MODUL MAS SAINS KOMPUTER
fx~tÑâÜ á|Ü|{
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya berpeluang mengabadikan
SEKAPUR SIRIH dalam Modul MAS-Modular Mata Pelajaran Sains Komputer 2021 Daerah
Segamat. Saya melihat penghasilan modul ini merupakan salah satu usaha daripada Pejabat
Pendidikan Daerah Segamat untuk membantu guru-guru mata pelajaran Sains Komputer
dalam PdP. Ia juga menjadi wadah bagi menggarap bakat guru-guru yang cemerlang dalam
daerah ini menerbitkan hasil penulisan mereka di samping membantu guru-guru di sekolah.
Semoga melalui langkah penghasilan modul MAS-Modular Sains Komputer yang sulung ini
dapat melahirkan lebih ramai Guru Cemerlang. Saya amat yakin modul ini dapat dimanfaatkan
serta menjadi panduan berguna kepada semua guru mata pelajaran Sains Komputer daerah
ini dengan bimbingan Pegawai SISC+ Teknik Vokasional (Tvet) dalam mengasah bakat guru-
guru ke tahap yang lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, sistem pendidikan Malaysia bermatlamatkan Sekolah
Berkualiti di mana pedagoginya mestilah berkesan yang akan menjurus kepada Kemenjadian
Murid. Pencapaian matlamat ini memerlukan proses perubahan dalam transformasi
pendidikan melalui penghayatan dan pemahaman yang mendalam. Justeru, untuk melahirkan
modal insan 4K1N memerlukan komitmen daripada semua warga pendidik.
Akhir kalam, tahniah dan syabas saya ucapkan atas inisiatif, komitmen yang tinggi
serta kesungguhan Jawatankuasa Daerah Mata Pelajaran Sains Komputer dengan bimbingan
Pegawai SISC+ Teknik Vokasional (Tvet) yang telah berjaya menghasilkan modul ini. Semangat
kerja secara kolaboratif mampu melakarkan kecemerlangan tanpa sempadan.
Sekian, terima kasih.
SEGAMAT UNGGUL
NASIR BIN MOHAMED YUNOS
Pegawai Pendidikan Daerah Segamat
i
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
fx~tÑâÜ á|Ü|{
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Segala puji dan puja hanya bagi Allah, Pentadbir sekalian alam kerana dengan izin-Nya, saya
berpeluang mengabadikan coretan Sekapur Sirih dalam Modul MAS-Modular Mata Pelajaran
Sains Komputer 2021 Daerah Segamat. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak JKD
Mata pelajaran Sains Komputer dengan bimbingan SISC+ Teknik Vokasional (Tvet), berkat
kebersamaan dan semangat pasukan, maka terhasil modul ini sebagai hasil penulisan ilmiah
untuk daerah Segamat.
Modul ini mengandungi elemen-elemen kurikulum yang berfokuskan penguasaan
pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran Sains Komputer SPM yang mesti
dilaksanakan dalam fasa pasca PKPP ini. Set-set bimbingan dan panduan yang dimuatkan,
merangkumi panduan guru dan contoh kemahiran sesuatu topik dalam bentuk yang mudah
dan sesuai untuk murid. Oleh hal yang demikian, diharapkan melalui modul ini masalah guru-
guru menghabiskan sukatan dan merangka proses pembelajaran anak-anak didik yang
tertinggal akibat PKP dapat ditangani. Semoga dengan terhasilnya modul ini dapat membantu
para guru demi kepentingan kemajuan pelajar-pelajar mereka dan seterusnya dapat
membantu kecemerlangan pencapaian akademik mereka untuk menggapai masa depan yang
lebih baik.
Sekian, terima kasih.
SEGAMAT UNGGUL
Pn. Sa’diah binti Mad Sa’at
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
Pejabat Pendidikan Daerah Segamat
ii
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
i. Sekapur Sirih i
ii. Panel Penulis Jawatankuasa Sains Komputer Daerah Segamat iv
TINGKATAN 4
1. Pengaturcaraan 1
2. Pangkalan Data 64
3. Interaksi Manusia dan Komputer 90
4. Cadangan Jawapan 97
iii
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
PANEL PENULIS
JAWATANKUASA DAERAH MATA PELAJARAN SAINS KOMPUTER,
SEGAMAT
Pengerusi : Cikgu Dr. Hj. Abdullah Zawawi bin Pengetua SMK LKTP
Mohd Hairani Pemanis
Pebimbing : Pn. Ahzan Noraini binti Ahmad SISC+ PPD Segamat (Tvet)
: Pn. Hjh. Rosmiah binti Marjin SISC+ PPD Segamat (Tvet)
: Pn. Hjh. Ruzana binti Mohd Sam SISC+ PPD Segamat (Tvet)
Panel : Cikgu Baharuddin bin Alias SMK Dato’ Bentara Dalam
Penulis
: Cikgu Nurazwa binti Mansor SMK Dato’ Bentara Dalam
SMK Pemanis
: Cikgu Siti Halimah binti Mohd SMK Buloh Kasap
Hanafiah SMK Buloh Kasap
: Cikgu Noraini binti
Berahim@Ibrahim
: Cikgu Tain Chin Leong
iv
BAB 1
PENGATURCARAAN
1.1 STRATEGI PENYELESAIAN
MASALAH
1.2 ALGORITMA
1.3 PEMBOLEHUBAH, PEMALAR
DAN JENIS DATA
1.4 STRUKTUR KAWALAN
1.5 AMALAN TERBAIK
PENGATURCARAAN
1.6 STRUKTUR DATA DAN
MODULAR
1.7 PEMBANGUNAN APLIKASI
"KEEP CALM & STUDY
SMART (HARD)"
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
BAB 1 : PENGATURCARAAN
1.1 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH
1.1.1 Keperluan Penyelesaian Masalah Berstrategi
a) Penyelesaian masalah sebagai proses mengkaji butiran sesuatu masalah untuk
mendapatkan satu penyelesaian.
