ISI KANDUNGAN
Kata Alu-aluan Menteri Pendidikan Malaysia
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Sekolah
Prakata
Pendahuluan
Kata aluan-aluan
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim,
Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Malaysia telah mengisytiharkan Dadah Musuh Utama
Negara. Ini bermakna semua pihak seharusnya memainkan
peranan yang bersungguh-sungguh dalam memerangi
gejala ini daripada terus berleluasa. Kita juga menyedari
bahawa punca dan permasalahan dadah hari ini semakin
rumit yang melibatkan orang dewasa ,golongan remaja dan
murid sekolah.Fenomena ini menjadi lebih penting
disebabkab pengeluaran pelbagai jenis dadahtermasuk
dadah tiruan yang semakin bertambah. Sehubungan dengan itu,Kementerian
Pendidikan Malaysia telah berusaha memainkan peranan dan tanggangjawabnya
bagi merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di
Sekolah.
Semua sekolah hendaklah melaksanakan Program pendidikan Pencegahan Dadah
secara bersepadu dan sistematik. Penglibatan dan kerjasama daripada perbagai
agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kurikulum yang sedia ada
harus dipantau dan dinilai semula mengikut keadaan dan kesesuaian. Dalam konteks
ini kita juga harus berusasha memantapkan strategi dan pendekatan yang berkesan
serta bersifat global.
Pihak pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya melihat gejala dadah
sebagaisesuatu yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Mencegah adalah
lebih baik daripada mengubatinya. Saya berharap dengan komitmen yang
menyeluruh daripada semua pihak iaitu pentadbir ,guru,ibubapa dan masyarakat
gejala dadah yang sekian lama menjadi barah mesyarakat dapat dibendung dan
dipulihkan mengikut jangaan yang kita tetapkan.
Sekian. Terima kasih.
DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
Menteri Pendidikan Malaysia
Kata aluan-aluan
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim,
Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sekolah merupakan institusi penting dalam usaha
melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada
dadah. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
sentiasa peka dan mengambil tanggangjawabdalam
menjayakan strategi pendidikan pencegahan dadah di
sekolah. Strategi utama Pendidikan pencegahan dadah di
Sekolah ialah melalui aktiviti pengurusan dan kepimpinan,
kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
Dalam memenuhi hasrat kerajaan menjadikan sekolah bebas daripada dadah,
kelahiran Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah ini
dialu-alukan kerana ia amat bertepatan dengan masa dan keperluan.
Saya berharap Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di
Sekolah ini akan dapat digunakan sepenuhnya oleh pihak pengurusan sekolah bagi
memperkasakan mutu pengurusan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan
pelaporan. Program Pendidikan pencegahan dadah Di Sekolah. Semoga program ini
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi mencapai hasrat murni Sekolah
Bebas Dadah dan Negara Bebas Dadah. Insyallah.
Sekian. Terima kasih.
TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kata aluan-aluan
PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada semua individu dan pihak
yang terlibat dalam usaha menghasilkan Buku Panduan
Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah.
Sesungguhnya menghasilkan sesebuah buku seperti ini
memrlukan komitmen dan kerjasama yang padu daripada
setiap pihak yang terbabit.
Buku ini amat sesuai dijadikan penduan oleh pihak sekolah terutama sekali bagi
jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Pendidikan Dadah. Di samping itu, buku ini
juga amat berguna kepada semua staf dan murid sekolah untuk mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.
Buku ini mengariskan dengan jelas aktiviti – aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah
yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah melalui empat strategi utama iaitu
pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.
Semua aktiviti yang berkenaan menjurus ke arah memberi kesedaran kepada murid
untuk membina ketahanan diri yang tinggi bagi mengelakkan diri daripada terlibat
dengan dadah.Saya berkeyakinan penuh semua aktiviti berkenaan akan dapat
merealisasikan sekolah bebas dadah.
Sekian. Terima kasih.
HAJI AMINUDIN BIN ADAM
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PRAKATA
Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah diterbitkan
adalah bertujuan untuk memantapkan lagi program dan aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah Di Sekolah.
Buku merupakan panduan kepada pihak pengurusan sekolah bagi melaksanakan
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dengan lebih berkesan.
Panduan yang jelas dan mesra pengguna diharapkan dapat membantu
Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah melaksanakan aktiviti
dengan lebih berkesan dan sempurna.
Peranan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah amat penting
dalam menentukan kejayaan program,yang dilaksanakan. Di samping itu kerjasama
dan pemuafakatan antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian
Kesihatan Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Mencegah Dadah
Malaysia (PEMADAM Kebangsaan) merupakan elemen yang penting dalam
menentukan kejayaan program ini.
Pasukan Penggubal.
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan
„Dadah Musuh Utama Negara‟. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah
kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu
melalui strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum
dan Pembentukan Sahsiah.
MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi
pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan
dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya
menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran „Sekolah Bebas Dadah‟.
RASIONAL
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang
dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting
disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah sintetik yang semakin
bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada
dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian
Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program
Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
a) Murid akan mendapat maklumat bahaya dadah, arak, rokok, inhalan, HIV
(DARIH) dan bahan terlarang yang lain.
b) Murid mempunyai ketahanan dan jati diri untuk menolak pengaruh DARIH
dan bahan terlarang yang lain.
c) Murid kreatif, kritis & inovatif melalui pelaksanaan program PPDa di
sekolah.
