The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

“The Wonders Of PBL” ini dibina untuk kegunaan guru-guru di sekolah dalam pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Terdapat empat objektif kit PBL ini dibina, iaitu 1. menjadikan sumber rujukan pelaksanaan PBL di sekolah kepada semua guru, 2. Menyakinkan semua guru dalam pelaksanaan PBL dengan evidens kejayaan pelaksanaan dan evidens kajian tindakan, 3. Menjadikan amalan terbaik untuk guru dalam pengredan Tahap Penguasaan 6 dan 4. Memudahcara semua guru membuat persediaan dan dokumentasi pelaksanaan PBL dengan template boleh ubah yang tersedia. Kit PBL ini memenuhi kriteria yang tersenarai dalam TS25 Modul 6 PBL-Kmr. Kit PBL ini mudah difahami, menarik dan mesra pengguna.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WONG HUANG YEW Moe, 2023-10-04 19:28:01

The Wonders Of PBL

“The Wonders Of PBL” ini dibina untuk kegunaan guru-guru di sekolah dalam pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Terdapat empat objektif kit PBL ini dibina, iaitu 1. menjadikan sumber rujukan pelaksanaan PBL di sekolah kepada semua guru, 2. Menyakinkan semua guru dalam pelaksanaan PBL dengan evidens kejayaan pelaksanaan dan evidens kajian tindakan, 3. Menjadikan amalan terbaik untuk guru dalam pengredan Tahap Penguasaan 6 dan 4. Memudahcara semua guru membuat persediaan dan dokumentasi pelaksanaan PBL dengan template boleh ubah yang tersedia. Kit PBL ini memenuhi kriteria yang tersenarai dalam TS25 Modul 6 PBL-Kmr. Kit PBL ini mudah difahami, menarik dan mesra pengguna.

Keywords: PBL

F.Y.TEO & H.Y.WONG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERBAU


THE WONDERS OF PBL


THE WONDERS OF PBL Penerbit: Pejabat Pendidikan Daerah Miri Tingkat 2, Blok 1 Wisma Persekutuan, Jalan Kipas, 98000 Miri. 085-419085 [email protected] Hak cipta terpelihara 2023 © Pejabat Pendidikan Daerah Miri CETAKAN PERTAMA, 2022 Penyunting: Dr. Ling Mei Teng Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak dibenarkan untuk diterbit, disimpan atau disebarkan dalam sebarang bentuk sama ada media elektronik, mekanikal, salinan, rakaman atau selainnya tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan secara rasmi daripada penerbit PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MIRI Dicetak di Malaysia oleh: Pejabat Pendidikan Daerah Miri Tingkat 2, Blok 1 Wisma Persekutuan, Jalan Kipas, 98000 Miri.


SINOPSIS “The Wonders Of PBL” ini dibina untuk kegunaan guru-guru di sekolah dalam pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Terdapat empat objektif kit PBL ini dibina, iaitu 1. menjadikan sumber rujukan pelaksanaan PBL di sekolah kepada semua guru, 2. Menyakinkan semua guru dalam pelaksanaan PBL dengan evidens kejayaan pelaksanaan dan evidens kajian tindakan, 3. Menjadikan amalan terbaik untuk guru dalam pengredan Tahap Penguasaan 6 dan 4. Memudahcara semua guru membuat persediaan dan dokumentasi pelaksanaan PBL dengan template boleh ubah yang tersedia. Kit PBL ini memenuhi kriteria yang tersenarai dalam TS25 Modul 6 PBL-Kmr. Kit PBL ini mudah difahami, menarik dan mesra pengguna.


Hi semua. Saya adalah AI Teo, selamat berkenalan. Saya adalah rakan pembimbing menerajui kertas projek “The Wonders Of PBL”. Hi semua. Saya adalah AI Wong, selamat berkenalan. Saya adalah rakan pembimbing menerajui kertas projek “The Wonders Of PBL”. TEO FUNG YONG GURU CEMERLANG SAINS DG 48 Pengalaman Mengajar 19 Tahun WONG HUANG YEW KETUA BIDANG TEKNIKAL & VOKASIONAL Pengalaman Mengajar 12 Tahun


KANDUNGAN 01 02 03 04 05 06 07 08 Pengenalan PBL Objektif Kertas Projek Merungkai DSKP Rubrik Pentaksiran Jadual Kerja Uji Lari – Kajian Tindakan Lampiran Hasil Produk Murid 1 2 3 22 30 32 33 50


1 Pengenalan PBL Rakan guru boleh imbas kod QR bagi mendapatkan petikan dalam bentuk PDF. Project Based Learning (PBL) juga dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Kaedah PBP diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada Tahun 2006 dengan mentafsirkannya sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Tujuan PBP ini adalah untuk menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasikan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). KPM di bawah seliaan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah mengadakan 'Program Pembestarian Sekolah' untuk semua sekolah di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, dan program pembudayaan PBP direncanakan untuk menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran sekaligus mengintegrasikan teknologi (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006). Konsep Berpusatkan murid Penghasilan produk / artifak Melibatkan penyelesaian masalah Melibatkan komunikasi dan bekerjsama Tujuan PdPc lebih berkesan dan menarik Perkembangan kreativiti murid Membangkit perasaan ingin tahu Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam suatu bidang Memberikan pengalaman dalam situasi sebenar Ciri-ciri Guru sebagai pemudahcara Menghasilkan produk / artifak Integrasi Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Dilaksana secara berkumpulan Pembentangan oleh murid Gabungan pelbagai mata pelajaran Faedah Memotivasikan murid dalam pembelajaran Menyediakan kemahiran murid di tempat kerja Hubungan mesra antara guru dan murid Mewujudkan komunikasi positif dan kolaboratif antara murid Menarik minat dan perhatian murid dalam pembelajaran Menggunakan masa lapang yang berfaedah Meningkatkan kemahiran ICT


2 Objektif Kertas Projek Melalui tinjauan kemahiran pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dalam golongan guru subjek Tingkatan 5 Anggerik, didapati bahawa: I. Guru tidak selalu melaksanakan PBP dalam PdPr, dengan skor min 1.18. II. Guru beranggapan bahawa murid tidak berupaya mengaplikasi subjek lain dalam mencari isu yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah, dengan min skor 1.45. III. Guru tidak yakin bahawa kaedah PBP boleh memudahkan mereka dalam menghabiskan sukatan pelajaran dalam PdPr, dengan min skor 1.09. IV. Guru tidak memberikan pencapaian TP6 dalam mata pelajaran masing-masing oleh murid Tingkatan 5 Anggerik. Melalui temu bual guru-guru mata pelajaran yang terlibat, isu-isu yang tersenarai di atas telah dikenalpasti seperti berikut: I. Guru tidak mempunyai sumber rujukan dan kertas projek yang mempunyai panduan pelaksanaan PBP yang berfokus kepada mata pelajaran atau tingkatan. II. Guru tidak yakin kepada keupayaan murid mengaplikasi subjek lain dalam pelaksanaan PBP dalam satu masa kerana tiada evidens yang ditunjukkan. III. Guru beranggapan pelbagai tugas perkeranian dan lembaran perlu disediakan khas untuk PBP dan memerlukan peruntukan masa yang panjang untuk murid melengkapkan projek. IV. Guru tidak memberikan TP6 kepada murid kerana tiada hasil produk atau artifak yang dihasilkan oleh murid. Dengan ini, kami telah memulakan kertas projek “The Wonders Of PBL” dengan objektif berikut: I. Menjadikan sumber rujukan utama pelaksanaan PBP kepada guru-guru di sekitar sekolah kami dan seterusnya di seluruh Malaysia. II. Menyakinkan guru-guru Malaysia dalam pelaksanaan PBP dengan evidens kejayaan pelaksanaan dan evidens kajian tindakan. III. Menjadikan panduan dan amalan terbaik untuk guru dan murid dalam penskoran Tahap Penguasaan 6. IV. Memudahcara guru-guru Malaysia membuat persediaan pelaksanaan PBP dengan templat boleh ubah yang tersedia. Rakan guru silalah imbas kod QR berikut untuk mendapatkan evidens tinjauan dalam kalangan guru Tingkatan 5 Anggerik sekolah saya.


3 Merungkai DSKP Masih kabur dengan proses tersebut? Tidak apa, rakan guru. Imbaslah kod QR berikut untuk mendapatkan templat boleh ubah merungkai DSKP. Proses Merungkai DSKP 1.Beberapa guru berlainan subjek duduk bersama. Tentukan subjek tuan rumah untuk PBL. Tentukan standard yang hendak dirungkai dari setiap subjek dan rungkai ke dalam templat. Tentukan TP6 bagi standard yang dipilih di setiap subjek. Bina idea utama dari semua standard yang dirungkai. Bina soalan pencetus idea dari idea utama untuk subjek masing-masing. 2. 3. 4. 5. 6. Sumber: TS25 Modul 6


Merungkai DSKP Mengenal Pasti ‘The Big Idea’ Kenal pasti SK, SP, Tahap Prestasi dalam DSKP bagi beberapa mata pelajaran. Tentukan mata pelajaran yang akan menjadi „tuan rumah‟. Tuliskan „The Big Idea‟ dalam bentuk ayat. “Saya Doktor Bumi” Sains T5 (Tuan Rumah) Sediakan catatan yang perlu untuk penerangan lanjut tentang apa yang murid perlu TAHU dan boleh LAKUKAN dengan melengkapkan Toolkit M6.1-A1: Senarai Semak Standard. Sains T5 SK: 3.1 Kitar Hayat Produk SP: 3.1.5 Menjana idea pengurusan yang cekap bagi sisa plastik ke arah kelestarian alam sekitar TP 6: Mereka cipta dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai kelestarian alam dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam situasi baru secara kreatif dan inovatif dengan mengambil kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat. Matematik T5 SK: 7.0 sukatan serakan data terkumpul SP: 7.2.5 Mereka bentuk dan melaksanakan suatu projek mini yang melibatkan penyiasatan statistik berdasarkan sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan serta mentafsir dan mengkomunikasikan dapatan kajian. TP 6: Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang sukatan serakan data terkumpul dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin secara kreatif. 4