b) Pemikiran komputasional adalah satu proses pemikiran bagi menyelesaikan
masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali
menggunakan konsep asas sains komputer.
c) Empat teknik pemikiran komputasional dalam penyelesaian masalah:
Teknik Leraian (Decomposition)
- Memecahkan masalah yang sukar atau kompleks kepada bahagian-bahagian
kecil yang lebih mudah atau ringkas.
- Contoh teknik leraian:
1
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
- Mencari persamaan-persamaan atau corak pada bahagian-bahagian kecil
masalah dan meletakannya dalam satu kumpulan atau kategori yang sama.
- Bandingkan ciri-ciri yang terdapat pada bahagian-bahagian kecil dan kumpulakan
dalam satu kumpulan jika ada ciri yang sama.
- Contoh pengecaman corak:
Peniskalaan (Abstraction)
- Menumpukan kepada maklumat-maklumat yang penting sahaja dan
mengabaikan perkara-perkara yang terperinci.
- Contoh peniskalaan:
Algoritma (Algorithms)
- Satu siri arahan langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah atau
menyempurnakan satu tugas.
- 2 format perwakilan algorithma ialah pseudokod dan carta alir.
2
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.1.2 Ciri Penyelesaian Masalah Berkesan
Kos
Masa
Sumber
Kos
- Harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan dan
menyelenggara berupa wang, masa, tenaga dan perbelanjaan.
- Projek normal adalah projek yang disiapkan mengikut kos dan masa yang
diperuntukkan.
- Kos siap masa tercepat (crashing cost) adalah usaha yang maksimum untuk
menyelesaikan projek dalam masa terpendek.
3
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
Masa
- Masa merujuk kepada projek yang disiapkan mengikut masa yang telah
ditetapkan.
- Aktiviti pelaksanaan yang tertunda atau lambat disiapkan akan meningkatkan
kos.
- Carta Gantt merupakan jadual perancangan yang dapat melihat
perkembangan semua aktiviti projek yang dipaparkan mengikut tempoh masa.
Sumber
- Stok atau wang, bahan-bahan mentah, staf dan asset lain yang boleh digunakan
dalam organisasi.
- Diperlukan untuk menjana hasil atau perkhidmatan.
- Contohnya, iaitu sumber manusia dan sumber kewangan.
- Perancangan sumber adalah tanggungjawab pihak pengurusan untuk hasil
optimum.
- Perancangan rapi dapat mengelakkan pembaziran sumber.
- Penjadualan sumber penting untuk menyiapkan projek dalam masa yang
ditetapkan
4
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.1.3 Proses Penyelesaian Masalah
Kumpulkan dan Laksanakan Buat penilaian
analisis data penyelesaian
Tentukan masalah Tentukan tindakan Buat
penambahbaikan
Jana idea (hapus Jana penyelesaian
halangan)
1. Mengumpulkan dan menganalisis data
o Mengumpul data tentang punca dan skop masalah.
o Mengenal pasti hal berkaitan dengan situasi.
2. Menentukan masalah
o Mengenal pasti masalah utama yang perlu diselesaikan.
o Mengenal pasti masalah seterusnya.
3. Menjana idea – menghapuskan halangan
o Menyenaraikan beberapa idea yang dapat digunakan untuk menyelesaikan
masalah.
4. Menjana penyelesaian
o Menyenaraikan idea atau langkah semasa merancang penyelesaian.
5. Menentukan tindakan
o Membuat pilihan terbaik daripada senarai idea yang dibuat.
5
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
6. Melaksanakan penyelesaian
o Menggunakan pelbagai alat dan teknik yang telah dipilih untuk
melaksanakan penyelesaian.
7. Membuat penilaian
o Penilaian dilaksanakan terhadap langkah penyelesaian.
8. Membuat penambahbaikan
o Setiap penyelesaian perlu ditambah baik jika ada kekurangan dan mengikut
keperluan
6
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.2 ALGORITMA
a) Satu set arahan untuk menyelesaikan masalah.
b) Arahan-arahan terperinci yang dapat diikuti oleh pembaca.
c) Algoritma dapat diketahui dengan menambahkan butiran.
