The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RAIMI SALINI 4R FOLIO 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainaerisha14, 2022-06-11 05:12:11

RAIMI SALINI 4R FOLIO 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5

RAIMI SALINI 4R FOLIO 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5

8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4
DAN 5 ZON DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR : RAIMI SALINI BINTI
RAMLI

NO MAKTAB : PB190127
KELAS : 4 RAZZI

HOMEROOM : CIKGU HARYANI
NAMA GURU : PUAN NORAKMA BINTI

ARIFFIN

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN
1. Penghargaan
2. (Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib)

i) Kulit hadapan dan belakang novel
ii) Biografi penulis
iii) Cerita ringkas tentang novel
iv) Sinopsis

a) Sinopsis keseluruhan
b) Sinopsis setiap bab
v) 5 kekuatan novel
vi) 5 kekurangan novel
vii) 5 cadangan penambahbaikan

3. (Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor)
i) Kulit hadapan dan belakang novel
ii) Biografi penulis
iii) Cerita ringkas tentang novel
iv) Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
b) Sinopsis setiap bab

v) 5 kekuatan novel
vi) 5 kekurangan novel
vii) 5 cadangan penambahbaikan

4. (Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin)
i) Kulit hadapan dan belakang novel
ii) Biografi penulis
iii) Cerita ringkas tentang novel
iv) Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
b) Sinopsis setiap bab
v) 5 kekuatan novel
vi) 5 kekurangan novel
vii) 5 cadangan penambahbaikan

5. (Pantai Kasih karya Azmah Nordin)
i) Kulit hadapan dan belakang novel
ii) Biografi penulis
iii) Cerita ringkas tentang novel
iv) Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
b) Sinopsis setiap bab
v) 5 kekuatan novel
vi) 5 kekurangan novel
vii) 5 cadangan penambahbaikan

6. (Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip)
i) Kulit hadapan dan belakang novel
ii) Biografi penulis
iii) Cerita ringkas tentang novel
iv) Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
b) Sinopsis setiap bab
v) 5 kekuatan novel
vi) 5 kekurangan novel
vii) 5 cadangan penambahbaikan

7. (Tirani karya Beb Sabariah)
i) Kulit hadapan dan belakang novel
ii) Biografi penulis
iii) Cerita ringkas tentang novel
iv) Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
b) Sinopsis setiap
v) 5 kekuatan novel
vi) 5 kekurangan novel
vii) 5 cadangan penambahbaikan

8. (Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop)
i) Kulit hadapan dan belakang novel
ii) Biografi penulis
iii) Cerita ringkas tentang novel
iv) Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
b) Sinopsis setiap bab
v) 5 kekuatan novel
vi) 5 kekurangan novel
vii) 5 cadangan penambahbaikan

9. (Silir Daksina karya Nizar Parman)
i) Kulit hadapan dan belakang novel
ii) Biografi penulis
iii) Cerita ringkas tentang novel
iv) Sinopsis
a) Sinopsis keseluruhan
b) Sinopsis setiap bab
v) 5 kekuatan novel
vi) 5 kekurangan novel
vii) 5 cadangan penambahbaikan

10. Rujukan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat yang dianugerahkan kepada
saya dapat juga saya menyiapkan folio ini dengan jayanya. Folio yang ini amat penting buat
saya dan sebahagian daripada kerja khusus subjek.

Sekalung penghargaan untuk Puan Norakma binti Ariffin, selaku guru Bahasa Melayu kerana
telah banyak memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu
dan memberikan tunjuk ajar kepada saya. Bantuan kalian amat saya hargai.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung dalam menyiapkan folio ini.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP
KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL

BIOGRAFI PENULIS (ABDUL LATIP TALIB)

Abdul Latip bin Talib lahir 2 Jun 1954 ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal
di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada
tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang
ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.

CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin
Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah prolifik Abdul Latip Talib,
memaparkan kisah serangan terakhir askar Jepun di Singapura serta keberanian dan
keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

SINOPSIS

a) Sinopsis keseluruhan

Pada awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.
Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata
penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka
bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan
sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu

Adnan yang membesarkan tiga orang anak ,iaitu Adnan ,Ahmad dan Amarullah.
Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin
membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya.
Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke
kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia turut
membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya
tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi. Pak Saidi
sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya
kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang
buruan inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.
Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa
pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para
penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya
hidup dalam kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak
Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi
yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.
Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed
Syeikh Al-Hadi. Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk
Bahanam, dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam
meningkatkan semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan
pendidikan terbaik untuk anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti
kepada agama, bangsa, dan tanah air. Oleh sebab itu, Adnan telah dilengkapi
dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu
pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah
sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperolehi
mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja. Atas dasar itu, Pak Saidi
berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk
memperoleh ilmu pengetahuan. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan
daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi

pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad. Tentangan penduduk
kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-
anaknya menimba ilmu di sekolah aliran Inggeris. Bagi Pak Saidi, masyarakat
Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai
bidang keilmuan. Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana
itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara ini daripada tangan
penjajah.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris. Di sekolah, Adnan
terkenal sebagai pelajar rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi
oleh teman-teman dan juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya
untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru
pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah
minatnya. Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah
terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson.
Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut
di pelosok kampung.

Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk
menjadi tentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali
barut Inggeris. Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.
Beliau menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya
berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili
platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara
pertabalan King George VI di London. Adnan telah berkahwin dengan Sophia,
anak Pak Fakih. Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura.Namun,
Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke kampung
selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun
mahu menyerang Singapura. Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.

Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah
berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda
Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari
1935, pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar
Melayu dengan kekuatan anggota sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan
pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua
kompeni dilengkapi dengan platun mesingan, seksyen semboyan, dan unit tambur.
Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan
dianggotai 17 pegawai British ,6 pegawai melayu ,11 pegawai waran, 759
pegawai, dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar
Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion. Mereka diberi tanggungjawab
untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.

Pada Sabtu 6 Disember 1941 ,satu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.
Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju
Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang
diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal pembinasa menuju Laut
China Selatan. Hal ini merupakan isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam
Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya
Bulan pada 8 Disember 1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka
telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British
yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah
melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban.
Hal ini banyak menyebabkan askar India yang berkhidmat dengan tentera British

melarikan diri. Namun, askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan
pendaratan askar Jepun. Namun, pada hari ketiga, askar Melayu yang sedang
bertempur diarahkan berundur. Dengan itu, askar Jepun berjaya mendarat
di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh
Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di
Kota Bharu, Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh
tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan.
Akibatnya, negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera
Jepun. Kemudian, mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari
Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun. Pada mulanya British begitu
yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar Jepun. Sebaik-
baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota Bharu,
Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk
mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal
perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun
yang melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang
itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat
askarnya.

Namun, mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal
ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan
dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran dengan askar Melayu di
Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu, termasuk 7
pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara
pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.
Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah
berjuang sehingga titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun

berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran hebat. Akhirnya British
terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

b) Sinopsis setiap bab

Bab 1-Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)
bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga
orang anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan
yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung
Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan –
moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun
begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa
yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah (
British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu
menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2-Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan
Kampung Sungai Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi
suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan
beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk
kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering
bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai
Hang Tuah. Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat
Zohor dia akan turun ke sawah pula untuk membantu ayahnya.

Bab 3-Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan
bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya

disambut oleh anak-anaknya yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan
melayan ayahnya dengan membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih
silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan
biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah.
Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walaupun
ketika membantu keluarganya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak
Pak Saidi tidak pernah dikecewakan olehnya. Walaupun sudah dibuatkan keris
daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.

Bab 4-Dusun Durian Di Tanah Perkuburan

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah
Perkuburan. Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi
Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan.
Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang kampung menyenanginya.
Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu bersedekah buah-buahan kepada
penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan kepada anak-anaknya bahawa asal
usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan
bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal
ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Saidi
menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan
pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British
boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang
penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

Bab 5-Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu
malam pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya.
Adnan menyatakan hasrat untuk bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya
Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza
dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris

dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah
Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung
tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan
orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di
sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya
dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.

Bab 6-Guru Besar Steward

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk
kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan
menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya
menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi
mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu,
seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah
Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu
malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul
dan berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi
menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh
orang lain.

Bab 7-Mereka Tidak Mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi
menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak
bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk
Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di sekolah
Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk

Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya
anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk
kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin
menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka
bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Bab 8-Seteguh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil
jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya
mengambil tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah
Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu
kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa
sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi
menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya supaya anak-anak
kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British
tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak
Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di
tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi
dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak
Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru
Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak
mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan
pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Bab 9-Anak-Anak Kampung

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah
Inggeris. Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat
beberapa perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya

melarang dia belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan
menafikan bahawa dia tidak akan lupa agama dan tidak akan berubah walaupun
sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi di waktu malam dia tetap belajar
mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita
tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat
mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka
didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan
Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang yang mengena
belatinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi
mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu isterinya mungkin
Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling
belati oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan
kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi askar yang dinyatakan kepada
Cikgu Anderson.

Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai.
Walaupun Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-
rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya
berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan
bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas
dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang
dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

Bab 11-Yakin Boleh

Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan
bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri
memulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan

Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil
bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan
tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta
beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan
dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah
memberikan semangat kepada Adnan dan semakin bertambahlah semangat
berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan
tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua
manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Bab 12-Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya
mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu
menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju
antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran
itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya.
Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang
akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut
peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa
Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak
Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh
Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri
rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

Bab 13-Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan
mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai
guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang
menjadi askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah
pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar
Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula
bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam
kalangan guru-guru.

Bab 14-Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan
mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat
keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai
Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari
anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan
Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin
memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus
menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi
tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan
mengalah.

Bab 15-Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi
ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan
menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port
Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua
orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Bab 16-Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan
fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan
menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga
terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar
Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai
upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat
pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu.
Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan
pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Bab 17-Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima
kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau
turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama
kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang
guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Bab 18-Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan
kehadiran tiga orang anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak
perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941,
Leftenan Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya

bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan
yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.

Bab 19-Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah
Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung
mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana
isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini
merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia
membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke
Singapura, Adnan mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan tentera British
bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia
dan berjaga-jaga.

Bab 20-Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama
Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan
agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan
menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di
sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun
berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang
penting. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan
memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah itu kubu-kubu siap dibina melalui
gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa
Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan
berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa
yang boleh dibuat ialah memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan

pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya
yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat.
Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan
perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan
tanah air.

Bab 21-Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut
Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu.
Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan
mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan
mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart
mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak
British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mula mempercayai bahawa Bukit Candu
akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting
itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan.
Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut
berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang
daripada mereka ialah Samad.

