The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mudahnya Didik Anak Berdepan Ancaman Pornografi
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBTS, 2021-09-19 06:46:20

Mudahnya Didik Anak Berdepan Ancaman Pornografi

Mudahnya Didik Anak Berdepan Ancaman Pornografi
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Ini antara text yang biasa
digunakan oleh sex predator

Sumber :
Youtube Malaysians
Against Pornography

Sumber :
Youtube Malaysians
Against Pornography

Sumber :
Youtube Malaysians
Against Pornography

Sumber :
Youtube Malaysians
Against Pornography

Sumber :
Youtube Malaysians
Against Pornography

The

6

Stages
of Sexual
Grooming!

STAGE 1

Targeting a victim

Mereka akan mencari mangsa di mana kebiasaan mangsa berada,
sebagai contoh di Tik Tok, Wechat, Twitter, Instagram, rangkaian
games online seperti PUBG, Fortnite dan lain-lain.
Mereka akan sasarkan kanak-kanak/ remaja yang dahagakan
perhatian. Sebagai contoh, melihat kanak-kanak berkenaan update
status, “bosanlah”, “semua orang tak faham saya”, “sekolah ni
boring”, “ada family pun macam tak ada family” dan lain-lain.
Kemudian, mereka akan mesej secara private. Just perbualan biasa,
say hai, layan baik-baik, tulis benda yang baik-baik. Pendek kata,
segala perhatian yang kanak-kanak tu perlukan, dia akan berikan.
Stage pertama – COMPLETE!

STAGE 2

Gaining trust

Untuk stage yang ini, pemangsa akan sentiasa bertanya khabar,
memberi kata-kata nasihat, ingatkan untuk makan agar tak sakit,
wish selamat malam, ucap selamat pagi, bertanya hal persekolahan,
pendek kata dia betul-betul ‘concern’.
Akhirnya, mangsa akan percaya individu berkenaan adalah seorang
yang baik, boleh dipercayai, penyayang, pendengar yang baik, setia,
sweet, romantik dan macam-macam lagilah.
Bayangkan kalau mangsa tu tak dapat perhatian ibu bapa di rumah,
mak ayah tak pernah beri perhatian seperti mana sex predator tu
berikan. Lagilah mudah anak tu jadi mangsa.

STAGE 3

Filling a need

Setelah mangsa percaya individu berkenaan seorang yang baik dan
‘soleh’, maka stage seterusnya mengambil tempat.
Pemangsa akan potray diri dia sebagai seorang individu yang
sentiasa ada buat si mangsa. Segala keperluan yang diperlukan oleh
mangsa akan dipenuhi.
Ada yang akan beri hadiah serta perhatian yang lebih. Ketika ini,
mangsa mula merasakan sex predator itu sangat ideal, cocok
dengan dia, semua yang indah-indah jelah.

STAGE 4

Isolating the child

Hubungan istimewa yang telah terjalin membuatkan mangsa mula
mengasingkan diri dari keluarga.
Mereka akan habiskan banyak masa dengan handphone, duduk di
dalam bilik, kunci pintu bilik, semakin menjauhi ibu bapa serta
kurang bersosial dengan kawan-kawan.
Pemangsa akan buatkan mangsa percaya cinta yang beliau berikan
melebihi cinta dan kasih sayang ibu bapa itu sendiri.
Bayangkan jika anak ini datang dari keluarga yang berantakan,
bercerai-berai, toxic family, lagilah mudah diperdaya.

STAGE 5

Sexual contact

Bila kepercayaan telah dibina, keperluan emosi mangsa dijaga,
penuhi segala yang diperlukan mangsa, maka stage seterusnya
mengambil tempat.

Sex predator mula mengajar, mengajak, bercerita, berkongsi
tentang hal-hal seksual kepada mangsa. Mangsa diyakinkan yang
perkara itu biasa dan perlu open minded.

Ketika ini, pemangsa akan mengeksploitasi rasa ingin tahu mangsa.
Gambar lucah, video lucah, minta gambar bogel, hantar gambar
bogelnya dan lain-lain.

Trust me, ketika ni mak ayah langsung tak sedar apa yang anak
mereka telah buat. Sebab itu sebelum stage 5 muncul, mereka
pastikan stage ke 4 berjaya dulu, asingkan mangsa dari mak ayah
dan persekitaran!

