The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Edit Sains Tahun 6 Buku A

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Maryati Maharoff, 2023-11-29 08:09:58

sains

Edit Sains Tahun 6 Buku A

E7 Aktiviti 7 Pembentangan Hasil Sendiri m.s. 50 Unit 9: Bahan Buangan Penerangan umum: • Murid membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan kepada kelas. • Aktiviti ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara dan menggunakan pelbagai bahan. • Menggunakan ICT/bukan ICT Arahan: 1. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau berpasangan. 2. Pilih satu bahan buangan yang tidak terbiodegradasikan, contohnya botol minuman plastik. 3. Hasilkan satu barangan yang kreatif dengan menggunakan botol tersebut. 4. Persembahkan kelebihan hasil kreativiti kamu di hadapan kelas. 5. Kamu boleh melayari Internet berkaitan kreativiti bahan guna semula sebagai rujukan. Contoh: Menghasilkan penyapu laman dengan menggunakan botol plastik terbuang 13 1 4 7 10 2 5 8 11 3 6 9 12 © Sasbadi Sdn. Bhd.


E8 Aktiviti 8 Travelling File m.s. 52 Unit 10: Gerhana Penerangan umum: • Murid dikehendaki melakukan aktiviti dalam kumpulan. • Guru menyediakan soalan, kes atau masalah. • Semua soalan dan jawapan dibincangkan di dalam kelas. Arahan: 1. Guru menyediakan soalan, kes atau masalah yang berkaitan dengan gerhana Matahari dan gerhana Bulan. Kemudian, guru memasukkannya ke dalam satu fail. 2. Murid-murid berkumpul dalam beberapa kumpulan. 3. Setiap kumpulan dibekalkan satu fail yang di dalamnya terdapat soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan. 4. Selepas 10 hingga 15 minit, soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada kumpulan lain. 5. Setiap kumpulan yang mendapat fail baharu daripada kumpulan yang lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang terdapat dalam fail berkenaan sebelum dibincangkan, ditambah, dihurai atau disunting. 6. Setelah setiap kumpulan memberikan respons kepada dua atau tiga Travelling File, soalansoalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan di dalam kelas secara keseluruhan. Contoh: Gerhana Matahari Gerhana Bulan 1. Nyatakan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan semasa kejadian gerhana Matahari. 2. Lukiskan bentuk Matahari yang dapat dilihat pada peringkat berlainan semasa kejadian gerhana Matahari. 3. Berapa lamakah tempoh masa kejadian gerhana Matahari berlaku? 1. Nyatakan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan semasa kejadian gerhana Bulan. 2. Lukiskan bentuk Bulan yang dapat dilihat pada peringkat berlainan semasa kejadian gerhana Bulan. 3. Berapa lamakah tempoh masa kejadian gerhana Bulan berlaku? © Sasbadi Sdn. Bhd.


E9 Aktiviti 9 Eksperimen m.s. 61 Unit 12: Kestabilan dan Kekuatan Penerangan umum: • Aktiviti ini dibuat secara berkumpulan. • Murid boleh merekodkan keputusan dalam jadual yang sesuai. • Murid mempersembahkan hasil dapatan di hadapan kelas. Arahan: 1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan. 2. Bincangkan perkara yang berikut. (a) Pernyataan masalah: Adakah jenis bahan mempengaruhi kekuatan objek? (b) Tujuan: Mengkaji jenis bahan mempengaruhi kekuatan bahan (c) Radas dan bahan: Tungku kaki tiga, 5 unit pemberat 10 g, penyedut minuman plastik, penyedut minuman kertas, penyedut minuman logam 3. Dalam penyiasatan ini, rancang langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen menggunakan radas dan bahan yang diberi. Langkah-langkah: 1. Jalankan eksperimen menggunakan susunan radas seperti yang berikut. Penyedut minuman plastik Penyedut minuman kertas Penyedut minuman logam 2. Rekodkan keputusan eksperimen dalam jadual di bawah. Penyedut minuman Bilangan unit pemberat yang boleh ditampung Plastik Kertas Logam 3. Buat kesimpulan daripada eksperimen ini. 4. Tulis laporan penyiasatan dan bentangkan hasil dapatan di hadapan kelas. © Sasbadi Sdn. Bhd.