Bahasa Melayu T5: SK: 1.8 Mengulas sesuatu perkara, isu atau topik SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. TP6: Mendengar, memahami dan memberikan respons yang betul dan sesuai dengan mengemukakan idea untuk menyelesaikan masalah secara rasional serta membentangkan pendapat dan hujah dalam pelbagai ruang perbincangan dengan yakin, betul dan jelas menggunakan intonasi yang sesuai dan ayat yang gramatis serta bertatasusila pada tahap tekal, terperinci dan menjadi teladan. Geografi T5 SK: 3.2 Kesan Penerokaan Dan Pengurusan Sumber Tenaga SP: 3.2.1 Menghuraikan kesan penerokaan sumber tenaga terhadap alam sekitar. 3.2.2 Menghuraikan kepentingan pengurusan sumber tenaga terhadap alam sekitar. 3.2.3 Membahaskan usaha pengurusan sumber tenaga di dunia. TP 6: Mencadangkan idea pengurusan sumber tenaga di dunia. Pendidikan Seni Visual T5 SK: 7.0 Infografik SP: 7.3.1 Menghasilkan rekaan infografik dengan menggunakan imaginasi dan idea secara kreatif dan inovatif TP6 Menghasilkan rekaan infografik dalam Seni Reka Grafik dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif dan inovatif serta membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual serta boleh menjadi model teladan. Pendidikan Moral T5 SK: 5.2 Individu Global SP: 5.2.6 Mengamalkan sikap individu global dalam kehidupan harian. TP6 Menggunakan sumber dan menyebarkan maklumat yang sahih demi kesejahteraan sejagat dalam kehidupan harian secara tekal serta boleh dicontohi. Pendidikan Islam T5 SK: 6.21 Merumus adab menjaga alam sekitar serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. SP: 6.21.2 Menerangkan adab menjaga alam sekitar. 6.21.3 Merumuskan hikmah adab menjaga alam sekitar. 6.21.4 Memelihara dan memulihara alam sekitar secara beradab dan istiqamah TP6 Merumus adab menjaga alam sekitar serta mengamalkan secara beradab dan istiqamah. 5


Mengenal Pasti Pengetahuan dan Kemahiran Senaraikan kata nama, kenyataan kata nama dan kata sifat yang terdapat dalam DSKP: Sains T5 -Kata nama: Kitar hayat produk -Kenyataan kata nama: Menjana idea pengurusan sisa plastik -Kata sifat: kelestarian alam sekitar Matematik T5 -Kata nama: Sukatan data serakan terkumpul -Kenyataan kata nama: penyiasatan statistik -Kata sifat: Mentaksir dan mengkomunikasikan dapatan kajian Bahasa Melayu T5 -Kata nama: Mengulas -Kenyataan kata nama: merumus, menyatakan kekuatan dan kelemahan -Kata sifat: ayat yang betul dan gramatis Geografi T5 -Kata nama: Pengurusan sumber tenaga -Kenyataan kata nama: Menghurai dan membahas kesan penerokaan sumber -Kata sifat: sumber tenaga di dunia Pendidikan Seni Visual T5 -Kata nama: Infografik -Kenyataan kata nama: Menghasilkan rekaan infografik -Kata sifat: kreatif dan inovatif Pendidikan Moral T5 -Kata nama: individu global -Kenyataan kata nama: Mengamalkan sikap individu global -Kata sifat: kehidupan seharian Pendidikan Islam T5 -Kata nama: adab menjaga alam sekitar -Kenyataan kata nama: menerang, merumus, memelihara dan memulihara -Kata sifat: beradab dan istiqamah Huraikan dalam perkataan atau beberapa “bullet”, apakah murid perlu TAHU. Sains T5 1. Kesan sisa plastik terhadap alam sekitar 2. Kitar hayat plastik di Bumi Matematik T5 1. sukatan kecenderungan memusat 2. Mengumpul maklumat berkenaan kajian 3. Mentafsir dan merumus dapatan Bahasa Melayu T5 1. Mengulas isu-isu semasa berkaitan dengan pencemaran alam sekitar 2. Ayat yang betul dan gramatis Geografi T5 1. Sumber tenaga yang terlibat dalam Malaysia 2. Kesan penerokaan sumber tenaga di dunia 6


Pendidikan Seni Visual T5 1. Infografik 2. Jenis-jenis rekaan infografik Pendidikan Moral T5 1. Individu global 2. Peranan sendiri dalam dunia global Pendidikan Islam T5 1. Adab yang perlu diamalkan dalam menjaga alam sekitar 2. Istiqamah Umat Islam Senaraikan kata kerja dan frasa kata kerja yang telah dikenal pasti dalam DSKP. Sains T5 - Menjana idea pengurusan cekap bagi sisa plastik Matematik T5 - Mereka bentuk dan melaksanakan suatu projek mini yang melibatkan penyiasatan statistik - Mentafsir dan mengkomunikasikan dapatan kajian Bahasa Melayu T5 - Merumus isu semasa - Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan Geografi T5 - Menghuraikan - Membahaskan Pendidikan Seni Visual T5 - Menghasilkan rekaan infografik Pendidikan Moral T5 - Mengamalkan Pendidikan Islam T5 - Menerangkan - Merumuskan - Memelihara - Memulihara Huraikan dalam ayat atau beberapa “bullet”, apakah yang dijangkakan murid DAPAT LAKUKAN Sains T5 - Menghasilkan produk dengan plastik terbuang Matematik T5 - Mengumpulkan data kajian berkenaan pembuangan plastik oleh murid Tingkatan 5 Anggerik - Membina histogram dengan menggunakan dapatan kajian - Mentafsir data dan merumuskan hasil dapatan Bahasa Melayu T5 - Membentangkan isu semasa berkaitan dengan pencemaran plastik - Mengulas hasil dapatan kajian atas pembuangan plastik di sekolah 7


Geografi T5 - Menghuraikan kesan penerokaan sumber tenaga sehingga mencemarkan alam sekitar - Membahaskan usaha sendiri dalam mengurangkan pencemaran dan kitar semula Pendidikan Seni Visual T5 - Menghasilkan rekaan infografik digital Pendidikan Moral T5 - Menyatakan amalan sikap individu global dalam kehidupan harian. Pendidikan Islam T5 - Menerangkan adab menjaga alam sekitar. - Merumuskan hikmah adab menjaga alam sekitar. - Menyatakan kaedah memelihara dan memulihara alam sekitar secara beradab dan istiqamah 8


Menulis Soalan Pencetus Idea Soalan Pencetus Idea (SPI) yang bersifat terbuka (open-ended) merangkumi standard kandungan.Tuliskan Soalan Pencetus Idea (SPI) berasaskan ciri-ciri berikut: o SPI mencetuskan soalan terhadap kerangka konseptual standard dengan mensasarkan komponen khusus standard tersebut. o Ciri-ciri SPI: ▪ Provokatif dan menimbulkan pelbagai hujah / pendapat / pandangan ▪ Tiada jawapan YA atau TIDAK ▪ Direka bentuk sebagai panduan ke arah memahami ‘The Big idea’ ▪ Bertujuan mendalami kefahaman murid ▪ Direka bentuk untuk mencetus soalan-soalan lain untuk meningkatkan kefahaman terhadap standard ▪ Memberi fokus terhadap elemen yang terdapat dalam standard ▪ Murid perlu memahami soalan ▪ Bersifat konseptual dan menyentuh standard kandungan ▪ Menggunakan istilah yang umum ▪ Autentik Soalan-soalan Pencetus Idea: Sains T5 Apakah kesan pembuangan sisa plastik kepada alam sekitar? Bagaimanakah anda mengurangkan pembuangan sisa plastik di rumah dan di sekolah? Matematik T5 Bagaimanakah anda mengumpul data kajian pembuangan plastik daripada kelas anda? Apakah sukatan kecenderungan memusat yang sesuai untuk menganalisis data kajian anda? Bagaimanakah anda menghuraikan dan merumus hasil dapatan kajian anda? Bahasa Melayu T5 Apakah isu semasa yang berkenaan pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sisa plastik? Apakah ulasan yang boleh diberikan berdasarkan hasil dapatan kajian anda? Apakah ayat yang betul dan gramatis dalam ulasan anda? Geografi T5 Bagaimanakah anda menghuraikan kesan penerokaan sumber tenaga sehingga mencemarkan alam sekitar di Malaysia? Apakah usaha anda dalam membantu mengurangkan isu pencemaran alam sekitar? Pendidikan Seni Visual T5 Apakah unsur yang digunakan dalam mereka cipta infografik digital? Bagaimanakah rekaan infografik yang boleh direka untuk memberikan kesedaran berkenaan pencemaran plastik dalam alam sekitar? Pendidikan Moral T5 Apakah amalan terbaik dalam sikap anda sebagai seorang individu global dalam kehiduapan seharian? Bagaimanakah anda memastikan ahli keluarga anda mencontohi alaman anda di rumah? Pendidikan Islam T5 Bagaimanakah adab umat Islam dapat diamalkan dalam menjaga alam sekitar? Bagaimanakah anda merumuskan hikmah adab menjaga alam sekitar? Apakah kaedah digunakan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar secara beradab dan istiqamah? 9


