The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mudahnya Didik Anak Berdepan Ancaman Pornografi
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBTS, 2021-09-19 06:46:20

Mudahnya Didik Anak Berdepan Ancaman Pornografi

Mudahnya Didik Anak Berdepan Ancaman Pornografi
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

FORMULA

Mudahnya Didik
Anak Berdepan
Ancaman
Pornografi

Oleh: Akhi Fairuz
Al-Jengkawi

1S8X

S1X8

TENTANG

Ebook Ini

Ebook ini adalah kesinambungan dari ebook
pertama saya, Formula Mudahnya Mengajar
Pendidikan Seksualiti Kepada Anak Sendiri.

Formula Mudahnya Didik Anak Berdepan
Ancaman Pornografi, begitulah tajuk ebook

kedua saya ini. Apakah kaitan pornografi
dengan pendidikan seksualiti?

Semuanya akan terjawab dalam ebook ini!

BAB

01

Kisah Anak-Anak
Kita

Setiap kali saya buka sesi Q&A di Instagram, soalan yang
paling banyak ditanya oleh budak sekolah adalah
berkaitan pornografi dan onani.

Ada yang zero pengetahuan tentang benda ni, ada yang
dah mula terjebak, ada yang telah ketagih dan ada juga

yang dalam proses berhenti dari maksiat itu.

Sebenarnya, persoalan tentang porn dan onani ni kerap
dibicarakan oleh budak sekolah. Istilah video blue,

hentai, blowjob, melancap, toceng dan lain-lain bukanlah
asing dalam kalangan mereka.

Maka, saya ambil inisiatif membuka ruang soal jawab di
Instagram dan membetulkan kembali pemahaman
mereka tentang isu porno dan masturbation.

Jom ikuti soalan yang ditanya oleh mereka.









Apa yang tuan puan rasa bila membaca soalan-soalan
mereka ini? Rasa seriau kan? Tapi itulah realiti anak-anak

kita hari ini.

Bila ibu bapa merasakan persoalan tentang seksualiti
tidak wajar diceritakan kepada anak, maka pemahaman

seks anak banyak dibentuk oleh video lucah dan
rakan-rakannya.

Ingat kembali salah satu dimensi dalam Pendidikan
Seksualiti? Ya, salah satunya adalah Otak (Intelek/
Kognitif). Otak itulah organ seksual paling penting pada

tubuh badan manusia, bukan kemaluannya.

Bila seks difahami dari video lucah, maka itulah
permulaan rosaknya fungsi otak hingga menjurus kepada

perbuatan onani, seks bebas, pencabulan, gangguan
seksual dan lain-lain.

BAB

02

Apa Itu Pornografi?

Apa itu pornografi?

Maksud dari sudut Istilah : “pornography” berasal dari “porneia”,
perkataan Greek untuk pelacur. Istilah ini membawa makna “penu-
lisan tentang pelacur”.

Maksud dari sudut definisi : Pornografi bermaksud bahan bertulis
atau visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan
untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Ia juga dikenali
sebagai “porn”, “smut” dan bahan-bahan lucah.

Sumber : myhealth.gov.my

Ini adalah gambar lucah yang
terdapat di salah satu dinding di
Pompeii. Kota ini sebenarnya telah
tenggelam dek letusan Gunung
Berapi Vesuvius pada tahun 79
Masehi. Kelucahan di Pompeii ni
bukan biasa-biasa. Rumah
pelacuran dibina sangat banyak,
mereka bebas lakukan hubungan
seksual dengan sesiapa sahaja,
kanak-kanak dijadikan hamba
seks, hubungan sama jantina pula
benda biasa dalam kalangan
mereka. Gila!

Revolusi Pornografi
Zaman Moden

Pornografi mempunyai sejarah yang panjang. Namun, yang
mempelopori industri pornografi adalah Amerika Syarikat pada
tahun 1950an dengan penghasilan majalah Playboy dan lain-lain.

Masuk tahun 1990an, lebih dahsyat paparan seksual yang mereka
ketengahkan termasuk hubungan lesbian, homoseksual, seks
beramai-ramai, masturbation dan fetish.

Semenjak wujudnya perakam kaset video (tape VHS), industri
pornografi berkembang secara besar-besaran di seluruh dunia.

VHS tape bertukar kepada VCD, kemudian ia disebarkan melalui
bluetooth dan kini ia muncul di laman-laman web porno serta
media sosial.

