The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PPSK3013 PENGURUSAN PUSAT SUMBER
Pautan Inovasi : https://padlet.com/tan04687/perkongsianbahanbacaankegemaran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipg007679, 2021-12-05 14:23:28

E-PORTFOLIO PENGURUSAN PUSAT SUMBER

PPSK3013 PENGURUSAN PUSAT SUMBER
Pautan Inovasi : https://padlet.com/tan04687/perkongsianbahanbacaankegemaran

E-PORTFOLIO

PENGURUSAN
PUSAT SUMBER

Disediakan oleh : TAN KAI JIE

“Membaca Jambatan Ilmu”

SENARAI KANDUNGAN

1) PENGENALAN 1-2
2) PROSES TEKNIK BAHAN 3 - 27
3-5
• KAEDAH PEROLEHAN BAHAN-
BAHAN SUMBER 6 - 10
11 - 15
• MEMPROSES BUKU
• BARANG KEPERLUAN UNTUK 16 - 17
PROSES TEKNIK 18 - 27
• CARTA ALIR PROSES TEKNIK BUKU 28 - 40
• PROSES TEKNIK BUKU 28 - 33
3) ORGANISASI BAHAN 34 - 40
• PENGELASAN 41 – 43
• PENGKATALOGAN 44 – 45
4) INOVASI
5) RUMUSAN 46
6) BIBLIOGRAFI

01

PENGENALAN

1

PENGENALAN

Dalam era ledakan maklumat, kewujudan pelbagai
agensi maklumat terutamanya di bawah seliaan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) berupaya menyebarluaskan
sumber dan maklumat secara berkesan serta terjamin
kesahihannya. Oleh itu, perpustakaan memainkan peranan
penting sebagai agen dalam menyebarkan maklumat kepada
komuniti. Contohnya, Pusat Sumber Sekolah (PSS). PSS wujud
sebagai persekitaran pembelajaran yang bertujuan untuk
menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam
pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah
menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang
kritis. Bagi mencapai matlamat tersebut, PSS hendaklah
diuruskan dengan efisien, efektif dan sistematik. Jadi, e-
portfolio ini akan menjelaskan tentang proses teknik dan
organisasi bahan yang perlu dikuasai oleh Guru Perpustakaan
dan Media (GPM) bagi menyediakan PSS yang sistematik dan
berkualiti pada masa akan datang.

2

02

PROSES TEKNIK
BAHAN

• Kaedah Perolehan Bahan-Bahan Sumber
• Memproses Buku
• Barang Keperluan untuk Proses Teknik
• Carta Alir Proses Teknik Buku
• Proses Teknik Buku

3

PEROLEHAN
BAHAN

BAHAN-BAHAN ITU DIPEROLEHI DENGAN CARA :

PESANAN BAHAN DARIPADA :
i. Pentadbir sekolah.
ii. Guru-guru.
iii. Pelajar / murid.
iv. Kakitangan sekolah.
v. Hadiah / derma

PESANAN DIBUAT DENGAN CARA:
i. Pesanan melalui pos.
ii. Pembelian di kedai buku.
iii. Pameran buku.
iv. Pembekal datang ke sekolah.

Borang pesanan yang telah dicadangkan itu,
diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan
bahan untuk menerima atau menolak.

4

PEROLEHAN
BAHAN

PROSEDUR MENERIMA BAHAN DARIPADA
PEMBEKAL :

i. Pastikan bekalan bahan tersebut berada di
dalam keadaan fizikal yang baik.

ii. Jika bahan tersebut rosak, atau butiran dan
maklumatnya berbeza antara borang
pesanan dengan invois yang diterima,
segera maklum dan pulangkan kepada
pembekal untuk dibuat pembetulan.

PROSEDUR SETELAH SEMAKAN DIBUAT :

i. Hantar invois ke pejabat untuk proses
pembayaran.

ii. Rekod dalam daftar perolehan dan jalankan
proses fizikal kepada bahan tersebut.

5

MEMPROSES
BUKU

• Semua bahan (buku dan bukan buku) di Pusat Sumber
Sekolah perlu diproses.

