TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM 1. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai. 2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum sekolah 3. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum. 4. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan. 5. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum 6. Menyelaraskan dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum. 7. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar. 8. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum. 9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelara unit. 10. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum. TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM TUGAS SETIAUSAHA/PENYELARAS KOKURIKULUM 1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum 2. Membantu Guru Besardalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar. 3. Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan aktiviti kokurikulu dipatuhi. 4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi 5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik 6. Memastikan barang-barang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi 7. Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka. TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN 1. Merancang aktiviti sekolah (Perancangan Jangka Panjang/Pendek) 2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun 3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah 4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti 5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh 6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum mengikut daerah/negeri/ kebangsaan 7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum 8. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain. 9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan 10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah. 11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan 12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. 13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM TUGAS SETIAUSAHA SUKAN TUGAS PENYELARAS KELAB/PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM 1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah 2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM 3. Membantu Guru Besar mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan. 4. Menetapkan pelajar dalam rumah sukan. 5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti sukan luar sekolah 6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah 7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. 8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan 9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan 10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. 11. Sentiasa berbincang dengan Guru Besar/ Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. 12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah. 13. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu. 1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. 2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 3. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform 5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik 6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 7. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum – mengaihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 8. Menggumpulkan semula daripada guru kelas pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum. 9. Menyediakan barang/ buku yang diperlukan untuk aktiviti: 10. Borang penyertaan pasukan 11. Borang senarai AJK dan ahli 12. Buku laporan aktiviti 13. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod. 14. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM TUGAS GURU PENASIHAT DAN PEMIMPIN 1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. 2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. 3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. 4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan 7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab Persatuan dan sukan/permainan 8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. 9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan. 10. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, kelab/persatuan,sukan dan permainan. 11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli 12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan. 13. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. 14. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. 15. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. 16. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. 17. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. 18. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil Penghargaan kepada jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. 19. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. 20. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. TUGAS GURU SUKAN SEKOLAH/RUMAH 1. Membentuk jawatankuasa. 2. Merancang meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan minat pelajar dalam permainan. 3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar 4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. 5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. 6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Sekolah. 7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. 8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah. 9. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. 10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. 11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar. 12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. 13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan. 14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan. 15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara) 16. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia.
