PERKEMBANGAN
KOGNITIF DAN
BAHASA
PGA 101
Disediakan oleh...
Kumpulan 3
NUR AYUMI
BINTI
DARAMAN
(157863)
MELIA ANAK
GENDAL
(157686)
NUR AFNI
AKHTAR
BINTI ABDUL
SUKOR
(145525)
ISI
KANDUNGAN
1. Kata Aluan
2. Pengenalan
3. Definisi Kognitif dan Bahasa
4. Tokoh Perkembangan Kognitif
5. Teori Perkembangan Bahasa
6. Sistem Bahasa
7. Cara Guru Membantu Murid Mencapai
Perkembangan Kognitif Yang Optimum
8. Implikasi Perkembangan Bahasa Dalam PdP
9. Pembelajaran Bahasa Tambahan
10. Isu Literasi dalam Kalangan Kanak-Kanak
11. Program Pemulihan
12. Rumusan dan Rujukan
KATA ALUAN
E-Book ini telah dihasilkan bagi melengkapkan
kerja kursus subjek pga101 di bawah program
pengajian sastera dengan pendidikan sidang
akademik 2021/2022.
Sekalung-kalung tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada pemantau dan pensyarah
tutorial kami ialah Ts. Dr. Md Baharuddin Abdul
Rahman.
Diharapkan buku ini dapat memberi manfaat
yang berguna dengan memberi pendedahan
mengenai perkembangan kognitif dan bahasa
kepada semua pembaca.
PENGENALAN
E-Book yang bertajuk perkembangan kognitif dan bahasa
ini bertujuan untuk menerangkan lebih lanjut tentang
perkembangan yang berlaku pada manusia dalam aspek
kognitif dan bahasa. Melalui kajian ini dapat mengetahui
definisi kognitif dan bahasa yang lebih mendalam.
Terdapat pelbagai tokoh yang mengemukakan teori
tentang perkembangan kognitif dan bahasa. Antara tokoh
yang mengemukakan teori perkembangan kognitif ialah
Jean Piaget dan Vgotsky. Para ilmuan ini telah memberi
pendapat dan pandangan mereka sendiri tentang
perkembangan kognitif terhadap manusia terutamanya
kanak-kanak dan remaja. Di samping itu, Noam Chomsky
merupakan salah satu tokoh yang telah memberi pandapat
dan pandangan sendiri tentang teori perkembangan
bahasa. Terdapat juga teori tingkah laku dan teori
interaksionalis. Selain itu, e-book ini menerangkan
tentang lima jenis sistem bahasa yang terdapat dalam
perkembangan bahasa.
Seterusnya, e-Book ini mengandungi pelbagai aspek yang
mengenai perkembangan kognitif dan bahasa, contohnya
cara guru membantu murid mencapai perkembangan
kognitif yang optimum, implikasi perkembangan bahasa
dalam PdP, dan pembelajaran bahasa tambahan. Perkara ini
dapat menguji tahap keberkesanan teori-teori ini dalam diri
manusia. Justeru, isu literasi dan program pemulihan juga
terdapat di dalam e-Book ini agar dapat meningkatkan
perkembangan kognitif dan bahasa dalam kalangan kanak-
kanak dan remaja merlalui konsep pembelajaran alaf ke-
21.
Akhir sekali, e-Book ini diwujudkan bagi membantu dan
meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam kepada
para guru untuk membentuk pemikiran kritis dan kreatif
dalam diri murid yang sejajar dengan konsep pembelajaran
alaf ke-21. Hal ini dapat melahirkan murid yang selaras
dengan pendidikan negara maju dan meningkatkan
keberhasilan dan kemenjadian murid.
APAKAH
DEFINISI
PERKEMBANGAN
KOGNITIF DAN
BAHASA?
DEFINISI
KOGNITIF
Perkembangan kognitif mempunyai kaitan dengaan
kognisi iaitu melakukan aktiviti yang memperoleh ilmu
pengetahuan secara pemikiran dengan melalui deria
masing-masing (Mok Soon Sang, 2011). Selain itu,
Menurut santrock (2008) mendefinisikan perkembangan
ini sebagai satu perubahan dalam pelbagai corak iaitu
biologi, kognitif dan sosioemosi seseorang itu sejak
daripada lahir sehingga penghujung hayat mereka. Selain
itu perkembangan kognitif merupakan satu proses tahap
peningkatan seseorang dalam keupayaan pemikiran,
pengetahuan dan intelektual. Kemampuan yang dialami
oleh seseorang itu telah menjana akal budi dalam
melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan
penyelesaian masalah, memahami dan menganalisa
sesuatu perkara dengan tepat dan pantas. Perkembangan
kognotif ini juga dapat membentuk pengetahuan dan
pemahaman baru melalui pengalaman yang dilaluinya.
Perkara ini adalah satu proses pembesaran yang dilalui
oleh setiap individu sejak dari kecil sehingga dewasa.