• Tujuan: Dapat diedar kepada pengguna dengan
mudah dan cepat.

• Dalam tugas memproses bahan yang pelbagai jenis di
Pusat Sumber, GPM perlu memahami keperluan dan
masalah-masalah tentang :
 Tempat letak bahan
 Pengedaran
 Penggunaan
 Penyelenggaraan bahan

Cara memproses buku dan bahan bukan buku adalah
berbeza-beza :

1. BUKU RUJUKAN
2. BUKU BERTANDA MERAH (RED SPOT)
3. BUKU PINJAMAN

Terdapat beberapa perbezaan dalam kerja memproses buku-
buku tersebut mengikut cara penggunaannya.

6

BUKU RUJUKAN

Ditempatkan di rak Bahagian Rujukan.
Tidak boleh dipinjam.
Ditandakan dengan huruf R pada label tulang buku.
Sekiranya buku-buku ini perlu dipinjam untuk projek, rekod
di bawah pinjaman khas. (Buku Rekod Pinjaman Khas)
Contoh Buku Rujukan:

• Ensiklopedia
• Buku Panduan
• Buku Tahunan
• Buku Pengetahuan Khas
• Kamus
• Atlas

7

BUKU BERTANDA MERAH
(RED SPOT)

Ditempatkan di rak Bertanda Merah (Red Spot).
Boleh dipinjam dalam tempoh masa yang singkat.
Ada kad buku dan slip tarikh pulang.
Ditandakan dengan label bertanda merah pada tulang buku.
Kriteria Buku Bertanda Merah :

• Bernilai tinggi
• Mahal
• Sukar didapati
• Satu naskhah sahaja
• Kebanyakannya berkulit tebal / hardcover
• Keselamatan terjamin dll.

8

BUKU BACAAN UMUM

Ditempatkan di rak buku Bahagian Pinjaman Biasa.
Boleh dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan
(seminggu, dua minggu dsb).
Dilengkapkan dengan kad buku dan slip tarikh pulang.
Kriteria Buku Umum:

• Buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen yang
dibeli untuk galakkan pembacaan.

• Ada banyak naskhah.
• Buku-buku kegemaran murid.
• Murid mampu menggantikan buku jika

hilang/rosak.
• Mudah didapati.
• Kebanyakannya berkulit paperback

9

PANDUAN MENGISI
BUTIRAN REKOD
PEROLEHAN BAHAN BUKU

• NOMBOR PEROLEHAN BUKU PEROLEHAN
• NOMBOR PANGGILAN
• PENGARANG
• JUDUL / TAJUK BUKU
• TEMPAT DAN NAMA PENERBIT
• TARIKH PENERBITAN
• TARIKH PEROLEHAN
• NOMBOR BIL / INVOIS
• PUNCA
• PEMBEKAL
• HARGA
• MUKA SURAT
• CATATAN
• ANALISIS

10

BARANG KEPERLUAN UNTUK
PROSES TEKNIK BUKU

Bahan yang perlu disediakan untuk melakukan proses teknik
buku adalah : -

1. POKET / KOCEK BUKU Nombor
Butiran yang perlu ada pada poket buku ialah : perolehan
• Nombor panggilan
• Nombor perolehan
• Judul buku
• Nama Pengarang

Nombor
panggilan

Judul buku

Nama
pengarang

11

2. KAD BUKU

Butiran yang perlu ada pada kad buku ialah :
• Nombor panggilan
• Nombor perolehan
• Judul buku Nombor
• Nama Pengarang Nombor perolehan

panggilan

915.95 0009545
MOH

Nama pengarang & MOHD AYOP ABD RAZID
Judul buku
KEPALSUAN DAN KEDURJANAAN KOMUNIS
DI TANAH MELAYU

12

3. SLIP TARIKH PULANG

• Sebagai rujukan oleh

peminjam untuk

peringatan bagi tarikh

pemulangan buku.

13

4. LABEL BUKU

• Dilekatkan di tulang
buku dengan pelekat
dan ditulis bersama
nombor panggilan.

371.144
DAY

5. TRANSPARENT TAPE / SCOTCH TAPE

• Digunakan untuk
melekatkan label
buku.

