The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Gemilang KKSS merupakan sebuah naskah berbentuk e-book yang diilhamkan oleh Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput bagi menghimpunkan semua pelaksanaan program pelajar disepanjang tahun 2023 dibawah satu bumbung. Penghasilan buku ini telah mendapat kerjasama yang erat dari semua unit serta sokongan daripada pihak pengurusan kolej. Penghasilan Gemilang KKSS Ini adalah penting bagi warga kolej sebagai dokumentasi menyeluruh dan sebagai bahan rujukan penglibatan pelajar terhadap program kolej. Gemilang KKSS boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang serta menambahbaik program yang berkaitan pelajar pada masa akan datang.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mfared.arshad, 2024-06-19 04:47:47

GEMILANG KKSS 2023

Gemilang KKSS merupakan sebuah naskah berbentuk e-book yang diilhamkan oleh Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput bagi menghimpunkan semua pelaksanaan program pelajar disepanjang tahun 2023 dibawah satu bumbung. Penghasilan buku ini telah mendapat kerjasama yang erat dari semua unit serta sokongan daripada pihak pengurusan kolej. Penghasilan Gemilang KKSS Ini adalah penting bagi warga kolej sebagai dokumentasi menyeluruh dan sebagai bahan rujukan penglibatan pelajar terhadap program kolej. Gemilang KKSS boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang serta menambahbaik program yang berkaitan pelajar pada masa akan datang.

Keywords: Aktiviti pelajar,kolej komuniti sungai siput,gemilang kkss

OBJEKTIF: Memberi peluang pelajar kkssmenyerlahkan bakat dan potensi mereka dalam sukan dan seterusnya mempunyai peluang untuk bertanding di peringkat kolej komuniti malaysia, ipt, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 1. Memupuk jati diri dan disiplin pelajar melalui program-program kesukanan dengan menyertai pertandingan sukan. 2.


Kejohanan Woodball Kolej Komuniti Negeri Perak 2023 ini merupakan julung kali diadakan dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM). Penganjuran kali pertama ini telah mencipta rekod bagi KKSS kerana telah membawa pulang piala pusingan sebagai Juara Keseluruhan kejohanan ini. KKSS telah menghantar seramai 12 orang pelajar ke kejohanan tersebut. OBJEKTIF: Memberi peluang pelajar KKSS menyerlahkan bakat dan potensi mereka dalam sukan dan seterusnya mempunyai peluang untuk bertanding di peringkat Kolej Komuniti Malaysia, IPT, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 1. Memupuk jati diri dan disiplin pelajar melalui programprogram kesukanan dengan menyertai pertandingan sukan. 2. Memberi nilai tambahan kepada pelajar-pelajar kolej komuniti untuk memohon pekerjaan dan melanjutkan pengajian selain daripada kecemerlangan dalam bidang akademik. 3. Melahirkan 'the thinking athlete' dari kalangan pelajar-pelajar kolej komuniti selaras dengan aspirasi dasar pembangunan sukan, kementerian pendidikan tinggi malaysia. 4. Sebagai tanda sokongan institusi pengajian tinggi kepada dasar kerajaan terutama pada dasar pembangunan sukan IPT. 5. KEJOHANAN WOODBALL KOLEJ KOMUNITI NEGERI PERAK TARIKH: 27-28 OKTOBER 2023 TEMPAT: PADANG WOODBALL KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: PELAJAR KOLEJ KOMUNITI NEGERI PERAK DAN KOMUNITI


Program ini berjaya mencungkil bakat pelajar dalam sukan indoor game. Penglibatan kakitangan juga dalam program ini berjaya mengeratkan perpaduan dan ukhwah antara kakitangan melalui aktiviti sukan. OBJEKTIF: Salah satu cabang bagi mengeratkan perpaduan sesama pelajar melalui aktiviti sukan. 1. 2. Mencungkil bakat-bakat baru dalam indoor game. 3. Memupuk perpaduan melalui program-program kesukanan. INDOOR GAME TARIKH: 8 MAC 2023 TEMPAT: SEKITAR DATARAN PELAJAR DAN PERPUSTAKAAN KKSS PENGLIBATAN: PELAJAR DAN KAKITANGAN KKSS