Ada yang menganggap menonton video lucah ni adalah masalah
individu, tak menjejaskan orang lain pun. Persoalannya betul ke
dakwaan berkenaan?

Kenapa kita kena peduli
tentang pornografi ini?

Lihat statistik ini. Ia dikeluarkan oleh laman web lucah terkenal
dunia, Pornhub. Sedang dunia hadapi lockdown dek pandemik
Covid-19, ada pula individu yang search Corona Virus di laman web
lucah berkenaan. Malaysia di tangga ke 4 di dunia! Siapa mereka?
Anak-anak kita? Pasangan kita? Adik beradik kira? Rakan sepejabat
kita? Kawan-kawan kita?
Nak cari maklumat tentang Covid, bukannya di web porn, carilah di
google! Allahu

Laporan Star Online, 30 Januari 2018, negara Malaysia di tangga
pertama mengakses video lucah kanak-kanak di Asia Tenggara?
Siapa yang terlibat tu? Anak kita? Pasangan kita? Adik beradik kita?
Rakan sepejabat kita? Kawan-kawan kita? Bayangkan apa yang akan
boleh berlaku bila individu sebegini ada akses dengan kanak-kanak
di tadika? Rumah pengasuh? Sekolah? Dalam rumah?

Ini adalah satu organisasi dari Utah, USA yang melawan serta
menyebarkan awareness berkaitan buruknya pornografi.

FIGHT THE NEW DRUG! Ya, pornografi adalah dadah alaf baru yang
merosakkan umat!

BAB

03

Bagaimana Anak
Kita Boleh Terjebak
Dengan Pornografi?

Bagaimana Anak Kita Boleh
Terjebak Dengan Pornografi?

Secara tak sengaja.

Akses youtube tengok kartun, kemudian youtube suggest video
yang lain pula. Bila dah terklik satu video kartun dengan tajuk
clickbait, “Elsa pregnant” atau, “Kak Ros hamil disebabkan Tok
Dalang”, maka selepas itu pelbagai video pelik yang akan naik di
timeline youtube. Bayangkan jika ibu bapanya tak pernah pantau
atau peduli apa yang anak tonton?

Ada tu download video atau gambar yang kawan hantar di
whatsapp atau di media sosial. Rupa-rupanya itu adalah bahan
lucah! Yang lebih menyedihkan, terjebak dengan video lucah yang
disimpan di dalam handphone abang atau bapaknya sendiri!

Secara sengaja.

Triggered dengan perkataan-perkataan seksual seperti seks, rogol,
jolok atau melancap yang diungkapkan oleh rakan di sekolah.
Kemudian, anak ini search perkataan berkenaan di google.
Akhirnya, macam-macamlah maklumat yang diperolehi! Maka,
bermulalah sisi gelap dalam hidup anak!

Kenapa anak tengok
pornografi?

01 Sedari kecil, anak tidak mendapat maklumat yang tepat

tentang pengertian seks yang sebenar daripada ibu bapanya
sendiri. Rujuk ebook Formula Mudahnya Mengajar
Pendidikan Seksualiti Kepada Anak Sendiri; stigma
masyarakat memahami apa itu Sex Education membuatkan
anak terus naif tentang erti seks yang sebenar selaras dengan
agama dan budaya.

Perasaan ingin tahu membawa mereka ke lembah pornografi.
Akhirnya, anak berkenaan search di Google.

02 Mereka menjadi mangsa sex grooming. Seseorang individu

berkenalan dengan anak kita di dunia nyata atau dunia maya,
kemudian sex predator ini ‘mengajar’ anak ini apa itu seks,
menghantar gambar serta video lucah.

03 Terbiasa menonton adegan soft pornography dalam siri

drama atau filem di televisyen seperti babak
bercumbu-cumbuan, aksi ghairah di atas katil dan lain-lain
hingga anak punya idea apa itu seks. Akhirnya, atas faktor
ingin tahu mereka cari lagi hingga terjebak kepada hardcore
porn.

Jadilah guru pertama
mendidik anak tentang
jijiknya virus pornografi ini!