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM TUGAS PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM 1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform. 2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 3. Menyelaras semua aktiviti. 4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit beruniform. 5. Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 6. Memastikan peraturan Perlembagaan dan minit mesyuarat agung direkodkan dan difailkan. 7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 8. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum : 1. Mengagihkan Buku Kokurikulum kepada guru / guru kelas untuk diedarkan kepada pelajar . 2. Mengutip kembali dari guru / guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod. 9. Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti : 1. Borang memasuki persatuan. 2. Borang senarai AJK dan ahli. 3. Buku Laporan Kegiatan / Laporan Aktiviti Kokurikulum. 4. Fail-fail yang diperlukan. 10. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod. 11. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod. 12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum 13. Menyediakan anggaran perbelanjaan setahun. 1. Bertanggungjawab dalam mempastikan keselamatan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. 2. Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing. 3. Menentukan peraturan-peraturan pertandingan yang disertai. 4. Menentukan keperluan seperti pakaian, minuman, kenderaan, perjalanan, ubatan, peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi. 5. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta berada di tempat pertandingan. 6. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah kepada Penyelaras Sukan Dan Permainan. 7. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pertandingan dan menguruskan pasukan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Kokurikulum. 8. Menilai prestasi pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk meningkatkan percapaian. 9. Mencatatkan penglibatan setiap pelajar dalam pertandingan berkenaan untuk dijadikan asas dalam penyediaan laporan tahunan, penilaian kegiatan kokurikulum pelajar berkenaan. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum Sekolah. 10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Besar dari semasa ke semasa. TUGAS GURU PENGIRING PERTANDINGAN
ORGANISASI UNIT-UNIT KOKURIKULUM PENGERUSI EN.GANESH GOVINDASAMY NAIB PENGERUSI EN.MAGEESWARAN SANDARAM SETIAUSAHA PN.KALPANAH SAMINATHAN PENOLONG SETIAUSAHA CIK.PRASHAANTHINI SIVAMOORTHY BENDAHARI CIK.KAVITHA SARANGAPANY PENOLONG BENDAHARI CIK.UMA MAGESWARI AHLI JAWATANKUASA CIK.HEMAWATHY KUPPUSAMY TUGAS PENGERUSI 1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. 2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. TUGAS NAIB PENGERUSI 1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 2. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK KOKURIKULUM TUGAS SETIAUSAHA 1. Mengurus hal-hal surat menyurat 2. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. 3. Mencatat kehadiran ahli. 4. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. TUGAS PENOLONG SETIAUSAHA 1. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 2. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha. 3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. TUGAS BENDAHARI 1. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. 2. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. 3. Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 4. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 5. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam mesyuarat Agung. 6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. TUGAS PENOLONG BENDAHARI 1. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari 2. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. TUGAS AHLI JAWATANKUASA 1. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 2. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. 3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa. TUGAS PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya. 2. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN FIZIKAL SUKAN SEKOLAH 1. Merancang pembangunan Fizikal Sukan Sekolah. 2. Menyediakan kemudahan fizikal sukan yang berkualiti. 3. Memastikan setiap kemudahan fizikal sukan berada dalam keadaan baik dan boleh digunapakai. 4. Melaporkan setiap kerosakkan dan kecacatan fizikal sukan kepada pihak yang berkenaan untuk dibaikpulih. 5. Memastikan kemudahan fizikal sukan sekolah mencukupi mengikut jumlah murid. JAWATANKUASA KECIL PENGGALAK SUKAN SEKOLAH 1. Merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan permainan. 2. Menyediakan kertas konsep untuk aktiviti sukan yang akan dijalankan. 3. Memastikan penglibatan murid secara menyeluruh. 4. Memberi dorongan kepada murid supaya mempunyai minat terhadap Sukan dan permainan. JAWATANKUASA KECIL SUMBER MANUSIA SUKAN SEKOLAH 1. Menentukan agihan tugas kepada guru mengikut aktiviti sukan dan Permainan. 2. Menentukan jumlah guru yang diperlukan untuk setiap aktiviti sukan dan Permainan yang dijalankan dan disertai. 3. Memastikan agihan tugas yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya. 4. Menguruskan penyertaan pasukan dan peserta dalam sesuatu Pertandingan sukan dan permainan. JAWATANKUASA KECIL PEMANTAUAN DAN PENILAIAN SEKOLAH 1. Memantau semua aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan. 2. Membuat Post Mortem ke atas semua aktiviti sukan permainan yang dijalankan dan disertai. 3. Membuat Laporan semua aktiviti sukan dan permainan yang disertai oleh Sekolah pada peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH JAWATANKUASA KECIL PENINGKATAN PROFESIONALISME 1. Merancang aktiviti seperti mengadakan kursus, seminar untuk guru-guru dan muridmurid berkaitan dengan sukan bertujuan meningkatkan kemajuan sukan di sekolah. 2. Mengenalpasti guru-guru berpotensi dalam sesuatu bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. 3. Bekerjasama dan berhubung dengan pihak agensi luar bagi mendapatkan Kepakaran dalam bidang sukan untuk membantu meningkatkan taraf profesional guru dalam bidang sukan. 4. Melaporkan setiap kegiatan yang dijalankan kepada pihak Guru Besar. JAWATANKUASA KECIL KEWANGAN SUKAN SEKOLAH 1. Membantu pihak sekolah dari segi kewangan yang diperlukan dalam pengurusan sukan di sekolah. 2. Membantu pihak sekolah mendapatkan dana dan sumbangan dari pihak luar untuk digunakan dalam pengurusan pembangunan sukan sekolah. 3. Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan bagi pembangunan sukan sekolah mencukupi untuk menjalankan aktiviti sukan dan permainan di sekolah. JAWATANKUASA KECIL TEKNIKAL SUKAN SEKOLAH 1. Memberi bantuan dari segi kepakaran dan tenaga yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam menguruskan aktiviti sukan dan permainan di sekolah. 2. Membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti sukan di sekolah.