INDOOR GAME


UNIT MORAL DAN SIVIK


PROGRAM IHYA’ RAMADHAN (PROGRAM PELAJAR BUKAN ISLAM) TARIKH: SEPANJANG RAMADHAN TEMPAT: DEWAN KULIAH KKSS PENGLIBATAN: PELAJAR NON-MUSLIM Pengisian bagi pelajar bukan islam sepanjang Ihya’ Ramadhan juga telah dipantau bagi memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti kolej.Unit Moral dan Sivil telah menyusun program yang sewajarnya kepada mereka seperti berikut: 5/4/23 – Perbincangan mengenai Pertandingan Video dan poster promosi KKSS KKCL (TikTok & CANVA) 12/4/23 – Perjumpaan terakhir dan penghantaran video dan poster promosi KKSS KKCL (TikTok & CANVA) 13/4/23 – Penutup Program Ihya’ Ramadhan KKSS KKCL 2023 Pensyarah terlibat adalah Cik Gurminderjeet Kaur,Puan Siva Ranjini,Cik Parveen Sarjit Sidhu, En Chow Khoon Keat dan Puan Lew Wan Ling. OBJEKTIF: 1. Menggerakkan Unit Moral dan Sivik secara konsisten. 2. Memastikan semua pelajar terlibat dalam setiap aktiviti pelajar.


Pelajar-pelajar diberikan tugasan secara berkumpulan iaitu aktiviti menghasilkan produk daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Bahan-bahan tersebut perlu dicari di sekitar kolej.Di akhir sesi pelajar perlu membentangkan hasil ciptaan yang telah mereka hasilkan. OBJEKTIF: 1. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. 2. Mencari bakat-bakat terpendam dalam penciptaan inovasi. Memupuk perpaduan dikalangan pelbagai bangsa dan agama melalui program-program yang dirancang. 3. IUNLEASH YOUR CREATIVITY TARIKH: 10 APRIL 2023 TEMPAT: SEKITAR KKSS PENGLIBATAN: PELAJAR NON-MUSLIM


KKSS CULTURAL DIVERSITY 2023 TARIKH: 11 OKTOBER 2023 TEMPAT: BILIK SEMINAR 1 , KKSS PENGLIBATAN: PELAJAR NON-MUSLIM Sempena Sambutan Maulidur Rasul, pelajar-pelajar bukan muslim telah menyertai program KKSS Cultural Diversity 2023, TikTok Challenge dimana mereka dikehendaki merakam satu video bertemakan tradisi kaum masing-masing di Malaysia yang merangkumi pakaian, makanan dan tarian. Pensyarah yang terlibat adalah Cik Parveen Sarjit Sidhu Puan Siva Ranjini Cik Gurminderjeet Kaur OBJEKTIF: 1. Membentuk jati diri serta keyakinan pelajar 2. Memupuk semangat kerjasama berkumpulan


UNIT TEKNOLOGI ELEKTRIK


LAWATAN ILMIAH PELAJAR SKE 1 KE PUSAT SAINS NEGARA TARIKH: 2 MAC 2023 TEMPAT: PUSAT SAINS NEGARA. KUALA LUMPUR PENGLIBATAN: PELAJAR SKE 1 DAN PENSYARAH SKE Program Aktiviti Ilmiah pelajar ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan serta menambahkan ilmu pengetahuan tentang aplikasi Sains dan Teknologi dalam kehidupan harian. Lawatan ini disertai oleh pelajar SKE 1 Sesi II 2022/2023 bersama dua orang pensyarah pengiring iaitu Ts. Chow Khoon Keat dan Puan Mazlini Mastura binti Yusof. OBJEKTIF: 1. Memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan aplikasi sains dan teknologi di dalam kehidupan seharian. 2. Meningkatkan pemikiran inovatif dalam bidang teknologi dalam kalangan pelajar.


