“Walaupun saya hanya pekerja awam, tetapi hubungan saya dengan rakan-rakan sekerja sangat rapat dan perbezaan pangkat tidak menjadi jurang antara kami,” ujar beliau semasa ditemubual. Bapa kepada empat (4) orang cahayamata ini bakal menamatkan perkhidmatannya pada Januari 2023. Hampir 38 tahun berulang - alik dari Pasir Puteh untuk mencurah bakti di Kampus Kesihatan, beliau nyata sangat menghormati tugas yang dipikul. Tugas memotong rumput disiapkan seawal mungkin dan pada sebelah petangnya pula, beliau akan ke nurseri membersih serta merawat pokok-pokok hiasan yang ditanam untuk kegunaan majlis dan pelbagai program yang diadakan di dalam kampus. 'Otai' dalam kalangan rakan-rakan setugas, Razali juga seorang yang aktif dalam sukan badminton dan sentiasa menyertai kejohanan mewakili kampus. “Sebagai seorang yang dibayar gaji, kita sepatutnya laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. “Kena fikir, di luar sana ramai yang mengharapkan kerja tetap seperti mana kita, jadi kenapa kita yang telah dapat kerja, mensia-siakan peluang yang diberi,” jelasnya lagi lagak seorang ayah menasihati anaknya. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid] Jujur saya katakan, saya seronok dengan kerja saya, tanpa tekanan dari mana-mana pihak sama ada Penyelia, Ketua Jabatan mahupun pihak Pengurusan Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 49
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dan isteri Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson berkenan berangkat melawat Unit Rawatan Kebakaran (URK), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam lawatan tersebut, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan dan isteri diberi taklimat mengenai perkhidmatan rawatan kebakaran di Hospital USM, aktiviti-aktiviti serta pencapaian dalam bidang akademik, penyelidikan serta program-program khidmat komuniti. Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan dan isteri turut berkenan menyantuni dan mengurniakan cenderahati kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di URK. Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Timbalan - timbalan Pengarah Hospital USM dan Pakar - pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif. TENGKU MAHKOTA KELANTAN Dan Isteri Lawat Unit Rawatan Kebakaran Hospital USM KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 51
Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) akan memperkukuh kerjasama dengan Universitas Muhammadiyah Tasikmalaya (UMTAS) menerusi libatsama beberapa aktiviti akademik seperti penyelidikan, pengajaran, persidangan, seminar dan pertukaran pelajar antara kedua-kedua universiti. Bagi membolehkan usaha itu dilaksanakan, memorandum perjanjian (MoA) antara USM dan UMTAS dimeterai. Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, USM amat mengalu-alukan kerjasama antara dua negara ini. “Umum mengetahui bahawa PPSK mempunyai ramai tenaga pakar pelbagai bidang dalam sektor kesihatan dan mampu menyumbang serta berkongsi ilmu bagi menjayakan segala aktiviti yang dirancang melalui perjanjian ini. “PPSK yang ditubuhkan pada 1 November 1999 komited untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan penyelidikan terbilang, di samping menyumbang kepada pembangunan negara perindustrian dan bertamadun,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis yang diadakan secara maya itu. Tambah Faisal Rafiq, bagi memenuhi aspirasi, PPSK menawarkan 10 program sarjana muda dan satu (1) program diploma serta ijazah pasca siswazah dalam pelbagai bidang Sains Kesihatan berasaskan kesejahteraan antara pelbagai disiplin dan komprehensif untuk pembangunan pendidikan, saintifik dan modal insan. “Menjadi tanggungjawab USM sebagai salah sebuah universiti penyelidikan untuk membantu universiti lain yang memerlukan kepakaran kami. Saya percaya perjanjian antara USM dan UMTAS ini adalah permulaan kepada kerjasama yang lebih erat di masa hadapan. “Terima kasih kepada UMTAS kerana memberi kepercayaan kepada USM dengan memulakan MoA ini dan tahniah juga kepada ahli akademik PPSK yang terlibat dalam kerjasama ini diketuai oleh Profesor Madya Dr. Rosminah Mohamed. “Saya yakin bahawa pasukan PPSK akan menyumbang kepakaran mereka sepenuhnya serta menghasilkan kejayaan yang lebih besar dalam perspektif Sains Kesihatan,” jelasnya lagi. Faisal Rafiq menandatangani MoA itu bagi pihak USM sementara Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak sebagai saksi manakala UMTAS pula diwakili oleh Rektor, Dr. Ahmad Qonit AD, MA dan Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Sri Mulyanti M. Kep sebagai saksi. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel] SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 52 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA USM, UMTAS METERAI MOA UNTUK PERKUKUH AKTIVITI AKADEMIK
METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN TINGKATKAN USAHASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 53 Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk meningkatkan usahasama serta perkongsian kepakaran dalam bidang akademik dan penyelidikan. Majlis penandatanganan MoU itu disempurnakan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dengan Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Profesor Dr. Normastura Abd Rahman sebagai saksi manakala UTM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Dekan Fakulti Sains, Profesor Madya ChM. Dr. Zaiton Abdul Majid sebagai saksi. Ahmad Fauzi dalam ucapannya berkata, UTM melalui perancangan strategik sentiasa berusaha memperkasa dan perkukuhkan pelbagai bidang meliputi pembangunan akademik dan penyelidikan melalui jaringan kerjasama antara UTM dan USM selari dengan visi dan misi UTM sendiri. “Permeteraian MoU ini adalah bertepatan dengan aspirasi UTM untuk meningkatkan produktiviti serta mengekalkan jaringan kerjasama di peringkat nasional mahupun antarabangsa. “Selain itu, MoU ini mampu memperkukuhkan kerjasama dua universiti melalui perkongsian kepakaran dan pembangunan bidang sains pergigian, teknikal yang berkait sains kesihatan serta bio-makmal bagi keperluan sejagat,” katanya. Menurut Ahmad Fauzi, cara terbaik untuk meneruskan kesinambungan hubungan antara universiti adalah melalui MoU seterusnya usaha mengekalkan status universiti penyelidikan yang diberikan kepada kedua-dua universiti. Sementara itu, Faisal Rafiq berkata, beliau amat berbesar hati dengan kerjasama yang dimeterai dan yakin ia akan membuka peluang yang lebih luas terutama untuk para penyelidik daripada Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) meneroka bidang penyelidikan dengan sebaiknya seiring menghadapi cabaran industri 4.0. “Aspirasi kepada pemeteraian MoU ini antara lain bertujuan untuk mewujudkan kolaborasi pintar dan dinamik di antara universiti dan industri dengan perkongsian kepakaran dalam membangunkan bidang nanoteknologi dan pemerkasaan keupayaan teknikal yang berkaitan dengan ‘nano-painting’ dan ‘coating’ untuk manfaat keperluan sejagat melalui pembangunan makmal satelit. “Kerjasama ini secara signifikannya dapat meningkatkan kepakaran staf sekaligus memberi impak kepada pembangunan akademik para pelajar selain berperanan dalam memperluas rangkaian kerjasama strategik di antara universiti-universiti awam dengan rakan-rakan global. “Saya berharap agar MoU ini mencapai sasaran yang dirancang dan saya ucapkan selamat maju jaya dan syabas untuk semua,” katanya. Turut hadir dalam majlis penandatangan secara maya itu ialah Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin serta pegawai-pegawai utama USM dan UTM. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
Prihatin terhadap kebajikan pelajar yang berdepan dengan pelbagai kesulitan seperti bencana alam atau kemalangan sentiasa menjadi agenda utama Universiti Sains Malaysia (USM). Menerusi Misi Bantuan Kebajikan Pelajar dan Misi Bantuan Banjir USM Ke Pantai Timur, agihan barangan keperluan harian dan komputer riba telah disampaikan kepada pelajar daripada golongan B40 dan pelajar yang terjejas banjir pada Februari lalu. Menurut Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), USM, Profesor Dr. Azlinda Azman, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) turun padang menyampai bantuan khas banjir kepada para pelajar USM yang terkesan banjir agar mereka tidak merasa bersendirian ketika diduga SANTUNI PELAJAR TERKESAN BANJIR DAN B40 TNC HEPA bencana alam tersebut. "Selain itu, BHEPA turut menyampaikan sumbangan komputer riba kepada pelajar daripada golongan B40 bagi memastikan proses pembelajaran mereka tidak terjejas. “Diharap sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban para pelajar dan keluarga selain memberi semangat dan kekuatan agar mereka tidak rasa terbeban dan putus asa dengan ujian yang menimpa,” katanya. Azlinda berkata, beliau turut berbincang dengan pengurusan BHEPA Kampus Kesihatan untuk proses menambah baik terutama dalam usaha membantu pelajar-pelajar USM secara keseluruhan dan tidak hanya fokus kepada pelajar di kampus induk sahaja. Sementara itu, salah seorang pelajar, Putri Nurliyana Noordin, 23, dari Kampung Banggol Manok, Lati, Pasir Mas yang juga penerima Anugerah Dekan dua semester Putri Nurliyana Noordin Kampung Banggol Manok, Lati, Pasir Mas SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 54 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
