KOMPILASI EKSPRESI LIPUTAN INFORMASI PERISTIWA KAMPUS KESIHATAN DAN HOSPITAL USM Edisi 1/2022 [JANUARI - APRIL 2022] HARAP STAF TAHU WAWASAN UNIVERSITI DAN HOSPITAL USM GALAS AMANAH TERUSKAN KECEMERLANGAN PIMPINAN TERDAHULU NIK HISAMUDDIN SHAHARUM RXZ DAN MESIN RUMPUT TEMAN SETIA 'ABE LI' I-PKRC KAMPUS KESIHATAN USM SALAH SATU SEJARAH PENDEMIK COVID-19 USM KAMPUS KESIHATAN BAKAL BERUBAH WAJAH: SEDIAKAN PADANG SINTETIK BERTARAF ANTARABANGSA
KAMPUS KESIHATAN Universiti Sains Malaysia
Penaung Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin Pemangku Pengarah Kampus Kampus Kesihatan USM Penasihat Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman Pengarah Hospital USM Ketua Editor Amyrulhan Azhari Editor Lailatul Hafiza Abdul Rashid Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Reka Grafik Ahmad Fansuri Salleh Mohamad Zaini Baharom Mohd Asrar Mohd Rokeman Fotografi 1 Abdul Hasib Abdul Rahman Fotografi 2 Unit Fotografi UKAST Tugas-tugas Khas R Alia Fazni R. Azmi Kamaruzaman Yusof Sidang Redaksi Kompilasi Informasi Ekspesi Peristiwa Liputan elip Sidang Redaksi Buletin KELIP: PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM Blok Pentadbiran Hospital USM, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-767 1010 / 1011 / 1055 Faks: 09-767 1060 Emel: [email protected] https://linktr.ee/USM KampusKesihatan Hak cipta Buletin KELIP Kampus Kesihatan USM dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, logo dan susunannya serta bahan-bahannya adalah hak milik Universiti Sains Malaysia. Tiada mana-mana bahagian buletin ini boleh diubah, disalin, diedar, disiar, dipamer, diterbitkan semula, dilesenkan, dipindah, disimpan, dijual atau mencipta karya terbitan daripada mana-mana maklumat atau bahagian buletin, serta diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Universiti Sains Malaysia.
Kandungan Kepimpinan 6 Galas Amanah Teruskan Kecemerlangan Pimpinan Terdahulu - Shaharum 8 Nik Hisamuddin Harap Staf Tahu Wawasan Universiti dan Hospital USM Kepakaran 10 Cabaran Kesihatan Jemaah Haji dan Kepentingan Vaksin 12 Kerintangan Antimikrob di Malaysia: Mengapa Kita Perlu Bimbang 14 Penyakit Cacing dalam Kalangan Pesakit: Masalah Yang Belum Selesai 16 Kejuruteraan Genetik dalam Perspektif Perubatan: Antara Ilusi dan Realiti 18 Inovasi Serat Dieteri untuk Kesihatan Lestari 20 Rungkai Fungsi Psikologi: Bantu Tingkatkan Minat dalam Sukan dan Senaman 22 Rawatan Kanser Kepala dan Leher: Realiti Bukan Sekadar Harapan 24 Gangguan Seksual Tangani Segera Sebelum Jadi Barah 25 Teknik yang Betul Ujian Kendiri COVID-19 Penting Untuk Keputusan yang Tepat 26 Siapsiaga Menuju Endemik SOP Khusus Urus Kes COVID-19 Warga Kampus Kesihatan USM Perkhidmatan 28 Rehabilitasi Robotik Teknologi Terkini Bantu Pulihkan Pesakit Lumpuh 30 MRI 1.5T Percepat Proses Diagnosis Penyakit Bersama Komuniti 32 PDK Latih Golongan OKU Usahakan Tanaman Hidroponik 34 Ruangan Terapeutik antara Kaedah Sokongan Rawatan Pesakit Kanak-kanak Hospital USM 36 Pasukan KRIS Hospital USM Jayakan Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia Negeri Johor 37 Program 'Speech And Language Screening' Bantu Percepat Masa Menunggu Pesakit 34 32 36 30 12
Sembang Sihat 38 Pandemik COVID-19: Bagaimana Jabatan Kecemasan dan Trauma berfungsi 40 Kenal dan Kawal Emosi Elak Mudarat 41 Awasi Kolesterol dalam Makanan 42 Buah Pinggang Kronik: Cegah Sebelum Parah 44 "Mati Putik" Kenali Seksualiti Elak Disfungsi 46 HIV: Cinta Sesama Gender 47 Cegah Demam Kepialu Elak Kesan Lebih Buruk Kisah Inspirasi 48 RXZ dan Mesin Rumput Teman Setia 'Abe Li' Sorotan Program di Kampus Kesihatan 50 Tengku Mahkota Kelantan dan Isteri Lawat Unit Rawatan Kebakaran Hospital USM 52 USM, UMTAS Meterai MoA untuk Perkukuh Aktiviti Akademik 53 USM dan UTM Meterai Perjanjian Persefahaman Tingkatkan Usahasama Akademik dan Penyelidikan 54 TNC HEPA Santuni Pelajar Terkesan Banjir dan B40 56 Naib Canselor Rasmi Seminar Antarabangsa Kolaborasi Tiga Universiti Sempena Hari Pendengaran Sedunia 2022 57 Naib Canselor Rakam Ucapan Terima Kasih kepada Pengurusan Nerve Centre Kampus Kesihatan 58 I-PKRC Kampus Kesihatan USM Salah Satu Sejarah Pandemik COVID-19 60 Tibanya Ramadan Dapur Pusat Islam Kembali Meriah 62 Berbeza Agama Bukan Halangan untuk Rai Ramadan Bersama 70 Majlis Mahabbah Platform Terbaik Santuni Warga Kampus dan Kariah - Naib Canselor USM 72 USM Kampus Kesihatan Bakal Berubah Wajah: Sediakan Padang Sintetik Bertaraf Antarabangsa Selaut Budi, Seribu Memori 54 54 72 60 58 48
Dari Meja Ketua Editor AMYRULHAN AZHARI Ketua Editor KELIP Pengurus Operasi Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC) Kampus Kesihatan USM Salam sejahtera, Syukur ke hadrat Yang Maha Kuasa. Akhirnya edisi sulung buletin KELIP terbit jua. Kompilasi Ekspresi, Liputan, Informasi dan Peristiwa (KELIP) merupakan buletin rasmi Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang baharu. KELIP yang disasarkan diterbitkan tiga kali setahun bakal menjadi wadah himpunan informasi, kejayaan serta kenangan untuk tatapan sekalian keluarga Universiti Sains Malaysia walau di mana mereka berada. Selaku Ketua Editor pertama KELIP, saya ingin merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada pengurusan Kampus Kesihatan yang menyokong penerbitan ini. Juga ucapan tahniah serta syabas kepada sidang redaksi dan penyumbang bahan penerbitan sulung KELIP ini. Doakan semoga KELIP akan terus bersinar dengan kandungan bermutu. Ini majalah kita. Ini suara kita. Ini wajah kita. Terima kasih.
dituturnya cukup menggambarkan ketinggian ilmu yang dimiliki dan menyerlahkan sifat peribadi serta aura positif yang beliau miliki. Shaharum yang mula berkhidmat di USM pada 1 Jun 2003 sebagai Pensyarah Universiti memberitahu, untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa memerlukan tahap kesabaran (mental) yang tinggi dan tentu sahaja tidak sama antara setiap pemimpin kerana setiap mereka mempunyai kelebihan masing-masing. “Saya akan meneruskan usaha sama dan hubungan yang telah terjalin erat dengan agensi-agensi luar seperti Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis DiRaja Malaysia dan tidak ketinggalan pertubuhan –pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO). “Seperti yang semua maklum, Kampus Kesihatan berkolaborasi dengan memberikan Dewan Utama Kampus Kesihatan kepada KKM untuk dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) bagi merawat pesakit COVID-19, di sini dapat dilihat kebersamaan dan hubungan baik antara USM dan agensi luar dalam memberikan yang terbaik untuk manfaat rakyat,” ulasnya. Sifat kepimpinan sememangnya telah sebati dalam diri Shaharum apabila beliau dilantik sebagai Pemangku Timbalan Dekan Penyelidikan seawal tahun 2007 dan sebagai Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat pada tahun 2010 hingga 2012, dilantik sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan pada tahun 2013 hingga 2015 seterusnya dilantik mengetuai Program Bioperubatan sebagai pengerusi dari tahun 2016 hingga 2018 di Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Shaharum juga adalah penyelaras URICAS (USM – RIKEN Interdisciplinary Collaboration of Advanced Sciences) dari tahun 2017 hingga 2020. Anak kelahiran Kampung Chekok, Pulai Chondong ini kemudiannya sekali lagi dipilih untuk mengetuai tampuk pimpinan pengurusan Kampus Kesihatan USM apabila beliau ditawarkan jawatan Pemangku Pengarah Kampus pada awal tahun ini. Diajukan soalan mengenai pengurusan akademik dan penyelidikan, Shaharum lantas menyuarakan pendapatnya mengenai kecemerlangan penyelidikan di USM Kampus Kesihatan yang bertunjang kepada ‘Research and Development’ (R&D). “Kampus Kesihatan USM mempunyai ramai pakar Perubatan dan Sains Kesihatan yang mendasari pelbagai bidang. Kebanyakan hasil penyelidikan ini telahpun diterjemahkan kepada perkhidmatan - perkhidmatan klinikal yang mampu membantu proses perawatan, pengenalpastian penyakit dan pembangunan teknologi perubatan terkini sesuai dengan keperluan masyarakat. “Ramai pakar-pakar yang menjalankan pelbagai penyelidikan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pelbagai aspek perawatan. Ini adalah satu kebanggaan kepada universiti dan negara kerana dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya di Pantai Timur dan seluruh negara amnya," katanya lagi. Sebelum mengakhiri temu bual, Shaharum sempat menitipkan nasihat dan berharap agar semua staf Kampus Kesihatan dapat memberi kerjasama dan pandangan positif terhadap apa-apa tindakan yang diambilnya untuk kesejahteraan universiti. Beliau turut berharap agar warga staf sentiasa mamatuhi peraturan yang ditetapkan, menguruskan sesuatu projek mengikut ketepatan masa dan memastikan aspek penyampaian perkhidmatan diurus dengan baik. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel] KEPIMPINAN 6 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA GALAS AMANAH TERUSKAN Bermula 1 Januari 2022, menggalas jawatan Pemangku Pengarah Kampus (PPK), Shaharum memulakan langkah pertamanya untuk meneruskan legasi kecemerlangan kepimpinan terdahulu secara holistik. “Pada peringkat awal memegang jawatan, saya mengambil pendekatan untuk turun ke lapangan bagi mendengar dan melihat apa masalah serta kekangan sebenar yang dihadapi di Kampus Kesihatan yang menyebabkan kita mungkin agak perlahan dari segi pengembangan dan penyampaian perkhidmatan termasuk membantu pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) khususnya PTJ akademik dalam melaksanakan tugas dasar iaitu memastikan kecemerlangan akademik dan penyelidikan kerana USM merupakan antara universiti yang primier di Malaysia. “Cabaran besar sentiasa menanti dan saya akan berusaha sebaik mungkin bagi meneruskan kecemerlangan kepimpinan terdahulu yang praktikal dan telah menyediakan hala tuju yang jelas untuk saya mencari penyelesaian serta pelaksaaan yang lebih efisien bagi memacu USM ke hadapan,” ujarnya yang juga Pensyarah Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Figura bersosok kecil dan berkulit putih ini sedikitpun tidak pernah menyangka akan diberi tanggungjawab untuk mengemudi Kampus Kesihatan USM. Keutamaan baginya adalah menekankan aspek kebersamaan dengan staf tanpa mengira pangkat dan kategori. “Dalam berhadapan dengan konflik, saya lebih suka mendengar permasalahan, cadangan, keluhan daripada staf dan pelajar serta cuba mencari penyelesaian yang terbaik (menang-menang). Walaupun mungkin tidak mampu menyelesaikan semuanya, namun saya akan cuba bantu setakat termampu,” katanya. Ditanya mengenai perancangannya untuk Kampus Kesihatan, Shaharum menjelaskan beliau bercadang untuk meneruskan legasi kepimpinan terdahulu dan akan cuba memperbaiki sifat sebenar penjawat awam kepada semua staf dengan meletakkan mereka di landasan yang betul serta patuh kepada peruntukan peraturan perkhidmatan masing-masing. “Apabila seseorang memegang jawatan dalam Perkhidmatan Awam, amanah yang dipikul adalah ‘besar’ dan mereka perlu menggalas amanah ini sebaiknya. Namun, mungkin akibat terlampau dibebani oleh tugas-tugas, masalah peribadi, masalah masyarakat, kebanyakan staf sedikit alpa akan janji mereka untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan baik. "Saya akan berusaha untuk memberikan impak positif kepada staf yang mungkin terleka agar boleh terus memacu teras perkhidmatan masing masing ke hadapan bagi meneruskan agenda Universiti yang sebenar," jelas beliau lagi. Ahli akademik berusia 55 tahun ini juga tidak lokek dengan senyuman apabila setiap butir bicara yang KECEMERLANGAN PIMPINAN TERDAHULU - SHAHARUM Mengemudi tampuk pimpinan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) di saat negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu yang mudah, namun berpegang kepada tekad serta amanah yang dipertanggungjawabkan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin menyahut cabaran tersebut dengan hati terbuka.