LAWATAN ILMIAH PELAJAR BIOGAS POWER PLANT TARIKH: 30 MEI 2023 TEMPAT: LADANG CENERGI EPHIL SUNGAI SIPUT (U), PERAK PENGLIBATAN: PELAJAR SKE 1 DAN PENSYARAH SKE Pada 30 Mei 2023, lawatan ke Ladang Cenergi Ephil Sungai Siput telah diadakan dan ianya melibatkan semua pelajar SKE 1 Sesi II 2022/2023 bersama seorang pensyarah pengiring iaitu Ts. Chow Khoon Keat. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada suasana sebenar loji janakuasa berasaskan biogas dimana Ladang Cenergi Ephil merupakan loji janakuasa yang menjana tenaga elektrik sebanyak 1.2MW menggunakan biogas hasil sisa sawit. Selain daripada itu, lawatan ini juga dapat mendedahkan pelajar kepada hala tuju kerjaya dalam bidang elektrik terutamanya skop kerja penjaga jentera, juruteknik elektrik di loji janakuasa berasaskan biogas. OBJEKTIF: 1. Memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan operasi sebenar loji janakuasa biogas hasil sisa sawit. 2. Memberi pengalaman kepada pelajar untuk melihat sendiri proses elektrik dijana menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti yang dipelajari di dalam kelas secara teori. 3. Memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan hala tuju dan peluang kerjaya di dalam bidang janakuasa elektrik


KURSUS INDUKSI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA TARIKH: 10 JUN 2023 TEMPAT: DEWAN KULIAH & MAKMAL CAD, KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: 40 ORANG PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK Satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan, untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. Kursus ini lebih ke arah untuk memastikan pelajar menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat. Bagi memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak kerja pembinaan dan untuk memaklumkan pelajar tentang keperluan undang-undang, berhubung dengan keselamatan dan kesihatan. Pemegang Kad Hijau CIDB secara automatik dilindungi oleh Skim lnsurans khas yang menginsuranskan Personel Binaan terhadap kematian dan kemalangan. Dengan mengadakan kursus sebegini, para pelajar secara tidak langsung mendapat pendedahan berkaitan keselamatan semasa bekerja di luar dan ilmu tambahan daripada tenaga pengajar yang lebih berpengalaman dalam industri. Program ini diuruskan oleh Puan Mazlini Mastura binti Yusof. OBJEKTIF: Memberi penerangan dan pendedahan berkaitan Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja untuk pekerja binaan. 1. 2. Memberi penerangan dan pendedahan berkaitan FMA dan Akta OSHA 1994. 3. Menerangkan secara terperinci berkaitan Akta CIDB 520. Memberi pendedahan yang lebih terperinci berkaitan modul Keselamatan dan Peraturan Elektrik serta hubungkait dan kepentingannya di tapak binaan. 4.


CSR PENDAWAIAN ELEKTRIK TARIKH: 24 SEPTEMBER 2023 TEMPAT: SABK MAAHAD AL-YAHYAWIYAH, KUALA KANGSAR, PERAK PENGLIBATAN: PELAJAR SKE 3A SESI 1 2023/2024 Secara umumnya konsep Tanggungjawab Sosial Korporat merupakan komitmen institusi dalam menyumbang tenaga atau kepakaran kepada komuniti tempatan serta masyarakat secara umum bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Antara usaha yang dilaksanakan oleh pensyarah dan pelajar unit Teknologi Elektrik adalah menyumbang kepakaran dalam kerja kerja pendawaian elektrik melalui CSR Pendawaian Elektrik. Program CSR Pendawaian elektrik ini juga merupakan salah satu platform untuk para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Program ini juga dapat membantu pelajar menguasai kemahiran yang dipelajari di dalam kelas disamping meningkatkan keyakinan diri secara tidak langsung melalui program ini. Program ini melibatkan pelajar SKE 3A Sesi I 2023/2024 dan lima orang (5) orang pensyarah iaitu Encik Hisamudin bin Mat Som, Encik Khairul Hisham bin Karim, Puan Suzzana binti Noordin, Puan Syahida binti Jumakhir dan Puan Zaleha binti Ridzwan OBJEKTIF: Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pendawaian Elektrik bagi menghasilkan kemahiran yang berkualiti. 1. Mengasah minat dan bakat pelajar dalam kerja – kerja khidmat sosial terutama dalam bidang elektrik. 2. Memberi peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu dan pengalaman dalam suasana pekerjaan yang sebenar. 3.