STRATEGI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah berasaskan
kepada empat strategi utama:
Pengurusan dan Kepimpinan
Kurikulum
Kokurikulum
Pembangunan Sahsiah
Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan melalui pendekatan berikut:
Pendidikan Pencegahan
Pendidikan Intervensi
PENDIDIKAN PENCEGAHAN
Melalui strategi pendidikan pencegahan maklumat bahaya DARIH dan bahan
terlarang yang lain disampaikan kepada warga sekolah secara umum. Semua murid
akan mendapat maklumat tersebut secara langsung dan tidak langsung melalui
berbagai aktiviti PPDa di sekolah.
PENDIDIKAN INTERVENSI
Pendidikan intervensi adalah strategi PPDa yang dirangka khusus kepada
murid-murid yang dikenal pasti terlibat dengan DARIH dan bahan terlarang
yang lain.
Dalam melaksanakan strategi ini, Jawatankuasa PPDa bersama-sama
dengan guru bimbingan dan kaunseling akan merancang program khusus
untuk murid-murid yang berisiko atau terdedah kepada DARIH dan bahan
terlarang yang lain.
Program-program yang dirangka di bawah strategi Pendidikan Intervensi ini
merupakan program yang dapat membantu murid-murid yang berisiko agar
dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dengan DARIH dan bahan
terlarang yang lain.
STRATEGI 1 – PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PPDa DI SEKOLAH
1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PPDa DI SEKOLAH
Bagi menjayakan program PPDa di sekolah komponen pengurusan berikut
hendaklah dijalankan.
a. Menubuhkan Jawatankuasa PPDa Induk dan Jawatankuasa
Pelaksana di sekolah.
b. Menyenaraikan peranan / tugas Jawatankuasa Pelaksana.
c. Merancang program / aktiviti PPDa di sekolah.
d. Melaksanakan program / aktiviti PPDa di sekolah.
e. Menyelaras program / aktiviti peringkat sekolah.
f. Membuat pemantauan dan penilaian.
g. Menyediakan laporan.
1.1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PENASIHAT
(PENGARAH)
PENGERUSI
(PENGETUA/GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI I
(GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI II
(GPK
KOKURIKULUM /GPK PETANG)
SETIAUSAHA
(GURU PENOLONG KANAN HEM)
PENOLONG SETIAUSAHA
(GURU PENYELARAS PPDa)
AHLI JAWATANKUASA
PEJABAT PIBG PDRM AADK PEMADAM JKKK/KRT
KESIHATAN /NGO
1.1.2 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH RENDAH
PENASIHAT
(GURU BESAR)
PENGERUSI
(GPK HEM)
NAIB PENGERUSI
(GPK
KOKURIKULUM/GPK PETANG)
SETIAUSAHA
(GURU PENYELARAS PPDa)
AHLI JAWATANKUASA
PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS
PENGURUSAN AKTIVITI AKTIVITI PEMBENTUKAN
DAN KURIKULUM KOKURIKULUM SAHSIAH
KEPIMPINAN (S/U KURIKULUM) (S/U (GURU BIMBINGAN
(S/U PPDa) KOKURIKULUM) & KAUNSELING)
1.1.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH MENENGAH
PENASIHAT
(PENGETUA)
PENGERUSI
(GPK HEM)
NAIB PENGERUSI
(GPK
KOKURIKULUM/ GPK PETANG)
)
SETIAUSAHA
(GURU PENYELARAS PPDa)
AHLI JAWATANKUASA
PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS
PENGURUSAN AKTIVITI AKTIVITI PEMBENTUKAN
DAN KURIKULUM KOKURIKULUM SAHSIAH
KEPIMPINAN (S/U (S/U KOKURIKULUM) (GURU BIMBINGAN
(S/U PPDa) KURIKULUM) &
KAUNSELING)
1.2 PERANCANGAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Aktiviti Bulan Pelaksanaan
J F M A M J J O S O N D
1.
PENGURUSAN DAN
KEPIMPINAN
1.1. Jawatankuasa PPDa
1.2. Mesyuarat Jawatankuasa Induk
1.3. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
1.4. Perancangan Pendidikan
Pencegahan Dadah
1.5. Pengurusan Bilik/Laluan PPDa
1.6. Perkembangan Staf
1.7. Pelaporan Aktiviti PPDa
KURIKULUM
2. 2.1. Mesej 5 Minit PPDa
2.2. PPDa Merentas Kurikulum
2.3. Ceramah PPDa
2.4. Pameran PPDa
2.5. IMFree (*)
KOKURIKULUM
3.
3.1 Skim Lencana Anti Dadah
(SLAD - Sekolah Menengah)
3.2 Minggu PPDa
3.3 Pertandingan PPDa (**)
Dikir Barat
Poster
Penulisan Sajak
Deklamasi
Boria
Nasyid
Buku Skrap
PEMBENTUKAN SAHSIAH ANTIDADAH
4. 4.1. Ujian Saringan Urin
4.2. Kemahiran Personel dan
Interpersonel
4.3. Kaunseling PPDa
4.4. Program Keibubapaan (**)
(*) pelaksanaan secara berperingkat
(**) program berasaskan sekolah
1.6 PERKEMBANGAN STAF
Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi
dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan keberkesanan PPDa
di sekolah.