dituturnya cukup menggambarkan ketinggian ilmu yang dimiliki dan menyerlahkan sifat peribadi serta aura positif yang beliau miliki. Shaharum yang mula berkhidmat di USM pada 1 Jun 2003 sebagai Pensyarah Universiti memberitahu, untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa memerlukan tahap kesabaran (mental) yang tinggi dan tentu sahaja tidak sama antara setiap pemimpin kerana setiap mereka mempunyai kelebihan masing-masing. “Saya akan meneruskan usaha sama dan hubungan yang telah terjalin erat dengan agensi-agensi luar seperti Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis DiRaja Malaysia dan tidak ketinggalan pertubuhan –pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO). “Seperti yang semua maklum, Kampus Kesihatan berkolaborasi dengan memberikan Dewan Utama Kampus Kesihatan kepada KKM untuk dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) bagi merawat pesakit COVID-19, di sini dapat dilihat kebersamaan dan hubungan baik antara USM dan agensi luar dalam memberikan yang terbaik untuk manfaat rakyat,” ulasnya. Sifat kepimpinan sememangnya telah sebati dalam diri Shaharum apabila beliau dilantik sebagai Pemangku Timbalan Dekan Penyelidikan seawal tahun 2007 dan sebagai Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat pada tahun 2010 hingga 2012, dilantik sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan pada tahun 2013 hingga 2015 seterusnya dilantik mengetuai Program Bioperubatan sebagai pengerusi dari tahun 2016 hingga 2018 di Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Shaharum juga adalah penyelaras URICAS (USM – RIKEN Interdisciplinary Collaboration of Advanced Sciences) dari tahun 2017 hingga 2020. Anak kelahiran Kampung Chekok, Pulai Chondong ini kemudiannya sekali lagi dipilih untuk mengetuai tampuk pimpinan pengurusan Kampus Kesihatan USM apabila beliau ditawarkan jawatan Pemangku Pengarah Kampus pada awal tahun ini. Diajukan soalan mengenai pengurusan akademik dan penyelidikan, Shaharum lantas menyuarakan pendapatnya mengenai kecemerlangan penyelidikan di USM Kampus Kesihatan yang bertunjang kepada ‘Research and Development’ (R&D). “Kampus Kesihatan USM mempunyai ramai pakar Perubatan dan Sains Kesihatan yang mendasari pelbagai bidang. Kebanyakan hasil penyelidikan ini telahpun diterjemahkan kepada perkhidmatan - perkhidmatan klinikal yang mampu membantu proses perawatan, pengenalpastian penyakit dan pembangunan teknologi perubatan terkini sesuai dengan keperluan masyarakat. “Ramai pakar-pakar yang menjalankan pelbagai penyelidikan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pelbagai aspek perawatan. Ini adalah satu kebanggaan kepada universiti dan negara kerana dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya di Pantai Timur dan seluruh negara amnya," katanya lagi. Sebelum mengakhiri temu bual, Shaharum sempat menitipkan nasihat dan berharap agar semua staf Kampus Kesihatan dapat memberi kerjasama dan pandangan positif terhadap apa-apa tindakan yang diambilnya untuk kesejahteraan universiti. Beliau turut berharap agar warga staf sentiasa mamatuhi peraturan yang ditetapkan, menguruskan sesuatu projek mengikut ketepatan masa dan memastikan aspek penyampaian perkhidmatan diurus dengan baik. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel] Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 7 Bermula 1 Januari 2022, menggalas jawatan Pemangku Pengarah Kampus (PPK), Shaharum memulakan langkah pertamanya untuk meneruskan legasi kecemerlangan kepimpinan terdahulu secara holistik. “Pada peringkat awal memegang jawatan, saya mengambil pendekatan untuk turun ke lapangan bagi mendengar dan melihat apa masalah serta kekangan sebenar yang dihadapi di Kampus Kesihatan yang menyebabkan kita mungkin agak perlahan dari segi pengembangan dan penyampaian perkhidmatan termasuk membantu pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) khususnya PTJ akademik dalam melaksanakan tugas dasar iaitu memastikan kecemerlangan akademik dan penyelidikan kerana USM merupakan antara universiti yang primier di Malaysia. “Cabaran besar sentiasa menanti dan saya akan berusaha sebaik mungkin bagi meneruskan kecemerlangan kepimpinan terdahulu yang praktikal dan telah menyediakan hala tuju yang jelas untuk saya mencari penyelesaian serta pelaksaaan yang lebih efisien bagi memacu USM ke hadapan,” ujarnya yang juga Pensyarah Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan. Figura bersosok kecil dan berkulit putih ini sedikitpun tidak pernah menyangka akan diberi tanggungjawab untuk mengemudi Kampus Kesihatan USM. Keutamaan baginya adalah menekankan aspek kebersamaan dengan staf tanpa mengira pangkat dan kategori. “Dalam berhadapan dengan konflik, saya lebih suka mendengar permasalahan, cadangan, keluhan daripada staf dan pelajar serta cuba mencari penyelesaian yang terbaik (menang-menang). Walaupun mungkin tidak mampu menyelesaikan semuanya, namun saya akan cuba bantu setakat termampu,” katanya. Ditanya mengenai perancangannya untuk Kampus Kesihatan, Shaharum menjelaskan beliau bercadang untuk meneruskan legasi kepimpinan terdahulu dan akan cuba memperbaiki sifat sebenar penjawat awam kepada semua staf dengan meletakkan mereka di landasan yang betul serta patuh kepada peruntukan peraturan perkhidmatan masing-masing. “Apabila seseorang memegang jawatan dalam Perkhidmatan Awam, amanah yang dipikul adalah ‘besar’ dan mereka perlu menggalas amanah ini sebaiknya. Namun, mungkin akibat terlampau dibebani oleh tugas-tugas, masalah peribadi, masalah masyarakat, kebanyakan staf sedikit alpa akan janji mereka untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan baik. "Saya akan berusaha untuk memberikan impak positif kepada staf yang mungkin terleka agar boleh terus memacu teras perkhidmatan masing masing ke hadapan bagi meneruskan agenda Universiti yang sebenar," jelas beliau lagi. Ahli akademik berusia 55 tahun ini juga tidak lokek dengan senyuman apabila setiap butir bicara yang Ramai pakar-pakar yang menjalankan pelbagai penyelidikan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pelbagai aspek perawatan. Ini adalah satu kebanggaan kepada universiti dan negara kerana dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya di Pantai Timur dan seluruh negara amnya," katanya lagi.
“Setiap staf perlu tahu perancangan dari segi wawasan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Hospital serta perlu seiring memahaminya bagi mencapai sasaran agar semua sehaluan ke arah memacu kecemerlangan Universiti,” demikian harapan Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman terhadap semua staf dan barisan pengurusan di bawah pimpinannya. Nik Hisamuddin yang dilantik menerajui barisan kepimpinan Hospital USM bermula 1 Januari lalu berharap agar semua pihak memberi sokongan kepada setiap agenda dan hala tuju yang ingin dilaksanakannya bagi mengekalkan kecemerlangan terdahulu. “Saya diberi amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Hospital USM yang semua sedia maklum adalah satu cabaran besar untuk mengemudi organisasi yang mempunyai hampir 3,000 orang staf malahan menjadi tempat bergantung apabila berhadapan dengan masalah pentadbiran, klinikal dan sebagainya. “Saya terima cabaran ini dengan hati terbuka dan ambilnya sebagai satu perkara positif untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik dalam aspek pentadbiran, pengurusan kualiti, perkhidmatan kepada pesakit dan sebagainya,” ujarnya ketika ditemu bual. Nik Hisamuddin yang juga Pakar Perubatan Kecemasan berkata, beliau mempunyai sistem sokongan yang amat besar melibatkan beberapa jabatan dan unit yang sentiasa perlu diberi semangat serta sokongan untuk mereka terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. “Sistem sokongan ini ibarat tiang yang kukuh kepada sesebuah hospital. Sebagai pengurusan tertinggi, saya perlu sentiasa menyelami permasalahan mereka dan peka terhadap keperluan serta kehendak mereka dalam menyampaikan perkhidmatan. “Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan, saya perlu mendalami keluh kesah mereka bagi membantu dan memberi sokongan dari segi moral, fizikal, kewangan dan tidak boleh berdiam diri serta mengharapkan ‘support system’ ini bergerak sendiri,” jelasnya lagi. Ahli akademik yang dilahirkan pada 22 Oktober 1969 di Kota Bharu ini sememangnya mempunyai latar belakang sebagai pemimpin sejak dahulu lagi apabila beliau pernah diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan dari tahun 2005 sehingga 2012, Timbalan Pengarah Insfrastuktur dan Aset, Hospital USM pada tahun 2017 hingga 2021 sebelum diamanahkan menggalas jawatan sebagai Pengarah Hospital USM. NIK HISAMUDDIN HARAP STAF TAHU WAWASAN UNIVERSITI DAN HOSPITAL USM KEPIMPINAN 8 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 9 “Saya menggalas amanah sebagai Pengarah Hospital USM ketika negara masih lagi dalam kemelut pandemik COVID-19, jadi cabaran yang saya pikul sedikit berbeza dari tahun sebelumnya kerana saya perlu menerapkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan membudayakan amalan norma baharu dalam kalangan warga staf,” katanya. Nik Hisamuddin yang merupakan anak bongsu kepada pasangan Haji Nik Ab Rahman Nik Yusoff dan Hajjah Nik Fauziah Wan Mahmood turut memberitahu bahawa kepimpinan yang berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika. “Kepimpinan beretika adalah mustahak kerana pemimpin adalah ejen perubahan bagi elemen-elemen penting dalam sesebuah organisasi. Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada perlakuan staf yang akan turut mempengaruhi prestasi organisasi. “Saya menggalas amanah sebagai Pengarah Hospital USM ketika negara masih lagi dalam kemelut pandemik COVID-19, jadi cabaran yang saya pikul sedikit berbeza dari tahun sebelumnya kerana saya perlu menerapkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan membudayakan amalan norma baharu dalam kalangan warga staf,” katanya. Diajukan soalan berhubung kecekapan proses kerja adalah kunci utama untuk menghasilkan perkhidmatan berkualiti khususnya Hospital USM dalam penawaran perkhidmatan kesihatan dan perubatan, Nik Hisamuddin memberitahu, penyampaian perkhidmatan di Hospital USM sentiasa bertunjang kepada petunjuk prestasi utama (KPI). “Setiap penyampaian perkhidmatan perlu ada KPI sebagai tanda aras untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dan pasukan yang dilantik akan memantau prestasi serta menilai keberkesanannya. “Sebagai contoh, doktor perlu merawat pesakit dalam masa 30 minit selepas pendaftaran di klinik. KPI ditetapkan sebagai tanda aras sama ada kita mampu mencapai ketetapan tersebut atau sebaliknya dan sekiranya hasil menunjukkan pencapaian 100%, ia bermaksud sasaran yang ditetapkan telah berjaya,” ulas Nik Hisamuddin. Figura berbadan tegap dan berkaca mata ini turut berkongsi pandangannya apabila ditanya mengenai hubungan stategik dengan pelbagai pihak sebagai pemimpin sebuah Hospital Pengajar Universiti (HPU). Menurutnya, sebagai peneraju salah satu HPU, beliau akan memastikan jaringan kerjasama dan kolaborasi dari aspek penyelidikan diteruskan dengan hospital-hospital universiti yang lain, rakan industri dan badan bukan kerajaan (NGO) agar hasilnya dapat disalurkan bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan. Mengakhiri sesi temu bual, Nik Hisamuddin berharap agar semua staf Hospital USM menjaga integriti ketika bekerja kerana sebagai staf yang sentiasa berurusan dengan pelanggan, kita sering menjadi tumpuan umum. “Jagalah imej Hospital USM dengan mempamerkan sikap yang baik selain menjadi seorang yang mempunyai wawasan serta mematuhi ikrar sebagai penjawat awam. “Saya juga mengharapkan agar semua pihak sering bekerjasama dengan erat dan tidak mewujudkan jurang antara jabatan serta sering berinteraksi dan berkomunikasi dalam usaha mengetengahkan nama Hospital USM ke persada dunia,” rayunya lagi. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
KEPAKARAN 10 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Rata-rata rakyat di seluruh dunia teruja dan gembira apabila Kerajaan Arab Saudi kembali membuka pintu negara mereka untuk para jemaah menunaikan ibadah umrah. Harapan serta doa dipanjatkan agar ibadah haji musim ini dapat dilaksanakan seperti biasa setelah ditangguhkan pada tahun 2020 manakala hanya dibuka kepada bilangan yang kecil pada tahun 2021 bagi membendung penularan wabak COVID-19. Cahaya sedikit terang apabila program vaksinasi dijalankan di seluruh dunia sebagai salah satu usaha mencegah jangkitan COVID-19. Ini membolehkan individu yang telah lengkap vaksinasi merentas sempadan negeri dan negara untuk pelbagai urusan termasuk mengerjakan ibadah haji dan umrah. Penemuan vaksin dan penggunaannya bagi mencegah penyakit berjangkit telah bermula dalam tamadun Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi. Sejarah membuktikan tamadun Islam antara pelopor dalam penjagaan nyawa manusia. Menurut Ketua Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zakuan Zainy Deris, dalam konteks penularan wabak COVID-19, kesihatan jemaah haji dan kepentingan vaksin adalah satu perkaitan yang sangat rapat iaitu antara ibadah seseorang muslim dengan penemuan sains. "Dalam ibadah haji, terdapat satu keperluan khusus yang perlu ada iaitu ‘istita'ah - kemampuan’. Setiap muslim yang berhajat mengerjakan ibadah haji, disyaratkan mempunyai ‘kemampuan’ dari sudut kewangan, kesihatan sebelum, semasa dan selepas menunaikan haji serta kemampuan kota suci Mekah menampung jemaah haji. "Cabaran kesihatan jemaah haji bukan sahaja dalam bentuk kesihatan individu, tetapi dalam bentuk kesihatan keseluruhan jemaah kerana percampuran antara jemaah haji yang ramai dari serata pelosok dunia boleh menjadikan tanah suci sebagai tempat penyebaran penyakit berjangkit," katanya. Zakuan berkata, keadaan semasa musim haji memerlukan setiap jemaah mempunyai perlindungan mencukupi khususnya untuk mengelak penyakit merbahaya yang mudah berjangkit. "Saya merasakan bahawa sebahagian besar keberkesanan pencegahan perebakan tersebut merupakan hasil usaha-usaha yang dilakukan oleh pakar dan saintis dengan disokong oleh pihak berwajib kota suci sepanjang zaman. "Dalam musim haji di era moden ini, kita dapati ada penyakit yang boleh menular khususnya melalui titisan pernafasan. Penyakit meningokokus sebagai contohnya, merebak semasa musim haji pada tahun CABARAN KESIHATAN JEMAAH HAJI DAN KEPENTINGAN VAKSIN Syarahan Umum Pelantikan Profesor PROFESOR DR. ZAKUAN ZAINY DERIS
