The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9w2ryl, 2021-04-27 20:23:31

MODUL MAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4

MODUL MAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

1.7 PEMBANGUNAN APLIKASI
Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (Software development Life Cycle -SDLC) /
Kitaran Hayat Pembangunan Aplikasi
 Ialah istilah yang digunakan dalam kejuruteraan sistem dan perisian, sistem maklumat,

dan pembangunan aplikasi.
 Menjelaskan proses merancang, mereka bentuk, menguji dan mengimplementasi

sesuatu aplikasi atau perisian.
 Membantu mengesan status bagi penyempurnaan projek.
 Terdiri daripada satu kitaran fasa yang berjujukan.

Metodologi Umum SDLC
Model Air Terjun (Waterfall)
Model RAD (Rapid Application Development

model)
Model Lelaran (Iterative model)
Model Lingkaran (Spiral model)
Model Tangkas (Agile model)

Model Hibrid

Model air terjun
 Digunakan sebagai model pembangunan aplikasi kerana model ini mirip kepada proses-

proses dalam SDLC.
 Merupakan model terawal, mudah difahami dan mudah diuruskan.
 Terdapat 5 fasa
 Satu fasa perlu diselesaikan sebelum ke fasa berikutnya.
 Maklumat bagi setiap fasa diperlukan untuk fasa yang berikutnya dan tidak boleh

berpatah balik.

45

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

1.7.1 Kitaran Hayat Pembangunan Sistem
1.7.1.1 Fasa Analisis Masalah

 Proses mengenal pasti keperluan program dan mencari sebab sesuatu program
dibina.

 Menggunakan carta IPO (input, proses dan output).

Tentukan penyelesaian yang dikehendaki (output).

Kenalpasti formula untuk hasilkan output

Kenalpasti Input untuk formula

Contoh Carta IPO: Proses Output
Gaji staf
Input 1. Dapatkan kadar sejam.
2. Dapatkan bilangan jam bekerja.
Kadar sejam Bilangan 3. Kirakan gaji staf = kadar x bilangan
jam bekerja
sejam jam bekerja

1.7.1.2 Fasa Reka bentuk Penyelesaian
 Melihat kepada potensi penyelesaian yang wujud dan menentukan penyelesaian
yang efektif dan efisien.
 Menjawab “bagaimana” membina penyelesaian terbaik.

Langkah:
1. Membina algoritma
2. Menulis pseudokod dan melukis carta alir

46

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

1.7.1.3 Fasa Pelaksanaan Penyelesaian
 Tujuan:

 Mengubah reka bentuk kepada program yang akan dipasang pada perkakasan dan
bersedia untuk melaksanakan penyelesaian.

 Membina dan menghasilkan sistem yang dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi.

 Aktiviti pembangunan aplikasi melibatkan pengekodan.
 Pengekodan:

 Mengubah spesifikasi program kepada kod sumber.
 Memerlukan bahasa pengaturcaraan seperti Java, Javascript dan sebagainya.
 Pengkompilan: proses menukar kod pengaturcaraan kepada kod boleh laksana
(executable).
Contoh Kod Atur Cara:

//Atur cara untuk memaparkan mesej Hello World
public class HelloWorld {

public static void main(String[ ] args)
// Paparkan teks
System.out.println(“Hello World!”);

}
}
47

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

public class Gajistaf {
public static void main(String[] args) {
int bilJam = 20;
double gajistaf, kadarsj;
kadarsj = 25.0;
gajistaf = kadarsj*bilJam;
System.out.println("Gaji anda ialah RM"+gajistaf);
}

}

Contoh Kod Boleh Laksana:

1.7.1.4 Fasa Uji dan Nyah ralat
 Menguji kod atur cara yang siap dibina.
 Tujuan:

a) Memastikan semua keperluan dipenuhi.
b) Memastikan semua pengekodan berfungsi seperti yang dikehendaki.
c) Memastikan semua modul boleh berfungsi apabila digabungkan.
d) Mendapatkan maklum balas daripada pengguna sistem untuk tujuan pembetulan dan

penambahbaikan.
e) Melibatkan pengguna sepenuhnya di peringkat pembangunan.
f) Mengesan ralat yang tercicir.
g) Membantu pasukan projek membuat dokumentasi dengan mengesan kesilapan oleh

pengguna.
h) Menyimpan keputusan ujian sebagai bukti penyempurnaan pembangunan sistem.
 Semakan kod (code review) dilakukan untuk mengesan ralat.
 Pengatur cara akan merujuk log yang dipaparkan untuk membetulkan dan membuang
ralat yang dikesan.