Modul 6.1_Aktiviti 2: Merancang PdP-KmR Aktiviti 2 : Memindahkan Maklumat ke Dalam Templat Perancangan PdP – KmR Perancangan PdP-KmR Peringkat 1: Hasil Diharapkan Lengkapkan maklumat bagi setiap mata pelajaran dalam kotak di bawah: Peringkat 1: Hasil Diharapkan (Desired Result) Hasil Pembelajaran ( G ): Sains T5 Membina produk dengan menggunakan bahan plastik terpakai Kriteria Kejayaan: 1.Mengenalpasti bahan buangan plastik di rumah atau sekolah. 2.Menjana 1 idea mereka cipta produk daripada bahan buangan plastik. 3. Membina 1 produk dengan bahan buangan plastik. Matematik T5 1. Mengumpul dan menganalisis data pembuangan plastik dalam seharian oleh murid Tingkatan 5 Anggerik. Kriteria Kejayaan: 1. Mengumpul data dengan menggunakan Google Form. 2. Membina 1 jadual kekerapan hasil dapatan kajian. 3. Menggunakan 1 kaedah sukatan kecenderungan memusat yang sesuai. 4. Menghuraikan dan merumuskan hasil dapatan kajian. Bahasa Melayu T5 1. Membentang isu semasa berkaitan dengan pencemaran alam sekitar. Kriteria Kejayaan: 1. Membentangkan hasil kajian berkenaan pembuangan plastik oleh pelajar Tingkatan 5 Anggerik. 2. Mengulas hasil dapatan kajian dengan ayat yang betul dan gramatis. Geografi T5 1. Menghuraikan kesan penerokaan sumber tenaga sehingga mencemarkan alam sekitar 2. Membahaskan usaha sendiri dalam mengurangkan pencemaran dan kitar semula Kriteria Kejayaan: 1. Menyatakan dengan huraian 3 kesan penerokaan sumber tenaga yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. 2. Membahaskan 3 usaha sendiri dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar. 10


Pendidikan Seni Visual T5 1. Menghasilkan rekaan infografik digital. Kriteria Kejayaan: 1. Mereka cipta 1 rekaan infografik digital berkaitan dengan pencemaran alam sekitar oleh sisa plastik. 2. Membentangkan rekaan infografik yang telah dihasilkan dengan menyatakan unsur-unsur yang digunakan. Pendidikan Moral T5 1. Menyatakan amalan sikap individu global dalam kehidupan harian. Kriteria Kejayaan: 1. Memberikan 3 amalan sikap individu global yang harus dicontohi dalam menjaga alam sekitar. 2. Menyatakan 3 jenis kaedah amalan terbaik tersebut boleh dicontohi oleh ahli keluarga. Pendidikan Islam T5 1. Menerangkan adab menjaga alam sekitar. Kriteria Kejayaan: 1. Merumuskan hikmah adab menjaga alam sekitar. 2. Menyatakan 3 kaedah memelihara dan memulihara alam sekitar secara beradab dan istiqamah. Kefahaman ( U ): Sains T5 Pelajar akan memahami tentang … Kitar hayat plastik Kesan sisa platik terhadap alam sekitar Mencegah pembuangan sisa plastik berleluasa Matematik T5 Pelajar akan memahami tentang … Kaedah pengumpulan data Kaedah sukatan kecenderungan memusat Menghurai dan merumus hasil dapatan kajian Bahasa Melayu T5 Pelajar akan memahami tentang … Ulasan hasil kajian dengan ayat yang betul dan gramatis. Geografi T5 Pelajar akan memahami tentang … Kesan penerokaan sumber tenaga sehingga mencemarkan alam sekitar Usaha membanteras pencemaran alam sekitar Soalan Pencetus Idea - Essential Questions ( Q ): Sains T5 Apakah kesan pembuangan sisa plastik kepada alam sekitar? Bagaimanakah anda mengurangkan pembuangan sisa plastik di rumah dan di sekolah? Matematik T5 Bagaimanakah anda mengumpul data kajian pembuangan plastik daripada kelas anda? Apakah sukatan kecenderungan memusat yang sesuai untuk menganalisis data kajian anda? Bagaimanakah anda menghuraikan dan merumus hasil dapatan kajian anda? Bahasa Melayu T5 Apakah isu semasa yang berkenaan pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sisa plastik? Apakah ulasan yang boleh diberikan berdasarkan hasil dapatan kajian anda? Apakah ayat yang betul dan gramatis dalam ulasan anda? Geografi T5 Bagaimanakah anda menghuraikan kesan penerokaan sumber tenaga sehingga mencemarkan alam sekitar di Malaysia? Apakah usaha anda dalam membantu mengurangkan isu pencemaran alam sekitar? 11


Pendidikan Seni Visual T5 Pelajar akan memahami tentang … Infografik digital Pendidikan Moral T5 Pelajar akan memahami tentang... Amalan sikap individu global dalam kehidupan harian Pendidikan Islam T5 Pelajar akan memahami tentang... Hikmah adab menjaga alam sekitar Kaedah memelihara dan memulihara alam sekitar Pendidikan Seni Visual T5 Apakah unsur yang digunakan dalam mereka cipta infografik digital? Bagaimanakah rekaan infografik yang boleh direka untuk memberikan kesedaran berkenaan pencemaran plastik dalam alam sekitar? Pendidikan Moral T5 Apakah amalan terbaik dalam sikap anda sebagai seorang individu global dalam kehiduapan seharian? Bagaimanakah anda memastikan ahli keluarga anda mencontohi alaman anda di rumah? Pendidikan Islam T5 Bagaimanakah adab umat Islam dapat diamalkan dalam menjaga alam sekitar? Bagaimanakah anda merumuskan hikmah adab menjaga alam sekitar? Apakah kaedah anda gunakan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar secara beradab dan istiqamah? Pengetahuan ( K ): Pelajar mengetahui … Sains T5 - Kesan buruk sisa plastik dalam alam sekitar Matematik T5 - Mengumpul data kajian dengan soalan soal selidik - Sukatan kecenderungan memusat Bahasa Melayu T5 - Pembentangan dalam Bahasa Melayu - Isu semasa pencemaran alam sekitar Geografi T5 - Aktiviti penerokaan sumber tenaga di dunia - Kesan buruk penerokaan sumber tenaga Pendidikan Seni Visual T5 - Unsur-unsur infografik Kemahiran ( S ): Pelajar boleh membuat/melakukan ... Sains T5 - Membina 1 produk daripada sisa plastik Matematik T5 - Mengumpul data kajian melalui Google Form. - Membina jadual kekerapan dan histogram - Menghurai dan merumuskan dapatan kajian Bahasa Melayu T5 - Mengulas hasil dapatan dengan ayat yang betul dan gramatis. Geografi T5 - Menghuraikan kesan penerokaan sumber tenaga kepada alam sekitar. - Memberikan 3 kaedah dalam usaha sendiri mengurangkan kesan tersebut terhadap alam sekitar. Pendidikan Seni Visual T5 - Menghasilkan rekaan infografik digital berkaitan alam sekitar dengan menerapkan unsur-unsur infografik. 12


Pendidikan Moral T5 - Definisi dan peranan individu global. Pendidikan Islam T5 - hikmah adab menjaga alam sekitar. Pendidikan Moral T5 - Membentangkan 3 amalan sikap sendiri dalam menjaga alam sekitar. - Mengesyorkan kaedah memastikan ahli keluarga juga mengikuti amalan tersebut. Pendidikan Islam T5 - Merumuskan hikmah adab menjaga alam sekitar. - Menyatakan 3 kaedah memelihara dan memulihara alam sekitar secara beradab dan istiqamah. 13


Modul 6.1_Aktiviti 2: Merancang PdP-KmR Peringkat 2: Bukti Pentaksiran (Assessment Evidence) Mata Pelajaran: Sains T5 Tugasan Pembelajaran: (Task) Membina 1 produk daripada sisa plastik Kaedah Pentaksiran: A. Pemerhatian - Murid dibahagikan kepada kumpulan dan diminta membuat group Whatsapp. Perbincangan dilakukan dalam kelas dan juga melalui Whatsapp. - Guru berinteraksi dengan murid untuk meninjau pemahaman murid terhadap agihan tugas,menyelesai masalah dan yang berkaitan. - Dokumentasi (gambar produk dan pembentangan). B. Lisan -Pembentangan kumpulan Mata Pelajaran: Matematik T5 Tugasan Pembelajaran: (Task) - Pengumpulan data melalui Google Form - Jadual kekerapan dan histogram - Huraian dan rumusan dapatan kajian Kaedah Pentaksiran: A. Pemerhatian - Murid berbincang agihan tugasan dan soal selidik dalam kumpulan. - Murid mengagihkan link Google Form kepada murid dalam kelas dengan Whatsapp. - Murid berbincang untuk menghasilkan satu kaedah sukatan kecenderungan memusat dan menganalisis. - Guru berinteraksi dengan murid untuk meninjau pemahaman murid terhadap agihan tugas,menyelesai masalah dan yang berkaitan. - Dokumentasi (gambar produk). B. Lisan -Pembentangan tentang hasil dapatan kajian. Bukti: Evidence/ Instrumen 1. Produk yang dihasilkan 2. Rubrik Pentaksiran 3. Gambar aktiviti 4. Video kumpulan 1. Link Google Form soal selidik 2. Jadual Kekerapan 3. Histogram 4. Gambar aktiviti 5. Video Pembentangan 14