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 11 1987, 2000 dan 2001," jelasnya lagi. Tambah beliau, hal ini membawa kepada program vaksinasi besar-besaran penduduk Jeddah dan Mekah bermula tahun 1992 dan pengenalan vaksin wajib oleh pihak berkuasa tanah suci bagi pemohon visa haji dan umrah bermula pada tahun 2001. "Tiada bantahan daripada umat Islam dalam program tersebut kerana mereka maklum akan kepentingan vaksin dalam mencegah perebakan penyakit meningokokus ini. "Di samping vaksin meningokokus, terdapat beberapa vaksin lain yang digalakkan untuk peserta haji dan umrah atau mana-mana individu yang hadir perhimpunan besar iaitu vaksin influenza dan vaksin pneumokokus," ujarnya lanjut. Tambah Zakuan, satu perkara yang kita perlu sedar, vaksin bukan ubat tetapi ia bertindak sebagai penebat kepada keterukan gejala terutama bagi anggota jemaah haji yang lanjut usia atau mempunyai penyakit sampingan, mengurangkan kadar kematian jika dijangkiti pada tahap yang lebih teruk serta mencegah jangkitan dalam komuniti dan golongan yang belum ada imuniti. "Jemaah haji dan umrah juga hendaklah memastikan mereka mengambil vaksin-vaksin lain yang sudah diperkenalkan dalam program vaksinasi atau imunisasi kebangsaan negara masing-masing secara lengkap. "Sebagai tambahan kepada program vaksinasi, kaedah pencegahan lain terus dijalankan bagi mengawal penyakit berjangkit khususnya bagi penyakit yang tiada vaksin atau penyakit yang baharu menular dalam kitaran manusia. "Sebagai contohnya wabak penyakit MERS CoV pada awal 2010 berjaya dikawal dengan amalan pencegahan jangkitan iaitu memakai topeng muka, amalan etika batuk, cuci tangan dan mengelak berhubung dengan orang tidak sihat secara berdepan serta terdapat juga larangan lawatan ke ladang unta yang mungkin menjadi punca penularan penyakit tersebut", kata beliau. Menurut Zakuan, masyarakat perlu menyokong penyelidikan untuk kebaikan bersama dan memberi kepercayaan sesuatu bidang kepada ahlinya agar penyampaian maklumat adalah tepat dan bukannya percaya kepada informasi palsu yang ditularkan. "Dengan program vaksinasi yang menyeluruh serta penyertaan masyarakat dalam program vaksinasi dan program pencegahan ini, diharapkan ibadah haji khususnya dan umrah amnya akan terus berlangsung dengan selamat dan kita mendapat pulangan dengan amalan yang sempurna," katanya lagi. Zakuan yang juga Pengarah Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Hospital USM berkongsi maklumat berkenaan dalam syarahan beliau sempena Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang diadakan secara hibrid di Dewan Kuliah C, Kampus Kesihatan dan dipancarkan secara terus menerusi platform FB USM Kampus Kesihatan. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid]
Menurut Pensyarah Perubatan yang juga Pakar Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Habsah Hasan, kemunculan mikroorganisma rintang (resistant) antimikrob telah menyumbang dengan ketara kepada permasalahan ini. "Kerintangan antimikrob tidak terhad kepada bakteria, tetapi berlaku dalam kalangan virus dan kulat. Kerintangan juga boleh berlaku secara semula jadi atau diperolehi selepas pendedahan kepada risiko untuk menjadi rintang. "Kerintangan antimikrob boleh berlaku terhadap satu kumpulan antimikrob, pelbagai kumpulan bahkan juga terhadap kesemua kumpulan antimikrob," ujarnya ketika menyampaikan syarahan dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang berlangsung di Kampus Kesihatan USM. Tambah Habsah, terdapat dua mekanisme penting penyebab kemunculan mikroorganisma yang rintang kepada antimikrob. "Pertama, mikroorganisma terdedah kepada kepekatan antimikrob yang suboptimal (subinhibitory) dan kedua, pembunuhan selektif mikroorganisma yang rentan (susceptible) dan menggalakkan pembiakan mikroorganisma yang rintang antimikrob. "Pendedahan kepada kepekatan antimikrob yang subinhibitory iaitu kepekatan yang rendah tidak dapat merencat mikroorganisma dan boleh menghasilkan mikroorganisma yang lebih ganas (virulent) dan rintang kepada antimikrob tersebut melalui mutasi gen," jelasnya lagi. KERINTANGAN ANTIMIKROB KEPAKARAN 12 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA DI MALAYSIA: MENGAPA KITA PERLU BIMBANG Penyakit berjangkit pada masa ini merupakan punca utama ketidakupayaan dan kematian di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati jangkitan saluran pernafasan, penyakit cirit-birit, HIV/AIDS dan malaria berada dalam sepuluh penyebab utama kepada ketidakupayaan dan kematian manusia. Syarahan Umum Pelantikan Profesor PROFESOR DR. HABSAH HASAN
Beliau berkata, populasi mikroorganisma ini akan membiak dan menular menjadi jangkitan yang lebih serius dan sukar dirawat. Habsah turut menjelaskan bahawa pembunuhan selektif mikrorganisma yang rentan menyebabkan mikroorganisma yang rintang menjadi dominan dan membiak dengan cepat. "Keadaan ini berlaku apabila pesakit diberikan antimikrob berspektrum luas seperti carbapenem untuk membunuh bakteria termasuk bakteria komensal yang bermanfaat kepada tubuh manusia. "Perkara ini biasanya berlaku di hospital kerana pesakit perlu mendapat rawatan segera dan doktor tidak dapat menjangkakan status kerentanan mikroorganisma tersebut. "Pilihan jenis antimikrob ini terpaksa dibuat untuk menyelamatkan nyawa pesakit sementara menunggu keputusan identifikasi dan kerentanan antimikrob mikroorganisma penyebab yang mengambil masa tiga (3) hari," ujarnya. Menurut Habsah, antimikrob juga digunakan di ladang penternakan secara berleluasa dan meningkatkan kemunculan mikroorganisma yang rintang antimikrob dengan menghuni usus haiwan tersebut. "Ia juga boleh mencemari sumber air melalui najis-najis haiwan selain turut mencemari makanan yang terdiri daripada daging dan telur haiwan tersebut kerana mikroorganisma boleh memindahkan gen rintang kepada mikroorganisma lain di persekitaran dan manusia. "Antara langkah yang telah diambil untuk menangani masalah ini ialah menyekat penggunaan antimikrob secara tidak terkawal dengan cara menghalang penjualan antimikrob di kaunter farmasi," katanya. Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 13 Selain itu, masyarakat perlu diingatkan supaya patuh kepada arahan pengambilan antimikrob melalui pendidikan kesihatan yang berterusan. "Aktiviti surveilan kerintangan antimikrob di hospital dan komuniti perlu sentiasa dijalankan untuk melihat tahap keseriusan masalah ini. "Pendidikan berterusan dan pengawalan penggunaan antimikrob yang betul merupakan kunci kepada kawalan kemunculan mikroorganisma rintang ini," ulas Habsah lanjut. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
KEPAKARAN 14 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA PENYAKIT CACING Terdapat pelbagai jenis cacing yang berpotensi menjangkiti manusia seperti cacing bulat, cacing pipih dan cacing pita. Di Malaysia, cacing bulat seperti cacing gelang, cacing kerawit, cacing cambuk ialah jenis yang lazim dan kerap menjangkiti pesakit terutamanya yang dimasukkan ke wad. Selain itu, cacing ‘Strongyloides’ merupakan sejenis cacing yang unik dan berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk. Menurut Pensyarah Perubatan yang juga Pakar Mikrobiologi dan Parasitologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zeehaida Mohamed, sesetengah jangkitan cacing ditemui secara tidak sengaja pada pesakit yang dimasukkan dengan gejala sakit perut, cirit birit, batuk atau dalam kalangan kumpulan pesakit tertentu seperti kanak-kanak, pesakit yang menghidap kencing manis, kanser atau yang menerima rawatan steroid. “Kebanyakan cacing yang ditemui mungkin disabitkan dengan gejala dan diagnosis semasa manakala ada juga cacing yang tidak dianggap sebagai penyebab kepada diagnosis utama pesakit. “Justeru, ada pesakit yang mungkin menerima ubat cacing dan ada juga pesakit yang tidak perlu dirawat bergantung kepada analisis doktor yang bertugas,” katanya ketika menyampaikan syarahan dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor. Tambah Zeehaida, kitaran hidup cacing dalam perumah manusia (hos) melibatkan beberapa peringkat iaitu pengambilan makanan atau minuman yang tercemar, kemasukan telur atau larva cacing ke dalam hos, pembiakan cacing di dalam usus dan penularan jangkitan cacing di luar usus seperti di pundi hempedu, paru-paru dan organ lain. DALAM KALANGAN PESAKIT: MASALAH YANG BELUM SELESAI Syarahan Umum Pelantikan Profesor PROFESOR DR. ZEEHAIDA MOHAMED
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 15 “Kajian ilmiah membuktikan terdapat banyak sayur-sayuran telah dicemari oleh parasit terutamanya cacing dan hal ini telah menyebabkan kitaran cacing sentiasa wujud dalam hos. “Penyiasatan jenis cacing melibatkan pemprosesan sampel klinikal pesakit dan pengecaman bentuk atau struktur cacing, telur atau larva yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan kebiasaannya dilakukan secara manual menggunakan mikroskop. “Namun, terdapat juga kaedah pengesanan yang lain seperti antibodi, antigen dan teknik molekular,” ujarnya lagi. Zeehaida turut menjelaskan bahawa apabila cacing ditemui di dalam badan pesakit, kesahihan penyebab penyakit perlu ditentukan sebelum sesuatu rawatan boleh dimulakan. “Kesahihan itu meliputi beberapa aspek seperti jenis cacing, kumpulan pesakit, organ yang terlibat, keterukan penyakit, pernah menerima rawatan steroid dan lain-lain. “Sebagai contoh, cacing gelang yang menduduki usus pesakit dewasa kurang merbahaya berbanding cacing ‘strongyloides’ yang dijumpai pada pesakit kanser terutama yang menerima rawatan steroid kerana ‘strongyloides’ berupaya menyebabkan jangkitan hiperaktif dan kematian dalam kalangan pesakit tersebut. “Dalam era pandemik COVID-19, pesakit kritikal tahap empat dan lima telah dirawat dengan ubat antiviral dan steroid sepanjang tempoh rawatan. Bagi pesakit yang berjaya sembuh, mereka mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan ‘strongyloides’,” ulas beliau lanjut. Zeehaida berkata, secara amnya rawatan bagi penyakit cacing adalah sangat mudah dan hanya memerlukan satu atau dua dos ubat cacing ‘albendazole’ atau ‘pyrental pamoate’ sahaja. “Namun, sekiranya ditemui cacing ‘Strongyloides’ dalam badan manusia, ia memerlukan ubat yang lebih spesifik seperti ‘Ivermectin’ yang diberikan selama dua (2) hari atau lebih,” katanya. Zeehaida turut menegaskan bahawa jangkitan cacing akan terus wujud dalam golongan pesakit tertentu seperti pesakit kencing manis, kanser dan pesakit yang menerima steroid. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
Kejuruteraan genetik secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai teknik memanipulasi bahan genetik organisma yang membawa kepada corak kepelbagaian proses kehidupan untuk pelbagai tujuan seperti perubatan, pertanian dan penghasilan produk ekonomi lain. Sesetengah ahli biologi menamakan teknologi ini sebagai `teknik DNA rekombinan’ kerana ia merujuk kepada entiti DNA khusus dalam bakteria seperti plasmid yang digunakan sebagai kenderaan pengklonan gen. Pensyarah Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin ketika menyampaikan syarahan umum berkata, tahun 1980-an menyaksikan revolusi besar-besaran industri bioteknologi berasaskan perubatan dan diagnostik yang secara tidak langsung menunjukkan bidang kejuruteraan genetik semakin popular dalam teknologi hayat. "Humulin, sejenis insulin manusia yang dihasilkan daripada gen sintetik yang dijuruterakan ke sistem bakteria merupakan produk pertama yang lulus FDA untuk kegunaan pesakit diabetes (kencing manis). "Pada masa yang sama, teknik DNA 'fingerprinting' mula diterima untuk pembuktian kes jenayah di mahkamah seluruh dunia. "Penemuan kaedah 'polymerase chain reaction' (PCR) untuk amplifikasi asid nukleik merupakan revolusi sains tersohor yang memberi kemudahan dan mempercepatkan banyak proses biologi," ujarnya dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor. Shaharum yang juga Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM berkata, haiwan transgenik pertama telah dihasilkan sekitar tahun 1981 dengan kaedah mikro- injeksi. "Apabila Roslin Institue and University of Edinburg mengumumkan kejayaan teknik 'Somatic Cell Nuclear Transfer' untuk menghasilkan klon Bebiri Dolly pada Syarahan Umum Pelantikan Profesor PROFESOR DR. SHAHARUM SHAMSUDDIN KEJURUTERAAN GENETIK DALAM PERSPEKTIF PERUBATAN: ANTARA ILUSI DAN REALITI KEPAKARAN 16 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA tahun 1996, seluruh dunia dikejutkan dengan pelbagai spekulasi negatif terhadap keupayaan kejuruteraan genetik untuk kebaikan sejagat. "Salah tafsiran serta pelbagai ilusi ini mengakibatkan banyak kerajaan seluruh dunia mewujudkan beberapa moratorium dan penilaian semula kesannya ke atas asas nilai etika, agama dan keamanan sedunia. "Hakikatnya, teknologi ini telah memberi banyak kebaikan terutamanya kepada dunia perubatan apabila produk terapeutik seperti'α- 1- anti trypsin' yang dihasil daripada susu bebiri transgenik dijuruterakan khusus