Bab 22-Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat
pengkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang
akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka
ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah
hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw
melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan dan dipantai. Mereka

berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca
kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan
Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak
musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga.
Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya
mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia
yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu
bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

Bab 23-Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak
menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung
Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu
berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya
iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut
dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi
bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap
risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada
adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-
sungguh demi tanah air.

Bab 24-Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam
British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah
jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar
menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah

pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan
terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar
Jepunm termasuk komander batalionnya iaitu Mejar Nakamura yang mengetuai
orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis
dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang
disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan
sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di
pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun
memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan
sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat
mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa
pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka
dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu
bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serang
balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan
pertahanan mula berundur.

Bab 25-Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan
Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan
bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran
tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral
Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat
berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu.
Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ.
Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki
Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa

lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat
menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya
tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal
pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang
ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera
British di Butterworth dan juga di Kuantan, Alor Star dan Sungai Petani.

Bab 26-Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun
dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang
kebangaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan
Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu
Berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan
melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu.
Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera
Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen
Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember
1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun
menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka
tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang
sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal
dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang
garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimapaun
tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur.
Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar
laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Bab 27-Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera
Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan
berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera
Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini
memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat
di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir
Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral
Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan
Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan
Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera
British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada
markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan
menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

Bab 28-Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan
serangan. Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi
melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral
Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di
Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang
Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun
dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke

Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera
Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-sungguh
mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat
untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan anggotanya
tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang
tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Bab 29-Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan.
Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu
Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu
pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka
mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap
tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman
Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga
orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang
diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera
Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan
mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal
Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong.
Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan
Leftenan Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu
mempertahankan Pasir Panjang.

Bab 30-Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas
solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening
menjadi gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah
datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar
utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan
pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua
pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit
Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih
komited dan berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini
menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang
menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh
Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar
dengan memakai pakaian tentera Sikh telah ditawan. Adnan tidak sedap hati
kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera
Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Bab 31-Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang
tersebut hingga musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat
dengan jelas tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka
pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan
mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang
semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu
masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan
semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera
parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar
Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan
berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih
kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Bab 32-Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,
termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan
senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam
pertempuran berhadapan menggunakan bayonet tetapi mereka kekal bertahan
menyebabkan pihak musuh kecewa. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai
dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya
menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Keberaniannya telah menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan
bersunguh-sungguh. Tentera Jepun marah kerana keberaniannya menentang
musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan
lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan
Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang
akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang
kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di
bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada
pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Bab 33-Jatuhnya Kota Singa

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah
kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal
berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka
menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat
askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang
terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa
seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun
menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah
terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar
Melayu lalu mengebumikannya.

Bab 34-Darah Mengalir di Sungai Ramal

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal,
Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung
telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka
menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi
pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang
menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah
Melayu

Bab 35-Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan
keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba
kekurangan. Rakyat terpaksa makan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi
alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia
diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam
panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru
dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di
sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah
Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula
mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia
telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah
berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun
berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap
penyakit leukimia dan meninggal dunia.

5 KEKUATAN NOVEL INI

Kekuatan novel ini ialah novel ini menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam
diri watak utama iaitu Adnan. Hal ini dapat mengajar pembaca tentang pentingnya ada
semangat patriotisme dalam diri kita. Kekuatan novel ini ialah novel ini bapa kepada
watak utama bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama yang terbaik
kepada anak-anaknya. Berbanding dengan novel Di Sebalik Dinara, novel ini jelas
menunjukkan sifat tanggungjawab seorang bapa. Kekuatan novel ini ialah novel ini
menunjukkn sikap bersungguh-sungguh watak utama. Hal ini dapat mengajar pembaca
untuk tidak mudah putus asa dalam melakukan kerja walaupun ditentang oleh orang
disekeliling. Kekuatan novel ini ialah novel ini menunjukkan tentang usaha-usaha askar
Tanah Melayu yang membanting tulang memastikan keselamatan penduduk dan tanah air
yang tercinta. Hal ini tidak dapat kita lihat di dalam novel yang lain. Kekuatan novel ini
ialah novel ini novel ini menceritakan tentang kisah benar apa yang terjadi pada Tanah
Melayu pada Perang Dunia Kedua. Fakta yang diberikan dalam novel ini ialah benar.

5 KEKURANGAN NOVEL INI

Kekurangan novel ini yang pertama ialah novel ini telah menunjukkan kelemahan strategi
askar British yang katanya amat unggul. Askar British telah kalah dengan askar Jepun dalam
masa tiga hari sahaja. Kelemahan yang kedua ialah novel ini agak panjang dan plot cerita lari
sedikit daripadah tajuk yang hendak disampaikan. Perkara ini membuatkan pembaca bosan
dan memerlukan banyak masa untuk menghabiskan novel ini. Kelemahan yang ketiga ialah
novel ini mempunyai plot yang berulang-ulang. Hal ini membuatkan pembaca pening dengan
jalan cerita yang hendak disampaikan oleh penulis. Kelemahan yang keempat ialah terlalu
banyak babak ngeri di dalam novel ini. Sebagai contoh, pada bab 33 apabila Haji Burhan dan
beberapa orang kampung memanjat Bukit Candu dan menjumpai banglo yang di dalamnya
mempunyai berpuluh mayat askar Melayu yang mati dengan keadaan putus leher dan isi perut

terburai akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Kekurangan yang kelima ialah sifat talam
dua muka penduduk kampung. Contohnya, Samad yang rupanya ialah pengintip askar Jepun
telah membuatkan askar Melayu kalah.

