i [
1 BAB 1 PENGENALAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
2 1.1 LATAR BELAKANG Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan Dadah Musuh Nombor Satu Negara. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan Program PPDa di sekolah. Sasaran utama program adalah kepada murid, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat. 1.2 VISI ‘SEKOLAH BEBAS DADAH’ 1.3 MISI Melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada pengaruh dadah. 1.4 MATLAMAT Pelaksanaan PPDa di sekolah-sekolah adalah untuk memastikan murid-murid akan mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kesedaran terhadap bahaya dadah serta bahan terlarang lain yang boleh merosakkan intelek, emosi, rohani dan jasmani. 1.5 RASIONAL Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini telah merebak kepada golongan remaja. Situasi ini menjadi lebih serius disebabkan kemunculan pelbagai jenis dadah sintetik. Keadaan ini menyebabkan murid kita berada dalam keadaan berisiko. Menyedari hakikat ini, KPM mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program PPDa di sekolah secara sistematik dan berkesan. 1.6 OBJEKTIF a) Mempertingkat kemahiran murid tentang bahaya Dadah, Arak, Rokok, Inhalan, HIV/ AIDS (DARIH) dan bahan terlarang yang lain. b) Memperkasa ketahanan dan jati diri murid untuk menolak pengaruh tentang bahaya DARIH dan bahan terlarang yang lain. c) Melahirkan murid kreatif, kritis dan inovatif dalam melaksanakan program PPDa di sekolah.
3 1.7 PENDEKATAN Pelaksanaan PPDa di sekolah berasaskan kepada empat strategi utama: a) Aktiviti Pengurusan dan Kepimpinan Pengurusan dan kepimpinan PPDa yang mantap akan menjamin kejayaan sesuatu program PPDa di sekolah. b) Aktiviti Merentas Kurikulum Melalui strategi kurikulum, PPDa dapat disampaikan melalui program yang berorientasikan aktiviti dan pendekatan merentasi kurikulum. c) Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulum dapat dijadikan media penyampaian mesej dan aktiviti dalam pelaksanaan PPDa. d) Aktiviti Pembangunan Sahsiah Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah murid-murid. 1.8 PENDIDIKAN PENCEGAHAN Melalui pendekatan strategi PPDa, maklumat berkaitan bahaya DARIH dan bahan terlarang dapat disampaikan kepada warga sekolah secara umum. Maklumat ini disampaikan melalui pelbagai aktiviti PPDa yang dilaksanakan di sekolah secara implisit dalam kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Aktiviti PPDa secara eksplisit pula dilaksanakan menerusi perancangan Jawatankuasa PPDa dan melalui penyerapan dalam semua mata pelajaran. 1.9 PENDIDIKAN INTERVENSI Pendekatan pendidikan intervensi ialah strategi yang dirangka khusus untuk murid-murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan DARIH. Dalam melaksanakan strategi ini, Jawatankuasa PPDa bersama-sama dengan GBK akan merancang program khusus untuk murid yang berisiko atau terdedah kepada DARIH. Program-program yang dirangka di bawah strategi pendidikan intervensi ini merupakan program yang dapat membantu murid yang berisiko agar dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dengan DARIH. Pendidikan intervensi ini adalah untuk murid berisiko yang dikenal pasti oleh guru dalam kategori kerap ponteng sekolah, merokok dan positif ujian saringan urin.
4 BAB 2 PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PPDa
5 2.1.1 Sekolah Bagi menjayakan program PPDa di sekolah, komponen pengurusan aktiviti yang perlu dilaksanakan seperti yang berikut: a) Menubuhkan Jawatankuasa Induk PPDa, Jawatankuasa Pelaksana PPDa dan Jawatankuasa Murid di peringkat sekolah b) Menyenaraikan peranan/ tugas Jawatankuasa Induk PPDa, Jawatankuasa Pelaksana PPDa dan Jawatankuasa Murid di peringkat sekolah c) Merancang program/ aktiviti PPDa di peringkat sekolah d) Melaksanakan program/ aktiviti PPDa di peringkat sekolah e) Menyelaras program/ aktiviti PPDa di peringkat sekolah f) Membuat pemantauan dan penilaian PPDa di peringkat sekolah g) Menyediakan laporan PPDa
6 JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PPDa SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PENASIHAT : (NAMA) Pegawai Pendidikan Daerah PENGERUSI : (NAMA) Pengetua/ Guru Besar TIMBALAN PENGERUSI : (NAMA) PK Hal Ehwal Murid (HEM) NAIB PENGERUSI : (NAMA) PK Pentadbiran/ PK Petang/ PK PPKI/ PK T6 SETIAUSAHA : (NAMA) Penyelaras PPDa PENOLONG SETIAUSAHA : (NAMA) Guru Bimbingan Kaunseling AHLI JAWATANKUASA : (NAMA) Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia : (NAMA) YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru : (NAMA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) : (NAMA) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) : (NAMA) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : (NAMA) Pejabat Kesihatan Daerah (Pegawai Kesihatan Daerah) : (NAMA) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