Istilah cognitive bermaksud knowing yang berasal
daripada cognition yang bererti mengetahui. Kognitif
ini dapat ditafsirkan sebagai satu kemampuan yang
perlu ada dalam diri seseorang dari segi berfikir dan
belajar sesuatu perkara. Hal ini dapat membina satu
konsep baru iaitu kemampuan untuk mentafsir dan
memahami, dan mengingati perkara yang berlaku di
persekitaran mereka. Menurut Haliza Hamzah dan Joy
N. Samuel (2008), seseorang itu, memerlukan
kemahiran kognitif dalam diri kerana kemahiran
merupakan kebolehan individu berfikir, memberi
pendapat, memahami, mengingati perkara yang berlaku
di sekeliling mereka. Selain itu, istilah kognitif adalah
salah satu wilayah atau domain psokologis manusia
yang meliputi perilaku mental yang berhubungan
dengan pemahaman, pengolahan informasi, pemecahan
masalah, kesengajaan, dan keyakinan. Kognitif juga
memiliki hubungan dengan konasi (kehendak) dan
afeksi (perasaan) yang bertalian dengan rasa (Chaplin,
2007).
Definisi Bahasa
Definisi untuk bahasa dapat dilihat dari dua
sumber. Sumber yang pertama adalah daripada
sebuah e-book yang berjudul “Perkembangan
Kognitif & Bahasa” karya Aina Izzatul Asyikin
Binti Mohd. Halmi (dan lain-lain). Menurut e-
book ini, bahasa merupakan satu bentuk
komunikasi yang boleh dituturkan, ditulis atau
ditandatangani. Sumber yang kedua pula adalah
daripada Kamus Dewan Edisi Ketiga (terbitan
1994). Bahasa didefinisikan sebagai sistem
lambang bunyi suara yang digunakan sebagai
alat perhubungan dalam sesuatu kelompok
manusia untuk melahirkan perasaan dan
fikiran.
TOKOH
PERKEMBANGAN
KOFNITIF
PERINGKAT
PERKEMBANGAN
KOGNITIF JEAN
PIAGET
Peringkat Sensori
Motor
Peringkat Pra
Operasi
Peringkat Operasi
Konkrit
Peringkat Operasi
Formal
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
A. Jean Piaget
Menurut Jean Piaget, pemikiran sebagai satu proses yang
disedari dan berkembang secara berperingkat. Beliau juga
mengemukakan faktor yang mempengaruhi proses
pemikiran individu ialah kematangan biologi, interaksi
individu dengan persekitaran, pengalaman sosial, dan
keseimbangan. Kematangan biologi merupakan proses
pemikiran yang dipengaruhi oleh genetik. Manakala,
interaksi individu dengan persekitaran ialah proses
manusia memahami perkara yang berlaku dengan
meneroka maklumat yang didapati. Seterusnya,
pengalaman sosial ini dipengaruhi oleh pergaulan
individu dengan orang sekeliling dan kesinambungan
merupakan cara individu mengadaptasi situasi yang
dialami. Di samping itu, tumbesaran kanak-kanak
berkembang melalui empat peringkat perkembangan
kognitif iaitu peringkat pertama ialah sensori motor (0-2
tahun), peringkat kedua ialah pra operasi (2-7 tahun),
peringkat ketiga ialah operasi konkrit (7-11 tahun), dan
peringkat akhir ialah operasi formal (11 tahun keatas).
Peringkat pertama ialah sensori motor ketika baru lahir
hingga dua tahun. Pada peringkat ini bayi
menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk
mempelajari persekitaran. Melalui pengalaman deria
ini mereka dapat mengkoordinasikan maklumat deria
dengan kebolehan motor untuk membolehkan mereka
meneroka persekitaran. Hal ini menyebabkan kanak-
kanak meniru tingkah laku yang dilihat. Sebagai
contoh, mereka meniru perlakuan melambai tangan
apabila ibu mereka membuat perlakuan melambai
tangan kepadanya.
Peringkat kedua ialah pra operasi ketika kanak-kanak
berusia dua hingga tujuh tahun. Pada peringkat ini
pemikiran kanak-kanak bersifat intuitif iaitu pemikiran
yang hanya berdasarkan apa yang dilihat. Hal ini
menyebabkan mereka menyangka semua orang
mempunyai minat yang sama dengannya. Selain itu,
pemikiran yang ajaib iaitu tidak dapat membezakan
fantasi daripada yang realiti dengan memberi ciri benda
hidup kepada benda bukan hidup. Sebagai contoh
mereka menganggap batang penyapu sebagai kuda.
Kanak-kanak pada peringkat ini juga menunjukkan
sikap egosentrik iaitu mereka melihat dan memahani
persekitaran melalui perspektif sendiri.
Seterusnya, peringkat ketiga ialah operasi konkrit ketika
kanak-kanak berusia tujuh hingga sebelas tahun. Kanak-
kanak pada peringkat ini mampu berfikir secara logik
walaupun masih terikat dengan situasi yang konkrit.
Selain itu, kanak-kanak menguasai proses pengelasan
seperti pengelasan mengikut saiz dan warna. Justeru,
kanak-kanak akan mengalami perkembangan bahasa
pada peringkat ini. Oleh itu, kanak-kanak dapat
mentafsir keadaan berdasarkan maksud sebenar
perkataan.