CIRI-CIRI ALGORITMA
Butiran jelas
Boleh Mempunyai
dilaksanakan batasan
1.2.1 Menggunakan Algoritma Untuk Menyatakan Penyelesaian Kepada Masalah
KONSEP INPUT-OUTPUT (IPO) UNTUK PERISIAN KOMPUTER
INPUT OUTPUT
PROSES
ANALISIS Mengenalpasti data input,proses,untuk mengubah nilai data kepada
IPO maklumat dan paparan output maklumat setelah proses.
Carta Input-Proses-Output (IPO) boleh digunakan untuk
menganalisis masalah.
CARTA IPO
INPUT Harus mengenalpasti data yang perlu dibaca daipada pengguna atau persekitran.
PROSES Langkah-langkah ataupun rumusan untuk memproses data input kepada output.
OUTPUT Harus mengenalpasti output yang dikehendaki, yakni apa yang perlu dipaparkan
dipaparkan pada skrin diakhir aturcara.
7
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
PERWAKILAN ALGORITMA
Pseudokod = Senarai struktur kawalan komputer yang ditulis dalam bahasa pertuturan
manusia dan mempunyai nombor turutan.
Cartar Alir = Alternatif kepada pseudokod, menggunakan simbol grafik untuk mewakili
arahan-arahan penyelesaian.
PSEUDOKOD
a) Bukan bahasa pengaturcaraan komputer.
b) Arahan ditulis dalam bahasa pertuturan harian.
c) Setiap arahan ialah ungkapan matematik, ungkapan logik, penggunaan struktur
kawalan atau penggunaan fungsi komputer.
d) Setiap arahan diletakkan dalam baris baharu yang diberikan nombor siri.
LANGKAH-LANGKAH MENULIS PSEUDOKOD
Tulis kenyataan MULA
Baca INPUT
Proses data menggunakan ungkapan logik atau matematik.
Papar OUTPUT
Tulis kenyataan TAMAT.
8
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
CARTA ALIR
a) Terdiri daripada nod dan garis penghubung.
b) Simbol piawai mewakili setip nod.
c) Setiap nod dihubungkan oleh garis penghubung anak panah.
d) Anak panah menunjukkan aliran aktiviti.
SIMBOL NAMA NOD FUNGSI
Terminal mula /
tamat Permulaan / penamat algoritma dalam atur
Input/Output cara.
Proses
Penghubung Membaca input atau memaparkan output ke
Syarat skrin.
Aliran aktiviti Arahan dalam memproses input dalam bentuk
ungkapan, memproses fail dan sebagainya.
Titik sambungan untuk menyambungkan carta
alir yang terpisah.
Menguji syarat yang terkandung dalam
syarat.
Terdapat satu anak panah masuk dan
2 anak panah keluar.
Menghubungkan nod-nod untuk menunjukkan
aliran proses.
CARTA ALIR
Langkah-langkah Membina Carta Alir.
Lukis nod terminal mula
Lukis garis penghubung
Lukis nod input, masukkanbutiran seperti umpukan data.
Lukis garis penghubung.
Lukis nod proses, masukkan butiran seperti ungkapan Matematik.
Lukis garis penghubung.
Sekiranya perlu, lukis nod proses atau nod input lain-lan yang diperlukan.
Sekiranya tiada, lukis nod terminal tamat.
9
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.2.2 Membina Algoritma Penyelesaian Masalah Dengan Menggunakan Struktur
Kawalan Dalam Pengaturcaraan.
STRUKTUR KAWALAN
Struktur Kawalan
Struktur kawalan urutan Struktur kawalan pilihan Struktur kawalan
pengulangan
1.2.3 Menguji Dan Memperbaiki Ralat Dalam Algoritma.
PENGUJIAN Algoritma diuji untuk tujuan pembaikan.
ALGORITMA
Dibuat sebelum algoritma ditulis sebagai kod computer.
MATLAMAT PENGUJIAN – untuk memastikan logik algoritma
adalah betul dan memikirkan pembaikan algoritma supaya lebih
efisien.
CIRI-CIRI ALGORITMA YANG DIUJI
LENGKAP – penuhi keperluan penyelesaian maslah.
MUDAH DIFAHAMI
EFISIEN – pantas berfungsi dan jimat memori.
MEMENUHI KRITERIA REKA BENTUK
10
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
JENIS RALAT ALGORITMA
RALAT SINTAKS RALAT LOGIK RALAT MASA LARIAN
Tidak wujud dalam Atur cara yang dihasilkan Ralat apabila aturcara
algoritma tidak menjalankan fungsi dijalankan.
