EDISI 3/2022 [SEPTEMBER - DISEMBER 2022] APCU Pentas Terbaik Pakar Bentang Penemuan Terbaharu Perawatan Penyakit Jantung MEMBANDARKAN Masyarakat Luar Bandar: USM Latih 10 Sukarelawan Kesihatan Orang Asli MATA RABUN dan Pilihan Rawatan KOMPILASI EKSPRESI LIPUTAN INFORMASI PERISTIWA KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, KELANTAN USM FIT: Siswa Lestari Sejahtera
Pendaftaran Pelajar Baharu SIDANG AKADEMIK 2022/2023 https://linktr.ee/USMKampusKesihatan Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) Kampus Kesihatan, USM
Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi buletin KELIP atas kejayaan menerbitkan edisi ketiga sebagaimana yang dirancang. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Saya amat terharu dengan kesungguhan semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buletin KELIP sejak daripada edisi pertama sehingga edisi ketiga ini. Ternyata ianya bukan sesuatu yang mudah tetapi tidak juga mustahil untuk dizahirkan. Sesungguhnya KELIP mengharungi pelbagai proses sepanjang tahun pertama penerbitan. Bersama iltizam untuk membawa USM khususnya Kampus Kesihatan ke arah yang lebih terkini, telus dan tuntas sejajar dengan peredaran globalisasi dan pendigitalan. Saya mengharapkan kolaborasi yang lebih utuh dapat dijalinkan dengan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam menyalurkan maklumat bagi memastikan buletin KELIP terus hidup dengan informasi berkualiti dan menjadi bahan bacaan ilmiah di samping menyebarluas kepakaran USM kepada masyarakat Sekian, terima kasih. Kompilasi Informasi Ekspresi Peristiwa Liputan elip Penaung Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin Pengarah Kampus Kampus Kesihatan USM Penasihat Dato’ Prof. Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman Pengarah Hospital USM Ketua Editor Amyrulhan Azhari Editor Lailatul Hafiza Abdul Rashid Nik Sheila Erini Che Mat Kamel Reka Grafik Ahmad Fansuri Salleh Mohamad Zaini Baharom Mohd Asrar Mohd Rokeman Fotografi 1 Abdul Hasib Abdul Rahman Tugas-tugas Khas R Alia Fazni R. Azmi Kamaruzaman Yusof Sidang Redaksi Hak cipta Buletin KELIP Kampus Kesihatan USM dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, logo dan susunannya serta bahan-bahannya adalah hak milik Universiti Sains Malaysia. Tiada mana-mana bahagian buletin ini boleh diubah, disalin, diedar, disiar, dipamer, diterbitkan semula, dilesenkan, dipindah, disimpan, dijual atau mencipta karya terbitan daripada mana-mana maklumat atau bahagian buletin, serta diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Universiti Sains Malaysia. Sidang Redaksi Buletin KELIP: PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM Blok Pentadbiran Hospital USM, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-767 1010 / 1011 / 1055 Faks: 09-767 1060 Emel: [email protected] AMYRULHAN AZHARI Ketua Editor Buletin KELIP Pengurus Operasi Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC) Kampus Kesihatan USM DARI MEJA KETUA EDITOR
buletin KANDUNGAN 4 Ujian Darah dan Kanser Payudara antara Pengisian Program KRIS di Pulau Perhentian 6 Membandarkan Masyarakat Luar Bandar: USM Latih 10 Sukarelawan Kesihatan Orang Asli 18 Urat Simpul di Kaki Penyakit Biasa tetapi Boleh Jejaskan Kualiti Hidup 8 Kolaborasi USM - MERICAN Fokus Penjagaan Kesihatan Masyarakat Hari Diabetes Sedunia 2022: Pelbagai Peringkat Umur Dapat Manfaat 12 Dekati Komuniti Pulau: USM Laksanakan Pemeriksaan Mata dan Saringan Penglihatan kepada Pelajar 13 KRIS BestARi bersama Komuniti Jelawat Teroka Teknologi Baharu Mesra Pesakit 10 Cerebral Palsi: Apa Perlu Anda Tahu 22 Fahami Prediabetes Elak Risiko Penyakit Lebih Kronik 24 'Love Scam' Jangan Mudah Terpedaya Janji Manis, Elak Jadi Mangsa 26 20 Pembacaan Bersama antara Proses Tingkatkan Kemahiran Membaca Kanak-Kanak 14 Program KRIS Didik Komuniti berkenaan Kanser Pangkal Rahim BERSAMA KOMUNITI 32 Anak Merdeka: Hospital USM Sambut Kelahiran 16 Bayi 34 Hayati Hijrah Rasulullah: Bubur Asyura antara Tradisi Kesepakatan Muharam Laser Refraktif Rawatan Terkini untuk Bebas Kaca Mata 38 CIC Bersama-sama Warga Kampus Kesihatan Rangka Strategi Tingkatkan Pencapaian KPI Inovasi 36 Mata Rabun dan Pilihan Rawatan SEMBANG SIHAT SOROTAN 16 Gangguan Hormon Berisiko Membawa Maut 28 Kesan Jatuh Lebih Buruk Jika Individu Alami Osteoporosis 30 6 34 16
buletinKELIP 40 ‘Ophthalmology & ENT 2022 Update’: Bantu Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan Pegawai Perubatan 42 Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022 Peringkat Hospital USM Beri Penekanan Tentang Keselamatan Ubat 44 STEM Street 2022: Kampus Kesihatan USM Kongsi Kepakaran Kluster Perubatan COOPUSMA Sokong Matlamat serta Halatuju USM 48 Pendaftaran Pelajar Baharu 50 di Kampus Kesihatan Berjalan Lancar 46 Ubah Stigma Negatif Kesihatan Mental Bukan Gila Bangga Jadi Warga USM Arni Jasica Tekad Capai Impian Bergelar Doktor Perubatan 54 Buku Elektronik Luka 56 Terbakar Didik Masyarakat Fahami Proses Rawatan dan Pemulihan 52 APCU Pentas Terbaik Pakar Bentang Penemuan Terbaharu Perawatan Penyakit Jantung 'PECIPTA' 2022: Empat Pasukan dari Kampus Kesihatan Terima Anugerah Emas 72 PelancaranTabung Wakaf Kesihatan MAIK-USM 70 58 USM & JPN Jalin Kerjasama 60 Bantu Pelajar OKU di Kelantan Yayasan UEM Sumbang Lebih RM1.5 Juta Ringankan Beban Pesakit Hospital USM sejak 2019 62 Penyakit Buah Pinggang 64 Kronik: Cegah Lebih Baik daripada Merawat Pemulihan & Latihan Untuk OKU Fokus Utama Pusat Transformasi OKU USM - MAIK Lapan Pesakit Jantung 68 Kanak-kanak Jalani Pembedahan di Bawah Program 'Healing Little Hearts' Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022: Pupuk Kesedaran Lebih Tinggi Masyarakat 78 Kakitangan Bersara 81 Belasungkawa Selaut Budi, Seribu Memori 66 Dulu Kongsi Jarum Suntikan, Kini Seks Berisiko Punca Utama Jangkitan HIV 76 Lawatan Penandaarasan WUC ke Kampus Kesihatan Bincang Peluang Kolaborasi Akademik 74 76 76 56 72
Tahniah Setinggi-tinggi Ikhlas daripada Pengarah Kampus dan seluruh warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia di atas pelantikan sebagai MENTERI PENDIDIKAN TINGGI YB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED HJ. NORDIN
Maklumat lanjut tentang sumbangan sila hubungi : Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital USM 09-7673185 019-9605431 * Setiap sumbangan layak memperoleh pengecualian cukai pendapatan tertakluk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jom Kita Bantu 0301 8010 1792 29 Sumbangan juga boleh dibuat melalui http://epayment.usm.my/ UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HOSPITAL USM
BERSAMA KOMUNITI 4 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Penduduk di Pulau Perhentian berpeluang menjalani saringan kesihatan dan saringan kanser payudara secara percuma selain mendapat pendedahan mengenai kepentingan mengenali keputusan ujian darah. Ini ekoran daripada usaha murni Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang diterjemahkan melalui penganjuran Program Kenali Keputusan Darah Anda dan Saringan Kesihatan serta Saringan Kanser Payudara anjuran Jabatan Patologi Kimia, Unit Penyelidikan dan Kesedaran Kanser Payudara (BestAri), 'Servis Learning Malaysia University For Society' (SULAM), Program Libatsama Komuniti USM Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Malaysia (PAPISMA). Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, berkata, beliau amat yakin pelaksanaan program sebegini dapat memberi manfaat yang berguna untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat setempat terutama di Pulau Perhentian. "Ia jelas bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam komuniti tentang kepentingan saringan pemeriksaan kesihatan supaya masyarakat boleh mengenalpasti penyakit dan mendapatkan rawatan lebih awal bagi mengelak berlakunya komplikasi. “Melalui Hospital USM, program ini turut menjadi platform bagi kerajaan untuk menjalankan aktiviti promosi, kempen kesedaran, rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat. “Selain itu, kerajaan juga telah menyedia dan meluaskan perkhidmatan klinik bergerak dengan peralatan kesihatan yang baik dan mencukupi khusus untuk menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti melalui peruntukan bajet KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS),” katanya ketika menyampaikan antara Pengisian Program KRIS di Pulau Perhentian Ujian Darah dan Kanser Payudara
buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 5 ucapan perasmian. Shaharum menyeru kepada semua penduduk agar tidak ketinggalan mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk hadir selain turut berkongsi maklumat yang diperolehi dengan mereka yang tidak dapat hadir. "Hospital USM membawa kepakaran daripada Jabatan Patologi Kimia untuk saringan analisis tahap gula dan kolesterol dalam darah manakala BestARI pula menyediakan saringan kanser payudara percuma kepada semua. "Di samping itu, rakan kolaborasi daripada PAPISMA turut mengadakan demontrasi cara penjagaan gigi dan ceramah kesihatan selain aktiviti cabutan bertuah serta pertandingan mewarna bagi pelajar sekolah rendah," katanya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Jabatan, Jabatan Patologi Kimia PPSP USM, Dr. Aniza Jelani; Pengerusi BestAri, Hospital USM, Profesor Madya Dr. Juhara Haron; Pengerusi Program Kenali Keputusan Darah Anda dan Saringan Kesihatan, KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Dr. Tuan Salwani Tuan Ismail; Pengarah Program Saringan Kanser Payudara BestAri, Dr. Tengku Ahmad Damitri Al Astani Tengku Din; Timbalan Pengerusi PAPISMA, Dr. Muhammad Za’im Samsuri; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Mohd Ruzami Mamat dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Nik Zawawi Mohd Noor. [Teks: Mohd Hafiz Ya’acob] Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) Program Saringan Kanser Payudara
