The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Gemilang KKSS merupakan sebuah naskah berbentuk e-book yang diilhamkan oleh Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput bagi menghimpunkan semua pelaksanaan program pelajar disepanjang tahun 2023 dibawah satu bumbung. Penghasilan buku ini telah mendapat kerjasama yang erat dari semua unit serta sokongan daripada pihak pengurusan kolej. Penghasilan Gemilang KKSS Ini adalah penting bagi warga kolej sebagai dokumentasi menyeluruh dan sebagai bahan rujukan penglibatan pelajar terhadap program kolej. Gemilang KKSS boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang serta menambahbaik program yang berkaitan pelajar pada masa akan datang.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mfared.arshad, 2024-06-19 04:47:47

GEMILANG KKSS 2023

Gemilang KKSS merupakan sebuah naskah berbentuk e-book yang diilhamkan oleh Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput bagi menghimpunkan semua pelaksanaan program pelajar disepanjang tahun 2023 dibawah satu bumbung. Penghasilan buku ini telah mendapat kerjasama yang erat dari semua unit serta sokongan daripada pihak pengurusan kolej. Penghasilan Gemilang KKSS Ini adalah penting bagi warga kolej sebagai dokumentasi menyeluruh dan sebagai bahan rujukan penglibatan pelajar terhadap program kolej. Gemilang KKSS boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang serta menambahbaik program yang berkaitan pelajar pada masa akan datang.

Keywords: Aktiviti pelajar,kolej komuniti sungai siput,gemilang kkss

K O L E J K O M U N I T I S U N G A I S I P U T Gemilang K K S S I 2 0 2 3


Gemilang K K S S I 2 0 2 3


KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI PETI SURAT 390, 31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK, MALAYSIA. TEL.: 05-5971440/ 5981195 FAKS.: 04-5982157 HAK CIPTA TERPELIHARA Gemilang KKSS 2023 ini merupakan hak milik mutlak Kolej Komuniti Sungai Siput. Tidak dibenarkan untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian di dalam kandungan ebuku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun, sama ada secara fotokopi, mekanik, rakaman, elektronik atau apa-apa cara lain sekalipun sebelum mendapat izin bertulis daripada PENGARAH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT.


SENARAI KANDUNGAN: PERKARA M/S SIDANG REDAKSI 1 TINTA PENGARAH 2 SEJARAH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT 3 MISI DAN VISI 4 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN 5 ENROLMEN PELAJAR 6 FASILITI 7 PROGRAM PELAJAR SEPANJANG 2023 8 UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR 9 UNIT PSIKOLOGI 31 UNIT PERPUSTAKAAN 39 UNIT SUKAN 45 UNIT MORAL & SIVIK 51 UNIT TEKNOLOGI ELEKTRIK 55 UNIT TEKNOLOGI AUTOMOTIF 62 UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT 66 UNIT PENGEMBARAAN PELANCONGAN 70 HUBUNGI KAMI 75 LAGU RASMI POLYCC 76


PENGERUSI HAJI AHMAD RIZAL BIN OMAR TIMBALAN PENGERUSI ABDUL KADIR BIN IBRAHIM MOHD ZAIRULNIZA BIN JALUDIN KETUA EDITOR MOHAMAD FARED BIN MOHD ARSHAD PANEL PENULIS UNIT NORHASMAH BINTI KASIM (PSIKOLOGI) NORHANA BINTI MOHD ISMAIL (SUKAN) NOR HAFIZAH BINTI ABU BAKAR (PERPUSTAKAAN) PANEL PENULIS PROGRAM ZALEHA BINTI RIDZWAN (SKE) NOOR ANIZA BINTI AZMAN (STM) NURUL NADIAH BINTI ZAINUDDIN (SPL) AHMAD SYUKRI BIN AHMAD TAJUDDIN (SAU) GURMINDERJEET KAUR A/P KARTAR SINGH (AM) EDITOR MOHD EFENDI BIN AHMAD RASHIDAH BINTI BAKAR AZWIRA BIN TAIB REKA BENTUK & GRAFIK SITI NAZHA BINTI NAAN MOHAMMAD YASIR BIN ABDUL RAHMAN SIDANG REDAKSI 1


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya Gemilang KKSS 2023 telah berjaya disiapkan. Saya berbesar hati dan mengucapkan setinggi tahniah atas usaha dan komitmen Unit Pembangunan Pelajar dalam mengetuai proses menyediakan Gemilang KKSS 2023 ini di samping semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Dengan wujudnya Gemilang KKSS 2023, saya berharap ia akan dapat membantu sedikit sebanyak dalam mendokumentasikan aktiviti pelajar yang berlangsung disepanjang tahun 2023. Moga ianya menjadi naskah rujukan bagi merancang kos serta penambahbaikan program-program lain yang akan dijalankan selepas ini. Kolej Komuniti Sungai Siput sejak penubuhan bermula tahun 2004 sehingga kini sentiasa memberi fokus dan komitmen yang tinggi dengan tujuan menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara dengan menyenaraikan matlamat organisasi seperti berikut : Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di institusi untuk memenuhi keperluan industri Melahirkan warga sejagat kearah kepimpinan serta kemakmuran global. Justeru itu, dengan penghasilan Gemilang KKSS 2023 diharap akan dapat membantu melahirkan graduan yang TVET yang seimbang, berdaya saing dan berkemahiran tinggi selaras dengan matlamat kewujudan Kolej Komuniti di Malaysia. Haji Ahmad Rizal bin Omar Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput TINTA PENGARAH S A L A M S E J A H T E R A


