novel ini yang membosankan. Kelemahan yang ketiga pula ialah novel ini terlalu
panjang dan mempunyai terlu banyak bab. Kelemahan yang keempat ialah novel
ini menunjukkan sifat hasad dengki masyarakat. Abu Bakar telah menjumpai kain
merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum
peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang paku. Kelemahan yang kelima
ialah sikap buruk penduduk kampung yang hanya tahu menyalahkan orang lain.
Tindakan Dahlia yang terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai
oleh penduduk kampung dan mereka mencemuhnya kerana tidak berjaya
menyelamatkannya.
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Penambahbaikan yang pertama ialah mengubah ilustrasi dan warna kulit buku
menjadi lebih menarik kerana ia dapat bermain dengan psikologi pembaca.
Seterusnya ialah mengubah jalan cerita novel ini menjadi lebih menarik dan lebih
menyeronokkan untuk pembaca. Penambahbaikan yang ketiga ialah
memperbanyakkan peristiwa yang lebih menarik dan sukar dilupakan. Selain itu,
penulis juga boleh memasukkan akibat buruk jika kita mempercayai perkara yang
syirik seperti sihir. Akhir sekali, penulis boleh mengurangkan peristiwa-peristiwa
yang tidak memainkan peranan penting terhadap cerita ini agar cerita ini menjadi
lebih tersusun.
TIRANI KARYA BEB SABARIAH
KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL
BIOGRAFI PENULIS (BEB SABARIAH)
Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di
Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari
SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma
dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre
cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya
Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan
PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL
Novel ini bukan sekadar novel yang sarat dengan penceritaan tetapi turut
menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya etnik
Sarawak. Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha
gigih watak utamanya, Waheeda untuk mempromosikan industri pelancongan di
Sarawak.
Watak dalam novel ini menjalurkan perbagai permasalahan semasa, terutamanya
dalam skema perhubungan interpersonal, seperti persahabatan, rumah tangga,
ukhwah, agama dan kekeluargaan. Pengarangnya bijak memanipulasikan gaya
bahasanya bagi membangkitkan isi penceritaannya seperti menggunakan bahasa
daerah dan istilah saintifik.
Membaca novel ini persis menaakul ke dunia psikologi wanita yang mahu
mencapai kecantikan dan kesempurnaan secara menyeluruh dalam hidupnya.
Watak utamanya sentiasa gigih menongkah arus modenisasi dan futuristik unruk
mencipta kejayaan. Segala peradaban dan susila budaya bangsanya walau berada
di mana sahaja tetap dipelihara dan dilindungi. Pengarang mengaspirasikan suatu
nilai yang cukup murni dan berjiwa dalam novel ini, khusus kepada kaum wanita
masa ini.
SINOPSIS
a) Sinopsis keseluruhan
Novel Tirani mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Waheeda yang
mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya yang
pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas namanya sendiri dalam
bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda
telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Untuk menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet telah melakukan
pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang
hidung palsu sehingga menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Setelah
wajahnya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.
Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya
dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser.
Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak
menjamin kebahagiaan rumah tangga. Walau bagaimanapun harapannya tidak
menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu telah merosakkan
kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan
harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak mampu
memikulnya.
b) Sinopsis setiap bab
BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang
tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan
sifatnya yang terlalu obsess dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan
hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya
seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan
keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat
diredakan.
Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan
lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan
yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah,
Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu
daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli
masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh
manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain
makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan
pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman
urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan
tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.
BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2
lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang
Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga
menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas
penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk
membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya,
Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana bercanggah
dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi
kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet.
Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit
muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan
rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara
Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan
pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani
oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan
empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan
sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk
memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak
lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh
tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak
berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda
banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang
sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga
sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar
Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan
Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas.
Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan.
Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju
kerumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan
tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical
Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan
kebersihan bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang
banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat
peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan
daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang
telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah.
Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di
salah sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka
berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama
belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan
harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik
di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh
Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia
berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan
dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan
semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
BAB 5: DOA SELAMAT
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang
akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil
masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu
bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas.
Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ
untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang
ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia
sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya
supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya.
Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan
ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya.
Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC.
Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa
dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk
anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah.
Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah
demi kecantikan wajahnya.
BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma
Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan
Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan
wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya
yang menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari
SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang
jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk
merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda
berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang
ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan
SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
BAB 7: KE PULAU SENTOSA
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari.
Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut.
Kebanyakkan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel
tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-
tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga
menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay
kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin
rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama
berkongsi pengalaman dan pandangan.
BAB 8: HADIAH ALAM
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan
bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja.
Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi
topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita
yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang
Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan
bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah
menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan
Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda
teringat semula akan chalet ayahnya yang mugkin jauh ketinggaln berbanding
dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke
Chalet Tajau Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri
satu temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya
Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel
Keusahawanan dan Ketrampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam
itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah
kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
BAB 9: WAJAH PESONO
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di
Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan
keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staff di situ
seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima
bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda
makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid
setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul.
Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak
memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda
berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang
mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda
mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang
agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan
budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat
akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit,
Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway
datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway
telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada
pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut.
Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus
berbunga.
BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort
dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari
Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam
akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan
sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak
suka tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam.
Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu,
perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di
Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan
perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid.
Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi
oleh Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya
Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak
kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas.
Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang
pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang
bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi
idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu
Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia
tidak mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia
akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi
Sarawak.
BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak
kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira
mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism
International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan
oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi
cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada
Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar
kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan
Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada
di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran
Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang
pada majlis pertunangan itu nanti.
BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya
setelar digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja
menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk
acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya.
Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut mengurus
hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid
berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan
Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak
panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda
supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon.
Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda
menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik
panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih
berlarutan. Selepas bersin berpanjangna, Waheda berasa tulang rawan
hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke
SMC untuk mendapatkan rawatan.
BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic
pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak
dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel
dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta. Datuk Yasser menyedari
bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak
mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu,
Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka
Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat
menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis
pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan
Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas
kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda
berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi
majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj
Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi.
Hal ini disebabkan ketidakhadiran Wahid ke rumahnya kerana dia sedang
berada di SMSC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan
untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir
marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada
Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya
Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di
masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun,
proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anai bahawa Waheeda
berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah
selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda
dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi
ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami
selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
BAB 14: BAGAIKAN PUTERI
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas.
Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak.
Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000
orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga
menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan
teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong
untuk datang ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah.
Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz
sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan,
kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah
pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan
majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan.
Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
BAB 15: HIDUP RANGGI
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran
Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan
sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas
hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh
zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga
memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib
yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan
untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi
kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya
semasa berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya
afsunnya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta
dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup
ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh
antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina
kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.
BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dimuat oleh The
Expert banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu
Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong
dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan
Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke
Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia
jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor
pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam
sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR
merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah
Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang
sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran
Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan
masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah
dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki
itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu
datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan
ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap
isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi
milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu
yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk
Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin
bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin
berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya.
Dimana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik
berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki
oleh ayahnya.
BAB 17: KONFLIK
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan
membayangkan dirinya seolah-olah manusia individulistik apabila enggan
menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin
berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu,
Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya
biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda
mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini
mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya.
Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang
berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari,
Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun
ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia
perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin
Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap
Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur
dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid
mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di
SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama
suaminya. Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading.
Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam
kenangan yang melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya
menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa
keresahan dan sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
BAB 18: DILANDA NOSTALGIA
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah
hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda
bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid.
Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway
bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan
Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan
yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of
Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.
Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi.
Malam itu zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk
menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan
Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak
peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya
perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu
cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin
menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan
suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki
benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil,
waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang
dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating
bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri kanan yang dituduh
rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan
bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital
Normah tanpa kehadiran Zahid.
BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad
ekslusif Hospital Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu,
Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin
Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan
bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid sibuk kerana di
hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat
akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar
dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku.
Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu
anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi
meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang
bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di
Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang
tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel
rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian
DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA.
Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan
dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset
tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid
melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA
yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya.
Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah
terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-
kawannya telah menenangkkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya
untuk menambahkan luka dihati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan
yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid
menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat
diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan
pakar perubatan dan kaunseling.
BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan
Lais menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa
saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan
bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan
kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak
Cik Aziz ingin menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan,
Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi.
Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron
Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula
dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang
kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta sokongan
moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta
semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung
lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di
apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu
dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan
menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa
mereka pada keesokan harinya.
BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu
akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang
pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz
menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang
dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk
membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil
alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu
Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada
Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau
Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh
Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda
mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.
BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya
berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya
dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan
gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus
berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan
wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa
kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan
otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana
Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan
Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada
Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan
Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati
mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat
Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di
chalet itu.
BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani.
Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid
menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan
bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak
langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah
keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu
hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya
sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat
sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan
Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat
para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang
mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga
mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua
orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat
dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los
Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter.
Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan
mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa
gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang
kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh
isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka
berdua.Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak
mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal
kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan
kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya
mendapat zuriat. Izzati yang mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih
daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang
kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana
dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan
menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan
anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati
terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan
menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya
itu.
BAB 24: KAMA HATI
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata.
Ingatannya terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat
fikirannya.Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung
pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya.dan gerak- geri gadis itu
mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-
kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar
Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di
Restoran Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih
dekat lagi.Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya
yang selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk
meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan
dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-
olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia
jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.
5 KEKUATAN NOVEL
Kelebihan yang pertama novel ini ialah, penulis telah mempromosikan negeri
Sarawak dengan menjadikan watak utama, Waheeda sebagai individu yang bekerja
dalam industri pelancongan. Kelebihan yang kedua ialah novel ini banyak
diceritakan tentang budaya dan adat masyarakat Sarawak. Sebagai contoh, ibu
Waheeda, Raidah telah menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas.
Penyediaan ketupat ini ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat Sarawak untuk
menolak bala. Kelebihan yang ketiga ialah Waheeda yang berhati mulia dapat
memaafkan bekas suaminya yang bersikap jahat. Bekas suaminya, Zahid ialah
seorang yang cemburu buta dan tidak memahami kerja Waheeda. Dia juga telah
menuduh anak yang dikandung Waheeda itu hasil daripada ketelanjuran isterinya
kerana anak itu tidak mewarisi kecantikkan Waheeda. Kelebihan yang keempat
ialah novel ini membuatkan pembaca bersyukur dengan nikmat yang diberikan
Tuhan. Novel ini dapat mengajar pembaca menghargai rupa paras asli pemberian
Tuhan. Kelebihan yang kelima ialah sikap Zahid yang telah menyesali
kesalahannya 20 lalu. Zahid bertemu dengan Waheeda untuk meluahkan perasaan
rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya yang meninggalkan bekas isteri dan
anaknya selama 20 tahun.
5 KEKURANGAN NOVEL
Kekurangan yang pertama ialah penulis tidak mempunyai pengetahuan yang
banyak tentang rhinoplasty surgery atau pembedahan plastik untuk mengubah
bentuk hidung. Beliau tidak menerangkan tentang proses pembedahan itu dengan
jelas di dalam novel tersebut. Kekurangan yang kedua ialah jalan cerita novel ini
jauh tersimpang daripada tajuk utama yang hendak penulis tekankan iaitu untuk
mempromosikan budaya Sarawak. Penulis lebih banyak menekankan tentang
perjalan perit liku hidup Waheeda. Keburukan yang ketiga ialah sifat dan perangai
watak utama yang tidak logik akal. Waheeda telah memaafkan dan menerima
semula bekas suaminya setelah suaminya menceraikannya kerana anak mereka
tidak mewarisi kecantikkan Waheeda. Keburukan yang keempat ialah sikap buruk
suami Waheeda, Zahid yang cemburu buta dan menuduh Waheeda curang
dengannya dan bayi yang dikandung Waheeda bukan miliknya. Sikap buruk ini
boleh mengakibatkan keruntuhan rumah tangga, persahabatan dan hubungan
kekeluargaan. Keburukan yang kelima ialah novel ini menunjukkan contoh yang
tidak baik bahawa kita tidak akan dihormati dan akan dihina jika kita mempunyai
wajah yang hodoh dan kita akan disanjung jika kita cantik dipandang. Hal ini
dapat membuatkan pembaca berasa sedih dengan rupa paras mereka.
