The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Nor Azlin Wan Azlan, 2023-08-01 04:16:41

Buletin Kelip Edisi 3/2022

Buletin KELIP Edisi 3/2022

Keywords: kelip

KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 47 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) Klinik Lestari sebagai Klinik Panel serta pengoperasian ambulans koperasi. “Saya tertarik apabila mendapat tahu adanya ambulans koperasi ini yang mana saya difahamkan ia adalah sumbangan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Kelantan dan ambulans ini digunakan secara optimum dengan membawa pasukan perawatan termasuk jurupulih anggota ke rumah-rumah pesakit yang memerlukan rawatan susulan dan hal ini sekali lagi menaikkan nama USM di mata komuniti setempat,” ujarnya. Tambah Azlinda, beliau amat berterima kasih dan berbangga atas kerjasama yang ditunjukkan ini. “Ini sangat relevan dengan visi USM untuk mengutamakan ‘the bottom billion’ iaitu golongan terkebawah atau B40. “Saya juga percaya konsep keseimbangan hablumminallah wa hablumminannas ini telah menjadikan koperasi mencapai kejayaan secara berterusan dan disayangi staf sehingga lebih 50 peratus (%) daripada seluruh kakitangan Kampus Kesihatan telah menganggotainya,” jelasnya lagi. Azlinda turut mengajak semua pihak merujuk asas gerakan koperasi yang diteraskan oleh nilai-nilai sejagat seperti berdikari, demokrasi, persamaan hak (equality), keadilan (equity) dan semangat bersatu padu (solidarity) serta nilai etika seperti ketelusan, kejujuran dan keikhlasan, semangat mementingkan tanggungjawab sosial dan berbakti kepada masyarakat. “Gerakan awal koperasi tidak bertujuan memaksimumkan keuntungan, sebaliknya, koperasi bertujuan memberikan keperluan atau perkhidmatan pada kadar yang berpatutan. “Prinsip ini yang perlu dijaga oleh koperasi ini supaya identitinya kekal dalam kalangan staf dan pesakit serta saya mengharapkan agar kejayaan COOPUSMA dapat dikongsi dan diterjemah bagi kejayaan koperasi siswa pula selepas ini,” katanya. Azlinda juga bersetuju dan berbangga untuk mengatakan bahawa Koperasi Warga USM Kelantan Berhad adalah produk USM yang cemerlang dan berharap agar ianya kekal cemerlang dan terus merealisasikan impian koperasi itu sendiri amnya dan universiti khasnya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Negeri Kelantan, Mohd Shihabuddin Mohd Yazid; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan, Wan Mohamad Zain Wan Abdullah dan Pengerusi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad, Profesor Madya Dr. Mohamed Saat Ismail. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 48 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA SIDANG 2022/2033 Pendaftaran pelajar baharu Sidang Akademik 2022/2023 Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini berjalan lancar. Sehingga jam 12.00 tengah hari, seramai 482 pelajar yang mendaftar diri daripada keseluruhan 555 pelajar yang dijangka mendaftar akan mengikuti pelbagai program yang ditawarkan di tiga pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan.  Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin turut meluangkan masa melihat proses pendaftaran yang dijalankan di Desasiswa Murni dan Desasiswa Nurani. Shaharum ketika ditemui mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu yang menjejakkan kaki ke Kampus Kesihatan kerana terpilih sebagai pelajar Perubatan, Pergigian dan Sains Kesihatan yang merupakan impian ramai pelajar di luar sana.   “Alhamdulillah, siswa siswi yang menerima surat tawaran adalah mereka yang terpilih ataupun 'cream of the cream' selepas melepasi proses saringan serta temuduga yang ketat.   “Justeru, saya berharap agar siswa siswi yang terpilih ini sentiasa bersyukur dan komited mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran agar memperoleh semaksimum mungkin ilmu serta pendedahan dalam bidang masing-masing sebelum bergraduan seterusnya berkhidmat untuk negara, nusa dan bangsa,” katanya.  Tambah Shaharum, sepanjang tempoh pengajian siswa siswi di Kampus Kesihatan selama empat (4) hingga lima (5) tahun ini, pengurusan serta warga kerja Kampus Kesihatan komited untuk membantu dalam apa jua kapasiti bagi menyokong pembelajaran serta kehidupan sebagai mahasiswa.  “Sekiranya ada dalam kalangan siswa siswi yang memerlukan sebarang perhatian atau bantuan, anda boleh menghubungi pengurusan dalam pelbagai Pendaftaran Pelajar Baharu di Kampus Kesihatan Berjalan Lancar


buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 49 platform sama ada menerusi Pusat Pengajian, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pusat Islam dan lain-lain.  “Selain perhatian khusus kepada pengajian akademik, universiti turut menyediakan pelbagai platform nilai tambah kepada mahasiswa termasuk kemudahan sukan, riadah, aktiviti berpersatuan dan program-program keusahawanan,” jelasnya lagi.  Shaharum turut berharap agar semua urusan siswa siswi dipermudahkan oleh-Nya sepanjang menempuh fasa pengajian di Kampus Kesihatan selain berharap agar mereka dapat bergraduan dengan cemerlang dan menjadi aset kepada keluarga serta negara kelak.  [Teks: R. Alia Fazni R. Azmi] SELAMAT DATANG KAMPUS KESIHATAN KAMI MEMIMPIN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 50 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Kesihatan Mental Bukan Gila Ubah Stigma Negatif 'Menjadikan Kesihatan Mental dan Kesejahteraan untuk Semua Sebagai Keutamaan Global' PROFESOR DR. SHAHARUM SHAMSUDDIN Pengarah Kampus Kampus Kesihatan USM 'Menjadikan Kesihatan Mental dan Kesejahteraan untuk Semua Sebagai Keutamaan Global' yang dipilih sebagai tema Hari Kesihatan Mental 2022 sangat bertepatan dengan keadaan semasa yang dihadapi oleh kita semua ekoran pandemik COVID-19 yang melanda sebelum ini. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, hari ini merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental 2022 yang diadakan di Dewan Kuliah C, anjuran Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Persatuan Perubatan Psikologi Kelantan (PERSIKOL) serta Pusat Kesihatan Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI). Dalam ucapan perasmiannya beliau berkata, sambutan ini bertujuan untuk memperkenalkan program pemulihan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental supaya mereka dapat berinteraksi dan berfungsi di dalam masyarakat. "Kesihatan mental seringkali dikaitkan dengan penyakit mental sedangkan ianya adalah kurang tepat. " B e r d a s a r k a n P e r t u b u h a n Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental merangkumi perasaan, fikiran dan tingkah laku dalam diri, kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang sekeliling di samping bagaimana seseorang itu mengendalikan cabaran serta tekanan yang timbul dalam kehidupan mereka. "Sambutan Hari Kesihatan Mental antara usaha untuk meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental kerana masyarakat sering beranggapan negatif terhadap mereka yang mengalami masalah kesihatan mental", ujarnya. Tambah Shaharum, kolaborasi dengan PERKESO yang telah memperkenalkan program 'Return To Work' (RTW) juga membantu pesakit khususnya pencarum yang hilang upaya melalui sesi kaunseling, intervensi pemulihan fizikal, pemulihan vokasional, latihan pekerjaan sehingga mereka mampu untuk kembali bekerja.


