The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kaptenfaris17, 2021-11-15 06:54:04

e-Buletin FSK Bil. 01

e-Buletin FSK Bil. 01

WEBINAR DAN CERAMAH

Akademik Pengajian Islam

Kontemporari (ACIS) UiTM Shah

Alam bersama Muallaf Research

Group telah mengadakan webinar

yang bertajuk Model P&P Muallaf:

Pembimbing Muallaf Sebagai Mentor

pada 3 Ogos 2021. Antara panel

jemputan webinar ialah Dr. Abd Hadi

Borhan, Timbalan Dekan Hal Ehwal

Pelajar & Alumni, FSK.

Dr. Norhisham Muhamad dijemput
sebagai penceramah sempena Majlis
Sambutan Maal Hijrah 1442H
Peringkat Kolej Vokasional Bintulu
pada 9 Ogos 2021 dengan tajuk
ceramah yang disampaikan Manhaj
Rabbani, Ummah Berkualiti.

Dua pensyarah daripada Jabatan
Pengajian Islam, FSK iaitu Prof. Madya Dr.
Azmil Hashim dan Dr Norhisham Muhamad
dijemput sebagai penceramah sempena
Seminar Mendepani Cabaran Pendidikan
Norma Baharu anjuran Kolej Komuniti
Chenderoh, KPT dan Jabatan Agama Islam
Perak. Seminar berkenaan diadakan pada
14 Ogos 2021 di mana antara peserta
terdiri daripada Guru Sekolah Menengah
Agama dan Maahad Tahfiz Negeri Perak.

30

WEBINAR DAN CERAMAH

Unit Integriti, UPSI dengan kerjasama
Unit Latihan, Bahagian Pembangunan
Sumber Manusia (BPSM) dan Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
(RMIC) telah menganjurkan Webinar
Integriti dalam Dunia Akademik :
Kecurangan Akademik, Perolehan dan
Rasuah terbuka kepada kakitangan
UPSI pada 23 Jun 2021 (Rabu) pada
jam 10.00 pagi melalui platform Cisco
Webex (Kakitangan Akademik) dan FB
Integriti UPSI (Kakitangan Bukan
Akademik). PM Dr. Muhammad Atiullah
bin Othman, pensyarah Jabatan Moral,
Sivik & Pembangunan Karakter telah di
jemput sebagai moderator bagi program
tersebut.

Satu sesi Webinar bertajuk

Peranan Belia Malaysia dalam

Mengisi Kemerdekaan dengan

kerjasama Persatuan Pengajian

Malaysia dan Jabatan Pengajian

Kemasyarakatan dan

Kewarganegaraan, Fakulti Sains

Kemanusiaan (FSK) telah diadakan

pada 28 Ogos 2021 (Sabtu) jam

9.30 pagi melalui platform Google

Meet & FB Live Persatuan

Pengajian Malaysia, UPSI. Panel

jemputan ialah Prof. Dr. Ishak Saat

dari Jabatan Sejarah, FSK.

31

WEBINAR DAN CERAMAH

Jabatan Sejarah dengan kerjasama Jabatan Sejarah Fakulti Sains
Persatuan Mahasiswa Sejarah, Universiti Kemanusiaan (FSK) dengan kerjasama
Pendidikan Sultan Idris telah melancarkan Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS)
sebuah webinar yang mengupas isu-isu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
berkaitan Perjuangan Kemerdekaan menganjurkan beberapa siri webinar di
Serantau bersempena dengan Bulan dalam Minggu Webinar Sejarah – Sinergi
Kemerdekaan yang ke-64 tahun pada 19 Sejarah dan Warisan dalam Pengukuhan
Ogos 2021 (Khamis) jam 10.00 pagi Bangsa. Program webinar sejarah ini
sehingga 4.30 petang di Platform: Facebook bermula pada 3 Jun 2021 (Khamis) bertajuk
Live PERMAS dan Fakulti Sains ‘Tunku Abdul Rahman: Usaha-usaha
Kemanusiaan, UPSI. Webinar antarabangsa Pembinaan Negara dan Cabaran dari Tahun
ini melibatkan 2 institusi pengajian tinggi di 1955-1970’. Usaha Perdana Menteri yang
Indonesia, iaitu Universitas Negeri pertama Malaysia telah dibincangkan dalam
Semarang dan Universitas Negeri membina sebuah negara dan cabaran yang
Yogyakarta. dihadapi dari tahun 1955 hingga 1970.
Webinar ini merupakan sebuah perkongsian
yang mantap dari panel jemputan yang arif
mengenai bidang ini iaitu Prof. Madya Dr.
Mohd Bin Samsudin, Pengarah, Pusat
Kebudayaan, Bangunan DECTAR,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

32

WEBINAR DAN CERAMAH

Pada 10 Jun 2021 pula diadakan webinar sejarah
yang membincangkan mengenai Hubungan Etnik di
Tanah Melayu : Konflik dan Kompromi. Webinar
yang disiarkan melalui Facebook Live Fakulti Sains
Kemanusiaan (FSK) & Persatuan Mahasiswa
Sejarah (PERMAS) ini merupakan sebuah
perkongsian oleh Dr. Mohamed Ali Hanafia
Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan
Falsafah,Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
Darul Aman.

Manakala pada 24 Jun 2021 pula membincangkan
tentang Mossad Vs Hamas di Malaysia: Penelitian
Terhadap Kes Pembunuhan Dr. Fadi yang
dibincangkan oleh Dr. Azharudin Mohamed Dali dari
Universiti Malaya.

Jabatan Pengajian Islam FSK telah menganjurkan
Forum: Maal Hijrah dan Kemerdekaan pada 27 Ogos
2021. Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Prof Dato’ Dr. Md. Amin Md.
Taff. Forum ini terdiri daripada dua panel yang
terkenal, iaitu Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Arif
Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri
Perlis bersama Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi
Ramle, Ketua Jabatan Pengajian Islam FSK. Program
mendapat sambutan yang baik daripada warga UPSI
dan masyarakat awam.

33

WEBINAR DAN CERAMAH

Program Quran Care telah dirasmikan oleh Naib
Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff
pada 28 Ogos 2021. Program ini bertujuan
menyemarakkan pengajaran Al-Quran kepada
masyarakat setempat di samping memberi
pendedahan dan pengalaman kepada pelajar.
Program ini turut diserikan dengan forum bertajuk
Kepentingan Al-Quran dalam Masyarakat Islam
yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Dr.
Haji Anhar Opir, Mufti Negeri Selangor.

Dr Muhammad Atiullah bin Othman Pensyarah
Kanan Jabatan Pengajian Moral, Sivil dan
Pembangunan Karakter , FSK merupakan salah
seorang ahli panel dalam siri 1 Webinar Bicara
Antirasuah Dalam Perspektif Syariah yang diadakan
pada 18 Julai 2021.

Dekan FSK, Prof. Madya Dr. Mohd Khairy Ibrahim dari
Jabatan Sejarah dan Alam Sekitar giat membuat
perkongsian dan dijemput dalam beberapa program
yang melibatkan institusi sekolah. Antara program
tersebut ialah Sembang Santai Alumni FSK bersama
Sekolah: SPM, Geografi & Masa Depan pada 7 Ogos
2021 anjuran SMK Kg. Seoharto, Felda Seoharto,
Selangor.

34

WEBINAR DAN CERAMAH

Program seterusnya ialah Sembang Santai
Bersama MHI: Mencipta Kejayaan Hari Ini
untuk Kejayaan Hari Esok anjuran Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungkai, Perak.

Manakala pada 16 Ogos, Dekan FSK
menyempurnakan Sembang Santai Bersama
MHI: Edisi Khas Tingkatan 6 bertajuk Mencipta
Harapan Hari Ini untuk Kejayaan Hari Esok.
Program yang dijalankan pada 16 Ogos 2021
merupakan anjuran Sekolah Menengah Dato’
Zulkifli Muhammad, Slim River, Perak.

Pada 31 Julai 2021, Dekan FSK membuat
perkongsian bersama Tingkatan 1, 2 & 3
dengan tajuk Pendidikan Kerjaya, Panduan
serta Khidmat Nasihat bagi Subjek Geografi
dalam Membangunkan Pendidikan. Program
ini merupakan anjuran Sekolah Menengah
Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak.

35

WEBINAR DAN CERAMAH

Dr. Norazlan Hadi Yaacob, Pensyarah Kanan
dari Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan
Kewarganegaraan telah dijemput sebagai
Pengucap Tama dalam program ‘Pemuda
Merdeka Peneraju Kebangkitan Nusantara.’
Program tersebut telah dijalankan pada 17
Ogos 2021.

Prof. Madya Dr Nazirah Lee telah
menjayakan Webinar Siri 2: Tokoh-Tokoh
Perak Dalam Perjuangan Kemerdekaan yang
diadakan pada 4 September 2021.

Pensyarah di Jabatan Sejarah, Prof. Dr. Ishak
Saat aktif dalam menyampaikan perkongsian
berkenaan kemerdekaan dalam pelbagai siri
webinar. Antaranya program yang beliau
terlibat ialah ‘Bicara Merdeka bertemakan
Malaysia Prihatin’ anjuran Jabatan Ilmu
Kemanusiaan IPGK Tuanku Bainun pada 3
September 2021.

Seterusnya, beliau dijemput dalam webinar
Tokoh-Tokoh Perak Dalam Perjuangan
Kemerdekaan pada 31 Ogos 2021. Manakala
pada program berikutnya dikenali sebagai
Ceramah Khas: “Kebangkitan Islam” di Alam
Melayu. Tahniah diucapkan.

36

Berita berkaitan
tema buletin

Tema Isu Khas
(Kesihatan Mental)

Pandemik COVID-19 memberi
impak yang amat besar kepada
kesihatan mental setiap individu di
seluruh dunia dan tidak terkecuali
rakyat Malaysia. Perbincangan secara
akademik dalam pelbagai perspektif
adalah amat relevan.