E10 Aktiviti 10 Gallery Walk m.s. 66 Unit 13: Teknologi Penerangan umum: • Aktiviti selepas kajian/carian • Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain. • Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain di atas nota berpelekat dan menampalnya di atas hasil kerja itu. Arahan: 1. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. 2. Cari maklumat dalam Internet tentang teknologi dalam satu bidang dan perkembangannya. 3. Maklumat yang perlu dicari adalah seperti berikut: (a) Bidang teknologi yang dipilih (b) Perkembangan teknologi tersebut (c) Kebaikan dan keburukan teknologi tersebut 4. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, persembahkan maklumat kamu secara kreatif di atas kertas manila. 5. Tampalkan hasil kerja kamu di dinding kelas dan minta kumpulan lain untuk menilai hasil kerja kumpulan kamu. Contoh: Perkembangan teknologi dalam pengangkutan udara Kebaikan teknologi Keburukan teknologi © Sasbadi Sdn. Bhd.


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Penguasaan (✓) Menguasai (✗) Belum menguasai Standard Kandungan Standard Pembelajaran Muka Surat Tahap Penguasaan UNIT 1 Kemahiran Saintifik [Buku Teks: m.s. 1 – 12] 1.1 Kemahiran Proses Sains 1.1.1 Memerhati dengan menggunakan semua deria yang terlibat dan alat jika perlu untuk membuat pemerhatian secara kualitatif bagi menerangkan fenomena atau perubahan yang berlaku 1 1 1.1.2 Mengelas dengan membandingkan atau mengenal pasti persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri sepunya 1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor dengan menggunakan alat dan unit piawai dengan teknik yang betul 2 1 1.1.4 Membuat inferens dengan menyatakan kesimpulan awal atau penerangan yang munasabah bagi sesuatu pemerhatian dengan menggunakan maklumat yang diperoleh 4 1.1.5 Meramal dengan membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa atau fenomena berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu atau data 1.1.6 Berkomunikasi dengan merekod maklumat atau idea dalam bentuk yang sesuai dan mempersembahkan maklumat atau idea tersebut secara sistematik 3 4 1.1.7 Menggunakan perhubungan ruang dan masa dengan menyusun kejadian sesuatu fenomena atau peristiwa mengikut kronologi berdasarkan masa 1.1.8 Mentafsir data dengan memilih idea yang relevan tentang objek, peristiwa atau pola yang terdapat pada data untuk membuat penerangan 1.1.10 Mengawal pemboleh ubah dengan menentukan pemboleh ubah bergerak balas dan dimalarkan setelah pemboleh ubah dimanipulasi ditentukan dalam sesuatu penyiasatan 4 3 1.1.11 Membuat hipotesis dengan membuat pernyataan umum yang boleh diuji tentang hubungan antara pemboleh ubah dalam sesuatu penyiasatan 1.1.12 Mengeksperimen dengan menggunakan kemahiran proses sains asas bagi mengumpul dan mentafsir data serta membuat rumusan untuk membuktikan hipotesis dan membuat laporan 5 PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 6 KSSR (SEMAKAN) Sekolah: ................................................................................................................................................................................... Nama: ................................................................................................................................ Kelas: ..................................... Versi Digital E11 © Sasbadi Sdn. Bhd.