STAGE 6

Maintaining control

Setelah sex abuse berlaku, maka pemangsa akan minta rahsiakan
apa yang berlaku. Mangsa mungkin keliru dan tak suka dengan apa
yang berlaku, tetapi mereka tak boleh berbuat apa-apa.

Kanak-kanak ini mula diugut kalau bagi tahu sesiapa, gambar bogel
mereka akan ditularkan, mak ayah mereka akan tahu, rakan di
sekolah akan bercerita.

Bayangkan bagaimana emosi mangsa ketika ini. Jadi, nak taknak
mereka akan ikuti sahaja apa yang pemangsa inginkan termasuklah
bertemu dan menjadi mangsa penderaan seksual (rogol).

Namun, ada kes mangsa tak kisah pun pasal benda tu, dia dah rasa
seronok. Awalnya jadi mangsa sex grooming, lama kelamaan dia
sendiri yang willing hantar gambar bogel kepada orang lain. Kesian
kan?

Jom belajar akta
kanak-kanak

Akta Kanak-kanak Pindaan 2017,
Bahagian III : Kesalahan-kesalahan Yang

Berhubungan Dengan Pengantunan
Kanak-kanak (Sex Grooming)

Manfaatkan Talian Kasih
sebaiknya ya

Mereka menggunakan segala
ruang yang ada untuk
normalize perbuatan ini

Bagaimana pula sex grooming
(pengantunan seksual) dalam

dunia nyata?

Pengantunan seksual (sex
grooming) di dunia nyata

Stage yang sama. Keenam step berkenaan akan dipraktikkan.

Sex grooming di dunia nyata boleh berlaku di mana-mana sahaja,
samada dalam rumah sendiri, rumah pengasuh, tadika, tadika tran-
sit, kawasan kejiranan, kampung, sekolah berasrama penuh, rumah
abang ipar dan lain-lain tempat.

Pelakunya boleh jadi sesiapa sahaja, dikenali atau tidak dikenali.

Ada ketika, stage 2 (gaining trust) bukan sahaja didapatkan dari
mangsa, bahkan dari keluarga mangsa. Jika pemangsa seorang
guru, ibu bapa mangsa akan anggap dia seorang yang baik dan
boleh dipercayai. Maka, lagi mudahlah untuk mereka buat kerja
jahat berkenaan.

Sekiranya pemangsa berjaya membina pertalian emosi dan
perlakuan jahat itu satu hal yang biasa, maka bermulalah sisi gelap
anak dalam hidupnya.

Jika anak kita lelaki, pemangsa itu juga lelaki, maka kecenderungan
untuk menjadi gay itu sangatlah besar

Jika anak kita perempuan, pemangsa itu seorang lelaki, maka
kecenderungan untuk anak ketagih pornografi serta seks bebas itu
sangatlah besar

Pengantunan seksual berbeza dengan pencabulan. Jika pencabu-
lan, manga tak rela diperlakukan seperti itu. Sex grooming pula
berlaku secara bertahap hingga mangsa yang awalnya tak selesa,
lama-lama rasa seronok diperlakukan seperti itu dan akhirnya
ketagih.

BAB

09

Kata-Kata Akhir

Semoga kehadiran ebook ini memberi sedikit gambaran
kepada ibu bapa betapa jijiknya pornografi ini! Mari
bersama-sama melawan pandemik Pornografi ini yang
sebenarnya telah masuk ke dalam pemikiran rakyat
Malaysia, baik kanak-kanak, remaja, orang dewasa bahkan
warga emas!

Terus ikuti penulisan serta
video saya di media sosial ya

Semoga Allah bantu kita
semua. Amin

https://www.facebook.com/akhifairuz/
https://www.facebook.com/AkhiFairuzAlJengkawi

https://twitter.com/akhifairuz_
https://www.instagram.com/akhifairuz/

https://www.youtube.com/akhifairuzaljengkawi
https://t.me/MudahMengajarAnakPendidikanSeks

“Wahai Tuhan kami! Berilah
ampun bagiku dan bagi

kedua ibu bapaku serta bagi
orang-orang yang beriman,

pada masa berlakunya
hitungan amal dan
pembalasan.”


Click to View FlipBook Version