Jenis-jenis semakan
48

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

Jenis Semakan Siapa? Bila?

Sendiri Pengarang Semasa pengekodan

Rakan Sebaya Rakan Sebaya Selepas tamat modul

Selepas tamat Pasukan projek yang diketuai Selepas kedua-dua
modul oleh pakar bahasa peringkat di atas
pengaturcaraan

 Ralat sintaks, ralat logik dan ralat masa larian dilakukan sehingga kod atur cara itu
bebas daripada semua ralat.

Jenis pengujian dan perincian

Jenis Pengujian Perincian
Sendiri
Sistem Memastikan setiap unit dalam sisitem yang dibina berfungsi.

Integrasi Menguji sistem secara keseluruhan selepas ujian atas unit
Penerimaan individu.

Memastikan sistem dapat berfungsi dengan sistem sedia ada.

Ujian ini dijalankan semasa ujian integrasi oleh pengguna
sistem untuk memastikannya memenuhi kehendak pengguna.

Senarai semak pengiraan gaji staf

Item Aktiviti Tandakan(√)atau (X)
Ralat sintaks
Ejaan teks nama pemboleh
Ralat masa larian ubah
Ralat logik
Ejaan teks komen

Penggunaan objek atau
aksara yang tidak dikenali

Pengisytiharan jenis data
untuk bilangan jam bekerja

Pengisytiharan jenis data
untuk gaji staf

Pengisytiharan jenis data
kadar sejam

Input pengiraan untuk
bilangan jam

Input pengiraan untuk
kadar sejam

Semak output gaji staf

49

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

Application Programming Interface (API)
 Satu set rutin, protokol dan alat untuk membina aplikasi.
 Sesuatu API menentukan bagaimana komponen aplikasi harus berinteraksi.
 API yang baik memudahkan pembangunan aplikasi dengan menyediakan blok
pembangunan, di mana pengatur cara komputer akan mencantumkan blok-blok
tersebut.
 Contoh: API Google maps dan API Twitter.

1.7.1.5 Fasa Dokumentasi
 Proses mengutip dan mengumpulkan data, mengumpulkan maklumat dan ringkasan
seperti laporan pengujian yang dijalankan, carta alir, kod atur cara dan carta IPO.
 Dokumen-dokumen ini penting untuk rujukan pengguna sistem, pegawai IT dan juga
kakitangan baharu di setiap fasa.
 Dokumentasi yang sepenuhnya bagi fasa projek dari awal pada setiap fasa akan
dijadikan sebagai rujukan untuk fasa seterusnya.

Contoh:
komen untuk kod atur cara mengira gaji staf

int bilJam = 20; //Pengisytiharan pemboleh ubah
double gajistaf, kadarsj; //Pengisytiharan pemboleh ubah
kadarsj = 25.0; // Mendapatkan data kadar bayaran sejam
Carta Gantt untuk pembangunan aplikasi bagi mengira gaji staf

50

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

Pengujian dan nyah ralat

API

1.7.2 Penciptaan Aplikasi atau Aplet
Dengan merujuk fasa-fasa dalam Model Air Terjun, kita dapat membina dan menghasilkan
aplikasi penyelesaian masalah yang mengandungi subatur cara atau tatasusunan
menggunakan penyataan umpukan dan struktur kawalan dalam menghasilkan output
berdasarkan input yang diberikan.

Langkah-langkah mencipta sebuah aplikasi atau aplet:

51

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

LATIHAN

BAB 1 PENGATURCARAAN
LATIHAN
1. Mengapakah strategi diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah?
2. Apakah ciri-ciri penyelesaian masalah yang berkesan?
3. Berikan satu contoh aktiviti yang memerlukan penyelesaian masalah berstrategi.
4. Tulis pseudokod untuk atur cara yang telah menerima dua nombor dan memaparkan

jumlahnya sebagai output.