7 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PPDa SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PENASIHAT (NAMA) Pegawai Pendidikan Daerah PENGERUSI (NAMA) Pengetua/ Guru Besar TIMBALAN PENGERUSI PK HEM (Nama) NAIB PENGERUSI PKP/ PKK/ PKP/ PK PKKI/ PKT6 (Nama) SETIAUSAHA GURU PPDa (Nama) PENOLONG SETIAUSAHA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (GBK) (Nama) AHLI JAWATANKUASA KB/KP Nama dan Jawatan KESIHATAN (PKD) Nama dan Jawatan PDRM Nama dan Jawatan AADK Nama dan Jawatan JKM Nama dan Jawatan PIBG Nama dan Jawatan KOMUNITI Nama dan Jawatan
8 JAWATANKUASA PELAKSANA PPDa SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PENASIHAT : PENGETUA/ GURU BESAR (Nama) PENGERUSI : PK HAL EHWAL MURID (Nama) TIMBALAN PENGERUSI : PK PENTADBIRAN/ PK PETANG/ PK PPKI/ PKT6 (Nama) SETIAUSAHA : PENYELARAS PPDa (Nama) PENOLONG SETIAUSAHA : GURU PENOLONG (Nama) AHLI JAWATANKUASA : PENYELARAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN (GURU KANAN MATA PELAJARAN/ KETUA PANITIA) (Nama dan Jawatan) : PENYELARAS AKTIVITI KURIKULUM (GURU KANAN MATA PELAJARAN/ KETUA PANITIA) (Nama dan Jawatan) : PENYELARAS AKTIVITI KOKURIKULUM (SETIAUSAHA KOKURIKULUM) (Nama dan Jawatan) : PENYELARAS PEMBENTUKAN SAHSIAH (GBK/ SPADA) (Nama dan Jawatan)
9 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA PPDa SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PENASIHAT PENGETUA/ GURU BESAR (Nama) PENGERUSI PK HEM (Nama) NAIB PENGERUSI PKP/PKK/PP/PKT6/PKKI (Nama) SETIAUSAHA PENYELARAS PPDa (Nama dan Jawatan) PENOLONG SETIAUSAHA GURU PENOLONG (Nama dan Jawatan) PENYELARAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN (GKMP) Nama dan Jawatan PENYELARAS AKTIVITI KURIKULUM (GKMP) Nama dan Jawatan PENYELARAS AKTIVITI KOKURIKULUM (S/U KOKURIKULUM) Nama dan Jawatan PENYELARAS PEMBENTUKAN SAHSIAH (GBK/SPADA) Nama dan Jawatan
10 JAWATANKUASA MURID PPDa SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PENASIHAT : GURU PPDa (Nama) PENGERUSI : MURID (Nama dan Kelas) NAIB PENGERUSI : MURID (Nama dan Kelas) SETIAUSAHA BENDAHARI : MURID (Nama dan Kelas) MURID (Nama dan Kelas) AHLI JAWATANKUASA : NAMA MURID Kelas : MURID (Nama dan Kelas) : MURID (Nama dan Kelas) : MURID (Nama dan Kelas) : MURID (Nama dan Kelas)
11 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA MURID PPDa SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PENASIHAT PENYELARAS PPDa (Nama) PENGERUSI MURID (Nama dan Kelas) NAIB PENGERUSI MURID (Nama dan Kelas) SETIAUSAHA MURID (Nama dan Kelas) BENDAHARI MURID (Nama dan Kelas) MURID Nama dan Kelas MURID Nama dan Kelas MURID Nama dan Kelas MURID Nama dan Kelas MURID Nama dan Kelas
12 2.2 PERANCANGAN PPDa Perancangan tahunan atau takwim PPDa merupakan perancangan aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa PPDa Sekolah. Takwim PPDa perlu dipantau dan disemak oleh pihak pentadbir sekolah. Perancangan tahunan dan pelaporan perlu dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk PPDa agar pencapaiannya dapat diketahui oleh semua pihak. JADUAL 1 : PERANCANGAN PROGRAM PPDa Aktiviti Bulan Pelaksanaan J F M A M J J O S O N D 1 . AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN 1.1 Jawatankuasa PPDa 1.2 Mesyuarat Jawatankuasa Induk 1.3 Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana 1.4 Mesyuarat Jawatankuasa Murid 1.5 Perancangan PPDa 1.6 Pengurusan Bilik Sumber/ Laluan PPDa 1.7 Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 1.8 Pelaporan Aktiviti PPDa 2 . AKTIVITI KURIKULUM 2.1. Mesej 5 Minit PPDa 2.2. PPDa Merentas Kurikulum 2.3. Ceramah PPDa 2.4. Pameran PPDa 3 . AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM 3.1 Skim Lencana Antidadah (SLAD) (***) 3.2 Minggu/ Bulan PPDa (***) 3.3 Pertandingan PPDa (**) (Contoh aktiviti: Dikir Barat, Poster, Penulisan Sajak, Deklamasi, Boria, Nasyid, Buku Skrap dan lain-lain) 4 . AKTIVITI PEMBENTUKAN SAHSIAH 4.1. Ujian Saringan Urin 4.2. Kemahiran Personal dan Interpersonal 4.3. Kaunseling PPDa 4.4. Program Keibubapaan (**) (*) pelaksanaan secara berperingkat (**) aktiviti berasaskan sekolah (***) pilihan sekolah
13 BAB 3 PENDEKATAN MELALUI AKTIVITI KURIKULUM