JAWATANKUASA PEMANTAUAN KOKURIKULUM SEKOLAH Pengerusi EN.GANESH GOVINDASAMY Guru Besar/Pengetua Timbalan Pengerusi PN.KALPANAH SAMINATHAN Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha Kokurikulum CIK.UMA MAGESWARI BALA KRISHNAN Setiausaha Sukan CIK.UMA MAGESWARI BALA KRISHNAN Penyelaras Unit Beruniform EN.MAGEESWARAN SANDARAM Penyelaras Sukan Permainan CIK.HEMAVATHY KUPPUSAMY Penyelaras Kelab Persatuan CIK.KAVITHA SARANGAPANY AHLI Naib Pengerusi I EN.MAGEESWARAN SANDARAM Penolong Kanan Kurikulum Naib Pengerusi II CIK.KAVITHA SARANGAPANY Penolong Kanan HEM
JADUAL PEMANTAUAN KOKURIKULUM SEKOLAH NO. GERKO BULAN PEMANTAUAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT 1. UNIT BERUNIFORM 2. KELAB PERSATUAN 3. SUKAN PERMAINAN PETUNJUK NAMA JAWATAN PN KALPANAH SAMINATHAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM ENCIK MAGEESWARAN SANDARAM GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM CIK KAVITHA SARANGAPANY GURU PENOLONG KANAN HEM
BORANG PEMANTAUAN KOKURIKULUM SEKOLAH BORANG PEMANTAUAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAHAGIAN A (PENGURUSAN) Persatuan : Tarikh : Guru Penasihat : Hari : Bil. Ahli Yang Hadir : Masa : Bil. Ahli Yang TH : Tajuk Aktiviti : BAHAGIAN B (AKTIVITI) BAHAGIAN C (GURU) Ulasan/Cadangan : Tandatangan Pemantau : Tandatangan PK Kokurikulum : Tandatangan Penilai : Tarikh : BIL PERKARA BAIK SEDERHANA LEMAH 1. Persediaan Pelajar 2. Penumpuan Pelajar 3. Penglibatan Pelajar 4. Aktiviti Kumpulan BIL PERKARA BAIK SEDERHANA LEMAH 1. Persediaan Guru 2. Pengetahuan Mengenai Tajuk 3. Keberkesanan Aktiviti SJK(T) LADANG SEMBRONG TEL/FAX : 0197610736
JAWATANKUASA PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH Naib Pengerusi I EN.MAGEESWARAN SANDARAM Penolong Kanan Kurikulum Naib Pengerusi II CIK.KAVITHA SARANGAPANY Penolong Kanan HEM Pengerusi EN.GANESH GOVINDASAMY Guru Besar/Pengetua Timbalan Pengerusi PN.KALPANAH SAMINATHAN Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha Kokurikulum CIK UMA MAGESWARI BALAKRISHNAN Setiausaha Sukan CIK UMA MAGESWARI BALAKRISHNAN Ahli Jawatankuasa CIK.PRASHAANTHINI SIVAMOORTHY GURU KELAS Ahli Jawatankuasa CIK.HEMAWATHY KUPPUSAMY GURU KELAS Ahli Jawatankuasa PN.KALPANAH SAMINATHAN GURU KELAS AHLI Ahli Jawatankuasa EN.MAGEESWARAN SANDARAM PENYELARAS PBB Ahli Jawatankuasa CIK.UMA MAGESWARI BALA KRISHNAN PENYELARAS SUKAN Ahli Jawatankuasa CIK.KAVITHA SARANGAPANY PENYELARAS KELAB
PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM PROSES PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH ❑ Penubuhan Jawatankuasa Penilaian kokurikulum Peringkat Sekolah ❑ Penetapan Jadual Penilaian Aktiviti Kokurikulum. ❑ Penyediaan Perisian Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah(PPAKS) ❑ Penilaian aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan kepada aspek iaitu : ❑ Markah aspek kehadiran ialah markah tertinggi (50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun, dengan mengambil kira bahwa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam. Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah. ❑ Kehadiran minimum bagi aktiviti pasukan badan beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, kelab/persatuan serta kelab sukan dan permainan 12 kali perjumpaan setahun. Pengiraan markah kehadiran adalah seperti berikut; Jika jumlah kehadiran pelajar = a Jumlah perjumpaan setahun = b Ketidakhadiran diluluskan = c (Cuti sakit) Markah kehadiran = ❑ Guru Penasihat unit-unit Kokurikulum menilai aspek-aspek tersebut dan serahkan markah penilaian kepada Guru Kelas. ❑ Guru kelas memasukkan markah penilaian ke dalam perisian PPAKS untuk mengira markah GPA dan markah CGPA murid. ASPEK PENILAIAN PERATUS MARKAH Kehadiran 50 Jawatan disandang 10 Penglibatan 20 Pencapaian 20 JUMLAH 100 a x 50 b-c
PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM ❑ Guru kelas akan mencetak Sijil Penilaian Kokurikulum dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum untuk semakan oleh GPK kokurikulum dan PENGESAHAN Guru Besar. ❑ Guru kelas akan menyimpan data dan menyerahkannya kepada setiausaha kokurikulum untuk tujuan penggabungan data. ❑ Guru Kelas menyerahkan Sijil Penilaian Kokurikulum Murid kepada ibu bapa untuk pengesahan. ❑ Sijil Penilaian Kokurikulum Murid dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam Fail Peribadi Murid. JADUAL PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH BULAN MINGGU PERKARA TINDAKAN OKTOBER 1 Menyediakan Data-data Murid kokurikulum & perisian PPAKS S/U Kokurikulum 2 Taklimat pengisian markah 10% penilaian aktiviti kokurikulum GPK Kokurikulum OKTOBER 3 Penyerahan markah penilaian kokurikulum kepada S/U kokurikulum untuk semakan dan pengesahan Guru Kelas NOVEMBER 1 Penyerahan markah penilaian kokurikulum kepada ibu bapa Guru Kelas 2 Markah kokurikulum dimasukkan ke dalam Fail peribadi murid Guru Kelas MARKAH ASPEK JAWATAN DISANDANG 10% JAWATAN MARKAH Pengerusi/Presiden/Kapten Pasukan/Ketua Pasukan Sukan/Permainan/Ketua Rumah 10 Timbalan Pengerusi/ Naib Pengerusi 8 Setiausaha/Bendahari 7 Penolong Setiausaha/Penolong Bendahari 6 Ahli Jawatankuasa 5 Ahli aktif 4 Ahli biasa 1
MARKAH PENGLIBATAN AHLI 2. Aktiviti Kelab/Persatuan BIL ASPEK PENILAIAN PRESTASI MARKAH 1. Kehadiran 10/12 42 2. Jawatan disandang AJK Persatuan Sejarah 5 3. Penglibatan Menyertai seminar Penulisan sajak Peringkat Negeri 14 4. Pencapaian Naib Johan Pertandingan bahas ala parlimen antara kelas 7 JUMLAH 68 3. Aktiviti Sukan dan Permainan BIL ASPEK PENILAIAN PRESTASI MARKAH 1. Kehadiran 10/12 42 2. Jawatan disandang AJK Persatuan Sejarah 5 3. Penglibatan Menyertai seminar Penulisan sajak Peringkat Negeri 14 4. Pencapaian Naib Johan Pertandingan bahas ala parlimen antara kelas 7 JUMLAH 68 Gred Penilaian Aktiviti Kokurikulum GRED MARKAH A Antara 80 hingga 100 B Antara 60 hingga 79 C Antara 40 hingga 59 D Antara 20 hingga 39 E 19 ke bawah Keputusan Pelajar X GRED MARKAH GRED Badan Beruniform 80 B Persatuan/Kelab 68 B Kelab Sukan & Permainan 68 B