52

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

5. Tulis pseudokod untuk atur cara yang menerima jejari bulatan dan menentukan ukur lilit
dan luas bulatan tersebut.

6. Lukis carta alir untuk atur cara yang menerima dua nombor dan kemudian
mempamerkan purata.

7. Tentukan sama ada penyataan berikut "Benar" atau "Palsu":

(a) Pengujian algoritma dibuat setelah kod Java ditulis. (…………)

(b) Ralat logik berpunca daripada ralat algoritma (…………)

(c) Ralat sintaks berpunca daripada ralat algoritma. (…………)

(d) Salah satu punca ralat algoritma ialah kegagalan memenuhi kriteria. (…………)

53

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

8. Lukiskan algoritma untuk menyelesaikan masalah berikut:

Adik anda yang berumur 7 tahun akan memulakan sesi sekolah rendahnya tahun ini.

Ajarkan pada adik anda apa yang perlu dia lakukan semasa rehat. Pastikan anda boleh

membina algoritma dalam 3 tahap - urutan, pilihan dan ulangan.

Urutan Pilihan Ulangan

9. Apakah kebaikan menggunakan carta alir?
10. Apakah contoh proses harian lain yang boleh digambarkan menggunakan carta alir?

54

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

11. Namakan tiga contoh pemboleh ubah yang boleh digunakan untuk membina Daftar
Murid.

12. Pengatur cara ingin membangunkan sebuah atur cara mengenai kiraan gaji.
Mengapakah pengatur cara perlu mengambil kira jenis data dan kapasiti ingatan
komputer?

13. Tentukan jenis data yang akan digunakan untuk mewakili data bagi atur cara penggiraan

markah murid.

Data Jenis data

Nama murid

Jantina

Markah

Jumlah markah

Purata markah

14. Mengapakah pemalar dan pemboleh ubah perlu diisytiharkan?

55

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

15. Berdasarkan rajah yang ditunjukkan di bawah, kenal pasti dan labelkan pemboleh ubah
sejagat dan pemboleh ubah setempat.

16. Nyatakan penyataan berikut sama ada benar atau palsu.
(a) Pemboleh ubah yang mempunyai dua perkataan boleh diterima
dalam penulisan atur cara tanpa menggunakan garis bawah
(underscore "_")
(b) Penggunaan nama pemboleh ubah yang ringkas dan bermakna
digalakkan dalam penulisan atur cara.
(c) Panjang aksara pemboleh ubah adalah antara 1 hingga 256 aksara.

17. Apakah yang anda faham tentang pemboleh ubah dalam suatu atur cara komputer?.

18. Senaraikan gaya penulisan atur cara yang perlu dipraktikkan oleh seorang pengatur
cara.

56

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

19. Apakah yang anda faham dengan penggunaan inden dalam pengaturcaraan
komputer?

20. Merujuk kepada jadual di bawah, jawab soalan seterusnya. Markah
No Pelajar 81
1 Adam Ahmad 95
2 Alia Batrisya 87
3 Michael Ang

a) Gunakan pemboleh ubah mudah untuk menyimpan semua data dalam jadual

berikut:

Pemboleh ubah untuk pelajar Pemboleh ubah untuk pelajar

b) Tuliskan pengisytiharan dan umpukan mengikut soalan
i. Isytiharkan tatasusunan senaraiPelajar
ii. Isytiharkan tatasusunan senaraiMarkah
iii. Umpukkan tatasusunan senaraiPelajar.

iv. Umpukkan tatasusunan senaraiMarkah

57

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

21. Diberikan tatasusunan yang berikut:
int [ ] senaraiUmur = {17, 17, 18, 18, 18, 19};

Tentukan elemen yang dipulangkan oleh setiap arahan berikut:
(a) senaraiUmur[5] akan memberikan nilai ………..
(b) senaraiUmur[1] akan memberikan nilai ………..
(c) senaraiUmur[3] akan memberikan nilai ………..
(d) senaraiUmur[2] akan memberikan nilai ………..
(e) senaraiUmur[0] akan memberikan nilai ………..
(f) senaraiUmur[4] akan memberikan nilai ………..