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 51 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) "Pusat Inkubator Rehabilitasi Psikiatri Hospital USM turut menyediakan platform latihan kemahiran secara praktikal bagi melatih pesakit mendapat latihan asas vokasional dengan harapan mereka diberi peluang untuk bekerja dan tidak dipinggirkan. "Saya berharap agar kita terus menyokong usaha ini dan membuang anggapan negatif, hilangkan stigma yang dilabelkan ke atas istilah psikiatri itu sendiri. Mereka memerlukan sokongan kita kerana kekuatan psikologi dapat memastikan kesejahteraan diri, keseimbangan fizikal, mental, tingkah laku dan spiritual," katanya. Menurut Shaharum, USM sentiasa membuka peluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam apa jua program atau kempen yang berkaitan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan mental menjadi keutamaan yang perlu dijaga. Kira-kira 200 orang peserta menyertai program sehari ini yang diisi dengan sesi ceramah dan forum kesihatan mental, pameran kesihatan mental, sesi temuduga pekerjaan oleh wakil-wakil majikan serta gerai-gerai jualan. Turut hadir ialah Pengarah PERKESO Negeri Kelantan, Nora Yaacob; Ketua Jabatan Psikiatri, Profesor Madya Dr. Mohd Azhar Mohd Yasin dan Pensyarah Jabatan Perubatan merangkap Pengerusi Pogram Hari Kesihatan Mental 2022, Dr. Ahmad Shahril Ab. Halim. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid]


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 52 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA ARNI JASICA Bangga Jadi Warga USM Tekad Capai Impian Bergelar Doktor Perubatan Tidak pernah menyangka pilihan pertama permohonan kemasukan ke universiti menyebelahi dirinya apabila mendapat tawaran menjadi pelajar bidang perubatan di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Itulah rezeki yang berpihak kepada Arni Jasica Yusop, 19, remaja berasal daripada masyarakat orang asli Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, Perak. Arni Jasica merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Perak yang memperoleh 7A dan 3B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam aliran Sains yang mendapat 'Culmulative Grade Point Average' (CGPA) 3.93 sebelum diterima melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM. Menyelusuri kisahnya yang menerima khabar gembira apabila surat tawaran melanjutkan pengajian berada di tangan, Arni bagaikan tidak percaya impiannya untuk menabur bakti kepada masyarakat hampir menjadi kenyataan. "Sejak dibangku sekolah lagi saya bercita-cita menjadi doktor bagi memberi perkhidmatan perawatan kesihatan kepada masyarakat terutama komuniti orang asli. "Saya juga berharap agar anak-anak daripada masyarakat orang asli tidak mudah putus asa dan terus belajar untuk mengecapi kejayaan serta bergelar mahasiswa perubatan satu hari nanti," katanya ketika ditemubual, hari ini. Arni Jasica merupakan antara 505 orang pelajar yang mendaftar diri di Kampus Kesihatan USM bagi Sidang Akademik 2022/2023 dengan bilangan pelajar perempuan berjumlah 415 orang berbanding 90 orang pelajar lelaki.


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 53 Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor USM, Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat dalam amanatnya di Majlis Sambutan Siswa Sidang Akademik 2022/2023 mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua siswa siswi sebahagian daripada 4,283 calon yang telah ditawarkan masuk ke USM daripada sejumlah 60,161 yang memohon untuk menyambung pengajian di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. "Saudara-saudari bertuah dapat memasuki USM yang satu-satunya universiti berstatus APEX di negara kita. "Apakah universiti APEX? APEX adalah singkatan daripada Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau dalam bahasa Inggerisnya 'Accelerated Programme for Excellence' dan USM dipilih menjalani program APEX pada 2008 sebagai sebahagian dari Pelan Transformasi Pendidikan Tinggi Negara," ujarnya. Tambah Narimah, fokus utama USM APEX ialah Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok atau 'Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow'.  “Satu dari tindakan yang dibuat oleh USM ketika mendapat APEX ialah menjenamakan Minggu Suai Kenal sebagai Minggu Siswa Lestari dan menukar nama Klinik USM kepada Pusat Sejahtera di samping menubuhkan Pusat Kajian Kelestarian Global. “Tujuannya ialah untuk membudayakan kelestarian dalam kalangan warga USM di samping bersama-sama memainkan peranan masing-masing dengan sewajarnya. Malah USM turut mewujudkan jawatan Timbalan Naib Canselor (Kelestarian dan Pembangunan Institusi) untuk mengukuhkan hasrat ini,” katanya. Menurut Narimah, perjuangan kelestarian juga bermakna USM sentiasa prihatin kepada nasib dan kebajikan mereka yang berada dalam tahap kemiskinan atau B40. “Jangan malu jika berada dalam kumpulan ini kerana peluang untuk berjaya terbuka sama rata kepada semua pelajar yang bersedia untuk ke tengah, mengambil setiap peluang yang ada, bertemu dengan pihak yang bersedia membantu seperti pegawai di Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni dan Pusat Islam, Kaunselor di Unit Kaunseling serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang diadakan oleh universiti secara aktif. “Kini USM turut memperkenalkan Program LIFE yang dibangunkan khas untuk menghasilkan siswazah yang kreatif dan berdaya saing serta menguasai elemen HEBAT iaitu ‘Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate dan Thinking’. Program ini diwujudkan bertujuan mendidik para pelajar tentang pengurusan kewangan, meneroka makmal kehidupan yang memberi pengalaman menerokai dan memahami dunia kelestarian termasuk cabaran krisis perubahan cuaca, aktiviti pemikiran inovatif berkaitan dengan penguasaan kemahiran digital dan ‘Design Thinking’,” jelasnya lagi. Narimah turut menyeru siswa-siswi untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada semasa mengikuti sesi pengajian. “Saya doakan saudara-saudari sentiasa cekal (resilient) dan kental (persistent) menghadapi jerit perih sepanjang tempoh pengajian. Jadikan pengalaman di kampus sebagai sesuatu yang akan diingati sepanjang kehidupan,” katanya. Narimah juga turut memperkenalkan barisan Pengurusan Tertinggi Universiti dan Kampus Kesihatan kepada siswa siswi Sidang Akademik 2022/2023. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel] buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022)


Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Unit Sains Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) berjaya menerbitkan sebuah buku elektronik Unit Rawatan Kebakaran Hospital USM bagi memberi kefahaman dan penyampaian ilmu kepada masyarakat dengan kemudahan teknologi di hujung jari tentang apa itu luka terbakar dan melecur.  Selaras dengan anjakan revolusi industri yang kian mara, USM tidak ketinggalan dalam IR 5.0 (revolusi industri 5.0) dengan memenuhi salah satu kriteria IR 5.0 iaitu memaksima kekuatan manusia dan teknologi.  M e n u r u t Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, buku ini berjaya diterbitkan hasil g a b u n g a n kebijaksanaan manusia dan kecanggihan teknologi masa kini yang memberi kemudahan kepada semua pihak untuk membacanya di mana sahaja berada kerana ia bersifat buku pintar yang boleh membawa pembaca ke pautan-pautan lain yang berkaitan.  "Penghasilan buku elektronik ini juga telah menyahut saranan kerajaan dan United Nation iaitu ‘Sustainable Development Goals’ dengan memenuhi empat (4) daripada 17 seksyen SDG. "Empat SDG tersebut ialah SDG nombor 15 ‘Life on land’: di mana tiada sebarang pokok yang terkorban dalam penghasilan buku, SDG nombor 12 ‘Responsible comsumption and production’: di mana pada fasa produksi, projek ini tidak menghasilkan banyak sampah dan tidak menyumbang kepada sebarang pencemaran alam, SDG 9 ‘Industry, innovation and infrastructure’: seperti mana kita sedari buku elektronik ini merupakan sebuah inovasi dan SDG 3: ‘Good health and well being’: terang lagi bersuluh projek buku pintar ini berpaksikan kesejahteraan pesakit," katanya ketika SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN BUKU ELEKTRONIK Luka Terbakar Didik Masyarakat Fahami Proses Rawatan dan Pemulihan 54 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 55 menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran 'E-book' Apa Itu Luka Terbakar dan Melecur, hari ini.  Tambah Nik Hisamuddin, buku pintar ini juga merupakan satu kelahiran teknologi dalam pengurusan pesakit-pesakit luka terbakar dan melecur.  "Semoga dengan terbitnya buku elektronik ini dapat memberi lebih pemahaman dan ilmu kepada pesakit-pesakit berkenaan perjalanan rawatan mereka.  "Selain itu, ia juga diharap dapat memberi inspirasi kepada pensyarah dan warga USM untuk terus menghasilkan produk-produk lain serta bekerja seiring perkembangan teknologi terkini," jelasnya lagi.  Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengasas Unit Rawatan Kebakaran, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim; Timbalan Dekan Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam; Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Penyelaras Unit Sains Rekonstruktif, PPSP USM, Profesor Dr. Wan Azman Wan Sulaiman; Ketua Projek Buku Elektronik Unit Rawatan Kebakaran, Dr. Siti Fatimah Noor Mat Johar serta penyumbang bahan penulisan dan reka grafik yang turut terlibat dalam penghasilan buku elektronik tersebut. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel] buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) Perjalanan hidup saya sebagai seorang pesakit luka terbakar/melecur & ? AMBULAN AMBULANCE


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 56 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA APCUPentas Terbaik Pakar Persidangan '13th Asia Pacific Cardiology Update 2022' (APCU) kembali semula setelah dua (2) tahun ditunda ekoran pandemik COVID-19 melanda negara. Persidangan tahunan anjuran bersama Persatuan Kardiologi Pantai Timur Malaysia (MECCS) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama ‘National Heart Association of Malaysia’ (NHAM) kali ini bertemakan ‘Redefining The Future of Cardiology’. APCU merupakan pentas terbaik untuk pakar-pakar jantung dalam dan luar negara membentangkan penemuan terbaharu dalam perawatan penyakit jantung selain untuk berkongsi pengetahuan dalam kalangan petugas kesihatan berkenaan perkembangan dan penemuan terkini dalam bidang kardiologi seluruh dunia. Persidangan yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 14 hingga 16 Oktober ini antara lain bertujuan untuk mengemaskini ilmu pengetahuan berkenaan pencegahan dan perawatan penyakit kardiovaskular. Persidangan ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Mohd Azman Yacob. Mohd Azman dalam ucapannya berkata, penyakit kardiovaskular adalah salah satu pembunuh utama di Malaysia. "Penyakit jantung koronari merupakan penyumbang utama kepada jumlah kematian. "Pada tahun 2021, jumlah kematian akibat penyakit ini Bentang Penemuan Terbaharu Perawatan Penyakit Jantung


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 57 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) adalah sebanyak 17.0% daripada 109,155 kematian berdaftar dan angka ini meningkat 13.2% berbanding yang dilaporkan pada tahun 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. "Statistik ini tidaklah mengejutkan kerana Malaysia mempunyai peningkatan faktor-faktor risiko kardiovaskular dalam populasi diabetes, hipertensi, dislipidaemia dan merokok," katanya ketika merasmikan persidangan tersebut di Hotel Grand Renai, hari ini. Tambahnya, semua petugas kesihatan yang terlibat dalam perawatan penyakit kardiovaskular perlu bersedia dengan pengetahuan terkini dan lengkap untuk mengurangkan kadar kematian penyakit kardiovaskular. "Saya mengharapkan agar ilmu yang diperoleh daripada persidangan ini dapat dikongsi dan digunakan oleh semua pengamal kesihatan terutama yang berkhidmat di kawasan luar bandar. "Saya juga menyeru Keluarga Malaysia agar membudayakan gaya hidup sihat seperti mengaktifkan diri dengan bersenam, sentiasa berfikiran positif, mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak merokok serta melakukan saringan kesihatan secara berkala," ujarnya. Mohd Azman turut berharap penganjuran persidangan sebegini dapat menyumbang ke arah mengurangkan kadar kematian penyakit kardiovaskular di Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Norazman Alias; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria; Mantan Presiden National Heart Association Malaysia (NHAM), Profesor Dato’ Dr. Wan Azman Wan Ahmad; Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Penyakit Dalam, PPSP USM, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Izani Wan Mohamed; Penasihat '13th APCU 2022', Profesor Dato’ Dr. Zurkurnai Yusof dan Pengerusi '13th APCU 2022', Dr. Wan Yus Haniff Wan Isa. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN “Universiti Sains Malaysia (USM) amat serius dalam membantu golongan berkeperluan khas ini sehingga USM kini telah membuka Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kampus Kesihatan dan Kampus Induk malah kita juga menyediakan kumpulan khas yang terdiri daripada pakar bagi menguruskan PDK ini,” demikian kata Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. Shaharum berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Penyerahan Kerusi Roda dan Alatan Mobiliti Murid Berkeperluan Khas Sekolah - sekolah Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM, hari ini. Menurutnya, USM bukan setakat memberi bantuan tetapi juga mendidik golongan ini supaya pada masa akan datang mereka dapat berdikari di samping dapat menjana pendapatan bagi menyara kehidupan seharian serta tidak bergantung harap kepada orang sekeliling. "Program anjuran Pusat Transformasi Orang Kelainan Upaya (OKU), Koperasi Cakna OKU Berhad dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan kali ini berjaya menyerahkan 16 buah kerusi roda dan 15 alatan mobiliti kepada 21 orang murid berkeperluan khas dari 16 buah sekolah seluruh negeri Kelantan," ujarnya. Sementara itu, salah seorang penerima kerusi roda, Amalin Qistina Amlaki, 13, ketika ditemui berkata, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada USM dan JPN kerana memilihnya sebagai salah seorang penerima kerusi roda khas mengikut keperluannya bagi memudahkan pergerakan berbanding kerusi roda yang digunakan sebelum ini. “Saya telah menggunakan kerusi roda yang berkuasa bateri ini dari darjah satu (1) lagi kerana tangan saya memang lemah dan doktor tidak menggalakkan saya melakukan banyak pergerakan. “Saya banyak gunakan kerusi roda untuk bergerak di dalam kawasan sekolah berbanding di rumah dan selama enam (6) tahun menggunakannya, ia sangat membantu malah senang untuk saya bergerak ke tempat yang dituju walaupun kadang-kadang saya memerlukan pertolongan cikgu. Amalin yang merupakan anak bongsu daripada empat (4) beradik turut berpesan kepada pelajar OKU yang lain agar tidak mudah putus asa dengan kekurangan diri sebaliknya tanamkan sifat sabar dan berusaha hingga berjaya. 58 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA USM & JPN Jalin Kerjasama Bantu Pelajar OKU di Kelantan