14

6. STAMP PAD DAN RUBBER STAMP
Antara rubber stamp yang diperlukan ialah :
• Cop rasmi / hak milik
• Cop butiran perolehan
• Cop tidak boleh dipinjam keluar

7. TATTLE TAPE / STRIP

• Dilekatkan secara

tersembunyi di dalam

buku.

• Bertujuan untuk

melindungi dan menjaga

keselamatan buku atau

koleksi perpustakaan

dari dibawa keluar.

• Dapat mengelakkan kes
kecurian buku atau
koleksi perpustakaan.

15

CARTA ALIRAN UNTUK MEMPROSES
BUKU DAN BUKAN BUKU

Menerima bahan daripada pembekal

Semak borang pesanan dan invois dengan buku
yang diterima

Pulang semula bahan Adakah buku yang
kepada pembekal diterima itu sama
seperti yang dicatat
TIDAK di dalam borang ?

YA

TIDAK Periksa keadaan
fizikal buku, sama
ada berada dalam
keadaan baik atau

tidak ?

YA

Rekod butiran buku dalam buku rekod perolehan

Mengecop hak milik sekolah pada muka surat judul
atau muka surat verso dan mana-mana muka surat

mengikut polisi Pusat Sumber dan catat nombor
perolehan pada muka surat judul

16

CARTA ALIRAN UNTUK MEMPROSES
BUKU DAN BUKAN BUKU

Mengkatalog dan mengelaskan buku
Data buku dimasukkan ke dalam templat modul

katalog
Maklumat katalog dicetak dan difailkan
Barcode dicetak dan dilekatkan di buku
Label (spine-label) dicetak dan dilekatkan pada

tulang buku
Lekatkan tattle tape / strip dan slip tarikh

pemulangan pada buku
Letakkan buku yang telah siap diproses di rak

Sediakan panduan pengguna

Sediakan kemudahan baik pulih buku / bahan

17

PROSES
TEKNIK BUKU

Langkah 1

Menyemak borang pesanan dan invois dengan buku yang diterima.

Langkah 2

Menyemak buku dan memastikan buku dalam keadaan baik.

1. Memeriksa 2.Memeriksa 3.Memeriksa
buku dengan buku koyak muka surat
rapi. tertinggal

Membuka buku mengikut cara yang betul bagi menentukan
pengukuhan penjilid dan buku seperti gambar yang ditunjukkan.

18

PROSES TEKNIK BUKU

Langkah 3

Mengisi butiran buku di dalam slip kerja.

Langkah 4

Mengecop hak milik.

Bahagian yang perlu dicop hak milik.
Mengecop hak milik di muka surat helaian kosong, muka surat
pegenalan dan muka surat judul.
Mengecop hak milik di bahagian luar ketebalan buku (cop hak milik
yang panjang).

19

PROSES TEKNIK BUKU

Mengecop hak milik di muka surat rahsia atau sulit. Contoh:
• Bagi buku fiksyen – muka surat 85 bagi buku yang melebihi
100 muka surat
– muka surat 45 bagi buku yang kurang
daripada 100 muka surat.
• Bagi buku bukan fiksyen – muka surat 77 bagi buku yang
melebihi 100 muka surat
– muka surat 17 bagi buku yang
kurang daripada 100 muka surat

Mengecop muka surat terakhir sebelum kulit belakang.

Contoh cop hak milik

20

PROSES TEKNIK BUKU

Langkah 5

Mengecop butiran perolehan.
• Dicop pada muka surat judul.
• Mengisi setiap butiran pada cop perolehan.

Butiran:
1. No. Perolehan
2. No. Pengkelasan/

No. Panggilan
3. Tarikh Perolehan
4. Punca
5. Harga

Cop perolehan

21

PROSES TEKNIK BUKU

Langkah 6

Merekod butiran buku dalam Rekod Perolehan.

Langkah 7

Menyediakan kad buku dan kocek buku.
Mengisi segala butiran pada kad buku dan kocek buku seperti:

• Nombor panggilan
• Nombor perolehan
• Nama pengarang
• Judul.