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 17 untuk merawat 'cystic fibrosis'," jelasnya lagi. Tambah Shaharum, kejayaan 'Human Genome Project' pada tahun 1990 hingga 2003 dan kepantasan perlumbaan pembangunan teknologi 'Next Generation Sequencing' (NGS) banyak membantu pakar perubatan mengenalpasti pelbagai gen yang terlibat dalam mengawal atur fungsi badan manusia serta memahami pengawalaturan gen yang terlibat dalam pelbagai penyakit. "Aplikasi kejuruteraan genetik dalam penghasilan vaksin Hepatitis B pada tahun 1986 memberikan nafas baru kepada industri penghasilan vaksin. "Penggabungan teknik kejuruteraan genetik dan teknologi nano membangunkan kaedah pengesanan penyakit berjangkit yang cepat dan tepat. "Pengesanan jangkitan penyakit menggunakan kit RTK-Ag misalnya mampu mengesan jangkitan dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja," katanya. Shaharum turut menjelaskan bahawailusi dan pandangan negatif terhadap kejuruteraan genetik bukan perkara baharu. "Ia telah wujud sejak awal tahun 1970-an lagi sehingga memaksa semua ahli Sains Biologi Molekul berkumpul di Kongres Antarabangsa berkaitan molekul DNA rekombinan di Pusat Persidangan Asilomar, California pada Februari 1975 bagi menyaksikan ahli Sains Biologi Molekul sebulat suara bersetuju bahawa eksperimen dan penyelidikan berkaitan kejuruteraan genetik harus diteruskan tetapi perlu mematuhi garis panduan daripada pihak berautoriti. "Isu paling terkini adalah teknologi pengeditan genom `CRISPR’ yang baharu diperkenalkan aplikasinya sekitar tahun 2014 yang membenarkan konsep perubatan berasaskan manipulasi gen. "Di Malaysia, Akta 678 atau dikenali sebagai Akta Bio-keselamatan telah digubal untuk memastikan tidak ada salah laku dan penyelewengan berkaitan isu keselamatan biologi dan sumber genetik," ulasnya lanjut. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
KEPAKARAN 18 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Syarahan Umum Pelantikan Profesor PROFESOR DR. WAN ROSLI WAN ISHAK@WAN AHMAD INOVASI SERAT DIETERI UNTUK KESIHATAN LESTARI Pengambilan serat dietari daripada sayur dan buah dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sangat rendah iaitu 16 gram sehari dan paras ini jauh di bawah saranan Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan pengambilan serat dietari sebanyak 20 hingga 25 gram atau 400 gram sayur atau buah sehari. Menurut Pensyarah Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak @ Wan Ahmad, kebanyakan produk makanan terproses di Malaysia mengandungi serat yang sangat rendah tetapi kandungan lemak dan gula ringkas yang tinggi. "Prevalens penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, kolorektal kanser, koronari jantung dan sebagainya mampu dikekang dan dicegah menerusi pengambilan serat dietari yang mencukupi daripada sayur dan buah. "Untuk itu, pemilihan jenis sayur dan buah yang memenuhi kriteria untuk dijadikan bahan atau ramuan dalam pemajuan produk makanan fungsian telah dijalankan. "Menyedari akan kebanyakan rakyat Malaysia tidak menggemari sayur, konsep ‘menyembunyikan’ serat dietari daripada bahan sampingan pertanian seperti jagung muda, cendawan, kundur dan pisang ranum dalam produk makanan berasaskan tepung seperti biskut, mufin, kek, kuih tradisional dan berasaskan daging (sosej dan kepingan burger) telah dirancang dan dimajukan," ujarnya ketika menyampaikan syarahan dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor. Wan Rosli yang juga Dekan PPSK berkata, makanan fungsian bermaksud makanan yang berpotensi memberikan kesan positif terhadap kebaikan kesihatan melangkaui pemakanan asas. "Sebagai contoh, biskut yang diformulasikan daripada serat jagung muda bukan sahaja mempunyai khasiat pemakanan seperti serat dietari, antioksida dan nutrien yang lain, malahan juga memberikan nilai indeks glisemik (GI) yang rendah. "Makanan berindeks glisemik yang rendah akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk meningkatkan paras gula dalam darah individu terutama mereka yang menghidap diabetes. "Selain itu, serat dietari buah dan sayur berfungsi memanjangkan rasa kenyang dan mengelak makan secara berlebihan," jelasnya lagi. Tambah Wan Rosli, kefungsian ini secara tidak langsung mampu membantu mengawal berat badan dan mengekalkan kesihatan. "Inovasi makanan fungsian melibatkan beberapa langkah penting bermula daripada proses penilaian, pemilihan jenis sayur dan buah, pemprosesan dan penyediaan serat, kajian nilai pemakanan, analisis komponen aktif, penilaian deria dan penyediaan prototaip untuk diuji.
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 19 "Selain itu, kajian penyimpanan juga perlu dilakukan untuk memastikan keterjaminan keselamatan makanan dan pengekalan nutrien dalam produk yang telah siap direka cipta. "Kriteria pemilihan sayur dan buah sebagai bahan yang sesuai untuk dijadikan ramuan berserat dalam makanan terproses adalah berdasarkan kepada aspek ketersediaan, kemudahdapatan, kemudahcapaian, kuantiti, kualiti dan harga," ulasnya lanjut. Beliau berkata, bahan sampingan daripada beberapa jenis buah-buahan dan sayur- sayuran telah dilaporkan kaya dengan sebatian fenolik yang dianggap mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan. “Secara ringkasnya, untuk merealisasikan peningkatan pengambilan serat dalam kalangan warga Malaysia, penglibatan semua pihak menerusi konsep keterlibatan lingkaran gandaan 5 (quintuple helix) yang melibatkan entiti akademia, agensi kerajaan, industri, masyarakat dan alam sekitar amat diperlukan untuk bersinergi dan berkolaborasi secara holistik dan dinamik. “Menyembunyikan serat dietari dalam makanan fungsian yang popular di Malaysia memerlukan usaha tanpa jemu secara berterusan bagi memangkin pemajuan lebih banyak makanan fungsian berserat tinggi untuk menjamin kesihatan yang lestari,” katanya. Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor merupakan satu medium bagi seseorang professor mengetengahkan ilmu serta penemuan untuk disebarluaskan kepada masyarakat umum. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Eksekutif, Ketua Kumpulan Perubatan USAINS, USAINS Tech Services Sdn. Bhd, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim; Timbalan Dekan (Libatsama Industri – Komuniti dan Pembangunan) Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) PPSP USM, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) PPSK USM, Profesor Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah; Timbalan Dekan (Siswazah, Kerjaya dan Antarabangsa) Pusat Pengajian Sains Kesihatan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor, Profesor Madya Dr. Rafeah Suppian dan Ketua-ketua Jabatan Kampus Kesihatan USM. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
Bersukan dan bersenam memang aktiviti yang sangat digalakkan bukan untuk golongan dewasa sahaja tetapi juga golongan kanak-kanak dan remaja. Namun, dewasa ini, amat sedikit kita melihat masyarakat sama ada dewasa apalagi kanak-kanak dan remaja yang membudayakan sukan dan senaman sebagai gaya hidup. Menurut Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim, pelbagai faktor penghalang dikenalpasti menjadi punca golongan kanak-kanak dan remaja tidak minat untuk bersukan. "Daripada kajian yang dibuat, tahap penglibatan sukan dan senaman dalam masyarakat di negara kita adalah rendah dan data tersebut turut menunjukkan trend menurun dalam kalangan kanak-kanak serta remaja khususnya di peringkat umur 13 dan 14 tahun. RUNGKAI FUNGSI PSIKOLOGI: BANTU TINGKATKAN MINAT DALAM SUKAN DAN SENAMAN KEPAKARAN 20 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Syarahan Umum Pelantikan Profesor PROFESOR DR. HAIRUL ANUAR HASHIM
"Antara faktor yang menghalang kanak-kanak dan remaja menjadikan sukan sebagai tabiat adalah kerana tidak berminat, tidak ada kawan, tiada masa, tiada duit, tidak mendapat sokongan ibu bapa dan sebagainya yang boleh membantut kesungguhan mereka untuk bersukan," katanya. Hairul yang juga Pensyarah Program Sains Senaman dan Sukan PPSK turut menegaskan bahawa aktif dalam sukan membantu seseorang kanak-kanak dan remaja lebih cerdas dan berjaya dalam bidang akademik. "Ramai dalam kalangan ibu bapa gusar sekiranya anak-anak mereka terlalu aktif bersukan kerana pada anggapan mereka, ia boleh menyebabkan anak mereka tercicir dalam pelajaran, sedangkan pemikiran sedemikian adalah tidak benar sama sekali. "Tabiat bersukan dan senaman yang tinggi dapat mengurangkan kesan tekanan malah mampu meningkatkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar kerana kebaikan bersukan merangkumi aspek menyeluruh dalam seseorang individu termasuk fizikal, sosial, psikologikal dan juga intelektual," jelasnya lagi. Tambah Hairul, tabiat terbentuk daripada satu perbuatan yang dilakukan berulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan termasuklah dalam melakukan aktiviti sukan dan senaman. "Selain itu, psikologi juga turut memainkan fungsi yang sangat penting bagi menggalakkan penglibatan individu dan masyarakat dalam aktiviti senaman dan sukan termasuk aspek prestasi sukan individu yang terlibat dalam sukan kompetitif. "Mereka yang menjadikan sukan dan senaman sebagai tabiat dan rutin dalam jadual harian mereka dapat mengelak gejala kemurungan, kebimbangan dan tekanan di samping mampu mengelakkan penyakit," ujar beliau semasa menyampaikan pembentangan dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang diadakan di Dewan Kuliah C, Kampus Kesihatan USM. Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor merupakan satu medium sesorang Profesor yang pakar dalam sesuatu bidang mengetengahkan ilmu serta penemuan untuk disebarluas kepada masyarakat umum. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid] Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 21
REALITI BUKAN SEKADAR HARAPAN KEPAKARAN 22 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Syarahan Umum Pelantikan Profesor PROFESOR DR. IRFAN MOHAMAD Kanser kepala dan leher sememangnya kurang popular berbanding kanser paru-paru, payudara, limfoma, leukemia mahupun kanser usus. Kanser kepala dan leher juga kurang diberi perhatian walaupun ia merupakan penyakit lazim dan antara kanser kelima tertinggi dihidapi penduduk di negara ini serta Asia Tenggara. Menurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala dan Leher, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Irfan Mohamad, kanser kepala dan leher biasanya melibatkan kawasan bibir, mulut, lelangit, hidung, farinks, larinks dan telinga serta kawasan kelenjar air liur utama parotid dan submandibular. “Kanser kepala dan leher merupakan satu ujian bukan sahaja kepada pesakit bahkan kepada ahli keluarga, komuniti dan termasuklah pasukan perawat. “Faktor risiko terbesar yang sememangnya boleh dicegah ialah amalan merokok dan pengambilan alkohol kerana interaksi kedua-duanya dapat memberikan kesan bersifat sinergistik,” jelasnya semasa menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Rawatan Kanser Kepala dan Leher: Melayarkan Harapan di Gelora Realiti’ dalam Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor di Kampus Kesihatan USM. Irfan yang juga Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas, PPSP USM berkata, bagi membantu pesakit yang menghidapinya, strategi rawatan telah diatur mengikut tahap dan kesesuaian individu. “Walaupun secara amnya, surgeri (pembedahan) merupakan kaedah utama rawatan bagi kanser kepala dan leher kecuali bagi kanser nasofarinks dan larinks yang masih boleh memanfaatkan radioterapi sebagai rawatan utama, namun pemilihan akhir kaedah yang paling sesuai amat bergantung kepada tahap kanser tersebut. “Selain itu, faktor kesihatan dan kesediaan pesakit itu sendiri amat penting dalam memberi komitmen terhadap proses rawatan yang mungkin perlu dilaluinya seumur hidup,” ujarnya lagi. Tambah Irfan, tanda-tanda kanser kepala dan leher ialah bengkak pada leher atau anggota yang terlibat, ulser melebihi dua (2) minggu, pendarahan hidung yang lambat berhenti kecuali ada penyebab seperti trauma, sukar bernafas akibat penyempitan saluran pernafasan, sukar atau sakit semasa menelan, mata kabur RAWATAN KANSER KEPALA DAN LEHER:
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 23 atau nampak berbayang, gigi mudah tanggal atau gusi yang membengkak, hidung tersumbat, telinga bernanah dan berdarah, perubahan pada suara, batuk berdarah, juling yang bukan semulajadi atau sejak lahir serta sakit kepala yang berterusan. “Jika terdapat tanda-tanda ini, pesakit perlu segera berjumpa dengan doktor atau Pakar Otorinolaringologi bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. “Pencegahan, pengesanan awal, komitmen kepada rawatan dan pemantauan berkala amat penting bagi memastikan kelestarian hidup pesakit yang diuji dengan penyakit kanser ini,” ulas beliau. Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor merupakan satu medium bagi seseorang profesor mengetengahkan ilmu serta penemuan untuk disebarluaskan kepada masyarakat umum. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Eksekutif, Ketua Kumpulan Perubatan USAINS, USAINS Tech Services Sdn. Bhd, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim; Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman, Timbalan – timbalan Dekan dan Ketua - ketua Jabatan Kampus Kesihatan USM. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
