The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis_Panduan_Aktiviti_PPADNI_untuk_JPN_PPD_Tahun_2020_versi_murid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD KHAIRIL ELMEE BIN CHE RAMLEE Moe, 2020-07-20 00:10:27

panduan program adni

Garis_Panduan_Aktiviti_PPADNI_untuk_JPN_PPD_Tahun_2020_versi_murid

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

5.0 MEDIUM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan hendaklah dijalankan sepenuhnya secara sidang video
(video conference) dengan menggunakan aplikasi maya berikut:

i) Whatsapp : Aplikasi maya untuk tujuan perhubungan serta

menghimpunkan para peserta, hakim, urus setia dan guru

pengiring.

ii) Zoom : Bilik Pertandingan Maya 1 (pilihan 1).

iii) Google Meet : Bilik Pertandingan Maya 2 (pilihan 2).

iv) Apa-apa aplikasi maya yang dirasakan sesuai.

5.2 Pihak urus setia boleh memilih salah satu aplikasi Zoom, Google Meet
dan aplikasi maya lain yang dirasakan sesuai sebagai Bilik
Pertandingan Maya.

5.3 Sekiranya peserta menggunakan Zoom, guru pengiring / ketua
kontinjen hendaklah memastikan komputer / komputer riba yang akan
digunakan oleh peserta telah dipasang aplikasi Zoom.

5.4 Manakala jika peserta menggunakan Google Meet, guru pengiring /
ketua kontinjen hendaklah memastikan komputer / komputer riba yang
akan digunakan oleh peserta telah dipasang aplikasi Google Chrome
dan Google Meet Grid View.

5.5 Penggunaan aplikasi maya yang lain perlu diselaraskan mengikut
kesesuaian tempat dan pertandingan.

5.6 Pertandingan secara maya hendaklah dilaksanakan dengan
menggunapakai medium dan peralatan berikut:
i) Talian / akses internet,
ii) Komputer / komputer riba,
iii) Fon kepala / fon telinga (bukan wireless / bluetooth), dan
iv) Kain penutup mata berwarna hitam (dilipat dua) / penutup mata
tidur.

5.7 Peserta tidak dibenarkan menggunakan telefon / smart phone sebagai
medium pertandingan bagi mengelakkan gangguan semasa ujian.

5.8 Ketua kontinjen atau guru pengiring hendaklah memastikan bahawa
segala medium dan peralatan yang akan digunakan oleh peserta
berfungsi dengan sempurna. Justeru, pihak sekolah, PPD dan JPN
disarankan agar melakukan sesi raptai bagi memastikan kelancaran
perjalanan ujian para peserta yang mewakili sekolah, daerah dan
negeri masing-masing.

5.9 Pihak urus setia (PPD / JPN / KPM) mestilah memastikan segala
medium dan peralatan teknikal khususnya yang akan digunakan oleh
para hakim juga berfungsi dengan sempurna.

84 

 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

6.0 PENGUNDIAN

6.1 Pengundian dilakukan secara maya menggunakan aplikasi-aplikasi
seperti di atas mengikut budi bicara pihak penganjur / urus setia.

6.2 Cabutan undian dilakukan oleh ketua kontinjen atau wakilnya.
Sekiranya tiada wakil, cabutan undian akan dilakukan oleh urus setia
yang bertugas.

6.3 Cabutan soalan hafazan peserta dilaksanakan di hadapan Hakim Fatih
dan Munabbih di Bilik Pertandingan Maya.

7.0 PAKAIAN

7.1 Pakaian hendaklah sopan, bersesuaian serta menutup aurat dengan
sempurna tanpa sebarang tanda pengenalan sekolah, daerah
mahupun negeri.

8.0 BENTUK UJIAN

8.1 Setiap peserta diuji bacaan Al-Quran secara hafaz dengan lisan
melalui beberapa surah yang telah ditetapkan dengan mengambil kira
beberapa aspek seperti kelancaran, tajwid, fasahah dan suara.

8.2 Surah Al-Fatihah TIDAK dimasukkan ke dalam silibus soalan dan ujian
Hafazan Al-Quran.

8.3 Peserta sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah menghafaz
surah-surah yang telah ditetapkan.

8.4 Hanya EMPAT SOALAN yang akan diajukan kepada peserta daripada
set soalan yang telah dipilih.

8.5 Tiada had masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan, namun
Hakim Fatih dan Munabbih berhak menamatkan sesi ujian mana-mana
peserta sekiranya peserta dilihat tidak lancar dalam bacaan serta
mengambil masa terlalu lama untuk menjawab.

9.0 BENTUK BACAAN

9.1 Peserta dikehendaki menghafaz dan menjawab soalan mengikut
bacaan tadwir sahaja.

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN

10.1 Pihak sekolah mengenalpasti seorang murid lelaki dan seorang murid
perempuan (maksimum 2 orang) mengikut kategori MBK yang

85 

 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

berpotensi mewakili sekolah dalam acara hafazan ke pertandingan
peringkat daerah.

10.2 Pihak PPD menghantar maksimum 8 orang peserta (4 lelaki dan 4
perempuan mengikut kategori MBK sekolah rendah dan menengah ke
pertandingan peringkat negeri.

10.3 Pihak JPN menghantar maksimum 8 orang peserta (4 lelaki dan 4
perempuan bagi kategori MBK sekolah rendah dan menengah ke
pertandingan peringkat kebangsaan.

10.4 Lokasi pelaksanaan pertandingan adalah seperti berikut:

i) Pertandingan peringkat daerah dilaksanakan di sekolah peserta
masing-masing, manakala para hakim membuat penjurian di
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

ii) Pertandingan peringkat negeri dilaksanakan di PPD masing-
masing, manakala para hakim membuat penjurian di Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN).

iii) Pertandingan peringkat kebangsaan dilaksanakan di JPN
masing-masing, manakala para hakim membuat penjurian di
Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM.