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 59 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas, JPN Kelantan, Hajah Intan Izzati Md Hashim dan Ketua Unit Transformasi OKU merangkap Pengerusi Bersama Kluster OKU USM, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim. [Teks : Muhd Zulkifli Zakaria]


"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Yayasan UEM yang sentiasa menghulurkan sumbangan kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), terutama sepanjang kita menghadapi pandemik COVID-19", demikian ucapan Pengarah, Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dalam majlis meraikan lawatan delegasi Yayasan UEM ke Hospital USM, hari ini. Menurut beliau, sebagai rakan program 'Medical Assistance' Hospital USM sejak 2019, Yayasan UEM komited menyalurkan sumbangan dan ianya sangat membantu pesakit golongan B40 dan asnaf yang memerlukan. "Sesungguhnya Hospital USM sangat bertuah kerana Yayasan UEM bukan hanya menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan untuk perubatan dan alatan perawatan, malahan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sumbangan disalurkan dalam pelbagai bentuk seperti peralatan perlindungan diri (PPE), Kit RTK-Antigen untuk ujian pengesanan COVID-19 serta makanan untuk pasukan barisan hadapan yang SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 60 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA bertugas", katanya. Sementara itu, Pengarah Urusan UEM yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, Dato' Mohd Izani Ghani amat berbangga dan terharu kerana RM1,580,000 yang disumbangkan sebelum ini telah dimanfaatkan oleh hampir 300 orang pesakit. "Kerjasama dengan USM bermula secara tidak sengaja akan tetapi kekuatan Hospital USM sebagai hospital rujukan dan tumpuan pesakit-pesakit bukan sahaja dari negeri Kelantan malahan merangkumi pesakit dari Terengganu dan Pahang menjadi alasan paling kukuh untuk Yayasan UEM menyalurkan sumbangan. "Saya mengharapkan kerjasama ini akan berterusan demi kelangsungan masyarakat yang memerlukan", ujar beliau. Hari ini Yayasan UEM terus menyalurkan sumbangan berjumlah RM400,000 kepada Hospital USM di samping tiga (3) orang pesakit turut menerima sumbangan. YAYASAN UEM RM1.5 JUTA RINGANKAN BEBAN PESAKIT HOSPITAL USM SEJAK 2019 Sumbang Lebih YAYASAN


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 61 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Direktor Komunikasi UEM Group Berhad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UEM, Aishah Nor; Penyelaras Unit Pembangunan Korporat Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani @Ab. Ghani; Timbalan-timbalan Pengarah Hospital USM dan Ketua-ketua Jabatan. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid & Marlina Zahari] Yayasan UEM terus menyalurkan sumbangan berjumlah RM400,000 kepada Hospital USM


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 62 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Penyakit Buah Pinggang Kronik: Cegah Lebih Baik daripada Merawat Bagi pesakit buah pinggang kronik, fungsi buah pinggang akan berkurangan secara beransur-ansur tanpa dapat disembuhkan dan juga dianggap sebagai pembunuh dalam diam. Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta Yayasan Islam Kelantan menganjurkan 'Seminar Kesedaran Tentang Penyakit Buah Pinggang Kronik dan Perkaitan dengan Kesihatan Oral' dalam kalangan guru. Program ini merupakan inisiatif di bawah geran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS). Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, penyakit buah pinggang kronik atau ‘Chronic Kidney Disease’ (CKD) merupakan salah satu isu yang membebani sistem kesihatan di Malaysia berikutan jumlah pesakit yang semakin meningkat. "Berdasarkan Daftar Dialisis dan Pemindahan Buah Pinggang Malaysia, seramai 7,967 pesakit baharu menjalani dialisis pada tahun 2015 dan dijangka meningkat kepada 106,000 pada tahun 2040. “Berikutan dengan itu, kempen kesedaran perlu segera digerakkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan penjagaan buah pinggang,” katanya ketika merasmikan seminar tersebut, hari ini.


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 63 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) Sementara itu, Pengarah Seminar Kesedaran Penyakit Buah Pinggang Kronik dan Perkaitan dengan Kesihatan Oral, Dr. Nur Karyatee Kassim, pula berkata, penganjuran seminar itu bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan terutama kepada warga pendidik tentang penyakit buah pinggang kronik. “Ia amat bertepatan dalam membantu para guru kekal sihat memandangkan mereka amat sibuk dalam memberi pendidikan ketika pasca COVID-19 sehingga tiada masa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. "Mereka juga boleh menyampaikan ilmu yang diperoleh dalam seminar ini melalui platform Seminar Kesedaran Tentang Penyakit Buah Pinggang Kronik dan Perkaitan dengan Kesihatan Oral pendidikan kepada pelajar dan masyarakat. “Selain kesedaran mengenai kepentingan buah pinggang, peserta turut didedahkan tentang faktor-faktor penyebab, cara pencegahan serta ujian air kencing dan darah yang digunakan untuk mengesan penyakit buah pinggang kronik,” katanya. Menurut Nur Karyatee, penghidap penyakit buah pinggang turut berisiko mendapat penyakit oral seperti penyakit periodontitis atau kerosakan pada gusi dan tulang gigi. Selain perkongsian pakar, turut diadakan kuiz bagi menilai tahap kefahaman peserta. [Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid & Marlina Zahari] “penganjuran seminar itu bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan terutama kepada warga pendidik tentang penyakit buah pinggang kronik” - Dr. Nur Karyatee