Mata Pelajaran: Bahasa Melayu T5 Tugasan Pembelajaran: (Task) Mengulas hasil dapatan dengan ayat yang betul dan gramatis. Kaedah Pentaksiran: A. Pemerhatian - Murid berbincang dalam kumpulan tentang isi penting dalam ulasan dapatan kajian. - Murid menambahbaik ulasan dengan ayat yang betul dan gramatis. - Guru berinteraksi dengan murid untuk meninjau pemahaman murid terhadap agihan tugas,menyelesai masalah dan yang berkaitan. - Dokumentasi (gambar proces pengumpulan maklumat). B. Lisan - Murid mengulas hasil dapatan kajian dengan ayat yang betul dan gramatis di hadapan kelas. Mata Pelajaran: Geografi T5 Tugasan Pembelajaran: (Task) Menghuraikan kesan penerokaan sumber tenaga kepada alam sekitar. Memberikan 3 kaedah dalam usaha sendiri mengurangkan kesan tersebut terhadap alam sekitar. Kaedah Pentaksiran: A. Pemerhatian - Murid membuat perbincangan dalam kumpulan berkenaan kesan penerokaan sumber tenaga kepada alam sekitar. - Murid menggunakan kaedah sumbang saran untuk mencatatkan 3 kaedah usaha sendiri. - Guru berinteraksi dengan murid untuk meninjau pemahaman murid terhadap agihan tugas,menyelesai masalah dan yang berkaitan. - Dokumentasi (gambar pembentangan). B. Lisan -Pembentangan hasil perbincangan. 1. Karya kumpulan. 2. Maklum balas daripada pelajar. 3. Rubrik Pentaksiran. 4. Gambar aktiviti. 1. Pembentangan kumpulan. 2. Rubrik Pentaksiran. 3. Gambar aktiviti. 15


Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual T5 Tugasan Pembelajaran: (Task) Menghasilkan rekaan infografik digital berkaitan alam sekitar dengan menerapkan unsur-unsur infografik. Kaedah Pentaksiran: A. Pemerhatian - Murid membuat perbincangan dalam kumpulan berkaitan dengan unsur-unsur yang ingin diterapkan dalam infografik digital. - Murid mereka cipta infografik dengan lakaran tangan. - Guru berinteraksi dengan murid untuk meninjau pemahaman murid terhadap agihan tugas,menyelesai masalah dan yang berkaitan. - Dokumentasi (gambar pembentangan). B. Lisan -Pembentangan rekaan infografik kumpulan. Mata Pelajaran: Pendidikan Moral T5 Tugasan Pembelajaran: (Task) Membentangkan 3 amalan sikap sendiri dalam menjaga alam sekitar. Mengesyorkan kaedah memastikan ahli keluarga juga mengikuti amalan tersebut. Kaedah Pentaksiran: A. Pemerhatian - Murid membuat perbincangan dalam kumpulan berkaitan dengan amalan sikap sendiri dalam menjaga alam sekitar. - Murid berbincang dan mencatatkan kaedah peranan diri dalam mempengaruhi ahli keluarga mengamalkan amalan yang disyorkan. - Guru berinteraksi dengan murid untuk meninjau pemahaman murid terhadap agihan tugas,menyelesai masalah dan yang berkaitan. - Dokumentasi (gambar pembentangan). B. Lisan -Pembentangan amalan oleh setiap kumpulan. 1. Infografik. 2. Rubrik Pentaksiran. 3. Gambar aktiviti. 1.Pembentangan kumpulan. 2.Rubrik Pentkasiran. 3.Gambar Aktiviti. 16


Mata Pelajaran: Pendidikan Islam T5 Tugasan Pembelajaran: (Task) Merumuskan hikmah adab menjaga alam sekitar. Menyatakan 3 kaedah memelihara dan memulihara alam sekitar secara beradab dan istiqamah. Kaedah Pentaksiran: A. Pemerhatian - Murid membuat perbincangan dalam kumpulan berkaitan dengan hikmah adab menjaga alam sekitar. - Murid berbincang dan mencatatkan 3 kaedah memelihara dan memulihara alam sekitar. - Guru berinteraksi dengan murid untuk meninjau pemahaman murid terhadap agihan tugas,menyelesai masalah dan yang berkaitan. - Dokumentasi (gambar pembentangan). B. Lisan -Pembentangan amalan oleh setiap kumpulan. 1.Pembentangan kumpulan. 2.Rubrik Pentaksiran. 3.Gambar aktiviti. 17


Peringkat 3: Pelan Pembelajaran - Dirancang menggunakan Prinsip WHERETO Aktiviti Pembelajaran ( L ): Sains T5 1. Guru memberi penerangan tentang cara pelaksanaan projek stem dengan menghasilkan inovasi plastik.(Where) 2. Murid diberi peluang mencari dan menonton video tentang inovasi yang orang lain hasilkan. (Hook) 3. Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan berkolaboratif dalam googlemeet dan whatsapp kumpulan sendiri dan mencari maklumat daripada pelbagai sumber. (Equip) 4. Murid akan berkomunikasi dengan guru tentang idea dan membuat penambahbaikan jika ada. (Rethink) 5. Murid diberi masa yang fleksibel untuk mencari maklumat dan menghasilkan bahan inovasi plastik. (Organized) 6. Murid diberi ruang dan peluang untuk memperoleh pembelajaran yang ekuiti dengan mengambil kira kebolehan dan keupayaan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Guru akan sentiasa memberi bimbingan dan dorongan dengan mengenal pasti tahap penguasaan murid. (Tailored) 7. Murid diberi peluang untuk menilai pembentangan hasil projek secara pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya selain pentaksiran guru untuk tujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan. (Evaluate) Matematik T5 1. Guru memberi penerangan tentang cara pelaksanaan projek dengan memastikan kaedah sukatan kecenderungan memusat yang sesuai. (Where) 2. Murid diberi peluang mencari dan menonton video tentang kaedah pengumpulan data kajian yang sedia ada di atas talian. (Hook) 3. Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan berkolaboratif dalam googlemeet dan whatsapp kumpulan sendiri dan mencari maklumat daripada pelbagai sumber. (Equip) 4. Murid berkomunikasi dengan guru tentang idea dan membuat penambahbaikan jika ada. (Rethink) 5. Murid diberi masa yang fleksibel untuk mencari maklumat dan berbincang dalam menyampaikan pandangan bagi mengatasi permasalahan atau isu yang diutarakan secara betul dan jelas dalam huraian dan rumusan dapatan hasil kajian. (Organized) 6. Murid diberi ruang dan peluang untuk memperoleh pembelajaran yang ekuiti dengan melaksanakan analisis data kajian. Guru akan sentiasa memberi bimbingan dan dorongan dengan mengenal pasti tahap penguasaan murid. (Tailored) 7. Murid diberi peluang untuk menilai pembentangan hasil projek secara pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya selain pentaksiran guru untuk tujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan. (Evaluate) 18


Pendidikan Seni Visual T5 1. Guru memberi penerangan tentang rekaan infografik yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar.(Where) 2. Murid diberi peluang mencari contoh rekaan infografik yang sedia ada di atas talian. (Hook) 3. Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan berkolaboratif dalam googlemeet dan whatsapp kumpulan sendiri dan mencari maklumat daripada pelbagai sumber. (Equip) 4. Murid berkomunikasi dengan guru tentang idea rekaan infografik dan membuat penambahbaikan jika ada. (Rethink) 5. Murid diberi masa yang fleksibel untuk mencari maklumat dan berbincang dalam menyampaikan pandangan bagi mengatasi permasalahan atau isu yang diutarakan secara betul dan jelas dalam infografik yang telah dibuat. (Organized) 6. Murid diberi ruang dan peluang untuk memperoleh pembelajaran yang ekuiti dengan mengambil kira kebolehan dan keupayaan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Guru akan sentiasa memberi bimbingan dan dorongan dengan mengenal pasti tahap penguasaan murid. (Tailored) 7. Murid diberi peluang untuk menilai pembentangan hasil rekaan infografik secara pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya selain pentaksiran guru untuk tujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan. (Evaluate) Pendidikan Moral T5 1. Guru memberi penerangan tentang cara pelaksanaan PBL yang melibatkan amalan sikap individu global yang harus dicontohi dalam menjaga alam sekitar dan jenis kaedah amalan terbaik tersebut boleh dicontohi oleh ahli keluarga.(where) 2. Murid diberi peluang untuk mencari maklumat di internet dan buku rujukan tentang maklumat yang diperlukan dalam pembentangan. (Hook) 3. Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan berkolaboratif dalam googlemeet dan whatsapp kumpulan sendiri serta mencari maklumat daripada pelbagai sumber.(Equip) 4. Murid akan berkomunikasi dengan guru tentang idea dan membuat penambahbaikan jika ada. (Rethink) 5. Murid diberi masa yang fleksibel untuk mencari maklumat dan menghasilkan bahan pembentangan yang berkaitan. (Organized) 6. Murid diberi ruang dan peluang untuk memperoleh pembelajaran yang ekuiti dengan mengambil kira kebolehan dan keupayaan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Guru akan sentiasa memberi bimbingan dan dorongan dengan mengenal pasti tahap penguasaan murid. (Tailored) 7. Murid diberi peluang untuk menilai pembentangan hasil projek secara pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya selain pentaksiran guru untuk tujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan. (Evaluate) 19