10.5 Pihak sekolah dan pihak penganjur / urus setia hendaklah
menitikberatkan pelaksanaan jarak sosial (social distancing) di lokasi
pertandingan, tidak melibatkan perhimpunan yang ramai (melebihi 10
orang) serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan langkah-
langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

11.0 KAEDAH PERTANDINGAN

11.1 Satu whatsapp group ditubuhkan bagi menghimpunkan peserta-
peserta hafazan, guru-guru pengiring, ketua-ketua kontinjen, pihak
penganjur / urus setia dan hakim-hakim yang terlibat.

11.2 Sesi pertandingan akan dilaksanakan di Bilik Pertandingan Maya
menggunakan aplikasi Zoom atau Google Meet yang menghimpunkan:
i. Ketua Hakim (Pegawai PPD / JPN / KPM),
ii. Hakim Fatih dan Munabbih (seorang),
iii. Hakim Hafaz dan Lancar (seorang),
iv. Hakim Tajwid (seorang),
v. Hakim Fasahah (seorang),
vi. Hakim Suara & Gaya (seorang), dan

vii. Peserta Hafazan.
viii. Ketua kontinjen / wakil (bagi peserta terlibat sahaja).

86 

 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

11.3 Sekiranya pertandingan di peringkat daerah, Ketua Hakim hendaklah
terdiri daripada pegawai PPD. Manakala pertandingan di peringkat
negeri, Ketua Hakim adalah pegawai daripada JPN. Begitu juga
pertandingan di peringkat kebangsaan, Ketua Hakim adalah terdiri
daripada pegawai BPI KPM.

11.4 Pautan (link) pertandingan daripada aplikasi Zoom, Google Meet atau
lain-lain aplikasi akan dihantar oleh Ketua Hakim melalui Whatsapp
Group. Peserta yang dipanggil dikehendaki memasuki Bilik
Pertandingan Maya dengan menekan pautan tersebut.

11.5 Semasa berada di Bilik Pertandingan Maya dan sebelum memulakan
ujian, peserta dikehendaki memberi salam, memilih set soalan dan
kemudian menutup mata dengan kain berwarna hitam yang diikat
dengan 2 lapisan ikatan di kepala di hadapan para hakim. Penggunaan
penutup mata tidur (sleeping eye mask) juga dibenarkan.

11.6 Di dalam Bilik Pertandingan Maya, hanya Hakim Fatih dan Munabbih
dan peserta sahaja yang dibenarkan bersuara. Ketua Hakim, para
hakim yang lain dan ketua kontinjen / wakil hendaklah memastikan
fungsi mikrofon pada fon kepala / telinga masing-masing telah
dinyahsuarakan (mute).

11.7 Sekiranya jawapan peserta terganggu / terputus disebabkan gangguan
pada talian / akses internet, peserta akan diberi pilihan untuk
menjawab soalan yang lain atau soalan ulangan mengikut budi bicara
Ketua Hakim.

12.0 PENGHAKIMAN

12.1 Ketika pertandingan peringkat daerah, penjurian para hakim akan
dilaksanakan di PPD masing-masing. Begitu juga pertandingan
peringkat negeri, penjurian para hakim akan dilaksanakan di JPN.
Manakala pertandingan peringkat kebangsaan, penjurian para hakim
akan dilaksanakan di Bahagian Pendidikan Khas, KPM.

12.2 Sebuah Bilik Hakim yang khusus bagi acara e-Hafazan Al-Quran KPM
hendaklah ditetapkan di setiap PPD dan JPN bagi proses penjurian
pertandingan di peringkat daerah dan negeri.

12.3 Hakim-hakim yang bertugas hendaklah sentiasa menjaga penjarakan
sosial, tidak melibatkan perhimpunan yang ramai (melebihi 10 orang)
serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan langkah-
langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

12.4 Pemenang akan diputuskan berdasarkan markah terkumpul yang
diperolehi ketika sesi pertandingan di Bilik Pertandingan Maya.

87 

 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

12.5 Sebarang keputusan pertandingan yang diputuskan oleh jemaah hakim
adalah MUKTAMAD.

13.0 ASPEK PENGHAKIMAN

13.1 Penghakiman acara Hafazan Al-Quran terbahagi kepada 4 bahagian

sepertimana berikut:

i) Bahagian Hafaz dan Lancar (40 markah)

ii) Bahagian Tajwid (30 markah)

iii) Bahagian Fasahah (20 markah)

iv) Bahagian Suara dan Gaya (10 markah)

13.2 Sekiranya berlaku persamaan markah, keputusan pemenang
hendaklah dirujuk mengikut susunan seperti di atas.

13.3 Jika masih berlaku persamaan markah, maka para hakim hendaklah
bersidang. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh jemaah hakim
adalah MUKTAMAD.

14.0 HADIAH PEMENANG

14.1 Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang utama
(johan, naib johan dan ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.

Disediakan oleh
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia

88 

 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kemente

BORANG PE
PERTANDINGAN e-HAFA
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN

Bahagian Hafaz dan

Giliran Peserta
Lelaki / Perempuan
Kategori : BP (R) / BP (M) / BL (R) / BL (M)

Perkara yang dihakimi Catatan Kesalahan

- Berulang-ulang (dipotong 1 markah)

-Terhenti-henti (dipotong 1 markah) 3
3
- Teragak-agak (dipotong 1 markah) 2
2
- Tertinggal/tertambah 1
1
huruf/salah baris (dipotong 1 markah) 0
0
- Tertinggal/tertambah kalimah (dipotong 2

markah)

- Salah sambungan (dipotong 2 markah)

- Melangkau (dipotong 2 markah)

- Bukan bacaan tadwir (dipotong 2 markah

setelah diperingatkan)

- Gagal menghabiskan bacaan

Ayat yang ditentukan. (dipotong 1 markah)

- Setiap 10 saat diulang satu kali.

