IDEA INOVASI UNTUK
PSS
Untuk menggalakkan murid-murid sekolah
mengamalkan budaya membaca, idea inovasi untuk PSS
adalah menyediakan satu platform melalui laman web
seperti Padlet untuk memberi peluang kepada murid
membuat perkongsian tentang buku yang dibaca. Murid
digalakkan untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan dan
seterusnya membuat perkongsian dalam platform tersebut.
Dalam platform tersebut, murid menulis ulasan buku dan
menyatakan sebab memperkenalkan buku tersebut. GPM
akan menyemak apa-apa yang dituliskan selepas murid
membuat perkongsiannya di platform tersebut. Melalui
platform ini, seluruh warga sekolah dapat melihat buku-
buku yang dikongsikan dan digalakkan untuk memberi “like”
atau komen di bawah perkongsian orang lain. Dengan
adanya platform seperti ini, murid lain akan berminat
terhadap buku yang dibaca dan diperkenalkan oleh kawan
mereka dan seterusnya membaca buku berkenaan.
49
IDEA INOVASI UNTUK
PSS
Kelebihan:
Menarik dan meningkatkan minat membaca di kalangan
murid.
Memberi peluang kepada murid untuk menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semasa
membuat perkongsian bahan bacaan.
Meningkatkan kemahiran murid dalam penyampaian
sesuatu.
Inovasi ini telah menerapkan salah satu elemen dalam
STEM, iaitu Teknologi. Hal ini kerana platform perkongsian
ini dihasilkan dengan laman web Padlet atau laman web
lain yang sesuai yang telah melibatkan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK). Padlet ini mudah digunakan dan
diakses oleh warga sekolah. Pautan Padlet juga senang
disebarluaskan kepada seluruh warga sekolah untuk
berkongsi buku kegemaran masing-masing.
50
IDEA INOVASI UNTUK
PSS
Platform Perkongsian Bahan Bacaan Kegemaran
melalui Padlet
Pautan :
https://padlet.com/tan04687/perkongsianbahanbacaankegemaran
Setiap orang boleh memberi ‘like” atau komen di bawah ulasannya.
51
IDEA INOVASI UNTUK PSS
Sudut pandang dari
murid untuk
menunggu kelulusan
daripada guru.
Sudut pandang dari
guru untuk
menyemak dan
meluluskan ulasan
murid.
Platform ini telah disediakan dengan menggunakan Padlet
demi memberi peluang kepada murid untuk berkongsi buku
kegemaran mereka di sana. Selepas murid habis menulis
pandangannya terhadap buku kegemarannya, dia perlu
menunggu ulasannya diluluskan oleh guru. Guru dapat
menyemak ulasan setiap murid sebelum dipaparkan pada
Padlet. Fungsi ini dapat memastikan setiap murid dapat
menggunakan Padlet ini dengan baik dan tidak menulis apa-
apa sahaja yang tidak berkenaan atau kurang sesuai di sana.
52
05
RUMUSAN
&
BIBLIOGRAFI
53
RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan yang sistematik dapat
meningkatkan keupayaan akses yang lebih efektif dalam kalangan
pengguna pusat sumber. Oleh itu, pengetahuan berkaitan proses
teknik bahan dan organisasi bahan seperti pengelasan serta
pengkatalogan adalah sangat penting dikuasai oleh setiap GPM. Hal
ini dapat membantu GPM menguruskan sistem maklumat dan bahan
dalam koleksi PSS dengan lebih efektif, teratur dan sistematik.
Di samping itu, e-portfolio ini telah menerapkan salah satu
elemen dalam STEM, iaitu Teknologi. Hal ini kerana e-portfolio ini
disediakan dengan mengintegrasikan kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) seperti perisian Microsoft Powerpoint dan
laman web Anyflip yang digunakan untuk menukarkan PDF kepada
Flipbook.
54
BIBLIOGRAFI
Kamal Sabaruddin. (2010). Proses teknik. Academia.edu.
https://www.academia.edu/38095078/Proses_Teknik_Buku_Lat
est_doc.
Kamal Sabaruddin. (2010). Bab 9-organisasi bahan PSS.
Academia.edu.https://www.academia.edu/38095070/BAB_9_O
RGANISASI_BAHAN_PSS_doc
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan.
(2016). Buku panduan pengurusan pusat sumber sekolah untuk
guru perpustakaan dan media (GPM). Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan.
(2007). Modul khidmat bantu pusat sumber sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Wan Fadzli Wan Haron, Faisal Mohamad, Siri Sena Baba Hamid,
Mohd Azman Basirun & Ahmad Raji Harun. (2021). Modul
pengurusan pusat sumber. Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman Kementerian Pendidikan Malaysia.
55
PPSK3013
PENGURUSAN
PUSAT SUMBER
Sekian
Terima Kasih !