The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayumidaraman01, 2022-01-10 10:02:36

PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA

E-BOOK PGA 101 (KUMPULAN 3)

Ibu bapa tidak mengambil tindakan dengan cepat
menyebabkan kanak-kanak masih belum mahir
membaca.

• Persekitaran

Faktor persekitaran juga mempengaruhi literasi kanak-
kanak. Antara faktor persekitaran yang begitu kuat
mempengaruhi perkembangan bahasa dan literasi
kanak-kanak ialah rakan sebaya mereka. Rakan-rakan
sebaya mereka kurang kemahiran membaca. Oleh itu,
mereka pun terpengaruh dengan rakan sebaya yang
tidak gemar membaca hingga mengakibatkan
kemahiran membaca mereka kurang. Sebagai contoh,
rakan sebaya tidak suka membaca buku, maka kanak-
kanak tersebut juga akan terpengaruh untuk tidak
membaca buku.

• Lambat membaca

Kanak-kanak lambat membaca juga menyebabkan
wujudnya isu literasi. Hal ini demikian kerana akses
kepada bahan bacaan bermula di sekolah.

Ini bermaksud kanak-kanak mula didedahkan
kepada bahan bacaan hanya apabila mereka
mengikuti sesi persekolahan sahaja iaitu mungkin
di peringkat pra-sekolah, tadika, tabika ataupun
taska. Hal ini kerana, mungkin di rumah mereka
tidak ada bahan bacaan. Keadaan ini
menyebabkan mereka hanya menguasai
kemahiran membaca setelah melalui
pembelajaran di peringkat sekolah sahaja. Oleh
itu, ada dalam kalangan kanak-kanak yang lambat
menguasai kemahiran membaca kerana
kemahiran membaca mula terbentuk di sekolah.

PROGRAM PEMULIHAN

Pemulihan membaca adalah intervensi jangka
pendek yang berasaskan sekolah yang dirancang
untuk kanak-kanak berbahasa Inggeris yang berumur
lima atau enam tahun. Ini merupakan pencapaian
paling rendah dalam celik huruf selepas tahun pertama
persekolahan mereka. Program Pemulihan
menggunakan seorang kanak-kanak yang tidak dapat
membaca buku paling mudah atau menulis namanya
sendiri setelah setahun di sekolah sebagai rujukan.
Intervensi ini melibatkan pelajaran satu lawan satu
secara intensif selama 30 minit sehari dengan seorang
guru yang dilatih dalam kaedah Pemulihan Membaca,
selama antara 12 hingga 20 minggu.

Program pemulihan membaca dikembangkan lagi
oleh pendidik New Zealand, iaitu Marie Clay pada
tahun 1970-an. Melalaui pemerhatian Panjang dari
pembaca awal, Clay mendefinisikan membaca sebagai
aktiviti mendapatkan mesej, menyelesaikan masalah,
dan menulis sebagai aktiviti menghantar mesej dan
menyelesaikan masalah. Clay juga mencadangkan
bahawa aktiviti itu menghubungkan corak bahasa
lisan yang tidak dapat dilihat dengan simbol yang
dapat dilihat. Fungsi utama program pemulihan
membaca ini adalah untuk mengurangkan kesulitan
literasi kanak-kanak dan memberi harapan kepada
kanak-kanak yang berisiko ini.

RUMUSAN

Penguasaan terhadap teori perkembangan kognitif adalah
penting kepada guru dalam konteks proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Hal ini demikian kerana, teori
perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky menjadi
kuasa dominan dalam metodologi dan pemikiran yang berkaitan
dengan psikologi kognitif. Terdapat beberapa kepentingan
menguasai teori perkembangan kognitif kepada guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Antaranya ialah dapat membantu guru untuk merancang
pengalaman pembelajaran. Pengalaman pembelajaran menurut
teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980) ialah guru
menyediakan peluang untuk kanak-kanak membuat penerokaan
dan penemuan konsep atau prinsip yang dipelajari dengan
menggunakan daya pemikiran . Dalam erti kata lain, guru
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat
meningkatkan pengetahuan murid ialah dengan melaksanakan
aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara hands-on.