(dipotong 1 markah)

- Bacaan yang tidak mengikut lahjah Arab

(dipotong 1 markah)

Markah penuh 40 Markah yang dipotong Markah diperolehi

Perhatian : ……………………………
Markah yang dipotong mengikut kadar (TANDATANGAN H
yang dipersetujui
……………………………
. ( NAMA HAKIM

8

 

erian Pendidikan Malaysia 

ENJURIAN
AZAN PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

lancar ( 40 markah )
Tarikh : ______________
Tempat : ______________

Markah yang dipotong Bonus ( 3 markah )

36 37 1. Lancar berlahjah Arab
2. Ketenangan dalam
31 32 33 34 35
30 menghafaz
26 27 28 29 25 3. Bacaan mengikut tadwir
20
15 yang sebenar.
10
21 22 23 24 05

16 17 18 19

11 12 13 14

06 07 08 09

01 02 03 04

Markah Bonus Jumlah

…………… …....……..……………………………
HAKIM) ( TANDATANGAN KETUA HAKIM)

……………. …...…….……………………………..
M) ( NAMA KETUA HAKIM)

89 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kemente

BORANG PE
PERTANDINGAN e-HAFA
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN

Bahagian Suara dan

Giliran Peserta
Lelaki / perempuan
Kategori : BP (R) / BP (M) / BL (R) / BL (M)

Perkara yang dihakimi Catatan Markah dipero

- Kelembutan suara
- Suara licin dan bersih.
- Suara terang, lantang dan

nyata.
- Suara tidak berubah.
- Gaya bacaan mengikut

lahjah arab ( dari mula
Hingga akhir)

Markah penuh 10 Markah yang dipotong Markah diperolehi

Perhatian : ……………………………
(TANDATANGAN H
Markah yang lebih akan diberi pada suara
yang lebih merdu dan dapat menghidupkan ……………………………
rentak-rentak suara. ( NAMA HAKIM

  9

erian Pendidikan Malaysia 

ENJURIAN
AZAN PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

n Gaya ( 10 markah )

Tarikh : ______________
Tempat : ______________

olehi Potongan Markah Bonus (2 markah)
Suara yang amat merdu

678 45
123

Markah Bonus Jumlah

…………… ..………….……………………………
HAKIM) ( TANDATANGAN KETUA HAKIM)

……………. ………….……………………………..
M) ( NAMA KETUA HAKIM)

90 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kemente

BORANG PE
PERTANDINGAN e-HAFA
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN

Bahagian Tajwid

Giliran Peserta
Lelaki / perempuan
Kategori : BP (R) / BP (M) / BL (R) / BL (M)

Perkara yang dihakimi Catatan Kesalahan) Marka

- Makhraj huruf dan sifatnya. 26 27
- Hukum wakaf dan Ibtidak.
- Hukum Tarqiq dan Tafkhim 21 22

Hukum mad asli, mad badal, 16 17
mad iwad, mad silah qasirah
dan towilah, mad wajib 11 12
muttasil, mad jaiz munfassil,
mad lazim musaqqal kalimi 06 07
dan harfi, mad faraq, mad
arid lissukun kadar yang 01 02
sama.
- Ghunnah kadar 2 harkat.
- Bacaan tadwir mengikut
riwayat Hafas.
- Hukum bacaan tajwid yang
lain.

Markah penuh 30 Markah yang dipotong Markah diperolehi

Perhatian : ………………………………
TANDATANGAN HAK
Setiap soalan yang gagal dibaca
atau disambung ayat /surah dipotong …………….…………………
10 markah. ( NAMA HAKIM )

9

 

erian Pendidikan Malaysia 

ENJURIAN
AZAN PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

d ( 30 markah )
Tarikh : ______________
Tempat : ______________

ah yang dipotong Bonus ( 2 markah )

28 1.Dapat menyempurnakan hafazan
ayat dengan bertajwid dan
23 24 25 sempurna.

18 19 20 2. Sempurnakan sebutan huruf dan
sifatnya.

13 14 15

08 09 10

03 04 05

Markah Bonus Jumlah

………… ……..……………………………
KIM) ( TANDATANGAN KETUA HAKIM)

………… ……………………………………..
( NAMA KETUA HAKIM)

91 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kemente

BORANG PE
PERTANDINGAN e-HAFA
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN

Bahagian Fasoha

Giliran Peserta Bacaan dari surah ________
Lelaki / perempuan
Kategori : BP (R) / BP (M) / BL (R) / BL (M)

Perkara yang dihakimi Catatan kesalahan Markah y

1. Cermat dalam bacaan. 15 16 1
2. Lancar sebutan huruf,lafaz dan 08 09 10
01 02 03
ayat.
2.Terpelihara segala baris dan

tashdid.
4. Salah wakaf dan ibtidak.
5. Terpelihara susunan ayat.
6. Terpelihara daripada bernafas

dalam bacaan.

Markah penuh 20 Markah yang dipotong Markah diperolehi

Perhatian : …………………………
1. Tidak cermat dalam bacaan. ( TANDATANGAN
2. Tidak lancar sebutan huruf dan lafaz
3. Baris tidak terpelihara. ………………………
4. Tidak jaga tempat waqaf dan ibtidak. ( NAMA HAK
5. Tidak terpelihara susunan ayat.

9

 

erian Pendidikan Malaysia 

ENJURIAN
AZAN PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

ah ( 20 markah )
Tarikh : ______________

_______ Ayat _______ Tempat : ______________

yg dipotong (17 m) Markah keistimewaan ( 3 markah )

17 1. Bacaan menurut lahjah Arab yang
0 11 12 13 14 tepat.
3 04 05 06 07
2. Bacaan yang mengikut kesesuaian
ayat.