14 3.1 MESEJ 5 MINIT PPDa Program ini WAJIB dilaksanakan bagi memastikan penyebaran maklumat PPDa kepada semua warga sekolah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa di sekolah. a) Rasional • Maklumat yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran mesej PPDa • Satu set bahan maklumat yang jelas perlu disediakan untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah b) Objektif • Memberikan maklumat PPDa kepada warga sekolah • Memberikan kesedaran bahaya DARIH kepada warga sekolah ke arah gaya hidup cemerlang • Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah c) Kumpulan Sasar • Warga Sekolah Pentadbir Guru Murid Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) d) Kaedah Pelaksanaan • Menyampaikan mesej penyalahgunaan DARIH melalui ceramah, pidato, syarahan dan kaedah yang bersesuaian: Perhimpunan Aktiviti di luar bilik darjah Aktiviti di dalam bilik darjah e) Personalia • Guru PPDa • Guru Bimbingan dan Kaunseling • Guru bertugas mingguan • Murid
15 f) Cadangan Pengisian • Menyampaikan maklumat DARIH dan bahan terlarang semasa perhimpunan, aktiviti kokurikulum dan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah. g) Rujukan • Buku Mesej 5 Minit PPDa, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia • Sumber rujukan berkaitan 3.2 PPDa MERENTAS KURIKULUM PPDa merentas kurikulum tidak disampaikan sebagai satu mata pelajaran tersendiri tetapi boleh diserapkan dalam mana-mana mata pelajaran. a) Rasional • Institusi pendidikan merupakan institusi yang mempunyai kekuatan untuk menyebarkan maklumat antidadah secara berkesan dengan kaedah sistematik dan kumpulan sasar yang lebih luas • Proses pendidikan berupaya membentuk murid menyedari tentang bahaya DARIH dan menghindarinya b) Objektif • Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai kesan penggunaan DARIH • Menguasai kemahiran untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah remaja serta membuat keputusan dengan baik • Menguasai kemahiran mengatakan ‘TIDAK’ kepada DARIH • Menghayati dan mengamalkan nilai, sikap yang positif dalam kehidupan seharian c) Kumpulan Sasar • Murid sekolah rendah dan sekolah menengah • Tingkatan 6 (Prauniversiti) • Kolej Vokasional
16 d) Kaedah Pelaksanaan Semasa PdP di dalam bilik darjah. Aktiviti yang dicadangkan: • Karangan/ Perbincangan • Projek/ Kajian Lapangan • Perbahasan/ Syarahan • Ulasan filem, video, poster dan rancangan televisyen • Main peranan (role play) • Kuiz • Melukis • Lembaran kerja • Aktiviti yang bersesuaian e) Personalia • PK Pentadbiran • Ketua Bidang • Ketua Panitia • Guru Mata Pelajaran f) Cadangan Pengisian • Rokok/ rokok elektronik (vape) • Alkohol • Inhalan • Dadah • HIV/ AIDS • Ketum/ bahan beracun • Bahan-bahan terlarang yang lain g) Rujukan • Buku Mesej 5 Minit PPDa • Buku PPDa, Panduan Ibu Bapa, Guru, Majikan, Komuniti dan Media, Terbitan AADK
17 3.3 CERAMAH PPDa Ceramah PPDa merupakan satu pendekatan untuk memerangi DARIH. Aktiviti ini dapat digunakan untuk menyampaikan mesej PPDa secara menyeluruh kepada kumpulan sasar. a) Rasional • Perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman PPDa lebih mudah disampaikan melalui ceramah. Ini dapat membantu warga sekolah memperoleh maklumat PPDa terkini bagi memupuk kesedaran akan bahaya DARIH. b) Objektif • Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan DARIH • Meningkatkan kesedaran dan menyemai perasaan benci akan DARIH • Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi DARIH c) Kumpulan Sasar • Pentadbir • Guru • Murid • AKP • Ibu bapa/ penjaga d) Kaedah Pelaksanaan • Semasa perhimpunan sekolah • Semasa sambutan Minggu/ Bulan Antidadah • Semasa kursus/ seminar/ majlis rasmi sekolah e) Personalia • Pegawai PPDa KPM/ JPN/ PPD • Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan • Pegawai Narkotik PDRM • Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri • Pegawai Jabatan Agama • Pegawai Jabatan Kastam • Pegawai Jabatan Penjara • Pegawai Jabatan Farmasi • PEMADAM/ NGO f) Cadangan Pengisian • Tajuk-tajuk yang bersesuaian dalam mencapai visi Sekolah Bebas Dadah
18 3.4 PAMERAN PPDa Pameran PPDa merupakan aktiviti pencegahan dadah yang berkesan dalam menyampaikan mesej DARIH. a) Rasional • Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan menimbulkan perasaan benci terhadap DARIH b) Objektif • Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan DARIH • Meningkatkan kesedaran dan perasaan benci akan DARIH c) Kumpulan Sasar • Pentadbir • Guru • Murid • AKP • Ibu bapa/ penjaga d) Kaedah Pelaksanaan • Perhimpunan sekolah • Semasa Minggu/ Bulan Antidadah • Semasa kursus/ seminar/ majlis rasmi sekolah e) Personalia • Pegawai PPDa KPM/ JPN/ PPD • Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan • Pegawai Jabatan Narkotik PDRM • Pegawai Jabatan Kesihatan • Pegawai Jabatan Kastam • Pegawai Jabatan Penjara • Pegawai Jabatan Farmasi • Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat • Pegawai Majlis Agama Islam • PEMADAM/ NGO f) Pengisian Bahan • Gambar, buku skrap, keratan akhbar, carta, media elektronik, model dan bahan maujud mengenai PPDa.