MARKAH PENGLIBATAN AHLI MARKAH BONUS ➢ Markah bonus diiberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. ➢ Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. BIL JAWATAN MARKAH 1. Ketua Murid 10 2. Timbalan/Penolong Ketua Murid 8 3. Ketua/Pengawas/Ketua Asrama/Ketua PRS 7 4. Penolong Ketua Asrama/Pengawas Pusat Sumber/AJK/Bendahari/Setiausaha 6 5. Ketua Biro Asrama/PRS/Penerima Sijil & Lencana SLAD/PROSTAR/Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah/Pengawas Koperasi 5 6. Ajk Biro/Ketua Bilik/Ketua Dorm/ketua tingkatan/penerima sijil SLAD/Prostar 3 7. Penolong Ketua Kelas/Penolong Ketua Bilik/Ahli kuatermasters 2 ANUGERAH KHAS BIL JAWATAN KEDUDUKAN MAR.BONUS 1. Anugerah Remaja Perdana (ARP) Emas 10 Perak 7 Gangsa 5 2. Pingat Hang Tuah/Tunas Jaya Kebangsaan 10 3. Pencapaian aktiviti kokurikulum diluar negara atas biaya sendiri Johan 5 Naib Johan 3 Ketiga 2 4. NILAM 5 5. Lain-lain anugerah yang setara 5 GRED KESELURUHAN : Berdasarkan markah pelajar X, contoh kiraan gred keseluruhan seperti berikut : Jumlah markah badan beruniform : 80 Jumlah markah persatuan/kelab : 68 Jumlah markah sukan/permainan : 85 Markah purata bagi 2 terbaik : (80 + 85) = 82.5 2 Markah bonus : 10 (sebagai ketua murid) Markah keseluruhan : 82.5 + 10 = 92.5 Gred Keseluruhan : A
PENGURUSAN MESYUARAT PENGENALAN Mesyuarat ialah satu cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan tugas dan masalah yang berkaitan dengan organisasi atau persatuan. Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan, contohnya diadakan untuk membincangkan cara menambah punca kewangan organisasi atau persatuan. Ada beberapa jenis mesyuarat yang biasa diadakan oleh pasukan badan beruniform, persatuan/kelab serta kelab sukan dan permainan sekolah. Setiap jenis mesyuarat mempunyai prosedur, proses dan tujuan yang tersendiri. Terdapat lima jenis mesyuarat yang biasa diadakan di sekolah,iaitu : a) Mesyuarat Agung Tahunan b) Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Tergempar c) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja d) Mesyuarat Jawatankuasa Kecil/Biro e) Mesyuarat Jawatankuasa Ad Hoc MESYUARAT AGUNG Mengedarkan surat jemputan Mesyuarat Agung badan beruniform, persatuan/kelab serta kelab sukan dan permainan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat diadakan dengan disertakan minit mesyuarat yang lalu. Atur cara Majlis Mesyuarat Agung : a) Ucapan alu-aluan b) Ucapan Guru Penasihat c) Ucapan Perasmian Tamu Kehormat d) Mesyuarat Agung Agenda Mesyuarat Agung : a) Ucapan pengerusi mesyuarat b) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu c) Membentangkan laporan tahunan d) Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan e) Pemilihan ahli jawatankuasa i.Pengerusi ii.Timbalan Pengerusi iii. Setiausaha iv. Penolong setiausaha v.Bendahari vi.Penolong Bendahari vii.Ahli Jawatankuasa (5-7) viii.Pelilihan dua orang juruaudit f) Membahaskan usul yang diterima g) Ucapan penangguhan