3. Dapat menyempurnakan ayat yang
panjang dalam satu nafas.

Markah keistemewaan Jumlah

……………… …………..……………………………
N HAKIM) ( TANDATANGAN KETUA HAKIM )

……………. ……....………………………………..
KIM ) ( NAMA KETUA HAKIM)

92 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN
PERTANDINGAN e-BERCERITA PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

1.1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai
yang berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020. Garis
panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis Keselamatan
Negara (MKN).

1.2. Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan
adab dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

1.3. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan MURID BERKEPERLUAN
KHAS (MBK) menceburi bidang pengucapan awam berunsur dakwah secara
dalam talian. Penyampaian yang santai, kreatif dan menarik perhatian penonton
merupakan ciri utama yang perlu diketengahkan dalam pertandingan ini.

2.0 TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua murid berkeperluan
khas (MBK) Bermasalah Pembelajaran dan Kurang Upaya Pendengaran di
sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 yang
mempunyai peralatan rakaman video dan capaian internet.

2.2 Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:

Bil Kategori
1 Sekolah Rendah - Bermasalah Pembelajaran Lelaki
2 Sekolah Rendah - Bermasalah Pembelajaran Perempuan
3 Sekolah Rendah - Kurang Upaya Pendengaran Lelaki
4 Sekolah Rendah - Kurang Upaya Pendengaran Perempuan

2.3 Tajuk bercerita adalah seperti berikut:

i. Kelahiran Nabi Muhammad (SAW)
ii. Peristiwa Nabi Isa diangkat ke langit
iii. Dakwah Nabi Nuh terhadap kaumnya
iv. Kepimpinan Nabi Sulaiman
v. Siti Aminah bonda Rasulullah

93 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

2.4 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu rakaman bercerita atau
rakaman menggunakan Bahasa Isyarat bagi MBK Kurang Upaya Pendengaran
sahaja kepada urus setia di peringkat daerah masing-masing. Karya yang
terpilih akan dicalonkan mewakili daerah ke peringkat negeri dan kebangsaan.

2.5 Bercerita hendaklah disampaikan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Isyarat sahaja.

2.6 Semua rakaman bercerita tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/media
sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.

2.7 Semua rakaman bercerita yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi
hak milik Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak
penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut dalam apa jua bentuk
tujuan.

2.8 Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan
yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

2.9 Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran
hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sama ada
sebelum, semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

3.0 PENGHANTARAN RAKAMAN :

3.1 Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item berikut:

a. acara;
b. kategori;
c. nama penuh;
d. nombor kad pengenalan;
e. nombor kad OKU;
f. jantina;
g. agama;
h. nama kelas;
i. nama sekolah;
j. nama daerah;
k. nama negeri;
l. e-mel untuk dihubungi;
m. nombor telefon untuk dihubungi; dan
n. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan

(attachment).

3.2 Rakaman video bercerita (paparan perlu meliputi kepala dan sebahagian dada)
dalam format mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti
berdurasi 5 minit tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke youtube (tetapan
unlisted) seterusnya melengkapkan borang pendaftaran menggunakan aplikasi

94 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

google form (pautan rakaman video di youtube diperlukan) yang disediakan
oleh urus setia.

4.0 Peserta dilarang menyunting audio dan video. Penggunaan mikrofon sangat
digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.

5.0 Pakaian hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan tanpa tanda
pengenalan sekolah, daerah atau negeri.

6.0 Borang penyertaan haruslah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan
mengikut ketetapan berikut:

Pelaksanaan Urus setia Tarikh penyertaan
1. Peringkat Daerah dari 1 hingga 31 Julai 2020
Unit Pendidikan Khas dan Unit
2. Peringkat Negeri Pendidikan Islam PPD dari 1 hingga 31 Ogos 2020

3. Peringkat Sektor Pendidikan Khas dan dari 1 hingga 30 September
Kebangsaan Sektor Pendidikan Islam JPN 2020

Bahagian Pendidikan Khas dan
Bahagian Pendidikan Islam
KPM

7.0 PENILAIAN JURI

7.1 Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

 Penyampaian - 60 markah

 Isi - 20 markah

 Bahasa - 20 markah

7.2 Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

7.3 Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan panggilan telefon oleh urus
setia seperti berikut:

Peringkat Urus setia
1. Daerah Urus setia di Pejabat Pendidikan Daerah
2. Negeri Urus setia di Jabatan Pendidikan Negeri
3. Kebangsaan Urus setia di Kementerian Pendidikan Malaysia

8.0 Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan
oleh pihak penganjur kelak.

9.0 Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia
selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta dianggap tidak
berjaya.

95 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

10.0 HADIAH PEMENANG
10.1 Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang (johan, naib
johan dan ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.

Disediakan oleh
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia

96 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN e-BERCERITA PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

Nama peserta: daerah / negeri / kebangsaan
Kategori:
Pertandingan peringkat:
Tajuk bercerita:
Tarikh penjurian:

Penyampaian Isi Bahasa
60 markah 20 markah 20 markah

1. Pergerakan tubuh badan dan 4. Dalil naqli (ayat Al-Quran 8. Bahasa yang jelas
(mudah difahami oleh
mimik muka atau Hadith) pendengar)

(gaya tangan dan mimik muka) (Mengandungi mesej utama 9. Bacaan dalil naqli yang
tepat
bercerita & kupasan) (tajwid bagi ayat Al-Quran dan
fasih sebutan bagi hadith)
2. Rapport dengan penonton 5. Kupasan dalil
10. Kelancaran kata
(sapaan/fokus) (tidak tersekat/ tidak ulang ayat
yang sama/ tidak gagap)
(menyokong dalil naqli)
11. Intonasi yang sesuai
3. Kreativiti penyampaian 6. Analogi/Kisah teladan (sesuai dengan emosi yang
dibawa)
(ceria/sedih/kecindan)

menyokong tajuk

(menyokong mesej utama)

7. Mesej utama/tajuk
(jelas idea dan mesej yang

hendak disampaikan)

Markah Markah Markah
diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah 97 
Nama Juri
Tandatangan

 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN
PERTANDINGAN e-SYARAHAN PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

1.1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan nilai
yang berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020. Garis
panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis Keselamatan
Negara (MKN).