Kursus ini merupakan salah satu usaha program SKE untuk membantu pelajar memperoleh sijil tambahan dalam bidang elektrik, Program ini merupakan program kerjasama Unit Teknologi Elektrik bersama Kolej Bestkill. Pelajar dapat meningkatkan pengetahuan berkenaan penyelenggaraan pendawaian satu fasa di mana ianya juga merupakan kursus persediaan untuk menduduki peperiksaan pemasangan dan penyelenggaraan elektrik satu fasa di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. OBJEKTIF: Memantapkan pengetahuan pelajar berkenaan penyelenggaraan pendawaian satu fasa secara rutin/berkala 1. Memantapkan pengetahuan pelajar berkenaan penyelenggaraan pendawaian satu fasa secara pembetulan dan baikpulih kerosakan 2. Memantapkan pengetahuan pelajar berkenaan penyelenggaraan pendawaian satu fasa secara pencegahan dan mengesan kerosakan 3. KURSUS SINGLE WIRING MAINTANANCE TARIKH: 6 - 10 DISEMBER 2023 TEMPAT: BENGKEL PEPASANGAN ELEKTRIK KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR SKE


SENGGARAAN SISTEM KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) TARIKH: 7 NOVEMBER 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: PELAJAR SKE 3A SESI I 2023/2024 Program peningkatan kemahiran merupakan salah satu kaedah untuk para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas serta dapat memberi pengalaman kepada pelajar kepada suasana kerja yang sebenar. Melalui aktiviti Senggaraan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) di sekitar Kolej Komuniti Sungai Siput, pelajar dapat mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik senggaraan yang betul dan tertib dalam pemasangan dan penyenggaraan sistem kamera litar tertutup. Pelajar juga dapat melakukan servis CCTV di lapangan serta dapat melakukan senggaraan CCTV dan melakukan ’trouble shooting’ secara alami di bawah pemantauan orang kompeten. Program ini merupakan aktiviti ilmiah di bawah kursus SEE30104 Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara yang diselia oleh Puan Hasnorliza binti Abdul Hamid dengan pemantauan oleh Penolong Jurutera KKSS, Encik Mohd Zaidi bin Abdul Razak OBJEKTIF: Pelajar dapat mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik senggaraan yang betul dan tertib dalam pemasangan dan penyenggaraan sistem kamera litar tertutup. 1. Pelajar dapat melakukan servis CCTV di lapangan. 2. Pelajar dapat melakukan senggaraan CCTV dan melakukan ’trouble shooting’ secara alami di bawah pemantauan orang kompeten. 3.


UNIT TEKNOLOGI AUTOMOTIF


Program ini adalah merupakan satu lawatan ilmiah yang dirancang bagi menjadikan pelajar-pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) ke tahap yang lebih kreatif dan inovatif. Pelajar-pelajar telah melawat ke pameran projek semester akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar Ipoh. Ini merupakan satu pendedahan kepada pelajar Sijil SKR dalam membudayakan penghasilan inovasi yang berkaitan dengan bidang automotif. Pelajar juga diberi pengalaman menyaksikan pembentangan dihadapan panel yang terdiri dari ahli akademik dan industri. Terdapat juga alumni Sijil SKR KKSS yang mengambil bahagian pada pameran projek semester akhir ini yang merupakan pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Disamping itu juga, lawatan sekitar Unit Automotif Jabatan Kejuruteraan Mekanikal juga dilaksanakan. Pelajar telah didedahkan serba sedikit gambaran dan situasi pembelajaran di politeknik. Pendedahan ini menambahkan lagi minat kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di politeknik ditambah lagi dorongan serta inspirasi yang ditunjukkan oleh alumni SKR KKSS dalam satu sesi temubual diantara pelajar KKSS dan Alumni KKSS. OBJEKTIF: 1. Penghasilan Inovasi pelajar pada masa akan datang Pendedahan idea-idea terkini dalam penghasilan Inovasi. 2. Menambah pengetahuan dalam ‘softskill’ yang sesi soal jawab bersama panel pembentangan. 3. LAWATAN KE MEDSPEC PUO TARIKH: 17 MEI 2023 TEMPAT: POLITEKNIK UNGKU OMAR PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR SKR