Fakultas Ushuluddin dan
Pemikiran Islam UIN Raden Fatah,
Palembang dan FSK, UPSI telah
menjayakan 7th International Webinar
bertemakan Islamic Spiritual
Management in the Pandemic Era: A
Scientific Approach and Southeast
Asian Experiences pada 5 Julai 2021.
Webinar ini membariskan 6 ahli panel
dimana 3 daripada terdiri daripada
pensyarah di FSK iaitu Prof. Madya Dr.
Azmil Hashim, Dr. Husna Hussain dan
Dr. Sakinah Salleh.

37

椀猀甀 欀栀愀猀

Biodata Ringkas

Tarikh Lahir : 5 Ogos 1956
Tempat Lahir : Pasir Panjang, Kuala Terengganu
Kelulusan : Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
UM
Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UPM
Sijil Perguruan Institut Perguruan Temenggung Ibrahim

Pengalaman:
1978: Guru Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah,
Klang, Selangor
1992: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Selangor
1997: Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Kaunseling,
Fakulti Pendidikan, UM
1999: Ketua Seksyen Kaunseling dan Kerjaya, UM
2007: Pengarah Urusan Hushim Motivational & Counselling
Consultancy

Beliau merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman luas
dalam bidang kemasyarakatan, pendidikan keibubapaan, bidang
motivasi kerjaya, kaunseling kerjaya, kaunseling keluarga dan
perkahwinan serta bidang-bidang yang berkaitan dengan motivasi
dan kaunseling.Beliau aktif mengadakan program-program
pembangunan insan dan juga ceramah-ceramah motivasi bagi
sektor korporat, organisasi-organisasi kerajaan dan swasta,
peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS), serta peringkat sekolah
menengah dan rendah. Selain itu, beliau juga aktif dalam
menyampaikan ceramah dalam program-program pendidikan
keibubapaan dan juga program pasca perkahwinan.

Cr. Haji Hushim bin Haji Salleh
Kaunselor Berdaftar 00019
Perakuan Amalan 0007

38

Percubaan Bunuh Diri dalam Kalangan Pelajar

di Era Pandemik Covid-19

Isu membunuh diri dalam kalangan masyarakat Malaysia susulan pandemik Covid-19 sejak
akhir-akhir ini semakin membimbangkan sebagaimana dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus
perdana. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
baru-baru ini, Malaysia merekodkan 468 kes bunuh diri dalam tempoh Januari hingga Mei
tahun ini, berbanding 631 kes sepanjang tahun lepas. Dalam tempoh tiga bulan pertama
tahun ini, sebanyak 336 kes bunuh diri dilaporkan oleh pihak polis, atau secara purata kira-
kira empat kes bunuh diri dilaporkan berlaku setiap hari dalam tempoh berkenaan. [Utusan
Borneo Online, 27 Julai 2021, Rencana: Covid-19 dan impaknya terhadap kesihatan mental
di Malaysia].

Berdasarkan kepada statistik tersebut, isu ini wajar diketengahkan supaya semua pihak
dapat membuka mata tentang keseriusannya dan seterusnya mencari jalan penyelesaian
yang tuntas. Apatah lagi tidak ada tanda-tanda penularan pandemik tersebut akan reda
dalam masa terdekat sedangkan sebahagian besar rakyat kini semakin lesu upaya untuk
terus mendepani cabaran yang dibawa COVID-19 sejak awal tahun lepas, khususnya
membabitkan kelangsungan hidup mereka.

Jika dilihat secara lebih khusus, golongan pelajar juga adalah berisiko untuk terjebak
dengan isu ini jika tiada perhatian khusus. Hal ini kerana mereka perlu menjalani sesi PdP
secara atas talian yang secara langsung mengubah keseluruhan kaedah pengajian yang
dilalui selama ini dari sudut kaedah pengajaran guru, suasana kelas, platform, tugasan,
peperiksaan dan lain-lain.

Sebahagian daripada mereka tidak dapat menyeseuaikan diri dengan norma baru
disebabkan cabaran dan kekangan secara langsung dan tidak langsung yang terpaksa dilalui.
Akibatnya, mereka mengalami tekanan perasaan yang melampau dan memudaratkan
hinggakan segelintir mereka mengambil jalan yang tidak sepatutnya dengan menamatkan
riwayat masing-masing.

Justeru, edisi khas kali ini membawakan para pembaca menyelusuri realiti sebenar isu
percubaan bunuh diri yang berlaku dalam kalangan pelajar melalui maklumat dan data yang
diperoleh menerusi wawancara yang dijalankan terhadap seorang kaunselor bertauliah yang
berpengalaman luas di sekolah. Berikut adalah wawancara yang dijalankan bersama Tuan
Haji Hushim bin Haji Salleh seorang kaunselor profesional yang berpengalaman

39

BK 1 Jika dilihat statistik bunuh diri ini, daripada awal tahun ini setakat Julai menunjukkan

peningkatan 140% dimana menunjukkan terdapatnya peningkatan. Jika dilihat juga dalam konteks

negara kita sendiri, dari Akta Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan menyabitkan cubaan bunuh diri salah

satu kesalahan jenayah,itu antara benda-benda yang kita perlu lihat semula. Pihak KKM juga memberi

maklum balas berkaitan dengan mewujudkan Pegawai Psikologi kaunseling diperingkat daerah, klinik

dan hospital sebagai perkhidmatan kesihatan mental, pencegahan keganasan, kecederaan dan

sebagainya. Pada pendapat Tuan Haji Hushim, dalam kalangan pelajar sendiri, sejauh mana isu

percubaan bunuh diri ini berlaku? Adakah isu ini sebagai isu yang kritikal terutama dalam konteks

pandemik Covid-19?

HH 2 Ok Terima kasih. Saya bercakap berdasarkan kes-kes kaunseling di klinik saya yang

saya kendalikan. Saya mulakan dulu kesan pandemik ini kepada remaja, terutama sekali dari segi

emosi dan mental. Apabila saya buat kaunseling, kebanyakan remaja-remaja yang hadir ini mereka

mempunyai banyak faktor yang menyumbang kepada kesan kesihatan emosi dan mental itu. Contoh

yang pertama sekali, bila mana anak-anak ini belajar dari rumah, kesannya dari segi emosi dan kesan

sosial sebab biasa budak-budak ini ke sekolah dan mereka boleh bersosial, berkawan dengan kawan-

kawan, kalau dia ada stress atau tekanan dalam keluarga ke, ataupun dari segi kita kata tekanan-

tekanan emosi sosial, budak-budak ini dia boleh kongsi dengan kawan-kawan. Bila pandemik, mereka

terkongkong dan duduk dalam rumah. Masa itu juga ibu bapa juga stress. Ibu bawa work from home

dan ibu bapa juga stres. Bila ibu bapa stres, dan tengok juga kepada cara gaya pendidikan

keibubapaan. Kalau cara pendidikan keibubapaan lebih kepada mesra anak-anak, ada komunikasi,

pendengar yang baik dan banyak membantu (support system), maka disitu dapat mengurangkan dari

segi tekanan emosi dan juga mental. Tapi yang saya nak sebutkan di sini apabila ibu bapa sendiri yang

stres dan itu sendiri akan memberikan tekanan kepada anak-anak ini. Hal ini yang ramai jumpa saya.

Bila jumpa tu, kebanyakkan yang stress tu adalah dengan ibu bapa. Contoh bila dah duduk di rumah,

mereka akan rasa dia punya sosial kalau dulu balik sekolah petang-petang boleh jogging, berlari-lari,

main di padang. Sekarang tidak ada. Duduk dalam rumah je 24 jam. Ini memberi kesan kepada emosi

dan kepada remaja-remaja biasanya ibu bapa akan banyak expectation, tengok expectation ibu bapa

juga. Contoh “kenapa tidak masuk kelas PDPR? Kenapa tak masuk kelas? Abang kan dah besar, takkan

mama nak ingatkan?” Ha dia stress dekat situ tau. Lepas tu soal gajet. Ini pun memberi kesan sebab

apa, kalau yang remaja perempuan, dia ada kawan-kawan dia, ada Instagram ada FB, benda ini yang

mereka boleh layan sehingga pukul 2 hingga 3 pagi. Bila saya tanya kenapa, habis nak cakap dengan

mama dan daddy mereka tak layan. Jadi kawan la. Jadi mereka tidur lambat, banyak yang tidur lambat.

Pukul 3 pagi pukul 4 pagi baru tidur. Yang lelaki pula main PUBG.Yang perempuan layan ‘Korea’. Jadi

dekat sini, bila ibu bapa tahu hal ini, dan akan berlaku konflik. Di sini la maka akan beri tekanan kepada

remaja-remaja ini dan juga ada kes-kes yang cakap pada saya “baik mati lagi bagus”.

BK 3 Berapakah lingkungan umur tersebut jika Tuan Haji Hushim boleh nyatakan?