Peringkat yang terakhir ialah operasi formal pada usia
sebelas tahun keatas. Kanak-kanak pada peringkat ini
mampu membuat keputusan berdasarkan fakta dan
mereka dapat membuat andaian berdasarkan fakta seperti
mereka mampu berfikir secara abstrak tetapi mereka
susah untuk menerima perspektif dan pendapat orang
lain. Pada peringkat ini juga sikap egosentrik mereka
muncul tetapi lebih tertumpu kepada idea mereka sendiri.
TOKOH
PERKEMBANGAN
KOGNITIF
LEV VYGOTSKY
TEORI LEV VYGOTSKY
Lev Semanovich Vygotsky atau lebih dikenali sebagai Lev
Vygotsky, merupakan seorang ahli psikologi Rusia pada tahun
1930-an. Beliau telah menggabungkan idea-idea Marxist,
structuralist/semiotic dan Darwinian/evolusi. Teori
perkembangan kognitif beliau sering dikaitkan dengan teori
konstruktivist sosial kerana beliau begitu menekankan pengaruh
budaya dan sosial dalam pembelajaran dan menyokong model
pembelajaran secara pendedahan. Anak-anak akan
mengkonstruk pengetahuannya secara aktif dengan sendirinya,
melalui dorongan daripada orang di sekitarnya termasuk
pengasuh, ibu bapa, kawan dan guru.
Terdapat beberapa konsep penting bagi teori Lev Vygotsky
termasuklah interaksi sosial, Zone Of Proximal Development
(ZPD) dan pengulangan sokongan (scaffolding).
1. Interaksi Sosial
Interaksi sosial memainkan peranan asas dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak menurut teori Vygotsky. Beliau
menegaskan bahawa perkembangan kognitif kanak
melibatkan internalisasi, transformasi dan penggunaan rutin,
idea dan kemahiran yang dipelajari secara sosial dari orang
dewasa yang berpengalaman seperti ibu bapa dan guru. Secara
amnya, kanak-kanak tidak tidak mempunyai sumber yang
diperlukan untuk mencapai tahap kognitif yang lebih tinggi,
namun demikian mereka boleh mempunyai kebolehan ini
dengan bantuan orang dewasa. Apabila orang dewasa dan
kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain, orang dewasa
akan menyediakan konteks struktur atau panduan supaya
kanak-kanak boleh bertindak untuk menyesaikan sesuatu
perkara dengan sendirinya. Pada awalnya, orang dewasa akan
menyediakan hampir semua kognisi yang diperlukan untuk
sesuatu tugas, tetapi apabila kanak-kanak itu sudah menjadi
lebih biasa dengannya, orang dewasa harus membiarkan lebih
banyak tugas dibuat oleh kanak-kanak tersebut sehingga
mereka dapat menjalankan tugas tersebut secara sendiri
dengan berjaya. Sebagai contoh, kanak-kanak yang belajar
untuk menunggang basikal dua tayar. Pada awalnya, ibu bapa
mereka mengajar mereka cara untuk menunggang dan
memegang basikal tersebut di setiap kayuhan kanak-kanak
kerana mereka masih
belum mahir cara untuk mengimbangi basikal tersebut.
Setelah kanak-kanak dapat membiasakan diri untuk
menunggang basikal dan mengayuh dengan cara yang betul,
ibu bapa tidak lagi berperanan untuk memegang basikal
tersebut bagi setiap kayuhan.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa perlakuan kognitif kanak-
kanak yang menjalankan tugas secara sendiri telah
berkembang dari yang kurang rumit kepada yang lebih rumit,
media perkembangan yang terlibat di sini ialah interaksi
sosial, iaitu bimbingan dari orang lain yang lebih
berpengetahuan dan berpengalaman. Vygotsky juga percaya
bahawa bahasa berperanan penting dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak. Bahasa merupakan alat komunikasi
yang digunakan untuk berinteraksi dengan orang lain di
sekelilingnya. Bahasa banyak membantu anak untuk
menyelesaikan persoalan-persoalan yang tidak dapat
diselesaikan olehnya sendiri. Anak-anak akan bertanya
tentang permasalahan yang dihadapinya kepada orang dewasa
yang dianggap lebih berkemahiran untuk membantu
menyelesaikan masalah tersebut.
2. Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)
Menurut Forrester (1992), Zon Perkembangan Proksimal
(ZPD) merupakan jarak di antara tahap perkembangan
sekarang seorang kanak-kanak yang ditentukan dengan
penyelesaian masalah secara sendiri dengan tahap
perkembangan potensi yang ditentukan melalui penyelesaian
masalah di bawah pertolongan atau bimbingan orang dewasa.
Dalam ZPD, terdapat dua tahap perkembangan kanak-kanak,
iaitu tahap yang lebih rendah atau tahap perkembangan
sebenar di mana mereka boleh melakukan sesuatu dengan
bantuan. Menurut Meadows (1993) dan Ormrod (1995),
penyelesaian masalah secara sendiri tanpa bantuan
menunjukkan fungsi kognitif yang telah dikuasai oleh kanak-
kanak, manakala masalah yang hanya dapat diselesaikan oleh
kanak-kanak dengan bantuan menunjukkan fungsi yang belum
matang tetapi berada dalam proses menuju ke arah
kematangan. Perkembangan secara menyeluruh dalam ZPD
bergantung sepenuhnya kepada interaksi sosial. Kemahiran
kanak-kanak yang boleh dikembangkan dengan panduan
orang dewasa akan melebihi apa yang boleh dicapai oleh
kanak-kanak itu sendiri. Oleh hal yang demikian, ZPD perlu
dikenal pasti untuk penaksiran sepenuhnya ke atas kebolehan
kanak-kanak serta pengajaran dan pengajaran yang optima.