Kad buku

Kocek buku

22

PROSES TEKNIK BUKU

Langkah 8

Melekatkan kocek buku di bahagian dalam kulit hadapan atau belakang
buku.
Ukuran: 1.5 cm dari tepi dan 1.5 cm dari bahagian bawah buku.
Masukkan kad buku ke dalam kocek buku yang telah dilekatkan.

Kad buku dan kocek buku

23

PROSES TEKNIK BUKU

Langkah 9

Melekatkan barcode pada muka surat judul buku.

Barcode buku

Langkah 10

Melekatkan slip tarikh pulang pada muka surat judul atau muka surat
terakhir sebelum kulit buku.
Sekiranya muka surat tersebut tiada, lekatkan helaian kertas dan
lekatkan slip tarikh pulang pada helaian tersebut.
Ukuran: 1.5 cm dari tepi dan 1.5 cm dari atas buku.

Slip tarikh pulang

24

PROSES TEKNIK BUKU

Langkah 11

Melekatkan label buku.
Letakkan butiran nombor panggilan pada label dan lekatkan label
buku pada tulang buku.
Ukuran : 3.5 cm dari bahagian bawah buku bagi buku tebal.

: 1.5 cm dari bahagian bawah buku bagi buku nipis.

25

PROSES TEKNIK BUKU

Langkah 12

Melekatkan tattle tape / strip.
Dilekatkan secara tersembunyi di dalam buku.

Melekatkan tattle tape

26

PROSES TEKNIK BUKU

Langkah 13

Meletakkan / menyusun buku di atas rak.
Buku disusun mengikut nombor pengelasan dan abjad (pengarang /
judul).

Langkah 14

Menyediakan panduan pengguna seperti:
• Menjaga kebersihan buku
• Menggunakan penanda buku
• Menyusun buku dengan baik

Langkah 15

Menyediakan kemudahan pemeliharaan seperti:
• Membalut buku dengan pembalut plastik.
• Menyembur ubat serangga pada kulit buku.

27

03

ORGANISASI
BAHAN

• Pengelasan
• Pengkatalogan

28

PENGELASAN

Satu proses untuk mengorganisasikan bahan
mengikut bidang, mata pelajaran, perkara dan topik.

Membantu Menyusun bahan Menyusun
dalam proses buku dan bukan bahan-bahan
pemilihan bahan buku dalam satu serupa atau
kaedah susunan sejenis dalam
untuk yang sempurna. satu tempat
menambah yang teratur
koleksi atau TUJUAN
proses pilih PENGELASAN

buang.

Mengetahui Memudahkan
bilangan koleksi pengguna
mengakses
sesuatu
himpunan bahan buku dan
pengelasan bukan buku.
dalam satu
himpunan yang 29
sistematik.

DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION
(DDC)

Terdapat banyak sistem pengkelasan yang digunakan. Namun, sistem
pengkelasan yang selalu digunakan di perpustakaan awam atau sekolah
adalah sistem pengkelasan Dewey / Dewey Decimal Classification
(DDC).

Dalam sistem DDC, seluruh bidang ilmu dipecahkan

1 kepada 10 bahagian utama seperti yang disenaraikan

dalam Ringkasan Pertama.

Setiap kelas daripada Ringkasan Pertama dibahagikan lagi kepada

2 10 bahagian yang dikenali sebagai Ringkasan Kedua. Dalam ini,

setiap kelas utama mempunyai 10 bahagian yang menggunakan
nombor 0 hingga 9.

30

DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION
(DDC)

Setiap perkara dalam Ringkasan Kedua dibahagikan

3 kepada perkara yang lebih spesifik yang dinyatakan

sebagai Ringkasan Ketiga.

Dalam pembinaan sesuatu nombor, pengkelasan DDC
mengutamakan hierarki sesuatu perkara bagi memberikan nombor
panggilan yang unik kepada sesuatu bahan sumber. Hierarki dalam
notasi bermaksud tiap-tiap satu bahagian dipecahkan mengikut
urutan disiplin.