berturut-turut dalam program Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan ketika ditemui semasa penyerahan komputer riba di rumahnya, menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada USM. "Dengan adanya sumbangan komputer riba ini, ia memudahkan urusan pembelajaran saya selain turut menjadi penyuntik semangat untuk belajar dengan lebih tekun lagi. “Saya akan menggunakan komputer riba ini dengan sebaiknya dan berharap agar dapat mencapai kejayaan yang lebih lagi pada masa akan datang," ujarnya. Seorang lagi pelajar yang rumahnya terkesan banjir, Norelisha Mohd Zain, 22, dari Kampung Teluk Renjuna, Tumpat pula berterima kasih kepada Timbalan Naib Canselor HEPA kerana sudi berkunjung ke rumahnya bagi menghulurkan sumbangan. “Saya sangat terharu atas sumbangan yang disampaikan untuk membantu meringankan beban keluarga saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik semua pihak,” katanya yang merupakan pelajar tahun dua, Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera. [Teks: Mohd Hafiz Ya'acob] Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 55
Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dalam ucapannya berkata, Hari Pendengaran Sedunia yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ini adalah salah satu strategi untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendengaran yang baik, pencegahan, pengesanan awal dan rawatan yang betul terhadap masalah pendengaran. “Mengikut data yang dikeluarkan oleh WHO, satu (1) daripada lima (5) orang mengalami kesukaran akibat daripada masalah pendengaran. Malah, menjelang tahun 2050, dianggarkan satu (1) daripada empat (4) orang di seluruh dunia akan mengalami masalah pendengaran. “Oleh itu, masalah pendengaran tidak boleh dianggap ringan dan jika tidak dirawat, ia akan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan, kualiti hidup, fungsi psikososial dan pendidikan,” katanya. Menurut Faisal Rafiq, USM turut mengambil inisiatif dalam penjagaan kesihatan pendengaran dengan menubuhkan Program Audiologi di bawah PPSK pada tahun 2005 dan mula melahirkan graduan audiologi yang bertauliah bermula tahun 2009. “Kesemua audiologis ini menerima latihan klinikal yang intensif bukan sahaja di PPSK tetapi daripada audiologis NAIB CANSELOR RASMI SEMINAR ANTARABANGSA KOLABORASI TIGA UNIVERSITI SEMPENA HARI PENDENGARAN SEDUNIA 2022 yang berpengalaman di Klinik Audiologi, Hospital USM. “PPSK turut memberi sumbangan sebanyak hampir RM25,000 untuk memastikan kelestarian Klinik Audiologi dengan memperkasakan teleaudiologi bagi memberi perkhidmatan kepada pelajar dan pesakit dalam menangani cabaran era pandemik COVID-19,” jelasnya lagi. Faisal Rafiq berharap agar program kolaborasi seperti itu dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Sesungguhnya, program ini menyediakan platform yang bermanfaat dalam berkongsi ilmu akademik, industri serta memberi kesedaran kepada masyarakat awam berkaitan kesihatan pendengaran bukan hanya di Malaysia malahan juga kepada masyarakat di Indonesia. Mengakhiri ucapannya, Faisal Rafiq menzahirkan penghargaan kepada jawatankuasa kerja program yang terdiri daripada Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Klinik Audiologi, Universiti Sains Malaysia, Fakulti Psikologi, Universitas Gadjah Mada, Indonesia dan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris serta barisan penceramah yang membincangkan tentang penjagaan pendengaran merentasi jangka hayat dan pendidikan terutamanya untuk kanak-kanak. [Teks: Mohamad Iqmal Mathlan] SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 56 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Bersempena sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2022 pada bulan Mac, Program Audiologi Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Klinik Audiologi Hospital USM menganjurkan webinar percuma hasil kolaborasi antarabangsa bersama Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertajuk ‘Hearing Care Across The Lifespan and Educational: Malaysian and Indonesia Perspectives’. Webinar yang julung kali dianjurkan ini berjaya menghimpunkan sembilan (9) orang penceramah daripada tiga universiti untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan berasaskan bukti dalam bidang audiologi, psikologi dan pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran.