Pendidikan Islam T5 1. Guru memberi penerangan tentang cara pelaksanaan PBL yang melibatkan pembentangan tentang merumuskan hikmah adab menjaga alam sekitar dan kaedah memelihara dan memulihara alam sekitar secara beradab dan istiqamah. (Where) 2. Murid diberi peluang untuk mencari maklumat di internet dan buku rujukan tentang maklumat yang diperlukan dalam pembentangan. (Hook) 3. Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan berkolaboratif dalam googlemeet dan whatsapp kumpulan sendiri serta mencari maklumat daripada pelbagai sumber.(Equip) 4. Murid akan berkomunikasi dengan guru tentang idea dan membuat penambahbaikan jika ada. (Rethink) 5. Murid diberi masa yang fleksibel untuk mencari maklumat dan menghasilkan bahan pembentangan yang berkaitan. (Organized) 6. Murid diberi ruang dan peluang untuk memperoleh pembelajaran yang ekuiti dengan mengambil kira kebolehan dan keupayaan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Guru akan sentiasa memberi bimbingan dan dorongan dengan mengenal pasti tahap penguasaan murid. (Tailored) 7. Murid diberi peluang untuk menilai pembentangan hasil projek secara pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya selain pentaksiran guru untuk tujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan. (Evaluate) Bahasa Melayu T5 1. Guru memberi penerangan tentang teknik penulisan (Writing) untuk menghasilkan ulasan dengan ayat yang betul dan gramatis.(Where) 2. Murid diberi peluang mencari dan menonton video tentang ulasan yang sedia ada di atas talian. (Hook) 3. Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan berkolaboratif dalam googlemeet dan whatsapp kumpulan sendiri dan mencari maklumat daripada pelbagai sumber. (Equip) 4. Murid berkomunikasi dengan guru tentang idea dan membuat penambahbaikan jika ada. (Rethink) 5. Murid diberi masa yang fleksibel untuk mencari maklumat dan menghasilkan penulisan ulasan berdasarkan dapatan kajian. (Organized) 6. Murid diberi ruang dan peluang untuk memperoleh pembelajaran yang ekuiti dengan mengambil kira kebolehan dan keupayaan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Guru akan sentiasa memberi bimbingan dan dorongan dengan mengenal pasti tahap penguasaan murid. (Tailored) 7. Murid diberi peluang untuk menilai penulisan pembentangan secara pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya selain pentaksiran guru untuk tujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan. (Evaluate) 20


Geografi T5 1. Guru memberi penerangan tentang kesan penerokaan sumber tenaga di dunia yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.(Where) 2. Murid diberi peluang mencari dan menonton video tentang penerokaan sumber tenaga dan kesannya. (Hook) 3. Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan berkolaboratif dalam googlemeet dan whatsapp kumpulan sendiri dan mencari maklumat daripada pelbagai sumber. (Equip) 4. Murid berkomunikasi dengan guru tentang usaha sendiri bagi membantu menjaga alam sekitar daripada kesan penerokaan sumber tenaga. (Rethink) 5. Murid diberi masa yang fleksibel untuk mencari maklumat dan mencatatkan isi penting dalam pembentangan kumpulan. (Organized) 6. Murid diberi ruang dan peluang untuk memperoleh pembelajaran yang ekuiti dengan mengambil kira kebolehan dan keupayaan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Guru akan sentiasa memberi bimbingan dan dorongan dengan mengenal pasti tahap penguasaan murid. (Tailored) 7. Murid diberi peluang untuk menilai pembentangan kumpulan secara pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya selain pentaksiran guru untuk tujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan. (Evaluate) 21


22 Rubrik Pentaksiran Kenapa perlu sediakan Rubrik Pentaksiran? Bilakah guru guna rubrik pentaksiran ini? Rubrik Pentaksiran merupakan satu catatan proses dan pengalaman pembelajaran murid dalam PBL. Catatan ini adalah objective evidence kepada keupayaan dan kebolehan sebenar seseorang murid. Penilaian haruslah dibuat sepanjang proses produk/projek yang dihasilkan secara berterusan dan holistik. Bukan menilai hasil produk murid sahaja. Setiap subjek perlu menyediakan 1 rubrik pentaksiran untuk subjek masingmasing. Rakan guru boleh imbas kod QR berikut untuk mendapatkan contoh rubrik pentaksiran. Apakah format rubrik pentaksiran ini? Tiada format yang ditetapkan. Semuanya terpulang kepada guru subjek. Guru subjek boleh memberikan pemberat pada rubrik pentaksiran agar rumusan markah yang diberi benarbenar tepat dan adil. Sumber: TS25 Modul 6


RUBRIK (SAINS) Nama Murid: Tingkatan: SKALA KRITERIA AMAT CEMERLANG 9-10 MARKAH CEMERLANG 7-8 MARKAH KEPUJIAN 5-6 MARKAH MEMUASKAN 3-4 MARKAH TIDAK MEMUASKAN 0-2 MARKAH PENGGUNAAN BAHAN KITAR SEMULA Menggunakan bahan buangan plastik dengan sangat kreatif untuk menghasilkan bahan inovasi Menggunakan bahan buangan plastik dengan kreatif untuk menghasilkan bahan inovasi Menggunakan bahan buangan plastik dengan agak kreatif untuk menghasilkan bahan inovasi Menggunakan bahan buangan plastik dengan kurang kreatif untuk menghasilkan bahan inovasi Tidak menggunakan bahan buangan plastik untuk menghasilkan bahan inovasi KREATIVITI DAN INOVASI Menunjukkan cara penggunaan inovasi yang sangat kreatif Menunjukkan cara penggunaan bahan inovasi yang kreatif Menunjukkan cara penggunaan bahan inovasi agak kreatif. Menunjukkan cara penggunaan bahan inovasi dengan kurang kreatif. Tiada menunjukkan cara penggunaan bahan inovasi yang kreatif. IMPAK INOVASI Penggunaan inovasi memberi impak yang sangat jelas kepada murid Penggunaan inovasi memberi impak yang jelas kepada murid Penggunaan bahan inovasi memberi impak yang agak jelas kepada murid. Penggunaan bahan inovasi memberi impak yang kurang jelas kepada murid. Penggunaan bahan inovasi tidak memberi impak kepada murid. KEBERKESANAN INOVASI Menunjukkan bukti yang sangat jelas mengenai keberkesanan inovasi. Menunjukkan bukti yang jelas mengenai keberkesanan inovasi. Menunjukkan bukti yang agak jelas mengenai keberkesanan inovasi. Menunjukkan bukti yang kurang jelas mengenai keberkesanan inovasi Tidak menunjukkan bukti yang jelas mengenai keberkesanan inovasi. 23


RUBRIK PENSKORAN PENDIDIKAN MORAL( KELESTARIAN ALAM SEKITAR ALAM SEKITAR) KELAS : GURU : KRITERIA 1-5 MARKAH 5-8 MARKAH 9-15 MARKAH Penyampaian Mempersembahkan tugasan dengan baik Mempersembahkan tugasan dengan kreatif Mempersembahkan tugasan dengan sangat kreatif dan beradab Menerangkan konsep menjaga alam sekitar di peringkat global Menjelaskan adab/tanggungjawab menjaga alam sekitar dengan memuaskan Menjelaskan adab dan ttanggungjawab menjaga alam sekitar dengan bermakna Menjelaskan adab dan tanggungjawab menjaga alam sekitar dengan sangat baik dan bermakna Menghuraikan langkah/ inovasi menjaga alam sekitar dalam memelihara dan memulihara alam sekitar Menerangkan 5 contoh perlakuan berperikemanusiaan dalam memulihara dan memulihara alam sekitar demi kesejahteraan global. Mencipta dan membina idea serta inovasi yang kreatif. Mencipta dan membina idea serta inovasi yang kreatif yang bermakna dan bersesuaian. Mengaitkan penghayatan nilai murni dalam menjaga kelestarian alam sekitar alam sekitar Menyatakan nilai murni yang berkaitan menjaga alam sekitar secara umum. Menghayati dan mempamerkan nilai-nilai murni dalam menjaga alam sekitar demi kesejahteraan global dalam kehidupan harian. Menghayati dan mengamalkan sikap dan nilai-nilai murni dalam memelihara dan memulihara kelestarian alam sekitar demikesejahteraan global dalam kehidupan harian secara tekal serta boleh dicontohi. 24


RUBRIK PENSKORAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK PENDIDIKAN SENI VISUAL (INFOGRAFIK) BIL STANDARD & KRITERIA PENILAIAN SKOR Cemerlang Baik Memuaskan 15 % - 20 % 8% - 14% 1% - 7% 1 ELEMEN VISUAL INFOGRAFIK (20%) Mengaplikasikan 4 - 6 Elemen Visual dalam penghasilan rekaan poster infografik dengan baik dan kreatif. Mengaplikasikan sekurang-kurangnya 2-3 Elemen Visual dalam penghasilan poster infografik dengan baik. Mengaplikasikan 1 sahaja Elemen Visual dalam penghasilan rekaan poster Infografik. 2 PRINSIP VISUAL INFOGRAFIK(20%) Mengaplikasikan 4 - 5 Prinsip Visual dalam penghasilan rekaan poster infografik dengan baik dan kreatif. Mengaplikasikan sekurang-kurangnya 2-3 Prinsip Visual dalam penghasilan poster infografik dengan baik. Mengaplikasikan 1 sahaja Prinisp Visual dalam penghasilan rekaan poster Infografik. 3 KEASLIAN HASIL REKAAN (20%) Mengaplikasikan keduadua perkara (i) dan (ii) dalam hasil karya poster infografik yang dihasilkan dengan baik dan kreatif Mengaplikasikan sama ada perkara (i) atau perkara (ii) dalam poster infografik yang dihasilkan Menggunakan template sedia ada tanpa mengubah gambar dan maklumat yang disediakan. 4 PENYAMPAIAN MESEJ (20%) Mengaplikasikan semua perkara (i), (ii) dan (iii) ke dalam hasil karya poster infografik dengan baik. Mengaplikasikan perkara (i), (ii) dan (iii) ke dalam hasil karya poster infografik dengan baik. Mengaplikasikan perkara (iii)sahaja dalam penghasilan poster grafik 5 APRESIASI KARYA (20%) Melakukan perkara (i) dan (ii) dengan baik dengan hasil karya yang berkualiti Melakukan sekurangkurangnya satu perkara sama (i) atau (ii) dengan baik Menghasilkan karya tetapi tidak membentang dan memuatnaik hasil karya ke tapak pameran (Padlet) yang disediakan. 25


