The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Asas komunikasi PCA.pptx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayulizal8465, 2021-10-11 23:03:32

ASAS KOMUNIKASI

Asas komunikasi PCA.pptx

ASAS KOMUNIKASI
PN ZAIRINA ZAIMAROL
FKSK

Objektif pembelajaran

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat memahami:
i. Definisi komunikasi
ii. Proses komunikasi
iii. Jenis – jenis komunikasi

-Verbal
-Non verbal
-Bertulis
-Visual
v. Tujuan dan fungsi komunikasi
vi. Komunikasi teraputik.

PENGENALAN

• Komunikasi adalah penting dalam kehidupan seharian untuk
manusia mendapatkan persefaham dan persetujuan bersama
dalam setiap keadaan.

• Tanpa eleman komunikasi yang efektif dalam sesuatu transaksi
akan mewujudkan salah faham yang membawa kepada krisis
komunikasi samada secara langsung atau tidak langsung.

• Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej
diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu
berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya
dalam menjalankan urusannya.

DEFINASI KOMUNIKASI

• Berasal dari istilah Latin- Communicare
bermaksud – to make common
ataupun bermaksud
mewujudkan persamaan.

DEFINISI KOMUNIKASI

Pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada
seorang individu atau kumpulan kepada individu atau
kumpulan yang lain menggunakan simbol-simbol.
Theodorson&Theodorson(2011).

Pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak
(penghantar) kpd pihak lain (penerima)
Guffey & Almonte (2001)

"Satu seni menyalurkan maklumat, idea-idea dari seseorang
kepada seseorang yang lain"
Emery, Ault&Agee(1963 ).

DEFINISI KOMUNIKASI

• Sulaiman Masri(1997), “Komunikasi bermula
apabila satu mesej (maklumat) daripada
pengirim(penutur, penulis) dipindahkan
menerusi alat atau saluran tertentu kepada
penerima (pendengar, pembaca) yang
kemudiannya memberi maklum balas
(mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.”

Secara kesimpulan, komunikasi adalah satu proses
pertukaran maklumat melalui pemahaman yang
sama diantara dua atau lebih pihak.

Proses Komunikasi



Penghantar/pengirim

• Merupakan pihak yang mencipta mesej
• Mempunyai maklumat yang ingin dikonsi

bersama dengan penerima.

Enkod

• Proses yang melibatkan menghantar
menterjemahkan idea atau perasaan dalam
bentuk perkataan, bunyi dan tingkah laku
kepada penerima.

• Penerima pula menyimpulkan maklumat
tersebut menjadi bentuk sekumpulan
simbol,bentuk badan atau gerakan anggota
untuk menerangkan idea dan konsepnya.

Mesej

• Merupakan maklumat dalam bentuk lisan
ataupun bukan lisan yang digunakan oleh
penghantar kepada penerima.

• Dihantar kepada penerima melalui saluran
komunikasi.

• Saluran komunikasi merupakan laluan
bagaimana mesej itu dihantar .

Dekod

• Merupakan proses mentafsirkan mesej yang
disampaikan oleh penghantar kepada konsep
atau bentuk yang mudah difahami oleh
penerima.

Penerima

• Merupakan pihak yang menganalisis dan
mengintepretasikan mesej yang dihantar oleh
penghantar.

Maklum balas

• merupakan tindak balas kepada mesej yang
dismpaikan oleh penerima kepada penghantar.

• maklumbalas penting untuk memastikan
maklumat yang disampaikan oleh penghantar
pertama sama maksud dengan apa yang
ditafsirkan oleh penerima. tanpa maklumbalas,
kecekapan dan keberkesanan komunikasi tidak
dapat dilaksanakan.

Jenis - jenis Komunikasi

Komunikasi Sehala
• Pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima.
• Memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima.
Komunikasi Dua hala
• Penerima memberikan maklumbalas pada pengirim .
• Membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima

kurang tepat .
• Membolehkan penerima lebih yakin untuk mengambil tindakan yang betul.

Bentuk-bentuk
Komunikasi

Bentuk-bentuk komunikasi

1. Komunikasi lisan (verbal)
2. Komunikasi bukan lisan (non verbal)
3. Komunikasi bertulis
4. Komunikasi visual

Komunikasi Lisan

▪ Berlaku apabila terdapat dua pihak atau lebih
berbicara secara bersemuka atau dalam
peristiwa wacana seperti perbualan dalam
telefon, telesidang, dll.

Komunikasi Bukan lisan/Isyarat

• Komunikasi non-verbal yang tersirat makna
tertentu yang disampaikan melalui bunyi,
gerakan bahasa badan, memek muka, objek
atau sebarang reka bentuk.

