The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis_Panduan_Aktiviti_PPADNI_untuk_JPN_PPD_Tahun_2020_versi_murid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD KHAIRIL ELMEE BIN CHE RAMLEE Moe, 2020-07-20 00:10:27

panduan program adni

Garis_Panduan_Aktiviti_PPADNI_untuk_JPN_PPD_Tahun_2020_versi_murid

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN AKTIVITI PERTANDINGAN

PROGRAM ADAB DAN NILAI
SECARA DALAM TALIAN
BAGI SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2020

UNTUK EDARAN KE SEKOLAH

Disediakan oleh
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
 

 V5 Jun 2020 

KANDUNGAN
Garis Panduan Pertandingan

1. Tarannum Siber……………………………………………………………….1
2. Khat Siber……………………………………………………………………. .5
3. e-Daie Cilik…………………………………………………………………....11
4. e-Kalam ‘Arabiy………………………………………………………………15
5. e-Hafazan Al-Quran Sekolah Rendah dan Menengah ………………… 20
6. e-Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Kerohanian………………………..31
7. Daie Siber………………………………………………………………….....37
8. e-Kalimatus Sobah……………………………………………………….....41
9. e-Pertandingan Qiraatus Sab’ie Bit Tarannum………………………......46
10. e-Pertandingan Tahfiz Al-Quran (Kategori 1-20 Juzuk & 1-30 Juzuk)…55
11. e-Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan dan

Syair Bertemakan Adab & Nilai ……………………………………………64

12. e-Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan dan Syair
Bertemakan Adab & Nilai (Kategori Pegawai dan Guru Peringkat KPM)….70

Acara Murid Berkeperluan Khas
13. e-Tarannum Pendidikan Khas Sekolah Rendah Menengah……………….77
14. e-Hafazan Al-Quran Pendidikan Khas Sekolah Rendah Menengah………82
15. e-Bercerita Pendidikan Khas Sekolah Rendah (Muslim sahaja) …………93
16. e-Syarahan Pendidikan Khas Sekolah Menengah (Muslim sahaja) ……..98
17. Nyanyian solo lagu dakwah kategori terbuka (Muslim sahaja)……………103
18. e-Deklamasi Sajak Nilai Murni Pendidikan Khas (Bukan Muslim sahaja) 109

 
ii 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
 

 V5 Jun 2020 

SENARAI PERTANDINGAN

1. Berikut adalah senarai acara pertandingan yang ditawarkan secara dalam
talian bagi tahun 2020:

Acara Sekolah Rendah Acara Sekolah Menengah
1. Tarannum Siber
2. Khat Siber 1. Tarannum Siber
3. e-Daie Cilik
4. e-Kalam ‘Arabiy 2. Khat Siber
5. e-Hafazan Al-Quran
6. e-Pertandingan Nyanyian Solo 3. Daie Siber

Lagu Kerohanian 4. e-Kalimatus Sobah

5. e-Hafazan Al-Quran

6. e-Pertandingan Nyanyian Solo Lagu
Kerohanian

7. e-Pertandingan Deklamasi Sajak
Kemerdekaan

8. e-Pertandingan Deklamasi Syair
Adab dan Nilai

9. e-Pertandingan Qiraatus Sab’ie Bit
Tarannum

10. e-Pertandingan Tahfiz Al-Quran

2. Bagi sekolah rendah, kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

Acara Sekolah Rendah Lelaki Kategori
1. Tarannum Siber Lelaki Perempuan
2. Khat Siber Lelaki Perempuan
3. e-Daie Cilik Lelaki Perempuan
4. e-Kalam ‘Arabiy Lelaki Perempuan
5. e-Hafazan Al-Quran Perempuan
6. e-Pertandingan Nyanyian Solo
Terbuka Sekolah Rendah
Lagu Kerohanian

 
iii 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
 

 V5 Jun 2020 

3. Manakala bagi sekolah menengah, kategori yang dipertandingkan adalah
seperti berikut:

Acara Sekolah Menengah Kategori

1. Tarannum Siber Lelaki Perempuan

2. Khat Siber Lelaki Perempuan

3. Daie Siber Lelaki Perempuan

4. e-Kalimatus Sobah Menengah Atas

5. e-Hafazan Al-Quran Lelaki Perempuan

6. e-Pertandingan Nyanyian Solo Terbuka Sekolah Menengah
Lagu Kerohanian
Terbuka Sekolah Menengah
7. e-Pertandingan Deklamasi Sajak
Kemerdekaan Terbuka Sekolah Menengah

8. e-Pertandingan Deklamasi Syair Menengah Rendah Menengah Atas
Adab dan Nilai
1. Juzuk 1-20
9. e-Pertandingan Qiraatus Sab’ie Bit 2. Juzuk 1-30
Tarannum

10. e-Pertandingan Tahfiz Al-Quran
(Terbuka)

4. Kategori penyertaan peserta adalah berdasarkan kelas yang didaftarkan pada
tahun 2020.

5. Bagi guru di sekolah dan pegawai di PPD, JPN, KPM pula satu acara telah
ditawarkan iaitu e-Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan.

 
iv 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN
PERTANDINGAN TARANNUM SIBER (DALAM TALIAN)
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

PENGENALAN

1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai yang
berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020. Garis panduan ini
hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2. Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan adab
dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

3. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi bidang seni
tarannum Al-Quran secara dalam talian.

TERMA DAN SYARAT

4. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua murid Islam sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 yang mempunyai
peralatan rakaman video dan capaian internet.

5. Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:

Kategori Kelas Ayat Al-Quran
1. Sekolah Rendah - Lelaki Tahun 1- 6
2. Sekolah Rendah - Perempuan Tahun 1- 6 An-Nisa’ : 44
3. Sekolah Menengah - Lelaki Tingkatan 1 – 6 Al-Maidah : 6
4. Sekolah Menengah - Perempuan Tingkatan 1 – 6 Al-Isra’ : 70

Taha : 15
Al-Anbiya’ : 1

Al-Baqarah : 238
Al-‘Araf : 58
Al-Furqan : 1
Ar-Rum : 17
Al-Ahzab : 59

Al-Baqarah : 158
Ali-Imran : 33
Al-Hajj : 38
Al-Furqan : 61
As-Syura : 27

Ali-Imran : 181
An-Nisa’ : 49
Al-Maidah : 27
Maryam : 16

Saba’ : 10


 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja kepada urus
setia di peringkat sekolah masing-masing. Hanya seorang peserta sahaja bagi setiap
kategori yang akan dicalonkan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Begitu juga
seorang peserta daerah ke peringkat negeri dan peserta negeri ke peringkat
kebangsaan.

7. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/media
sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.

8. Semua rakaman penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak
milik Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak penganjur
berhak menggunakan rakaman video tersebut dalam apa jua bentuk tujuan.

9. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang
tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

10. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil
hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum,
semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

11. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item berikut:

11.1. acara;
11.2. kategori;
11.3. nama penuh;
11.4. nombor kad pengenalan;
11.5. jantina;
11.6. agama;
11.7. nama kelas;
11.8. nama sekolah;
11.9. nama daerah;
11.10. nama negeri;
11.11. e-mel untuk dihubungi;
11.12. nombor telefon untuk dihubungi; dan
11.13. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan

(attachment).

12. Rakaman video persembahan tarannum (paparan meliputi keseluruhan tubuh badan)
dalam format mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi 7
minit tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke youtube (tetapan unlisted)
seterusnya melengkapkan borang pendaftaran menggunakan aplikasi google form
(pautan rakaman video di youtube diperlukan) yang disediakan oleh urus setia.

13. Peserta dilarang menyunting audio dan video bagi mengekalkan keaslian
persembahan murid.


 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

14. Penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara yang
terbaik.

15. Pakaian hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan tanpa tanda pengenalan
sekolah, daerah atau negeri.

16. Borang penyertaan haruslah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan mengikut
ketetapan berikut:

Pelaksanaan Urus setia Tarikh penyertaan
1. Peringkat Daerah
2. Peringkat Negeri Unit Pendidikan Islam PPD 1 hingga 31 Julai 2020
3. Peringkat Kebangsaan
Unit Adab dan Nilai JPN 1 hingga 31 Ogos 2020

Cawangan Pembangunan Adab 1 hingga 30 September 2020
dan Nilai, BPI KPM

PENILAIAN JURI

17. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:
17.1. Tajwid (40 markah)
17.2. Tarannum (25 markah) minima 3 lagu tarannum
17.3. Fasohah (20 markah)
17.4. Suara (15 markah)

18. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

19. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan panggilan telefon oleh urus setia
seperti berikut:

Peringkat Urus setia
1. Daerah Urus setia di Pejabat Pendidikan Daerah
2. Negeri Urus setia di Jabatan Pendidikan Negeri
3. Kebangsaan Urus setia di Kementerian Pendidikan Malaysia

20. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan oleh
pihak penganjur kelak.

21. Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia selepas
dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta dianggap tidak berjaya.

HADIAH PEMENANG

22. Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang (johan, naib johan dan
ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.


 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN SENI TARANNUM SIBER (DALAM TALIAN)
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

Nama peserta: daerah / negeri / kebangsaan
Kategori:
Pertandingan peringkat:
Ayat Al-Quran:
Tarikh penjurian:

Tajwid Tarannum Fasohah Suara
40 markah 25 markah 20 markah 15 markah

1. Keseluruhan hukum 2. Minima 3 lagu tarannum 4. Makhraj dan sifat 6. Kemerduan
suara
tajwid huruf

3. Setiap tarannum

disempurnakan secara 5. Waqaf dan ibtida’

teratur minima 4 harakat

tanpa takrir

Markah Markah Markah
diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah 4 
Nama Juri
Tandatangan

 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN
PERTANDINGAN SENI KHAT SIBER (DALAM TALIAN)
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

PENGENALAN

1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai yang
berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020. Garis panduan ini
hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2. Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan adab
dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

3. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi bidang seni tulisan
khat secara dalam talian.

TERMA DAN SYARAT

4. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua murid Islam sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 yang mempunyai
peralatan rakaman video dan capaian internet.

5. Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:

Kategori Kelas Jenis Khat Saiz Kertas
1. Sekolah Rendah - Lelaki Tahun 4-6 Nasakh & Req’ah A3
2. Sekolah Rendah - Perempuan Tahun 4-6 Nasakh & Req’ah A3
3. Sekolah Menengah - Lelaki Tingkatan 1 - 6 Thuluth & Nasakh A3
4. Sekolah Menengah - Perempuan Tingkatan 1 - 6 Thuluth & Nasakh A3

6. Ayat untuk kategori sekolah rendah lelaki dan perempuan:

‫ِﺤ ْﺴ ِﻦ اﻟ َﺨﻂ ﻓَﺈﻧﱠﻪُ ِﻣ ْﻦ َﻣَﻔﺎﺗِْﻴ ِﺢ اﻟِّﺮْزق‬Khat  ‫َﻋﻠَْﻴ ُﮑ ْﻢ‬
ُ ‫ﺑ‬Nasakh 
Khat  ïÓ‹‰@ï®ì×@éÛa…a@ða@sçìšËì@L‫@ﺧﻂ‬éÜíŠuýÏ@
Req’ah 

7. Ayat untuk kategori sekolah menengah lelaki dan perempuan:

Khat  ‫وﻟَﻻَِﻜ ﺗُْﻦْﻜاَﺜِْْﻛﺮﺜِْﺮِﻣ َِﻦﻣ اﻦﻟ اﻟﱠﺸ َْﺤﻜَْﻮﻤ ُﺪى ﺗَﻓَـﺄْﻴَﺗِﺄْﻴﺗِْﻴَﻚَﻚاﻟاﻟﱠﺴَﻬَﻌّﺎﻢَدة‬
Thuluth 


 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Khat  éí†@å×a@ìßb×@ðb‚ã@êìÜÌß@Õqbi@ìßb×@åËbu@
Nasakh 
@bî™bèi@å×a@ìßb×@ðb‚ã@åçìm@ïuì¾@éÜäØÔqbiŠÏ@¿bnm

8. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja kepada urus
setia di peringkat sekolah masing-masing. Hanya seorang peserta sahaja bagi setiap
kategori yang akan dicalonkan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Begitu juga
seorang peserta daerah ke peringkat negeri dan peserta negeri ke peringkat
kebangsaan.

9. Semua karya penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/media
sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.

10. Semua karya dan rakaman video penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur
akan menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pihak penganjur berhak menggunakan karya dan rakaman video tersebut
dalam apa jua bentuk tujuan.

11. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang
tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

12. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil
hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum,
semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

13. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item berikut:

13.1. acara;
13.2. kategori;
13.3. nama penuh;
13.4. nombor kad pengenalan;
13.5. jantina;
13.6. agama;
13.7. nama kelas;
13.8. nama sekolah;
13.9. nama daerah;
13.10. nama negeri;
13.11. e-mel untuk dihubungi;
13.12. nombor telefon untuk dihubungi; dan
13.13. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan

(attachment).

14. Rakaman time-lapse yang meliputi sebahagian besar penulisan karya (tulisan sahaja)
dalam format mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti hendaklah
dimuatnaik ke youtube (tetapan unlisted) seterusnya melengkapkan borang
pendaftaran melalui aplikasi google form (pautan rakaman video di youtube
diperlukan) yang disediakan oleh urus setia.


 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

15. Rakaman ini adalah penting bagi membuktikan kejujuran dan keaslian karya murid.

16. Pakaian hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan tanpa tanda pengenalan
sekolah, daerah atau negeri.

17. Borang penyertaan haruslah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan mengikut
ketetapan berikut:

Pelaksanaan Urus setia Tarikh penyertaan
1. Peringkat Daerah
2. Peringkat Negeri Unit Pendidikan Islam PPD 1 hingga 31 Julai 2020
3. Peringkat Kebangsaan
Unit Adab dan Nilai JPN 1 hingga 31 Ogos 2020

Cawangan Pembangunan Adab 1 hingga 30 September 2020
dan Nilai, BPI KPM

PENILAIAN JURI

18. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:
18.1. Kaedah dan keaslian tulisan (75 markah)
18.2. Susunan dan kreativiti (15 markah)
18.3. Hiasan dan kekemasan (10 markah)

19. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

20. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan panggilan telefon oleh urus setia
seperti berikut:

Peringkat Urus setia
1. Daerah Urus setia di Pejabat Pendidikan Daerah
2. Negeri Urus setia di Jabatan Pendidikan Negeri
3. Kebangsaan Urus setia di Kementerian Pendidikan Malaysia

21. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan oleh
pihak penganjur kelak.

22. Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia selepas
dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta dianggap tidak berjaya.

HADIAH PEMENANG

23. Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang (johan, naib johan dan
ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.

Disediakan oleh
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia


 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN SENI KHAT SIBER (DALAM TALIAN)
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

Nama peserta: daerah / negeri / kebangsaan
Kategori: ada / tiada
Pertandingan peringkat:
Rakaman Video Timelapse:
Tarikh penjurian:

Kaedah dan keaslian tulisan Susunan dan kreativiti Hiasan dan kekemasan
75 markah 15 markah 10 markah

1. Kaedah khat (60 markah) 3. Susunan dan kreativiti 4. Corak Hiasan (5 markah)

 Menepati kaedah khat yang  Rekabentuk karya  Motif zukhruf Islamiah

ditetapkan  Susunan atur huruf (hiasan tepi) sahaja

 Kekuatan bentuk huruf  Keseragaman huruf dan  Motif tumbuhan dan

 Sambungan huruf kedudukan baris geometri digalakkan

 Keseimbangan susunan karya

2. Ejaan (Perkataan, Huruf, titik 5. Kebersihan Karya (5 markah)

dan baris) (15 markah)  Kesan dakwat yang

 Tertinggal perkataan ditolak berlebihan
10-15 markah  Kesan lakaran pensil

 Tertinggal dan tertambah huruf  Kesan pembetulan

ditolak 5-10 markah

 Tertinggal dan tertambah titik

ditolak 1-5 markah

 Tersilap baris ditolak 1-5

markah

Markah Markah Markah
diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah
Nama Juri
Tandatangan


 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

PERTANDINGAN SENI KHAT SIBER (DALAM TALIAN)
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

PERAKUAN KEASLIAN KARYA

Saya (............................................................……………………............................) bernombor kad pengenalan

(.......................................................................) dengan ini mengakui bahawa:

1. Semua butiran diri yang diberikan adalah benar.
2. Karya yang dihantar adalah hasil tulisan saya sendiri sepenuhnya.
3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap karya yang dihantar.
4. Bersetuju bahawa hasil karya ini akan menjadi milik penganjur untuk disunting dicetak dan diterbitkan.

Tandatangan : ...............................................… Pengesahan Guru Besar/Pengetua
Tandatangan : ..........................................
Nama : .................................................. Cop jawatan :

No. Kad

Pengenalan : ...................................................

Untuk rekod Urus setia

 

Tarikh Terima  :............................................. 

Nama penerima  :............................................. 

 


 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN
PERTANDINGAN e-DAIE CILIK (DALAM TALIAN)
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

PENGENALAN

1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai yang
berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020. Garis panduan ini
hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2. Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan adab
dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

3. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi bidang
pengucapan awam berunsur dakwah dalam Bahasa Melayu secara dalam talian.
Penyampaian yang santai, kreatif dan menarik perhatian penonton merupakan ciri
utama yang perlu diketengahkan dalam pertandingan ini.

TERMA DAN SYARAT

4. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua murid Islam sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 yang mempunyai
peralatan rakaman video dan capaian internet.

5. Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:

Kategori Kelas Masa
1. Sekolah Rendah - Lelaki  Tahun 4 - 6 5 minit
2. Sekolah Rendah - Perempuan  Tahun 4 - 6 5 minit

6. Tema tazkirah adalah seperti berikut:

Bil Bidang Fokus Tema
1 Aqidah Iman Rukun Iman
2 Ibadah Ketaatan Rukun Islam
3 Adab Dan Akhlak Nilai Murni Sifat Mahmudah

7. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja kepada urus
setia di peringkat sekolah masing-masing. Hanya seorang peserta sahaja bagi setiap
kategori yang akan dicalonkan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Begitu juga
seorang peserta daerah ke peringkat negeri dan peserta negeri ke peringkat
kebangsaan.

8. Semua rakaman tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/media sosial/blog
sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.

11 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Semua rakaman yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak milik
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak penganjur
berhak menggunakan rakaman video tersebut dalam apa jua bentuk tujuan.

10. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang
tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

11. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil
hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum,
semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

12. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item berikut:

12.1. acara;
12.2. kategori;
12.3. nama penuh;
12.4. nombor kad pengenalan;
12.5. jantina;
12.6. agama;
12.7. nama kelas;
12.8. nama sekolah;
12.9. nama daerah;
12.10. nama negeri;
12.11. e-mel untuk dihubungi;
12.12. nombor telefon untuk dihubungi; dan
12.13. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan

(attachment).

13. Rakaman video persembahan tarannum (paparan meliputi keseluruhan tubuh badan)
dalam format mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi 5
minit tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke youtube (tetapan unlisted)
seterusnya melengkapkan borang pendaftaran menggunakan aplikasi google form
(pautan rakaman video di youtube diperlukan) yang disediakan oleh urus setia.

14. Peserta dilarang menyunting audio dan video. Penggunaan mikrofon sangat
digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.

15. Pakaian hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan tanpa tanda pengenalan
sekolah, daerah atau negeri.

16. Borang penyertaan haruslah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan mengikut
ketetapan berikut:

Pelaksanaan Urus setia Tarikh penyertaan

1. Peringkat Daerah Unit Pendidikan Islam PPD dari 1 hingga 31 Julai 2020

2. Peringkat Negeri Unit Adab dan Nilai JPN dari 1 hingga 31 Ogos 2020

3. Peringkat Kebangsaan Cawangan Pembangunan Adab dari 1 hingga 30 September 2020
dan Nilai, BPI KPM

12 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENILAIAN JURI

17. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

17.1. Bahagian Persembahan dan Penyampaian : 100 Markah
17.2. Bahagian isi dan Bahasa : 100 Markah

18. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

19. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan panggilan telefon oleh urus setia
seperti berikut:

Peringkat Urus setia
1. Daerah Urus setia di Pejabat Pendidikan Daerah
2. Negeri Urus setia di Jabatan Pendidikan Negeri
3. Kebangsaan Urus setia di Kementerian Pendidikan Malaysia

20. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan oleh
pihak penganjur kelak.

21. Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia selepas
dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta dianggap tidak berjaya.

HADIAH PEMENANG

22. Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang (johan, naib johan dan
ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.

Disediakan oleh
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

13 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kemente
 

 

BORANG PEMARKA  H 

   
Nombor Giliran Peserta:
Tempat: Kategori Peserta :          Lelaki 

   Tema:                                                        

 
 
 
 
BAHAGIAN PENYAMPAIAN  BAHAGIAN PERSEMBAHAN  
 
 
 
1 Kelancaran penyampaian     A. Gaya/Persembahan  
 
 
 
1 Berpakaian mengikut syarat  
2 Kesesuaian nada dan intonasi suara    
 
 
2 Kesesuaian gaya dan persembahan    
3 Kepelbagaian memek muka    
 
Kreativiti  
 
 
4 Penghayatan penyampaian    
3 Variasi teknik persembahan (minimu   
5 Penyampauan yang menyakinkan    
 
4 Kesinambungan penyampaian idea  
 
 
 
 
5 Persembahan yang menarik  
 
 
men 
6 Kemampuan menarik penonton   
 
 

Hubungan dengan penonton (rappor    t
 
7 Salam dan hamdalah.  
 
 
 
 
8 Menarik perhatian penonton  
 
 
 
 
9 Hubungan mata dengan penonton  
 
 
 
10 Menyapa penonton (minimum 2 ben   t
 
 
11 Sebutan jelas  
 
 

Nama Juri Kawalan pentas dan gerakan tubuh
Tandatangan
12 Kawalan pentas

13 Gerakan tubuh sesuai

14 Gerakan anggota tidak terlalu kaku

15 Persembahan beradab

MARKAH  @ @200 / 200 @@ @DMIPEARROKLAEHH  I @@
PENUH
1

 

erian Pendidikan Malaysia 

H  AN e-DAIE CILIK Pertandingan peringkat:

1) PPD : ______________
2) JPN : ______________
3) Kebangsaan

 

              Perempuan Tarikh:

     Tajuk:

 

  BAHAGIAN ISI

  1 kisah teladan/contoh/pengalaman/isu
semasa/analogi
   
2 fakta/data/sirah
um 2 teknik)    
  3 Dalil naqli (al-quran atau hadis)  
 
  4 Sumber dalil naqli

  5 Terjemahan dalil naqli
njiwai persembahan  
t)   6 kupasan dalil naqli

7 Pengajaran/ibrah

8 Kefahaman tajuk

 

 

tuk sapaan)   BAHAGIAN BAHASA
 
1 Bahasa yang jelas dan mudah difahami

  2 Bahasa yang digunakan sesuai,tepat
 
dengan isi persembahan
  
  3 Sebutan yang fasih semasa membaca Al-
 
  Quran /hadis dan perkataan-perkataan
 
Bahasa Arab.
  
  4 Membaca ayat Al-Quran dengan tajwid yang
 
  betul
 
5 Membaca Istiazah/basmalah sebelum
  
  membaca ayat al-quran  
   
   
 
    
   
   
   
   
 
    
   
   
   
   
 
 
 
 

14 

 
 
  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

GARIS PANDUAN DAN SYARAT
PERTANDINGAN e-KALAM ‘ARABIY SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

PENGENALAN

1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai yang
berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020. Garis panduan ini
hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2. Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan
adab dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

3. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid selain meningkatkan
keyakinan diri murid melalui persembahan mereka dalam berbicara dengan
menggunakan medium Bahasa Arab.

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

4. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua murid sekolah rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020.

5. Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu:

Kategori Kelas

1. Sekolah Rendah - Lelaki Tahun 1- 6

2. Sekolah Rendah - Perempuan Tahun 1- 6

 

6. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu rakaman sahaja kepada urus setia

di peringkat sekolah masing-masing. Hanya seorang peserta sahaja bagi setiap

kategori yang akan dicalonkan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Begitu juga

seorang peserta wakil daerah ke peringkat negeri dan peserta negeri ke peringkat

kebangsaan.

7. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/ media
sosial/ blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.

8. Semua rakaman penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak
milik Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak
penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut dalam apa jua bentuk
tujuan.

9. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang
tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

15 
 

 
 
  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

10. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil
hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum,
semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

11. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item berikut:

11.1. acara;
11.2. kategori;
11.3. nama penuh;
11.4. nombor kad pengenalan;
11.5. jantina;
11.6. agama;
11.7. nama kelas;
11.8. nama sekolah;
11.9. nama daerah;
11.10. nama negeri;
11.11. e-mel untuk dihubungi;
11.12. nombor telefon untuk dihubungi;
11.13. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan

(attachment); dan
11.14. dokumen teks kalam ‘arabiy.

12. Rakaman video persembahan tarannum (paparan meliputi keseluruhan tubuh badan)
dalam format mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi 7
minit tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke youtube (tetapan unlisted)
seterusnya melengkapkan borang pendaftaran menggunakan aplikasi google form
(pautan rakaman video di youtube diperlukan) yang disediakan oleh urus setia.

13. Peserta dilarang menyunting audio dan video bagi mengekalkan keaslian
persembahan murid.

14. Penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara yang
terbaik.

15. Borang penyertaan haruslah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan bermula
pada tarikh seperti berikut :

PERINGKAT TARIKH
Daerah 1 hingga 31 Julai 2020
Negeri 1 hingga 31 Ogos 2020
Kebangsaan 1 hingga 30 September 2020

16 
 

 
 
  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

PAKAIAN PESERTA

16. Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian dengan tema.