HH 4 Biasa dalam umur 16, 17, 15 ya.14, remaja la. Kebanyakkan remaja. Sebab dia remaja

ini, di sini la minta maaf cakap ya. Sebenarnya di Malaysia, rakyat Malaysia, ramai yang tidak ada ilmu

40

keibubapaan. Sebab klien saya ni macam-macam, goktor pakar, ustaz, tok imam, macam-macam bawa
anak dia tau. Jadi kita tengok orang tu orang yang berilmu tetapi bila ilmu keibubapaan tak ada, macam
mana kita nak katakan nak komunikasi dengan anak remaja. Dia anak-anak ni lain tau masa awal
kanak-kanak lain, kanak-kanak lain. Umur 1-7 tahun itu dipanggil zaman awal kanak-kanak, jadi
senang. Bila malam kata “ok mama ambil handphone, tidur”. Meraka dengar cakap. Umur 8-12 tahun,
“ni mama ambil handphone,” walaupun memberontak, tapi bagi juga. Ok. Yang banyak memberontak,
yang melawan bila umur 13,14,15,16,17 tahun. Saya bagitahu ni bukan sahaja yang nak bunuh diri,
Ramai sekarang yang lari dari rumah. Perempuan lawa-lawa, cantik-catik, comel-comel tu lari. Kalau
lari duduk mana? Duduk kondo. Mana nak cari. Kemudian duduk kat sana ha dia mula lah buat projek.
Macam-macam projek dia buat. Budak lawa-lawa, cantik-cantik. Ha sebab itu saya nak bagitahu, kalau
parent tahu, semua parent nak datang buat sesi kaunseling iaitu Family Therapy. Family Therapy is
very important dalam keadaan sekarang. Yang mana anak-anak ini mereka dalam keadaan stres tau,
dan saya risau dalam keadaan PKP ni ya. Memang ada dua pendapat. Nak buka sekolah takut, takut
kena Covid. Tetapi kalau tak buka, saya cakap terus terang sebagai kaunselor, kalau Menteri nak
dengar lagi bagus. Kalau tak buka, budak-budak ni dah stress tau, dah lama tak pergi sekolah. Dan
mereka akan beri kesan kepada iaitu dia punya pemikiran, tingkah-laku, dan dia boleh pergi kita kata
nanti dah ada perasaan malas nak belajar, tak nak belajar dan kemungkinan juga kemurungan sebab
remaja biasanya aktif bersosial. Tapi hari ini mereka aktif bersosial dalam media sosial, tak sama ya.
Budak-budak biasalah kalau kat sekolah tu cucuk perut kawan, lari-lari, pastu pergi kantin gelak-gelak.
Pastu masa PJ masa tu kan. Jadi bila tak ada ini semua, kita kata bisikan-bisikan tu banyak Suruh mati,
mati, mati ya. Jadi dekat sini saya nampak, ibu bapa perlu sangat lah mempelajari ilmu keibubapaan
ini. Sangat-sangat perlu terutama dalam keadaan pandamik bagaimana untuk berdepan dengan anak-
anak remaja yang kita kata terkongkong ni, terkongkong emosi, mental, sosial, psikologi dan juga
fizikal. Itu penting.

BK 5 Di sini saya nampak Tuan Haji melihat dalam era pandemik ini kita banyak berada di

rumah dalam tempoh dari tahun lepas sehingga tahun ini. Tuan Haji memperlihatkan dalam konteks

institusi keluarga yang boleh meningkatkan lagi faktor membunuh diri dalam kalangan remaja. Apakah

cara atau apakah pendekatan, kita panggil pencegahan awal selain daripada kita kata meningkatkan

kemahiran keibubapaan, dalam konteks keluarga ni, pada pandangan Tuan Haji apa lagi pencegahan

awal yang boleh kita lakukan untuk membendung isu ini?

HH 6 Sebenarnya saya banyak dijemput oleh PIBG-PIBG sekolah dan PPD. Saya buat

webinar tajuknya adalah Pendidikan Keibubapaan Semasa Pandamik. Jadinya dalam 2 jam, parent

akan tahu, ilmu yang saya bagi tu terutama sekali masa tau, ibu bapa perlu uruskan masa untuk

bekerja. Kalau ibu pula kena bangun 4.30 pagi untuk masak. Besok pagi anak-anak tu dia, masa satu

lagi nak bagitahu bila dalam keadaan pandemik ni, budak-budak ni lapar je kerjanya, lapar, lapar, lapar.

Dan ilmu yang kedua ilmu komunikasi. Komunikasi keibubapaan tau. Biasanya anak dan awal-awal

remaja ni, mak bapa dah kurang bercakap. Kurang bercakap tau. Banyak bergaduh, banyak, kata orang

tu mengarah tau, jadi komunikasi mengarah tak sesuai. Dia lebih ke arah komunikasi mendidik dan

juga mendengar (good listener) tau. Jadi Kemahiran-kemahiran yang bagaimana kata orang tu yang

41

memikat hati anak dalam keadaan macam ini. Expectation parent tu jangan tinggi sangat pada masa
ini. Sebab apa tau kita tak nak budak-budak ini stress. Dalam keadaan kita kata pandemik, kadang-
kadang budak-budak ni stress bukan apa, kerja sekolah banyak, lepas tu kat rumah pula mak bapa
pulak kata “ha ni kakak, kakak dah Form 3, tolong tengok adik punya PDPR”, “kakak lipat kain”, Kadang-
kadang tu mak tu meeting sampai 3 meeting, ayah pun meeting. Jadi suasana tu stres. Jadi dekat sini
ibu bapa perlu ada ilmu keibubapaan. Selain daripada itu, ibu bapa perlu ada checklist apa nak buat.
Besok apa nak buat. Maka di sini ibu bapa perlu ada perbincangan dengan anak dari masa ke semasa.
Yang ni yang susah ni. Sebab minta maaflah, kadang mak bapak sibuk, yang kedua mak bapak ada dia
punya disiplin kendiri dia. Bila masuk alam remaja, dia serah bulat-bulat pada anak tu tau. “kakak kan
dah pandai, dah besar, ha buat sendiri” tapi budak-budak ni, dia masih lagi nak ada bimbingan.
Bimbingan daripada ibu bapa kan. Ibu bapa juga kena ada ilmu kalbu. Ilmu kalbu nak mengelak
daripada bunuh diri ni. Minta maaf Dr. ya, ramai jumpa saya duduk atas kerusi “Atuk, I’m free thinker”,
duduk lagi “Atuk, I’m liberal”, “Atuk, tuhan dah tak ada, saya dah minta tolong dengan tuhan, tuhan
tak dengar pun, baik mati”. Nampak, so parent ya lah minta maaf la, kadang-kadang ayah ni kat rumah
perlu jadi imam sebenarnya, solat berjemaah, jadi imam, lepas solat berjemaah, doa, lepas tu baca al-
quran, tadabur quran. Minta maaf cakap ya, hari ni ramai remaja tak ada bimbingan daripada mak
bapa dan sebab itu budak-budak ni jadi free thinker. Perkataan nak mati senang-senang sahaja la, dan
banyak budak-budak ni belajar dekat sini, dalam ni (handphone). Sebab itu, kalau kata pendidikan
pencegahan yang perlu untuk ini saya cadangkan untuk banyakkan program-program pendidikan
keibubapaan. The Parenting Skill ya kepada ibu bapa. Saya biasanya akan rujuk buku saya ni ha. Saya
ada buku. Saya ada 10 kemahiran macam mana nak didik anak supaya anak kita tu walaupun dalam
keadaan pandemik macam ni dia ada hala tuju, ada hala tuju kalbu, the life balance tu ada kat situ.
The life balance tu dia ada tau. Jangan tak ada. Ha itu saya minta, Pendidikan keibubapaan itu untuk
pencegahan.

BK 7 Dekat sini Tuan Haji hightlight lagi sekali kepentingan peranan keibubapaan dalam

konteks keluarga bermula daripada peringkat awal lagi. Iaitu hubungan komunikasi kita daripada

peringkat kanak-kanak sehingga remaja. Hubungan rapat tu adalah penting di mana ibu bapa sendiri

perlu meningkatkan kemahiran keibubapaan, adakah Tuan Haji melihatkan perkara keibubapaan ini

perlu diterapkan dalam konteks kursus pra-perkahwinan?

HH 8 Oh sebenarnya, untuk pengetahuan Dr. dan semua, saya dah pun buat proposal ni

lebih kurang 15 tahun yang lalu. Saya dah tulis buku ni Psikologi Perkahwinan. Saya ada modul dia,

dah siap dah. Kita sekarang kursusnya hanya pra-perkahwinan dua hari. Kita tidak ada kursus pasca

perkahwinan. Selepas kahwin sebab apa sebelum kahwin ok, selepas kahwin dah dapat anak dia dah

bagi kita tanggungjawab yang baharu. Jadi katakan, minta maaf la jadi katakan you belajar ilmu

medical, you tidak pernah belajar ilmu parenting skill, saya dulu lecturer di Universiti Malaya, saya

mengajar paper tu, sebab tu saya buat buku. 3 jam credit hours saya ajar dekat Universiti Malaya dulu.

Jadi, parent amik ekonomi, amik ekonomi, accounting misalnya tidak pernah belajar parenting skill.

Minta maaf cakap, bila dapat anak, kerjaya memang bagus, minta maaf la. Yang datang jumpa saya ni

tak banyak la. Ada gaji RM150,000, RM100,000, ada yang billionare, ada yang jutawan. Tetapi gagal

42

mendidik anak, sedih. Ada anak yang jadi penagih dadah, anak jadi LGBT, ada yang anak jadi nak bunuh
diri, dah potong banyak dah ni, diorang biasa potong sini, pakai pisau nak mati. Ni cakap terus terang
la. Ini semua sebab ilmu, ilmu tidak ada. Kita sepatutnya kena ada tau, memang ada saya dengar JAKIM
ada buat jugak, tapi tidak menyeluruh. Dia sepatutnya menyeluruh kepada semua, wajib kepada ibu
bapa yang telah berkahwin untuk mengikuti kursus ini. Buku pun dah ada sebenarnya. Saya dah buat
dua buku sebenarnya.

BK 9 Jadi di sini, pendedahan awal keibubapaan penting dalam alam perkahwinan?