SEJARAH Kolej Komuniti Sungai Siput mula beroperasi pada Mac 2003 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Sungai Siput. Pengambilan pelajar kumpulan pertama adalah pada Jun 2003. Kursus yang mula-mula ditawarkan di sini ialah Sijil Teknologi Maklumat yang jumlah pelajarnya 60 orang. Pada Julai 2004, Kolej Komuniti Sungai Siput telah berpindah ke kampus tetap di Kampung Sungai Sejuk. Seterusnya kursus lain seperti Sijil Kenderaan Ringan (SKR), Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL) mula ditawarkan. Bermula tahun 2018 Sijil Pelancongan dan Pengembaraan telah dipindahkan ke Kolej Komuniti Cawangan Lenggong oleh pihak jabatan atas keperluan kursus. Namun pada Ogos 2023 Kursus Pengembaraan Pelancongan dipindahkan semula ke Kolej Komuniti Sungai Siput dan kembali ditawarkan di kampus ini. Kolej Komuniti Sungai Siput ditubuhkan untuk melahirkan lulusan yang mempunyai kemahiran praktikal, pengetahuan akademik serta kemahiran generik dalam bidang kejuruteraan, multimedia, khidmat sosial dan perniagaan di peringkat sijil sebelum memasuki alam pekerjaan atau sebagai asas kepada peningkatan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Kolej Komuniti Sungai Siput juga menyediakan pendidikan dan latihan sepanjang hayat kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan lagi kualiti hidup. Antara kursus dan latihan sepanjang hayat yang ditawarkan adalah seperti berikut : Kursus Pelbagai Jenis Masakan Kursus Kecantikan Kursus Asas Komputer Kursus Pengurusan Lawatan Kursus Pengendalian Elektrik Kursus Membaiki Kenderaan Pelbagai lagi kursus dan latihan yang bersesuaian mengikut permintaan dan permohonan daripada K masyarakat dan agensi kerajaan. O L E J KO M U NITI S U N GAI SIP U T


Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan: Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat kolej komuniti untuk memberi latihan kepada pekerja mereka. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat. Menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai kementerian supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat. Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan kolej komuniti; dan Memberi khidmat nasihat / kaunseling kepada masyarakat setempat bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangankerjaya mereka. Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul. Menyediakan akses yang meluas kepada program tvet berkualiti dan diiktiraf. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan. VISI MISI OBJEKTIF


PENGARAH CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT HJ AHMAD RIZAL BIN OMAR MOHD ZAIRULNIZA BIN JALUDIN ABDUL KADIR BIN IBRAHIM TIMB.PENGARAH AKADEMIK TIMB.PENGARAH PENGURUSAN ROSNI BINTI HAMAT PID/AUDIT DALAMAN UNIT AKADEMIK & PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN UNIT JADUAL WAKTU UNIT LATIHAN & PEMBANGUNAN STAF UNIT JAMINAN KUALITI UNIT PENYELIDIKAN & INOVASI UNIT PEMEGANG TARUH INSTITUSI UNIT E-LEARNING UNIT JAMINAN KUALITI (BKN AKADEMIK) UNIT PENGURUSAN ASET UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN UNIT PEMBANGUNAN UNIT KEUSAHAWANAN UNIT KOLABORASI & LATIHAN INDUSTRI UNIT HAL EHWAL PELAJAR UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT & KORPORAT MOHAMAD FARED BIN MOHD ARSHAD HAFIZAH BINTI OMAR ROZANA BINTI AHMAD HANIP (PSH) NADIA BINTI ZAKARIA TS.HJ.ANUAR BIN SHAARI RAZITA BINTI ALLI MAT KPRO SPL/SKR/SKE/STM SITI NAZHA BINTI NAAN ASHMAN BIN AHMAD @ WAHAB MOHD ZAIDI BIN ABD RAZAK JAMALUDIN BIN AHMAD TAHIR ROSNI BINTI HAMAT RAFIDAH BINTI MOHD BASIR MOHAMAD FUAD BIN ABDUL AZIZ MAZLINI MASTURA BINTI YUSOF SALINA BINTI ABU BAKAR NORHANA BINTI MOHD ISMAIL NORHASMAH BINTI KASIM NOR HAFIZAH BINTI ABU BAKAR MOHAMAD KHAIRUL BIN ZAKARIA ZURIANA BINTI MHD ZAKARIA ROSNI BINTI HAMAT


ENROLMEN PELAJAR JUMLAH PELAJAR - 272 ORANG SESI I 2022/2023 - 110 ORANG SESI II 2022/2023 - 22 ORANG SESI I 2023/2024 - 140 ORANG SESI I : 22/23 SESI II : 22/23 SESI I : 23/24 SKR SKE STM SPL 0 10 20 30 40 50 60 30 42 29 9 5 7 10 40 55 36 9 2023


7FASILITI


PROGRAM PELAJAR 2023


UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR


PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR TARIKH: 8 FEB 2023 TEMPAT: DEWAN KULIAH KKSS PENGLIBATAN: 167 ORANG PELAJAR Perjumpaan pengarah bersama pelajar merupakan program yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar. Tidak kurang juga untuk Tuan Pengarah menyampaikan amanat serta aspirasi pihak pengurusan terhadap kemenjadian pelajar. Inilah ruang dan peluang untuk mereka berinteraksi secara bersemuka bagi menyuarakan apa jua permasalahan, cadangan serta penambahbaikan berkaitan akademik mahupun kebajikan pelajar. Perjumpaan seumpama ini amatlah penting dan ianya akan diadakan pada setiap awal semester. OBJEKTIF: 1. Sebagai medan untuk pelajar mengajukan sebarang permasalahan dan cadangan kepada pihak pengurusan kolej. 2. Menyemai dan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam membina ukhwah antara pelajar dan pihak pengurusan kolej. 3. Membolehkan interaksi secara dua hala antara pelajar dan pihak pengurusan kolej melalui saluran yang betul dan teratur.


VOTER EDUCATION TARIKH: 16 FEBUARI 2023 TEMPAT: DEWAN KULIAH KKSS PENGLIBATAN: 167 ORANG PELAJAR Program voter education telah berlangsung dengan jayanya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Program seumpama ini merupakan yang julung kalinya diadakan bagi memperkenalkan sistem demokrasi di Malaysia kepada pelajar institu pengajian tinggi (IPT). Pelajar berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas dan mendalam berkaitan tatacara pilihan raya yang bakal mereka tempuhi nanti. Diharapkan program seumpama ini akan dapat terus diadakan saban tahun sebagai pendedahan awal kepada pelajar. OBJEKTIF: 1. Mempromosikan dan memperkenalkan sistem demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia kepada pelajar. 2.Membolehkan pelajar mengetahui tatacara yang sebenar proses pengundian dilaksanakan. 3.Melahirkan generasi celik demokrasi dan bakal pemimpin pada masa hadapan.