19 BAB 4 PENDEKATAN MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM
20 4.1 SKIM LENCANA ANTIDADAH (SLAD 2.0 ) Skim Lencana Antidadah (SLAD 2.0 ) ialah program terancang yang melibatkan murid-murid sekolah menengah terutama anggota pasukan badan beruniform dalam melaksanakan aktiviti PPDa dalam dan luar sekolah serta masyarakat. a) Rasional • Murid lebih mudah dipengaruhi oleh rakan mereka. Pengaruh rakan sebaya lebih berkesan untuk menyampaikan mesej DARIH dan diperluaskan dalam kalangan rakan, keluarga dan masyarakat. b) Objektif • Murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah • Murid berperanan sebagai orang yang berpengaruh untuk menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat • Murid mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan • Murid mempunyai daya tindak untuk mempengaruhi rakan sebaya bagi menangani pengaruh DARIH • Murid bersedia menyumbang secara sukarela kepada komuniti setempat apabila tamat persekolahan c) Kumpulan Sasar • Anggota pasukan badan beruniform sekolah menengah d) Kaedah Pelaksanaan • Guru penasihat melaksanakan aktiviti berdasarkan Buku Log SLAD 2.0 • Mengedarkan Buku Log SLAD 2.0 kepada ahli • Buku log hendaklah disimpan oleh Guru Penasihat SLAD 2.0 • Ahli pasukan beruniform dikehendaki menyertai SLAD 2.0 secara berterusan selama satu hingga dua tahun • Menganugerahkan sijil dan lencana kepada peserta yang layak menerimanya
21 e) Personalia • PGB • GPK HEM • Guru Setiausaha SLAD 2.0 • Guru Penasihat Pasukan Beruniform f) Cadangan Pengisian Kurikulum SLAD 2.0 • Rekod Penilaian Guru Kehadiran - 10 markah Kurikulum SLAD 2.0 - 20 markah Kemahiran insaniah - 20 markah Buku skrap - 25 markah Amali kesukarelawan - 15 markah Bonus dan sumbangan - 10 markah • Aktiviti SLAD 2.0 (Teori dan Amali) Bahagian 1 – Teori (Wajib) Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian Hubungan remaja dengan kemahiran komunikasi Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya Khidmat bantu di sekolah dan institut lain Sebab dan kesan merokok Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah Bahan dan kesan inhalan Kesan dan akibat penggunaan dadah Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan Seksyen 39B Bahagian 2 – Amali (Pilihan) Pertandingan Melukis Poster Pertandingan Esei Pertandingan Sajak Pertandingan Kuiz Pertandingan Nasyid Perkhemahan SLAD 2.0
22 g) Rujukan • Buku Log Skim Lencana Antidadah 2.0, Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.2 MINGGU/ BULAN PPDa Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Sekolah perlu merangka program Minggu/ Bulan PPDa dalam tempoh tersebut supaya hasrat menjadikan Sekolah Bebas Dadah tercapai. a) Rasional • Langkah pencegahan awal perlu dilaksanakan kepada semua murid bagi memberi kesedaran tentang bahaya DARIH dan bahan terlarang. b) Objektif • Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya DARIH dan bahan terlarang • Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya PPDa • Membentuk tingkah laku dan nilai positif dalam kalangan warga sekolah c) Kumpulan Sasar • Murid sekolah rendah dan sekolah menengah • Guru-guru dan kakitangan sekolah • Ibu bapa/ penjaga • Komuniti setempat d) Kaedah Pelaksanaan • Perhimpunan sekolah • Bacaan perutusan dan ikrar • Ceramah • Pameran • Nyanyian lagu PPDa • Pertandingan PPDa • Lawatan • Bual bicara
23 e) Personalia • Pentadbir • Guru Setiausaha PPDa • Guru Disiplin • Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) • Pegawai PPDa JPN/ PPD 4.3 AKTIVITI PPDa PERINGKAT SEKOLAH Aktiviti PPDa adalah sebahagian daripada pengisian PPDa yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap kesan bahaya DARIH. a) Rasional • Murid dapat membentuk potensi diri secara menyeluruh melalui pelbagai aktiviti b) Objektif • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid mengenai bahaya DARIH dan bahan beracun • Menggunakan aktiviti berbentuk pertandingan sebagai medium untuk memberi kesedaran berkaitan DARIH dan bahan terlarang yang lain kepada murid serta masyarakat • Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan murid c) Kumpulan Sasar • Murid sekolah rendah dan sekolah menengah d) Kaedah Pelaksanaan • Dilaksanakan dalam bentuk pertandingan atau persembahan semasa Sambutan Hari/ Minggu PPDa atau yang bersesuaian dengan aktiviti sekolah • Aktiviti sisipan dalam program dan majlis rasmi sekolah
24 e) Personalia • Pentadbir • Guru Bimbingan dan Kaunseling • Setiausaha PPDa • Setiausaha Kokurikulum • Setiausaha Badan Uniform/ Kelab/ Persatuan • Setiausaha Sukan/ Permainan • Guru Disiplin f) Cadangan Pengisian • Dikir Barat PPDa • Melukis/ Mewarna Poster PPDa • Penulisan dan Deklamasi Puisi PPDa • e-PPDa • Boria PPDa • Nasyid PPDa • Buku Skrap PPDa • Pidato PPDa • Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai
25 BAB 5 PENDEKATAN MELALUI PEMBENTUKAN SAHSIAH
