The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH<br>SJK TAMIL LADANG SEMBRONG<br>PENGURUSAN SEKOLAH<br>PENGURUSAN KURIKULUM, HEM DAN KOKURIKULUM<br>TAHUN 2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by drmagees_87, 2023-09-20 21:23:02

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH<br>SJK TAMIL LADANG SEMBRONG<br>PENGURUSAN SEKOLAH<br>PENGURUSAN KURIKULUM, HEM DAN KOKURIKULUM<br>TAHUN 2023/2024

Keywords: BUKU PENGURUSAN SEKOLAH

PENTADBIRAN KURIKULUM HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM SEKOLAH SESI 2023/2024 SUKAN


➢ Kata-kata Aluan Guru Besar/Pengetua ➢ Falsafah Pendidikan Kebangsaan ➢ Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ➢ Ikrar Perkhidmatan Awam ➢ Teras Perkhidmatan Awam ➢ Kerangka Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ➢ Aspirasi Sistem Pendidikan ➢ Aspirasi Murid ➢ Pembelajaran Abad Ke-21 ➢ Proses Pemikiran ➢ Etika Kerja ➢ Budaya Kerja Sekolah ➢ Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) ➢ Tatasusila Profesion Perguruan ➢ Strategi Pedagogi ➢ Peraturan-peraturan Pendidikan 1997 ➢ Kalendar 2023 dan 2024 ➢ Penggal Persekolahan ➢ Jadual Gaji ➢ Cuti Perayaan ➢ Takwim Tahunan Sekolah Sesi 2023/2024 ➢ Latar Belakang Sekolah ➢ Unit Kurikulum dan Pentadbiran Sekolah ➢ Unit Hal Ehwal Murid Sekolah ➢ Unit Kokurikulum Sekolah ➢ Catatan Guru ➢ Lampiran


ENCIK GANESH GOVINDASAMY_ GURU BESAR SJK TAMIL LADANG SEMBRONG Bersyukur kepada tuhan dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku Pengurusan Sekolah bagi sesi 2023/24 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di negeri Johor. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah. Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, warga sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.Mageeswaran Sandaram yang menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada tuhan, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua. Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama. Selamat bertugas, sekian terima kasih. Saya yang menjalankan amanah,


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


INTELEK ROHANI JASMANI EMOSI Insan yang Seimbang dan Harmonis Ilmu Pengetahuan dan Akhlak Mulia Tanggungjawab Dan Sumbangan Kepada Masyarakat Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan UNSUR ROHANI DAN EMOSI Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek berikut : ❑ Keyakinan terhadap Tuhan ❑ Kepercayaan beragama ❑ Kemantapan jiwa ❑ Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat ❑ Berbudi pekerti mulia ❑ Berbakti dan berkorban UNSUR JASMANI Ciri-ciri unsur jasmani ialah : ❑ Kecergasan fizikal dan kesihatan diri ❑ Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK ❑ Percaya dan patuh kepada Tuhan. ❑ Berilmu pengetahuan ❑ Berakhlak mulia ❑ Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara ❑ Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ❑ Memiliki sahsiah yang seimbang yang sepadu UNSUR INTELEK Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut : ❑ Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran ❑ Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif ❑ Daya pemikiran yang logik dan analisis ❑ Ilmu yang bermanfaat ❑ Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA VISI KPM MISI KPM “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”


KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT IKRAR DI SINI, BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, KAMI PATUH DAN MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI: BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUHMUSUH NEGARA BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan integriti Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut : PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; KEDUA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah; KETIGA Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan; KEEMPAT Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; KELIMA Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; KEENAM Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. IKRAR PERKHIDMATAN AWAM


TERAS PERKHIDMATAN AWAM Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. Berpegang teguh kepada ajaran agama. TERAS PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN


KERANGKA TS25 Pembelajaran Bermakna Dokumen Standard Pemimpin Berkesan Guru Berkualiti Sokongan PIBG & Komuniti Elemen Kemenjadian Murid & Sekolah Berkualiti GURU SEBAGAI : ▪ PERANCANG ▪ PENGAWAL ▪ PEMBIMBING ▪ PENDORONG ▪ PENILAI MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF PGB SEBAGAI : ▪ PENERAJU ▪ PEMBIMBING ▪ PENDORONG ▪ PENGURUS ORGANISASI ▪ PENGURUS INSTRUKSIONAL ▪ AKTIFKAN SARANA SEKOLAH DAN SARANA IBU BAPA PIBG, KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB), BIRO MAKLUMAT ▪ SOKONGAN MORAL, KEWANGAN, KEPAKARAN KEMENJADIAN MURID SEKOLAH BERKUALITI Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid. Pencapaian sahsiah terpuji oleh semua murid. Pencapaian prestasi kokurikulum yang tinggi oleh semua murid. Pencapaian prestasi kepimpinan dan pengurusan sekolah cemerlang • Pentaksira n Sekolah Tahun 6 • Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) • Pentaksira n Sekolah Tingkatan 3 • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Tingkatan 5 • Literasi dan Numerasi • Kemahira n Dwibahas a • Sikap dan Perlakuan Positif Murid (Pembangu nan Kemahiran Insaniah – soft skill) • Salah Laku Disiplin • Kehadiran ke Sekolah • Ujian PAFA • Ujian Aptitud, Psikometrik • Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan kokurikulu m (PAJSK) • Pencapaia n Sukan dan permainan • Pencapaia n KoAkademik • Pencapaia n Badan Beruniform • Penarafan Sekolah berdasarkan SKPMg2 • Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) oleh Guru • Penilaian Pusat Sumber Sekolah • Prestasi Kewangan • Penarafan Kewangan • Penarafan Prestasi Keselamatan Makanan Kantin/Dapur Asrama • Penarafan Prestasi Kebersihan Tandas • Penarafan Prestasi Sekolah Selamat • Kepuasan Pelanggan • Penglibatan Ibu Bapa • Sarana Sekolah • Sarana Ibu Bapa • Suara-suara Guru, Murid dan Ibu Bapa Terhadap Iklim Sekolah (Teacher, Students, Parents Voice) • dll


ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN AKSES 100% enrolmen merentas semua peringkat daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020. KUALITI Negara dan kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. EKUITI 50% pengurangan dalam pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020. Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanakkanak dengan menghargai kepelbagaian. PERPADUAN Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. KECEKAPAN


KEMAHIRAN BERFIKIR Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapatkan pendidikan sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru. PENGETAHUAN Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains dan mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia. KEMAHIRAN DWIBAHASA Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di galakkan untuk mempelajari bahasa tambahan. KEMAHIRAN MEMIMPIN Setiap kanak-kanak akan mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan formal dan informal. IDENTITI NASIONAL Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status sosioekonomi akan berasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia. ETIKA & KEROHANIAN Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka, dengan berani membuat keputusan yang tepat.


CRITICAL THINKING (PEMIKIRAN KRITIS) Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut. CREATIVE THINKING (PEMIKIRAN KREATIF) Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai. Komponen pemikiran kreatif juga termasuk kebolehan seseorang berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah. CHARACTER (PERWATAKAN) Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti. Perwatakan yang baik adalah perkara yang paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang kerana ia mencermin jati diri dan sahsiah peribadi. COMMUNICATION (KOMUNIKASI) Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak. Dengan adanya kemahiran komunikasi yang berkesan, perkongsian maklumat menjadi lebih mudah dan efektif. COLLABORATION (KOLABORASI) Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Pendek kata, kolaborasi merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan dua atau sekelompok individu dalam melengkapkan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu permasalahan. PEMBELAJARAN ABAD KE-21


MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR Projek ini membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya mencari jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid sekolah. i-THINK merupakan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang. Lapan Proses Pemikiran dibangunkan melalui alat berfikir visual, iaitu Peta Pemikiran yang memudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian.


Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi. BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-NYA. BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal. BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masingmasing sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa. BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU FIKIRAN E T I K A K E R J A


BUDAYA KERJA SEKOLAH 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah, Matlamat dan Objektif sekolah. Kerja adalah ibadah. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. Kepimpinan melalui tauladan. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil. Mengamalkan kerja sepasukan serta bermesyuarat. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan. Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa. Menentukan objektif bagi setiap tugasan. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.


Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut : 1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan ❑ Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan. ❑ Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk jawatankuasa induk penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak DBN. ❑ Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan. ❑ Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. 2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional ❑ Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati Perlembagaan Malaysia. ❑ Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat, Kempen Cintakan Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum. ❑ Menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. ❑ Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat pernacangan, pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP. 3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa ❑ Membina kurikulum kesenian. ❑ Membina Sekolah Seni. ❑ Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa. ❑ Membudayakan penggunaan tulisan Jawi. 4. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari ❑ Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan kehidupan. TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA P P P M


TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan strategi pelaksanaan berikut: 1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar ❑ Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. ❑ Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. ❑ Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara. 2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan ❑ Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) ❑ Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan. ❑ Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah. ❑ Menyediakan pusat akses. ❑ Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi ❑ Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah. ❑ Melaksanakan perisisan yang lengkap dan pelbagai. ❑ Mengadakan latihan dan bimbingan. ❑ Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan. 3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan ❑ Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills. ❑ Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab. ❑ Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatan pelajar. 4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik ❑ Menyediakan pentaksiran alternatif. ❑ Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi. ❑ Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. P P P M


TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN 5. Memantapkan program kokurikulum dan sukan ❑ Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum. ❑ Meningkatkan penyertaan murid. ❑ Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan. ❑ Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua. ❑ Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh. ❑ Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan. ❑ Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG. ❑ Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM. 6. Memperkukuh disiplin pelajar ❑ Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan disiplin sekolah. ❑ Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan disiplin pelajar. ❑ Mempelbagaikan saluran aduan terus. 7. Memantapkan kurikulum ❑ Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. ❑ Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi. ❑ Memantapkan kurikulum sains dan matematik. P P P M


TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi memperkasakan SK : 1. Peluasan Program Prasekolah ❑ Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM. ❑ Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. ❑ Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah. ❑ Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih. 2. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru ❑ Memantapkan kepimpinan Pengetua/Guru Besar. ❑ Meningkatkan kualiti guru. 3. Pengukuhan Budaya Sekolah ❑ Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat. 4. Pemantapan Kurikulum ❑ Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M. ❑ Memperluas j-QAF. ❑ Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil. ❑ Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas. ❑ Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah. 5. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan ❑ Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan. ❑ Meningkatkan penyertaan murid. 6. Penambahbaikan Sistem Sokongan ❑ Menambahbaik sistem sokongan. ❑ Menambah bilangan jawatan pembantu guru. 7. Peningkatan Prestasi Akademik ❑ Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah. ❑ Memantapkan program intervensi. 8. Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mencukupi Dan Berkualiti ❑ Meningkatkan kualiti prasarana SK. ❑ Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan. ❑ Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi. ❑ Pembestarikan sekolah. P P P M


TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut: 1. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar ❑ Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman. ❑ Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). ❑ Merapatkan jurang digital. 2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran ❑ Penguasaan 3M. ❑ Pengurangan kadar keciciran. ❑ Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya. ❑ Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan. ❑ Memantapkan program pendidikan khas inklusif. ❑ Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf. ❑ Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari di pusat perkhidmatan. ❑ Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan. ❑ Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas. ❑ Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas. ❑ Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia. 3. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman ❑ Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman. ❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. ❑ Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman. ❑ Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. ❑ Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. 4. Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti ❑ Pemantapan sistem pengagihan bantuan. ❑ Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM). ❑ Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan. ❑ Menilai impak program secara berkala. ❑ Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD). ❑ Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta. P P P M


TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut: 1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru ❑ Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru. ❑ Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris. ❑ Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen. ❑ Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi. ❑ Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum. 2. Memantapkan latihan perguruan ❑ Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). ❑ Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. ❑ Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. ❑ Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. ❑ Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. ❑ Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru. ❑ Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa. ❑ Meningkatkan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. ❑ Memperkasakan peranan Institut Aminudin Baki. 3. Memantapkan kerjaya guru ❑ Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G. P P P M


TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN 4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru ❑ Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. ❑ Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada. ❑ Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru. ❑ Mensifarkan GSTT. ❑ Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan. ❑ Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran. ❑ Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. ❑ Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru. ❑ Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. ❑ Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. ❑ Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi. 5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia ❑ Penyediaan mekanisme bekalan guru. ❑ Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru. ❑ Menambahbaik sistem maklumat guru. ❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. P P P M


TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan. Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara berikut : 1. Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan ❑ Pemantapan latihan kepemimpinan guru besar dan pengetua. ❑ Mengenalpasti memilih pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. ❑ Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. 2. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi ❑ Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga. ❑ Pengetua, guru besar dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu dicapai oleh guru dan jurulatih. ❑ Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan. 3. Memilih kelompok sekolah cemerlang ❑ Perlantikan sekolah. ❑ Menigkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah. 4. Mewujudkan akauntabiliti ❑ Menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program. ❑ Melaksanakan penilaian sekolah kluster. ❑ Melaksanakan penarafan kendiri. ❑ Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi. ❑ Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar negara. 5. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan ❑ Menyediakan pengurusan perubahan dan mengenal pasti amalan terbaik. ❑ Melaksanakan penarafan kendiri. P P P M


TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN 6. Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan ❑ Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara. ❑ Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara. ❑ Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara. ❑ Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru. ❑ Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik minat pelajar. ❑ Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia. ❑ Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa. ❑ Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar negara. ❑ Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA. ❑ Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa. ❑ Memperkasa kolej matrikulasi. 7. Merintis perubahan dan pembaharuan ❑ Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. ❑ Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning). ❑ Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International Baccalaureate dan peperiksaan Standard Admission Test (SAT) Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran. BPPDP, 2006. Kad Laporan keempat seperti Disember 2008. P P P M


1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada halhal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1. Menghormati tenggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjelaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi seorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN CATATAN : Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan). TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran murid. Guru harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmoni serta menciptakan pengajaran yang berkesan. Guru mesti menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih hendaklah boleh merangsang murid belajar secara aktif, membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid pembelajaran yang bermakna. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik bagi mencapai objektif pengajaran. Aktiviti tersebut mestilah mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap pemerhatian, meningkatkan intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta membantu guru. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah : ❖ Kaedah Sumbang Saran ❖ Kaedah Tunjuk Cara (demonstrasi) ❖ Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan ❖ Kaedah Perbincangan dan Penyelesaian Masalah ❖ Kaedah Audio Lingual ❖ Kaedah Kod Kognitif ❖ Kaedah Projek STRATEGI PEDAGOGI S1 STRATEGI PEDAGOGI : KONTEKSTUAL ❑ Mengikut teori pembelajaran kontekstual pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. ❑ Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. ❑ Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di blik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. ❑ Teori ini menggalakkan pendidik memilih dan muwujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. S2 ❑ Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu. STRATEGI PEDAGOGI : KONTRUKTIVISME


S3 STRATEGI PEDAGOGI : BELAJAR CARA BELAJAR S4 STRATEGI PEDAGOGI : PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI S 5 STRATEGI PEDAGOGI : MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR S6 STRATEGI PEDAGOGI : PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH ❑ Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. ❑ Peranan Guru : ❑ Menentukan objektif pembelajaran ❑ Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid ❑ Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan PdP ❑ Memilih bahan PdP yang sesuai ❑ Berbincang dengan murid ❑ Menilai secara formatif dan sumatif serta mengambil rekod mengambil rekod pencapaian murid ❑ Mengambil tindakan susulan sewajarnya ❑ Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Dalam PAK, bahan pengajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Bagi membolehkan murid mendapatkan maklumat balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka, program PAK menyedia pentaksiran kendiri. ❑ Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. ❑ Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baharu terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. ❑ Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang dignakan dalam aktiviti Pdp adalah pada akhirnya menuju kearah membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah. ❑ Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. ❑ Penilaian kendalian sekolah bermaksud peranan penting yang dimainkan oleh guru dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. STRATEGI PEDAGOGI


S7 STRATEGI PEDAGOGI : PEMBELAJARAN MASTERI ❑ Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan Pdp yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses PdP yang berkualiti. S8 STRATEGI PEDAGOGI : ICT DALAM PDP ❑ Tiada satu cara pun boleh dikatakan senagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik sebenarnya apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil dalam jangka masa yang munasabah. ❑ Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalm pdp boleh dikategorikan sebagai : ❑ Tutorial ❑ Penerokaan (eksploratori) ❑ Aplikasi, dan ❑ Komunikasi ❑ Pengintegrasian ICT dalam proses pembelajaran, murid didedahkan dengan pelbagai maklumat yang boleh didapati dengan cara yang menarik dan mudah. Guru boleh menggunakan ICT untuk membina bahan pdp, persembahan dan alat demostrasi serta komunikasi. S 9 STRATEGI PEDAGOGI : INKUIRI PENEMUAN ❑ Juga dikenali sebagai teknik Tinjau dan Siasat. Strategi ini dapat menimbulkan daya refleksi murid. Strategi ini merangkumi aktiviti : ❑ Proses mengenai masalah ❑ Mengkaji jangkaan atau ramalan ❑ Mengumpul maklumat ❑ Menganalisis ❑ Membuat rumusan S10 STRATEGI PEDAGOGI : MODEL ADDIE ❑ MODEL ADDIE ❑ Analyse ❑ Design ❑ Development ❑ Implement ❑ Evaluate ❑ MODEL ASSURE ❑ Analyse Learners ❑ State Objectives ❑ Select Instructional Methods, Media and Materials ❑ Ultilize media and materials ❑ Requires Learners Participation ❑ Evaluate and Revise STRATEGI PEDAGOGI