KEM KEPIMPINAN JPP PRISS 2023 TARIKH: 11-13 MAC 2023 TEMPAT: AMAZING CAMP LEGACY, LENGGONG PENGLIBATAN: 38 ORANG PELAJAR Kem Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS) Kolej Komuniti Sungai Siput dan Kolej Komuniti Sungai Siput Cawangan Lenggong tahun 2023 ini merupakan program khas untuk JPP dan PRISS. Kem ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan dengan lebih jelas kepada para barisan kepimpinan JPP dan PRISS agar dapat menjadi pemimpin dan pembimbing yang terlatih untuk membantu diri sendiri selanjutnya membantu rakan yang lain dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi seterusnya menjadi role model kepada pelajar yang lain. Di samping itu juga program ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan (teambuilding), kepimpinan, kerjasama, disiplin dan jati diri dalam kalangan ahli JPP dan PRISS. OBJEKTIF: Membina keyakinan dalam kalangan JPP dan PRISS untuk menjadi seorang pemimpin yang berketerampilan dan berwawasan. 1. Menjelaskan kepada para peserta tentang peranan serta tanggungjawab mereka sebagai JPP dan PRISS di kolej. 2. Melatih para peserta agar lebih berdikari, berkeyakinan diri, membina sifat asas kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, ketahanan mental, emosi dan fizikal. 3.


Pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar atau Pilihanraya Kampus adalah proses pemilihan pemimpin dalam kalangan pelajar yang dilaksanakan di Politeknik dan Kolej Komuniti. Peranan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di Kolej Komuniti dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) di Politeknik adalah berperanan mewakili suara, pandangan dan hasrat pelajar dalam pelbagai hal pelajar dalam institusi mereka. Pilihan raya ini penting bagi membentuk jawatankuasa yang terbaik bagi mengemudi aspirasi dan harapan pelajar. OBJEKTIF: Membawa semangat autonomi iaitu kebebasan bersuara mengikut garis panduan JPPKK. 1. Memperjuangkan hal ehwal pelajar dari sudut akademik, kebajikan, disiplin dan prestasi kolej. 2. ·Sebagai Latihan dan pengalaman kepada pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput dalam mendidik sikap tanggungjawab dan pendedahan awal penglibatan dalam pilihan raya. 3. Melatih generasi pelapis pemimpin negara pada masa hadapan. 4. PILIHAN RAYA KAMPUS JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR -JPP TARIKH: 22 FEBUARI 2023 TEMPAT: DEWAN KULIAH KKSS PENGLIBATAN: 167 ORANG PELAJAR


Watikah Pelantikan JPP dan PRISS merupakan satu program yang diadakan selepas keputusan Pilihan raya Kampus di perolehi. Semua pelajar yang telah memenangi pilihan raya kampus akan dilantik sebagai JPP dan PRISS. Program ini merupakan salah satu proses demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia dan digunapakai dalam pilihan raya kampus. Semua JPP dan PRISS akan di beri watikah atau pelantikan secara rasmi oleh Pengarah dalam program ini. OBJEKTIF: Memperkenalkan JPP dan PRISS secara rasmi kepada semua pelajar dan pensyarah. 1. Merupakan satu ruang untuk pelajar dan pensyarah mengenali dengan lebih dekat semua JPP dan PRISS dalam menyampaikan aspirasi dan sebarang aduan. 2. Untuk merasai sendiri pengalaman proses demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia. 3. WATIKAH PELANTIKAN JPP & PRISS TARIKH: 1 MAC 2023 TEMPAT: DEWAN KULIAH KKSS PENGLIBATAN: 167 ORANG PELAJAR


IHYA’ RAMADHAN 2023 TARIKH: 20 MAC - 10 APRIL 2023 TEMPAT: KKSS PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR MUSLIM Ramadhan adalah bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan antaranya adalah Ceramah Agama, Tadarus Al-Quran, Tazkirah, Memasak Bubur Lambuk , Majlis Khatam Al-Quran dan Pertandingan Nasyid. Program ini telah disusun dengan rapi oleh Pusat Islam KKSS dengan kerjasama Unit Pembangunan Pelajar. Semoga program seumpama ini mampu menjadi santapan rohani seluruh warga KKSS dan perlu dilaksanakan sebagai aktiviti tahunan. OBJEKTIF: Memupuk rasa kecintaan terhadap bulan Ramadhan. 1. Membentuk ukhwah dalam kalangan pelajar dan staf melalui program yang dijalankan. 2. Melatih pelajar agar lebih berdikari, berkeyakinan diri, membina sifat asas kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, ketahanan mental, emosi dan fizikal. 3.


Majlis Iftar Perdana telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran pelajar dan juga kakitangan KKSS. Istimewanya juadah berbuka pada kali ini adalah Nasi Ambeng dimana ia merupakan makanan tradisi bagi masyarakat jawa. Penghasilan juadah ini dilalukan secara gotong-royong oleh pelajar dan kakitangan KKSS. Usai berbuka puasa majlis diteruskan dengan solat maghrib, Isyak dan seterusnya solat terawih secara berjemaah. OBJEKTIF: Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dan juga staf KKSS. 1. Sebagai latihan dan pengalaman kepada pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput dalam mengendalikan sesuatu program di kolej. 2. Menghidupkan bulan Ramadhan dengan amalan yang baik dan sunat. 3. MAJLIS IFTAR PERDANA KKSS 2023 TARIKH: 12 APRIL 2023 TEMPAT: BILIK SEMINAR 1 PENGLIBATAN: PELAJAR MUSLIM & STAF


LATIHAN ASAS PISPA KKSS TARIKH: 7-8 MEI 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 10 ORANG PELAJAR DAN STAF PENGENALAN PROGRAM/AKTIVITI: Pasukan Institut Pertahanan Awam (PISPA) merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi dalam melahirkan anggota yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Justeru satu latihan asas PISPA telah di jalankan di KKSS bagi menyahut seruan itu. Latihan ini telah disertai oleh 20 orang pelajar KKSS serta pelajar KKKK beserta 10 orang staf KKSS.Latihan ini telah dijalankan selama 2 hari yang merangkumi elemen asas dalam pertahanan awam seperti bantu mula, CSR, ikatan, asas kawad, memadam kebakaran, merawat luka dan usungan.Program ini sangat diperlukan bagi membentuk jati diri pelajar disamping mempersiapkan mereka untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan perkara yang tidak diingini.Kursus ini telah mendapat sokongan penuh dari barisan kejurulatihan APM dari Daerah Kuala Kangsar yang cukup berpengalaman dan kompeten. OBJEKTIF: 1. Membantu pelajar mengenali personaliti diri. 2. Memberikan keyakinan kepada pelajar untuk terlibat dengan aktiviti luar. 3. Membentuk dan memperkukuhkan jati diri dalam kalangan pelajar. 4. Memberi kemahiran dan pengetahuan tambahan kepada para pelajar dan staf dalam menghadapi sebarang kemalangan atau pun kecelakaan.