Berlaku kerana cuai yang sepatutnya, tidak Contoh – Aturcara tidak
lengkap atau
semasa menggunakan menghasilkan output dapat dimulakan, sangat
bahasa pengaturcaraan. yang tidak tepat. perlahan atau tidak
Biasanya ditemui secara PUNCA – responsif
automatik oleh perisian Ungkapan/formula yang Boleh dikenalpasti
komputer bahasa salah, kecuaian, jenis daripada kegagalan
pengaturcaraan. data tidak sesuai, output dan paparan
Ralat algoritma tidak umpukan tidak betul. amaran dalam aturcara.
menyebabkan ralat Boleh dikesan melalui
sintaks reka bentuk algoritma
yang tidak efisien atau
salah.
CONTOH – Struktur
kawalan tidak betul,
pembolehubah tiada nilai,
pembahagian dengan
sifar, logik syarat salah
dalam pengulangan
1.2.4 Mengesan Nilai Pembolehubah Pada Setiap Tahap Dalam Algoritma
PEMBOLEH Algoritma mengumpuk dan mengubah nilai sesuatu
UBAH pembolehubah.
Nilai pembolehubah adalah tidak tetap.
Setiap baris algortima mungkin membuat perubahan pada
pembolehubah tertentu
11
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.2.5 Mengenal Pasti Output Yang Betul Dari Algoritma Berdasarkan Input Yang
Diberi
Output yang betul bergantung kepada pemboleh ubah sewaktu
algoritma papar dipanggil.
OUTPUT Membandingkan output dijangka merupakan satu-satunya cara
menentukan kesahihan algoritma.
Output dijangka ditentukan secara hitungan manual.
1.2.6 Terjemahan Algoritma Ke Dalam Bahasa Pengaturcaraan
TERJEMAHAN Setiap baris algoritma yang direka bentuk dapat ditukarkan
ALGORITMA kepada kod komputer
Algoritma berbentuk universal
Oleh itu symbol dan perkataan yang digunakan tidak perlu
disandarkan kepada mana-mana bahasa pengaturcaraan.
12
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.3 PEMBOLEH UBAH, PEMALAR DAN JENIS DATA
Pemboleh ubah
•Untuk nombor, teks, dan objek
•Sentiasa berubah nilainya
•Perlu memberikan nama kepada setiap pemboleh ubah
Pemalar
•Nilai tetap dan tidak berubah
•Jenis data perlu sempadan dengan nilai
Jenis Data Primitif integer
float
(ada nilai & hasilkan Bukan
output) Primitif double
char
boolean
string
array
1.3.1 Menjelaskan Hubungan Antara Jenis Data, Saiz Data dan Kapasiti Ingatan
Komputer
- Setiap data diingati oleh komputer
- Nama pemboleh ubah amat penting
- Menjimatkan ruang komputer
13
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.3.2 Memilih dan Menggunakan Jenis Data yang Bersesuaian
Jenis Data Penerangan Contoh
integer (int) Nombor bulat 324
double Nombor perpuluhan
float Nombor perpuluhan 324.25
boolean True atau false 324.25
character (char) Aksara tunggal True/false
String (String) Gabungan aksara
C
saya
1.3.3 Membezakan Pemboleh Ubah Sejagat (Global) dan Setempat (Local)
Pemboleh Ubah Berfungsi Pemboleh Ubah
Sejagat(Global) Pengisytiharan Setempat(Local)
Dalam aturcara sahaja Dalam subaturcara yang
Akses diisytiharkan
Dimana-mana fungsi Dalam sebuah fungsi dalam
Boleh diakses dimana-mana aturcara
fungsi Tidak boleh diakses di luar fungsi
itu
1.3.4 Mengisytiharkan, Memulakan dan Menetapkan Nilai pada Pemboleh Ubah dan
Jenis Data Contoh nama Contoh nilai Pernyataan
pemboleh ubah
integer (int) 16 int umur = 16;
double umur 1324.25 double jumBayaran = 1324.25;
float jumBayaran 2563.95
boolean True/false float gaji = 2563.95;
character (char) gaji boolean sudahKahwin = false;
String (String) sudahKahwin A+
Ahmad char gred = ‘A+’;
gred String nama = “Ahmad”;
nama
Jenis Data Nama pemalar Nilai Pernyataan
integer (int) HARI_SEMINGGU 7 final int HARI_SEMINGGU = 7;
double
PI 3.142 final double PI = 3.142;
14
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.3.5 Menggunakan Penyataan Umpukan dan Penyataan Aritmetik
OPERATOR ARITMETIK OPERATOR ARITMETIK
- Simbol untuk memberitahu komputer untuk
- Simbol untuk memberitahu
komputer untuk melakukan membandingkan dua nilai
operasi matematik
Nama Operator Simbol
Nama Operator Simbol Sama dengan ==
Tidak sama dengan !=
Tambah + Lebih besar daripada >
Kurang daripada <
Tolak - Lebih besar atau sama dengan >=
Kurang daripada atau sama dengan <=
Darab *
Bahagi /
Baki %
Simbol Nama Operator Kegunaan Contoh
= Operator Mengumpukkan nilai kepada x = 5;
Umpukan pembolehubah
== Operator Membuat perbandingan antara dua if ( x == 5 )
nilai
Perbandingan
1.3.6 Menulis Atur Cara untuk Memasukkan Input dari Papan kekunci dan
Memaparkan Output
Public class luasSegiTiga2{
Public static void main (String [] args){
int tapak = 6;
int tinggi = 4;
double luas = (1.0/2)*tapak*tinggi;
System.out.println (“Luas segi tiga ialah :” + luas);
}
}
Output > Luas segi tiga ialah : 12.0
15
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.4 STRUKTUR KAWALAN
i. Struktur Kawalan Urutan
• Tidak bervariasi.