FOKUS DIALOG BERSAMA ALUMNI KKSS TARIKH: 24 OKTOBER 2023 TEMPAT: BENGKEL AUTOMOTIF PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR SKR Program ini dilaksanakan dengan penglibatan seorang alumni dari Sijil Automotif iaitu En. Mohamad Shahril Bin Kamarul Bahar. Beliau merupakan seorang pengusaha pusat servis kenderaan yang berjaya di Ipoh, Perak. Pengalaman yang beliau perolehi telah dikongsi bersama pelajar-pelajar agar ianya menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk berjaya dalam bidang automotif. Selain itu, sesi soal jawab juga berlangsung antara pelajar dan alumni. Sesi dua hala ini amat memberi manfaat kepada pelajar dalam menjelaskan persoalan yang berkaitan dengan bidang automotif dan keusahawanan. Perkongsian ini meningkatkan lagi semangat kepada pelajar untuk belajar dengan lebih gigih dalam mencapai kejayaan OBJEKTIF: 1. Memberi pengetahuan terhadap prospek pekerjaan kepada pelajar setelah tamat pengajian. 2. Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menjadi seorang usahawan.


CSR SERVIS MOTOSIKAL TARIKH: 14 OKTOBER 2023 TEMPAT: DEWAN JUBLI KUALA KANGSAR PENGLIBATAN: PELAJAR SEMESTER 3 Program CSR servis motosikal ini adalah satu program yang memberi manfaat kepada pelajar dalam melaksanakan graduan yang kompeten dan holistik. Program ini telah merapatkan lagi hubungan warga Kolej Komuniti Sungai Siput dengan penduduk setempat. Pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan semester 3 diberi tanggungjawab untuk menguruskan satu program yang memberi impak positif serta identiti sesebuah institusi Latihan berkemahiran dari mata masyarakat terhadap pelajar-pelajar Kolej Komuniti. Dalam program ini juga, semangat kerjasama telah diterapkan serta tangungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sebaikbaiknya. Pelajar telah berjaya menguruskan satu program yang melibatkan masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang untuk mendapatkan khidmat servis motosikal. Ini adalah sebagai persediaan kepada pelajar semester akhir sebelum pergi menjalani latihan praktikal yang juga bakal berhadapan dengan pelanggan serta majikan. OBJEKTIF: 1. Memberi pengalaman kepada pelajar dalam menguruskan sesuatu program. 2. Mendedahkan pelajar kepada situasi berhadapan dengan masyarakat dalam melaksanakan tugas. 3. Memberi keyakinan dan tanggungjawab kepada pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diamanahkan.


UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT


3M (MINUTES.MOMENTS. MEMORIES) TARIKH: 28 DISEMBER 2023 TEMPAT: DATARAN PELAJAR KKSS PENGLIBATAN: SEMUA STM3 Program 3M (Minutes Moments Memories) pelajar STM Semester 3 ini merupakan majlis yang diadakan bagi meraikan pelajar Sijil Teknologi Maklumat semester 3 yang telah berjaya menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Sungai Siput. Program ini diadakan sebelum mereka melangkah ke latihan industri. Program ini juga menjadi platform bagi meraikan pencapaian akademik pelajar bagi sesi semasa. Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan terhadap kemahiran menguruskan sesebuah program yang dijalankan. OBJEKTIF: 1. Untuk meraikan pelajar semester akhir(semester 3) Untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar yang mendapat pencapaian terbaik bagi setiap subjek. 2. Untuk memberikan kenangan manis yang terakhir bagi pelajar Semester 3 sebelum pergi ke Latihan Industri. 3.


LAWATAN KE PAMERAN INNOVATION AND CREATIVITY EXHIBITION 2 TARIKH: 7 DISEMBER 2023 TEMPAT: POLITEKNIK UNGKU OMAR PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR STM 3 DAN STM 2 Lawatan ke Pameran Innovation And Creativity Exhibition 2 yang berlangsung di Politeknik Ungku Omar merupakan satu platform buat para pelajar bagi melihat trend terkini projek-projek yang dibangunkan dalam bidang Teknologi Maklumat. Pelajar akan berpeluang melihat bagaimana pembentangan projek akhir pelajar di politeknik dilaksanakan. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan dengan persekitaran pembelajaran di politeknik. Ini membantu dan menambah minat pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan terhadap kemahiran menguruskan sesebuah program yang dijalankan. OBJEKTIF: Memberi cetusan idea dan pendedahan terhadap trend terkini pembangunan projek dalam bidang Teknologi Maklumat. 1. Memberi pendedahan kepada pelajar cara merancang dan menguruskan sesuatu aktiviti atau program. 2. 3. Mewujudkan semangat kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan pelajar. 4. Meningkat kemahiran interpersonal dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar.