Pornografi adalah industri berbilion USD di luar negara,
termasuklah penjualan sex toys, adult toys dan lain-lain.
Mereka langsung tidak pedulikan penagih pornografi yang
bercambah dan bertambah di seluruh dunia, termasuk kanak-kanak.
Mereka hanya fikirkan keuntungan semata-mata!
Lakonan dalam video lucah adalah fake! Pelakonnya di bayar!
Seks perlu berlaku seperti yang disyariatkan, kasih sayang, ikatan
perkahwinan, bukan seperti yang dipaparkan dalam pornografi!
Pornografi juga menjadi lubuk child sex trafficking! Kanak-kanak ini
menjadi mangsa pemerdagangan seks!

BAB

04

Pornografi
Merosakkan Otak!

Yang bewarna biru itu terdapatnya bahagian yang bernama Pre
Frontal Cortex (PFC). Ia hanya ada pada otak manusia. Ianya
membuatkan seorang manusia mampu memilih, merangsang
kreativiti, mengawal perasaan, mengawal perilaku yang
berhubungan dengan seksual, membuat keputusan serta
penerapan nilai-nilai murni.

Infografik ihsan Kementerian Sosial, Republik Indonesia

Bahagian otak yang bewarna hijau itu namanya namanya limbic
system. Ia akan mengatur emosi manusia, keinginan untuk makan,
minum dan hubungan seksual. Di limbic system inilah hormon
dopamine dihasilkan. Bila gembira, makan, minum, buat sesuatu
benda yang disukai, dopamine dirembeskan.

Infografik ihsan Kementerian Sosial, Republik Indonesia

Bila terjebak dengan pornografi, hormon dopamine yang dihasilkan
di limbic system akan dirembeskan secara berlebihan hingga
membanjiri bahagian Pre Frontal Cortex. Otak mula adapt
menonton porn tu benda yang menyeronokkan!

Infografik ihsan Kementerian Sosial, Republik Indonesia

Lihat apa yang dah terjadi kepada Pre Frontal Cortex (PFC)?
Disebabkan dopamine dirembes terlalu banyak, maka bahagian itu
menjadi tidak aktif dan sistemnya akan terganggu.

Infografik ihsan Kementerian Sosial, Republik Indonesia

Lalu Fre Frontal Cortes terus kecut sedikit demi sedikit. Dalam masa
yang sama, limbic system akan menjadi semakin besar untuk
membekalkan dopamine ke bahagian berkenaan.

Infografik ihsan Kementerian Sosial, Republik Indonesia

Bila Pre Frontal Cortex tidak berfungsi dengan baik, maka penagih
pornografi mula cenderung kepada perlakuan onani, oral seks,
cabul, zina, sumbang mahram, bertukar-tukar pasangan,
perempuan dianggap sebagai objek seksual, cenderung untuk
merendahkan martabat jantina yang lain hingga akhirnya
mendorong kepada permasalahan seksual yang lebih dahsyat
seperti pedofilia, fetish dan lain-lain.

Infografik ihsan Kementerian Sosial, Republik Indonesia

Menurut ahli bedah otak, Donald Hilton Jr, melalui ujian MRI, kero-
sakan otak individu yang ketagihan pornografi adalah sama dengan
otak yang rosak bila berlaku kemalangan jalanraya. Dahsyat kan?

Infografik ihsan Kementerian Sosial, Republik Indonesia

www.fightthenewdrug.org

BAB

05

Kitaran Pornografi

Kitaran Pornografi

Normal : Mulanya rasa tak selesa atau rasa geli dengan apa yang
ditengok. Lama kelamaan rasa ok dan normal. Kemudian, individu
ini akan mencari dan melayari sumber pornografi demi kepuasan
diri, lagi dan lagi

Toleransi : Mula bertolak ansur. Tahu pornografi ni buruk, tapi
sedapkan hati dengan berkata, “orang lain pun tengok juga”, “aku
tengok ni sebab senang kahwin nanti”, “aku tengok seorang diri je,
tak kacau orang lain” dan lain-lain. Lama-kelamaan, mereka mula
beralih kepada theme porn yang berbeza, lebih extrim, lebih
dahsyat!

Nafi : Penafian menjadi senjata utama penagih pornografi untuk
mendapatkan bantuan dan rawatan. Ketahuilah yang video lucah
telah mengawal individu berkenaan pada saat itu.

Lemah : Otak akan jadi lemah, mudah alami gangguan dari segi
emosi. Bila daya intelek ini semakin lemah, muncullah idea-idea
songsang untuk memuaskan nafsu diri. Maka, berlakulah onani,
hingga ketagih yang itu pula. Ada pula yang melampiaskan nafsu
dengan pasangan atau lebih jijik lagi dengan darah daging, dalam
rumah sendiri!