Semarak Syawal merupakan salah satu program wajib yang diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri diperingkat kolej. Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan lagi sambutan ini antaranya pertandingan menghias pulut kuning, menganyam ketupat, mengikat samping raya, kanda dinda raya serta pertandingan warung raya gempak. Semarak Syawal turut dimeriahkan dengan kehadiran Jawatankuasa Penasihat Kolej serta wakil dari jabatan kerajaan berdekatan.Antara juadah yang disediakan adalah rendang, lemang, aneka minmuman, nasi impit, satey dab lain-lain. OBJEKTIF: Memupuk semangat muhibah dan kerjasama anta pelajar berbilang kaum. 1. Melahirkan pelajar yang berkeyakinan serta berkebolehan dalam mengendalikan sesuatu program. 2. SEMARAK SYAWAL TARIKH: 17 MEI 2023 TEMPAT: KOELJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR DAN STAF


Latihan Medan PISPA KKNP merupakan landasan terbaik bagi menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar sebelum diangkat mewakili KKNP ke HIPA kebangsaan.Pada edisi kali ini KKSS mempertaruhkan 5 orang calon namun hanya seorang pelajar yang terpilih bagi mewakili KKSS keperingkat kebangsaan. Segala usaha dan iltizam telah diberikan sehabis baik namun tidak semuanya memihak kepada kita. Pihak pengurusan merakamkan jutaan tahniah dan syabas buat peserta kita yang telah terpilih mewakili KKNP ke Peringkat Kebangsaan. OBJEKTIF: 1. Sebagai latihan dan pengalaman kepada pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput dalam mendidik sikap tanggungjawab dan pendedahan awal penglibatan dalam PISPA. 2. Membentuk kepimpinan serta sahsiah jati diri pelajar yang terlibat ke arah yang lebih baik. LATIHAN MEDAN PISPA KKNP TARIKH: 1 MAC 2023 TEMPAT: KOMPLEKS RAKAN MUDA, LARUT MATANG PENGLIBATAN: 6 ORANG PELAJAR


LATIHAN INTENSIF HIPA 6.0 TARIKH: 28-30 OGOS 2023 TEMPAT: APM LARUT MATANG & UPSI TG.MALIM PENGLIBATAN: 1 ORANG PELAJAR KKSS Bagi meneruskan kemaraan pasukan PISPA KKNP , satu latihan intensif khas telah disusun oleh barisan kejurulatihan KKNP bagi memastikan pelajar yang terpilih mendapat laihan sewajarnya sebelum HIPA Kebangsaan berlangsung. Pelajar telah diberikan latihan yang secukupnya bagi memastikan mereka benar-benar bersedia bagi merebut gelaran juara di peringkan kebangsaan. Latihan intensif telah berlangsung di dua lokasi iaitu di UPSI Tanjung Malim dan APM Larut Matang. Semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh kesemua yang terlibat pagi memastikan misi membawa pulang piala kejuaraan tercapai. OBJEKTIF: 1. Meningkatkan jati diri pelajar ke tahap maksimum. 2. Memberikan keyakinan kepada peserta untuk lebih bersedia. 3. Membentuk dan memperkukuhkan jati diri dalam kalangan peserta yang terlibat.


Himpunan Institut Pertahanan Awam HIPA 6.0 merupakan medan sebenar bagi kesemua pelatih menunjukkan kemampuan mereka didalam ilmu pertahanan awam.Pertandingan ini melibatkan kesemua PISPA negeri dan melibatkan penyertaan seramai 70 orang peserta.Pertandingan ini berlangsung selama 3 hari bemula pada 10-12 oktober 2023.Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menguji tahap fizikal,mental dan emosi peserta dalam kemahiran menyelamat seperti perawatan awal,melawan kebakaran,menyelamat mangsa dan merempuh halangan. PISPA KKNP telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dan membawa pulang Piala Pusingan yang diidamkan. OBJEKTIF: Membawa semangat peserta KKNP untuk merebut gelaran juara. 1. Memastikan segala latihan diterjemah semasa pertandingan 2. HIPA 6.0 KEBANGSAAN TARIKH: 10-12 OKTOBER 2023 TEMPAT: UITM MACHANG, KELANTAN PENGLIBATAN: SEORANG PELAJAR KKSS (AMINUDDIN IMAN BIN BADRUL HISHAM) PENCAPAIAN : JOHAN KESELURUHAN


SEMARAK KEMERDEKAAN TARIKH: 25 OGOS -13 SEPTEMBER 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 266 ORANG PELAJAR 31 Ogos merupakan tarikh penting kepada seluruh rakyat Malaysia. Kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu harus dipertahankan. Semangat cintakan tanah air perlu terus disemai dan dimekarkan di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, sambutan Semarak Kemerdekaan peringkat Kolej Komuniti Sungai Siput ini dilaksanakan sebagai usaha bagi memastikan semangat patriotik dalam kalangan warga KKSS sama ada pelajar dan staff terus utuh serta berkembang disanubari. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang sambutan semarak kemerdekaan ini dilaksanakan. Antaranya sayembara puisi, senandung merdeka, ketuk-ketuk merdeka, motor berhias dan poster gergasi merdeka. Program ini telah mendapat sambutan daripada seluruh warga KKSS. OBJEKTIF: Menyemai semangat patriotik di kalangan warga KKSS. 1. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air dan hormat menghormati. 2. Mengeratkan ukhuwah dan menerapkan nilai perpaduan di kalangan warga KKSS yang berbilang bangsa dan agama. 3. 4. Mengasah dan menonjolkan bakat terpendam pelajar.


PROGRAM SMART AADK TARIKH: 6 SEPTEMBER 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT & PEKAN SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 40 ORANG PELAJAR KKSS Program AADK Smart ini merupakan program kerjasama antara Kolej Komuniti Sungai Siput dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Kangsar. Program ini telah disertai oleh 40 orang pelajar yang terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS). Antara pengisian program ini adalah ceramah pencegahan dadah dan AADK i-raccer iaitu explorace yang telah dijalankan di sekitar pekan Sungai Siput. OBJEKTIF: 1. Memberi pengetahuan kepada para peserta tentang bahaya pengaruh dadah. 2. Membentuk mahasiswa sukses, matang, aktif, rasional dan bertanggungjawab. 3. Membentuk dan memperkukuhkan jati diri di kalangan pelajar.