1.2. Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program pembangunan
adab dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

1.3. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan MURID BERKEPERLUAN
KHAS (MBK) menceburi bidang pengucapan awam berunsur dakwah secara
dalam talian. Penyampaian yang santai, kreatif dan menarik perhatian penonton
merupakan ciri utama yang perlu diketengahkan dalam pertandingan ini.

2.0 TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua murid
berkeperluan khas (MBK) sekolah menengah Bermasalah Pembelajaran
dan Kurang Upaya Pendengaran di sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 yang mempunyai peralatan rakaman
video dan capaian internet.

2.2 Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:

Bil Kategori
1 Sekolah Menengah - Bermasalah Pembelajaran Lelaki
2 Sekolah Menengah - Bermasalah Pembelajaran Perempuan
3 Sekolah Menengah - Kurang Upaya Pendengaran Lelaki
4 Sekolah Menengah - Kurang Upaya Pendengaran Perempuan

2.3 Tema syarahan adalah seperti berikut:

i. Solat Membentuk Pelajar Berdisplin
ii. Keluarga Bahagia Negara Sejahtera
iii. Bersyukur Amalan Mulia
iv. Rasulullah S.A.W Pemimpin Terbilang
v. Zakat Membentuk Peribadi Mulia

98 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

2.4 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu rakaman syarahan atau
rakaman menggunakan Bahasa Isyarat bagi MBK Kurang Upaya
Pendengaran sahaja kepada urus setia diperingkat daerah masing-masing.
Karya yang terpilih akan dicalonkan mewakili daerah ke peringkat negeri
dan kebangsaan.

2.5 Syarahan hendaklah disampaikan menggunakan Bahasa Melayu atau
Bahasa Isyarat sahaja.

2.6 Semua rakaman syarahan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana
portal/media sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh
pihak penganjur.

2.7 Semua rakaman syarahan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi
hak milik Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut dalam apa
jua bentuk tujuan.

2.8 Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana
penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat
pertandingan.

2.9 Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

3.0 PENGHANTARAN RAKAMAN :

3.1 Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item berikut:

a. acara;
b. kategori;
c. nama penuh;
d. nombor kad pengenalan;
e. nombor kad OKU;
f. jantina;
g. agama;
h. nama kelas;
i. nama sekolah;
j. nama daerah;
k. nama negeri;
l. e-mel untuk dihubungi;
m. nombor telefon untuk dihubungi; dan
n. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan

(attachment).

99 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

3.2 Rakaman video syarahan (paparan perlu meliputi kepala dan sebahagian
dada) dalam format mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman
berkualiti berdurasi 5 minit tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke
youtube (tetapan unlisted) seterusnya melengkapkan borang pendaftaran
menggunakan aplikasi google form (pautan rakaman video di youtube
diperlukan) yang disediakan oleh urus setia.

3.3 Peserta dilarang menyunting audio dan video. Penggunaan mikrofon sangat
digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.

3.4 Pakaian hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan tanpa tanda
pengenalan sekolah, daerah atau negeri.

3.5 Borang penyertaan haruslah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan
mengikut ketetapan berikut:

Pelaksanaan Urus setia Tarikh penyertaan
dari 1 hingga 31 Julai 2020
1. Peringkat Daerah Unit Pendidikan Islam PPD dari 1 hingga 31 Ogos 2020

2. Peringkat Negeri - Unit Adab dan Nilai JPN dari 1 hingga 30 September 2020
- Sektor Pendidikan Khas JPN

3. Peringkat Kebangsaan - Cawangan Pembangunan
Adab dan Nilai, BPI KPM

- Unit Kokurikulum, Sukan dan
Kesenian BPKhas KPM

4.0 PENILAIAN JURI

4.1 Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

 Penyampaian - 60 markah

 Isi - 20 markah

 Bahasa - 20 markah

4.2 Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

4.3 Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan panggilan telefon oleh
urus setia seperti berikut:

Peringkat Urus setia
1. Daerah Urus setia di Pejabat Pendidikan Daerah
2. Negeri Urus setia di Jabatan Pendidikan Negeri
3. Kebangsaan Urus setia di Kementerian Pendidikan Malaysia

5.0 Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan
oleh pihak penganjur kelak.

6.0 Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia selepas
dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta dianggap tidak berjaya.

100 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

7.0 HADIAH PEMENANG
7.1 Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang (johan, naib
johan dan ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.