RUBRIK PENSKORAN GEOGRAFI (PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK) BIL PANDUAN MARKAH (%) 1 Susunan Idea 5% 2 Penyataan idea i.Pernyataan isu penerokaan sumber semulajadi 5% ii.Menyatakan jenis-jenis sumber yang berkaitan dengan plastik 5% iii.Penyampaian data dalam bentuk grafik(graf) berkaitan dengan sisa pepejal daripada penerokaan sumber. 10% 3 Huraian i. Menjelaskan jenis-jenis sisa daripada penerokaan sumber 5% ii.Menyatakan contoh kesan penerokaan sumber 5% iii. Menghuraikan kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar 10% 4 Penjanaan Idea i.Menyatakan cadangan menangani isu berkaitan alam sekitar 5% Menjelaskan kepentingan dalam menangani isu alam sekitar berkaitan penerokaan sumber 10% iii.Menghuraikan cadangan berserta contoh langkah proaktif dalam menangani isu alam sekitar. 10% 5 RUMUSAN i.Menyatakan keseluruhan idea dalam penyataan isu 10% Menyatakan pendirian yang teguh berkaitan isu alam sekitar. 10% 6 Penjanaan idea idea 5% 7 Penggunaan gaya bahasa yang relevan 5% JUMLAH 100% 26


RUBRIK PENSKORAN MATEMATIK (PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK) BIL PANDUAN MARKAH (%) 1 Kekemasan kerja 5% 2 Jadual Kekerapan i. selang kelas yang sesuai 5% ii. Sempadan bawah, sempadan atas 5% iii. Nilai kekerapan yang betul 10% 3 Histogram i. Skala paksi-y yang tepat 5% ii. Skala paksi-x yang tepat 5% iii. Ketepatan nilai kekerapan dipamerkan 10% 4 Huraian i. Menyatakan isu berkaitan 5% ii. Menerangkan pola histogram 10% iii. Menghuraikan kesan akibat berdasarkan data 10% 5 Rumusan i. Meramalkan pembuangan plastik secara menyeluruh 10% ii. Memberi nasihat / ulasan secara umum 10% 6 Pembentangan terancang 5% 7 Penggunaan histogram digital 5% JUMLAH 100% 27


RUBRIK PENSKORAN MARKAH PENDIDIKAN ISLAM NAMA KUMPULAN: TINGKATAN: KRITERIA 8 -10 MARKAH 5-7 MARKAH 1-4 MARKAH MARKAH A) penyampaian Mempersembahkan tugasan dengan sangat kreatif dan beradab Mempersembahkan tugasan dengan kreatif Mempersembahkan tugasan dengan baik B) menerangkan adab menjaga alam sekitar Menjelaskan adab/cara menjaga alam sekitar dengan sangat baik Menjelaskan adab/cara menjaga alam sekitar dengan baik Menjelaskan adab/cara menjaga alam sekitar dengan memuaskan C) menghuraikan langkah/ inovasi menjaga alam sekitar Mencipta inovasi yang kreatif dan bersesuaian Mencipta inovasi yang kreatif . Menerangkan langkah menjaga alam sekitar D) mengaitkan penghayatan agama dengan tuntutan menjaga alam sekitar Menghuraikan dengan jelas tuntutan agama berdasarkan dalil yang sahih berkaitan menjaga alam sekitar Menjelaskan tuntutan agama berdasarkan dalil yang sahih berkaitan menjaga alam sekitar Menyatakantuntutan agama berkaitan menjaga alam sekitar secara umum. 28


RUBRIK PENSKORAN BAHASA MELAYU (PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK) BIL PANDUAN MARKAH (%) 1 Tatabahasa dan Kosa kata i. Membunyikan setiap huruf,suku kata,frasa dan ayat dengan jelas. 10% ii. Pemilihan kata untuk melengkapkan setiap ayat. 10% iii. Menyebut dan memberikan tekanan kepada perkataan tertentu dalam bahan. 5% 2 Sebutan, intonasi nada i. Sebutan betul,jelas dan tepat 10% ii. Intonasi dan nada yang sesuai 5% iii. Menyebut kosa kata dengan menaik atau menurun. 5% iv. Penggunaan ayat penyata menurun di hujung ayat. 5% 3 Kefasihan dan kelancaran i. pengucapan petah,fasih dan lancar 10% ii. Menyampaikan maklumat tentang bahan dengan lancar dan mengikut ketepatan masa. 5% 4 Idea dan bermakna i. Pengucapan mencapai maksud,tepat dan bertatasusila 10% ii. Kesinambungan kohesi dan koheran dalam ayat 10% iii. Menghuraikan maklumat meliputi pelbagai nilai 10% 5 Kreativiti dan inovasi i. Penerangan tentang maklumat 5% JUMLAH 100% 29


30 Jadual Kerja Imbaslah kod QR berikut untuk mendapatkan templat boleh ubah Jadual Kerja Pelaksanaan PBL dan contoh Timeline. Pastikan muat turun dokumen tersebut dahulu sebelum guru ubahsuai kandungannya. Jadual kerja merujuk kepada susunan aktiviti dari awal perancangan pelaksanaan PBL sehinggalah tamat pelaksanaan PBL tersebut. Jadual kerja mengandungi tarikh, perihal aktiviti dan tindakan personel dalam bentuk jadual. Timeline pula merujuk kepada tempoh masa dan perihal aktiviti mengikut mingguan setiap subjek terlibat dalam pelaksanaan PBL.


JADUAL KERJA PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) TINGKATAN 5 ANGGERIK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI RUMAH (PDPR) MATA PELAJARAN YANG TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) 1 SAINS (TUAN RUMAH) 2 MATEMATIK 3 BAHASA MELAYU 4 GEOGRAFI 5 PENDIDIKAN SENI VISUAL 6 PENDIDIKAN MORAL 7 PENIDIKAN ISLAM TARIKH AKTIVITI MEDIUM TINDAKAN 26/4/2021 PERBINCANGAN PERANGKAAN PBL SAINS GOOGLE MEET CIKGU WONG HUANG YEW CIKGU TEO FUNG YONG 3/5/2021 TAKLIMAT PBL KEPADA MURID DAN PEMBENTUKAN KUMPULAN MURID GOOGLE MEET GURU SAINS DAN SEMUA MURID 5 ANGGERIK 7/5/2021 PERBINCANGAN MERUNGKAI DSKP BERSAMA-SAMA GURU SUBJEK SAINS, MATEMATIK, BM, PSV, GEO, PMORAL DAN PISLAM. GOOGLE MEET SEMUA GURU SUBJEK PERBINCANGAN TIMELINE SETIAP SUBJEK YANG TERLIBAT GOOGLE MEET SEMUA GURU SUBJEK PERBINCANGAN MENGENAI HASIL MURID YANG DIHASRATKAN DALAM PBL. GOOGLE MEET SEMUA GURU SUBJEK 10- 28/5/2021 PENYEDIAAAN RUBRIK PENSKORAN UNTUK MATA PELAJARAN MASING-MASING MICROSOFT EXCEL / WORD SEMUA GURU SUBJEK PENGAJARAN DAN BIMBINGAN OLEH GURU MATA PELAJARAN SAINS, MATEMATIK, BM, PSV, GEO, PMORAL DAN PISLAM KEPADA MURID. GOOGLE MEET / WHATSAPP SEMUA GURU SUBJEK 10/5/2021 - 11/6/2021 PERBINCANGAN KUMPULAN DAN PENGHASILAN PROJEK GOOGLE MEET / WHATSAPP SEMUA MURID 5 ANGGERIK PERBINCANGAN ULASAN DAN PETIKAN PEMBENTANGAN GOOGLE MEET / WHATSAPP PENGHASILAN INFOGRAFIK DAN VIDEO PEMBENTANGAN POSTER/POWERPOINT SLIDES/TIKTOK DAN LAIN-LAIN 10/5/2021 - 22/6/2021 PENILAIAN PBD BAGI MATA PELAJARAN YANG TERLIBAT PEREKODAN OFFLINE PBD MATA PELAJARAN SEMUA GURU SUBJEK PENSKORAN UNTUK SETIAP KUMPULAN DENGAN MENGIKUT RUBRIK YANG DIHASILKAN RUBRIK PENSKORAN 24 - 25/6/2021 PENGHANTARAN VIDEO PEMBENTANGAN LINK GOOGLE DRIVE KETUA KUMPULAN MURID PENSKORAN UNTUK SETIAP KUMPULAN DENGAN MENGIKUT RUBRIK YANG DIHASILKAN RUBRIK PENSKORAN SEMUA GURU SUBJEK 28/6/2021 - 2/7/2021 PENGISIAN SOAL SELIDIK MENGUJI KEBERKESANAN INTERVENSI GOOGLE FORM GURU DAN MURID 5/7/2021 PENGUMUMAN PEMENANG GOOGLE MEET SEMUA GURU SUBJEK 5-9/7/2021 PENAMBAHBAIKAN PROJEK, INFOGRAFIK DAN VIDEO PEMBENTANGAN GOOGLE MEET / WHATSAPP PEMENANG OGOS 2021 PAMERAN KARNIVAL STEM SEKOLAH TAHUN 2021 BERSEMUKA PEMENANG 31


32 Uji Lari Ya, semua templat yang dibekalkan telah kami uji lari dengan gabungan 7 subjek. Kajian Tindakan telah dibuat dan dapatan kajian tindakan tersebut sangat memberangsangkan para guru dan murid yang terlibat. Rakan guru boleh imbas kod QR berikut untuk membaca kajian tindakan yang bertajuk “ Kekangan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Tingkatan 5 Anggerik dalam PdPr” Kertas projek ini telah disusun langkahnya mengikut muka surat. Setiap muka surat mempunyai penerangan, kaedah dan templat tersedia. Ayuh rakan guru, marilah kita laksana PBL di sekolah masing-masing dengan “The Wonders Of PBL”. Dalam “The Wonders Of PBL” ini, didapati banyak kod QR yang boleh diimbas dan mencapai templat boleh ubah. Adakah templat tersebut diuji lari sebelum ini? Apakah evidens yang boleh menyakinkan rakan guru untuk menggunakan templat dalam projek ini? Apakah kata-kata hikmah nasihat buat rakan guru yang mendapat kertas projek ini?