RASIONAL
Guru-guru dan kakitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai
Pendidikan Pencegahan Dadah.
Pengetahuan kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usaha-
usaha menggerakkan PPDa di sekolah.
OBJEKTIF
Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran mengenai bahaya dadah.
Meningkatkan kemahiran PPDa.
Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran PPDa merentasi
kurikulum.
Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah.
KUMPULAN SASAR
Guru sekolah
Kakitangan sekolah
KAEDAH PELAKSANAAN
Ceramah
Bengkel
Seminar
Forum
Lawatan
PERSONALIA
Pengetua / Guru Besar
Setiausaha PPDa
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Pegawai PPDa JPN / PPD
Penceramah Jemputan (Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan,
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, PEMADAM / NGO, Jabatan
Penjara, Jabatan Kebajikan dan Jabatan Agama).
PENGISIAN
Pengetahuan PPDa
Strategi menangani masalah DARIH dan bahan terlarang yang lain.
Senario DARIH dan bahan terlarang yang lain di Malaysia
Kemahiran Personal dan Interpersonal
Pendedahan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PPDa
Aktiviti permuafakatan dalam PPDa
STRATEGI 2 – KURIKULUM
2.1 MESEJ 5 MINIT PPDa
Mesej 5 Minit PPDa ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit
Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada
warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kurikulum ini
bertujuan menyampaikan maklumat PPDa.
RASIONAL
Kurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran
maklumat PPDa di sekolah. Satu set bahan maklumat yang jelas perlu
disediakan untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah.
OBJEKTIF
Memberi maklumat pendidikan pencegahan dadah kepada warga sekolah.
Memberikan kesedaran bahaya DARIH dan bahan terlarang yang lain kepada
warga sekolah ke arah gaya hidup cemerlang.
Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan
Dadah kepada warga sekolah.
KUMPULAN SASAR
Warga sekolah
KAEDAH PELAKSANAAN
Menyampaikan mesej jauhi dadah melalui ceramah/pidato semasa:
Pengajaran dan Pembelajaran
Perhimpunan
Aktiviti kokurikulum
PERSONALIA
Guru Pendidikan Pencegahan Dadah
Ketua Panitia
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Guru Bertugas Mingguan
Guru Kokurikulum
Pemimpin Murid
PENGISIAN
Menyampaikan maklumat DARIH dan bahan terlarang yang lain.
RUJUKAN
Buku Mesej 5 Minit PPDa, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.2 PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH MERENTAS KURIKULUM
Pendidikan Pencegahan Dadah merentas kurikulum tidak disampaikan
sebagai satu mata pelajaran tersendiri tetapi digabungjalinkan dalam mata
pelajaran lain.
RASIONAL
Institusi pendidikan merupakan institusi yang mempunyai kekuatan untuk
menyebarkan maklumat antidadah secara lebih berkesan dengan kaedah
sistematik dan kumpulan sasar yang lebih luas.
Proses pendidikan berupaya membentuk murid menyedari tentang bahaya
DARIH dan bahan terlarang yang lain dan menghindarinya.
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai perkembangan
jasmani, emosi, rohani serta kesan penggunaan DARIH dan bahan
terlarang yang lain.
Menguasai kemahiran untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah
remaja serta membuat keputusan dengan baik.
Menghayati dan mengamalkan nilai dan sikap yang positif dalam menjalani
kehidupan yang sihat, selamat dan sejahtera.
KUMPULAN SASAR
Murid Sekolah Rendah dan Menengah.
KAEDAH PELAKSANAAN
Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti yang
dicadangkan:
Karangan / perbincangan
Projek/Kajian Lapangan
Perbahasan / Syarahan
Ulasan filem, video dan rancangan televisyen
Main peranan (role play)
PERSONALIA
Ketua Bidang
Guru Panitia
Guru Mata Pelajaran
PENGISIAN
Rokok/Vape
Alkohol
Inhalan
Dadah
HIV
Ketum/Bahan Beracun
RUJUKAN
Buku Mesej 5 Minit PPDa
2.3 CERAMAH PPDa
Ceramah PPDa merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan untuk
memerangi DARIH dan bahan terlarang yang lain. Aktiviti ini boleh digunakan
untuk menyampaikan mesej PPDa secara menyeluruh kepada kumpulan
sasar.
RASIONAL
Perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman PPDa lebih mudah
disampaikan melalui ceramah.Ini dapat membantu warga sekolah
memperolehi maklumat PPDa terkini bagi menjana kesedaran akan
bahaya DARIH dan bahan terlarang yang lain.
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan DARIH dan bahan
terlarang yang lain.
Meningkatkan kesedaran dan menyemai perasaan benci akan DARIH dan
bahan terlarang yang lain.
Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi DARIH dan bahan terlarang
yang lain.
KUMPULAN SASAR
Warga sekolah
Ibu bapa/penjaga
KAEDAH PERLAKSANAAN
Semasa perhimpunan sekolah
Semasa sambutan Hari Antidadah (19 Feb/26 Jun)
Semasa kursus/seminar/majlis rasmi sekolah.