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Penambahbaikan yang pertama ialah penulis perlu membuat kajian tentang
rhinoplasty dengan lebih mendalam dahulu terlebih dahulu menulis buku ini.
Seterusnya, penulis boleh mempromosikan negeri Sarawak dengan lebih
mendalam dan kurangkan drama di dalam novel ini. Penambahbaikan yang ketiga
ialah penulis boleh menekankan tentang kecantikan diri seseorang tidak membawa
sebarang makna kerana dengan bakat yang dimiliki kita boleh berjaya. Selain itu,
penulis boleh menceritakan tentang keburukan tinggal di dalam rumah tangga
yang mendera mental seseorang agar pembaca boleh mendapat iktibar. Akhir
sekali, penulis boleh mengubah pengakhiran novel ini menjadi lebih tidak dijangka
dengan membuatkan Waheeda tidak memaafkan bekas suaminya.
BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL
BIOGRAFI PENULIS (SRI RAHAYU MOHD YUSOP)
Sri Rahayu Mohd Yusop atau nama penuhnya Sri Rahayu binti Mohd Yusop lahir di
Tanjong Karang, Selangor pada 18 Jun 1976. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, University of Otago, New
Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Beliau berkarier sebagai Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang
(2000 – 22003) dan di SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL
Ia bukannya tentang mahu menggerakkan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang
memang sedia ada di sana. Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Pelik
bukan?
Sedikit cahaya pula menutup deria mata. Begitu Tuhan mencipta deria manusia
dengan penuh keterbatasan agar manusia tidak leka dengan apa yang dapat dilihat oleh
deria.
Dapatkah Nurul Hafsa membawa bintang-bintang itu kembali ke Kuala Selangor?
SINOPSIS
a) Sinopsis keseluruhan
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang
bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah
bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang
dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan
negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya
Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad
Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek
tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua
Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas
peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa
dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat
bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan
Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan
beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh
Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan
kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin
menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat
Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
b) Sinopsis setiap bab
Bab 1 :
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid
dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke
balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah
menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya
runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut,
Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya
upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia
untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul
Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya
sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit
cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup
deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan
penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh
deria.
Bab 2:
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah
seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik.
Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa
terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan
Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk
menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan
anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk
berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang
sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk
bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek
pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun
dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas
beliau.
Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang
kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana
tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal
tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang
melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji
Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya
Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang
dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan
secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan
semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka
menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan
pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat
menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui
suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat
kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun
demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan
sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu
persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
Bab 4:
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti
yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari
bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman
bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap.
Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang
merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit
Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E
Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap
kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas
1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau
oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor
yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui
penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan
kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa
kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila
menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan
Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.
Bab 5:
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan
kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya
Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali
kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah
kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran
bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan
kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah
apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap
bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan
pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum
bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan
isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun
mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim
mereka berdua.
Bab 6:
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah,
Pegawai Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan
tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun
demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang
tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam
sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun
yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu
hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia
melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya
Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-
temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta
mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini
tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk
membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-
kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta
hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap
orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang
dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 7:
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-
hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat
bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah
mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa
ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang
melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul
Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-
wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam
wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya,
Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah
abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa
selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa
menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta
ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan
semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin
motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan
paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak
sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi
dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali.
Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En.
Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak
Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad
Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan
bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid.
Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah
satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah
untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa.
Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat
Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat
dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa
dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh
dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul
Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya
membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu
kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri
Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada
mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan
Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama
ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin
dan Maryam.
Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap
idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut
kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender
membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli
perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan
Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad
Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan
menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama
seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu.
Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.
Bab 14:
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek
yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya
bukan untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh
pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah
membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada
Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan
dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri
Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender
dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat
dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat
pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut.
Bab 15:
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong
menuju ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia
tidak pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang
melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput
di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong
rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa
kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam
rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa
segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang.
Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil
barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon
bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.