Hal ini kerana, agak merugikan untuk menetapkan objektif di
bawah ZPD dimana tahap perkembangan sebenar kanak
kerana fungsi tersebut telah dikuasai oleh mereka, ataupun
menetapkan menetapkan objektif di atas ZPD kerana perkara
itu sangat mustahil untuk dicapai oleh kanak-kanak walapun
dengan bantuan orang dewasa. Daripada perspektif yang
berbeza, proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan
jika ia dapat menimbulkan fungsi-fungsi yang sedang berada
dalam peringkat menuju kea rah kematangan, iaitu berada
dalam ZPD. Vygotsky juga menyatakan bahawa ZPD ialah
suatu keadaan yang dinamik dan selalu mengalami perubahan.
Sebagai contoh, apabila kanak-kanak belajar dan berkembang,
ZPDnya akan bergerak. Secara kesimpulannya, setelah
sesuatu tugas telah dikuasai oleh kanak-kanak, maka wujudlah
tugas yang lain yang akan dapat diselesaikan dengan bantuan
orang dewasa yang berkemahiran. Sebagai contoh, apabila
kanak-kanak belajar dan berkembang, ZPDnya akan bergerak.
Secara kesimpulannya, setelah sesuatu tugas telah dikuasai
oleh kanak-kanak, maka wujudlah tugas yang lain yang akan
dapat diselesaikan dengan bantuan orang dewasa yang
berkemahiran.
Zon Perkembangan Proksimal
3. Sokongan (Scaffolding)
Scaffolding ialah sokongan yang diberi oleh orang dewasa
atau orang yang berkemahiran kepada kanak-kanak semasa
menjalankan tugas yang tidak dapat diselesaikan sendiri oleh
mereka. Begitu juga dalam konteks perkembangan kognitif.
Scaffolding merupakan sokongan yang diberi oleh orang
dewasa atau orang yang lebih berkemahiran kepada kanak-
kanak semasa menjalankan tugas yang tidak dapat
diselesaikan oleh kanak-kanak itu sendiri. Antara bentuk
sokongan ialah menarik Kembali minat kanak-kanak terhadap
tugas, menentukan dan mengekalkan orientasi menghala ke
matlamat tugas dan sebagainya. Sebagai contoh, jika kanak-
kanak pada awalnya suka bermain basikal tetapi disebabkan
pernah terjatuh semasa bermain, jadi mereka tidak lagi
berminat. Oleh itu, orang dewasa yang berada dekat dengan
mereka khususnya ibu bapa perlu menjadi scaffolding ataupun
sokongan kepada mereka sebagai contoh memegang basikal
pada setiap kayuhan supaya mereka tidak terjatuh dan
memakaikan anak pad siku dan pad lutut. Setelah anak mula
dapat mencapai keseimbangan semasa bermain basikal, maka
ibu bapa juga tidak lagi menjadi sokongan dan membiarkan
anak-anak untuk bermain dengan sendiri. Vygotsky juga
berpendapat bahawa scaffolding ini sangat penting dalam
membantu kanak-kanak untuk mengaitkan sesuatu konsep
secara sistematik, logik dan rasional.
scaffolding
Teori
Perkembangan
Bahasa
Perkembangan Bahasa
Perkembangan bahasa seseorang individu dapat dilihat
dan dikaji bermula pada peringkat bayi sehingga
peringkat remaja. Perkembangan bahasa seseorang
individu dilihat dari segi kemampuan menerima,
memahami dan melahirkan semula perkataan. Setiap
individu mengalami perkembangan bahasa secara
beransur-ansur mengikut urutan tanpa mengira kaum
dan jantina. Hal ini bermaksud tiada bayi yang lahir
dengan kebolehan bertutur secara serta-merta.
Teori tingkah Te o r i Te o r i
laku
Interaksionalis Nativisma (Noam
(B.F. Skinner)
Chomsky)
Te o r i
perkembangan
bahasa
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku oleh B.F. Skinner menekankan
peneguhan positif dalam perkembangan bahasa bayi
dan kanak-kanak. Antara contoh peneguhan positif
adalah seperti memberi kata-kata pujian serta menepuk
tangan sekiranya bayi dan kanak-kanak berjaya
menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Selain itu,
ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
menyediakan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang
betul kepada anak-anak. B.F. Skinner berpendapat
bahawa ibu bapa seharusnya mengajar perkataan yang
betul sejak anak-anak masih bayi. Sebagai contoh, ibu
bapa mengajar perkataan “susu” kepada bayi dan
kanak-kanak berbanding perkataan “cucu” kerana
kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang
berbeza. “Susu” membawa maksud sejenis minuman
yang sering diminum oleh bayi dan kanak-kanak
terutama pada waktu pagi manakala “cucu” membawa
maksud anak kepada anak kandung seseorang individu.