PROGRAM FOOYOO, GERM BUSTER CHALLENGE DAN KARNIVAL KECERGASAN DOKTOR MUDA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR TAHUN 2023 TARIKH: 7-8 MEI 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 40 ORANG PELAJAR KKSS Program Fooyoo, Germ Buster Challenge dan Karnival Kecergasan Doktor Muda sekolah menengah dan sekolah rendah peringkat daerah Kuala Kangsar merupakan program kerjasama antara Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Kangsar dan Kolej Komuniti Sungai Siput. Program julung kali diadakan ini telah melibatkan 40 orang pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput dari pelbagai kursus bagi mengenal dan mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan dengan penjagaan kesihatan yang betul. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk kesedaran kesihatan di kalangan pelajar. OBJEKTIF: 1. Membentuk dan memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan para peserta. 2. Membentuk dan memperkukuhkan jati diri di kalangan pelajar 3. Menanamkan perasaan cintakan diri sendiri dan menghargai nilai kesihatan.


CSR BRISK 1.0 – MURAL TARIKH: 23-24 SEPT 2023 TEMPAT: SABK MAAHAD YAHYAWIYAH, PADANG RENGAS PENGLIBATAN: 10 ORANG PELAJAR DAN STAF BriSk KKSS membina hubungan jalinan sukarelawan secara holistik bersama pihak sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan dalam usaha memperkukuhkan kemudahan fizikal yang sedia ada. Ini agar membentuk suasana sukarelawan di kalangan siswa-siswi khususnya kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput. Program BriSK 1.0 ini tercetus dengan keupayaan Unit Brisk dibantu khususnya pelajarpelajar Kolej Komuniti Sungai Siput bersama pensyarah dan pihak SABK Maahad Al-Yahyawiah , Padang Rengas. OBJEKTIF: Memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan para pelajar di samping menghayati budaya sukarelawan. 1. Menyemai semangat menghargai, memelihara dan mengekalkan kemakmuran negara yang dikecapi. 2. 3. Menyemai nilai kesyukuran dalam diri pelajar. Dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah, saling bekerjasama dan berdisiplin serta menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap arahan yang diberi. 4.


Sambutan Maulid Nabi Peringkat Kolej Komuniti Sungai Siput telah berlangsung dengan jayanya di mana ianya melibatkan penyertaan yang cukup memberangsangkan daripada semua pelajar yang beragama Islam. Maulid Nabi merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Hari Maulid Nabi jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal (bulan ketiga) dalam takwim Hijrah, atau dalam takwim Masihi, Isnin, 20 April 571 M. Antara pengisian program ini adalah ceramah agama, qasidah serta perarakan membawa sepanduk Maulud Nabi. OBJEKTIF: Memperingati kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta sumbangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam. 1. Memupuk semangat kerjasama kumpulan dikalangan pelajar. 2. Merapatkan ukhwah dan silaturrahim antara pelajar dan staf. 3. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023 TARIKH: 4 OKTOBER 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR DAN STAF


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK & DOKUMENTARI SERTA SOLIDARITI PALESTINE TARIKH: 7 DISEMBER 2023 TEMPAT: DEWAN KULIAH, KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR DAN STAF Pertandingan Video Pendek dan Dokumentari serta Solidariti Palestin telah berlangsung dengan jayanya yang melibatkan penyertaan 9 kumpulan pelajar KKSS. Program ini merupakan anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak. Video pendek yang dihasilkan oleh pelajar Program Sijil Pengembaraan Pelancongan telah dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan ini. Semoga program seumpama ini mampu diteruskan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar. OBJEKTIF: Memupuk semangat kerjasama kumpulan dalam kalangan pelajar. 1. 2. Mencungkil bakat pelajar dalam penghasilan video pendek. Mempromosikan tempat pelancongan menarik di daerah Kuala Kangsar. 3. Memupuk rasa syukur dan tanda solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin. 4.


MAJLIS APRESIASI PELAJAR (MAPEL‘23) TARIKH: 30 NOVEMBER 2023 TEMPAT: SK TROSOR PENGLIBATAN: 270 ORANG PELAJAR & STAF Kecemerlangan para pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan sesebuah institusi pendidikan dalam melahirkan seorang modal insan. Pelajar merupakan nadi utama bagi sesebuah institusi pendidikan. Kecemerlangan seseorang pelajar bukan sahaja bergantung kepada ketekunan dan usaha pelajar itu sendiri. Namun, sokongan daripada institusi memberi impak yang besar kepada kecemerlangan seseorang pelajar. Justeru, kecemerlangan para pelajar harus diberi pengiktirafan supaya menjadi motivasi dalam diri setiap pelajar. Sehubungan dengan itu, Majlis Apresiasi Pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput 2023 (MAPel 2023) ini diadakan sebagai menghargai pencapaian, penglibatan dan sumbangan yang telah diberikan oleh para pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput dalam pelbagai aspek iaitu bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum sepanjang tahun 2023 OBJEKTIF: Menghargai pencapaian dan penglibatan pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput sepanjang tahun 2023. 1. Meningkatkan semangat dan motivasi kepada para pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput untuk memperbaiki pencapaian dan penglibatan mereka pada masa hadapan. 2. Mewujudkan dan membina budaya penghargaan dalam kalangan warga KKSS 3. 4.Mengeratkan ukhuwah seluru.h warga KKSS.


Seramai 20 orang pelajar KKSS telah mengikuti dengan jayanya program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak bersempena dengan Hari Kesukarelawan Negeri Perak bertempat di Bukit Kledang, Ipoh. Peserta melakukan aktiviti sukarelawan dengan mengutip sampah di sepanjang laluan pendakian menaiki Bukit Kledang. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan pihak KKSS akan senantiasa memberikan sokongan penglibatan pelajar bagi memupuk budaya kesukarelawan dalam diri semua pelajar. OBJEKTIF: 1. Memupuk budaya kesukarelawan dalam kalangan pelajar. Memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan penglibatan aktiviti diluar kolej. 2. 3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Menyemarakkan semangat cintakan alam sekitar dalam diri pelajar. 4. HARI KESUKARELA WAN BELIA NEGERI PERAK TARIKH: 10 DISEMBER 2023 TEMPAT: BUKIT KLEDANG, IPOH PENGLIBATAN: 20 ORANG PELAJAR