• Hanya mengikut urutan
ii. Struktur Kawalan Pilihan
• if – else - if
• Switch-case
16
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
iii. Struktur Kawalan Pengulangan
• For
• While
• Do-while
1.4.1 Struktur Kawalan Pilihan
o Mekanime yang membolehkan keputusan atau pemilihan dibuat secara automatik.
o PERNYATAAN SYARAT BOOLEAN
Digunakan untuk menguji nilai input yang dimasukkan dan ini seterusnya akan
menentukan set atau blok arahan yang akan dilaksanakan.
YA/BENAR (TRUE)
TIDAK/PALSU (FALSE)
o Syarat boolean membolehkan perbandingan pemboleh ubah, sifat objek atau nilai
yang dilakukan melalui operator hubungan atau operator logikal.
o Perbandingan ini memberikan keputusan dalam bentuk data jenis boolean.
1.4.1 Menerangkan Aliran Struktur Kawalan Pilihan
i. Kawalan Pilihan if
• Hanya akan melaksanakan pernyataan-pernyataan tertentu seperti memproses
data melalui ungkapan sekiranya syarat adalah benar.
17
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
ii. Kawalan Pilihan If-else
• Digunakan untuk membuat keputusan dalam sesuatu atur cara.
• Menunjukkan hasil Boolean – Ya (Benar) atau Tidak (Palsu).
• Pernyataan susulan bergantung kepada hasil Boolean tersebut.
iii. Kawalan Pilihan If-else-if
• Untuk membuat keputusan yang lebih kompleks.
• Mencuba syarat Boolean yang baharu sekiranya syarat terdahulu menghasilkan
keputusan palsu.
• Sekiranya syarat Boolean menghasilkan keputusan benar, pernyataan akan
dilaksanakan. Syarat Boolean lain tidak akan diuji.
18
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
iv. Kawalan Pilihan switch-case
• Untuk mengatasi kekurangan penggunaan if-else-if
- (pernyataan perlu diulang banyak kali dan boleh mengelirukan pengguna).
• Struktur ini lebih mudah difahami.
• Ujian Switch : ungkapan nombor, abjad atau rentetan.
• Case : Mengandungi nilai yang akan dipadankan dengan ujian switch.
• Break : Digunakan sebagai arahan untuk keluar dari blok switch. Jika ungkapan
break tidak disertakan, pernyataan selepas break akan dilaksanakan.
• Default : Kadang-kadang dimasukkan sebagai langkah tambahan. Pernyataan
default akan dilaksanakan jika ujian switch tidak bersamaan dengan mana-mana
nilai case.
1.4.2 Menulis Atur Cara Mengunakan Struktur Kawalan Operator Hubungan
• Digunakan untuk membandingkan dua nilai bagi menghasilkan keputusan Boolean.
19
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
i. OPERATOR LOGIKAL
• Digunakan untuk menghasilkan beberapa ungkapan Boolean bagi menghasilkan
syarat yang lebih kompleks.
a) Operator Logikal AND
• Digunakan apabila dua atau lebih syarat Boolean perlu digabungkan dan kesemua
syarat perlu benar.
• Ditulis dengan simbol “&&”.
b) Operator Logikal OR
• Digunakan apabila dua atau lebih syarat Boolean perlu digabungkan dan hanya
salah satu syarat perlu benar.
• Ditulis dengan simbol “ ||”.
c) Operator Logikal NOT
• Menukarkan nilai Boolean kepada lawannya.
• Ditulis dengan simbol “ !”.
Menggabungkan Operator Hubungan Dan Operator Logical
20
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
• Operator hubungan dan operator logikal boleh digabungkan dalam struktur kawalan
pilihan.
• CONTOH : Markah >= 0 && Markah <= 100
1.4.3 Menerangkan Aliran Struktur Kawalan Ulangan
i. Ulangan berasaskan pembilang (For)
• Untuk bilangan tertentu.
• Ditentukan oleh pemboleh ubah pembilang yang bermula dengan nombor indeks
tertentu seperti 0 dan 1.
• Nombor indeks akan ditambah secara automatik pada akhir blok pernyataan.
• Penambahan dibuat setiap kali blok kenyataan telah diulang dan akan berlanjutan
sehingga syarat Boolean berulang menjadi tidak benar.
21
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
ii. Ulangan berasaskan syarat
a) While
• Membuat ujian terlebih dahulu ke atas input.