22. Berdasarkan pseudokod di bawah, lakar carta alir untuk mereka bentuk penyelesaian
kepada masalah ini.
OUTPUT Siapa nama anda?'
INPUT pengguna masukkan nama
SIMPAN input pengguna sebagai pemboleh ubah nama
OUTPUT 'Selamat pagi' + nama
OUTPUT 'Berapa umur anda?'
INPUT penguna masukkan umur
SIMPAN input pengguna sebagai pemboleh ubah umur
Jika umur >= 60 then
OUTPUT “Syabas + nama, anda sudah pencen!”
ELSE
OUTPUT “Wah + nama, anda masih muda.”

58

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

23. Merujuk atur cara di atas
(a) Namakan semua pemboleh ubah yang digunakan.
(b) Nyatakan jenis data yang diwakili oleh pemboleh ubah.
(c) Apakah paparan yang dikeluarkan apabila program di atas diuji?

59

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

24. Bina algoritma berdasarkan arahan yang diberikan. Kemudian lengkapkan jadual yang
menunjukkan perubahan pemboleh ubah dan output
Arahan 1: Paparkan nombor secara berikut:
• Nombor yang diterima turun satu satu nilai sehingga 0
• Contoh input = 5
• Contoh output yang dicari: 5, 4, 3, 2, 1, 0

Input Struktur Kawalan Pilihan Struktur Kawalan Ulangan Ouput
x=5

60

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

25. Sediakan carta alir untuk paparkan maklumat tentang diri (Nama, Sekolah, Umur, Berat,
Tinggi, dan Cita-cita)

61

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

26. Padankan yang benar dan palsu.

62

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

27. Tuliskan atur cara untuk memaparkan nombor terbesar antara 3 nombor.
i. Input: 3 nombor dari pengguna
ii. Output: Nombor yang paling besar
iii. Panduan: Satu nombor dikatakan paling besar jika nombor tersebut lebih besar
daripada 2 nombor yang lain

63

BAB 2

PANGKALAN DATA

2.1 PANGKALAN DATA
HUBUNGAN

2.2 REKA BENTUK
PANGKALAN DATA
HUBUNGAN

2.3 PEMBANGUNAN
PANGKALAN DATA
HUBUNGAN

2.4 PEMBANGUNAN SISTEM
PANGKALAN DATA

"KEEP CALM & STUDY
SMART (HARD)"

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

BAB 2 : PANGKALAN DATA

2.1 Pangkalan Data Hubungan

1. Data ialah Fakta mentah mengenaisesuatu benda, kejadian, orang atau entiti.
2. Maklumat ialah Hasil dari proses pengumpulan, analisa dan pemprosesan data.
3. Pangkalan data ialah koleksi data yang disimpan dalam format piawaian (standard)

dan direka khusus supaya mampu untuk berkongsi data dengan pengguna secara
efisien.
4. Ciri-ciri data yang bermakna

 Data yang mempunyai intergriti
 Data yang boleh dipercayai (ketekalan)
 Data yang bebas dari kelewahan (pertindihan data
5. Evolusi Pengurusan data
 Sistem Pemprosesan Manual – Data diproses oleh tenaga manusia dan

dimasukkan ke dalam fail mengikut aturan tertentu
 Sistem Pemprosesan Fail - Pemprosesan secara manual dengan

menggunakan sistem pengoperasian dan aplikasi komputer.
 Sistem Pangkalan Data - sistem yang menguruskan data dengan lebih

tersusun. Pengurusan yang cekap akan mempercepatkan proses
memanipulasi data.
6. Intergriti Data Kesempurnaan, ketepatan dan kesahan data (validation) serta merujuk
kepada ketepatan data yang sah melalui keseluruhan kitar hayat data. Jenis Intergiti
Data - Intergriti Entiti, Intergriti rujukan dan intergriti domain.
7. Ketekalan data Konsistensi atau keseragaman data yang mempengaruhi keesahan
data. Memastikan data dalam pangkalan data boleh dipercayai tanpa ragu
8. Kelewahan Data -Pertindihan data yang berlaku akibat daripada salinan data pada
lokasi yang berbeza. Boleh mempengaruhi keseluruhan salinan data dan
menyebabkan data tidak boleh diterima.
9. Model pangkalan Data – menentukan struktur logikal bagaimana data itu disimpan,
disusun dan dikendalikan.