17. Semua peserta tidak dibenarkan memakai sebarang tanda pengenalan sekolah,
daerah atau negeri.

TAJUK PERSEMBAHAN

18. Peserta hendaklah memilih salah-satu daripada tema-tema berikut:

Bil Tema Sukatan

1 ‫( وﺳﺎﺋﻞ اﻟﻨﻘﻞ ﻓﻲ ﻣﺎﻟﻴﺰي‬Pengangkutan di Malaysia) Tahun 6

2 ‫( اﻵﻣﺎل واﻟﻤﻬﻦ‬Cita-cita) Tahun 5

3 ‫( اﻷﺷﺨﺎص ﻓﻲ اﻟﻤﺪرﺳﺔ‬Individu-individu di Sekolah) Tahun 4

4 ‫( اﻟﻤﻼﺑﺲ‬Pakaian) Tahun 3

5 ‫( أدوات اﻟﺪراﺳﻴﺔ‬Alatan pembelajaran) Tahun 2

19. Satu salinan teks persembahan tersebut hendaklah diserahkan kepada urus setia
pertandingan melalui e-mel.

CARA PENYAMPAIAN

20. Perkara yang dibenar dan tidak dibenar dalam penyampaian adalah seperti berikut:

20.1 Peserta dibenarkan untuk menggunakan syair/ gurindam/ pantun/ sajak/
nasyid (ala padang pasir atau kontemporari).

20.2 Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat sokongan.
20.3 Peserta tidak dibenarkan mendapat sebarang tunjuk ajar atau bantuan

dalam bentuk isyarat atau apa medium sekalipun semasa persembahan.

21. Setiap persembahan hendaklah mengandungi:

21.1 Lafaz salam dan salutasi.
21.2 Menyebutkan tajuk bicara.
21.3 Isi yang sempurna huraiannya yang mengandungi:
i) Pengenalan
ii) Isi kandungan
iii) Penutup

17 
 

 
 
  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

22. Peserta tidak boleh menggunakan bahasa yang kesat, kasar atau tidak sopan
seperti mencaci, kata lucah, celaan yang melampau atau perbuatan yang kurang
sopan.

PENILAIAN JURI

23. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

23.1. Penyampaian (44 markah)
23.2. Isi (32 markah)
23.3. Bahasa (24 markah)

24. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

25. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel atau panggilan telefon urus setia
berikut:

PERINGKAT URUS SETIA
Daerah Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Jabatan Pendidikan Negeri
Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia

26. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan oleh
pihak penganjur kelak.

27. Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia daerah
selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta tersebut dianggap
tidak berjaya.

HADIAH PEMENANG

28. Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang utama (johan, naib
johan dan ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.

Disediakan oleh:
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

18 
 

 
 
  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN e-KALAM ‘ARABIY
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

Nama peserta: daerah / negeri / kebangsaan
Kategori:
Pertandingan peringkat:
Tajuk tazkirah:
Tarikh penjurian:

Penyampaian Isi Bahasa
44 markah 32 markah 24 markah
Isi:
Kelancaran: 3 markah X 4 isi = 12 markah Bahasa: 20 markah
10 markah
Huraian: Markah bonus: 04 markah
Kesesuaian nada dan gaya: 4 markah X 4 = 16 markah
10 markah
Markah bonus: = 04 markah
Kesopanan:
10 markah

Meyakinkan:
10 markah

Markah bonus:
04 markah

Markah Markah Markah
diperolehi: diperolehi: diperolehi:
Jumlah Markah
Nama Juri 19 
Tandatangan

 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN
e-HAFAZAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2020

1. SYARAT DAN PERATURAN BARU PERTANDINGAN

1.1 Dokumen syarat dan peraturan ini hanya terpakai bagi tahun 2020
sahaja.

2. PENYERTAAN

2.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid beragama Islam yang
bersekolah di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
merangkumi empat kategori:
i) Kategori lelaki sekolah rendah (tahun 1 - 6),
ii) Kategori perempuan sekolah rendah (tahun 1 - 6),
iii) Kategori lelaki sekolah menengah (tingkatan 1 - 5), dan
iv) Kategori perempuan sekolah menengah (tingkatan 1 - 5).

2.2 Setiap negeri dikehendaki menghantar maksimum 4 peserta sahaja iaitu
1 penyertaan bagi setiap kategori.

2.3 Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai 1 acara sahaja.

2.4 Peserta dikehendaki mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan
aplikasi Zoom, Google Meet, Whatsapp atau apa-apa aplikasi dalam
talian yang berkaitan dengan bantuan ibu bapa dan guru.

2.5 Sekiranya berlaku pertukaran peserta perempuan (kerana uzur syar’i)
semasa pertandingan, ketua kontinjen hendaklah memaklumkan
pertukaran tersebut kepada urus setia pertandingan. Urus setia
pertandingan perlu memaklumkannya kepada Ketua Hakim.

3. MEDIUM PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan hendaklah dijalankan sepenuhnya secara sidang video
(video conference) dengan menggunakan aplikasi maya berikut:

i) Whatsapp : Aplikasi maya untuk tujuan perhubungan serta

menghimpunkan para peserta, hakim, urus setia dan guru

pengiring.

ii) Zoom : Bilik Pertandingan Maya 1 (pilihan 1).

iii) Google Meet : Bilik Pertandingan Maya 2 (pilihan 2).

iv) Apa-apa aplikasi maya yang dirasakan sesuai (pilihan 3).

20 

 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 

3.2 Pihak urus setia boleh memilih salah satu aplikasi Zoom, Google Meet
dan aplikasi maya lain yang dirasakan sesuai sebagai Bilik Pertandingan
Maya.

3.3 Sekiranya peserta menggunakan Zoom, guru pengiring / ketua kontinjen
hendaklah memastikan komputer / komputer riba yang akan digunakan
oleh peserta telah dipasang aplikasi Zoom.

3.4 Manakala jika peserta menggunakan Google Meet, guru pengiring /
ketua kontinjen hendaklah memastikan komputer / komputer riba yang
akan digunakan oleh peserta telah dipasang aplikasi Google Chrome
dan Google Meet Grid View.

3.5 Penggunaan aplikasi maya yang lain perlu diselaraskan mengikut
kesesuaian tempat dan pertandingan.

3.6 Pertandingan secara maya hendaklah dilaksanakan dengan
menggunapakai medium dan peralatan berikut:
i) Talian / akses internet,
ii) Komputer / komputer riba,
iii) Fon kepala / fon telinga (bukan wireless / bluetooth), dan
iv) Kain penutup mata berwarna hitam (dilipat dua) / penutup mata
tidur.

3.7 Peserta tidak dibenarkan menggunakan telefon / smart phone sebagai
medium pertandingan bagi mengelakkan gangguan semasa ujian.

3.8 Ketua kontinjen atau guru pengiring hendaklah memastikan bahawa
segala medium dan peralatan yang akan digunakan oleh peserta
berfungsi dengan sempurna. Justeru, pihak sekolah, PPD dan JPN
disarankan agar melakukan sesi raptai (rehearsal) bagi memastikan
kelancaran perjalanan ujian para peserta yang mewakili sekolah, daerah
dan negeri masing-masing.

3.9 Pihak urus setia (PPD / JPN / KPM) mestilah memastikan segala
medium dan peralatan teknikal khususnya yang akan digunakan oleh
para hakim juga berfungsi dengan sempurna.

4. PENGUNDIAN

4.1 Pengundian dilakukan secara maya menggunakan aplikasi-aplikasi
seperti di atas mengikut budi bicara pihak penganjur / urus setia.

4.2 Cabutan undian dilakukan oleh ketua kontinjen atau wakilnya. Sekiranya
tiada wakil, cabutan undian akan dilakukan oleh urus setia yang
bertugas.

4.3 Cabutan soalan hafazan peserta dilaksanakan di hadapan Hakim Fatih
dan Munabbih di Bilik Pertandingan Maya.

21 

 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 

5. PAKAIAN

5.1 Pakaian hendaklah sopan, bersesuaian serta menutup aurat dengan
sempurna tanpa sebarang tanda pengenalan sekolah, daerah mahupun
negeri.

6. BENTUK UJIAN

6.1 Setiap peserta diuji bacaan Al-Quran secara hafaz dengan lisan melalui
beberapa surah yang telah ditetapkan dengan mengambil kira beberapa
aspek seperti kelancaran, tajwid, fasahah dan suara.

6.2 Surah Al-Fatihah TIDAK dimasukkan ke dalam silibus soalan dan ujian
Hafazan Al-Quran.

6.3 Peserta sekolah rendah hendaklah menghafaz surah-surah dari Juzu’
‘amma ( ‫ ) ﺟﺯء ﻋـ ّﻡ‬manakala peserta sekolah menengah hendaklah
menghafaz surah-surah yang telah ditetapkan.

6.4 Hanya EMPAT SOALAN yang akan diajukan kepada peserta daripada
set soalan yang dipilih.

6.5 Tiada had masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan, namun
Hakim Fatih dan Munabbih berhak menamatkan sesi ujian mana-mana
peserta sekiranya peserta dilihat tidak lancar dalam bacaan serta
mengambil masa terlalu lama untuk menjawab.