• Jika memenuhi syarat, blok arahan dalam gelung akan dilaksanakan.
22
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
b) Do-While
• Membuat ujian selepas blok arahan dalam gelung dilaksanakan.
23
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.4.4 Menulis Atur Cara Menggunakan Struktur Kawalan Ulangan Yang Melibatkan -
Operator Increment Dan Decrement
• Lazimnya digunakan sebagai pembilang.
• Operator Increment (++) : penambahan nilai pemboleh ubah bagi bilangan nombor
tertentu.
24
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
• Operator Decrement (--) : mengurangkan nilai pemboleh ubah bagi bilangan nombor
tertentu.
1.4.4 Menulis Atur Cara Menggunakan Struktur Kawalan Ulangan Yang Melibatkan -
Class Math (Math Random )
• Math.random [ ] ialah subaturcara java untuk menjana nombor secara rambang.
• Menggunakan waktu sistem sebagai nilai benih untuk memulakan penjanaan nombor
secara rambang.
• CONTOH : (int) (Math.random()*10) + 1 ( nombor rambang 1 hingga 10)
25
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.4.4 Menulis Atur Cara Menggunakan Struktur Kawalan Ulangan Yang Melibatkan –
Boolean
i. Bendera Boolean
• Satu pemboleh ubah Boolean digunakan untuk mengawal ulangan.
• Pengguna ditanya untuk meneruskan atur cara itu lagi atau tidak.
26
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
ii. Pembilang
• Digunakan untuk membuat pengiraan dalam penyelesaian masalah.
27
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.5 AMALAN TERBAIK PENGATURCARAAN
- Amalan terbaik pengaturcaraan ialah apabila pengatur cara dapat mempraktikkan
amalan-amalan yang biasa diikuti untuk menghasilkan atur cara yang baik.
- Berikut merupakan amalan amalan terbaik pengaturcaraan yang perlu diikuti oleh
seorang pengatur cara dalam menghasilkan suatu kod atur cara
1. Inden yang konsisten
Ditulis dengan konsisten dari awal hingga akhir kod aturcara
Mudah difahami dan senang dibaca oleh pengguna lain
2. Jenis data
Mestilah bersesuaian supaya saiz tidak terlampau kecil atau besar
Contoh : Menetapkan nombor bulat sebagai integer dan bukan double
3. Pemboleh ubah yang bermakna
Tidak bermula dengan nombor. Cth markah1 dan bukan 1markah
Tiada ruang kosong(space)
Tidak menggunakan kata kekunci dalam JAVA(integer,double dll)
Penggunaan huruf kecil dan huruf besar.Cth MarkahKuiz
Nama yang mudah difahami
4. Komen
Ditulis dengan jelas dalam 2 -3 baris pendek untuk menerangkan fungsi kod.
1.5.1 Jenis Ralat dalam Atur Cara
1) Ralat Sintaks
Kesalahan tatabahasa seperti salah ejaan atau tatanda
Penggunaan objek atau aksara yang tidak dikenali
2) Ralat Logik
Berlaku apabila aturcara tidak berfungsi seperti yang diingini
Jarang atau tidak dikesan oleh pengkompil(compiler)
Hanya pengaturcara yang boleh mengesan melalui output yang dihasilkan
Pengaturcara perlu memeriksa semua aspek output projek
3) Ralat Masa Larian
Ralat yang ditemui ketika aturcara yang sedang berjalan terganggu akibat
beberapa factor
Berlaku sekiranya pengaturcara cuba melaksanakan operasi aritmetik yang
mustahil.Cth (nombor)/0 dan punca kuasa dua bagi nombor negatif
28
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.5.2 Mengesan, Mengenalpasti, Menterjemah Mesej Ralat dan Membaiki Ralat
1. Semak semula aturcara pada bahagian pengisytiharaan
2. Pastikan semua tatatanda ditaip dengan lengkap
3. Pastikan semua pemboleh ubah yang diisytiharkan adalah sama dengan nama
yang akan dipanggil balik dalam aturcara (semak ejaan,penggunaan huruf
kecil/besar)
1.5.3 Mengenalpasti Nilai Bagi Pemboleh Ubah pada Bahagian Tertentu Aturcara
1.5.4 Menghasilkan Aturcara Yang Mudah Dibaca Dengan Menggunakan Gaya Yang
Baik
Gaya Aturcara Yang Baik
Letak komen pada setiap fungsi
Guna nama pemboleh ubah yang bermakna
Inden yang selesa untuk dibaca
29
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
30
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.6 STRUKTUR DATA DAN MODULAR
• STRUKTUR DATA : Satu kaedah tertentu untuk menyimpan secara tersusun data-data
dalam ingatan supaya senang dicapai untuk diproses menjadi maklumat mengikut
kehendak pengguna.
• Data boleh disusun dalam bentuk tatasusunan (Array) dan vektor (vector), senarai
pautan (linked list), timbunan (stack) dan giliran (queue).