PERSONALIA
Pegawai PPDa KPM/JPN/PPD
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM
Jabatan Kesihatan Malaysia
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Farmasi Malaysia
NGO berkaitan
PENGISIAN
Tajuk-tajuk yang bersesuaian dalam mencapai objektif PPDa
RUJUKAN
Surat Pekeliling Am Bil. 1/1985: Ruj. PPAD(S)133/883/1.Program-program
Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-Agensi
Kerajaan, 29 Januari 1985.
2.4 PAMERAN PPDa
Pameran PPDa merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan
dalam menyampaikan mesej DARIH dan bahan terlarang yang lain.
RASIONAL
Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan
menimbulkan perasaan benci terhadap DARIH dan bahan terlarang
yang lain.
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan DARIH dan bahan
terlarang yang lain.
Meningkatkan kesedaran dan menyemai perasaan benci DARIH dan
bahan terlarang yang lain.
Meningkatkan kemahiran kendiri DARIH dan bahan terlarang yang lain.
KUMPULAN SASAR
Warga sekolah
Ibu bapa/penjaga
KAEDAH PELAKSANAAN
Semasa Hari Antidadah (19 Feb / 26 Jun)
Semasa kursus-kursus motivasi
Semasa kursus/seminar/majlis rasmi sekolah.
PERSONALIA
Pegawai PPDa KPM/JPN/PPD
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM
Jabatan Kesihatan Malaysia
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Farmasi Malaysia
NGO berkaitan
PENGISIAN BAHAN
Gambar, buku skrap, keratan akhbar, carta, media elektronik dan bahan
maujud mengenai PPDa
RUJUKAN:
Surat Pekeliling Am Bil. 1/1985:Ruj.PPAD(S) 133/883/1.Program-program
Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-agensi
Kerajaan, 29 Januari 1985.
2.5. IMFree
IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok
dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6 ) berumur 7
tahun hingga 12 tahun di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan (Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan
(Tamil). Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan
dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara.
RASIONAL
Pelbagai Bahan dan aktiviti dirancang yang boleh membantu guru-guru
melaksanakan program IMFree untuk menyampaikan mesej hidup bebas
daripada asap rokok di sekolah .
Memastikan genarasi bebas amalan merokok menjelang 2025 melaui
penyebaran
maklumat IMFree di sekolah., komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok.
Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok.
Melatih murid menjadi agen / pencetus / penyampai maklumat
Perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.
KUMPULAN SASAR
Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan
KAEDAH PELAKSANAAN
Sisipan dalam pengajaran dan pembelajaran
Aktiviti dalam Minggu PPDa
Aktiviti sepanjang tahun
Rujuk Buku IMFree dan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti IMFree
Rujuk Buku Lembaran Kerja IMFree
PERSONALIA
Guru Penyeras PPDa
Guru IMFree
Pegawai PPDa KPM/JPN/PPD
Pegawai Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Jabatan Kesihatan Negeri / Pejabat Kesihatan Daerah
NGO
PENGISIAN BAHAN
Mesej 5 minit bahaya merokok/asap rokok di perhimpunan sekolah.
Program Anti-Merokok sempena Minggu /Bulan PPDa
PPDa merentasi Kurikulum
Buku Lembaran Kerja IMFree
Bahan dan alatan aktiviti Program IMFree.
RUJUKAN
Buku Pakej Program IMFree
Buku Lembaran Kerja IMFree bagi Tahun 1 hingga Tahun 6
Buku Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti IMFree Tahun 1 hingga Tahun 6
STRATEGI 3 - KOKURIKULUM
3.1 SKIM LENCANA ANTIDADAH 2.0
Skim Lencana Antidadah (SLAD) 2.0 adalah program terancang melibatkan
ahli-ahli pasukan beruniform sekolah menengah tingkatan dua dan empat dalam
aktiviti PPDa di sekolah dan masyarakat.
RASIONAL
Murid lebih mudah ditemui dan dipengaruhi oleh rakan mereka. Pengaruh
rakan sebaya adalah lebih berkesan untuk menyampaikan mesej DARIH dan
perlu diperluaskan dalam mencegah penggunaan DARIH dalam kalangan
rakan, keluarga dan masyarakat.
OBJEKTIF
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah.
Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam
menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan
masyarakat.
Menolong rakan sebaya yang berisiko supaya berhubung dengan Guru
Bimbingan dan Kaunseling.
Memberi khidmat sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat
persekolahan.
KUMPULAN SASAR
Ahli Pasukan Beruniform Sekolah Menengah (Tingkatan 2 dan 4)
KAEDAH PELAKSANAAN
Guru melaksanakan kurikulum SLAD berpandukan buku log SLAD 2.0 (soft
copy/hard copy).
Mengedarkan buku-buku log SLAD 2.0 (soft copy/hard copy) kepada ahli dan
menyelaras aktiviti SLAD untuk tempoh satu hingga dua tahun.
Menganugerahkan sijil dan lencana kepada peserta yang layak menerimanya.