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 64 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Untuk OKU Fokus Utama Pusat Transformasi OKU Pemulihan & Latihan USM - MAIK Isu Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah isu kompleks jangka panjang yang merangkumi permasalahan perubatan dan pelbagai masalah kehidupan yang berbeza-beza mengikut kategori OKU serta tahap umur mereka. ‘World Health Organization’ (WHO) dan ‘World Bank’ menganggarkan 15 peratus (%) penduduk sesebuah negara tergolong sebagai OKU. Ini bermakna dengan jumlah penduduk di Malaysia seramai 32.7 juta, dianggarkan 4.95 juta adalah dalam kalangan OKU. Hal ini memberi impak yang sangat besar terhadap ekonomi negara apabila kerajaan terpaksa memperuntukan hampir RM1.8 billion setahun untuk penjagaan dan kesihatan mereka. Sejajar dengan permasalahan ini, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi geran hampir RM1 juta yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menubuhkan Pusat Transformasi OKU USM - MAIK di Kampus Kesihatan USM bertujuan untuk memperkasa golongan OKU agar mereka mampu hidup berdikari dan menyumbang kepada produktiviti negara. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin yang mewakili Naib Canselor USM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAIK di atas anugerah geran tersebut bagi pembinaan Pusat Transformasi OKU USM-MAIK. Ianya akan menjadi mercu tanda dan pemangkin kepada perkhidmatan, penyelidikan dan pembelajaran berkaitan OKU di USM. “Penubuhan Pusat Transformasi OKU USM-MAIK ini turut menjadi harapan MAIK agar usaha USM terus dikembangkan ke seluruh daerah di Kelantan dan negeri-negeri lain bagi memastikan semua golongan OKU mendapat manfaat selain menjadi platform untuk memudahkan MAIK membantu masyarakat terutamanya golongan OKU yang memerlukan bantuan. “Pusat Transformasi OKU USM-MAIK ini merupakan


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 65 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) pusat sehenti OKU yang pertama di Pantai Timur dan antara yang terawal di Malaysia. Oleh itu, ia mampu menjadi model untuk dikembangkan ke seluruh negara,” katanya. Perasmian Pusat Transformasi OKU USM-MAIK telah disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz di Kampus Kesihatan USM, hari ini. Tengku Temenggong Kelantan turut berbesar hati menyampaikan sijil tamat latihan kepada pelatih OKU VT@USM, sijil tamat latihan bengkel TOT VT@USM dan sijil penghargaan kepada majikan mesra OKU VT@USM dalam majlis yang sama. Tambah Shaharum, berbeza dengan peranan Makmal Penyelidikan Sains yang lain, Makmal Penyelidikan Sosial adalah di dalam masyarakat itu sendiri. “Oleh itu, Pusat Transformasi OKU USM-MAIK ini akan menjadi makmal penyelidikan perkhidmatan dan pemerkasaan OKU yang menjadikan USM sebagai pemimpin dalam penyelidikan dan pembelajaran berkaitan OKU. “Kini sudah tiba masa untuk kita mencari penyelesaian jangka panjang bagi menukar status OKU ini daripada liabiliti kepada produktiviti iaitu dengan menjadikan mereka sumber manusia kerana mereka juga mampu menyumbang kepada produktiviti negara sekiranya diberi latihan pekerjaan yang bersesuaian,” ujarnya lagi. Menurut Shaharum, USM sebagai Universiti APEX iaitu ‘The Accelerated Program for Excellence – Transforming Higher Education For A Sustainable Tomorrow’ meletakkan golongan terkebawah dan golongan OKU sebagai sasaran utama untuk dibantu. “USM sebagai sebuah universiti bertanggungjawab untuk mereka cipta mekanisme dan model perkhidmatan bagi mengubah masa depan golongan ini. “Program Transformasi OKU yang dijalankan di USM adalah bertepatan dengan dasar universiti dan negara iaitu Matlamat Pembangunan Lestari dan Wawasan Kemakmuran Bersama serta Akta OKU dan melalui program ini, seramai 120 orang OKU intelek telah berjaya mendapat pekerjaan, termasuk 50 orang yang akan menerima sijil tamat latihan pada hari ini,” jelasnya. Beliau berkata, melalui kepakaran ‘Occupational Therapy’, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) USM telah menjalankan program-program pemerkasaan OKU seperti latihan pekerjaan OKU Intelek (VT@USM) (2012), program modifikasi khas kerusi roda (2013), Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK@USM) (2014), program pertanian komersial (2015) serta Pusat Latihan Pertanian OKU Intelek USM-JKM, di Rumah Seri Kenangan, Kemumin, Pengkalan Chepa (2019) sebagai kaedah untuk memperkasa OKU. “Program-program tersebut adalah bersifat lestari dan terus berkembang serta berjalan sehingga sekarang. Contohnya, program modifikasi kerusi roda sehingga kini telah berjaya membekalkan sebanyak 500 kerusi roda kepada OKU di Kelantan. “Program-program di bawah Pusat Transformasi OKU ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada agensi-agensi kerajaan seperti MAIK, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Spinal Pantai Timur, Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Persatuan Autisme Kelantan, Persatuan Down Sindrom Kelantan, Yayasan Raja Shamri dan lain-lain yang turut sama membantu memperkasakan golongan OKU,” ulasnya lanjut. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tengku Puan Temenggong Kelantan, Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Al-Marhum Tunku Abdul Rahman; Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Haji Nik Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi; Timbalan Yang Dipertua MAIK, Haji Zulkifle Ab Rahman, Pengarah JKM Negeri Kelantan, Said Sidup; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Ketua Unit Transformasi OKU USM, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim; Pegawai-pegawai MAIK dan Pegawai-pegawai USM. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]


Pasukan perubatan Yayasan 'Healing Little Hearts' (HLH) dari United Kingdom terus menabur bakti dengan melakukan pembedahan ke atas pesakit jantung kongenital Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dalam siri lawatan kali ke lapan (8) ke hospital ini sejak tahun 2015. Penyakit jantung kongenital adalah salah satu penyakit utama dalam kalangan kanak-kanak yang melibatkan kira-kira lapan kes dalam setiap seribu kelahiran. Menurut Pakar Kardiologi Pediatrik SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 66 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 'Healing Little Hearts' Lapan Pesakit Jantung Kanak-kanak Jalani Pembedahan di Bawah Program