• Gunakan struktur yang sistematik untuk pemboleh ubah dan arahan semasa
membangunkan atur cara.
• Pemboleh ubah boleh dipecahkan kepada “kumpulan-kumpulan kecil” yang dipanggil
TATASUSUNAN.
• Arahan-arahan komputer juga boleh dipecahkan kepada
- kumpulan-kumpulan kecil yang dipanggil FUNGSI.
- Apabila diperlukan sahaja, kumpulan yang berkaitan akan dipanggil.
1.6.1 Menerangkan Struktur Tatasusunan (Array) Satu Dimensi
- TATASUSUNAN ialah pemboleh ubah yang membolehkan koleksi beberapa nilai data
(elemen) dalam satu-satu masa dengan menyimpan setiap elemen dalam ruang memori
berindeks.
- Pemboleh ubah ialah slot memori yang telah dikhaskan untuk menyimpan data.
- Kebiasaanya, pemboleh ubah mudah cuma menyimpan satu nilai data dalam satu-satu
masa.
Pengumpukan Tatasusun
• Pengisytiharan tatasusunan menyediakan ruang memori yang masih kosong.
• Nilai perlu diberikan melalui proses pengumpukan.
• Selepas diisytihar, nilai diumpuk dengan memanggil elemen –elemen tatasusunan satu
persatu.
31
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
Pengumpukan Nilai Awal Tatasusun
int senaraiMarkah [ ] = { 34,56,78,89,56,95};
o Umpukan dibuat ketika melakukan pengisytiharan.
o Saiz dalam tatasusunan tidak perlu dimasukkan dalam tanda [ ]
o Saiz tatasusunan ditentukan secara automatik berdasarkan bilangan data dalam
kurungan { }.
o Semua data yang hendak disimpan ialah satu jenis yang sama.
32
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
Aturcara yang menggunakan Tatasusun
1.6.2 Menggunakan Subatur Cara Dan Memahami Konsep Menghantar Parameter Ke
Subatur Cara Dan Mengembalikan Data
- Fail kod komputer yang panjang adalah sukar ditulis, dibaca, diulangkaji atau
dikemaskini.
- Oleh itu, baris-baris kod komputer yang berkait boleh dihimpunkan dalam satu modul.
- Dengan itu, kod komputer yang panjang dapat dibahagi-bahagikan kepada modul-
modul.
- Setiap modul adalah lebih pendek dan mengkhususkan kepada tujuan tertentu.
- Modul-modul ini dipanggil subatur cara, struktur untuk himpunan kod komputer.
33
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
Komponen HEADER Subatur Cara
• Kata kunci static diletakkan dihadapan nama subatur cara.
Kata Kunci • Tanpa kata kunci ini, subatur cara tidak dapat digunakan secara
Khas langsung.
• Tanpa statik, subatur cara memerlukan penghasilan objek sebelum
data digunakan.
Subatur cara biasanya akan memulangkan hasil setelah badan
subatur cara selesai memproses data.
Jenis Data Jenis data pulangan di header bergantung kepada jenis data yang
Pulangan ingin dipulangkan oleh body.
Ini termasuk int, double, string dan char.
Jika tidak ada keperluan memulangkan data, gunakan kata kunci
void.
Diberikan oleh pengatur cara.
Nama Subatur
Mestilah bermula dengan huruf (biasanya huruf kecil)
Cara
Boleh mengandungi angka tetapi bukan simbol.
Bekas Simbol ( ) digunakan jika parameter kosong.
Parameter Nama parameter akan dikepilkan jika bekas menerima parameter.
CONTOH : (int kuantiti)
Subatur Cara main()
• Subatur cara wajib dengan nama main ().
• boleh wujud tanpa subatur cara yang lain.
• mengandungi baris pertama pernyataan yang mesti dilaksanakan oleh komputer.
• mengandungi baris terakhir pernyataan yang mesti dilaksanakan oleh komputer.
• Header subatur cara jarang diubah.
• Pernyataan-pernyataan dalam subatur cara main () akan menentukan sifat atur cara.
• Pernyataan-pernyataan ini seharusnya ditulis berasaskan algoritma yang telah diuji.
34
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
Kata Kunci Khas Public membolehkan subatur cara diakses dari mana-mana kod
projek
Jenis Data Pulangan Semua subatur cara mempunyai static supaya dapat digunakan
Nama Subatur Cara secara langsung tanpa objek..
Bekas Parameter Kata kunci void digunakan kerana tidak memulangkan data.
Nama wajib ialah main.
Bekas parameter mesti mengandungi parameter tatasusunan
string dengan nama “args”.
Subatur Cara Main
35
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
Subatur Cara Lain
• Pengatur cara boleh menulis subatur cara yang lain dipanggil petakrifan subatur cara.
• Subatur cara lain adalah serupa dengan main() tetapi lebih ringkas.
Memanggil Subatur Cara main()
• Subatur cara boleh menggunakan subatur cara lain.
• Tujuannya supaya kod pernyataan dalam subatur cara lain turut dilaksanakan.