GANGGUAN SEKSUAL TANGANI SEGERA SEBELUM JADI BARAH KEPAKARAN 24 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Gangguan seksual ialah kelakuan yang tidak diingini dan menyinggung perasaan yang boleh menyebabkan mangsa berasa tidak selesa, takut atau terhina. Ia berkemungkinan tingkah laku yang kurang serius pada peringkat awal tetapi berkemungkinan merupakan langkah pertama untuk pemangsa mengambil tindakan selanjutnya yang lebih serius dan bersifat seksual ke atas mangsa sekiranya tindakan yang betul tidak diambil oleh mangsa Menurut Timbalan Pengarah Operasi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof, gangguan seksual boleh berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk tingkah laku lisan atau bukan lisan, visual mahupun fizikal berdasarkan jantina seseorang. “Gangguan fizikal contohnya dalam bentuk menyentuh, memegang atau memeluk mangsa, gangguan lisan pula termasuk komen atau jenaka, ajakan atau jemputan yang tidak sesuai, soalan yang sensitif atau tidak sesuai tentang kehidupan peribadi seseorang atau komen yang berbau seksual tentang penampilan fizikal seseorang. “Bagi gangguan seksual secara bentuk bukan lisan pula merujuk kepada tingkah laku yang menakutkan seperti merenung atau memandang dalam bentuk yang mengganggu, menunjukkan imej atau bahan yang tidak senonoh, memberikan sesuatu hadiah yang berbaur seksual, pendedahan fizikal yang tidak senonoh dan banyak lagi,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam sesi ‘Town Hall’ : Peranan Jawatankuasa Teras Gangguan Seksual (JTGS) dan Pejabat Perundangan Dalam Isu Gangguan Seksual di USM. Tambah Imran, akhir-akhir ini penggunaan teknologi multimedia seperti emel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau imej yang mempunyai elemen lucah, ugutan atau menyinggung perasaan juga semakin kerap berlaku kerana ianya amat mudah dilakukan dan sangat berkesan untuk mengganggu mangsa. “Walaupun gangguan seksual dan keganasan yang semakin meningkat ini dianggap sebagai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang serius, namun sebahagian besarnya tidak dilaporkan oleh mangsa kepada pihak pengurusan atau pihak keselamatan. “Mereka mungkin berasa malu untuk melaporkannya atau telah menganggap gangguan ini sebagai gurauan biasa dan sebahagian daripada risiko pekerjaan. “Ada juga staf yang beranggapkan tidak perlu melaporkan hal tersebut kerana tiada tindakan yang boleh diambil ke atas pemangsa oleh pihak berwajib selain perasaan takut untuk membuat laporan kerana mempunyai unsur-unsur ugutan atau terdapat isu keselamatan yang lain,” jelasnya lagi. Imran berkata, gangguan seksual dan keganasan terhadap kakitangan hospital terutamanya jururawat wanita boleh menjadi sangat rumit serta menjadi risiko pekerjaan dalam profesion perubatan dan kesihatan. “Memandangkan bidang kejururawatan mendedahkan mereka secara fizikal dan emosi kepada pesakit dan kakitangan yang lain, jururawat wanita terutamanya mempunyai kadar gangguan seksual yang paling tinggi dalam profesion ini. “Berdasarkan laporan, satu perempat kakitangan hospital di seluruh dunia melaporkan pendedahan kepada gangguan seksual semasa mereka bekerja dan berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan di luar negara menunjukkan bahawa prevalens gangguan seksual terhadap kakitangan hospital wanita ialah antara 10 hingga 85 peratus,” kata beliau lanjut. Imran berharap isu gangguan seksual dalam kalangan petugas hospital, staf dan pelajar USM tidak menjadi isu yang serius dan dapat dibendung di peringkat awal supaya ia tidak menjadi barah yang meninggalkan kesan buruk kepada semua pihak. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 25 COVID-19 C T S RAPID TEST Siti Suraiya berkata, prinsip ujian RTK Antigen ini adalah untuk mengenalpasti viral protein kepada virus COVID-19. "Sebelum melakukan ujian kendiri, kita hanya boleh minum air kosong sahaja dan tidak boleh merokok, makan atau sekadar mengunyah makanan kerana dikhuatiri ada protein-protein tertentu dalam makanan yang boleh mengganggu antigen yang akan diuji. "Sebaik-baiknya ikuti setiap arahan yang terdapat pada kotak kit ujian kerana kecuaian mengikuti arahan seperti tidak menepati masa ujian atau sampel yang tidak mencukupi boleh menjejaskan keputusan ujian dan setiap keputusan yang diperolehi perlu diambil kira dalam tempoh tertentu sahaja. "Jika keluar dua (2) garisan, ianya dikira positif walaupun salah satu hanya kelihatan samar-samar sahaja, keluar satu garisan, keputusan dikira negatif dan jika tiada sebarang garisan, keputusan adalah 'invalid' dan ujian perlu diulangi," jelasnya lagi. Tambah Siti Suraiya, pengendalian sisa klinikal yang telah digunakan juga perlu diberi perhatian kerana kit yang telah digunakan perlu dimasukkan ke dalam plastik yang dibekalkan tidak kira sama ada keputusan tersebut positif atau negatif kerana kedua-duanya boleh memberikan risiko kepada orang lain khususnya pekerja pembersihan. "Bersihkan tempat ujian dibuat contohnya meja atau apa sahaja peralatan lain yang digunakan semasa ujian kendiri dilakukan," katanya lagi. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid] TEKNIK YANG BETUL PENTING TEPAT UJIAN KENDIRI COVID-19 UNTUK KEPUTUSAN YANG "Kepentingan teknik yang betul semasa melakukan ujian kendiri COVID-19 amat penting bagi memastikan keputusan yang tepat", demikian kata Ketua Unit, Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital (UKJEH), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Menurut Siti Suraiya, terdapat 124 jenis kit ujian kendiri yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dijual di pasaran dan fungsinya berbeza antara setiap kit ujian. "Saya suka mengingatkan kepada semua khususnya mereka yang membeli kit ujian secara dalam talian (online) atau mana-mana premis jualan selain dari farmasi, mereka perlu pastikan dengan membeli kit yang diluluskan sahaja. "Apabila membuat pembelian, pastikan kit ujian yang dibeli menggunapakai sampel yang mana, sama ada sapuan nasofaring (nasopharyngeal swab), sapuan hidung (nasal swab), sapuan bukal (buccal swab) atau air liur (saliva) kerana langkah-langkah ujian bagi setiap kit adalah berbeza-beza," katanya ketika memyampaikan ceramah dalam program 'Town Hall' : Isu Semasa COVID-19 Hospital USM menerusi platform webex.
MENUJU ENDEMIK SOP KHUSUS URUS KES COVID-19 WARGA KAMPUS KESIHATAN USM Selepas hampir dua tahun mendepani penularan COVID-19, negara kita dijangka memasuki fasa endemik pada masa akan datang. Mengorak langkah dalam kesiapsiagaan mendepani situasi tersebut, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) telah membangunkan ‘Standard Operation Procedure’ (SOP) khas untuk diamalkan oleh warga Kampus Kesihatan dalam pengurusan kes positif dan kontak rapat COVID-19. Timbalan Penyelaras Bilik Gerakan COVID-19 Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Nor Azwany Yaacob berkata, kumpulan ‘COVID-19 Readiness and Response Secretariat’ telah menyediakan SOP Kampus Kesihatan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Pengurusan kes positif dan kontak rapat di Kampus Kesihatan ini digariskan kerana kepelbagaian skop kerja yang terdiri daripada petugas kesihatan, pensyarah serta pelajar klinikal yang akan berhadapan dengan perawatan pesakit terutamanya di Hospital USM dan warga kampus bukan klinikal yang lain. “SOP ini menekankan tanggungjawab setiap warga KEPAKARAN 26 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
untuk melakukan ujian kendiri sekiranya bergejala di samping meneruskan pematuhan SOP yang ketat semasa berada di hospital khususnya dan kampus amnya. “Definasi warga Kampus Kesihatan oleh Bilik Gerakan adalah merujuk kepada mereka yang berdaftar di Kampus Kesihatan termasuk pelajar serta mereka yang memberikan khidmat kepada Kampus Kesihatan seperti pekerja pencucian kontrak dan pekerja di kafeteria,” katanya semasa menyampaikan ceramah dalam program ‘Town Hall : Isu Semasa COVID-19 Hospital USM. Menurut Azwany, pengurusan kes positif dan kontak rapat warga kampus yang bergelaja atau mempunyai risiko melibatkan kes dalaman di Kampus Kesihatan diuruskan oleh Bilik Gerakan COVID-19 Kampus Kesihatan dan akan di notifikasi kepada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu. “Semua staf yang bergejala, kontak rapat atau didapati positif COVID-19 melalui ujian kendiri perlu mengemaskini borang deklarasi Risiko COVID-19 Warga Kampus Kesihatan dan memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing bagi tindakan selanjutnya oleh Bilik Gerakan. “Warga kampus yang didapati positif COVID-19 perlu mengemaskini status MySejahtera bagi mendapatkan arahan kuarantin ‘Home Surveillance Order’ secara digital dan Bilik Gerakan akan mengumpul data bagi membantu pihak pentadbiran memastikan perkhidmatan khususnya di Hospital USM tidak terjejas. “Kes sah positif juga akan dinotifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu bagi membantu pengurusan lanjut,” ujarnya lagi. Azwany berkata, bagi petugas kesihatan yang menjadi kontak rapat kes positif COVID-19, SOP ‘Health Care Workers’ yang digariskan oleh KKM akan diguna pakai di mana petugas kesihatan (HCW) yang menjadi kontak rapat tetapi tidak begejala boleh kembali bertugas dengan pemantauan harian gejala dan ulangan ujian kendiri yang akan dipantau oleh penyelia. “Mengikut garis panduan terbaharu yang dikeluarkan oleh KKM, bermula Mac 2022, individu berusia 18 tahun dan ke atas yang merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 namun sudah mendapat dos penggalak dan tidak bergejala, tidak perlu menjalani kuarantin. “Walau bagaimanapun, individu tersebut perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes indeks,” ulas Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 27 Azwany lanjut. Jelasnya, mereka juga perlu melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera di samping melaporkannya kepada Ketua Jabatan atau penyelia untuk dokumentasi survelan Bilik Gerakan Kampus Kesihatan. “Bagi kontak rapat bergejala pula, mereka perlu menjalani HSO berdasarkan status vaksinasi. Antara langkah keselamatan bagi warga bergejala yang menjadi kontak rapat adalah mengisi ‘Home Assessment Tool’ di aplikasi MySejahtera bagi memantau gejala dan ujian kendiri sebelum kembali bekerja. “Sekiranya ujian kendiri menunjukkan keputusan negatif tetapi gejala berterusan, Bilik Gerakan akan merujuk kontak rapat tersebut ke Klinik Saringan Infeksi (SRI) untuk penilaian klinikal dan ujian PCR,” katanya. Mengakhiri ceramah dalam program tersebut, Azwany menekankan pematuhan SOP kepada semua warga Kampus Kesihatan agar sama sama mengambil tanggungjawab dalam menangani pandemik ini dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal serta mengikuti perkembangan semasa COVID-19 melalui saluran maklumat yang sahih. [Teks: Mohamad Iqmal Mathlan]
28 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Teknologi Terkini Bantu Pulihkan Pesakit Lumpuh Rehabilitasi Robotik Rehabilitasi Hospital USM Robotik Setelah lebih setahun setengah menawarkan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik bermula September 2020, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima lebih 62 orang pesakit yang menjalani Program Rehabilitasi Aktif. Menurut Penyelaras Unit Perubatan Pemulihan, Dr. Al-Hafiz Ibrahim, Hospital USM merupakan hospital universiti pertama yang menawarkan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Cyberdyne di Malaysia kepada pesakit yang lumpuh untuk kembali pulih. “Rehabilitasi Robotik di Hospital USM dilengkapi dengan peralatan daripada Cyberdyne Inc. Japan dikenali sebagai Hybrid Assistive Limb (HAL) yang menawarkan tiga jenis rawatan iaitu 'Lower Limb' rawatan yang memfokuskan kepada pergerakan kaki, 'Lumbar' rawatan untuk kekuatan pinggang dan belakang serta 'Single Joint' bagi mengembalikan kemampuan menggerakkan anggota atas dan bawah pesakit. “Enam unit Robot Suit Hybrid Assistive Limb (HAL) Exoskeleton atau robot berteknologi baharu yang mengaplikasi signal bioelektrik neuro motor ini digunakan bagi meningkatkan kualiti perubatan untuk pesakit terlantar akibat strok dan seumpamanya khusus di Kelantan dan negeri-negeri pantai timur bagi mempercepatkan proses pemulihan,” katanya. Tambah Al-Hafiz, sebelum menjalani rawatan, penilaian ke atas pesakit akan dilakukan oleh pakar rehabilitasi bagi menentukan keseriusan kecederaan dan tahap rawatan yang bersesuaian. "Sepanjang tempoh rawatan, pesakit akan dipantau oleh pasukan Robo Rehab yang terdiri dari Pakar Perubatan Rehabilitasi, Pegawai Perubatan dan Jurupulih Perubatan (Anggota dan Carakerja) terlatih bagi memastikan mereka dapat menjalani rawatan mengikut jadual serta setiap sesi yang dijalankan akan direkodkan bagi melihat perkembangan rawatan yang dijalani. “Sepanjang menjalani rawatan juga, pesakit akan ditempatkan di Wad Korporat Hospital USM dengan Hospital universiti pertama yang menawarkan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Cyberdyne di Malaysia. persekitaran yang kondusif di samping pelbagai kemudahan antaranya katil yang selesa, tandas yang mesra pesakit, pendingin hawa dan penyediaan diet yang bersesuaian,” jelasnya lagi. Al-Hafiz berkata, perkhidmatan Rehabilitasi Robotik ini juga dipercayai mampu mengubah nasib pesakit yang menyertai program rawatan ke atas mereka. “Sebagai contoh, seorang pesakit bernama Abdul Rashid Udin, 58 tahun, dari Pak Badol, Melor yang dahulunya lumpuh dan berkerusi roda akibat kakinya tersadung sehingga beliau tersungkur ke lantai, kini kembali pulih dan mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat serta mampu memandu kenderaan sendiri. “Saya yakin Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik ini memberi sinar baharu kepada beliau dan keluarga untuk menjalani kehidupan normal seperti dahulu,” ujarnya. Al-Hafiz turut menjelaskan bahawa Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Hospital USM dikhususkan kepada pesakit yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). “ W a l a u b a g a i m a n a p u n , perkhidmatan ini juga terbuka kepada pesakit lain (bukan pencarum PERKESO) yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Rehabilitasi Robotik ini. “Ia merupakan usaha Hospital USM untuk membantu pesakit yang mengalami kecederaan atau kekurangan daya fizikal agar dapat kembali bekerja selain mampu berdikari dalam menjalani kehidupan harian,” ulasnya lanjut [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 29 Setelah lebih setahun