Komunikasi Bertulis

▪ Mesej/maklumat yang disampaikan secara bertulis seperti:-
▪ Surat
▪ Minit mesyuarat
▪ Pekeliling/Memo
▪ Laporan
▪ E-mail/SMS
▪ Buku, majalah
▪ Kertas kerja
▪ Papan tanda/Sepanduk

Komunikasi Visual

▪ Komunikasi yang menggunakan imej-imej visual, gambar,
lukisan atau ilustrasi

▪ Komunikasi visual dapat menyampaikan maklumat dan idea
dalam pelbagai bentuk yang menarik dan mudah difahami.
▪ Contoh: iklan, filem, kartun, VCD,slide, dll.

Apakah tujuan sebenar
berkomunikasi?

Tujuan komunikasi

▪ Cuba memahami orang lain
▪ Cuba memahami kejadian yang berlaku
▪ Cuba memahami dunia sekeliling kita
▪ Cuba mengenal diri kita sendiri
▪ Tahu orang suka atau benci akan kita
▪ Tahu mengapa mereka bersikap begitu
▪ Perlu menjalin hubungan dengan orang lain

Tujuan komunikasi

▪ Berkongsi kegembiraan dan kedukaan dengan orang lain
▪ Cuba mempengaruhi fikiran, perasaan dan tingkah laku orang lain
▪ Hendak menolong, menghibur, memberi nasihat atau bantuan, dll.

HUBUNGAN INSAN, AKADEMIK, KERJAYA

Kita boleh jadi sedar dan atau tidak sedar
tujuan kita berkomunikasi



Fungsi umum komunikasi

1) Penyebaran informasi dan amaran
2) Menjalinkan hubungan antara masyarakat
3) Transmisi budaya masyarakat
4) Hiburan
5) Penentuan agenda
6) Pemujukan
7) Pendidikan
8) Ekonomi
9) Pemerhati

Fungsi komunikasi:
Penyebaran informasi dan amaran

• Sebaran informasi semasa dan terkini tentang persekitaran
manusia

• Bertindak menyampaikan amaran yang berupa peringatan
kepada masyarakat ,contohnya:berlaku kecemasan seperti
banjir, jerebu, wabak penyakit

Fungsi komunikasi: Menjalinkan hubungan antara
masyarakat

• Berperanan menghubungkan kelompok
masyarakat menerusi isu yang dibincangkan
berkaitan kepentingan kelompok tersebut

• Komunikasi menjalinkan hubungan harmoni
antara kelompok atau kaum ,contohnya
perpaduan kaum berbagai bangsa dan agama
di Malaysia

Fungsi komunikasi:
Transmisi budaya masyarakat

• Meneroka kepelbagaian budaya hidup
pelbagai masyarakat

• Memudahkan proses adaptasi dengan budaya
asing.

Fungsi komunikasi:
Hiburan

• Hiburan melalui media massa yang
membantu menangani tekanan
kehidupan seharian

• Media cetak dan media elektronik
menyediakan berbagai bentuk
hiburan samada lisan atau bukan
lisan

Fungsi komunikasi :
Penentuan agenda

• Media massa yang berperanan
menentukan mesej tertentu yang
ingin disampaikan kepada
masyarakat

• Membawakan isu yang releven
dengan keadaan semasa yang
mendapat perhatian masyarakat

Fungsi komunikasi:
Pemujukan

• Melibatkan kesan terhadap penerima mesej
• Mempengaruhi minda dan sikap seseorang
• Contoh: memujuk pesakit makan/mandi

Fungsi Komunikasi:
Pendidikan

• Mendidik individu dalam sesuatu perkara atau
mendidik masyarakat dalam sesuatu bidang

• Pendidikan formal dan tidak formal

Fungsi komunikasi:
Ekonomi

• Fungsi komunikasi dalam perniagaan
seperti pengiklanan,memainkan
peranan dalam memperkenalkan
produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan

• Mempengaruhi masyarakat membeli
atau mengikuti idea yang disebarkan

Fungsi komunikasi:

Pemerhati

• Komunikasi media massa
yang berperanan sebagai
pemerhati masyarakat
berkaitan dengan kerajaan
dan badan bukan kerajaan

• Memantau aktiviti pihak
terbabit selaras dengan
peranannya dalam
masyarakat agar seimbang
dari segi sosial,politik dan
ekonomi

Halangan Kepada Komunikasi

▪ Merupakan gangguan yang berlaku semasa
komunikasi berlangsung yg boleh mengubah
maksud asal mesej yg disampaikan di setiap

peringkat.
▪ Terdapat 2 jenis halangan iaitu
▪Halangan dalaman(internal)←

▪Halangan luaran(external)→

Halangan kepada komunikasi

1. Sikap pendengar←
2. Sikap penerima ←
3. Kecacatan- sistem pendengaran atau pertuturan←
4. Perbezaan pengalaman/pekerjaan/bahasa←
5. Maklumat kurang tepat @jelas atau salah tafsir→
6. Halangan organisasi/Perbezaan status→
7. Persekitaran→
8. Kesesuaian masa→