7. SURAH-SURAH HAFAZAN

7.1 Senarai surah-surah hafazan sekolah rendah peringkat negeri dan
kebangsaan:

BIL SURAH BIL SURAH BIL SURAH

01 (40 – 1) ‫ ﺍﻟﻧﺑﺎء‬10 (19 – 1) ‫ ﺍﻷﻋﻠﻰ‬19 (19 – 1) ‫ﺍﻟﻌﻠﻖ‬

02 (46 – 1) ‫ ﺍﻟﻧﺎﺯﻋﺎﺕ‬11 (26 – 1) ‫ ﺍﻟﻐﺎﺷﻳﺔ‬20 (5 – 1) ‫ﺍﻟﻘﺩﺭ‬

03 (42 – 1) ‫ ﻋﺑﺱ‬12 (30 – 1) ‫ ﺍﻟﻔﺟﺭ‬21 (8 – 1) ‫ﺍﻟﺑﻳﻧﺔ‬

04 (29 – 1) ‫ ﺍﻟﺗﻛﻭﻳﺭ‬13 (20 – 1) ‫ ﺍﻟﺑﻠﺩ‬22 (8 – 1) ‫ﺍﻟﺯﻟﺯﻟﺔ‬

05 (19 – 1) ‫ ﺍﻻﻧﻔﻁﺎﺭ‬14 (15 – 1) ‫ ﺍﻟﺷﻣﺱ‬23 (11 – 1) ‫ﺍﻟﻌﺎﺩﻳﺎﺕ‬

06 (36 – 1) ‫ ﺍﻟﻣﻁﻔﻔﻳﻥ‬15 (21 – 1) ‫ ﺍﻟﻠﻳﻝ‬24 (11 – 1) ‫ﺍﻟﻘﺎﺭﻋﺔ‬

07 (25 – 1) ‫ ﺍﻻﻧﺷﻘﺎﻕ‬16 (11 – 1) ‫ ﺍﻟﺿﺣﻰ‬25 (8 – 1) ‫ﺍﻟﺗﻛﺎﺛﺭ‬

08 (22 – 1) ‫ ﺍﻟﺑﺭﻭﺝ‬17 (8 – 1) ‫ﺍﻟﺷﺭﺡ‬

09 (17 – 1) ‫ ﺍﻟﻁﺎﺭﻕ‬18 (8 – 1) ‫ﺍﻟﺗﻳﻥ‬

22 

 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 

7.2 Senarai surah-surah hafazan sekolah menengah peringkat negeri dan
kebangsaan:

BIL SURAH BIL SURAH

01 (30 – 1) ‫ﺍﻟﺳﺟﺩﺓ‬ 06 (11 – 1) ‫ﺍﻟﺟﻣﻌﺔ‬

02 (83 – 1) ‫ﻳﺱ‬ 07 (30 – 1) ‫ﺍﻟﻣﻠﻙ‬

03 (59 – 1) ‫ﺍﻟﺩﺧﺎﻥ‬ 08 (28 – 1) ‫ﻧﻭﺡ‬

04 (96 – 1) ‫ﺍﻟﻭﺍﻗﻌﺔ‬ 09 (31 – 1) ‫ﺍﻹﻧﺳﺎﻥ‬

05 (14 – 1) ‫ﺍﻟﺻﻑ‬

8. BENTUK BACAAN

8.1 Peserta dikehendaki menghafaz dan menjawab soalan mengikut
bacaan tadwir sahaja.

9. STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 Pihak sekolah mengenalpasti seorang murid lelaki dan seorang murid
perempuan (maksimum 2 orang) yang berpotensi mewakili sekolah
dalam acara hafazan ke pertandingan peringkat daerah.

9.2 Pihak PPD menghantar maksimum 4 orang peserta (2 lelaki dan 2
perempuan bagi kategori sekolah rendah dan menengah) ke
pertandingan peringkat negeri.

9.3 Pihak JPN menghantar maksimum 4 orang peserta (2 lelaki dan 2
perempuan bagi kategori sekolah rendah dan menengah) ke
pertandingan peringkat kebangsaan.

9.4 Lokasi pelaksanaan pertandingan adalah seperti berikut:

i) Pertandingan peringkat daerah dilaksanakan di sekolah peserta
masing-masing, manakala para hakim membuat penjurian di
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

ii) Pertandingan peringkat negeri dilaksanakan di PPD masing-
masing, manakala para hakim membuat penjurian di Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN).

iii) Pertandingan peringkat kebangsaan dilaksanakan di JPN
masing-masing, manakala para hakim membuat penjurian di
Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM.

23 

 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 

9.5 Pihak sekolah dan pihak penganjur / urus setia hendaklah
menitikberatkan pelaksanaan jarak sosial (social distancing) di lokasi
pertandingan, tidak melibatkan perhimpunan yang ramai (melebihi 10
orang) serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan langkah-
langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

10. KAEDAH PERTANDINGAN

10.1 Satu whatsapp group ditubuhkan bagi menghimpunkan peserta-peserta
hafazan, guru-guru pengiring, ketua-ketua kontinjen, pihak penganjur /
urus setia dan hakim-hakim yang terlibat.

10.2 Sesi pertandingan akan dilaksanakan di Bilik Pertandingan Maya
menggunakan aplikasi Zoom, Google Meet atau lain-lain aplikasi yang
menghimpunkan beberapa orang iaitu:
i. Ketua Hakim (Pegawai PPD / JPN / KPM),
ii. Hakim Fatih dan Munabbih (seorang),
iii. Hakim Hafaz dan Lancar (seorang),
iv. Hakim Tajwid (seorang),
v. Hakim Fasahah (seorang),
vi. Hakim Suara & Gaya (seorang),

vii. Peserta Hafazan, dan
viii. Seorang ketua kontinjen / wakil (bagi peserta terlibat sahaja).

10.3 Sekiranya pertandingan di peringkat daerah, Ketua Hakim hendaklah
terdiri daripada pegawai PPD. Manakala pertandingan di peringkat
negeri, Ketua Hakim adalah pegawai daripada JPN. Begitu juga
pertandingan di peringkat kebangsaan, Ketua Hakim adalah terdiri
daripada pegawai BPI KPM.

10.4 Pautan (link) pertandingan daripada aplikasi Zoom, Google Meet atau
lain-lain aplikasi (Bilik Pertandingan Maya) akan dihantar oleh Ketua
Hakim melalui Whatsapp Group. Peserta yang dipanggil dikehendaki
memasuki Bilik Pertandingan Maya dengan menekan pautan tersebut.

10.5 Semasa berada di Bilik Pertandingan Maya dan sebelum memulakan
ujian, peserta dikehendaki memberi salam, memilih set soalan dan
kemudian menutup mata dengan kain berwarna hitam yang diikat
dengan 2 lapisan ikatan di kepala di hadapan para hakim. Penggunaan
penutup mata tidur (sleeping eye mask) juga dibenarkan.

10.6 Di dalam Bilik Pertandingan Maya, hanya Hakim Fatih dan Munabbih
dan peserta sahaja yang dibenarkan bersuara. Ketua Hakim, para hakim
yang lain dan ketua kontinjen / wakil hendaklah memastikan fungsi
mikrofon pada fon kepala / telinga masing-masing telah dinyahsuarakan
(mute).

24 

 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 

10.7 Sekiranya jawapan peserta terganggu / terputus disebabkan gangguan
pada talian / akses internet, peserta akan diberi pilihan untuk menjawab
soalan yang lain atau soalan ulangan mengikut budi bicara Ketua Hakim.

11. PENGHAKIMAN

11.1 Ketika pertandingan peringkat daerah, penjurian para hakim akan
dilaksanakan di PPD masing-masing. Begitu juga pertandingan
peringkat negeri, penjurian para hakim akan dilaksanakan di JPN.
Manakala pertandingan peringkat kebangsaan, penjurian para hakim
akan dilaksanakan di Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

11.2 Sebuah Bilik Hakim yang khusus bagi acara E-Hafazan Al-Quran KPM
hendaklah ditetapkan di setiap PPD dan JPN bagi proses penjurian
pertandingan di peringkat daerah dan negeri.

11.3 Hakim-hakim yang bertugas hendaklah sentiasa menjaga penjarakan
sosial, tidak melibatkan perhimpunan yang ramai (melebihi 10 orang)
serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan langkah-langkah
keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

11.4 Pemenang akan diputuskan berdasarkan markah terkumpul yang
diperolehi ketika sesi ujian / pertandingan di Bilik Pertandingan Maya.

11.5 Sebarang keputusan pertandingan yang diputuskan oleh jemaah hakim
adalah MUKTAMAD.

12. ASPEK PENGHAKIMAN

12.1 Penghakiman acara Hafazan Al-Quran terbahagi kepada 4 bahagian

sepertimana berikut:

i) Bahagian Hafaz dan Lancar (40 markah)

ii) Bahagian Tajwid (30 markah)

iii) Bahagian Fasahah (20 markah)

iv) Bahagian Suara dan Gaya (10 markah)

12.2 Sekiranya berlaku persamaan markah, keputusan pemenang hendaklah
dirujuk mengikut keutamaan susunan seperti di atas.