64

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

10. Jenis Model Pangkalan data
 Model Hierarki merupakan model data yang dimana data tersebut diatur
dengan struktur data pokok (tree). Struktur ini dapat mewakili informasi
menggunakan hubungan child/paren.
 Model Rangkaian - Terdiri daripada beberapa rekod yang dihubungkan
melalui penunjuk (anak panah). Berjaya mengatasi beberapa ketidaktentuan
dalam model hieraki seperti sifat hubungan satu-kebanyak.
 Model Hubungan - Model yang menyimpan data dalam bentuk jadual
hubungan. Model ini adalah paling terkenal dan digunakan oleh banyak sistem
pangkalan data moden.
 Model Berasaskan Objek - Kaedah terbaru dalam pengurusan pangkalan
data. Boleh menyimpan takrifan objek-objek dan hubungan yang boleh
digunakan semula oleh sistem.

11. Sistem Pengurusan Pangkalan Data adalah sistem perisian yang menggunakan
kaedah standard dan menjalankan pertanyaan, pengawasan dan kawalan terhadap
pangkalan data.

12. Entiti ialah suatu objek dan konsep dalam dunia nyata yang boleh dikenalpasti
kewujudannya melalui sifatsifat tertentu (unik).Dalam pangkalan data, entiti adalah
‘objek' yang menjadi sumber data.

13. Atribut adalah sifat yang memperihalkan sesuatu entitI.
14. Set Hubungan - koleksi sepasang entity subjek-objek yang mempunyai hubungan

yang sama.
15. Kekardinalan menyatakan bilangan entiti yang boleh dihubungkan dengan entiti yang

lain melalui set hubungan.

2.2 Reka Bentuk Pangkalan Data Hubungan

1. Pangkalan data digunakan untuk mengatasi masalah kelewahan dan ketidaktekalan
data.

2. Model pangkalan data hubungan telah mewujudkan lajur khusus sebagai atribut
penghubung.

3. Kunci Primer - Atribut dengan nilai unik yang mewakili setiap baris, rekod dalam
jadual.

4. Kunci asing adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci
primer yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain.

65

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

5. Objek dalam pangkalan data

ITEM PENERANGAN

Jadual  Terdiri daripada rekod dan medan yang mengandugi data
dalam pangkalan data

 Mengandungi data yang saling barkaitan.

 Merupakan satu entiti

Rekod  Lokasi penyimpanan data
 Terdiri dari beberapa medan yang menyimpan data

Medan  Sebahagian daripada rekod
 Merupakan subjek kepada rekod

Kekunci  Kunci primer- Unit untuk jadual tersebut
 Kunci Asing – Kunci hubungan antara jadual

6. Gambar rajah perhubungan Entiti (ERD) mengandungi Entiti, Atribut dan Hubungan
dan tahap kekardinalan. Menggambarkan struktur logic pangkalan data

7. Kebergantungan Fungsi Sepenuh - Terjadi apabila atribut-atribut bergantung
sepenuhnya kepada kesemua atribut kunci dalam jadual.

8. Kebergantungan Fungsi Separa - Berlaku apabila atribut-atribut bergantung kepada
salah satu daripada atribut kunci dalam jadual

9. Kebergantungan Fungsi Transitif - Berlaku apabila atribut-atribut bergantung
kepada atribut biasa yang lain dalam jadual.

66

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

10. Penormalan ialah kaedah menganalisis jadual-jadual berasaskan atribut kunci dan
kebergantungan fungsi dengan tujuan untuk mengurangkan pertindihan data dalam
pangkalan data.

11. Jadual ONF - Merupakan jadual yang mempunyai atribut yang memiliki nilai lebih
daripada satu dan terdapat pengulangan kumpulan atribut dalam baris.

12. Jadual 1NF - Penukaran ONF ke 1NF adalah untuk memastikan lajur jadual adalah
atomik dan mempunyai kunci primer.
Syarat:
 Pastikan satu lajur untuk setiap satu atribut
 Setiap rekod adalah unik dengan menggunakan dengan kunci utama
(gabungan 2 atau lebih atribut juga dikenali sebagai kunci komposit)

13. Jadual 2NF - adalah untuk menghapuskan kebergantungan fungsi separa.
Syarat:
 Jadual ini telah melalui peringkat 1NF
 Setiap atribut biasa adalah bersandar sepenuhnya pada kunci primer.