Aspek keberkesanan berkomunikasi

1. Latar belakang penghantar dan penerima
maklumat.

2. Mendengar dengan baik dan efektif.
3. Bersikap positif.

PETUA KOMUNIKASI BERKESAN
(FORMULA 7K)

1. KEPERCAYAAN Penyampai perlu memperolehi kepercayaan
dari pendengar dan pendengar perlu bersikap positif

2. KEBENARAN Mesej hendaklah mempunyai
kebenaran/kesahihan

3. KEFAHAMAN Kandungan mesej hendaklah difahami selaras
dengan hasrat penyampai

4. KEJELASAN Pilihan kata-kata dan simbol yang tepat, mudah
dan tidak mengelirukan untuk mempastikan kejelasan mesej

PETUA KOMUNIKASI BERKESAN
(FORMULA 7K)

5. KEUPAYAAN Penyampai perlu memahami
keupayaan pendengar untuk memahami mesej

6. KAEDAH Pemilihan wacana (medium)
komunikasi hendaklah sesuai dengan tujuan
mesej dan juga sasarannya

7. KESINAMBUNGAN Idea hendaklah ada kaitan
dan urutan antara satu sama lain

Komunikasi terapeutik

• komunikasi yang dilakukan secara sedar bertujuan
untuk kesembuhan pesakit/klien.

• merupakan cara untuk membina hubungan yang
terapeutik antara pesakit dan jururawat dalam
penyampaian informasi dan pertukaran perasaan
dengan maksud mempengaruhi bagi tujuan perawatan.

Tujuan komunikasi terapeutik

• membantu pesakit/klien berkongsi masalah
bagi mengurangkan beban perasaan/emosi
yang dihadapi.

• mengurangkan rasa keraguan pesakit/klien
terhadap jururawat.

Kepentingan komunikasi terapeutik
dalam kejururawatan.

1. Dapat menggalakkan hubungan/ kerjasama yang baik antara jururawat dan
pesakit/klien

2. Dapat kumpulkan maklumat bagi menentukan penyakit berkaitan dengan
pesakit/klien.

3. Dapat menilai dan mengubahsuai kelakuan pesakit/klien.
4. Dapat mengenalpasti bagaimana pesakit memberi dan menerima respons verbal dan

nonverbal.
5. Dapat mendengar luahan pesakit dan dapat perhatikan keadaan pesakit mengatasi

cabaran yang dihadapi.
6. Dapat berikan perawatan ataupun pendidikan kesihatan bersesuaian dengan pesakit.

Langkah-langkah dalam mewujudkan
komunikasi terapeutik:

1. Kenalkan diri anda kepada pesakit anda dan
gunakan namanya semasa bercakap dengannya.
Bersalaman pada pertemuan awal anda selalunya
merupakan kaedah yang baik untuk membina
kepercayaan dan rasa hormat dengan cepat.

Langkah-langkah dalam mewujudkan
komunikasi terapeutik:

2. Pastikan pesakit anda mempunyai privasi
semasa anda memberikan rawatan. Pastikan
keperluan asasnya dipenuhi, termasuk
menghilangkan rasa sakit atau sumber
ketidakselesaan yang lain.

Langkah-langkah dalam mewujudkan
komunikasi terapeutik:

3. Jadi pendengar yang aktif. Pastikan anda memahami
kebimbangannya dengan menyatakan semula apa yang dia
lisankan. Namun, jangan terlalu banyak menggunakan
pernyataan semula dalam perbualan kerana dapat dirasakan
oleh pesakit anda bahawa anda tidak benar-benar
mendengarkannya. Tunjukkan diri anda yang ikhlas dan jujur
ketika berkomunikasi dengannya.

Langkah-langkah dalam mewujudkan
komunikasi terapeutik:

4. Menjaga hubungan mata. Ingat, terlalu banyak
kontak mata boleh menakutkan. Senyumlah
secara berkala dan anggukkan kepala ketika anda
dan pesakit anda terlibat dalam perbualan.
Bercakap dengan tenang dan perlahan agar dia
dapat memahami. Kawal tona suara anda seperti
mengatakan "Saya mengambil berat tentang
anda."

Langkah-langkah dalam mewujudkan
komunikasi terapeutik:

5. Menjaga batas profesional. Sebilangan pesakit
memerlukan sentuhan yang lebih terapeutik,
seperti memegang tangan dan memeluk,
daripada yang lain dan beberapa pesakit lebih
suka tidak disentuh. Sentiasa menghormati
perbezaan budaya.


Click to View FlipBook Version