Dengan menguasai teori perkembangan kognitif kanak-kanak,
guru dapat membantu murid untuk meningkatkan daya kognitif
mereka secara lebih efektif. Dalam teori perkembangan kognitif
Jean Piaget, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai
mengikut peringkat perkembangan kognitif murid amat
dititikberatkan bagi memastikan murid dapat memahami konsep
atau topik yang hendak diterangkan oleh guru. Teori
perkembangan

kognitif Lev Vygotsky pula menyarankan guru agar
melaksanakan konsep bimbingan terarah kepada murid dalam
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan memberi ransangan kepada murid pada
awal pembelajaran sesuatu konsep atau topik. Oleh itu,
penguasaan guru terhadap teori perkembangan kognitif tersebut
dapat membantu mereka dalam melaksanakan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dalam meudahkan pemahaman
murid bagi meningkatkan daya kognitif mereka secara lebih
efektif.

Penguasaan terhadap teori perkembangan kognitif memang
penting kepada guru dalam konteks pembelajaran dan pengajaran.
Walau bagaimanapun, teori perkembangan bahasa juga tidak
kurang pentingnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Terdapat beberapa kepentingan menguasai teori perkembangan
bahasa ini.

Antara ialah seseorang guru dapat mengaitkan kemahiran
berbahasa dengan pengalaman yang konkrit. Misalnya, apabila
kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti, kitab oleh meminta
mereka untuk bercerita tentang cara mereka melakukan aktiviti
tersebut. Semasa sesi penceritaan tersebut, guru haruslah
memberi perhatian kepada setiap apa yang keluar daripada mulut
mereka agar guru dapat menerangkan semula apa yang
diceritakan kepada pelajar yang lain dan juga bagi memudahkan
guru untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak yang bercerita
tersebut.

Selain itu, guru juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk menggunakan bahasa.Sebagai contoh, dalam aktiviti
berkumpulan, setiap ahli dalam kumpulan

tersebut akan diberi peluang untuk membentangkan hasil
kerja maisng-masing. Sebagai seorang bakal guru, kita
perlu menggalakkan aktiviti perbentangan dalam kelas dan
sesi bersoal jawab selepas aktiviti perbentangan tersebut.
Hal ini mampu menggalakkan perkembangan dan
pertumbuhan bahasa mereka.

Kesimpulannya, teori perkembangan kognitif dan bahasa
sangat penting untuk dikuasai. Hal ini demikian kerana,
kedua-dua teori ini dapat memberi kelebihan kepada orang
dewasa yang menjaga dan Bersama dengan kanak-kanak
semasa mereka membesar seperti ibu bapa dan guru.
Sebagai contoh, teori perkembangan kognitif yang
dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) dan Lev Vygotsky
adalah penting untuk dikuasai oleh guru dalam merancang
dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
manakala teori perkembangan bahasa dapat membantu ibu
bapa untuk mengenalpasti sejauh manakah perkembangan
bahasa kanak-kanak itu berkembang.

Rumusan

QR code bagi latihan pengukuhan untuk tajuk
Perkembangan Kognitif dan Bahasa

Rujukan

Aina Izzatul Asyikin Binti Mohd Halmi et. al.
Perkembangan Kognitif & Bahasa.
anyflip. https://anyflip.com/kmodf/qrmu/basic.

Fatin Idayu Binti Mohamad Idris et. al. (2012).
Perkembangan bahasa n kognitif.(slideshare). Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
https://www.slideshare.net/norainismail1/perkembangan-
bahasa-n-kognitif.

History Never Dies. (2018, Februari 3). Diambil daripada
https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/2018/02/perkemban
gan-kognitif-kanak-kanak.html.

Shahabuddin Hashim (Prof Madya Dr.) (2021).
Perkembangan Bahasa. (PowerPoint Slides). Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Sitti Aisyah Mu'min (2013). Teori Perkembangan Kognitif
Jean Piaget. Al-Ta'dib Jurnal Kajian Ilmu Kependidikan,
6(1). https://ejournal.iainkendari.ac.id/index.php/al-
tadib/article/view/292.


Click to View FlipBook Version