Disediakan oleh
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia

101 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN e-SYARAHAN PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

Nama peserta: daerah / negeri / kebangsaan
Kategori:
Pertandingan peringkat:
Tajuk syarahan:
Tarikh penjurian:

Penyampaian Isi Bahasa
60 markah 20 markah 20 markah

1. Pergerakan tubuh badan dan 4. Dalil naqli (ayat Al-Quran 8. Bahasa yang jelas
(mudah difahami oleh
mimik muka atau Hadith) pendengar)

(gaya tangan dan mimik muka) (Mengandungi mesej utama 9. Bacaan dalil naqli yang
tepat
syarahan & kupasan) (tajwid bagi ayat Al-Quran dan
fasih sebutan bagi hadith)
2. Rapport dengan penonton 5. Kupasan dalil
10. Kelancaran kata
(sapaan/fokus) (tidak tersekat/ tidak ulang ayat
yang sama/ tidak gagap)
(menyokong dalil naqli)
11. Intonasi yang sesuai
3. Kreativiti penyampaian 6. Analogi/Kisah teladan (sesuai dengan emosi yang
dibawa)
(ceria/sedih/kecindan)

menyokong tajuk

(menyokong mesej utama)

7. Mesej utama/tajuk
(jelas idea dan mesej yang

hendak disampaikan)

Markah Markah Markah
diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah 102 
Nama Juri
Tandatangan

 

 
 
  Bahagian Pendidikan Khas , Kementerian Pendidikan Malaysia

 

GARIS PANDUAN DAN SYARAT
PERTANDINGAN e-NYANYIAN SOLO LAGU DAKWAH PENDIDIKAN KHAS

SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

1.1 Garis panduan ini diedarkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah sebagai rujukan pengurusan aktiviti adab dan
nilai yang berbentuk pertandingan secara dalam talian bagi tahun 2020.
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama arahan Majlis
Keselamatan Negara (MKN).

1.2 Pertandingan secara dalam talian ini dilaksanakan agar program
pembangunan adab dan nilai dapat diteruskan bagi tahun 2020.

1.3 Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid Islam Pendidikan
Khas selain meningkatkan keyakinan diri MURID BERKEPERLUAN KHAS
(MBK) melalui persembahan nyanyian lagu-lagu dakwah.

1.4 Hiburan yang bermanfaat bukan sahaja dapat mengisi kehendak naluri
seorang insan, malah dapat memupuk tingkah laku positif dalam kalangan
mereka yang menghayatinya. Genre lagu berunsur kerohanian dilihat
sebagai satu bentuk hiburan yang dapat memenuhi kriteria ini. Di samping
berhibur, murid-murid dapat mengambil manfaat daripada lirik-lirik lagu yang
mengajak kepada perkara positif.

2.0 TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada murid-murid kategori
Bermasalah Pembelajaran atau Kurang Upaya Penglihatan (KUL) Tahun
satu (1) hingga Tingkatan lima (5) di Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 yang mempunyai peralatan rakaman
video dan capaian internet.

2.2 Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu:

Bil Kategori
1. Murid Lelaki
2. Murid Perempuan

 

2.3 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu rakaman sahaja kepada
urus setia di peringkat sekolah masing-masing. Hanya seorang peserta
sahaja bagi setiap kategori yang akan dicalonkan mewakili sekolah ke
peringkat daerah. Begitu juga seorang peserta wakil daerah ke peringkat
negeri dan peserta negeri ke peringkat kebangsaan.

103 
 

 
 
  Bahagian Pendidikan Khas , Kementerian Pendidikan Malaysia

 

2.4 Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/
media sosial/ blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak
penganjur.

2.5 Semua rakaman penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur akan
menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman video
tersebut dalam apa jua bentuk tujuan.

2.6 Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan
yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

2.7 Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

3.0 PENGHANTARAN RAKAMAN :

3.1 Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia di setiap
peringkat dengan menyertakan item berikut:

a. acara;
b. kategori;
c. nama penuh;
d. nombor kad pengenalan;
e. nombor kad OKU;
f. jantina;
g. agama;
h. nama kelas;
i. nama sekolah;
j. nama daerah;
k. nama negeri;
l. e-mel untuk dihubungi;
m. nombor telefon untuk dihubungi; dan
n. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan

(attachment).

3.2 Rakaman video persembahan (paparan meliputi keseluruhan tubuh badan)
dalam format mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti
berdurasi minimum 2 minit dan maksimum 5 minit tanpa disunting
hendaklah dimuatnaik ke youtube (tetapan unlisted) seterusnya
melengkapkan borang pendaftaran menggunakan aplikasi google form
(pautan rakaman video di youtube diperlukan) yang disediakan oleh urus
setia.

3.3 Penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara
yang terbaik.

104 
 

 
 
  Bahagian Pendidikan Khas , Kementerian Pendidikan Malaysia

 

3.4 Borang penyertaan haruslah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan
bermula pada tarikh seperti berikut :

Peringkat Tarikh
Daerah 1 hingga 31 Julai 2020
Negeri 1 hingga 31 Ogos 2020
Kebangsaan 1 hingga 30 September 2020

4.0 TEMA

4.1 Tema nyanyian adalah lagu kerohanian Islam.

5.0 PAKAIAN PESERTA

5.1 Pakaian peserta hendaklah menutup aurat dan patuh syariah.

5.2 Peserta lelaki memakai pakaian kebangsaan (baju melayu “cekak musang”
versi tradisional atau moden) yang lengkap (bersampin dan bersongkok
hitam).

5.3 Peserta perempuan berbaju kurung kebangsaan dan bertudung sempurna.

5.4 Hanya hiasan yang bersesuaian dengan pakaian kebangsaan sahaja yang
dibenarkan.

5.5 Semua peserta tidak dibenarkan memakai sebarang tanda pengenalan
sekolah, daerah atau negeri.

6.0 PENJURIAN

6.1 SUARA

6.1.1 Penghakiman suara adalah daripada aspek kualiti ton, ketepatan
pic, nada, frasa, sebutan, dinamik, keseimbangan dan harmoni.

6.1.2 Sebarang intro dan outro lagu tidak dibenarkan.

6.2 LAGU

6.2.1 Setiap penyanyi solo dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu
SAHAJA.

6.2.2 Lagu tersebut BUKAN ciptaan baharu di mana peserta BOLEH
menyanyikan lagu yang sedia ada di pasaran.

6.3 LIRIK

6.3.3. Lirik lagu yang dinyanyikan BUKAN ciptaan baharu di mana
peserta BOLEH menyanyikan lagu yang sedia ada di pasaran.