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc. merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Kampus Kesihatan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengurusan wabak COVID-19 sepanjang tahun 2020 dan 2021. Menurutnya, khidmat bakti dan sumbangan tenaga yang dihulurkan oleh semua pihak sangat bermakna dalam memastikan kelangsungan pengurusan staf, pelajar serta pelanggan berjalan dengan lancar. “Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik dan sumbangan anda semua dan saya berharap agar ia menjadi saham untuk anda di akhirat kelak. “Semoga pandemik COVID-19 segera lenyap dan kita semua dapat kembali meneruskan kehidupan seperti sediakala,” katanya. Faisal Rafiq hari ini menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas Nerve Centre Kampus Kesihatan USM bagi tahun 2020 dan 2021 Rakam Ucapan Terima Kasih kepada Pengurusan Nerve Centre Kampus Kesihatan PROFESOR DATO’ DR. FAISAL RAFIQ NAIB CANSELOR MAHAMD ADIKAN KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 57
I-PKRC KAMPUS KESIHATAN USM SALAH SATU SEJARAH PANDEMIK COVID-19 Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa terbuka menyambut kerjasama dengan pelbagai agensi dalam apa jua program mahupun bantuan yang diperlukan. Sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara sejak tahun 2020, USM turut menggembleng kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Intergrasi (i-PKRC), Kampus Kesihatan USM sebanyak dua kali iaitu pada 8 Mei hingga 30 Jun 2021 dan 1 September 2021 hingga 22 Mac 2022. Menurut Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd Zurairie Mohd Zubir, penutupan i-PKRC USM selaras dengan penurunan kes COVID-19 di negeri Kelantan sejak akhir-akhir ini. "Terima kasih kepada pihak USM di atas kerjasama yang diberikan dan saya suka nyatakan bahawa PKRC Kampus Kesihatan adalah salah satu PKRC terbaik di Kelantan kerana mempunyai pelbagai kemudahan dan selesa bagi pesakit yang ditempatkan untuk menjalani kuarantin di situ," katanya. Mohd Zurairie berkata demikian dalam majlis ringkas penyerahan semula Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM berkuatkuasa 23 Mac 2022 selain turut menyerahkan lima (5) unit 'Oxygen Concentrator' kepada Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman. Oxygen Concentrator' berkenaan telah didermakan oleh Singapore Red Cross sebanyak 10 unit semasa awal pembukaan PKRC Kampus USM buat kali kedua dan setelah ditutup secara rasmi, ianya diberikan kepada Hospital USM “Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada KKM kerana memilih USM sebagai rakan kolaborasi untuk sama-sama merealisasikan agenda kesihatan negara.” Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin Pemangku Pengarah Kampus Kampus Kesihatan USM SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 58 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi kegunaan pesakit yang mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital tersebut. Sementara itu, Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, pula berkata, bagi pihak USM, setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada KKM kerana memilih USM sebagai rakan kolaborasi untuk sama-sama merealisasikan agenda kesihatan negara. "Kita mengharapkan tiada lagi pembukaan PKRC selepas ini, tetapi jika diperlukan pada masa depan, kami berbesar hati untuk memikul tanggungjawab mendepani sebarang kebarangkalian bukan hanya gelombang pandemik, malahan apa jua risiko bencana yang melanda, USM akan sentiasa bersama-sama KKM. "Apatah lagi USM telah menubuhkan Pusat Pengurusan Bencana yang akan mengurus dan menyelaras segala operasi berkaitan pandemik, banjir dan lain-lain," ujarnya. Pandemik COVID-19 sesungguhnya memberi pelbagai kesan kepada semua pihak sama ada individu mahupun organisasi. USM dan JKNK membuktikan bahawa kerjasama dua kementerian berbeza iaitu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan KKM membawa matlamat yang sama demi kepentingan kesihatan rakyat Malaysia. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid] “Terima kasih kepada pihak USM di atas kerjasama yang diberikan dan saya suka nyatakan bahawa PKRC Kampus Kesihatan adalah salah satu PKRC terbaik di Kelantan kerana mempunyai pelbagai kemudahan dan selesa bagi pesakit yang ditempatkan untuk menjalani kuarantin di situ." Dr. Mohd Zurairie Mohd Zubir Pengarah PKRC Kelantan Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 59