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 67 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) Hospital USM yang juga Penyelaras Program Kebajikan Kardiotorasik USM - HLH, Dr. Mohd Rizal Mohd Zain, Hospital USM bekerjasama dengan pasukan perubatan HLH yang diketuai oleh Dr. Edward Peng telah berjaya melakukan lapan (8) pembedahan terhadap pesakit berumur dua (2) bulan hingga 13 tahun dalam masa lima (5) hari lawatan mereka kali ini. “Pasukan perubatan HLH yang tiba di Hospital USM pada 23 Oktober lalu terdiri daripada lapan (8) petugas termasuk tiga (3) Pakar Kardiotorasik Pediatrik, dua (2) Pakar Pediatrik Kardiologi Intensif, dua (2) Jururawat serta seorang Perfusionis bergerak secara sukarela dengan mendapat bantuan kewangan melalui sumbangan orang ramai. “Dalam setiap siri lawatan pasukan perubatan HLH ke Hospital USM, dianggarkan kira-kira RM150,000 diperuntukkan untuk kos keseluruhan pembedahan jantung kongenital yang biasanya dijadualkan dilakukan kepada 10 orang pesakit. “Kos pembedahan bagi penyakit jantung kongenital biasanya mencecah RM40,000 hingga RM50,000 bagi setiap kes di hospital-hospital lain. Menerusi program ini, pesakit tidak perlu menanggung kos rawatan yang tinggi kerana sebahagian besar kos tersebut ditanggung oleh Hospital USM, Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) yang diasaskan oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan dan Tabung Kebajikan Persatuan Alumni Doktor USM (PADU),” katanya ketika ditemubual. Tambah Mohd Rizal, terdapat lebih 30 orang pesakit menunggu giliran untuk menjalani pembedahan, namun disebabkan oleh pelbagai kekangan terutamanya kewangan, ramai yang terpaksa menunggu lama dan Program Kebajikan Kardiotorasik USM-HLH ini sangat membantu pesakit terutamanya golongan B40. “Sehingga kini, seramai 78 pesakit jantung kanak-kanak berjaya menjalani pembedahan hasil kerjasama antara Hospital USM dengan pasukan perubatan Yayasan HLH. “Di samping membantu melakukan pembedahan ke atas pesakit, pasukan perubatan HLH turut melaksanakan proses pemindahan ilmu, kepakaran dan penggunaan peralatan yang canggih dari luar negara dalam melatih doktor-doktor di Hospital USM,” ujarnya lagi. Mohd Rizal turut berharap agar program kebajikan ini berterusan pada tahun-tahun akan datang bagi membantu lebih ramai pesakit jantung kanak-kanak menjalani pembedahan sekaligus membantu mengurangkan beban keluarga pesakit yang berhadapan dengan kos pembedahan yang tinggi. “Besarlah harapan kami agar program ini mendapat perhatian lebih ramai pihak untuk membantu membiayai keperluan membawa pasukan perubatan HLH dengan lebih kerap bagi membolehkan pembedahan pesakit dijalankan dengan lebih banyak lagi. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 76 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022: Pupuk Kesedaran Lebih Tinggi Masyarakat Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022 yang bertemakan ‘You’re Not Alone; We’re Stronger Together’ anjuran ‘Breast Cancer Awareness Unit’ (BestARi), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, hari ini. Program ini bertujuan memupuk kesedaran yang lebih tinggi mengenai kanser payudara bukan sahaja dalam kalangan kakitangan Hospital USM tetapi juga kepada masyarakat umum. Kanser payudara merupakan kanser utama serta pembunuh nombor satu dalam kalangan wanita dan satu (1) peratus (%) kaum lelaki juga berpotensi menghidap penyakit ini. Majlis tersebut diisi dengan sesi perkongsian pengalaman oleh bekas pesakit kanser payudara selain sesi penerangan mengenai simptom awal, risiko, kaedah diagnosis dan rawatan serta pencegahan kanser payudara oleh Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Dr. Maya Mazuwin Yahya. Hadir merasmikan majlis ini ialah Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria. Turut hadir ialah Timbalan Dekan Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan PPSP, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Ketua Unit BestARi, Profesor Madya Dr. Juhara Ayob. [Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan]


PARU-PARU Terdapat 600 juta struktur kecil pada paru-paru yang dinamakan alveoli. Luas permukaan alveoli ini jika dibentangkan boleh menutupi sebuah gelanggang tenis! Tersangatlah luas!


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 70 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA ' PECIPTA' 2022 : Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa Tahun 2022 atau 'International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning' (PECIPTA’22) merupakan pameran pertandingan dwi-tahunan melibatkan kesemua universiti awam dan swasta di Malaysia anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghantar 20 penyertaan dalam pameran PECIPTA kali ini dan empat (4) pasukan dari Kampus Kesihatan USM telah menerima anugerah Emas. Dua anugerah diperolehi oleh Dr. Nur Karyatee Kassim menerusi projek 'Facial Mask With Electrical Stimulation (FaMES)' dari Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Profesor Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) bersama produk 'Smart Xylazine Sensor' yang menyertai pameran secara fizikal di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Selain itu, dua (2) lagi kumpulan yang turut menerima anugerah Emas juga dari PPSK dan menyertai pertandingan secara maya ialah Dr. Mohammad Khairul Azhar Abdul Razab dengan produk, 'Anti-Radon Nanocomposite Brick' serta produk 'Nurul Module' hasil penyelidikan Profesor Madya Dr. Garry Kuan Pei Ern yang turut mendapat tempat ketiga 'My Tech Pitch'. Empat Pasukan dari Kampus Kesihatan Terima Anugerah Emas Dr. Nur Karyatee Kassim 'Facial Mask With Electrical Stimulation (FaMES)'


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 71 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) PECIPTA'22 telah berlangsung pada 2 hingga 3 November lalu di Dewan Tuanku Canselor UMK dengan penyertaan sebanyak 459 kumpulan inovasi daripada pelbagai institusi yang dipertandingkan di dalam 10 kategori utama iaitu 'Energy' 'Business and Financial Services', 'Culture, Arts and Tourism', 'Medical and Healthcare', 'Smart Technology and Systems', 'Smart Cities and Transportation', 'Water and Food', 'Agriculture and Forestry', 'Education' dan 'Environment and Biodiversity'. PECIPTA'22 diadakan bertujuan untuk meningkatkan rangkaian dan kerjasama dalam kalangan peserta, industri, agensi dan pihak berkepentingan untuk terus meneroka, menambah baik dan memastikan teknologi yang dibangunkan boleh dipindahkan kepada industri dan komuniti. Prof. Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah 'Smart Xylazine Sensor' Prof. Madya Dr. Garry Kuan Pei Ern 'Nurul Module' Dr. Mohammad Khairul Azhar Abdul Razab 'Anti-Radon Nanocomposite Brick' Program ini juga membantu meningkatkan budaya inovasi dalam kalangan penyelidik khususnya penyelidik USM selain membantu mempromosikan produk inovasi yang diciptakan oleh mereka. PECIPTA'22 yang bertemakan 'Innovation, Creativity, Technology, Entrepreneurship and Society' telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Canselor UMK, Profesor Dr. Razli Che Razak dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed. [Teks: Dr. Nur Karyatee Kassim & Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 72 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Pelancaran Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melancarkan Tabung Wakaf Kesihatan MAIK-USM bertempat di Dewan Kuliah 4, Kampus Kesihatan, hari ini. Timbalan Pengarah, Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Ustazah Amira Abdul Satar @ Ismail berkata, Tabung Wakaf MAIK-USM adalah wakaf tunai yang akan ditukarkan menjadi harta kekal dan manfaatnya digunakan untuk meningkatkan kemudahan rawatan kepakaran di Hospital USM serta melahirkan graduan kesihatan Tabung Wakaf Kesihatan MAIK-USM