S11 STRATEGI PEDAGOGI : KAJIAN MASA DEPAN ❑ Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis. Kajian Masa Depan terbahagi kepada Kemahiran Asas dan Kemahiran Khusus. ❑ Kemahiran Asas yang perlu dibina : ❑ Membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. ❑ Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend atau perubahan masa depan; dan ❑ Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum. ❑ Kemahiran Khusus tidak bersifat hierarki boleh dimulai dan dinilai mengikut tujuan pengajaran. Guru boleh memulakan dengan pemahaman konsep masa depan hingga pemahaman dimensi kemapanan, atau menggunakan salah satu atau beberapa satu daripada teknik kemahiran khusus yang bersesuaian dengan tajuk mata pelajaran. S12 STRATEGI PEDAGOGI : KECERDASAN PEBAGAI ❑ Linda Campbell, Bruce Campbell merumuskan definisi Howard Gardner sebagai : ❑ Keupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar ❑ Kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan; dan ❑ Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. ❑ Lapan Jenis Kecerdasan Pelbagai : ❑ Verbal Linguistik ❑ Logik-Matematik ❑ Visual-Ruang ❑ Kinestetik STRATEGI PEDAGOGI


Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut : Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998 01 Nama dan mula berkuat kuasa. Dalam Peraturan-Peraturan ini melainkan jikan konteksnya menghendaki makna yang lain – “bahan kurikulum” ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid; “guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah; “jadual waktu” ertinya suati pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu; “jadual waktu yang diluluskan” ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri; “kegiatan kokurikulum” ertinya apa‐apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah; “mata pelajaran” ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan; “mata pelajaran elektif” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka; “mata pelajaran tambahan ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar menurut Akta di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan; “mata pelajaran teras” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta; “mata pelajaran wajib” ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada mata pelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan; “sukatan pelajaran” ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan atau mana‐mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu; “sukatan pelajaran yang diluluskan” ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri. 02 Tafsiran PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN 1997


(1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dan segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. (2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut: a) mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5; b) mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7; c) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8; d) mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9; e) mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan f) mata pelajaran untuk peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam Jadual 10. (3) Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: a) penyertaan dalam sukan dan permainan; b) penyertaan dalam persatuan dan kelab; c) penyertaan dalam badan beruniform; dan d) lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri. (4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam Jadual 11 hingga 15. 03 Kurikulum Kebangsaan. Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 04 Bahan kurikulum dan kokurikulum. Tertakluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar boleh mengubah atau meminda suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda hendaklah terpakai di sekolah itu. 05 Perubahan jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu. PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN 1997


1) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah dengan serta‐merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran. 2) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah dengan serta‐merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa. 3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, melalui suatu notis secara bertulis, untuk mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/atau jadual waktu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu. Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu diadakan untuk peperiksaan. 06 Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta‐ merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya. Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan, dan senarai murid‐murid untuk pemeriksaan. 07 Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian‐bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta‐merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar. 08 Buku rekod guru. Jika mana‐mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana‐mana salinannya yang diperlukan di bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendak mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan dalam tempoh 30 hari daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar. Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan. 09 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN 1997


Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu. 10 Jadual waktu perlu dipamerkan. 1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana‐mana guru yang mengajar murid atau mana‐mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU RINGGIT ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA BULAN ATAU KEDUA‐DUANYA. 2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh DIDENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RATUS RINGGIT. 11 Penalti. Peraturan‐Peraturan (Kursus‐Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah‐Kaedah Sekolah Lepas -Rendah (Kursus‐Kursus Pengajian) 1962 adalah dimansuhkan. 12 Pemansuhan. MATA PELAJARAN PERINGKAT RENDAH, MENENGAH RENDAH, MENENGAH ATAS DAN PERINGKAT STPM a) Bahasa Kebangsaan; b) Bahasa Inggeris; c) Bahasa Cina, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Cina); d) Bahasa Tamil, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Tamil); e) Matematik; f) Sains; g) Kajian Tempatan; h) Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama Islam; dan i) Pendidikan Moral, bagi murid yang tidak menganut agama Islam JADUAL 1 MATA PELAJARAN TERAS PERINGKAT RENDAH PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN 1997


a) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan; b) KemahiranHidup; c) PendidikanSeni; dan d) Pendidikan Muzik JADUAL 2 MATA PELAJARAN WAJIB PERINGKAT RENDAH a) Bahasa Cina; b) Bahasa Tamil; dan c) Bahasa Arab (Komunikasi) JADUAL 3 MATA PELAJARAN TAMBAHAN PERINGKAT RENDAH a) Bahasa Kebangsaan; b) Bahasa lnggeris; c) BahasaCina/BahasaTamil; d) Amalan Bahasa Kebangsaan; e) Pendidikan Seni; dan f) Pendidikan Jasmani JADUAL 4 MATA PELAJARAN BAGI KELAS PERALIHAN a) Bahasa Kebangsaan; b) Bahasa Inggeris; c) Matematik; d) Sains; e) Sejarah; f) Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama Islam; dan g) Pendidikan Moral, bagi murid yang tidak menganut agama Islam JADUAL 5 MATA PELAJARAN TERAS PERINGKAT MENENGAH a) Geografi; b) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan; c) Kemahiran Hidup;dan d) Pendidikan Seni/Pendidikan Muzik MATA PELAJARAN WAJIB PERINGKAT MENENGAH RENDAH JADUAL 6 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN 1997


a) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan; MATA PELAJARAN WAJIB PERINGKAT MENENGAH ATAS JADUAL 7 a) Bahasa Cina; b) BahasaTamil;dan c) Bahasa Arab (Komunikasi) MATA PELAJARAN TAMBAHAN PERINGKAT MENENGAH JADUAL 8 Kumpulan I (Kemanusiaan) a) Kesusasteraan Melayu; b) Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris; c) Geografi; d) Pendidikan Seni; dan e) Bahasa Arab Tinggi Kumpulan II (Vokasional dan Teknologi) a) Prinsip Akaun; b) Ekonomi Asas; c) Perdagangan; d) Sains Pertanian; e) Ekonomi Rumah Tangga; f) Matematik Tambahan; g) Pengajian Kejuruteraan Jentera; h) Pengajian Kejuruteraan Awam; i) Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik; j) Lukisan Kejuruteraan; k) Teknologi Kejuruteraan; dan l) Rekacipta MATA PELAJARAN ELEKTIF PERINGKAT MENENGAH ATAS JADUAL 9 Kumpulan III (Sains) a) Sains Tambahan; b) Fizik; c) Kimia; dan d) Biologi Kumpulan IV (Pengajian Islam) (a) Tasawwur Islam; (b) Pendidikan Al‐Quran dan As‐Sunnah; dan (c) Pendidikan Syariah Islamiah a) Pengajian Am; b) Bahasa Melayu; c) Bahasa Cina; d) Bahasa Tamil; e) Bahasa Arab; f) Bahasa Inggeris; g) Kesusasteraan Melayu; h) Syariah; i) Usuluddin; JADUAL 10 MATA PELAJARAN PERINGKAT STPM/TINGKATAN 6 j) Sejarah; k) Geografi; l) Ekonomi; m) Perakaunan; n) Matematik S; o) Matematik T p) Matematik Lanjutan T; q) Perkomputeran; r) Fizik; s) Kimia; t) Biologi; dan u) Lukisan PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN 1997


KALENDAR 2023 Nota : Nota : I S R K J S A 30 31 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 JANUARI I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 FEBRUARI I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 MAC I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 APRIL I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 MEI I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 JUN I S R K J S A 31 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 JULAI I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 OGOS I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 SEPTEMBER I S R K J S A 30 31 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 OKTOBER I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 NOVEMBER I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 DISEMBER


KALENDAR 2024 Nota : Nota : I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 JANUARI I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 FEBRUARI I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 MAC I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 APRIL I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 MEI I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 JUN I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 JULAI I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 OGOS I S R K J S A 30 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 SEPTEMBER I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 OKTOBER I S R K J S A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 NOVEMBER I S R K J S A 30 31 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 DISEMBER


KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di negeri : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 19.03.2023 31.03.2023 10 5 01.04.2023 20.04.2022 14 JUMLAH HARI 24 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 21.04.2023 – 29.04.2023 9 30.04.2023 30.04.2023 1 4 01.05.2023 25.05.2023 17 JUMLAH HARI 18 CUTI PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 26.05.2023 – 03.06.2023 9 2 04.06.2023 30.06.2023 17 12 01.07.2023 31.07.2023 21 01.08.2023 24.08.2023 18 JUMLAH HARI 56 CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024 1 25.08.2023 – 02.09.2023 9 3 03.09.2023 30.09.2023 19 15 01.10.2023 31.10.2023 23 01.11.2023 30.11.2023 20 01.12.2023 14.12.2023 10 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 3, SESI 2023/2024 2 15.12.2023 - 01.01.2024 18 02.01.2024 31.01.2024 22 6 01.02.2024 08.02.2024 6 JUMLAH HARI 28 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2022/2033 4 09.02.2024 - 09.03.2024 30 PENGGAL PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024


KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya PENGGAL PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 20.03.2023 31.03.2023 10 5 01.04.2023 21.04.2022 13 JUMLAH HARI 23 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 22.04.2023 – 30.04.2023 9 01.05.2023 26.05.2023 18 4 JUMLAH HARI 18 CUTI PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 27.05.2023 – 04.06.2023 9 2 05.06.2023 30.06.2023 16 12 01.07.2023 31.07.2023 20 01.08.2023 25.08.2023 19 JUMLAH HARI 55 CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024 1 26.08.2023 – 03.09.2023 9 3 04.09.2023 30.09.2023 19 15 01.10.2023 31.10.2023 22 01.11.2023 30.11.2023 20 01.12.2023 15.12.2023 11 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 3, SESI 2023/2024 2 16.12.2023 - 01.01.2024 17 02.01.2024 31.01.2024 22 6 01.02.2024 09.02.2024 6 JUMLAH HARI 28 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2022/2033 4 10.02.2024 - 10.03.2024 30


JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM MEI 6 KHAMIS APRIL JUN NOVEMBER DISEMBER MEI SEPTEMBER JULAI JANUARI FEBRUARI MAC OGOS OKTOBER


CUTI PERAYAAN SESI 2023/2024 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 22.04.2023 (SABTU) dan 23.04.2023 (AHAD) 20.04.2023 (KHAMIS) 20.04.2023 (KHAMIS) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 21.04.2023 (JUMAAT) HARI RAYA QURBAN 29.06.2023 (KHAMIS) 28.06.2023 (RABU) 28.06.2023 (RABU) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 30.06.2023 (JUMAAT) HARI DEEPAVALI 12.11.2023 (AHAD) 13.11.2023 (ISNIN) 13.11.2023 (ISNIN) Negeri Sarawak Sahaja Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 14.11.2023 (SELASA) TAHUN BARU CINA 10.02.2024 (SABTU) dan 11.02.2024 (AHAD) 09.02.2024 (JUMAAT) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B HARI DEEPAVALI Tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM bagi Negeri Sarawak. Negeri-negeri lain dalam Kumpulan B memperoleh cuti berganti yang diperuntukkan oleh kerajaan. PESTA KAAMATAN (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024) PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK (Sarawak sahaja) 01 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024) HARI KRISMAS 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024) TAHUN BARU CINA 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024) CATATAN :


➢ Logo Sekolah ➢ Bendera Sekolah ➢ Visi dan Misi Sekolah ➢ Ikrar Murid ➢ Lagu Sekolah ➢ Piagam Pelanggan ➢ Objektif dan Matlamat Sekolah ➢ Sejarah Sekolah ➢ Pelan Sekolah LATAR BELAKANG SEKOLAH


LOGO SEKOLAH MAKSUD LOGO SEKOLAH LAMBANG BUKU SUMBER ILMU KEPADA MANUSIA LAMBANG CAHAYA MELAMBANGKAN HARAPAN KECEMERLANGAN YANG MENJADI CITA-CITA SEKOLAH TAMIL SEMBRONG LAMBANG CORAK TEBAL DINDING BUKU MELAMBANGKAN KURIKULUM, SAHSIAH DAN KOKURIKULUM PERLU SEIRING DALAM MEMBENTUK INDIVIDU YANG BERILMU PENGETAHUAN DAN BERKETRAMPILAN DALAM SEMUA BIDANG. BIRU MELAMBANGKAN KEHARMONIAN. KUNING MELAMBANGKAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. MERAH MELAMBANGKAN KEGIGIHAN, KEBERANIAN DAN SEMANGAT JUNJUNG YANG TINGGI. HIJAU MELAMBANGKAN AMALAN NILAI MURNI DALAM PEMBENTUKAN INSANE MINDA KELAS PERTAMA.