English Writing Camp telah diadakan dengan jayanya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi melibatkan pelajar IPT di seluruh negara. Pihak Kolej Komuniti Sungai Siput telah menghantar 2 orang pelajar bagi menyertai program ini. Antara objektif utama penganjuran kem ini adalah bagi meningkatkan mutu penulisan di dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dalam memperkasakan penulisan bahasa Inggeris. OBJEKTIF: Memastikan pelajar dapat menguasai ilmu bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. 1. Mencungkil bakat pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris. 2. ENGLISH WRITING CAMP TARIKH: 3 JUN 2023 TEMPAT: UKM BANGI PENGLIBATAN: 2 ORANG PELAJAR


UNIT PSIKOLOGI


UJIAN PSIKOLOGI DAN TEMUDUGA PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN INSPIRASI SISWA SISWI KKSS-KKSSCL 2023 TARIKH: 22 FEBRUARI 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 36 ORANG CALON Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS) merupakan “duta kecil” kepada Unit Pengurusan Psikologi di setiap kolej komuniti di seluruh Malaysia. Peranan dan tanggungjawab mereka sangat penting dalam membantu rakan-rakan sebaya di kolej bersesuai dengan konsep PRISS iaitu dari remaja kepada remaja. PRISS berperanan untuk membantu diri sendiri selanjutnya membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi. Ini seiring dengan falsafah PRISS iaitu “bantu diri untuk bantu orang lain”. Di samping itu juga PRISS dapat membantu menggerakkan perancangan aktiviti dan membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Unit Pengurusan Psikologi di kolej. Ini sekaligus, dapat membantu mengurangkan masalah disiplin di kolej, melahirkan pelajar atau pemimbing yang mempunyai minda yang cergas dan fizikal yang sihat. Sehubungan dengan itu, pemilihan dan pelantikan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi yang tepat dan berkesan berdasarkan prisip utama PRISS adalah sangat penting. OBJEKTIF: Membuat memilihan PRISS yang bersesuaian dan berkesan sebagai seorang pembimbing. 1. Membuat lantikan PRISS yang bersesuaian dengan personaliti sebagai seorang pembimbing. 2. Mengenali personaliti seorang pembimbing dengan lebih tepat dan mampu menjadi contoh ke arah kebaikan. 3.


AMAZING YOU TARIKH: 15 NOVEMBER 2023 TEMPAT: DEWAN KULIAH, KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 130 ORANG PELAJAR SEMESTER 1 PENGENALAN PROGRAM/AKTIVITI: Dunia remaja merupakan dunia yang penuh dengan cabaran. Rogers, (1951) ’Adolescence’ bermaksud membesar menjadi matang. Remaja dikatakan berusia di antara 11 hingga 21 tahun, merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang (Azizi et. Al.,2005). Ia merupakan satu tempoh peralihan dalam pusingan hidup yang melibatkan banyak perubahan yang berlaku, sama ada dari segi perkembangan fizikal, emosi dan kognitif di mana ia mula minat hubungan dengan rakan sebaya dan mulai belajar peranan kerja, peranan dalam keluarga dan sebagai warga masyarakat. Zaman remaja dikatakan satu proses untuk mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan bagi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Zaman remaja juga merupakan tempoh untuk membina konsep kendiri dan memperkukuhkan jati diri. Azizi et. al. (2004) dalam buku Psikologi Sosial mendefinisikan konsep kendiri sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menanggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif terhadap kebolehan diri. Seterusnya dapat menyuntik motivasi dikalangan pelajar untuk terus berusaha dan berjuang di dalam pengajian masing-masing. OBJEKTIF: 1. Membantu pelajar mengenal personaliti diri. 2. Memberikan keyakinan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian. 3. Membentuk dan memperkukuhkan jati diri di kalangan pelajar.


MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BAHARU SESI 2 2022/2023 TARIKH: 1- 2 FEBUARI 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 19 ORANG Minggu Suaikenal(MSK) atau minggu orientasi merupakan aktiviti wajib setiap kali sesi pendaftaran pelajar baharu diadakan di setiap institusi pengajian ini termasuklah di Kolej Komuniti Sungai Siput. Pelbagai pengisian dan aktiviti akan dirancang bagi melaksanakan MSK ini agar mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di Kolej Komuniti Sungai Siput, aktiviti yang dirancang sepanjang MiSK adalah seimbang iaitu aktiviti indoor seperti sesi perkenalan daripada setiap unit, dan aktiviti outdoor seperti aktiviti senamrobik dan explorace kampus. Agensi luar juga akan dijemput untuk memberi ceramah atau pengisian semasa MSK. Ini bagi memastikan MSK yang dijalankan lebih menarik, para pelajar tidak bosan dan seterusnya memudahkan para pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baharu. OBJEKTIF: 1. Memperkenalkan para pelajar baharu tentang sistem kolej komuniti dengan lebih jelas. Membantu para pelajar baharu menyesuaikan diri dengan suasana di Kolej Komuniti Sungai Siput. 2. 3. Membina hubungan dan rasa selesa dalam kalangan rakan-rakan baharu dan keadaan baharu.


MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BAHARU SESI 1 2023/2024 TARIKH: 23-25 OGOS 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 133 ORANG PELAJAR Minggu Suaikenal atau minggu orientasi merupakan aktiviti wajib setiap kali sesi pendaftaran pelajar baharu diadakan di setiap institusi pengajian ini termasuklah di Kolej Komuniti Sungai Siput. Pelbagai pengisian dan aktiviti akan dirancang bagi melaksanakan MSK ini agar mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di Kolej Komuniti Sungai Siput, aktiviti yang dirancang sepanjang MSK adalah seimbang iaitu aktiviti indoor seperti sesi perkenalan daripada setiap unit, dan aktiviti outdoor seperti aktiviti senamrobik dan explorace kampus. Agensi luar juga akan dijemput untuk memberi ceramah atau pengisian semasa minggu suai kenal. Ini bagi memastikan MSK yang dijalankan lebih menarik, para pelajar tidak bosan dan seterusnya memudahkan para pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baharu. OBJEKTIF: 1. Memperkenalkan para pelajar baharu tentang sistem kolej komuniti dengan lebih jelas. Membantu para pelajar baharu menyesuaikan diri dengan suasana di Kolej Komuniti Sungai Siput. 2. 3. Membina hubungan dan rasa selesa dalam kalangan rakan-rakan baharu dan keadaan baharu.