setengah menawarkan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik bermula September 2020, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima lebih 62 orang pesakit yang menjalani Program Rehabilitasi Aktif. Menurut Penyelaras Unit Perubatan Pemulihan, Dr. Al-Hafiz Ibrahim, Hospital USM merupakan hospital universiti pertama yang menawarkan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Cyberdyne di Malaysia kepada pesakit yang lumpuh untuk kembali pulih. “Rehabilitasi Robotik di Hospital USM dilengkapi dengan peralatan daripada Cyberdyne Inc. Japan dikenali sebagai Hybrid Assistive Limb (HAL) yang menawarkan tiga jenis rawatan iaitu 'Lower Limb' rawatan yang memfokuskan kepada pergerakan kaki, 'Lumbar' rawatan untuk kekuatan pinggang dan belakang serta 'Single Joint' bagi mengembalikan kemampuan menggerakkan anggota atas dan bawah pesakit. “Enam unit Robot Suit Hybrid Assistive Limb (HAL) Exoskeleton atau robot berteknologi baharu yang mengaplikasi signal bioelektrik neuro motor ini digunakan bagi meningkatkan kualiti perubatan untuk pesakit terlantar akibat strok dan seumpamanya khusus di Kelantan dan negeri-negeri pantai timur bagi mempercepatkan proses pemulihan,” katanya. Tambah Al-Hafiz, sebelum menjalani rawatan, penilaian ke atas pesakit akan dilakukan oleh pakar rehabilitasi bagi menentukan keseriusan kecederaan dan tahap rawatan yang bersesuaian. "Sepanjang tempoh rawatan, pesakit akan dipantau oleh pasukan Robo Rehab yang terdiri dari Pakar Perubatan Rehabilitasi, Pegawai Perubatan dan Jurupulih Perubatan (Anggota dan Carakerja) terlatih bagi memastikan mereka dapat menjalani rawatan mengikut jadual serta setiap sesi yang dijalankan akan direkodkan bagi melihat perkembangan rawatan yang dijalani. “Sepanjang menjalani rawatan juga, pesakit akan ditempatkan di Wad Korporat Hospital USM dengan persekitaran yang kondusif di samping pelbagai kemudahan antaranya katil yang selesa, tandas yang mesra pesakit, pendingin hawa dan penyediaan diet yang bersesuaian,” jelasnya lagi. Al-Hafiz berkata, perkhidmatan Rehabilitasi Robotik ini juga dipercayai mampu mengubah nasib pesakit yang menyertai program rawatan ke atas mereka. “Sebagai contoh, seorang pesakit bernama Abdul Rashid Udin, 58 tahun, dari Pak Badol, Melor yang dahulunya lumpuh dan berkerusi roda akibat kakinya tersadung sehingga beliau tersungkur ke lantai, kini kembali pulih dan mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat serta mampu memandu kenderaan sendiri. “Saya yakin Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik ini memberi sinar baharu kepada beliau dan keluarga untuk menjalani kehidupan normal seperti dahulu,” ujarnya. Al-Hafiz turut menjelaskan bahawa Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Hospital USM dikhususkan kepada pesakit yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). “ W a l a u b a g a i m a n a p u n , perkhidmatan ini juga terbuka kepada pesakit lain (bukan pencarum PERKESO) yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Rehabilitasi Robotik ini. “Ia merupakan usaha Hospital USM untuk membantu pesakit yang mengalami kecederaan atau kekurangan daya fizikal agar dapat kembali bekerja selain mampu berdikari dalam menjalani kehidupan harian,” ulasnya lanjut [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel] Persekitaran yang kondusif Katil yang selesa Tandas yang mesra pesakit Pendingin hawa Penyediaan diet yang bersesuaian
PERKHIDMATAN 30 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Mesin ‘Magnetic Resonance Imaging’ (MRI) merupakan alat pemeriksaan penting dan amat berguna untuk mengesan pelbagai penyakit atau masalah seperti tumor, pendarahan, kecederaan, penyakit saluran darah atau jangkitan penyakit. Mesin ini menggunakan teknologi magnet dan radio untuk membuat pemeriksaan pada bahagian tertentu badan. MRI 1.5T PERCEPAT PROSES DIAGNOSIS PENYAKIT
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 31 MRI Seperti yang diketahui umum, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hanya mempunyai sebuah mesin MRI sebelum ini. Dengan pertambahan bilangan pesakit, masa menunggu giliran untuk melakukan ujian MRI biasanya memakan tempoh yang lama. Kehadiran mesin ‘MAGNETOM Amira Biometrix 1.5 Tesla’ memberi nafas baharu kepada Jabatan Radiologi untuk menawarkan perkhidmatan pemeriksaan MRI yang lebih baik ekoran mesin ini dilengkapi dengan teknologi ‘Artificial Intelligence’ (AI) yang berupaya menghasilkan imej berkualiti tinggi dan konsisten ke atas semua pesakit. Selain itu, sistem MRI terbaharu ini juga menawarkan lebih fleksibiliti kepada pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan saiz tubuh badan, dengan teknologi kemudahan kawalan pergerakan respiratori, adaptasi sistem terhadap bahagian tubuh tertentu bagi mengekalkan kehomogenan magnet yang tinggi. Dalam masa yang sama, mesin ini juga memendekkan masa pemeriksaan sekaligus memberi keselesaan yang maksima kepada para pesakit semasa pemeriksaan MRI dijalankan dan secara tidak langsung lebih banyak bilangan kes yang dapat dibuat setiap hari. Pemeriksaan MRI 1.5T ditawarkan melalui perkhidmatan eksekutif secara berbayar bagi mengurangkan masa menunggu giliran untuk melakukan imbasan MRI bagi pesakit berkemampuan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan tempoh menunggu giliran bagi pesakit lain yang menggunakan mesin MRI biasa. Perkhidmatan pemeriksaan MRI menggunakan mesin ‘MAGNETOM Amira Biometrix 1.5T’ yang pertama di Malaysia dan bernilai kira-kira 5.7 juta ini mula beroperasi di Hospital USM pada bulan Januari lalu. Hospital USM turut menyediakan Suite MRI yang selesa, kakitangan kompeten dan mesra serta fasiliti serba kondusif yang merupakan nilai tambah untuk pelanggan. Kepada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini, mereka boleh menghubungi Unit Pembangunan Korporat 09-7673096/ 4052 atau Jabatan Radiologi, Hospital USM di talian 09-7673471/ 3472. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel] 1.5T MAGNETOM Amira BioMatrix
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan agenda utamanya memperkasakan golongan orang kurang upaya (OKU) menerusi modul penanaman sayuran secara hidroponik melalui Geran di bawah tema Gerakan Pertanian Al Falah, Bertani Satu Ibadah. Sebagai tanda sokongan kepada usaha tersebut, kerajaan Negeri Kelantan menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail telah menyumbang geran sebanyak RM10,000. Beliau hadir ke PDK Kampus Kesihatan bagi melihat sendiri usaha yang telah dilaksanakan dan berpuashati dengan komitmen yang diberikan oleh semua pihak. Menurut Timbalan Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Edinur Hisham Atan, empat (4) daripada 45 orang pelatih OKU terpilih untuk mengikuti latihan tanaman hidroponik tersebut. "Setakat hari ini berdasarkan keluasan tanaman yang diusahakan, hampir RM400 hingga RM500 berjaya dijana daripada jualan tanaman sawi dan dari segi pasaran, PDK mendapat kerjasama dengan Pasaraya Billion untuk jualan terus. "Ini adalah satu prototaip atau sistem di mana pelatih yang telah tamat latihan dalam tempoh lima hingga enam bulan akan melaksanakan projek yang sama dalam skala lebih besar serta menjadi sumber pendapatan mereka untuk terus menjalani kehidupan," ujarnya. Tambahnya, usaha ini turut dibantu oleh bahagian Industri Asas Tani Negeri Kelantan yang turut menyumbang dana sebanyak RM5,000 kepada mereka yang ingin meneruskan kegiatan pertanian ini setelah tamat latihan nanti. [Teks: Mohd Hafiz Ya'acob] PDK LATIH GOLONGAN OKU BERSAMA KOMUNITI 32 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA USAHAKAN TANAMAN HIDROPONIK
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 37 Maklumat lanjut tentang sumbangan sila hubungi : Unit Kebajikan Perubatan, Hospital USM 09-7673185 019-9605431 * Setiap sumbangan layak memperoleh pengecualian cukai pendapatan tertakluk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jom Kita Bantu TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HOSPITAL USM 0301 8010 1792 29 Sumbangan juga boleh dibuat melalui http://epayment.usm.my/ BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Ruangan TERAPEUTIK Antara Kaedah Sokongan Rawatan Pesakit Kanak-kanak Hospital USM
Penyediaan ruang khusus dikenali sebagai ‘Ruang Terapeutik Kanak-kanak’ dipercayai dapat memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran kepada pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di semua wad Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Menurut Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman, ruangan itu disediakan hasil sumbangan Syarikat Grass2route Sdn. Bhd. dan Edotco Group Sdn. Bhd. berjumlah RM20,000. “Saya percaya ruangan ini dapat memberi keselesaan kepada pesakit kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di samping menambahbaik persekitaran wad di Hospital USM dengan mengekalkan konsep hijau dan mesra kanak-kanak. “Ruangan ini turut dilengkapi dengan peralatan permainan dan buku bacaan yang memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pesakit tempatan malahan pesakit dari luar Kelantan yang mendapatkan rawatan di sini,” ujarnya ketika ditemui di majlis perasmian ruangan tersebut, di Wad 6 Selatan Hospital USM. Nik Hisamuddin berkata, beliau sangat bersyukur kerana Hospital USM sentiasa menjadi pilihan dan menerima sumbangan dari pelbagai pihak dengan cara dan konsep yang berbeza-beza tetapi tujuannya hanya satu, iaitu demi kelangsungan perubatan dan perawatan pesakit khususnya golongan B40. “Saya berharap agar lebih ramai individu, syarikat korporat atau badan bukan kerajaan (NGO) sudi menghulurkan sumbangan bagi membantu kami menyediakan lebih banyak ruangan seperti ini bukan sahaja untuk kegunaan pesakit kanak-kanak malah untuk pesakit-pesakit dewasa juga. “Bagi pihak Hospital USM, saya juga akan berusaha untuk menyediakan ruang sebegini di setiap wad bagi memberi keselesaan kepada semua pesakit sekaligus membantu sesi pemulihan mereka untuk kembali sembuh seperti sediakala,’ jelasnya lagi. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Program 'Outreach' Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) antara yang menggembleng tenaga dalam usaha memberi kefahaman dan kesedaran kepada penduduk luar bandar mengenai penjagaan kesihatan dalam program KPT Prihatin Keluarga Malaysia Negeri Johor. Menurut Pegawai Perubatan, Unit Terapi Enterostomal, Jabatan Surgeri, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Muhammad Asyraf Othman, Hospital USM diberi tanggungjawab untuk menyantuni penduduk setempat khususnya penduduk luar bandar dengan memberikan perkhidmatan saringan kesihatan am seperti pemeriksaan glukos dalam darah, pemeriksaan tekanan darah dan pameran kesihatan berkaitan pencucian luka serta penjagaan luka. “Selaras dengan konsep program yang berbentuk ‘outreach’, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, kefahaman dan kesedaran dalam penjagaan luka serta menjaga kesihatan bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti penduduk Malaysia. “Selain itu, ia juga dilihat sebagai medium untuk merapatkan silaturrahim antara KPT dan agensi-agensi kerajaan yang lain apabila semua dapat berkumpul dalam memberikan khidmat yang terbaik melalui kepakaran masing-masing,” katanya yang mengetuai pasukan daripada Hospital USM dalam program ini. Asyraf berkata, bagi pihak Hospital USM, beliau sangat berbesar hati dapat memenuhi jemputan pihak KPT untuk menyertai program ini dan berharap agar diteruskan lagi di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. HOSPITAL USM JAYAKAN PROGRAM KPT PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA NEGERI JOHOR PASUKAN KRIS BERSAMA KOMUNITI 36 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA “Program yang berlangsung selama dua hari di Jeti Nelayan Lenga, Kampung Lenga, Bukit Kepung dan Pejabat Jawatankuasa Penyelaras Dun (JPKD) Bukit Naning ini dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ramai penduduk hadir untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. “Orang ramai juga diberi taklimat mengenai cara-cara penjagaan dan penyembuhan luka serta kefahaman mengenai kesan buruk apabila tidak merawat luka dengan cara yang betul,” jelas beliau lagi. [Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood]
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 37 Klinik Pertuturan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Program Patologi Pertuturan dan Klinik Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), menganjurkan Program Mega 'Speech and Language Screening' bertujuan menyaring serta menilai pesakit-pesakit baharu untuk Klinik Pertuturan. Selain itu, program tersebut juga bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu pesakit-pesakit di Klinik Pertuturan yang berdaftar sehingga satu tahun bagi temujanji pertama. Pengarah program Mega 'Speech and Language Screening', Izzat Ismail berkata, seramai 132 pesakit hadir untuk disaring dalam program yang berlangsung selama empat (4) hari bermula 6 Mac. “Kebanyakan pesakit yang datang adalah berumur lima (5) tahun ke bawah kerana ramai ibu bapa sedar akan perkembangan anak mereka tidak seperti kanak-kanak normal yang lain contohnya, kurang bercakap dan tidak fokus dalam mendengar. “Semua rujukan pesakit-pesakit yang hadir ini adalah dari Klinik Rawatan Keluarga (KRK), Klinik Pakar Perubatan (KPP), Klinik Kesihatan Daerah dan saringan kesihatan di sekolah yang telah kami lakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemubual. Menurut Izzat yang juga Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Hospital USM, selepas program ini, pesakit-pesakit akan diberi temujanji pertama dalam Program 'SPEECH AND LANGUAGE SCREENING' bantu percepat masa menunggu pesakit tempoh tiga bulan dan seterusnya dapat membantu perkembangan pesakit dengan lebih cepat sebelum memasuki alam pra-sekolah. “Program ini dibantu oleh 15 orang staf dan 25 orang pelajar pra-siswazah PPSK bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar. “Sepanjang program berlangsung, kami turut mengutamakan pematuhan kepada 'Standard Operating Procedure' (SOP) di mana hanya seorang peneman sahaja dibenarkan masuk bersama pesakit untuk saringan selama 30 hingga 40 minit,” katanya lagi. Tambah Izzat, program sebegini diharap dapat menghilangkan keresahan dan kerisauan ibu bapa di samping memperkenalkan Klinik Pertuturan dan Audiologi kepada masyarakat serta menjadi ‘role model’ organisasi luar. [Teks: Muhd Zulkifli Zakaria]