Bab 16:
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk
melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu
dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang
kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual
dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas
itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat
khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum
sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal
ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya
itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin
mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk
meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad
Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai
selendang hitam bermanik Kristal.
Bab 17:
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas
isterinya berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor
Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang
menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak
polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan
meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar
berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya
akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 18:
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja
mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri
Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke
kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa
terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas
kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung
dengan kain gelap.
Bab 19:
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya
pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang
hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut
yang memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut.
Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul
Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di
stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin
ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk
ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan
dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang
perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul
Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa
walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga
tidak sedarkan diri.
Bab 20:
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan
Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa
berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini
sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika
rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada
tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan
pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa
selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau
bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan
Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen
tempatan.
Bab 21:
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan
oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar
dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua
Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang
memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima
padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi
etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk
tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah
ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak
Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan.
Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.
Bab 22:
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan
kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin
menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi
dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula
bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang
hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui
Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam
keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru
selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita
ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
5 KEKUATAN NOVEL
Kekuatan novel ini ialah novel ini bercerita tentang watak utama dan rakannya,
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik yang berusaha melestarikan alam sekitar.
Muhammad Taufik membuat projek pembinaan rumah mesra alam komersial dan
Nurul Hafsa pula bersungguh-sungguh hendak mengembalikan semula populasi
kelip-kelip. Kekuatan yang kedua, berbanding dengan novel lain, novel Bimasakti
Menari ini banyak memasukkan unsur sains tentang jenis-jenis buruj. Hal ini dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kepada remaja mahupun sesiapa sahaja yang
membacanya. Kekuatan yang ketiga ialah novel ini nipis dan tidak setebal novel
lain tetapi mempunyai isi yang padat dan tidak membosankan pembaca. Novel ini
juga sarat dengan ilmu astronomi dan memberi kesedaran kepada pembaca tentang
penjagaan alam sekitar. Kekuatan yang keempat pula ialah sikap kerjasama Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik untuk memulihkan populasi kelip-kelip pada zaman
yang mereka duduki. Muhammad Taufik telah membeli 50 hektar tanah di Sungai
Selangor bagi tujuan mencerap populasi kelip-kelip, sebagai satu usaha untuk
memulihkan populasi kelip-kelip yang mengalami kepupusan. Kekuatan yang
kelima ialah latar masa kejadian yang berlaku dalam novel ini ialah dalam era
kemodenan iaitu pada waktu negara kita dipimpin oleh Perdana Menteri yang ke-
10. Hal ini dapat menunjukkan kemodenan yang dapat negara kita kecapi suatu
masa nanti.
5 KEKURANGAN NOVEL
Kelemahan novel ini ialah novel ini menunjukkan sikap hasad dengki Dato
Johan. Dato Johan telah melakukan perbagai perkara jahat untuk
mendapatkan tender projek yang direbutnya. Kelemahan yang kedua ialah
novel ini menunjukkan zaman masa depan negara yang terdedah dengan
pencemaran bunyi dan cahaya. Kata Taufik, populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurang kerana kehadiran ramai pelancong
dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, dan cahaya dari
kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang membawa
ancaman kepada kelip-kelip. Kelemahan yang ketiga ialah dialog watak-
watak yang memanggil sesama sendiri dengan nama penuh. Ia agak janggal
kerana itu bukan satu kebiasaan untuk kita memanggil orang yang dikenali
dengan nama penuh. Kelemahan yang keempat ialah watak Nur Hafsa dan
Muhammad Taufik yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi
projek yang hendak mereka jalankan. Hal ini boleh menyebabkan pembaca
merasakan itu perkara yang betul untuk membahayakan nyawa mereka.
Kelemahan yang kelima ialah sifat dendam Dato Johan terhadap bapa
Muhammad Taufik iaitu Tan Sri Muhaimin. Nilai negatif ini boleh
mengalirkan dalam minda pembaca dan seterusnya menyebabkan mereka
ada sifat dendam dalam diri.