BAB

06

Kisah Kanak-kanak
Yang Terjebak

Dengan Pornografi!

Kisah yang dikongsi oleh seorang pelajar Tingkatan 1 kepada saya.
Beliau tinggal di asrama. Lihatlah bagaimana pornografi
membentuk dirinya.. .

Kisah yang saya pernah kongsikan di facebook. Tular kisah ini
sampai masuk akhbar Harian Metro. Idea seperti ini biasanya
diperolehi dari pornografi atau paling teruk lagi anak ini pernah jadi
mangsa.

Kesian kan? Mereka perlu dibantu.

Rogol budak 4 tahun
sebab teransang tengok

porn.

Ya Allah, selamatkanlah
anak-anak kami!

Rogol sepupu sebab terpengaruh dengan video lucah

Apa nak buat kalau anak dah
terjebak dengan pornografi?

Jangan marah, jangan pukul, jangan tampar. Muhasabah diri kenapa
anak jadi begitu. Adakah sebab salah kita yang berikan gajet tanpa
pantauan? Atau salah kita sebab tak pernah cerita hal sebegini
kepada anak? Atau salah kita tak pernah berkomunikasi dan didik
anak tentang seks? Atau salah kita yang menyimpan video lucah
dalam phone hingga anak akses?

Apa jua sebabnya, jangan letakkan kesalahan itu kepada bahu anak.
Mereka perlukan guide kita. Jadi, yang boleh dibuat adalah slow
talk dengan anak, man talk, berkomunikasilah secara terus terang
dan telus.

Kena tanya kenapa jadi macam ni? Biar anak ceritakan dahulu.
Nasihat mereka baik-baik, ceritakan kesan buruk pornografi,
jenayah menyimpan bahan lucah, pengaruh porn yang membawa
kepada kes zina, rogol, cabul, liwat dan lain-lain.

Namun, kalau anak dah ketagih, tolong rujuk anak kepada
kaunselor berdaftar atau psikologist atau psikiatrist. Ketagihan
pornografi ni bolehlah diibaratkan seperti sexual disorder.

Ini penting!

Ketagihan pornografi tak kenal usia, status dan latar
belakang. Boleh jadi penagih itu seorang kanak-kanak,
seorang remaja, seorang dewasa, pasangan yang sudah
berkahwin bahkan yang dah ada cucu sekalipun!
Berhentilah segera!

Penjualan serta penyebaran
video lucah adalah satu
jenayah!

Penjualan bahan-bahan lucah kepada remaja terkandung dalam 
Seksyen 239 dalam Kod Penal
Ia menyatakan sesiapa yang menjual, menyewakan, menyebarkan,
menunjukkan atau mengedarkan bahan-bahan ini atau
menawarkannya atau cuba untuk berbuat seperti di atas, kepada
seseorang yang berumur di bawah dua puluh tahun boleh
dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau didenda atau
kedua-duanya sekali.

BAB

07

Tips Merawat
Ketagihan Pornografi

Tips merawat ketagihan
pornografi

01 Perlu mengawal bilangan berapa banyak menonton pornografi.

Sebagai contoh, jika sehari tonton 3 kali, cuba untuk kurangkan jadi
2 kali, dan seterusnya 1 kali. Semakin lama semakin berkurang. Mana
yang termampu, buatlah.

02 Sibukkan diri dan penatkan diri. Cari ruang untuk salurkan tenaga

seperti keluar berjalan dengan kawan-kawan, main futsal, khidmat
masyarakat dan yang seumpamanya. Apa sahaja perkara yang buat
kita rasa bahagia dan seronok (sebelum terjebak dengan porn),
maka lakukan dengan segera!

03 Elakkan berseorangan. Walaupun tiada gajet di tangan, otak itu

boleh sahaja berfantasi hingga membayangkan video-video lucah
yang pernah ditonton untuk merangsang nafsu sendiri. Jadi,
banyakkan masa bersama orang ramai.