26 5.1 BILIK SUMBER/ LALUAN/ SUDUT PPDa Bilik Sumber/ Laluan/ Sudut PPDa (PPDa) adalah merupakan pusat sehenti yang menyediakan maklumat lengkap PPDa kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Maklumat dan bahan berkaitan PPDa dalam pelbagai medium boleh meningkatkan pengetahuan murid khususnya tentang bahaya penggunaan DARIH dan juga gejala sosial lainnya. Semua maklumat yang mempunyai hubung kait dengan masalah penggunaan dadah boleh dimuatkan bagi menambah nilai maklumat yang sedia ada. a) Rasional • Sekolah merupakan institusi terbaik bagi memberikan pendidikan pencegahan awalan kepada murid-murid • Pendekatan interaktif yang bersifat jangka panjang, memberi kesan dan kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya DARIH serta bahan terlarang yang lain • Bilik Sumber/ Laluan/ Sudut PPDa boleh menjadi tempat penyebaran maklumat PPDa oleh pihak sekolah secara sistematik, interaktif dan efektif di samping dapat diakses dengan mudah oleh murid-murid, guru-guru dan masyarakat sekitarnya b) Objektif • Menyediakan pusat sehenti untuk meningkatkan motivasi berkaitan PPDa • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PPDa dalam kalangan murid secara lebih sistematik dan berkesan • Menyediakan ruang sebagai bilik gerakan Jawatankuasa PPDa dan memberi peluang kepada murid-murid mempamerkan kreativiti dalam penyebaran maklumat bahaya DARIH c) Kumpulan Sasar • Murid sekolah rendah dan sekolah menengah • Guru-guru dan kakitangan sekolah • Ibu bapa • Komuniti setempat • Agensi, NGO/ swasta
27 d) Kaedah Pelaksanaan • Pembentukan Jawatankuasa PPDa • Mesyuarat Jawatankuasa • Perancangan aktiviti • Penyediaan Bilik/ Laluan/ Sudut PPDa • Jadual penggunaan Bilik/ Laluan/ Sudut PPDa • Pendokumentasian/ penghargaan e) Personalia • Pentadbir • Guru Setiausaha PPDa • Guru dan kakitangan sekolah • Guru Bimbingan dan Kaunseling • Pegawai PPDa JPN/ PPD • AADK/ PDRM/ JKN/ JKM • Agensi berkaitan dan NGO/ swasta 5.2 UJIAN SARINGAN URIN Ujian saringan urin merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan untuk mengesan murid disyaki mencuba dadah. Ujian saringan urin akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan. Pihak sekolah diminta memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu pelaksanaan ujian saringan urin. Pegawai PPDa, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pegawai PPDa, Pejabat Pendidikan Daerah akan bertindak sebagai urus setia sepanjang tempoh pelaksanaan ujian saringan urin dalam kalangan murid-murid sekolah. a) Rasional • Ujian saringan urin perlu dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai satu cara untuk mengesan Murid Mencuba Dadah supaya boleh diberi bimbingan awal dan intervensi b) Objektif • Mengesan murid terlibat mencuba dadah • Melaksanakan program intervensi kepada murid yang dikesan mencuba dadah
28 c) Kumpulan Sasar • Murid-murid/ Pelajar sekolah bantuan kerajaan Kolej Vokasional (KV) Kolej Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Murid Sekolah Berisiko Dadah yang dikenal pasti oleh guru disiplin dan GBK d) Kaedah Pelaksanaan • Kerjasama dengan AADK bagi melaksanakan ujian saringan urin • Pihak sekolah menyediakan senarai nama murid yang lengkap (Nama, Nombor Kad Pengenalan dan tingkatan) • Guru Disiplin/ GBK/ Guru PPDa akan menyediakan murid • Menggunakan kertas jalur yang disediakan oleh pihak AADK • Pihak sekolah boleh menyediakan kertas jalur namun pengujiannya hendaklah dilaksanakan oleh AADK • PGB/ GBK perlu memaklumkan secara bijaksana kepada ibu bapa murid-murid yang diuji positif dengan tujuan untuk menentukan program intervensi/ pemulihan bersesuaian supaya dapat dilaksanakan oleh Guru Bimbingan danKaunseling • Maklumat diri murid-murid yang diuji positif hendaklah dirahsiakan oleh pihak sekolah (SULIT) • Pihak sekolah hendaklah memastikan pelaksanaan ujian saringan urin kali kedua selepas tiga bulan intervensi terhadap murid yang positif ujian saringan urin kali pertama e) Personalia • Pegawai PPDa JPN/ PPD • Pentadbir • GBK • Guru Disiplin • Guru PPDa • Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
29 f) Cadangan Pengisian • Menyenaraikan nama murid dengan lengkap • Memaklumkan kepada PPD/ JPN • Taklimat ujian saringan urin kepada murid • Soal selidik PPDa (Borang B4 2.0) atau pengakuan murid • Pengambilan dan pengujian sampel • Melaporkan dapatan ujian saringan urin kepada PGB/ PPD/ JPN oleh pihak AADK secara rasmi 5.3 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL Usaha memberikan kemahiran intrapersonal dan interpersonal kepada murid merupakan aktiviti yang sangat baik dan bermanfaat. Usaha ini akan membantu murid menjadi individu yang mampu menguruskan diri, bertingkah laku positif, mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin yang cemerlang. a) Rasional • Murid perlu dilatih dengan kemahiran intrapersonal dan interpersonal supaya berupaya menghindari penyalahgunaan DARIH b) Objektif • Melahirkan murid yang berperibadi mulia • Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan • Mengatakan TIDAK kepada DARIH dan bahan terlarang lain • Meningkatkan kemahiran membuat keputusan • Meningkatkan kemahiran memimpin dalam kalangan murid c) Kumpulan Sasar • Semua murid d) Kaedah Pelaksanaan • Bengkel • Seminar • Kaunseling individu/ kelompok • Kursus • Forum • Kolokium • Simposium
30 • Perkhemahan e) Personalia • Guru Setiausaha PPDa • GBK • Fasilitator f) Cadangan Pengisian • Kesedaran kendiri • Asas komunikasi • Asas kaunseling • Perkembangan remaja • Kemahiran lanjutan: Tegas diri Membuat keputusan Mengatakan TIDAK kepada DARIH dan bahan terlarang 5.4 SESI KAUNSELING PPDa Sesi bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid yang telah dikesan terlibat mencuba dadah dan berisiko. Murid boleh mendapatkan sesi bimbingan dan kaunseling ini secara sukarela atau dirujuk oleh guru, ibu bapa atau penjaga. a) Rasional • Murid sekolah yang dikesan terlibat mencuba dadah dan berisiko perlu diberikan pertolongan secara khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merujuk kepada modul Intervensi supaya dapat menjauhi diri daripada DARIH b) Objektif • Memberikan kesedaran kepada murid tentang bahaya DARIH • Membantu murid meningkatkan keyakinan diri supaya bebas DARIH • Menghindar DARIH dalam kalangan murid c) Kumpulan Sasar • Murid yang datang secara sukarela • Murid yang dirujuk oleh guru kelas guru, ibu bapa atau penjaga • Murid yang dikenal pasti melalui ujian saringan urin