HH 10 Ya dan dalam Modul tu Dr. kita kena ada Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan Kanak-
Kanak, lepas tu Pendidikan Awal Remaja, lepas Tu Remaja Akhir. Haa ini tahap-tahap yang sangat
penting dan ramai ibu bapa gagal dalam Pendidikan awal kanak-kanak. Ha ini pula kita serahkan pada
siapa? Kita serah kepada Bibik, pengasuh taska, pengasuh. Bila tanya kenapa? Oh sibuk, sibuk, sibuk.
Ibu pun balik pukul 9.00 malam. Balik pun dah penat tau. Hari ni ramai ibu-ibu datang jumpa saya
dalam pandemik ni, ramai ibu yang stress. Sebab apa? Sebab terlalu lama duduk rumah,
terkongkong, tengok muka suami je. Saya cakap elok la tengok muka suami lama-lama. Tak boleh Haji,
bosan. Kalau pergi office 8 jam ok jugak. Balik-balik penat terus tidur. Ini dekat rumah, stress tau. Saya
la yang nak kena masak, saya yang jadi cikgu matematik, saya yang nak kena jadi ustazah, saya guru
kaunseling, saya nak jadi guru disiplin. Hari ni parent dalam pandemik untuk PDPR ibu bapa
terutamanya ibu tu yang paling ramai jumpa saya stress. Diorang kata bila nak buka sekolah? Ibu-ibu
tu nak buka sekolah. Sebab anak-anak pergi sekolah, anak-anak pergi taska, beban tu dah ringan. Ibu-
ibu itu stress. Sebab itu ramai ibu-ibu sekarang dekat rumah org kata ibu hijau, ibu hijau, ibu hijau.
Bertukar colour. Ayah pula menjadi merah.

BK 11 Daripada pengalaman Tuan Haji, bagaimana kita nak membantu mangsa yang pernah
ada cubaan membunuh diri ni?

HH 12 Bagus soalan itu. Kalau ada cubaan ni, iaitu kekerapan sesi kaunseling. Budak-budak
ini bukan apa, budak-budak kita buat individu kaunseling. Mangsa itu sahaja kita buat kaunseling.
Lepas tu dia akan cerita pada kita la. Dia stress dengan ayah dia stress dengan mak. Biasanya dua ni la
dia stres dengan ayah dia stres dengan mak. Dari situ nanti kita dah dapat semua tu, maka kita panggil
ayah pula masuk, buat kaunseling. Kadang tu cara ayah berkomunikasi tu kasar. Macam baru ni saya
ada satu kes, dia cakap dengan anak dia perempuan form 5. “kakak, kakak ni PDPR kakak ni malam-
malam…” jadi anak ni tidak suka. Dia kata” apa la ayah ni atuk, sikit-sikit nak marah”. Bila saya buat
kaunseling bapa dia, rupanya bapa dia stress. Mak bapa sekarang gaji dapat setengah sahaja. Jadi bapa
tu stres. “Jadi saya stres Tuan Haji, saya balik rumah, dulu gaji saya RM10k, sekarangRM5k, tidak
cukup. Jadi saya marah-marah, lepaskan kemarahan kepada anak-anak”. Nampak tu. Jadi dekat situ,
untuk kita pulihkan. Kita buat round yang ketiga, sesi kaunseling family therapy, bonding.

43

BK 13 Kelompok keluarga tu juga ya?

HH 14 Ya. Tu yang kalau kita nak tau amik masa 8 jam bila kaunseling. Sebab apa mula-mula
individu, mula-mula nak dengan mak bapa dulu. Apa benda mak bapa nak cerita pasal anak tu. Lepas
tu panggil budak tu pulak. Lepas tu pergi pula family therapy, Nampak. Jadi bila buat sesi kaunseling
tu pada saya, kira dah banyak dah. Buat sesi memang dapat membantu. Kaunseling memang dapat
membantu untuk mengharmonikan keluarga tu. Jadi ayah dan mak baru tahu, oh selama ni dah buat
silap rupanya, cakap kasar. Kemudian selalu expectation very high. Anak kalau 4 org karakter dia
berbeza-beza. Yang Along misalnya tak payah kejutkan, pukul 8pagi dah bangun duduk depan laptop,
yang no. 2 ni pulak nak kena kejut 17 kali baru bangun, pastu dia sarapan pagi pukul 11 pagi. Nampak
tak dia berbeza-beza, ha jadi ibu bapa nak kena memahami perbezaan personaliti anak -anak. Kena
datang kaunseling. Dia kaunseling individu dan family therapy sangat-sangat membantu.

BK 15 Kebanyakan stigma masyarakat kita Tuan Hj Hussin, dia memperlihatkan dengan
merujuk pada kaunseling, merupakan satu benda yang bukan kata memalukan tetapi gambaran
mempunyai masalah. Bagaimana kita nak selesaikan pandangan stigma bergini?

HH 16 Bagus Dr. Sebab itu saya banyak bercakap dan buat video sebagainya supaya
masyarakat melihat kaunseling ni bukan taboo lagi, bukan. Minta maaf cakap, di UPSI dan mendidik
graduan-graduan untuk jadi cikgu kaunselor. Ramai budak-budak datang jumpa saya, jangan marah
ya, ramai yang datang jumpa saya, mereka tak nak jumpa kaunselor sekolah. Sebab dia kata tidak ada
etika. Dia orang tak percaya, dio orang tak trust. Sebab itu kita di Malaysia, kita ada beribu-ribu
kanselor, berapa ramai yang buka klinik kaunseling macam saya? Berapa ramai pulak ada klien? Ada
ramai kawan saya buka klinik, 3 bulan tutup. Sebab klien seorang sahaja. Macam mana nak bayar
overhead? Sewa dah RM2k, nak bayar staf lagi. Overhead lebih kurang tidak RM10k month setahun.
Kita bukan adanya sokongan daripada pihak kerajaan. Kerajaan bukan ada bagi bantuan kepada klinik
kaunseling. Tiada. Sendiri la. Saya dah buka 16 tahun dah klinik saya. Sendiri la. Duit sewa sendiri, sewa
bangunan sendiri apa semua sendiri. Tapi saya nasib baik la satu hari ada 3 kes, 4 kes boleh la cover
overhead tu. Tapi kalau yang tak ada. Macam saya cakap tadi la. Masyarakat kita masih taboo
mengatakan bahawa jumpa kaunselor adalah orang yang bermasalah. Sebab itu saya selalu cakap ,
dengar ni betul-betul. Jumpa kaunselor, ada tiga. Pengalaman saya tau. Yang pertama more kepada
educate. Pendidikan untuk belajar, macam tadi tu, Belajar macam mana nak didik anak, belajar macam
mana nak uruskan suami isteri, saya sekarang panel kepada 8 company. Syarikat lantik saya panel
kaunselor industrial. Industrial Counselling. Ramai la dekat 150000 staf.

BK 17 Dilantik untuk sesi kaunseling dengan staf-staf mereka?

HH 18 Ya, daripada CEO ke bawah. saya juga beri Latihan kepada rakan prihatin, dipanggil bos-
bos macam mana nak tackle staf yang bermasalah terutama sekali sekarang Covid. Nampak tu.

44

Itu saya train jugak tu tiga hari, tiga hari, tiga hari tempat tu. Jadi saya nak bagitahu di sini, sebenarnya
perkhidmatan kaunseling dah mula diterima oleh masyarakat dan juga dalam industri. Ingat senang
ke industri yang ada asset berbilion-bilion percaya kepada kaunselor?

BK 19 Adakah hal ini berlaku sejak penambahan kes covid-19 atau sejak bila yang pada
pandangan Tuan Haji?

HH 20 Sebelum lagi. Sejak dulu lagi. Sejak saya di Universiti Malaya lagi saya telah menjadi
panel kepada beberapa company. Ada dekat 20 tahun dah saya menjadi panel dekat company. Dah
ada 2 hingga 4 universiti call saya untuk saya mereka cipta modul dan juga degree, master dalam
bidang Industrial Counselling. Tapi saya tidak ada masa. Saya pun ada panel. Saya ada 5 orang panel
yang bekerja bawah saya. Kanselor berlesen. Saya nak bagitahu di sini, yang pertama kaunseling lebih
kepada educate, kita kena kenalkan kepada masyarakat bahawa datang kaunseling bukannya ada
masalah. You datang nak belajar. Macam tadikan Dr. nak belajar macama mana nak didik anak, macam
mana kaunseling misalnya, industrial, itu kan. Tapi yang kedua lebih kepada pencegahan. Kaunseling
pencegahan. Dan yang paling ramai sekali ialah kaunseling pemulihan. Dia ada 3 tau. Dan yang
seterusnya yang penting dekat sini ialah personaliti kaunselor.

BK 21 Personaliti kaunselor ini etika ke maksud Tuan Haji?

HH 22 Bukan sepenuhnya etika. Minta maaf cakap ya. Ada kawan-kawan saya dah ada
Master, PhD tetapi tidak ada klien, No client. Sebab kaunseling ni macam doktor pakar juga. Dia
daripada mulut ke mulut. Bila orang datang jumpa kita, macam bomoh la, bomoh. Dah pergi jumpa
bomoh tu walaupun dah bayar beribu, tapi dia akan beritahu. Macam saya la. Dia dari mulut ke mulut.
Macam saya la. Saya tanya daripada mana tahu pasal saya ni? Ni ada orang bagitahu. Sebab kalau
saya, saya bagitahu, saya kata kementerian ni ada kauselor, free je tak perlu bayar. Bila datang jumpa
saya kena bayar. Tapi orang hari ini sanggup bayar tau. Saya nak betulkan di sini bahawa perkhidmatan
kaunseling di Malaysia sekarang dah mula demanding. Tapi dia bergantung kepada siapa kaunselor tu.

BK 23 Adakah Tuan Haji Hushim pun pernah ada buat training untuk menjadi kaunselor
terbaik?