33 Lampiran Imbas kod QR di atas untuk mencapai sampel soal selidik dalam bentuk Google Form. Rakan guru juga boleh tayangkan video murid saya kepada murid sekolah guru sebagai contoh. Rakan guru juga boleh mendapat contoh format Erph PBL.


KEKANGAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) BAGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN RUMAH (PDPR) KELAS 5 ANGGERIK DALAM SITUASI PANDEMIK COVID 19 WONG HUANG YEW TEO FUNG YONG SMK MERBAU MIRI ABSTRAK Kajian tindakan yang kami jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada murid Tingkatan 5 Anggerik yang ada masalah data untuk melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) semasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPr) dan mencapai Tahap Penguasaan (TP) 6 bagi subjek yang terlibat. Seramai 44 orang murid Tingkatan 5 Anggerik yang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik terhadap ibu bapa dan guru serta laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi kelas 5 Anggerik. Tinjauan kekangan yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid dalam PdPr telah dijalankan dan beberapa isu telah dikenalpasti. Tinjauan kemahiran pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dalam golongan guru subjek Tingkatan 5 Anggerik juga dijalankan, didapati bahawa guru tidak selalu melaksanakan PBP dalam PdPr kerana kurang yakin dengan PBP dan tidak mempunyai kemahiran pelaksanaan PBP dalam PdPr. Selain ini, kami juga mendapati guru tidak memberikan pencapaian TP 6 dalam mata pelajaran masing-masing oleh murid Tingkatan 5 Anggerik dalam PdPr. Untuk mengatasi masalah ini, kami menjalankan kajian dengan merancang dan melaksanakan PBP bersama-sama dengan guru subjek Tingkatan 5 Anggerik. PBP ini dilaksanakan dengan rakaman video pembentangan murid di mana tidak memakan data murid untuk pembentangan dalam talian. Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP), Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPr), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Tahap Penguasaan (TP) 34


ISI KANDUNGAN Abstrak Isi Kandungan 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 2. Fokus Kajian 3. Objektif Kajian 4. Kumpulan Sasaran 5. Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Awal Masalah dan Analisis 5.2 Tindakan Yang Dijalankan 6. Melaksanakan Tindakan 7. Refleksi Kajian 8. Rumusan 9. Cadangan Lanjutan 10. Bibliografi 35


1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) banyak dilaksanakan di sekolah semenjak bulan Mac 2020 disebabkan musim pandemik COVID-19. Dengan ini, didapati banyak guru tidak membuat Pembelajaran Berasaskan Projek bagi mata pelajaran masing-masing semasa PdPr. Proses PdP yang mengkehendaki guru menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) juga mungkin agak sukar kerana rujukan mengenai PBP terutamanya sumber dalam negara adalah terhad (Siti Zulaiha, 2017). Selain itu, guru-guru juga tidak memberi Tahap Penguasaan (TP) 6 kepada murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kerana murid tidak membuat projek iaitu mencipta sesuatu untuk mencapai TP 6. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik terhadap ibu bapa dan guru serta laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi kelas 5 Anggerik. Melalui tinjauan soal selidik ibu bapa murid Tingkatan 5 Anggerik berkenaan PdPr sepanjang penutupan sekolah akibat pandemik Covid 19, beberapa isu telah dikenalpasti iaitu kuota data peranti cepat habis, murid telah balik ke kampung (tiada capaian Internet), kos pembayaran kuota data peranti yang tinggi dan murid susah menghantar gambar evidens tugasan yang sudah disiapkan kepada guru kerana sukar akses internet di kawasan perumahan mereka. Melalui tinjauan kemahiran pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dalam golongan guru subjek Tingkatan 5 Anggerik, didapati bahawa guru tidak selalu melaksanakan PBP dalam PdPr, murid tidak berupaya mengaplikasi subjek lain dalam mencari isu yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dan guru tidak yakin bahawa kaedah PBP boleh memudahkan mereka dalam menghabiskan sukatan pelajaran dalam PdPr. Guru juga berasa tertekan kerana perlu mengajar kandungan mata pelajaran yang banyak untuk satu tajuk menjadikannya sukar untuk melaksanakan PBP kerana kekangan masa (Norhafiza Harona dan Prof Lilia Halim, 2019). Selain ini, kami juga mendapati guru tidak memberikan pencapaian TP 6 dalam mata pelajaran masing-masing oleh murid Tingkatan 5 Anggerik dalam PdPr. 36


2. FOKUS KAJIAN Kami membuat kajian tindakan ini dengan memfokuskan kajian tindakan ini untuk menggalakkan guru melaksanakan Pembelajaran Beasaskan Projek (PBP) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) dan membantu murid menskor Tahap Penguasaan (TP) 6 bagi mata pelajaran yang terlibat dalam kajian ini. 3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum: Mengenalpasti kekangan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) bagi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPr) kelas 5 Anggerik dalam situasi pandemik Covid 19. Objektif Khusus: Murid 5 Anggerik dapat mencapai sekurang-kurangnya 90% dalam penghantaran tugasan dalam bentuk rakaman video bagi Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dengan penskoran Tahap Penguasaan (TP) 6 untuk mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam serta penerapan elemen 4K1N (Komunikasi, Kreatif, Kritis, Kolaboratif dan Nilai) semasa Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPr) dalam tempoh satu bulan. 4. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 44 orang murid Tingkatan 5 Anggerik SMK Merbau yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 30 orang murid perempuan. 37


5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Awal Masalah dan Analisis 5.1.1 Isu Murid Melalui tinjauan soal selidik ibu bapa murid Tingkatan 5 Anggerik berkenaan PdPr sepanjang penutupan sekolah akibat pandemik Covid 19, beberapa isu telah dikenalpasti. I. Kuota data peranti cepat habis, seramai 24 orang murid (54.5) II. Murid telah balik ke kampung (tiada capaian Internet) sewaktu PKP, seramai 16 orang murid (36.4%) III. Kos pembayaran kuota data peranti yang tinggi, seramai 23 orang murid (52.3%). IV. Murid susah menghantar gambar evidens tugasan yang sudah disiapkan kepada guru kerana sukar akses internet di kawasan perumahan mereka, seramai 31 orang murid, (70.5%). 5.1.2 Isu Guru Melalui tinjauan kemahiran pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dalam golongan guru subjek Tingkatan 5 Anggerik, didapati bahawa: I. Guru tidak selalu melaksanakan PBP dalam PdPr, dengan skor min 1.18. II. Guru beranggapan bahawa murid tidak berupaya mengaplikasi subjek lain dalam mencari isu yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah, dengan min skor 1.45. III. Guru tidak yakin bahawa kaedah PBP boleh memudahkan mereka dalam menghabiskan sukatan pelajaran dalam PdPr, dengan min skor 1.09. IV. Guru tidak memberikan pencapaian TP6 dalam mata pelajaran masing-masing oleh murid Tingkatan 5 Anggerik dalam PdPr. 38


5.2 Tindakan yang dijalankan 5.2.1 Murid Pihak sekolah telah menyarankan guru menggunakan masa yang singkat dalam pengajaran atau perbincangan yang dibuat secara dalam talian, selebihnya di luar talian dengan pemberian tugasan kepada murid. Murid boleh menggunakan apa sahaja medium untuk menghantar tugasan, seperti gambar atau PDF dalam Whatsapp, Telegram, video pendek dalam Tiktok dan sebagainya. 5.2.2 Guru Guru tidak mempunyai kemahiran dalam pelaksanaan PBP dalam PdPr kerana tiada sumber dan bengkel diberikan. Tambahan pula, kehadiran murid ke Google Meet yang tidak menentu dalam PdPr juga merupakan faktor guru tidak melaksana PBP. Dengan ini, inisiatif yang ingin diambil adalah merancang dan melaksanakan PBP bersama-sama dengan guru subjek Tingkatan 5 Anggerik. Seterusnya, membuat pendokumentasian PBP dalam PdPr untuk dijadikan sumber kepada sekolah. Berdasarkan pelaksanaan KSSM, semua mata pelajaran yang ada dalam Tingkatan 5 Anggerik disarankan untuk melaksanakan PBP. Semua guru mata pelajaran boleh membimbing murid Tingkatan 5 Anggerik semasa sesi PdPr. Semua guru mata pelajaran boleh mengajar topik tersebut dan membimbing murid Tingkatan 5 Anggerik untuk mencapai hasil yang telah ditetapkan dalam PBP dalam PdPr. Mata pelajaran utama dalam PBP ini ialah Sains Tingkatan 5, Topik 3: Pencemaran Plastik. Mata pelajaran lain yang boleh dikaitkan ialah Matematik, Bahasa Melayu, Geografi, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Semua mata pelajaran bergabung dan melaksanakan satu PBP untuk murid Tingkatan 5 Anggerik. Kaedah ini menjimatkan masa murid untuk melaksanakan PBP bagi semua subjek berkaitan dalam PdPr. Jangka masa digunakan adalah satu bulan kerana sejajar dengan peruntukan waktu untuk topik yang berkenaan. Pencapaian TP 6 dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Geografi, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam oleh murid Tingkatan 5 Anggerik dijadikan salah satu ukuran keberkesanan kaedah yang dilaksanakan ini. Selain itu, kejayaan pelaksanaan PBP dalam PdPr juga diukur dengan melalui soal selidik guru mata pelajaran yang terlibat dan semua murid Tingkatan 5 Anggerik. 39