12.3 Jika masih berlaku persamaan markah, maka para hakim hendaklah
bersidang. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh jemaah hakim
adalah MUKTAMAD.

13. HADIAH

13.1 Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang utama
(johan, naib johan dan ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.

25 

 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia 

14. TARIKH DAN JADUAL PERTANDINGAN

14.1 Tarikh pertandingan e-Hafazan Al-Quran adalah seperti berikut:

BIL PERINGKAT PERTANDINGAN TARIKH

1 Daerah (PPD) Ogos

2 Negeri (JPN) September

3 Kebangsaan (BPI KPM) 05 - 09 Oktober 2020

14.2 Butiran jadual pertandingan e-Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan
adalah seperti berikut:

i) 05 Oktober 2020 (Isnin)
- Perjalanan para hakim ke BPI KPM.
- Pengundian peserta.
- Taklimat kepada semua peserta & ketua kontinjen.
- Raptai.

ii) 06 Oktober 2020 (Selasa)
- Pertandingan e-Hafazan Al-Quran Kategori Sekolah Rendah
Lelaki.

iii) 07 Oktober 2020 (Rabu)
- Pertandingan e-Hafazan Al-Quran Kategori Sekolah Rendah
Perempuan.

iv) 08 Oktober 2020 (Khamis)
- Pertandingan e-Hafazan Al-Quran Kategori Sekolah
Menengah Lelaki.

v) 09 Oktober 2020 (Jumaat)
- Pertandingan e-Hafazan Al-Quran Kategori Sekolah
Menengah Perempuan.

14.3 Jadual dan tarikh pertandingan di peringkat kebangsaan adalah
tertakluk kepada perubahan.

26 

 

‫‪Borang Penghakiman Rasmi E-Hafazan Al-Qu‬‬

‫سكوله رنده ‪ /‬منغه‬

‫تاريخ‪:‬‬ ‫لنخر (‪ 40‬مركه)‬

‫مركه يغ دفوتوغ (‪ 40‬مركه)‬ ‫فرمفوان منغه‬
‫كسالهن‬
‫‪35 36 37 38 39 40‬‬
‫‪29 30 31 32 33 34‬‬ ‫مركه دفراوليهي‬
‫‪23 24 25 26 27 28‬‬
‫‪17 18 19 20 21 22‬‬
‫‪11 12 13 14 15 16‬‬
‫‪05 06 07 08 09 10‬‬

‫‪01 02 03 04‬‬

‫جومله مركه ‪/ 40‬‬

‫تندا تاغن كتوا حاكيم‬ ‫تندا تاغن حاكيم‬
‫نام كتوا حاكيم‬ ‫نام حاكيم‬

‫‪uran Sekolah Rendah & Menengah KPM 2020‬‬ ‫‪Pertandingan peringkat:‬‬

‫‪‬حفظن القرءان س‬ ‫______________ ‪1) PPD :‬‬
‫______________ ‪2) JPN :‬‬
‫بهاضين حفظ دان‬ ‫‪3) Kebangsaan‬‬

‫فرمفوان رنده‬ ‫تمفت‪:‬‬ ‫للاكي رنده‬ ‫نومبور ضيليرن فسرتا‪:‬‬
‫للاكي منغه‬ ‫كاتضوري فسرتا‪:‬‬

‫فركارا‪ ٢‬يغ دحاكيمي خاتتن‬

‫❖ براولغ‪-‬اولغ‪ ،‬ترهنتي‪-‬هنتي‪ ،‬تراضق‪-‬‬
‫اضق ‪.‬‬

‫❖ ترتيغضل‪ /‬ترتمبه حروف‪/‬ساله باريس‪.‬‬
‫❖ ترتيغضل‪ /‬ترتمبه كلمه‪.‬‬

‫❖ ساله سامبوغ‪ /‬ملغكاو اية‪.‬‬
‫❖ باخاءن تدوير مغيكوت رواية ‪.‬‬

‫❖ ضاضل مغهابيسكن باخاءن اية يغ‬
‫دتنتوكن‪.‬‬

‫❖ ستياف ‪ 10‬ساعت دأولغ ساتو كالي‪.‬‬

‫مركه دفوتوغ‬ ‫‪40 / 40‬‬ ‫مركه فنوه‬

‫فرهاتين‪:‬‬
‫أ‪ .‬ساتو كسالهن دفوتوغ ‪ 1‬مركه‪.‬‬

‫‪Borang Penghakiman Rasmi E-Hafazan Al-Qu‬‬

‫سكوله رنده ‪ /‬منغه‬

‫تاريخ‪:‬‬ ‫(‪ 30‬مركه)‬

‫مركه يغ دفوتوغ (‪ 30‬مركه)‬ ‫فرمفوان منغه‬
‫كسالهن‬
‫‪25 26 27 28 29 30‬‬
‫‪10 20 21 22 23 24‬‬
‫‪13 14 15 16 17 18‬‬
‫‪07 08 09 10 11 12‬‬
‫‪01 02 03 04 05 06‬‬

‫جومله مركه ‪/ 30‬‬ ‫مركه دفراوليهي‬

‫تندا تاغن كتوا حاكيم‬ ‫تندا تاغن حاكيم‬
‫نام كتوا حاكيم‬ ‫نام حاكيم‬

‫‪uran Sekolah Rendah & Menengah KPM 2020‬‬ ‫‪Pertandingan peringkat:‬‬

‫‪‬حفظن القرءان س‬ ‫______________ ‪1) PPD :‬‬
‫______________ ‪2) JPN :‬‬
‫بهاضين تجويد (‬ ‫‪3) Kebangsaan‬‬

‫فرمفوان رنده‬ ‫تمفت‪:‬‬ ‫للاكي رنده‬ ‫نومبور ضيليرن فسرتا‪:‬‬
‫للاكي منغه‬ ‫كاتضوري فسرتا‪:‬‬

‫فركارا‪ ٢‬يغ دحاكيمي خاتتن‬

‫❖ حكوم ترقيق دان ‪.‬‬
‫❖ حكوم مد اصلي‪ ،‬مد بدل‪ ،‬مد ‪،‬‬
‫مد صلة قصيرة دان طويلة‪ ،‬مد واجب‬

‫متصل‪ ،‬مد جائز ‪ ،‬مد لازم‬
‫كلمي دان ‪ ،‬مد ‪ ،‬مد‬

‫للسكون فد قدر يغ سام‪.‬‬
‫❖ قدر ‪ 2‬حركة‪.‬‬

‫❖ حكوم باخاءن تجويد يغ لاءين‪.‬‬

‫مركه دفوتوغ‬ ‫‪30 / 30‬‬ ‫مركه فنوه‬

‫فرهاتين‪:‬‬
‫أ‪ .‬ستياف سؤءالن يغ ضاضل دباخ اتاو دسامبوغ اية ‪ /‬سورة‬

‫دفوتوغ ‪ 6‬مركه‪.‬‬

‫‪Borang Penghakiman Rasmi E-Hafazan Al-Qu‬‬

‫سكوله رنده ‪ /‬منغه‬

‫تاريخ‪:‬‬ ‫ة (‪ 20‬مركه)‬

‫مركه يغ دفوتوغ (‪ 20‬مركه)‬ ‫فرمفوان منغه‬
‫خاتتن كسالهن‬
‫‪15 16 17 18 19 20‬‬
‫‪09 10 11 12 13 14‬‬
‫‪03 04 05 06 07 08‬‬

‫‪01 02‬‬

‫جومله مركه ‪/ 20‬‬ ‫مركه دفراوليهي‬

‫تندا تاغن كتوا حاكيم‬ ‫تندا تاغن حاكيم‬
‫نام كتوا حاكيم‬ ‫نام حاكيم‬

‫‪uran Sekolah Rendah & Menengah KPM 2020‬‬ ‫‪Pertandingan peringkat:‬‬

‫‪‬حفظن القرءان س‬ ‫______________ ‪1) PPD :‬‬
‫______________ ‪2) JPN :‬‬
‫بهاضين فصاحة‬ ‫‪3) Kebangsaan‬‬

‫فرمفوان رنده‬ ‫تمفت‪:‬‬ ‫للاكي رنده‬ ‫نومبور ضيليرن فسرتا‪:‬‬
‫للاكي منغه‬ ‫كاتضوري فسرتا‪:‬‬