14. Jadual 3NF adalah untuk menghapuskan kebergantungan fungsi transitif.
Syarat:
 Telah berada dalam 2NF
 Tidak mempunyai sebarang sandaran transitif.

67

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

15. Proses Anomali – Kemaskini, Sisip dan Hapus

68

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

LATIHAN

BAHAGIAN A
1. Berikan definisi bagi setiap istilah berikut:

a) Data
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

b) Maklumat
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(2 markah)

2. Nyatakan kelemahan sistem penyimpanan fail secara konvensional berbanding dengan
sistem berkomputer
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 markah)

3. Nyatakan perbezaan evolusi pengurusan data dengan melengkapkan jadual di bawah.

Bil Evolusi Perbezaan

i. Pemproses manual

69

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

Sistem Pemprosesan
Fail

ii. Sistem Pangkalan
Data

(3 markah)
4. Berikan definisi bagi setiap istilah berikut:

a) Integriti Data
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

b) Ketekalan Data
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

c) Kelewahan Data
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(3 markah)

5. Nyatakan peraturan yang perlu dipatuhi supaya integriti data dapat di capai
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(3 markah)

70

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

6. Nyatakan 2 kepentingan ketekalan data
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 markah)

7. Nyatakan tujuan untuk mengelakkan berlakunya kelewahan data.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 markah)

8. Nyatakan 4 model pangkalan data
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(4 markah)

71

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

9. Rajah di bawah menunjukkan model pangkalan data hierarki bagi sebuah bahagian di
university. Legkapkan jadual di bawah dengan menyenaraikan entity dan atribut bagi
pangkalan data tersebut.

Bil Entiti Atribut
1 (4 markah)
2
3
4
5
6
7
8
9

72

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

10. Bina rajah model pangkalan data rangkaian dengan menggunakan nama-nama yang
diberikan. Tulis jawapan anda pada rajah di bawah.

Syarikat Jabatan Staf

Pelanggan Barang stok

(4 markah)

11. Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat yang dberikan untuk membina
jadualpangkalan data hibungan PELAJAR [Nama, No_Pend, dan Kelas. Lengkapkan
bersama 3 rekod]

(3 markah)

12 Berikan definisi bagi setiap istilah berikut:
a) Entiti
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(1 markah)
b) Atribut
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
73

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

(1 markah)
c) Set Hubungan

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

(1 markah)
d) Kekardinalan

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

(1 markah)
13. Lengkapkan jadual di bawah dengan menyenaraikan atribut yang sesuai bagi entiti

Pensyarah.

(4 markah)

14.. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis gambar rajah set hubungan yang bersesuaian.
- Suhaimi beli kereta Myvi.
- Suhaili beli kereta Viva.
- Suhaina bli kereta ALza.

(3 markah)

74

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

15. Berikut adalah jadual berkenaaan jenis kebergantungan fungsi dalam pangkalan data.

Kebergantungan fungsi sepenuh X

Kebergantungan fungsi separa Y

Kebergantungan fungsi transitif Z

Pilih huruf X, Y atau Z untuk pernyataan di bawah

i. Berlaku apabila atribut-atribut bergantung kepada salah satu
daripada atribut kunci dalam jadual.

ii. Berlaku apabila atribut-atribut bergantung sepenuhnya kepada
kesemua atribut kunci dalam jadual.

(2 markah)

16.
KERETA, MOTOSIKAL, BASIKAL, VAN, BAS

Rajah di atas menunjukkan sampel data. Lengkapkan rajah hubungan dibawah.

Nyatakan (2 markah)
i. X = ______________________________
ii. Y = ______________________________

75

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

17. Rajah di bawah menunjukkan satu objek pangkalan data.

Nyatakan :
X : _________________________________________________________________
Y : _________________________________________________________________
Z : _________________________________________________________________

(3 markah)
18 Berikut adalah rekod nombor pendaftaran pelajar.

i. Nyatakan kesilapan kualiti data yang berlaku dalam rajah di atas.
76

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

______________________________________________________________
(1 markah)

ii. Berdasarkan (i), jelaskan jawapan anda?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)

19. Rajah di bawah adalah hubungan antara dua jadual dalam pangkalan data

Berdasarkan Rajah, nyatakan jenis atribut kunci
i. P :
______________________________________________________________
ii. Q :
_____________________________________________________________
(2 markah)