Setiap hospital pastinya mempunyai Jabatan Kecemasan dan Trauma masing-masing termasuk Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam keadaan pandemik COVID-19 seperti sekarang, Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital adalah antara lokasi penting dalam mendepani kemelut kesihatan pesakit. Situasi ini turut diakui oleh Pensyarah Kanan yang juga Pakar Jabatan Perubatan Kecemasan dan Trauma Hospital USM, Dr. Ariff Arithra Abdullah. Menurutnya, Jabatan Kecemasan boleh dikatakan sebagai lokaliti utama untuk memberi rawatan awal kepada pesakit yang memerlukan terutamanya bagi kes-kes kecemasan sebelum pesakit dibawa ke bahagian lain seperti wad, unit rawatan rapi (ICU) atau dewan bedah. “Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital USM pula berfungsi untuk memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit yang pada awalnya akan disaring di Kaunter Triage bagi menentukan kemasukan ke zon merah, kuning atau hijau mengikut tahap keterukan pesakit. “Zon merah adalah untuk kes-kes kritikal yang perlu dilihat dengan segera seperti kemalangan serius, serangan jantung, pesakit tidak sedarkan diri, pendarahan yang teruk, renjatan (shock) dan sebagainya. “Zon kuning pula adalah untuk kes-kes separa kritikal yang mana pesakit masih stabil tetapi memerlukan COVID-19: Bagaimana Jabatan Kecemasan Dan Trauma Berfungsi Pensyarah Kanan & Pakar DR. ARIFF ARITHRA ABDULLAH Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital USM rawatan kecemasan seperti radang paru-paru, sakit perut, keracunan makanan dan angin ahmar yang stabil manakala zon hijau adalah untuk kes-kes tidak kritikal seperti sakit kepala, benda asing masuk dalam hidung atau telinga, cirit-birit yang tidak serius serta kes-kes selesema dan batuk,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Sembang Sihat, Radio Kelantan FM. Ariff berkata, disebabkan negara masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital USM mengambil langkah mewujudkan dua (2) lagi zon iaitu zon ‘Influenza like Illness’ (ILI) dan ‘Severe Acute Respiratory Illness’ (SARI) untuk merawat kes jangkitan saluran pernafasan seperti selesema dan batuk. “Zon ILI diwujudkan untuk merawat kes jangkitan saluran pernafasan yang tidak kritikal dan SARI adalah untuk kes-kes separa kritikal dan kritikal. “Selain itu, Jabatan Kecemasan juga mempunyai wad pemerhatian untuk memantau pesakit yang menjalani rawatan atau menunggu keputusan ujian sebelum dibenarkan masuk wad ataupun dibenarkan pulang ke rumah,” jelasnya lagi. Pandemik SEMBANG SIHAT 38 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
Tambah Ariff, beban tugas di Jabatan Kecemasan yang semakin bertambah sejak wujudnya virus COVID-19 tidak sedikitpun melunturkan semangat paramedik dalam memberi perawatan terbaik kepada pesakit. Ketika ditanya mengenai risiko pesakit terdedah kepada jangkitan COVID-19 dari pesakit lain semasa menerima rawatan di Jabatan Kecemasan, Ariff menyatakan bahawa setiap orang yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk staf hospital dan pesakit. “Kawasan atau zon pesakit COVID-19 dengan pesakit-pesakit kecemasan lain sentiasa diasingkan mengikut zon selepas disaring di Kaunter Triage. Semua staf yang bertugas perlu sentiasa memakai ‘Personal Protection Equipment’ (PPE) dan menggunakan ‘hand sanitizer’ setiap kali sebelum dan selepas melakukan rawatan. “Semua petugas perubatan ditetapkan untuk bertugas mengikut zon masing-masing dan tidak boleh bergerak ke zon yang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan,” ulasnya lanjut. Menurut Ariff, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi demi memastikan tiada penularan jangkitan virus COVID-19 di Jabatan Kecemasan. “Orang ramai dinasihatkan agar tidak datang ke hospital sekiranya tiada urusan penting atau melawat serta meneman pesakit yang stabil dalam usaha membantu kerajaan melandaikan lekuk kes jangkitan harian. “Jujurlah dalam mengisi borang deklarasi COVID-19 kerana ianya penting bagi melindungi pesakit dan staf di Jabatan Kecemasan selain memastikan penularan wabak COVID-19 berjaya diputuskan,” katanya. [Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood & Nik Sheila Erini Che Mat Kamel] Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 39
SEMBANG SIHAT 38 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Emosi Kenal dan kawal Emosi adalah salah satu komponen kejadian manusia yang akan bertindak balas kepada keadaan sekeliling dan merupakan satu bentuk manifestasi kepada perasaan dalaman seseorang. Pensyarah, Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Mohd Zarawi Mat Noor berkata, seseorang akan menunjukkan emosi melalui luahan dalam perkataan, reaksi muka atau dalam bentuk fizikal bagi menunjukkan emosi sedih, cinta, kecewa, marah dan sebagainya. “Emosi mempunyai pengaruh besar terhadap tingkah laku dan cara berfikir seseorang mengikut keadaan semasa. “Terdapat banyak jenis emosi, namun ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu emosi positif dan emosi negatif untuk senang difahami,” katanya ketika ditemubual dalam segmen Sembang Sihat, Radio Kelantan FM. Tambah Zarawi, antara emosi positif ialah rela, lucu, rasa ingin tahu, kesukaan, rasa cinta dan banyak lagi manakala emosi negatif pula ialah tidak sabar, kebimbangan, marah, rasa cemas dan sebagainya. “Berdasarkan kajian sebuah syarikat di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 2/3 daripada 200 Ketua Pegawai Eksekutif berjaya adalah berkaitan pengurusan emosi yang betul. “Terdapat tiga fasa dalam mengurus emosi secara efektif iaitu K-Kenal, R-rawat dan N-nilai ,” katanya lagi.’ Tambah Zarawi lagi, bagi fasa pertama mengenal emosi, kita perlu tahu status emosi tersebut untuk memudahkan kita meletakkannya dalam kategori negatif atau positif. "Sekiranya negatif senanglah untuk meminimum kesan dan jika ianya positif kita perlu kekalkannya," jelasnya. Zarawi turut menasihatkan semua orang agar lebihkan bertenang supaya kita menjadi lapang dan mudah untuk mengawal emosi sekaligus mengawal emosi marah. [Teks: Muhd Zulkifli Zakaria] “Emosi mempunyai pengaruh besar terhadap tingkah laku dan cara berfikir seseorang mengikut keadaan semasa.” Pensyarah PROF. MADYA DR. MOHD ZARAWI MAT NOR Jabatan Pendidikan Perubatan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Elak Mudarat
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 41 Kolesterol adalah sejenis lemak (lipid) yang secara umum boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis iaitu asid lemak, gliserida, fosfolipid dan sterol. Kolesterol adalah lemak daripada jenis sterol Menurut Pensyarah Kanan, Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Wan Nudri Wan Daud, kolesterol juga memainkan peranan besar dalam pembentukan sel-sel tubuh yang sihat bagi membina membran sel atau tisu tubuh, membina vitamin D, membentuk hormon testosteron dan estrogen serta asid hempedu yang membantu proses pencernaan dan penyerapan lemak dalam tubuh. “Kolesterol dalam tubuh manusia terdiri daripada dua sumber iaitu sumber makanan (lebih kurang 20 hingga 30 peratus daripada jumlah kolesterol) dan melalui sumber yang dihasilkan sendiri dalam tubuh oleh organ hati (lebih kurang 70 hingga 80 peratus). “Badan tidak memerlukan kolesterol daripada sumber makanan kerana organ hati boleh menghasilkan kolesterol sendiri menggunakan bahan daripada lemak, protein dan karbohidrat. “Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang banyak boleh meningkatkan kolesterol dalam darah. Kolesterol yang tinggi akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutama penyakit jantung dan angin ahmar (strok),” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Sembang Sihat Radio Kelantan FM. Wan Nudri berkata, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) tahun 2019 mendapati masalah kolesterol darah tinggi (hiperkolesterolemia) dalam kalangan orang dewasa di Malaysia ialah seramai 38.1 peratus bersamaan dengan 38 orang bagi setiap 100 orang. “Masalah kolesterol darah tinggi menunjukkan trend peningkatan dan adalah penting untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat serta menghadkan pengambilan kolesterol dalam makanan harian “Kolesterol banyak terdapat dalam makanan berasaskan haiwan terutamanya daging berlemak, kulit ayam, organ dalaman dan makanan segera. Sekiranya ia berada pada paras tinggi dan tidak terkawal, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan,” ujarnya lagi. Tambah Wan Nudri, terdapat dua pengangkut kolesterol yang utama dalam tubuh manusia iaitu ‘Low Density Lipoprotein’ (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol jahat serta berperanan mengangkut kolesterol dari hati ke dalam salur darah dan sel manakala High-Density Lipoprotein’ (HDL) pula merupakan kolesterol baik yang mengangkut kolesterol dari salur darah dan sel ke organ hati serta disingkir keluar daripada badan. “Orang ramai dinasihatkan agar menghadkan makanan yang tinggi lemak tepu dan lemak trans dengan mengubah cara pemakanan dan diet untuk mencegah daripada menghidap kolesterol darah tinggi. “Tingkatkan pengambilan fiber/serat dan vitamin antioksidan dengan makan banyak sayur, buah-buahan dan juga kekacang untuk elak makan secara berlebihan kerana pengambilan lemak, protein, dan karbohidrat yang berlebihan, boleh ditukar kepada kolesterol,” jelasnya. Beliau berkata, selain daripada menjaga pemakanan terdapat beberapa tips lain untuk mengawal kolesterol dalam darah iaitu dengan menurunkan berat badan, mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman, berhenti daripada tabiat merokok, mengawal gula dan mengawal tekanan (stress). “Setiap individu dinasihatkan membuat ujian profail lipid atau ujian kolesterol darah secara berkala iaitu sekali setiap empat hingga enam bulan sekali. “Secara kesimpulannya, aras kolesterol darah boleh dicegah atau dikawal dan ianya penting sebelum pelbagai penyakit kronik muncul atau menjadi parah,” katanya. [Teks: Wan Salizawati Wan Ismail] Awasi KOLESTEROL Dalam Makanan Pensyarah Kanan PROF. MADYA DR. WAN NUDRI WAN DAUD Program Pemakanan & Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM
Tahap kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Dianggarkan 15 peratus daripada rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat. Menurut Pensyarah Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian yang juga Pakar Patologi Kimia, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nur Karyatee Kassim, buah pinggang manusia hanya bersaiz 10 hingga 12 sentimeter dan berbentuk seperti kacang. “Fungsinya amat besar iaitu menapis bahan kumuh dalam badan, mengekalkan komposisi normal cecair dalam badan, mengawal pengeluaran air dalam badan, mengawal bahan mineral dalam badan seperti natrium, potassium, kalsium, fosforus, dan menukarkan vitamin D dalam bentuk aktif untuk memastikan pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat dan seterusnya mengawal elektrolit iaitu garam galian yang diperlukan untuk fungsi badan manusia. "Sekiranya ketidakfungsian buah pinggang ini berlaku, ia akan memberi kesan kepada perubahan pada keseimbangan bahan kimia d a l a m badan," katanya ketika ditemubual dalam segmen Sembang Sihat, Kelantan FM. Beliau berkata, bagi pesakit buah pinggang kronik fungsi buah pinggang akan berkurangan secara beransur-ansur tanpa dapat dipulihkan kembali dan juga dianggap pembunuh dalam diam. “Tahap kesihatan buah pinggang juga boleh diukur melalui kadar penapisan ‘Glomerular Filtration rate “ (EGFR) "Tahap satu adalah tahap yang paling selamat atau sihat manakala tahap lima adalah tahap yang paling kronik bagi kesihatan buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis dan pemindahan organ buah pinggang," jelasnya lagi. Tambah Dr Nur Karyatee, golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik ialah mereka yang mempunyai penyakit diabetis, tekanan darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi. “Selain itu mereka yang berumur lebih 60 tahun, perokok tegar, mereka yang mempunyai masalah batu karang, gout dan berat badan yang berlebihan juga turut berisiko untuk mendapat penyakit ini. “Bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi daripada doktor bagi tujuan untuk menjadi kurus dan cantik perlu berhati-hati kerana ubat-ubatan sebegini sebenarnya berbahaya dan memberi kesan buruk kepada buah pinggang. Pensyarah Perubatan DR. NUR KARYATEE KASSIM Pusat Pengajian Sains Pergigian & Pakar Patologi Kimia Hospital USM 2 BUAH PINGGANG KRONIK: SEMBANG SIHAT 42 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Cegah Sebelum Parah