04 Buat sistem reward & punishment. Jika gagal berhenti tengok dalam

tempoh masa tertentu, beri hukuman pada diri seperti membasuh
tandas, bersihkan kipas rumah, buang sawang, kutip sampah di
jalanan, bersedekah, belajar memasak dan lain-lain. Sekiranya
berjaya berhenti dalam tempoh masa tertentu, maka beri ganjaran
pada diri. Antaranya tengok wayang bersama kawan-kawan, belanja
keluarga makan, keluar berjalan-jalan, pendek kata lakukanlah
aktiviti yang memberi kebahagian kepada diri.

05 Berpuasa. Jangan tinggalkan kaedah yang disaran oleh agama.

Puasa mengajar manusia untuk menahan diri dari lapar dahaga
serta nafsu. Kita tak makan dan minum lebih dari 12 jam.
Kerana kita percaya Allah melihat apa yang kita lakukan. Kita
beriman akannya. Maka, samalah halnya dengan menonton
pornografi. Ibrah puasa itu patut kita faham dan hayati; Allah
sentiasa melihat apa yang aku lakukan!

06 Jaga Solat! Walau saat itu sedang struggle melawan kehendak

diri untuk menonton pornografi, solat tetap kena solat.
Jangan pernah putus asa dengan rahmat dan bantuan dari
Tuhan.

07 Perlu kuatkan diri berlawan dengan keinginan seksual yang

tidak ada faedahnya. Di situ medan pertarungan yang sebenar,
hanya anda dengan diri anda sahaja.

08 Bagi memastikan otak kembali normal, tinggalkan pornografi

dalam tempoh 90 hari ke 120 hari. You can do it!

*Kelapan tips ini juga terpakai kepada mereka yang mahu
berhenti onani

Sebelum anak terjebak
pornografi

Untuk memastikan anak tidak terjebak dengan kandungan seksual
di youtube, maka ada yang cadangkan Youtube Kids. Kata mereka ia
lebih selamat. Sebenarnya tak ada masalah anak nak guna yang
mana, yang penting dengan pantauan.

Ibu bapa kena pesan dari awal, “dalam youtube ni bukan semua
video kartun, video kelakar, tapi ada juga video yang ganas, bunuh
orang, video orang bogel, video tak elok. Jadi, kalau ada jumpa je
video macam tu, cepat-cepat bagi tahu Papa okey!” Jadi, tak adalah
anak terkejut bila terakses video sebegitu. Bayangkan kalau kita tak
pernah bagi tahu. Anak pula takut nak bagi tahu, khuatir kena
marah. Akhirnya anak jadi ketagih.

Sekiranya anak terdengar istilah-istilah lucah dari rakan-rakan di
sekolah atau di media sosial atau dari video yang ditonton di tele-
visyen dan youtube, pesan pada anak untuk rujuk mak ayah terus.
Ulang-ulang pesanan ini sampai anak faham dan hadam.

Pantau penggunaan gajet anak
melalui aplikasi Google Family

Link For Parents

Untuk handphone anak, install
pula aplikasi Google Family
Link For Children & Teens

Kebaikan Google Family

Ibu bapa boleh mengawal dan set tontonan movie anak-anak, sama
ada diklasifikasikan sebagai 18SG atau 18SX. Game pun boleh
dikawal.

Ibu bapa juga boleh menetapkan berapa lama anak boleh menggu-
nakan handphone dalam masa sehari. Ia juga boleh setkan waktu
yang anak tak boleh akses phone. Sebagai contoh, jam 9 malam
hingga 7 pagi.

Paling penting, peraturan yang ditetapkan ini harus mendapat
persetujuan bersama. Buat perjanjian bersama, tandatangan. Siapa
yang langgar perjanjian, ibu bapa tarik keistimewaan yang telah
diberi, hadkan limit masa guna phone, tolak elaun belanja ke seko-
lah atau lebih keras ambil terus smartphone itu.

*Sekiranya anak menggunakan handphone ibu bapanya sendiri,
maka apps Google Family ni tak ada pun tak apa. Namun, rajin-rajin-
lah tengok history di google dan youtube ya. Manalah tahu, anak
cari benda yang tak sepatutnya.

BAB

08

Sex Grooming
(Pengantunan

Seksual)

Sex Grooming
(Pengantunan Seksual)

Seseorang individu yang bermesra serta berbuat baik kepada anak
kita bagi tujuan meraih kepercayaan (trust) untuk tujuan seksual

Bagaimana sex grooming berlaku?
Mari saya kongsikan kisah Aina.


Click to View FlipBook Version