Pengumuman Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini merupakan satu berita yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Dengan pengumuman tersebut seakan sedikit kebebasan diberikan di samping tetap mengekalkan penjagaan diri yang selamat, antara usaha mendidik masyarakat untuk terus patuh kepada SOP dan dalam pada masa yang sama mula mengamalkan kehidupan normal. Keterujaan turut dirasai oleh warga kampus apabila Ramadan kali ini, Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) kembali meriah setiap hari apabila warga kampus bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa. Menurut Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Islam Kampus Kesihatan, Ustaz Asheef Barkhia Yahya, juadah berbuka disediakan untuk agihan kepada pelajar, komuniti setempat yang terdiri daripada golongan asnaf, peneman pesakit Hospital USM serta kepada staf yang bertugas seperti Jururawat, Pengawal Keselamatan, Pemandu, Operator telefon. "Syukur alhamdulillah dengan kelonggaran ini, ia memberi peluang kepada kita untuk mengembalikan semula budaya gotong-royong memasak juadah berbuka sebagaimana amalan sebelum COVID-19 melanda. "Ianya berbeza berbanding dua tahun sebelum ini, penyediaan juadah berbuka agak terhad dan disediakan dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat," katanya. Tambah Asheef, kira-kira 1,200 pek juadah berbuka dan 500 pek untuk sahur disediakan setiap hari dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada staf, pelajar dan komuniti setempat secara bergilir-gilir. "Aktiviti ini bermula seawal jam 8.00 pagi setiap hari dengan penyediaan keperluan barangan untuk dimasak, memasak, pembungkusan, pengagihan dan membasuh peralatan sehingga selesai sebelum waktu berbuka. "Sumbangan yang diterima daripada warga kampus, orang perseorangan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) banyak membantu menampung perbelanjaan program ini ekoran kenaikan harga barangan mentah," ujar beliau yang bertanggungjawab menguruskan program tersebut. Asheef berkata, dianggarkan sebanyak RM6,000 diperlukan setiap hari bagi penyediaan juadah yang meliputi pelbagai menu seperti gulai ayam, ayam masak lemak cili padi, acar timun, sambal, telur masin dan sebagainya. "Kami juga amat berbesar hati menerima sumbangan sebanyak 200 pek makanan dari Yayasan al-Khairiah, Kubang Kerian bermula 1 hingga 10 Ramadan dan diagihkan kepada petugas di Hospital USM. "Bagi pihak ahli jawatankuasa Ihya' Ramadan dan Kampus Kesihatan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang sama ada dari segi wang ringgit, bahan mentah mahupun tenaga dalam memastikan program ini berjalan lancar dan dapat dinikmati oleh mereka yang memerlukan", jelas beliau lagi. Selain daripada memasak juadah berbuka, Ihya' Ramadan turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Ramadan untuk warga kampus seperti Solat Sunat Tarawih, tazkirah Ramadan, serta qiamullail pada 10 malam terakhir. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid] SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 60 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Ramadan Dapur Pusat Islam Tibanya Kembali Meriah
Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 61 TRIIS TEST TINGKATKAN PENILAIAN KENDIRI Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif supaya tidak bahayakan orang sekeliling Melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri sekiranya alami simptom-simptom jangkitan INFORM Segera maklum kepada kontak rapat anda sekiranya didapati positif dan laporkan juga semua kontak rapat melalui pautan di dalam MySejahtera. Maklumkan juga kepada CAC berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin di rumah ISOLATE SEEK Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat Laporkan keputusan ujian pengesanan secepat mungkin REPORT di MySejahtera COVID-19 C G M CORONAVIRUS TEST ________________
Meraikan Ramadan dalam suasana Fasa Peralihan ke Endemik, membuka ruang untuk kita melakukan pelbagai aktiviti kehidupan normal sebelum ini, namun dengan kawalan kendiri serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Bagi mahasiswa dan mahasiswi Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Ramadan kali ini disambut ceria apabila pelbagai kelonggaran diberikan selaras dengan peralihan fasa tersebut. Setiap kali Ramadan, Pusat Islam Kampus Kesihatan melancarkan Sambutan Ihya' Ramadan dengan pelbagai pengisian sepanjang bulan mulia ini. Salah satu daripadanya adalah gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar, petugas, peneman pesakit serta komuniti setempat yang memerlukan. Menjengah dapur Pusat Islam, salah seorang sukarelawan dalam kalangan pelajar, Altamimi Mouayyad yang berasal dari Arab Saudi berkongsi pengalaman beliau merasai berpuasa di kampus dalam situasi normal, pandemik dan kini fasa peralihan ke endemik. Beliau melahirkan rasa syukur kerana berpeluang meraikan Ramadan pada tahun ini dalam suasana yang ceria dan boleh melaksanakan semula program memasak serta mengagihkan juadah berbuka secara gotong-royong sebagaimana sebelum pandemik melanda negara walaupun dengan pematuhan SOP. "Setelah empat (4) tahun di sini, sudah tentu saya rindukan keluarga di tanah air apatah lagi di bulan Ramadan ini. "Namun, Malaysia telah menjadi rumah kedua saya dan walaupun dikelilingi BERBEZA Bukan Halangan Untuk Rai Ramadan Bersama AGAMA SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 62 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