6. MELAKSANAKAN TINDAKAN Merancang dan melaksanakan satu gabungan PBP bersama-sama dengan guru Matematik, Bahasa Melayu, Geografi, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam Tingkatan 5 Anggerik. Mata pelajaran utama dalam PBP tersebut ialah Sains Tingkatan 5, Bab 3 bertopik Pencemaran Plastik. Semua guru mata pelajaran tersebut mengajar topik yang berkaitan dan membimbing murid Tingkatan 5 Anggerik untuk mencapai hasil yang telah ditetapkan dalam PBP dalam PdPr. Jangka masa digunakan adalah satu bulan kerana sejajar dengan peruntukan waktu untuk topik yang berkenaan. Murid menghantar hasil PBP melalui rakaman video pembentangan kepada guru Sains. Guru mata pelajaran lain boleh menilai Tahap Penguasaan murid Tingkatan 5 Anggerik melalui rakaman video pembentangan tersebut. Keberkesanan pelaksanaan PBP dalam PdPr dalam menyelesaikan isu yang dikenalpasti dinilai melalui pencapaian TP6 oleh murid, soal selidik guru mata pelajaran yang terlibat dan semua murid Tingkatan 5 Anggerik. Seterusnya, membuat pendokumentasian PBP dalam PdPr untuk dijadikan sumber kepada sekolah. Keberkesanan inovasi diukur berdasarkan indicator-indikator berikut: Indikator 1: Tahap Penguasaan Murid (TP6) untuk tujuh mata pelajaran 90% murid melibatkan diri dalam PBP ini dan telah mencapai TP6 untuk mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Geografi, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Pencapaian TP 6 menunjukkan bahawa murid Tingkatan 5 Anggerik dapat menghasilkan idea dan produk yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan serta dapat menyampaikan maklumat menggunakan komunikasi yang berkesan, bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Indikator 2: Penjimatan masa guru dan murid (Melalui refleksi guru dan murid) Satu soal selidik akan diberikan kepada guru mata pelajaran dan murid Tingkatan 5 Anggerik bagi membuat tinjauan terhadap penjimatan masa melalui kaedah PBP dalam PdPr. Guru mata pelajaran boleh menilai hasil murid dengan melalui satu projek sahaja berbanding dengan tujuh projek yang berlainan dilaksanakan. Guru telah mengurangkan banyak persediaan dalam PBP dalam PdPr kerana hanya guru Sains sahaja yang perlu membuat persediaan dan penyeliaan. Murid Tingkatan 5 Anggerik hanya perlu melengkapkan satu projek sahaja dan boleh mencapai Tahap Penguasaan 6 untuk tujuh mata pelajaran yang berkaitan. Tempoh satu bulan adalah bersesuaian dengan PdPr topik berkaitan untuk tujuh mata pelajaran tersebut. 40


Indikator 3: Rubrik Penskoran Kemenjadian murid (Hasil rakaman video pembentangan) Setiap kumpulan murid Tingkatan 5 Anggerik menghantar rakaman video pembentangan mereka, beberapa kemenjadian boleh dikenalpasti seperti berikut: i. Komunikasi dan kolaboratif berlaku (perbincangan melalui Whatsapp) ii. Pemikiran kreatif dan kritis (penghasilan projek inovasi daripada botol plastik, komen berkenaan rakaman video ahli kumpulan) iii. Penerapan nilai murni (kerjasama antara ahli kumpulan) iv. Kemahiran teknologi / digital (penghasilan video, perbincangan melalui voice message, merekod video menerusi Google Meet, lukisan Histogram digital) 41


Berikut merupakan Jadual Kerja Pelaksanaan PBP: TARIKH AKTIVITI MEDIUM TINDAKAN 26/4/2021 PERBINCANGAN PERANGKAAN PBP SAINS GOOGLE MEET CIKGU WONG HUANG YEW CIKGU TEO FUNG YONG 5/3/2021 TAKLIMAT PBP KEPADA MURID DAN PEMBENTUKAN KUMPULAN MURID GOOGLE MEET GURU SAINS DAN SEMUA MURID 5 ANGGERIK 7/5/2021 PERBINCANGAN PETIKAN DSKP BERSAMA-SAMA GURU SUBJEK MATEMATIK, SAINS, BM, PSV, GEO, PMORAL DAN PISLAM. PERBINCANGAN MENGENAI HASIL MURID YANG DIHASRATKAN DALAM PBP. GOOGLE MEET SEMUA GURU SUBJEK 10- 28/5/2021 PENGAJARAN DAN BIMBINGAN OLEH GURU MATA PELAJARAN SAINS, MATEMATIK, BM, PSV, GEO, PMORAL DAN PISLAM KEPADA MURID. GOOGLE MEET / WHATSAPP SEMUA GURU SUBJEK PENYEDIAAAN RUBRIK PENSKORAN UNTUK MATA PELAJARAN MASINGMASING MICROSOFT EXCEL / WORD SEMUA GURU SUBJEK 10/5/2021 - 11/6/2021 PERBINCANGAN KUMPULAN DAN PENGHASILAN PROJEK GOOGLE MEET / WHATSAPP SEMUA MURID 5 ANGGERIK PENGHASILAN INFOGRAFIK DAN VIDEO PEMBENTANGAN POSTER/POWERPOINT SLIDES/TIKTOK DAN LAINLAIN PENGHANTARAN VIDEO PEMBENTANGAN KE GOOGLE DRIVE / TELEGRAM GROUP FOLDER GOOGLE DRIVE 15- 22/6/2021 PENILAIAN PBD BAGI MATA PELAJARAN YANG TERLIBAT PEREKODAN OFFLINE PBD MATA PELAJARAN SEMUA GURU SUBJEK PENSKORAN UNTUK SETIAP KUMPULAN DENGAN MENGIKUT RUBRIK YANG DIHASILKAN RUBRIK PENSKORAN 42


24 - 25/6/2021 PENGHANTARAN PENILAIAN PBD DAN KEPUTUSAN SKOR KE GOOGLE DRIVE. http://gg.gg/PBPT5ANG2021 SEMUA GURU SUBJEK 28/6/2021 - 2/7/2021 PENGISIAN SOAL SELIDIK MENGUJI KEBERKESANAN INTERVENSI GOOGLE FORM GURU DAN MURID 5/7/2021 PENGUMUMAN PEMENANG GOOGLE MEET GURU SAINS 5- 9/7/2021 PENAMBAHBAIKAN PROJEK, INFOGRAFIK DAN VIDEO PEMBENTANGAN GOOGLE MEET / WHATSAPP PEMENANG 7. REFLEKSI KAJIAN Pelaksanaan PBP ini diadakan di rumah murid Tingkatan 5 Anggerik masing-masing dan secara luar talian. Kaedah ini telah membuatkan penggunaan data peranti pada tahap minimum. Melalui tinjauan soal selidik selepas pelaksanaan PBP ini, I. 100% murid menggunakan Whatsapp Group masing-masing untuk membuat perbincangan kumpulan. II. 100% kumpulan murid telah menghantar hasil mereka dalam bentuk rakaman video. Murid tidak perlu membuat pembentangan dalam talian. III. 98% murid menyatakan ahli kumpulan memberi kerjasama, dengan satu orang murid tidak bersetuju kerana ada seorang ahli kumpulan susah dihubungi. IV. 98% murid berupaya memberi pendapat atau komen dalam sepanjang tempoh PBP, dengan seorang murid tidak bersetuju kerana dia adalah seorang murid yang pendiam. V. 100% murid telah mempelajari kemahiran teknologi dalam pelaksanaan PBP ini. VI. 98% (43/44) murid mencapai TP6 untuk tujuh mata pelajaran tersebut. Seorang lagi murid tidak melibatkan diri dalam pelaksanaan PBP dan hanya melengkapkan projek Sains. 43


Melalui tinjauan soal selidik daripada golongan guru yang terlibat dalam pelaksanaan PBP ini, I. 100% guru mata pelajaran menyatakan bahawa mereka telah mempelajari kaedah melaksanakan PBP dalam PdPr. II. 100% guru bersetuju akan selalu melaksanakan PBP dalam PdPr mahupun PdPc mereka. III. 100% guru mata pelajaran bersetuju murid Tingkatan 5 Anggerik telah mengaplikasikan isi kandungan mata pelajaran lain dalam melengkapkan PBP ini. IV. 100% guru mata pelajaran bersetuuju bahawa tidak perlu lagi ulangan masa untuk mentaksir murid Tingkatan 5 Anggerik untuk pencapaian TP6 topik berkenaan. V. 100% guru mata pelajaran bersetuju pelaksanaan PBP bersama-sama amat menjimatkan masa untuk murid menyiapkan tugasan. VI. 100% guru mata pelajaran bersetuju murid Tingkatan 5 Anggerik mencapai TP6 dengan cepat. 8. RUMUSAN Intervensi ini sangat berjaya kerana memberi banyak impak positif kepada guru mata pelajaran dan murid. Punca kejayaan intervensi ini adalah disebabkan Kerjasama antara guru mata pelajaran dan antara ahli kumpulan. Kesimpulannya, murid dan guru telah berjaya melaksanakan PBP dalam PdPr dan murid telah berjaya mencapai TP 6 untuk tujuh mata pelajaran tersebut. Dari segi penjimatan masa, semua guru dan murid hanya perlu melaksanakan satu PBP tetapi dapat dinilai PBD untuk tujuh mata pelajaran. Kemenjadian murid juga berjaya dibentuk dari segi 4K+1N. 9. CADANGAN LANJUTAN Guru mata pelajaran yang berkenaan boleh berhubung dengan ibu bapa untuk membantu murid melaksanakan PBP. Guru perlu selalu berhubung dengan murid yang pasif supaya dapat membantu murid tersebut menyelesaikan masalah yang dihadapi. Galakan perlu selalu diberikan supaya murid tersebut juga mengaplikasikan 4K+1N dalam PdPr. Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama dan berkomunikasi untuk membantu murid-murid yang pasif. 44


Click to View FlipBook Version