PENGURUSAN MESYUARAT MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA ATAU TERGEMPAR Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Tergempar boleh diadakan dengan kehendak sebahagian ahli atau ahli jawatankuasa bagi membincangkan satu agenda sahaja. Notis hendaklah disiarkan dua minggu sebelum diadakan mesyuarat. Mesyuarat juga boleh diadakan atas sebab-sebab berikut ; a) Permintaan bertulis 2/3 ahli b) Pengerusi memikirkan perlunya mesyuarat diadakan MESYUARAT JAWATANKUASA Mesyuarat ini diadakan untuk mengerakkan aktiviti badan beruniform, persatuan/ kelab serta kelab sukan dan permainan. Mesyuarat hanya boleh dijalankan sekiranya cukup korum (2/3 daripada ahli jawatankuasa) Mesyuarat ini hendaklah dihadiri oleh Guru Penasihat yang dilantik oleh Pengetua. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberi dalam tempoh satu minggu. Agenda mesyuarat hendaklah merangkumi perkara yang berikut ; a) Ucapan pengerusi b) Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu c) Perkara berbangkit d) Laporan biro-biro e) Laporan kewangan f) Hal-hal lain MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PROJEK Agenda mesyuarat : a) Ucapan pengerusi b) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu c) Perkara berbangkit d) Membincang hal projek ( Tarikh, Hari, Masa, Tempat) e) Melantik ahli jawatankuasa projek f) Tugas ahli jawatankuasa projek g) Kewangan projek h) Hal-hal lain
PENGURUSAN KEWANGAN PENDAHULUAN Setiap persatuan yang telah ditubuhkan di sekolah rendah dan menengah sepatutnya mengendalikan dan menguruskan kewangannya dengan cekap mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pengurusan kewangan bermaksud membuat penyata kewangan dengan rapi, betul, teratur dan sistematik. Bendahari persatuan bertanggungjawab menyedia dan mengemas kini penyata kewangan dari semasa ke semasa. SUMBER KEWANGAN Pelbagai sumber kewangan boleh diperoleh untuk melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum. Guru Penasihat perlu memastikan sumber kewangan sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum. Antara sumber kewangan yang boleh diperoleh untuk melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum ialah : a. Akaun Wang SUWA b. Tajaan c. Kutipan derma dan sumbangan pihak luar d. Usaha ahli e. Sumbangan/derma keahlian f. Peruntukan kokurikulum PERUNTUKAN KOKURIKULUM a. Dimaklumkan oleh Guru Besar Peruntukan Kokurikulum telah tiba. b. Berjumpa dengan Guru Besar untuk membincangkan program Kokurikulum yang telah dihantar, disah dan diluluskan untuk Pelaksanaan. c. Menghantar penyata perbelanjaan ke PPD/JPN seperti yang telah diarahkan. d. Memastikan perbelanjaan mengikut pecahan nisbah 8:2 sebagaimana yang telah diarahkan. e. Nisbah 8 adalah untuk kokurikulum dan nisbah 2 adalah untuk motivasi kokurikulum. f. Mengadakan mesyuarat dengan ketiga-tiga penyelaras untuk menilai perbelanjaan semula mengikut program yang dirancang. g. Menghantar laporan perbelanjaan kokurikulum pada akhir tahun kepada PPD/JPN.