31 • Murid Berisiko Dadah (ahli keluarga terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan tinggal di kawasan yang berisiko) • Murid yang ditangkap kerana kesalahan dadah oleh PDRM/ AADK d) Kaedah Pelaksanaan • Pengakuan Lisan: Murid menjawab Soal Selidik PPDa (Borang B4 Vol 2.0) Menjalankan sekurang-kurangnya tiga sesi kaunseling dalam masa tiga bulan • Positif ujian saringan urin: GBK membuka fail SULIT (Hijau) Borang seliaan GBK (Borang B3). Hendaklah dilengkapkan di dalam Fail Hijau GBK hendaklah menjalankan sesi kaunseling kepada murid berkenaan sekurang-kurangnya tiga kali sesi dalam tempoh tiga bulan Selepas tiga bulan, ujian saringan urin kali kedua dijalankan bersama AADK Sekiranya didapati positif pada ujian saringan urin kali kedua, pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga supaya merujuk kepada AADK untuk rawatan selanjutnya Pemantauan ke atas murid diteruskan sehingga murid disahkan bebas dadah melalui ujian saringan urin berikutnya e) Personalia • GBK • Pegawai AADK f) Cadangan Pengisian • Pengurusan diri, masa dan tekanan • Kemahiran interpersonal • Kemahiran membuat keputusan • Perkembangan konsep kendiri • Kemahiran tegas diri • Kajian/ soal selidik g) Rujukan • Buku Garis Panduan PPDa di Sekolah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia • Buku Panduan Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
32 5.5 PROGRAM KEIBUBAPAAN Program keibubapaan merupakan satu pendekatan untuk menggemblengkan tenaga ibu bapa/ penjaga dan semua pihak dalam usaha membanteras masalah dadah. Pelibatan ibu bapa/ penjaga dalam usaha yang bersepadu dan berterusan akan dapat mewujudkan kesedaran maksimum dalam kalangan generasi muda bagi membina sikap membenci dan menjauhi dadah. a) Rasional • Keluarga merupakan institusi masyarakat terkecil yang menjadi asas kepada kebahagiaan dan kesejahteraan negara. Peranan keluarga amat penting dalam memastikan generasi muda tidak terlibat dengan dadah. b) Objektif • Memberi kesedaran dan pendedahan tentang ancaman dan bahaya dadah kepada ibu bapa/ penjaga • Meningkatkan kesedaran dan memberi bimbingan kepada peserta tentang peranan ibu bapa/ penjaga berkaitan PPDa dalam usaha mewujudkan keluarga bahagia • Memberi peluang kepada ibu bapa/ penjaga bertukar pendapat dan idea berhubung dengan PPDa c) Kumpulan Sasar • Ibu bapa/ penjaga d) Kaedah Pelaksanaan • Ceramah • Latihan Dalam Kumpulan • Seminar • Forum • Bengkel • Sarana Ibu Bapa (PIBK)
33 e) Personalia • Pentadbir • GBK • PIBG • AADK • PDRM • Jabatan Kesihatan • Jabatan Kebajikan Masyarakat • Jabatan Penjara • PEMADAM • NGO/ swasta f) Cadangan Pengisian • Pameran antidadah • Kemahiran keibubapaan • Pengurusan keluarga bahagia • Ancaman dadah terhadap keluarga • Peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah dadah di sekolah • Bual bicara bersama tokoh g) Rujukan • Peraturan-peraturan PIBG sekolah
34 5.6 PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU (PROGRES) Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRES) ialah satu aktiviti dalam bentuk kempen yang boleh menimbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, PDRM, AADK, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penjara, PEMADAM, dan NGO. a) Rasional • Murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran PPDa tentang bahaya DARIH. Kempen adalah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan maklumat. b) Objektif • Mewujudkan kesedaran murid, guru, dan masyarakat tentang bahaya DARIH • Menggalakkan interaksi sosial positif antara murid dengan masyarakat • Murid-murid dapat menyampaikan maklumat tentang bahaya DARIH kepada rakan-rakan dan masyarakat. c) Kumpulan Sasaran • Semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah d) Kaedah Pelaksanaan • Kempen (1-3 hari) • Ceramah • Pameran • Lawatan luar • Khidmat masyarakat • Kunjung bantu • Bual bicara e) Personalia • Pentadbir sekolah • GBK • PIBG • AADK • PDRM
35 • Jabatan Belia dan Sukan • Jabatan Penjara • Jabatan Kesihatan • Jabatan Kebajikan Masyarakat • PEMADAM • NGO/ swasta f) Cadangan Pengisian • Pameran • Lawatan ke pusat rawatan AADK, penjara dan tempat yang bersesuaian • Pengurusan keluarga bahagia • Bual bicara tokoh • Perkongsian pengalaman dalam mengatasi masalah dadah di sekolah • Aktiviti PPDa bersama masyarakat • Penyebaran maklumat oleh murid sekolah (Skuad/ Sahabat PPDa)
36 LAMPIRAN A TUGAS GURU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
