(c) Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sekurang-
kurangnya tiga kali sesi kaunseling dalam tempoh tiga bulan terhadap
murid yang terlibat. Rekod pemantauan murid terlibat dadah perlu
dilengkapkan mengikut:
iii) Borang B2 – Borang Profil Murid Terlibat
iv) Borang B3 – Rekod Seliaan Kaunseling
(d) Selepas tiga bulan, ujian urin kali kedua dijalankan bersama Agensi
Anti Dadah Kebangsaan dan Pengetua menyediakan laporan
perubahan tingkah laku murid.
(e) Pentadbir sekolah membuat pemantauan terhadap pengendalian kes.
(f) Pentadbir sekolah melaporkan status pemulihan murid berkenaan
selepas 3 bulan daripada sesi rawatan / kaunseling pertama
dijalankan.
4.4 Keadaan kecemasan akibat penggunaan dadah.
(a) Perkara ini hendaklah dikendalikan sebagai kes kecemasan
perubatan.
(b) Langkah-langkah membantu hendaklah mematuhi prosedur
pertolongan cemas.
(c) Murid berkenaan hendaklah dirujuk ke hospital atau pusat
perubatan dengan segera untuk mendapatkan rawatan perubatan.
(d) Murid berkenaan hendaklah ditemani oleh guru, sementara
menunggu rawatan perubatan.
(e) Sekiranya murid terlibat bertindak agresif, pihak sekolah
hendaklah merujuk kepada pihak polis.
(f) Jika murid tersebut disahkan oleh pihak hospital mengambil dadah
Pengetua / Guru Besar boleh mengambil tindakan disiplin
terhadap murid terbabit.
4.4.1 Tindakan susulan.
(a) Guru yang menerima pengakuan / menerima maklumat
hendaklah merujuk perkara ini kepada Pengetua / Guru Besar
untuk tindakan selanjutnya.
(b) Sekiranya ada maklumat terdapat bahan yang disyaki dadah,
hendaklah merujuk kepada pihak polis.
(c) Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan segera
tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil.
(d) Pihak polis hendaklah diberitahu sekiranya terdapat sebarang
ancaman berkaitan perkara ini.
(e) Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan
sekurang-kurangnya tiga kali sesi kaunseling dalam tempoh
tiga bulan terhadap murid yang terlibat. Rekod pemantauan
murid terlibat dadah perlu dilengkapkan mengikut:
v) Borang B2 – Borang Profil Murid Terlibat
vi) Borang B3 – Rekod Seliaan Kaunseling
(f) Pentadbir sekolah membuat pemantauan terhadap kes yang
dikendalikan.
(g) Pentadbir sekolah melaporkan status pemulihan murid
berkenaan selepas 3 bulan daripada sesi rawatan / kaunseling
pertama dijalankan.
4.5 Menerima maklumat mengenai bahan yang disyaki dadah dijual / diedar
oleh individu (selain murid) dalam kawasan sekolah.
(a) Pengetua/ Guru Besar hendaklah memastikan kesahihan laporan
tersebut.
(b) Jika Pengetua/ Guru Besar berpendapat perlu dibuat laporan,
perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada polis dengan segera.
4.6 Murid yang dikesan positif ujian saringan urin secara rawak.
(a) Pengetua mendapatkan keputusan ujian saringan urin.
(b) Ibu bapa / penjaga murid hendaklah dimaklumkan segera akan
tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil.
(c) Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan sekurang-
kurangnya tiga kali sesi kaunseling dalam tempoh tiga bulan
terhadap murid yang terlibat. Rekod pemantauan murid terlibat
dadah perlu dilengkapkan mengikut:
i) Borang B2 – Borang Profil Murid Terlibat
ii) Borang B3 – Rekod Seliaan Kaunseling
(d) Selepas tiga bulan, ujian urin kali kedua dijalankan bersama Agensi
Anti Dadah Kebangsaan.
(e) Sekiranya masih positif ujian urin kali kedua, pihak sekolah
hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa supaya merujuk kepada
AADK untuk rawatan selanjutnya.