rakan-rakan serta mereka yang berlainan bangsa, ianya tidak menjadi masalah malahan sedikitpun saya tidak merasa terpinggir," katanya ketika ditemubual. Mouayyad yang merupakan mahasiswa Tahun 4, Program Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), seronok melihat rakan-rakan termasuk yang bukan beragama Islam bersama-sama membantu sebagai sukarelawan dalam program tersebut tanpa sebarang perasaan prejudis. "Satu perkara unik yang saya lihat di sini, yang tidak ada di negara saya ialah ramai rakan-rakan bukan Islam yang turut berpuasa sebagai tanda hormat contohnya rakan sebilik saya sendiri berpuasa dan berbuka bersama-sama saya sebagai menghormati bulan Ramadan dan rakan-rakan Islam yang lain", ujar beliau. Perkongsian Mouayyad turut disokong oleh Navin Kumar a/l Magesvaran, pelajar Tahun Akhir, Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK). Navin yang telah berpuasa sejak tujuh (7) tahun lalu, sedikitpun tidak merasa susah malahan seronok melaksanakan ibadah tersebut sebagai tanda hormat kepada rakan-rakan yang lain. "Saya akan rasa bersalah jika saya tidak berpuasa tetapi bila tiba hari raya, saya ke rumah kawan-kawan untuk meraikan hari mulia tersebut. "Jadi saya latih diri untuk berpuasa dan berjaya puasa penuh pada setiap bulan Ramadan selama tujuh (7) tahun. "Pada saya, puasa bukan sesuatu yang pelik, tetapi ianya baik untuk kesihatan dan benda baik patut kita amalkan," ujarnya. Bercerita tentang penglibatan beliau dalam program Ihya' Ramadan ini, Navin menjelaskan bahawa secara peribadi, beliau tidak pernah memandang agama apa yang dianuti oleh rakan-rakan yang lain kerana pada beliau, kita semua adalah manusia dan perlu hidup bersatu-padu serta saling membantu kerana setiap bantuan atau kebaikan kita kepada orang lain, satu hari nanti, ianya akan kembali kepada kita. Navin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat serta para penyumbang yang telah memastikan program penyediaan juadah berbuka ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program gotong-royong ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) serta Rakan Masjid, Kampus Kesihatan. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid] Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 63
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini mengambil peluang menyantuni warga kampus dan kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan dalam Majlis Mahabbah sempena lawatan kerja selama dua (2) hari ke Kampus Kesihatan. Dalam majlis yang dianjurkan oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada warga kampus, pelajar, golongan asnaf dalam kariah serta peneman pesakit. Naib Canselor dalam ucapannya berkata, pada tahun 2021, ramai dalam kalangan warga kampus yang menyempurnakan bayaran zakat pendapatan melalui USM sehingga mampu mencapai jumlah kutipan melebihi RM2.3 juta. "Jumlah itu membolehkan kita mendapat pulangan sebanyak 10% sebagai bayaran upah amil zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK). "Dengan pulangan tersebut, Jawatankuasa Pengurusan Tabung Zakat Kampus Kesihatan melaksanakan aktiviti kebajikan bagi menyantuni golongan terkebawah dengan pelbagai insentif serta bantuan yang disediakan oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan," katanya. Beliau turut menyeru warga Kampus Kesihatan yang berkemampuan untuk terus menzahirkan nilai kemanusiaan dengan melakukan pembayaran zakat melalui USM supaya manfaat dan kebaikannya dapat dirasai bukan sahaja oleh warga USM malahan komuniti setempat serta masyarakat dengan lebih meluas dan syumul. Sebanyak tujuh (7) kategori sumbangan disampaikan iaitu Bantuan Sara Hidup yang merupakan inisiatif Pusat Islam dalam menyantuni pelajar yang memerlukan terutama golongan B40 dan diagihkan setiap semester sebanyak RM300 setiap penerima. Bantuan Awal Persekolahan pula disediakan kepada warga staf yang mempunyai anak masih bersekolah sama ada rendah atau menengah. Bagi bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), ianya disediakan kepada anak warga staf yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT. SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 64 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Sementara itu, Gerobok Syurga adalah salah satu pendekatan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam untuk pelajar-pelajar B40 dengan menyediakan makan tengah hari secara percuma. Selain dari itu, Pusat Islam juga menyediakan inisiatif kepada peneman dan pesakit Hospital USM dengan menyediakan bantuan berbentuk tunai serta kupon makan percuma melalui Bantuan Cakna Peneman Pesakit di samping Kit Maidaturrahman iaitu kit bantuan makanan kering kepada penerima dalam kalangan staf, pelajar dan komuniti secara berkala. Setiap kategori sumbangan diwakili oleh seorang penerima pada majlis tersebut. Sempena 10 malam terakhir Ramadan, Faisal Rafiq turut mengingatkan seluruh warga kampus untuk meningkatkan amalan serta mengejar keberkatan malam Lailatul Qadar. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid] Majlis Mahabbah Platform Terbaik Santuni Warga Kampus dan Kariah - Naib Canselor USM