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Penguasaan (✓) Menguasai (✗) Belum menguasai Standard Kandungan Standard Pembelajaran Muka Surat Tahap Penguasaan UNIT 2 Manusia [Buku Teks: m.s. 13 – 32] 2.1 Pembiakan Manusia 2.1.1 Memerihalkan fungsi organ pembiakan lelaki dan perempuan 5 1 6 3 2.1.2 Menjelaskan proses persenyawaan manusia sehingga bayi dilahirkan 7 6 2.2 Sistem Saraf 2.2.1 Mengenal pasti jenis sistem saraf manusia 2.2.2 Memerihalkan sistem saraf pusat dan fungsinya 8 2 2.2.3 Menyatakan fungsi sistem saraf periferi 2.2.4 Meramalkan keadaan yang berlaku jika sistem saraf periferi tidak berfungsi 9 5 2.2.5 Menjana idea tentang cara menjaga sistem saraf 10 5 UNIT 3 Mikroorganisma [Buku Teks: m.s. 33 – 50] 3.1 Proses Hidup dan Kesan Tindakan Mikroorganisma 3.1.1 Menjelas dengan contoh jenis mikroorganisma 11 1 3.1.3 Memerihalkan proses hidup mikroorganisma dengan menjalankan penyiasatan 12 2 3.1.4 Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikrooganisma 12, 13, 14 5 3.1.5 Memerihalkan kesan tindakan mikroorganisma dalam kehidupan harian 15 4 16 3 UNIT 4 Interaksi antara Hidupan [Buku Teks: m.s. 51 – 66] 4.1 Interaksi antara Haiwan 4.1.1 Memerihalkan jenis interaksi antara hidupan 17, 18 1 4.1.2 Menjelas dengan contoh faktor persaingan bagi haiwan intraspesies dan interspesies 19 2 4.1.3 Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi simbiosis antara haiwan 20 1 4 4.2 Interaksi antara Tumbuhan 4.2.1 Memerihalkan faktor persaingan antara tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan 21 3 4.2.2 Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi simbiosis antara tumbuhan 22 4 5 UNIT 5 Pemeliharaan dan Pemuliharaan [Buku Teks: m.s. 67 – 86] 5.1 Pemeliharaan dan Pemuliharaan untuk Keseimbangan Alam 5.1.1 Menyatakan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan 26, 27 4 5.1.2 Menjana idea cara pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan E12 © Sasbadi Sdn. Bhd.


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Penguasaan (✓) Menguasai (✗) Belum menguasai Standard Kandungan Standard Pembelajaran Muka Surat Tahap Penguasaan 5.1.3 Menjelas dengan contoh haiwan yang pupus 23 1 5.1.4 Menjelaskan melalui contoh haiwan dan tumbuhan yang mengalami ancaman kepupusan 24 2 5.1.5 Memerihalkan faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan 25 3 5.1.6 Menjana idea tentang kesan pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap haiwan dan tumbuhan yang mengalami ancaman kepupusan 28 3 5 UNIT 6 Daya [Buku Teks: m.s. 87 – 112] 6.1 Daya dan Kesannya 6.1.1 Menyatakan maksud daya dengan menjalankan aktiviti 29, 31 1 6.1.2 Menjelas dengan contoh kesan daya dengan menjalankan aktiviti 30, 31 2 6.2 Daya Geseran 6.2.1 Menyatakan maksud daya geseran dengan menjalankan aktiviti 32 1 6.2.2 Memerihalkan kesan daya geseran 2 6.2.3 Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi daya geseran 33 4 6.2.4 Menjana idea untuk menyelesaikan masalah tentang daya geseran dalam kehidupan harian 6.3 Tekanan Udara 6.3.1 Memerihalkan kewujudan tekanan udara di sekeliling dengan menjalankan aktiviti 34 1 6.3.2 Menghubungkaitkan antara tekanan udara dengan aras ketinggian 35 3 6.3.3 Menjelaskan melalui contoh aplikasi tekanan udara dalam kehidupan harian 36 5 UNIT 7 Kelajuan [Buku Teks: m.s. 113 – 126] 7.1 Kelajuan Objek 7.1.1 Menyatakan unit bagi kelajuan 37 1 2 7.1.2 Mengeksperimen untuk menentukan hubungan antara kelajuan, jarak dan masa 38 4 7.1.3 Menyelesaikan masalah berkaitan kelajuan menggunakan rumus 39 3 7.1.4 Mendefinisi secara operasi kelajuan dengan menjalankan aktiviti 40 5 UNIT 8 Teknologi Pengawetan Makanan [Buku Teks: m.s. 127 – 146] 8.1 Kerosakan Makanan 8.1.1 Menjelas dengan contoh ciri makanan yang telah rosak 41 1 E13 © Sasbadi Sdn. Bhd.