VISI SEKOLAH MISI SEKOLAH “Pendidikan berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara” VISI DAN MISI SJK TAMIL LADANG SEMBRONG


IKRAR MURID “BAHAWASANYA KAMI MURID-MURID SJK TAMIL LADANG SEMBRONG BERIKRAR AKAN BELAJAR BERSUNGGUHSUNGGUH, HORMAT DAN PATUH KEPADA GURU-GURU KAMI, AKAN SENTIASA BERUSAHA NAMA BAIK SEKOLAH INI” IKRAR MURID SJK TAMIL LADANG SEMBRONG


LAGU SEKOLAH Maju Berhemah Tuju Wawasan Sekolah Kebanggaan Kita Bertekad Berazam Untuk Berjaya Mencapai Cita-Cita Bangsa Insan Cemerlang Jadi Harapan. Sepakat Jadi Amalan Bersatu Maju Sekolah Gemilang Terpancar Kejayaan Mari Bersama Ganding Usaha Binakan Diri Mulia Patuh Agama Taatkan Raja Direstui Ibu Bapa Terus Membara Semangat Waja Berjasa Kau Berjasa Maju Sekolah Ku Sejahtera Kekal Sepanjang Masa Sekolah Ku Berwawasan LAGU SEKOLAH SJK TAMIL LADANG SEMBRONG


PIAGAM PELANGGAN PIAGAM PELANGGAN SJK TAMIL LADANG SEMBRONG 1. Memastikan pendidikan berjalan dengan baik di sekolah bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan Negara serta matlamat perpaduan Negara. 2. Memastikan semua staf sentiasa berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif. 3. memastikan semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan bermula. 4. Memastikan semua guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa. 5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan murid, masyarakat dan negara. 6. Menentukan segala surat kepada sekolah diberi jawapan dengan segera. 7. Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cekap kepada yang berkenaan. 8. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat,cadangan,syor yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.


OBJEKTIF SEKOLAH MATLAMAT SEKOLAH Melaksanakan dasar pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Negara. Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berbudi pekerti, berkemahiran, mempunyai jati diri dan cintakan keluarga, sekolah dan negara. Membentuk modal insan berkualiti untuk menjadi pelapis generasi akan datang ke arah membina Malaysia Negara Maju. OBJEKTIF & MATLAMAT SJK TAMIL LADANG SEMBRONG


SEK.REN.JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SEMBRONG ditubuhkan pada tahun 1935 dengan sebuah bangunan papan diatas sebidang tanah seluas setengah ekar kepunyaan Ladang Sembrong (Kumpulan Guthrie Bhd) dengan nama Nasional Type Primary School (Tamil). Pada asalnya Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil telah beroperasi di kawasan persekolahan yang sama. Pada masa itu enrolmen murid adalah 35 orang dan tenaga guru adalah seorang. Bantuan modal mula diberi oleh Jabatan Pelajaran Johor mulai 1947. Pada tahun 1962 bangunan sekolah ini dipindahkan ke sekolah bangunan kepunyaan Ladang Sembrong dengan nama SRJK (Tamil) Ladang Sembrong. Padatahun 1966 hingga 1974 enrolmen murid adalah dari 100 hingga 130. Mulai dari tahun 1975 hingga 1992 enrolmen murid adalah 80 hingga 100 tetapi pada tahun 1993 dan 1994 enrolmen murid telah berkurangan sehingga 30 orang. Tenaga pengajar padatahun 1935 bermula dengan seorang telah bertambah tahun demi tahun mengikut enrolmen murid. Persatuan ibu bapa dan guru sekolah ini ditubukhkan pada tahun 1973. Bangunan sekolah pada tahun 1962 adalah dengan 4 buah bilik darjah yang diubahsuai dan sebuah pejabat. Pada tahun 1977 tiga buah bilik darjah dibina dengan wang bantuan modal. Pada bulan disember 1992 YB.A.Singgatore ADUN Kawasan Sekolah Tenggara telah menderma sebanyak RM1500 kepada sekolah ini. SEJARAH SEKOLAH SJK TAMIL LADANG SEMBRONG


Click to View FlipBook Version