PERSONALIA
Guru Penyelaras SLAD
Guru Penasihat Pasukan Beruniform Sekolah Menengah
PENGISIAN
Kurikulum SLAD
1. Rekod Penilaian Guru
Kehadiran - 10 markah
Kurikulum SLAD - 20% (markah)
Soft Skills - 20% (markah)
E-Book Skrap / Buku Skrap - 25 Markah
Amali Kesukarelawan - 15 Markah
Bonus Dan Sumbangan - 10 Markah
2. Aktiviti SLAD (Teori dan Amali):-
Bahagian 1 (Teori)
Aktiviti wajib
Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian
Hubungan remaja dengan kemahiran komunikasi
Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya
Khidmat bantu di sekolah dan institut lain
Sebab dan kesan merokok
Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah
Bahan dan kesan inhalan
Kesan dan akibat penggunaan dadah
Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya
Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Pindaan 39 (B) – gantung
sampai mati
Bahagian II (Amali)
Aktiviti Pilihan
Pertandingan Melukis Poster
Pertandingan Esei
Pertandingan Sajak
Pertandingan Kuiz
Pertandingan Nasyid
Perkhemahan SLAD
RUJUKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1998 : Program Skim Lecana Antidadah,
Pasukan Pakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) bertarikh
3 Februari 1998
Buku Log Skim Lencana Antidadah 2.0, Kementerian Pendidikan Malaysia
(soft copy/hard copy).
3.2. MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Februari setiap tahun
sebagai Hari Antidadah Kebangsaan manakala Suruhanjaya Bangsa-Bangsa
Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan bahawa
26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Sekolah
perlu merangka program Minggu PPDa dalam tempoh tersebut supaya hasrat
menjadikan Sekolah Bebas Dadah tercapai.
RASIONAL
Langkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi
menyedarkan mereka tentang bahaya DARIH dan bahan terlarang yang
lain.
OBJEKTIF
Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya DARIH dan bahan
terlarang yang lain.
Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya Pendidikan
Pencegahan Dadah.
Membentuk tingkah laku dan nilai positif dalam kalangan warga sekolah.
KUMPULAN SASAR
Murid sekolah rendah dan menengah.
Guru-guru dan kakitangan sekolah.
Ibu bapa
KAEDAH PELAKSANAAN
Perhimpunan
Bacaan perutusan dan ikrar
Ceramah
Pameran
Nyanyian Lagu PPDa
Pertandingan PPDa
Persembahan PPDa
PERSONALIA
Guru Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah
Guru Disiplin
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Pegawai PPDa JPN/PPD
Agensi Dadah Kebangsaan/Polis/Kesihatan
RUJUKAN
Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2004: Memperkasa Pendidikan Pencegahan Dadah Di
Sekolah
3.3 PERTANDINGAN PPDa (Program Peringkat Sekolah)
Pertandingan PPDa adalah sebahagian daripada aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran murid terhadap kesan bahaya DARIH dan bahan
terlarang yang lain.
RASIONAL
Murid dapat mengembangkan bakat melalui aktiviti berbentuk
pertandingan.
OBJEKTIF
Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua
peringkat
mengenai bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan, HIV, ketum dan
bahan beracun.
Menggunakan aktiviti berbentuk pertandingan sebagai medium ke arah
memberi kesedaran pencegahan dadah, alkohol, rokok, inhalan, HIV,
ketum dan bahan beracun kepada murid.
Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada dalam
kalangan murid.
KUMPULAN SASAR
Murid sekolah menengah dan rendah
KAEDAH PERLAKSANAAN
Dilaksanakan dalam bentuk pertandingan dan persembahan semasa
Sambutan Minggu PPDa (19 Feb / 26 Jun)
Aktiviti sisipan dalam program dan majlis rasmi sekolah.
PERSONALIA
1. Sekolah Rendah:
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha PPDa
2. Sekolah Menengah:
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha PPDa
Penyelaras Kokurikulum
Penyelaras Badan Uniform/Kelab/Persatuan
Penyelaras Sukan/Permainan
PENGISIAN
Dikir Barat PPDa
Poster PPDa
Penulisan Sajak PPDa
Deklamasi Sajak PPDa
Boria PPDa
Nasyid PPDa
Buku Skrap PPDa
STRATEGI 4 – PEMBENTUKAN SAHSIAH
4.1. UJIAN SARINGAN URIN MURID
Ujian saringan urin murid merupakan langkah pencegahan awal yang
bertujuan untuk mengesan murid yang disyaki mencuba dadah.
RASIONAL
Ujian saringan urin amat perlu dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai satu
cara untuk mengesan murid yang mencuba dadah supaya boleh diberi
bimbingan awal dan intervensi.
OBJEKTIF
Mengesan murid yang terlibat mencuba dadah.
Melaksanakan program intervensi kepada murid yang dikesan mencuba
dadah
KUMPULAN SASAR
Murid sekolah
KAEDAH PELAKSANAAN
Kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan
Menggunakan kertas jalur (saringan)
PERSONALIA
Guru Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah
Guru Disiplin
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Pegawai PPDa JPN/PPD
Agensi Antidadah Kebangsaan
PENGISIAN
Menyenaraikan nama murid secara rawak.
Memaklumkan kepada PPD /JPN.
Taklimat ujian saringan urin kepada murid.
Soal selidik PPDa (Borang B4) atau pengakuan murid.
Pengambilan dan pengujian sampel.
RUJUKAN
Surat Siaran KP(BS/HEP)8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian Urin
Pelajar Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2010: Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah
4.2. KEMAHIRAN PERSONAL / INTERPERSONAL
Usaha memberi kemahiran personal dan interpersonal kepada murid
merupakan
aktiviti yang sangat baik dan sememangnya digalakkan.Usaha ini akan
membantu murid menjadi individu yang boleh mengurus diri, bertingkah laku
positif, mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin yang cemerlang
dalam PPDa.