BERSAMA KOMUNITI 6 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) sekali lagi mengambil pendekatan berbeza mendekati komuniti orang asli Pos Balar yang dilihat masih jauh ketinggalan daripada aspek penjagaan kesihatan dengan melatih 10 orang sukarelawan atau wakil kesihatan yang terlatih. Projek yang mengambil masa selama 12 bulan dan merangkumi empat fasa itu terdiri daripada fasa kesedaran kesihatan (health awareness), fasa lawatan susulan (follow up visit), fasa latihan kepada pelatih orang asli (training of trainers), dan fasa penilaian (outcome evaluation). Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman berkata, pendekatan ini digunakan sebagai salah satu kaedah pemindahan ilmu atau ‘knowledge transfer’, seterusnya meningkatkan mutu penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti orang asli. “Latihan yang diberikan adalah berkaitan rawatan asas perubatan kecemasan, penjagaan asas kesihatan dan pergigian menggunakan Modul Asas Perubatan Kecemasan Orang Asli (MAPKO) dan Modul Penjagaan Kesihatan Orang Asli (PKOOA) yang dihasilkan khas untuk meningkatkan pemahaman dan pembelajaran orang asli di kawasan Gua Musang. “Program ini melibatkan tiga projek yang dikendalikan oleh tiga jabatan berbeza iaitu Projek Membangunkan Sukarelawan Terlatih Pos Balar di bawah kelolaan Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital USM, Projek Pemerkasaan Kesihatan Oral Komuniti Orang Asli dikelolakan oleh Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Projek Meningkatkan Taraf Penjagaan Kesihatan Komuniti Orang Asli yang dikelolakan oleh Unit Kejururawatan, Hospital USM,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Penutupan Program Khidmat Masyarakat Pos Balar, hari ini. Pos Balar merupakan salah satu pos orang asli yang terletak jauh di pedalaman Gua Musang iaitu kira- kira 50 kilometer (km) daripada jalan utama. Ini menyebabkan komunitinya terhalang daripada menerima akses perkhidmatan arus perdana seperti kesihatan dan pendidikan. Kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menggalas tanggungjawab utama dalam menaik taraf sosio - ekonomi komuniti orang asli di Malaysia. Namun begitu, di sebalik pelbagai usaha yang dilakukan oleh JAKOA Negeri Kelantan, komuniti orang asli Pos Balar dilihat masih jauh ketinggalan daripada aspek penjagaan kesihatan dan hal ini dapat dilihat melalui kadar penyakit berjangkit serta kekurangan zat makanan dalam kalangan kaum wanita dan kanak-kanak yang masih meruncing. Menurut Nik Hisamuddin, program ini telah USM Latih 10 Sukarelawan Kesihatan Orang Asli Membandarkan Masyarakat Luar Bandar:
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 7 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) dilaksanakan bermula bulan Mac 2022 bagi fasa pertama dan fasa kedua telah diadakan pada bulan Jun 2022. “Projek fasa pertama melibatkan seramai 50 staf dan pelajar Hospital USM serta 12 buah pacuan empat roda digunakan untuk ke Pos Balar manakala bagi program fasa kedua pula melibatkan kira-kira 100 peserta serta hampir 20 buah pacuan empat roda digunakan untuk ke destinasi sama yang mengambil masa perjalanan hampir 22 jam. “Antara lain, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan kumpulan pelatih atau duta kesihatan dalam kalangan masyarakat orang asli, meningkatkan kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan oral serta membangunkan Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Pos Balar sebagai tempat pemeriksaan kesihatan asas dan pendidikan kesihatan,” ujarnya lagi. Tambah Nik Hisamuddin, dengan membekalkan ilmu rawatan dan pertolongan cemas kepada duta kesihatan orang asli yang telah dipilih, USM berharap agar sukarelawan ini mampu menyampaikan ilmu yang dipelajari dan memberi bantuan pertolongan cemas di perkampungan mereka sebelum bantuan dari luar tiba. “Sukarelawan yang telah dilatih ini juga akan dibawa menyertai program perkhidmatan kesihatan yang bakal dianjurkan di Pos Bihai dan Pos Belatim agar mereka dapat berkongsi kemahiran yang dipelajari selain membiasakan diri dengan penerangan dan pengajaran kepada penduduk kampung yang lain,” jelasnya. Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Kelantan dan Terengganu, Roslina Bun pula berkata, usaha yang dilaksanakan USM dalam mewujudkan pasukan sukarelawan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang perubatan terutamanya rawatan asas kesihatan, penjagaan pergigian dan kesihatan wanita amat bermanfaat kepada masyarakat luar bandar terutamanya komuniti orang asli. “Program ini sangat membantu memberi tunjuk ajar selain perkongsian ilmu kepada masyarakat luar bandar di kawasan pedalaman yang mempunyai kesukaran akses kesihatan. “Dengan adanya program sebegini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh JAKOA memandangkan kami bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan, kebajikan serta perawatan Orang Asli,” katanya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dekan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Dr. Normastura Abd Rahman; Timbalan Dekan Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam; Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria; Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, PPSP USM merangkap Ketua Pengarah Projek Pusat Kesejahteraan USM - Pos Balar 2021/2022, Profesor Madya Dr. Shaik Farid Abdull Wahab dan Penyelia Jururawat, Unit Kejururawatan Hospital USM, Dr. Tan Beng Geok. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
BERSAMA KOMUNITI 8 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Universiti Sains Malaysia (USM) kembali aktif melaksanakan Program Libatsama Komuniti USM - Merican sementara pasukan petugas komited turun ke pelbagai lokasi di serata negeri Kelantan bagi memberi perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma kepada komuniti. Pengasas Yayasan Merican, Dato' Dr. Mahmood Osman Merican berkata, kolaborasi bersama USM menerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) sejak tahun 2018 ini merupakan satu usaha murni membantu masyarakat terutama dalam aspek penjagaan kesihatan. "Dengan tajaan dua buah bas yang berfungsi sebagai klinik bergerak Oftalmologi, Otorinolaringologi (ORL-HNS), Rehabilitasi dan Perubatan Keluarga, USM - MERICAN Kolaborasi Fokus Penjagaan Kesihatan Masyarakat
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 9 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) saya berharap agar lebih ramai masyarakat dapat menerima manfaat dengan adanya perkhidmatan klinik bergerak ini," katanya. Tambahnya, beliau yakin dan percaya dengan komitmen serta usaha yang digerakkan oleh pasukan khidmat komuniti USM melalui Program Libatsama Komuniti USM - Merican ini. Sementara itu, Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman, turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan bagi kemudahan pasukan perawat USM untuk disalurkan semula kepada masyarakat melalui perawatan. Masjid Sultan Ismail Petra, Banggol, hari ini menjadi lokasi pilihan melaksanakan program bersama komuniti di samping menyambut ulang tahun ketiga Program Libatsama Komuniti USM - Merican. Pelbagai saringan kesihatan disediakan seperti pemeriksaan saringan asas kesihatan, pemeriksaan saringan mata, pemeriksaan kesihatan telinga, hidung dan tekak, pemeriksaan saringan pergigian, perkhidmatan perubatan pemulihan serta pameran dan perkhidmatan runding cara Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini juga turut mendapat sokongan daripada Hospital USM dengan penyertaan pasukan petugas Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS). Turut hadir dalam majlis perasmian penutupan hari ini ialah isteri Pengasas Yayasan Merican, Datin Ragayah Mohd Eusoff; Imam Tua Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol, Ustaz Muhammad Ammar Azlan; Timbalan Dekan, Libatsama Industri , Komuniti dan Pembangunan merangkap Pengerusi Program Libatsama Komuniti USM - Merican, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Penyelaras Program Libatsama USM - Merican, Profesor Dr. Aziah Daud. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid]
BERSAMA KOMUNITI 10 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Dalam usaha untuk memastikan kesedaran terhadap bahaya penyakit Diabetes Melitus kepada individu dan masyarakat khususnya di Negeri Kelantan, Pusat Diabetes Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan Diabetes Malaysia Cawangan Kelantan menganjurkan Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat USM di MYDIN Mall Tunjong, hari ini. Program yang mendapat suntikan dana melalui Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perubatan Keluarga, Persatuan Perubatan Keluarga (FAMOUS), Jabatan Ortopedik, Jabatan Farmasi, Pakar Pemakanan, Persatuan Gula dan Garam, Jabatan Oftamologi dan Sains Visual, Unit Perubatan Pemulihan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital USM dan beberapa syarikat perubatan. Menurut Pengerusi Program merangkap Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, Dr. Siti Suhaila Mohd Yusoff, program ini dianjurkan ekoran peningkatan angka bilangan kes diabetes yang amat membimbangkan kerana hampir empat (4) juta penduduk Malaysia menghidap diabetes. "Prevalen penyakit diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia dan Malaysia juga adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi. "Berdasarkan maklumat Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus (%) pada 2015 kepada 18.3% pada tahun 2019. “Laporan ini turut menunjukkan bahawa satu (1) dalam lima (5) individu dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia," katanya ketika ditemubual selepas majlis perasmian program tersebut. Tambah Siti Suhaila, tinjauan ini juga menunjukkan 50% daripada pesakit diabetes tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit tersebut. “Oleh itu, program kesedaran mengenai penyakit diabetes dan aktiviti saringan adalah salah satu inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Hari Diabetes Sedunia 2022: Pelbagai Peringkat Umur Dapat Manfaat