Namun begitu, teori ini mempunyai kelemahan iaitu
ibu bapa hanya memfokuskan kepada peneguhan
positif tanpa melibatkan pembetulan kesalahan
tatabahasa anak-anak.
Teori Nativisma
Teori Nativisma oleh Noam Chomsky merujuk kepada
teori perkembangan otak di mana proses perkembangan
bahasa berlaku dalam otak. Selain itu, bahasa ibunda
diwarisi secara turun-temurun. Menurut Noam
Chomsky, setiap manusia dilahirkan dengan LAD
(Language Acquisition Device). LAD merupakan satu
bahagian dalam otak manusia yang merangkumi
kemahiran berbahasa setiap individu. Teori bersifat am
di mana setiap individu dilahirkan dengan keupayaan
berbahasa yang sama. LAD membolehkan setiap
manusia bertutur dan memahami bahasa, terutamanya
bahasa ibunda seseorang individu. Walau
bagaimanpun, kelemahan teori ini adalah ia tidak dapat
menerangkan perbezaan keupayaan setiap kanak-kanak
dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana
terdapat kanak-kanak yang lambat dari segi kemahiran
berbahasa berbanding kanak-kanak yang lain.
Teori Instruksionalis
Teori Interaksionalis menekankan aspek sosial dalam
perkembangan serta pembelajaran bahasa bayi dan
kanak-kanak. Aspek sosial merangkumi sistem
sokongan daripada ibu bapa dan orang dewasa bagi
bayi dan kanak-kanak tersebut. Menurut teori ini, ibu
bapa dan orang dewasa memainkan peranan penting
dalam membantu bayi dan kanak-kanak untuk
memperbetul, memperluas dan melabel tatabahasa.
Teori ini disokong oleh seorang ahli psikologi dari
Amerika Syarikat yang bernama Jerome Bruner. Beliau
turut menekankan kepentingan persekitaran yang
berkualiti untuk bayi dan kanak-kanak bagi
menggalakkan perkembangan bahasa. Ibu bapa yang
menyediakan bahan bacaan yang berkualiti dan
menggalakkan komunikasi dengan anak-anak dapat
membantu mempercepatkan perkembangan bahasa
bayi dan kanak-kanak.
Sistem Bahasa
Aspek Aspek
Semantik Pragmatik
Aspek Fonologi
Aspek-aspek
dalam sistem
bahasa
Aspek Fonologi
Fonologi merujuk kepada satu aspek dalam sistem bahasa
yang berkaitan dengan sistem bunyi dalam pertuturan.
Perkembangan fonologi daripada bayi hingga kanak-kanak
berlaku secara bertahap dan mengikut urutan. Ketika
seseorang bayi baru lahir sehingga berusia dua bulan, bayi
hanya mampu menangis dan senyum sebagai cara untuk
berkomunikasi dengan orang sekeliling. Bayi yang
menangis menyampaikan pelbagai jenis maklumat seperti
lapar, dahaga, mengantuk, membuang air kecil dan besar,
perasaan takut serta sedih. Bayi yang tersenyum
menandakan bahawa bayi tersebut sedang berasa gembira.
Ketika bayi berusia dua hingga empat bulan, bayi mula
bermain dengan bunyi vokal seperti “aa-aa-aa”, “oo-oo-oo”,
“ii-ii-ii” dan “uu-uu-uu”. Bayi yang berusia enam hingga
sembilan bulan sudah bijak mencantum bunyi konsonan
dengan bunyi vokal untuk menghasilkan suku kata. Antara
contoh suku kata adalah seperti “ma-ma” dan “ba-ba”. Pada
usia sembilan bulan hingga satu tahun, bayi mula
mencantum beberapa suku kata untuk menghasilkan
perkataan pertama.
Perkataan tersebut terdiri daripada perkataan yang ringkas
dan mudah disebut oleh bayi seperti “susu”. Ketika bayi
memasuki usia 1 tahun hingga 11/2 tahun, bayi sudah bijak
menyebut beberapa perkataan. Selain itu, bayi juga sudah
bijak mengenal nama benda dan nama orang. Perkataan
yang sering ditutur oleh bayi dalam aktiviti hariannya
adalah seperti “makan”, “ibu” dan “bola”. Pada usia 11/2
tahun hingga 2 tahun, bayi mula menyebut gabungan dua
patah perkataan untuk membentuk satu ayat yang mudah
seperti “nak makan”. Ketika bayi menginjak ke fasa kanak-
kanak iaitu pada usia dua hingga empat tahun, mereka
sudah boleh menyebut gabungan tiga patah perkataan
seperti “adik nak makan”. Pada usia empat hingga enam
tahun, kanak-kanak sudah boleh menyebut gabungan
empat hingga lima patah perkataan dengan sebutan yang
semakin baik dan lancar. Selain itu, kanak-kanak juga
sudah boleh menyanyi lagu-lagu yang mudah. Contohnya,
mereka menyanyi lagu kanak-kanak di prasekolah.
Aspek Semantik
Semantik merupakan satu aspek dalam sistem bahasa yang
merujuk kepada kebolehan individu memahami
percakapan. Perkembangan semantik bermula ketika bayi
berusia enam bulan hingga 12 bulan. Ketika ini, bayi mula
memahami perkataan yang diucap oleh ibu bapa mereka.