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 43 “Pesakit buah pinggang kronik biasanya tidak menunjukkan simptom atau tanda tanda menghidap penyakit buah pinggang kronik sehinggalah sekitar 50 hingga 70 peratus fungsi kesihatan tisu buah pinggang telah merosot rosak," ulasnya lanjut. Dr Nur Karyatee berkata, tanda -tanda penghidap penyakit buah pinggang kronik ialah pesakit akan merasa keletihan, mual, kekejangan otot pada waktu malam, bengkak kaki dan bengkak di sekeliling mata, kerap membuang air kecil pada waktu malam dan juga selain kencing berbuih. "Ujian darah biasanya akan dilakukan untuk mengukur tahap fungsi buah pinggang seseorang seperti tahap kreatinin dan urea dalam badan. Sekiranya buah pinggang didapati rosak, semua bahan buangan akan berkumpul dalam badan kerana buah pinggang yang rosak tidak mampu menapis keluar bahan tersebut. “Selain itu, terdapat juga ujian elektrolit bagi mengukur tahap mineral dalam badan pesakit . Pesakit buah pinggang kronik pada kebiasaanya akan mengalami ketidakseimbangan bahan mineral dalam badan seperti potasium, sodium serta kalsium dan ubat-ubatan diperlukan bagi menstabilkan semula elektrolit ini. “Pesakit juga perlu melakukan ujian darah hemoglobin atau sel darah merah kerana pesakit buah pinggang kronik biasanya akan mengalami anemia iaitu sel darah merah rendah kerana fungsi buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon erythropoietin yang mana hormon ini penting untuk penghasilan sel darah merah," ujar beliau. Dr Nur Karyatee turut berpesan kepada masyarakat agar tidak takut menjalani ujian darah bagi mengelak buah pinggang rosak lebih teruk. [Teks: Mohd Hafiz Ya’acob)
Mati putik atau nama saintifiknya disfungsi seksual wanita mungkin tidak menjadi masalah besar bagi sebahagian wanita, namun ada sebilangan pihak yang merana dalam diam kerana malu untuk mendapatkan bantuan sedangkan ia boleh dirawat. Menurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Rosediani Muhamad, di Malaysia, tiga (3) daripada 10 wanita pernah atau sedang mengalami masalah mati putik. “Wanita yang mengalami disfungsi seksual biasanya merasakan seks tidak lagi menjadi keutamaan (hilang nikmat perkahwinan) di dalam kehidupan sedangkan menjaga kesihatan seksual merupakan suatu ibadah dan kunci dalam membentuk perhubungan mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga. “Perasaan malu dan tabu terus menghantui dan membatasi mereka sehingga masalah yang dibiarkan itu menjadi parah apabila suami juga tidak mempunyai ilmu untuk membantu,” ujarnya semasa menjadi tetamu rancangan Sembang Sihat Radio Kelantan FM. Pensyarah Perubatan PROF. MADYA DR. ROSEDIANI MUHAMAD Jabatan Perubatan Keluarga Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM "Mati Putik" Kenali Seksualiti Elak Disfungsi SEMBANG SIHAT 44 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
Tambah Rosediani, kebanyakan wanita Malaysia yang menghadapi masalah mati putik cuba mencari jalan penyelesaian dengan memilih produk berbentuk jus atau minuman bagi meningkatkan keintiman untuk melakukan hubungan seks. “Selain itu, ada juga yang memilih kaedah berurut atau bertemu bidan bagi menyelesaikan masalah mereka. Namun, keberkesanan yang diperoleh tetap mengecewakan. “Faktor penyebab kepada masalah mati putik ini sebenarnya melibatkan masalah toleransi pasangan yang akhirnya mengganggu emosi serta perhubungan mereka dan hanya sebahagian kecil sahaja disebabkan masalah fizikal. Sebenarnya, kesihatan mental memainkan peranan utama dalam permasalahan ini," jelasnya lagi. Rosediani berkata, lebih menyedihkan lagi sekiranya isteri terus dipersalahkan dalam hal ini dan penyelesaian yang diambil ialah meleraikannya dengan jalan perceraian. “Masalah seksual dalam kalangan wanita juga antara penyebab yang menjadi penyumbang kepada tingginya kes perceraian di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Selangor. “Terdapat tiga punca utama masalah ini berlaku iaitu masalah dalam diri sendiri seperti kesibukan dengan kerja, stres berpanjangan, proses kehidupan yang meletihkan seperti proses mengandung, melahirkan, menyusukan, membesarkan anak, mengambil pil perancang, mempunyai penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya. “Faktor persekitaran dan didikan keluarga juga antara punca masalah mati putik berlaku. Kefahaman tentang seksualiti yang cetek serta kurangnya komunikasi, toleransi, kefahaman tentang seks atau hubungan intim juga menyebabkan hubungan suami isteri semakin renggang,” ulasnya lanjut. Rosediani turut menjelaskan bahawa suami perlu memainkan peranan penting dalam mengemudi rumah tangga dan menjaga perhubungan dengan pasangan. “Sikap suami yang berang, tidak pandai menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, berat tulang, tidak pandai berkomunikasi, memujuk isteri untuk merasai kenikmatan melakukan hubungan seks juga antara punca masalah ini berlaku. “Masalah mati putik juga mampu dirawat dan dicegah dari awal sebelum ianya memudaratkan diri dan pasangan masing-masing,” katanya. Beliau berkata, untuk mencegah masalah ini, setiap pasangan perlu memperbetulkan niat mereka terhadap hubungan seks dengan menganggap ia sebagai ibadah, meningkatkan komunikasi dan toleransi, mengubah cara hidup yang lebih mesra keluarga dan menzahirkan kasih sayang antara suami isteri. “Bagi mereka yang mengalami masalah ini, jangan segan atau malu untuk mendapatkan rawatan atau nasihat daripada doktor di mana-mana Klinik Kesihatan, Klinik Kesejahteraan Wanita dan Klinik Rawatan Keluarga. “Kongsi masalah anda kerana anda juga layak untuk dapatkan hidup yang lebih bermakna serta keluarga yang bahagia,” ujarnya lagi. [Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood & Nik Sheila Erini Che Mat Kamel] Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 45
HIV atau 'Human Immunodeficiency' adalah virus yang menyerang sistem ketahanan badan manusia dan merupakan satu penyakit yang berjangkit melalui darah atau cecair dalam badan daripada manusia kepada manusia. Menurut Ketua Jururawat Kaunseling HIV/ AIDS, Unit Kejururawatan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Nik Mohd Irwan Nik Pa, sehingga kini, belum ditemui lagi ubat yang mampu menyahkan virus HIV daripada badan manusia. “HIV boleh dijangkiti melalui cecair dalam badan seperti darah, cecair rektal, susu ibu serta jangkitan melalui hubungan seks rambang atau seks songsang dan perkongsian jarum suntikan yang terkena jangkitan. "90 peratus jangkitan HIV adalah daripada golongan lelaki dan 57 peratus adalah disebabkan hubungan seks lelaki dengan lelaki (homoseksual/MSM) terutama dalam kalangan belia yang berumur 20 hingga 39 tahun. “Antara golongan yang berisiko tinggi menghidap jangkitan HIV ialah penagih dadah yang berkongsi jarum dan alat suntikan, lelaki yang mengadakan hubungan seks sejenis, transgender (LGBT) dan pekerja seks,” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Sembang Sihat bersama Kelantan FM. Tambah Nik Mohd Irwan, homoseksual ialah orientasi nafsu dalam hubungan tarikan personel, emosional, romantik, perasaan cinta dan sayang serta seks sejenis atau sesama gender. ‘’Hubungan seks sejenis dilakukan sesama lelaki yang terbahagi kepada insertif dan reseptif, yang mana cara reseptif berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kerana lapisan dinding anus yang nipis memudahkan jangkitan virus HIV. “Antara faktor yang menyebabkan homoseksual ialah kecelaruan orentasi seksual semasa remaja yang dikurniakan bentuk tubuh yang tidak selari dengan naluri iaitu mempunyai naluri wanita yang berada di dalam badan lelaki dan trauma semasa kanak-kanak serta pernah mengalami gangguan seksual semasa kanak-kanak hingga menyebabkan ketagihan," ujarnya lagi. Nik Mohd Irwan berkata, konflik dalam keluarga dan mendapat keseronokan di luar rumah melalui perhubungan dengan rakan sejenis yang dianggap boleh menggantikan ibu bapa serta kekurangan komunikasi dengan ibu bapa juga boleh menyumbang kepada masalah homoseksual dan pendedahan kepada video porno serta rasa ingin mencuba sebelum perkahwinan. “Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan memantau tingkah laku serta pergerakan anak-anak mereka selain memberi perhatian sepenuhnya agar anak-anak tidak merasa kurang kasih sayang sehingga mereka terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. “Pesakit HIV boleh dirawat dan boleh kembali menjalani hidup yang normal seperti orang lain melalui rawatan antiretroviral (ARV) yang konsisten dan kepatuhan terhadap rawatan yang dijadualkan. "Selain itu, jumlah virus yang berada dalam badan pesakit juga akan berkurangan sehingga aras virus tidak boleh dikesan lagi," ulas beliau lanjut. Nik Mohd Irwan turut menjelaskan ‘World Health Organisation’ (WHO) telah menetapkan bahawa virus yang tidak boleh dikesan serta tidak boleh dipindahkan kepada orang lain dianggap memberi lembaran baharu kepada pesakit berkenaan kerana telah bebas daripada penyakit HIV dan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa iaitu berkahwin dan mendapat zuriat. “Pesakit boleh mendapat rawatan ARV di mana-mana klinik - klinik atau hospital kerajaan secara percuma bermula dengan melakukan ujian saringan, rawatan susulan serta mendapatkan khidmat kaunselor yang dilantik untuk membantu pesakit-pesakit HIV,” katanya. Nik Mohd Irwan turut menasihati semua pesakit supaya membuat rawatan awal bagi mengelak jangkitan merebak kepada pasangan atau orang lain selain mendapat komplikasi yang lebih teruk lagi. [Teks: Anawiah Abdul Aziz] Ketua Jururawat Kaunseling HIV/AIDS NIK MOHD IRWAN NIK PA Unit Kejururawatan Hospital USM HIV : CINTA SESAMA GENDER SEMBANG SIHAT 46 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
Pengarah PROF. MADYA DR. AZIAH ISMAIL Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), USM Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 47 Demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria 'Salmonella Typhi' yang terdapat dalam darah, najis, urin dan najis pembawa. Penyakit ini masih kekal sebagai satu masalah kesihatan awam yang serius dan menjadi beban kepada negara yang berpendapatan rendah serta sederhana. Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail berkata, seseorang yang dijangkiti demam kepialu mempunyai simptom seperti demam, keletihan serta sakit kepala manakala pembawa kepialu adalah individu yang sihat dan tiada apa-apa gejala tetapi bakteria ini ada di dalam pundi hempedu mereka. “Penularan bakteria berlaku melalui makanan dan minuman yang dicemari oleh najis manusia atau makanan yang disediakan oleh pembawa. "Selain itu, makanan yang dihinggapi lalat dan bekalan air tidak bersih juga menjadi faktor berlakunya jangkitan penyakit ini. “Tanpa rawatan segera, 10 peratus daripada pesakit akan mengalami komplikasi yang serius pada sistem pencernaan seperti usus bocor malah pesakit juga boleh mengalami sakit pada bahagian abdomen serta najis berdarah dan yang paling serius boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal,” katanya ketika ditemuramah di radio Kelantan FM. Tambah Aziah, untuk mengesan pembawa penyakit ini, ujian makmal pada pengendali makanan yang mempunyai kaitan dengan sesuatu kes akan dilakukan bagi mencari punca jangkitan, maka proses pengkulturan najis di atas plat agar akan dilakukan di makmal bagi mengesan pertumbuhan bakteria 'Salmonella Typhi'. "Selain itu, kaedah molekular dengan mengesan bahan genetik bakteria juga dilakukan di samping saringan melalui ujian pengesanan antibody IgA dan IgG. “Kaedah rawatan yang digunakan pula, pesakit akan diberikan antibiotik 'Ciprofloxacin' selama empat minggu atau 'Amoxycillin' selama tiga (3) bulan," katanya. Aziah berkata, selepas tamat rawatan, spesimen najis akan diambil setiap bulan selama tiga (3) bulan pertama dan diikuti pada bulan ke enam (6) dan 12 malah semasa pemantauan ini, pembawa kepialu akan dipantau serta tidak dibenarkan mengendalikan makanan kepada orang ramai. “Sebagai langkah pencegahan demam kepialu, beberapa golongan perlu mengambil vaksin kepialu seperti pengendali makanan, anggota kesihatan, pekerja sanitasi kumbahan dan kontak rapat dengan pembawa bakteria,” jelasnya lagi. Aziah turut menasihatkan pengendali makanan agar divaksin terlebih dahulu sebelum menyediakan makanan kepada orang ramai. CEGAH DEMAM KEPIALU ELAK KESAN LEBIH BURUK "Pengunjung juga dinasihatkan memilih gerai yang mengutamakan kebersihan sebelum makan dan jika mengalami sakit perut yang berlarutan serta demam yang berpanjangan, dapatkan rawatan segera di klinik bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. [Teks: Muhd Zulkifli Zakaria]
Saban hari, kelibat individu menunggang motorsikal RXZ bersama mesin rumput menjadi halwa mata setiap orang yang berselisih dengan beliau. Tanpa menghiraukan sesiapa, RXZ terus meluncur menuju ke lokasi di mana tugas sedang menunggu si penunggang. Mohd Razali Che Elias, 59 tahun, Pekerja Awam, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), merupakan salah seorang yang bertanggungjawab memastikan persekitaran Kampus Kesihatan sentiasa bersih dan terjaga. Berbekalkan mesin rumput yang menjadi rakan kendongan setianya dengan sebuah motorsikal RXZ kesayangan, beliau bergerak seawal jam 8.30 pagi ke lokasi bagi memastikan kerja memotong rumput di kawasan sekitar kampus dapat disiapkan sebelum matahari tegak di atas kepala. Walaupun hampir melabuhkan tirai perkhidmatan di USM, namun beliau merasa seakan baru semalam melaporkan diri. "Saya lapor diri di USM pada 15 Januari 1985 dan pada masa itu hanya ada beberapa bangunan sahaja iaitu hospital, asrama pelajar dan perpustakaan, berbanding sekarang kawasan ini dipenuhi dengan bangunan - bangunan pelbagai jabatan serta klinik. Sepanjang tempoh itu, saya dapat melihat perkembangan Kampus Kesihatan. “Pembangunan di luar kampus juga sangat cepat berbanding awal-awal dulu yang mana tidak banyak kemudahan seperti sekarang. Sebagai warga kampus, saya turut berbangga kerana Kampus Kesihatan menjadi sebahagian daripada pelopor pembangunan di kawasan Kubang Kerian,” katanya. Berbual dengan figura tinggi lampai ini, ternyata beliau seorang yang mudah didekati dan sentiasa optimis dalam menjalani hidup serta kerjayanya. fifffflffiflffiffifi fifffflffiflffffiff KISAH INSPIRASI 48 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA