The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurinhananii, 2021-03-16 22:44:27

CERPEN BM

CERPEN BM

TAKDIR
Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang selesa dan tidak perlu memikirkan hal kewangan
merupakan perkara yang patut disyukuri. Itulah perkara yang sepatutnya dirasai oleh manusia
biasa tetapi tidak untuk Uzair. Dia merupakan anak tunggal pasangan Ismail dan Azrina. Ibu
bapa Uzair merupakan orang yang sangat sibuk dan jarang meluangkan masa bersamanya. Sejak
kecil lagi, Uzair banyak meluangkan masa bersama gajet dan alat teknologi yang diberi oleh ibu
bapanya kerana kedua orang tuanya itu tidak dapat meluangkan masa bersama anak mereka.
Sejujurnya, Uzair cemburu dan iri melihat rakan-rakan sekolahnya meluangkan masa bersama
keluarga masing-masing walaupun status kewangan mereka tidaklah seperti dia malahan jauh
dari baik. Hidup Uzair dan rakan sekolahnya boleh dikatakan seperti antara dua darjat. Ibu bapa
Uzair sengaja memasukkannya dalam sekolah biasa, tempat di mana terdapat pelbagai orang dari
pelbagai latar belakang. Melalui cara ini juga, Ismail dan Azrina mahu satu-satunya putera
mereka keluar dari kepompongnya dan berdikari. Mereka berdua amat menyayangi Uzair, anak
lelaki itu ditatang dengan minyak yang penuh oleh mereka. Apa sahaja yang Uzair inginkan,
pasti ditunaikan oleh ibu bapanya. Kasut baru? Telefon bimbit baru? Cakap sahaja pasti akan
dimiliki Uzair. Ismail dan Azrina merupakan orang yang sibuk, mereka juga sedar yang mereka
kurang berkomunikasi dengan anak itu. Maka dengan menunaikan permintaan anak lelaki itu,
mereka dapat menunjukkan kasih sayang mereka terhadap Uzair. Tidak cukup dengan itu, Ismail
dan Azrina juga sering bertanya khabar tentang Uzair melalui pesanan teks tetapi sering kali
diabaikan Uzair dek leka bermain dengan gajetnya.

“Ah, bosan betul harini” keluh Uzair setelah habis menjamah masakan kampung yang dimasak
oleh pembantu rumahnya. “Oh, hari ini hari Sabtu, bolehlah aku bermain game sepanjang hari”
Uzair bermonolog sendiri. Selalunya pada hujung minggu, Uzair banyak menghabiskan masanya
menghadap komputernya dan bermain game. Jika dia tidak bermain game, dia akan menonton
animasi jepun, anime. Itulah rutin hujung minggu nya. Bosan? Bagi seseorang yang kurang
berkomunikasi dan pendiam, aktiviti seperti itu tidak membosankan tetapi amat seronok sekali.
Tambahan pula dia seorang remaja. Bagi Uzair, bermain permainan video dan menonton anime
adalah aktiviti yang menenangkan. Sejujurnya, Uzair ingin meluangkan hujung minggu bersama
ibu bapanya namun apakan daya, kedua orang tuanya adalah orang yang sibuk. Bapanya seorang
arkitek, ibunya pula seorang doktor pakar bedah. Uzair faham akan situasi keluarganya itu, tetapi
sampai bilakah dia perlu menghabiskan masa yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga
dengan gajet dan komputernya. Dia semakin meningkat dewasa tetapi amat kurang
berkomunikasi dengan ibu bapanya. Semakin lama dia mula menganggap yang ibu bapanya
sengaja tidak mahu meluangkan masa bersamanya. Perasaan sayang dan cinta terhadap ibu
bapanya semakin lama semakin pudar. Uzair seperti tidak sedar bahawa ibu bapanya itu amat
menyayanginya. Kedua orang tuanya seringkali bertanya tentang keadaannya tetapi Uzair sendiri
yang mengabaikan mereka dan hidup dalam dunianya sendiri. Uzair yang menetapkan fikirannya
bahawa ibu bapa dia merupakan orang yang jahat walaupun perkara itu tidak benar sama sekali.

Beberapa tahun kemudian…
Uzair sudah berusia 21 tahun dan sedang belajar di universiti luar negara. Perth, Australia Dia
bukan lagi seperti Uzair yang dulu. Pendiam,kurang berkomunikasi. Dia seperti orang yang lain.
Merokok, seorang yang sangat senang bergaul. Dia berubah 360 darjah. Uzair menikmati
kehidupannya yang sekarang walaupun dia sendiri tahu dia hidup dalam keadaan yang
bergelumang dalam dosa. Walaupun dia sedar yang reputasinya di universiti itu penting tetapi,
dia seperti tidak kisah akan hal itu dan terus menikmati kehidupannya bersama rakan-rakannya
dan mengabaikan pelajaran dan orang tuanya.

Sudah dua tahun dia tidak berjumpa dengan ibu bapanya, tanya khabar pun tidak. Entah sihat
atau tidak pasangan Ismail dan Azrina itu. Semakin hari, semakin dekat manusia dengan ajal.
Pasangan itu semakin tua, pastinya mereka rindu akan satu-satunya putera kesayangan mereka
itu. Kelakuan Uzair yang semakin liar dan membimbangkan ini masih belum sampai ke
pengetahuan pasangan itu. Mereka menganggap bahawa putera mereka sedang melalui
kehidupan yang baik di universiti. Hari demi hari, keadaan Uzair kian merosot. Setiap bulan,
Ismail akan memberi wang saku kepada Uzair sebanyak RM500. Ya, jumlah yang banyak. Bagi
Uzair, jumlah wang saku sebanyak itu adalah biasa. Walaupun bapanya memberi wang saku
setiap bulan, dia masih tidak kisah tentang keadaan ibu bapanya yang tidak lagi tinggal
sebumbung dengannya. Uzair seperti lupa bahawa dia mempunyai ibu bapa.

Oleh hal yang demikian, Ismail dan Azrina bertekad untuk membuat kejutan dengan melawat
satu-satunya cahaya mata mereka. Mereka merancang untuk pergi melawat Uzair pada hari
lahirnya, 4 Mac. Ismail dan Azrina sangat teruja dan menunggu-nunggu hari itu tiba. Setelah
menaiki pesawat selama 5 jam, tibalah mereka di Australia. Pasangan itu menyewa sebuah
rumah disana selama seminggu. 4 Mac pun tiba, Ismail dan Azrina kemudian bersiap-siap untuk
melawat Uzair. Mereka menaiki sebuah kenderaan sedan yang dibawa oleh seorang pemandu.
Hari itu merupakan hari yang baik, cuaca juga indah pada hari itu. Namun, hal yang tak
dijangka-jangka berlaku. Kereta yang dinaiki oleh pasangan itu terlibat dalam sebuah
kemalangan jalan raya. Pemandu mereka hilang kawalan dan kereta itu tidak dapat dihentikan.
Pasangan itu kemudian digegaskan ke hospital berdekatan.

“Kringgggggggg” ​Bunyi telefon bimbit Uzair bergema di dalam dewan kuliah itu. Tanpa
membuang masa, dia menjawab panggilan itu dengan cepat, tidak mahu melepaskan topik-topik
penting yang diajar oleh pensyarahnya. “​ Is this Ismail and Azrina’s son?” U​ jar suara dibalik
telefon itu dalam bahasa Inggeris. Uzair mengerutkan dahinya. “Y​ es, that is me.”​ Ujar Uzair. Dia
berkata bahawa dia merupakan anak kepada Ismail dan Azrina. Dia bingung, mengapakah
seorang yang tidak dikenalinya tiba-tiba bertanya tentang ahli keluarganya? Beberapa minit
berlalu dan dia menerima panggilan buat kali kedua yang menyatakan bahawa ibu bapanya
terlibat dalam kemalangan di Australia. Terkejut bukan kepalang, dunia Uzair seperti gelap

seketika. Dia tidak tahu hendak sedih atau marah terhadap dirinya sendiri. Sedih dan menyesal
merupakan perkataan yang sesuai diungkapkan. Tanpa melengahkan masa, Uzair terus menuju
ke hospital di mana ibu bapanya sedang dirawat. Hatinya luluh melihat kedua-dua orang tuanya
terlantar di atas katil hospital, tidak menyedarkan diri. Kata doktor, ibu dan bapanya itu sedang
dalam keadaan kritikal. Bahkan doktor juga tidak dapat menjangka bilakah Ismail dan Azrina
akan sedar. Penyesalan kian terasa. Sekarang, dia hanya dapat melihat ibu dan bapanya, terlantar
dan tidak beremosi.

Dia kini menyesal tidak menghargai jasa ibu dan bapanya dahulu ketika dia masih remaja. Kini,
dia hanya mampu mengirim doa buat ibu bapanya agar semuanya berjalan lancar dan kedua
orang tuanya itu dapat menjalani kehidupan seperti biasa kembali. Dia juga ingin mencurahkan
segala kasih sayangnya terhadap Ismail dan Azrina semula.
Tetapi, takdir tetap takdir.
Mungkin ini merupakan takdir yang sudah tertulis buat Uzair, menjadi anak yatim piatu pada
usia 21 tahun.


Click to View FlipBook Version