INFORMATION TECHNOLOGY EXHIBITION 2023 TARIKH: 15 DISEMBER 2023 TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT PENGLIBATAN: PELAJAR STM 1, 2 DAN 3 Program Information Technology Exhibition ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh pensyarah Unit Teknologi Maklumat yang akan dijayakan bersama pelajar-pelajar semester akhir Sijil Teknologi Maklumat (STM 3).Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar khususnya, tentang teknik-teknik pembentangan yang berkesan sebagai salah satu kemahiran diri yang boleh dijadikan bekalan untuk memperlengkapkan diri ke alam pekerjaan yang lebih mencabar kelak. Di samping itu, program ini juga merupakan satu platform kepada pelajarpelajar STM semester tiga untuk membentangkan Projek Akhir yang berkonsepkan pembentangan inovasi untuk kursus STM 30294 Project. Pelbagai pengisian telah dirancang oleh pensyarah kursus bagi membolehkan pelajar mendapat ilmu yang optimum dan mempertingkatkan lagi kemahiran untuk pembentangan. OBJEKTIF: Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan ilmu, kemahiran serta teknik pembentangan yang baik. 1. Memberi peluang kepada pelajar merasai suasana pembentangan yang lebih rasmi. 2. Memberi peluang pelajar membentangkan hasil projek akhir kepada warga kolej. 3. PENCAPAIAN: Anugerah Terbaik (Kategori Information System): E-LOG PERGERAKAN RASMI STAF VIA MOBILE APPS 1. KANAGA NANTHINI A/P SUPPARAW 2. NAGESWARY A/P MARIMUTHU 3. PAVETERA A\P ANANTHARAJOO Anugerah Terbaik (Kategori Multimedia): Video Promosi STM MOHAMAD ADAM FITRI BIN MOHD SHARIFUDDIN 1. MOHAMAD AMIR SYAHMIE BIN MOHAMAD ZUBIR 2. 3. MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN ZAHARI Anugerah Terbaik (Kategori IOT): Smart Garden Sensor 1. SANGAMITRA DEVI A/P R CHANTHRU 2. CHONG GIT YENG NUR SARAH'' A-SHIQAH BINTI MOHD RAZALI 3.


UNIT PENGEMBARAAN PELANCONGAN


HARI KELUARGA SPL TARIKH: 6 NOVEMBER 2023 TEMPAT: TELUK SENANGIN PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR DAN PENSYARAH SPL Penganjuran hari keluarga ini juga merupakan salah satu platform untuk menyatukan dan mengeratkan kerjasama di antara semua ahli keluarga. Aktiviti yang dirancang semasa hari keluarga ini akan mewujudkan platform muhibah antara pelajar dan juga pesnyarah. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan program ini iaitu bola tampar pantai dan permainan – permainan berkumpulan. Selain itu, semua pelajar SPL juga terlibat secara langsung dalam pengurusan majlis ini. OBJEKTIF: 1. Mengeratkan silaturrahim dan sifat bekerjasama dalam kalangan pensyarah dan pelajar. 2 . Melatih para pelajar mengurus dan mengendalikan sesuatu majlis. 3 . Memenuhi keperluan Penilaian bagi Kursus SPL 30233 Pengurusan Pelancongan.


AMALI ETIKET DI MEJA MAKAN TARIKH: 10 MEI 2023 TEMPAT: UITM CAWANGAN PULAU PINANG PENGLIBATAN: PELAJAR DAN PENSYARAH SPL Lawatan akademik pelajar SPL Semester 2 ke UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kursus Pembangunan Profesional (Etika di meja makan). Seramai 10 orang pelajar terlibat semasa lawatan ini. Lawatan ini sebagai nilai tambah dan pengalaman baru kepada semua pelajar. OBJEKTIF: 1. Melatih para pelajar etika ketika berada di meja makan. 2. Memenuhi keperluan Penilaian bagi Kursus SPL 20242 Pembangunan Profesional