PENGURUSAN KEWANGAN PERATURAN MENGUTIP WANG Setiap persatuan boleh membuat kutipan wang daripada ahli, jika difikirkan perlu untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum yang dirancang. Walau bagaimanapun, kutipan sumbangan ahli persatuan/ kelab perlu mematuhi peraturan-peraturan dari semasa ke semasa. Antara peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut ; a) Kadar kutipan/sumbangan ditentukan dalam perlembangaan persatuan berkenaan atau keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persatuan semasa melaksanakan sesuatu aktiviti. b) Kutipan hendaklah dibuat oleh bendahari persatuan namun begitu Jawatankuasa kerja dan bendahari boleh melantik wakil kelas untuk mengutip/memungut wang dan menyerahkannya kepada bendahari. c) Semua kutipan sumbangan perlu dicatatkan dalam ruangan penyata kutipan sumbangan persatuan. Bendahari perlu mencacatkan jumlah pungutan dan tarikh kutipan serta mengeluarkan resit. Buku akaun ini disimpan oleh bendahari Borang Penyata Kutipan Sumbangan Ahli BIL NAMA KELAS SUMBANGAN KEAHLIAN SUMBANGAN KEAHLIAN SUMBANGAN KEAHLIAN RM TARIKH RM TARIKH RM TARIKH 1. 2. 3. a) Bendahari boleh mengemukakan laporan kewangan dalam mesyuarat Jawatankuasa persatuan. Pada 30 Ogos, setiap tahun penyata kira-kira perlu ditutup untuk laporan Mesyuarat Agung. b) Bagi kutipan atau permohonan sumbangan daripada orang perseorangan, syarikat atau pihak tertentu, persatuan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar sebelum memohon sumbangan. c) Bagi mengadakan kutipan wang yang melibatkan oeang ramai, persatuan perlu mendapat kebenaran Guru Besar seterusnya menyediakan kertas kerja bagi tujuan tersebut. Kertas Kerja tersebut perlu dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah untuk mendapatkan kebenaran. Setiap sumbangan wang yang diterima perlu dikeluarkan resit. d) Setiap persatuan/kelab seharusnya mempunyai rekod penyata kewangan yang sistematik. Antara penyata kewangan yang perlu dicatatkan dalam akaun persatuan ialah; i. Penyata penerimaan sumbangan/derma ahli ii. Penyata aliran wang keluar masuk iii. Baucer/resit pembayaran perbelanjaan iv. Resit/dokumen penerimaan PERATURAN PENYIMPANAN WANG Menyemak, menyimpan dan menguruskan akaun kewangan kelab atau persatuan adalah di bawah tanggungjawab Guru Besar ; a) Wang Persatuan/Kelab yang dikutip boleh disimpan di dalam peti besi sekolah tidak melebihi RM500.00 b) Kutipan yang melebihi RM500.00 boleh disimpan di dalam akaun SUWA sekolah.
PENGURUSAN FAIL KOKURIKULUM FAIL INDUK 1. Surat permohonan penubuhan Unit Kelab/Persatuan. Sertakan: 1.1 Draf Perlembagaan 1.2 Draf Aktiviti Asas 1.3 Senarai Jawatankuasa 2. Surat Kelulusan Penubuhan daripada Guru Besar 3. Surat Perlantikan Guru Pemimpin/Penasihat beserta pernyataan kelulusan penubuhan. 4. Minit Mesyuarat Agong penubuhan. 5. Perlembagaan yang disahkan oleh Guru Besar. 6. Senarai Jawatankuasa yang disahkan oleh Guru Besar. 7. Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Guru Besar. 8. Jadual Aktiviti Tahunan yang disahkan oleh Guru Besar. 9. Senarai Keahlian yang disahkan oleh guru besar. 10.Surat permohonan Mengutip derma daripada bendahari. 11.Surat kelulusan mengutip derma daripada Guru Besar 12.Akuan kewangan/belanjawan yang disahkan 13.Surat gabungan untuk menjadi ahli gabungan daripada Guru Pemimpin kepada Guru Besar. 14.Surat kelulusan menjadi ahli gabungan daripada badan induk. 15.Minit-minit Mesyuarat yang diadakan. 16.Surat-surat pekeliling yang berkaitan: 16.1 Kementerian Pendidikan 16.2 Jabatan Pendidikan Sarawak 16.3 Pejabat Pendidikan daerah 16.4 Sekolah 16.5 Dan lain-lain 17. Dokumen Pencapaian Cemerlang Ahli. 18. Laporan setiap aktiviti. 19.Laporan Tahunan. 20.Daftar penilaian bagi setiap ahli. 21.Stok dan Inventori. 22.Sampel-sampel Sijil/Surat Penghargaan PENGURUSAN FAIL KOKURIKULUM (PERSATUAN/KELAB, SUKAN PERMAINAN, PAKAIAN SERAGAM)