RASIONAL
Murid yang mempunyai kemahiran personal dan interpersonal perlu
dilatih melalui satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan
keterampilan mereka terserlah.
OBJEKTIF
Melahirkan murid yang berperibadi mulia.
Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan
berkesan.
Meningkatkan kemahiran tegas diri.
Mengatakan “TIDAK” kepada DARIH dan bahan terlarang lain.
Meningkatkan kemahiran membuat keputusan.
Meningkatkan kemahiran memimpin dalam kalangan murid.
KUMPULAN SASAR
Murid sekolah rendah dan menengah
KAEDAH PELAKSANAAN
Bengkel
Seminar
Kaunseling individu/kelompok
Kursus
Forum
Kolokium
Perkhemahan
PERSONALIA
Guru Penyelaras PPDa
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Fasilitator
PENGISIAN
Kesedaran kendiri
Asas komunikasi
Asas kaunseling
Perkembangan remaja
Kemahiran lanjutan:
a) Tegas diri
b) Membuat keputusan
c) Mengatakan “TIDAK” kepada DARIH dan bahan terlarang lain.
4.3. KAUNSELING PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) berperanan untuk
membantu murid yang telah dikesan terlibat dadah dan berisiko. Murid boleh
mendapatkan perkhidmatan Kaunseling PPDa ini secara sukarela atau
dirujuk.
RASIONAL
Murid sekolah yang dikesan terlibat dadah dan berisiko perlu diberikan
pertolongan secara khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling supaya bebas daripada dadah.
OBJEKTIF
Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya DARIH dan bahan
terlarang lain.
Membantu murid meningkatkan keyakinan diri supaya bebas DARIH
dan bahan terlarang lain.
Membanteras penggunaan dadah dalam kalangan murid.
KUMPULAN SASAR
Murid yang datang secara sukarela
Murid yang dirujuk
Murid yang dikenal pasti melalui ujian saringan urin
Murid yang ahli keluarganya terlibat dadah
KAEDAH PERLAKSANAAN
Pengakuan Lisan
- Murid menjawab Soal Selidik PPDa (Borang B4).
- Guru Bimbingan dan Kaunseling membuka fail SULIT.
- Menjalankan sesi kaunseling.
Positif Ujian Saringan Urin
- Guru Bimbingan dan Kaunseling membuka fail SULIT.
- Menjalankan sesi kaunseling.
Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sesi
kaunseling kepada murid-murid berkenaan sekurang-kurangnya tiga
(3) kali sesi dalam tempoh tiga (3) bulan.
Selepas tiga bulan, ujian saringan urin kali kedua dijalankan bersama
Agensi Dadah Kebangsaan. Sekiranya didapati positif pada ujian
saringan urin kali kedua, pihak sekolah hendaklah memaklumkan ibu
bapa supaya merujuk kepada AADK untuk rawatan selanjutnya.
Pemantauan ke atas murid diteruskan sehingga murid disahkan bebas
Dadah melalui ujian saringan urin berikutnya.
PERSONALIA
Guru Bimbingan dan Kaunseling
PENGISIAN
Pengurusan diri, masa dan tekanan
Kemahiran interpersonal
Kemahiran membuat keputusan
Perkembangan konsep kendiri
Kemahiran tegas diri
Kajian/Soal selidik
RUJUKAN
Tatacara Tindakan ke atas Kes-kes Penggunaan Dadah dalam
Kalangan Murid Sekolah
4.4. PROGRAM KEIBUBAPAAN
AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG BERKERJASAMA MENJAYAKAN
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
• AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)
• JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN) POLIS DIRAJA
MALAYSIA (PDRM)
• KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
• KERAJAAN NEGERI
• PIHAK BERKUASA TEMPATAN
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) YANG BERKERJASAMA MENJAYAKAN
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA (PEMADAM)
PENGASIH MALAYSIA
DRUGS FREE YOUTH ASSOCIATION (DFYA)
PAUTAN YANG BERKAITAN PPDa
www.adk.gov.my
www.infosihat.gov.my
www.pemadam.org.my
www.pengasih.org
Semakan Kendiri
Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
1. Maklumat Sekolah
1. Nama Sekolah :
2. Daerah : Kod Sekolah: Gred Sekolah
3. Status Sekolah [Bandar (B) / Luar Bandar (LB)] B LB
4. Sesi Persekolahan (Pagi / Petang) Pg Ptg
5. Jumlah Murid Lelaki : Perempuan Jumlah
:
6. Jumlah Guru Lelaki : Perempuan: Jumlah:
7. Nama Guru Besar / Pengetua :
8. Nama Guru PPDa:
Petunjuk Skor
0 TIADA
1 KURANG MEMUASKAN
2 MEMUASKAN
3 BAIK
4 CEMERLANG
Ada 2
SKOR Tiada 0
2. Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
BIL PERKARA Ada Tiada SKOR
1. BAHAGIAN 1: PENGURUSAN 0 1 2 3 4
1.1 Takwim PPDa
1.2 Carta Organisasi Jawatankuasa PPDa
1.3 Rancangan Tahunan/Perancangan Strategik