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 11 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) bagi individu yang jarang melakukan pemeriksaan kesihatan. "Pemilihan lokasi program ini sangat strategik kerana pengunjung dapat melakukan pemeriksaan kesihatan selain datang untuk membeli belah. "Program ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi kesedaran tentang penyakit diabetes serta kepentingan untuk mendapatkan rawatan terbaik dengan kadar segera,” ujarnya. Beliau turut berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Pelbagai aktiviti menarik telah diisi sepanjang program antaranya pameran pemakanan dan kesihatan, pertandingan makanan sihat, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan dikir barat dan cabutan bertuah. Hadir merasmikan program ini ialah Penaung Diabetes Malaysia Cawangan Kelantan, Yang Berhormat Mulia Dato’ Hajah Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra. Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Samsuddin, Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Penyakit Dalam, PPSP USM merangkap Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Kelantan, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Izani Wan Mohamed dan Penyelaras Klinik Saringan Infeksi Hospital USM merangkap Pengerusi Persatuan Perubatan Keluarga USM (FAMOUS), Dr. Nur Suhaila Idris. [Teks: Wan Salizawati Wan Ismail & R. Alia Fazni R. Azmi] mengenai penyakit diabetes dan strategi amalan cara hidup yang sihat seperti aktiviti fizikal dan amalan pemakanan yang betul untuk mengelak penyakit ini. "Setiap tahun, Hari Diabetes Sedunia akan disambut di seluruh dunia dengan tema yang sama dan tema Sambutan Hari Diabetes Sedunia pada tahun 2019 hingga 2023 adalah ‘Akses Kepada Penjagaan Diabetes: Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi?’," ujarnya lagi. Jelas Siti Suhaila, tema ini merangkumi empat komponen asas mengenai penjagaan diabetes iaitu pertama akses kepada rawatan ubat-ubatan dan insulin, kedua adalah akses kepada pemantauan kendiri, ketiga akses kepada pendidikan dan sokongan psikososial serta keempat akses kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal. “Program yang diadakan ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk melakukan pemeriksaan di mana pesakit dan orang awam boleh mengetahui apa itu diabetes, cara mengawal dan di mana hala tuju pesakit diabetes jika tidak dapat mengawal kencing manis mereka. “Selain itu, turut diadakan aktiviti menyantuni golongan yang tidak berpeluang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik," katanya. Sementara itu, seorang pengunjung yang hadir, Musthafa Othman, 58, ketika ditemui menyuarakan pendapatnya, program ini sangat bermanfaat terutama
12 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA BERSAMA KOMUNITI Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) sekali lagi turun padang menyantuni komuniti pulau dengan mengadakan pemeriksaan mata dan saringan penglihatan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman, Rompin, Pahang. Program yang berlangsung pada 20 Oktober lalu itu merupakan Program ‘Outreach’ tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS). Menurut Ketua Pasukan Program yang juga Pensyarah Optometri, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, PPSP USM, Dr. Waheeda Azwa Hussein, program tersebut bertujuan mengesan masalah rabun mata dan masalah mata malas dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar berusia tujuh (7) hingga 12 tahun sekaligus memberi rawatan terbaik kepada mereka. “Ianya adalah kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan di Pulau Perhentian dan Pulau Redang sebelum ini. “Seramai 202 orang pelajar telah disaring dan 26 orang pelajar mendapat cermin mata percuma manakala 10 orang yang mengalami masalah juling dan mata malas telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan selanjutnya” ujar beliau. Tambah Waheeda, program ini juga merupakan kolaborasi bersama Dania Optometrist yang telah memberi sumbangan cermin mata percuma kepada pelajar berkenaan. “Semoga usaha murni ini diharap dapat membantu mengurangkan beban keluarga pelajar berkenaan di samping memberi kesedaran tentang kepentingan penglihatan yang baik untuk kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka,” katanya. [Teks: Dr Waheeda Azwa Hussein] Dekati Komuniti Pulau: USM Laksanakan Pemeriksaan Mata dan Saringan Penglihatan kepada Pelajar
Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) anjuran Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Daerah Bachok bersama komuniti Jelawat untuk pemeriksaan kesihatan dan kesejahteraan payudara menggunakan teknologi baharu yang mesra pesakit untuk membantu meningkatkan pengesanan penyakit payudara. Bertemakan ‘Kesan Sebelum Kesal’, program yang bertujuan meningkatkan pengesanan awal penyakit berkaitan payudara ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, Haji Abd Aziz Kadir. Menurut Pengerusi Program, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman, KRIS BestARi kali ini agak berbeza dan istimewa kerana membawa satu teknologi baharu yang mesra pesakit untuk membantu meningkatkan pengesanan penyakit payudara. "Teknologi ini dikatakan mesra kerana tidak merbahaya, tidak menyakitkan dan mudah digunakan. "Peserta akan diperiksa secara klinikal terlebih dahulu sebelum dibuat ujian lanjut ‘braster’ sekiranya mempunyai risiko," katanya. Tambah Wan Faiziah, program KRIS BestARi bukan program ‘one-off’ kerana pihaknya telah merancang program susulan bagi menjamin keberkesanan program ini. "Rekod peserta telah disimpan dan setiap keputusan akan dimaklumkan kepada peserta dan dipanggil untuk prosedur seterusnya. "Bagi memastikan saringan sebegini berlaku menyeluruh di jajahan Bachok dan bukan kawasan Jelawat sahaja, maka kami jadikan Bachok sebagai daerah angkat untuk tentukan penanda aras program saringan sejahtera payudara," jelasnya lagi. Program yang dihadiri kira-kira 200 orang peserta ini turut diisi dengan pendaftaran dan pemeriksaa pesakit Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (PEKA B40), pemeriksaan gigi percuma oleh pasukan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), pemeriksaan payudara ‘Braster’ oleh pasukan dari MN Healthcare, jualan produk tempatan oleh persatuan pembangunan usahawan Bachok (PPUB) dan Puspanita, perkongsian santai tips kesihatan oleh pakar bedah serta cabutan bertuah. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Penolong Ketua Jajahan Bachok, Fadzil Aznan Abdul Aziz, Ketua Unit BestARi, Profesor Madya Dr. Juhara Haron, Penyelaras Pendidikan Komuniti BestARi, Dr. Tengku Ahmad Damitri Al-Astani Tengku Din, Penyelaras Klinikal BestARi, Dr. Wan Zainira Wan Zain, Ketua Jabatan Bedah USM, Dr. Maya Mazuwin Yahya. [Teks: Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman] bersama Komuniti Jelawat Teroka Teknologi Baharu Mesra Pesakit KRIS BestARi KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 13 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022)
BERSAMA KOMUNITI 14 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Kanser Pangkal Rahim (serviks) merupakan kanser kedua tertinggi di Malaysia iaitu 7.6 per 100,000 populasi wanita berumur seawal 15 tahun hingga 44 tahun yang dijangkiti virus ‘Human Papilloma’. Menyedari bahaya penyakit tersebut, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi suntikan dana Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan 'Seminar Kesedaran Tentang Penyakit Kanser Pangkal Rahim dan Ujian Pengesanan Awal dalam Kalangan Guru'. Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) merangkap Pengerusi KRIS, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria berkata, kadar kematian dalam kalangan pesakit kanser pangkal rahim juga masih tinggi iaitu melibatkan hampir satu Program KRIS Didik Komuniti Berkenaan Kanser Pangkal Rahim pertiga (29 peratus) dari jumlah wanita yang menghidap penyakit ini. "Dianggarkan, 10 peratus (%) daripada populasi wanita yang dijangkiti dengan virus ‘human papilloma’ berisiko tinggi dan 89% daripadanya berakhir dengan kanser pangkal rahim. “Walaupun terdapat vaksin bagi mencegah jangkitan virus ini, namun ia masih tidak dapat melindungi daripada kanser pangkal rahim sepenuhnya kerana vaksin yang sedia ada tidak meliputi semua jenis jangkitan virus HPV berisiko tinggi," katanya ketika merasmikan seminar tersebut, hari ini. Menurut Zaidi, pencegahan sekunder seperti pengesanan awal dan rawatan lesi pre-kanser dapat mengurangkan insiden kanser pangkal rahim serta turut mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengannya. "Kempen kesedaran pengesanan awal penyakit ini perlu disasarkan kepada golongan pendidik yang mana boleh menjadi perantara penyampaian pengetahuan yang berterusan kepada masyarakat awam. "Maklumat daripada kempen kesedaran amat penting sebagai langkah pencegahan serta menggalakkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan guru, pelajar, dan seterusnya masyarakat sejagat. "Di atas kesedaran itu, seminar ini diadakan bertujuan untuk memperkasa pengetahuan guru terhadap
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 15 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) kesedaran berkenaan penyakit kanser pangkal rahim," jelasnya lagi. Zaidi turut berharap agar penganjuran seminar ini dapat menambah pengetahuan para peserta selain memanfaatkan ilmu yang diperoleh dengan berkongsi bersama orang lain terutamanya para pelajar dan masyarakat agar mendapat kesedaran akan kepentingan pengesanan awal penyakit kanser pangkal rahim. Seminar tersebut telah berlangsung di Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan USM secara bersemuka untuk peserta dari sekolah dalam daerah Kota Bharu selain turut ditayangkan melalui pautan ‘Youtube’ Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bagi penyertaan peserta dari luar Kelantan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Komuniti-Industri PPSG, Profesor Madya Dr. Suharni Mohamed, Pengarah Program, Dr. Norzaliana Zawawi, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan JPN, Che Hanuni Che Ali dan Ketua Unit Hal Ehwal Murid YIK, Ustaz Harun Ismail. [Teks : Marlina Zahari]
SEMBANG SIHAT 16 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA PROFESOR DR. MOHTAR IBRAHIM Pensyarah Kanan Jabatan Oftalmologi & Sains Visual Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan, USM Rabun adalah salah satu penyebab kekaburan penglihatan yang biasa dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak mengenal usia dan jantina. Dari segi saintifik, rabun boleh dibahagikan kepada beberapa ketegori seperti rabun jauh (miopia), rabun dekat (hiperopia) dan rabun silau (astigmatism). Masalah rabun boleh dikesan melalui pemeriksaan tahap akuiti visual, keseluruhan struktur mata dan pengukuran refraktif. Menurut Pakar Perunding yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mohtar Ibrahim, ujian tahap penglihatan yang dilakukan oleh optometris biasanya dengan cara meminta pesakit membaca carta Snellen yang terdapat dalam pelbagai versi terdiri daripada huruf, nombor ataupun bentuk E. “Setelah keputusan pemeriksaan diperoleh, penentuan rawatan akan diberikan kepada pesakit untuk membuat pilihan rawatan seterusnya. “Terdapat pelbagai pilihan rawatan bagi pesakit rabun disebabkan kelainan refraktif. Namun, cara yang biasanya menjadi pilihan ialah cara tidak kekal dan cara kekal,” ujarnya ketika ditemubual menerusi rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Mohtar berkata, bagi cara tidak kekal, rawatan yang paling popular ialah penggunaan cermin mata dan kanta sesentuh (contact lens) manakala bagi cara kekal pula, rawatan yang dijalankan adalah seperti penggunaan kanta intra-ocular serta pembedahan laser refraktif iaitu kaedah rawatan pada kornea secara laser sepenuhnya. “Pembedahan laser refraktif biasanya melibatkan tiga cara utama iaitu PRK (Photo-Refractive Keratectomy) atau rawatan permukaan, LASIK (Laser Assisted Keratomeliusis) dan SMILE (Small Insicion Lenticule Extraction). “Pembedahan laser refraktif melibatkan pembentukan semula permukaan kornea untuk membolehkan cahaya difokuskan ke fovea dan menghilangkan rabun yang ada serta mengembalikan penglihatan seperti normal,” katanya lagi. Tambah Mohtar, kebanyakan pesakit memilih rawatan laser refraktif Mata Rabun dan Pilihan Rawatan
buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 17 supaya mereka dapat melihat dengan jelas tanpa memakai cermin mata dan dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah. “Namun begitu, bukan semua masalah rabun boleh menjalani rawatan ini, sebaliknya pesakit perlu dilihat dari aspek tahap rabun, ketebalan kornea dan bentuk permukaan hadapan serta belakang kornea mereka terlebih dahulu. “Kaedah laser refraktif lebih selamat, berkesan, berisiko rendah, selesa, efektif dan kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan ini dapat melihat dengan lebih baik dalam masa beberapa hari selepas pembedahan,” jelasnya lanjut. Mohtar turut memaklumkan kepada yang berminat untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan ingin tahu mengenai kesesuaian, kelebihan, kesan sampingan, rawatan alternatif serta mengemukakan sebarang persoalan mengenai pembedahan ini, mereka boleh menghubungi Perkhidmatan Laser Refraktif, Hospital USM di talian 09-7674252 atau 09-7674253. [Teks : Anawiah Abdul Aziz]
SEMBANG SIHAT 18 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Urat simpul atau vena varikos merupakan penyakit pembuluh darah vena yang kronik (CVD). Seseorang yang mengalami masalah ini biasanya mempunyai urat kaki yang berwarna kebiruan atau ungu gelap serta kelihatan timbul dan berlipat di bawah kulit. Menurut Pensyarah Perubatan yang juga Pakar Surgeri Am dan Vaskular, Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Rosnelifaizur Ramely, vena varikos berlaku disebabkan injap vena yang lemah dan rosak serta menyebabkan aliran darah yang sepatutnya kembali ke jantung berbalik arah dan terkumpul di dalam urat. "Ianya menyebabkan pembuluh darah vena mengembang dan menimbulkan gejala yang disebut sebagai vena varikos. “Antara penyebab lain terjadinya vena varikos ialah salur vena tersumbat, kompresi vena dari luar, masalah otot serta penyumbatan atau thrombosis salur vena dalam,” ujar beliau ketika sesi temubual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Rosnelifaizur juga mengatakan bahawa penyakit CVD ini boleh menyebabkan kaki sakit, bengkak serta berlaku perubahan warna kulit kaki menjadi lebih gelap atau kehitaman ke tahap serius yang boleh menyebabkan luka terbuka atau ulser yang biasanya berlaku di sekitar buku lali. "Mereka yang berisiko mendapat penyakit CVD selain dari faktor peningkatan usia, obesiti dan genetik ialah pekerjaan yang memerlukan seseorang itu banyak berdiri seperti penjaja, guru, tukang masak, operator kilang, kru penerbangan, jururawat serta mereka yang memakai kasut tumit tinggi dalam tempoh yang lama. "Selain itu, wanita hamil juga sering mengalami masalah ini disebabkan peningkatan darah dalam sistem vena dan tekanan bayi di pinggul semasa tempoh mengandung, di samping tekanan tambahan dan berat badan di kawasan terjejas meningkatkan peluang untuk mendapat masalah pembuluh darah vena," katanya lagi. Rosnelifaizur berkata, rawatan untuk masalah urat simpul sudah berkembang dari semasa ke semasa. DR. ROSNELIFAIZUR RAMELY Pensyarah Perubatan & Pakar Surgeri Am dan Vaskular Jabatan Surgeri Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan, USM di Kaki Penyakit Biasa tetapi Boleh Jejaskan Kualiti Hidup Urat Simpul
“vena varikos berlaku disebabkan injap vena yang lemah dan rosak serta menyebabkan aliran darah yang sepatutnya kembali ke jantung berbalik arah dan terkumpul di dalam urat” buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 19 "Antara pilihan rawatan bagi penyakit ini adalah kaunseling, ubat, penggunaan stokin kompresi, pembedahan terbuka dan pembedahan endovaskular. "Rawatan tanpa pembedahan boleh didapati di mana-mana klinik atau hospital manakala rawatan menerusi kaedah pembedahan pula boleh dilakukan di hospital yang mempunyai Pakar Surgeri Am atau Pakar Vaskular," ulasnya lanjut. [Teks : Wan Mohd Rashidi Wan Mood]
DR. AFFIZAL AHMAD Pensyarah Program Patologi Pertuturan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan, USM antara Proses Tingkatkan Kemahiran Membaca Kanak-kanak Pembacaan Bersama “Buku merupakan bahan yang terbaik dalam membantu perkembangan pemikiran kanak-kanak kerana apabila kanak-kanak mempunyai pemikiran yang sihat ia akan mempengaruhi kesihatan emosi serta sahsiah diri," ujar Pensyarah Program Patologi Pertuturan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Affizal Ahmad. Menurut Affizal, sebelum kanak-kanak boleh menjadi pembaca yang baik, mereka perlu mempunyai kemahiran asas seperti pengetahuan abjad, kesedaran bunyi serta perbendaharaan kata yang betul. "Kemahiran ini penting dalam membina asas kemahiran literasi iaitu asas kemahiran membaca di mana ianya membantu kanak-kanak dalam menjalani proses pembacaan iaitu kelancaran membaca dan memahami bacaan. "Buku yang paling sesuai dan mudah didekati oleh mereka ialah buku cerita kanak-kanak," katanya ketika sesi temubual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Affizal berkata, cara paling awal dan mudah untuk mendapatkan kemahiran literasi adalah dengan mendengar cerita atau berkongsi membaca buku cerita. "Kaedah membaca bersama ini membantu perkembangan pemikiran awal kanak-kanak dengan cara yang cepat. "Dengan adanya aktiviti pembacaan bersama, satu kaedah yang paling efektif untuk meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak adalah melalui penceritaan secara berdialog kerana melalui kaedah ini, kanak-kanak akan terlibat secara aktif dalam proses bercerita, menggalakkan mereka lebih banyak bercakap dan meluahkan pendapat serta perasaan," jelasnya lagi. Tambah Affizal, semasa proses membaca berjalan, ibu bapa atau pembaca dewasa perlu memastikan kanak-kanak tersebut boleh memahami perkataan yang dibaca atau yang mereka dengari. "Kaedah pembacaan bersama ini amat berkesan untuk kanak-kanak mempelajari cara sebutan perkataan yang betul. "Bagi meningkatkan kelancaran membaca dalam kalangan kanak-kanak, ia SEMBANG SIHAT 20 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
melibatkan dua (2) proses asas iaitu penterjemahan simbol-simbol tulisan kepada perkataan yang boleh diucapkan dan difahami serta pembentukan konsep yang bermakna pada rangkaian perkataan yang dibaca," katanya. Affizal berkata lagi, perkara yang perlu diberi perhatian ketika membeli buku untuk kanak-kanak ialah membawa mereka bersama ke kedai. "Kanak-kanak harus diberi peluang untuk memilih sendiri buku cerita atau buku-buku lain yang mereka suka dan sebagai ibu bapa, kita juga harus memilih buku-buku yang mampu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. "Lazimnya, minat mereka boleh diperhatikan daripada segi pilihan judul, saiz, ilustrasi dan jenis tulisan sesebuah buku. "Unsur terbaik dalam sesebuah buku cerita harus mengandungi tiga unsur utama iaitu gambar yang menarik, cerita yang menyeronokkan dan ilmu pengetahuan yang berguna kerana ketiga-tiga unsur ini boleh membantu membina dan meningkatkan perkembangan bahasa, emosi, serta sosial kanak-kanak," ulasnya lanjut. Affizal turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mengajak anak-anak untuk membaca buku bersama bagi membantu perkembangan bahasa kanak-kanak, mempelajari bunyi, dan memperkaya bahasa mereka. [Teks : Wan Salizawati Wan Ismail] buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 21
Cerebral Palsi (CP) adalah gangguan kepada keupayaan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang malah ia merupakan sejenis penyakit yang tidak bersifat progresif atau semakin memburuk. Pakar Perubatan Pemulihan, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Mohd Aiman Wan Ab. Rahman berkata, CP terjadi kepada satu (1) hingga dua (2) daripada 1,000 orang bayi tetapi insidennya lebih 10 kali boleh berlaku melibatkan bayi pramatang serta bayi yang kurang berat badan sewaktu lahir. “CP juga biasanya disebabkan oleh kecederaan otak yang terjadi sewaktu bayi masih dalam kandungan atau semasa proses bersalin malah ada juga yang terjadi selepas bayi baru lahir dan kepada kanak-kanak berumur kurang dari lima (5) tahun sewaktu otak mereka sedang berkembang tetapi kebanyakan penyebabnya tidak diketahui. “Dalam kajian yang dijalankan, 10 hingga 15 peratus (%) CP terjadi akibat cedera sewaktu kelahiran dan juga disebabkan kekurangan aliran darah ke otak sebelum, semasa dan selepas bayi dilahirkan,” katanya ketika temubual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Wan Mohd Aiman, bayi pramatang berisiko tinggi mendapat CP kerana saluran darah ke otak masih belum berkembang secara sempurna dan mudah mengalami perdarahan atau kerana tidak dapat mengalirkan oksigen yang mencukupi ke otak. “Kecederaan kepada otak juga boleh disebabkan oleh kadar bilirubin yang tinggi di dalam darah yang sering ditemui pada bayi baru lahir dan juga boleh menyebabkan ‘kernikterus’ di bahagian otak. “Penyakit serius akan berlaku pada tahun pertama kehidupan bayi antaranya jangkitan pada tisu otak seperti ‘Ensefalitis’, ‘Meningitis’, jangkitan darah yang teruk, trauma dan dehidrasi yang teruk boleh mengakibatkan kecederaan pada otak bayi,” katanya lagi. Beliau berkata, tanda-tanda gejala CP ini boleh dikesan sebelum anak berumur dua (2) tahun dan bagi kes yang teruk, boleh dikesan seawal umur tiga (3) bulan serta gejalanya berbeza-beza, sama ada gejala ringan sehingga gejala yang teruk menyebabkan ketidakupayaaan DR. WAN MOHD AIMAN WAN AB RAHMAN Pakar Perubatan Pemulihan Jabatan Pediatrik Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan, USM Apa Perlu Anda Tahu Cerebral Palsi: 22 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA SEMBANG SIHAT
buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 23 kognitif (keupayaan minda) dan boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut terlantar atau memerlukan kerusi roda untuk bergerak. “Tanda-tanda awal CP adalah kelewatan dalam perkembangan awal kanak-kanak seperti tidak dapat mengangkat kepala pada umur tiga (3) bulan, tidak mampu duduk sendiri pada umur sembilan (9) bulan dan mempunyai refleks primitif yang kekal melewati umur yang sepatutnya hilang malah tanda-tanda lain adalah postur atau posisi tubuh badan yang luar biasa seperti ketegangan otot, badan membengkok ke belakang dan anggota kaki menyilang antara satu sama lain. “Penyakit CP adalah penyakit yang tidak dapat disembuhkan, tetapi pemulihan fungsi masih dapat dilakukan agar kanak-kanak tersebut boleh berdikari dan rawatan yang dijalankan bergantung kepada gejala CP antaranya rawatan fisioterapi, memakai cermin mata, memakai alat bantuan pendengaran dan latihan pertuturan,” jelasnya. Menurut Wan Mohd Aiman, jika gangguan fizikal minimal dan kecerdasan minda normal, kanak-kanak CP akan membesar secara normal dan mampu untuk ke sekolah aliran perdana. "Namun, bagi kanak-kanak yang mengalami otot memendek sehingga menyebabkan kedudukan sendi terganggu, pembedahan memanjangkan otot akan dilakukan bagi meningkatkan fungsi kanak-kanak tersebut," ulasnya lanjut. {Teks : Muhd Zulkifli Zakaria}
24 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA SEMBANG SIHAT Prediabetes adalah satu keadaan di mana gula dalam darah seseorang melebihi tahap normal tetapi tidak cukup tinggi untuk dilabelkan sebagai diabetes. Ini merupakan peringkat awal bagi pesakit yang memungkinkan mereka mendapat penyakit diabetes. Dalam tempoh ini, badan seseorang penghidap prediabetes telah mengalami proses metabolik yang tidak normal sehingga boleh menyebabkan komplikasi yang sama dengan diabetes secara tidak sedar. Berdasarkan laporan, kira-kira lima (5) hingga sepuluh peratus (%) populasi prediabetes didiagnos diabetes setiap tahun dan sebanyak 70% pesakit prediabetes yang tidak mendapat rawatan akan mendapat penyakit diabetes sekaligus menyumbang kepada peratusan ketinggian prevalen di Malaysia. Menurut Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siti Suhaila Mohd Yusoff, pengesanan awal adalah kaedah terbaik pada peringkat permulaan diabetes. “Prediabetes tidak memberikan sebarang gejala kepada penghidapnya dan hanya kaedah saringan sahaja mampu untuk mengetahui seseorang itu berada dalam fasa prediabetes. “Pengesanan prediabetes boleh dilakukan melalui ujian saringan toleransi gula, ujian minum air gula, ujian purata gula tiga bulan atau HbA1c yang mana hasil bacaan ujian tersebut dapat disimpulkan sama ada terdapat prediabetes atau tidak. “Walau bagaimanapun, untuk peringkat saringan, orang ramai boleh melakukan ujian kapilari darah dengan menggunakan bacaan glucomet dan sekiranya bacaan glucometer kapilari puasa melebihi daripada 5.6 mmol/L, atau darah kapilari rawak iaitu darah tidak dalam keadaan puasa melebihi 7.8 mmol/L, pesakit itu disarankan untuk mengambil darah vena,” katanya ketika sesi temubual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Siti Suhaila, prediabetes tidak menunjukkan sebarang gejala tetapi perlu diingat mereka yang mempunyai faktor tertentu berisiko mendapat penyakit ini. DR. SITI SUHAILA MOHD YUSOFF Pensyarah & Pakar Perubatan Keluarga Jabatan Perubatan Keluarga Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan, USM Elak Risiko Penyakit Lebih Kronik Prediabetes Fahami
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 25 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) “Golongan yang berisiko kebiasaannya mengalami masalah berat badan berlebihan, sejarah keluarga menghidap diabetes, darah tinggi dan kolestrol. "Selain itu, wanita yang mempunyai sejarah diabetes ketika mengandung dan melahirkan anak yang besar melebihi empat (4) kilogram juga berisiko untuk mendapat prediabetes. “Bermula umur 30 tahun, orang ramai dinasihatkan membuat saringan sekali setahun tetapi bagi mereka yang mempunyai faktor risiko, mereka perlu menjalani ujian saringan lebih awal,” katanya lagi. Jelas beliau, implikasi prediabetes adalah sama seperti diabetes. "Mereka juga berisiko untuk menghidap penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok) serta mengalami komplikasi pada mata, saraf dan buah pinggang. “Selain itu, kos rawatan juga dapat dikurangkan sekiranya pengesanan prediabetes dan intervensi dilakukan pada peringkat awal,” jelasnya. [Teks : Mohd Hafiz Ya’acob]
SEMBANG SIHAT 26 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Fenomena penipuan cinta atau ‘love scam’ dilaporkan semakin berleluasa pada skala global berdasarkan bilangan yang dilaporkan di peringkat antarabangsa. Manakala di Malaysia sahaja sebanyak 1,535 kes dilaporkan pada 2020, yang mana melibatkan kerugian berjumlah RM 58.33 juta. Walaupun pelbagai kempen, iklan, pengumuman, seminar dan usaha dilakukan kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, namun ‘love scam’ tetap berlaku di negara kita. Menurut Pensyarah Kanan Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Geshina Ayu Mat Saat, penipuan cinta ialah helah yang melibatkan niat romantis palsu terhadap mangsa, mendapatkan kasih sayang daripada mangsa dan kemudian menggunakan ikatan emosi atau kepercayaan untuk melakukan penipuan serta mendapatkan ganjaran. “Ganjaran tersebut biasanya dalam bentuk ketara seperti wang, telefon bimbit, seks, harta atau tidak ketara seperti pekerjaan, melancong, kenaikan pangkat, akses kepada organisasi, kumpulan, atau sistem. “Penipuan cinta adalah jenayah jangka panjang yang memerlukan beberapa hari, minggu atau bulan untuk mendapatkan hasil dan jenayah ini melibatkan 'props' (alat peraga), pelaburan peribadi si penipu, skrip serta jaringan tipu daya. “Tidak seperti penipuan lain, penipuan cinta adalah sangat peribadi kerana mangsa dipengaruhi oleh ciri percintaan dalam penipuan tersebut,” ujarnya ketika ditemubual dalam program Sembang Sihat, Kelantan FM. Geshina berkata, lumrah hidup manusia ingin bercinta dan dicintai, namun ada sesetengah individu yang agak keterlaluan dan terdesak untuk mencari cinta serta melakukan sesuatu yang sebenarnya membawa padah kepada diri sendiri. “Kebanyakan individu seperti itu mencari pasangan dalam laman sesawang yang mencurigakan, mudah dan cepat tertarik dengan gambar dan maklumat yang dimuat naik oleh bakal pasangan, atau membuat keputusan tanpa berfikir panjang. PROFESOR MADYA DR. GESHINA AYU MAT SAAT Pensyarah Kanan Program Sains Forensik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan, USM Jangan Mudah Terpedaya Janji Manis, Elak Jadi Mangsa 'Love Scam'
buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 27 “Berdasarkan dapatan kajian, terdapat sekurang-kurangnya enam (6) tipologi atau jenis golongan mangsa seperti tahap pengetahuan, faktor rentan, personaliti bakal mangsa, memberi kerjasama, jenis dan jumlah kerugian dan kemungkinan mangsa membuat laporan polis. “Tiada taktik khusus yang digunakan dalam kes sebegini, pelbagai kaedah dan taktik digunakan untuk memaksimakan ganjaran yang bakal diperoleh daripada mangsa dan memperdaya mangsa sehingga mangsa merasakan bahawa penipuan ini bukan sesuatu yang menyalahi undang-undang,” jelasnya lagi. Tambah Geshina, bagi mengatasi masalah penipuan ‘love scam’ ini, masyarakat perlu lebih berilmu agar tidak menjadi sasaran yang mudah. Contohnya, mengambil tahu tips pencegahan, apakah faktor-faktor rentan dan sebagainya. “Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak mudah terpesona dengan gambar profil cantik atau tampan yang digunakan di media sosial serta tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh rakan yang baru dikenali. “Selain itu, kita juga perlu berhati-hati memilih rakan melalui media sosial atau alam maya serta tidak sesekali mendedahkan nombor akaun bank, identiti diri dan keluarga kepada mana-mana individu tidak dikenali atau baharu dikenali di internet,” katanya. Geshina turut menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan terlebih dahulu dulu di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi 'Semak Mule CCID' sebelum membuat sebarang transaksi. [Teks : Wan Mohd Rashidi Wan Mood]
Hormon boleh dikatakan bercelaru apabila paras hormon berada dalam lingkungan yang tidak normal sama ada melebihi paras normal atau berkurangan daripada yang ditetapkan. Gangguan hormon walaupun dikategorikan sebagai tidak berbahaya jika dibandingkan dengan penyakit lain seperti serangan jantung atau strok, namun dalam beberapa keadaan ia masih boleh mengakibatkan pelbagai penyakit dan berisiko membawa maut. Pensyarah Perubatan, Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Tuan Salwani Tuan Ismail, berkata, masalah gangguan hormon bergantung kepada jenis kelenjar yang bermasalah, kerana setiap kelenjar itu menghasilkan hormon tersendiri yang berperanan sebagai penggerak kepada hampir kesemua fungsi badan yang utama. “Gangguan hormon boleh berlaku pada mana-mana kelenjar dan biasanya berlaku pada satu kelenjar sahaja dan tidak di dua tempat serentak serta siasatan akan dilakukan berdasarkan cerita dan keadaan pesakit," katanya ketika ditemubual dalam rancangan Sembang Sihat di,Kelantan FM. Menurut Tuan Salwani, masalah gangguan hormon yang paling ketara dan banyak berlaku di Malaysia adalah pada kelenjar tiroid. "Jika hormon tiroid terlalu rendah atau dikenali sebagai 'Hipotiroidisme', ia akan menyebabkan berat badan meningkat secara mendadak walaupun sudah mengamalkan pemakanan sihat atau bersenam, penat keterlaluan, tidak tahan sejuk atau sembelit. Dalam keadaan teruk, pesakit boleh pengsan dan keadaan ini dipanggil 'Myxedema Coma'. “Berbeza jika hormon dikeluarkan kelenjar tiroid terlalu tinggi atau dipanggil sebagai 'Hipertiroidisme', ia akan menyebabkan berat badan turun mendadak walaupun selera makan bertambah, sentiasa rasa panas atau jantung berdebar dan apabila tidak dirawat dengan betul, pesakit boleh mendapat satu kondisi yang teruk dipanggil 'Thyroid Storm'," ujarnya lagi. Tambah Tuan Salwani, faktor gangguan hormon juga boleh disebabkan oleh kandungan steroid berlebihan dalam ubat. DR. TUAN SALWANI TUAN ISMAIL Pensyarah Perubatan Jabatan Patologi Kimia Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan, USM Berisiko Membawa Maut Gangguan Hormon SEMBANG SIHAT 28 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