Bayi juga boleh menamakan objek yang ditunjuk oleh ibu
bapa mereka. Contohnya, sekiranya ibu bapa menunjuk ke
arah objek yang berbentuk bulat, bayi dapat menyebut
objek tersebut sebagai “bola”. Pada usia 1 tahun hingga
11/2 tahun, perbendaharaan kata bayi bertambah sebanyak
satu hingga tiga patah perkataan setiap bulan. Bayi sudah
mula memahami nama orang serta benda seperti “ibu” dan
“ayam”. Bayi juga boleh memahami arahan mudah seperti
menepuk tangan. Ketika usia bayi 11/2 tahun hingga 2
tahun, perbendaharaan kata bayi bertambah dengan lebih
banyak iaitu sebanyak 10 hingga 20 patah perkataan setiap
minggu. Perbendaharaan kata tersebut merangkumi
perkara-perkara konkrit iaitu yang boleh dilihat oleh mata
kasar seperti perbuatan, tempat dan keadaan.
Contohnya, bayi memahami kata-kata ibu bapa mereka
yang merujuk kepada “main”, “dapur” dan “tidur”. Ketika
bayi melangkah ke alam kanak-kanak iaitu pada usia 2
hingga 3 tahun, bayi mula memahami perkataan yang
abstrak. Perkataan abstrak merangkumi perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar seperti perasaan.
Contohnya, kanak-kanak dapat memahami perasaan
gembira apabila melihat wajah ibu bapa mereka tersenyum
dan ketawa. Selain itu, kanak-kanak dapat memahami lebih
daripada 1 000 patah perkataan. Mereka juga sudah bijak
mengkategorikan objek. Contohnya, kanak-kanak
mengkategorikan perkataan “pisang” dan “nasi” dalam
kategori “makanan”. Pada usia 4 hingga 6 tahun,
perbendaharaan kata kanak-kanak sudah mencapai 10 000
patah perkataan. Kanak-kanak sudah bijak memahami
lawak jenaka dan teka-teki. Mereka juga sudah boleh
memahami cerita lisan yang disampaikan oleh guru
prasekolah dan ibu bapa. Selain itu, kanak-kanak boleh
memahami maksud lirik lagu yang dinyanyikan oleh
mereka di prasekolah.
Aspek Pragmatik
Pragmatik merupakan satu aspek dalam sistem bahasa yang
merujuk kepada peraturan dan budaya dalam komunikasi. Bayi
mula memahami dan mengamalkan aspek pragmatik ketika
berusia satu hingga dua tahun. Mereka mula mengambil giliran
dalam perbualan. Mereka memahami keperluan mendengar dan
tidak bercakap sekiranya orang lain bercakap. Bayi juga dapat
menggunakan bahasa mudah seperti “bye-bye” selepas perbualan
tamat, ketika ingin pulang ke rumah atau apabila melihat ibu bapa
mereka keluar dari rumah untuk bergerak ke tempat kerja. Bayi
juga boleh mengucapkan “terima kasih” sekiranya mereka
menerima sesuatu pemberian daripada orang lain. Ketika bayi
menginjak ke fasa kanak-kanak pada usia tiga hingga empat
tahun, mereka mula mengambil bahagian dalam perbualan kecil
bersama rakan sebaya mereka. Kanak-kanak juga dapat bermain
dan melibatkan diri dalam aktiviti bersama rakan sebaya mereka.
Pada usia lima hingga enam tahun, kanak-kanak mula mengambil
bahagian dalam perbualan kumpulan yang besar. Mereka juga
dapat melibatkan diri dalam aktiviti kelas bersama guru dan rakan
sebaya ketika di prasekolah.
Peringkat Remaja
Peringkat remaja adalah apabila seseorang individu berusia
13 tahun hingga 17 tahun, iaitu sewaktu fasa sekolah
menengah. Semasa remaja, seseorang individu sudah boleh
bertutur dan menulis ayat yang lebih kompleks. Ayat
kompleks terdiri daripada dua atau lebih kata hubung
seperti “dan” serta “atau”. Remaja juga dapat menganalisis
makna tersurat dan tersirat dalam sesuatu ayat. Mereka
dapat memahami kata-kata sindiran yang mempunyai
makna tersirat yang tersendiri. Remaja juga boleh
menyusun idea sebelum mereka menulis dan bercakap.
Contohnya, mereka menyediakan rangka karangan
sebelum mereka mula menulis esei. Remaja turut cekap
mencipta slanga mereka yang unik. Slanga-slanga ini
sering digunakan ketika mereka berbual bersama rakan
sebaya. Contohnya, slanga “kencing” bukanlah bererti
membuang air kecil tetapi bermaksud menipu seseorang.
CARA GURU
MEMBANTU MURID
MENCAPAI
PERKEMBANGAN
KOGNITIF YANG
OPTIMUM
1. Cara guru membantu murid mencapai perkembangan
kognitif yang optimum ialah guru menggunakan bahan
bantu mengajar yang konkrit. Hal ini demikian kerana
memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru
menggunakan batang aiskrim untuk mengajar subjek
matematik dalam operasi tambah dan tolak. Cara ini
sangat sesuai untuk kanak-kanak lingkungan usia dua
hingga tujuh tahun iaitu pada peringkat Pra operasi
kerana mereka mudah faham dan cepat belajar dengan
adanya bahan bantu ini. Selain itu, bahan bantu yang
digunakan mestilah menarik dan sesuai dengan
pembelajaran yang diajar oleh guru.