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini mengambil peluang menyantuni warga kampus dan kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan dalam Majlis Mahabbah sempena lawatan kerja selama dua (2) hari ke Kampus Kesihatan. Dalam majlis yang dianjurkan oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada warga kampus, pelajar, golongan asnaf dalam kariah serta peneman pesakit. Naib Canselor dalam ucapannya berkata, pada tahun 2021, ramai dalam kalangan warga kampus yang menyempurnakan bayaran zakat pendapatan melalui USM sehingga mampu mencapai jumlah kutipan melebihi RM2.3 juta. "Jumlah itu membolehkan kita mendapat pulangan sebanyak 10% sebagai bayaran upah amil zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK). "Dengan pulangan tersebut, Jawatankuasa Pengurusan Tabung Zakat Kampus Kesihatan melaksanakan aktiviti kebajikan bagi menyantuni golongan terkebawah dengan pelbagai insentif serta bantuan yang disediakan oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan," katanya. Beliau turut menyeru warga Kampus Kesihatan yang berkemampuan untuk terus menzahirkan nilai kemanusiaan dengan melakukan pembayaran zakat melalui USM supaya manfaat dan kebaikannya dapat dirasai bukan sahaja oleh warga USM malahan komuniti setempat serta masyarakat dengan lebih meluas dan syumul. Sebanyak tujuh (7) kategori sumbangan disampaikan iaitu Bantuan Sara Hidup yang merupakan inisiatif Pusat Islam dalam menyantuni pelajar yang memerlukan terutama golongan B40 dan diagihkan setiap semester sebanyak RM300 setiap penerima. Bantuan Awal Persekolahan pula disediakan kepada warga staf yang mempunyai anak masih bersekolah sama ada rendah atau menengah. Bagi bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), ianya disediakan kepada anak warga staf yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT. Edisi 1/2022 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 65 Sementara itu, Gerobok Syurga adalah salah satu pendekatan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam untuk pelajar-pelajar B40 dengan menyediakan makan tengah hari secara percuma. Selain dari itu, Pusat Islam juga menyediakan inisiatif kepada peneman dan pesakit Hospital USM dengan menyediakan bantuan berbentuk tunai serta kupon makan percuma melalui Bantuan Cakna Peneman Pesakit di samping Kit Maidaturrahman iaitu kit bantuan makanan kering kepada penerima dalam kalangan staf, pelajar dan komuniti secara berkala. Setiap kategori sumbangan diwakili oleh seorang penerima pada majlis tersebut. Sempena 10 malam terakhir Ramadan, Faisal Rafiq turut mengingatkan seluruh warga kampus untuk meningkatkan amalan serta mengejar keberkatan malam Lailatul Qadar. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid]
USM KAMPUS KESIHATAN BAKAL BERUBAH WAJAH: SEDIAKAN PADANG SINTETIK BERTARAF ANTARABANGSA Projek pembinaan padang sintetik di Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dijangka memberi kemudahan sukan bertaraf antarabangsa kepada USM khususnya dan rakyat negeri Kelantan amnya. Projek yang dianggarkan menelan kos hampir RM5 juta dalam tempoh 16 tahun konsesi itu terbahagi kepada dua (2) fasa iaitu fasa 1 merangkumi 1 unit padang sintetik bertaraf FIFA dengan saiz 105 meter x 68 meter, 1 unit padang sintetik (7-sebelah) dan menaik taraf fasiliti-fasiliti Kompleks Sukan seperti tempat duduk astaka, tandas, bilik persalinan dan lain-lain. Fasa 2 pula merangkumi 1 unit padang sintetik bertaraf FIFA dengan saiz 105 meter x 68 meter dan ruang-ruang komersial. Pembangunan fasa 1 dijadualkan mengambil masa enam (6) bulan manakala perancangan fasa 2 dijangka akan bermula selepas 12 bulan pengoperasian fasa 1. Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, Pengurusan USM menaruh
kepercayaan yang tinggi kepada 59KOPA Sdn. Bhd. untuk membangunkan fasiliti sukan bertaraf antarabangsa dan merupakan projek kedua pihak KOPA selepas kejayaan membangunkan fasiliti yang sama di Kampus Induk. “USM tidak mengeluarkan sebarang modal untuk pembinaan padang sintetik ini dan semuanya ditanggung oleh 59KOPA Sdn. Bhd yang mana jaringan kerjasama ini memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak. “Di Kampus Induk, USM boleh menggunakan kemudahan fasiliti sukan yang disediakan sehingga jam 6 petang setiap hari dan selepas itu KOPA akan ambil alih untuk buka kepada orang awam. InsyaAllah di Kampus Kesihatan kita cuba untuk terapkan peraturan yang sama nanti,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Pecah Tanah Projek Padang Sintetik, di Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan USM. Tambah Faisal Rafiq, beliau juga percaya projek berimpak tinggi itu dapat menarik lebih ramai komuniti setempat berkunjung ke USM untuk beriadah dan berekreasi. “Selain itu, saya percaya kemudahan fasiliti