“Steroid yang diambil oleh pesakit menyerupai hormon kortisol daripada adrenal. Apabila pengambilan ubat yang mengandungi steroid dalam tempoh lama oleh seseorang tanpa pengawasan pakar perubatan, ia menyebabkan kelenjar adrenal tertidur dan ini boleh menyebabkan kekurangan hormon adrenal secara mendadak dan boleh menyebabkan pesakit ‘collapse’ sekiranya hormon tambahan tidak diberikan segera,” jelasnya. Selain itu, menurut Tuan Salwani, kekurangan hormon pertumbuhan (GH) pula boleh menyebabkan masalah tumbesaran jika ia berlaku terhadap kanak-kanak. “Hormon pertumbuhan merupakan hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pituitari, sekiranya berlaku kekurangan hormon pertumbuhan terhadap kanak– kanak, kanak-kanak tersebut biasanya mengalami masalah ketinggian yang tidak seiring dengan usia, lambat akil baligh bagi kanak-kanak lelaki dan lewat haid pertama bagi kanak-kanak perempuan. “Sekiranya kelenjar pituitari mengeluarkan hormon berlebihan pula, ia boleh menyebabkan ‘gigantism’ pada kanak-kanak dan ‘akromegali’ pada orang dewasa iaitu tangan, tapak kaki, muka atau anggota badan lain serta organ pada pesakit menjadi besar,” ujarnya lagi. Tuan Salwani turut memaklumkan bahawa ujian darah adalah antara ujian utama yang akan dilakukan untuk membuat saringan tentang masalah kesihatan berkait gangguan hormon. “Datanglah ke fasiliti kesihatan pada peringkat awal untuk menjalankan ujian saringan. “Pesakit juga digalakkan mempunyai sedikit pengetahuan tentang masalah gangguan hormon sebelum mendapatkan rawatan awal agar pegawai perubatan dapat memberikan diagnosis yang tepat dan rawatan yang betul,” katanya. [Teks : Wan Salizawati Wan Ismail] buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 29
SEMBANG SIHAT 30 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Jatuh merupakan salah satu sindrom geriatrik ataupun perkara yang sering berlaku dalam kalangan warga emas malah ia boleh berlaku ketika berada di lantai atau berada di tingkat yang lebih rendah tanpa dirancang. Di Malaysia, dianggarkan terdapat 8.5 kes jatuh bagi setiap 100 individu setahun. Sering jatuh juga boleh mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada seseorang individu. Pakar Perubatan Geriatrik dan Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siti Nurbaya Mohd Nawi berkata, kerapuhan tulang atau osteoporosis merupakan masalah yang kerap berlaku dalam kalangan warga emas. "Dalam osteoporosis, kepadatan tulang menjadi semakin berkurang dan menyebabkan ia mudah patah. "Kerapuhan tulang berkait rapat dengan masalah jatuh kerana seseorang mengalami kepatahan tulang apabila jatuh serta mengakibatkan ketidakupayaan untuk bergerak. "Tulang yang sering patah adalah seperti tulang belakang, tulang pinggul dan tulang lengan," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM. Tambah Siti Nurbaya, terdapat beberapa faktor risiko jatuh dalam kalangan warga emas antaranya 'Intrinsik' (Dalaman) dan 'Extrinsik' (Luaran). "Faktor intrinsik antaranya ialah umur yang meningkat, penyakit kronik termasuk ‘Arthritis’, penglihatan kurang baik, masalah kognitif, kelemahan otot, faktor psikologi, kemurungan, kurang zat dan nutrisi serta kurang aktiviti fizikal,” “Manakala faktor extrinsik pula ialah persekitaran, lantai yang tidak sesuai, persekitaran yang gelap, tangga dan bendul, selipar atau kasut yang tidak sesuai, tiada alat bantu atau bar pemegang, persekitaran baharu dan penggunaan cermin mata ‘Bifocals/Multifocals," ujarnya lagi. Siti Nurbaya berkata, jatuh akan mengakibatkan kesan buruk kepada individu terbabit serta mengakibatkan kecederaan fizikal seperti patah DR. SITI NURBAYA MOHD NAWI Pensyarah Perubatan & Pakar Perubatan Geriatrik Jabatan Perubatan Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan, USM Kesan Jatuh Lebih Buruk Jika Individu Alami Osteoporosis
buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 31 tulang, pendarahan di dalam otak, kemerosotan pergerakan dan fungsi harian seseorang serta kesan terhadap psikologi seperti kebimbangan yang melampau (anxiety), kemurungan dan juga ketakutan untuk berjalan lagi. “Bagi pesakit yang mempunyai penyakit osteoporosis, kesan akan menjadi lebih teruk sekiranya mereka jatuh. "Osteoporosis berpunca daripada cara hidup individu yang tidak aktif, merokok, pengambilan alkohol, pengambilan ubat berunsur steroid untuk jangka masa panjang, kurang kalsium dan vitamin D, berat badan yang rendah, masalah penyerapan zat seperti ‘Celiac Disease’ dan ‘Menopause’ pada usia muda," jelasnya. Menurut Siti Nurbaya, penyakit osteoporosis tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal, namun terdapat individu yang mengalami sakit sendi atau tulang serta kepatahan tulang berimpak kecil. "Di samping itu, golongan warga emas yang menghidap osteoporosis akan menjadi semakin membongkok akibat tulang belakang yang rapuh dan patah menyebabkan perubahan bentuk tulang belakang mereka. "Osteoporosis kini boleh dirawat memandangkan banyak rawatan yang dapat dilakukan supaya tulang dapat menjadi lebih padat untuk mencegah daripada patah apabila seseorang itu jatuh," ujar beliau. Siti Nurbaya turut menasihatkan masyarakat mengenalpasti risiko untuk jatuh atau sering jatuh serta mendapatkan pemeriksaan doktor supaya faktor-faktor risiko dapat dilihat. "Masyarakat juga harus peka sekiranya seseorang individu atau warga emas itu jatuh, mereka perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera kerana risiko untuk patah tulang sangat tinggi dan perlu dirawat segera,” katanya. {Teks : Muhd Zulkifli Zakaria}
SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 32 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Merdeka! Merdeka! Merdeka!, laungan keramat seluruh Malaysia menyambut kemerdekaan tanahair menjadi pemangkin semangat kepada petugas Wad 1 Berlian dan bakal ibu yang sedang bertarung nyawa menantikan saat bersalin. Seramai 16 bayi merdeka selamat dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) ketika negara menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 tahun ini. Daripada jumlah itu, sembilan (9) adalah bayi perempuan dan tujuh (7) bayi lelaki yang dilahirkan secara normal dan pembedahan. Hospital USM Sambut Kelahiran 16 Bayi Anak Merdeka:
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 33 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) Bayi pertama yang dilahirkan pada jam 12.55 pagi merupakan bayi perempuan seberat 3.22 kilogram (kg) dan bayi merdeka terakhir dilahirkan juga seorang bayi perempuan seberat 2.69kg pada jam 11.45 malam. Salah seorang ibu bayi merdeka, Nur Syazren Sabri, 27, tidak menyangka akan melahirkan anak kedua pada Hari Kemerdekaan negara memandangkan beliau dijangka bersalin sehari sebelum Hari Kemerdekaan iaitu pada 30 Ogos 2022. "Walaupun doktor menjangkakan saya akan bersalin pada 30 Ogos, namun jauh di sudut hati saya mengharapkan bahawa bayi saya dilahirkan pada 31 Ogos. "Syukur doa saya dimakbulkan Allah dan anugerah ini sangat bermakna buat saya dan keluarga kerana ia lahir pada hari bersejarah negara," katanya yang merupakan ibu kepada bayi pertama yang lahir di Hospital USM pada Hari Kemerdekaan ke-65. Kegembiraan itu turut dikongsi seorang lagi ibu, Nik Natasyha Zarin Nik Ishak, 32, yang menyambut kelahiran bayi sulungnya pada jam 3.10 pagi. "Alhamdulillah, saya sangat teruja apabila anak sulung seberat 2.74 kg dilahirkan pada tarikh sambutan Hari Kemerdekaan negara. Ia memang tidak pernah saya jangka. "Berdasarkan tarikh jangkaan, saya sepatutnya melahirkan anak pada 5 September, namun perancangan Allah SWT mengatasi segala-galanya apabila bayi perempuan saya selamat dilahirkan semalam," katanya. Dalam pada itu, Hospital USM turut menerima kunjungan daripada Co-op Bank Pertama Cawangan Kota Bharu yang berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada bayi merdeka yang lahir di Hospital USM. [Teks: Mohamad Hairol Rasli]
SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN Muharam adalah permulaan bagi kalendar umat Islam dalam kiraan hijrah. Awal Muharam atau Maal Hijrah juga sangat penting dalam kehidupan umat Islam kerana dalam bulan Muharam sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah yang berlaku pada tahun 622 Masihi akan sentiasa diingati dan dihayati dengan pelbagai cara sambutan berkonsepkan keagamaan yang tidak melanggar batasan. Setiap tahun, sejarah penghijrahan tersebut pasti akan dihayati oleh seluruh umat Islam kerana penghijrahan Baginda menjadi titik tolak umat Islam menghijrahkan jiwa, raga, diri sendiri dan kehidupan ke arah yang lebih baik. Kedatangan bulan Muharam sinonim dengan penyediaan bubur asyura. Bubur asyura merupakan HAYATI HIJRAH RASULULLAH: Bubur Asyura Antara Tradisi Kesepakatan Muharam 34 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 35 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) sejenis masakan yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan. Ia biasanya dimasak bermula 10 Muharam seiring dengan puasa hari Asyura sebagaimana sunnah Nabi Muhammad SAW. Biarpun begitu, penyediaan bubur asyura tidak terhad dalam bulan Muharam sahaja. Bahkan ianya satu program yang memupuk semangat kebersamaan dan permuafakatan komuniti setempat. Sempena Muharam 1444H, Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kesatuan Kakitangan Am (KKA) USM menganjurkan program memasak tiga (3) kawah bubur asyura secara bergotong-royong sesama kakitangan, pelajar dan kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan, hari ini. Proses penyediaan bubur asyura kali ini bermula dengan penyediaan bahan dan memasak pada jam 12.00 tengah malam dan siap pada jam 11.00 pagi tadi. Penghijrahan hidup dari fasa pandemik ke fasa peralihan endemik merupakan satu rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada seluruh umat islam kerana aktiviti-aktiviti keagamaan, kerohanian dan kemuafakatan kariah seperti ini dapat dilaksanakan semula. Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan yang dalam rangka lawatan ringkas ke Kampus Kesihatan mengambil peluang bersama-sama mengagihkan kira-kira 500 bungkusan bubur asyura kepada warga kampus yang menggunakan laluan masjid untuk pulang selepas tamat masa bekerja. Turut sama dalam program ini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria; Timbalan Pengarah, Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Ustazah Amira Abd Sattar @ Ismail; Penolong Pengarah Kanan, Pusat Islam, Ustaz Rosdian Hassan serta Pengerusi KKA Kampus Kesihatan, Nik Fakurudin Nik Ali. [Teks: Mohd Hairol Rasli]
Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah dengan pencapaian terbaru melalui penawaran Perkhidmatan Laser Refraktif kepada orang awam yang mula beroperasi pada akhir bulan Jun lalu. Pembedahan refraktif adalah kaedah rawatan pilihan untuk rawatan masalah rabun jauh, rabun dekat, rabun silau atau rabun dekat akibat peningkatan usia. Kaedah rawatan ini membaiki kedudukan titik fokus mata dengan merawat struktur kornea (lapisan paling hadapan pada bola mata) dan pesakit tidak memerlukan bantuan kaca mata atau kanta lekap untuk melihat dengan jelas selepas rawatan ini. Rawatan ini ditawarkan kepada golongan yang berusia 21 tahun ke atas bergantung kepada tahap rabun yang dihidapi dengan anggaran kos antara RM5,000 hingga RM8,000. Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, setelah lebih sedekad dalam perancangan, pada tahun ini Perkhidmatan Laser Refraktif dan Perkhidmatan Optometri berjaya direalisasikan melalui kerjasama strategik antara Hospital USM dan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) serta semua jabatan yang terlibat. “Tahniah dan terima kasih kepada kedua-dua pihak di atas kolaborasi ini, khususnya Dekan dan pihak PPSP yang bersedia untuk menjadi ‘investor’ dan menyediakan dana bagi memulakan Perkhidmatan Laser Refraktif dan Perkhidmatan Optometri. “Syabas dan tahniah juga kepada Unit Pembangunan Korporat yang menggembleng tenaga menjadi pengantara bagi mewujudkan usaha sama di antara Hospital USM dan PPSP. “Tidak dilupakan kepada Ketua Jabatan Oftalmologi Laser Refraktif Rawatan Terkini untuk Bebas Kaca Mata Perkhidmatan Laser Refraktif dan Optometri Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 36 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA
dan Sains Visual, para pensyarah dan staf Hospital USM yang telah bertungkus-lumus sejak dari perancangan awal bagi memastikan projek ini menepati piawaian dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Perkhidmatan Laser Refraktif dan Perkhidmatan Optometri, Hospital USM. Tambah Faisal Rafiq, selari dengan usaha untuk menawarkan perkhidmatan rawatan penglihatan mata yang terbaik kepada pelanggan, Hospital USM dan rakan kerjasama strategiknya PPSP telah membuat perolehan mesin laser refraktif yang menggunakan kaedah TransPRK dengan teknologi terkini di pasaran. “Schwind Amaris 1050R merupakan mesin laser refraktif yang dilengkapi sistem pemantauan pergerakan bola mata 7D dan berupaya menghasilkan rawatan terpantas dengan ketepatan tinggi dan pada masa yang sama ia tetap mengutamakan keselamatan pesakit. “Sistem laser TransPRK terbaharu ini menawarkan kelebihan teknologi perisian ‘Schwind Amaris’ yang terkini serta peralatan pembedahan tanpa hirisan (bladeless), sedutan atau sentuhan pada bola mata pesakit semasa prosedur laser refraktif berbeza dengan modaliti prosedur laser refraktif yang lain. “Pesakit akan menjalani rawatan laser refraktif dalam masa yang singkat dan berasa lebih selesa serta menjalani proses pemulihan penglihatan yang lebih pendek dan cepat,” jelasnya lagi. Menurut Faisal Rafiq, selain itu, Hospital USM turut menyediakan ‘Suite Laser Refraktif’ yang merangkumi klinik, dewan bedah serta ruang rehat yang khusus di samping pakar dan staf yang kompeten dan mesra serta fasiliti serba kondusif sebagai nilai tambah untuk pelanggan yang kami hargai. “Projek yang menelan belanja sebanyak RM4.8 juta ini akhirnya menjadi kenyataan dan saya percaya berkat usaha semua pihak, ia bakal menjadi pilihan pesakit yang memerlukan, sekaligus menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada penjanaan kewangan USM. “Saya juga yakin perkhidmatan ini akan menjadi nilai tambah kepada universiti di samping menjadi salah satu elemen penting dalam pembangunan kesihatan di Hospital USM untuk jangka masa panjang,” katanya. KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 37 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel] Untuk pertanyaan mengenai Perkhidmatan Laser Refraktif Hospital USM, orang ramai boleh menghubungi Unit Pembangunan Korporat, Hospital USM di talian 09-7673096/4052 atau Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual di talian 09-7676361/6362.
SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 38 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini turun padang ke Kampus Kesihatan untuk membantu pusat pengajian dan pusat tanggungjawab merangka strategi dalam meningkatkan pencapaian 'key performance indicator' (KPI) inovasi menerusi penganjuran program 'Gear Up Your Innovation KPI’. Program sehari yang berlangsung di Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran Kampus, Kampus Kesihatan itu bertujuan memberi penerangan berkaitan pemfailan harta intelek, memahami perjalanan pengkomersilan produk penyelidikan, proses pembentukan syarikat terbitan (spin off company) dan penerangan berkaitan insentif potongan cukai dua kali dalam menarik minat pihak industri untuk memberikan dana. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dalam ucapannya berkata, sebagai sebuah Universiti Penyelidikan yang unggul dengan moto “Kami Memimpin”, warga kampus perlu bersama-sama menghasilkan impak yang positif terhadap pengurusan pengetahuan. “Salah satu aspek penting yang perlu diketengahkan ialah pengkomersilan di mana kita perlu menggerakkan hasil penyelidikan daripada persekitaran makmal atau klinik kepada produk baharu untuk ditingkatkan atau diperkenalkan di dalam pusat pasaran (marketplace). “Kejayaan menterjemah hasil penyelidikan kepada penyelesaian di dalam industri atau masyarakat, bukan sahaja mampu memacu aspek kemampanan penyelidikan, tetapi juga memberi impak yang positif kepada ekonomi negara. “Kita sekarang berbangga dengan kepimpinan kita dalam penyelidikan, tetapi kita juga perlu memainkan peranan dalam menterjemah pengetahuan bagi kegunaan industri, komuniti, kerajaan serta sesama Institusi Pendidikan Tinggi,” katanya. Menurut Shaharum, antara metrik pengukuran bagi pencapaian KPI Penyelidikan adalah menerusi ‘Malaysia Research Assessment’ (MyRA). “Sejak tahun 2020, pencapaian USM di dalam MyRA terutama bagi Seksyen Inovasi menunjukkan peningkatan yang ketara dan Kampus Kesihatan menyumbang sebanyak 23 peratus (%) bagi markah keseluruhan MyRA di dalam Seksyen Inovasi. “Pencapaian ini disumbang menerusi usaha penyelidik di Kampus Kesihatan dalam memfailkan paten termasuk lain-lain harta intelek bagi hasil CIC Bersama-sama Warga Kampus Kesihatan Rangka Strategi Tingkatkan Pencapaian KPI Inovasi
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 39 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) penyelidikan mereka di samping inisiatif penubuhan syarikat terbitan yang menyumbang kepada markah pengkomersilan produk. “Di samping itu, usaha sama serta kolaborasi di antara penyelidik dan rakan industri turut membantu meningkatkan pencapaian KPI Pelesenan Teknologi yang baik,” ujarnya lagi. Beliau berkata, walaupun Kampus Kesihatan menyumbang suku daripada pencapaian keseluruhan KPI Inovasi, Shaharum berharap agar jumlah tersebut dapat ditingkatkan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. “Saya amat menyokong usaha CIC dalam mengadakan program ini dan berharap agar program seperti ini akan diteruskan pada siri-siri berikutnya. “Menerusi program ini, para penyelidik juga diberi peluang untuk bertanya secara peribadi menerusi sesi konsultasi bersama pegawai-pegawai CIC selain diberi tunjuk ajar tentang panduan mengisi maklumat harta intelek atau memilih perlindungan yang tepat,” jelasnya lagi. Shaharum berharap agar penganjuran program ini mampu memupuk budaya inovasi dalam kalangan penyelidik dan warga Kampus Kesihatan, sama ada kesedaran dalam perlindungan harta intelek, kaedah pengkomersilan, atau membudayakan keusahawanan penyelidikan dengan pembentukan syarikat terbitan. Program tersebut turut diisi dengan sesi perkongsian ilmu dan ‘Tips to Gear Up Your Innovation KPI’ oleh Pengarah CIC, Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan, Timbalan Pengarah CIC, Dr. Muhammad Firdaus Akbar Jalaludin Khan dan Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar. Turut hadir dalam program tersebut ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak serta Timbalan Pengarah Insfrastruktur dan Aset, Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 40 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini telah melancarkan tiga bengkel bagi membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kualiti perkhidmatan pengawai perubatan khususnya di peringkat perubatan primer. Tiga bengkel tersebut ialah 'Ophthalmology Update In Primary Care', ‘ENT Update In Primary Care' dan 'Behaviour Change Counselling In Primary Care' dijadualkan berlangsung bermula hari ini, 26 hingga 28 September mendapat kerjasama daripada Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual serta Jabatan Otorinolaringologi PPSP USM dan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ II), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Persatuan Perubatan Keluarga (FAMOUS). Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, program ini merupakan medan perkongsian ilmu oleh pakar perubatan dari pelbagai bidang kepakaran. ‘Ophthalmology & ENT 2022 Update’: Bantu Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan Pegawai Perubatan
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 41 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) “Selain memberi pendedahan kepada para doktor di bahagian kesihatan primer untuk membuat diagnosis yang tepat dan mengendali rawatan penyakit oftalmologi yang biasa ditemui di klinik kesihatan awam mahupun swasta, program ini juga turut memberi pendedahan mengenai penyakit yang berkaitan dengan bahagian telinga, hidung dan tekak seperti penyakit vertigo, jangkitan telinga, hidung dan tekak. “Malah, ia juga tidak hanya mengetengahkan pendedahan secara teori namun turut menyertakan teknik ‘hands-on’ kepada para peserta bagi meningkatkan lagi tahap penyampaian dan kefahaman mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian majlis tersebut. Tambah Shaharum, bertindak sebagai benteng utama dalam bidang kesihatan barisan hadapan, doktor di bahagian primer perlu dipupuk dengan teknik yang efektif untuk mengendalikan kaunseling kepada pesakit terutamanya pesakit diabetes, obesiti, ketagihan merokok dan sebagainya. "Ini kerana mereka merupakan orang yang pertama dan lebih dekat dengan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan perubatan dan kesihatan," ujarnya lagi. Shaharum turut berharap agar program yang berlangsung selama tiga hari itu dapat memberi manfaat yang berguna kepada doktor-doktor perubatan tidak kira dalam sektor awam mahupun swasta. Turut hadir dalam program tersebut ialah Presiden PAPISMA, Dato' Suhaini Kadiman, Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, PPSP USM, Dr. Imran Ahmad, Pengarah Program 'Ophthalmology & ENT Update', Dr. Juliawati Muhammad dan Profesor Azidah Abdul Kadir Pengarah Program dan 'Behaviour Change Counselling In Primary Care'. [Teks: Mohd Hafiz Ya’acob]
SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 42 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Peringkat Hospital USM Beri Penekanan Tentang Keselamatan Ubat Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022 Setiap daripada kita pastinya pernah mengambil ubat untuk mencegah atau merawat penyakit. Amalan pengurusan ubat yang tidak selamat dan kesilapan ubat adalah punca utama kecederaan dan kemudaratan yang boleh dielakkan dalam sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Selaras dengan tema Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022 Peringkat Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu ‘Keselamatan Ubat’ dengan slogan ‘Ubat Tanpa Bahaya’, Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman berkata, sambutan pada kali ini memfokuskan keselamatan pengurusan ubat yang menyeluruh. “Kesilapan ubat biasanya berlaku apabila sistem pengurusan ubat yang lemah dan faktor manusia seperti keletihan, keadaan persekitaran yang buruk atau kekurangan kakitangan yang mana boleh menjejaskan amalan preskripsi, transkripsi, pendispensan, pentadbiran dan pemantauan, yang kemudiannya boleh mengakibatkan kemudaratan teruk, hilang upaya atau kematian. “Untuk makluman, insiden yang berkaitan kesilapan ubat di Hospital USM pada tahun 2021 adalah merupakan insiden yang kedua tertinggi daripada segi kekerapan dan saya menyeru agar semua pengamal perubatan meningkatkan kompetensi dalam proses pengurusan ubat bagi mengelak kesilapan yang boleh memberi kesan buruk kepada pesakit,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan perasmian program tersebut. Menurut Nik Hisamuddin, staf hendaklah sentiasa peka atau ‘mindfulness’ iaitu ‘Caro dan Cakno’ semasa pengurusan ubat, sentiasa semak dengan kaedah 7R dan bertanya jika tidak pasti. “Sekiranya terdapat kejadian kesilapan dalam pengubatan, staf melaporkannya dengan segera agar peluang penambahbaikan dapat dikenal pasti bagi mengelak insiden yang sama berulang. “Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pengurusan Hospital USM bagi memastikan amalan keselamatan pesakit menjadi satu budaya dalam kalangan staf dan perkara ini sangat penting agar pesakit selamat daripada sebarang kesan buruk akibat perawatan yang tidak selamat, cuai dan tidak bertanggungjawab,” jelasnya lagi. Tambah Nik Hisamuddin, aspek keselamatan pesakit sangat dititik beratkan dalam kalangan staf Hospital USM seiring dengan objektif Hari Keselamatan Pesakit Sedunia untuk meningkatkan pemahaman global mengenai keselamatan pesakit, meningkatkan penglibatan orang ramai dalam keselamatan perawatan kesihatan dan mempromosikan tindakan secara global untuk mencegah serta mengurangkan bahaya dalam perawatan kesihatan. “Selain itu, pemerkasaaan penglibatan pesakit dan keluarga pesakit juga sangat penting dalam usaha meningkatkan keselamatan pesakit. “Kolaborasi antara anggota kesihatan, pesakit dan keluarga perlu ditingkat dan dioptimakan bagi menjayakan inisiatif ini dengan meluangkan masa
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 43 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) untuk memberi penerangan kepada pesakit mengenai ubat yang diberikan agar pesakit memahami dan mempunyai peluang untuk bertanya tentang rawatan yang diberikan. “Ianya selari dengan polisi penjagaan kesihatan Hospital USM untuk memastikan penjagaan kesihatan yang selamat, berkesan, tepat pada masanya, berpaksikan pesakit, efisyen dan adil untuk semua,” katanya. Nik Hisamuddin turut berharap agar program ini dapat memberi impak yang positif, meningkatkan momentum dan kesedaran semua pihak berkenaan kepentingan keselamatan pesakit serta mengurangkan risiko berlakunya insiden yang menggugat keselamatan pesakit. Sambutan Hari Keselamatan Pesakit 2022 Peringkat Hospital USM pada tahun ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya ceramah, pameran keselamatan ubat - ubatan, pertandingan video pendek, kuiz keselamatan ubat-ubatan dan banyak lagi. Turut hadir semasa majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Pengarah Operasi, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah Insfrastruktur dan Aset, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Pengarah Klinikal merangkap Pengarah Program Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022 Peringkat Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria dan ketua-ketua jabatan serta unit Hospital USM. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 44 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Kampus Kesihatan USM Kongsi Kepakaran Kluster Perubatan STEM STREET 2022: Program STEM Street 2022 meneruskan fasa keempat (kluster perubatan) dengan memilih Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai rakan kerjasama strategik untuk memberi pendedahan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sekolah berkait kerjaya dalam bidang perubatan. Pendidikan STEM didefinisikan sebagai pembelajaran bersepadu disiplin Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang mengaplikasi konteks dunia sebenar dengan menghubungkan institusi pendidikan, komuniti dan industri untuk melahirkan bakat dan masyarakat berliterasi STEM ke arah memacu pembangunan ekonomi negara. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana memilih Kampus Kesihatan USM untuk melaksanakan program STEM Street 2022 yang bertemakan perubatan ini. "USM merupakan universiti tempatan awam pertama yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan India (Medical Council of India) sekaligus menjadikan program perubatan USM bertaraf antarabangsa serta memudahkan graduan menembusi pasaran kerja global sebagai pengamal perubatan. “Pengiktirafan ini telah diterima pada pertengahan 2018 dan ianya adalah pengiktirafan kedua setelah pengiktirafan terdahulu yang diberikan oleh Majlis Perubatan Maldives (Maldives Medical Council),” katanya ketika merasmikan program tersebut di Dewan Kuliah C, hari ini.
KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 45 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) Tambah Shaharum, pepatah melayu mengatakan ‘tidak kenal, maka tidak cinta’ adalah bertepatan dengan pemilihan Kampus Kesihatan USM yang komponennya terdiri daripada aspek perubatan dan kesihatan untuk seseorang yang mempunyai minat mendalami dan mempelajari bidang Sains. “Selaku universiti kedua tertua di negara ini, USM kini membangun dengan pesat dan mampu menawarkan pembelajaran pada peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar. “Saya menyeru para guru untuk menggalakkan anak didik di sekolah masing-masing menjadikan bidang STEM sebagai pilihan pertama bagi mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kerana masa depan Pembangunan Negara amat bergantung kepada kemantapan dan pencapaian penggalian ilmu dalam Sains dan Teknologi. "Hadirnya guru-guru adalah pemberi inspirasi dan memupuk minat serta kecintaan para pelajar untuk sesuatu bidang,” ujarnya lagi. Menurut Shaharum, beliau yakin dan percaya semua Institut Pengajian Tinggi utama Negara termasuk USM mampu mengasah bakat dan kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang STEM khususnya dalam bidang Sains Perubatan, Sains Pergigian dan Sains Kesihatan sebagai persediaan untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang tersebut di masa hadapan. “Dengan kelengkapan yang lengkap serta para pensyarah yang berpengalaman, InsyaAllah para pelajar bakal muncul menjadi salah seorang insan ternama dalam bidang Sains Perubatan, Sains Pergigian dan Sains Kesihatan serta bakal mempelopori penyelidikan dan menjadi pencipta inovasi,” jelasnya lanjut. Program STEM Street 2022 fasa empat (4) dihadiri kira-kira 200 orang guru-guru GBK seluruh negeri Kelantan selain turut dipancarkan secara maya menerusi ‘Facebook’ dan ‘Youtube’ Pusat STEM Negara serta KPM. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Unit Penglibatan dan Penggayaan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Pusat STEM Negara, KPM, Dr. Haniza Mahmood; Ketua Penolong Pengarah, Unit Standardisasi Data, Sektor Perancangan Data Makro Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, Dr. Mohd Faizal Md Karim; Ketua Penolong Pengarah Kanan Matematik/Sains, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Haji Nawawi Ab. Rashid; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak dan Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik, USM, Ramli Osman. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]
SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 46 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Sokong Matlamat serta Halatuju USM COOPUSMA “Saya percaya faktor kejayaan Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan Berhad (COOPUSMA) ialah sentiasa berdiri secara unik dan bertindak di luar kotak selain bergerak seiring dengan matlamat universiti kerana telah memilih perniagaan kesihatan yang tidak dilaksanakan oleh koperasi lain,” demikian kata Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Dr. Azlinda Azman semasa merasmikan mesyuarat agung koperasi berkenaan, hari ini. Menurut Azlinda, beliau begitu berbangga dengan kejayaan Koperasi Warga USM Kelantan Berhad yang telah memberikan tempias hebat ke atas reputasi USM di mata Malaysia dan sejak kebelakangan ini, COOPUSMA telah benar-benar menaikkan imej USM. “Sumbangan yang diberikan koperasi ini tidak dapat dinafikan lagi bahkan lain daripada yang lain seperti Pusat Dialisis Lestari, memberi latihan dan peluang pekerjaan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) di bawah program ‘Vocational Training’ USM, menyediakan tempat pembelajaran untuk pelajar dikenali sebagai ‘immersion space’ melalui ‘endownment’ COOPUSMA dengan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, pelantikan