2. Selain itu, cara guru membantu murid mencapai
perkembangan kognitif yang optimum ialah guru
memberi arahan yang jelas dan ringkas. Hal ini
demikian kerana guru memberi arahan dengan
menggunakan ayat-ayat yang pendek beserta contoh
agar murid mudah memahami perkara yang
disampaikan oleh guru. Selain itu, guru juga boleh
demonstrasi cara untuk melakukan sesuatu dengan
mengikut langkah yang sistematik serta teratur kepada
murid. Hal ini akan memudahkan murid untuk
melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh kerana
kanak-kanak pada peringkat Pra operasi sukar untuk
memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan
orang lain. Oleh itu, guru haruslah menerima
pandangan mereka terlebih dahulu dan seterusnya
membimbing mereka untuk menerima pandangan orang
lain. Justeru, pemikiran mereka akan lebih terbuka dan
tidak tertumpu pada fakta sahaja.
3. Seterusnya, cara guru membantu murid mencapai
perkembangan kognitif yang optimum ialah guru
menjalankan aktiviti hand-on dalam proses
pembelajaran. Guru hendaklah memberi peluang kepada
murid untuk melakukan aktiviti ini kepada murid bagi
mengembangkan kebolehan kognitif murid. Hal ini
demikian kerana aktiviti ini dijalankan dalam bentuk
latihan amali yang melibatkan pelbagai deria dan
psikomotor oleh sebab kanak-kanak banyak
menggunakan sensori motor untuk berinteraksi dan
memahami segala-galanya di sekeliling mereka.
Sebagai contoh, jika kanak-kanak diberikan patung
yang mengeluarkan bunyi apabila ditekan, mereka akan
belajar dan memahami bahawa ia akan bertindak balas
apabila ditekan akan menghasilkan bunyi iaitu deria.
4. Akhir sekali, cara guru membantu murid mencapai
perkembangan kognitif yang optimum ialah guru
memberi pengalaman pembelajaran yang pelbagai
kepada murid. Hal ini demikian kerana dapat
mengembangkan pemikiran murid menjadi lebih luas
dengan adanya pengalaman pembelajaran yang
pelbagai. Sebagai contoh, guru mengadakan lawatan
sambil belajar ke zoo negara. Hal ini akan memberi
ruang kepada murid memahami keadaan di sekeliling
mereka dengan lebih cepat. Aktiviti ini akan menarik
minat murid untuk menambahkan lagi pengetahuan
mereka.
Implikasi
Perkembangan
Bahasa Dalam
PdP
Seseorang guru dapat melaksanakan beberapa
kaedah Pengajaran dan Pemebelajaran (PdP)
untuk menggalakkan perkembangan bahasa
dalam kalangan murid-murid. Guru-guru
terutamanya guru prasekolah dan sekolah rendah
perlu mengaitkan kemahiran berbahasa dengan
pengalaman konkrit. Contohnya, guru boleh
menggunakan teknik penceritaan di dalam kelas
dan menerangkan maksud perkataan-perkataan
yang sukar difahami dalam cerita tersebut. Hal
ini supaya murid-murid dapat lebih memahami
perkataan tersebut dan menggalakkan
perkembangan semantik mereka. Guru juga
boleh melaksanakan teknik penceritaan dan
mengaitkan cerita tersebut dengan isu-isu
kehidupan seharian. Hal ini supaya murid-murid
lebih yakin untuk mempraktikkan penggunaan
bahasa yang betul dalam kehidupan seharian
mereka. Selain itu, teknik penceritaan dapat
dilaksanakan oleh guru untuk menggalakkan
perkembangan aspek fonologi murid-murid.
Murid-murid dapat belajar sebutan perkataan yang
betul semasa mendengar guru bercerita di dalam
kelas. Guru-guru juga boleh melaksanakan kaedah
PdP yang pelbagai seperti teknik simulasi dan
sumbang saran. Teknik simulasi juga
menggalakkan pelajar untuk mempraktikkan
kemahiran berbahasa yang betul dalam kehidupan
seharian. Teknik simulasi ini selalunya
dilaksanakan oleh guru sekolah menengah semasa
PdP. Contohnya, guru memberikan satu situasi
berdasarkan kehidupan seharian seperti situasi
ketika di kedai runcit. Murid-murid dikehendaki
untuk berlakon berdasarkan situasi tersebut seperti
menjadi peniaga manakala murid yang lain
menjadi pembeli di kedai runcit tersebut. Teknik
sumbang saran pula melibatkan perbincangan
antara guru dengan murid-murid mengenai idea-
idea dan penyelesaian masalah. Di samping itu,
guru dapat memberikan lebih banyak peluang
kepada murid-murid untuk menggalakkan
perkembangan bahasa mereka melalui aktiviti
berkumpulan dan pembentangan.