PROGRAM KKSS ZOOM IN 2023 TARIKH: 24 NOVEMBER 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 132 ORANG PELAJAR Usaha penambahbaikan serta peningkatan kualiti dan keperluan untuk meningkatkan kualiti dalam setiap perkhidmatan perlu dilaksanakan secara berterusan. Ini termasuklah dalam perkhidmatan pendidikan. Usaha penambahbaikan serta peningkatan kualiti dan keperluan adalah untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada klien (pelajar) adalah yang terbaik. Berdasarkan laporan pencapaian Course Learning Outcome (CLO) dan Program learning Outcome (PLO) bagi setiap program yang telah dilaksanakan telah mencadangkan beberapa penambaikan perlu dilaksanakan bagi memastikan para pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran tahap tertinggi setiap semester. Penambahbaikan perlu dilaksanakan adalah secara holistik bagi memastikan impak yang positif. Progam KKSS Zoom In 2023 ini dilaksanakan khusus untuk pelajar-pelajar semester 2 dan 3. Program ini membantu para pelajar agar dapat menjadi graduan yang berkualiti dan kompeten untuk memasuki dunia pekerjaan seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan negara yang holistik dan seimbang. OBJEKTIF: 1. Membina keyakinan diri dan menggalakkan pelajar dalam memberi fokus kepada pelajaran. Menyediakan maklumat dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran belajar dan kemahiran pengurusan masa. 2. Melatih para peserta agar lebih berdikari, berkeyakinan diri, kemahiran berkomunikasi, ketahanan mental, emosi dan fizikal. 3. 4. Menerapkan rasa tanggungjawab dan budaya cakna terhadap diri sendiri.


PROGRAM RESUME INTERVIEW CLINIC FOR HELPING GRADUATE STUDENT (RICH) 1.0 TARIKH: 14 APRIL 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 19 ORANG PELAJAR Memasuki dunia pekerjaan merupakan satu langkah yang seterusnya selepas seorang graduan menamatkan pengajian. Sehubungan dengan itu, bagi membantu graduan Kolej Komuniti Sungai Siput yang akan menamatkan pengajian agar seiring dan mampu bersaing bersama-sama graduan daripada institusi pendidikan tinggi yang lain, maka graduan Kolej Komuniti Sungai Siput perlu diberikan pendedahan mengenai asas penulisan resume dan juga simulasi temuduga. Selain daripada itu, para graduan juga menjalani ujian psikologi yang berkaitan dengan kerjaya dan kesesuaian personaliti. Di dalam program ini juga, beberapa slot perkongsian maklumat akan dilaksanakan secara interaktif. Program RICH ini diharapkan dapat memberi manfaat dan sekaligus menaikkan semangat serta keyakinan diri bakal graduan Kolej KomunitI Sungai Siput untuk melangkah ke alam pekerjaan. OBJEKTIF: 1. Memberikan keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan. Melengkapkan diri pelajar agar lebih berketrampilan apabila berhadapan dengan bakal majikan ketika sesi temuduga. 2. Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mencari kerja secara cepat dan mudah di agensiagensi kerajaan dan swasta. 3. Membantu pelajar agar mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan seterusnya dapat menarik minat bakal majikan. 4.


Memasuki dunia pekerjaan merupakan satu langkah yang seterusnya selepas seorang graduan menamatkan pengajian. Sehubungan dengan itu, bagi membantu graduan Kolej Komuniti Sungai Siput yang akan menamatkan pengajian agar seiring dan mampu bersaing bersama-sama graduan daripada institusi pendidikan tinggi yang lain, maka graduan Kolej Komuniti Sungai Siput perlu diberikan pendedahan mengenai asas penulisan resume dan juga simulasi temuduga. Selain daripada itu, para graduan juga menjalani ujian psikologi yang berkaitan dengan kerjaya dan kesesuaian personaliti. Di dalam program ini juga, beberapa slot perkongsian maklumat akan dilaksanakan secara interaktif. Program RICH ini diharapkan dapat memberi manfaat dan sekaligus menaikkan semangat serta keyakinan diri bakal graduan Kolej KomunitI Sungai Siput untuk melangkah ke alam pekerjaan. OBJEKTIF: Memberikan keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan. 1. Melengkapkan diri pelajar agar lebih berketrampilan apabila berhadapan dengan bakal majikan ketika sesi temuduga. 2. Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mencari kerja secara cepat dan mudah di agensi-agensi kerajaan dan swasta. 3. Membantu pelajar agar mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan seterusnya dapat menarik minat bakal majikan. 4. PROGRAM RESUME INTERVIEW CLINIC FOR HELPING GRADUATE STUDENT (RICH)2.0 TARIKH: 29 NOVEMBER 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 167 ORANG PELAJAR


UNIT PERPUSTAKAAN


Pihak Perpustakaan KKSS terlibat secara langsung di dalam program Minggu Suaikenal bagi kemasukan pelajar baharu bagi setiap kali pengambilan pelajar. Kebiasaannya, satu taklimat secara bersemuka untuk menerangkan dengan lebih terperinci perkhidmatan Perpustakaan yang disediakan sebagai salah satu komponen sokongan kepada bahagian akademik di KKSS. Untuk perkembangan terbaru, pihak urusetia membuka peluang kepada pihak kami untuk mengubah corak penyampaian dalam menjadikan Unit Perpustakaan sendiri sebagai salah satu ‘check-point’ semasa sesi eksplorasi di dalam kawasan KKSS. Setelah beberapa kali ‘misi’ ini dilaksanakan, pihak kami mendapati ianya lebih berkesan dan realistik apabila pelajar baharu secara terus dapat datang ke perpustakaan dalam kumpulan yang kecil dan berkenalan dengan pegawai-pegawai yang bertugas di samping melaksanakan beberapa misi penting yang diwujudkan khas untuk program ini sebelum meneruskan perjalanan ke ‘check-point’ yang seterusnya. OBJEKTIF: Memberi peluang kepada pelajar baharu menyesuaikan diri dengan keadaan di sekitar kampus KKSS. Sesi penyampaian secara terus dari lokasi sebenar Unit Perpustakaan membolehkan pelajar mencari di mana terletaknya lokasi Perpustakaan KKSS. 1. Menyampaikan maklumat dan info yang berkaitan perkhidmatan Perpustakaan KKSS secara lebih santai dan berkenalan secara terus dengan Pegawai Perpustakaan. Seterusnya menyelesaikan misi menjawab soalan yang berkaitan dengan perpustakaan 2. MSK EKSPLORASI ‘KENALI INSTITUSI KENALI KOMUNITI’ TARIKH: 1 FEBUARI 2023(SESI I) 24 OGOS 2023 (SESI II) TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR BAHARU


PERKONGSIAN E-SURAT KHABAR & E-MAJALAH TARIKH: SEPANJANG 2023 TEMPAT: TELEGRAM INFO KKSS PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR DAN STAF Inisiatif ini telah dilaksanakan semenjak fasa PKP yang lepas, Unit Perpustakaan mencari cara bagaimana unit kami boleh membekalkan informasi semasa secara terus kepada pengguna. OBJEKTIF: 1.Membudayakan amalan membaca pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 2.Menyampaikan maklumat dan info semasa secara atas talian.