‫فركارا‪ ٢‬يغ دحاكيمي‬

‫صيفتث‪.‬‬ ‫❖‬

‫القرءان‪.‬‬ ‫❖ حكوم ‪.‬‬
‫❖ خرمت دالم‬

‫دالم باخاءن دان برلهجه عرب‪.‬‬ ‫❖‬

‫❖ كتفتن ممبوثيكن ‪ ،‬كسرة دان تنفا دياليك‬

‫برتشديد‪.‬‬ ‫( ) كداءيرهن‪.‬‬
‫سكون دان‬ ‫❖ ممبوثيكن‬
‫❖ كلنخرن دان كلمبوتن فد ممباخ كلمه دان اية‬

‫القرءان ( تيدق مثمبر)‪.‬‬

‫مركه دفوتوغ‬ ‫‪20 / 20‬‬ ‫مركه فنوه‬

‫فرهاتين‪:‬‬
‫أ‪ .‬ستياف سوءالن يغ ضاضل دباخ اتاو دسامبوغ اية ‪ /‬سورة‬

‫دفوتوغ ‪ 4‬مركه‪.‬‬

‫‪Borang Penghakiman Rasmi E-Hafazan Al-Qu‬‬

‫سكوله رنده ‪ /‬منغه‬

‫تاريخ‪:‬‬ ‫ضاي (‪ 10‬مركه)‬

‫مركه يغ دفوتوغ (‪ 10‬مركه)‬ ‫فرمفوان منغه‬
‫تن كسالهن‬
‫‪04 06 07 08 09 10‬‬
‫‪01 02 03 04‬‬

‫جومله مركه ‪/ 10‬‬ ‫مركه دفراوليهي‬

‫تندا تاغن كتوا حاكيم‬ ‫تندا تاغن حاكيم‬
‫نام كتوا حاكيم‬ ‫نام حاكيم‬

‫‪uran Sekolah Rendah & Menengah KPM 2020‬‬ ‫‪Pertandingan peringkat:‬‬

‫‪‬حفظن القرءان س‬ ‫______________ ‪1) PPD :‬‬
‫______________ ‪2) JPN :‬‬
‫بهاضين سوارا دان‬ ‫‪3) Kebangsaan‬‬

‫فرمفوان رنده‬ ‫تمفت‪:‬‬ ‫للاكي رنده‬ ‫نومبور ضيليرن فسرتا‪:‬‬
‫للاكي منغه‬ ‫كاتضوري فسرتا‪:‬‬

‫فركارا‪ ٢‬يغ دحاكيمي خاتتن‬

‫❖ كمردوان دان كلمبوتن سوارا‪.‬‬
‫❖ سوارا ليخين دان برسيه‪.‬‬

‫❖ سوارا ترغ‪ ،‬لانتغ دان ثات‪.‬‬
‫❖ سوارا تيدق براوبه‪.‬‬

‫❖ ضاي باخاءن مغيكوت لهجه عرب (دري‬
‫مولا هيغض )‪.‬‬

‫مركه دفوتوغ‬ ‫‪10 / 10‬‬ ‫مركه فنوه‬

‫فرهاتين‪:‬‬
‫أ‪ .‬مركه لبيه اكن دبري كفد سوارا يغ لبيه مردو‬

‫دان دافت مغهيدوفكن رنتق‪ ٢‬سوارا‪.‬‬

 

 
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

GARIS PANDUAN DAN SYARAT
e-PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU KEROHANIAN
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2020

PENGENALAN

1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai yang
berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020. Garis panduan ini
hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2. Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan adab
dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

3. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid selain meningkatkan
keyakinan diri murid melalui persembahan nyanyian lagu kerohanian.

4. Hiburan yang bermanfaat bukan sahaja dapat mengisi kehendak naluri seorang insan,
malah dapat memupuk tingkah laku positif dalam kalangan mereka yang
menghayatinya. Genre lagu berunsur kerohanian dilihat sebagai satu bentuk hiburan
yang dapat memenuhi kriteria ini. Di samping berhibur, murid-murid dapat mengambil
manfaat daripada lirik-lirik lagu yang mengajak kepada perkara positif.

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

5. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua murid Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2020.

6. Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu:

Kategori Kelas

1. Sekolah Rendah Tahun 1- 6

2. Sekolah Menengah Tingkatan 1- 6

 

7. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu rakaman sahaja kepada urus setia di

peringkat sekolah masing-masing. Hanya seorang peserta sahaja bagi setiap kategori

yang akan dicalonkan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Begitu juga seorang

peserta wakil daerah ke peringkat negeri dan peserta negeri ke peringkat kebangsaan.

8. Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/ media
sosial/ blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.

9. Semua rakaman penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak
milik Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak
penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut dalam apa jua bentuk tujuan.

31 
 

 

 
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

10. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang
tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

11. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil
hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum,
semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

12. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap peringkat
dengan menyertakan item berikut:

12.1. acara;
12.2. kategori;
12.3. nama penuh;
12.4. nombor kad pengenalan;
12.5. jantina;
12.6. agama;
12.7. nama kelas;
12.8. nama sekolah;
12.9. nama daerah;
12.10. nama negeri;
12.11. e-mel untuk dihubungi;
12.12. nombor telefon untuk dihubungi; dan
12.13. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan

(attachment).

13. Rakaman video persembahan (paparan meliputi keseluruhan tubuh badan) dalam
format MP4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi minimum
3 minit dan maksimum 5 minit tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke youtube
(tetapan unlisted) seterusnya melengkapkan borang pendaftaran menggunakan
aplikasi google form (pautan rakaman video di youtube diperlukan) yang disediakan
oleh urus setia.

14. Penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.

15. Borang penyertaan haruslah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan bermula
pada tarikh seperti berikut :

PERINGKAT TARIKH
Daerah 1 hingga 31 Julai 2020
Negeri 1 hingga 31 Ogos 2020
Kebangsaan 1 hingga 30 September 2020

32 
 

 

 
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

TEMA
16. Tema nyanyian adalah lagu kerohanian

PAKAIAN PESERTA
17. Pakaian peserta hendaklah menutup aurat dan patuh syariah.

18. Peserta lelaki memakai pakaian kebangsaan (baju melayu “cekak musang” versi
tradisional atau moden) yang lengkap (bersampin dan bersongkok hitam).

19. Peserta perempuan berbaju kurung kebangsaan dan bertudung sempurna.

20. Hanya hiasan yang bersesuaian dengan pakaian kebangsaan sahaja yang
dibenarkan.

21. Semua peserta tidak dibenarkan memakai sebarang tanda pengenalan sekolah,
daerah atau negeri.

SUARA
22. Penghakiman suara adalah daripada aspek kualiti ton, ketepatan pic, nada, frasa,

sebutan, dinamik, keseimbangan dan harmoni.

23. Sebarang intro dan outro lagu tidak dibenarkan.

LAGU
24. Setiap penyanyi solo dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu SAHAJA.

25. Lagu tersebut BUKAN ciptaan baharu di mana peserta BOLEH menyanyikan lagu
yang sedia ada di pasaran.

LIRIK
26. Lirik lagu yang dinyanyikan BUKAN ciptaan baharu di mana peserta BOLEH

menyanyikan lagu yang sedia ada di pasaran.

27. Lirik lagu hendaklah menepati tema yang ditetapkan urus setia.

28. Lirik lagu BOLEH menggunakan Bahasa Melayu/Bahasa Arab/Bahasa Inggeris
secara sepenuhnya atau secara gabungan antara ketiga-tiga bahasa tersebut.

29. Lirik lagu TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

PERSEMBAHAN
30. Persembahan penyanyi solo bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik

(berdasarkan ketetapan yang ditentukan oleh juri).

31. Hanya pergerakan yang bersesuaian dengan lagu, lirik dan muzik yang disampaikan
dan tidak keterlaluan dibenarkan. Pergerakan yang tidak keterlaluan bermaksud
tiada unsur tarian dan unsur yang mengganggu sensitiviti agama Islam.

32. Setiap penyanyi solo DILARANG mempersembahkan unsur puisi, sajak, pentomen
dan seumpamanya dalam persembahan.

33 

 

 

 
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

MUZIK
33. Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara minus one.

MASA
34. Setiap penyanyi solo diberi masa 2 hingga 4 minit sahaja untuk mempersembahkan

lagu.

35. Masa dikira bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik (berdasarkan
ketetapan yang ditentukan oleh juri).

36. Pemotongan markah berlaku sekiranya masa kurang atau lebih dari yang telah
ditetapkan.

PENILAIAN JURI

37. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

 Suara : 50 markah

 Persembahan : 30 markah

 Kreativiti : 20 markah

38. Aspek Suara (50 markah) - 10 markah
 Ketepatan pic, nada dan frasa - 10 markah
 Keseimbangan/harmoni - 10 markah
 Dinamik - 10 markah
 Kualiti ton - 10 markah
 Kejelasan sebutan

39. Aspek Persembahan (30 markah): - 10 markah
 Koreografi - 8 markah
 Ketepatan gaya - 5 markah
 Ekspresi - 5 markah
 Pakaian dan Aksesori - 2 markah
 Bonus

40. Aspek Kreativiti (20 markah) - 10 markah
 Irama masri/kontemporari - 10 markah
 Alunan qasidah/Kreativiti

41. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

42. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel atau panggilan telefon urus setia berikut:

PERINGKAT URUS SETIA
Daerah Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Jabatan Pendidikan Negeri
Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia

34 
 

 
 

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

43. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan oleh
pihak penganjur kelak.

44. Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia daerah
selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta tersebut dianggap
tidak berjaya.

HADIAH PEMENANG
45. Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang utama (johan, naib

johan dan ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.
Disediakan oleh:
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

35 
 

 

 
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

 

BORANG PENJURIAN
e-PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU KEROHANIAN
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

Nama peserta:

Kategori:

Pertandingan peringkat: sekolah / daerah / negeri / kebangsaan

Tajuk lagu:

Tarikh penjurian:

Suara Persembahan Kreativiti
20 markah
50 markah 30 markah
Irama masri/kontemporari
Ketepatan pic, nada dan frasa Koreografi 10 markah
10 markah 10 markah Alunan qasidah/Kreativiti
10 markah
Keseimbangan/harmoni Ketepatan gaya
10 markah 8 markah

Dinamik Ekspresi
10 markah 5 markah

Kualiti ton Pakaian dan Aksesori
10 markah 5 markah

Kejelasan sebutan Bonus
10 markah 2 markah

Markah Markah Markah
diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah
Nama Juri
Tandatangan

36 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN
PERTANDINGAN DAIE SIBER (DALAM TALIAN)
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

PENGENALAN

1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai yang
berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020. Garis panduan ini
hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2. Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan adab
dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

3. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi bidang
pengucapan awam berunsur dakwah secara dalam talian. Penyampaian yang santai,
kreatif dan menarik perhatian penonton merupakan ciri utama yang perlu
diketengahkan dalam pertandingan ini.

TERMA DAN SYARAT

4. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua murid Islam sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 yang mempunyai
peralatan rakaman video dan capaian internet.

5. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu:

Kategori Kelas
1. Sekolah Menengah - Lelaki Tingkatan 1 - 6
2. Sekolah Menengah - Perempuan Tingkatan 1 - 6

6. Tema tazkirah adalah seperti berikut:
6.1. Iman
6.2. Islam
6.3. Rasul
6.4. Rezeki
6.5. Solat
6.6. Wudhuk
6.7. Zakat
6.8. Puasa
6.9. Perkahwinan
6.10. Adab musafir
6.11. Adab menjaga alam
6.12. Adab memberi sedekah
6.13. Adab berjual beli
6.14. Adab bernegara
6.15. Adab dengan pemimpin

37 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu rakaman sahaja kepada urus setia
untuk dinilai. Karya yang terpilih akan dicalonkan mewakili daerah ke peringkat
negeri, seterusnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

8. Semua rakaman tazkirah tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/media
sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.

9. Semua rakaman tazkirah yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak milik
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak penganjur
berhak menggunakan rakaman video tersebut dalam apa jua bentuk tujuan.

10. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang
tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

11. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil
hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum,
semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

12. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item berikut:

12.1. acara;
12.2. kategori;
12.3. nama penuh;
12.4. nombor kad pengenalan;
12.5. jantina;
12.6. agama;
12.7. nama kelas;
12.8. nama sekolah;
12.9. nama daerah;
12.10. nama negeri;
12.11. e-mel untuk dihubungi;
12.12. nombor telefon untuk dihubungi; dan
12.13. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan

(attachment).

13. Rakaman video tazkirah (paparan perlu meliputi kepala dan sebahagian dada) dalam
format mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi 5 minit
tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke youtube (tetapan unlisted) seterusnya
melengkapkan borang pendaftaran menggunakan aplikasi google form (pautan
rakaman video di youtube diperlukan) yang disediakan oleh urus setia.

14. Peserta dilarang menyunting audio dan video. Penggunaan mikrofon sangat
digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.

15. Pakaian hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan tanpa tanda pengenalan
sekolah, daerah atau negeri.

38 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

16. Borang penyertaan haruslah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan mengikut
ketetapan berikut:

Pelaksanaan Urus setia Tarikh penyertaan

1. Peringkat Daerah Unit Pendidikan Islam PPD dari 1 hingga 31 Julai 2020

2. Peringkat Negeri Unit Adab dan Nilai JPN dari 1 hingga 31 Ogos 2020

3. Peringkat Kebangsaan Cawangan Pembangunan Adab dari 1 hingga 30 September 2020
dan Nilai, BPI KPM

PENILAIAN JURI

17. Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:
17.1. Penyampaian (60 markah)
17.2. Isi (20 markah)
17.3. Bahasa (20 markah)

18. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

19. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan panggilan telefon oleh urus setia
seperti berikut:

Peringkat Urus setia
1. Daerah Urus setia di Pejabat Pendidikan Daerah
2. Negeri Urus setia di Jabatan Pendidikan Negeri
3. Kebangsaan Urus setia di Kementerian Pendidikan Malaysia

20. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan oleh
pihak penganjur kelak.

21. Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia selepas
dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta dianggap tidak berjaya.

HADIAH PEMENANG

22. Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang (johan, naib johan dan
ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.

Disediakan oleh
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

39 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN DAIE SIBER (DALAM TALIAN)
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

Nama peserta: daerah / negeri / kebangsaan
Kategori:
Pertandingan peringkat:
Tajuk tazkirah:
Tarikh penjurian:

Penyampaian Isi Bahasa
60 markah 20 markah 20 markah

1. Pergerakan tubuh badan dan 4. Dalil naqli (ayat Al-Quran 8. Bahasa yang jelas
(mudah difahami oleh
mimik muka atau Hadith) pendengar)

(gaya tangan dan mimik muka) (Mengandungi mesej utama 9. Bacaan dalil naqli yang
tepat
tazkirah & kupasan) (tajwid bagi ayat Al-Quran dan
fasih sebutan bagi hadith)
2. Rapport dengan penonton 5. Kupasan dalil
10. Kelancaran kata
(sapaan/fokus) (tidak tersekat/ tidak ulang ayat
yang sama/ tidak gagap)
(menyokong dalil naqli)
11. Intonasi yang sesuai
3. Kreativiti penyampaian 6. Analogi/Kisah teladan (sesuai dengan emosi yang
dibawa)
(ceria/sedih/kecindan)

menyokong tajuk

(menyokong mesej utama)

7. Mesej utama/tajuk
(jelas idea dan mesej yang

hendak disampaikan)

Markah Markah Markah
diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah 40 
Nama Juri
Tandatangan

 

 
 

  Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN
PERTANDINGAN e-KALIMATUS SOBAH
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

PENGENALAN

1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai yang
berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020. Garis panduan ini
hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

2. Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan adab
dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

3. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi bidang
pengucapan awam di dalam bahasa arab sepenuhnya secara dalam talian.
Penyampaian yang santai, kreatif dan menarik perhatian penonton merupakan ciri
utama yang perlu diketengahkan dalam pertandingan ini.

TERMA DAN SYARAT

4. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua murid Islam sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 yang mempunyai
peralatan rakaman video dan capaian internet.

5. Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu:

Kategori Kelas

1. Menengah Atas Tingkatan 4 - 6

6. Tajuk pengucapan adalah seperti berikut:-

6.1 Bagi kategori menengah rendah:

Tajuk ‫ اﻟﻨﱠﻈَﺎﻓَﺔُ ِﻣ َﻦ ا ِﻹﻳ َﻤﺎ ِن‬.1 Tema

‫ اﻟِﻘَﺮاءَةُ ِﻣْﻔﺘَﺎ ُح اﻟﻌِْﻠِﻢ‬.2 ‫ا ِﻻ ْﺟﺘَِﻤﺎ ِﻋ ُﻲ‬
‫اإِﻟﻟَ ﱠﻲﺴﻠِﻴا ُﻢﻷََﻣﻓِﺎﻲﻛِ اِﻦﻟ اِﻟﺠ ِّْﺴﺴﻴَِﻢﺎ اِﺣﻟﻴﱠِﺔﱠﺴﻠِﻴِﻢ‬ ُ‫اﻟِّﺰﻳَﺎَرة‬ ‫اﻟﺘﱠـْﺮﺑَِﻮ ﱡي‬
‫اﻟَﻌْﻘ ُﻞ‬ .3 ‫اﻟ ِّﺴﻴَﺎ ِﺣ ﱡﻲ‬
.4 ‫اﻟِّﺮﻳَﺎ ِﺿ ﱡﻲ‬
‫اﻟ ِّﺪﻳﻨِ ﱡﻲ‬
‫ اْرَﺣ ُﻤﻮ ﺗْﺮَﺣ ُﻤﻮا‬.5

41 
 


Click to View FlipBook Version