77

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

20 Jadual di bawah adalah sampel data berkaitan jenis sukan yang didaftarkan

Berdasarkan Jadual, kenalpasti
a) Peringkat penormalan
______________________________________________________________
(1 markah)
b) Berikan justifikasi bagi jawapan di atas
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)

21. Rajah di bawah menunjukkan rajah perhubungan entiti (ERD) bagi sistem perniagaan
di sebuah kedai emas.

78

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

Berdasarkan Rajah, nyatakan atribut yang sesuai dijadikan
a) kunci primer dalam entiti BAYARAN : _____________________
b) kunci primer dalam entiti EMAS : _____________________
c) kunci asing : _____________________
(3 markah)

22. Rajah di bawah merujuk kepada sebuah pangkalan data. Berdasarkan pangkalan
data di atas,

Berdasarkan Rajah di atas,
i. Nyatakan nama Jadual yang mempunyai Kunci Asing
______________________________________________________________
(1 markah)
ii. Jelaskan tujuan mewujudkan kunci asing dalam sebuah pangkalan data.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(1 markah)

79

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

23. Rajah di bawah menunjukkan carta Model Pangkalan Data.

Nyatakan

i. Model X : ______________________________
ii. Model Y : ______________________________

(2 markah)

24. Rajah di bawah menunjukkan Gambar Rajah Perhubungan Entiti (ERD) untuk sebuah
pangkalan data hubungan.

Nyatakan tiga ciri hubungan antara entiti dari segi kekardinalan
80

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

i. _________________________________________________________
ii. _________________________________________________________
iii. _________________________________________________________

(3 markah)

BAHAGIAN B

1. Anda di tugaskan untuk membina sistem pengkalan data untuk sebuah syarikat yang
menjual peralatan komputer iaitu Syarikat CompuMedia Sdn. Bhd. Sistem ini dapat
merekod maklumat inventori semasa di syarikat berkenaan dan mampu membantu
syarikat mencapai dan menyimpan data inventori pelbagai jenis peralatan komputer
dengan cepat dan pantas.

Berikut ialah sebahagian senarai inventori yang tersimpan didalam stok semasa.

Lukiskan gambarajah perhubungan entiti (ERD). Tunjukkan

i. Nama dua entiti
ii. Namakan hubungan diantara dua entiti
iii. Atribut-atribut bagi setiap entiti
iv. Kunci primer
v. Kekardinalan dan berikan justifikasinya

(15 markah)

81

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

2. Baca situasi di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

a) Sebelum menghasilkan pangkalan data untuk system tersebut, Encik Othman
perlu mereka bentuk Rajah Hubungan Entiti (ERD) dan membuat penormalan
terhadap ERD tersebut. Jelaskan 2 tujuan proses penormalan dilakukan.
i. ________________________________________________________
________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
________________________________________________________
(2 markah)

b) Berdasarkan rajah di atas, nyatakan peringkat penormalan yang telah
dilakukan. Berikan justifikasi anda.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)

c) Apakah yang dimaksudkan dengan kebergantungan fungsi transitif?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(2 markah)

82

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

d) Lukis rajah kebergantungan fungsi transitif bagi attribut yang terlibat.

(3 markah)
e) Hasilkan proses penormalan peringkat ke tiga (3NF) bagi rajah di atas. (tulis

jawapan dalam bentuk skema hubungan).
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

(6 markah)

83

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

3. Rajah di bawah adalah berkaitan Skema Hubungan bagi Sistem Pendaftaran Subjek
Pelajar.

Berdasarkan skema hubungan tersebut, bina gambarajah ERD yang sepadan.

(15 markah)
4. Jadual di bawah menunjukkan rekod temu janji rawatan bagi Hospital QRS.

Kepakaran doktor dilabelkan berdasarkan unit penempatannya.

84

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

Berdasarkan Jadual di atas,
a) Tukarkan Jadual sehingga dalam bentuk penormalan ketiga (3NF) dengan

menulis skema hubungan bagi setiap bentuk penormalan dalam bentuk
pernyataan teks.
1NF

2NF

3NF

(7 markah)

85

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

b) lukis Rajah Perhubungan Entiti (ERD) setelah proses penormalan sehingga
3NF dijalankan. Nyatakan kekardinalan pada Rajah Perhubungan Entiti (ERD)
tersebut.