JOM BACA BERSAMA 10 MINIT KKSS/KKSSCL 2023 TARIKH: 18 MEI 2023 & 23 MEI – 02 JUN 2023 TEMPAT: TELEGRAM INFO KKSS PENGLIBATAN: SELURUH WARGA KKSS/KKSSCL Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MPAM) telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2023 pada 18 Mei 2023 (Khamis), bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi, serentak seluruh negara. Program ini merupakan program tahunan utama sektor perpustakaan yang dijalankan sempena sambutan Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia. Usaha ini juga merupakan komitmen sektor perpustakaan di seluruh Malaysia bertujuan meningkatkan amalan dan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Untuk makluman, setiap penyertaan yang direkodkan dapat membantu meningkatkan statistik membaca yang akan dikemaskini setiap tahun di peringkat antarabangsa dan menentukan Malaysia berada di ‘ranking’ ke berapa tahap literasi ilmu melalui budaya membaca. Sempena program ini, pihak Perpustakaan telah melaksanakan beberapa aktiviti Resensi Buku yang akan berlangsung selama lima (5) hari/sesi bermula 23 Mei 2023 – 02 Jun 2023. OBJEKTIF: Memastikan Warga KKSS/KKSSCL tidak ketinggalan dan turut serta menyertai program tahunan peringkat kebangsaan ini. 1. Menzahirkan komitmen bersama dalam membudayakan budaya ilmu melalui aktiviti membaca. 2.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) adalah acara yang ditunggu-tunggu saban tahun. Pameran terbesar pembekalpembekal buku dalam dan luar negara akan berkumpul untuk mengadakan pameran produk masing-masing. Selain daripada itu, Pesta Buku Selangor, juga biasa dianjurkan. Pesta Buku Perak 2023 merupakan salah satu program yang julung kali dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Di kesempatan ini, Unit Perpustakaan KKSS mempelawa seluruh Warga KKSS/KKSSCL mengambil peluang turut serta mengunjungi pameran yang diadakan. Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk pengunjung. Dua(2) sesi lawatan pada tarikh yang berbeza telah berjaya dilaksanakan yang telah melibatkan 17 orang staf dari KKSS. OBJEKTIF: Mengambil peluang untuk melawat gerai-gerai pameran buku dan menyertai sesi perkongsian ilmu. 1. Medium untuk membina jalinan ukhuwah/perkenalan/bertemu semula dengan pegawai-pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP). 2. PESTA BUKU PERAK 2023 TARIKH: 04 & 07 OGOS 2023 TEMPAT: AEON KLEBANG, IPOH, PERAK PENGLIBATAN: PELAJAR DAN STAF KKSS


PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN 2023 TARIKH: TRIVIA MERDEKA (SEPANJANG BULAN OGOS) EKSPLORASI MERDEKA ·‘CHECK-POINT’ 5 - FORMASI TUGU NEGARA & LAFAZ RUKUNEGARA ·‘CHECK-POINT’ 6 – FORMASI 66 TEMPAT: SEKITAR KKSS PENGLIBATAN: PELAJAR KKSS Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan. Hari Kemerdekaan juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan disambut dengan begitu meriah dan sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia setiap tahun. Pelbagai acara tahunan telah tersusun rapi dan akan berlangsung seperti Perarakan warna-warni perbarisan di Dataran Merdeka, kempen kibar Jalur Gemilang, pertunjukan pantas, pelbagai pertandingan dan banyak lagi.Logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) telah diadakan pada 27 Mei 2023 bertempat di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) oleh Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil. Sementara itu, pelancaran acara yang sama juga telah diadakan serentak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.Pada majlis pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan 2023, Menteri Komunikasi dan Digital turut mengumumkan Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos 2023. Manakala Sambutan Hari Malaysia aka diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 September 2023. OBJEKTIF: Mengajak warga KKSS mengimbas kembali kronologi, sorotan peristiwa yang berkaitan dengan sejarah kemerdekaan dan Malaysia melalui penyampaian maklumat secara santai. 1.


UNIT SUKAN


PENCAPAIAN CEMERLANG PELAJAR KKSS SEPANJANG TAHUN 2023 DIPERINGKAT SUKAN KEBANGSAAN TARIKH: SEPANJANG TAHUN 2023 TEMPAT: POLYCC - POLITEKNIK NILAI SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA( SIPMA) - UPSI HIGHER EDUCATION SPORT FESTIVAL (HESF) : UNISZA TERENGGANU LIGA BOLA SEPAK IPT : UTM, JOHOR PENGLIBATAN: 6 ORANG PELAJAR PENCAPAIAN : TEMPAT KE- 3 BAGI HOKI Sepanjang tahun 2023, pembabitan pelajar kkss dalam kejohanan peringkat kebangsan amat membanggakan. Seramai 6 orang pelajar telah berjaya menempatkan diri dalam pasukan utama Kolej Komuniti Malaysia. Berikut adalah nama pelajar terbabit dan kejohanan sukan yang disertai. 1. Mohamad Amir Syahmie Bin Mohamad Zubir - Sukan bola sepak di Kejohanan Sukan POLYCC Perak dan SIPMA. 2. Azamuddin Bin Azizi - Sukan bola sepak di Kejohanan SIPMA dan Kejohanan Bola Sepak Liga IPT 2023. 3. Muhammad Akid Shahmi Bin Zainal Abidin - Sukan Hoki di kejohanan SIPMA. 4. Muhd Shamil Afiq Bin Sharonizam - Sukan Hoki di kejohanan SIPMA . 5. Nur Husnani Binti Tan - Sukan bola jaring di Kejohanan Sukan POLYCC Perak dan SIPMA. . 6. Muhammad Syarif Aqil Bin Mohd Nor Sazali- Sukan ragbi - mewakili MASKOM dalam HESF(Higher Education Sport Festival 2023). Semoga dengan pencapaian ini dapat menyemarakkan lagi semangat pelajar untuk terus melibatkan diri dalam sukan keperingkat yang lebih tinggi lagi.


Click to View FlipBook Version