5 CADANGAN PENAMBAHANBAIKAN
Penambahbaikan yang pertama ialah kurangkan babak ngeri dan ganas kerana banyak remaja
yang membaca novel ini. Penambahbaikan yang kedua ialah gunakan ‘font’ yang lebih
menarik untuk tajuk novel. Penambahbaikan yang ketiga ialah penulis tidak perlu lari dari
tajuk yang hendak disampaikan. Penambahbaikan yang keempat ialah jangan menulis
peristiwa yang sama berulang kali. Penambahbaikan yang terakhir ialah mengubah ‘font’
pada bahagian deskripsi novel supaya lebih mudah untuk dibaca.

DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL

BIOGRAFI PENULIS (DAYANG NOOR)

Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman, lahir pada 1974 di Pahang, Malaysia) ialah seorang
penulis novel Bahasa Melayu sambilan. Beliau memiliki ijazah dalam Kejuruteraan

Elektronik dan Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan salah satu syarikat
penyepaduan sistem IT terbesar di Selangor, Malaysia. Beliau telah menulis 2 buah novel
fiksyen pulpa dalam bahasa Melayu – Jerat (2011) dan Hilang (2012). Dia tinggal di
Selangor, Malaysia bersama suami dan 3 anak lelaki.

CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL

Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkan kepada arahan, dan
seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Ia adalah hasil
daripada kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun. Mungkin kerana teknologi itu, ada
pihak yang ingin memilikinya, lantas menceroboh masuk sistem Dinara dan menanam virus di
situ. Dan mungkin kerana teknologi itu juga, Dinara bakal lumpuh.

SINOPSIS

a) Sinopsis Keseluruhan

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki
rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu
rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan
adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah
simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari
kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan
RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer
Soft Lab dalam tempoh empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan
Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis
sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.
Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula
ialah physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat
bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya,
Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah
sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha
untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka
Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba
dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang
besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke
rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa
dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat.
Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut
apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa
dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai. Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft
Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan Shida untuk mengetahui
penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa
mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai
pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak
berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di
hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat
daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan
mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi
mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida
sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi

oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin
kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah
dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan
diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida
berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha
dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu
memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha
diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya.
Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan
identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang
diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani
proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di
Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan
setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha
dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris
memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak
dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam
Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina
/ mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy)
dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang
sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa
dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul
7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh
menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida.
Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan
bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

b) Sinopsis setiap bab

Bab 1

Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai
berlepas Lapangan Terbang Senai. Farisha memerhatikan seorang wanita yang sedang
berbicara dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Suaranya kedengaran agak tinggi
beberapa kali. Suara wanita itu sedikit sebanyak menimbulkan kejengkelannya.

Di dalam pesawat, Farisha dikejutkan dengan sapaan seorang pemuda yang meminta
untuk duduk di sebelahnya. Farisha teringin untuk berbual lanjut tetapi kelopak matanya
terlalu berat. Lelaki itu kelihatan segak dan mengenakan seutas jam tangan yang kelihatan
begitu aneh. Lelaki itu perasan Farisha sedang memerhatikannya lalu menjelaskan yang
jam tangan itu sebenarnya pusat kawalan elektroniknya.

Farisha sampai ke apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan mengimbas kad
pintarnya namun gagal. Farisha merenung kaca segi empat di sebelah jeriji pintu, rupanya
sudah agak berlainan. Dia berasa hairan. Dia menekan interkom untuk menghubungi
teman serumahnya, Shida. Rupa-rupanya, sistem keselamatan rumahnya baru sahaja
ditukar oleh abang Farisha , Azraai. Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan
menyambungkan interkom rumahnya dengan rumah Azraai. Farisha mengeluh kecil.

Bab 2

Farisha mulai gelisah menanti Rosman. Rosman berjanji untuk mengambilnya untuk ke
Hotel Renaissance menghadiri Simposium Persatuan Penggodan Antarabangsa. Rupa-
rupanya kereta Rosman rosak dan dia meminta Farisha menaiki monorel. Sampai ke
tempat simposium itu, Farisha disambut oleh sebuah robot penyambut tetamu. Robot
penyambut tetamu membawa Farisha ke tempat duduk. Ratusan peserta simposium sudah
bersedia mendengar ucaptama.

Farisha bertemu semula dengan pemuda yang duduk di sebelahnya dalam pesawat. Dia
memperkenalkan dirinya sebagai Aqram. Aqram bekerja di Sot Lab, Cyberjaya. Farisha
agak terkejut apabila Aqram menawarkan satu projek mini di Soft Lab untuk Farisha dan
Rosman. Farisha berjanji akan memikirkannya dan akan menyatakan keputusannya
melalui e-mel. Dia perlu bertanya abangnya, Azraai dahulu.

Sebenarnya Aqram mempunyai tujuan lain. Pen yang dihulurkan kepada Farisha untuk
menulis alamat e-mel tadi merupakan ‘penetrator’ alat yang boleh menerobos ruang minda
Farisha. Selepas Farisha memegang pen tersebut, Farisha berasa kepalanya berdenyut-
denyut.

Bab 3

Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai sesi
bengkel yang ketiga. Aqram membalas e-mel tersebut 10 minit kemudian dan menetapkan
masa dan tarikh untuk pertemuan seterusnya. Farisha membaca e-mel tersebut berulang
kali kerana tidak percaya akan bekerjasama dengan syarikat gergasi IT di Malaysia.

Esoknya Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan projek mini yang
ditawarkan. Farisha berkenalan dengan Dr Maxi, salah seorang yang penting di situ.
Farisha diberikan projek bernilai RM1.5 juta dan perlu disiapkan dalam masa empat
minggu. Farisha dikehendaki untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab. Farisha berasa agak musykil dengan tawaran tersebut dan meminta masa untuk
mempertimbangkan tawaran tersebut.

Farisha turut diperkenalkan dengan saintis yang menjadi pelopor Soft Lab iaitu Karl. Karl
terbaring di katil dan dirawat oleh jururawat dalam sebuah bilik khas yang dilengkapkan
dengan peralatan seperti sebuah wad hospital. Dr Maxi memberitahu Karl telah 3 tahun
menderita kerana sakit kanser usus. Walaupun sakit, Karl masih aktif dengan projek
penyelidikan. Projek terbaharunya ialah Dinara iaitu sistem yang akan digodam oleh
Farisha.

Bab 4

Farisha berjumpa abangnya untuk meminta pendapat tentang projek mini di Soft Lab.
Abangnya memberi galakan supaya dia menyahut cabaran tawaran tersebut. Esoknya
Farisha ke Soft lab bersama teman serumahnya Shida yang kebetulan ada temu janji di
tempat yang sama.

Farisha disambut oleh Aqram yang kemudiannya menunjukkan pejabat Farisha di Soft
Lab. Farisha berasa terharu kerana kelengkapan yang disediakan sungguh di luar

jangkaannya. Aqram meneruskan perbualan dengan sesi penerangan tentang projek yang
akan dijalankan oleh Farisha. Farisha mulai jelas dengan tanggungjawabnya untuk
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Sewaktu minum tengah hari, Shida
berjumpa Farisha dan memberitahu dia mendapat tugas untuk menulis rencana dan
biografi Dinara dengan bayaran RM40 ribu.

Pada masa itu juga, Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar bertemu daan berbincang di bilik
perbincangan Soft Lab. Khairul memberi laporan tentang Shida dan Aqram memberi
laporan tentang Farisha. Dr Maxi terenyum dan berpuas hati. Dr Maxi menyatakan Shida
perlu berada bersama-sama Farisha dan mungkin akan menjadi ‘back up’ jika sesuatu
terjadi kepada Farisha.

Bab 5

Hari pertama Farisha bertugas di Soft Lab disambut oleh Alia. Alia membawa Farisha ke
pejabat dan menerangkan penggunaan alatan di pejabat tersebut. Farisha terlopong
mendengar pembentangan Alia yang sangat lancar, tenang dan fasih tentang IT. Farisha
berasa kagum dan hairan kerana dia tidak nampak Alia mengerdipkan mata sejak tadi.

Sewaktu makan tengah hari bersama Shida, mereka bertukar-tukar cerita tentang
pengalaman hari pertama di Soft Lab. Shida ada menimbulkan cerita tentang Alia yang
dirasakannya agak pelik terutamanya kulit muka dan bulu keningnya. Mungkin Alia ada
membuat pembedahan plastik. Farisha menegur mulut celupar Shida.

Selepas makan tengah hari, Farisha menyambung sesi perbincangan dengan Aqram.
Sepatutnya Aqram menerangkan 25 slaid kepada Farisha, tetapi hanya satu sahaja yang
sempat diterangkan. Farisha menimbulkan terlalu banyak persoalan dan berjaya mengesan
kelemahan Dinara.

Bab 6

Farisha terlewat sampai ke pejabat kerana mengalami mimpi ngeri malam tadi. Alia
menyambut di muka pintu pejabatnya. Farisha teringat mimpinya tentang gagak, burung
hering dan harimau bintang. Bulu romanya merinding tiba-tiba. Dia berasa pening. Alia
menawarkan diri untuk mengurut kepalanya. Farisha bersandar di kerusi dan Alia

mengurut kepala dan tengkuknya. Rasa mengantuk menguasai Farisha dan akhirnya dia
terlelap.

Ketika itu dua jarum mudah lentur keluar dari kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan
kanan tengkuknya. Tiba-tiba Farisha terdengar namanya dipanggil. Di bilik yang lain Dr
Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang memerhatikan sebuah layar besar yang
memancarkan imej Farisha dan Alia. Farisha sedang berkomunikasi secara bawah sedar
dengan Karl yang koma. Ketika itu Alia mendengus dan terjerit pekik tidak puas hati. Dr
Maxi cuba mententeramkan Alia tetapi tidak berjaya. Akhirnya Aqram mematikan suis di
belakang tengkuk Alia. Serta merta Alia berdiri tegak dan kaku.

Bab 7

Rosman, Shida dan Farisha berbincang di pejabat lama mereka, Secured Shell. Mereka
bertiga membincangkan kontrak yang telah disediakan oleh bahagian perundangan Soft
Lab. Shida sangat diperlukan kerana dia mempunyai asas undang-undang. Perbincangan
terpaksa ditamatkan kerana Farisha sakit kepala.

Esok malamnya, Farisha ke rumah abang Azraai kerana dijemput untuk makan malam.
Farisha menegur abangnya yang kelihatan sedikit kurus. Selepas makan malam, Azraai
memberitahu ada dua berita penting yang ingin disampaikan kepada adiknya. Farisha
marah dan akhirnya menangis apabila mengetahui abangnya merahsiakan sakit yang
dialaminya iaitu sakit jantung.

Berita kedua yang lebih menyakitkan Farisha apabila dia mendapat tahu yang dia
hanyalah anak angkat. Abang Azraai memberikan satu fail plastik mengandungi dokumen
penting tentang latar belakang Farisha. Sepanjang malam Farisha menangis dan tidak
dapat melelapkan mata.

Bab 8

Farisha pengsan di pejabat. Alia terpinga-pinga dan cemas. Dia takut jika dia dituduh
menyebabkan Farisha pengsan. 10 minit kemudian ambulans tiba dan membawa Farisha
ke hospital. Aqram dan Khairul Anwar mendapatkan Shida untuk bertanya jika Farisha
sakit. Shida terkejut dan menyatakan Farisha tiada sebarang sakit. Pesanan ringkas dari Dr

Maxi. Doktor yang merawat Farisha meminta dia rehat di hospital beberapa hari. Aqram
menyimpan telefon bimbil di dalam saku. Aqram dan Khairul Anwar duduk diam dan
berpandangan sesama sendiri sambil menanti kepulangan Dr Maxi.

Pukul 4.30 petang Shida dipanggil ke pejabat Dr Maxi. Dia ditanya jika tahu apa-apa
tentang penyakit Farisha. Dr Maxi juga bertanya jika Farisha mengandung. Shida tergelak
kerana Farisha belum berkahwin dan tiada teman lelaki. Tiba-tiba Shida teringat projek
mini Farisha yang mungkin terlepas ke tangan orang lain.

Bab 9

Dr Maxi berbincang dengan Aqram dan Khairul Anwar. Dr Maxi berpendapat mungkin
Farisha keletihan selepas melalui 3 sesi berkomunikasi dengan Karl. Mereka mula
memikirkan Plan B. Shida akan menggantikan tempat Farisha. Tidak mudah untuk Dr
Maxi membuat keputusan kerana Shida tidak sebagus Farisha.

Ada banyak prosedur perlu dilakukan untuk menggantikan tempat Farisha. Masalah utama
ialah cara mereka hendak meyakinkan Karl untuk berkomunikasi dengan Shida. Karl telah
menulis amanah, jika berlaku apa-apa kepadanya, hanya Farisha sahaja yang boleh
menyiapkan tugasannya. Mikrocip yang tertanam di tubuh Farisha telah direka khas oleh
Karl untuk menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Karl menggunakan kaedah itu
sebagai satu kaedah telepati supaya dia boleh berhubung dengan Farisha.

Di rumah, Shida mula menyelongkar peti ais. Dia mencari jika ada sebarang ubat-ubatan
yang dimakan oleh Farisha. Hanya dua botol ubat gastrik. Shida tergerak untuk masuk ke
bilik Farisha dan mencari jika Farisha ada menyembunyikan ubat di dalam bilik. Tiba-tiba
Shida terpandang almari baju. Gerak hatinya kuat untuk membukanya. Perasaan bersalah
menerpa. Dia tidak sepatutnya menceroboh bilik Farisha tetapi Shida terpaksa. Dia
ternampak fail plastik yang diikat dengan tali berwarna coklat. Isi fail itu sangat
mengejutkan Shida.

Bab 10

Pagi itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja untuk mengetahui kisah Medina. Dia
semakin leka membaca buku laporan nipis bertajuk ‘Medina’. Shida tertarik untuk

mengkaji tentang nama ini kerana dia mendapati nama Medina telah dipadamkan daripada
kebanyakan laporan kerja penyelidikan. Acap kali Medina menjadi pembantu penyelidik
kepada Karl. Ternyata seluruh Soft Lab dibayangi oleh Karl. Shida mengeluh.

Shida tidak perasan Alia datang ke belakangnya kerana asyik membaca. Alia
memberitahu Shida yang Dr Maxi memanggilnya ke bilik Makmal B. Shida terkejut tetapi
tidak bertanya soalan lagi. Apabila sampai di makmal, Aqram dan Dr Maxi sudah
menunggu. Belum sempat Shida bertanya apa-apa, Alia menekupkan kedua-dua belah
tangannya ke muka Shida. Selepas itu Shida tidak ingat apa-apa lagi.

Shida tersedar apabila Aqram mengejutkannya daripada tidur dan menyatakan sudah jam
2 petang. Aqram menyuruh Shida makan tengah hari dan akan berjumpa semula pukul
2.30 petang di pejabat Farisha. Shida tidak pasti adakah benar Alia ada memanggilnya tadi
ataupun dia bermimpi.

Petang itu, di bilik Farisha. Shida mendapati Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar sudah
menunggunya. Dr Maxi memulakan penerangan dan meminta Shida menggantikan tempat
Farisha. Shida terkejut kerana dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang teknikal. Dr
Maxi menenangkan Shida dan memintanya hanya mengikut arahan. Shida akan dibawa ke
alam bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Situasi yang mereka saksikan adalah
agak aneh. Pergerakan tubuh Shida menunjukkan seolah-olah dia mengalami mimpi ngeri.
Suis dimatikan dan sesi ditamatkan apabila Shida mula membantingkan tubuhnya ke kiri
dan ke kanan.

Bab 11

Azraai melawat Farisha di hospital. Farisha ingin tahu nama ibu kandungnya. Ibu
kandungnya bernama Marilyn, wanita Portugal. Tiada rekod tentang nama bapa
kandungnya. Farisha bersyukur kerana dia diserahkan dan membesar dalam keluarga
Islam.

Perbualan dua beradik terganggu apabila Farisha mengatakan dia bertemu ibunya dalam
tidurnya. Azraai terkejut lantas menyatakan Farisha dalam bahaya dan perlu dibawa
keluar segera. Farisha ingin bertanya lanjut tetapi dia tahu abangnya tidak suka
dibangkang atau dipersoalkan. Azraai membawa adiknya jauh dari Kuala Lumpur.
Mungkin ke Kulai. Dalam perjalanan, Azraai menerangkan sebab-sebab dia tidak

membenarkan Farisha bertemu dengan ibunya. Ibu bapa Farisha merupakan orang yang
sangat taksub dengan sains dan sanggup mengorbankan anak sendiri demi sains.
Pada masa yang sama di pejabat Farisha, Shida sedang meronta-ronta dan berguling-
guling di lantai. Nafasnya kencang dan matanya terbelalak beberapa ketika. Karl telah
menguasai jasad Shida. Perdebatan berlaku antara Karl dengan Dr Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar. Karl tidak mahu Shida menggantikan tempat Farisha. Farisha perlu
dibawa segera ke Soft Lab.
Sementara itu, dalam perjalanan Farisha mengaduh kesakitan. Dia minta abangnya
mencara ubat di dalam begnya. Ketika itu juga cermin kereta mereka diketuk oleh dua
lelaki berkaca mata hitam. Azraai terpaksa membuka cermin tingkap apabila mereka
mengacukan muncung pistol ke muka Azraai. Dua lelaki itu membawa lari Farisha.

Bab 12
Azraai mulai cemas apabila Farisha dilarikan. Dia menghubungi Rosman untuk
membantunya. Azraai tidak sempat untuk menjelaskan situasi sebenar kepada Rosman
yang kebingungan. Mereka terus memecut kereta menuju ke Seremban.
Dua lelaki yang menculik Farisha ialah Farid dan Amin. Mereka berdua merupakan orang
suruhan Marilyn, ibu kandung Farisha. Dalam kereta, Farisha masih pengsan. Marilyn
cuba berhubung dengan anaknya secara bawah sedar. Perbualan itu dirakamkan. Dalam
perbualan itu, Farisha meronta-ronta dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya.
Sementara itu, di pejabat Farisha keadaan Shida agak terkawal. Namun ingatannya
terganggu dan bercampur aduk dengan ingatan Karl. Karl telah memindahkan ingatannya
selama 2o tahun ke dalam otak Shida. Alia berbual-bual dengan Shida. Alia dahulunya
ialah isteri Karl bernama Rusmina. Dia menjadi isteri derhaka kerana tidak mahu
mengikut Karl meninggalkan agama. Karl menyeksanya sehingga cacat. Walau
bagaimanapun, Rusmina tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina diberikan nyawa
baharu, wajah baharu dan personaliti baharu yang dikenali sebagai Alia.

Bab 13

Dr Haris, doktor yang merawat Karl memaklumkan keadaan Karl kurang stabil. Aqram
meminta beberapa minit lagi untuk menamatkan sesi komunikasi bawah sedar antara
Shida dan Karl. Alia menyedari Karl telah menguasai tubuh Shida. Karl ( dalam tubuh
Shida ) minta agar ikatan tangannya dibuka kerana dia telah mendapat ilham untuk
menghapuskan virus yang menyerang Dinara. Jari jemari Shida pantas menari-nari
menaipkan beberapa baris program di terminal kawalan Dinara. Belum selesai tugasnya,
tiba-tiba datang seorang wanita dan dua lelaki berdiri di muka pintu. Medina?! Dr Maxi
dan Alia terkejut.

Shida menghentikan tugasnya menyahaktif virus dan terpaksa berdepan dengan Medina.
Farisha yang tidak tahu apa telah berlaku, terkejut dengan suara Shida yang berubah.
Farisha turut tertanya-tanya kenapa orang di pejabat itu memanggil ibunya ‘ Medina’.
Medina @ Marilyn membuka rahsia 26 tahun lalu. Karl ialah bapa kandung Farisha. Sejak
Farisha kecil, bapanya telah menanam implan beberapa kali di dalam tubuh Farisha tanpa
ubat bius. Farisha juga telah diberikan berjenis-jenis ubat untuk menjadikannya kanak-
kanak genius. Kaki Farisha longlai apabila mengetahui kebenaran asal usul dirinya.

Dalam keadaan tegang itu, Dr Maxi menerima panggilan daripada Dr Haris yang
mengatakan Karl sedang nazak. Aqram dan Khairul Anwar menamatkan sesi Shida dan
Karl. Medina membentak agar diberikan peluang bercakap dengan Karl. Dia tidak tahu
Karl sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah agam Karl, di Puchong. Keadaan semakin genting,
Farisha minta penjelasan daripada Aqram.

Bab 14

Farisha berdepan dengan saat-saat yang paling hiba. Dia akan bertemu dengan ayah
kandungnya dalam keadaan yang tidak dijangka. Karl terbaring dan aktiviti otaknya
semakin menurun. Setiap orang diberikan peluang untuk bertemu secara berseorangan
dengan Karl. Tepat jam 7 malam, Karl menghembuskan nafasnya. Alia meraung, Medina
hanya teresak-esak. Farisha hanya terkedu.

Wasiat terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka. Selepas
Subuh hari Ahad, upacara itu disempurnakan oleh berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab.

Farisha berasakan cinta Medina dan Karl sungguh aneh, walaupun bersaing dan salin
mencabar tetapi Medina masih sayang akan Karl.

Dalam perjalanan pulang dari upacara itu, Aqram beriringan dengan Shida dan Farisha.
Tetapi Aqram dan Farisha berasa pelik dengan sikap Shida. Dia mula berfalsafah seperti
Karl. Aqram berasa sesuatu yang tidak kena kerana tiba-tiba Shida ketawa panjang dan
garau. Aqram merenung tepat ke mata Shida dan mendapati Karl berada di dalam tubuh
Shida. Farisha berlari ketakutan dan mendapatkan Medina.

5 KEKUATAN NOVEL

Kekuatan novel ini ialah novel ini menunjukkan tentang kemodenan teknologi pada masa
depan. Manusia di masa hadapan, dapat melakukan apa sahaja dengan bantuan robot.
Kekuatan novel ini ialah novel ini menunjukkan kelicikan watak-watak sampingan untuk
mendapatkan apa yang mereka mahu. Kekuatan novel ini ialah novel ini menunjukkan
kebijaksanaan Karl dalam mencipta teknologi baharu dan mampu menghidupkan semula
roh manusia dalam badan robot. Kekuatan novel ini ialah novel ini menunjukkan sikap
kasih sayang antara watak utama dengan Azraii, abang angkatnya walaupun status Farisha
hanyalah anak angkat dalam keluarga itu. Kekuatan novel ini ialah novel ini menunjukkan
sikap bersungguh-sungguh Marilyn yang berusaha bersungguh-sungguh mencari anaknya
semula setelah menyerahkan Farisha ke keluarga angkat kerana risau anaknya mati
menjadi bahan uji kaji Karl.

5 KEKURANGAN NOVEL

Kekurangan novel ini ialah novel ini tidak realistik berbanding novel lain. Seterusnya,
kekurangan novel ini ialah sikap tidak bertanggungjawab Karl sebagai bapa Farisha yang
sanggup menjadikan anaknya sebagai bahan uji kaji dengan menanam implan beberapa
kali di dalam tubuh Farisha tanpa ubat bius dan memberikan perbagai jenis ubat ubatan
kepadanya untuk menjadikannya kanak-kanak genius. Hal ini tidak dapat kita lihat di
dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, bapa kepada watak utama, Pak Saidi yang
amat mementingkan anak-anaknya dalam semua perkara. Selain itu, kekurangan novel ini
ialah novel ini menunjukkan kelicikkan robot yang berjaya memperdayakan manusia. Hal

ini dapat kita lihat pada peristiwa Aqram berbuat baik dengan Farisha untuk menembus
masuk ke ruang minda Farisha. Kekurangan yang keempar novel ini ialah pengakhiran
novel yang agak kurang memuaskan. Pada akhirnya, Karl yang disangka mati itu telah
'hidup kembali' di dalam badan Shida. Kekurangan yang kelima novel ini ialah cara
penulisan yang memeningkan otak pembaca yang dalam lingkungan remaja sekolah
menengah.

5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang pertama ialah menulis sinopsis yang lebih mudah untuk difahami
oleh semua golongan umur. Penambahbaikan yang kedua ialah penulis boleh
menerangkan tentang teknologi yang digunakan dengan lebih jelas. Penambahbaikan yang
ketiga ialah mengubah pengakhiran cerita menjadi lebih hebat dari sebelumnya.
Penambahbaikan yang keempat ialah memasukkan lebih banyak nilai murni di dalam
novel ini. Penambahbaikan yang terakhir ialah mengubah warna kulit buku menjadi warna
yang lebih terang agar lebih tertarik dengan buku ini.

JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MAT DARIN
KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL

BIOGRAFI PENULIS (RUHAINI MAT DARIN)

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah
sepenuh masa hamba Allah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan
Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat
kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di
Tak Community College sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean
2012 – 2013

CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL
Dari jendela terkuak yang menghadap jalan,
Lili mengaut beribu pengalaman
yang menerjah dari luar.

Juga menghadam makna hidup
dari isi rumah yang penuh sejarah.
Cerita datuk yang teguh memaut tradisi,
kisah nenek yang mengembara
mengutip kematangan usia;

semuanya mencantumkan keinginan Lili
untuk mengetahui falsafah di sebalik jendela itu.

SINOPSIS
a) Sinopsis keseluruhan
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan bapanya
di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama
nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung,
tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-
sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya
lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka
beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-
anak mereka yang masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada
ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika
dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara
pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di
situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka
mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang
dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang

tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh
Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan
anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang
tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk
berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu
sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan
sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

b) Sinopsis setiap bab

Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti
di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya
perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa
berpura-pura demi menjaga hati ibunya.

Bab Dua.

Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim
tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama
lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan
Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar
tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga
ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili
menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

Bab Tiga.

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa.
Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan
Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan

kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak
pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4.

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah
bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan
bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan
kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula
datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan
lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan
pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan
untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi
segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu
kepastiannya.

Bab 6.

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin
yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata
kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa
India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman
ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri
keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah,
ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar
berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi
kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7.


Click to View FlipBook Version