(8 markah)
5. Berikut merupakan jadual pinjaman buku di Pusat Sumber SMK Maju Jaya.

a) Nyatakan tiga tujuan penormalan.
i. _______________________________________________________
ii. _______________________________________________________
iii. ________________________________________________________
(3 markah)

86

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

b) Tuliskan skema hubungan yang lengkap dan lukis semula jadual di atas pada
proses penormalan 3NF.

(12 markah)

87

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

6. Rajah di bawah menunjukkan satu dokumen borang pesanan.

a) Hasilkan skema hubungan sehingga bentuk 3NF.
1NF

88

2NF MODUL MAS SAINS KOMPUTER
3NF
(15 markah)

89

BAB 3

INTERAKSI MANUSIA
DAN KOMPUTER

3.1 REKA BENTUK
INTERAKSI
3.2 PAPARAN DAN REKA
BENTUK SKRIN

"KEEP CALM & STUDY
SMART (HARD)"

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

BAB 3 : INTERAKSI MANUSIA DAN
KOMPUTER

3.1
REKA BENTUK INTERAKSI

Merupakan satu aspek penting dan perlu
dititikberatkan semasa membangunkan

produk atau aplikasi
Reka bentuk yang menarik dan mudah
digunakan akan membuatkan pengguna

selesa dan seronok menggunakan produk
tersebut

REKA BENTUK = susun atur teks, gambar,
butang dan menu dalam sesuatu produk

INTERAKSI = tindakan manusia semasa
menggunakan produk tersebut

REKA BENTUK INTERAKSI = membenarkan
pengguna untuk berkomunikasi dan

berinteraksi dengan produk atau aplikasi

90

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

PRINSIP REKA BENTUK INTERAKSI

PRINSIP KETERANGAN

KONSISTENSI  Semua elemen perlu kekal pada kedudukan yang sama supaya
pengguna akan berasa selesa semasa menggunakan aplikasi.

 Jika dialihkan maka fokus pengguna akan terganggu.
 Reka bentuk perlu konsisten dari segi persembahan dan fungsi

pada semua antara muka.

KOBOLEHAN  Penunjuk atau butang interaksi perlulah mudah dikenal pasti.
MEMBUAT  Pengalaman terbaik pengguna adalah apabila pengguna boleh
PEMERHATIAN
menggunakan aplikasi dengan selesa dan tanpa ragu-ragu.

BOLEH  Reka bentuk interaksi sepatutnya mudah dipelajari dan
DIPELAJARI diingati.

KEBOLEHAN  Reka bentuk interaksi yang baik dan berkesan dapat
UNTUK membuatkan pengguna membuat jangkaan perkara yang akan
berlaku dalam aliran proses aplikasi tersebut sebelum
MENJANGKA pengguna menggunakan aplikasi tersebut.

MAKUM BALAS  Maklum balas boleh memberikan gambaran sebenar reka
bentuk interaksi dan maklumat mengenai hasil reka bentuk
interaksi tersebut.

 Pereka bentuk menggunakan maklum balas untuk melakukan
penambahbaikan pada reka bentuk interaksi yang telah
dihasilkan.

 Sediakan maklum balas sekiranya pengguna memerlukannya.
 Kegagalan untuk memberi maklum balas boleh menyebabkan

proses pengulangan yang tidak sepatutnya terhadap sebarang
tindakkan, kesalahan dan ralat.

KEBOLEHAN BOLEH
MEMBUAT DIPELAJARI
PEMERHTIAN

KONSISTENSI

KEBOLEHAN MAKLUM
UNTUK BALAS

MENJANGKA

91

MODUL MAS SAINS KOMPUTER

3.1.1 KEPERLUAN INTERAKSI ANTARA MANUSIA
DAN KOMPUTER

Mendapat
permintan dalam

pasaran

Pengkomputeran Meningkatkan
sosial produktiviti

SEBAB INTERAKSI
ANTRA MANUSIA
DENGAN KOMPUTER

DIPERLUKAN

Mengembangkan Mengurangkan
aktiviti dan kos selepas jualan

menambahkan
pengalaman
manusia

Mengurangkan
kos pembangunan

92


Click to View FlipBook Version