6.3.4 Lirik lagu hendaklah menepati tema yang ditetapkan urus setia.

105 
 

 
 
  Bahagian Pendidikan Khas , Kementerian Pendidikan Malaysia

 

6.3.5 Lirik lagu HANYA menggunakan Bahasa Melayu sahaja.

6.3.6 Lirik lagu TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

6.4 PERSEMBAHAN/KREATIVITI

6.4.1 Persembahan penyanyi solo bermula daripada mula muzik
hinggalah berakhir muzik (berdasarkan ketetapan yang ditentukan
oleh juri).

6.4.2 Hanya pergerakan yang bersesuaian dengan lagu, lirik dan muzik
yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan. Pergerakan
yang tidak keterlaluan bermaksud tiada unsur tarian dan unsur
yang mengganggu sensitiviti agama Islam.

6.4.3 Setiap penyanyi solo DILARANG mempersembahkan unsur puisi,
sajak, pentomen dan seumpamanya dalam persembahan.

7.0 MUZIK

7.1 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara minus one.

8.0 MASA

8.1 Setiap penyanyi solo diberi masa 2 hingga 4 minit sahaja untuk
mempersembahkan lagu.

8.2 Masa dikira bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik
(berdasarkan ketetapan yang ditentukan oleh juri).

8.3 Pemotongan markah berlaku sekiranya masa kurang atau lebih dari yang
telah ditetapkan.

9.0 PENILAIAN JURI

9.1 Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

 Suara - 50 markah

 Persembahan - 30 markah

 Kreativiti - 20 markah

9.2 Aspek Suara (50 markah)

 Ketepatan pic, nada dan frasa - 10 markah
10 markah
 Keseimbangan/harmoni - 10 markah
10 markah
 Dinamik - 10 markah

 Kualiti ton -

 Kejelasan sebutan -

9.3 Aspek Persembahan (30 markah):

 Koreografi - 10 markah

106 
 

 
 
  Bahagian Pendidikan Khas , Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 Ketepatan gaya - 8 markah
 Ekspresi - 5 markah
 Pakaian dan Aksesori - 5 markah
 Bonus - 2 markah

9.4 Aspek Kreativiti (20 markah) - 10 markah
 Irama masri/kontemporari - 10 markah
 Alunan qasidah/Kreativiti

10.0 Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan
tidak akan dipertimbangkan.

11.0 Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel atau panggilan telefon urus setia
berikut:

Peringkat Urus Setia
Daerah Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Jabatan Pendidikan Negeri
Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia

12.0 Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan
oleh pihak penganjur kelak.

13.0 Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia
daerah selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta
tersebut dianggap tidak berjaya.

14.0 HADIAH PEMENANG

14.1 Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang utama
(johan, naib johan dan ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.

Disediakan oleh:
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia

107 
 

 
 
  Bahagian Pendidikan Khas , Kementerian Pendidikan Malaysia

 

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN e-NYANYIAN SOLO LAGU DAKWAH PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

Nama peserta: daerah / negeri / kebangsaan
Kategori:
Pertandingan peringkat:
Tajuk lagu:
Tarikh penjurian:

Suara Persembahan Kreativiti
50 markah 30 markah 20 markah

Ketepatan pic, nada dan frasa Koreografi Irama masri/kontemporari
10 markah 10 markah 10 markah

Keseimbangan/harmoni Ketepatan gaya Alunan qasidah/Kreativiti
10 markah 8 markah 10 markah

Dinamik Ekspresi
10 markah 5 markah

Kualiti ton Pakaian dan Aksesori
10 markah 5 markah

Kejelasan sebutan Bonus
10 markah 2 markah

Markah Markah Markah
diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah
Nama Juri
Tandatangan

108 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

GARIS PANDUAN
PERTANDINGAN e-DEKLAMASI SAJAK PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

1.1. Pertandingan e-Deklamasi Sajak Pendidikan Khas merupakan pertandingan
secara dalam talian yang diadakan bersempena dengan tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara.

1.2. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat MURID
BERKEPERLUAN KHAS (MBK) menceburi bidang puisi secara dalam
talian. Penyampaian yang santai, kreatif dan menarik perhatian penonton
merupakan ciri utama yang perlu diketengahkan dalam pertandingan ini.

1.3. Pertandingan ini adalah bagi menyokong seruan kerajaan bagi semua rakyat
Malaysia untuk tetap berada di dalam rumah sepanjang PKP di samping
melakukan aktiviti berfaedah dalam menghasilkan karya mengikut kreativiti
masing-masing.

2.0 TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada murid-murid Sekolah
menengah kategori Bermasalah Pembelajaran Tingkatan satu (1) hingga
lima (5) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah
Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Kementerian Pendidikan Malaysia pada
tahun 2020 yang mempunyai peralatan rakaman video dan capaian internet.

2.2 Setiap negeri dibenarkan menghantar seorang murid lelaki dan seorang
murid perempuan yang bukan beragama Islam bagi kategori yang
dipertandingkan.

2.3 Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu:

Bil Kategori
1 Sekolah Menengah - Bermasalah Pembelajaran Lelaki
2 Sekolah Menengah - Bermasalah Pembelajaran Perempuan

2.4 Tema deklamasi sajak adalah unsur nilai-nilai murni dalam masyarakat
seperti :

2.4.1 Bersatu-padu
2.4.2 Hormati Kepelbagaian
2.4.3 Menghargai anugerah alam sekitar
2.4.4 Menghormati dan mentaati raja, pemimpin dan negara
2.4.5 Amanah
2.4.6 Ketaatan

109 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

2.5 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu atau lebih rakaman video
deklamasi sajak menggunakan Bahasa Melayu sahaja kepada urus setia
diperingkat daerah masing-masing. Tetapi hanya satu karya sahaja yang
dipilih sebagai pemenang untuk mewakili daerah ke peringkat negeri dan
kebangsaan.