(f) Jika murid terlibat disahkan positif klinikal dalam ujian urin kali
kedua, murid tersebut perlu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin
sekolah.
(g) Pemantauan ke atas murid diteruskan sehingga murid disahkan
bebas dadah melalui ujian urin berikutnya.
5. Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penyalahgunaan Inhalan Dalam
Kalangan Murid Sekolah
Takrif Penyalahgunaan Inhalan
Wap Kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan dan boleh menyebabkan
kesan-kesan psikoaktif. Psikoaktif ialah bahan yang bekerja pada otak
sehingga dapat menimbulkan perubahan tingkahlaku, emosi, persepsi dan
kesedaran system saraf otak. Penyalahgunaan inhlan boleh meninggalkan
kesan negatif kepada penagihnya.
Pihak sekolah disarankan menggunakan tatacara dan pendekatan yang tepat
bagi membantu murid terlibat pulih sepenuhnya daripada penyalahgunaan
inhalan.
5.0 Murid dikesan menyalahgunakan inhalan.
5.1 Mengenalpasti murid dan jenis inhalan yang digunakan.
5.2 Menghubungi dan memaklumkan kes berkenaan kepada PPD
dengan seberapa segera.
5.3 Menghubungi dan memaklumkan kes berkenaan kepada ibu
bapa/ penjaga murid berkenaan.
5.4 Merujuk murid berkenaan ke hospital atau agensi berkaitan
untuk tujuan rawatan dan pemulihan
5.5. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menjalankan
sekurang-kurangnya 3 kali sesi kaunseling dalam tempoh 3
bulan terhadap murid yang terlibat.
5.6 Guru Bimbingan dan Kaunseling melengkapkan rekod
pemantauan murid berkenaan.
i) Borang B2 : Borang Profil Murid Terlibat
ii) Borang B3 : Rekod Seliaan Kaunseling
5.7 Pentadbir sekolah membuat pemantauan terhadap kes yang
dikendalikan.
5.8 Pentadbir sekolah melaporkan status pemulihan murid
berkenaan selepas 3 bulan daripada sesi rawatan / kaunseling
pertama dijalankan.
5.9 Tindakan disiplin
6. Prosedur SULIT
Adalah ditegaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam tindakan yang
disenaraikan dalam perkara 4, sebagai perkara yang paling sulit. (rujuk
surat pekeliling ikhtisas no.7/1975).
7. Laporan
Pengetua / Guru Besar hendaklah membuat laporan lengkap mengenai
kejadian kes dadah atau bahan terlarang lain kepada Pejabat Pendidikan
Daerah mengikut format Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2008 PK04
Pengurusan Aduan.
Walau bagaimanapun Dapatan Ujian Urin Murid Sekolah Menengah Secara
Rawak tidak perlu dilaporkan menggunakan format berkenaan.
8. Rujukan Untuk Pengetua / Guru
Sekiranya timbul masalah dalam menjalankan tatacara ini Pengetua / Guru
Besar hendaklah merujukkannya kepada Unit Pendidikan Pencegahan Dadah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah.
LAMPIRAN ‘A’
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1980 dan 1998)
(First Schedule of Dangerous Drugs Act 1952)
Bahagian I Bahagian II
Candu Mentah Candu Masak (prepared opium)
Daun Cannabis (ganja)
Straw Poppy
Cannabis (ganja)
Bahagian III
Acetorphine Heroin
Acetymethadol
Allprodine Hydrocodone
Alphaacetylmethadol Hydromorphinol
Alphameprodine Hydromorphone
Alphamethadol Hydroxypethidrine
Alphaprodine Isomethudone
Anilevidine Ketobemidone
Benethidine Levomethorphan
Benzylmorphine Levophenacylmorphan
Betamethadol Levophanol
Betaprodine Levo
Betatramide Metazocine
Methedone
Cannabis (Indian Hamp) and Cannabis Methodone – Internamediate
Methaqualone
Resin (Resin of Indian Hamp) Methyldesorphine
Clonitazene Methyldihydromorphine
Daun Coca Metopon
Cocaine Moramide – Intermediate
Codoxine Morphervidine
Diphenoxylate
Dipipanone
Drotebanol
Ecgonine
Extacy
Thylmethylthiambutene
Otonitazene
Ethorphine
Etorevidine
Fentany
Furethidine
Morphine Pethedine – Intermediate A
Pethedine – Intermediate B
Morphine, Methobrasmide Pethedine – Intermediate C
and other pentavalent Phenadoxone
nitrogen morphine derivaties Phenampromide
including in particular the moephine M – oxide Phenazocine
derivaties one of which is codine - M – Oxide. Phenomorphan
Morphine Phenopevidine
Myrophine Piminodine
Micemorphine Piritramide
Moracymethadol Propheptazine
Morlevophanol Properidine
Mormethadone Racemothophan
Mormorphine Racemorawide
Morpipanome Racemorphane
Opium Syabu
Oxycodone Thebacon
Orymorphone Thebaine
Pethidine Trimeperidine
The isomers, unless specially expected, of the drugs in this part whenever the
extence of such isomers is possible within a specific chemical designation, the exters
and others, unless appearing in another part, of the drugs in this schedule whenever
the existence of such esters or others if possible. The salts of the drugs listed in this
part, including the salts of esters, ethers and isomers as provide above whenever the
existence of such is possible.
Bahagian IV
Acetyldihydrocodeine
Codeine
Hihydrocodiene
Ethylemorphine
Micocodine
Micodicodine
Pholcodine
Propiran
The isomers, unless specifically expected, of the drug in this in this parts whenever
the existence of such isomers is possible within the specific chemical designation: the
salts of the drugs listed in this part, including the salt of isomers to provided above
wherever the existence of such salt is possible.
Akta Dadah Berbahaya 1952 memberi peruntukan kepada Menteri yang
bertanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan bagi
menambah ke dalam senarai dalam Jadual Pertama mana-mana dadah-
dadah lain seperti dikehendaki oleh Akta A330 Akta Dadah Berbahaya
(Pindaan) 1976.
(dapatkan maklumat terkini dari AADK
CARTA ALIRAN TATACARA BERTINDAK UNTUK MENGENDALIKAN
MASALAH MENGGUNA DADAH DI SEKOLAH
4.1 Guru Menerima Pengakuan / Maklumat, Murid Terlibat Mengguna Dadah.
MULA
Rujuk kepada Pengetua / Guru Besar
Jika ada bahan salah Tindakan segera
Hubungi Polis & Beritahu dan Bincang
Serah Bahan Salah dengan Ibu Bapa
Jika ada acaman,
TAMAT
buat laporan Polis
Menjalankan Sesi Kaunseling
Terhadap Pelajar Terlibat
TAMAT
Kaunselor Pelajar Melengkapkan
Rekod Pemantauan Pelajar
TAMAT
4.2. Guru Mengesyaki Murid Memiliki Dadah
MULA
Rujuk kepada Pengetua / Guru Besar
Jika ada bahan salah Tindakan segera
Hubungi Polis & Beritahu dan Bincang
Serah Bahan Salah dengan Ibu Bapa
Jika ada acaman,
TAMAT
buat laporan Polis
Menjalankan Sesi Kaunseling
Terhadap Pelajar Terlibat
TAMAT
Kaunselor Pelajar Melengkapkan
Rekod Pemantauan Pelajar
TAMAT
4.3. Kes Murid Ditangkap Polis Di Luar Kawasan Sekolah
MULA
Pengetua / Guru Besar Mendapatkan
Maklumat daripada Polis
Semak Rekod Pelajar Tindakan segera
Menjalankan Sesi Beritahu dan Bincang
Kaunseling dengan Ibu Bapa
Melengkapkan Rekod Jika ada ancaman,
Pemantauan Pelajar buat Laporan Polis
Selepas 3 bulan
TAMAT
Menjalankan Ujian Urin
Dan Hantar Laporan
Ke PPD/ JPN
TAMAT
4.4. Keadaan Kecemasan Akibat Penggunaan Dadah
MULA
Bantuan Pertolongan Cemas
Menghantar ke Hospital Untuk
Rawatan Dengan ditemani guru
Tindakan
Susulan
4.4.1 Tindakan Susulan.
MULA
Rujuk kepada Pengetua / Guru Besar
Untuk Tindakan Lanjut
Jika ada bahan salah Tindakan segera
Hubungi Polis & Beritahu dan Bincang
Serah Bahan Salah dengan Ibu Bapa
Jika ada acaman,
TAMAT buat laporan Polis
Menjalankan Sesi Kaunseling
Terhadap Pelajar Terlibat
TAMAT
Jika Perlu maklumkan kepada
Pegawai AADK / Pegawai Polis
Tindakan Lanjut
TAMAT
4.5 Orang Luar Disyaki Menjual Atau Mengedar Dadah Dalam Kawasan
Sekolah
MULA
Pengetua / Guru Besat Menyiasat
Kesahihan Laporan
Jika Perlu, Buat Laporan Polis
Tamat
4.6 Murid Yang Dikesan Positif Mengandungi Dadah Dalam Ujian Urin Secara
Klinikal / Makmal
MULA
Pengetua / Guru Besar Mendapatkan
Keputusan Rasmi Urin
Tindakan segera
Menjalankan Sesi Dianggap Masalah Beritahu dan Bincang
Kaunseling Disiplin Serius dengan Ibu Bapa
& Pemantauan
Melibatkan Pelajar
Dalam Program Tindakan Disiplin TAMAT
Pencegahan Dadah Rujuk Pekeliling
Selepas 3 bulan
Menjalankan Ujian Urin
Dan Hantar Laporan TAMAT
Ke PPD/ JPN
TAMAT
PASUKAN PANGGUBAL
PENGERUSI
Haji Aminudin bin Adam
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
NAIB PENGERUSI
Datin Nurzamani binti Abdul Hamid
Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
SETIAUSAHA
Encik Burhanuddin bin Disa
Penolong Pengarah Unit Pencegahan dan Intervensi
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
NAIB SETIAUSAHA
Puan Jahleha binti Yusof
Penolong Pengarah Pencegahan dan Intervensi
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
AHLI-AHLI
1. Encik Rusli bin Rashid JPN Perlis
2 Haji Amran bin Zakaria JPN Kedah
3 Ustaz Ariff bin Ariffin JPN Kedah
4 Encik Hakimi bin Saman JPN Pulau Pinang
5 Encik Mohd Shukri bin Idris JPN Pulau Pinang
6 Encik Sayuti bin Ibrahim JPN Perak
7 Encik Sandy Yusman bin Zakaria JPN Perak
8 Encik Mohd Idrus bin Hj Ariffin JPN Selangor
9 Haji Mohd Ghazali bin Hj Anuar JPN Selangor
10 Encik Ismail bin Md Noor JPWP Kuala Lumpur
11 Encik Mohd Firdaus bin Ahmad Suhaimi JPWP Kuala Lumpur
12 Haji Shamsulkamal bin Ab Rahman JPN Negeri Sembilan
13 Cik Nor Lela binti Jonit JPN Melaka
14 Encik Mustaffa bin Ibrahim JPN Johor
15 Encik Mohd Afian bin Ramlan JPN Johor
16 Encik Mazlan bin Awang JPN Terengganu
17 Haji Mohd Sabri bin Ibrahim JPN Terengganu
18 Encik Salim bin Daim JPN Kelantan
19 Encik Norhisham bin Awang Noh JPN Kelantan
20 Encik Muhamad Wan Azan bin Wan Jaafar JPN Pahang
21 Puan Sabariah binti Muhamad JPN Pahang
22 Encik Freddy Au JPN Sabah
23 Encik Zamahri bin Hj Piee JPN Sarawak
24 Encik Busman bin Borahima JPWP Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan Sukacitanya
merakam setinggi-tinggi penghargaan
dan
ucapan terima kasih
kepada semua pihak
yang telah memberi sumbangan
dalam penyediaan
buku ini.