENINGGALKAN WARISAN CINTA DAN KEBAIKAN YANG AKAN TERUS HIDUP SELAMANYA. DAN BEGITULAH, MESKIPUN EMBUN TIDAK LAGI BERSAMA MEREKA, DIA AKAN SELALU ADA DALAM HATI MEREKA. DIA ADALAH SIMBOL CINTA, KEBAIKAN, DAN KEKUATAN. PALING BERMAKNA SEKALI, EMBUN ADALAH SIMBOL PERJUANGAN YANG SEBENAR. DIA ADALAH EMBUN, DAN DIA AKAN SELALU DIKENANG SELAMANYA. 88
89 SSekian, terimalah nukilan daripada kami yang tidak seberapa ini. Yang baik itu segalanya datang dari Yang Maha Esa, yang kurang itu datang dari kesilapan kami sendiri. Ribuan terima kasih kami ucapkan.
team Embun
SINOPSIS “PROPAGANDA, SENJATA BERBISA DALAM BISIKAN MANIS.” “EMBUN” MENGISAHKAN PERJUANGAN SEORANG GADIS BERNAMA EMBUN SEMASA PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU. EMBUN, YANG BERSEMANGAT TINGGI, TERPAKSA MEMIMPIN PERJUANGAN MELAWAN JEPUN YANG MENJANJIKAN KEMERDEKAAN BUAT PENDUDUK TANAH MELAYU. TAPI APA YANG TELAH BERLAKU ADALAH DISEBALIKNYA. PERJUANGAN INI TERPAKSA DITERUSKAN OLEH EMBUN APABILA ABANGNYA BAYU, SEORANG PEJUANG KEBEBASAN, DIBERKAS OLEH TENTERA JEPUN MANAKALA BAPANYA, PAK HARUN TELAH DIBUNUH OLEH TENTERA JEPUN SEMASA MENARUH NYAWA MENCUBA NASIB UNTUK MEMBEBASKAN BAYU. DI TENGAH-TENGAH PERJUANGAN INI, EMBUN BEKERJASAMA DENGAN SEORANG PEGAWAI ATASAN JEPUN YANG BERHATI MULIA, LEFTENAN KOISHI, SEORANG PEGAWAI HUBUNGAN AWAM TENTERA JEPUN YANG DITUGASKAN UNTUK MENJELASKAN PROPAGANDA JEPUN KEPADA ORANG MELAYU. KARYA INI MENGGAMBARKAN KEBERANIAN DAN SEMANGAT JUANG EMBUN DALAM MENENTANG PENJAJAHAN, SAMBIL BERHADAPAN DENGAN DILEMA HATI ANTARA KEHENDAK DAN KEWAJIPAN.