• Hubungan dua subatur cara – pemanggil dan dipanggil.
• Pemanggil memanggil nama subatur cara dipanggil dalam badan subatur cara badan
pemanggil.
Memanggil Subatur Cara daripada main()
• Kebiasaannya, subatur cara main () menggunakan subatur cara-subatur cara yang lain.
• Apabila main() memerlukan bantuan subatur cara lain untuk proses tertentu , kawalan
dipindahkan kepada subatur cara tersebut.
• Setelah subatur cara tersebut selesai, kawalan dikembalikan kepada subatur cara main
().
36
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
Parameter
- Parameter ataupun argumen ialah pemboleh ubah yang membolehkan subatur cara
menerima nilai daripada pemanggil.
- Dengan ini, subatur cara- subatur cara masih dapat berkongsi nilai-nilai pemboleh ubah
melalui parameter.
- Parameter rasmi (formal parameter) : merujuk kepada parameter subatur cara.
- Parameter sebenar (actual parameter) : merujuk kepada pemboleh ubah di dalam
subatur cara pemanggil.
- Penggunaan parameter perlu diisytiharkan sewaktu pentakrifan subatur cara- subatur
cara.
- Jika parameter diperlukan, parameter perlu diisytiharkan dalam kurungan bekas
parameter dalam subatur cara.
- Pengisyiharan parameter sama seperti pengisytiharan pemboleh ubah.
- Tiada had untuk bilangan parameter dan turutan parameter bergantung kepada
pengatur cara.
37
TIADA PARAMETER MODUL MAS SAINS KOMPUTER
static void subAtur01 ( ) { }
static void subAtur02 ( ) { } MENGANDUNGI PARAMETER
static void subAtur03 ( ) { } static void subAtur01 (int x ) { }
static void subAtur02 ( int x ; double y) { }
static void subAtur03 (int [ ] x ; string z) { }
Mengembalikan Data
- Semua subatur cara akan mengembalikan kawalan kepada pemanggil.
- Sesetengah subatur cara bukan sahaja mengembalikan kawalan tetapi juga data.
- Bagi yang memulangkan kawalan sahaja, kata kunci void digunakan.
- Sekiranya subatur cara mengembalikan data, baris akhir dalam badan subatur cara
mempunyai pernyataan return dan data yang ingin dipulangkan kepada pemanggil.
- Nama subatur cara tidak mempunyai void sebagai jenis data pulangan. Sebaliknya,
jenis data yang bersesuaian dengan data dipulang diisytihar dalam sintaks.
- Data boleh dipulangkan sebagai hasil ungkapan, nilai dalam pemboleh ubah, nilai
pemalar ataupun nilai data itu sendiri.
- Setiap subatur cara cuma boleh mengembalikan satu jenis data sahaja.
- Nama subatur cara yang memulangkan data biasanya diberikan prefix get. Contoh :
getNama, getAlamat, getTelefon.
38
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
39
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.6.3 Membezakan Antara Function Dan Procedure Pada Subatur Cara
40
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
Contoh fungsi utiliti dalam Java
41
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
1.6.4 Menulis Atur Cara Bermodular Yang Mengandungi Struktur Tatasusunan
- Atur cara bagi contoh diatas ialah atur cara console.
- Pemboleh ubah (nama, gred, markah) diisyihar sebagai Pemboleh ubah sejagat (global)
– boleh dicapai oleh semua subatur cara.
42
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
- Prosedur main(), getNama(),getMarkah(), setGred() dan paparInfo() dapat membaca
dan menulis kepada set pemboleh ubah-pemboleh ubah yang sama.
- Prosedur main() – tidak terdapat banyak pernyataan algoritma kerana pernyataan-
pernyataan tersebut telah diletakkan ke dalam subatur cara.
- Memanggil subatur cara harus mengikut urutan logik.
43
MODUL MAS SAINS KOMPUTER
Struktur Tatasusunan dalam Aturcara Bermodular
- Tatasusunan digunakan sebagai parameter untuk bilangan data yang banyak.
- Pastikan subatur cara mampu menerima parameter tatasusunan.
- Pengisytiharan dilakukan pada kepala subatur cara.
- Struktur kawalan ulangan for diperlukan untuk mengumpuk atau mengakses nilai
elemen-elemen dalam tatasusunan.
- Elemen-elemen dalam satu-satu tatasusunan boleh diubah terus dari mana-mana
subatur cara.
- Oleh itu, pemboleh ubah tatasusunan tidak perlu dikembalikan kepada pemanggil.
- Tatasusunan nombor yang kosong diisytiharkan dalam prosedur main().
- Dari main(), panggilan dibuat kepada prosedur setSenaraiRawak.
- Dalam prosedur setSenaraiRawak, tatasusunan kosong diumpukkan dengan nilai-nilai
rawak yang dijanakan oleh math.random.
- Nilai-nilai elemen dipaparkan pada kedua-dua sub atur cara dan prosedur main()
44