PPDa
1.4 Mesyuarat /Agenda/Minit Mesyuarat/Maklum
balas mesyuarat /Surat atau memo mesyuarat
2. BAHAGIAN 2: PENCEGAHAN & INTERVENSI
2.1 5 Minit Mesej PPDa
2.2 Bilik/Laluan
2.3 Sambutan Minggu Anti Dadah
2.4 Sisipan PPDa Dalam Kurikulum
2.5 Skim Lencana Antidadah(SLAD)(SM)
2.6 Ujian Urin Murid (SM)
2.7 Soal Selidik / Kajian DARIH / Kaedah
mengenal pasti murid terlibat dadah, alcohol, /
rokok, inhalan, / HIV
2.8 Kaunseling PPDa
2.9 Program Pencegahan/Intervensi Tambahan
3. BAHAGIAN 3: Surat Pekeliling Iktisas/Siaran PPDa Ada Tiada
( 2 ) (0)
3.1 SPI Bil 7 /1975 – Salah Guna Dadah-Garis Panduan Guru/Guru Besar
3.2 SPI Bil 1/ 1979 – Senarai Tugas-tugas Guru Panduan di sekolah menengah
3.3 SPI Bil 2 /1979-Laporan Murid Dalam keadaan Berisiko Penyalahgunaan
Dadah
3.4 SPA Bil 1/1985-Arahan Menjalankan Program Mencegahkan Membasmi
Kegiatan Penagihan Dadah
3.5 Surat SPI Bil.8/1986: Ruj.KP(BS)8548/8/1(29) bertarikh 29 Disember
1986 –Penyalahgunaan Inhalan
3.6 SPI Bil 3/1988 – Pelaksanaan Skim Lencana Anti Dadah
3.7 SPI Bil 1/1983 – Garis Panduan Kempen Anti Rokok di Sekolah
3.8 SPI Bil7/1992:Ruj. KP(BS)8591/Jld V 11(13) bertarikh 27 Julai 1992 –
Pengharaman Pensil Berbentuk alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah-
Sekolah
3.9 SPI Bil 5/1997- Sekolah Kawasan Larangan Merokok
3.10 SPI Bil 6/2000- Menangani masalah keselamatan, dadah dan gangster
3.11 SPI Bil 3/2004 – Memperkasa Pendidikan Pencegahan Dadah
3.12 SPI Bil 4/2010-Pelaksanaan Ujian Urin Murid di Sekolah
3.13 Surat Siaran KPM KP(BS)8548/23/C/(5)-27 April 1995 Pelaksanaan
Program Cuma 5 Minit Anti Dadah
3.14 Surat Siaran KPM Ruj. KP(BS/HEP)8543/078/ Jld.11(100) 16 Januari
2008 Pengurusan Bilik Sumber dan Sudut/Lorong PPDa di Sekolah
Jumlah
PEKELILING DAN SURAT SIARAN PPDa
1 SPI Bil 7 /1975 – Salah Guna Dadah-Garis Panduan Guru/Guru Besar
2 SPI Bil 1/ 1979 – Senarai Tugas-tugas Guru Panduan di sekolah menengah
3 SPI Bil 2 /1979-Laporan Murid Dalam keadaan Berisiko Penyalahgunaan Dadah
SPA Bil 1/1985-Arahan Menjalankan Program Mencegahkan Membasmi Kegiatan
4
Penagihan Dadah
Surat SPI Bil.8/1986: Ruj.KP(BS)8548/8/1(29) bertarikh 29 Disember 1986 –
5
Penyalahgunaan Inhalan
6 SPI Bil 3/1988 – Pelaksanaan Skim Lencana Anti Dadah
7 SPI Bil 1/1983 – Garis Panduan Kempen Anti Rokok di Sekolah
SPI Bil7/1992:Ruj. KP(BS)8591/Jld V 11(13) bertarikh 27 Julai 1992 – Pengharaman
8
Pensil Berbentuk alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah-Sekolah
9 SPI Bil 5/1997- Sekolah Kawasan Larangan Merokok
10 SPI Bil 6/2000- Menangani masalah keselamatan, dadah dan gangster
11 SPI Bil 3/2004 – Memperkasa Pendidikan Pencegahan Dadah
12 SPI Bil 4/2010-Pelaksanaan Ujian Urin Murid di Sekolah
Surat Siaran KPM KP(BS)8548/23/C/(5)-27 April 1995 Pelaksanaan Program Cuma 5
13
Minit Anti Dadah
Surat Siaran KPM Ruj. KP(BS/HEP)8543/078/ Jld.11(100) 16 Januari 2008 Pengurusan
14
Bilik Sumber dan Sudut/Lorong PPDa di Sekolah
BORANG PELAPOPAN AKTIVITI PPDa
Aktiviti JPN
Muat turun BORANG LAPORAN AKTIVITI PPDa JPN KEPADA KPM PPDa SR01
Muat turun BORANG LAPORAN AKTIVITI PPDa JPN KEPADA KPM PPDa
SM01
Muat turun BORANG LAPORAN AKTIVITI PPDa PERINGKAT NEGERI PPDa 02
Muat turun PPDa 03 BORANG LAPORAN MURID TERLIBAT MENCUBA
DADAH
Laporan Aktiviti Sekolah
Muat turun SR01 BORANG LAPORAN AKTIVITI PPDa SEKOLAH KEPADA
PPD
Muat turun SM01 BORANG LAPORAN AKTIVITI PPDa SEKOLAH KEPADA
PPD
TATACARA
TINDAKAN
KE ATAS KES-KES
PENGGUNAAN
DADAH
DALAM KALANGAN
MURID
SEKOLAH
TATACARA TINDAKAN KE ATAS KES-KES PENGGUNAAN DADAH
DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH
1. Pendahuluan
Kementerian Pendidikan Malaysia sedar perbuatan mengguna dadah
merupakan satu masalah serius kepada negara. Sebagai satu institusi
pendidikan, sekolah mempunyai peranan dalam usaha membendung
merebaknya perbuatan mengguna dadah di kalangan murid-murid sekolah
terutama di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Memandangkan ada murid-
murid sekolah yang terlibat dalam perbuatan mengguna dadah, sama ada
mencuba, menagih, memiliki, membawa atau mengedar dadah, satu tatacara
tindakan perlu diadakan sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk
bertindak ke atas murid-murid sekolah dengan mengambil kira undang-
undang yang sedia ada.