31

PEMBAHAGIAN NOMBOR DDC

Proses memberikan nombor pengkelasan DDC bagi sesuatu bahan akan
dimulakan dari pembahagian kecil ringkasan pertama hingga kepada
ringkasan ketiga. Perkara dalam setiap ringkasan merujuk keperincian
sesuatu bahan sumber tersebut. Oleh itu, pengkatalog perlu meneliti setiap
ringkasan dengan baik. Contoh :

32

NOMBOR PANGGILAN

Nombor panggilan adalah kombinasi simbol yang mengandungi nombor
pengkelasan dan tiga huruf pertama pengarang atau judul. Contoh :

Contoh memberi nombor pengkelasan dan nombor panggilan.
Nombor pengkelasan (DDC)

909.09767
Hierarki
(909.09767)
Ringkasan ketiga
(909-Sejarah Dunia)
Ringkasan kedua
(900-Sejarah dan Geografi)
Ringkasan pertama
(900-Sejarah dan Geografi)

Nombor panggilan
Pengarang : Mohd Razimi Husin
Nombor panggilan : 909.09767

MOH

33

PENGKATALOGAN

Suatu maklumat bibliografik tentang bahan buku
dan bahan bukan buku yang terdapat dalam koleksi

pusat sumber.

Butiran katalog
• Nama pengarang (penanggungjawab)
• Judul
• Tempat terbit, penerbit dan tarikh terbit
• Huraian fizikal bahan

Tujuan penggunaan katalog
• Memudahkan pengguna mencari bahan atau maklumat tentang
sesuatu koleksi di pusat sumber sekiranya ia mengetahui sama ada
nama pengarang, judul atau apa-apa butiran mengenai bahan.
• Membantu pengguna memudah dan mempercepatkan proses
pencarian maklimat atau bahan di pusat sumber. Katalog dapat
disediakan dalam bentuk seperti berikut:
a. Kad.
b. Buku.
c. Helaian kertas
d. Pita computer
e. Mikrofom / mikrofis
f. Paparan computer / OPAC

34

Pengkatalogan dalam Penerbitan
Data Pengkatalogan dalam Penerbitan (Cataloguing In Publication atau
CIP) merupakan perkhidmatan pengeluaran data katalog yang diberikan
percuma oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kepada penerbit-
penerbit di Malaysia sebelum sesuatu terbitan diterbitkan. Data CIP akan
dicetak dan diletakkan di belakang muka surat judul (verso) buku tersebut
mengikut format yang ditetapkan.

Antara faedah CIP adalah :
i. Membantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam proses
pemilihan dan perolehan buku.
ii. Membantu memberi promosi jualan kepada penerbit melalui
penyebaran maklumat mengenai judul baru sebelum ianya
diterbitkan.
iii. Membantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam kerja-kerja
pengkatalogan dan seterusnya mempercepatkan pemprosesan
buku tersebut.
iv. Menyokong amalan pengkatalogan perpustakaan yang standard
yang mana menggalakkan pertukaran maklumat mengenai
penerbitan baru di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Contoh CIP dalam buku :

35

Maklumat Bibliografik
Maklumat Bibliografik Standard Antarabangsa atau International Standard
Bibliographic Description (ISBD) adalah satu set peraturan yang dihasilkan
oleh Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa atau
International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA).
ISBD bertujuan untuk menyediakan satu bentuk standard berkenaan
maklumat bibliografik yang boleh digunakan untuk menukar rekod di
peringkat antarabangsa. Hal ini dapat membolehkan maklumat dikongsi
secara menyeluruh dan membolehkan proses pengkatalogan dilaksanakan.

Format ISBD
Semua maklumat yang dimasukkan perlu menggunakan tanda baca yang
piawai supaya ISBD mempunyai keterbacaan oleh peranti komputer. Jadi,
tanda baca standard/ piawai yang digunakan oleh semua sistem automasi
adalah untuk mengenal pasti dan memisahkan elemen serta kawasan-
kawasan bagi setiap satu diskripsi, bagi semua jenis bahan sumber.

Antara tanda baca yang digunakan adalah :

tanda kolan semikolan garis miring
[:] [;] [/]

garis sengkang tanda koma noktah
[_] [,] [.]