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Penguasaan (✓) Menguasai (✗) Belum menguasai Standard Kandungan Standard Pembelajaran Muka Surat Tahap Penguasaan 8.1.2 Menyatakan bahawa kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan mikroorganisma 42 1 8.1.3 Menjelaskan pemerhatian tentang kerosakan makanan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif 8.2 Pengawetan Makanan 8.2.1 Memerihalkan tujuan pengawetan makanan 43 2 8.2.2 Menghubungkait kaedah pengawetan makanan dengan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma 44, 45 3 8.2.3 Menjalankan projek pengawetan sejenis makanan dengan pelbagai kaedah 45 8.2.4 Merumuskan terdapat makanan yang boleh diawet lebih daripada satu kaedah pengawetan 44, 45 8.2.5 Mengitlak terdapat makanan boleh diawet dengan menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan 46 5 UNIT 9 Bahan Buangan [Buku Teks: m.s. 147 – 164] 9.1 Pengurusan Bahan Buangan 9.1.1 Mengenal pasti bahan buangan berdasarkan jenis bahan 47 1 9.1.2 Menyatakan maksud bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi 48 2 9.1.3 Mengelaskan bahan buangan kepada bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi 49 2 9.1.4 Menaakul penggunaan bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi secara berhemah 4 9.1.5 Memerihalkan pengurusan bahan buangan secara terancang untuk kehidupan lestari 49, 50 6 UNIT 10 Gerhana [Buku Teks: m.s. 165 – 178] 10.1 Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari 10.1.1 Memerihalkan fenomena gerhana Bulan berdasarkan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari dengan menjalankan simulasi 51 1 10.1.2 Memerihalkan fenomena gerhana Matahari berdasarkan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari dengan menjalankan simulasi 52 1 3 10.1.3 Menghubungkaitkan fenomena gerhana Bulan dan gerhana Matahari dengan sifat cahaya 53 3 10.1.4 Meramalkan keadaan di Bumi semasa kejadian gerhana Bulan dan gerhana Matahari 54 3 E14 © Sasbadi Sdn. Bhd.


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Penguasaan (✓) Menguasai (✗) Belum menguasai Standard Kandungan Standard Pembelajaran Muka Surat Tahap Penguasaan UNIT 11 Galaksi [Buku Teks: m.s. 179 – 192] 11.1 Galaksi Bima Sakti 11.1.1 Menyatakan maksud galaksi 55 1 11.1.2 Memerihalkan galaksi Bima Sakti 56, 57 2 11.1.3 Merumuskan Sistem Suria berada dalam galaksi Bima Sakti 57 5 11.1.4 Menjalankan simulasi untuk menggambarkan saiz Sistem Suria dalam galaksi Bima Sakti dan mengagumi ciptaan Tuhan 58 5 UNIT 12 Kestabilan dan Kekuatan [Buku Teks: m.s. 193 – 210] 12.1 Kestabilan dan Kekuatan Objek dan Binaan 12.1.1 Memerihalkan maksud kestabilan dan kekuatan dengan menjalankan aktiviti 59, 60 2 12.1.2 Menjelaskan dengan contoh struktur yang kuat dan stabil 59, 60 1 12.1.4 Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi kekuatan binaan 61 5 12.1.5 Menjana idea kepentingan binaan yang kuat dan stabil bagi kehidupan lestari 62 4 12.1.6 Mencipta model binaan yang kuat dan stabil dengan menggunakan bahan kitar semula yang sesuai 6 UNIT 13 Teknologi [Buku Teks: m.s. 211 – 222] 13.1 Kebaikan dan Keburukan Teknologi 13.1.1 Menyatakan maksud teknologi dan kepentingannya 63 1 2 13.1.2 Memerihalkan perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang 64, 65 2 13.1.3 Menjelaskan melalui contoh kebaikan dan keburukan teknologi dalam kehidupan harian 66 5 E15 © Sasbadi Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version