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 73 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) yang berkualiti dan berketrampilan. “Pelancaran tabung ini bertujuan untuk mempromosi aktiviti wakaf dalam kalangan warga Kampus Kesihatan, alumni, pesara USM dan masyarakat sekitar selain merancakkan lagi aktiviti wakaf di negeri Kelantan. “Kakitangan USM boleh berwakaf melalui kaedah potongan gaji menerusi aplikasi E-Pusat Islam, kaedah pindahan wang dalam talian serta kaedah tabung fizikal yang diletakkan di lokasi terpilih dalam USM,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampus Kesihatan USM. Tambah Amira, MAIK telah memberi taraf mutawalli kepada pihak USM untuk menguruskan kutipan dan juga projek yang bakal dibangunkan menggunakan dana tabung wakaf tersebut. Sementara itu, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin pula berkata, adalah sangat penting kakitangan USM mencontohi sunnah Rasulullah SAW dalam semua urusan kehidupan. “Bekerja dengan ikhlas, amanah, bekerjasama, berkongsi idea dan sebagainya. "Elak melakukan salah laku semasa bekerja contohnya mencuri tulang, berbual kosong, ponteng kerja, menangguh-nangguhkan kerja, bersikap kasar dengan pelanggan, hasad dengki, amalan membazir, tidak jujur, menipu dan sebagainya agar rezeki atau gaji yang diterima betul-betul halal. “Bekerja dengan cara yang diajar oleh Rasulullah SAW bukan sahaja mendapat pahala ibadat, tetapi juga dapat meningkatkan produktiviti dan melonjak kecemerlangan universiti," katanya ketika berucap merasmikan majlis tersebut. Dalam majlis itu juga turut berlangsung penyampaian Anugerah Penghargaan Khas Sempena Maulidur Rasul 1444H Peringkat Kampus Kesihatan USM. Anugerah ini terdiri daripada kategori Ikon Pelajar Dinamik, Ikon Kariah Istiqamah, Ikon Staf Berdedikasi dan Anugerah Khas Pusat Islam. Turut hadir dalam majlis tersebut Pemangku Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis, Ketua Pegawai Baitulmal, MAIK, Al-Fadil Ustaz Ridhwan Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Induk, Ustaz Zayd Zhari. [Teks: Mohd Hafiz Ya’acob]


SOROTAN PROGRAM DI KAMPUS KESIHATAN 74 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA Dr. Alwi Muhd Besari @ Hashim Pakar Perubatan Am dan Penyakit Berjangkit Dulu Kongsi Jarum Suntikan, Kini Seks Berisiko Punca Utama JANGKITAN HIV Trend jangkitan penyakit ‘Human Immunodeficiency Virus’ atau HIV dilihat semakin berubah mengikut peredaran zaman dan kecanggihan teknologi. Menurut Pengerusi Seminar Kesedaran HIV yang juga Pakar Perubatan Am dan Penyakit Berjangkit, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Alwi Muhd Besari @ Hashim, jika dilihat 10 hingga 15 tahun dahulu, 70 hingga 80 peratus (%) kes jangkitan HIV adalah berpunca daripada perkongsian jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah. “Namun kini, hampir 95% jangkitan kes HIV adalah berpunca daripada aktiviti seks berisiko iaitu homoseksual antara lelaki dengan lelaki dan hetroseksual, lelaki dengan wanita tetapi saling bertukar-tukar pasangan. “Berdasarkan statistik di Klinik Penyakit Berjangkit Hospital USM, paling ramai pesakit HIV yang mendapatkan rawatan adalah mereka yang berumur 22 hingga 35 tahun dan ini disebabkan oleh aktiviti yang membawa kepada jangkitan HIV adalah lebih lazim dalam kalangan golongan usia sebegini. “Aktiviti seperti seks berisiko, perkongsian jarum suntikan dadah berlaku seawal umur 15 hingga 20 tahun dan mereka dikesan menjadi positif setelah beberapa tahun terlibat dalam aktiviti berisiko tersebut,” katanya ketika ditemui di Seminar Kesedaran HIV yang berlangsung di Auditorium Blok


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 75 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) Pentadbiran Hospital USM, hari ini. Jelas Alwi, memandangkan isu ini perlu diberi keutamaan dan masyarakat harus diberi kesedaran, maka Seminar Kesedaran HIV kali yang kedua ini diadakan yang mana turut mendapat sambutan daripada peserta pelbagai organisasi seluruh Malaysia seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Pengajar Universiti (HPU), hospital-hospital swasta serta guru-guru. “Matlamat seminar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta dari aspek cara jangkitan, pencegahan jangkitan, menimbulkan kesedaran iaitu penyakit HIV boleh dirawat seterusnya membantu menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat dalam usaha menjayakan matlamat kerajaan mencapai sifar Aids dan sifar jangkitan baharu HIV pada tahun 2030. “Peranan ibu bapa juga amat penting kerana aktiviti penularan HIV adalah bermula sejak awal remaja kerana pada masa tersebut mereka berada di rumah. "Ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan selain turut memantau penggunaan gajet agar tidak disalah guna oleh anak-anak seperti melayari laman lucah, pornografi dan tidak memuat turun aplikasi yang boleh menjurus kepada berlakunya aktiviti-aktiviti seks yang berisiko,” ujarnya lagi. Tambah Alwi, amat penting untuk kita meningkatkan ilmu pengetahuan tentang agama yang diharap mampu menjadi benteng daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada jangkitan HIV. “Selain itu, elak diskriminasi, menghukum dan melabel sesiapa sahaja yang dijangkiti HIV dengan stigma yang negatif seperti yang lazimnya berlaku. "Walaupun majoriti pesakit HIV adalah mereka yang mendapat jangkitan daripada aktiviti yang tidak sihat, namun kita tidak berhak menilai mereka kerana ada pesakit yang mendapat jangkitan bukan disebabkan oleh kesalahan mereka sendiri seperti isteri yang dijangkiti daripada suami serta anak yang dijangkiti daripada ibu,” jelasnya. Sementara itu, Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman ketika menyampaikan ucapan perasmian menzahirkan ucapan tahniah kepada Unit Penyakit Berjangkit Hospital USM atau lebih dikenali dengan ‘ID Team’, kerana komited dan aktif dalam menjalankan program pencegahan dan rawatan HIV sama ada di dalam mahupun luar USM. “Saya difahamkan sejak tahun 2018 lagi mereka giat mengadakan program bersama komuniti dan di sekolah-sekolah seluruh Kelantan untuk memberi kesedaran pencegahan HIV kepada pelajar sekolah termasuk universiti dan kolej bagi memastikan isu sosial dapat dibendung sekaligus mengurangkan risiko peningkatan jangkitan baharu HIV yang kini sangat membimbangkan. "Sangat sayang jika kita biarkan situasi ini terus merebak kerana ia umpama barah yang membiak dalam diam dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menyebarkan maklumat serta memastikan misi ‘Ending Aids 2030’ dapat dicapai. "Semoga seminar selama dua hari ini dapat memberi pengetahuan dan informasi penting kepada semua peserta,” katanya. Seminar Kesedaran HIV yang berlangsung selama dua hari, dianjurkan oleh Unit Penyakit Berjangkit Hospital Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Kelab Cegah dan Rawat RVD Kelantan (PeTRic). [Teks: Mohd Hafiz Ya’acob]


76 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA WUC L AWATA N PENANDAARASAN Widad University College (WUC), hari ini, mengadakan lawatan penanda aras ke Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) bertujuan untuk berbincang dan berkongsi maklumat berhubung penambahbaikan kurikulum program perubatan di WUC. Selain itu, WUC juga berhasrat menjadikan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM sebagai salah satu rakan kolaborasi penyelidikan bersama, kolaborasi penggunaan fasiliti, kolaborasi pertukaran pelajar dan kolaborasi penggunaan tenaga pengajar. Ketibaan delegasi WUC yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) yang juga Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr. Jamaludin Zainol, Timbalan Dekan Kualiti dan Penilaian, Profesor Dato' Dr. Khaled Mat Hassan, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Dr. Muhd Khairi Mohd Taibi dan Ketua Unit Pendidikan Perubatan, Profesor Madya Abdussalam ke Kampus Kesihatan disambut oleh Timbalan Dekan Libatsama Industri - Komuniti Pembangunan, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam mewakili Pengarah Kampus bersama barisan pengurusan PPSP. Delegasi WUC turut dibawa melawat ke Pusat Integrasi Simulasi Klinikal (I-CSC) dan Blok Pembelajaran Sumber Pelajar (BPSP) serta sesi ke Kampus Kesihatan Bincang Peluang Kolaborasi Akademik


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 77 buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022) perjumpaan dengan Pensyarah Jabatan Pendidikan Perubatan. Turut hadir ialah Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Penyelaras I-CSC, Profesor Madya Dr. Mohd Hashairi Fauzi; Penyelaras Program Elektif dan Pembangunan Insaniah Pelajar (EPPIP), Dr. Norsuhana Omar bersama pegawai-pegawai pentadbiran PPSP. [Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel]


fifffflffiflffffffff Sekalung penghargaan & terima kasih 78 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA SELAUT BUDI, SERIBU MEMORI Jururawat U44 PPS Kesihatan - 1/9/2022 MAS NOR SALONI IBRAHIM Pembantu Perawatan Kesihatan U14 Hospital USM - 1/9/2022 AMINAH LAH Penolong Pegawai Farmasi U32 Hospital USM - 1/9/2022 HASMAH HAMID Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 1/9/2022 A'INI SEMAN Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 1/9/2022 WAN ZAINAB WAN AHMAD Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 6/9/2022 IBRAHIM MAT NOR Juruteknologi Makmal Perubatan U40 PPS Perubatan - 18/9/2022 ROSLIZA ABD RAHMAN Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 1/9/2022 RAHIMAH MAT YUSOFF Pembantu Awam H14 Hospital USM - 30/9/2022 ROSLAN DAUD Pembantu Awam H14 Hospital USM - 21/9/2022 MAT HUSSIN YUSOF


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 79 Pegawai Kewangan W44 Jabatan Bendahari - 9/10/2022 WAN RUSDI WAN ISMAIL Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 18/10/2022 MOHD ROSLI ZAKARIA Jururawat U36 Hospital USM - 11/10/2022 NORIZAN JUSOH Jururawat U32 KUP Hospital USM - 2/10/2022 ZAHARAH YUSOFF Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 KUP Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset - 3/10/2022 JUMAAIN ISHAK Pembantu Awam H14 Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset - 21/10/2022 ABDULLAH MUHAMMAD Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 1/9/2022 WAN ZAINAB WAN AHMAD Pengawal Keselamatan KP14 KUP Jabatan Keselamatan - 23/10/2022 AZMAN ISMAIL Jururawat U32 KUP Hospital USM - 25/10/2022 NOOR AENI ZAKARIA Jururawat U32 KUP Hospital USM - 31/10/2022 ASMA CHE MIN buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022)


SELAUT BUDI, SERIBU MEMORI Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 KUP PPS Perubatan - 1/11/2022 TENGKU AZMAN TENGKU MOHD ARIFFIN Jururawat U32 KUP Hospital USM - 31/10/2022 SANDANA MARY A/P AROKIASAMY Pembantu Operasi N14 Hospital USM - 18/11/2022 SABUDIN HUSIN Penolong Pegawai Tadbir N32 Pej. Pengarah Kampus - 26/11/2022 ALAMIAH ZAKARIA Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Hospital USM - 24/11/2022 MOHD ZAINUDDIN ISMAIL Pembantu Awam H14 Hospital USM - 11/11/2022 TENGKU ISKANDAR TENGKU MUHAMMAD Pensyarah Perubatan, Gred Khas A VK5 PPS Perubatan - 5/12/2022 80 KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA JAFRI MALIN ABDULLAH Pensyarah Perubatan DU54 Hospital USM - 1/12/2022 HUDA ZAINAL ABIDIN Pemandu Kenderaan H11 Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset - 8/12/2022 MOHD AZMI MAT HASSAN Pensyarah Perubatan Gred Khas C VK7 PPS Perubatan - 11/11/2022 HABSAH HASAN


KOMPILASI - EKSPRESI - LIPUTAN - INFORMASI - PERISTIWA 81 (Data: Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi - 26/10/2022 NIK KHUZAIMAH NIK AB. WAHAB Juruteknologi Makmal Perubatan U36 KUP PPS Kesihatan - 28/12/2022 PRATHAPAN A/L POONACHI Pegawai Sains C48 Hospital USM - 31/12/2022 ABD RAZAK AHMAD fffflffff Salam takziah Pembantu Perawatan U11 Hospital USM - 15/10/2022 MUHAMMAD EZANIE AZIS Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 KUP Jabatan Farmasi - 16/10/2022 NOR RIHAM ABDUL RAHMAN buletinKELIP Edisi 3/2022 (September - Disember 2022)


PESAKIT CILIK CERIA DIRAI SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL USM Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) anjuran Sekolah Dalam Hospital (SDH), Hospital USM dengan kerjasama Rumah Ronald McDonald Hospital USM (RMHC) dan Jabatan Pediatrik menceriakan pesakit kanak-kanak yang sedang menerima rawatan.


fifffflffiflfflflfflfffflfflffl fflffi ff ffffiflffl fl fifffflffiflffffiffffl ffi ffffl fl fflffiffl fiffff


Click to View FlipBook Version