36

Ketertiban strutur ISBD
Berikut menunjukkan bagaimana sesuatu ketertiban struktur ISBD disusun:

37

Pengkatalogan mengikut ketertiban struktur ISBD
Berikut menunjukkan contoh entri utama dan beberapa entri tambahan
untuk rujukan dan panduan.

i. Katalog entri utama - pengarang

38

ii. Katalog entri tambahan - perkara
iii. Katalog entri tambahan - perkara

39

iv. Katalog entri tambahan - penterjemah
v. Katalog entri tambahan -judul

40

04

INOVASI

41

CADANGAN IDEA INOVASI
UNTUK PSS

Untuk menggalakkan murid-murid sekolah
mengamalkan budaya membaca, cadangan idea inovasi
untuk PSS adalah menyediakan satu platform melalui
laman web seperti Padlet untuk memberi peluang kepada
murid membuat perkongsian tentang buku yang dibaca.
Murid digalakkan untuk membaca pelbagai jenis bahan
bacaan dan seterusnya membuat perkongsian dalam
platform tersebut. Dalam platform tersebut, murid menulis
ulasan buku dan menyatakan sebab memperkenalkan buku
tersebut. GPM akan menyemak apa-apa yang dituliskan
selepas murid membuat perkongsiannya di platform
tersebut. Melalui platform ini, seluruh warga sekolah dapat
melihat buku-buku yang dikongsikan dan digalakkan untuk
memberi “like” atau komen di bawah perkongsian orang lain.
Dengan adanya platform seperti ini, murid lain akan
berminat terhadap buku yang dibaca dan diperkenalkan oleh
kawan mereka dan seterusnya membaca buku berkenaan.

42

CADANGAN IDEA INOVASI
UNTUK PSS

Kelebihan:
Menarik dan meningkatkan minat membaca di kalangan
murid.
Memberi peluang kepada murid untuk menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semasa
membuat perkongsian bahan bacaan.
Meningkatkan kemahiran murid dalam penyampaian
sesuatu.

Inovasi ini telah menerapkan salah satu elemen dalam
STEM, iaitu Teknologi. Hal ini kerana platform perkongsian
ini dihasilkan dengan laman web Padlet atau laman web
lain yang sesuai yang telah melibatkan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK).

43

05

RUMUSAN
&

BIBLIOGRAFI

44

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan yang sistematik dapat
meningkatkan keupayaan akses yang lebih efektif dalam kalangan
pengguna pusat sumber. Oleh itu, pengetahuan berkaitan proses
teknik bahan dan organisasi bahan seperti pengelasan serta
pengkatalogan adalah sangat penting dikuasai oleh setiap GPM. Hal
ini dapat membantu GPM menguruskan sistem maklumat dan bahan
dalam koleksi PSS dengan lebih efektif, teratur dan sistematik.

Di samping itu, e-portfolio ini telah menerapkan salah satu
elemen dalam STEM, iaitu Teknologi. Hal ini kerana e-portfolio ini
disediakan dengan mengintegrasikan kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) seperti perisian Microsoft Powerpoint dan
laman web Anyflip yang digunakan untuk menukarkan PDF kepada
Flipbook.

45

BIBLIOGRAFI

Kamal Sabaruddin. (2010). Proses teknik. Academia.edu.
https://www.academia.edu/38095078/Proses_Teknik_Buku_Lat
est_doc.

Kamal Sabaruddin. (2010). Bab 9-organisasi bahan PSS.
Academia.edu.https://www.academia.edu/38095070/BAB_9_O
RGANISASI_BAHAN_PSS_doc

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan.
(2016). Buku panduan pengurusan pusat sumber sekolah untuk
guru perpustakaan dan media (GPM). Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan.
(2007). Modul khidmat bantu pusat sumber sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wan Fadzli Wan Haron, Faisal Mohamad, Siri Sena Baba Hamid,
Mohd Azman Basirun & Ahmad Raji Harun. (2021). Modul
pengurusan pusat sumber. Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman Kementerian Pendidikan Malaysia.

46

PPSK3013
PENGURUSAN
PUSAT SUMBER

Sekian

Terima Kasih !


Click to View FlipBook Version