sukan ini turut memberi peluang kepada pelajar Kampus Kesihatan USM untuk mendapatkan kerja sampingan dengan KOPA apabila kemudahan ini telah siap nanti. “Saya juga yakin kemudahan yang disediakan ini merupakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak staf dan golongan kurang upaya melakukan aktiviti senaman dan sukan,” jelasnya lagi. Faisal Rafiq turut berharap semoga pembinaan padang sintetik itu berjalan lancar dan siap mengikut masa yang ditetapkan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Kelestarian dan Pembangunan Institusi) Profesor Dr. Md. Roslan Hashim; Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Urusan Kumpulan KOPA Sdn. Bhd., Nik Mohd Iqbal Nik Ibrahim; Pengarah Urusan Kumpulan USAINS Holding Sdn. Bhd., Farid Wajidi Mat Yusoff; Pengarah Pembangunan Korporat Strategik USM, Haji Muhamad Sabri Said dan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Haji Idrus Haji Rapie. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
NOR AZILA KASSIM Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM- 01/01/2022 ENGKU ADELI TUAN MAT Pembantu Pustakawan S22 KUP Perpustakaan Hamdan Tahir - 01/01/2022 CHEONG LAY TIN Jururawat U32 KUP Hospital USM - 01/01/2022 SAADIAH JAAFAR Jururawat U32 KUP Hospital USM - 01/01/2022 CHE HASMAH AHMAD Jururawat U32 KUP Hospital USM - 01/01/2022 ROHANI AB. RAHIM Jururawat U32 KUP (Hospital USM) - 02/01/2022 HAYATI ZAKARIA Jururawat U32 KUP Hospital USM - 02/01/2022 HASIMAH HARUN Jururawat U32 Hospital USM - 02/01/2022 Selaut Budi, Seribu Memori Kakitangan Bersara AZMA HAYATI ABDULLAH Pegawai Sains C52 PPSP - 02/01/2022 RASHIDAH JUSOH Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 04/01/2022 AINUN ALI Jururawat U32 KUP Hospital USM - 05/01/2022 MOHD RODZI DOLAH Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 05/01/2022
MOHD ZANRI IDRIS Penolong Jurutera JA29 Jab. Pembangunan dan Aset - 07/01/2022 AHMAD SOBRI OTHMAN Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 08/01/2022 WAN MUHAMMAD ANUAR WAN DAGANG Penolong Jurutera JA29 Jab. Pembangunan dan Aset - 10/01/2022 ROSLAN ABDUL RAHMAN Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 13/01/2022 Jururawat U44 PPSK - 24/01/2022 MOHD ZA'IM HAJI OTHMAN Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 25/01/2022 Kakitangan Bersara SAEDAH ALI Pegawai Perubatan Gred Utama C VU7 Hospital USM - 15/02/2022 NG KAM MEY Jururawat U44 Hospital USM - 20/02/2022 MOHD NORDIN MOHD NOR Juru X-Ray U36 Hospital USM - 22/02/2022 NORANI MOHAMED NOR Jururawat U36 PPSG - 22/02/2022 NOOR JASMANI HASSAN @ HASAN RASDEI DERAMAN Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 01/02/2022 DIN AWANG Pemandu Kenderaan H14 Jab. Pembangunan dan Aset - 04/02/2022
NORMA MAT HUSAIN Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) N19 ARASC - 23/02/2022 ZAINAH CHE SIN Jururawat U32 KUP Hospital USM - 01/03/2022 AZMAN JABIT Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 01/03/2022 MOHAMMAD ROSDI ABDUL RAHMAN Pegawai Perubatan UD54 Hospital USM - 01/03/2022 NOR ZURAIDA MUHAMMAD Jururawat U32 KUP (Hospital USM) - 02/03/2022 ROHANA MAT DAUD Pembantu Perawatan Kesihatan U11 (Hospital USM) - 09/03/2022 MAAROF SALLEH Juruteknologi Makmal Perubatan U36 PPSP - 13/03/2022 SAADAH IBRAHIM Jururawat U32 Hospital USM - 17/03/2022 Kakitangan Bersara CHE RUHANI AB. DULLAH Jururawat U32 KUP Hospital USM - 20/03/2022 NIK SORIANI @ NIK NORULHUDA YAACOB Pensyarah Universiti Gred Khas C VK7 PPSP - 20/03/2022 LOW LAY CHOO Jururawat U32 KUP32 Hospital USM - 25/03/2022 NIK YANG MAJID Pembantu Operasi N11 PPSG - 29/03/2022
Kakitangan Bersara SARIAH LIN @ AB. HALIM Juruteknologi Makmal Perubatan U32 KUP (PPSP) - 01/04/2022 MOKHTAR B. YUNUS Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 01/04/2022 NORAZMAH ABD. AZIZ Jururawat U32 KUP Hospital USM - 01/04/2022 SHASIAH GHAZALI Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 01/04/2022 RAHMAH ALI Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 03/04/2022 MOHD RIDZUAN ABDUL SAMAD Pensyarah Perubatan DU56 PPSP - 03/04/2022 SALMI AB. RAZAK Pensyarah Perubatan DU56 Hospital USM - 06/04/2022 ASARITAMINAZIAH HISAM Juruteknologi Makmal Perubatan U32 KUP PPSK - 06/04/2022 MAFIDAH SAIDIN Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 07/04/2022 ISMAIL NAWANG Pembantu Perawatan Kesihatan U16 Hospital USM - 14/04/2022 FAUZIAH AHMAD Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 17/04/2022 RAJA ZAITON RAJA MAMAT Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 23/04/2022
Kakitangan Bersara Belasungkawa ZAKIAH MOHAMED Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) N22 KUP Jabatan Pendaftar - 30/04/2022 SHAARI YAACOB Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 30/04/2022 ROSLAN WOOK Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 17/03/2022 (Data: Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM)
PERLAWANAN PERSAHABATAN 4 PENJURU USM DAN UM
HIGHLY INTEGRATED LEARNING AND LIVING SPACE @USMKK