37 TUGAS GURU PPDa 1. Pengurusan • Menubuhkan Jawatankuasa PPDa Sekolah (Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Murid) • Menyenaraikan peranan/ tugas jawatankuasa • Merancang dan menyediakan Takwim PPDa • Merancang dan menguruskan mesyuarat pengurusan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun • Merancang, mengawal selia dan menguruskan Bilik/ Laluan/ Sudut PPDa • Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti PPDa • Menyelaras Program Mesej Lima Minit PPDa • Menyelaras Minggu/ Bulan Antidadah • Menyelaras Skim Lencana Antidadah 2.0 (Sekolah Menengah) • Menyediakan dan menghantar laporan program/ aktiviti (SM01/ SR01) ke PPD dua kali setahun • Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti DARIH 2. Kes-Kes Penggunaan Dadah dan Tangkapan • Membantu GBK dan pihak sekolah bagi kes-kes positif ujian saringan urin dan juga keskes tangkapan bersabit dengan dadah • Memastikan laporan pemantauan susulan kes positif urin dadah disediakan dan dihantar ke PPD/ JPN • Menjalankan tindakan pengesanan awal untuk mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid • Melaksanakan program untuk mengesan murid berisiko mencuba dadah • Menyelaras program bersama-sama dengan PEMADAM, PIBG, AADK, JKM, PDRM dan lain-lain untuk mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid • Merujuk murid yang positif ujian saringan urin kepada pihak agensi tertentu (contoh: AADK, KKM dan Kebajikan Masyarakat) sebagai tindakan susulan • Menghantar senarai nama Murid Positif Dadah yang berhenti atau tamat persekolahan kepada pihak AADK untuk tindakan susulan
38 GURU SPECIALITY PROGRAM FOR ALCOHOL AND DRUG ABUSE (SPADA) 1. Pengenalan Bermula 2005, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menaja pegawai pendidikan di KPM, guru dan GBK sekolah untuk mengikuti kursus di peringkat ijazah sarjana dalam bidang Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) di USIM dan Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) di UMS. Program ini merupakan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam melahirkan kumpulan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, rawatan, pemulihan dan penjagaan lanjutan bagi masalah penagihan alkohol dan dadah di negara ini. 2. Objektif Objektif program ini adalah untuk melahirkan kumpulan pakar dalam bidang pencegahan, rawatan dan pemulihan, penjagaan lanjutan dan juga pengurusan perkhidmatanperkhidmatan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah melalui pendekatan bersepadu, antara disiplin serta berasaskan penyelidikan dengan cara: a) Melaksanakan program-program jangka pendek dan jangka panjang dalam pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, penjagaan lanjutan dan pengurusan perkhidmatan yang berkaitan penyalahgunaan dadah b) Melaksanakan proses-proses rawatan dan pemulihan dalam pelbagai peringkat dan persekitaran c) Menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah pendekatan bersepadu 3. Syarat dan Kelayakan Mengikuti Program SPADA Program SPADA ini terbuka kepada GBK yang memiliki ijazah sarjana muda, pegawai di KPM/ JPN/ PPD yang terlibat dalam PPDa dan guru sekolah rendah atau sekolah menengah yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa PPDa Sekolah. Bahagian
39 Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) KPM bertanggungjawab dalam menguruskan kemasukan calon mengikuti program ini berdasarkan syarat dan kelayakan yang ditetapkan. 4. Penempatan Guru Siswazah Lepasan SPADA Penempatan guru dan GBK SPADA yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana atau peringkat Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah akan ditempatkan berdasarkan keperluan perkhidmatan KPM/ JPN dan kekosongan perjawatan di negeri yang dipohon. Namun, keutamaan penempatan guru dan GBK SPADA adalah di Sekolah Berisiko Dadah yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri. 5. Tanggungjawab dan Peranan Antara tanggungjawab dan peranan guru dan GBK SPADA: g) Merancang, melaksana dan mengawal selia program-program jangkapendek dan jangka panjang dalam pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, penjagaan lanjutan dan pengurusan perkhidmatan yang berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang g) Melaksanakan proses-proses rawatan dan pemulihan dalam pelbagai peringkat dan persekitaran g) Menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah pendekatan bersepadu g) Penggerak utama dalam program latihan bagi peningkatan kefahaman tentang PPDa di sekolah g) Menjalankan tugas di luar sekolah dalam pendidikan pencegahan dan perkhidmatan berkaitan rawatan serta pemulihan dadah sebagaimana diarahkan oleh KPM, JPN dan PPD
40 LAMPIRAN B RAKAN STRATEGIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
41 RAKAN STRATEGIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH a) Agensi-Agensi Kerajaan • Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) • Bahagian Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) • Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) • Kerajaan Negeri • Pihak Berkuasa Tempatan/ Dewan Bandaraya • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) • Majlis Keselamatan Negara (MKN) • Majlis/ Jabatan Agama Islam Negeri • Jabatan Penjara • Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia b) Badan Bukan Kerajaan (NGO) • Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) • Persatuan Pengasih Malaysia • Drugs Free Youth Association (DFYA) • Majlis AIDS Malaysia • Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia [Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF)] c) Pautan yang Berkaitan PPDa • www.adk.gov.my • www.infosihat.gov.my • www.pemadam.org.my • www.pengasih.org
42 LAMPIRAN C INSTRUMEN PENILAIAN KENDIRI PPDa
43 INSTRUMEN PENILAIAN KENDIRI Pelaksanaan PPDa 1. MAKLUMAT SEKOLAH 1. Nama Sekolah: 2. Daerah: Kod Sekolah: Gred Sekolah: 3. Status Sekolah [Bandar (B)/ Luar Bandar (LB)] B LB 4. Sesi Persekolahan (Pagi/ Petang) Pg Ptg 5. Jumlah Murid Lelaki: Perempuan: Jumlah: 6. Jumlah Guru Lelak: Perempuan: Jumlah: 7. Nama Guru Besar/ Pengetua: 8. Nama Guru PPDa: PETUNJUK SKOR SKOR 0 TIADA 1 KURANG MEMUASKAN 2 MEMUASKAN 3 BAIK 4 CEMERLANG Ada 2 Tiada 0
44 2. PENGURUSAN PPDa BIL PERKARA Ada Tiada SKOR 1. BAHAGIAN 1: PENGURUSAN 0 1 2 3 4 1.1 Takwim PPDa 1.2 Carta Organisasi Jawatankuasa PPDa 1.3 Rancangan Tahunan/ Perancangan Strategik PPDa 1.4 Mesyuarat/ Agenda/ Minit Mesyuarat/ Maklum balas mesyuarat/ Surat atau memo mesyuarat 2. BAHAGIAN 2: PENCEGAHAN dan INTERVENSI 2.1 5 Minit Mesej PPDa 2.2 Bilik Sumber/ Laluan/ Sudut PPDa 2.3 Sambutan Minggu Antidadah 2.4 Sisipan PPDa Dalam Kurikulum 2.5 Skim Lencana Antidadah (SLAD) (sekolah menengah) 2.6 Ujian saringan urin murid (sekolah menengah) 2.7 Soal Selidik (2SP)/ Kajian/ Kaedah mengenal pasti murid terlibat dadah/ rokok/ arak/ inhalan/ HIV (sekolah menengah) 2.8 Kaunseling PPDa 2.9 Program pencegahan/ intervensi tambahan
45 3. BAHAGIAN 3 : Surat Pekeliling Ikhtisas/ Siaran PPDa Ada (2) Tiada (0) 3.1 SPI Bil.6A /1975 : Disiplin – Murid Menghisap Rokok 3.2 SPI Bil 7 /1975 – Salah Guna Dadah-Garis Panduan Guru/Guru Besar 3.3 SPI Bil 1/ 1979 – Senarai Tugas-tugas Guru Panduan di Sekolah Menengah 3.4 SPI Bil 2 /1979 – Laporan Murid Dalam Keadaan Berisiko Penyalahgunaan Dadah 3.5 SPI Bil 1/1983 – Garis Panduan Kempen Anti Rokok di Sekolah 3.6 SPI Bil 10/1984- Peraturan dan Tindakan Ke Atas Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Yang Terlibat Dengan Penagihan Dadah 3.7 SPA Bil 1/1985-Arahan Menjalankan Program Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah 3.8 SPI Bil.8/1986: Ruj.KP(BS)8548/8/1(29) bertarikh 29 Disember 1986 – Penyalahgunaan Inhalan 3.9 SPI Bil.8/1986: Ruj.KP(BS)8548/8/1(29) bertarikh 29 Disember 1986 – Penyalahgunaan Inhalan 3.10 SPI Bil 3/1988 – Pelaksanaan Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) 3.11 SPP Bil 3/1989: Ujian Air Kencing Secara Mengejut bagi Mengesan Penagihan Dadah di Agensi-agensi Kerajaan 3.12 SPI Bil7/1992: Ruj. KP(BS)8591/Jld V 11(13) bertarikh 27 Julai 1992 – Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) di Sekolahsekolah 3.13 SPI Bil 5/1997- Sekolah Kawasan Larangan Merokok 3.14 SPI Bil 4/1997:- Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok 3.15 SPI Bil 6/2000- Menangani Masalah Keselamatan, Dadah dan Gangster
46 3. BAHAGIAN 3 : Surat Pekeliling Ikhtisas/ Siaran PPDa Ada (2) Tiada (0) 3.16 SPI Bil.3/2004 – Memperkasa PPDa di Sekolah 3.17 Surat Siaran KPM Ruj. KP(BS/HEP)8543/078/ Jld.11(100) 16 Januari 2008 Pengurusan Bilik Sumber dan Sudut/ Lorong PPDa di Sekolah 3.18 SPI Bil 4/2010-Pelaksanaan Ujian Saringan Urin Murid di Sekolah 3.19 Surat Siaran KPM KP(BS)8548/23/C/(5)-27 April 1995 Pelaksanaan Program Cuma 5 Minit Anti Dadah 3.20 Surat Siaran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah Jumlah Jumlah Skor : Bahagian 1 : ....................... Bahagian 2 : ....................... Bahagian 3 : ....................... Jumlah Besar : 1 + 2 + 3 x 100 / 80 0-19 Perlu Perhatian 20-49 Boleh Dipertingkatkan 50-79 Kepujian 80-100 Cemerlang
47 LAMPIRAN D PEKELILING, SURAT SIARAN DAN BORANG PELAPORAN AKTIVITI PPDa
48 PEKELILING DAN SURAT SIARAN PPDa 1 SPI Bil.6A/1975: Disiplin – Murid Menghisap Rokok 2 SPI Bil 7 /1975 – Salah Guna Dadah-Garis Panduan Guru/Guru Besar 3 SPI Bil 1/ 1979 – Senarai Tugas-tugas Guru Panduan di sekolah menengah 4 SPI Bil 2 /1979-Laporan Murid Dalam keadaan Berisiko Penyalahgunaan Dadah 5 SPI Bil 1/1983 – Garis Panduan Kempen Anti Rokok di Sekolah 6 SPI Bil 10/1984- Peraturan dan Tindakan Ke Atas Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Yang Terlibat Dengan Penagihan Dadah 7 SPA Bil 1/1985: Ruj.PPAD(S) – Program-program Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-agensi Kerajaan 8 Surat SPI Bil.8/1986: Ruj.KP(BS)8548/8/1(29) bertarikh 29 Disember 1986 – Penyalahgunaan Inhalan 9 Surat SPI Bil.8/1986: Ruj.KP(BS)8548/8/1(29) bertarikh 29 Disember 1986 – Penyalahgunaan Inhalan 10 SPI Bil.3/1988 – Pelaksanaan Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) 11 SPP Bil 3/1989:- Ujian Air Kencing Secara Mengejut bagi Mengesan Penagihan Dadah di Agensi-agensi Kerajaan 12 SPI Bil7/1992:Ruj. KP(BS)8591/Jld V 11(13) bertarikh 27 Julai 1992 – Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah-Sekolah 13 SPI Bil 5/1997- Sekolah Kawasan Larangan Merokok 14 SPI Bil 4/1997:- Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok 15 SPI Bil 6/2000- Menangani masalah keselamatan, dadah dan gangster 16 SPI Bil 3/2004 – Memperkasa PPDa Di Sekolah 17 Surat Siaran KPM Ruj. KP(BS/HEP)8543/078/ Jld.11(100) 16 Januari 2008 Pengurusan Bilik Sumber dan Sudut/Lorong PPDa di Sekolah 18 SPI Bil 4/2010-Pelaksanaan Ujian saringan urin Murid di Sekolah 19 Surat Siaran KPM KP(BS)8548/23/C/(5)-27 April 1995 Pelaksanaan Program Cuma 5 Minit Anti Dadah 20 Surat Siaran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape Di Sekolah
49 BORANG MAKLUMAT/ DATA DAN AKTIVITI PPDa KOD NAMA BORANG TINDAKAN SEKOLAH PPD JPN KPM B1 Borang Senarai Murid yang Terlibat Ujian Saringan Urin B2 Borang Profil Murid Positif Ujian Saringan Urin B3 Borang Seliaan Guru Bimbingan dan Kaunseling B4 Borang Soal Selidik Ujian Saringan Urin B5 Borang Analisis Soal Selidik Ujian Saringan Urin B6 Borang Analisis Soal Selidik Ujian Saringan Urin B7 Borang Analisis Soal Selidik Ujian Saringan Urin B8 Borang Analisis Soal Selidik Ujian Saringan Urin B9 Borang Analisis Murid Mencuba Dadah PPDa/ SR01 Borang Laporan Aktiviti PPDa Sekolah Rendah PPDa/ SM01 Borang Laporan Aktiviti PPDa Sekolah Menengah PPDa02 Laporan Aktiviti PPDa Daerah dan Negeri PPDa03 Laporan Murid Terlibat Penyalahgunaan Dadah