HH 24 Ramai juga saya train macam mana nak buka klinik, buat kursus la 10 orang. 10 orang
saya bagi training la. Saya tak kedekut. Saya akan bagi because apa di Malaysia kita ada 33 juta
penduduk. Saya pun dah tak larat dah kalau hari-hari telefon PA saya En. Sufian kalau dah ramai
macam mana saya nak ambil kan. Jadi saya tak kisah. Saya akan bagi ilmu tu. Misal kata Dr. kata kat

45

saya Haji saya nak buat kursus kan 3 hari kursus tu. Klinik kaunseling katakan. Boleh! Kalau boleh kita
nak ramai lagi kaunselor buka klinik sendiri. Nampak tu. Masyarakat pada hari ini dah mula trust,
percaya tetapi perkhidmatan kita tu. Bila keluar daripada bilik kaunseling tu, apa you dapat. Kalau
jumpa doktor, you keluar dapat Panadol. Jumpa bomoh dapat air segelas, air jampi. Jumpa kaunselor
dapat apa? Sebab tu perlu tu, bila jumpa kaunselor, keluar, ha macam tadi tak jadi bunuh diri, tak jadi
bercerai.

BK 25 Adakah kita perlu menyelidik dan meneliti kualifikasi sebagai kaunselor di sekolah atau mana-
mana?

HH 26 Benda kecik-kecik tu. Tapi ramai sekarang nak bercerai pasal ni la. Pasal duit la
sekarang. Suami orang dengan bini orang. Banyak juga kes. Dekat pejabat ni la. Balik rumah bercerita
dengan suami, suami tak dengar. Buat tak tahu, main handphone ketawa sorang-sorang. Betul.
“Bengkek” la bini. Datang pejabat jumpa pula misalnya kawan sepejabat cerita-cerita ha mula la kan,
jumpa 8 jam paling lama, betul. Ha itu saya nak bagitahu antara kita kata kaunseling. Lepas tu
Kaunseling remaja. Kaunseling kerjaya kan. Banyak, lepas tu dari segi akidah, macam-macam la hari
ni. Banyak. Sebenarnya kaunseling very demanding. Saya cakap terus terang. Saya dah 16 tahun tak
ada cuti. Hari-hari ada kes. Penat la. Tapi macam mana orang memerlukan. Sekarang pulak masa
pandemik, bukan sahaja face to face tapi melalui ini, kauseling melalui telefon. Daripada kedah,
Kelantan, Terengganu. Staf-staf tu semua. Yang terbaharu pulak saya ada buat whatsapp pula. Sebab
ramai sangat pulak staf. So panel kaunselor saya kan jawab dulu. Sebelum kita rujuk kepada kaunselor.

BK 27 Itu memang menampakkan masalah rumah tangga itu berkait dengan demanding
untuk kaunseling itu sendiri.

HH 28 Cuma kita nak kena latih ya kaunselor-kaunselor kita ni supaya dia bukan sahaja ada
ilmu, ada etika tetapi juga iaitu keberkesanan sesi kaunseling itu. Itu paling penting tu. Apa impak, apa
efek bila dia jumpa kaunselor. Dapat sesuatu ya.

BK 29 Ok Tuan Haji Hushim soalan seterusnya berkaitan dengan pengalaman Tuan Haji
sendiri mengendalikan keluarga yang pernah mempunyai anak remaja atau pun anak muda yang cuba
membunuh diri. Bagaimana penerimaan keluarga tersebut? Ataupun kesedaran keluarga tersebut
selepas telah mengetahui anak mereka ini pernah ada cubaan membunuh diri.

HH 30 Siapa yang boleh terima bila ada anak yang cakap nak bunuh diri. Tak kira la yang
beragama Islam ke, agama Hindu ke Buddha, Kristian ke boleh dikatakan parent semua tak dapat

46

terima tau bila anak nak bunuh diri. Dan kebanyakkan yang jumpa saya parent akan menangis la, dan
juga kata orang tu akan amat takut lah. Jadi dia biasanya kalau macam tu dia parent akan datang
berulang-ulang kali utuk buat sesi lepas tu sesi follow up tu banyak lah supaya anak tu dah betul-betul
dah mula lah kata orang tu tak mahu lagi bunuh diri, tak nak lagi dah. Tak ada halusinasi untuk
membunuh diri. Jadi biasanya sesi kaunseling berlaku biasanya lebih kerap, dan dari sini lah maka
kepercayaan ibu bapa kepada kaunselor. Dia melihat sendiri perubahan-perubahan anak dia, bila balik
tu anak dia berubah, tapi paling penting sekali ialah ibu bapa itu perlu ada ilmu dulu sebab sebuah
keluarga itu, ayah adalah ketua keluarga. Ayah sebagai ketua kan. Bagaimana ayah, kalau dulu ayah
tak bercakap dengan anak, kalau dulu ayahnya asyik marah-marah aje. Kalau dulu misalnya ayah ni
asyik tengking-tengking aje, ayah asyik beza-bezakan anak saje kan. Jadi itu semua ayah akan berubah
180 darjah. Ilmu tu dapat kat mane? Dapat masa sesi kaunseling. Itu kesan dia. Nampak tu. Dan dari
situ la dia akan dapat dia dapat dan mereka akan kata orang tu ikut apa sahaja yang kaunselor cakap.
Mereka akan balik dan mereka akan tengok kesan dan anak tu berubah. Dan untuk pengetahuan Dr.
dah banyak dah saya buat, saya buat dah bertahun-tahun sebenarnya kauseling ni dah mencecah 40
tahun sebenarnya, daripada tahun 80-an lagi. Daripada sekolah lagi, kaunseling sekolah, lepas itu
universiti lepas itu saya buka klinik sendiri. Ramai dah klien-klien saya ni, nak bunuh diri ni bukan
sekarang. Dulu-dulu lagi dah ada dah kan. Dulu-dulu, jadi bila kita buka kaunseling, ada yang budak-
budak ni sekarang ada dah yang dah berjaya dalam kerjaya, peniagaan. Jadi ramai la yang whatsapp
dekat saya terima kasih la Tuan Haji kerana anak saya dulu ingat tak lagi nak bunuh diri, sekarang
Alhamdulillah dah kahwin, anak dah tiga kan. Jadi itu hasil kita yang 12 tahun dulu. Daripada situ la
maka orang trust kepada kita untuk wujud sebagai kaunselor. Nampak tu. Nampak kan ada
perubahan. Dan kita tengok dekat sini, peranan ibu bapa sangat penting dan sokongan yang paling
penting adalah dalam keluarga itu sendiri. Sebab tu kita lihat kaunseling keluarga itu sangat penting
untuk menyokong supaya anak-anak itu boleh membina keyakinan diri semula, dia tak nak bunuh diri
lagi dah.

BK 31 Itu kalau kita lihat dari segi konteks keluarga ya Tuan Haji. Kalau kita melihat daripada
segi konteks masyarakat sekeliling, kejiranan ke kan? Bagaimana mereka ini boleh membantu juga
dalam menangani isu bunuh diri terutama dalam kalangan belia ataupun remaja?

HH 32 Ok, dalam soal ini saya nampak yang penting ialah isu-isu contoh nya minta maaf saya
cakap ya, sebenarnya kita bermasyarakat ni, bermasyarakat. Sebab hari ni ini kita tengok, bila berlaku
pandemik dan sebagainya, masyarakat lebih kata orang tu (mengata), jiran-jiran semuanya.
Sebenarnaya semua orang susah hari ni. Semua susah. Jadi betapa perlunya kita kata menghidupkan
balik kalau boleh disuasana di masjid, surau macam kita la kan, ataupun di gereja ataupun di kuil dan
sebagainya itu. Klien saya semua kaum ada Cina ada India ada semua adakan. Jadi saya ingat ini
masyarakat ini yang kat situ komuniti itu perlu bergerak kearah untuk support system.

47

BK 33 Maksudnya betulkan balik budaya bermasyarakat tu?

HH 34 Ya betul. Budaya ini kena ada balik. Minta maaf la saya nampak budaya ni sekarang
kita kata makin terhakis makin longgar. Kau, kau, aku, aku jiran pun tak ambil tahu dan sebagainya
kan. Dan ramai juga tidak tahu apa berlaku jiran sebelah. Nampak tu, sebab masing-masing ialah hari
ni sebab kita kurang bersosial, kita ada dah ni jiran baharu, ha ni jiran baharu kita, handphone,
handphone. Masing-masing tengok pergi mana-mana pun masjid ke makan ke semua pegang
handphone kanJ adi kita dah kurang tau, dah kurang. Pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk
pemimpin politik hendaklah menggerakkan ini. Janganlah bercakap banyak aje. Jangan bercakap pung
pang pung pang tapi tak buat kerja. Lebih kepada iaitu bagaimana nak menyatukan masyarakat. Kalau
tidak nanti lebih ramai orang bunuh diri. Saya cakap terus teranglah. Jadi kita kena gerakkan itu. Kita
kena gerakkan masjid, surau, gereja kuil. Kita gerakkan misalnya komuniti masyarakat. Ada tu. Apa
gunanya ada jawatakuasa pemimpin masyarakat di cawangan-cawangan dan daerah-daerah. Buat apa
kan. Ha kita kena gerak kan lah. Ko nak jadi pemimpin, ha pimpin la. Sebab tu orang kata nak melantik
orang tu lantik lah orang yang pakar. Ini lantik misalnya orang dalam bidang misalnya bisnes, nak suruh
urus kaunseling masyarakat hancur lah. Ha nampak tu. Kan dalam Islam kata, lantiklah orang yang
pakar dalam bidang, yang layak. Ini tak ada. Dia pulak. Dia bidang busines, bidang politik lepas tu sibuk
nak urus masyarakat. Keluarga sendiri pun lingkup. Sorry to say, saya boleh cakap terus terang. Yang
datang jumpa saya semua golongan datang jumpa saya. Semua level datang jumpa saya. Kadang-
kadang cakap kat luar bukan main pandai lagi, cakap pung pang pung pang, anak dua orang pun tak
boleh jaga. You cakap tapi you tak ada ilmu dan tak buat. You tak boleh jadi model you tau tak. Hari ni
ramai bapak yang tak jadi model. Sorry to say. Ini semua kita kena bentuk dalam masyarakat balik.
Jadi ini penting dalam masyarakat iaitu kita panggil support system. Maknanya kalau ada jiran sebelah
katakan ada dengar anak dia misalnya nak nak lari daripada rumah ke apa benda kita amik tahu. Hari
ni Dr. tahu tak kalau anak jiran sebelah lari daripada rumah, jiran sebelah pun tak tahu, jiran tak tahu.
Saya cakap terus terang, saya berani cakap sebab saya yang buat kes tu. Ha ni jiran sebelah “Nampak
tak anak saya?” “Nampak panjat paggar tapi tak tahu dia buat apa. Tiba-tiba dah lari dah.”

BK 35 Tidak mengenali dengan rapat la ya maksudnya?

HH 36 Haa tak ada. Kau, kau, aku, aku. Masyarakat hari ini sekarang. Jadi ini juga perlu kita
memupuk kan jadi hendaklah bermula daripada sekolah, universiti, pensyarah-pensyarah pun nak
kena juga ni, kumpul pensyarah UPSI biar saya bagi ceramah sikit macam you nak menerapkan kepada
pelajar-pelajar universiti supaya mereka tu kan tak kira lah dia jadi cikgu ke apa ke, tapi bagaimana
bila dia nanti keluar daripada universiti dia nak jadi support system dalam masyarakat. Sebab tu kan
jadi kita benda ni kena terapkan daripada universiti lagi sebenarnya.

48

BK 37 Benda ini juga adalah selari dengan keperluan masalah yang wujud pada waktu zaman
sekarang ini. Sepertimana yang kita tahu memang, masyarakat kita walaupun kita ni bersosial tetapi
kita banyak menyendiri.

HH 38 Sebab menyendiri sebab kita ada benda ni (handphone). Kita ada benda ni. kita ada
ini. Kita tengok Facebook, kita tengok Instagram Whatsapp semua tu kan. Jadi kita kurang
berkomunikasi secara kita kata face to face. Kita banyak berkomunikasi secara alam maya. Macam
sekarang ni saya berkomunikasi dengan Dr. kan, Dr. di Tanjong Malim, saya di sini. Apa benda?
Nampak tak? Kalau nak bercakap mesyuarat dalam masjid pun, bercakap melalui alam maya. Macam
mana. Semua alam maya berlaka. Kena betul kan benda ni sebenarnya. Kalu tidak nanti masyarakat.
Kesan daripada pandemik ini dia akan beri kesan banyak tau kepada pelajar-pelajar. Ramai datang
jumpa saya cakap apa, “atuk, kalau boleh sekolah ni tak buka terus lagi baguslah” pada diorang
seronok. Kadang-kadang saya buat lawak juga, apasal cakap macam tu? Cuba cakap kat atuk kenapa?
“alaa tok, tak best la tok, malam-malam boleh main game tok, besok bangun lambat, tak payah pergi
sekolah. Sekolah pun cikgu tak membebel.” Habis tu mama dan daddy macam mana? “mama dan
daddy sporting, tak ada masalah”. Ada parent yang sangat sporting dan menyebabkan anak itu hancur.
Nampak? Ada ibu bapa yang tegas sangat, ada yang ambil berat sangat. Berbagai-bagai pattern the
parenting skill.

BK 39 Itu yang kena diperhalusi dari peringkat awal. Bagaimana kita nak membentuk anak
kita. Di sini saya boleh simpulkan daripada temu bual ringkas kita pada hari ini di mana Tuan Haji
Hushim menekankan peranan keibubapaan diperingkat awal terutama pra perkahwinan, sebelum
berkahwin tu kita dah tahu ilmu keibubapaan, kemudian mempunyai anak, kemudian anak membesar
di peringkat kanak-kanak, remaja sehingga lah dia dewasa. Maksudnya ilmu parenting itu bersifat
berterusan. Itu yang saya nampak dan ilmu-ilmu keibubapaan ini membantu pelajar ataupun kita
mencapai tahap kesejahteraan di mana boleh mengurangkan kadar cubaan bunuh diri terutama
dalam kalangan remaja pada waktu pandemik ini.

HH 40 Sebab apa Dr. sebab bila ibu bapa ada ilmu parenting ini dia yang penting komunikasi,
yang kedua good listener dan yang ke tiga ialah bonding. Anak-anak ini nak dipeluk selalu, tengok anak
kita. Makin besar makin menjauh. Tengok anak perempuan, masuk je form 1, form 2, form 3, bila ayah
nak peluk dah tak mahu lagi. Anak lelaki, mak nak peluk dah tak nak. Jadi anak masa umur tu dia makin
jauh daripada kita. Sedangkan dari segi kita kata kehidupan, yang penting ialah masa remaja tu. Sebab
masa tu dia banyak konflik. Masa tu la dia jatuh cinta, putus cinta, Saya yang banyak juga buat kenapa
nak bunuh diri? Boyfriend lari, Ada. Isu boyfriend, satu lagi dah terlanjur, nak bunuh diri juga.

BK 41 Mungkin pihak kami akan berhubung lagi dengan Tuan Haji. Bukan dalam kalangan
pelajar sahaja, dalam kalangan pensyarah dan staf juga memerlukan kursus keibubapaan ini. Saya
nampak terutamanya macam Tuan Haji kata kan semua lapisan memerlukan ilmu keibubapaan ini.

49

Mungkin ini boleh menjadi satu cadangan kertas kerja untuk program untuk akan datang. Terima kasih
banyak Tuan Haji kerana meluangkan masa dan memberi pandangan. Saya doakan Tuan Haji Hushim
dalam keadaan sejahtera dan dapat meneruskan lagi kegemilangan dan kecemerlangan sebagai
kaunselor yang terbaik di Malaysia. In sha Allah. Assalamualaikum w.b.t
HH 42 Sama-sama..Waalaikumussalam w.b.t

50

刀攀渀挀愀渀愀

RENCANA

PERANAN KERAJAAN DALAM MENANGANI KESIHATAN

MENTAL KETIKA PENULARAN COVID-19

Oleh: Mohd Razali Harun

Masalah mental merupakan masalah kesihatan yang boleh berlaku kepada mana-mana individu tanpa
mengira etnik, agama, jantina dan status sosial seseorang. Secara umumnya masalah kesihatan mental
berkaitan dengan kesihatan emosi, psikologi dan sosial. Ia juga melibatkan perubahan tindakan, cara
bertingkah laku, cara berfikir dan sebagainya. Selain itu, masalah kesihatan mental ini boleh berlaku
kepada individu di semua peringkat umur, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Isu kesihatan
mental di Malaysia semakin meningkat apabila dunia dilanda penularan Covid-19. Dasar Kesihatan Mental
Negara mentakrifkan kesihatan mental ialah kemampuan individu, kelompok dan persekitaran berinteraksi
antara satu sama lain bagi mempromosi kesejahteraan subjektif serta fungsi yang optima dan penggunaan
keupayaan kognitif, efektif dan perhubungan ke arah pencapaian matlamat individu dan kumpulan yang
selari dengan keadilan.

Masalah kesihatan mental semakin tinggi semenjak negara berhadapan dengan krisis kesihatan
Covid-19. Akhbar Harian Metro pada 21 Mei 2021 melaporkan bahawa Menteri Kesihatan mendedahkan
Sebanyak 85.5 peratus daripada 145,173 panggilan diterima agensi kerajaan sejak 25 Mac 2020 hingga
20 Mei 2021 adalah membabitkan isu kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling
seperti stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan dan tingkah laku bunuh diri. Isu berkaitan masalah
kesihatan mental semasa penularan Covid-19 telah dibangkitkan beberapa kali di Dewan Rakyat pada
Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas. Ini menunjukkan anggota parlimen prihatin
mengenai isu kesihatan mental ini walaupun isu-isu lain sering kali dibangkitkan di Dewan Rakyat
terutama berkaitan dengan kesan penularan Covid-19. Ini secara tidak langsung memberi mesej jelas
kepada pihak kerajaan untuk memberikan perhatian serius kepada masalah kesihatan mental selain
masalah kesihatan fizikal. Pihak kerajaan memberikan jaminan di Dewan Rakyat untuk membuat
penambahan pakar-pakar psikiatri dan therapist psikologi untuk memberikan rawatan kepada pesakit
mental di negara ini.

Antara langkah terbaik untuk menangani masalah kesihatan mental ini ialah melalui strategi
pendidikan. Masyarakat pelbagai peringkat perlu diberikan maklumat yang sewajarnya melalui pelbagai
medium supaya mereka mempunyai kesedaran mengenai kesihatan mental yang semakin meningkat di
negara ini. Dalam hal ini saluran rasmi Radio dan televisyen kerajaan perlu digunakan semaksimum
mungkin untuk menyampaikan maklumat kesihatan mental kepada masyarakat. Selain itu, Dasar
Kesihatan Mental Negara yang sedia ada perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin supaya pesakit
mental mendapat layanan dan rawatan sewajarnya sekali gus menurunkan kadar pesakit mental yang
semakin meningkat ketika penularan Covid-19. Tumpuan juga perlu diberikan kepada Frontliner yang
bertugas dalam menangani krisis Covid-19 yang mana mereka berhadapan dengan tekanan tinggi kerana
terpaksa bertugas melebihi waktu sebenar.

Masalah kesihatan mental ini sebenarnya berlaku akibat masalah kehidupan lain seperti masalah
kewangan, pengangguran, masalah rumah tangga dan sebagainya. Pihak kerajaan sepatutnya
memberikan perhatian kepada isu pokok yang menjadi penyebab utama berlakunya peningkatan masalah
mental terutama ketika penularan Covid-19 ini. Masalah kewangan, ketiadaan sumber pendapatan dan
kekangan proses pendidikan anak-anak merupakan isu pokok yang perlu diselesaikan segera oleh pihak
kerajaan secara tuntas.