2. Objektif
Tatacara ini adalah bertujuan:
2.1 Memberi panduan kepada pihak sekolah untuk mengendalikan murid
yang didapati atau disyaki menggunakan dadah.
2.2 Memastikan pentadbir sekolah memberi keutamaan kepada
kesejahteraan dan kebajikan murid yang terlibat.
2.3 Menentukan tindakan pihak sekolah ke atas kes penggunaan dadah
dalam kalangan murid hendaklah bersesuaian dengan peruntukan
dalam Akta Pendidikan 1996 , Akta Dadah Berbahaya 1952 dan
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 serta pindaan-
pindaan kepadanya.
3. Takrif
Untuk tujuan tatacara ini :
Dadah
“dadah” bermaksud semua jenis dadah berbahaya yang terkandung
dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan pindaan-
pindaan yang berkaitan dengannya, dalam semua bentuk. (Rujuk
Lampiran A.)
Mengguna dadah
“mengguna dadah” bermaksud penggunaan mana-mana satu / lebih jenis
dadah sama ada melalui suntikan, sedutan, meminum, menelan dan
menghidu atau cara-cara lain.
Murid
“murid” bermaksud individu dalam lingkungan umur persekolahan serta
masih belajar di sekolah bantuan kerajaan. (rujuk Akta Pendidikan 1996)
4. Tatacara pengendalian kes penggunaan dadah dalam kalangan murid
sekolah :
4.1 Guru menerima pengakuan / maklumat, murid terlibat mengguna dadah.
(a) Guru yang menerima pengakuan / menerima maklumat hendaklah
merujuk perkara ini kepada Pengetua / Guru Besar untuk tindakan
selanjutnya.
(b) Sekiranya ada maklumat terdapat bahan yang disyaki dadah,
hendaklah merujuk kepada pihak polis.
(c) Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan segera tindakan
dan langkah-langkah yang perlu diambil.
(d) Pihak polis hendaklah diberitahu sekiranya terdapat sebarang
ancaman berkaitan perkara ini.
(e) Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sekurang-
kurangnya tiga kali sesi kaunseling dalam tempoh tiga bulan
terhadap murid yang terlibat. Rekod pemantauan murid terlibat
dadah perlu dilengkapkan mengikut:
i) Borang B2 – Borang Profil Murid Terlibat
ii) Borang B3 – Rekod Seliaan Kaunseling
(f) Pentadbir sekolah dikehendaki membuat pemantauan terhadap
pengendalian kes.
(g) Pentadbir sekolah melaporkan status murid berkenaan selepas 3
bulan daripada sesi rawatan / kaunseling pertama dijalankan.
4.2 Guru mengesyaki murid memiliki dadah.
(a) Guru yang menerima pengakuan / menerima maklumat hendaklah
merujuk perkara ini kepada Pengetua / Guru Besar untuk tindakan
selanjutnya.
(b) Sekiranya ada maklumat terdapat bahan yang disyaki dadah,
hendaklah merujuk kepada pihak polis.
(c) Pihak pentadbir sekolah / guru DILARANG menyentuh, mengambil
dan menyimpan bahan yang disyaki dadah.
(d) Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan segera tindakan
dan langkah-langkah yang perlu diambil.
(e) Pihak polis hendaklah diberitahu sekiranya terdapat sebarang
ancaman berkaitan perkara ini.
(f) Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sekurang-
kurangnya tiga kali sesi kaunseling dalam tempoh tiga bulan
terhadap murid yang terlibat. Rekod pemantauan murid terlibat
dadah perlu dilengkapkan mengikut:
i) Borang B2 – Borang Profil Murid Terlibat
ii) Borang B3 – Rekod Seliaan Kaunseling
(g) Pentadbir sekolah dikehendaki membuat pemantauan terhadap
pengendalian kes.
(h) Pentadbir sekolah melaporkan status murid berkenaan selepas
3 bulan daripada sesi rawatan / kaunseling pertama dijalankan.
4.3 Kes murid ditangkap pihak berkuasa di luar kawasan sekolah.
(a) Pengetua / Guru Besar mendapatkan maklumat daripada pihak
berkuasa.
(b) Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan segera tindakan
dan langkah-langkah yang perlu diambil.