TAKLIMAT BERSAMA PEMEGANG TARUH TARIKH: 9 NOVEMBER 2023 TEMPAT: FOYER, KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT CAWANGAN LENGGONG PENGLIBATAN: SEMUA PELAJAR SPL Telah berlangsung dengan jayanya satu taklimat serta sesi perkongsian ilmu dari penggiat industri pelancongan sekitar Lenggong. Antara industri yang hadir pada sesi taklimat pada kali ini adalah Rumah Tiang 16, Riverine Nature Camp, Amazing Camp Legacy, Aki’s Galerry, Rumah Rusa Ayah An dan Rumah Wakaf Che Teh Fatimah. Turut hadir sama adalah Hj. Mohd Razli bin Ahmad atau dikenali sebagai Paksu Zali iaitu Pegawai Khas ADUN Kota Tampan. Semoga hubungan bersama penggiat industri di Lenggong ini akan terus diperkukuh bagi membantu kebolehpasaran pelajar SPL. OBJEKTIF: Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai trend pelancongan semasa. 1. Memperkenalkan penggiat industri pelancongan di Lenggong. 2. 3. Perkongsian ilmu dan pendapat di antara pelajar dan penggiat industri pelancongan.


Pameran Interpretasi Pelancongan merupakan salah satu amali yang perlu dilaksanakan oleh pelajar semester 1 dalam memenuhi keperluan bagi penilaian kursus Interpretasi Pelancongan SPL10033 .Pelajar telah diberikan pendedahan yang mendalam dalam penghasilan brosur, poster, banner, penghasilan video, suntingan gambar serta kaedah dalam penyampaian maklumat secara lisan yang berkesan kepada audien. Pada pameran kali ini tema yang dipilih adalah “Let’s Support Visit Perak Year 2024".Pelajar telah membuat persiapan yang menyeluruh bagi memastikan pameran ini mencapai objektifnya.Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Zairulniza bin Jaludin selaku Timbalan Pengarah Akademik.Pameran turut diserikan lagi dengan kehadiran kakitangan kolej serta pelajar dari program lain. Program ini juga telah mendapat sokongan padu dari Tourism Perak berbentuk bahan promosi serta barangan cenderahati VPY2024. Semoga dengan adanya pameran seperti ini diharapkan pelajar akan lebih yakin serta bersemangat dalam mengendalikan sesuatu program. OBJEKTIF: Memupuk semangat kerjasama dan toleransi antara pelajar. 1. Memberi pendedahan serta pengalaman sebenar dalam pameran berkaitan pelancongan kepada pelajar. 2. Memenuhi keperluan Penilaian bagi Kursus SPL 10033 Interpretasi Pelancongan. 3. PAMERAN INTERPRETASI PELANCONGAN TARIKH: 21 DISEMBER 2023 TEMPAT: FOYER BLOK B, KKSS PENGLIBATAN: SEMUA SPL 1 DAN PENSYARAH


https://kksungaisiput.mypolycc.edu.my/v1 HHUUBBUUNNGGII KKAAMMII KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT KAMPUNG SUNGAI SEJUK PETI SURAT 390, 31100 SUNGAI SIPUT (U) PERAK DARUL RIDZUAN ALAMAT WEBSITE 05-5971440 KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT NO. TELEFON NO. FAX 05-5982157 KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT KKSUNGAISIPUT KKSUNGAISIPUT KKSUNGAISIPUT KKSUNGAISIPUT KKSUNGAISIPUT 75


LLAAGGUU RRAASSMMII PPOOLLYYCCCC Mulakan langkahmu dengan fikiran terbuka, Setiap insan punyai kelebihan sendiri, Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi, Usaha dan harapan akan tercapai. Ayuh semua, Berdiri bangkit, Semua mimpi jadi realiti, Ayuh semua, Jangan ragu, Destinasi POLYCC. *Pre Chorus* Satu tujuan, Satu harapan, Membangun generasi berprestasi tinggi. *Chorus* POLYCC berinovasi, POLYCC pilihan pasti. Seluruh Malaysia destinasi POLYCC *Pre Chorus* Satu tujuan, Satu harapan, Membangun generasi berprestasi tinggi. *Chorus* POLYCC berinovasi, POLYCC pilihan pasti. Seluruh Malaysia destinasi POLYCC NYANYIAN/PENYANYI : PUAN SALBIAH BANATI LIRIK : TEAM PENGAMBILAN POLYCC ZON SABAH


Gemilang Gemilang 2 0 2 3 K K S S I K K S S I


Click to View FlipBook Version