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
kecil. Mereka perlu berbincang dalam kumpulan
masing-masing mengenai topik yang telah ditetapkan
oleh guru. Kemudian, murid-murid dikehendaki untuk
membuat pembentangan berdasarkan topik yang telah
dibincang dalam kumpulan. Aktiviti pembentangan
dapat menggalakkan perkembangan aspek pragmatik
apabila murid-murid belajar untuk mengambil giliran
sewaktu melaksanakan pembentangan. Teknik-teknik
seperti penceritaan, simulasi, sumbang saran serta
pembentangan mengaplikasikan Teori Instruksionalis.
Teori ini melibatkan perkembangan bahasa yang
berlaku apabila murid-murid diberikan peluang untuk
bergaul dengan rakan sebaya mereka dalam
persekitaran yang kondusif dan berkualiti semasa PdP.
Guru bertindak sebagai sistem sokongan kepada murid-
murid untuk memperbetul dan memantapkan
kemahiran berbahasa murid-murid melalui maklum
balas. Maka, teknik-teknik PdP seperti penceritaan,
simulasi, sumbang saran dan pembentangan dapat
memantapkan perkembangan bahasa murid-murid
dengan bergiat aktif di dalam kelas.
PeTmaBmbaebhlaaashjaaarnan
Pembelajaran bahasa tambahan merujuk kepada
pembelajaran bahasa kedua atau selain bahasa ibunda.
Secara umumnya, jika bahasa kedua dipelajari
sebelum usia 10-12 tahun, kanak-kanak akan lebih
cenderung untuk mencapai sebutan asli. Sebutan asli
bermaksud sebutan yang menyerupai pengguna
bahasa ibunda tersebut. Contohnya, orang Melayu
yang sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
sejak kecil cenderung untuk mempunyai sebutan asli
seperti orang Barat ketika bertutur dalam bahasa
Inggeris. Selain itu, ucapan kanak-kanak yang
mempelajari bahasa kedua sebelum usia 10-12 tahun
lebih tepat dan perbendaharaan kata lebih luas. Hal ini
demikian kerana kanak-kanak mempunyai waktu yang
lebih banyak untuk mempelajari bahasa kedua
berbanding orang dewasa yang terikat dengan
pelbagai komitmen. Di samping itu, orang dewasa
lebih sukar untuk mempelajari bahasa tambahan
lantaran lebih selesa untuk berkomunikasi dalam
bahasa ibunda mereka yang ditutur sejak kecil.
Menurut Gibbons dan Ng (2004), pembelajaran
bahasa tambahan mempunyai kesan positif terhadap
perhatian, pembentukan konsep dan pemikiran.
Seseorang individu yang mempelajari bahasa
tambahan dapat meluaskan pemikiran mereka
kerana mereka boleh memahami lebih banyak
sumber-sumber bacaan dan perbincangan selain
bahasa ibunda mereka. Hal ini demikian kerana
pembelajaran bahasa tambahan merupakan satu
platform untuk berkomunikasi di peringkat global.
Jika dibandingkan dengan pembelajaran bahasa
tambahan, bahasa ibunda lebih tertumpu kepada
komunikasi dalam skop tempatan. Maka,
pembentukan konsep dan sudut pandangan mereka
lebih meluas dan tidak terhad dalam skop tempatan.
Isu Literasi dalam
Kalangan Kanak-
Kanak
Perkembangan bahasa sangat penting kepada kanak-
kanak untuk membantu mereka berkomunikasi,
meminta keperluan harian, dan berkongsi pengalaman
dengan orang di sekeliling. Kanak-kanak yang
mempunyai perkembangan bahasa yang baik mampu
membentuk kemahiran literasi dan seterusnya
mencapai kemahiran membaca dan menulis pada tahap
yang terbaik. Namun begitu, wujud beberapa isu
literasi dalam kalangan kanak-kanak pada masa ini.
Berikut merupakan empat isu literasi dalam kalangan
kanak-kanak.
• Tidak pandai membaca
Isu tidak pandai membaca dalam kalangan kanak-
kanak ini acapkali kita dengar di mana-mana media
elektronik.
Hal ini demikian kerana isu ini sangat penting dan mesti
di selesaikan dengan kadar yang segera. Isu ini timbul
mungkin disebabkan oleh sikap kanak-kanak itu sendiri
yang malas. Terdapat juga sesetengah kanak-kanak tidak
mempunyai bahan bacaan di rumah terutamanya bagi
kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang kurang
berkemampuan. Hal ini menyebabkan kemahiran bacaan
kanak-kanak tersebut kurang.
• Kurang sokongan
Isu literasi timbul akibat daripada kurang sokongan
daripada ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Keadaan ini
sering terjadi kepada ibu bapa yang sibuk bekerja di
mana mereka tidak menyokong anak-anak untuk
kemahiran perkembangan bahasa mereka melalui
pembacaan. Sebagai contoh, ibu bapa tidak membeli
bahan bacaan untuk anak-anak, tidak mengajar mereka
membaca dan sebagainya. Kesannya, kanak-kanak tidak
terdorong untuk membaca dan seterusnya menyebabkan
perkembangan bahasa dan literasi awal kanak-kanak
menjadi perlahan. Ibu bapa