2.6 Teks Sajak dan Video deklamasi sajak yang dihasilkan boleh diadaptasi
daripada karya penulis lain. Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti,
subversif dan negatif mana-mana pihak.

2.7 Sajak/Syair hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak 1.5 langkau .

2.8 Ditaip menggunakan font Arial bersaiz 12 dan dicetak pada sebelah muka
setiap helaian.

2.9 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan
tema sajak.

2.10 Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak yang ingin
dideklamasikan.

2.11 Deklamasi sajak hendaklah disampaikan menggunakan Bahasa Melayu.

2.12 Semua rakaman deklamasi sajak tidak boleh dimuat naik ke mana-mana
portal/media sosial/blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh
pihak penganjur.

2.13 Semua rakaman deklamasi sajak yang diterima oleh pihak penganjur akan
menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman video tersebut
dalam apa jua bentuk tujuan.

2.14 Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan
yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.

2.15 Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hakcipta. Peserta hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas rakaman dihasilkan.

3.0 PENGHANTARAN RAKAMAN :

3.1 Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam
talian menggunakan aplikasi google form yang disediakan oleh urus setia
di setiap peringkat dengan menyertakan item berikut:

a. acara;
b. kategori;
c. nama penuh;
d. nombor kad pengenalan;
e. nombor kad OKU;

110 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

f. jantina;
g. agama;
h. nama kelas;
i. nama sekolah;
j. nama daerah;
k. nama negeri;
l. e-mel untuk dihubungi;
m. nombor telefon untuk dihubungi; dan
n. pautan rakaman video dari youtube (tetapan unlisted) atau sisipan

(attachment).

3.2 Rakaman video deklamasi sajak (paparan perlu meliputi keseluruhan
anggota badan) dalam format MP4 dan diambil dari telefon bimbit dengan
rakaman berkualiti berdurasi tidak kurang dari 2 minit dan tidak melebihi 5
minit tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke youtube (tetapan unlisted)
seterusnya melengkapkan borang pendaftaran menggunakan aplikasi
google form (pautan rakaman video di youtube diperlukan) yang
disediakan oleh urus setia.

4.0 Peserta dilarang menyunting audio dan video. Penggunaan mikrofon sangat
digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.

5.0 Rakaman perlu dibuat secara solo di dalam premis peserta.

6.0 Pakaian hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan tanpa tanda
pengenalan sekolah, daerah atau negeri.

7.0 Borang penyertaan haruslah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan
mengikut ketetapan berikut:

Pelaksanaan Urus setia Tarikh penyertaan
dari 1 hingga 31 Julai 2020
1. Peringkat Daerah - Unit Pendidikan Islam PPD
- Unit Pendidikan Khas PPD dari 1 hingga 31 Ogos 2020

2. Peringkat Negeri - Unit Adab dan Nilai JPN dari 1 hingga 30 September 2020
- Sektor Pendidikan Khas JPN

3. Peringkat Kebangsaan - Unit Kokurikulum, Sukan dan
Kesenian BPKhas KPM

8.0 PENILAIAN JURI

8.1 Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

 Gaya/Penghayatan - 50 markah
 Suara/Nada - 25 markah
 Kelancaran - 25 markah

111 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

8.2 Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

8.3 Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan panggilan telefon oleh
urus setia seperti berikut:

Peringkat Urus setia
1. Daerah Urus setia di Pejabat Pendidikan Daerah
2. Negeri Urus setia di Jabatan Pendidikan Negeri
3. Kebangsaan Urus setia di Kementerian Pendidikan Malaysia

9.0 Hadiah akan disampaikan kepada pemenang pada tarikh yang akan ditetapkan
oleh pihak penganjur kelak.

10.0 Sekiranya peserta tidak mendapat maklum balas daripada pihak urus setia
selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup penyertaan maka peserta dianggap tidak
berjaya.

11.0 HADIAH PEMENANG

11.1 Peserta akan menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang (johan, naib
johan dan ketiga) akan menerima plak dan hadiah iringan.

Disediakan oleh
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia

112 
 

 
 

  Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN e-DEKLAMASI SAJAK PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2020

Nama peserta: daerah / negeri / kebangsaan
Kategori:
Pertandingan peringkat:
Tajuk deklamasi sajak:
Tarikh penjurian:

Gaya/Penghayatan Suara/Nada Kelancaran/Kefasihan

50 markah 25 markah 25 markah

1. Pergerakan tubuh badan dan 1. Nada yang bersesuaian 1. Sebutan yang betul dan

mimik muka dengan sajak seperti fasih

(gaya tangan dan mimik muka) patriotik, marah, sinis,

2. Olahan/bahasa tubuh, gerak sedih, romantik dan 2. Kelancaran kata

tangan dan sebagainya yang sebagainya. (tidak tersekat/ tidak ulang

bersesuaian dengan sajak 2. Penggunaan intonansi yang ayat yang sama/ tidak

yang dideklamasikan. gagap)

tepat iaitu turun naik dan

3. Mimik muka juga adalah tinggi rendah suara untuk

gaya. Mimik muka hendaklah dipadankan dengan maksud

sesuai dengan tema dan isi sajak.

sajak. 3. Suara yang sesuai dengan

4. Penyajak dapat sajak dan dapat dipaparkan

mengemukakan teknik, gaya, melalui permainan kualiti

nada dan suara yang suara

bersesuaian dengan sajak

yang dideklamasikan adalah

kejayaannya dalam

penghayatan sajak itu

Markah Markah Markah
diperolehi: diperolehi: diperolehi:

Jumlah Markah
Nama Juri
Tandatangan

113 
 


Click to View FlipBook Version