51

爀甀愀渀最愀渀 瀀攀氀愀樀愀爀

ruangan pelajar

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS)

52 55

ruangan pelajar

53

ruangan pelajar

54

ruangan pelajar

55

ruangan pelajar

PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL (PERMOR)

56

ruangan pelajar

57

ruangan pelajar

58

ruangan pelajar

59

ruangan pelajar

PERSATUAN PENGAJIAN MALAYSIA (PPMAS)

60

ruangan pelajar

61

ruangan pelajar

PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM (PPI)

62

ruangan pelajar

63

ruangan pelajar

64

ruangan pelajar

65

ruangan pelajar

PERSATUAN PENDIDIKAN GEOGRAFI (PERGEO)

66

ruangan pelajar

67

ruangan pelajar

68

愀氀甀洀渀椀 昀猀欀

RUANGAN
ALUMNI

Kesihatan Mental Guru Dalam Era Pandemik Covid-19

Cik Barathi Santhasaran
Alumni Moral 2012

Sekolah Menengah Shan Tao, Kota
Kinabalu, Sabah.

Sejarah Baharu tercipta apabila dunia kita mendepani dengan satu era baru dipanggil era
pandemik Covid 19. Generasi yang tidak lahir pada waktu perang dunia pertama dan kedua
yang menyebabkan kematian berjuta-juta manusia, kini menjadi saksi pengorbanan manusia di
muka bumi walaupun telah mempunyai kejayaan tinggi dalam sains, teknologi dan perubatan
dari dahulu, tetapi hakikatnya kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu ini agar dapat
meneruskan kehidupan kita seperti biasa. Adakah kita bersedia menghadapi dari segi emosi
dan psikologi bagi mengadaptasi era yang penuh cabaran ini? Tahap kemurungan,
kebimbangan dan tekanan yang tinggi boleh membawa seseorang kearah kemerosotan
kesihatan mental.

Sebagai seorang pendidik adakah kita mula mengadaptasikan diri kita dengan norma
baharu ini? Adakah guru bersedia mengajar anak murid mereka dari rumah atas talian? Adakah
guru-guru bersedia dari segi mental dan emosi untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak
murid ketika ini? Jawapannya, kita perlu akui bahawa sebagai seorang guru kita harus
mengharungi segala cabaran demi mendidik anak-anak murid kita. Ini adalah pedoman yang
telah saya perloleh daripada pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris ketika saya menuntut sebagai seorang pelajar siswazah disini.

69

RUANGAN
ALUMNI

Bagi mengelakkan guru mengalami masalah tekanan mental kita harus menyelesaikan
segala jenis masalah mengikut kemampuan kita. Jika sesuatu masalah tidak diselesaikan maka
masalah itu akan menjadi rumit dan menhantui diri kita. Kita melihat apakah masalah-masalah
yang sering guru hadapi dalam situasi pandemik ini. Apa yang menyebabkan guru mengalami
tekanan dalam pdpr? Masalah utama yang tidak dapat diketepikan adalah gangguan internet.
Bukan sahaja murid mengalami ganggunan internet, malah guru-guru sendiri tidak dapat
mengajar dengan betul dan tepat pada masa untuk mencapai objektif pdpr bersama murid.
Sebagai seorang guru kita harus mempunyai penyelesaian alternatif. Jika murid tidak
mempunyai talian internet guru boleh meminta jasa baik daripada ketua kampung atau ketua-
ketua NGO dalam mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah internet dan menyediakan
kemudahan internet kepada mereka. Kebanyakan pelajar terutamnya dari keluarga yang kurang
kemampuan juga mengalami masalah untuk memliki gadget bagi tujuan PDPR. Masalah tiada
gadget timbul apabila dalam sesebuah keluarga ramai anak bersekolah terpaksa kongsi ganget
bagi urusan pembelajaran atas talian. Perkara ini juga parah apabila Kementerian Pendidikan
Malaysia mengumumkan PDPR akan dilaksanakan mengikut jadual waktu pdp di sekolah
masing-masing dan pelajar terpaksa kongsi gadget bersama ahli keluarga mereka. Guru juga
boleh membantu anak murid mereka dengan mendapatkan gadget sepertimana yang diumukan
oleh kerajaan bagi golongan B-40, masyarakat tidak sedar dengan bantuan-bantuan seumpama
ini dan guru harus menjadi agen kepada masyarakat dalam memberi makluman-makluman
seumpama ini.

Selain itu, masalah disiplin pelajar yang mengikuti pembelajaran dari rumah menjadi
lebih rumit kerana tidak dapat bersemuka untuk mengambil tindakan-tindan disiplin ataupun
menegur kesilapan seseorang murid. Sebagai contohnya masalah pelajar tidak menghantar
tugasan harian kepada guru, tidak memberi maklumbalas dalam kelas PDPR ketika guru
bertanya soalan, terlalu pasif sehingga kelas menjadi seperti “chalk n talk” dan masalah
disiplin sebilangan pelajar dalam kelas pdpr yang ponteng ataupun tertidur waktu kelas.
Tambahan pula murid-murid juga gemar menutup kamera masing-masing dan melakukan
aktiviti persendirian tanpa pengetahuan guru.

Guru- guru tidak mampu mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang
memberikan masalah sedemikian dan perkara ini boleh menimpulkan tekanan mental. Guru
akan berasa dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuhnya sebagai seorang
guru. Ini memnyebabkan mereka mengalami tekanan mental yang terlalu tinggi dan terpaksa
terima hakikat untuk menjalankan pdpr dalam keadaan kurang motivasi. Kebimbangan dan
kerisauan guru-guru juga meningkat apabila pentadbiran sekolah mula memberikan tekanan
untuk mengejar pencapaian KPI pelajar sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Maka pengalaman sebagai guru waktu pendamik ini saya ingin kongsikan sedikit tips
agar dapat menjaga kesihatan mental supaya proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah

70

RUANGAN
ALUMNI

(pdpr) ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pertama guru perlu bersedia dengan
pengurusan masa yang lebih teratur sebab persediaan PDPR memerlukan lebih banyak masa
berbanding PDP biasa. Norma baharu ini tidak dapat dicapai tanpa pengurusan masa yang
efesien dari semua pihak. Selain itu, guru juga sanggup dan sentiasa bersedia membelajari ilmu
baharu dalam bidang teknologi tanpa mengira umur atau pengalaman dahulu. Hal ini kerana
hanya satu-satunya tempat bertemu dengan murid- murid kita adalah melalui teknologi dan ia
kini menjadi kewajiban. Mengahadiri bengkel, membelajari melalui laman web, blog tentang
pengajaran dan pembelajaran atas talian yang berkesan dapat membantu guru mendapat banyak
idea untuk meneruskan kelas pdpdr mereka dengan lebih menarik .Sekolah juga harus
mengadakan program penambahbaikan PDPR dari semasa ke semasa agar guru-guru mendapat
ilmu baharu untuk PDPR

Pengurusan kesihatan mental seseorang memerlukan kestabilan emosi yang kesimbang.
Dalam era Pendemik ini kita tidak dapat keluar dari rumah dan terpaksa berkurung untuk
kebaikan semua. Bagi mengelakkan kebosanan kita sebagai guru perlu menjaga kesihatan diri
kita dengan melakukan senaman ringan ataupun yoga di dalam rumah agar badan kita cergas
dan sihat. Ia secara langsung dapat mengawal kestabilan mental kita. Selain itu, guru juga perlu
meluangkan masa dengan ahli keluarga dengan aktiviti seperti memasak dan menonton wayang
walaupun sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Ia dapat memberikan kita masa untuk bertenang
dan memberikan fokus kepada aktivit lain selain tugas-tugas harian sekolah. Selain itu, sebagai
guru kita juga boleh berkongsi masalah dan tekanan dengan rakan kerja ataupun guru kauseling
sekolah. Perbuatan ini dapat memberikan perasaan lega, pada masa sama kita juga dapat
menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengambil kira pandangan orang lain.

Sebagai pendidik kesihatan mental merupakan elemen utama dalam menentukan
kecemerlangan kerjaya kita. Kita sebagai guru harus mengambil serius terhadap perkara ini
kerana masalah ini bukan sahaja mengancam diri kita malah murid-murid turut menjadi
mangsa dalam fenomena ini. Oleh itu sama-sama kita menyahut cabaran norma bahru ini
untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pada masa yang sama menjaga kesihatan kita
dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

71

欀漀洀攀渀琀愀爀

komentar

KESIHATAN MENTAL DARI PERSPEKTIF ISLAM

Oleh:

Dr. Abdul Latif Abdul Razak

Kehidupan adalah ujian. Manusia diuji dengan pelbagai cara dari seringan-ringannya hinggalah seberat-
beratnya. Kegagalan menguruskan ujian menyebabkan ramai terdedah kepada masalah kesihatan
mental. Menurut laporan khas Astro Awani bertarikh 17 Oktober 2016, Kajian Beban Penyakit oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan masalah kemurungan yang menjadi antara punca
penyakit mental akan naik ke tangga pertama selepas penyakit jantung di seluruh dunia menjelang 2030.
Di Malaysia, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan 29.2% rakyat Malaysia iaitu
hampir 9 juta berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Ini merupakan satu penemuan yang sewajarnya
dipandang serius kerana ini bermakna satu dari empat rakyat Malaysia mengalami atau menghidapi
masalah mental. Ini cerita tahun 2015 yang lalu di mana kehidupan tidak seteruk sekarang. Dengan
merebaknya wabak penyakit berjangkit Covid-19, kehidupan sudah tidak menjadi setenang dan seindah
dahulu. Berita kehilangan pekerjaan, kes bunuh diri, kematian sudah menjadi kebiasaan. Maka lebih
ramailah yang akan menghadapi masalah mental.

Hakikatnya, sejak dahulu, hinggalah sekarang, malah selagi kita hidup, kita akan diuji. Isu paling
utama, bukanlah ujian, tetapi bagaimana kita menanggapi ujian tersebut. Ini amat berkait dengan Akal.
Sebab itu, Islam meletakkan kedudukan Akal pada tahap tertinggi yang dengannya membezakan manusia
dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Kejadian yang berlaku, kaitannya dengan akal dan apa yang
kita akan rasa, boleh disimpulkan dengan formula 3K, iaitu Kejadian, Kepercayaan (belief) dan Keputusan.
Apa yang berlaku (Kejadian) akan dinilai oleh akal (Kepercayaan) dan kemudiannya akan menghasilkan
natijah (Keputusan). Contohnya, seseorang yang sakit, lalu melihat sakit itu sebagai negatif dan
menghinakan, maka kehidupannya juga akan menjadi negatif. Berbeza dengan seseorang yang sakit, lalu
melihat sakit itu secara positif, iaitu sebagai teguran Allah untuk dia Kembali kepadaNya, serta sakit itu
sebagai penghapus dosa, maka kehidupannya akan terus positif.

Apa yang ingin ditegaskan di sini ialah Kejadian bukan berkadar langsung dengan Keputusan.
Sesuatu musibah itu akan menjadi negatif atau positif bergantung kepada Kepercayaan. Secara
umumnya, berdasarkan teori, kejadian (stimulus) akan menatijahkan tindakan (response). Ini sangat
benar dalam konteks haiwan yang tidak berakal tetapi sangat salah dan tidak sepatutnya bagi manusia
yang berakal. Seseorang yang marah dan apabila ditanya kenapa, lalu dijawabnya, “sifulan yang
menyebabkan saya marah!” adalah berada di peringkat asas seekor haiwan yang bertindak berdasarkan
prinsip Ransangan-Tindakan (stimulus-response). Sepatutnya, sebagai manusia, kita diberikan akal untuk
berfikir dan merenung dan bukannya dengan bertindak balas secara spontan. Kita perlu bertanya
misalnya,”Perlukah aku marah, untuk apa dan bagaimana cara yang terbaik untuk menzahirkan
kemarahan tersebut?”

Ketika Rasulullah SAW bersama sahabatnya Abu Bakar RA bersembunyi dari tentera Kafir Quraish
yang ingin membunuhnya di Gua Thur dalam perjalanan Hijrah, Baginda SAW kekal tenang, sedangkan
Abu Bakar RA penuh dengan kerisauan. Kenapa ransangan (stimulus) yang sama tetapi tindakan
(response) dan perasaan (emotion) berbeza? Ini adalah kerana kepercayaan (belief) yang berbeza. Ini di
sebut sebagai prinsip dalam-ke-luar (inside-out) dan bukannya luar-ke-dalam (outside-in). Ia bermaksud
apa yang kita percaya dan fikirkan, yang itulah kan menentukan perasaan dan tindakan luaran kita.
Kepercayaan menentukan persepsi, persepsi menentukan emosi, dan emosi menentukan tindakan atau
aksi.

Atas dasar inilah, Islam amat menekankan tentang Iman yang menjadi teras kepada kepercayaan.
Diantaranya ialah beriman dengan Allah, dengan yang ghayb dan beriman dengan Qada dan Qadar Allah.

72

komentar

Misalnya, kita menjadi sangat takut jika dijangkiti Covid-19 yang kemudiannya menyebkan kita akan mati.
Ketakutan melampau ini sangat mengganggu fikiran dan rutin harian kita. Kita harus ditenangkan dengan
mengetahui tiga perkara yang Allah telah tetapkan berkaitan kematian, yaitu bila, bagaimana dan di mana.
Jika kita ditakdirkan mati dengan asbab pandemik ini, maka pastinya matilah kita. Namun jika tidak, maka
tidaklah. Jangan biarkan ketakutan melampau mempengaruhi fikiran kita. Apa yang penting, kita
mematuhi SOP yang ditetapkan disamping melakukan usaha terbaik untuk menghindarinya dan berdoa
supaya kita dimatikan dengan husn al-khatimah.

Asas kepada kepercayaan adalah ilmu. Maka jalan keluar yang utama kepada masalah mental kita
pada hari ini ialah dengan mencari ilmu yang benar tentang Tuhan, diri, dunia dan Akhirat. Dengan ilmu,
kita akan sentiasa bersikap rasional dan tidak terburu-buru dalam tindakan kita yang akhirnya akan di
susuli dengan penyesalan. Berikut adalah beberapa ilmu yang harus kita ketahui apabila menghadapi
ujian. Kita seharusnya tidak merungut apabila ditimpa ujian. Kebiasaannya, sesuatu ujian diberikan Allah
adalah bertujuan untuk melihat tahap kesabaran seseorang:

‫َو َلنَ ْبلُ َو َّن ُكم بِ َش ْي ٍء ِّم َن ا ْل َخ ْو ِف َوا ْل ُجوعِ َونَ ْق ٍص ِّم َن ا ْْلَ ْم َوا ِل َوا ْْلَنفُ ِس َوالثَّ َم َرا ِت ۗ َو َب ِّش ِر ال َّصا ِب ِري َن‬
Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekuranga harta, jiwa dan buah-
buahan, dan sampaikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar.

(Surah al-Baqarah 2: 155)
.‫َو َلنَ ْبلُ َو ّنَ ُك ْم َحتَّ ٰى نَ ْع َل َم ا ْل ُم َجا ِه ِدي َن ِمن ُك ْم َوال َّصابِ ِري َن‬
Dan Kami akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar berjihad dan

bersabar di antara kamu.
(Surah Muhammad 47:31)

Kita juga sewajarnya melihat ujian itu sebagai teguran tanda sayang Allah. Perasaan bimbang dan
sedih mencetuskan satu tindakan yang baik dan konstruktif kepada seorang dalam menyedarkan dia
kepada kebesaran dan keberadaan Allah. Seolah-olah Allah menegur kita: “Wahai hambaku! Ketahuilah
kamu itu lemah; kembalilah kepadaKu!” Atas hakikat inilah, menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Darda (ra) daripada Rasulullah (‫ﷺ‬.), Allah suka kepada sesiapa yang hatinya sentiasa berada dalam
kebimbangan dan kesedihan.

Imam Al-Ghazali (ra) mengibaratkan teguran ini seperti pukulan untuk melatih dan membuatkan
supaya seseekor haiwan itu bergerak. Dalam konteks manusia, ini adalah pukulan kasih-sayang Allah
kepada seorang Muslim untuk mengangkat lebih tinggi martabatnya tinggi di sisi Allah. Di dalam sepotong
hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Bakar (ra) bertanya kepada Rasulullah: Apakah lagi kebaikan
(yang tersirat) dari pada ayat dari Surah al-Zalzalah, ayat 7, “…sesiapa yang melakukan kebaikan akan
dibalas sewajarnya?” Rasulullah (‫ﷺ‬.) bersabda: Pernahkah engkau ditimpa kebimbangan dan kesedihan?
Pernahkah engkau ditimpa musibah? Adakah sesuatu yang memudaratkan menimpa kamu?
Sesungguhnya semua ini akan diganjarkan (diberi pahala).”

73

komentar

Selain teguran daripada Allah, seorang Muslim yang yang diuji juga akan dihapuskan dosa-dosanya.
Diriwayatkan daripada Ahmad dan Ibn Hibban, daripada Saidatina Aishah (ra), Rasulullah (‫ )ﷺ‬bersabda:
Bila dosa seseorang hamba itu banyak, dan tiada apa yang menghapuskannya, Allah akan mengujinya
dengan kebimbangan dan kesedihan untuk menghapuskan dosanya. Dalam riwayat yang lain, Sumir bin
Wasil mendengar Umar al-Khatab (ra) berkata: Jika seseorang itu berkurangan dari segi amalan
kebaikannya, Allah Taala mengujinya dengan sesuatu yang membimbangkannya dan menyedihkannya
untuk menghapuskan dosa-dosanya.

Bilamana diuji, seseorang harus menentukan sikapnya agar dia tidak melatah mengikut rentak
emosi. Perasaan, sikap dan tindakannya harus berpandukan ilmu. Perasaan bimbang dan sedih hasil dari
ujian haruslah rasional dan cukup untuk mencetuskan satu tindakan sewajarnya dan bukannya
menjadikannya terlalu bimbang, sedih dan putus asa. Imam Isfahani di dalam kitabnya al-Dhari’ah dengan
jelas menyebut: Bimbang hadir dalam tiga situasi: samada berkaitan dengan sesuatu yang mustahil, sesuatu
yang perlu dan sesuatu yang mungkin. Dalam situasi yang mustahil, orang yang bijak tidak akan merasa
risau dengannya. Jika ia berkaitan dengan keperluan yang tak dapat dielakkan seperti dengan kematian,
seseorang harus mengetahui bahawa itu adalah bahagian tetap seseorang individu. Jika adanya itu adalah
mungkin, tetapi tidak boleh dielak seperti menjadi tua, dalam hal ini kebimbangan adalah kejahilan, ianya
akan menyebabkan tahap kebimbangannya bertambah. Jika berlakunya adalah mungkin, namun dapat
ditolak, maka ia patut ditolak dengan segera tanpa perlu merasa bimbang. Jika mengelakkannya adalah
mustahil, maka hendaklah ia bersikap sabar and sedar akan maksud firman Allah:

‫َما أَ َصا َب ِمن ُّم ِصيبَ ٍة فِي ا ْْلَ ْر ِض َوََّل ِفي أَنفُ ِس ُك ْم إََِّّل ِفي ِكتَا ٍب ِّمن َق ْب ِل أَن ّنَ ْب َرأَ َها ۚ إِ َّن َٰذَ ِل َك َع َلى اللَّـ ِه يَ ِسير‬

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam
Kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Surah al-Hadid:22)

Wallahu a’lam bi-sawab

74


Click to View FlipBook Version