5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Penambahbaikan yang pertama ialah penulis boleh memberitahu akibat lain
pencemaran udara dan bunyi kepada masyarakat dan negara. Yang kedua
ialah penulis boleh menerangkan kisah novel ini di diskripsi kulit belakang
novel dengan lebih mendalam. Seterusnya, penulis boleh menukar ‘font’
diskripsi novel ini dengan ‘font’ yang lebih mudah untuk dibaca.
Penambahbaikan yang keempat ialah penulis boleh menambahkan
beberapa ilustrasi berkenaan dengan novel ini supaya pembaca boleh
memahami apa yang terjadi dengan lebih mendalam. Yang terakhir ialah
penulis boleh mengubah jalan cerita mengikut peredaran zaman. Beliau
boleh menambah situasi yang sedang popular pada masa kini.
SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL
BIOGRAFI PENULIS
Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada
31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di
Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat
menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu
Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun
1992.
Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab
Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau
berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu
Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia. Nizar Parman
mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI.
CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL
Lelaki bernama Abdullah Bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya.
Sesungguhnya Haiqal tidak pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki
itu. Konflik keluarga telah membawa kepada perceraian, lalu memisahkan
Haiqal dengan ayah kandungnya itu.
Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian
lama terpendam. Haiqal membulatkan tekad walau sedar uminya pasti
membantah. Dia perlu ke kampung arwah ayahnya. Misteri Abdullah Bin
Kayan perlu dirungkai.
SINOPSIS
a) Sinopsis keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal
Haqimi. Dia hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal
didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat hasil
penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan manuskrip itu, Haiqal bertekad untuk
mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah
kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah
ayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal
ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia
sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala
Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di
Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan
terhadap anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun
uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal
mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak
diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh
penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung
Haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit
Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui penceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau
juga seorang yang amat mencintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan
Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal
dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat
persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal
sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberikan
sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal menari.
b) Sinopsis setiap bab
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang
setebal 58 muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh
penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya.
Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l
Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun, masih di
sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya, bahawa
ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya
memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal
menyimpan tekad untuk mencari ayahnya Abdullah Kayan.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haiqal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di
pantai Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah. Ratna tidak
meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu ibunya
menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haiqal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka
berkawan baik. Haiqal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti
manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di pantai, Haiqal cuba
menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin
tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haiqal. Haiqal tidak tahu. Haiqal
pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu
kebahagiaan umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu
tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada
Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang
cuba mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku
menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan
tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkhidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalam subjek Bahasa
Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh
terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman seusia dengan Ai Ling.
Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-
pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen,
ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran
dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun
getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang
dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta
peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat
gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia
menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani
penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim
berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah
rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di
kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di
Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya
perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim
hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling
seperti cucunya sendiri. Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai
Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-
siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku
menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya
tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan
di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja
sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan
Seri Purnama. Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu
dan Cina tidak penting. Yang penting anak-anaknya belajar dengan
rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku.
Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan
aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian
sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di
dalam bilik guru. Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar
Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya
tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat
beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap
itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku
sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling
rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati
Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.
ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya.
Tauke Lim tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana
lebih mementingkan pembelajaran persekolahan anak-anaknya. Tauke
Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya
menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi
membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu .
Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan
aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke
Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima
tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang
sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa
berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke
Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke
sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai Ling seperti anaknya
sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan
datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perasan Haiqal,
Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku.
Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi
popular.
iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim
juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin
D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa
Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat
dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin.
Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi
persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah
terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli
kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim
bersetuju menanggung perbelanjaan jamuan tetamu. Aku terus
berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut.
Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin
jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam
agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di
bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada
dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah
hidupnya sendiri.
iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya
Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan
deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku
bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai
Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka
membaca buku puisi. Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkannya
dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada
petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakaknya,
Ai Ching. Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan
kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara
membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling
dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama
Aiman di bibirnya, Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi
sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke
Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di
warung Abang Dollah. Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada
aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan
meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku
muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku
mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak
muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih
berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang
khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke
Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon
Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu
aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat
kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang
pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu.
Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara
spontan yang mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga
lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir.
Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang
keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang
menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui
perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika
Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai
hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih
akan Ai Ling
vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju
mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak
aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya
dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula
mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling
dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak
tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling
dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku